SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 14
Budaya

Budaya amat penting kepada setiap individu dan masyarakat kerana cara hidup
mereka dilambangkan oleh budaya yang mereka amalkan. Kamus Pelajar Terbitan
Khas KBSM (2007) telah menyatakan budaya sebagai kemajuan jasmani dan rohani
manusia serta juga kemajuan fikirannya menerusi latihan dan pengalaman serta
peradaban.    Kroeber   dan    Kluckhohn    (Alisjahbana,   1986:    207-208),    telah
mendefinisikan budaya kepada 7 perkara iaitu :

        Pertama, kebudayaan adalah keseluruhan hidup manusia yang kompleks,
meliputi hukum, seni, moral, adat-istiadat dan segala percakapan lain, yang
diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Kedua, penekanan terhadap
kebudayaan yang memandang kebudayaan bersifat warisan tradisi. Ketiga, budaya
dianggap bersifat normatif, iaitu sebagai cara dan aturan hidup manusia seperti cita-
cita, nilai, dan tingkah laku. Keempat, pendekatan kebudayaan dari aspek psikologi
iaitu   menganggap    budaya   itu   sebagai   langkah   penyesuaian     diri   kepada
persekitarannya. Kelima, kebudayaan dibincangkan sebagai suatu struktur yang
mencakupi pola-pola organisasi dan fungsinya. Keenam, budaya juga membezakan
manusia dengan haiwan iaitu melalui komunikasi bahasa yang difahami oleh
manusia. Ketujuh, budaya diperkatakan sebagai suatu sistem yang tidak lengkap.

        Definisi yang dinyatakan oleh Kroeber dan Kluckhohn ini sebenarnya hanya
ingin menyatakan bahawa kebudayaan itu sangat luas ruang lingkupnya dan
semestinya perlu dilihat dari aspek-aspek yang disebutkan di atas.

        Masyarakat Melayu sejak dahulu lagi amat menitikberatkan soal kebudayaan,
apatahlagi sejak kedatangan imigran, iaitu kaum Cina dan India. Oleh kerana
mengetahui peri pentingnya budaya terhadap masyarakat bukan sahaja untuk kaum
Melayu, bahkan Cina dan India juga perlu mengekalkan kebudayaannya, maka
persepakatan telah diambil antara ketiga-tiga kaum utama dan dimaterikan di dalam
perlembagaan Malaysia walaupun tidak dinyatakan secara jelas. Misalnya :
a) Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Negara adalah contoh
      penerapan unsur kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan kebangsaan
      negara ini kerana institusi Yang di-Pertuan Agong adalah unsure kebudayaan
      Melayu. Begitu juga dengan gelaran sultan bagi negeri-negeri di Malaysia.
   b) Peruntukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam perkara 152
      (1) yang menyebutkan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu
      dan hendaklah ditulis dalam apa-apa juga tulisan yang diperuntukkan oleh
      undang-undang parlimen.
   c) Kedudukan agama islam sebagai agama Persekutuan adalah mencerminkan
      corak budaya Melayu tradisional kerana agama itu menjadi asas masyarakat
      Melayu tradisi.

Perkara –perkara di atas jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya kebudayaan
terhadap masyarakat itu sendiri sehinggakan pembentukan perlembagaan yang
mengandungi unsur budaya di dalamnya. Kesimpulannya, budaya boleh ditakrifkan
sebagai keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak,
kelakuan dan cara berfikir dan termasuk juga hasi-hasil kehidupan berkelompok
yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.
Pengaruh barat
Ekonomi :

Setelah menjajah Tanah Melayu, barat mula mengembangkan sistem ekonominya.
Ini telah menyebabkan sistem ekonomi Islam yang telah diamalkan oleh masyarakat
Tanah Melayu sejak Islam bertapak sekian lama mula terhapus secara perlahan-
lahan. Penggunaan sistem matawang kertas yang diperkenalkan oleh orang barat
telah menyebabkan matawang Melayu yang berasaskan emas dan perak mula
dihapuskan. Perkara ini sebenarnya bermula setelah kejatuhan Daulah Khilafah
pada 1924. Semenjak itu, sistem ekonomi dunia telah dikuasai oleh barat dan ini
memberikan ruang kepada mereka untuk memperkenalkan sistem matawang kertas
kepada dunia tidak terkecuali Tanah Melayu. Barat telah mengamalkan sistem
ekonomi secara kapitalis yang sebenarnya sistem ini adalah berasaskan riba.
Dengan riba, para kapitalis menggunakan sistem berhutang sebagai suatu
perniagaan yang sangat menguntungkan pihak mereka sambil memberikan tekanan
kewangan kepada orang lain.

      Walhal dalam Islam, berhutang        bukanlah bertujuan untuk mengambil
keuntungan, tetapi untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan semata-
mata. Sebenarnya, sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh barat ini telah banyak
menghapuskan norma-norma Islamik dalam masyarakat melayu sehingga hari ini.
Namun, sekarang kita sudah mempunyai pilihan untuk berurusan secara Islamik
ataupun bukan. Hal ini kerana, kerajaan telah mula memperkenalkan sistem
urusniaga secara Islamik yang berlandaskan syariat-syariat Islam.

      Selain itu, barat juga telah memperkenalkan sistem ekonomi secara sosialis.
Sistem ini menekankan pemilikan harta adalah hak negara. Semua faktor produksi
dan sumber pendapatan menjadi milik negara dan individu tidak ada hak pemilikan
dan kebebasan untuk mengambil manfaat hasil produk mereka. Dasar kesamaan
ekonomi menentukan hak individu dalam suatu bidang ekonomi. Konsumsi terhadap
hasil produksi disediakan oleh negara menurut keperluan individu. Untuk mencapai
tujuan sistem kesamaan ekonomi sosialis, undang-undang buruh menguasai segala
peraturan aktiviti produksi dengan mengamalkan kebebasan ekonomi dan hak
pemilikan harta.
Terbaru, sistem ekonomi barat mula diubah suai agar menampakkan lebih
adil dan memberi kebaikan kepada rakyat jelata. Sistem Ekonomi Campuran adalah
merupakan satu sistem ekonomi hasil daripada campuran diantara sistem kapitalis
dan sistem sosialis. Melalui sistem ini, kerajaan dan pihak persendirian atau swasta
bekerjasama untuk membentuk satu pasaran yang lebih adil. Dasar-dasar kerajaan
digubal secara menyeluruh dan merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta
atau persendirian. Kerajaan hanya sebagai pentadbir tetapi kerajaan boleh campur
tangan dalam pasaran serta urusan ekonomi dan kewangan apabila keadaan
memerlukan. Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk kebaikan
rakyat jelata. Walaupun kerajaan menjadi pemilik kepada badan-badan tertentu,
namun pihak swasta juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan-kegiatan perniagaan
yang besar serta menjadi pemilik kepada industri-industri gergasi yang penting di
negara, bahkan pelbagai insentif akan diberikan untuk menggerakkan kegiatan
sektor swasta oleh kerajaan sendiri. Sistem ini juga telah diperkenalkan oleh barat
dalam sistem ekonomi kita di Malaysia pada masa ini.

      Istilah ‘pecah dan perintah’ sangat lazim dengan masyarakat di Malaysia dan
majoriti daripada kita tahu tentang istilah tersebut. Kemasukan migran iaitu Cina dan
India menyebabkan pendudukan di Tanah Melayu telah diperintah berdasarkan
istilah ‘pecah dan perintah’. Kaum-kaum terbesar di Malaysia dipecah-pecahkan ke
kawasan perlombongan (kaum Cina), kawasan estet (kaum India) dan kawasan
pantai dan kampung-kampung (kaum Melayu). Perkara ini telah menyebabkan
jurang ekonomi bagi tiga kaum terbesar ini telah menjadi sangat luas dan sangat
ketara perbezaannya. Inilah antara cara barat mentadbir ekonomi di Tanah Melayu
suatu ketika dahulu.
Politik :




Demokrasi telah dibawa oleh barat suatu ketika dahulu dan sekaligus telah
membawa kesan yang besar dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu yang
sebelum ini mengamalkan sistem feudal iaitu Pemerintahan Beraja yang
menganggap raja sebagai pemimpin yang mutlak. Sistem demokrasi ini sangat
berbeza dengan sistem Pemerintahan Beraja yang diamalkan oleh masyarakat
Melayu masa dahulu. Dalam sistem demokrasi ini, kedaulatan dan keputusan
negara mesti dibuat oleh rakyat dengan menggunakan suara majoriti yang memilih
untuk melakukan sesuatu keputusan. Pemilihan pemimpin cara demokrasi juga
dilakukan berdasarkan pandangan, sokongan dan aspirasi rakyat terhadap calon
yang difikirkan layak. Pemilihan pemimpin dilakukan dalam pilihan raya yang
diadakan.

       Demokrasi ini sebenarnya telah mengehadkan kuasa sultan atau raja yang
mana sebelum ini, mereka adalah pemerintah mutlak dalam pentadbiran negeri
masing-masing. Demokrasi mempunyai pelbagai jenis antaranya yang kita sedia
maklum adalah Demokrasi Berparlimen, Demokrasi Terpimpin, Demokrasi Proletar,
Demokrasi Liberal dan macam-macam lagi. Di Malaysia, negara kita telah
mengamalkan Demokrasi Berparlimen.

       Malaysia telah mengamalkan konsep demokrasi berparlimen bermula dari
awal kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang. Seperti yang kita sedia maklum,
Demokrasi Berparlimen diamalkan      di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan.
Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih
berdasarkan sistem giliran daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat
selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan
Tentera Malaysia. Selain itu Yang Dipertuan Agong turut memegang kuasa ke atas
sistem perundangan, ketenteraan, agama islam, pentadbiran, kehakiman dan
sebagainya. Peruntukan ini terkandung di dalam perlembagaan negara Malaysia
sejak mula-mula diperkenalkan setelah Malaysia mendapat kemerdekaan dari
kerajaan British.
Sosial :

       Pengaruh sosial daripada barat seperti yang kita maklum antaranya adalah
cara berfikir masyarakat Melayu yang sudah mula lebih terbuka. Pemikiran yang
terbuka ini dapat kita lihat dalam kepercayaan masyarakat kita terhadap perkara-
perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain. Kebiasaannya, pantang
larang dianggap sebagai sesuatu hukum dalam masyarakat Melayu yang wajib
dipatuhi dan akan mengakibatkan kesan yang tidak diingini oleh seseorang
sekiranya melanggar pantang larang itu. Cara berfikir seperti ini sudah mula berubah
sejak kedatangan barat dan menganggap perkara-perkara ini lebih kepada karut.

       Selain itu, dalam aspek sosial kekeluargaan perkembangan yang berlaku di
barat berhubung dengan idea yang keluarga bukan lagi menjadi unit yang
fungsional, lantas tidak perlu dipertahankan, adalah membimbangkan. Barat cuba
mencari alternatif lain menggantikan institusi kekeluargaan dan antara alternatif yang
dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan
tunggal, kehidupan berkelompok, dan didikan anak secara professional (Eliot, 1986).
Persidangan Kependudukan di Kaherah pada akhir tahun 1994 juga telah
merumuskan beberapa perkara yang bersifat anti-keluarga seperti mengesahkan
(legalise) pengguguran, menerima hakikat bersekedudukan (cohabitation), dan
memberi hak sepenuh kepada anak yang lahir di luar nikah.

       Perkara yang berlaku di barat ini telah melanda masyarakat timur seperti
pengguguran dan lain-lain. Namun, kesannya terhadap masyarakat di Malaysia
khasnya masih kurang ketara kerana sebilangan besar masyarakat kita khasnya
Melayu masih mempunyai sistem kekeluargaan yang utuh dan perkara ini hanya
terjadi kepada sebilangan kecil keluarga yang telah menerima kesan pengaruh
sosial dari barat. Namun, ada juga perkara yang membimbangkan kerana kesan
pengaruh barat terhadap masyarakat kita, antaranya kemerosotan nilai-nilai
kekeluargaan dalam kalangan generasi muda. Selain itu, penyalahgunaan bahan
terkawal seperti dadah, kenakalan juvana, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi
dan lain-lain lagi.
Kesenian :

       Pengaruh kesenian barat juga boleh dilihat dari dua aspek iaitu aspek seni
bina dan persembahan muzik. Pengaruh barat sebenarnya secara jelas kita boleh
buktikan melalui aliran-aliran muzik yang mereka bawa ke alam kita. Melalui alitan-
aliran ini, maka terhasillah kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada,
pop, jazz, dan lain-lain. Terlalu banyak aliran muzik yang dibawa masuk oleh barat
ke dunia kita. Kesan pengaruh muzik-muzik ini bukan sahaja ditonjolkan oleh negara
kita, malah seluruh dunia juga telah menerima kesan dan tempiasnya. Sedikit
sebanyak,    aliran-aliran   muzik    ini   sebenarnya   mempelbagaikan   lagi   seni
persembahan yang ada di negara kita. Namun, disebabkan ini jugalah, seni
tradisional kita mula dipinggirkan.

       Selain itu, sesetengah reka bentuk binaan bangunan-bangunan yang terdapat
di tempat kita ini juga adalah sebagai bukti pengaruh barat terhadap kita. Binaan
bersenikan kebaratan boleh dilihat pada bangunan-bangunan baharu yang dibina
dengan berkonsepkan kemodenan. Binaan bangunan ini mengaplikasikan ciri-ciri
barat yang dianggap moden oleh dunia. Menara Berkembar Petronas contohnya,
dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat.

       Seni yang dibawa oleh orang-orang barat telah banyak mempengaruhi dunia
pada masa kini. Dalam bidang seni muzik contohnya, selain mempelbagaikan genre
muzik, terdapat beberapa identiti-identiti imej yang muncul berdasarkan aliran muzik
yang mereka ceburi kerana setiap genre muzik tersebut, mempunyai identiti dan
imej yang berbeza kepada si pemuziknya. Contohnya, imej penyanyi rock dan jazz
adalah berbeza sama sekali. Imej pemuzik aliran pop juga berbeza dengan aliran
rap. Melalui kepelbagaian imej yang dibawa oleh mereka, ini telah mendatangkan
kesan buruk kepada imej tradisi kita kerana perkara-perkara yang dibawa barat ini
sebenar sangat mudah mempengaruhi masyarakat dunia termasuk kita sendiri.
Pengaruh Islam dalam masyarakat
Melayu
KESAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU

Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu.
Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu yang
banyak didasari dengan adat dan ajaran agama Islam. Pengaruh Islam dan
kesannya boleh diperhatikan dalam pelbagai aspek antaranya :

Politik dan Pemerintahan

      Pentadbiran dalam politik setelah kedatangan Islam lebih condong seperti
yang diamalkan oleh masyarakat Arab semasa pemerintahan berkhalifah dijalankan
di sana. Politik Melayu pada ketika itu mengamalkan seperti yang diamalkan oleh
kerajaan khilafah semasa zaman pemerintahan era Abbasiyah.

      Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik.
Contohnya, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka.
Sehubungan itu, beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan
sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan
Agama Islam dan Syariah. Selain itu kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun
Melaka   dihasilkan   untuk   panduan   masyarakat   juga   disebabkan   pengaruh
kedatangan Islam. Kemudian, beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya
diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan.

      Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan
pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran
Islam. Gelaran raja atau dewaraja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan
khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem pentadbiran Islam. Kepatuhan dan
ketaatan pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak
seperti konsep dewaraja.
Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan
yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga
berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga
bertanggungjawab mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan
berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju
dan stabil.

       Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi
perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa
Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada
kurun ke-15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum
terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia
mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa
besar asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu
menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi
dan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid, 2003).




Adat dan Cara Hidup Sosial

Dalam konteks sosial, Islam mengajar tidak menerapkan atau mengaplikasikan
sistem kasta dalam masyarakat seperti yang terdapat dalam pengaruh Hindu-
Buddha. Sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah diasaskan kepada agama
Islam. Raja, rakyat sama ada tua atau muda, kaya atau miskin semuanya
mempunyai peranan dalam masyarakat (Mifah Abu Yazid, 2003).

Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam
yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam
telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan
manusia. Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam.
Walau bagaimanapun, adat Melayu yang tidak bertentangan dengan Islam masih
boleh terus diamalkan sehingga ke hari ini.
Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau
bangsa yang berkenaan. Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang-
undang hidup. Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan
bahawa melanggar adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan
akibatnya akan merosakkan diri dan sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup
masyarakat (Asmad, 1990: 4).




Kesenian :

Pengaruh islam dalam aspek kesenian sangat jelas yang kita boleh lihat sejak Islam
mula bertapak dari dahulu sehingga sekarang. Kesan-kesan ini jelas ditonjolkan
pada ciptaan bangunan-bangunan seperti reka bentuk masjid yang mempunyai
bentuk kubah dan kebiasaannya mempunyai lambing bulan dan bintang di atas
kubah tersebut. Selain itu, corak yang sering dipaparkan pada dinding masjid juga
lebih tertumpu kepada corak-corak dari Arab yang simbolik dengan Islam. Selain itu,
kesan pengaruh paling jelas yang kita boleh lihat adalah pada sistem tulisan
masyarakat Melayu itu sendiri. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu
menggunakan sistem tulisan nagiri, kawi dan lain-lain. Namun, setelah tersebarnya
Islam di Tanah Melayu, pengaruh Islam dan tulisan Arab telah menyebabkan tulisan
Melayu lama sudah tidak digunakan lagi. Penyerapan tulisan Arab telah
diasimilasikan ke dalam Melayu dan disesuaikan dengan cara penyebutan orang-
orang Melayu lalu menghasilkan tulisan yang dipanggil tulisan jawi.

      Kemudian, tulisan jawi juga mempunyai kesenian tersendiri iaitu khat.
Terdapat pelbagai jenis khat yang telah didatangkan bersama tulisan arab antaranya
khat nasakh, khat tsuluth, khat kufi dan lain-lain lagi. Kesannya, kesenian khat ini
seringkali boleh dilihat pada ukiran-ukiran di masjid-masjid ataupun dirumah-rumah
kita sendiri. Seni khat kebiasaannya bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bentuk-
bentuk geometrik. Selain itu, terdapat juga pengaruh Islam dari segi seni
persembahan. Pengaruh ini telah menciptakan identiti bangsa sesuatu masyarakat
itu sendiri. Contohnya, tarian zapin yang terkenal di negeri Johor. Seni persembahan
lain antaranya ghazal, qasidah, hadrah, gambus dan lain-lain lagi.
Ekonomi :

Kedatangan islam telah menghapuskan sistem riba yang sering diamalkan oleh
kebanyakan masyarakat di dunia. Hal ini kerana, dalam islam itu sendiri telah
mengharamkan amalan riba kerana dengan tegas menyatakan riba itu sebenarnya
menyusahkan dan menindas golongan-golongan yang susah sedangkan Islam
bukan agama yang menindas mana-mana golongan.

       Kedatangan Islam telah membawa perubahan dalam sistem ekonomi kita
dalam urusan perniagaan dan jual beli. Islam adalah agama yang meletakkan
keyakinan penganutnya sebagai teras kepada keimanan kepada Allah S.W.T. Oleh
itu, dalam urusan jual beli, masyarakat islam bukan sahaja dikawal oleh undang-
undang yang dicipta sendiri (Risalah Hukum Kanun dan Undang-undang Luat
Melaka), malah segala urusan dikawal dengan keikhlasan hati umat Islam itu.

       Dalam konteks yang lebih luas, kita boleh lihat Melaka yang telah
mengamalkan dasar luar pragmatik iaitu berbaik-baik dengan kuasa besar semasa
melalui zaman kegemilangannya telah menyebabkan sistem ekonomi Islam yang
bersih dari riba dan penindasan itu telah berkembang dengan pesat lalu menarik
ramai pedagang-pedagang luar untuk berdagang di negara kita. Dasar ini mampu
menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi
dan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid, 2003: 3).

       Selain itu, zakat juga salah satu antara sistem perekonomian Islam yang
wajib dilakukan atau dikeluarkan oleh golongan yang mampu dengan syarat-syarat
tertentu yang telah ditetapkan. Zakat ini dipungut oleh amil zakat pada masa-masa
tertentu bertujuan agar dapat diagihkan kepada saudara-saudara seagama yang
miskin, fakir, yatim, dan lain-lain. Untuk mengagihkan zakat-zakat ini, maka baitulmal
mula ditubuhkan bagi memudahkan urusan pengagihan. Sistem muamalat (jual beli)
secara Islam juga telah diperkenalkan dan diamalkan. Sistem jual beli ini
sebenarnya telah lama berlaku dalam masyarakat Melayu namun, dengan
kedatangan Islam, sistem jual beli masyarakat kita telah dimurnikan lagi dan segala
unsur-unsur syubhah atau meragukan telah dihapuskan agar kita mendapat hasil
dari urusan berjual beli yang bersih dan halal lagi baik.
Bibliografi :



http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/110-
ekonomi/5698-sistem-sistem-ekonomi.html

http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1201-demokrasi-
berparlimen.html

http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/04/jenis-jenis-demokrasi.html

http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_tenas/documents/ukmpd/tenas_428
79.pdf

http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pengaruh-islam-dalam-politik.html




Suwardi Endraswara, Metode, Teori, Teknik Penelitian Kebudayaan : Ideologi,
Epistemologi, dan Aplikasi, Jogjakarta: Pustaka Widyatama, 2006

Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Selangor Darul Ehsan :
Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd : 2005

Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Selangor Darul Ehsan : Dewan
Bahasa dan Pustaka : 1998

Vijai Balasubramaniam, Politik Nasionalisme dan Federalisme di Malaysia, Shah
Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd: 1998

Kamus Pelajar, Terbitan Khas KBSM, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka :
2007
Pengaruh barat dari aspek politik

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Kee-Man Chuah
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuMohammad Yaqin
 
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017grace anzelletha
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionMie Pa
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysianorazmiyazid
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikNikky Charloutee
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaNicholas Lidang Mud
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...MOHD ZAHID ABDUL TALIB
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAasyikin hashim
 
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANZAFANA
 
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaPenjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaNaayla Asiyah
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi barumunnianwar
 
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF DAN CARA MENANGANINYA
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF  DAN CARA MENANGANINYAGEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF  DAN CARA MENANGANINYA
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF DAN CARA MENANGANINYABiani Mawal
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanzazunzin
 

La actualidad más candente (20)

Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
Panduan Mudah Format APA Edisi ke-7
 
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayuPengaruh barat dalam kebudayaan melayu
Pengaruh barat dalam kebudayaan melayu
 
Maksud nilai
Maksud nilaiMaksud nilai
Maksud nilai
 
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
bab 2: inflasi dan kos sara hidup stpm 2017
 
Faktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan unionFaktor penentangan terhadap malayan union
Faktor penentangan terhadap malayan union
 
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysiaUnsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
Unsur unsur tradisi dalam perlembagaan malaysia
 
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baikCiri dan prinsip tadbir urus yang baik
Ciri dan prinsip tadbir urus yang baik
 
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasaJenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
Jenis jenis dan ciri-ciri laras bahasa
 
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
CTU 551: Pengaruh Islam Dalam Bidang Sosio - Budaya Masyarakat Melayu Di Mala...
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Konsep ilmu
Konsep ilmuKonsep ilmu
Konsep ilmu
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 
Dasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timurDasar pandang ke timur
Dasar pandang ke timur
 
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAANJENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
JENIS PEMILIKAN PERNIAGAAN
 
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budayaPenjajahan barat terhadap sosio budaya
Penjajahan barat terhadap sosio budaya
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
Dasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baruDasar ekonomi baru
Dasar ekonomi baru
 
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF DAN CARA MENANGANINYA
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF  DAN CARA MENANGANINYAGEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF  DAN CARA MENANGANINYA
GEJALA RASUAH : MAKSUD, PUNCA, KESAN NEGATIF DAN CARA MENANGANINYA
 
Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..Kepentingan plbgaan..
Kepentingan plbgaan..
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
 

Similar a Pengaruh barat dari aspek politik

Faktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamFaktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamfaiz_daniel
 
Implikasi Praktek Ekonomi Islam terhadap Kesejahteraan Masyarakat
Implikasi Praktek Ekonomi Islam terhadap Kesejahteraan MasyarakatImplikasi Praktek Ekonomi Islam terhadap Kesejahteraan Masyarakat
Implikasi Praktek Ekonomi Islam terhadap Kesejahteraan MasyarakatAhmad Bustan Djatmadipura
 
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02khairil azhar
 
ppt ppkn HAKIKAT,INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKAN ...
ppt ppkn HAKIKAT,INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKAN ...ppt ppkn HAKIKAT,INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKAN ...
ppt ppkn HAKIKAT,INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKAN ...AnnisaNurkholijah
 
Assg. bmm3142 kebudayaan melayu
Assg. bmm3142 kebudayaan melayuAssg. bmm3142 kebudayaan melayu
Assg. bmm3142 kebudayaan melayuRosma Sulaiman
 
Pendidikan Pancasila
Pendidikan  PancasilaPendidikan  Pancasila
Pendidikan PancasilaSiti Chotimah
 
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan BangsaE-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsaaymanadrisham1
 
Makalah ekonomi dalam perspektif Islam
Makalah ekonomi dalam perspektif IslamMakalah ekonomi dalam perspektif Islam
Makalah ekonomi dalam perspektif IslamAmalia Damayanti
 
Perbandingan ekonomi umum dan ekonomi islam
Perbandingan ekonomi umum dan ekonomi islamPerbandingan ekonomi umum dan ekonomi islam
Perbandingan ekonomi umum dan ekonomi islamCahya Kamila Dewi
 
Kehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegara
Kehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegaraKehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegara
Kehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegaraAyu Anjarwati
 

Similar a Pengaruh barat dari aspek politik (20)

Faktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islamFaktor perkembangan islam
Faktor perkembangan islam
 
R u k u n negara
R u k u n negaraR u k u n negara
R u k u n negara
 
Implikasi Praktek Ekonomi Islam terhadap Kesejahteraan Masyarakat
Implikasi Praktek Ekonomi Islam terhadap Kesejahteraan MasyarakatImplikasi Praktek Ekonomi Islam terhadap Kesejahteraan Masyarakat
Implikasi Praktek Ekonomi Islam terhadap Kesejahteraan Masyarakat
 
Ideologi negara
Ideologi negaraIdeologi negara
Ideologi negara
 
Ideologi
IdeologiIdeologi
Ideologi
 
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
Penjelasanrukunnegara 090912081655-phpapp02
 
ppt ppkn HAKIKAT,INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKAN ...
ppt ppkn HAKIKAT,INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKAN ...ppt ppkn HAKIKAT,INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKAN ...
ppt ppkn HAKIKAT,INSTRUMENTASI, DAN PRAKSIS DEMOKRASI INDONESIA BERLANDASKAN ...
 
Assg. bmm3142 kebudayaan melayu
Assg. bmm3142 kebudayaan melayuAssg. bmm3142 kebudayaan melayu
Assg. bmm3142 kebudayaan melayu
 
Pendidikan Pancasila
Pendidikan  PancasilaPendidikan  Pancasila
Pendidikan Pancasila
 
Rukun negara -
Rukun negara - Rukun negara -
Rukun negara -
 
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan BangsaE-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
E-folio MPU21032 Topik 5 Konsep Negara Dan Bangsa
 
Islam dan demokrasi
Islam dan demokrasiIslam dan demokrasi
Islam dan demokrasi
 
Makalah ekonomi dalam perspektif Islam
Makalah ekonomi dalam perspektif IslamMakalah ekonomi dalam perspektif Islam
Makalah ekonomi dalam perspektif Islam
 
Pancasila kuliah(1)
Pancasila kuliah(1)Pancasila kuliah(1)
Pancasila kuliah(1)
 
Pancasila kuliah
Pancasila kuliahPancasila kuliah
Pancasila kuliah
 
titas
titastitas
titas
 
Perbandingan ekonomi umum dan ekonomi islam
Perbandingan ekonomi umum dan ekonomi islamPerbandingan ekonomi umum dan ekonomi islam
Perbandingan ekonomi umum dan ekonomi islam
 
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
E-FOLIO ( PENGAJIAN MALAYSIA )
 
E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )E-FOLIO ( Rukun Negara )
E-FOLIO ( Rukun Negara )
 
Kehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegara
Kehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegaraKehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegara
Kehidupan yang demokratis dalam bermasyarakat, berbangsa dan bernegara
 

Más de Mohammad Yaqin

Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakMohammad Yaqin
 
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengarAplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengarMohammad Yaqin
 
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)Mohammad Yaqin
 
Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global Mohammad Yaqin
 
Soalan 1 internship dan perpaduan (integrasi)
Soalan 1   internship dan perpaduan (integrasi) Soalan 1   internship dan perpaduan (integrasi)
Soalan 1 internship dan perpaduan (integrasi) Mohammad Yaqin
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Mohammad Yaqin
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Mohammad Yaqin
 
Korpus bahasa yeen kak ikin
Korpus bahasa yeen kak ikinKorpus bahasa yeen kak ikin
Korpus bahasa yeen kak ikinMohammad Yaqin
 
Berkaitan semantik ainol-
Berkaitan semantik  ainol-Berkaitan semantik  ainol-
Berkaitan semantik ainol-Mohammad Yaqin
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuMohammad Yaqin
 

Más de Mohammad Yaqin (11)

Copy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanakCopy paste cerita kanak kanak
Copy paste cerita kanak kanak
 
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengarAplikasi kemahiran melayan dan mendengar
Aplikasi kemahiran melayan dan mendengar
 
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
Pengaruh arab dalam alam melayu (ainol)
 
Isu kesantunan-guru
Isu kesantunan-guruIsu kesantunan-guru
Isu kesantunan-guru
 
Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global
 
Soalan 1 internship dan perpaduan (integrasi)
Soalan 1   internship dan perpaduan (integrasi) Soalan 1   internship dan perpaduan (integrasi)
Soalan 1 internship dan perpaduan (integrasi)
 
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
Kebudayaan melayu (politik) dan bidang sosial (full)
 
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
Bmm3114 bab 1 4 konsep budaya
 
Korpus bahasa yeen kak ikin
Korpus bahasa yeen kak ikinKorpus bahasa yeen kak ikin
Korpus bahasa yeen kak ikin
 
Berkaitan semantik ainol-
Berkaitan semantik  ainol-Berkaitan semantik  ainol-
Berkaitan semantik ainol-
 
Falsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayuFalsafah bahasa melayu
Falsafah bahasa melayu
 

Pengaruh barat dari aspek politik

  • 1. Budaya Budaya amat penting kepada setiap individu dan masyarakat kerana cara hidup mereka dilambangkan oleh budaya yang mereka amalkan. Kamus Pelajar Terbitan Khas KBSM (2007) telah menyatakan budaya sebagai kemajuan jasmani dan rohani manusia serta juga kemajuan fikirannya menerusi latihan dan pengalaman serta peradaban. Kroeber dan Kluckhohn (Alisjahbana, 1986: 207-208), telah mendefinisikan budaya kepada 7 perkara iaitu : Pertama, kebudayaan adalah keseluruhan hidup manusia yang kompleks, meliputi hukum, seni, moral, adat-istiadat dan segala percakapan lain, yang diperoleh oleh manusia sebagai anggota masyarakat. Kedua, penekanan terhadap kebudayaan yang memandang kebudayaan bersifat warisan tradisi. Ketiga, budaya dianggap bersifat normatif, iaitu sebagai cara dan aturan hidup manusia seperti cita- cita, nilai, dan tingkah laku. Keempat, pendekatan kebudayaan dari aspek psikologi iaitu menganggap budaya itu sebagai langkah penyesuaian diri kepada persekitarannya. Kelima, kebudayaan dibincangkan sebagai suatu struktur yang mencakupi pola-pola organisasi dan fungsinya. Keenam, budaya juga membezakan manusia dengan haiwan iaitu melalui komunikasi bahasa yang difahami oleh manusia. Ketujuh, budaya diperkatakan sebagai suatu sistem yang tidak lengkap. Definisi yang dinyatakan oleh Kroeber dan Kluckhohn ini sebenarnya hanya ingin menyatakan bahawa kebudayaan itu sangat luas ruang lingkupnya dan semestinya perlu dilihat dari aspek-aspek yang disebutkan di atas. Masyarakat Melayu sejak dahulu lagi amat menitikberatkan soal kebudayaan, apatahlagi sejak kedatangan imigran, iaitu kaum Cina dan India. Oleh kerana mengetahui peri pentingnya budaya terhadap masyarakat bukan sahaja untuk kaum Melayu, bahkan Cina dan India juga perlu mengekalkan kebudayaannya, maka persepakatan telah diambil antara ketiga-tiga kaum utama dan dimaterikan di dalam perlembagaan Malaysia walaupun tidak dinyatakan secara jelas. Misalnya :
  • 2. a) Kedudukan Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua Negara adalah contoh penerapan unsur kebudayaan Melayu sebagai kebudayaan kebangsaan negara ini kerana institusi Yang di-Pertuan Agong adalah unsure kebudayaan Melayu. Begitu juga dengan gelaran sultan bagi negeri-negeri di Malaysia. b) Peruntukan bahasa melayu sebagai bahasa kebangsaan dalam perkara 152 (1) yang menyebutkan bahawa bahasa kebangsaan adalah bahasa Melayu dan hendaklah ditulis dalam apa-apa juga tulisan yang diperuntukkan oleh undang-undang parlimen. c) Kedudukan agama islam sebagai agama Persekutuan adalah mencerminkan corak budaya Melayu tradisional kerana agama itu menjadi asas masyarakat Melayu tradisi. Perkara –perkara di atas jelas menunjukkan bahawa betapa pentingnya kebudayaan terhadap masyarakat itu sendiri sehinggakan pembentukan perlembagaan yang mengandungi unsur budaya di dalamnya. Kesimpulannya, budaya boleh ditakrifkan sebagai keseluruhan cara hidup manusia yang merangkumi cara bertindak, kelakuan dan cara berfikir dan termasuk juga hasi-hasil kehidupan berkelompok yang bercorak kebendaan dan bukan kebendaan.
  • 3. Pengaruh barat Ekonomi : Setelah menjajah Tanah Melayu, barat mula mengembangkan sistem ekonominya. Ini telah menyebabkan sistem ekonomi Islam yang telah diamalkan oleh masyarakat Tanah Melayu sejak Islam bertapak sekian lama mula terhapus secara perlahan- lahan. Penggunaan sistem matawang kertas yang diperkenalkan oleh orang barat telah menyebabkan matawang Melayu yang berasaskan emas dan perak mula dihapuskan. Perkara ini sebenarnya bermula setelah kejatuhan Daulah Khilafah pada 1924. Semenjak itu, sistem ekonomi dunia telah dikuasai oleh barat dan ini memberikan ruang kepada mereka untuk memperkenalkan sistem matawang kertas kepada dunia tidak terkecuali Tanah Melayu. Barat telah mengamalkan sistem ekonomi secara kapitalis yang sebenarnya sistem ini adalah berasaskan riba. Dengan riba, para kapitalis menggunakan sistem berhutang sebagai suatu perniagaan yang sangat menguntungkan pihak mereka sambil memberikan tekanan kewangan kepada orang lain. Walhal dalam Islam, berhutang bukanlah bertujuan untuk mengambil keuntungan, tetapi untuk menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan semata- mata. Sebenarnya, sistem ekonomi yang diperkenalkan oleh barat ini telah banyak menghapuskan norma-norma Islamik dalam masyarakat melayu sehingga hari ini. Namun, sekarang kita sudah mempunyai pilihan untuk berurusan secara Islamik ataupun bukan. Hal ini kerana, kerajaan telah mula memperkenalkan sistem urusniaga secara Islamik yang berlandaskan syariat-syariat Islam. Selain itu, barat juga telah memperkenalkan sistem ekonomi secara sosialis. Sistem ini menekankan pemilikan harta adalah hak negara. Semua faktor produksi dan sumber pendapatan menjadi milik negara dan individu tidak ada hak pemilikan dan kebebasan untuk mengambil manfaat hasil produk mereka. Dasar kesamaan ekonomi menentukan hak individu dalam suatu bidang ekonomi. Konsumsi terhadap hasil produksi disediakan oleh negara menurut keperluan individu. Untuk mencapai tujuan sistem kesamaan ekonomi sosialis, undang-undang buruh menguasai segala peraturan aktiviti produksi dengan mengamalkan kebebasan ekonomi dan hak pemilikan harta.
  • 4. Terbaru, sistem ekonomi barat mula diubah suai agar menampakkan lebih adil dan memberi kebaikan kepada rakyat jelata. Sistem Ekonomi Campuran adalah merupakan satu sistem ekonomi hasil daripada campuran diantara sistem kapitalis dan sistem sosialis. Melalui sistem ini, kerajaan dan pihak persendirian atau swasta bekerjasama untuk membentuk satu pasaran yang lebih adil. Dasar-dasar kerajaan digubal secara menyeluruh dan merangkumi semua pihak termasuk pihak swasta atau persendirian. Kerajaan hanya sebagai pentadbir tetapi kerajaan boleh campur tangan dalam pasaran serta urusan ekonomi dan kewangan apabila keadaan memerlukan. Hak milik kerajaan dan persendirian akan digembleng untuk kebaikan rakyat jelata. Walaupun kerajaan menjadi pemilik kepada badan-badan tertentu, namun pihak swasta juga dibenarkan terlibat dalam kegiatan-kegiatan perniagaan yang besar serta menjadi pemilik kepada industri-industri gergasi yang penting di negara, bahkan pelbagai insentif akan diberikan untuk menggerakkan kegiatan sektor swasta oleh kerajaan sendiri. Sistem ini juga telah diperkenalkan oleh barat dalam sistem ekonomi kita di Malaysia pada masa ini. Istilah ‘pecah dan perintah’ sangat lazim dengan masyarakat di Malaysia dan majoriti daripada kita tahu tentang istilah tersebut. Kemasukan migran iaitu Cina dan India menyebabkan pendudukan di Tanah Melayu telah diperintah berdasarkan istilah ‘pecah dan perintah’. Kaum-kaum terbesar di Malaysia dipecah-pecahkan ke kawasan perlombongan (kaum Cina), kawasan estet (kaum India) dan kawasan pantai dan kampung-kampung (kaum Melayu). Perkara ini telah menyebabkan jurang ekonomi bagi tiga kaum terbesar ini telah menjadi sangat luas dan sangat ketara perbezaannya. Inilah antara cara barat mentadbir ekonomi di Tanah Melayu suatu ketika dahulu.
  • 5. Politik : Demokrasi telah dibawa oleh barat suatu ketika dahulu dan sekaligus telah membawa kesan yang besar dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu yang sebelum ini mengamalkan sistem feudal iaitu Pemerintahan Beraja yang menganggap raja sebagai pemimpin yang mutlak. Sistem demokrasi ini sangat berbeza dengan sistem Pemerintahan Beraja yang diamalkan oleh masyarakat Melayu masa dahulu. Dalam sistem demokrasi ini, kedaulatan dan keputusan negara mesti dibuat oleh rakyat dengan menggunakan suara majoriti yang memilih untuk melakukan sesuatu keputusan. Pemilihan pemimpin cara demokrasi juga dilakukan berdasarkan pandangan, sokongan dan aspirasi rakyat terhadap calon yang difikirkan layak. Pemilihan pemimpin dilakukan dalam pilihan raya yang diadakan. Demokrasi ini sebenarnya telah mengehadkan kuasa sultan atau raja yang mana sebelum ini, mereka adalah pemerintah mutlak dalam pentadbiran negeri masing-masing. Demokrasi mempunyai pelbagai jenis antaranya yang kita sedia maklum adalah Demokrasi Berparlimen, Demokrasi Terpimpin, Demokrasi Proletar, Demokrasi Liberal dan macam-macam lagi. Di Malaysia, negara kita telah mengamalkan Demokrasi Berparlimen. Malaysia telah mengamalkan konsep demokrasi berparlimen bermula dari awal kemerdekaan lagi sehinggalah sekarang. Seperti yang kita sedia maklum, Demokrasi Berparlimen diamalkan di bawah pentadbiran Raja Perlembagaan. Malaysia diketuai oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong yang dipilih berdasarkan sistem giliran daripada sembilan sultan negeri Melayu untuk berkhidmat selama lima tahun sebagai Ketua Negara dan Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Malaysia. Selain itu Yang Dipertuan Agong turut memegang kuasa ke atas sistem perundangan, ketenteraan, agama islam, pentadbiran, kehakiman dan sebagainya. Peruntukan ini terkandung di dalam perlembagaan negara Malaysia sejak mula-mula diperkenalkan setelah Malaysia mendapat kemerdekaan dari kerajaan British.
  • 6. Sosial : Pengaruh sosial daripada barat seperti yang kita maklum antaranya adalah cara berfikir masyarakat Melayu yang sudah mula lebih terbuka. Pemikiran yang terbuka ini dapat kita lihat dalam kepercayaan masyarakat kita terhadap perkara- perkara yang digelar pantang larang, petua dan lain-lain. Kebiasaannya, pantang larang dianggap sebagai sesuatu hukum dalam masyarakat Melayu yang wajib dipatuhi dan akan mengakibatkan kesan yang tidak diingini oleh seseorang sekiranya melanggar pantang larang itu. Cara berfikir seperti ini sudah mula berubah sejak kedatangan barat dan menganggap perkara-perkara ini lebih kepada karut. Selain itu, dalam aspek sosial kekeluargaan perkembangan yang berlaku di barat berhubung dengan idea yang keluarga bukan lagi menjadi unit yang fungsional, lantas tidak perlu dipertahankan, adalah membimbangkan. Barat cuba mencari alternatif lain menggantikan institusi kekeluargaan dan antara alternatif yang dicadangkan ialah bersekedudukan tanpa nikah, pasangan sejenis, keibubapaan tunggal, kehidupan berkelompok, dan didikan anak secara professional (Eliot, 1986). Persidangan Kependudukan di Kaherah pada akhir tahun 1994 juga telah merumuskan beberapa perkara yang bersifat anti-keluarga seperti mengesahkan (legalise) pengguguran, menerima hakikat bersekedudukan (cohabitation), dan memberi hak sepenuh kepada anak yang lahir di luar nikah. Perkara yang berlaku di barat ini telah melanda masyarakat timur seperti pengguguran dan lain-lain. Namun, kesannya terhadap masyarakat di Malaysia khasnya masih kurang ketara kerana sebilangan besar masyarakat kita khasnya Melayu masih mempunyai sistem kekeluargaan yang utuh dan perkara ini hanya terjadi kepada sebilangan kecil keluarga yang telah menerima kesan pengaruh sosial dari barat. Namun, ada juga perkara yang membimbangkan kerana kesan pengaruh barat terhadap masyarakat kita, antaranya kemerosotan nilai-nilai kekeluargaan dalam kalangan generasi muda. Selain itu, penyalahgunaan bahan terkawal seperti dadah, kenakalan juvana, kehamilan luar nikah, pembuangan bayi dan lain-lain lagi.
  • 7. Kesenian : Pengaruh kesenian barat juga boleh dilihat dari dua aspek iaitu aspek seni bina dan persembahan muzik. Pengaruh barat sebenarnya secara jelas kita boleh buktikan melalui aliran-aliran muzik yang mereka bawa ke alam kita. Melalui alitan- aliran ini, maka terhasillah kumpulan-kumpulan artis yang beraliran rock, balada, pop, jazz, dan lain-lain. Terlalu banyak aliran muzik yang dibawa masuk oleh barat ke dunia kita. Kesan pengaruh muzik-muzik ini bukan sahaja ditonjolkan oleh negara kita, malah seluruh dunia juga telah menerima kesan dan tempiasnya. Sedikit sebanyak, aliran-aliran muzik ini sebenarnya mempelbagaikan lagi seni persembahan yang ada di negara kita. Namun, disebabkan ini jugalah, seni tradisional kita mula dipinggirkan. Selain itu, sesetengah reka bentuk binaan bangunan-bangunan yang terdapat di tempat kita ini juga adalah sebagai bukti pengaruh barat terhadap kita. Binaan bersenikan kebaratan boleh dilihat pada bangunan-bangunan baharu yang dibina dengan berkonsepkan kemodenan. Binaan bangunan ini mengaplikasikan ciri-ciri barat yang dianggap moden oleh dunia. Menara Berkembar Petronas contohnya, dibina dengan berkonsepkan silinder yang diideakan oleh barat. Seni yang dibawa oleh orang-orang barat telah banyak mempengaruhi dunia pada masa kini. Dalam bidang seni muzik contohnya, selain mempelbagaikan genre muzik, terdapat beberapa identiti-identiti imej yang muncul berdasarkan aliran muzik yang mereka ceburi kerana setiap genre muzik tersebut, mempunyai identiti dan imej yang berbeza kepada si pemuziknya. Contohnya, imej penyanyi rock dan jazz adalah berbeza sama sekali. Imej pemuzik aliran pop juga berbeza dengan aliran rap. Melalui kepelbagaian imej yang dibawa oleh mereka, ini telah mendatangkan kesan buruk kepada imej tradisi kita kerana perkara-perkara yang dibawa barat ini sebenar sangat mudah mempengaruhi masyarakat dunia termasuk kita sendiri.
  • 8. Pengaruh Islam dalam masyarakat Melayu KESAN PENGARUH ISLAM DALAM TAMADUN MELAYU Kedatangan Islam telah memberi kesan yang besar terhadap masyarakat Melayu. Kesan ini juga jelas dilihat di dalam kehidupan seharian masyarakat Melayu yang banyak didasari dengan adat dan ajaran agama Islam. Pengaruh Islam dan kesannya boleh diperhatikan dalam pelbagai aspek antaranya : Politik dan Pemerintahan Pentadbiran dalam politik setelah kedatangan Islam lebih condong seperti yang diamalkan oleh masyarakat Arab semasa pemerintahan berkhalifah dijalankan di sana. Politik Melayu pada ketika itu mengamalkan seperti yang diamalkan oleh kerajaan khilafah semasa zaman pemerintahan era Abbasiyah. Kedatangan Islam telah memberi perubahan terhadap sistem politik. Contohnya, agama Islam telah diisytiharkan sebagai agama rasmi di Melaka. Sehubungan itu, beberapa institusi Islam didirikan bagi membantu mengukuhkan sistem pentadbiran berasaskan Islam. Antara institusi yang didirikan adalah Jabatan Agama Islam dan Syariah. Selain itu kitab Undang-undang Laut dan Hukum Kanun Melaka dihasilkan untuk panduan masyarakat juga disebabkan pengaruh kedatangan Islam. Kemudian, beberapa jawatan seperti kadi, imam dan sebagainya diwujudkan bagi melaksanakan peraturan-peraturan yang ditetapkan. Setelah Islam datang dan tersebar di seluruh Nusantara, sistem politik dan pentadbiran masyarakat Melayu telah berubah dan dipadankan dengan ajaran Islam. Gelaran raja atau dewaraja bertukar kepada sultan dan disamakan dengan khalifah seperti yang diperkenalkan dalam sistem pentadbiran Islam. Kepatuhan dan ketaatan pada sultan adalah kepatuhan yang bersyarat, bukan kepatuhan mutlak seperti konsep dewaraja.
  • 9. Dari segi pentadbiran, kerajaan Melayu Melaka ditadbir oleh seorang sultan yang mempunyai kuasa penuh dalam urusan pentadbiran negara. Sultan juga berperanan sebagai ketua dalam agama Islam dan ketua negara. Sultan juga bertanggungjawab mempastikan pentadbiran dapat dijalankan dengan baik dan berkesan. Buktinya, di zaman pemerintahan Melayu Melaka, kerajaan amat maju dan stabil. Menurut sejarah, Kerajaan Melaka telah menyediakan tapak yang subur bagi perkembangan Islam di Tanah Melayu. Bukti-bukti sejarah menjelaskan bahawa Islam bertapak di Tanah Melayu seawal kurun ke-9M dan selewat-Iewatnya pada kurun ke-15M. Islam telah bertapak di Kelantan, Terengganu dan Kedah sebelum terbentuknya Kerajaan Melaka. Keagungan Melaka mula terserlah apabila ia mengamalkan dasar luar yang pragmatik iaitu dasar berbaik-baik dengan kuasa besar asing pada ketika itu seperti Siam, Majapahit dan China. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid, 2003). Adat dan Cara Hidup Sosial Dalam konteks sosial, Islam mengajar tidak menerapkan atau mengaplikasikan sistem kasta dalam masyarakat seperti yang terdapat dalam pengaruh Hindu- Buddha. Sebaliknya pembentukan masyarakat mestilah diasaskan kepada agama Islam. Raja, rakyat sama ada tua atau muda, kaya atau miskin semuanya mempunyai peranan dalam masyarakat (Mifah Abu Yazid, 2003). Tradisi animisme dan Hinduisme telah diganti dengan adat dan cara hidup Islam yang dilakukan sejak individu itu lahir di dunia hinggalah hari kematiannya. Islam telah mengubah corak hidup masyarakat Melayu di dalam segala aspek kehidupan manusia. Adat resam masyarakat Melayu diperkemaskan lagi dengan ajaran Islam. Walau bagaimanapun, adat Melayu yang tidak bertentangan dengan Islam masih boleh terus diamalkan sehingga ke hari ini.
  • 10. Adat adalah suatu perbuatan atau perlakuan menurut kebiasaan masyarakat atau bangsa yang berkenaan. Masyarakat Melayu menganggap adat sebagai undang- undang hidup. Mereka mematuhi adat serta menghormatinya dengan keyakinan bahawa melanggar adat dianggap sebagai suatu sikap atau perbuatan buruk dan akibatnya akan merosakkan diri dan sekaligus mencemarkan kesejahteraan hidup masyarakat (Asmad, 1990: 4). Kesenian : Pengaruh islam dalam aspek kesenian sangat jelas yang kita boleh lihat sejak Islam mula bertapak dari dahulu sehingga sekarang. Kesan-kesan ini jelas ditonjolkan pada ciptaan bangunan-bangunan seperti reka bentuk masjid yang mempunyai bentuk kubah dan kebiasaannya mempunyai lambing bulan dan bintang di atas kubah tersebut. Selain itu, corak yang sering dipaparkan pada dinding masjid juga lebih tertumpu kepada corak-corak dari Arab yang simbolik dengan Islam. Selain itu, kesan pengaruh paling jelas yang kita boleh lihat adalah pada sistem tulisan masyarakat Melayu itu sendiri. Sebelum kedatangan Islam, masyarakat Melayu menggunakan sistem tulisan nagiri, kawi dan lain-lain. Namun, setelah tersebarnya Islam di Tanah Melayu, pengaruh Islam dan tulisan Arab telah menyebabkan tulisan Melayu lama sudah tidak digunakan lagi. Penyerapan tulisan Arab telah diasimilasikan ke dalam Melayu dan disesuaikan dengan cara penyebutan orang- orang Melayu lalu menghasilkan tulisan yang dipanggil tulisan jawi. Kemudian, tulisan jawi juga mempunyai kesenian tersendiri iaitu khat. Terdapat pelbagai jenis khat yang telah didatangkan bersama tulisan arab antaranya khat nasakh, khat tsuluth, khat kufi dan lain-lain lagi. Kesannya, kesenian khat ini seringkali boleh dilihat pada ukiran-ukiran di masjid-masjid ataupun dirumah-rumah kita sendiri. Seni khat kebiasaannya bermotifkan tumbuh-tumbuhan dan bentuk- bentuk geometrik. Selain itu, terdapat juga pengaruh Islam dari segi seni persembahan. Pengaruh ini telah menciptakan identiti bangsa sesuatu masyarakat itu sendiri. Contohnya, tarian zapin yang terkenal di negeri Johor. Seni persembahan lain antaranya ghazal, qasidah, hadrah, gambus dan lain-lain lagi.
  • 11. Ekonomi : Kedatangan islam telah menghapuskan sistem riba yang sering diamalkan oleh kebanyakan masyarakat di dunia. Hal ini kerana, dalam islam itu sendiri telah mengharamkan amalan riba kerana dengan tegas menyatakan riba itu sebenarnya menyusahkan dan menindas golongan-golongan yang susah sedangkan Islam bukan agama yang menindas mana-mana golongan. Kedatangan Islam telah membawa perubahan dalam sistem ekonomi kita dalam urusan perniagaan dan jual beli. Islam adalah agama yang meletakkan keyakinan penganutnya sebagai teras kepada keimanan kepada Allah S.W.T. Oleh itu, dalam urusan jual beli, masyarakat islam bukan sahaja dikawal oleh undang- undang yang dicipta sendiri (Risalah Hukum Kanun dan Undang-undang Luat Melaka), malah segala urusan dikawal dengan keikhlasan hati umat Islam itu. Dalam konteks yang lebih luas, kita boleh lihat Melaka yang telah mengamalkan dasar luar pragmatik iaitu berbaik-baik dengan kuasa besar semasa melalui zaman kegemilangannya telah menyebabkan sistem ekonomi Islam yang bersih dari riba dan penindasan itu telah berkembang dengan pesat lalu menarik ramai pedagang-pedagang luar untuk berdagang di negara kita. Dasar ini mampu menstabilkan politik Melaka serta memberi peluang kepada perkembangan ekonomi dan pentadbirannya (Afifah Abu Yazid, 2003: 3). Selain itu, zakat juga salah satu antara sistem perekonomian Islam yang wajib dilakukan atau dikeluarkan oleh golongan yang mampu dengan syarat-syarat tertentu yang telah ditetapkan. Zakat ini dipungut oleh amil zakat pada masa-masa tertentu bertujuan agar dapat diagihkan kepada saudara-saudara seagama yang miskin, fakir, yatim, dan lain-lain. Untuk mengagihkan zakat-zakat ini, maka baitulmal mula ditubuhkan bagi memudahkan urusan pengagihan. Sistem muamalat (jual beli) secara Islam juga telah diperkenalkan dan diamalkan. Sistem jual beli ini sebenarnya telah lama berlaku dalam masyarakat Melayu namun, dengan kedatangan Islam, sistem jual beli masyarakat kita telah dimurnikan lagi dan segala unsur-unsur syubhah atau meragukan telah dihapuskan agar kita mendapat hasil dari urusan berjual beli yang bersih dan halal lagi baik.
  • 12.
  • 13. Bibliografi : http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/component/content/article/110- ekonomi/5698-sistem-sistem-ekonomi.html http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/maklumat-kenegaraan/1201-demokrasi- berparlimen.html http://redzuan-ridz.blogspot.com/2011/04/jenis-jenis-demokrasi.html http://malaycivilization.ukm.my/idc/groups/portal_tenas/documents/ukmpd/tenas_428 79.pdf http://076115tamadun.blogspot.com/2008/04/pengaruh-islam-dalam-politik.html Suwardi Endraswara, Metode, Teori, Teknik Penelitian Kebudayaan : Ideologi, Epistemologi, dan Aplikasi, Jogjakarta: Pustaka Widyatama, 2006 Azmah Abdul Manaf, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Selangor Darul Ehsan : Utusan Publication & Distributors Sdn Bhd : 2005 Ismail Hamid, Masyarakat dan Budaya Melayu, Selangor Darul Ehsan : Dewan Bahasa dan Pustaka : 1998 Vijai Balasubramaniam, Politik Nasionalisme dan Federalisme di Malaysia, Shah Alam, Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd: 1998 Kamus Pelajar, Terbitan Khas KBSM, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka : 2007