SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 97
Descargar para leer sin conexión
PENGAJIAN MALAYSIA (Diploma)

Unit 1 (Pelajaran 1)

PENGENALAN MAYARAKAT MALAYSIA

OBJEKTIF

Setelah mempelajari bab ini, pelajar dapat memahami fakta-fakta berikut:

   1. Anda dapat menegetahui takrif masyarakat dengan lebih mendalam dan lain-lain
      aspek penting yang berhubungan dengan masyarakat.

   2. Anda juga pasti dapat memahami beberapa konsep asas hubungan antara pelbagai
      suku kaum yang menjadi teras kemajmukan masyarakat Malaysia.

   3. Dengan mempelajari bab ini, beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan untuk
      mengeratkan hubungan suku kaum di Malaysia dapat dipelajari.


Huraian tentang tiga aspek utama dalam unit ini akan kita lakukan sekarang: (a) konsep
masyarakat; (b) konsep budaya dan (c) hubungan Etnik Di Malaysia. Ketiga-ketiga topik
ini berkait rapat antara satu dengan lain.


PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA

Unit 1a

Masyarakat

1a. 1 Definisi

1a. 1.1. Masyarakat

Kamus Dewan (2005) menyatakan: “Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup
bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan
kumpulan – kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat
wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya, melalui hubungan bersemuka.
Melalui pergaulan, maka berlakulah hubungan sosial yang sifatnya berulangan seperti
gotong royong, menjayakan majlis-majlis perkahwinan, menyambut hari-hari kebesaran
agama dengan ziarah menziarahi, mengadakan rumah tebuka, jamuan rakyat dan
sebagainya. Kekerapan perpaduan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat
tersebut sebagai satu unit sosial.”
1a.1.2 Masyarakat Majmuk

Apakah takrif masyarakat majmuk?

“Masyarakat majmuk adalah kewujudan budaya, ekonomi, tempat tinggal, pegangan
ideologi politik dan sosial dalam pelbagai etnik yang berbeza.” Dalam hubungan ini, cuba
kita perhatikan pandangan J.S.Furnival, seorang sarjana sains politik yang mula-mula
mengemukakan konsep masyarakat majmuk pada tahun 1948. Kata J.S.Furnival:

“Di Burma, seperti di Jawa, barangkali perkara yang amat menarik hati pelawat adalah
campuran kumpulan-kumpulan manusia – orang Eropah, Cina, India dan Bumiputera.
Dalam ertikata yang setepat-tepatnya, mereka bercampur tetapi tidak bersatu padu. Tiap-
tiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, pemikiran dan cara hidup masing-
masing. Sebagai seorang perseorangan, mereka bercampur, tetapi hanya diapasar, dalam
menjual dan membeli. Wujud satu masyarakat majmuk yang terdiri dari kumpulan-
kumpulan manusia yang hidup berdampingan, tetapi berasingan, dalam satu unit politik
yang sama. Malahan dalam bidang ekonomi terdapatnya pembahagian tugas atau garis-
garis perkauman” (T.P. Jagedo, 1989: 28-9).

Jadi, anda sekarang dapat membuat satu rumusan tentang apa yang dimaksudkan dengan
masyarakat majmuk itu. Secara ringkas, ia adalah kemajmukan pelbagai kelompok etnik
yang tinggal dibawah satu bumbung politik dalam sesebuah negara tetapi tidak bersatu
padu. Masing-masing kelompok mempunyai bahasa, budaya, agama, nilai dan pemikiran
serta cara hidup yang berlainan. Dengan kata lain, mereka nampak kelihatan hidup
bersama tetapi berasingan.

Aktiviti

Soalan Objketif

Jawab semua soalan di bawah. Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Semua pernyataan berikut adalah tepat, kecuali

   A.   Manusia ialah kumpulan bersama yang hidup bersama di sesuatu tempat.
   B.   Manuisa adalah hidup dengan peraturan dan cara tertentu.
   C.   Manusia adalah kumpulan yang suka hidup menyendiri
   D.   Manusia berhubungan antara satu sama lain


2. Apakah yang mencirikan masyarakat majmuk?

   A.   Warna kulit
   B.   Perumahan
   C.   Sekolah
   D.   Kilang
3. Anasir-anasir kemajmukan masyarakat Burma mengikut pandangan J.S. Furnival
kecuali

     A.   Masyarakat Burma terdiri dari pelbagai etnik
     B.   Masyarakat Burma bercakap pelbagai bahasa
     C.   Masyarakat Burma hanya beragama Buddha
     D.   Masyarakat Burma bercampur tetapi tidak berpadu dalam politik


1a.2 Ciri-Ciri

Antara ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut:

1.    Berkelompok.
2.    Berbudaya
3.    Mengalami perubahan.
4.    Berhubungan (dalam dan dengan pihak luar).
5.    Mempunyai kepimpinan.
6.    Mempunyai aturan soisalnya (susun lapis, kelas, status dan kasta)


1a.2.1. Faktor

Kita semua wajar memahami secara jelas konsep masyarakat kerana factor-faktor berikut:

     1. Hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi
        untuk hidup bermasyarakat.
     2. Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup masyarakat.
     3. Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain.
     4. Memupuk kerjasama yang berterusan dalam amsyarakat sendiri dan dengann
        masyarakat lain. Jadi, sifat dan ciri masyarakat mesti difahami kerana masyarakat
        itu adalah satu yang dinamik.

Aktiviti


Soalan Objektif

1. Pilih penyataan yang benar dibawah ini berhubung dengan ciri-ciri masyarakat.

A. Masyarakat dari segi tabiatnya adalah statik (tidak bergerak)
B. Masyarakat suka berbudaya
C. Masyarakat tidak minat untuk berkahwin
D. Masyarakat tidak suka hiburan
2. Jelaskan satu sebab kenapa konsep masyarakat wajar difahami dengan jelas dan
tepat?


1a.3 Konsep Etnik

Anda telitikan takrif etnik sekarang:

“Satu sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam dari segi
adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik adalah berkait rapat
dengan konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan
fizikal atau sifat biologi. Di Malaysia, pelbagai etnik hidup secara berlainan tetapi tetap
berada di bawah satu sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan
budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga,
orientasi politik, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Di negara ini, orang Melayu, Cina,
India, Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnosentrik
itu mengaggap ciri-ciri budayanya sangat wajar, betul dan lebih utama daripada budaya
etnik yang lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun dikatakan berada
pada tahap rendah atau tidak bermoral.”

Jika anda berada di Sarawak dan Sabah, anda pasti dapat melihat dengan jelas pelbagai
suku kaum yang terdapat di negeri-negri tersebut. Dari satu kaum berkembang pula kaum
yang lain. Inilah yang dinamakan sub-etnik. Dalam satu etnik, terdapat satu jenis budaya.
Ini menandakan adanya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas menyatukan
anggotanya dengan nilai, sikap dan tingkah laku yang sama.

Tahukah anda pakah yang dinamakan etnosentrisme? Maksudnya ialah kepercayaan
atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa
budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat dari kelompok lain.

1a.3.1 Konsep Ras dan Rasisme

Di negara kita nampaknya konsep ras dan etnik kerap kali bercampur aduk sehingga
maknanya menjadi lebih kurang sama. Jadi, orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai
etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras
dalam kehidupan seharaian.

Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai
tanda-tanda pengenalan bersama seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan
sebagainya. Lazimnya perbezaan warna kulit seperti seorang India yang berkulit hitam
dengan seorang Cina yang berkulit putih kuning menjadi kriteria utama bagi
membezakan kumpulan manusia.

Apakah yang dimaksudkan dengan rasisme?
Ia diertikan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu
kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesautu kelompok lain berdasarkan
perbezaan wajah fizikal biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara
terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prasangka buruk
(prejudis) dan kuasa yang ditunjukkan melalui amalan pilih kasih (diskriminasi) warna
kulit dan ciri-ciri fizikal-bilogikal yang lain.

1a. 3.2. Konsep Sangka Buruk (prejudis)

Apakah yang dimaksudkan dengan sangka buruk (prejudis)? Satu sikap negatif yang
ditunjukkan oleh seorang individu dan kelompok tertentu terhada sesuatu bangsa, ras,
etnik, individu dan masyarakat. Sikap sangka buruk ada dimana-mana sahaja dalam
masyarakat dunia. Dalam konteks Malaysia, lazimnya ia dirujukkan kepada amalan
sangka buruk antara pelbagai kaum dan masyarakat.

1a. 3.3 Diskriminasi

Sekarang mari kita pelajari apa itu diskriminasi? Ia ditakrif sebagai pandangan, pemikiran
dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau
anggota kelompok etnik yang lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang
berpandangan negatif. Pokoknya, diskriminasi ialah perbuatan membezakan seseorang
individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan cirri-ciri etnik semata.

Aktiviti

Soalan Objektif

Pilih mana satu yang benar dalam kenyataan berikut.

1. A. Konsep etnik berkait rapat dengan ras dan bangsa
   B. Konsep etnik tidak berkait lansgung dengan ras dan etnik
   C. Konsep etnik hanya sadikit sahaja berkait dengan ras dan bangsa
   D. Konsep etnik pada hakikatnya tidak wujud

2. A. Etnosentrisme menganggap budayanya rendah dari yang lain
   B. Etnosentrisme tidak menganggap budayanya lebih tinggi dari yang lain
   C. Etnosentrisme hanya kadang kala mengangap budayanya tinggi dari yang lain
   D. Etnosentrisme bangga dengan ketinggian budayanya dari etnik yang lain

3. A. Rasisme adalah faham yang ekstrim bangsa
   B. Rasisme bukan satu faham esktrim bangsa
   C. Rasisme hanya separuh ekstrim
   D. Rasime kadangkala ekstrim kerena faktur suasana
Unit 1B

Budaya

1b.1. Definisi

1. Kamus Dewan (2005) mentakrifkan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara
berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Dengan lain perkataan, budaya bolehlah
didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan
meliputi system sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, keprcayaan, adat
resam, sikap dan nilai.

2. Kamus Falsafah (1996) nenberikan maksud budaya sebaga: “Cara hidup bagi rakyat,
termasuk sikap-sikap, nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan, seni, ilmu penegtahuan,
bentuk-bentuk persepsi (pemerhatian), tingkah laku, tabiat dan kegiatan-kigiatan.”

1.b. 2 Ciri-Ciri Budaya?

  1.   Budaya yang dipelajari;
  2.   Budaya yang dikongsi;
  3.   Budaya yang bersifat sejagat;
  4.   Budaya yang diwarisi;
  5.   Budaya yang berubah-ubah;
  6.   Budaya yang berunsur simbolik;
  7.   Budaya yang berpandangan semesta (world-view).

1b.3 Perubahan

   1. Seperti yang diketahui bahawa setiap masyarakat mempunyai budayanya yang
      tersendiri. Ia terbentuk kerana adanya hubungan yang rapat dalam kalangan
      anggota seseuah masyarakat itu. Sebai contoh, masyarakat Melayu di desa-desa
      telah wujud berpuluh abad lamanya iaitu sebelum kedatangan budaya asing (Cina,
      India, Aab dan Eropah). Masyarakat berubah kerana zaman beredar.
   2. Dalam konteks masyarakat Melayu di negara ini, orang-oarng Melayu berpindah
      ke Rancangan FELDA (Lembaga kemajuan tanah Perseketuan) dalam tahun
      60’an. Pergerakan orang-orang Melayu dari luar bandar ke bandar KL berlaku
      dalam era 70an. Objektif utamanya adalah untuk ekonomi dan pelajaran.
   3. Mutakhir ini perpindahan masyarakt Melayu diluar bandar berhijrah ke bandar
      besar seperti KL, JB, Ipoh, Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Seremban, Melaka,
      Kucing dan lain-lain bandar di seluruh negara menjadi semakin rancak akibat
      pelaksaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan
      Wawasan 20/20.
Ib.3.1 Faktor

Jika kita mengkaji factor-faktor kenapa berlakunya perubahan dalam masyarakat Melayu,
ini adalah disebbakan oleh factor-faktor berikut:

   1. Manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta,
      mengubah, menambah dan melastarikan budaya. Mereka menurunkannya dari
      satu generasi kepada satu generasi yang lain. Selanjutnya, generasi yang
      menerima telah mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan situasi
      sosial dan fizikal semasa.
   2. Manusia yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya:
      bdaya material seperti Tembok Besar Cina dan budaya bukan material seperti
      system kepercayaan dan pemikiran. Paduan kedua-dua budaya ini menjadi
      pemacu kepada kemajuan sesebuah masyarakat.
   3. Penglibatan setipa anggota masyarakat adalah diperlukan bukan sekadar untuk
      mengatir pengurusan hidup harian seperti politik ekonomi dan pentadbira, tetapi
      melibatkan juga nilai, norma, emosi dan sebagainya.


1b.3.2. Impaknya Keatas Pembinaan Negara Bangsa


Setelah kita memahami konsep masyarakt dan budaya, persoalanya sekarang apakah
impak (kesan) kedua-dua konsep tadi dalam konteks pembinaan negara bangsa (nation
state)? Cuba kita lihat fakta-fakta ini:

   1. Oleh kerana pelbagai etnik wujud di negara ini – Melayu, Cina, India dan lain-
      lain suku kaum di Semannajung, Sabah dan Sarawak, perjuangan untuk
      membentu sebuah Bangsa Malaysia amatlah diperlukan oleh semua lapisan
      masyarakat di Malaysia demi kestabilan dan keharmonain hubungan antara
      pelbagai bangsa/etnik di negara ini.
   2. Justeru, pembinaan sebuah Bangsa Malaysia adalah lebih sulit dan mencabar dari
      membina sebuah masyarakat Malaysia. Ini ialah kerana terdapatnya kepelbagaian
      agama, bahasa dan budaya.
   3. Pembentukan Bangsa Malaysia boleh diukur dengan berpandukan tiga perkara
      berikut: (a) Semangat Cinta keppada negara seperti menghayati Rukun Negara
      Lagu Negaraku dan Jalur Gemilang; (b) Status Kewarnegaraan Malaysia seperti
      yang ditunjukkan dalam MyKad (Kad pengenalan); (c) Memupuk semanagat
      kebangsaan seperti yang dapat dilihat dalam penghayatan budaya kebangsaan
      seperti memakai baju Melayu untuk kaum jenis lellaki dan perempuan dalam
      acara-acara rasmi atau kegiatan harian bagi setiap seorang rakyat Malaysia.



Aktiviti
1. Definisi budaya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka menyebut bahawa budaya adalah satu
cara hidup. Sebutkan 2 lagi elemen penting dalam konsep budaya?

2. Sebutkan 4 ciri-ciri budaya

3. Apa yang dimaksudkan dengan perubahan. Berikan contohnya


Unit 1c

Hubungan Etnik Di Malaysia

1c.1 Faktor Mempengaruhi

Perbincangan dalam bab ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara etnik yang
dapat dilihat dalam tiga suku kaum terbesar di Malaysia – Melayu, Cina dan India. Di
Sabah dan Sarawak, terdapat pula pelbagai suku kaum/etnik/sub-etnik .

1c.1.1. Komposisi Dan Taburan Penduduk Sebelum Merdeka

   •   Sebelum penemuan bijih Timah oleh Long Jaafar di Taiping, Perak, pada tahun
       1948, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang-orang
       Melayu.
   •   Hanya sebilangan kecil sahaja orang Cina yang datang ke Tanah Melayu sebagai
       pedagang dan membuka penempatan mereka di Melaka, Kuala Trengganu,
       Sungai Johor, Sungai Pahang dan Kelantan. Pada masa yang sama, terdapat
       pergerakan kecil kaum India yang bekerja sebagai buruh di ladang kopi dan tebu
       yang terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Prai.
   •   Walaubagaimanapun, pada pertengahan kurun ke 19, orang-orang Cina dan India
       telah berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku
       kerana dasar kapitalisme penjajah Inggeris yang bertanggungjawab membawa
       orang-orang asing masuk ke negara ini untuk bekerja di lombong-lombong bijih
       dan ladang-ladang getah.
   •   Kesan yang nyata dari dasar liberalisme ekonomi Inggeris itu telah menyebabkan
       berlakunya proses pembentukan pelabagai kaum di Tanah Melayu. Nyata sekali
       bahawa penghijrahan secara besar-besaran dalam kalangan imigran Cina dan
       India telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu.
   •   Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil iaitu dari 54%
       merosot 49% pada tahun 1921. Peratus warga Melayu menurun lagi kepada 45%
       pada tahun 1931. Lihat Jadual (A) dan (B).
   •   Kemajmukan penduduk di Tanah Melayu telah menyebabakan Inggeris mentadbir
       negara ini dengan menggunakan dasar ‘pecah dan perintah” (divide and rule).
       Dasar yang bersifat tipu helah politik ini telah menyebabkan berlakunya polarisasi
       kaum yang semakin ketara di Tanah Melayu akibat pengkhususan orang-orang
       Melayu yang hanya bekerja dalam sektor pertanian, sementara orang-orang Cina
diberikan ruang di dalam sektor perniagaan, dan orang-orang India pula dalam
       bidang perladangan.


                         Rajah A

                              1921



                         2%
           23%
                                          38%
                                                     Melayu
                                                     Cina
                                                     India
                                                     Lain-lain

                  37%




                    Rajah B
                              1931



                         2%
            22%
                                         35%
                                                     Melayu
                                                     Cina
                                                     India
                                                     Lain-lain

                   41%




1c.1.2 Penduduk Utama Malaysia

Komposisi penduduk di negara ini boleh diperincikan dengan melihat etnik-etnik yang
terdapat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Masing-masing etnik ada sub-etnik yang
dapat dibezakan berdasarkan negeri, dialek bahasa dan lain-lain corak budaya yang
diprakstiskan. Contohnya, terdapat sub-etnik seperti suku Banjar yang bayak terdapat di
Tanjung Karang, Selangor, Parit Buntar Perak, dan Senggarang, Batu Pahat, Johor. Suku
Mandailing banyak yang tinggal di negeri Perak dan Selangor. Suku Jawa banyak
terdapat di Johor dan Selangor.
Rajah D

              Komposisi Kaum dan Suku Kaum Penduduk Malaysia
              Semenanjung Malaysia                    Sabah             Sarawak
    Melayu        Cina        India     Orang Asli
• Banjar      Hokien      • Malayali   • Negrito   • Kadazan           • Bidayuh
• Boyan       • Chuan-    • Punjabi    • Senoi     • Bajau               Bisaya
• Bugis         chew      • Selon      • Melayu    • Dusun             • Iban
• Jawa        • Chin-chew • Tamil        Asli      • Murut             • Kayan
• Kampar      • Eng-hua   • Telegu       (setiap   • Bisaya            • Kedayan
• Kerinci     • Eng-choon                rumpun    • Kadayun           • Kelabit
              • Hok-chew                 ini pula                      • Kenyah
• Mendaling                                        • Orang
              Kwangtung                  terdiri
• Minangkabau                                        Sungai            • Melanau
              • Teochew                  daripada
• Rawa                                   suku      • Suang             • Melyau
• Johor-Riau  • Hakka                                Laut              • Murut
                                         kaum)
              • Hailam                             • Brunei            • Penan
                                                                       • Punan



Aktiviti

Soalan Objektif

Antara pernyataan berikut, yang manakah fakta yang benar

1. A. Hampir separuh penduduk di negara ini terdiri dari pelbagai kaum sebelum Long
      jaafar membuka lombong bijih di Taiping, Perak
   B. Penduduk Melayu di Tanah Melayu adalah majoriti sebelum Long Ja’afar membuka
      lombong bijih di Taiping, Perak, pada tahun 1948
  C. Penduduk Cina telah datang berama-beramai sebelum tahun 1948
  D. Penduduk India dan Melayu merupakan penduduk yang ramai di utara tanah
      Melayu

2. Apakah dasar Penjajah Inggeris yang telah menyebabkan kemasukan beramai-beramai
orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu?

 A.   Dasar liberalisme ekonomi
 B.   Dasar orientalism
 C.   Dasar Pandang Ke Timur
 D.   Dasar “pecah dan perintah”.


3. Kaum Kelabit terdapt di negeri-negeri berikut:
1.   Pulau Pinang
  2.   Sabah
  3.   Sarawak
  4.   Johor



1c.1.3. Etnik Melayu

Bagi memahami dengan lebih mendalam kedudukan orang-oarang Melayu di Tanah
Melayu, kita huraikan sejarah dan sosio-budaya masyarakat Melayu.

   1. Orang Melayu dapat ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu dimana
      nenek moyangnya datang dari Indo-China dan Yunan lebih 3,500 tahun dahulu.
      Walaubagaimanapun, kewujudan etnik Melayu di negara ini juga adalah
      disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia sejak
      abad kesembilan lagi.
   2. Antara kumpulan penduduk Indonesia yang ramai berpindah ke Tanah Melayu
      ialah etnik Minangkabau, Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Mandailing, Kampar dan
      Rawa. Kebanyakan mereka berhijrah beramai-ramai pada zaman penjajahan
      Inggeris kerana menjadi buruh kontrak dan buruh bebas diladang-ladang kopi dan
      getah.
   3. Selain itu, ada juga orang-orang Melayu yang berasal dari Patani (Selatan Thai).
      Kebanyakan mereka bertumpu di Kelantan, Kedah dan di utara Perak.


1c.1.4. Ekonomi


   1. Corak ekonomi orang-orang Melayu berubah dan meleset sadikit demi sedikit
      apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan. Kemasukan
      buruh-asing telah mengubah strukur ekonomi masyarakat Melayu. Beberapa buah
      bandar baru seperti Por Weld (Perak), Kuala Lumpur (Selangor) dan lain-lain
      telah muncul sebagai pusat-pusat ekonomi baru.
   2. Sebaliknya, kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau di
      perkampungan masing-masing. Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat
      dari semasa kesemasa, namun peratusan kaum Melayu di bandar-bandar baru ini
      kekal kecil.
   3. Akibat perdagangan yang berat sebelah, prsetasi ekonomi orang Melayu di zaman
      penjajahan tidak mencapai sebarang kemajuan. Penjajah Inggeris sengaja tidak
      mahu memajukan orang-orang Melayu dalam semua bidang penghidupan
      terutama di luar bandar.

 1c.1.5 Etnik Cina
1. Sebelum kedatangan Inggeris, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil.
      Kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga sahaja. Penghijrahan masuk
      masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengabilan Pulau Pinang
      oleh Inggeris dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura
      dari Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat
      pada tahun 1826.

   2. Pada peringkat permulaan, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak
      perlombongan awal seperti Lukut dan Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Menjelang
      tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong telah mencecah hampir
      10,000 orang; dan di Larut, Perak, pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000
      orang. Kawasan-kawasan lombong bijih timah di Kuala Lumpur, seperti di
      Ampang, Sungai Kancing dan Klang di Selangor, kesemuanya diuasahakan oleh
      buruh-buruh Cina. Akibat peluasan kegiatan ekonomi perlombongan,
      penempatan-penempatan baru masyarakat Cina telah dibuka.

   3. Selanjutnya, kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu digerakkan melalui
      aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui
      sistem Kangcu dengan menggunakan surat kebenaran yang dipanggil Surat
      Sungai. Implikasi dari system ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina
      di Johor telah menacapai 100,000 orang.

   4.    Pihak Inggeris menggalakkan kemasukan buruh Cina ke tanah ayer dengan
        meluluskan beberapa undang-undang seperti the Chinese Immmigrants and The
        Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan Perlindungan Orang Cina pula
        ditubuhkan bertujuan untuk melindungi kepentingan buruh-buruh Cina.

   5. Imigran Cina ke Tanah Melayu terdiri dari pelbagai suku kaum dengan perbezaan
      loghat yang ketara, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama
      adalah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Suku Hokkienlah yang
      terbesar sekali sehingga kehari ini. Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan.

   6. Bilangan orang Cina kini setabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun
      1967, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu adalah seramai 2, 332, 936 orang.
      Sehingga tahun 1957, 37% penduduk Tanah Melayu adalah terdiri dari kaum Cina.
      Walaubagaiamanapun, peratusan terakhir kaum Cina telah menurun ke paras 25%
      sahaja berdasrkan laporan akhbar-akahbar tempatan (Oktober, 2007).


1c.1.6. Kaum India

   1. Dalam konteks komuniti India di negara ini, hubungan antara India dengan
      Semenanjung Tanah Melayu sejak beberapa kurun lalu. Pada Abad Pertama
      Masihi, penganut-penganut agama Hindu-Buddha telah menyebarkan agama
      mereka di Nusantara.
2. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka pedagang-pedagang India menjalankan
      perniagaan rempah ratus di Pelabuhan Melaka.
   3. Penghijrahan masyarkat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran
      mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India. Mereka
      mulai bekerja sebagai peladan-peladang kopi dan tebu di Seberang Perai, Pulau
      Pinang. Selepas itu, kaum India menambahkan jumlah pekerja-pekarja mereka di
      kawasan-kawasan penanaman getah di Perak, negeri Semblan dan Selangor. Dari
      tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah
      berhijrah ke Tanah Melayu. Angka tersebut telah berlipat ganda kemudiannya,
      iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 98,000 buruh
      India berhijrah ke Tanah Melayu.

   4. Komposisi suku kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu, kebanyakannya
      adalah terdiri dari suku Tamil yang berasal dari Tamil Nadu, selebihnya adalah
      Malayalam dan Telegu. Selain itu, orang-orang India yang berasal dari Sri Lanka
      dan Punjabi dari Utara India. Kumpulan Tamil adalah yang terbesar iaitu kira-kira
      80%. Suku Malayalam di sekitar 7% dan Telegu 4%.

   5. Buruh-buruh India telah datang kenegara ini samaada secara paksaan atau
      sukarela. Kumpulan yang dipaksa adalah terdiri dari banduan atau tawanan yang
      bekerja membina jalan-jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan-
      bangunan kerajaan.

   6. Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India
      ialah system Kangani. Mengikut sistem ini, seorang buruh India yang telah
      bekerja di Tanah Melayu apabila pulang ke India, dia hendaklah mencari seorang
      pekerja baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang-orang ini dikenali
      sebagai Kangani. Walaubagaiamanapun, sisitem ini dihapuskan pada tahun 1938.


1c.1.7. Etnik Sabah dan Sawarak

   1. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga meriah dengan pelbagai suku kaum dan
      sub-suku kaum. Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal,
      ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah, misalnya, terdapat lebih kurang 23 suku
      kaum, tetapi suku Kaum Kadazanlah yang terbesar sekali. Ini diikuti oleh suku
      kaum Bajau, Murut, Suluk, dan Orang Brunei. Masyarakt kadazan-Dusun masih
      berpegang kepada animisme. Sebahagian kecil telah memluk agama Islam dan
      Kristian.

   2. Di Sarawak, setiap suku kaum ada ciri-cirinya yang tersendiri. Antara suku kaum
      yang terbesar ialah Dayak, Iban, Melanau (Kristian dan Muslim), orang Melayu,
      Bidayuh, Penan dan Kelabit. Melainkan orang Melayu dan Melanau, dahulunya
      kebanyakan suku kaum pribumi Sarawak tinggal di kawasan hutan mendiami
      rumah panjang atau rumah sementara. Kini rumah panjang telah mengalami
      perubahan fikizal kerana arus pemodenan hidup yang kuat di negeri itu.
Aktiviti

Soalan Objektif.

Manakah yang benar dalam kenyataan dibawah:

1. A. Orang Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu
   B. Orang India dan Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu
   C. Orang-orang Indocina adalah penduduk asal Tanah Melayu
   D. Orang-orang Arab adalah penduduk asal di Tanah melayu

2. Masyarakat Jawa yang berhijrah dari Indonesia bertumpu kebanyakannya di negeri-
negeri berikut:

 A.   Perak dan Kedah
 B.   Johor dan Selangor
 C.   Pulau Pinang dan Johor
 D.   Selangor dan Melaka

3. Sebelum zaman penjajahan, masyarakat Melayu mengerjakan aktiviti seperti
  A. bertani
  B. menagkap ikan
  C. brniaga
  D. semua diatas

4. Masyarakat Cina di dalam kelompok Hokkien yang berhijrah ke negara ini lazimnya
   tertumpu kepada kegiatan
  A. Perlombongan
  B. Perniagaan
  C. Pertukangan
  D. Perladangan

5. Kebanyakan suku kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah berasal dari

 A.   Punjab
 B.   Kalkota
 C.   Tamil Nadu
 D.   Coramandale


1c.2 Pendakatan Menyatupadukan Masyarakat Malaysia
1. Pelbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses
      akomodasi, akultrasi, asimilasi, amalgamasi
   2. Akomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik
      menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap
      mempertahankan budaya hidup masing-masing .

   3. Akulturasi bererti penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau
      kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza sehingga unsur kebudayaan
      asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza degan
      proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan jati diri asal
      masyarakat penerima.

   4. Asimilasi dapat difahami sebagai satu proses percantuman dan penyatuan antra
      kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan
      kebudayaan dan identity yang sama. Asimilasi mutlak boleh berlaku apabila
      terhapusnya sesuatu kebudayaan sehingga tidak nampak apa-apa perbezaan lagi
      dengan kebudayaan lain. Contoh terbaik adalah kejayaan pemerintahan Thailand
      menjadikan orang-orang Melayu di Selatan Thai menagmbil nama-nama Thai
      sebagai tanda berlakunya asimilasi dengan bangsa Thai. Mislanya, nama Wan
      Sulaiman telah disiamkan menjadi Waeselame.

   5. Amalgamasi adalah merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras
      bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Misalnya, pendekatan
      yang paling berkesan adalah menerusi perkahwinan campuran antara pelbagai
      etnik seperti orang Cina berkahwin dengan orang India.


                 Jadual Komposisi Penduduk Malaysia, 2000 dan 2005
                            Tahun 2000                        Tahun 2005
    Etnik
                       Juta           Peratus            Juta          Peratus
  Bumiputera          14.35            65.0             16.06            65.9
     Cina              5.76            26.1              6.15            25.3
    India              1.70             7.7              1.83             7.5
   Lain-lain           0.27             1.2              0.32             1.3
   Jumlah
                      22.08              100              24.36              100
  Penduduk

Aktiviti

1. Huraikan perbezaan antara akomodasi dan akulturasi?
2. Di negara Thai, orang Isalm yang tinggal di Selatan negara itu telah disiamkan nama-
nama mereka kerana arahan pemerintah untuk mewujudka integrasi nasional. Apakah
konsep integrasi yang dipakai?
3. Apakah contoh terbaik dalam system amalgamasi?
1c.3 Cabaran Pembinaan Negara Malaysia

Setelah kita memahami pelbagai formula untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi
nasional, kini kita akan memfokuskan perbincangan tmenegnai cabaran-canaran untuk
membina sebuah negara bangsa Malaysia. Cabaran-cabarannya adalah seperti berikut:

1c.3.1. Perpaduan

Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara, terutama negara yang mempunyai
pelbagai kaum seperti Malaysia. Pertelingkahan kaum selepas Pilihan Raya Umum 1969
telah mengakibatkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 berlaku. Tragedi nasional itu
menandakan perpaduan kaum-kaum di Malaysia pada masa itu berada pada tahap yang
rendah.

1c.3.2. Pengagihan Kekayaan

Dari segi agihan pendapatan, Kerajaan Malaysia sedar bahawa rata-rata orang Melayu
berada dalam kemiskinan dengan kadar 64.8 %, berbanding dengan bukan Melayu (26%)
seperti yang dibanci pada tahun 1970. Jurang perbedaan pendapatan antara Bumiputera
dengan Bukan Bumiputera masih lagi tinggi. Sbagai conto, RM 1 pendapatan bagi orang
Melayu berbanding dengan RM 2.3 bagi orang Cina dan RM1.8 bagi orang India pada
tahun 1970. Jadi, faktur pendapatan yang tidak seimbang antara bumi puetera dengan
bukan bumiputera bahkan bagi semua rakyat di negara ini merupakan factor yang paling
kuat mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia.

1c.3.2. Sistem Pendidikan

Sistem pendidikan warisan penjajah Inggeris telah menimbulkan masalah perpaduan
antara kaum. Wujud kepelbagian sekolah mengikut kaum dan tempat tinggal masing-
masing. Akibatnya sistem pendidikan di Malaysia menghadapi masalah polarisasi antara
pelajar-pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain suku kaum di Sabah dan Sarawak di
semua peringkat pengajian. Jadi, matlamat untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum
masih belum dapat dicapai sepenuhnya.

1c.3.3. Perbezaan Kepercayaan dan Agama

Perbezaan kepercayaan dan agama antara pelbagai kaum di Malaysia telah menyebabkan
berlaku beberapa ketegangan dan prasangka antar penganut pelbagai agama sehingga
menimbulkan sensasi yang boleh mengancam kestabilan politik negara. Sebagai contoh,
pembinaan kuil-kuil Hindu di beberapa buah negeri tanpa mendapat kelulusan pihak
berkuasa telah menyebabkan penduduk-pendudk Islam di negara ini merasa tidak puas
hati. Sebaliknya, orang-orang Kristian merasa bimbang dengan proses Islamisasi yang
berlaku dalam era Pemerintahan Dr.Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri
Malaysia keempat.

1c.3.4 Penggunaan Akhbar
Penggunaan akhbar yang berbeza-beza seperti akhbar dalam Bahasa Melayu, Mandarin
dan Tamil telah menyebabkan semangat perkauaman menyemarak dalam keadaan-
keadaan tertentu sehingga ianya kelihatan boleh mencetuskan rusuhan antara kaum di
Malaysia.

1c.3.5 Jati Diri

   1. Salah satu aspek yang mejadi jati diri rakyat Malaysia ialah mengiktiraf adanya
      perbezaan agama dan budaya di Malaysia. Perbezaan agama tidak menjadi factor
      penghalang perpaduan rakyat Malaysia. Sebaliknya sikap toleransi dan hormat
      menghormati antara pelbagai penganut agama – Islam, Buddha, Hindu,
      Konfusius/Toa, Sikh dll adalah sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia.

   2. Walaupun masyarakat Malaysia terpaksa menerima pembangnan, kemajuan dan
      idea-idea progresif, pemodenan, industrilaissi, pembandaran dan globalisasi,
      Wawasan 20/20 telah menetapkan bahawa corak pembangunan di negara ini
      hendaklah berteraskan acuan Malaysia – menghormati dan menghayati budaya
      Timur.

1c.3.6. Identiti Nasional

   1. Rakyat Malaysia telah menerima Rukun Negara sebagai lambang identiti
      nasional. Ia adalah asas utama untuk menjamin kestabilan politik dan
      kesejehteraan hidup rakyat.
   2. Islam telah diterima sebagai agama rasmi negara dan lain-lain agama dapat
      mengamalkan agama masing-masing denganbebas.
   3. Bunga raya adalah Bunga Kebangsaan bagi negara Malaysia.
   4. Jalur Gemilang adalah labang kedaulatan negara.
   5. Negaraku adalah Lagu Kebangsaan.
   6. Baju Melayu, baju kebaya/kurung serta baju batik adalah pakaian kebangsaan
      untuk semua rakyat Malaysia.



                                   Rajah E

            Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Mengikut Ethnik 1970
                                                     Pendapatan Purata
                               Kadar Kemiskinan
                Kaum                                 Keluarga Sebulan
                                    (peratus)
                                                           (RM)
               Melayu                 64.8                172.00
                   Cina                26.0                 394.00
                   India               39.2                 304.00
Lain-lain              44.8                 813.01. 0
Aktiviti

Soalan-soalan objektif

1. Antara penyatan berikut, yang manakah sering dikaitkan sebagai masalaha-masalah
yang lahir dalam membentuk perpaduan rakyat selepas merdeka?

           1. Pemisahan tempat tinggal.
           2. Pengasingan sisem pendidikan.
           3. Fahaman dan tumpuan politik pendidikan.
           4. Perbezaan warna kulit.
            A 1,2,3
            B 1 dan 2
            C 1, 2 dan 4
            D. I, 2, 3 dan 4


2. Sifat-Sifat kemajmukan rakyat Malaysia boleh dicirikan dengan

           1.   Etnik dan budaya yang pelbagai
           2.   bahasa dan resam yang pelbagai
           3.   faham politik yang pelbagai
           4.   anutan agama yang pelbagai


           A. Semua datas
           B. 2 dan 4
           C. 1,2 dan 3
           D. 1,2 dan 4

Rumusan

Dalam huraian di atas, kita dapat merumuskan bahawa konsep masyarakat di Malaysia
adalah bersifat dinamik. Walaupun bangsa Melayu telah berkomromi kerana polisi
“pecah dan perintah” penjajah Inggeris Inggeris yang bertanggungjawab membawa
masuk buroh-buroh dari Cina dan India, tetapi pembentukan masyarakat majmuk di
Malaysia adalah satu peristiwa sejarah. Justeru, kemajmukan masyarakat di Malaysia
adalah satu yang unik. Meskipun ada halangan-halangan untuk menyatupadukan rakyat,
tetapi asas-asas pembinaan sebuah negara bangsa yang majmuk adalah kukuh. Ini dapat
dilihat dalam pelbagai strategi yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengelakkan
tragedi 13 Mei, 1969 berulang.



Rujukan
A.Aziz Deraman. 1992. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia.
KL:Arena Ilmu.
_______________. 2001. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. KL:DBP
Chew Hock Thye. 1979. Masalah Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur: DBP.
Mansor Mohd Nor. 2006. Hubungan Etnik Di Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall.
Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: UPENA.
Syed Husin Ali. 1989. Ethnicity, Class and Development in Malaysia: Implications
for Theory and Practice. KL:Oxford University Press.


Penilaian Keseluruhan

Soalan Struktur

1.Pilih sama ada pernyataan berikut BETUL atau SALAH

A. Akibat daripada kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu telah memunculkan bandar-
bandar baru seperti Taiping, Ipoh, Port Swettenham, Sermban dan Pot Dickson.
(Betul/Salah).
B. Adat Pepatih dan Temenggong diamlkan di Negeri Sembilan (Betul/Salah)
C. Sistem “Kangani” adalah berkaiatan dengan dasar pemgambilan buruh-buruh India
yang digunakan oleh penjajah Inggers di Tanah Melayu. (Betul/Salah)
D. Perbezaan agama dalam kalangan penduduk Malaysia adalah menjadi penghalang
utama kepada kemajuan negara. (Betul/Salah)
E. Masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah kebanyakannya beragama Kristian (Betul/Salah)




PROSES POLITIK

Unit 2a


Zaman Penjajahan

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar diharapkan dapat:

• Menjelaskan wujudnya proses penjajahan di negara yang berlkau akibat
  kemasukan kuasa-kuasa asing yang silih berganti
• Membeincangkan bentuk pentadbiran penjajah-penjajah yang diaplikasikan di
  dalam negara sehingga menjeaskan pentadbiran yang sedia ada
• Huraian mengenai semangat penetangan terhadap penjajahan dan menilai kesan-
  kesan penjajahan tersebut


Pengenalan

Aapabila dunia Eropah mula terddah dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan serta
kemudiannya diikuti dengan penjajahan, maka Tanah Melayu turut menjadi tumpuan
kuasa-kuasa barat kerena kedudukannya yang strategik dari segi ekonomi dan politik.
Penjajahan Inggeris (1824 – 1957) telah meninggalkan satu kesan besar terhadap
kedudukan politik, ekonmi dan sosial negera. Disamping itu pendudukan Jepun (141
-1945) dan Siam (negeri-negeri utara) turut menjadi faktur penglibatan British dalam
pentabiran Tanah Melayu.


2a.1. Faktor Campurtangan British

1. Campur tangan British di Tanah Melayu dipengaruhi oleh factor-faktor: (a) Dorongan
ekonomi iaitu memonopoli (menguasai) hasil-hasil dagangan utama di negeri-negeri
Melayu iaitu bijih timah terutamanya di Selangor dan Perak; (b) Perkembangan Revolusi
Perusahan pada pertengahan kurun ke 19 di Eropah dan bermulanya aktiviti mengetin
makanan memuncakkan lagi keinginan British untuk memenopoli perdagangan timah; (c)
Dorongan politik iaitu adanya kuasa-kuasa lain di Eropah seperti Perancis, Itali, Jerman
dan Rusia yang sedang bersaing untuk meluaskan jajajahan takluk masing-masing. Jadi,
tanpa pengawalan British keatas pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa ini boleh masuk
dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan ekonomi dengan raja-raja Melayu.
Jsuteru campur tangan adalah jalan terbaik untuk mengelakkan fenomena tersebt terjadi.


2a.2. Reaksi Awal Masyarakat Tempatan

   1. Penentangan Di Naning (1831 – 1832) ialah kerana Dol Said (Abdul said), iaitu
      Penghulu Naning tidak bersetuju dengan cadangan British untuk membayar cukai
      1/10 daripada hasil ekonomi kepada Kerajaan British di Melaka yang telah
      mengambil alih dari pentadbiran Belanda pada 17 Mac 1824.
   2. Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831, apabila British menghantar
      sepasukan tentera untuk menagkap Dol Said dan memaksa pengikutnya supaya
      menerima cadangan British.
   3. Dalam serangan pertama, tentera British tewas. Seterusnya British melancarkan
      serangan kedua pada tahun 1832. Dol Said kemudiannya telah mendapat
      sokongan penduduk Rembau, Seri Menanti dan Sungai Ujong.
   4. Akhirnya penentangan Dol Said dapat ditumpaskan oleh British dan belua
      menyerah diri pada bulan Februrai 1834.
5. Di Perak, setelah Perjanjian Pangkor dimeterai pada 20 Januari 1874,
       J.W.W.Birch telah dilantik sebagai Residen Perak. J.W.W.Birch tidak mendapat
       kerjasama daripada Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar melayu yang lain
       kerena kebanyakkannya tidak suka dengan tingkah laku beliau.
   6. Ketidakpuasanhati terhadap Sistem Residen dan sifat peribadi telah menyebabkan
       J.W.W Birch telah menyebabkan berlakunya komplot pembunuhan J.W.W Birch
       di Pasir Salak, Perak.
   7. Penentangan di Pahang bermula apabila British mmeperkenalkan Sistem Residen
       di negeri itu dengan melantik J.P.Rodger sebagai Residennya.
   8. Pemberontakan di pahang telah berlaku dibawah kepimpinan Dato’ Bahaman,
       Tok Gajah dan mat Kilau pada tahun 1891.
   9. Antara sebab-sebab berlakunya pemberotakan di Pahang ialah kerana: Sultan dan
       pembesar negeri kehilangan kuasa; (b) Undang-undang Tanah menyekat
       kebebasan Sultan/Pembesar; (c) Undang-Undang dikendalikan oleh British; (d)
       British menggantikan penghulu-penghulu tempatan; (e) pembesar dan orang
       awam tidak berpuas hati.
   10. Di Kelantan, pemberontak rakyatnya pada tahun 1909 terhadap Penasihat British
       yang bernama James Scott Mason dipimpin oleh seorang pedagang tempatan iaitu
       Haji Mat Hassan Munas atau yang terkenal dengan gelaran Tok Janggut.
   11. Penentangan rakyat Kelantan kerana seorang pembesar tempatan di Pasir Putih
       yang bernama Engku Besar Jeram Tun Ahmad merasa tidak puasa hati dengan
       kehilangan kuasa. Selain itu, rakyat Kelantan tidak puas hati kerana pengenalan
       system tanah baru 1915 dimana rakyat terpaksa membayar sewa tanah yang tetap.
       British juga telah mengenakan cukai terhadap setiap hasil pertanian seperti padi
       dan kelapa.
   12. British akhirnya berjaya menumpaskan pemberontakan Tok janggut yang mati
       terbunuh pada 24 Mei 1915.
   13. Di Treangganu, Haji Abdul Rahman Limbong telah bangun menentang British.
       Pemberontakan Tani berlaku pada tahun 1928 iaitu dalam zaman pemerintahan
       Sultan Sulaiman badrul Alam Shah. Rakyat tidak puas hati hati kerana British
       mengenakan cukai kepala, memperkenalkan system pendidikan Barat dan
       memperkenalkan “Pas kebenaran” bagi sesiapa yang ingin membuka tanah baru
       untuk bercucuk tanam.
   14. Orang-orang Melayu telah menyerang balai polis dan pejabat daerah di Kuala
       Berang pada 21 Mei 1928. British berjaya menumpasknnya dengan Haji Abdul
       rahman Limbong dibuang negeri di Mekah.


Aktiviti

Soalan Objektif

Pilih jawaban yang palin tepat dari soalan-soalan berikut:

1. Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh:
(A) Dorongan agama Islam
  (B) Dorongan lokasi yang startegik

(C) Dorongan politik
(D) Dorongan Eknomi


2. Manakah yang tidak benar dari penyataan dibawah:

                   (A) Dol Said pada mulanya tewas di Naning dalam perjuangan
                       menentang penjajah Inggeris
                   (B) Tuan Haji Abdul Rahman Limbong akhirnya dibuang daerah
                   (C) Tok Janggut mati terbunuh di Pasir Putih, Kelantan
                   (D) Inggeris telah menggunakan pelbagai jenis cukai keatas warga
                       tempatan


3. Dimanakah tempat sebenar J.W.W. Birch mati dibunuh:

  (A) Kampong Gajah, Perak
  (B) Telok Anson, Perak
  (C) Pasir Salak, Perak
  (D) Kuala Kangsar, Perak



2a.3. Kesan Penjajahan

   1. Penjajah Inggeris paling banyak meninggalkan kesan politik, sosial, pentadbiran,
      ekonomi dan agama ke atas negeri ini jika dibandingkan dengan penjajah Portugis
      dan Belanda.
   2. Inggeris menggunakan pelabagai kaedah untuk terus menjajah Tanah Melayu:
      menubuhkan Negeri-Negeri Selat (Pulau pinang dan Melaka), campur tangan di
      Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak, membentuk Negeri-Negeri Melayu
      Bersekutu (Pahang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan) dan Negeri-Negeri
      Melayu Tak Bersekutu (Johor, Kelantan, Kedah, Perlis dan Trengganu)
   3. Kucar kacir politik berlaku di semua negeri seperti perang saudara, perebutan
      takhta dan perlombongan, kegiatan lanun dan pertelingkahan antara kongsi-
      kongsi gelap.
   4. Walaupun Inggeris telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Perseketuan yang
      bertujuan untuk menambahkan kuasa Raja-Raja Melayu bagi Negeri Melayu
      Bersekutu, tetapi pada hakikatnya kuasa raja-raja Melayu semakin lemah.
   5. Pada tahun 1910, Inggeris telah mengemukakn dasar desentralisasi (pengurangan
      kuasa pusat) ke negeri-negeri. Dasr ini telah tidak mendapat sokongan kerana
      faktur kemelesetan ekonomi dunia, bantahan raja-raja melayu dan keinginan
      untuk membentuk sebuah Perseketuan Tanah Melayu.
6. Dasar desentralisasi terbantut apabila Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun
      1941. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan bangkitnya
      semangat kebangsaan rakyat untuk merdeka dari penjajahan.
   7. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya (PKM) telah cuba
      mengambil alih pentadbiran negara selama tiga hari. Setelah Inggeris kembali ke
      tanah ayer, PKM mengisytiharkan pering gerila untuk mearmpas kuasa
      sehingga Inggeris mengisytiharkan darurat di negera ini. Rakyat menolak
      faham komunis.



Aktiviti


Manakah yang betul dalam penyataan-penyataan berikut:

  1. A. Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu tidak memberi apa-apa impak
     B. Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu kurang memberi impak
     C. Penjajahn Inggeris di Tanah Melayu benar-benar memberi impak
        D. Penjajahan Inggeris di Tanah hanya mmeberi impak diperingkatan awalnya
sahaja

Bagaimanakah kedudukan kuasa Raja-Raja Melayu dengan penubuhan Majlis Undangan
Perseketuan?

  2. A. Menjadi bertambah kuat
     B. Menjadi bertambah lemah
     C. Kekal seperti biasa
     D. Raja-Raja Melayu bersikap dingin


  3. Apakah sebab dasar desentralisasi Inggeris terbengkalai?

    A. Pendudukan Siam di Tanah Melayu
    B. Serangan tentera Jepun di Tanah Melayu
    C. Ratu England tidak bersetuju
    D. Tentangan dari Raja-Raja Melayu



Rumusan

Adalah jelas kepada kita bahawa kekayaan hasil mahsul negara serta warisan peradaban
Alam Melayu telah menyebabkan Inggeris menjajah, campur tangan serta berkuasa
dalam pantabiran Tanah Melayu hamper satu setengah kurun lamanya. Meskipun
penjajahan telah mendapat tentangan hebat dari seluruh rakyat, kehadiran Inggeris
akhirnya telah menatijahkan berlakunya satu transformasi politik dan pentadbiran di
dalam negara ini. Kemerdekaan tanh ayer adalah satu rahmat. Rakyat telah dapat
mengembalikan maruah bangsa dan negara dari kongkongan penjajahan Inggeris.

Penilaian keseluruhan

Aktiviti


Jawab semua soalan-soaln berikut:

1. Senaraikan negeri-negeri yang terletak dibawah system pentadbiran Inggeris:

  (A) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

        ___________________________

  (B) Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu

        ______________________________

 (C) Negeri-Negeri Selat

        _______________________________


2. Berikan nama pegawai British pertama yang menjawat jawatan Residen bagi negeri-
negeri berikut:

           (A) Perak
           (B) Selangor
           (C) Pahang

3. Berikan satu sebab utama yang menyebabkan Jepun menduduki Tanah Melayu pada
tahun 1942

  (A)   Faktur ekonomi
  (B)   Faktor pentadbiran
  (C)   Faktor kehandalan tentera Jepun
  (D)   Faktor smanat nasionalisme Jepun


4. Jawab mana yang BETUL/SALAH dari soalan-soalan beriku:

  Titik tolak kepada campur tangan langsung Inggeris di Tanah Melayu ialah Perjanjian
Pangkor 1874 di negeri Selangor. (Betul/Salah)
5. Perang saudara tidak pernah berlaku di Tanah Melayu semasa Inggeris menjajah.
(Betul/Salah)


Unit 2b

Perjuangan Kemerdekaan

Objektif Pembelajaran

Pada akhir bab ini, pelajar diharap dapat:

• Membincangkan semangat kebangkitan nasionalisme di kalangan masyarakat tempatan
  tanpa mengira kaum
• Menghurai proses yang telah dilalui oleh Tanh Melayu sebelum mencapai
  kemerdekaan
• Mengenal pasti seba-sebab Malaysia dibentuk serta cabaran-cabaran yang dihadapi
  semasa pembentukan Malaysia
• Menjelaskan sebab-sebab Singapura dan Brunei berpisah dan tidak menyertai
  Perseketuan Malaysia.


Pengenalan

Perjuangan kemerdekaan di negara ini kemudiannya mula berkembang secara
menyuluruh. Faktor kebangkitan nasionalsime Melayu adalah penyebabnya. Gagagsan
Malayan Union tajaan Inggeris telah menyemarakkan perjuangan rakyat menentang
pentadbiran Inggeris dengan begitu kuat sekali. Akibatnya beberapa buah parti politik
kebangsaan timbul di tanah ayer seperti UMNO, MIC dan MCA. Kemudian parti-parti
tersebut menubuhkan gabungan Perikatan yang meberikan kesan kestabilan politik di
tanah Melayu sehingga terbentuknya Barisan Nasional hingga kehari ini. Tunku Abdul
Rahman telah mengemukakan idea penubuhan Malaysia yang telah mendapat dokongan
Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei pada petingkat awalnya. Kerajaan British
bersetuju dengan formula penyatuan politik nasional anjuran Tunku Abdul rahman putra
itu. Pelbagai jawatankuasa telah ditubuhakn seperti Suruhanjya Cobbold dan lain-lain
lagi dalam usaha untuk memperteguhkan idea pembentukan Malaysia. Singapura
akhirnya berpisah dengan Perseketuan Malaysia dan diikuti dengan Brunei kerena faktur-
faktur politik dan ekonomi.
2b.1. Malayan Union

2b.1.1. Latarbelakang

   1. Sekembalinya penjajah Inggeris ke Tanah Melayu selepas penjajah Jepun
      berundur, Inggeris mmeperkenalkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali
      dengan nama Malayan Union (Kesatuan Malaya).
   2. Rancangan ini telah diluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Pada
      12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael telah dilantik sebagai wakil Kerajaan
      Inggeris untuk mendapatkan tanda tangan dari Raja-Raja Melayu. Malayan Union
      telah diluluskan pada bulan Januari 1946.


2b.1.2 Tujuan diperkenalkan

1. Tujuan Inggeris memperkenalkan Malayan Union ialah:

(a) Untuk menyatupadukan wilayah dan meningkatkan kecekapan pentadbiran. Inggeris
tidak bersedia menanggong perbelanjaan pentadbiran yang besar untuk Negeri-Nnegeri
Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Berseketu.


(b) British menyimpan rasa dendam terhadap orang-orang Melayu kerena sebelum ini
orang-orang Melayu telah bekerjasama dengan Jepun. Jadi, Malayan Union dapat
mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu.

   (c) Percubaan Inggeris kea rah pemerintahan sendiri oleh masyarakat tempatan
       tetapi mengikut ciri politik Inggeris.
   (d) Sebagai langkah penyatuan politik dalam kalangan rakyat Tanah Melayu yang
       berbilang kaum – Melayu, Cina dan India dengan matlamat untuk membentuk
       sebuah masyarakat yang kuat.


2b.1.3. Implikasi

Implikasi penting dari gagasan Malayan Union adalah seperti berikut:

   1. Semua negeri Melayu, kecuali Singapura disatukan dibawah pemerintahan
      Gebenur British. Gabenur ini dibantu oleh Majlis Mesyurat Perseketuan dan
      Majlis Undangan Perseketuan.
   2. Singapura dijadikan wilayah koloni British selepas dikeluarkan dari Perseketuan
      dengan seorang Gebenor British menjadi wakil kerajaan British.
   3. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Sultan hanyalah gelaran sahaja dan
      mereka mempunyai kuasa di bidang agama Islam dan adat istiadat.
4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan
      keturunan. Mereka yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union
      boleh menjadi warganegara secara otomatik. Prinsip jus soli di perkenalkan.


Aktiviti

Soalan Objektif

Jawab soalan-soalan berikut:

1. Bilakah gagasan Malayan Union dirancang oleh Inggeris?

   A.   Sebelum Jepun berundur dari Tanah Melayu
   B.   Dirancang sejak dari awal penjajahan Inggeris di Tanah Melayu
   C.   Digagaskan selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu
   D.   Inggeris rancang bersama Jepun di Tokyo


2. Siapakah Wakil Kerajaan Inggeris untuk mengemukan gagasan Malaysan Union
di Tanah Melayu?

   A. Frank Sweetenham
   B. Huge Clifford
   C. Sir Harold Mac Michael
   D. Sir Stanford Raffles

3. Bilakah gagasan Malayan Union diluluskan di Parlimen England?

   A. 10 Oktober 1946
   B. 10 Oktober 1948
   C. 10 Oktober 1945
   D. 10 Oktober 1955


4. Mana yang BENAR dari kenyataan dibawah:

  A. Malayan Union menjadikan Singapura sebagai Negeri Persektuan
  B. Malayan Union telah menjadikan Singapura sebagai koloni Inggeris
  C. Malayan Union tidak memberi apa-apa kesan politik kepada Singapura
     D. Malayan Union menangguhkan tindakan dasar politik Iggeris keatas
Singapura
5. Manakah yang TIDAK BENAR dari kenyataan berikut:


  A. Inggeris tidak berdendam dengan orang Melayu
  B. Inggeris berdendam sedikit sahaja dengan orang Melayu
  C. Inggeris pada hakkatnya berdendam sungguh dengan orang Melayu
  D. Inggeris menaruh dendam dengan alim ulama Melayu



2b. 1.4. Tentangan Orang-Orang Melayu

Malayan Union telah mendapat tentangan hebat orang-orang Melayu kerana sebab-sebab
berikut:

   1. Kehilangan kedaulatan raja. Orang-orang Melayu melihat Raja-raja Melayu
      sebagai lambang kuasa dan kedaulatan bagi masyarakat Melayu.
   2. Majoriti orang-orang Melayu akan berkurangan apabila dasar keterbukaan
      pemberian kerakyatan kepada warga asing dilakukan oleh British.
   3. Malayan Union digbal tanpa mendapat pandangan daripada orang-orang Melayu.
      Ia dirancang di London secara tergesa-gesa. Sultan-Sultan hanya diberi masa
      sehari untuk membaca syarat-syarat dan menandatnginya tanpa berbincang
      dengan pembesar-pembesa negeri.
   4. Kaedah Harold Mac Michel mendapatkan tanda tangan Raja-raja Melayu secara
      paksaan dan dilakukan dengan keras. Sultan-sultan tidak bersetuju dengan cara
      Harold Mac Michel yang tidak berunding dahulu dengan mereka dan lain
      pembesar-pembesa negeri.


2b.1.5. Penubuhan parti-parti politik

UMNO

   1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei
      1946 oleh Dato’ Onn Ja’far. Belau memegang jawatan itu sehingga tahun 1951.
   2. Matlamat utama penubuhan parti adalah untuk menetang gagagsan Malayan
      Union dan menyatupadukan orang-orang Melayu serta mmepertahnkan
      kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu.
   3. Anggota-anggota UMNO berpegang kepada slogan “Hidup Melayu”. Perkara ini
      disuarakan sendiri oleh Dato’ Onn Ja’afar semasa perhimpunan Agong UMNO,
      pda bulan September, 1947.
   4. Pada tahun 1948, UMNO dijadikan sebagai sebuah parti politik. Perlembagaan
      UMNO telah dilulusakn pada 29 Mei 1946 yang memuatkan tujuan, penubuhan
      bahagian dan cawangannya.
5. Sebanyak 39 bahagian telah ditubuhkan sehingga tahun 1951 dengan keahlian
      seramai 100375 orang. Perikatan Pemuda UMNO dan Pergerakan Wanita UMNO
      ditubuhkan sebagai sayap-sayap UMNO pada tahun 1947.
   6. UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat mewakli orang-orang
      Melayu di negara ini.


Aktiviti

1. Berapa lamakah masa yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu membaca deraf
Malayan Union?

   A.   Tujuh hari
   B.   Tiga hari
   C.   Sehari
   D.   Lima hari

2. Apakah sebab yang paling utama menyebabkan orang-orang Melayu menentang
Malayan Union?

   A. Pemberian kerakyatan kepada warga asing
   B. Inggeris mahu kuasai urusan pentadbiran agamaIslam
   C. Gagasan Malayan dibuat secara tergesa-gesa
   D. Kuasa Raja-Raja Melayu terhakis samasekali

3. Bilakah perlembagaan UMNO diluluskan?

  A. 29 Mei 1946
  B. 11 Mei 1946
  C. 29 Mei 1948
  D. 11 Mei 1948




MIC

   1. Kongres India Malaya (MIC) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. Presidennya
      yang pertama bernama Tun V.T.Sambanthan.
   2. Antara tujuan utama penubuhan MIC (a) adalah untuk memupuk dan memelihara
      kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu;
      memperjuangkan politik bersama bagi seluruh Tanah Melayu.
   3. Pada bulan April 1955, MIC telah masuk ke dalam gabungan UMNO dan MCA.
      Ahlinya sehingga tahun 1955 aialah seramai 20,000 orang.
MCA

   1. Pertubuhan Cina Malaysia (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Idea
      penubuhan MCA telah digagaskan oleh Leong Yew Koh. Presiden pertama MCA
      ialah Tun Chen Lok.
   2. Tujuan utama MCA adalah untuk melindungi hak dan kepentingan orang Cina
      serta memelihara keharmonian kaum dalam sebuah negara yang bersatu.
   3. Pada peringkata permulaan MCA bertindak sebagai sebuah badan kebajikan. Pada
      tahun 1952, MCA telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik secara rasmi.
   4. Pada tahun 1950 keahlian MCA telah meningkat seramai 188, 000. Pada tahun
      1952, MCA dan UMNO telah membentuk gabungan yang bernama
      PERIKATAN.


Aktiviti

1. Siapakah Presiden MIC yang pertama?

  (A)   Tan Sri Manikavasagam
  (B)   Dato’ Pasamanikam
  (C)   Dato’ S.O.K. Ubaidullah
  (D)   Tun V.T.Sambanthan

2. Manakah kenyataan berikut yang tidak benar

   (A) MIC ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat India di tanah
Melayu dan India
 (B) MIC ditubuhkan untuk penyatuan politik masyarakat India di tanah ayer
 (C) MIC ditubuhkan untuk menguatkan ekonomi masyarakat Cina
 (D) MIC ditubuhkan untuk berkongsi kuasa dengan lain-lain kaum di negara ini

3. Siapakah pengasas MCA?

  (A) Tun Tan Siew Sin
  (B) Tan Chen Lok
  (C) Ong Yok Ling
  (D) Lim Swee On



2b.1.6. Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu


   1. Antara ciri Perlembagaan Tanah Melayu ialah:
(a) YDPA sebagai ketua negara yang dipilih dikalangan sembilan Raja
             Melayu.
         (b) Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik daripada kalangan
             ahli Dewan Rakyat.
         (c) Sebuah Parlimen dibentuk yang dianggotai oleh Dewan Negara dan
             Dewan Rakyat.
         (d) Syarat kewarganegaraan diketatkan: (a) kewarnegaraan diberikan kepada
             semua orang yang lahir di tanah Melayu selepas merdeka; (b)
             kewarnegaraan juga diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun
             keatas, dilahirkan di tanah Melayu dan telah menetap selama lima tahun;
             (c) kewarnegaraan juga diberi kepada mereka yang berumur 21 tahun
             keatas walaupun lahir di luar Tanah Melayu, tetapi telah menetap selama
             lapan tahun dan boleh berBahasa Melayu.
         (e) Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan.
         (f) Agama Islam dijadikan sebagai agama Perseketuan, tetapi kebebasan
             beragama diberikan.




2b.2. Ancaman Komunis

  1. Darurat adalah satu istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk
     memulihkan keadaan huru hara di Tanah Melayu antara tahun 1948 sehingga
     tahun 1960.
  2. Hura hara ini telah dimulakan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba
     mengambil kuasa politik di Tanah Melayu secara kekrasan.
  3. Semasa Darurat, PKM cuba melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan
     membunuh para peladang dan pelombong. Selain itu, anggota PKM juga telah
     membunuh anggota Polis dan tentera serta orang ramai yang mereka anggap
     menentang perjuangan mereka.
  4. Darurat telah mengakibatkan penderitaan hidup rakyat Tanah Melayu. Ramai
     yang telah terkorban.
  5. Pada peringkat awal, British menganggap ancaman komunis hanya bersifat
     sederhana sahaja. Walaubagaimanapun, tanggapan British itu tidak benar. Itulah
     sebabnya Britih telah menambahkan kekuatan polis dan tentera untuk menghadapi
     pemberontakan komunis selama 12 tahun di Tanah Melayu.
  6. Kemuncak keganasan pemberontakan komnis di negara ini ialah pembunuhan
     Pesuruh Jaya Tinggi British di Tanah Melayu, Henry Gurney, di Kuala Kubu
     Baru, Selangor, pada 6 Oktober 1951. Beliau telah digantikan oleh Gerald
     Templer sebagai Pesuruhjaya British yang baru.
  7. Kerajaan British telah menubuhkan kampong-kampong baru untuk penempatan
     orang-orang Cina sebagai satu langkah untuk mengawal edaran bekalan makana
     jatuh ketangan anggota komunis.
  8. Kerajaan      British   gagal    membendung       pemberontakan      komunis.
     Walaubagaimanapun Darurat diishtiharkan tamat pada 31 Julai 1960 oleh
Kerajaan Perseketuan Tanah Melayu. Kegiatan komunis secara kecil-kecilan
      masih berlaku terutama di sempadan Siam dengan Tanah Melayu.
   9. Kesan-kesan Darurat telah menyebebakan Kerajaan British mengemukakan
      Undang-Undang Darurat 1948 yang menyekat kebebasan individu untuk berucap,
      berhimpun dan bergerak. Selain itu, Darurat juga telah membuktikan bahawa
      tidak semua orang-orang Cina menyokong perjuangan PKM.


Aktiviti

1. Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu memperuntukkan Islam sebagai:

  (A) Agama rasmi negara
  (B) Agama Perseketuan
  (C) Agama rasmi Perseketuan dan negeri
  (D) Agama tidak rasmi negara

2. Apakah kedudukan Bahasa Melayu seperti yang dicatat dalam Perlembagaan
Perseketuan?

  (A) Bahasa kebangsaan
  (B) Bahasa nasional
  (C) Bahasa lingua franca
  (D) Bahasa pilihan rakyat


3. Siapakah Pesuruhjaya Inggeris yang terbunuh kerana diserang hendap oleh
anggota PKM?

  (A) Gerald Templer
  (B) Harold Macmillan
  (C) Henry Gurney
  (D) Lord Mountbatten

4. Manakah kenyataan ini yang BENAR

  A. Darurat di Tanah Melayu telah berjaya dipatahkan oleh Inggeris
  B. Darurat di Tanah Melayu telah gagal dihapuskan oleh Inggeris
  C. Darurat di Tanah Melayu hampi-hampir dapat digagalkan oleh Inggeris
  D. Darurat di Tanah Melayu tidak menjadi perhatian Inggeris
2b.3. Perundingan Kemerdekaan




                .
1. UMNO merupakan parti yang ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang
Melayu. Ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dengan dato’ Onn Jaafar menjadi ketuanya
yang pertama.

2. Tujuan utama penubuhan UMNO ialah untuk mewujudkan kerajaan sendiri dan
mencapai kemerdekaan dari Inggeris. UMNO berperanan penting dalam perundingan
kemerdekaan.

3. Kongres India Malaya (MIC) pula ditubukan pada 8 Ogos 1946 dengan John Tivy
sebagai Presidennya yang pertama. Matlamat terpenting penubuhan MIC adalah untuk
menjaga kepentingan masyarakat India dari segi politik, ekonomi dan sosial

4. Malaysian Chinese Association (MCA) secara rasmi telah ditubuhkan pada 27hb
Februari 1949. Presidennya yang pertama bernama Tan Cheng Lock. Matlamat
penubuhan parti ini ialah untuk melindungi hak dan kepentingan ekeonomi, politik dan
sosial kaum Cina di tanah Melayu.

5. Usaha-usaha awal untuk meggabungkan parti-parti berbilang kaum bermula apabila
UMNO dan MCA membentuk pakatan untuk menghadapi pilihan raya

6. Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Pada tahun yang sama Tunku
Abdul Rahman dan Tun Cheng Lock telah membentuk parti PERIKATAN diperingkat
nasional. Pada tahun 1955 MIC pula menyertai parti PERIKATAN. Justeru, parti
PERIKATAN telah menjadi parti berbilang kaum yang pertama dan terbesar di Tanah
Melayu.

7. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London
untuk berunding dengan kerajaan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan tanah melayu.
Rombongan tersebut dianggotai oleh empat orang wakil parti PERIKATAN, empat orang
wakil Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu.

2. Hasil daripada rundingan tersebut Perjanjian London telah ditandatangani pada 8
Februari 1956. Tarikh rasmi kemerdekaan tanah melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos
1957. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan tersebut di
Padang Bandar Hilir Melaka apabila beliau dan rombongannya kemabli dari London
ketanah ayer.
2b.3.1. Suruhanjaya Reid

         1.        Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan dengan senari keanggotaannya
                   seperti berikut: Lord Reid dari England sebagai Pengerusinya,
                   dikuti dengan Sir Ivor Jennings (England); Sir William Mc Kell
                   (Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan).
         2.        Suruhanjaya telah mengadakan mesyuarat sebanyak 118 kali
                   (antara June dan Oktober 1956) dan telah menghantar sebanyak
                   131 memorendum dari pelbagai kalangan rakyat termasuklah satu
                   dari raja-raja Melayu.
         3.        Suruhanjaya telah menghantara deraf Perlembagaan dalam bulan
                   Februrai 1957 yang kemudiannya telah diteliti semula oleh sebuah
                   Jawatankuasa yang terdiri dari: 4 wakil-wakil Raja-Raja Melayu, 4
                   wakil parti Perikatan, Pesuruhjaya, Ketua Setiausaha dan Peguam
                   Negara.
         4.        Laporan dari Jawatankuasa tersebut telah menyebabkan
                   Perlebagaan Perseketuan Tanah Melayu telah di terima oleh Majlis
                   Perundangan perseketuan pada 15 Ogos 1957.



2b.4. Tanah Melayu Merdeka

1. Akhirnya Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dengan
   turunnya bendera Union Jack di hadapan bangunan Sultan Abdul samad, Kuala
   Lumpur, pada malam 31 Ogos, 1957. Ribuan rakyat telah hadir.
2. Pada 31 Ogos, 1957, secara rasmi wakil Queen Elizabith, England, telah
   menyerahkan kuasa berakhirnya pentadbiran Inggeris di tanah Melayu secara rasmi
   kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, selaku Perdana Menteri Pertama
   Perseketuan Tanah Melayu di dalam satu perhimpunan seramai 30,000 di Stadium
   Merdeka, Kuala Lumpur. Rakyat dari pelbagai kaum hadir untuk mendenagar
   periytiharan kemerdekaan negera oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dengan
   teriakan ‘Merdeka”.
3. Duli yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman, Yam Tuan negeri Sembilan, telah
   dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong yang pertama bagi Perseketuan Tanah
   Melayu.
Aktiviti


Jawab soalan-soalan berikut

1. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah
Melayu di:

    (A) Padang Selangor Kelab, Kuala Lumpur
   (B) Dewan Sulaiman Kelab, Kg.Baru, Kuala Lumpur
    (C) Padang Bandar Hilir, Melaka
    (D) Padang Polo, Kuala kangsar


2. Siapakah nama anggota Suruhanjaya Reid dari Pakisatan?

   (A) Hakim Mushtaq Ahmad
   (B) Hakim Afaq Khan
   (C) Hakim Abdul Hamid
   (D) Hakim Zafar Khan

3. Manakah penyataan berikut yang BENAR

   (A) Hanya tiga wakil Raja-Raja Melayu yang telah meniliti deraf Perlembagaan
   (B) Empat orang wakil Raja-Raja Melayu telah meniliti deraf Perlembagaan
   (C) Seorang sahaja wakil Raja-raja Melayu yang meneliti deraf Perlembagaan
   (D) Tidak ada wakil Raja-Raja Melayu meniliti deraf Perlembagaan




Rumusan

Perjuangan rakyat Tanah Melayu akhirnya tercapai dengan kemerdekaan tanah ayer dari
kerajaan Inggeris. Perpaduan erat dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini
telah menyebbakan Inggeris tidak dapat menahan tekanan politik dari rakyat Tanah
Melayu sehingga akhirnya Inggeris mahu berunding untuk segera membebaskan
cengkaman penjajahan di Tanah Melayu. Pendekatan menubuhkan parti-parti politik
amat berkesan sebagai tanda bahawa rakyat di negaranya sendiri boleh mentadbir negara
dengan baik. Kebijaksaan diplomasi pemimpin-pemimpin pelabagai kaum dalam
rundingan kemerdekaan telah menyebabkan kerajaan Inggeris menubuhkan Suruhanjaya
Reid untuk menegerakan proses kemerdekaan pada tahun 1957.
Rujukan

Andaya, Barbara Watson dan Andaya, Leonad Y. 1983. Sejarah Malaya. Kl:
McMillan Publishers (M) Sdn Bhd.
Ibrahim Mahmood. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. 1981. KL: Pustaka
Antara.
K.J.Ratnam. 1969. Paham Perkauman dan Proses Politik di Malaysia. KL: Penerbit
Uinversiti Malaya.
Ramlah Adam. 1993. Dato’ Onn Ja’afar: Pengasas Kemerdekaan. KL: DBP.
Vasil, R.K. 1971. Politics in a Plural Society. KL: Oxford University Press.
Willian R.Roff. 1975. Nationalisme Melayu (tr) Ahmad Boestamam. KL: Penerbit
Universiti Malaya.
Zainal Abidin Wahid et.al.1996. Malaysia – Warisan dan Pembangunan. KL: DBP

Penilaian Keseluruhan

Soalan Struktur

1. Namakan tiga tokoh politik tanah ayer yang telah merundingkan kemeredekaan
negara di London?

(A)_______________________

(B)________________________

(C) _______________________


2.     Parti    PERIKATAN        telah    dibetuk     bersama    antara
____________________________ bagi menyegerakan usaha kearah kemerdekaan
negara

4. Antara   kesan    Darurat   di   Tanah Melayu   ialah   pembukaan
   ______________________ bagi masyarakat Cina sebagai langkah untuk
   meneykat bekalan makanan kepada PKM

5. Tulis satu karangan ringkas penubuhan parti UMNO.
Unit 2c


PEMBENTUKAN MALAYSIA

Objektif

Diakhir bab ini, anda seharusnya dapat:

   1. Mengeanl pasti lima factor yang mendorong pembentukan Malaysia
   2. Mengenali pemimpin-pemimpin utama yang memainkan peranan penting dalam
      usaha mebentuk sebuah negara baru yang bergelasr Perseketuan Malaysia.
   3. Menjelaskan punca-punca Brunie menarik diri daripada menyertai Malaysia dan
      pemisahan Singapura dari Malaysia.
   4. Membinangkan konflik yang timbul antara Filipina dan Indonesia selepas
      penubuhan Malaysia.



PENGENALAN

Dalam bab ini anda kan didedahkan beberapa peristiwa yang berlaku sewaktu
pembentukan Perseketuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul rahman. Gagasan penyatuan
ini adalah untuk menggabungkan Semenanjung tanah Melayu, Singapura, Sabah,
Sarawak dan Brunei. Cadangan tersebut telah mendapat pelbagai respons. Anda akan
dapat mengetahui dengan jelas kenapa berlaku perbezaan pandangan antara pemimpin-
pemimpin yang pada mulanya bersetuju dengan gagasan Malaysia tetapi telah menarik
diri pada saat-saat terakhir.

2c.1. Faktor Pembentukan

   1. Cadangan penubuhan Perseketuan Malaysia telah dilahirkan oleh Tunku Abdul
      Rahman Putra tatkala beliau berucap di Singapura pda 27 Mei 1961 dalam satu
      majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia
      Tenggara.
   2. Wawasan Tunku Abdul Rahman adalah untuk melihat satu bentuk penyatuan
      ekonomi dan politik berlaku antara Perseketuan Tanah Melayu dengan wilayah
      jajahan Inggeris – Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunie.
   3. Idea utamanya adalah untuk mengatasi masalah kesukaran bagi negara/wilayah-
      wilayah jajahan Inggeris untuk tegak secara sendirian bagi menghadapi
      persaingan antara bangsa selain dari keperluan kerjasama dari segi politik,
      ekonomi dan sosial.
4. Gagasan Malaysia bukanlah satu idea baru. Penyatuan Perseketuan Tanah
      Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei pernah dicadangkan oleh pihak British pada
      tahun 1887. Walaubagaimanapun, cadangan tersebut ditolak kerana dilihat hanya
      untuk menjaga kepentingan jajahan dan negeri naungannya.
   5. Cadangan kemasukan Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah untuk
      membebaskan wilayak-wilayah penjajah Inggeris dari kongkongan pentadbiran
      British di London.


Jadi, anda sekarang boleh memahami dengan lebih jelas setelah meniliti fakta-fakta
berikut:

          1. Menyegerakan kemerdekaan bagi negeri-negeri Singapura, Brunie,
              Sarawak dan    Sabah
                2. Mengurangkan ancaman komunis dan mengekalkan kestabilan dan
keamanan serantau.
         3. Mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan.
          4. Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri
anggota.
   6. Memupuk bangsa Malaysia yang berbilang kaum berteraskan perkongsian
       warisan budaya Timur yang kaya

Aktiviti

Soalan Objektif

1. Dimanakah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengumumkan cadangan
penubuhan Malaysia?

   A. Jeselton, Sabah
   B. Singapura
   C. Kuala Lumpur
   D. Sri Bagawan

2. Manakah yang tidak BENAR tentang pendirian Bruneit menyertai Malaysia?

  A. Brunei menolak sejak dari awal lagi
  B. Brunei tidak menunjukkan apa-apa sikap
  C. Brunei tidak bersetuju di saat-saa terakhir
  D. Pendirian Brunei tidak menentu

3. Manakah dari kenyataan ini BENAR

  A. Kerajaan Inggeris pernah mencadangkan idea penubuhan Malaysia
  B. Kerajaan Inggeris tidak pernah mencadangkan idea penubuhan Malaysia
  C. Kerajaan Inggeris mencadangkan idea penubuhan Malaysia secara senyap
D. Kerajaan Inggeris merahsiakan cadangan penubuhan negara Malaysia




2c.2. Proses Pembentukan Malaysia


Berikut adalah langkah-langkah yang telah diambil untuk melaksanakan proses
pembentukan Malaysia.

2c.2.1. Dailog Borneo

Selepas pengumuman Tunku Abdul Rahman Putra di Singapura pada tahun 1961,
Gabenur Sarawak, Borneo Utara dan Pesuruhjaya Brunei telah mengadakan perbincangan
dengan Pesurujaya Agong British di Singapura. Walaubagaimnapun tidak ada sebarang
persetujuan muktamad dicapai. Hanya satu kenyataan bersama telah dikeluarkan dimana
negeri-negeri tanah jajajahan Inggeris itu telah meganjurkan kerjasama yang lebih rapat
antara negeri-negeri di Borneo sebelum membuat sebarang langkah untuk menyertai
Perseketuan Malaysia.


2c.3. Penubuhan Jawatankuasa Perpaduan Dan Perundingan (MSCC)

Jawatankuasa Perpaduan dan Perundingan (MSCC) telah ditubuhkan pada bulan Julai
1961 ekoran dari Persidangan Persatuan Parlimen Serantau. Keanggotaan Jawatankuasa
ini terdiri daripada negeri-negeri Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Brunei telah
menghantar 5 orang wakil. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Donald Stephens.
Terma rujukan Jawatankuasa ini adalah seperti berikut:

   1. Untuk mendapatkan pandangan-pandangan dari negeri-negeri yang berpotensi
      tentang cadangan Malaysia untuk menubuhkan Malaysia.
   2. Menyebarkan penerangan tentang gagasan Malaysia.
   3. Inisiatif dan galakan untuk bertukar-tukar pandangan tentang gagasan Malaysia.
   4. Menggalakkan beberapa aktiviti yang dapat membantu pembentukan Perseketuan
      Malaysia



Aktiviti

Soalan Objektif


1. Siapakah yang mempnegerusikan Jawatankuasa Perpaduan Dan Perundingan?
(A) Tun Mustafa Datu Harun
  (B) Tun Abdul Razak Husein
  (C) Lee Kuan Yew
  (D) Donald Stephens


2. Apa yang dimaksudkan dengan Dialog Borneo?

  (A) Perbincangan muktamad untuk menubuhkan Malaysia
   (B) Perbincangan mengenai kerjasama serantau antara Borneo Utara dengan
Tanah Melayu dan Singapura
  (C) Perbincangan untuk menentukan status negeri Brunei dalam Malaysia
  (D) Perbincangan untuk menjadikan Singapura sebagai peneraju utama gagasan
Malaysia


3. Manakah yang TIDAK BENAR dari kenyataan berikut:

   A. Pembentukan Malaysia adalah untuk mewujudkan semula gagasan Melayu
Raya
  B. Pemebentukan Malaysia adalah untuk penyatuan politik serantu
  C. Pembentukan Malaysia adalah untuk pemarkasaan ekonomi serantau
  D. Pembentukan Malaysia adalah untuk merapatkan hubungan antara wilayah



2c.3.1. Rombongan Ke London

Dengan tercapainya persefahaman antara Singapura dan Perseketuan Tanah Melayu,
Kerajaan British telah mengundang Tunku Abdul Rahman untuk membincang dengan
lebih mendalam serta menyediakan jalan perundingan denga negara-negara Borneo.
Rumusan dalam perbincangan di London itu jelas menunjukkan bahawa gagasan
Malaysia telah mulai mendapat dokongan dari negeri-negeri Borneo.
Walaubagaimanapun, pendapat rakyat hendaklah diambil kira. Mesyuarat tersebut juga
bersetuju bahawa pandangan-pandangan Sultan Brunei adalah mustahak dan mesti
diambil kira.


2c.4. Jawatankuasa Antara Kerajaan

Selepas Jawatankuasa Cobbold melaksanakan tugasnya, maka satu Jawatankusa Antara
Kerajaan yang diketuai oleh Lord Landsdowne telah ditubuhkan. Tun Abdul Razak
Hussain sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil
negeri Sarawak, Sabah dan Singapura menjadi anggota-anggotanya.
Jawatankuasa ini telah menubuhkan satu perlemabagaan, khususnya yang melibatkan
permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti-
parti politik di Sabah dan Sarawak. Tugas penting Jawatankuasa ini ialah membentuk
satu perlembagaan berdasarkan Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu 1957, Laporan
Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Perkara
utama dalam perlembagaan ini ialah agama Islam, bahasa Melayu, kawalan imigresen,
pendidikan dan perwakilan bagi Sabah, Sarawak dan Brunei.



2c.4.1. Suruhanjaya Cobbold

Pada Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold telah
ditubuhkan bagi mendapatkan respons dari rakyat Borneo Utara dan Sabah.
Keanggotaanya terdiri dari lima orang pegawai dengan tiga pegawai-pegawai British dan
dua orang pegawai Malaysia.

Fungsi utama Jawatankuasa Cobbold adalah untuk mendapatkan referendum rakyat di
Borneo Utara dan Sarawak tentang idea pemebentukan negara Malaysia. Jawatankusa
Cobbold telah mencadangkan perkara-perkara berikut:
   (a) Perlembagaan baru negara hendaklah berasaskan perlembagaan Tanah Melayu
       ada.
   (b) Penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara.
   (c) Penguatkuasaan kuasa imigresen oleh Kerajaan Perseketuan adalah bergantung
   kepada persetujuan kerajaan negeri.
   (d) Tada ada ruang untuk menarik diri.
   (e) Proses Pemborneoan boleh dilaksanakan tetapi pegawai-pegawai Inggeris masih
   boleh memegang jawatan perkhidmatan awam sehingga ada ana tempatan yang layak.
   (f) Kebebasan agama dijamin dan tidak menjadikan satu-satu agama sebagai agama
   rasmi di negeri-negeri tersebut

Aktiviti

Apakah jawatan Tun Abdul Razak Husein di dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan?

1. A. Pengerusi
   B. Timbalan Pengerusi
   C. Naib Pengerusi
   D. Pengerusi Bersam


2. Rombongan perundingan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengenai
pembentukan Malaysia di London diadakan selepas wujud persefahamn dengan:

A. Borneo Utara
B. Singapura
C. Borneo Utara
D. Borneo Utara dan Singapura

3. Suruhanjaya Cobbold melaksanakan tugas untuk mendapat respons rakyat di
Borneo Utara dengan cara:

  (A) Pilihanraya
  (B) Mesyuarat
  (C) Refrendum
  (D) Perundingan


2c.5. Perpisahan Singapura

   1.   Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa kesediaan
        Sinagpura menyertai Malaysia tidak bermakna bahawa negaranya hilang kuasa
        secara mutlak. Rakyat Singapura adalah penentu bagi segala-galanya.
   2.   Pada 23 Ogos 1961, persetujuan antara Kerajaan Perseketan Tanh Melayu dan
        Singapura telah dicapai. Persetujuan ini termktub dalam Kertas Putih yang
        antaranya menyatakan aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan
        menjadi tanggungjawab Perseketuan. Walaubagaimanapun, perkara-perkara
        pendidikan dan tenaga buruh adalah dibawah kuasa kerajaan Singapura.
        Ketetapan juga telah dibuat bahawa Singapura mempunyai 16 orang ahli di
        Dewan Rakyat Malaysia.
   3.   Setelah 2 tahun berada di dalam Malaysia, ketegangan politik telah berlaku
        antara Singapura dan Kuala Lumpur. Antara isu yang menjadi perbahasan hangat
        ialah soal ekonomi, politik kepartian DAP dan MCA serta isu perakauman.


2c. 6. Penarikan Brunei Menyertai Perseketuan Malaysia

Brunei pada saat-saat terakhir telah mengejutkan Malaysia, Singapura, Sabah dan
Sarawak apabila Sultan Sir Omar ‘Ali Sharifuddin menyatakan bahawa Brunei menarik
diri menyertai gagagsan Malaysia kerana dua sebab yang paling utama: (a) kekanan
Baginda Sultan Brunei sebagai Sultan dalam Perseketuan Malaysia tidak dipersetujui; (b)
penguasaan hasil minyak Brunei juga tidak dipersetujui. Lain-lain tuntutan Brunei ialah:
(a) menuntut 10 buah kerusi Parlimen; (b) mengekalkan semua pelaburannya; (c)
meneruskan program pendidikan dan kebajikan.
Aktiviti


1. Berapakah jumlah anggota Dewan rakyat yang diperuntukkan kepada
Singapura?

   A. 26 anggota
   B. 16 anggota
   C. 15 anggota
   D. Antara 10 hingga 20 anggota


2. Antara bidang kuasa Singapura semasa berada di dalam Perseketuan Malaysia
ialah:

A. Pertahanan
B. Hubungan Luar
C. Pelajaran
D. Keselamatan

3. Antara sebab berlakunya perpisahan antara Singapura dengan Malaysia ialah:

  A. Isu ekonomi
  B. Isu agama
  C. Isu perkauman
  D. Isu Bahasa

4. Antara sebab Brunei tidak mahu menyertai Malaysia

  A. Kekakanan status Sultan Brunei tidak dipersetuji
  B. Brunei mahu keanggotaan Parlimen yang ramai
  C. Brunei mahu menjadi YDPA pertama selepas Malaysia dibentuk
  D. Brunei mahu jawatan Menteri Kewangan



Rumusan

Rancangan penubuhan Perseketuan Malaysia akhirnya berjaya dilaksanakan tanpa
ehadiran Brunei. Malaysia lahir secara rasmi pada 16 September 1963. Namun,
Singapura juga telah keluar dari Malaysia pada tahun 1963. Sabah dan Sarawak kekal
berada di dalam Malaysia hingga kehari ini. Penubuhan Malaysia telah mendapat
tentangan dari Indonesia pada peringkat permulaan sehingga telah menimbul konfrontasi
Indonesia terhadap Malaysia pada tahun 1963..
Rujukan


Ahmad Atory Hussain. 1990. Politik Dan dasar Awam Malaysia. KL: Utusan
Publications and Distributors.
Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin. 2007. Pengajian Malaysia. PJ: Oxford Fajar
Jayum A Jawan. 2007. Malaysian Politics & Government. Shah Alam: Karisma
Publications Sdn Bhd.
Zainal Abidin bin Abdul Wahid et al. 1996. Malaysia – Warisan dan Perkembangan.
KL: DBP.
____________________________. “The Formation of Malaysia: The Role of the
Malaysia Solidarity Consultative Committee”, dlm. Muhammad Abu Bakar etc
(ed). Historia. Kuala Lumpur.


Penilaian Keseluruhan


Soalan Strukur

1. Penubuhan Perseketuan Malayasia telah mendapat ____________________ dari
negara Indonesia

2. Penubuhan Negara Malaysia pada 16 September 1963 telah melalui beberapa
usaha
   _____________________________________________________

  _______________________________________________________

3. Berikan empat tuntutan Brunei untuk menyertai Malaysia

 ______________________________________________________

 _______________________________________________________

_______________________________________________________
 ____
_______________________________________________________
Unit 2d

Perlembagaan Malaysia

OBJEKTIF

Di akhir bab ini, anda dapat mempelajari:

   1.   Konsep perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara.
   2.   Mengenal pasti enam tujuan perlembagaan.
   3.   Membincangkan cirri-ciri asas perlembagaan.
   4.   Menjelaskan cara-cara perlembagaan dipinda


PENGENALAN

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat Undang-Undang laut Melaka dan
Hukum Kanun Melaka. Semantara itu, di setiap negeri pula mengamalkan adat
tradisional, itu Adata Temenggung dan Adat Pepateh seperti di Negeri Sembilan dan
Melaka. Perlembagaan moden yang dipengaruhi oleh perlembagaan Britain mula
diperkenalkan pada tahun 1957 dan dikemakinikan pentadbirannya pada tahun 1963.


2d.1. Konsep dan Tujuan Perlembagaan


Perlembagaan merupakan satu konsep yang amat penting dalam sebuah kerajaan moden
pada hari ini. Perlembaaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang-
undang asas negara. Ia menerang dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh
pelbagai anggota negara itu, seperti hak-hak yang dimiliki oleh orang-orang yang
diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah.


Antara tujuan utama perlembagaan adalah seperti berikut:

   1.   Menjamin keutuhan dan kedaulatan negara
   2.   Menjadi sumber rujukan
   3.   Mewujudkan kestabilan negara
   4.   Mengawal perjalanan kerejaan
   5.   Mengekalkan keamanan
   6.   Menjamin keamanan negara



2d.2 Perlembagaan Perseketuan Malaysia dan Negeri
Perlembagaan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Menurut Tun
Mohamad Suffian (1983), Perlembagaan Perseketuan Malaysia merupakan puncak kuasa
yang tertinggi dalam negara. Ini bermakna bahawa Parlimen Malaysia memperolehi
kuasanya dari Perlembagaan Perseketuan Malaysia yang memperuntukkan kuasa
perundangan kepada Perseketuan Malaysia bagi satu pihak, dan tiap-tiap negeri pula bagi
satu pihak lagi. Perlembagaan Malaysia menentukan dengan jelas perkara-perkara yang
menjadi tanggungjawab Perseketuan dan Negeri.

2d.2.1. Ciri-Ciri Perlembagaan Perseketuan Malaysia

Tun Mohamed Suffian, Mantan Ketua Hakim Negara telah menyeneraikan cirri-ciri asas
Perlembagaan Malaysia seperti berikut:

   1. Mengasaskan Malaysia sebagai sebuah Perseketuan.
   2. Sebagai negara berperlembagaan.
   3. Sebagai negara demokrasi berparlimen
   4. Memperuntukkan Islam sebagai Agama Rasmi Perseketuan, tetapi pada masa
      yang sama Malaysia bukan sebuah negara teokrasi dan menjamin kebebasan
      agama kepada semua rakyat yang berbilang agama.
   5. Memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang
   6. Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan, iaitu
      Perundangan,     Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiganya mempunyai
      status yang sama, tiada satu pun yang lebih tinggi daripada yang lain dan setiap
      satunya mempunyai tanggungjawab dan fungsi yang berbeza
   7. Memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada
      kawalan Parlimen dan Eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang eksklusif
      untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liabiliti dalam perlembagaan

2d.2.2. Pindaan Perlembagaan


   1. Perlembagaan Perseketuan Malaysia adalah perlembagaan bertulis dan boleh
      dipinda. Parlimen boleh meminda kuasannya sendiri.
   2. Sesetengah perkara boleh dipinda hanya dengan lebih suara dua pertiga dalam
      sidang . Parlimen dengan syarat diizinkan oleh Majlis Raja-Raja. Persetujuan
      Majlis Raja-Raja adalah diperlukan bagi meminda undang-undang.
   3. Sesetengah perkara yang berkepentingan khas seperti di Sabah dan Sarawak boleh
      dipinda dengan lebih suara dua pertiga dalam setiap sidang Dewan Parlimen jika
      dipersetujui oleh Yang Di Pertuan Agong bagi mana-mana negeri.
   4. Sesetengah perkara boleh dipinda dengan lebih suara dua pertiga dalam setiap
      Dewan Rakyat tanpa berkehedakkan persetujuan sesiapapun di luar Parlimen.
Diantara pindaan yang telah diterima oleh sidang Parlimen adalah seperti berikut:

   1. Pertambahan kerusi parlimen
   2. Pemansuhan imuniti bagi YDPA, Raja-Raja yang memerintah negeri dan
      kesalahan jenayah
   3. Pembentukan Mahkamah Khas dengan bidang kuasa yang eksklusif untuk
      membicarakan semua kesalahan yang dilakukan di dalam Perseketuan Malaysia
      oeh YDPA dan Raja-Raja Negeri dan semua kes awam oleh atu YDPA atau Raja-
      raja Negeri
   4. Penstrukturan Mahkamah Tinggi Perseketuan dengan mewujudkan Mahkamah
      Rayuan di antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agong dan dinamakan
      semula sebagai Mahkamah Perseketuan Malaysia.

2d.2.3 Perlembagaan Negeri

   1. Perlembagaan Malaysia juga merupakan satu perjanjian perkongsian antara
      negeri-negeri yang menganggotai Perseketuan Malaysia. Tiap-tiap negeri dalam
      Malaysia mempunyai hak, kuasa dan tanggungjawab tersendiri menurut
      Perlembagaan Perseketuan Malaysia dan Pelembagaan Negeri-Negeri.
      Peruntukan tertentu tentang Perlembagaan Negeri diistilahkan sebagai perlu.
   2. Peruntukan ini terkandung di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Perseketuan.
      Sementara Perkara 71 Perlembagaan Perseketuan Malaysia memperuntukkan
      bahawa tiap-tiap perlembagaan negeri hendaklah mempunyai peruntukan ini.


Aktiviti

1. Dimanakah sumber kuasa yang diperolehi oleh Parlimen Malaysia?

 A. Majlis Raja-Raja Melayu
 B. Perlembagaan Malaysia
 C. Badan Kehakiman Negara
 D. Kabinet

2. Mahkamah Perseketuan dahulunya dikenali sebagi

  A. Mahkamah Tinggi Perseketuan
  B. Mahkamah Agong
  C. Mahkamah Rayuan
  D. Mahkamah Khas


3. Kesalahan jenayah YDPA dan Raja-Raja Melayu dikendalikan oleh:

A. Mahkamah Agong
B. Mahkamah Tinggi Syari’ah
C. Mahkamah Khas
D. Tribunal DiRaja


4. Pindaan perlembagaan boleh dibuat di Parlimen Malaysia dengan persetujuan
YDPA dalam:

(A) Semua perkara
(B) Sesetengah perkara
(C) Satu perkara sahaja
(D) Sesetengah perkara dengan persetujuan Majlis Raja-Raja


2d.3. Peruntukan Bahasa Melayu

   1. Kedudukan Bahasa Melayu telah ditetapkan dalam Perkara 152 Perlembagaan
      Perseketuan yang menentukan bahawa Bahasa Melayu hendaklah digunakan
      untuk maksud-maksud rasmi. Dengan lain perkataan, Bahasa Melayu adalah
      bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia.
   2. Bahasa-bahasa lain adalah dilindungi dalam Perlembagaan perseketuan dengan
      tidak menghalang sesiapapun dalam kalangan warganegara untuk
      menggunakannya.
   3. Sesiapa yang mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi
      akan didakwa dibawah Akta Hasutan 1948.




2d.4. Kedudukan Agama Islam

   1. Dalam Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai seorang yang
      beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur
      dalam Bahasa Melayu.
   2. Sebagai agama rasmi negara, Kerajaan Perseketuan mempunyai kuasa
      memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan
      kemajuan berkaitan dengan agama Islam, seperti pembinaan masjid dan surau,
      sekolah-sekolah agama.
   3. Perlembagaan Perseketuan memperuntukkan kuasa tertinggi agama pada setiap
      negeri dengan Sultan/Raja/Yam Tuan Besar menjadi ketua agama Islam kecuali
      bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan wilayah-wilayah
      Persektuan – Kuala Lumpur, Labuan dan Putera Jaya. Di negeri-negeri ini, kuasa
      agama terletak di bawah bidang kuasa YDPA.
   4. Di negeri-negeri, Sultan/Raja/Yam Tuan Besar mempunyai kuasa melantik ahli-
      Ahli – Ahli Majlis Agama Islam yang bertanggungjawab melaksanakan dasar-
      dasar Islam di negeri-negeri dengan dokongan Jabatan-Jabatan Agama Islam
menjalanakan urusan pentadbiran. Selain itu, musfti-mufti dan Ketua-Ketua
      hakim Syari’ah juga dilantik oleh Sultan/Raja/Yam Tuan Besar.
   5. Satu perakara yang menarik, Majlis Raja-Raja Melayu telah bersetuju untuk
      memberi kuasa kepada Kerajaan Perseketuan Malaysia menubuhkan Majlis Hal
      Ehwal Kebangsaan Islam Malaysia dengan Perdana menteri Malaysia menjadi
      Pengurusinya. Fungsi MHEKIM hanya untuk menyelaraskan program-program
      Islam antara Kerajaan Pusat dan negeri. Walaubagaimanapun, Sultan Kedah dan
      Sultan Pahang tidak membenarkan negeri-negeri tersebut menjadi anggota
      MHEKIM.


Aktiviti

1. Peruntukan 152 dalam Perlembagaan Perseketuan Malaysia menjamin
kedudukan:

  (A) Bahasa Cina
  (B) Bahasa Malaysia
 (C) Bahasa Tamil
 (D) Bahasa Inggeris


2. Penentangan terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara boleh
didakwa dibawah

 A. Akta ISA boleh digunakan sekiranya Bahasa Melayu ditentang
 B. Akta Hasutan 1948 boleh digunakan bagi
 C. Akta Bahasa Kebangsaan 1976
 D. Akta Jenayah

3. Pentabiran agama Islam di peringkat Perseketuan/ Pulau Pinang, Sabah,
Sarawak dan Wilayah-Wilayah Persketuan diketuai oleh:

 A. Perdana Menteri
 B. YDPA
 C. Perkongisan kuasa antara YDPA dan YDPN
 D. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri




2d.5. Kedudukan Istimewa Orang Melayu

   1. Hak istimewa orang-orang Melayu telah diperkenalkan dalam Perlembagaan
      Perseketuan Malaysia agar pembelaan dan bantuan dapat dibuat untuk bangsa
Melayu sebagai penduduk utama pribumi. YDPA diberi kuasa untuk memelihara
      kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung.
   2. Sebab utama mengapa kedudukan hak istimewa orang Melayu diperuntukan
      dalam Perlembagaan Perseketuan ialah kerana orang-orang Melayu telah
      didiskriminisaikan sejak zaman penjajahan Inggeris lagi dalam bidang pendidikan
      dan ekonomi. Pada masa yang sama, penjajah Inggeris telah sengaja membawa
      pekerja-pekerja asing bekerja di ladang-ladang getah dan di lombong-lombong
      bijih. Mereka akhirnya menjadi rakyat Tanah Melayu. Bangsa Cina telah
      menguasai bidang ekonomi dengan meninggalkan jauh orang-orang Melayu yang
      ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan sehingga sekarang.
   3. Antara perkara yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu ialah kuota
      kemasukan dalam sektor awam, kuota kemasukan ke institusi pengajian tinggi,
      biasiswa, lesen kenderaan sewa dan dan permit perniagaan.



2d.6 Hak Asasi Individu

   1. Perlembagaan Perseketuan Malaysia menyatakan setiap warganegara mempunyai
      hak dan kebebasan tertentu seperti kebebasan beragama, bercakap, berhimpun dan
      berpersatuan, kebebasan bergerak, larangan buang negeri dan sebagainya.
   2. Walaubagaimanapun, Perkara 149 Perlembagaan Perseketuan Malaysia
      menyatakan seseorang warganegara boleh ditahan atas penahahan kerana
      keselamatan.
   3. Sekatan terhadap individu telah dimaktubkan oleh beberapa akta dan ordinan
      seperti: (a) Akta ISA (1960); Ordinan Hasutan (1948); Ordinan Perintah Awam
      (1958); Ordinan Pencegahan Jenayah (1959); Peraturan Penting (Kes
      Keselamatan 1957). Akta ISA menjadi bahan kritikan hebat di dalam dan di luar
      negara kerena dianggap zalim. Pada hakikatnya ISA adalah warisan penjajah
      Inggeris.



Aktiviti

1. Manakah yang tidak benar dalam penyataan berikut:

 A. Hak Istimewa Orang-Orang diperuntukkan dalam Kontrak Sosial
 B. Hak Istimewa Orang Melayu disebut dalam Perlembagaan Persketuan
 C. YDPA diberi kuasa untuk mempertahankan Hak Istimewa Orang Melayu
 D. Majlis Raja-Raja diberi kuasa boleh membincangkan hal Hak Istimewa Orang
Melayu
  3. Hak Istimewa Orang Melayu diperuntukkan dalam Perlembagaan
      Perseketuan kerana:

       A. Kedudukan orang Melayu lemah dari segi ekonomi dan pelajaran
B. Orang Melayu adalah anak peribumi
       C. Jumlah penduduk Melayu telah berkurangan
       D. Permintaan dari Raja-Raja Melayu


   4. Akta ISA yang dilihat sebagai satu akta zalim adalah warisan:

       A. Belanda
       B. Inggeris
       C. Siam
       D. Jepun



2d.7 Pilihan Raya

       1. Pada 27 Julai 1955, Pilihan Raya Perseketuan yang pertama di Tanah Melayu
          telah diadakan. Parti Perikatan (Alliance), UMNO, MCA dan MIC telah
          menyertainnya. Parti Perikatan telah menandingi 52 buah kerusi.
       2. Parti Negara pimpinan Dato’ Onn Jaafar telah mengemukakan 32 orang
          calun. Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS) dengan 11 orang calun. Parti-parti
          lain yang mengambil bahagian dalam piliha raya tersebut ialalah Parti Buruh,
          Parti Kemajuan Rakyat, Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan
          Melayu.
       3. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripda 52 buah kerusi yang
          dipertadningkan. Pas hanya memenangi satu kerusi sahaja di Krian, Perak.
       4. Pilihan raya Perseketuan telah menadakan satu babak baru dalam amalan
          demokrasi di Tanah Melayu. Dalam sisitem demokrasi berparlimen, rakyat
          adalah penentu kepada pembentukan kerajaan.
       5. Pilihan Raya diadakan untuk memilih wakil-rakyat di Dewan Rakyat dan di
          Dewan Undangan Negeri setiap lima tahun sekali.
       6. Apabila YDPA membubarkan Dewan Rakyat, pilihan raya mesti diadakan
          dalam tempoh 60 hari selepasa pembubaran Dewan rakyat dan Dewan
          Undangan Negeri. Bagi Sabah dan Sarawak, tempohnya adalah lebih panjang
          kerena factor geografi.
       7. Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh
          kekosongan, sama ada disebabkan kematian, perletakan jawatan atau
          seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri hilang
          kelayakan. Tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR.

2d.7.1. Proses Semasa Pilihan Raya

Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan perkara-perkara berikut bagi menjamin
pengurusan sesuatu Pilihan raya itu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan:

   1. Hari penamaan calun.
2. Deposit.
     3. Penggunaan symbol parti.
     4. Kempen.
     5. Hari mengundi
     6. Barung SPR.
     7. Pengiraan undi
     8. Kebenaran memasuki tempat undi.
     9. Cara-cara mengundi.
     10. Undi pos.
     11. Ejen mengundi.
     12. Pengiraan undi.
     13. Penjumlahan rasmi undi.
     14. Petisyen pilihanraya.
     15. Penyata perbelanjaan pilihanraya.
     16. Pelupusan bahan-bahan bercetak pilihanraya
.

2d.7.2 Fungsi Pilihan Raya

     1.   Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi
     2.   Mengekalkan pucuk pimpinan.
     3.   Pemilihan calun bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan.
     4.   Menguatkan kestabilan politik negara


Aktiviti

Soalan Objektif

1. Mana yang TIDAK BENAR dalam penyataan berikut:

    A. Parti UMNO bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955
    B. Parti PAS bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955
    C. Parti Negara tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955
    D. Parti MIC bertanding dalam Pilihan raya Umum 1955

2. PAS menang 1 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 1955 di:

    A. Parit Buntar, Perak
    B. Bagan Serai, Perak
    C. Kota Bharu, Kelantan
    D. Krian, Perak

3. Pilihan Raya Parlimen dan Dewan Negeri mesti diadakan dalam tempoh:

    A. 30 hari
B. Dua bulan
  C. Satu minggu
  D. 10 hari



2d.7.3. Elemen-Elemen Pilihan Raya


1. Seorang pemilih mesti mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi
membolehkan pengundian dibuat untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri.
Seseorang itu layak menjadi calun dengan syarat-sayart berikut: (a) seorang warganegara
Malaysia; (b) berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan; (c) seorang
penduduk di mana-mana bahagian pilihan Raya di Malaysia; (d) tidak hilang kelayakan.

2. Seseorang pemilih hilang kelayakan memilih jika sekiranya perkara-perkara berikut
berlaku: (a) pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani
hukuman penjara; (b) sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum
mati atau penjara lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan;
(c) di dapati besalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan raya 1954; (d) Telah memperolehi
kerakyatan asing.

3. Kelayakan calun adalah seperti berikut: (a) warganegara Malaysia dan bermastautin di
negara ini; (b) berumur tidak kuang daripada 21 tahun pada hari penamaan calun; (c)
tinggal di negeri di mana dia akan bertanding.

4. Seorang calun akan hilang kelayakan sekiranya dia: (a) telah didapati atau
diisytiharkan tidak siuman; (b) bankrup; (c) memegang jawatan berkepentingan; (d) gagal
mengemukakan laporan perbelanjaan pilihanraya; (e) telah didapati bersalah oleh
Mahkamah Di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara tidak kurang dari setahun atau
denda tidak kurang dari RM 2000 dan belum mendapat pengampunan; (f) telah
memperolehi kewarganaan asing.



2d.8. Komponen Parlimen

   1. Kedudukan di Parlimen Malaysia hari ini terkandung dalam Bahagian 4, Bab 4,
      Perkara 44 perlembagaan Perseketuan Malaysia. Parlemen adalah lambang
      demokrasi berjalan di Malaysia. Jadi, Parlimen adalah kuasa tertinggi
      perundangan di Malaysia yang menagndungi YDPA, Dewan Negara dan Dewan
      Rakyat.
   2. Dewan Rakyat adalah dewan yang penting dalam menggubal rang undang-
      undang, manakala Dewan Negara pula bertindak membahas dan meluluskan rand
      undang-undang. YDPA bertindak untuk memperkenankan undang-undang
      tersebut.
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia
Pengajian malaysia

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Bab 6 agama di malaysia
Bab 6 agama di malaysiaBab 6 agama di malaysia
Bab 6 agama di malaysiaaishah solehah
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukBie Judith
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasiINSTAQLIM
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Nizam 6281
 
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1Norlina Rawina
 
Tugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikTugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikCikgu Ana
 
Etika dan Moral Menurut Agama Kristian
Etika dan Moral Menurut Agama KristianEtika dan Moral Menurut Agama Kristian
Etika dan Moral Menurut Agama KristianThomas Mon
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Fadhil Ismail
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan EtnikMahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik 2011 - Konsep Asas
Hubungan Etnik 2011 - Konsep AsasHubungan Etnik 2011 - Konsep Asas
Hubungan Etnik 2011 - Konsep AsasMahyuddin Khalid
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaCTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaMahyuddin Khalid
 
Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2Fadhil Ismail
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaZailani Baharuddin
 
Persamaan & perbezaan antara tamadun
Persamaan & perbezaan antara tamadunPersamaan & perbezaan antara tamadun
Persamaan & perbezaan antara tamadunNUR FARHIYAH BASIR
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaNor Hayati Fatmi Talib
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikFarid Hasan
 

La actualidad más candente (20)

Bab 6 agama di malaysia
Bab 6 agama di malaysiaBab 6 agama di malaysia
Bab 6 agama di malaysia
 
Konsep Integrasi Etnik
Konsep Integrasi EtnikKonsep Integrasi Etnik
Konsep Integrasi Etnik
 
Konsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmukKonsep masyarakat majmuk
Konsep masyarakat majmuk
 
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
Bab 7   dari segregasi ke integrasiBab 7   dari segregasi ke integrasi
Bab 7 dari segregasi ke integrasi
 
Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969Tragedi 13 mei 1969
Tragedi 13 mei 1969
 
Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
Hubungan etnik di malaysia..presetation 1
 
Bab 6
Bab 6Bab 6
Bab 6
 
Tugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnikTugasan hubungan etnik
Tugasan hubungan etnik
 
Etika dan Moral Menurut Agama Kristian
Etika dan Moral Menurut Agama KristianEtika dan Moral Menurut Agama Kristian
Etika dan Moral Menurut Agama Kristian
 
Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1Hubungan Etnik Bab-1
Hubungan Etnik Bab-1
 
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan EtnikHubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
Hubungan Etnik - Cabaran Hubungan Etnik
 
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan EtnikHubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
Hubungan Etnik 2011 - Politik & Hubungan Etnik
 
Hubungan Etnik 2011 - Konsep Asas
Hubungan Etnik 2011 - Konsep AsasHubungan Etnik 2011 - Konsep Asas
Hubungan Etnik 2011 - Konsep Asas
 
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di MalaysiaCTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
CTU555 Sejarah Malaysia - Kesepaduan dalam Kepelbagaian di Malaysia
 
Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2Hubungan Etnik Bab-2
Hubungan Etnik Bab-2
 
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara BangsaProses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
Proses Integrasi Membentuk Penyatuan Negara Bangsa
 
Persamaan & perbezaan antara tamadun
Persamaan & perbezaan antara tamadunPersamaan & perbezaan antara tamadun
Persamaan & perbezaan antara tamadun
 
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di MalaysiaPluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
Pluraliti & Masyarakat Pluralistik di Malaysia
 
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnikBab 2 konsep asas hubungan etnik
Bab 2 konsep asas hubungan etnik
 

Destacado

PENGAJIAN MALAYSIA
PENGAJIAN MALAYSIAPENGAJIAN MALAYSIA
PENGAJIAN MALAYSIAAra Abadi
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaAs Nuurien Najma
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 2
Campurtangan British di Tanah Melayu 2Campurtangan British di Tanah Melayu 2
Campurtangan British di Tanah Melayu 2SKSP
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysiaIrsyad Izaki
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarahNur Az
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia Farah Hilmi
 
pengajian malaysia bab 2
pengajian malaysia bab 2pengajian malaysia bab 2
pengajian malaysia bab 2asia green
 
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)Sherrr_aaa
 

Destacado (9)

PENGAJIAN MALAYSIA
PENGAJIAN MALAYSIAPENGAJIAN MALAYSIA
PENGAJIAN MALAYSIA
 
DUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian MalaysiaDUB1012 - Pengajian Malaysia
DUB1012 - Pengajian Malaysia
 
Campurtangan British di Tanah Melayu 2
Campurtangan British di Tanah Melayu 2Campurtangan British di Tanah Melayu 2
Campurtangan British di Tanah Melayu 2
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2  masyarakat malaysia dalam sejarahBab 2  masyarakat malaysia dalam sejarah
Bab 2 masyarakat malaysia dalam sejarah
 
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia (Pengajian malaysia)  Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
(Pengajian malaysia) Sejarah dan latar belakang kaum di Malaysia
 
pengajian malaysia bab 2
pengajian malaysia bab 2pengajian malaysia bab 2
pengajian malaysia bab 2
 
Pengajian malaysia
Pengajian malaysiaPengajian malaysia
Pengajian malaysia
 
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
Bab 1 sejarah awal negara (pengajian malaysia)
 

Similar a Pengajian malaysia

Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1share with me
 
Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxAlHadmie1
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya noraidahyaakub1
 
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaT1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaRosmahiza Ramli
 
60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnik60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnikAzlyn Juliana
 
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Saya Awak
 
Bab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEBab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEteochaw
 
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)nazri15
 
Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayamama fiya
 
She 101 full notes
She 101 full notesShe 101 full notes
She 101 full notesanepsaaid
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMaszurah Omar
 

Similar a Pengajian malaysia (20)

Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Hubungan etnik 1
Hubungan etnik 1Hubungan etnik 1
Hubungan etnik 1
 
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
Topik 1 budaya dan kepelbagaian kelompok di malaysia 1
 
Ctu 553
Ctu 553Ctu 553
Ctu 553
 
Topik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptxTopik 1 Blom siap.pptx
Topik 1 Blom siap.pptx
 
Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2Kuliah 1 & 2
Kuliah 1 & 2
 
Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya Pengertian dan konsep budaya
Pengertian dan konsep budaya
 
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsaT1 pengertian etnik_budaya_bangsa
T1 pengertian etnik_budaya_bangsa
 
60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnik60135433 hubungan-etnik
60135433 hubungan-etnik
 
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
Edu cth soalan mgkin ditanya mktb sultn mizan (1) (2)
 
Bab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HEBab 8 GLOBALISASI HE
Bab 8 GLOBALISASI HE
 
Nota Hubungan Etnik
Nota Hubungan EtnikNota Hubungan Etnik
Nota Hubungan Etnik
 
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
NOTA She 101 (Hubungan Etnik)
 
Assingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budayaAssingment man, masyarakat dan budaya
Assingment man, masyarakat dan budaya
 
She 101 full notes
She 101 full notesShe 101 full notes
She 101 full notes
 
She 101 full notes
She 101 full notesShe 101 full notes
She 101 full notes
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Mpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnikMpu3113 hubungan etnik
Mpu3113 hubungan etnik
 
Konsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnikKonsep asas hubungan etnik
Konsep asas hubungan etnik
 
CTU PRESENTATION
CTU PRESENTATIONCTU PRESENTATION
CTU PRESENTATION
 

Pengajian malaysia

  • 1. PENGAJIAN MALAYSIA (Diploma) Unit 1 (Pelajaran 1) PENGENALAN MAYARAKAT MALAYSIA OBJEKTIF Setelah mempelajari bab ini, pelajar dapat memahami fakta-fakta berikut: 1. Anda dapat menegetahui takrif masyarakat dengan lebih mendalam dan lain-lain aspek penting yang berhubungan dengan masyarakat. 2. Anda juga pasti dapat memahami beberapa konsep asas hubungan antara pelbagai suku kaum yang menjadi teras kemajmukan masyarakat Malaysia. 3. Dengan mempelajari bab ini, beberapa kaedah yang boleh dilaksanakan untuk mengeratkan hubungan suku kaum di Malaysia dapat dipelajari. Huraian tentang tiga aspek utama dalam unit ini akan kita lakukan sekarang: (a) konsep masyarakat; (b) konsep budaya dan (c) hubungan Etnik Di Malaysia. Ketiga-ketiga topik ini berkait rapat antara satu dengan lain. PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA Unit 1a Masyarakat 1a. 1 Definisi 1a. 1.1. Masyarakat Kamus Dewan (2005) menyatakan: “Masyarakat ialah kumpulan manusia yang hidup bersama di sesuatu tempat dengan aturan dan cara tertentu. Individu, keluarga dan kumpulan – kumpulan kecil merupakan anggota sesebuah masyarakat. Jaringan erat wujud dalam kalangan anggota tersebut, khususnya, melalui hubungan bersemuka. Melalui pergaulan, maka berlakulah hubungan sosial yang sifatnya berulangan seperti gotong royong, menjayakan majlis-majlis perkahwinan, menyambut hari-hari kebesaran agama dengan ziarah menziarahi, mengadakan rumah tebuka, jamuan rakyat dan sebagainya. Kekerapan perpaduan ini membina satu kesepaduan dalam masyarakat tersebut sebagai satu unit sosial.”
  • 2. 1a.1.2 Masyarakat Majmuk Apakah takrif masyarakat majmuk? “Masyarakat majmuk adalah kewujudan budaya, ekonomi, tempat tinggal, pegangan ideologi politik dan sosial dalam pelbagai etnik yang berbeza.” Dalam hubungan ini, cuba kita perhatikan pandangan J.S.Furnival, seorang sarjana sains politik yang mula-mula mengemukakan konsep masyarakat majmuk pada tahun 1948. Kata J.S.Furnival: “Di Burma, seperti di Jawa, barangkali perkara yang amat menarik hati pelawat adalah campuran kumpulan-kumpulan manusia – orang Eropah, Cina, India dan Bumiputera. Dalam ertikata yang setepat-tepatnya, mereka bercampur tetapi tidak bersatu padu. Tiap- tiap kumpulan mempunyai agama, kebudayaan, pemikiran dan cara hidup masing- masing. Sebagai seorang perseorangan, mereka bercampur, tetapi hanya diapasar, dalam menjual dan membeli. Wujud satu masyarakat majmuk yang terdiri dari kumpulan- kumpulan manusia yang hidup berdampingan, tetapi berasingan, dalam satu unit politik yang sama. Malahan dalam bidang ekonomi terdapatnya pembahagian tugas atau garis- garis perkauman” (T.P. Jagedo, 1989: 28-9). Jadi, anda sekarang dapat membuat satu rumusan tentang apa yang dimaksudkan dengan masyarakat majmuk itu. Secara ringkas, ia adalah kemajmukan pelbagai kelompok etnik yang tinggal dibawah satu bumbung politik dalam sesebuah negara tetapi tidak bersatu padu. Masing-masing kelompok mempunyai bahasa, budaya, agama, nilai dan pemikiran serta cara hidup yang berlainan. Dengan kata lain, mereka nampak kelihatan hidup bersama tetapi berasingan. Aktiviti Soalan Objketif Jawab semua soalan di bawah. Pilih jawapan yang paling tepat. 1. Semua pernyataan berikut adalah tepat, kecuali A. Manusia ialah kumpulan bersama yang hidup bersama di sesuatu tempat. B. Manuisa adalah hidup dengan peraturan dan cara tertentu. C. Manusia adalah kumpulan yang suka hidup menyendiri D. Manusia berhubungan antara satu sama lain 2. Apakah yang mencirikan masyarakat majmuk? A. Warna kulit B. Perumahan C. Sekolah D. Kilang
  • 3. 3. Anasir-anasir kemajmukan masyarakat Burma mengikut pandangan J.S. Furnival kecuali A. Masyarakat Burma terdiri dari pelbagai etnik B. Masyarakat Burma bercakap pelbagai bahasa C. Masyarakat Burma hanya beragama Buddha D. Masyarakat Burma bercampur tetapi tidak berpadu dalam politik 1a.2 Ciri-Ciri Antara ciri-ciri utama masyarakat adalah seperti berikut: 1. Berkelompok. 2. Berbudaya 3. Mengalami perubahan. 4. Berhubungan (dalam dan dengan pihak luar). 5. Mempunyai kepimpinan. 6. Mempunyai aturan soisalnya (susun lapis, kelas, status dan kasta) 1a.2.1. Faktor Kita semua wajar memahami secara jelas konsep masyarakat kerana factor-faktor berikut: 1. Hakikat bahawa manusia, demi kelangsungan hidup, tiada pilihan lain tetapi untuk hidup bermasyarakat. 2. Manusia mesti memahami sebaik mungkin cara hidup masyarakat. 3. Memahami budaya masyarakat sendiri dan masyarakat lain. 4. Memupuk kerjasama yang berterusan dalam amsyarakat sendiri dan dengann masyarakat lain. Jadi, sifat dan ciri masyarakat mesti difahami kerana masyarakat itu adalah satu yang dinamik. Aktiviti Soalan Objektif 1. Pilih penyataan yang benar dibawah ini berhubung dengan ciri-ciri masyarakat. A. Masyarakat dari segi tabiatnya adalah statik (tidak bergerak) B. Masyarakat suka berbudaya C. Masyarakat tidak minat untuk berkahwin D. Masyarakat tidak suka hiburan
  • 4. 2. Jelaskan satu sebab kenapa konsep masyarakat wajar difahami dengan jelas dan tepat? 1a.3 Konsep Etnik Anda telitikan takrif etnik sekarang: “Satu sekelompok manusia yang mengamalkan budaya yang hampir seragam dari segi adat resam, pakaian, bahasa dan kegiatan ekonomi. Konsep etnik adalah berkait rapat dengan konsep ras dan bangsa. Ras dan bangsa memberikan penekanan pada perbezaan fizikal atau sifat biologi. Di Malaysia, pelbagai etnik hidup secara berlainan tetapi tetap berada di bawah satu sistem politik yang sama. Etnik dapat dikelaskan melalui perbezaan budaya. Etnik sering berbeza berdasarkan ciri budaya seperti adat resam, pola keluarga, orientasi politik, kegiatan ekonomi dan sebagainya. Di negara ini, orang Melayu, Cina, India, Kadazan, Dusun, Melanau dan pelbagai lagi dianggap sebagai etnik. Etnosentrik itu mengaggap ciri-ciri budayanya sangat wajar, betul dan lebih utama daripada budaya etnik yang lain yang dipandang rendah serta dianggap ganjil ataupun dikatakan berada pada tahap rendah atau tidak bermoral.” Jika anda berada di Sarawak dan Sabah, anda pasti dapat melihat dengan jelas pelbagai suku kaum yang terdapat di negeri-negri tersebut. Dari satu kaum berkembang pula kaum yang lain. Inilah yang dinamakan sub-etnik. Dalam satu etnik, terdapat satu jenis budaya. Ini menandakan adanya satu kebudayaan atau sub budaya yang jelas menyatukan anggotanya dengan nilai, sikap dan tingkah laku yang sama. Tahukah anda pakah yang dinamakan etnosentrisme? Maksudnya ialah kepercayaan atau rasa bangga yang wujud dalam kalangan anggota sesebuah kelompok etnik bahawa budaya dan etnisiti mereka adalah jauh lebih baik dan hebat dari kelompok lain. 1a.3.1 Konsep Ras dan Rasisme Di negara kita nampaknya konsep ras dan etnik kerap kali bercampur aduk sehingga maknanya menjadi lebih kurang sama. Jadi, orang Melayu, Cina dan India serta pelbagai etnik lain di Sabah dan Sarawak yang sepatutnya dikenali sebagai etnik juga dipanggil ras dalam kehidupan seharaian. Pada dasarnya, ras boleh dikatakan sebagai sebuah kelompok sosial yang mempunyai tanda-tanda pengenalan bersama seperti warna kulit, warna mata, warna rambut dan sebagainya. Lazimnya perbezaan warna kulit seperti seorang India yang berkulit hitam dengan seorang Cina yang berkulit putih kuning menjadi kriteria utama bagi membezakan kumpulan manusia. Apakah yang dimaksudkan dengan rasisme?
  • 5. Ia diertikan sebagai pandangan, pemikiran, atau kepercayaan negatif oleh sesuatu kelompok sosial atau para anggotanya terhadap sesautu kelompok lain berdasarkan perbezaan wajah fizikal biologikal atau ras semata-mata dan ini ditunjukkan secara terbuka melalui perilaku atau tindakan terbuka. Rasisme ialah gabungan prasangka buruk (prejudis) dan kuasa yang ditunjukkan melalui amalan pilih kasih (diskriminasi) warna kulit dan ciri-ciri fizikal-bilogikal yang lain. 1a. 3.2. Konsep Sangka Buruk (prejudis) Apakah yang dimaksudkan dengan sangka buruk (prejudis)? Satu sikap negatif yang ditunjukkan oleh seorang individu dan kelompok tertentu terhada sesuatu bangsa, ras, etnik, individu dan masyarakat. Sikap sangka buruk ada dimana-mana sahaja dalam masyarakat dunia. Dalam konteks Malaysia, lazimnya ia dirujukkan kepada amalan sangka buruk antara pelbagai kaum dan masyarakat. 1a. 3.3 Diskriminasi Sekarang mari kita pelajari apa itu diskriminasi? Ia ditakrif sebagai pandangan, pemikiran dan kepercayaan negatif oleh seseorang atau sekelompok etnik terhadap anggota atau anggota kelompok etnik yang lain yang mempengaruhi perilaku pihak yang berpandangan negatif. Pokoknya, diskriminasi ialah perbuatan membezakan seseorang individu atau sesuatu kelompok etnik lain berasaskan cirri-ciri etnik semata. Aktiviti Soalan Objektif Pilih mana satu yang benar dalam kenyataan berikut. 1. A. Konsep etnik berkait rapat dengan ras dan bangsa B. Konsep etnik tidak berkait lansgung dengan ras dan etnik C. Konsep etnik hanya sadikit sahaja berkait dengan ras dan bangsa D. Konsep etnik pada hakikatnya tidak wujud 2. A. Etnosentrisme menganggap budayanya rendah dari yang lain B. Etnosentrisme tidak menganggap budayanya lebih tinggi dari yang lain C. Etnosentrisme hanya kadang kala mengangap budayanya tinggi dari yang lain D. Etnosentrisme bangga dengan ketinggian budayanya dari etnik yang lain 3. A. Rasisme adalah faham yang ekstrim bangsa B. Rasisme bukan satu faham esktrim bangsa C. Rasisme hanya separuh ekstrim D. Rasime kadangkala ekstrim kerena faktur suasana
  • 6. Unit 1B Budaya 1b.1. Definisi 1. Kamus Dewan (2005) mentakrifkan budaya sebagai kemajuan fikiran, akal budi (cara berfikir), berkelakuan dan sebagainya. Dengan lain perkataan, budaya bolehlah didefinisikan sebagai satu cara hidup yang diamalkan oleh kumpulan tertentu dan meliputi system sosial, susunan organisasi ekonomi, politik, agama, keprcayaan, adat resam, sikap dan nilai. 2. Kamus Falsafah (1996) nenberikan maksud budaya sebaga: “Cara hidup bagi rakyat, termasuk sikap-sikap, nilai-nilai, kepercayaan-kepercayaan, seni, ilmu penegtahuan, bentuk-bentuk persepsi (pemerhatian), tingkah laku, tabiat dan kegiatan-kigiatan.” 1.b. 2 Ciri-Ciri Budaya? 1. Budaya yang dipelajari; 2. Budaya yang dikongsi; 3. Budaya yang bersifat sejagat; 4. Budaya yang diwarisi; 5. Budaya yang berubah-ubah; 6. Budaya yang berunsur simbolik; 7. Budaya yang berpandangan semesta (world-view). 1b.3 Perubahan 1. Seperti yang diketahui bahawa setiap masyarakat mempunyai budayanya yang tersendiri. Ia terbentuk kerana adanya hubungan yang rapat dalam kalangan anggota seseuah masyarakat itu. Sebai contoh, masyarakat Melayu di desa-desa telah wujud berpuluh abad lamanya iaitu sebelum kedatangan budaya asing (Cina, India, Aab dan Eropah). Masyarakat berubah kerana zaman beredar. 2. Dalam konteks masyarakat Melayu di negara ini, orang-oarng Melayu berpindah ke Rancangan FELDA (Lembaga kemajuan tanah Perseketuan) dalam tahun 60’an. Pergerakan orang-orang Melayu dari luar bandar ke bandar KL berlaku dalam era 70an. Objektif utamanya adalah untuk ekonomi dan pelajaran. 3. Mutakhir ini perpindahan masyarakt Melayu diluar bandar berhijrah ke bandar besar seperti KL, JB, Ipoh, Shah Alam, Bandar Baru Bangi, Seremban, Melaka, Kucing dan lain-lain bandar di seluruh negara menjadi semakin rancak akibat pelaksaan Dasar Ekonomi Baru (DEB), Dasar Pembangunan Nasional (DPN) dan Wawasan 20/20.
  • 7. Ib.3.1 Faktor Jika kita mengkaji factor-faktor kenapa berlakunya perubahan dalam masyarakat Melayu, ini adalah disebbakan oleh factor-faktor berikut: 1. Manusia sebagai anggota masyarakat telah bertanggungjawab mencipta, mengubah, menambah dan melastarikan budaya. Mereka menurunkannya dari satu generasi kepada satu generasi yang lain. Selanjutnya, generasi yang menerima telah mengubah suai budaya yang mereka terima berasaskan situasi sosial dan fizikal semasa. 2. Manusia yang berbudaya berkembang dengan menurunkan dua bentuk budaya: bdaya material seperti Tembok Besar Cina dan budaya bukan material seperti system kepercayaan dan pemikiran. Paduan kedua-dua budaya ini menjadi pemacu kepada kemajuan sesebuah masyarakat. 3. Penglibatan setipa anggota masyarakat adalah diperlukan bukan sekadar untuk mengatir pengurusan hidup harian seperti politik ekonomi dan pentadbira, tetapi melibatkan juga nilai, norma, emosi dan sebagainya. 1b.3.2. Impaknya Keatas Pembinaan Negara Bangsa Setelah kita memahami konsep masyarakt dan budaya, persoalanya sekarang apakah impak (kesan) kedua-dua konsep tadi dalam konteks pembinaan negara bangsa (nation state)? Cuba kita lihat fakta-fakta ini: 1. Oleh kerana pelbagai etnik wujud di negara ini – Melayu, Cina, India dan lain- lain suku kaum di Semannajung, Sabah dan Sarawak, perjuangan untuk membentu sebuah Bangsa Malaysia amatlah diperlukan oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia demi kestabilan dan keharmonain hubungan antara pelbagai bangsa/etnik di negara ini. 2. Justeru, pembinaan sebuah Bangsa Malaysia adalah lebih sulit dan mencabar dari membina sebuah masyarakat Malaysia. Ini ialah kerana terdapatnya kepelbagaian agama, bahasa dan budaya. 3. Pembentukan Bangsa Malaysia boleh diukur dengan berpandukan tiga perkara berikut: (a) Semangat Cinta keppada negara seperti menghayati Rukun Negara Lagu Negaraku dan Jalur Gemilang; (b) Status Kewarnegaraan Malaysia seperti yang ditunjukkan dalam MyKad (Kad pengenalan); (c) Memupuk semanagat kebangsaan seperti yang dapat dilihat dalam penghayatan budaya kebangsaan seperti memakai baju Melayu untuk kaum jenis lellaki dan perempuan dalam acara-acara rasmi atau kegiatan harian bagi setiap seorang rakyat Malaysia. Aktiviti
  • 8. 1. Definisi budaya oleh Dewan Bahasa dan Pustaka menyebut bahawa budaya adalah satu cara hidup. Sebutkan 2 lagi elemen penting dalam konsep budaya? 2. Sebutkan 4 ciri-ciri budaya 3. Apa yang dimaksudkan dengan perubahan. Berikan contohnya Unit 1c Hubungan Etnik Di Malaysia 1c.1 Faktor Mempengaruhi Perbincangan dalam bab ini adalah bertujuan untuk melihat hubungan antara etnik yang dapat dilihat dalam tiga suku kaum terbesar di Malaysia – Melayu, Cina dan India. Di Sabah dan Sarawak, terdapat pula pelbagai suku kaum/etnik/sub-etnik . 1c.1.1. Komposisi Dan Taburan Penduduk Sebelum Merdeka • Sebelum penemuan bijih Timah oleh Long Jaafar di Taiping, Perak, pada tahun 1948, hampir kesemua penduduk di Tanah Melayu terdiri daripada orang-orang Melayu. • Hanya sebilangan kecil sahaja orang Cina yang datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan membuka penempatan mereka di Melaka, Kuala Trengganu, Sungai Johor, Sungai Pahang dan Kelantan. Pada masa yang sama, terdapat pergerakan kecil kaum India yang bekerja sebagai buruh di ladang kopi dan tebu yang terdapat di Pulau Pinang dan Seberang Prai. • Walaubagaimanapun, pada pertengahan kurun ke 19, orang-orang Cina dan India telah berhijrah secara beramai-ramai ke Tanah Melayu. Fenomena ini berlaku kerana dasar kapitalisme penjajah Inggeris yang bertanggungjawab membawa orang-orang asing masuk ke negara ini untuk bekerja di lombong-lombong bijih dan ladang-ladang getah. • Kesan yang nyata dari dasar liberalisme ekonomi Inggeris itu telah menyebabkan berlakunya proses pembentukan pelabagai kaum di Tanah Melayu. Nyata sekali bahawa penghijrahan secara besar-besaran dalam kalangan imigran Cina dan India telah mengubah struktur kependudukan asal Tanah Melayu. • Dari segi peratusan, peratus penduduk Melayu semakin kecil iaitu dari 54% merosot 49% pada tahun 1921. Peratus warga Melayu menurun lagi kepada 45% pada tahun 1931. Lihat Jadual (A) dan (B). • Kemajmukan penduduk di Tanah Melayu telah menyebabakan Inggeris mentadbir negara ini dengan menggunakan dasar ‘pecah dan perintah” (divide and rule). Dasar yang bersifat tipu helah politik ini telah menyebabkan berlakunya polarisasi kaum yang semakin ketara di Tanah Melayu akibat pengkhususan orang-orang Melayu yang hanya bekerja dalam sektor pertanian, sementara orang-orang Cina
  • 9. diberikan ruang di dalam sektor perniagaan, dan orang-orang India pula dalam bidang perladangan. Rajah A 1921 2% 23% 38% Melayu Cina India Lain-lain 37% Rajah B 1931 2% 22% 35% Melayu Cina India Lain-lain 41% 1c.1.2 Penduduk Utama Malaysia Komposisi penduduk di negara ini boleh diperincikan dengan melihat etnik-etnik yang terdapat di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Masing-masing etnik ada sub-etnik yang dapat dibezakan berdasarkan negeri, dialek bahasa dan lain-lain corak budaya yang diprakstiskan. Contohnya, terdapat sub-etnik seperti suku Banjar yang bayak terdapat di Tanjung Karang, Selangor, Parit Buntar Perak, dan Senggarang, Batu Pahat, Johor. Suku Mandailing banyak yang tinggal di negeri Perak dan Selangor. Suku Jawa banyak terdapat di Johor dan Selangor.
  • 10. Rajah D Komposisi Kaum dan Suku Kaum Penduduk Malaysia Semenanjung Malaysia Sabah Sarawak Melayu Cina India Orang Asli • Banjar Hokien • Malayali • Negrito • Kadazan • Bidayuh • Boyan • Chuan- • Punjabi • Senoi • Bajau Bisaya • Bugis chew • Selon • Melayu • Dusun • Iban • Jawa • Chin-chew • Tamil Asli • Murut • Kayan • Kampar • Eng-hua • Telegu (setiap • Bisaya • Kedayan • Kerinci • Eng-choon rumpun • Kadayun • Kelabit • Hok-chew ini pula • Kenyah • Mendaling • Orang Kwangtung terdiri • Minangkabau Sungai • Melanau • Teochew daripada • Rawa suku • Suang • Melyau • Johor-Riau • Hakka Laut • Murut kaum) • Hailam • Brunei • Penan • Punan Aktiviti Soalan Objektif Antara pernyataan berikut, yang manakah fakta yang benar 1. A. Hampir separuh penduduk di negara ini terdiri dari pelbagai kaum sebelum Long jaafar membuka lombong bijih di Taiping, Perak B. Penduduk Melayu di Tanah Melayu adalah majoriti sebelum Long Ja’afar membuka lombong bijih di Taiping, Perak, pada tahun 1948 C. Penduduk Cina telah datang berama-beramai sebelum tahun 1948 D. Penduduk India dan Melayu merupakan penduduk yang ramai di utara tanah Melayu 2. Apakah dasar Penjajah Inggeris yang telah menyebabkan kemasukan beramai-beramai orang-orang Cina dan India ke Tanah Melayu? A. Dasar liberalisme ekonomi B. Dasar orientalism C. Dasar Pandang Ke Timur D. Dasar “pecah dan perintah”. 3. Kaum Kelabit terdapt di negeri-negeri berikut:
  • 11. 1. Pulau Pinang 2. Sabah 3. Sarawak 4. Johor 1c.1.3. Etnik Melayu Bagi memahami dengan lebih mendalam kedudukan orang-oarang Melayu di Tanah Melayu, kita huraikan sejarah dan sosio-budaya masyarakat Melayu. 1. Orang Melayu dapat ditafsirkan sebagai penduduk asal Tanah Melayu dimana nenek moyangnya datang dari Indo-China dan Yunan lebih 3,500 tahun dahulu. Walaubagaimanapun, kewujudan etnik Melayu di negara ini juga adalah disebabkan oleh penghijrahan beramai-ramai masyarakat Melayu Indonesia sejak abad kesembilan lagi. 2. Antara kumpulan penduduk Indonesia yang ramai berpindah ke Tanah Melayu ialah etnik Minangkabau, Jawa, Banjar, Bugis, Boyan, Mandailing, Kampar dan Rawa. Kebanyakan mereka berhijrah beramai-ramai pada zaman penjajahan Inggeris kerana menjadi buruh kontrak dan buruh bebas diladang-ladang kopi dan getah. 3. Selain itu, ada juga orang-orang Melayu yang berasal dari Patani (Selatan Thai). Kebanyakan mereka bertumpu di Kelantan, Kedah dan di utara Perak. 1c.1.4. Ekonomi 1. Corak ekonomi orang-orang Melayu berubah dan meleset sadikit demi sedikit apabila Inggeris campur tangan dalam hal ehwal politik tempatan. Kemasukan buruh-asing telah mengubah strukur ekonomi masyarakat Melayu. Beberapa buah bandar baru seperti Por Weld (Perak), Kuala Lumpur (Selangor) dan lain-lain telah muncul sebagai pusat-pusat ekonomi baru. 2. Sebaliknya, kaum Melayu masih kekal di bandar-bandar tradisi atau di perkampungan masing-masing. Walaupun peratusan penduduk bandar meningkat dari semasa kesemasa, namun peratusan kaum Melayu di bandar-bandar baru ini kekal kecil. 3. Akibat perdagangan yang berat sebelah, prsetasi ekonomi orang Melayu di zaman penjajahan tidak mencapai sebarang kemajuan. Penjajah Inggeris sengaja tidak mahu memajukan orang-orang Melayu dalam semua bidang penghidupan terutama di luar bandar. 1c.1.5 Etnik Cina
  • 12. 1. Sebelum kedatangan Inggeris, bilangan masyarakat Cina adalah terlalu kecil. Kebanyakan mereka bekerja sebagai peniaga sahaja. Penghijrahan masuk masyarakat Cina secara beramai-ramai berlaku selepas pengabilan Pulau Pinang oleh Inggeris dari tangan Sultan Kedah pada tahun 1786, pengambilan Singapura dari Sultan Johor pada tahun 1819 dan selepas penubuhan Negeri-Negeri Selat pada tahun 1826. 2. Pada peringkat permulaan, buruh-buruh Cina bertumpu di tapak-tapak perlombongan awal seperti Lukut dan Sungai Ujong, Negeri Sembilan. Menjelang tahun 1870, bilangan masyarakat Cina di Sungai Ujong telah mencecah hampir 10,000 orang; dan di Larut, Perak, pada tahun 1873 terdapat seramai 40,000 orang. Kawasan-kawasan lombong bijih timah di Kuala Lumpur, seperti di Ampang, Sungai Kancing dan Klang di Selangor, kesemuanya diuasahakan oleh buruh-buruh Cina. Akibat peluasan kegiatan ekonomi perlombongan, penempatan-penempatan baru masyarakat Cina telah dibuka. 3. Selanjutnya, kemasukan orang-orang Cina ke Tanah Melayu digerakkan melalui aktiviti perladangan lada dan gambir. Orang Cina dibawa masuk ke Johor melalui sistem Kangcu dengan menggunakan surat kebenaran yang dipanggil Surat Sungai. Implikasi dari system ini, dicatatkan pada tahun 1870-an masyarakat Cina di Johor telah menacapai 100,000 orang. 4. Pihak Inggeris menggalakkan kemasukan buruh Cina ke tanah ayer dengan meluluskan beberapa undang-undang seperti the Chinese Immmigrants and The Crimpling Ordinance telah diluluskan. Jabatan Perlindungan Orang Cina pula ditubuhkan bertujuan untuk melindungi kepentingan buruh-buruh Cina. 5. Imigran Cina ke Tanah Melayu terdiri dari pelbagai suku kaum dengan perbezaan loghat yang ketara, adat dan pengkhususan ekonomi. Kelompok-kelompok utama adalah Hokkien, Kantonis, Hakka, Teochew dan Hailam. Suku Hokkienlah yang terbesar sekali sehingga kehari ini. Mereka terlibat dalam aktiviti perniagaan. 6. Bilangan orang Cina kini setabil selepas Perang Dunia Kedua. Sehingga tahun 1967, bilangan penduduk Cina di Tanah Melayu adalah seramai 2, 332, 936 orang. Sehingga tahun 1957, 37% penduduk Tanah Melayu adalah terdiri dari kaum Cina. Walaubagaiamanapun, peratusan terakhir kaum Cina telah menurun ke paras 25% sahaja berdasrkan laporan akhbar-akahbar tempatan (Oktober, 2007). 1c.1.6. Kaum India 1. Dalam konteks komuniti India di negara ini, hubungan antara India dengan Semenanjung Tanah Melayu sejak beberapa kurun lalu. Pada Abad Pertama Masihi, penganut-penganut agama Hindu-Buddha telah menyebarkan agama mereka di Nusantara.
  • 13. 2. Pada Zaman Kesultanan Melayu Melaka pedagang-pedagang India menjalankan perniagaan rempah ratus di Pelabuhan Melaka. 3. Penghijrahan masyarkat India ke Tanah Melayu berlaku secara besar-besaran mulai tahun 1840-an. Kebanyakan buruh India datang dari Selatan India. Mereka mulai bekerja sebagai peladan-peladang kopi dan tebu di Seberang Perai, Pulau Pinang. Selepas itu, kaum India menambahkan jumlah pekerja-pekarja mereka di kawasan-kawasan penanaman getah di Perak, negeri Semblan dan Selangor. Dari tahun 1900 hingga 10 tahun kemudiannya, seramai 48,000 buruh India telah berhijrah ke Tanah Melayu. Angka tersebut telah berlipat ganda kemudiannya, iaitu antara tahun 1911 hingga 1920 apabila dianggarkan seramai 98,000 buruh India berhijrah ke Tanah Melayu. 4. Komposisi suku kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu, kebanyakannya adalah terdiri dari suku Tamil yang berasal dari Tamil Nadu, selebihnya adalah Malayalam dan Telegu. Selain itu, orang-orang India yang berasal dari Sri Lanka dan Punjabi dari Utara India. Kumpulan Tamil adalah yang terbesar iaitu kira-kira 80%. Suku Malayalam di sekitar 7% dan Telegu 4%. 5. Buruh-buruh India telah datang kenegara ini samaada secara paksaan atau sukarela. Kumpulan yang dipaksa adalah terdiri dari banduan atau tawanan yang bekerja membina jalan-jalan raya, landasan kereta api, jambatan dan bangunan- bangunan kerajaan. 6. Sistem yang paling popular dalam usaha membawa masuk buruh-buruh India ialah system Kangani. Mengikut sistem ini, seorang buruh India yang telah bekerja di Tanah Melayu apabila pulang ke India, dia hendaklah mencari seorang pekerja baru untuk bekerja dengannya di Tanah Melayu. Orang-orang ini dikenali sebagai Kangani. Walaubagaiamanapun, sisitem ini dihapuskan pada tahun 1938. 1c.1.7. Etnik Sabah dan Sawarak 1. Penduduk di Sabah dan Sarawak juga meriah dengan pelbagai suku kaum dan sub-suku kaum. Mereka dapat dibezakan dari segi kawasan tempat tinggal, ekonomi, sosial dan budaya. Di Sabah, misalnya, terdapat lebih kurang 23 suku kaum, tetapi suku Kaum Kadazanlah yang terbesar sekali. Ini diikuti oleh suku kaum Bajau, Murut, Suluk, dan Orang Brunei. Masyarakt kadazan-Dusun masih berpegang kepada animisme. Sebahagian kecil telah memluk agama Islam dan Kristian. 2. Di Sarawak, setiap suku kaum ada ciri-cirinya yang tersendiri. Antara suku kaum yang terbesar ialah Dayak, Iban, Melanau (Kristian dan Muslim), orang Melayu, Bidayuh, Penan dan Kelabit. Melainkan orang Melayu dan Melanau, dahulunya kebanyakan suku kaum pribumi Sarawak tinggal di kawasan hutan mendiami rumah panjang atau rumah sementara. Kini rumah panjang telah mengalami perubahan fikizal kerana arus pemodenan hidup yang kuat di negeri itu.
  • 14. Aktiviti Soalan Objektif. Manakah yang benar dalam kenyataan dibawah: 1. A. Orang Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu B. Orang India dan Melayu adalah penduduk asal di Tanah Melayu C. Orang-orang Indocina adalah penduduk asal Tanah Melayu D. Orang-orang Arab adalah penduduk asal di Tanah melayu 2. Masyarakat Jawa yang berhijrah dari Indonesia bertumpu kebanyakannya di negeri- negeri berikut: A. Perak dan Kedah B. Johor dan Selangor C. Pulau Pinang dan Johor D. Selangor dan Melaka 3. Sebelum zaman penjajahan, masyarakat Melayu mengerjakan aktiviti seperti A. bertani B. menagkap ikan C. brniaga D. semua diatas 4. Masyarakat Cina di dalam kelompok Hokkien yang berhijrah ke negara ini lazimnya tertumpu kepada kegiatan A. Perlombongan B. Perniagaan C. Pertukangan D. Perladangan 5. Kebanyakan suku kaum India yang berhijrah ke Tanah Melayu adalah berasal dari A. Punjab B. Kalkota C. Tamil Nadu D. Coramandale 1c.2 Pendakatan Menyatupadukan Masyarakat Malaysia
  • 15. 1. Pelbagai proses dikaitkan dengan konsep perpaduan dan integrasi seperti proses akomodasi, akultrasi, asimilasi, amalgamasi 2. Akomodasi adalah merupakan proses yang menyebabkan setiap kumpulan etnik menyedari serta menghormati norma dan nilai kumpulan etnik lain dan tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing . 3. Akulturasi bererti penerimaan unsur kebudayaan dalam kalangan individu atau kelompok dari sesuatu kebudayaan lain yang berbeza sehingga unsur kebudayaan asing itu akhirnya diterima dan diolah dalam kebudayaan sendiri. Berbeza degan proses asimilasi, proses akulturasi tidak menyebabkan kehilangan jati diri asal masyarakat penerima. 4. Asimilasi dapat difahami sebagai satu proses percantuman dan penyatuan antra kumpulan etnik berlainan budaya sehingga membentuk satu kelompok dengan kebudayaan dan identity yang sama. Asimilasi mutlak boleh berlaku apabila terhapusnya sesuatu kebudayaan sehingga tidak nampak apa-apa perbezaan lagi dengan kebudayaan lain. Contoh terbaik adalah kejayaan pemerintahan Thailand menjadikan orang-orang Melayu di Selatan Thai menagmbil nama-nama Thai sebagai tanda berlakunya asimilasi dengan bangsa Thai. Mislanya, nama Wan Sulaiman telah disiamkan menjadi Waeselame. 5. Amalgamasi adalah merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras bercampur untuk membentuk jenis budaya dan ras baru. Misalnya, pendekatan yang paling berkesan adalah menerusi perkahwinan campuran antara pelbagai etnik seperti orang Cina berkahwin dengan orang India. Jadual Komposisi Penduduk Malaysia, 2000 dan 2005 Tahun 2000 Tahun 2005 Etnik Juta Peratus Juta Peratus Bumiputera 14.35 65.0 16.06 65.9 Cina 5.76 26.1 6.15 25.3 India 1.70 7.7 1.83 7.5 Lain-lain 0.27 1.2 0.32 1.3 Jumlah 22.08 100 24.36 100 Penduduk Aktiviti 1. Huraikan perbezaan antara akomodasi dan akulturasi? 2. Di negara Thai, orang Isalm yang tinggal di Selatan negara itu telah disiamkan nama- nama mereka kerana arahan pemerintah untuk mewujudka integrasi nasional. Apakah konsep integrasi yang dipakai? 3. Apakah contoh terbaik dalam system amalgamasi?
  • 16. 1c.3 Cabaran Pembinaan Negara Malaysia Setelah kita memahami pelbagai formula untuk mewujudkan perpaduan dan integrasi nasional, kini kita akan memfokuskan perbincangan tmenegnai cabaran-canaran untuk membina sebuah negara bangsa Malaysia. Cabaran-cabarannya adalah seperti berikut: 1c.3.1. Perpaduan Perpaduan menjadi matlamat utama sesebuah negara, terutama negara yang mempunyai pelbagai kaum seperti Malaysia. Pertelingkahan kaum selepas Pilihan Raya Umum 1969 telah mengakibatkan tragedi berdarah 13 Mei 1969 berlaku. Tragedi nasional itu menandakan perpaduan kaum-kaum di Malaysia pada masa itu berada pada tahap yang rendah. 1c.3.2. Pengagihan Kekayaan Dari segi agihan pendapatan, Kerajaan Malaysia sedar bahawa rata-rata orang Melayu berada dalam kemiskinan dengan kadar 64.8 %, berbanding dengan bukan Melayu (26%) seperti yang dibanci pada tahun 1970. Jurang perbedaan pendapatan antara Bumiputera dengan Bukan Bumiputera masih lagi tinggi. Sbagai conto, RM 1 pendapatan bagi orang Melayu berbanding dengan RM 2.3 bagi orang Cina dan RM1.8 bagi orang India pada tahun 1970. Jadi, faktur pendapatan yang tidak seimbang antara bumi puetera dengan bukan bumiputera bahkan bagi semua rakyat di negara ini merupakan factor yang paling kuat mempengaruhi hubungan etnik di Malaysia. 1c.3.2. Sistem Pendidikan Sistem pendidikan warisan penjajah Inggeris telah menimbulkan masalah perpaduan antara kaum. Wujud kepelbagian sekolah mengikut kaum dan tempat tinggal masing- masing. Akibatnya sistem pendidikan di Malaysia menghadapi masalah polarisasi antara pelajar-pelajar Melayu, Cina, India dan lain-lain suku kaum di Sabah dan Sarawak di semua peringkat pengajian. Jadi, matlamat untuk mencapai perpaduan dan integrasi kaum masih belum dapat dicapai sepenuhnya. 1c.3.3. Perbezaan Kepercayaan dan Agama Perbezaan kepercayaan dan agama antara pelbagai kaum di Malaysia telah menyebabkan berlaku beberapa ketegangan dan prasangka antar penganut pelbagai agama sehingga menimbulkan sensasi yang boleh mengancam kestabilan politik negara. Sebagai contoh, pembinaan kuil-kuil Hindu di beberapa buah negeri tanpa mendapat kelulusan pihak berkuasa telah menyebabkan penduduk-pendudk Islam di negara ini merasa tidak puas hati. Sebaliknya, orang-orang Kristian merasa bimbang dengan proses Islamisasi yang berlaku dalam era Pemerintahan Dr.Mahathir Mohamed, Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat. 1c.3.4 Penggunaan Akhbar
  • 17. Penggunaan akhbar yang berbeza-beza seperti akhbar dalam Bahasa Melayu, Mandarin dan Tamil telah menyebabkan semangat perkauaman menyemarak dalam keadaan- keadaan tertentu sehingga ianya kelihatan boleh mencetuskan rusuhan antara kaum di Malaysia. 1c.3.5 Jati Diri 1. Salah satu aspek yang mejadi jati diri rakyat Malaysia ialah mengiktiraf adanya perbezaan agama dan budaya di Malaysia. Perbezaan agama tidak menjadi factor penghalang perpaduan rakyat Malaysia. Sebaliknya sikap toleransi dan hormat menghormati antara pelbagai penganut agama – Islam, Buddha, Hindu, Konfusius/Toa, Sikh dll adalah sebati dalam kehidupan rakyat Malaysia. 2. Walaupun masyarakat Malaysia terpaksa menerima pembangnan, kemajuan dan idea-idea progresif, pemodenan, industrilaissi, pembandaran dan globalisasi, Wawasan 20/20 telah menetapkan bahawa corak pembangunan di negara ini hendaklah berteraskan acuan Malaysia – menghormati dan menghayati budaya Timur. 1c.3.6. Identiti Nasional 1. Rakyat Malaysia telah menerima Rukun Negara sebagai lambang identiti nasional. Ia adalah asas utama untuk menjamin kestabilan politik dan kesejehteraan hidup rakyat. 2. Islam telah diterima sebagai agama rasmi negara dan lain-lain agama dapat mengamalkan agama masing-masing denganbebas. 3. Bunga raya adalah Bunga Kebangsaan bagi negara Malaysia. 4. Jalur Gemilang adalah labang kedaulatan negara. 5. Negaraku adalah Lagu Kebangsaan. 6. Baju Melayu, baju kebaya/kurung serta baju batik adalah pakaian kebangsaan untuk semua rakyat Malaysia. Rajah E Kadar Kemiskinan dan Pendapatan Purata Mengikut Ethnik 1970 Pendapatan Purata Kadar Kemiskinan Kaum Keluarga Sebulan (peratus) (RM) Melayu 64.8 172.00 Cina 26.0 394.00 India 39.2 304.00
  • 18. Lain-lain 44.8 813.01. 0 Aktiviti Soalan-soalan objektif 1. Antara penyatan berikut, yang manakah sering dikaitkan sebagai masalaha-masalah yang lahir dalam membentuk perpaduan rakyat selepas merdeka? 1. Pemisahan tempat tinggal. 2. Pengasingan sisem pendidikan. 3. Fahaman dan tumpuan politik pendidikan. 4. Perbezaan warna kulit. A 1,2,3 B 1 dan 2 C 1, 2 dan 4 D. I, 2, 3 dan 4 2. Sifat-Sifat kemajmukan rakyat Malaysia boleh dicirikan dengan 1. Etnik dan budaya yang pelbagai 2. bahasa dan resam yang pelbagai 3. faham politik yang pelbagai 4. anutan agama yang pelbagai A. Semua datas B. 2 dan 4 C. 1,2 dan 3 D. 1,2 dan 4 Rumusan Dalam huraian di atas, kita dapat merumuskan bahawa konsep masyarakat di Malaysia adalah bersifat dinamik. Walaupun bangsa Melayu telah berkomromi kerana polisi “pecah dan perintah” penjajah Inggeris Inggeris yang bertanggungjawab membawa masuk buroh-buroh dari Cina dan India, tetapi pembentukan masyarakat majmuk di Malaysia adalah satu peristiwa sejarah. Justeru, kemajmukan masyarakat di Malaysia adalah satu yang unik. Meskipun ada halangan-halangan untuk menyatupadukan rakyat, tetapi asas-asas pembinaan sebuah negara bangsa yang majmuk adalah kukuh. Ini dapat dilihat dalam pelbagai strategi yang dilakukan oleh Kerajaan Malaysia bagi mengelakkan tragedi 13 Mei, 1969 berulang. Rujukan
  • 19. A.Aziz Deraman. 1992. Tamadun Melayu dan Pembinaan Bangsa Malaysia. KL:Arena Ilmu. _______________. 2001. Masyarakat Dan Kebudayaan Malaysia. KL:DBP Chew Hock Thye. 1979. Masalah Perpaduan Nasional. Kuala Lumpur: DBP. Mansor Mohd Nor. 2006. Hubungan Etnik Di Malaysia. Petaling Jaya: Prentice Hall. Shamsul Amri Baharuddin. 2007. Modul Hubungan Etnik. Shah Alam: UPENA. Syed Husin Ali. 1989. Ethnicity, Class and Development in Malaysia: Implications for Theory and Practice. KL:Oxford University Press. Penilaian Keseluruhan Soalan Struktur 1.Pilih sama ada pernyataan berikut BETUL atau SALAH A. Akibat daripada kemasukan buruh asing ke Tanah Melayu telah memunculkan bandar- bandar baru seperti Taiping, Ipoh, Port Swettenham, Sermban dan Pot Dickson. (Betul/Salah). B. Adat Pepatih dan Temenggong diamlkan di Negeri Sembilan (Betul/Salah) C. Sistem “Kangani” adalah berkaiatan dengan dasar pemgambilan buruh-buruh India yang digunakan oleh penjajah Inggers di Tanah Melayu. (Betul/Salah) D. Perbezaan agama dalam kalangan penduduk Malaysia adalah menjadi penghalang utama kepada kemajuan negara. (Betul/Salah) E. Masyarakat Kadazan-Dusun di Sabah kebanyakannya beragama Kristian (Betul/Salah) PROSES POLITIK Unit 2a Zaman Penjajahan Objektif Pembelajaran Pada akhir bab ini, pelajar diharapkan dapat: • Menjelaskan wujudnya proses penjajahan di negara yang berlkau akibat kemasukan kuasa-kuasa asing yang silih berganti
  • 20. • Membeincangkan bentuk pentadbiran penjajah-penjajah yang diaplikasikan di dalam negara sehingga menjeaskan pentadbiran yang sedia ada • Huraian mengenai semangat penetangan terhadap penjajahan dan menilai kesan- kesan penjajahan tersebut Pengenalan Aapabila dunia Eropah mula terddah dengan aktiviti penjelajahan dan penerokaan serta kemudiannya diikuti dengan penjajahan, maka Tanah Melayu turut menjadi tumpuan kuasa-kuasa barat kerena kedudukannya yang strategik dari segi ekonomi dan politik. Penjajahan Inggeris (1824 – 1957) telah meninggalkan satu kesan besar terhadap kedudukan politik, ekonmi dan sosial negera. Disamping itu pendudukan Jepun (141 -1945) dan Siam (negeri-negeri utara) turut menjadi faktur penglibatan British dalam pentabiran Tanah Melayu. 2a.1. Faktor Campurtangan British 1. Campur tangan British di Tanah Melayu dipengaruhi oleh factor-faktor: (a) Dorongan ekonomi iaitu memonopoli (menguasai) hasil-hasil dagangan utama di negeri-negeri Melayu iaitu bijih timah terutamanya di Selangor dan Perak; (b) Perkembangan Revolusi Perusahan pada pertengahan kurun ke 19 di Eropah dan bermulanya aktiviti mengetin makanan memuncakkan lagi keinginan British untuk memenopoli perdagangan timah; (c) Dorongan politik iaitu adanya kuasa-kuasa lain di Eropah seperti Perancis, Itali, Jerman dan Rusia yang sedang bersaing untuk meluaskan jajajahan takluk masing-masing. Jadi, tanpa pengawalan British keatas pentadbiran tempatan, kuasa-kuasa ini boleh masuk dengan mudah melalui persahabatan dan hubungan ekonomi dengan raja-raja Melayu. Jsuteru campur tangan adalah jalan terbaik untuk mengelakkan fenomena tersebt terjadi. 2a.2. Reaksi Awal Masyarakat Tempatan 1. Penentangan Di Naning (1831 – 1832) ialah kerana Dol Said (Abdul said), iaitu Penghulu Naning tidak bersetuju dengan cadangan British untuk membayar cukai 1/10 daripada hasil ekonomi kepada Kerajaan British di Melaka yang telah mengambil alih dari pentadbiran Belanda pada 17 Mac 1824. 2. Perang Naning tercetus pada bulan Julai 1831, apabila British menghantar sepasukan tentera untuk menagkap Dol Said dan memaksa pengikutnya supaya menerima cadangan British. 3. Dalam serangan pertama, tentera British tewas. Seterusnya British melancarkan serangan kedua pada tahun 1832. Dol Said kemudiannya telah mendapat sokongan penduduk Rembau, Seri Menanti dan Sungai Ujong. 4. Akhirnya penentangan Dol Said dapat ditumpaskan oleh British dan belua menyerah diri pada bulan Februrai 1834.
  • 21. 5. Di Perak, setelah Perjanjian Pangkor dimeterai pada 20 Januari 1874, J.W.W.Birch telah dilantik sebagai Residen Perak. J.W.W.Birch tidak mendapat kerjasama daripada Sultan Abdullah dan pembesar-pembesar melayu yang lain kerena kebanyakkannya tidak suka dengan tingkah laku beliau. 6. Ketidakpuasanhati terhadap Sistem Residen dan sifat peribadi telah menyebabkan J.W.W Birch telah menyebabkan berlakunya komplot pembunuhan J.W.W Birch di Pasir Salak, Perak. 7. Penentangan di Pahang bermula apabila British mmeperkenalkan Sistem Residen di negeri itu dengan melantik J.P.Rodger sebagai Residennya. 8. Pemberontakan di pahang telah berlaku dibawah kepimpinan Dato’ Bahaman, Tok Gajah dan mat Kilau pada tahun 1891. 9. Antara sebab-sebab berlakunya pemberotakan di Pahang ialah kerana: Sultan dan pembesar negeri kehilangan kuasa; (b) Undang-undang Tanah menyekat kebebasan Sultan/Pembesar; (c) Undang-Undang dikendalikan oleh British; (d) British menggantikan penghulu-penghulu tempatan; (e) pembesar dan orang awam tidak berpuas hati. 10. Di Kelantan, pemberontak rakyatnya pada tahun 1909 terhadap Penasihat British yang bernama James Scott Mason dipimpin oleh seorang pedagang tempatan iaitu Haji Mat Hassan Munas atau yang terkenal dengan gelaran Tok Janggut. 11. Penentangan rakyat Kelantan kerana seorang pembesar tempatan di Pasir Putih yang bernama Engku Besar Jeram Tun Ahmad merasa tidak puasa hati dengan kehilangan kuasa. Selain itu, rakyat Kelantan tidak puas hati kerana pengenalan system tanah baru 1915 dimana rakyat terpaksa membayar sewa tanah yang tetap. British juga telah mengenakan cukai terhadap setiap hasil pertanian seperti padi dan kelapa. 12. British akhirnya berjaya menumpaskan pemberontakan Tok janggut yang mati terbunuh pada 24 Mei 1915. 13. Di Treangganu, Haji Abdul Rahman Limbong telah bangun menentang British. Pemberontakan Tani berlaku pada tahun 1928 iaitu dalam zaman pemerintahan Sultan Sulaiman badrul Alam Shah. Rakyat tidak puas hati hati kerana British mengenakan cukai kepala, memperkenalkan system pendidikan Barat dan memperkenalkan “Pas kebenaran” bagi sesiapa yang ingin membuka tanah baru untuk bercucuk tanam. 14. Orang-orang Melayu telah menyerang balai polis dan pejabat daerah di Kuala Berang pada 21 Mei 1928. British berjaya menumpasknnya dengan Haji Abdul rahman Limbong dibuang negeri di Mekah. Aktiviti Soalan Objektif Pilih jawaban yang palin tepat dari soalan-soalan berikut: 1. Campur tangan Inggeris di Tanah Melayu adalah disebabkan oleh:
  • 22. (A) Dorongan agama Islam (B) Dorongan lokasi yang startegik (C) Dorongan politik (D) Dorongan Eknomi 2. Manakah yang tidak benar dari penyataan dibawah: (A) Dol Said pada mulanya tewas di Naning dalam perjuangan menentang penjajah Inggeris (B) Tuan Haji Abdul Rahman Limbong akhirnya dibuang daerah (C) Tok Janggut mati terbunuh di Pasir Putih, Kelantan (D) Inggeris telah menggunakan pelbagai jenis cukai keatas warga tempatan 3. Dimanakah tempat sebenar J.W.W. Birch mati dibunuh: (A) Kampong Gajah, Perak (B) Telok Anson, Perak (C) Pasir Salak, Perak (D) Kuala Kangsar, Perak 2a.3. Kesan Penjajahan 1. Penjajah Inggeris paling banyak meninggalkan kesan politik, sosial, pentadbiran, ekonomi dan agama ke atas negeri ini jika dibandingkan dengan penjajah Portugis dan Belanda. 2. Inggeris menggunakan pelabagai kaedah untuk terus menjajah Tanah Melayu: menubuhkan Negeri-Negeri Selat (Pulau pinang dan Melaka), campur tangan di Negeri-Negeri Melayu, Sabah dan Sarawak, membentuk Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (Pahang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan) dan Negeri-Negeri Melayu Tak Bersekutu (Johor, Kelantan, Kedah, Perlis dan Trengganu) 3. Kucar kacir politik berlaku di semua negeri seperti perang saudara, perebutan takhta dan perlombongan, kegiatan lanun dan pertelingkahan antara kongsi- kongsi gelap. 4. Walaupun Inggeris telah menubuhkan Majlis Mesyuarat Perseketuan yang bertujuan untuk menambahkan kuasa Raja-Raja Melayu bagi Negeri Melayu Bersekutu, tetapi pada hakikatnya kuasa raja-raja Melayu semakin lemah. 5. Pada tahun 1910, Inggeris telah mengemukakn dasar desentralisasi (pengurangan kuasa pusat) ke negeri-negeri. Dasr ini telah tidak mendapat sokongan kerana faktur kemelesetan ekonomi dunia, bantahan raja-raja melayu dan keinginan untuk membentuk sebuah Perseketuan Tanah Melayu.
  • 23. 6. Dasar desentralisasi terbantut apabila Jepun menyerang Tanah Melayu pada tahun 1941. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah menyebabkan bangkitnya semangat kebangsaan rakyat untuk merdeka dari penjajahan. 7. Sebaik sahaja Jepun menyerah kalah, Parti Komunis Malaya (PKM) telah cuba mengambil alih pentadbiran negara selama tiga hari. Setelah Inggeris kembali ke tanah ayer, PKM mengisytiharkan pering gerila untuk mearmpas kuasa sehingga Inggeris mengisytiharkan darurat di negera ini. Rakyat menolak faham komunis. Aktiviti Manakah yang betul dalam penyataan-penyataan berikut: 1. A. Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu tidak memberi apa-apa impak B. Penjajahan Inggeris di Tanah Melayu kurang memberi impak C. Penjajahn Inggeris di Tanah Melayu benar-benar memberi impak D. Penjajahan Inggeris di Tanah hanya mmeberi impak diperingkatan awalnya sahaja Bagaimanakah kedudukan kuasa Raja-Raja Melayu dengan penubuhan Majlis Undangan Perseketuan? 2. A. Menjadi bertambah kuat B. Menjadi bertambah lemah C. Kekal seperti biasa D. Raja-Raja Melayu bersikap dingin 3. Apakah sebab dasar desentralisasi Inggeris terbengkalai? A. Pendudukan Siam di Tanah Melayu B. Serangan tentera Jepun di Tanah Melayu C. Ratu England tidak bersetuju D. Tentangan dari Raja-Raja Melayu Rumusan Adalah jelas kepada kita bahawa kekayaan hasil mahsul negara serta warisan peradaban Alam Melayu telah menyebabkan Inggeris menjajah, campur tangan serta berkuasa dalam pantabiran Tanah Melayu hamper satu setengah kurun lamanya. Meskipun penjajahan telah mendapat tentangan hebat dari seluruh rakyat, kehadiran Inggeris
  • 24. akhirnya telah menatijahkan berlakunya satu transformasi politik dan pentadbiran di dalam negara ini. Kemerdekaan tanh ayer adalah satu rahmat. Rakyat telah dapat mengembalikan maruah bangsa dan negara dari kongkongan penjajahan Inggeris. Penilaian keseluruhan Aktiviti Jawab semua soalan-soaln berikut: 1. Senaraikan negeri-negeri yang terletak dibawah system pentadbiran Inggeris: (A) Negeri-Negeri Melayu Bersekutu ___________________________ (B) Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu ______________________________ (C) Negeri-Negeri Selat _______________________________ 2. Berikan nama pegawai British pertama yang menjawat jawatan Residen bagi negeri- negeri berikut: (A) Perak (B) Selangor (C) Pahang 3. Berikan satu sebab utama yang menyebabkan Jepun menduduki Tanah Melayu pada tahun 1942 (A) Faktur ekonomi (B) Faktor pentadbiran (C) Faktor kehandalan tentera Jepun (D) Faktor smanat nasionalisme Jepun 4. Jawab mana yang BETUL/SALAH dari soalan-soalan beriku: Titik tolak kepada campur tangan langsung Inggeris di Tanah Melayu ialah Perjanjian Pangkor 1874 di negeri Selangor. (Betul/Salah)
  • 25. 5. Perang saudara tidak pernah berlaku di Tanah Melayu semasa Inggeris menjajah. (Betul/Salah) Unit 2b Perjuangan Kemerdekaan Objektif Pembelajaran Pada akhir bab ini, pelajar diharap dapat: • Membincangkan semangat kebangkitan nasionalisme di kalangan masyarakat tempatan tanpa mengira kaum • Menghurai proses yang telah dilalui oleh Tanh Melayu sebelum mencapai kemerdekaan • Mengenal pasti seba-sebab Malaysia dibentuk serta cabaran-cabaran yang dihadapi semasa pembentukan Malaysia • Menjelaskan sebab-sebab Singapura dan Brunei berpisah dan tidak menyertai Perseketuan Malaysia. Pengenalan Perjuangan kemerdekaan di negara ini kemudiannya mula berkembang secara menyuluruh. Faktor kebangkitan nasionalsime Melayu adalah penyebabnya. Gagagsan Malayan Union tajaan Inggeris telah menyemarakkan perjuangan rakyat menentang pentadbiran Inggeris dengan begitu kuat sekali. Akibatnya beberapa buah parti politik kebangsaan timbul di tanah ayer seperti UMNO, MIC dan MCA. Kemudian parti-parti tersebut menubuhkan gabungan Perikatan yang meberikan kesan kestabilan politik di tanah Melayu sehingga terbentuknya Barisan Nasional hingga kehari ini. Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan idea penubuhan Malaysia yang telah mendapat dokongan Singapura, Sarawak, Sabah dan Brunei pada petingkat awalnya. Kerajaan British bersetuju dengan formula penyatuan politik nasional anjuran Tunku Abdul rahman putra itu. Pelbagai jawatankuasa telah ditubuhakn seperti Suruhanjya Cobbold dan lain-lain lagi dalam usaha untuk memperteguhkan idea pembentukan Malaysia. Singapura akhirnya berpisah dengan Perseketuan Malaysia dan diikuti dengan Brunei kerena faktur- faktur politik dan ekonomi.
  • 26. 2b.1. Malayan Union 2b.1.1. Latarbelakang 1. Sekembalinya penjajah Inggeris ke Tanah Melayu selepas penjajah Jepun berundur, Inggeris mmeperkenalkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali dengan nama Malayan Union (Kesatuan Malaya). 2. Rancangan ini telah diluskan oleh Parlimen British pada 10 Oktober 1945. Pada 12 Oktober 1945, Sir Harold Mac Michael telah dilantik sebagai wakil Kerajaan Inggeris untuk mendapatkan tanda tangan dari Raja-Raja Melayu. Malayan Union telah diluluskan pada bulan Januari 1946. 2b.1.2 Tujuan diperkenalkan 1. Tujuan Inggeris memperkenalkan Malayan Union ialah: (a) Untuk menyatupadukan wilayah dan meningkatkan kecekapan pentadbiran. Inggeris tidak bersedia menanggong perbelanjaan pentadbiran yang besar untuk Negeri-Nnegeri Melayu Bersekutu, Negeri-Negeri Selat dan Negeri-Negeri Melayu Tidak Berseketu. (b) British menyimpan rasa dendam terhadap orang-orang Melayu kerena sebelum ini orang-orang Melayu telah bekerjasama dengan Jepun. Jadi, Malayan Union dapat mengurang dan mengawal kuasa orang Melayu. (c) Percubaan Inggeris kea rah pemerintahan sendiri oleh masyarakat tempatan tetapi mengikut ciri politik Inggeris. (d) Sebagai langkah penyatuan politik dalam kalangan rakyat Tanah Melayu yang berbilang kaum – Melayu, Cina dan India dengan matlamat untuk membentuk sebuah masyarakat yang kuat. 2b.1.3. Implikasi Implikasi penting dari gagasan Malayan Union adalah seperti berikut: 1. Semua negeri Melayu, kecuali Singapura disatukan dibawah pemerintahan Gebenur British. Gabenur ini dibantu oleh Majlis Mesyurat Perseketuan dan Majlis Undangan Perseketuan. 2. Singapura dijadikan wilayah koloni British selepas dikeluarkan dari Perseketuan dengan seorang Gebenor British menjadi wakil kerajaan British. 3. Kedaulatan Raja-Raja Melayu dihapuskan. Sultan hanyalah gelaran sahaja dan mereka mempunyai kuasa di bidang agama Islam dan adat istiadat.
  • 27. 4. Hak kerakyatan yang sama bagi semua orang tanpa mengambil kira bangsa dan keturunan. Mereka yang telah menetap di Tanah Melayu sebelum Malayan Union boleh menjadi warganegara secara otomatik. Prinsip jus soli di perkenalkan. Aktiviti Soalan Objektif Jawab soalan-soalan berikut: 1. Bilakah gagasan Malayan Union dirancang oleh Inggeris? A. Sebelum Jepun berundur dari Tanah Melayu B. Dirancang sejak dari awal penjajahan Inggeris di Tanah Melayu C. Digagaskan selepas Jepun berundur dari Tanah Melayu D. Inggeris rancang bersama Jepun di Tokyo 2. Siapakah Wakil Kerajaan Inggeris untuk mengemukan gagasan Malaysan Union di Tanah Melayu? A. Frank Sweetenham B. Huge Clifford C. Sir Harold Mac Michael D. Sir Stanford Raffles 3. Bilakah gagasan Malayan Union diluluskan di Parlimen England? A. 10 Oktober 1946 B. 10 Oktober 1948 C. 10 Oktober 1945 D. 10 Oktober 1955 4. Mana yang BENAR dari kenyataan dibawah: A. Malayan Union menjadikan Singapura sebagai Negeri Persektuan B. Malayan Union telah menjadikan Singapura sebagai koloni Inggeris C. Malayan Union tidak memberi apa-apa kesan politik kepada Singapura D. Malayan Union menangguhkan tindakan dasar politik Iggeris keatas Singapura
  • 28. 5. Manakah yang TIDAK BENAR dari kenyataan berikut: A. Inggeris tidak berdendam dengan orang Melayu B. Inggeris berdendam sedikit sahaja dengan orang Melayu C. Inggeris pada hakkatnya berdendam sungguh dengan orang Melayu D. Inggeris menaruh dendam dengan alim ulama Melayu 2b. 1.4. Tentangan Orang-Orang Melayu Malayan Union telah mendapat tentangan hebat orang-orang Melayu kerana sebab-sebab berikut: 1. Kehilangan kedaulatan raja. Orang-orang Melayu melihat Raja-raja Melayu sebagai lambang kuasa dan kedaulatan bagi masyarakat Melayu. 2. Majoriti orang-orang Melayu akan berkurangan apabila dasar keterbukaan pemberian kerakyatan kepada warga asing dilakukan oleh British. 3. Malayan Union digbal tanpa mendapat pandangan daripada orang-orang Melayu. Ia dirancang di London secara tergesa-gesa. Sultan-Sultan hanya diberi masa sehari untuk membaca syarat-syarat dan menandatnginya tanpa berbincang dengan pembesar-pembesa negeri. 4. Kaedah Harold Mac Michel mendapatkan tanda tangan Raja-raja Melayu secara paksaan dan dilakukan dengan keras. Sultan-sultan tidak bersetuju dengan cara Harold Mac Michel yang tidak berunding dahulu dengan mereka dan lain pembesar-pembesa negeri. 2b.1.5. Penubuhan parti-parti politik UMNO 1. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) telah ditubuhkan pada 11 Mei 1946 oleh Dato’ Onn Ja’far. Belau memegang jawatan itu sehingga tahun 1951. 2. Matlamat utama penubuhan parti adalah untuk menetang gagagsan Malayan Union dan menyatupadukan orang-orang Melayu serta mmepertahnkan kedudukan hak istimewa orang-orang Melayu. 3. Anggota-anggota UMNO berpegang kepada slogan “Hidup Melayu”. Perkara ini disuarakan sendiri oleh Dato’ Onn Ja’afar semasa perhimpunan Agong UMNO, pda bulan September, 1947. 4. Pada tahun 1948, UMNO dijadikan sebagai sebuah parti politik. Perlembagaan UMNO telah dilulusakn pada 29 Mei 1946 yang memuatkan tujuan, penubuhan bahagian dan cawangannya.
  • 29. 5. Sebanyak 39 bahagian telah ditubuhkan sehingga tahun 1951 dengan keahlian seramai 100375 orang. Perikatan Pemuda UMNO dan Pergerakan Wanita UMNO ditubuhkan sebagai sayap-sayap UMNO pada tahun 1947. 6. UMNO telah muncul sebagai sebuah parti yang terkuat mewakli orang-orang Melayu di negara ini. Aktiviti 1. Berapa lamakah masa yang diberikan kepada Raja-Raja Melayu membaca deraf Malayan Union? A. Tujuh hari B. Tiga hari C. Sehari D. Lima hari 2. Apakah sebab yang paling utama menyebabkan orang-orang Melayu menentang Malayan Union? A. Pemberian kerakyatan kepada warga asing B. Inggeris mahu kuasai urusan pentadbiran agamaIslam C. Gagasan Malayan dibuat secara tergesa-gesa D. Kuasa Raja-Raja Melayu terhakis samasekali 3. Bilakah perlembagaan UMNO diluluskan? A. 29 Mei 1946 B. 11 Mei 1946 C. 29 Mei 1948 D. 11 Mei 1948 MIC 1. Kongres India Malaya (MIC) telah ditubuhkan pada 8 Ogos 1946. Presidennya yang pertama bernama Tun V.T.Sambanthan. 2. Antara tujuan utama penubuhan MIC (a) adalah untuk memupuk dan memelihara kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu; memperjuangkan politik bersama bagi seluruh Tanah Melayu. 3. Pada bulan April 1955, MIC telah masuk ke dalam gabungan UMNO dan MCA. Ahlinya sehingga tahun 1955 aialah seramai 20,000 orang.
  • 30. MCA 1. Pertubuhan Cina Malaysia (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Idea penubuhan MCA telah digagaskan oleh Leong Yew Koh. Presiden pertama MCA ialah Tun Chen Lok. 2. Tujuan utama MCA adalah untuk melindungi hak dan kepentingan orang Cina serta memelihara keharmonian kaum dalam sebuah negara yang bersatu. 3. Pada peringkata permulaan MCA bertindak sebagai sebuah badan kebajikan. Pada tahun 1952, MCA telah didaftarkan sebagai sebuah parti politik secara rasmi. 4. Pada tahun 1950 keahlian MCA telah meningkat seramai 188, 000. Pada tahun 1952, MCA dan UMNO telah membentuk gabungan yang bernama PERIKATAN. Aktiviti 1. Siapakah Presiden MIC yang pertama? (A) Tan Sri Manikavasagam (B) Dato’ Pasamanikam (C) Dato’ S.O.K. Ubaidullah (D) Tun V.T.Sambanthan 2. Manakah kenyataan berikut yang tidak benar (A) MIC ditubuhkan untuk menjaga kepentingan masyarakat India di tanah Melayu dan India (B) MIC ditubuhkan untuk penyatuan politik masyarakat India di tanah ayer (C) MIC ditubuhkan untuk menguatkan ekonomi masyarakat Cina (D) MIC ditubuhkan untuk berkongsi kuasa dengan lain-lain kaum di negara ini 3. Siapakah pengasas MCA? (A) Tun Tan Siew Sin (B) Tan Chen Lok (C) Ong Yok Ling (D) Lim Swee On 2b.1.6. Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu 1. Antara ciri Perlembagaan Tanah Melayu ialah:
  • 31. (a) YDPA sebagai ketua negara yang dipilih dikalangan sembilan Raja Melayu. (b) Ketua Kerajaan ialah Perdana Menteri yang dilantik daripada kalangan ahli Dewan Rakyat. (c) Sebuah Parlimen dibentuk yang dianggotai oleh Dewan Negara dan Dewan Rakyat. (d) Syarat kewarganegaraan diketatkan: (a) kewarnegaraan diberikan kepada semua orang yang lahir di tanah Melayu selepas merdeka; (b) kewarnegaraan juga diberikan kepada mereka yang berumur 18 tahun keatas, dilahirkan di tanah Melayu dan telah menetap selama lima tahun; (c) kewarnegaraan juga diberi kepada mereka yang berumur 21 tahun keatas walaupun lahir di luar Tanah Melayu, tetapi telah menetap selama lapan tahun dan boleh berBahasa Melayu. (e) Bahasa Melayu dijadikan sebagai Bahasa Kebangsaan. (f) Agama Islam dijadikan sebagai agama Perseketuan, tetapi kebebasan beragama diberikan. 2b.2. Ancaman Komunis 1. Darurat adalah satu istilah yang digunakan oleh kerajaan British untuk memulihkan keadaan huru hara di Tanah Melayu antara tahun 1948 sehingga tahun 1960. 2. Hura hara ini telah dimulakan oleh Parti Komunis Malaya (PKM) yang cuba mengambil kuasa politik di Tanah Melayu secara kekrasan. 3. Semasa Darurat, PKM cuba melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu dengan membunuh para peladang dan pelombong. Selain itu, anggota PKM juga telah membunuh anggota Polis dan tentera serta orang ramai yang mereka anggap menentang perjuangan mereka. 4. Darurat telah mengakibatkan penderitaan hidup rakyat Tanah Melayu. Ramai yang telah terkorban. 5. Pada peringkat awal, British menganggap ancaman komunis hanya bersifat sederhana sahaja. Walaubagaimanapun, tanggapan British itu tidak benar. Itulah sebabnya Britih telah menambahkan kekuatan polis dan tentera untuk menghadapi pemberontakan komunis selama 12 tahun di Tanah Melayu. 6. Kemuncak keganasan pemberontakan komnis di negara ini ialah pembunuhan Pesuruh Jaya Tinggi British di Tanah Melayu, Henry Gurney, di Kuala Kubu Baru, Selangor, pada 6 Oktober 1951. Beliau telah digantikan oleh Gerald Templer sebagai Pesuruhjaya British yang baru. 7. Kerajaan British telah menubuhkan kampong-kampong baru untuk penempatan orang-orang Cina sebagai satu langkah untuk mengawal edaran bekalan makana jatuh ketangan anggota komunis. 8. Kerajaan British gagal membendung pemberontakan komunis. Walaubagaimanapun Darurat diishtiharkan tamat pada 31 Julai 1960 oleh
  • 32. Kerajaan Perseketuan Tanah Melayu. Kegiatan komunis secara kecil-kecilan masih berlaku terutama di sempadan Siam dengan Tanah Melayu. 9. Kesan-kesan Darurat telah menyebebakan Kerajaan British mengemukakan Undang-Undang Darurat 1948 yang menyekat kebebasan individu untuk berucap, berhimpun dan bergerak. Selain itu, Darurat juga telah membuktikan bahawa tidak semua orang-orang Cina menyokong perjuangan PKM. Aktiviti 1. Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu memperuntukkan Islam sebagai: (A) Agama rasmi negara (B) Agama Perseketuan (C) Agama rasmi Perseketuan dan negeri (D) Agama tidak rasmi negara 2. Apakah kedudukan Bahasa Melayu seperti yang dicatat dalam Perlembagaan Perseketuan? (A) Bahasa kebangsaan (B) Bahasa nasional (C) Bahasa lingua franca (D) Bahasa pilihan rakyat 3. Siapakah Pesuruhjaya Inggeris yang terbunuh kerana diserang hendap oleh anggota PKM? (A) Gerald Templer (B) Harold Macmillan (C) Henry Gurney (D) Lord Mountbatten 4. Manakah kenyataan ini yang BENAR A. Darurat di Tanah Melayu telah berjaya dipatahkan oleh Inggeris B. Darurat di Tanah Melayu telah gagal dihapuskan oleh Inggeris C. Darurat di Tanah Melayu hampi-hampir dapat digagalkan oleh Inggeris D. Darurat di Tanah Melayu tidak menjadi perhatian Inggeris
  • 33. 2b.3. Perundingan Kemerdekaan . 1. UMNO merupakan parti yang ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu. Ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946 dengan dato’ Onn Jaafar menjadi ketuanya yang pertama. 2. Tujuan utama penubuhan UMNO ialah untuk mewujudkan kerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan dari Inggeris. UMNO berperanan penting dalam perundingan kemerdekaan. 3. Kongres India Malaya (MIC) pula ditubukan pada 8 Ogos 1946 dengan John Tivy sebagai Presidennya yang pertama. Matlamat terpenting penubuhan MIC adalah untuk menjaga kepentingan masyarakat India dari segi politik, ekonomi dan sosial 4. Malaysian Chinese Association (MCA) secara rasmi telah ditubuhkan pada 27hb Februari 1949. Presidennya yang pertama bernama Tan Cheng Lock. Matlamat penubuhan parti ini ialah untuk melindungi hak dan kepentingan ekeonomi, politik dan sosial kaum Cina di tanah Melayu. 5. Usaha-usaha awal untuk meggabungkan parti-parti berbilang kaum bermula apabila UMNO dan MCA membentuk pakatan untuk menghadapi pilihan raya 6. Majlis Perbandaran Kuala Lumpur pada tahun 1952. Pada tahun yang sama Tunku Abdul Rahman dan Tun Cheng Lock telah membentuk parti PERIKATAN diperingkat nasional. Pada tahun 1955 MIC pula menyertai parti PERIKATAN. Justeru, parti PERIKATAN telah menjadi parti berbilang kaum yang pertama dan terbesar di Tanah Melayu. 7. Pada tahun 1956, Tunku Abdul Rahman telah mengetuai satu rombongan ke London untuk berunding dengan kerajaan Inggeris bagi menuntut kemerdekaan tanah melayu. Rombongan tersebut dianggotai oleh empat orang wakil parti PERIKATAN, empat orang wakil Raja-Raja Melayu dan wakil-wakil kerajaan Inggeris di Tanah Melayu. 2. Hasil daripada rundingan tersebut Perjanjian London telah ditandatangani pada 8 Februari 1956. Tarikh rasmi kemerdekaan tanah melayu telah ditetapkan pada 31 Ogos 1957. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan tersebut di Padang Bandar Hilir Melaka apabila beliau dan rombongannya kemabli dari London ketanah ayer.
  • 34. 2b.3.1. Suruhanjaya Reid 1. Suruhanjaya Reid telah ditubuhkan dengan senari keanggotaannya seperti berikut: Lord Reid dari England sebagai Pengerusinya, dikuti dengan Sir Ivor Jennings (England); Sir William Mc Kell (Australia), B.Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan). 2. Suruhanjaya telah mengadakan mesyuarat sebanyak 118 kali (antara June dan Oktober 1956) dan telah menghantar sebanyak 131 memorendum dari pelbagai kalangan rakyat termasuklah satu dari raja-raja Melayu. 3. Suruhanjaya telah menghantara deraf Perlembagaan dalam bulan Februrai 1957 yang kemudiannya telah diteliti semula oleh sebuah Jawatankuasa yang terdiri dari: 4 wakil-wakil Raja-Raja Melayu, 4 wakil parti Perikatan, Pesuruhjaya, Ketua Setiausaha dan Peguam Negara. 4. Laporan dari Jawatankuasa tersebut telah menyebabkan Perlebagaan Perseketuan Tanah Melayu telah di terima oleh Majlis Perundangan perseketuan pada 15 Ogos 1957. 2b.4. Tanah Melayu Merdeka 1. Akhirnya Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dengan turunnya bendera Union Jack di hadapan bangunan Sultan Abdul samad, Kuala Lumpur, pada malam 31 Ogos, 1957. Ribuan rakyat telah hadir. 2. Pada 31 Ogos, 1957, secara rasmi wakil Queen Elizabith, England, telah menyerahkan kuasa berakhirnya pentadbiran Inggeris di tanah Melayu secara rasmi kepada YTM Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj, selaku Perdana Menteri Pertama Perseketuan Tanah Melayu di dalam satu perhimpunan seramai 30,000 di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur. Rakyat dari pelbagai kaum hadir untuk mendenagar periytiharan kemerdekaan negera oleh Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj dengan teriakan ‘Merdeka”. 3. Duli yang Maha Mulia Tuanku Abdul Rahman, Yam Tuan negeri Sembilan, telah dilantik menjadi Yang Di Pertuan Agong yang pertama bagi Perseketuan Tanah Melayu.
  • 35. Aktiviti Jawab soalan-soalan berikut 1. Tunku Abdul Rahman telah mengisytiharkan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu di: (A) Padang Selangor Kelab, Kuala Lumpur (B) Dewan Sulaiman Kelab, Kg.Baru, Kuala Lumpur (C) Padang Bandar Hilir, Melaka (D) Padang Polo, Kuala kangsar 2. Siapakah nama anggota Suruhanjaya Reid dari Pakisatan? (A) Hakim Mushtaq Ahmad (B) Hakim Afaq Khan (C) Hakim Abdul Hamid (D) Hakim Zafar Khan 3. Manakah penyataan berikut yang BENAR (A) Hanya tiga wakil Raja-Raja Melayu yang telah meniliti deraf Perlembagaan (B) Empat orang wakil Raja-Raja Melayu telah meniliti deraf Perlembagaan (C) Seorang sahaja wakil Raja-raja Melayu yang meneliti deraf Perlembagaan (D) Tidak ada wakil Raja-Raja Melayu meniliti deraf Perlembagaan Rumusan Perjuangan rakyat Tanah Melayu akhirnya tercapai dengan kemerdekaan tanah ayer dari kerajaan Inggeris. Perpaduan erat dalam kalangan rakyat pelbagai kaum di negara ini telah menyebbakan Inggeris tidak dapat menahan tekanan politik dari rakyat Tanah Melayu sehingga akhirnya Inggeris mahu berunding untuk segera membebaskan cengkaman penjajahan di Tanah Melayu. Pendekatan menubuhkan parti-parti politik amat berkesan sebagai tanda bahawa rakyat di negaranya sendiri boleh mentadbir negara dengan baik. Kebijaksaan diplomasi pemimpin-pemimpin pelabagai kaum dalam rundingan kemerdekaan telah menyebabkan kerajaan Inggeris menubuhkan Suruhanjaya Reid untuk menegerakan proses kemerdekaan pada tahun 1957.
  • 36. Rujukan Andaya, Barbara Watson dan Andaya, Leonad Y. 1983. Sejarah Malaya. Kl: McMillan Publishers (M) Sdn Bhd. Ibrahim Mahmood. Sejarah Perjuangan Bangsa Melayu. 1981. KL: Pustaka Antara. K.J.Ratnam. 1969. Paham Perkauman dan Proses Politik di Malaysia. KL: Penerbit Uinversiti Malaya. Ramlah Adam. 1993. Dato’ Onn Ja’afar: Pengasas Kemerdekaan. KL: DBP. Vasil, R.K. 1971. Politics in a Plural Society. KL: Oxford University Press. Willian R.Roff. 1975. Nationalisme Melayu (tr) Ahmad Boestamam. KL: Penerbit Universiti Malaya. Zainal Abidin Wahid et.al.1996. Malaysia – Warisan dan Pembangunan. KL: DBP Penilaian Keseluruhan Soalan Struktur 1. Namakan tiga tokoh politik tanah ayer yang telah merundingkan kemeredekaan negara di London? (A)_______________________ (B)________________________ (C) _______________________ 2. Parti PERIKATAN telah dibetuk bersama antara ____________________________ bagi menyegerakan usaha kearah kemerdekaan negara 4. Antara kesan Darurat di Tanah Melayu ialah pembukaan ______________________ bagi masyarakat Cina sebagai langkah untuk meneykat bekalan makanan kepada PKM 5. Tulis satu karangan ringkas penubuhan parti UMNO.
  • 37. Unit 2c PEMBENTUKAN MALAYSIA Objektif Diakhir bab ini, anda seharusnya dapat: 1. Mengeanl pasti lima factor yang mendorong pembentukan Malaysia 2. Mengenali pemimpin-pemimpin utama yang memainkan peranan penting dalam usaha mebentuk sebuah negara baru yang bergelasr Perseketuan Malaysia. 3. Menjelaskan punca-punca Brunie menarik diri daripada menyertai Malaysia dan pemisahan Singapura dari Malaysia. 4. Membinangkan konflik yang timbul antara Filipina dan Indonesia selepas penubuhan Malaysia. PENGENALAN Dalam bab ini anda kan didedahkan beberapa peristiwa yang berlaku sewaktu pembentukan Perseketuan Tanah Melayu oleh Tunku Abdul rahman. Gagasan penyatuan ini adalah untuk menggabungkan Semenanjung tanah Melayu, Singapura, Sabah, Sarawak dan Brunei. Cadangan tersebut telah mendapat pelbagai respons. Anda akan dapat mengetahui dengan jelas kenapa berlaku perbezaan pandangan antara pemimpin- pemimpin yang pada mulanya bersetuju dengan gagasan Malaysia tetapi telah menarik diri pada saat-saat terakhir. 2c.1. Faktor Pembentukan 1. Cadangan penubuhan Perseketuan Malaysia telah dilahirkan oleh Tunku Abdul Rahman Putra tatkala beliau berucap di Singapura pda 27 Mei 1961 dalam satu majlis makan tengah hari di hadapan Persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara. 2. Wawasan Tunku Abdul Rahman adalah untuk melihat satu bentuk penyatuan ekonomi dan politik berlaku antara Perseketuan Tanah Melayu dengan wilayah jajahan Inggeris – Singapura, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Brunie. 3. Idea utamanya adalah untuk mengatasi masalah kesukaran bagi negara/wilayah- wilayah jajahan Inggeris untuk tegak secara sendirian bagi menghadapi persaingan antara bangsa selain dari keperluan kerjasama dari segi politik, ekonomi dan sosial.
  • 38. 4. Gagasan Malaysia bukanlah satu idea baru. Penyatuan Perseketuan Tanah Melayu, Sabah, Sarawak dan Brunei pernah dicadangkan oleh pihak British pada tahun 1887. Walaubagaimanapun, cadangan tersebut ditolak kerana dilihat hanya untuk menjaga kepentingan jajahan dan negeri naungannya. 5. Cadangan kemasukan Brunei, Singapura, Sabah dan Sarawak adalah untuk membebaskan wilayak-wilayah penjajah Inggeris dari kongkongan pentadbiran British di London. Jadi, anda sekarang boleh memahami dengan lebih jelas setelah meniliti fakta-fakta berikut: 1. Menyegerakan kemerdekaan bagi negeri-negeri Singapura, Brunie, Sarawak dan Sabah 2. Mengurangkan ancaman komunis dan mengekalkan kestabilan dan keamanan serantau. 3. Mewujudkan keseimbangan kaum dan perpaduan. 4. Memajukan ekonomi serantau untuk kepentingan negara dan rakyat negeri anggota. 6. Memupuk bangsa Malaysia yang berbilang kaum berteraskan perkongsian warisan budaya Timur yang kaya Aktiviti Soalan Objektif 1. Dimanakah Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengumumkan cadangan penubuhan Malaysia? A. Jeselton, Sabah B. Singapura C. Kuala Lumpur D. Sri Bagawan 2. Manakah yang tidak BENAR tentang pendirian Bruneit menyertai Malaysia? A. Brunei menolak sejak dari awal lagi B. Brunei tidak menunjukkan apa-apa sikap C. Brunei tidak bersetuju di saat-saa terakhir D. Pendirian Brunei tidak menentu 3. Manakah dari kenyataan ini BENAR A. Kerajaan Inggeris pernah mencadangkan idea penubuhan Malaysia B. Kerajaan Inggeris tidak pernah mencadangkan idea penubuhan Malaysia C. Kerajaan Inggeris mencadangkan idea penubuhan Malaysia secara senyap
  • 39. D. Kerajaan Inggeris merahsiakan cadangan penubuhan negara Malaysia 2c.2. Proses Pembentukan Malaysia Berikut adalah langkah-langkah yang telah diambil untuk melaksanakan proses pembentukan Malaysia. 2c.2.1. Dailog Borneo Selepas pengumuman Tunku Abdul Rahman Putra di Singapura pada tahun 1961, Gabenur Sarawak, Borneo Utara dan Pesuruhjaya Brunei telah mengadakan perbincangan dengan Pesurujaya Agong British di Singapura. Walaubagaimnapun tidak ada sebarang persetujuan muktamad dicapai. Hanya satu kenyataan bersama telah dikeluarkan dimana negeri-negeri tanah jajajahan Inggeris itu telah meganjurkan kerjasama yang lebih rapat antara negeri-negeri di Borneo sebelum membuat sebarang langkah untuk menyertai Perseketuan Malaysia. 2c.3. Penubuhan Jawatankuasa Perpaduan Dan Perundingan (MSCC) Jawatankuasa Perpaduan dan Perundingan (MSCC) telah ditubuhkan pada bulan Julai 1961 ekoran dari Persidangan Persatuan Parlimen Serantau. Keanggotaan Jawatankuasa ini terdiri daripada negeri-negeri Melayu, Singapura, Sarawak dan Sabah. Brunei telah menghantar 5 orang wakil. Jawatankuasa ini telah dipengerusikan oleh Donald Stephens. Terma rujukan Jawatankuasa ini adalah seperti berikut: 1. Untuk mendapatkan pandangan-pandangan dari negeri-negeri yang berpotensi tentang cadangan Malaysia untuk menubuhkan Malaysia. 2. Menyebarkan penerangan tentang gagasan Malaysia. 3. Inisiatif dan galakan untuk bertukar-tukar pandangan tentang gagasan Malaysia. 4. Menggalakkan beberapa aktiviti yang dapat membantu pembentukan Perseketuan Malaysia Aktiviti Soalan Objektif 1. Siapakah yang mempnegerusikan Jawatankuasa Perpaduan Dan Perundingan?
  • 40. (A) Tun Mustafa Datu Harun (B) Tun Abdul Razak Husein (C) Lee Kuan Yew (D) Donald Stephens 2. Apa yang dimaksudkan dengan Dialog Borneo? (A) Perbincangan muktamad untuk menubuhkan Malaysia (B) Perbincangan mengenai kerjasama serantau antara Borneo Utara dengan Tanah Melayu dan Singapura (C) Perbincangan untuk menentukan status negeri Brunei dalam Malaysia (D) Perbincangan untuk menjadikan Singapura sebagai peneraju utama gagasan Malaysia 3. Manakah yang TIDAK BENAR dari kenyataan berikut: A. Pembentukan Malaysia adalah untuk mewujudkan semula gagasan Melayu Raya B. Pemebentukan Malaysia adalah untuk penyatuan politik serantu C. Pembentukan Malaysia adalah untuk pemarkasaan ekonomi serantau D. Pembentukan Malaysia adalah untuk merapatkan hubungan antara wilayah 2c.3.1. Rombongan Ke London Dengan tercapainya persefahaman antara Singapura dan Perseketuan Tanah Melayu, Kerajaan British telah mengundang Tunku Abdul Rahman untuk membincang dengan lebih mendalam serta menyediakan jalan perundingan denga negara-negara Borneo. Rumusan dalam perbincangan di London itu jelas menunjukkan bahawa gagasan Malaysia telah mulai mendapat dokongan dari negeri-negeri Borneo. Walaubagaimanapun, pendapat rakyat hendaklah diambil kira. Mesyuarat tersebut juga bersetuju bahawa pandangan-pandangan Sultan Brunei adalah mustahak dan mesti diambil kira. 2c.4. Jawatankuasa Antara Kerajaan Selepas Jawatankuasa Cobbold melaksanakan tugasnya, maka satu Jawatankusa Antara Kerajaan yang diketuai oleh Lord Landsdowne telah ditubuhkan. Tun Abdul Razak Hussain sebagai Timbalan Pengerusi, wakil-wakil kerajaan British dan wakil-wakil negeri Sarawak, Sabah dan Singapura menjadi anggota-anggotanya.
  • 41. Jawatankuasa ini telah menubuhkan satu perlemabagaan, khususnya yang melibatkan permintaan Sabah dan Sarawak berdasarkan memorandum yang diterima daripada parti- parti politik di Sabah dan Sarawak. Tugas penting Jawatankuasa ini ialah membentuk satu perlembagaan berdasarkan Perlembagaan Perseketuan Tanah Melayu 1957, Laporan Suruhanjaya Cobbold dan Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia. Perkara utama dalam perlembagaan ini ialah agama Islam, bahasa Melayu, kawalan imigresen, pendidikan dan perwakilan bagi Sabah, Sarawak dan Brunei. 2c.4.1. Suruhanjaya Cobbold Pada Januari 1962, Suruhanjaya Cobbold yang dipengerusikan oleh Lord Cobbold telah ditubuhkan bagi mendapatkan respons dari rakyat Borneo Utara dan Sabah. Keanggotaanya terdiri dari lima orang pegawai dengan tiga pegawai-pegawai British dan dua orang pegawai Malaysia. Fungsi utama Jawatankuasa Cobbold adalah untuk mendapatkan referendum rakyat di Borneo Utara dan Sarawak tentang idea pemebentukan negara Malaysia. Jawatankusa Cobbold telah mencadangkan perkara-perkara berikut: (a) Perlembagaan baru negara hendaklah berasaskan perlembagaan Tanah Melayu ada. (b) Penggunaan Bahasa Malaysia sebagai bahasa rasmi negara. (c) Penguatkuasaan kuasa imigresen oleh Kerajaan Perseketuan adalah bergantung kepada persetujuan kerajaan negeri. (d) Tada ada ruang untuk menarik diri. (e) Proses Pemborneoan boleh dilaksanakan tetapi pegawai-pegawai Inggeris masih boleh memegang jawatan perkhidmatan awam sehingga ada ana tempatan yang layak. (f) Kebebasan agama dijamin dan tidak menjadikan satu-satu agama sebagai agama rasmi di negeri-negeri tersebut Aktiviti Apakah jawatan Tun Abdul Razak Husein di dalam Jawatankuasa Antara Kerajaan? 1. A. Pengerusi B. Timbalan Pengerusi C. Naib Pengerusi D. Pengerusi Bersam 2. Rombongan perundingan Tunku Abdul Rahman Putra al-Haj mengenai pembentukan Malaysia di London diadakan selepas wujud persefahamn dengan: A. Borneo Utara B. Singapura
  • 42. C. Borneo Utara D. Borneo Utara dan Singapura 3. Suruhanjaya Cobbold melaksanakan tugas untuk mendapat respons rakyat di Borneo Utara dengan cara: (A) Pilihanraya (B) Mesyuarat (C) Refrendum (D) Perundingan 2c.5. Perpisahan Singapura 1. Perdana Menteri Singapura, Lee Kuan Yew menegaskan bahawa kesediaan Sinagpura menyertai Malaysia tidak bermakna bahawa negaranya hilang kuasa secara mutlak. Rakyat Singapura adalah penentu bagi segala-galanya. 2. Pada 23 Ogos 1961, persetujuan antara Kerajaan Perseketan Tanh Melayu dan Singapura telah dicapai. Persetujuan ini termktub dalam Kertas Putih yang antaranya menyatakan aspek pertahanan, hubungan luar dan keselamatan akan menjadi tanggungjawab Perseketuan. Walaubagaimanapun, perkara-perkara pendidikan dan tenaga buruh adalah dibawah kuasa kerajaan Singapura. Ketetapan juga telah dibuat bahawa Singapura mempunyai 16 orang ahli di Dewan Rakyat Malaysia. 3. Setelah 2 tahun berada di dalam Malaysia, ketegangan politik telah berlaku antara Singapura dan Kuala Lumpur. Antara isu yang menjadi perbahasan hangat ialah soal ekonomi, politik kepartian DAP dan MCA serta isu perakauman. 2c. 6. Penarikan Brunei Menyertai Perseketuan Malaysia Brunei pada saat-saat terakhir telah mengejutkan Malaysia, Singapura, Sabah dan Sarawak apabila Sultan Sir Omar ‘Ali Sharifuddin menyatakan bahawa Brunei menarik diri menyertai gagagsan Malaysia kerana dua sebab yang paling utama: (a) kekanan Baginda Sultan Brunei sebagai Sultan dalam Perseketuan Malaysia tidak dipersetujui; (b) penguasaan hasil minyak Brunei juga tidak dipersetujui. Lain-lain tuntutan Brunei ialah: (a) menuntut 10 buah kerusi Parlimen; (b) mengekalkan semua pelaburannya; (c) meneruskan program pendidikan dan kebajikan.
  • 43. Aktiviti 1. Berapakah jumlah anggota Dewan rakyat yang diperuntukkan kepada Singapura? A. 26 anggota B. 16 anggota C. 15 anggota D. Antara 10 hingga 20 anggota 2. Antara bidang kuasa Singapura semasa berada di dalam Perseketuan Malaysia ialah: A. Pertahanan B. Hubungan Luar C. Pelajaran D. Keselamatan 3. Antara sebab berlakunya perpisahan antara Singapura dengan Malaysia ialah: A. Isu ekonomi B. Isu agama C. Isu perkauman D. Isu Bahasa 4. Antara sebab Brunei tidak mahu menyertai Malaysia A. Kekakanan status Sultan Brunei tidak dipersetuji B. Brunei mahu keanggotaan Parlimen yang ramai C. Brunei mahu menjadi YDPA pertama selepas Malaysia dibentuk D. Brunei mahu jawatan Menteri Kewangan Rumusan Rancangan penubuhan Perseketuan Malaysia akhirnya berjaya dilaksanakan tanpa ehadiran Brunei. Malaysia lahir secara rasmi pada 16 September 1963. Namun, Singapura juga telah keluar dari Malaysia pada tahun 1963. Sabah dan Sarawak kekal berada di dalam Malaysia hingga kehari ini. Penubuhan Malaysia telah mendapat tentangan dari Indonesia pada peringkat permulaan sehingga telah menimbul konfrontasi Indonesia terhadap Malaysia pada tahun 1963..
  • 44. Rujukan Ahmad Atory Hussain. 1990. Politik Dan dasar Awam Malaysia. KL: Utusan Publications and Distributors. Hasnah Hussin dan Mardiana Nordin. 2007. Pengajian Malaysia. PJ: Oxford Fajar Jayum A Jawan. 2007. Malaysian Politics & Government. Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd. Zainal Abidin bin Abdul Wahid et al. 1996. Malaysia – Warisan dan Perkembangan. KL: DBP. ____________________________. “The Formation of Malaysia: The Role of the Malaysia Solidarity Consultative Committee”, dlm. Muhammad Abu Bakar etc (ed). Historia. Kuala Lumpur. Penilaian Keseluruhan Soalan Strukur 1. Penubuhan Perseketuan Malayasia telah mendapat ____________________ dari negara Indonesia 2. Penubuhan Negara Malaysia pada 16 September 1963 telah melalui beberapa usaha _____________________________________________________ _______________________________________________________ 3. Berikan empat tuntutan Brunei untuk menyertai Malaysia ______________________________________________________ _______________________________________________________ _______________________________________________________ ____ _______________________________________________________
  • 45. Unit 2d Perlembagaan Malaysia OBJEKTIF Di akhir bab ini, anda dapat mempelajari: 1. Konsep perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi bagi sesebuah negara. 2. Mengenal pasti enam tujuan perlembagaan. 3. Membincangkan cirri-ciri asas perlembagaan. 4. Menjelaskan cara-cara perlembagaan dipinda PENGENALAN Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka terdapat Undang-Undang laut Melaka dan Hukum Kanun Melaka. Semantara itu, di setiap negeri pula mengamalkan adat tradisional, itu Adata Temenggung dan Adat Pepateh seperti di Negeri Sembilan dan Melaka. Perlembagaan moden yang dipengaruhi oleh perlembagaan Britain mula diperkenalkan pada tahun 1957 dan dikemakinikan pentadbirannya pada tahun 1963. 2d.1. Konsep dan Tujuan Perlembagaan Perlembagaan merupakan satu konsep yang amat penting dalam sebuah kerajaan moden pada hari ini. Perlembaaan merupakan satu dokumen yang mengandungi semua undang- undang asas negara. Ia menerang dan memperuntukkan kuasa-kuasa yang dimiliki oleh pelbagai anggota negara itu, seperti hak-hak yang dimiliki oleh orang-orang yang diperintah dan perhubungan antara yang memerintah dengan yang diperintah. Antara tujuan utama perlembagaan adalah seperti berikut: 1. Menjamin keutuhan dan kedaulatan negara 2. Menjadi sumber rujukan 3. Mewujudkan kestabilan negara 4. Mengawal perjalanan kerejaan 5. Mengekalkan keamanan 6. Menjamin keamanan negara 2d.2 Perlembagaan Perseketuan Malaysia dan Negeri
  • 46. Perlembagaan Malaysia telah diisytiharkan pada 16 September 1963. Menurut Tun Mohamad Suffian (1983), Perlembagaan Perseketuan Malaysia merupakan puncak kuasa yang tertinggi dalam negara. Ini bermakna bahawa Parlimen Malaysia memperolehi kuasanya dari Perlembagaan Perseketuan Malaysia yang memperuntukkan kuasa perundangan kepada Perseketuan Malaysia bagi satu pihak, dan tiap-tiap negeri pula bagi satu pihak lagi. Perlembagaan Malaysia menentukan dengan jelas perkara-perkara yang menjadi tanggungjawab Perseketuan dan Negeri. 2d.2.1. Ciri-Ciri Perlembagaan Perseketuan Malaysia Tun Mohamed Suffian, Mantan Ketua Hakim Negara telah menyeneraikan cirri-ciri asas Perlembagaan Malaysia seperti berikut: 1. Mengasaskan Malaysia sebagai sebuah Perseketuan. 2. Sebagai negara berperlembagaan. 3. Sebagai negara demokrasi berparlimen 4. Memperuntukkan Islam sebagai Agama Rasmi Perseketuan, tetapi pada masa yang sama Malaysia bukan sebuah negara teokrasi dan menjamin kebebasan agama kepada semua rakyat yang berbilang agama. 5. Memperuntukkan ketinggian perlembagaan dan kebebasan undang-undang 6. Memperuntukkan pengasingan kuasa ketiga-tiga cabang kerajaan, iaitu Perundangan, Eksekutif dan Badan Kehakiman. Ketiga-tiganya mempunyai status yang sama, tiada satu pun yang lebih tinggi daripada yang lain dan setiap satunya mempunyai tanggungjawab dan fungsi yang berbeza 7. Memperuntukkan sebuah badan kehakiman yang berasingan dan bebas daripada kawalan Parlimen dan Eksekutif pula mempunyai bidang kuasa yang eksklusif untuk menentukan pertikaian dan hak-hak serta liabiliti dalam perlembagaan 2d.2.2. Pindaan Perlembagaan 1. Perlembagaan Perseketuan Malaysia adalah perlembagaan bertulis dan boleh dipinda. Parlimen boleh meminda kuasannya sendiri. 2. Sesetengah perkara boleh dipinda hanya dengan lebih suara dua pertiga dalam sidang . Parlimen dengan syarat diizinkan oleh Majlis Raja-Raja. Persetujuan Majlis Raja-Raja adalah diperlukan bagi meminda undang-undang. 3. Sesetengah perkara yang berkepentingan khas seperti di Sabah dan Sarawak boleh dipinda dengan lebih suara dua pertiga dalam setiap sidang Dewan Parlimen jika dipersetujui oleh Yang Di Pertuan Agong bagi mana-mana negeri. 4. Sesetengah perkara boleh dipinda dengan lebih suara dua pertiga dalam setiap Dewan Rakyat tanpa berkehedakkan persetujuan sesiapapun di luar Parlimen.
  • 47. Diantara pindaan yang telah diterima oleh sidang Parlimen adalah seperti berikut: 1. Pertambahan kerusi parlimen 2. Pemansuhan imuniti bagi YDPA, Raja-Raja yang memerintah negeri dan kesalahan jenayah 3. Pembentukan Mahkamah Khas dengan bidang kuasa yang eksklusif untuk membicarakan semua kesalahan yang dilakukan di dalam Perseketuan Malaysia oeh YDPA dan Raja-Raja Negeri dan semua kes awam oleh atu YDPA atau Raja- raja Negeri 4. Penstrukturan Mahkamah Tinggi Perseketuan dengan mewujudkan Mahkamah Rayuan di antara Mahkamah Tinggi dan Mahkamah Agong dan dinamakan semula sebagai Mahkamah Perseketuan Malaysia. 2d.2.3 Perlembagaan Negeri 1. Perlembagaan Malaysia juga merupakan satu perjanjian perkongsian antara negeri-negeri yang menganggotai Perseketuan Malaysia. Tiap-tiap negeri dalam Malaysia mempunyai hak, kuasa dan tanggungjawab tersendiri menurut Perlembagaan Perseketuan Malaysia dan Pelembagaan Negeri-Negeri. Peruntukan tertentu tentang Perlembagaan Negeri diistilahkan sebagai perlu. 2. Peruntukan ini terkandung di dalam Jadual Kelapan Perlembagaan Perseketuan. Sementara Perkara 71 Perlembagaan Perseketuan Malaysia memperuntukkan bahawa tiap-tiap perlembagaan negeri hendaklah mempunyai peruntukan ini. Aktiviti 1. Dimanakah sumber kuasa yang diperolehi oleh Parlimen Malaysia? A. Majlis Raja-Raja Melayu B. Perlembagaan Malaysia C. Badan Kehakiman Negara D. Kabinet 2. Mahkamah Perseketuan dahulunya dikenali sebagi A. Mahkamah Tinggi Perseketuan B. Mahkamah Agong C. Mahkamah Rayuan D. Mahkamah Khas 3. Kesalahan jenayah YDPA dan Raja-Raja Melayu dikendalikan oleh: A. Mahkamah Agong
  • 48. B. Mahkamah Tinggi Syari’ah C. Mahkamah Khas D. Tribunal DiRaja 4. Pindaan perlembagaan boleh dibuat di Parlimen Malaysia dengan persetujuan YDPA dalam: (A) Semua perkara (B) Sesetengah perkara (C) Satu perkara sahaja (D) Sesetengah perkara dengan persetujuan Majlis Raja-Raja 2d.3. Peruntukan Bahasa Melayu 1. Kedudukan Bahasa Melayu telah ditetapkan dalam Perkara 152 Perlembagaan Perseketuan yang menentukan bahawa Bahasa Melayu hendaklah digunakan untuk maksud-maksud rasmi. Dengan lain perkataan, Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan bagi negara Malaysia. 2. Bahasa-bahasa lain adalah dilindungi dalam Perlembagaan perseketuan dengan tidak menghalang sesiapapun dalam kalangan warganegara untuk menggunakannya. 3. Sesiapa yang mempersoalkan kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi akan didakwa dibawah Akta Hasutan 1948. 2d.4. Kedudukan Agama Islam 1. Dalam Perlembagaan Malaysia, orang Melayu ditakrifkan sebagai seorang yang beragama Islam dan mengamalkan cara hidup dan budaya Melayu serta bertutur dalam Bahasa Melayu. 2. Sebagai agama rasmi negara, Kerajaan Perseketuan mempunyai kuasa memperuntukkan sebahagian daripada perbelanjaan untuk pembangunan dan kemajuan berkaitan dengan agama Islam, seperti pembinaan masjid dan surau, sekolah-sekolah agama. 3. Perlembagaan Perseketuan memperuntukkan kuasa tertinggi agama pada setiap negeri dengan Sultan/Raja/Yam Tuan Besar menjadi ketua agama Islam kecuali bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak dan wilayah-wilayah Persektuan – Kuala Lumpur, Labuan dan Putera Jaya. Di negeri-negeri ini, kuasa agama terletak di bawah bidang kuasa YDPA. 4. Di negeri-negeri, Sultan/Raja/Yam Tuan Besar mempunyai kuasa melantik ahli- Ahli – Ahli Majlis Agama Islam yang bertanggungjawab melaksanakan dasar- dasar Islam di negeri-negeri dengan dokongan Jabatan-Jabatan Agama Islam
  • 49. menjalanakan urusan pentadbiran. Selain itu, musfti-mufti dan Ketua-Ketua hakim Syari’ah juga dilantik oleh Sultan/Raja/Yam Tuan Besar. 5. Satu perakara yang menarik, Majlis Raja-Raja Melayu telah bersetuju untuk memberi kuasa kepada Kerajaan Perseketuan Malaysia menubuhkan Majlis Hal Ehwal Kebangsaan Islam Malaysia dengan Perdana menteri Malaysia menjadi Pengurusinya. Fungsi MHEKIM hanya untuk menyelaraskan program-program Islam antara Kerajaan Pusat dan negeri. Walaubagaimanapun, Sultan Kedah dan Sultan Pahang tidak membenarkan negeri-negeri tersebut menjadi anggota MHEKIM. Aktiviti 1. Peruntukan 152 dalam Perlembagaan Perseketuan Malaysia menjamin kedudukan: (A) Bahasa Cina (B) Bahasa Malaysia (C) Bahasa Tamil (D) Bahasa Inggeris 2. Penentangan terhadap Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara boleh didakwa dibawah A. Akta ISA boleh digunakan sekiranya Bahasa Melayu ditentang B. Akta Hasutan 1948 boleh digunakan bagi C. Akta Bahasa Kebangsaan 1976 D. Akta Jenayah 3. Pentabiran agama Islam di peringkat Perseketuan/ Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah-Wilayah Persketuan diketuai oleh: A. Perdana Menteri B. YDPA C. Perkongisan kuasa antara YDPA dan YDPN D. Menteri Di Jabatan Perdana Menteri 2d.5. Kedudukan Istimewa Orang Melayu 1. Hak istimewa orang-orang Melayu telah diperkenalkan dalam Perlembagaan Perseketuan Malaysia agar pembelaan dan bantuan dapat dibuat untuk bangsa
  • 50. Melayu sebagai penduduk utama pribumi. YDPA diberi kuasa untuk memelihara kedudukan hak istimewa orang Melayu di Semenanjung. 2. Sebab utama mengapa kedudukan hak istimewa orang Melayu diperuntukan dalam Perlembagaan Perseketuan ialah kerana orang-orang Melayu telah didiskriminisaikan sejak zaman penjajahan Inggeris lagi dalam bidang pendidikan dan ekonomi. Pada masa yang sama, penjajah Inggeris telah sengaja membawa pekerja-pekerja asing bekerja di ladang-ladang getah dan di lombong-lombong bijih. Mereka akhirnya menjadi rakyat Tanah Melayu. Bangsa Cina telah menguasai bidang ekonomi dengan meninggalkan jauh orang-orang Melayu yang ketinggalan dalam bidang ekonomi dan pendidikan sehingga sekarang. 3. Antara perkara yang terkandung dalam hak istimewa orang Melayu ialah kuota kemasukan dalam sektor awam, kuota kemasukan ke institusi pengajian tinggi, biasiswa, lesen kenderaan sewa dan dan permit perniagaan. 2d.6 Hak Asasi Individu 1. Perlembagaan Perseketuan Malaysia menyatakan setiap warganegara mempunyai hak dan kebebasan tertentu seperti kebebasan beragama, bercakap, berhimpun dan berpersatuan, kebebasan bergerak, larangan buang negeri dan sebagainya. 2. Walaubagaimanapun, Perkara 149 Perlembagaan Perseketuan Malaysia menyatakan seseorang warganegara boleh ditahan atas penahahan kerana keselamatan. 3. Sekatan terhadap individu telah dimaktubkan oleh beberapa akta dan ordinan seperti: (a) Akta ISA (1960); Ordinan Hasutan (1948); Ordinan Perintah Awam (1958); Ordinan Pencegahan Jenayah (1959); Peraturan Penting (Kes Keselamatan 1957). Akta ISA menjadi bahan kritikan hebat di dalam dan di luar negara kerena dianggap zalim. Pada hakikatnya ISA adalah warisan penjajah Inggeris. Aktiviti 1. Manakah yang tidak benar dalam penyataan berikut: A. Hak Istimewa Orang-Orang diperuntukkan dalam Kontrak Sosial B. Hak Istimewa Orang Melayu disebut dalam Perlembagaan Persketuan C. YDPA diberi kuasa untuk mempertahankan Hak Istimewa Orang Melayu D. Majlis Raja-Raja diberi kuasa boleh membincangkan hal Hak Istimewa Orang Melayu 3. Hak Istimewa Orang Melayu diperuntukkan dalam Perlembagaan Perseketuan kerana: A. Kedudukan orang Melayu lemah dari segi ekonomi dan pelajaran
  • 51. B. Orang Melayu adalah anak peribumi C. Jumlah penduduk Melayu telah berkurangan D. Permintaan dari Raja-Raja Melayu 4. Akta ISA yang dilihat sebagai satu akta zalim adalah warisan: A. Belanda B. Inggeris C. Siam D. Jepun 2d.7 Pilihan Raya 1. Pada 27 Julai 1955, Pilihan Raya Perseketuan yang pertama di Tanah Melayu telah diadakan. Parti Perikatan (Alliance), UMNO, MCA dan MIC telah menyertainnya. Parti Perikatan telah menandingi 52 buah kerusi. 2. Parti Negara pimpinan Dato’ Onn Jaafar telah mengemukakan 32 orang calun. Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS) dengan 11 orang calun. Parti-parti lain yang mengambil bahagian dalam piliha raya tersebut ialalah Parti Buruh, Parti Kemajuan Rakyat, Pertubuhan Kebangsaan Perak dan Pertubuhan Melayu. 3. Parti Perikatan telah memenangi 51 daripda 52 buah kerusi yang dipertadningkan. Pas hanya memenangi satu kerusi sahaja di Krian, Perak. 4. Pilihan raya Perseketuan telah menadakan satu babak baru dalam amalan demokrasi di Tanah Melayu. Dalam sisitem demokrasi berparlimen, rakyat adalah penentu kepada pembentukan kerajaan. 5. Pilihan Raya diadakan untuk memilih wakil-rakyat di Dewan Rakyat dan di Dewan Undangan Negeri setiap lima tahun sekali. 6. Apabila YDPA membubarkan Dewan Rakyat, pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari selepasa pembubaran Dewan rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Bagi Sabah dan Sarawak, tempohnya adalah lebih panjang kerena factor geografi. 7. Pilihan Raya Kecil juga diadakan di dalam tempoh 60 hari dari tarikh kekosongan, sama ada disebabkan kematian, perletakan jawatan atau seseorang Ahli Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri hilang kelayakan. Tarikh kekosongan kerusi akan ditetapkan oleh SPR. 2d.7.1. Proses Semasa Pilihan Raya Suruhanjaya Pilihan Raya telah menetapkan perkara-perkara berikut bagi menjamin pengurusan sesuatu Pilihan raya itu mengikut peraturan-peraturan yang telah ditetapkan: 1. Hari penamaan calun.
  • 52. 2. Deposit. 3. Penggunaan symbol parti. 4. Kempen. 5. Hari mengundi 6. Barung SPR. 7. Pengiraan undi 8. Kebenaran memasuki tempat undi. 9. Cara-cara mengundi. 10. Undi pos. 11. Ejen mengundi. 12. Pengiraan undi. 13. Penjumlahan rasmi undi. 14. Petisyen pilihanraya. 15. Penyata perbelanjaan pilihanraya. 16. Pelupusan bahan-bahan bercetak pilihanraya . 2d.7.2 Fungsi Pilihan Raya 1. Menubuhkan sebuah kerajaan demokrasi 2. Mengekalkan pucuk pimpinan. 3. Pemilihan calun bagi mengisi jawatan tertinggi kerajaan. 4. Menguatkan kestabilan politik negara Aktiviti Soalan Objektif 1. Mana yang TIDAK BENAR dalam penyataan berikut: A. Parti UMNO bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955 B. Parti PAS bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955 C. Parti Negara tidak bertanding dalam Pilihan Raya Umum 1955 D. Parti MIC bertanding dalam Pilihan raya Umum 1955 2. PAS menang 1 kerusi parlimen dalam Pilihan Raya 1955 di: A. Parit Buntar, Perak B. Bagan Serai, Perak C. Kota Bharu, Kelantan D. Krian, Perak 3. Pilihan Raya Parlimen dan Dewan Negeri mesti diadakan dalam tempoh: A. 30 hari
  • 53. B. Dua bulan C. Satu minggu D. 10 hari 2d.7.3. Elemen-Elemen Pilihan Raya 1. Seorang pemilih mesti mendaftar dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pengundian dibuat untuk Dewan Rakyat dan Dewan Undangan Negeri. Seseorang itu layak menjadi calun dengan syarat-sayart berikut: (a) seorang warganegara Malaysia; (b) berumur tidak kurang daripada 21 tahun pada tarikh kelayakan; (c) seorang penduduk di mana-mana bahagian pilihan Raya di Malaysia; (d) tidak hilang kelayakan. 2. Seseorang pemilih hilang kelayakan memilih jika sekiranya perkara-perkara berikut berlaku: (a) pada tarikh kelayakan, ditahan kerana tidak siuman atau sedang menjalani hukuman penjara; (b) sebelum tarikh kelayakan, telah didapati bersalah dan dihukum mati atau penjara lebih 12 bulan dan masih menjalani hukuman pada tarikh kelayakan; (c) di dapati besalah di bawah Akta Kesalahan Pilihan raya 1954; (d) Telah memperolehi kerakyatan asing. 3. Kelayakan calun adalah seperti berikut: (a) warganegara Malaysia dan bermastautin di negara ini; (b) berumur tidak kuang daripada 21 tahun pada hari penamaan calun; (c) tinggal di negeri di mana dia akan bertanding. 4. Seorang calun akan hilang kelayakan sekiranya dia: (a) telah didapati atau diisytiharkan tidak siuman; (b) bankrup; (c) memegang jawatan berkepentingan; (d) gagal mengemukakan laporan perbelanjaan pilihanraya; (e) telah didapati bersalah oleh Mahkamah Di Malaysia dan dijatuhi hukuman penjara tidak kurang dari setahun atau denda tidak kurang dari RM 2000 dan belum mendapat pengampunan; (f) telah memperolehi kewarganaan asing. 2d.8. Komponen Parlimen 1. Kedudukan di Parlimen Malaysia hari ini terkandung dalam Bahagian 4, Bab 4, Perkara 44 perlembagaan Perseketuan Malaysia. Parlemen adalah lambang demokrasi berjalan di Malaysia. Jadi, Parlimen adalah kuasa tertinggi perundangan di Malaysia yang menagndungi YDPA, Dewan Negara dan Dewan Rakyat. 2. Dewan Rakyat adalah dewan yang penting dalam menggubal rang undang- undang, manakala Dewan Negara pula bertindak membahas dan meluluskan rand undang-undang. YDPA bertindak untuk memperkenankan undang-undang tersebut.