SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 28
Descargar para leer sin conexión
Created by Abdul Aziz Basri1
1. MUKADDIMAH
Firman Allah S.W.T. :-
¿šZ亃¢Zd Ô¹œá˜
Maksudnya :- “ Tiap-tiap yang bernyawa itu pasti akan merasai
mati”.
Firman Allah S.W.T. :-
{¬Ã²›_y®… ç• â¥À˜Âšy¿šZâ˜g¬ñZœ¼† £¿Àñ}
Maksudnya :- “ Di mana sahaja kamu berada pasti maut akan
mendapati kamu sekalipun kamu berada di tempat yang tinggi lagi
utuh”.
Setiap yang bernyawa sudah tentu akan berhadapan dengan
kematian. Lebih-lebih lagi kita sebagai seorang muslim yang
mempercayai dengan ajal dan maut adalah suatu ketentuan drp Allah
S.W.T. Setiap yang wujud di muka bumi ini pasti akan mengalami
kerosakan dan kebinasaan kerana irulah ketentuan Allah yang Maha
Berkuasa.
Kematian juga merupakan suatu kerehatan bagi orang-orang yang
beriman. Berbahagialah bagi orang-orang yang beriman ug terlepas dari
azab api neraka yang amat pedih. Anugerah agung untuk orang-orang
yang beriman ialah syurga yang dipenuhi dengan segala kenikmatan di
setiap penjuru bagi menggantikan kenikmatan dunia yang sementara.
Pengurusan jenazah merupakan suatu kewajipan yang terpikul di
bahu orang-orang yang hidup bagi menandakan penghormatan yang
terakhir buat si mati. Kewajipan itu perlu dilaksanakan dengan sebaik
mungkin supaya jenazah yang diuruskan tidak merasa terazab di dunia
lagi sebelum berhadapan dengan Tuhan Rabbul Jalil.
ª ‫א‬
KOTA SARANG SEMUT
06800 ALOR STAR
KEDAH DARUL AMAN
Created by Abdul Aziz Basri2
Rasulullah S.A.W. bersabda yang membawa maksud :-
“ Sesiapa yang melihat jenazah serta turut
menyembahyangkannya, diberi pahala satu Qirat. Sesiapa yyg
melihatnya sehingga dikebumikan, baginya dua Qirat. Rasulullah
S.A.W. ditanya : Apakah Qirat itu wahai Rasulullah ? Rasulullah
S.A.W. menjawab : Iaitu pahala yang menyamai dengan dua bukit
yang besar (daripada permata)”.
Apabila matinya anak Adam dengan terpisahnya roh dan jasad, maka
terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara :-
1. Sedekah jariah ;
2. Ilmu yang dimanafaatkan ;
3. Anak yang soleh yang mendoakan untuk si mati.
Akhirnya marilah kita mengambil kesempatan dari kehidupan,
kesihatan, kelapangan, usia muda dan kesenangan yang dianugerahkan
untuk mengumpul sebanyak mungkin kebaikan dan kebajikan sebagai
bekalan untuk menuju ke alam baqa iaitu hari yang tiada manafaat lagi
harta dan anak pinak. Hanya nilai ibadat dan amal soleh sahaja yang
akan mendapat perhitungan dari Allah S.W.T. di akhirat kelak. Semoga
dengan ini kita akan memperolehi dua keuntungan hidup di dunia dan di
akhirat.
2. HUKUM MENZIARAHI ORANG SAKIT
Ziarah-menziarahi orang sakit merupakan suatu amalan yang
dituntut oleh Islam. Amalan ini akan menambahkan lagi perasaan kasih
sayang serta hubungan persaudaraan. Ianya amat diperlukan lebih-lebih
lagi apabila sesuatu yang tidak baik kepada saudara muslim yang lain
seperti sakit dan sebagainya. Menziarahi pesakit bukan sahaja dapat
mengeratkan ukhuwwah islamiah yang sedia ada bahkan di sana
terdapat beberapa kelebihan sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W.
yang bermaksud :-
“ Sesungguhnya apabila seseorang itu menziarahi saudara
muslimnya yang sakit maka ianya akan sentiasa berada di dalam
kebun syurga dengan memetik buah-buahnya”.
Created by Abdul Aziz Basri3
Menziarahi saudara muslim yang sakit hukumnya sunat muakkad
samada ianya dikenali atau tidak. Namun makruh berada lama ketika
menziarahi pesakit sekiranya ziarah itu akan mengganggu pesakit.
Ketika menziarahi digalakkan supaya mendoakan kepadanya samada
sakitnya masih ada harapan untuk hidup atau sebaliknya. Di antara
doanya :-
ãÓy} Ô¹œá˜®& ã›ßñdÈñYå& á˜ã›ßÖe} äQN¾šZâ±…
ßÖe} äQN¾šZßù²ñ äQN¾šZ¬"£Š
Maksudnya :-
“ Dengan nama Allah aku mengubati ( meminta
pertolongan ) dari setiap sesuatu yang menyakitkan mu dari
kejahatan setiap jiwa atau mata yang dengki. Mudah-mudahan
Allah akan menyembuhkan mu. Dengan nama Allah aku
jampi”,
Hadis diriwayat oleh Ibnu Said Al-Khudri.
Bagi pesakit juga terdapat beberapa perkara yang perlu
dilakukan, antaranya :-
1. Menjaga akhlaknya supaya sentiasa berkeadaan baik ;
2. Menjauhi daripada bertelingkah dalam masalah keduniaan ;
3. Hendaklah memikirkan bahawa inilah waktu terakhir
untuknya beramal;
4. Menjaga waktu sembahyang dan menjauhi sebarang
kekotoran maksiat dan sebagainya;
5. Mewasiatkan kepada ahli keluarganya supaya bersabar
dengan ketetapan Allah S.W.T. Dan seandainya dia
meninggal janganlah meratap atau menangis secara
berlebihan ;
6. Berpesan kepada ahli keluarganya supaya meninggalkan
adat ( perkara-perkara bida’ah ) di dalam menguruskan
jenazahnya nanti.
Created by Abdul Aziz Basri4
Pesakit tidak digalakkan berdoa atau meminta supaya dimatikan kerana
tidak sanggup lagi menanggung ujian sebaliknya hendaklah berdoa :-
Íœ£˜ZdZåÀ•Â†y çšZ®Ã‹ {£Ã©šZÍœ£˜£›åÀÊ} âÁ¾šZ
çšZ®Ã‹ {£•ÂšZ
Maksudnya : - “ Wahai Tuhanku! Hidupkalah aku sekiranya hidup itu
lebih baik bagi ku dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik
bagi aku “.
Walau bagaimana bersabar dengan penderitaan yang dialami itu
lebih baik daripada meminta atau mencintai kematian kerana
sesungguhnya setiap mala petaka yang diturunkan itu merupakan ujian
Allah S.W.T.Sesungguhnya semakin kasih Allah S.W.T. kepada
hambaNya semakin banyaklah ujian yyg akan diberikan untuk menguji
sejauh manakah keimanan seseorang hamba itu. Rasulullah S.A.W.
bersabda yang membawa maksud :- “ Hairan bagi mukmin
sesungguhnya sesuatu perkara itu kesemuanya baik dan tidak ada
perkara itu bagi orang lain melainkan bagi orang mukmin sahaja.
Sekiranya ditimpa kebaikan ia akan bersyukur maka itu adalah baik
baginya dan sekiranya ditimpa keburukan, bahaya dan sebagainya
lalu ia bersabar maka itu adalah baik baginya”.
3. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA
YANG HAMPIR MENINGGAL
Apabila seseorang pesakit itu hampir meninggal disunatkan
mengadap kiblat iaitu dengan mengiring di atas lambung kanan
sebagaimana kedudukan di dalam liang lahad. Sekiranya tidak dapat
kerana menyusahkan atau sebagainya, baringkan di atas lambung kiri
juga mengadap kiblat dan sekiranya masih sukar baringkan dengan cara
melentang dengan dua kaki mengadap kiblat dan sunat diangkat
kepalanya supaya mukanya mengadap kiblat.
Created by Abdul Aziz Basri5
Disunatkan kepada orang yang masih hidup supaya mentalqinkan
dengan kalimah (äQN¾šZ êZ äšZ ê ) agar diikuti oleh pesakit itu berdasarkan sabda
Rasulullah S.A.W. :-
cy}c Â…ZxZye - äQN¾šZêZ äšZê☣†Â›ZÂÀºš
Maksudnya :- “ Ajarlah orang yang hampir mati di kalangan kamu
dengan kalimah (äQN¾šZ êZ äšZ ê) “
Sebaik-baiknya, himpunkanlah antara mentalqin dan mengadap kiblat itu
serentak tetapi sekiranya sukar didahulukan talqin.
Untuk mentalqinkan kalimah tersebut disunatkan orang yang
bukan waris pesakit. Ini adalah untuk mengelakkan daripada timbulnya
prasangka yang tidak baik pada pesakit sama ada beliau akan
menganggap warisnya sukakan kematiannya untuk mendapatkan harta
pusaka atau sebagainya. Dalam keadaan ini janganlah terlalu memaksa
atau mendesak pesakit tadi menyebut-nyebut kalimah syahadah
sebaliknya ajarlah dengan lemah lembut dan teratur supaya mudah
diikuti mengikut keadaan pesakit. Sekiranya terlalu memaksa dibimbangi
akan melahir atau menimbulkan perasaan jemu dan sebagainya yang
seterusnya akan terpesong dari hasrat sebenar. Kepada orang yang
mentalqinkan juga diharapkan juga agar tidak mudah putus asa ataupun
menyangka buruk terhadap reaksi yang mungkin ditunjukkan oleh
pesakit sebaliknya berdoalah semoga Allah S.W.T. memberi hidayah
kepadanya.
Disunatkan kepada ahli keluarga, kaum kerabat atau sesiapa
sahaja yang berada di sekeliling membaca Surah Yaasin sebagai mana
sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : -
“ Tiada daripada orang yang hampir menemui ajal apabila
dibacakan Surah Yaasin kepadanya melainkan akan
dipermudahkan oleh Allah untuknya menghadapi sakaratul maut”.
Disunatkan juga membaca Surah Ar-Ra’d.
Disunatkan mendahulukan bacaan Surah Yaasin daripada Surah Ar-
Ra’d kerana bacaan Surah Yaasin akan mengurangkan siksa yang
ditanggung dan juga dipermudahkan untuk berhadapan dengan
sakaratul maut. Manakala Surah Ar-Ra’d adalah untuk memudahkan
keluarnya roh daripada jasad.
Created by Abdul Aziz Basri6
Kepada orang yang hampir meninggal juga diingatkan supaya
bersangka baik dengan Allah sebagai mana hadis Rasulullah S.A.W.
yang bermaksud :-
“ Janganlah kamu mati melainkan kamu bersangka baik
dengan Allah dan sesungguhnya Allah akan merahmati kemaudian
memaafkan kamu”.
Dalam hal ini, disunatkan kepada mereka yang berada disisi
pesakit memberi ingatan supaya ianya sentiasa bersangka baik dengan
Allah.
4. PERKARA YANG DILAKUKAN APABILA MENERIMA BERITA
KEMATIAN.
Apabila berita kematian diterima, disunatkan membaca : -
w·‰ZeäÚZ£œZyäQN¾š £œZ
Daripada Ibnu Abbas R.A . Beliau mendengar Rasulullah S.A.W.
bersabda, maksudnya :-
“Maut itu satu kejutan. Apabila sampai seseorang daripada
kamu berita kematian saudaranya hendaklah ia berkata :
w·‰ZeäÚZ£œZyäQN¾š £œZ
Bagi ahli keluarga yang menerima kematian hendaklah bersabar
dengan keadaan itu serta redha dan lapang dada kerana Rasulullah
S.A.W. bersabda yang membawa maksud : -
“Sesungguhnya sabar itu adalah ketika dugaan yang
pertama”.
Created by Abdul Aziz Basri7
5. PERKARA YANG DILAKUKAN KEPADA ORANG BARU
MENINGGAL
Apabila berlaku suatu kematian maka hukum menguruskan
jenazah merupakan fardhu kifayah dan menjadi kewajipan kepada
mereka yang masih hidup untuk menguruskan jenazah tersebut dari
awal kematian sehinggalah mengkebumikannya dan juga hendaklah
menjelaskan segala hutang piutangnya sekiranya ada sebagai sabda
Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : -
“Roh orang mukmin itu akan tergantung dengan hutangnya
sehinggalah dijelaskan”.
Seterusnya menjadi kewajipan juga menguruskan harta pusaka
yang ditinggalkan sekiranya si mati mempunyai harta.
6. PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA SI MATI
IALAH :-
i Memejamkan mata si mati dengan mengurutnya perlahan-
lahan selembut yang boleh sambil membaca :-
ç•ä¥‰ec Ú•eZyäš®¹”ZâÁ¾šZäQN¾šZuÂ"e澛羓yäQN¾šZâ±…
x®¤–ç•äš Ú±šZy ãÿš£·šZ[e£ñ £Àš®¹”Zyãñ®… £¸šZç•ä¤º“
äÕäšeÂœy
ii Ikat dagu si mati dengan menggunakan kain yang agak lebar
dengan dililitkan di kepalanya. Tujuannya adalah untuk
mengelakkan mulut daripada turun ke bawah atau terbuka.
Created by Abdul Aziz Basri8
iii Seterusnya gosoklah sendi-sendi dengan menggunakan
minyak dan gerak serta lipatkan perlahan-lahan semua
sendi, tangan, kaki, lutut dan lembutkan jari jemari.
Tujuannya ialah untuk memudahkan urusan memandikan
nanti.
iv Kemudian pindahkan jenazah ke tempat yang tinggi seperti
katil kemudian letakkan logam atau besi yang beratnya
sekitar satu paun di atas perut si mati. Tujuannya adalah
untuk mengelakkan daripada berlaku kembung.
Ahli keluarga si mati hendaklah berusaha untuk menjelaskan
segala hutang yang ditinggalkan. Terdapat empat kewajipan utama
yang ditaklifkan kepada mereka yang masih hidup ( fardhu kifayah )
untuk dilaksanakan apabila berhadapan dengan satu kematian :-
a) Memandikan
b) Mengkafankan
c) Menyembahyangkan
d) Mengkebumikan
Untuk perhatian :-
Semua perbelanjaan untuk menguruskan jenazah hendaklah
diambil kira daripada harta peninggalan si mati, kecuali isteri dan anak.
Isteri diwajibkan ke atas suami manakala anak, diwajibkan ke atas bapa.
Sekiranya si mati tidak mempunyai harta maka ia menjadi kewajipan
kepada semua orang yang menanggungnya ketika hidup dan sekiranya
tiada juga, maka kewajipan itu berpindah kepada Baitul Mal. Sekiranya
Baitul Mal tidak ada di tempat tersebut, maka ianya akan menjadi
kewajipan kepada mana-mana muslim yang mampu atau kaya di tempat
tersebut.
Created by Abdul Aziz Basri9
6.1 MEMANDIKAN MAYAT
Memandikan jenazah hukumnya fardhu kifayah secara ijma’.
Syarat Jenazah Yang Diwajibkan mandi
• Mayat Islam
• Didapati anggota walau pun sikit
• Bukan anak keguguran yang bersifat ( sebelum 4 bulan )
• Bukan mati syahid
ORANG YANG BOLEH MEMANDIKAN JENAZAH
Kewajipan asal memandikan jenazah ialah, lelaki memandikan
jenazah lelaki dan perempuan memandikan jenazah perempuan.
Sekiranya jenazah itu lelaki, yang lebih utama memandikannya ialah
orang yang didahulukan menyembahyangkannya, kemudian isterinya
bagi orang yang beristeri, dan seterusnya mengikut tertib bapa, datuk
lelaki seterusnya mengikut tertib. Dahulukan selepas isteri dengan lelaki
terdekat, kemudian mengikut tertib tadi barulah perempuan-perempuan
yang diharamkan kahwin dengannya.
Manakala jenazah wanita yang tiada suami, orang yang
diamanahkan untuk memandikannya ialah perempuan yang paling dekat
hubungan kekeluargaan seperti ibu dan seterusnya. Harus bagi suami
memandikan isteri mengikut ijma’ ulama.
Mengikut Imam Syafi’e, sekiranya berlaku kematian di mana
seorang lelaki meninggal di satu tempat yang tiada kaum lelaki,
melainkan perempuan ajnabi sahaja, maka kewajipan memandikan
jenazah berpindah kepada Tayammum sahaja dengan menjaga
pandangan dari aurat lelaki.
Begitu juga sebaliknya apabila seorang perempuan meninggal di
kawasan yang tiada perempuan. Maka ianya boleh di Tayammumkan
oleh lelaki ajnabi dengan menjaga aurat si mati.
Jenazah kanak-kanak boleh dimandikan sama ada oleh lelaki atau
perempuan. Manakala jenazah Khunsa yang mempunyai dua alat
kelamin, orang yang memandikannya hendaklah melihat
Created by Abdul Aziz Basri10
kecenderungannya mana yang banyak atau dengan berpandukan
kepada haid dan sebagainya.
HUKUM MELIHAT AURAT SI MATI
Menutup aurat si mati adalah wajib. Haram bagi orang yang
memandikan jenazah atau selainnya melihat aurat si mati begitu juga
menyentuhnya. Bagi mereka yang hendak memandikan jenazah,
apabila sampai kepada aurat si mati, hendaklah mengalas tangannya
sama ada dengan menggunakan sarung tangan atau seumpamanya
dan mengikut sesetengah pendapat, makruh menyentuh tubuh si mati
tanpa sebab.
SYARAT UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH
Islam
Bukan pembunuh kepada si mati
Merdeka
Bukan kanak-kanak
Bukan seorang yang fasik
Seorang yang jujur dan amanah
Bukan musuh kepada si mati
Perkara utama yang diperlukan untuk orang yang memandikan
jenazah ialah amanah. Sebagai mana sabda Rasulullah S.A.W. :-
䉣›ã…ZxZye///wÂÀ›È¿šZêZ⼆› ᱸñê
Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah. Yang membawa maksud :- “
Janganlah kamu memandikan orang mati kecuali orang yang
amanah (mukmin)”.
Created by Abdul Aziz Basri11
Dan sebaiknya ialah orang yang terdekat dan disayangi oleh si mati
dengan syarat ia mengetahui tentang kewajipan memandikan mayat.
Bagi orang yang mati dalam keadaan junub dan haid, memadai hanya
satu mandian sahaja.
PERKARA-PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN KETIKA
MEMANDIKAN JENAZAH
Mengulangi mandian sebanyak tiga kali, di mana mandian
pertama adalah wajib, mana kala mandian yang kedua dan ketiga
adalah sunat. Mandian yang pertama ialah dengan air mutlak, mana
kala yang kedua dengan air bidara dan mandian yang ketiga dengan air
kapur barus. Makruh memandikan jenazah melebihi tiga kali sekiranya
sudah bersih.
Sekiranya mandian yang ketiga tidak dapat membersihkan najis
yang ada, ulangilah kepada lima kali, tujuh dan seterusnya hingga
bersih. Sunat mewitirkan bilangan sebagai mana hadis Rasulullah
S.A.W. :-
///////ã¥ñ} ewZ ßšd ã›Z®¦˜} yZ@£±¿‹yZ£‡ë‡ Z@®†IyZ¾±”Z
Menggunakan wangian dalam mandian yang terakhir seperti air
kapur barus dan seumpamanya tetapi sebaik-baiknya air kapur barus.
Disunatkan juga menggunakan air bidara atau sabun.
Sunat memasang setanggi terutamanya ketika
mengeluarkan najis untuk menghilangkan bau busuk.
Sunat mengulangi melembut-lembutkan sendi setelah
selesai memandikan untuk memudahkan pengkhafanan.
Mengikut Mazhab Syafi’e, sunat menyikat rambut perempuan dan
janggut lelaki yang mati sekiranya tebal dengan menggunakan
sikat yang panjang.
Created by Abdul Aziz Basri12
CARA-CARA MEMANDIKAN MAYAT
Sekurang-kurangnya mandian bagi jenazah lelaki ialah dengan
meratakan air keseluruh tubuh setelah dibersihkan najis-najis yang ada.
Manakala yang sebaiknya ialah :-
1 Jenazah hendaklah disalin dengan kain yang lebar untuk
menutupi tubuhnya sewaktu hendak dimandikan, kemudian
letakkan jenazah tersebut di atas ditempat yang disediakan.
( perlu di tempat yang tertutup dari pandangan umum, hanya
juru mandi dan penolong sahaja )
2 Juru mandi hendaklah memastikan dan membuang benda-
benda yang menghalang air dari sampai kepada anggota
jenazah seperti getah, sisik ikan, kesan plaster, pewarna
kuku dan sebagainya.
3 Diwudhukkan jenazah sama seperti orang yang hidup. Niat
wudhuk bagi jenazah lelaki ialah :
çGš£G·G† IäQN¾Iš IÍINÃG¿BšZZG−G„ Gç¾G“ GYBÂHFÂHšBZHÍBñGÂGœ
Niat wudhuk bagi jenazah perempuan ialah :
GéçGš£G·G† IäQN¾Iš IæG¥INÃG¿BšZIxI−G„ Gç¾G“ GYBÂHFÂHšBZHÍBñGÂGœ
Ertinya : “ Sahaja aku mewudhukkan mayat ini kerana Allah
Ta’ala.
4 Sunat didahulukan dengan niat memandikan jenazah seperti
berikut :-
Jenazah lelaki :
GéçGš£G·G† IäQN¾Iš IæGñ£G¹I¼BšZGkB®G•IÍINÃG¿BšZ ZG−G„ çGé¾G“ GáB±H¸BBšZHÍBñGÂGœ
Jenazah perempuan :
GéçGš£G·G† IäQN¾Iš IæGñ£G¹I¼BšZGkB®G•IIæG¥INÃG¿BšZIxI−G„ çGé¾G“ GáB±H¸BBšZHÍBñGÂGœ
Ertinya : “Sengaja aku memandikan mayat ini fardhu kifayah
kerana Allah Taa’la.
Created by Abdul Aziz Basri13
5 Mulakan memandi jenazah tersebut dengan menjirus dan
membasuhkan seluruh anggota badannya dengan air mutlak
di kepala sebelah kanan hingga ke kaki. Jiruskan air mutlak
ke serata badan sambil menggosok tubuh badannya untuk
membuang kotoran dan najis yang ada. ( Sunat dimulai
dengan anggota sebelah kanan dahulu )
6 Kemudian jiruskan dan basuh seluruh anggota sebelah kiri
hingga ke kaki dengan air mutlak serta gosok tubuh
badannya untuk membuang kotoran dan najis.
7 Dudukkan jenazah dengan perlahan-lahan dan condongkan
belakangnya dengan tangan kanan memegang bahu serta
ibu jari pada tengkok mayat. Bukakan sedikit kangkang kaki
mayat. Tangan kiri pula mengurut perut jenazah dengan
menekan sedikit demi sedikit supaya keluar segala najis-
najis dalam perutnya. Di samping itu hendaklah mencungkil
dubur dan qabul dengan tangan yang berlapik supaya najis
yang terdapat pada qabulnya dapat dikeluarkan. Jiruskan
dengan air mutlak yang banyak supaya najis tidak melekat.
8 Baring dan mengiringkan jenazah untuk membasuh segala
najis yang keluar dengan potongan kain yang bersih secara
bertukar-tukar.
9 Setelah dibersihkan segala najis yang ada, bersihkan pula
matanya, sugikan giginya dan bersihkan lubang hidung,
telinga dan lubang pusat dengan menggunakan kain gulung
( kain sugi ) yang telah disediakan. Boleh juga menggunakan
jari yang berbalut dengan kain. Bagi kawasan mulut,
pastikan disugi :-
i. Bawah lidah
ii. Mulut kanan bahagian atas
iii. Mulut kanan bahagian bawah
iv. Mulut kiri bahagian bawah
v. Mulut kiri bahagian atas
10 Kemudian jiruskan bahagian dan seluruh rambut hingga ke
janggut, gosokkan dengan perlahan dan bilaskan dengan air
mutlak sehingga rata.
11 Barulah dimulakan dengan menjirus air mutlak ke seluruh
badan kanan dan kiri dari bahagian kepala hingga ke kaki.
Gosok dan jiruslah hingga diyakini bersih serta dimulakan
dengan anggota sebelah kanan. Perlu diingat mandian
hendaklah sebanyak tiga kali. Mandian pertama adalah wajib
mana kala yang kedua dan yang ketiga adalah sunat.
Sekiranya mandian ketiga masih tidak dapat menghilangkan
najis yang ada, ulangilah kepada lima, tujuh dan seterusnya
sehingga bersih dan sunat diwitirkan.
Created by Abdul Aziz Basri14
12 Sunat menggunakan air daun bidara atau sabun atau
seumpamanya yang sifatnya boleh membersihkan.
13 Pusingkan mayat dalam keadaan mengiring ke kiri, dibasuh
leher dan badan sebelah lambung kanan serta belakang
sehingga ke hujung kaki.
14 Letakkan semula jenazah seperti kedudukan asal dan jirus
serta gosok pula anggota sebelah kiri.
15 Pusingkan mayat dalam keadaan mengiring sebelah kanan,
dibasuh leher dan badan sebelah lambung kiri dan belakang
sehingga ke hujung kaki.
16 Mandian yang ketiga atau yang terakhir sunat dengan
menggunakan air kapur barus atau wangian lain, tetapi yang
lebih afdhalnya ialah air kapur barus.
17 Boleh meletakkan bau-bauan kepada si mati selepas
dimandikan. Antara bauan yang afdhal ialah kapur barus.
18 Memandi jenazah menggunakan air sejuk lebih afdhal
daripada menggunakan air panas kecuali yang berhajat.
19 Setelah selesai jenazah dimandikan, jenazah tersebut
dilapkan badannya dengan kain yang bersih dan kering,
kemudian hendaklah disumbat dengan kapas agar air yang
keluar dari dubur tidak akan mengenai kain kapan nanti.
Bagi mayat perempuan elok dipakai cawat setelah disumbat
qabul dan duburnya.
20 Salin dengan kain yang bersih, kemudian barulah diusung
keluar dari tempat mandi.
Untuk perhatian :
Sebarang benda yang gugur semasa mandian seperti
rambut dan sebagainya hendaklah disimpan, kemudian dikafankan
bersama dengan jenazah.
Sekiranya didapati najis keluar selepas dimandikan, tidak
perlu lagi mengulangi mandian tadi tapi, hanya diwajibkan
membuangnya sahaja.
Mayat kanak-kanak yang belum berkhatan hendaklah dibuka
dan dicuci kemaluannya setakat mampu.
Created by Abdul Aziz Basri15
MENGKAFAN JENAZAH
Hukum Mengkafan Jenazah
Mengkafan jenazah adalah fardhu kifayah, kafan memadai dan
sekurang-kurangnya dengan satu lapisan sahaja yang menutupi seluruh
badan si mati. Sebaik-baiknya ialah tiga lapis bagi lelaki dan lima lapis
bagi perempuan. Boleh mengkafankan jenazah dengan mana-mana
kain, tetapi sebaik-baiknya yang berwarna putih berdalilkan hadis
Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang bermasksud
: -
“Pakaikan kain putih kerana ianya dari sebaik-baik pakaian
dan kafankan orang-orang mati di kalangan kamu dengannya”.
Hendaklah mengkafankan jenazah dengan sebaik-baiknya.
â¾"yäþ“ äQN¾šZuÂ"eu£–
////äÀ¹˜ã±©Ã¾• x£‹} ☬ŠZ㹘 ZdZ
Bermaksud :- “ Apabila seseorang kamu mengkafankan saudaranya,
elokkanlah kafannya”.
Segala pengurusan untuk kafan hendaklah diambil daripada harta
si mati dan hendaklah didahulukan kafan daripada membayar hutang.
Tidak harus mengkafankan jenazah melainkan menggunakan
pakaian yang biasa digunakan semasa hidupnya. Tidak boleh
mengkafankan jenazah lelaki dengan menggunakan sutera kecuali jika
tidak ada kain melainkan sutera. Begitu juga makruh mengkafankan
jenazah dengan menggunakan kain yang berwarna kuning.
Sebaik-baiknya gunakan kain yang dibasuh, sekiranya tidak ada,
bolehlah dikafankan dengan mana-mana kain yang bersih dan sekiranya
tidak ada kain maka bolehlah menggunakan kulit,rumput, inai dan tanah.
Kain kafan tadi juga mestilah bersih daripada sebarang najis.
Makruh berlebihan di dalam mengkafankan jenazah. Begitu juga
makruh orang yang masih hidup menyediakan kain kafan untuk dirinya
kecuali dari warisan pada solihin, hukumnya diharuskan. Haram
menulis sebarang ayat Al-Quran atau nama Allah di atas kain kafan.
Created by Abdul Aziz Basri16
CARA MENGKAFANKAN JENAZAH
Setelah jenazah dibawa keluar dari tempat pemandian dengan
badan bertutup keseluruhannya dengan kain besar, letakkan jenazah
tersebut di atas kain kafan yang sedia terbentang.
1 Lapisan paling bawah ialah lima utas tali pengikat mayat :
i. Tali di bahagian hujung kaki
ii. Tali di bahagian lutut
iii. Tali di bahagian pinggang
iv. Tali di bahagian hujung dada
v. Tali di bahagian hujung kepala
2 Hamparkan kain yang lebar yang berukuran panjang lebih
dua kaki untuk mengikat bahagian kepala dan lebih dua kaki
untuk mengikat bahagian hujung kaki. Taburkan kapur
barus, serbuk cendana dan minyak wangi.
3 Di bahagian bawah pula. Letakkan lapisan yyg kedua iaitu
kain sarung yang telah diukur dari bawah dada hingga ke
hujung kaki, atau sama ukuran dengan kain kafan yang di
bawah sekali. Taburkan sedikit kapur barus.
4 Kemudian, letakkan kain serban dan taburkan sedikit serbuk
kapur basrus.
5 Kemudian letakkan kain lapis yang ketiga, iaitu baju ( gamis )
boleh juga dipakai dengan pakaiannya yang dipakai semasa
hidup. Taburkan sedikit kapur barus. Di atas gamis atau kain
sarung, letakkan kapas. Taburkan sedikit serbuk cendana
dan minyak wangi atau kapur barus. Banyakkan kapas
bahagian sendi dan pinggang jenazah.
Bagi jenazah perempuan, letakkan di atas kain kafan yang
besar, diletakkan kain sarung dahulu, kemudian bajunya dan
di atas sekali ialah telekung atau pun tudung.
6 Setelah semuanya lengkap, letakkan jenazah di atas kain
kafan yang telah terhampar dengan perlahan-lahan. Sebaik-
baiknya letakkan kapas ke seluruh badannya terutama di
bahagian anggota sujud sebagai memuliakannya.
7 Setelah seluruh tubuh disaluti dengan kapas, pakai baju
yang telah disediakan di atas hamparan kain kafan.
Masukkan bahagian kepala ke dalam lubang leher baju.
Lipatkan baju itu ke hadapan dan ikat tali-tali yang telah
dilebihkan. Tangan jenazah diletakkan di atas dada seperti
dalam sembahyang atau diluruskan sahaja.
Created by Abdul Aziz Basri17
8 Pakaikan serban dengan melapikkan kapas dan diikat ke
belakang. Bagi jenazah perempuan, dipakai tudung.
9 Pakaikan pula kain sarung dengan dilipatkan dari sebelah
kiri dan ditutupi dengan kain di sebelah kanan. Kemudian
ikatkan bahagian pinggang dan lutut serta kaki.
10 Kemudian kain kafan sebelah bawah sekali dilipat. Mulakan
dari sebelah kanan ke sebelah kiri, bermula dari bahagian
kaki kemudian lipatkan kain tersebut di bawah kaki kiri dan
dibawa ke atas hingga ke kepala.
11 Sebelum menutup muka jenazah, sebaik-baiknya berilah
peluang kepada keluarga si mati untuk melihat si mati buat
kali terakhir.
12 Ikatkan jenazah dengan tali yang disediakan di bahagian
hujung kaki, lutut, bahagian pusat, dada dan akhir sekali di
bahagian hujung kepala dengan tlai disimpulkan di sebelah
rusuk kiri.` `
Perlu diingatkan, orang yang mati dalam ihram tidak boleh
diletakkan sebarang bauan ketika mengkafankan jenazahnya serta
haram menutup muka kepada perempuan dan lelaki yang mati dalam
ihram.
6.2 SEMBAHYANG JENAZAH
Sembahyang jenazah hukumnya fardhu kifayah. Ia boleh dilakukan
pada bila-bila masa walau pun pada waktu yang dimakruhkan.
Boleh dilakukan secara berseorangan, tetapi sunat secara berjemaah.
Syarat Jenazah Yang Hendak Disembahyangkan
a Suci dari hadas
b Menutup aurat
c Mayat muslim
d Bukan mati syahid
e Suci dari najis pada badan, kain dan tempat
Created by Abdul Aziz Basri18
Rukun Sembahyang Jenazah
Terdapat tujuh rukun sembahyang jenazah, iaitu :-
1 Niat
2 Berdiri bagi orang berupaya
3 Empat takbir termasuk Takbiratul Ihram
ç¾' â¾"yäþ“ äQN¾šZç¾'å¤ÀšZw} äÀ“ äQN¾šZçFe{®ñ®„ å…}ã“
£·…gZZ®Ã¤¼†£¨ÀšZ羓
4 Membaca Fatihah selepas takbir yang pertama
5 Selawat kepada Nabi selepas takbir yang kedua sekurang-
kurang selawat ialah : -
¬¿©›ç¾“ ç¾' âÁ¾šZ
6 Doa kepada si mati selepas takbir yang ketiga
7 Salam selepas takbir yang keempat. Sebelum salam
disunatkan membaca :-
///äšy£Àš®¹”Zyx¬·… £À¥¹† êyx®‰}£À›®©† êâÁQN¾šZ
Di dalam menunaikan sembahyang jenazah, perempuan boleh
makmum kepada imam lelaki. Jika sesama perempuan disunatkan
sembahyang berseorangan dan boleh juga berjemaah. Kanak-kanak
kecil yang tidak sempat hidup semasa lahirnya tidak wajib
disembahyangkan.
:u£–â¾"yäþ“ äQN¾šZç¾'å¤ÀšZã“ ®…£‰ ã“
áÁ¥±ñ 祊 ]eÂñêyäþ“ ç¾³ñêá¹µš}
Bermaksud :- “ Kanak-kanak kecil tidak disembahyangkan ke atasnya,
tidak mengambil pusaka dan tidak diambil pusaka darinya, melainkan
bersuara keluar dari perut ibunya”.
Orang yang mati syahid di dalam medan peperangan tidak perlu
disembahyangkan tetapi yang syahid selain dari perang hendaklah
disembahyangkan.
Created by Abdul Aziz Basri19
CARA MENYEMBAHYANG JENAZAH
1. Niat, sama ada hadir atau ghaib. Lelaki atau perempuan (dewasa)
IæGñ£G¹I¼BšZGkB®G• A ZG®BÃI¤B¼G†GÚG…BeG} (IæG¥INÃG¿šBZIxI−G„)IÍINÃG¿BšZZG−G„ çG¾G“ çIN¾G'H}
çGš£G·G† IäQN¾Iš (£@›BÂH›BÆG›)£@›£G›Iý
Lafaz niat bagi kanak-kanak lelaki ( perempuan )
IA ZG®BÃI¤B¼G† GÚG…BeG} (IæG¾B¹INµšZ IæG¥INÃG¿šBZIxI−G„) IáB¹INµšZ IÍINÃG¿BšZZG−G„ çG¾G“ çIN¾G'H}
çGš£G·G† IäQN¾Iš (£@›BÂH›BÆG›) £@›£G›Iý
2. Berdiri bagi yang mampu
3. Empat kali takbir.Takbir pertama – membaca Fatihah
4. Takbir kedua – membaca selawat ke atas nabi S.A.W.
5. Takbir ketiga – berdoa kepada mayat. Antara doanya ialah :-
Lelaki / perempuan
HäBÀG“ HÜB“Gy (£GÁI•£G“Gy) IäI•£G“Gy (£GÁB¿GŠBeZGy) HäB¿GŠBeZGy (£GÁGš)HäGš B®I¹B”ZRâHÁR¾šGZ
(£GÁBÀG“ HÜB“Gy)
Doa yang sempurna bagi jenazah lelaki dan perempuan :-
äBÀG“ HÜB“Gy (£GÁI•£G“Gy) IäI•£G“Gy (£GÁB¿GŠBeZGy) HäB¿GŠBeZGy (£GÁGš)HäGš B®I¹B”ZRâHÁR¾šGZ
(£GÁG¾G‹)HäG¾G‹ B¬G›BÚIN"GyGy(£GÁGš )HäGšH¯Hœ BvI®B˜GZGy (£GÁBÀG“ HÜB“Gy)
(£GÁINºGœGy) IäINºGœGyIcG®G¤BšZGyIÐB¾R¦šZGyIY£G¿Bš£I… (£GÁB¾I±B”ZGy) HäB¾I±B”Zgy
(£GÁBšI¬B…GZGy)äBšI¬B…GZGyIÔGœR¬šZGãI›H×GÃB…GìBZG[BÂR¦šZçGºGÀHñ GãHñ£G¿G˜£Gñ£GµGªBšZGãI›
äI‰ByGfBãI›Z@®BÃG‹ £@‰ByGfGy (£GÁI¾B„G}) äI¾B„G} BãI›Z@®BÃG‹@ëB„G} GyIxIeZGc BãI›Z@®BÃG‹ @eZGc
Created by Abdul Aziz Basri20
(£G„ B−I“G} Gy) x B−I“G} Gy (GæRÀG¨BšZ£GÁB¾I‹BcGZGy) GæRÀG¨BšZHäB¾I‹BcGZGy (£GÁI‰ByGf)
Ie£RÀšZI[ ZG−G“ BãI›Gy ( £GÁI¥GÀB¥I•Gy) IäI¥GÀB¥I•GyI®B¤GºBšZI[ZG−G“ BãI›
Doa ringkas untuk kanak-kanak lelaki / perempuan :-
Z@®B‹HdGy£@¹G¾G"Gy (£GÁBñGÂG…) äBñGÂG… G+É£@‘G®G• (G£GÁB¾G·B‰Z) HäB¾G·B‰ZRâHÁR¾šGZ
Doa yang semourna untuk jenazah kanak-kanak lelaki /
perempuan :-
(£GÁBñGÂG…) äBñGÂG… G+É£@‘G®G• (G£GÁB¾G·B‰Z) HäB¾G·B‰ZRâHÁR¾šGZ
(£GÁI…)äI… BáIN¸G‡Gy£@·BÃI¹G&GyZ@e£G¤I¥B“ZGy@æG¶I“GyZ@®B‹HdGy£@¹G¾G"Gy
(£G„G¬B·G…)HxG¬B·G… £G¿HÁBÀI¥B¹G† GêGy£G¿IÁI…BÂH¾H–çG¾G“G®B¤G³šZHoI®B•G} Gy£G¿HÁGÀBñIfZGÂG›
(£G„®B‰G})Hx®B‰G} £G¿HÁB›I®B©G† GêGy
6. Takbir keempat dan berdoalah untuk jenazah lelaki / perempuan :-
HäGšGy£GÀGšB®I¹B”ZGy (£G„G¬B·G…) HxG¬B·G… £RÀI¥B¹G†GêGy (£G„G®B‰GZ) HxG®B‰GZ£GÀB›I®B©G† GêRâHÁR¾šGZ
Iw£G¿BñIBÉ£I… £GœBÂHºG¤G" GãBñI−RšZ£GÀIœ ZGÂB‹ I+ÉGy£GÀGšB®I¹B”ZRâHÁR¾šGZ (£GÁGšGy)
GâBÃIŠGeKpByHEGeGßRœIý£GÀR…GeZBÂHÀG›G} GãBñI−R¾Iš@ëI”£GÀI…BÂH¾H–çI•áG·B¨G†GêGy
Created by Abdul Aziz Basri21
7. Memberi salam dan doa selepas solat jenazah :-
IYÆGÃI¤BœGÉBZIpG®B&G} çG¾G“ HvGëR±šZGyH{GëR³šZGy GãBÃI¿Gš£G·BšZIN[GeIäQN¾Iš H¬B¿G©BšGZ
0GãBÃI·G¿B‰G} IäI¤B©G'yIäIšG} çG¾G“GyGãBÃI¾G"B®H¿BšZGy
GÍBœ G}GyHäR…GeGÍBœG} RâHÁR¾šGZ0IæRÀG¨BšZIk£GñIeBãI›@æGFByGeHxG®B¤G–BáG·B‰ZRâHÁR¾šGZ
HâG¾B“G} GÍBœG}GyHäGŠByHeGÍB´G¤G–GÍBœG} GyIvGëB"I BÊ+š HäG¥BñG¬G„ GÍBœ G}GyHäG¥BºG¾G‹~
HäGšGy£GÀGšB®I¹B”£G•HäGš@Y£G·G¹H& GãBÃI¤BÃI”ZGeGs£GÀB˃I‰B¬G–GyIäI¥RÃIœ GëG“GyIxIN®I±I…
A¬R¿G©H›£GœI¬INÃG" çG¾G“ HäGN¾šZçR¾G'Gy0GãBÃI¿IŠZR®šZGâGŠBeG} £Gñ GßI¥G¿BŠG®I…
0GãBÃI¿G¾G·BšZIN[GeIäQN¾IšH¬B¿G©BšZGy0BâR¾G"GyIäI¤B©G'GyIäIšG} çG¾G“Gy
Jika jenazah kanak-kanak doanya seperti berikut :-
YÆGÃI¤BœGÉBZIpG®B&G} çG¾G“ HvGëR±šZGyH{GëR³šZGy GãBÃI¿Gš£G·BšZIN[GeIäQN¾Iš H¬B¿G©BšGZ
0GãBÃI·G¿B‰G} IäI¤B©G'yIäIšG} çG¾G“GyGãBÃI¾G"B®H¿BšZGy
(£GÁBñGÂG…) äBñGÂG… G+É£@‘G®G• (G£GÁB¾G·B‰Z) HäB¾G·B‰ZRâHÁR¾šGZ
(£GÁI…)äI… BáIN¸G‡Gy£@·BÃI¹G&GyZ@e£G¤I¥B“ZGy@æG¶I“GyZ@®B‹HdGy£@¹G¾G"Gy
(£G„G¬B·G…)HxG¬B·G… £G¿HÁBÀI¥B¹G† GêGy£G¿IÁI…BÂH¾H–çG¾G“G®B¤G³šZHoI®B•G} Gy£G¿HÁGÀBñIfZGÂG›
(£G„®B‰G})Hx®B‰G} £G¿HÁB›I®B©G† GêGy
£GœI¬I„£G&Gy£GÀG¦BœH} Gy£GœI®G˜GfGy£GœI®BÃI¸G'Gy£GÀI¥INÃG›Gy£GÀINÃG©Gš B®I¹B”ZRâHÁR¾šGZ
BãG›Gy IvGëB"IBÉZçG¾G“ IäIÃBŠGÆG•£RÀI›HäG¥BÃGÃBŠG}BãG›RâHÁR¾šGZ0£GÀI¤I¢£G”Gy
0Iw£G¿BñIBÉZçG¾G“ ä•GÂG¥G• £RÀI›HäG¥BÃR•GÂG†
(£G„G¬B·G…) HxG¬B·G… £RÀI¥B¹G†GêGy (£G„G®B‰GZ) HxG®B‰GZ£GÀB›I®B©G† GêRâHÁR¾šGZ
Created by Abdul Aziz Basri22
¬R¿G©H›£GœI¬INÃG" çG¾G“ HäGN¾šZçR¾G'Gy
0GãBÃI¿G¾G·BšZIN[GeIäQN¾IšH¬B¿G©BšZGy0BâR¾G"GyIäI¤B©G'GyIäIšG} çG¾G“Gy
PERKARA YANG SUNAT BAGI SEMBAHYANG JENAZAH
i. Mengangkat tangan ketika takbir
ii. Semua bacaan dibaca dengan senyap
iii. Berjaemaah (semakin ramai, semakin baik)
IMAM SEMBAHYANG JENAZAH
Yang utama dalam sembahyang jenazah ialah bapa kepada anak,
datuk dan seterusnya ( ke atas ). Anak, cucu dan seterusnya (ke
bawah), mengikut tertib pusaka. Jika didapati sama kedudukannya,
didahulukan yang lebih tua.
LAFAZ IQAMAT SOLAT JENAZAH
Iqamat solat jenazah lelaki / perempuan dewasa :-
(I{G®IF£G©BšZ IIæG¥INÃG›~)0I®IF£G©BšZ IÍINÃG›~~çG¾G“ H{GëR³šGZ0HæG·I›£G‰ H{GëR³šGZ
0HäQN¾šZHâH¼G¿IŠGeH{GëR³šGZ
Iqamat solat jenazah kanak-kanak lelaki / perempuan :-
(I{G®IF£G©BšZ IæG¾B¹INµšZIIæG¥INÃG›~)0I®IF£G©BšZIáB¹INµšZIÍINÃG›~~çG¾G“ H{GëR³šGZ 0HæG·I›£G‰H{GëR³šGZ
0HäQN¾šZHâH¼G¿IŠGeH{GëR³šGZ
Created by Abdul Aziz Basri23
Iqamat solat jenazah ghaib lelaki :-
0HÌI¢£G¸šZ/// (IwGëH•)///I ÍINÃG›~~çG¾G“ H{GëR³šGZ0HæG·I›£G‰ H{GëR³šGZ
0HäQN¾šZHâH¼G¿IŠGeH{GëR³šGZ
Iqamat solat jenazah ghaib perempuan :-
0IæG¤I¢£G¸šZ/// (IIæGœGëH•)///IIæG¥INÃG›çG¾G“ H{GëR³šGZ 0HæG·I›£G‰H{GëR³šGZ
0HäQN¾šZHâH¼G¿IŠGeH{GëR³šGZ
6.4 MENGKEBUMIKAN JENAZAH
Mengkebumikan jenazah boleh dilakukan pada bila-bila masa.
Tujuan jenazah ditanam adalah supaya tidak tercium baunya atau
diganggu oleh binatang. Hukum pengkebumian adalah Fardhu Kifayah.
Kelebihan Mengkebumikan Jenazah
Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud :-
“ Sesiapa yang melihat jenazah serta turut
menyembahyangkannya, diberi pahala satu Qirat. Sesiapa yyg
melihatnya sehingga dikebumikan, baginya dua Qirat. Rasulullah
S.A.W. ditanya : Apakah Qirat itu wahai Rasulullah ? Rasulullah
S.A.W. menjawab : Iaitu pahala yang menyamai dengan dua bukit
yang besar (daripada permata)”.
Membawa jenazah hanyalah untuk lelaki sama ada jenazah lelaki
atau perempuan. Sebelum bergerak meninggalkan halaman rumah
menuju ke kubur, disunatkan membaca Surah Al-Fatihah tiga kali.
Caranya selepas melangkah selangkah, dibaca sekali sehingga tiga
langkah dengan tiga Fatihah.
Created by Abdul Aziz Basri24
Sunat berdiri apabila mayat diusung berhampiran dengan kita dan
dibaca doa :
///hy¬ºšZß¾¿šZ w£©¤" ¿ñê|−¾šZw£©¤"
Disunatkan kepada kita berada di tempat pengkebumian sehingga
selesai. Boleh menanam jenazah di waktu malam tetapi disunatkan di
waktu siang.
Keadaan Kubur yang Afdal ialah :-
Kubur itu jangan terlalu luas atau sempit, iaitu kira-kira Empat kaki
lebarnya.
Panjangnya pula mengikut panjang jenazah dan dilebihkan sedikit
Anggaran dalamnya ialah 4½ hasta atau setinggi orang berdiri dan
dilebihkan lagi sehasta
Dibuat liang lahad adalah lebih utama, liang lahad terletak ditepi
kubur di sebelah kiblat. Andainya tanah perkuburan itumudah
runtuh, maka hendaklah dibuat liang lahad di tengah. Untuk
penutup mayat eloklah menggunakan papan.
Cara-cara Mengkebumikan Jenazah
i. Hendaklah diturunkan dengan seberapa cermat yang boleh,
lemah lembut dan penuh hormat di dalam suasana yang
tenang. Disunatkan membaca doa :-
. BâR¾G"GyIäBÃG¾G“ HäQN¾šZçR¾G'IäQN¾šZLuBÂH"GeIæR¾I›çG¾G“GyIäQN¾šZGâB±I…
“Dengan nama Allah S.W.T., kami letakkan kamu di sini dan
berdasarkan agam agama Islam yang disampaikan oleh
Rasulullah S.A.W. “.
ii. Letakkan jenazah ke dalam liang lahad dan baringkan ke
atas lambung kanan dengan mengadap kiblat
iii. Disandarkan dengan ketulan tanah supaya jenazah itu tidak
terbalik dari mengadap kiblat
iv. Tutup liang lahad dengan papan
Created by Abdul Aziz Basri25
v. Di dalam kubur jenazah hendaklah diletakkan di atas
lambung kanan dan wajib mengadap kiblat, muka jenazah
dilengkapkan ke dinding liang dan kakinya dibengkokkan
sedikit, dan belakangnya juga disandarkan dengan batu atau
kepalan tanah yang bersih, serta sunat dibacakan doa ini :-
äQN¾šZIuBÂH"GeIæR¾I›çI¾G“GyIäQN¾šZIáBÃI¤G" BçI•IâBÃIŠR®šZIãQ¿BŠ R®šZIäQN¾šZGâB±I…
IN®G&Gy.Ie£RÀšZI[ZG−G“ BãI›£GœB®IN‰G} RâHÁQN¾šGZ. BâR¾G"GyIäBÃG¾G“ HäQN¾šZçR¾G'
BÚIN"GyGyIäIŠByH®IšIY£G¿R±šZG[ZGÂB…G} BÑG¥B•ZRâHÁQN¾šGZ . IâBÃI‰R®šZIw£GµBÃR²šZ
0GãBÃI¿IŠR®šZGâGŠB®Pé} £Gñ GßI¥G¿BŠG®I… IxI®B¤G–çI• BÚIN"GyGyHäG¾G‹B¬G›
vi. Timbuskan tanah dengan perlahan-lahan dan cermat.
Pastikan supaya tanah tidak memasuki lubang liang lahad
tadi.
vii. Sunat meninggikan kubur dari paras bumi sejengkal.
viii. Sunat diletakkan tanda seperti batu nesan dan sebagainya
supaya senang dikenali.
7 KEWAJIPAN TERHADAP ANAK YANG GUGUR
i. Jika ada tanda-tanda anak tersebut hidup semasa lahirnya
seperti bergerak, bernafas, menangis dab seumpamanya,
maka hukum yang dikenakan ke atasnya samalah seperti
orang biasa.
ii. Jika tiada tanda-tanda hidup seperti sudah membentuk
lembaga manusia, maka mayat tadi hendaklah dimandi,
dikapan,dan dikebumikan tanpa disembahyangkan
iii. Sekiranya tanda-tanda hidup dan masih belum membentuk
lembaga manusia, memadailah dengan membasuhnya
sahaja untuk dibersihkan daripada darah dan kotoran yang
ada kemudian dibungkus dan ditanam.
Created by Abdul Aziz Basri26
8 ZIARAH KUBUR
Menziarah kubur dan hadir ketika mengkebumikan hukumnya
sunat bagi lelaki dan bagi perempuan juga dibolehkan tapi makruh (tidak
haram) mengikut pendapat jumhur ulama’. Apabila Menziarahi kubur,
sunat memberi salam dan membaca doa :-
0I£GÀI›BÈH¿BšZGyGãBÃIÀI›BÈH¿BšZGãI›Ie£GñIN¬šZGáB„GZBâH¼BÃG¾G“ HvGëR±šGZ
GwBÂHºIŠRëšZHâH¼I… äQN¾šZGY£G²BœIý £GœGZGyI£G¿I¾B±H¿BšZGyGãBÃI¿I¾±H¿BšZGy
0GæGÃI•£G·BšZHâH¼GšGy£GÀGš GäQN¾šZHáG˱Gœ
“Selamat sejahteralah engkau (wahai) ahli tempat (kubur ini) yang terdiri
dari kaum mukminin dan mukminat, kaum muslimin dan muslimat, insya
Allah aku akan menyusul kamu pula. Kami mohon kepada Allah supaya
kami dan kamu mendapat keselamatan”.
Disunatkan juga membaca Al-Quran seberapa banyak yang boleh.
Menziarahi kubur adalah sunat kerana dengan demikian akan
mengingatkan kita kepada mati.
9. TAKZIAH
Sunat memberikan ucapan takziah kepada keluarga si mati
sebagai tanda turut simpati di atas ujian tersebut dengan memberikan
nasihat supaya dapat bersabar dan menerima kematian dengan
berlapang dada.
Takziah dapat dilakukan sama ada sebelum atau selepas
dikebumikan dalam masa tiga hari. Makruh memberi takziah selepas
tiga hari dari tempoh tersebut. Takziah selepas dikebumikan lebih baik
dari sebelumnya kerana di waktu itu ahli keluarga si mati sibuk
menguruskan jenazah.
Created by Abdul Aziz Basri27
10 HUKUM MENYEDIAKAN MAKANAN
Sunat bagi jiran yang berhampiran menyediakan makanan bagi
ahli keluarga si mati. Bukannya keluarga si mati yang menyediakan
makanan untuk mereka. Imam Syafi’e ada menyatakan :
“Dan saya menyukai bagi jiran menyediakan makanan kepada ahli
keluarga si mati pada hari kematian dan malamnya dengan makanan
yang mengenyangkan kerana yang demikian itu adalah sunnah dan
menjadi sebutan yang baik dan juga merupakan pekerjaan orang-orang
yang baik sebelum kami”.
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya :- “Buatlah makanan
untuk keluarga Ja’far, sesungguhnya telah mendatangi mereka-mereka
suatu perkara yang menyibukkan mereka daripada meyediakannya”.
Sekiranya makanan dan minuman yang dibuat itu melibatkan harta
anak yatim dan tidak dipersetujuinya maka hukum ke atas pekerjaan
tersebut adalah HARAM.
11 KENDURI ARWAH
Islam tidak melarang bahkan menggalakkan umatnya membuat
kebajikan. Bagi mengadakan kenduri arwah, ia dibolehkan dengan
syarat:-
i. Hutang si mati telah dijelaskan
ii. Harta waris telah dibahagikan dan diselesaikan
iii. Tidak beri’tiqad bahawa hari yang ketiga, lima, tujuh dan
seterusnya disunatkan
iv. Tidak menetapkan waktu – akan menjadi bida’ah
Created by Abdul Aziz Basri28
12 HUKUM MENANGIS APABILA MENERIMA BERITA KEMATIAN
Menangis apabila menerima berita sesuatu kematian hukumnya
HARUS, tetapi HARAM bila meraung atau meratap. Diharuskan
menangis kerana Rasulullah S.A.W. juga pernah menangis kerana
kematian anaknya Ibrahim. Apabila di tanya, wahai Rasulullah,
kenapakah kamu menangis, bukankah kamu menegah kami daripada
menangis ?. Rasulullah S.A.W. menjawab : “Tidak, akan tetapi aku
menegah daripada meratap-ratap”.
13 PENUTUP
Untuk akhirnya kami mendoakan semoga risalah kecil yang serba
ringkas ini dapat memberi manfaat untuk semua terutamanya apabila
berhadapan dengan jasad yang tidak bernyawa.
:皣·† u£–
w·‰®† â¼…eçšZ⇠⼅ á˜y|−šZ ¿šZ☣•Â¥ñ á–
Maksudnya : -
“Katakanlah Malaikat Maut yang diamanahkan untuk mengambil
nyawamu akan mematikan, kemudian hanya kepada tuhanmu akan
dikembalikan”.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente (16)

Fiqh Qurban
Fiqh QurbanFiqh Qurban
Fiqh Qurban
 
Presentation1
Presentation1Presentation1
Presentation1
 
Penyembelihan kurban akikah
Penyembelihan kurban akikahPenyembelihan kurban akikah
Penyembelihan kurban akikah
 
Aqiqah
AqiqahAqiqah
Aqiqah
 
Qurban
QurbanQurban
Qurban
 
Panduan ibadah qurban dan aqiqah
Panduan ibadah qurban dan aqiqahPanduan ibadah qurban dan aqiqah
Panduan ibadah qurban dan aqiqah
 
Fiqih qurban dan aqiqoh
Fiqih qurban dan aqiqohFiqih qurban dan aqiqoh
Fiqih qurban dan aqiqoh
 
Bab i
Bab iBab i
Bab i
 
Slider korban
Slider korbanSlider korban
Slider korban
 
Pel. 9 unit 1 kematian dan alam barzah satu kepastian
Pel. 9 unit 1 kematian dan alam barzah satu kepastianPel. 9 unit 1 kematian dan alam barzah satu kepastian
Pel. 9 unit 1 kematian dan alam barzah satu kepastian
 
IBADAH TINGKATAN 4 aqiqah
IBADAH TINGKATAN 4 aqiqahIBADAH TINGKATAN 4 aqiqah
IBADAH TINGKATAN 4 aqiqah
 
Fiqih blog
Fiqih blogFiqih blog
Fiqih blog
 
Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha
Hari Raya Idul Fitri dan Idul AdhaHari Raya Idul Fitri dan Idul Adha
Hari Raya Idul Fitri dan Idul Adha
 
Slide Qurban
Slide QurbanSlide Qurban
Slide Qurban
 
Hukum Penyembelihan Hewan
Hukum Penyembelihan HewanHukum Penyembelihan Hewan
Hukum Penyembelihan Hewan
 
Hukum Nikah Beda Agama
Hukum Nikah Beda AgamaHukum Nikah Beda Agama
Hukum Nikah Beda Agama
 

Similar a Kertas cadangan edaran

fdokumen.com_pedoman-perawatan-jenazah.ppt
fdokumen.com_pedoman-perawatan-jenazah.pptfdokumen.com_pedoman-perawatan-jenazah.ppt
fdokumen.com_pedoman-perawatan-jenazah.pptkamarulzaman41
 
Bagaimana mengobati orang kesurupan
Bagaimana mengobati orang kesurupanBagaimana mengobati orang kesurupan
Bagaimana mengobati orang kesurupanmr_haryono
 
Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...
Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...
Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...Adisa Alifya
 
KONSEP SAKIT DALAM ISLAM
KONSEP SAKIT DALAM ISLAMKONSEP SAKIT DALAM ISLAM
KONSEP SAKIT DALAM ISLAMKANDA IZUL
 
40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalah40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalahmr_haryono
 
Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4
Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4
Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4LAZNas Chevron
 
BAB 1 Kontrol Diri, Prasangka Baik, dan Persaudaraan.pdf
BAB 1 Kontrol Diri, Prasangka Baik, dan Persaudaraan.pdfBAB 1 Kontrol Diri, Prasangka Baik, dan Persaudaraan.pdf
BAB 1 Kontrol Diri, Prasangka Baik, dan Persaudaraan.pdfzulfahmijabbar
 
Memperbaiki hati
Memperbaiki hatiMemperbaiki hati
Memperbaiki hatiazelia
 
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docxSKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docxSitiAzziraIdris
 
Tematik Hadits Penawar Hati
Tematik Hadits Penawar HatiTematik Hadits Penawar Hati
Tematik Hadits Penawar HatiJimatul Arrobi
 

Similar a Kertas cadangan edaran (20)

fdokumen.com_pedoman-perawatan-jenazah.ppt
fdokumen.com_pedoman-perawatan-jenazah.pptfdokumen.com_pedoman-perawatan-jenazah.ppt
fdokumen.com_pedoman-perawatan-jenazah.ppt
 
Bagaimana mengobati orang kesurupan
Bagaimana mengobati orang kesurupanBagaimana mengobati orang kesurupan
Bagaimana mengobati orang kesurupan
 
Fiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.docFiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.doc
 
Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...
Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...
Agama Kelas 10 - SURAH-SURAH PILIHAN TENTANG KONTROL DIRI, PRASANGKA BAIK DAN...
 
KONSEP SAKIT DALAM ISLAM
KONSEP SAKIT DALAM ISLAMKONSEP SAKIT DALAM ISLAM
KONSEP SAKIT DALAM ISLAM
 
Fiqih Janaiz.pdf
Fiqih Janaiz.pdfFiqih Janaiz.pdf
Fiqih Janaiz.pdf
 
Hospi sa
Hospi saHospi sa
Hospi sa
 
Fiqih Janaiz.pdf
Fiqih Janaiz.pdfFiqih Janaiz.pdf
Fiqih Janaiz.pdf
 
Fiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.docFiqih Janaiz.doc
Fiqih Janaiz.doc
 
Islamic birth
Islamic birthIslamic birth
Islamic birth
 
Obat Penawar Hati
Obat Penawar HatiObat Penawar Hati
Obat Penawar Hati
 
Tips menghadapi futur
Tips menghadapi futurTips menghadapi futur
Tips menghadapi futur
 
40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalah40 cara menyelesaikan masalah
40 cara menyelesaikan masalah
 
Iman kepada qada dan qadar
Iman kepada qada dan qadarIman kepada qada dan qadar
Iman kepada qada dan qadar
 
Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4
Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4
Buletin Jumat LAZNas Balikpapan Edisi 4
 
BAB 1 Kontrol Diri, Prasangka Baik, dan Persaudaraan.pdf
BAB 1 Kontrol Diri, Prasangka Baik, dan Persaudaraan.pdfBAB 1 Kontrol Diri, Prasangka Baik, dan Persaudaraan.pdf
BAB 1 Kontrol Diri, Prasangka Baik, dan Persaudaraan.pdf
 
Memperbaiki hati
Memperbaiki hatiMemperbaiki hati
Memperbaiki hati
 
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docxSKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
SKRIP – HIKMAH MENGINGATI KEMATIAN.docx
 
Ingat Mati
Ingat MatiIngat Mati
Ingat Mati
 
Tematik Hadits Penawar Hati
Tematik Hadits Penawar HatiTematik Hadits Penawar Hati
Tematik Hadits Penawar Hati
 

Kertas cadangan edaran

  • 1. Created by Abdul Aziz Basri1 1. MUKADDIMAH Firman Allah S.W.T. :- ¿šZ亃¢Zd Ô¹œá˜ Maksudnya :- “ Tiap-tiap yang bernyawa itu pasti akan merasai mati”. Firman Allah S.W.T. :- {¬Ã²›_y®… ç• â¥À˜Âšy¿šZâ˜g¬ñZœ¼† £¿Àñ} Maksudnya :- “ Di mana sahaja kamu berada pasti maut akan mendapati kamu sekalipun kamu berada di tempat yang tinggi lagi utuh”. Setiap yang bernyawa sudah tentu akan berhadapan dengan kematian. Lebih-lebih lagi kita sebagai seorang muslim yang mempercayai dengan ajal dan maut adalah suatu ketentuan drp Allah S.W.T. Setiap yang wujud di muka bumi ini pasti akan mengalami kerosakan dan kebinasaan kerana irulah ketentuan Allah yang Maha Berkuasa. Kematian juga merupakan suatu kerehatan bagi orang-orang yang beriman. Berbahagialah bagi orang-orang yang beriman ug terlepas dari azab api neraka yang amat pedih. Anugerah agung untuk orang-orang yang beriman ialah syurga yang dipenuhi dengan segala kenikmatan di setiap penjuru bagi menggantikan kenikmatan dunia yang sementara. Pengurusan jenazah merupakan suatu kewajipan yang terpikul di bahu orang-orang yang hidup bagi menandakan penghormatan yang terakhir buat si mati. Kewajipan itu perlu dilaksanakan dengan sebaik mungkin supaya jenazah yang diuruskan tidak merasa terazab di dunia lagi sebelum berhadapan dengan Tuhan Rabbul Jalil. ª ‫א‬ KOTA SARANG SEMUT 06800 ALOR STAR KEDAH DARUL AMAN
  • 2. Created by Abdul Aziz Basri2 Rasulullah S.A.W. bersabda yang membawa maksud :- “ Sesiapa yang melihat jenazah serta turut menyembahyangkannya, diberi pahala satu Qirat. Sesiapa yyg melihatnya sehingga dikebumikan, baginya dua Qirat. Rasulullah S.A.W. ditanya : Apakah Qirat itu wahai Rasulullah ? Rasulullah S.A.W. menjawab : Iaitu pahala yang menyamai dengan dua bukit yang besar (daripada permata)”. Apabila matinya anak Adam dengan terpisahnya roh dan jasad, maka terputuslah segala amalannya melainkan tiga perkara :- 1. Sedekah jariah ; 2. Ilmu yang dimanafaatkan ; 3. Anak yang soleh yang mendoakan untuk si mati. Akhirnya marilah kita mengambil kesempatan dari kehidupan, kesihatan, kelapangan, usia muda dan kesenangan yang dianugerahkan untuk mengumpul sebanyak mungkin kebaikan dan kebajikan sebagai bekalan untuk menuju ke alam baqa iaitu hari yang tiada manafaat lagi harta dan anak pinak. Hanya nilai ibadat dan amal soleh sahaja yang akan mendapat perhitungan dari Allah S.W.T. di akhirat kelak. Semoga dengan ini kita akan memperolehi dua keuntungan hidup di dunia dan di akhirat. 2. HUKUM MENZIARAHI ORANG SAKIT Ziarah-menziarahi orang sakit merupakan suatu amalan yang dituntut oleh Islam. Amalan ini akan menambahkan lagi perasaan kasih sayang serta hubungan persaudaraan. Ianya amat diperlukan lebih-lebih lagi apabila sesuatu yang tidak baik kepada saudara muslim yang lain seperti sakit dan sebagainya. Menziarahi pesakit bukan sahaja dapat mengeratkan ukhuwwah islamiah yang sedia ada bahkan di sana terdapat beberapa kelebihan sebagaimana hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :- “ Sesungguhnya apabila seseorang itu menziarahi saudara muslimnya yang sakit maka ianya akan sentiasa berada di dalam kebun syurga dengan memetik buah-buahnya”.
  • 3. Created by Abdul Aziz Basri3 Menziarahi saudara muslim yang sakit hukumnya sunat muakkad samada ianya dikenali atau tidak. Namun makruh berada lama ketika menziarahi pesakit sekiranya ziarah itu akan mengganggu pesakit. Ketika menziarahi digalakkan supaya mendoakan kepadanya samada sakitnya masih ada harapan untuk hidup atau sebaliknya. Di antara doanya :- ãÓy} Ô¹œá˜®& ã›ßñdÈñYå& á˜ã›ßÖe} äQN¾šZâ±… ßÖe} äQN¾šZßù²ñ äQN¾šZ¬"£Š Maksudnya :- “ Dengan nama Allah aku mengubati ( meminta pertolongan ) dari setiap sesuatu yang menyakitkan mu dari kejahatan setiap jiwa atau mata yang dengki. Mudah-mudahan Allah akan menyembuhkan mu. Dengan nama Allah aku jampi”, Hadis diriwayat oleh Ibnu Said Al-Khudri. Bagi pesakit juga terdapat beberapa perkara yang perlu dilakukan, antaranya :- 1. Menjaga akhlaknya supaya sentiasa berkeadaan baik ; 2. Menjauhi daripada bertelingkah dalam masalah keduniaan ; 3. Hendaklah memikirkan bahawa inilah waktu terakhir untuknya beramal; 4. Menjaga waktu sembahyang dan menjauhi sebarang kekotoran maksiat dan sebagainya; 5. Mewasiatkan kepada ahli keluarganya supaya bersabar dengan ketetapan Allah S.W.T. Dan seandainya dia meninggal janganlah meratap atau menangis secara berlebihan ; 6. Berpesan kepada ahli keluarganya supaya meninggalkan adat ( perkara-perkara bida’ah ) di dalam menguruskan jenazahnya nanti.
  • 4. Created by Abdul Aziz Basri4 Pesakit tidak digalakkan berdoa atau meminta supaya dimatikan kerana tidak sanggup lagi menanggung ujian sebaliknya hendaklah berdoa :- Íœ£˜ZdZåÀ•Â†y çšZ®Ã‹ {£Ã©šZÍœ£˜£›åÀÊ} âÁ¾šZ çšZ®Ã‹ {£•ÂšZ Maksudnya : - “ Wahai Tuhanku! Hidupkalah aku sekiranya hidup itu lebih baik bagi ku dan matikanlah aku sekiranya mati itu lebih baik bagi aku “. Walau bagaimana bersabar dengan penderitaan yang dialami itu lebih baik daripada meminta atau mencintai kematian kerana sesungguhnya setiap mala petaka yang diturunkan itu merupakan ujian Allah S.W.T.Sesungguhnya semakin kasih Allah S.W.T. kepada hambaNya semakin banyaklah ujian yyg akan diberikan untuk menguji sejauh manakah keimanan seseorang hamba itu. Rasulullah S.A.W. bersabda yang membawa maksud :- “ Hairan bagi mukmin sesungguhnya sesuatu perkara itu kesemuanya baik dan tidak ada perkara itu bagi orang lain melainkan bagi orang mukmin sahaja. Sekiranya ditimpa kebaikan ia akan bersyukur maka itu adalah baik baginya dan sekiranya ditimpa keburukan, bahaya dan sebagainya lalu ia bersabar maka itu adalah baik baginya”. 3. PERKARA-PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA YANG HAMPIR MENINGGAL Apabila seseorang pesakit itu hampir meninggal disunatkan mengadap kiblat iaitu dengan mengiring di atas lambung kanan sebagaimana kedudukan di dalam liang lahad. Sekiranya tidak dapat kerana menyusahkan atau sebagainya, baringkan di atas lambung kiri juga mengadap kiblat dan sekiranya masih sukar baringkan dengan cara melentang dengan dua kaki mengadap kiblat dan sunat diangkat kepalanya supaya mukanya mengadap kiblat.
  • 5. Created by Abdul Aziz Basri5 Disunatkan kepada orang yang masih hidup supaya mentalqinkan dengan kalimah (äQN¾šZ êZ äšZ ê ) agar diikuti oleh pesakit itu berdasarkan sabda Rasulullah S.A.W. :- cy}c Â…ZxZye - äQN¾šZêZ äšZê☣†Â›ZÂÀºš Maksudnya :- “ Ajarlah orang yang hampir mati di kalangan kamu dengan kalimah (äQN¾šZ êZ äšZ ê) “ Sebaik-baiknya, himpunkanlah antara mentalqin dan mengadap kiblat itu serentak tetapi sekiranya sukar didahulukan talqin. Untuk mentalqinkan kalimah tersebut disunatkan orang yang bukan waris pesakit. Ini adalah untuk mengelakkan daripada timbulnya prasangka yang tidak baik pada pesakit sama ada beliau akan menganggap warisnya sukakan kematiannya untuk mendapatkan harta pusaka atau sebagainya. Dalam keadaan ini janganlah terlalu memaksa atau mendesak pesakit tadi menyebut-nyebut kalimah syahadah sebaliknya ajarlah dengan lemah lembut dan teratur supaya mudah diikuti mengikut keadaan pesakit. Sekiranya terlalu memaksa dibimbangi akan melahir atau menimbulkan perasaan jemu dan sebagainya yang seterusnya akan terpesong dari hasrat sebenar. Kepada orang yang mentalqinkan juga diharapkan juga agar tidak mudah putus asa ataupun menyangka buruk terhadap reaksi yang mungkin ditunjukkan oleh pesakit sebaliknya berdoalah semoga Allah S.W.T. memberi hidayah kepadanya. Disunatkan kepada ahli keluarga, kaum kerabat atau sesiapa sahaja yang berada di sekeliling membaca Surah Yaasin sebagai mana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : - “ Tiada daripada orang yang hampir menemui ajal apabila dibacakan Surah Yaasin kepadanya melainkan akan dipermudahkan oleh Allah untuknya menghadapi sakaratul maut”. Disunatkan juga membaca Surah Ar-Ra’d. Disunatkan mendahulukan bacaan Surah Yaasin daripada Surah Ar- Ra’d kerana bacaan Surah Yaasin akan mengurangkan siksa yang ditanggung dan juga dipermudahkan untuk berhadapan dengan sakaratul maut. Manakala Surah Ar-Ra’d adalah untuk memudahkan keluarnya roh daripada jasad.
  • 6. Created by Abdul Aziz Basri6 Kepada orang yang hampir meninggal juga diingatkan supaya bersangka baik dengan Allah sebagai mana hadis Rasulullah S.A.W. yang bermaksud :- “ Janganlah kamu mati melainkan kamu bersangka baik dengan Allah dan sesungguhnya Allah akan merahmati kemaudian memaafkan kamu”. Dalam hal ini, disunatkan kepada mereka yang berada disisi pesakit memberi ingatan supaya ianya sentiasa bersangka baik dengan Allah. 4. PERKARA YANG DILAKUKAN APABILA MENERIMA BERITA KEMATIAN. Apabila berita kematian diterima, disunatkan membaca : - w·‰ZeäÚZ£œZyäQN¾š £œZ Daripada Ibnu Abbas R.A . Beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya :- “Maut itu satu kejutan. Apabila sampai seseorang daripada kamu berita kematian saudaranya hendaklah ia berkata : w·‰ZeäÚZ£œZyäQN¾š £œZ Bagi ahli keluarga yang menerima kematian hendaklah bersabar dengan keadaan itu serta redha dan lapang dada kerana Rasulullah S.A.W. bersabda yang membawa maksud : - “Sesungguhnya sabar itu adalah ketika dugaan yang pertama”.
  • 7. Created by Abdul Aziz Basri7 5. PERKARA YANG DILAKUKAN KEPADA ORANG BARU MENINGGAL Apabila berlaku suatu kematian maka hukum menguruskan jenazah merupakan fardhu kifayah dan menjadi kewajipan kepada mereka yang masih hidup untuk menguruskan jenazah tersebut dari awal kematian sehinggalah mengkebumikannya dan juga hendaklah menjelaskan segala hutang piutangnya sekiranya ada sebagai sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : - “Roh orang mukmin itu akan tergantung dengan hutangnya sehinggalah dijelaskan”. Seterusnya menjadi kewajipan juga menguruskan harta pusaka yang ditinggalkan sekiranya si mati mempunyai harta. 6. PERKARA YANG PERLU DILAKUKAN KEPADA SI MATI IALAH :- i Memejamkan mata si mati dengan mengurutnya perlahan- lahan selembut yang boleh sambil membaca :- ç•ä¥‰ec Ú•eZyäš®¹”ZâÁ¾šZäQN¾šZuÂ"e澛羓yäQN¾šZâ±… x®¤–ç•äš Ú±šZy ãÿš£·šZ[e£ñ £Àš®¹”Zyãñ®… £¸šZç•ä¤º“ äÕäšeÂœy ii Ikat dagu si mati dengan menggunakan kain yang agak lebar dengan dililitkan di kepalanya. Tujuannya adalah untuk mengelakkan mulut daripada turun ke bawah atau terbuka.
  • 8. Created by Abdul Aziz Basri8 iii Seterusnya gosoklah sendi-sendi dengan menggunakan minyak dan gerak serta lipatkan perlahan-lahan semua sendi, tangan, kaki, lutut dan lembutkan jari jemari. Tujuannya ialah untuk memudahkan urusan memandikan nanti. iv Kemudian pindahkan jenazah ke tempat yang tinggi seperti katil kemudian letakkan logam atau besi yang beratnya sekitar satu paun di atas perut si mati. Tujuannya adalah untuk mengelakkan daripada berlaku kembung. Ahli keluarga si mati hendaklah berusaha untuk menjelaskan segala hutang yang ditinggalkan. Terdapat empat kewajipan utama yang ditaklifkan kepada mereka yang masih hidup ( fardhu kifayah ) untuk dilaksanakan apabila berhadapan dengan satu kematian :- a) Memandikan b) Mengkafankan c) Menyembahyangkan d) Mengkebumikan Untuk perhatian :- Semua perbelanjaan untuk menguruskan jenazah hendaklah diambil kira daripada harta peninggalan si mati, kecuali isteri dan anak. Isteri diwajibkan ke atas suami manakala anak, diwajibkan ke atas bapa. Sekiranya si mati tidak mempunyai harta maka ia menjadi kewajipan kepada semua orang yang menanggungnya ketika hidup dan sekiranya tiada juga, maka kewajipan itu berpindah kepada Baitul Mal. Sekiranya Baitul Mal tidak ada di tempat tersebut, maka ianya akan menjadi kewajipan kepada mana-mana muslim yang mampu atau kaya di tempat tersebut.
  • 9. Created by Abdul Aziz Basri9 6.1 MEMANDIKAN MAYAT Memandikan jenazah hukumnya fardhu kifayah secara ijma’. Syarat Jenazah Yang Diwajibkan mandi • Mayat Islam • Didapati anggota walau pun sikit • Bukan anak keguguran yang bersifat ( sebelum 4 bulan ) • Bukan mati syahid ORANG YANG BOLEH MEMANDIKAN JENAZAH Kewajipan asal memandikan jenazah ialah, lelaki memandikan jenazah lelaki dan perempuan memandikan jenazah perempuan. Sekiranya jenazah itu lelaki, yang lebih utama memandikannya ialah orang yang didahulukan menyembahyangkannya, kemudian isterinya bagi orang yang beristeri, dan seterusnya mengikut tertib bapa, datuk lelaki seterusnya mengikut tertib. Dahulukan selepas isteri dengan lelaki terdekat, kemudian mengikut tertib tadi barulah perempuan-perempuan yang diharamkan kahwin dengannya. Manakala jenazah wanita yang tiada suami, orang yang diamanahkan untuk memandikannya ialah perempuan yang paling dekat hubungan kekeluargaan seperti ibu dan seterusnya. Harus bagi suami memandikan isteri mengikut ijma’ ulama. Mengikut Imam Syafi’e, sekiranya berlaku kematian di mana seorang lelaki meninggal di satu tempat yang tiada kaum lelaki, melainkan perempuan ajnabi sahaja, maka kewajipan memandikan jenazah berpindah kepada Tayammum sahaja dengan menjaga pandangan dari aurat lelaki. Begitu juga sebaliknya apabila seorang perempuan meninggal di kawasan yang tiada perempuan. Maka ianya boleh di Tayammumkan oleh lelaki ajnabi dengan menjaga aurat si mati. Jenazah kanak-kanak boleh dimandikan sama ada oleh lelaki atau perempuan. Manakala jenazah Khunsa yang mempunyai dua alat kelamin, orang yang memandikannya hendaklah melihat
  • 10. Created by Abdul Aziz Basri10 kecenderungannya mana yang banyak atau dengan berpandukan kepada haid dan sebagainya. HUKUM MELIHAT AURAT SI MATI Menutup aurat si mati adalah wajib. Haram bagi orang yang memandikan jenazah atau selainnya melihat aurat si mati begitu juga menyentuhnya. Bagi mereka yang hendak memandikan jenazah, apabila sampai kepada aurat si mati, hendaklah mengalas tangannya sama ada dengan menggunakan sarung tangan atau seumpamanya dan mengikut sesetengah pendapat, makruh menyentuh tubuh si mati tanpa sebab. SYARAT UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH Islam Bukan pembunuh kepada si mati Merdeka Bukan kanak-kanak Bukan seorang yang fasik Seorang yang jujur dan amanah Bukan musuh kepada si mati Perkara utama yang diperlukan untuk orang yang memandikan jenazah ialah amanah. Sebagai mana sabda Rasulullah S.A.W. :- 䉣›ã…ZxZye///wÂÀ›È¿šZêZ⼆› ᱸñê Hadis diriwayatkan oleh Ibnu Majah. Yang membawa maksud :- “ Janganlah kamu memandikan orang mati kecuali orang yang amanah (mukmin)”.
  • 11. Created by Abdul Aziz Basri11 Dan sebaiknya ialah orang yang terdekat dan disayangi oleh si mati dengan syarat ia mengetahui tentang kewajipan memandikan mayat. Bagi orang yang mati dalam keadaan junub dan haid, memadai hanya satu mandian sahaja. PERKARA-PERKARA YANG SUNAT DILAKUKAN KETIKA MEMANDIKAN JENAZAH Mengulangi mandian sebanyak tiga kali, di mana mandian pertama adalah wajib, mana kala mandian yang kedua dan ketiga adalah sunat. Mandian yang pertama ialah dengan air mutlak, mana kala yang kedua dengan air bidara dan mandian yang ketiga dengan air kapur barus. Makruh memandikan jenazah melebihi tiga kali sekiranya sudah bersih. Sekiranya mandian yang ketiga tidak dapat membersihkan najis yang ada, ulangilah kepada lima kali, tujuh dan seterusnya hingga bersih. Sunat mewitirkan bilangan sebagai mana hadis Rasulullah S.A.W. :- ///////ã¥ñ} ewZ ßšd ã›Z®¦˜} yZ@£±¿‹yZ£‡ë‡ Z@®†IyZ¾±”Z Menggunakan wangian dalam mandian yang terakhir seperti air kapur barus dan seumpamanya tetapi sebaik-baiknya air kapur barus. Disunatkan juga menggunakan air bidara atau sabun. Sunat memasang setanggi terutamanya ketika mengeluarkan najis untuk menghilangkan bau busuk. Sunat mengulangi melembut-lembutkan sendi setelah selesai memandikan untuk memudahkan pengkhafanan. Mengikut Mazhab Syafi’e, sunat menyikat rambut perempuan dan janggut lelaki yang mati sekiranya tebal dengan menggunakan sikat yang panjang.
  • 12. Created by Abdul Aziz Basri12 CARA-CARA MEMANDIKAN MAYAT Sekurang-kurangnya mandian bagi jenazah lelaki ialah dengan meratakan air keseluruh tubuh setelah dibersihkan najis-najis yang ada. Manakala yang sebaiknya ialah :- 1 Jenazah hendaklah disalin dengan kain yang lebar untuk menutupi tubuhnya sewaktu hendak dimandikan, kemudian letakkan jenazah tersebut di atas ditempat yang disediakan. ( perlu di tempat yang tertutup dari pandangan umum, hanya juru mandi dan penolong sahaja ) 2 Juru mandi hendaklah memastikan dan membuang benda- benda yang menghalang air dari sampai kepada anggota jenazah seperti getah, sisik ikan, kesan plaster, pewarna kuku dan sebagainya. 3 Diwudhukkan jenazah sama seperti orang yang hidup. Niat wudhuk bagi jenazah lelaki ialah : çGš£G·G† IäQN¾Iš IÍINÃG¿BšZZG−G„ Gç¾G“ GYBÂHFÂHšBZHÍBñGÂGœ Niat wudhuk bagi jenazah perempuan ialah : GéçGš£G·G† IäQN¾Iš IæG¥INÃG¿BšZIxI−G„ Gç¾G“ GYBÂHFÂHšBZHÍBñGÂGœ Ertinya : “ Sahaja aku mewudhukkan mayat ini kerana Allah Ta’ala. 4 Sunat didahulukan dengan niat memandikan jenazah seperti berikut :- Jenazah lelaki : GéçGš£G·G† IäQN¾Iš IæGñ£G¹I¼BšZGkB®G•IÍINÃG¿BšZ ZG−G„ çGé¾G“ GáB±H¸BBšZHÍBñGÂGœ Jenazah perempuan : GéçGš£G·G† IäQN¾Iš IæGñ£G¹I¼BšZGkB®G•IIæG¥INÃG¿BšZIxI−G„ çGé¾G“ GáB±H¸BBšZHÍBñGÂGœ Ertinya : “Sengaja aku memandikan mayat ini fardhu kifayah kerana Allah Taa’la.
  • 13. Created by Abdul Aziz Basri13 5 Mulakan memandi jenazah tersebut dengan menjirus dan membasuhkan seluruh anggota badannya dengan air mutlak di kepala sebelah kanan hingga ke kaki. Jiruskan air mutlak ke serata badan sambil menggosok tubuh badannya untuk membuang kotoran dan najis yang ada. ( Sunat dimulai dengan anggota sebelah kanan dahulu ) 6 Kemudian jiruskan dan basuh seluruh anggota sebelah kiri hingga ke kaki dengan air mutlak serta gosok tubuh badannya untuk membuang kotoran dan najis. 7 Dudukkan jenazah dengan perlahan-lahan dan condongkan belakangnya dengan tangan kanan memegang bahu serta ibu jari pada tengkok mayat. Bukakan sedikit kangkang kaki mayat. Tangan kiri pula mengurut perut jenazah dengan menekan sedikit demi sedikit supaya keluar segala najis- najis dalam perutnya. Di samping itu hendaklah mencungkil dubur dan qabul dengan tangan yang berlapik supaya najis yang terdapat pada qabulnya dapat dikeluarkan. Jiruskan dengan air mutlak yang banyak supaya najis tidak melekat. 8 Baring dan mengiringkan jenazah untuk membasuh segala najis yang keluar dengan potongan kain yang bersih secara bertukar-tukar. 9 Setelah dibersihkan segala najis yang ada, bersihkan pula matanya, sugikan giginya dan bersihkan lubang hidung, telinga dan lubang pusat dengan menggunakan kain gulung ( kain sugi ) yang telah disediakan. Boleh juga menggunakan jari yang berbalut dengan kain. Bagi kawasan mulut, pastikan disugi :- i. Bawah lidah ii. Mulut kanan bahagian atas iii. Mulut kanan bahagian bawah iv. Mulut kiri bahagian bawah v. Mulut kiri bahagian atas 10 Kemudian jiruskan bahagian dan seluruh rambut hingga ke janggut, gosokkan dengan perlahan dan bilaskan dengan air mutlak sehingga rata. 11 Barulah dimulakan dengan menjirus air mutlak ke seluruh badan kanan dan kiri dari bahagian kepala hingga ke kaki. Gosok dan jiruslah hingga diyakini bersih serta dimulakan dengan anggota sebelah kanan. Perlu diingat mandian hendaklah sebanyak tiga kali. Mandian pertama adalah wajib mana kala yang kedua dan yang ketiga adalah sunat. Sekiranya mandian ketiga masih tidak dapat menghilangkan najis yang ada, ulangilah kepada lima, tujuh dan seterusnya sehingga bersih dan sunat diwitirkan.
  • 14. Created by Abdul Aziz Basri14 12 Sunat menggunakan air daun bidara atau sabun atau seumpamanya yang sifatnya boleh membersihkan. 13 Pusingkan mayat dalam keadaan mengiring ke kiri, dibasuh leher dan badan sebelah lambung kanan serta belakang sehingga ke hujung kaki. 14 Letakkan semula jenazah seperti kedudukan asal dan jirus serta gosok pula anggota sebelah kiri. 15 Pusingkan mayat dalam keadaan mengiring sebelah kanan, dibasuh leher dan badan sebelah lambung kiri dan belakang sehingga ke hujung kaki. 16 Mandian yang ketiga atau yang terakhir sunat dengan menggunakan air kapur barus atau wangian lain, tetapi yang lebih afdhalnya ialah air kapur barus. 17 Boleh meletakkan bau-bauan kepada si mati selepas dimandikan. Antara bauan yang afdhal ialah kapur barus. 18 Memandi jenazah menggunakan air sejuk lebih afdhal daripada menggunakan air panas kecuali yang berhajat. 19 Setelah selesai jenazah dimandikan, jenazah tersebut dilapkan badannya dengan kain yang bersih dan kering, kemudian hendaklah disumbat dengan kapas agar air yang keluar dari dubur tidak akan mengenai kain kapan nanti. Bagi mayat perempuan elok dipakai cawat setelah disumbat qabul dan duburnya. 20 Salin dengan kain yang bersih, kemudian barulah diusung keluar dari tempat mandi. Untuk perhatian : Sebarang benda yang gugur semasa mandian seperti rambut dan sebagainya hendaklah disimpan, kemudian dikafankan bersama dengan jenazah. Sekiranya didapati najis keluar selepas dimandikan, tidak perlu lagi mengulangi mandian tadi tapi, hanya diwajibkan membuangnya sahaja. Mayat kanak-kanak yang belum berkhatan hendaklah dibuka dan dicuci kemaluannya setakat mampu.
  • 15. Created by Abdul Aziz Basri15 MENGKAFAN JENAZAH Hukum Mengkafan Jenazah Mengkafan jenazah adalah fardhu kifayah, kafan memadai dan sekurang-kurangnya dengan satu lapisan sahaja yang menutupi seluruh badan si mati. Sebaik-baiknya ialah tiga lapis bagi lelaki dan lima lapis bagi perempuan. Boleh mengkafankan jenazah dengan mana-mana kain, tetapi sebaik-baiknya yang berwarna putih berdalilkan hadis Rasulullah S.A.W. yang diriwayatkan oleh Ibnu Abbas yang bermasksud : - “Pakaikan kain putih kerana ianya dari sebaik-baik pakaian dan kafankan orang-orang mati di kalangan kamu dengannya”. Hendaklah mengkafankan jenazah dengan sebaik-baiknya. â¾"yäþ“ äQN¾šZuÂ"eu£– ////äÀ¹˜ã±©Ã¾• x£‹} ☬ŠZ㹘 ZdZ Bermaksud :- “ Apabila seseorang kamu mengkafankan saudaranya, elokkanlah kafannya”. Segala pengurusan untuk kafan hendaklah diambil daripada harta si mati dan hendaklah didahulukan kafan daripada membayar hutang. Tidak harus mengkafankan jenazah melainkan menggunakan pakaian yang biasa digunakan semasa hidupnya. Tidak boleh mengkafankan jenazah lelaki dengan menggunakan sutera kecuali jika tidak ada kain melainkan sutera. Begitu juga makruh mengkafankan jenazah dengan menggunakan kain yang berwarna kuning. Sebaik-baiknya gunakan kain yang dibasuh, sekiranya tidak ada, bolehlah dikafankan dengan mana-mana kain yang bersih dan sekiranya tidak ada kain maka bolehlah menggunakan kulit,rumput, inai dan tanah. Kain kafan tadi juga mestilah bersih daripada sebarang najis. Makruh berlebihan di dalam mengkafankan jenazah. Begitu juga makruh orang yang masih hidup menyediakan kain kafan untuk dirinya kecuali dari warisan pada solihin, hukumnya diharuskan. Haram menulis sebarang ayat Al-Quran atau nama Allah di atas kain kafan.
  • 16. Created by Abdul Aziz Basri16 CARA MENGKAFANKAN JENAZAH Setelah jenazah dibawa keluar dari tempat pemandian dengan badan bertutup keseluruhannya dengan kain besar, letakkan jenazah tersebut di atas kain kafan yang sedia terbentang. 1 Lapisan paling bawah ialah lima utas tali pengikat mayat : i. Tali di bahagian hujung kaki ii. Tali di bahagian lutut iii. Tali di bahagian pinggang iv. Tali di bahagian hujung dada v. Tali di bahagian hujung kepala 2 Hamparkan kain yang lebar yang berukuran panjang lebih dua kaki untuk mengikat bahagian kepala dan lebih dua kaki untuk mengikat bahagian hujung kaki. Taburkan kapur barus, serbuk cendana dan minyak wangi. 3 Di bahagian bawah pula. Letakkan lapisan yyg kedua iaitu kain sarung yang telah diukur dari bawah dada hingga ke hujung kaki, atau sama ukuran dengan kain kafan yang di bawah sekali. Taburkan sedikit kapur barus. 4 Kemudian, letakkan kain serban dan taburkan sedikit serbuk kapur basrus. 5 Kemudian letakkan kain lapis yang ketiga, iaitu baju ( gamis ) boleh juga dipakai dengan pakaiannya yang dipakai semasa hidup. Taburkan sedikit kapur barus. Di atas gamis atau kain sarung, letakkan kapas. Taburkan sedikit serbuk cendana dan minyak wangi atau kapur barus. Banyakkan kapas bahagian sendi dan pinggang jenazah. Bagi jenazah perempuan, letakkan di atas kain kafan yang besar, diletakkan kain sarung dahulu, kemudian bajunya dan di atas sekali ialah telekung atau pun tudung. 6 Setelah semuanya lengkap, letakkan jenazah di atas kain kafan yang telah terhampar dengan perlahan-lahan. Sebaik- baiknya letakkan kapas ke seluruh badannya terutama di bahagian anggota sujud sebagai memuliakannya. 7 Setelah seluruh tubuh disaluti dengan kapas, pakai baju yang telah disediakan di atas hamparan kain kafan. Masukkan bahagian kepala ke dalam lubang leher baju. Lipatkan baju itu ke hadapan dan ikat tali-tali yang telah dilebihkan. Tangan jenazah diletakkan di atas dada seperti dalam sembahyang atau diluruskan sahaja.
  • 17. Created by Abdul Aziz Basri17 8 Pakaikan serban dengan melapikkan kapas dan diikat ke belakang. Bagi jenazah perempuan, dipakai tudung. 9 Pakaikan pula kain sarung dengan dilipatkan dari sebelah kiri dan ditutupi dengan kain di sebelah kanan. Kemudian ikatkan bahagian pinggang dan lutut serta kaki. 10 Kemudian kain kafan sebelah bawah sekali dilipat. Mulakan dari sebelah kanan ke sebelah kiri, bermula dari bahagian kaki kemudian lipatkan kain tersebut di bawah kaki kiri dan dibawa ke atas hingga ke kepala. 11 Sebelum menutup muka jenazah, sebaik-baiknya berilah peluang kepada keluarga si mati untuk melihat si mati buat kali terakhir. 12 Ikatkan jenazah dengan tali yang disediakan di bahagian hujung kaki, lutut, bahagian pusat, dada dan akhir sekali di bahagian hujung kepala dengan tlai disimpulkan di sebelah rusuk kiri.` ` Perlu diingatkan, orang yang mati dalam ihram tidak boleh diletakkan sebarang bauan ketika mengkafankan jenazahnya serta haram menutup muka kepada perempuan dan lelaki yang mati dalam ihram. 6.2 SEMBAHYANG JENAZAH Sembahyang jenazah hukumnya fardhu kifayah. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa walau pun pada waktu yang dimakruhkan. Boleh dilakukan secara berseorangan, tetapi sunat secara berjemaah. Syarat Jenazah Yang Hendak Disembahyangkan a Suci dari hadas b Menutup aurat c Mayat muslim d Bukan mati syahid e Suci dari najis pada badan, kain dan tempat
  • 18. Created by Abdul Aziz Basri18 Rukun Sembahyang Jenazah Terdapat tujuh rukun sembahyang jenazah, iaitu :- 1 Niat 2 Berdiri bagi orang berupaya 3 Empat takbir termasuk Takbiratul Ihram ç¾' â¾"yäþ“ äQN¾šZç¾'å¤ÀšZw} äÀ“ äQN¾šZçFe{®ñ®„ å…}ã“ £·…gZZ®Ã¤¼†£¨ÀšZ羓 4 Membaca Fatihah selepas takbir yang pertama 5 Selawat kepada Nabi selepas takbir yang kedua sekurang- kurang selawat ialah : - ¬¿©›ç¾“ ç¾' âÁ¾šZ 6 Doa kepada si mati selepas takbir yang ketiga 7 Salam selepas takbir yang keempat. Sebelum salam disunatkan membaca :- ///äšy£Àš®¹”Zyx¬·… £À¥¹† êyx®‰}£À›®©† êâÁQN¾šZ Di dalam menunaikan sembahyang jenazah, perempuan boleh makmum kepada imam lelaki. Jika sesama perempuan disunatkan sembahyang berseorangan dan boleh juga berjemaah. Kanak-kanak kecil yang tidak sempat hidup semasa lahirnya tidak wajib disembahyangkan. :u£–â¾"yäþ“ äQN¾šZç¾'å¤ÀšZã“ ®…£‰ ã“ áÁ¥±ñ 祊 ]eÂñêyäþ“ ç¾³ñêá¹µš} Bermaksud :- “ Kanak-kanak kecil tidak disembahyangkan ke atasnya, tidak mengambil pusaka dan tidak diambil pusaka darinya, melainkan bersuara keluar dari perut ibunya”. Orang yang mati syahid di dalam medan peperangan tidak perlu disembahyangkan tetapi yang syahid selain dari perang hendaklah disembahyangkan.
  • 19. Created by Abdul Aziz Basri19 CARA MENYEMBAHYANG JENAZAH 1. Niat, sama ada hadir atau ghaib. Lelaki atau perempuan (dewasa) IæGñ£G¹I¼BšZGkB®G• A ZG®BÃI¤B¼G†GÚG…BeG} (IæG¥INÃG¿šBZIxI−G„)IÍINÃG¿BšZZG−G„ çG¾G“ çIN¾G'H} çGš£G·G† IäQN¾Iš (£@›BÂH›BÆG›)£@›£G›Iý Lafaz niat bagi kanak-kanak lelaki ( perempuan ) IA ZG®BÃI¤B¼G† GÚG…BeG} (IæG¾B¹INµšZ IæG¥INÃG¿šBZIxI−G„) IáB¹INµšZ IÍINÃG¿BšZZG−G„ çG¾G“ çIN¾G'H} çGš£G·G† IäQN¾Iš (£@›BÂH›BÆG›) £@›£G›Iý 2. Berdiri bagi yang mampu 3. Empat kali takbir.Takbir pertama – membaca Fatihah 4. Takbir kedua – membaca selawat ke atas nabi S.A.W. 5. Takbir ketiga – berdoa kepada mayat. Antara doanya ialah :- Lelaki / perempuan HäBÀG“ HÜB“Gy (£GÁI•£G“Gy) IäI•£G“Gy (£GÁB¿GŠBeZGy) HäB¿GŠBeZGy (£GÁGš)HäGš B®I¹B”ZRâHÁR¾šGZ (£GÁBÀG“ HÜB“Gy) Doa yang sempurna bagi jenazah lelaki dan perempuan :- äBÀG“ HÜB“Gy (£GÁI•£G“Gy) IäI•£G“Gy (£GÁB¿GŠBeZGy) HäB¿GŠBeZGy (£GÁGš)HäGš B®I¹B”ZRâHÁR¾šGZ (£GÁG¾G‹)HäG¾G‹ B¬G›BÚIN"GyGy(£GÁGš )HäGšH¯Hœ BvI®B˜GZGy (£GÁBÀG“ HÜB“Gy) (£GÁINºGœGy) IäINºGœGyIcG®G¤BšZGyIÐB¾R¦šZGyIY£G¿Bš£I… (£GÁB¾I±B”ZGy) HäB¾I±B”Zgy (£GÁBšI¬B…GZGy)äBšI¬B…GZGyIÔGœR¬šZGãI›H×GÃB…GìBZG[BÂR¦šZçGºGÀHñ GãHñ£G¿G˜£Gñ£GµGªBšZGãI› äI‰ByGfBãI›Z@®BÃG‹ £@‰ByGfGy (£GÁI¾B„G}) äI¾B„G} BãI›Z@®BÃG‹@ëB„G} GyIxIeZGc BãI›Z@®BÃG‹ @eZGc
  • 20. Created by Abdul Aziz Basri20 (£G„ B−I“G} Gy) x B−I“G} Gy (GæRÀG¨BšZ£GÁB¾I‹BcGZGy) GæRÀG¨BšZHäB¾I‹BcGZGy (£GÁI‰ByGf) Ie£RÀšZI[ ZG−G“ BãI›Gy ( £GÁI¥GÀB¥I•Gy) IäI¥GÀB¥I•GyI®B¤GºBšZI[ZG−G“ BãI› Doa ringkas untuk kanak-kanak lelaki / perempuan :- Z@®B‹HdGy£@¹G¾G"Gy (£GÁBñGÂG…) äBñGÂG… G+É£@‘G®G• (G£GÁB¾G·B‰Z) HäB¾G·B‰ZRâHÁR¾šGZ Doa yang semourna untuk jenazah kanak-kanak lelaki / perempuan :- (£GÁBñGÂG…) äBñGÂG… G+É£@‘G®G• (G£GÁB¾G·B‰Z) HäB¾G·B‰ZRâHÁR¾šGZ (£GÁI…)äI… BáIN¸G‡Gy£@·BÃI¹G&GyZ@e£G¤I¥B“ZGy@æG¶I“GyZ@®B‹HdGy£@¹G¾G"Gy (£G„G¬B·G…)HxG¬B·G… £G¿HÁBÀI¥B¹G† GêGy£G¿IÁI…BÂH¾H–çG¾G“G®B¤G³šZHoI®B•G} Gy£G¿HÁGÀBñIfZGÂG› (£G„®B‰G})Hx®B‰G} £G¿HÁB›I®B©G† GêGy 6. Takbir keempat dan berdoalah untuk jenazah lelaki / perempuan :- HäGšGy£GÀGšB®I¹B”ZGy (£G„G¬B·G…) HxG¬B·G… £RÀI¥B¹G†GêGy (£G„G®B‰GZ) HxG®B‰GZ£GÀB›I®B©G† GêRâHÁR¾šGZ Iw£G¿BñIBÉ£I… £GœBÂHºG¤G" GãBñI−RšZ£GÀIœ ZGÂB‹ I+ÉGy£GÀGšB®I¹B”ZRâHÁR¾šGZ (£GÁGšGy) GâBÃIŠGeKpByHEGeGßRœIý£GÀR…GeZBÂHÀG›G} GãBñI−R¾Iš@ëI”£GÀI…BÂH¾H–çI•áG·B¨G†GêGy
  • 21. Created by Abdul Aziz Basri21 7. Memberi salam dan doa selepas solat jenazah :- IYÆGÃI¤BœGÉBZIpG®B&G} çG¾G“ HvGëR±šZGyH{GëR³šZGy GãBÃI¿Gš£G·BšZIN[GeIäQN¾Iš H¬B¿G©BšGZ 0GãBÃI·G¿B‰G} IäI¤B©G'yIäIšG} çG¾G“GyGãBÃI¾G"B®H¿BšZGy GÍBœ G}GyHäR…GeGÍBœG} RâHÁR¾šGZ0IæRÀG¨BšZIk£GñIeBãI›@æGFByGeHxG®B¤G–BáG·B‰ZRâHÁR¾šGZ HâG¾B“G} GÍBœG}GyHäGŠByHeGÍB´G¤G–GÍBœG} GyIvGëB"I BÊ+š HäG¥BñG¬G„ GÍBœ G}GyHäG¥BºG¾G‹~ HäGšGy£GÀGšB®I¹B”£G•HäGš@Y£G·G¹H& GãBÃI¤BÃI”ZGeGs£GÀB˃I‰B¬G–GyIäI¥RÃIœ GëG“GyIxIN®I±I… A¬R¿G©H›£GœI¬INÃG" çG¾G“ HäGN¾šZçR¾G'Gy0GãBÃI¿IŠZR®šZGâGŠBeG} £Gñ GßI¥G¿BŠG®I… 0GãBÃI¿G¾G·BšZIN[GeIäQN¾IšH¬B¿G©BšZGy0BâR¾G"GyIäI¤B©G'GyIäIšG} çG¾G“Gy Jika jenazah kanak-kanak doanya seperti berikut :- YÆGÃI¤BœGÉBZIpG®B&G} çG¾G“ HvGëR±šZGyH{GëR³šZGy GãBÃI¿Gš£G·BšZIN[GeIäQN¾Iš H¬B¿G©BšGZ 0GãBÃI·G¿B‰G} IäI¤B©G'yIäIšG} çG¾G“GyGãBÃI¾G"B®H¿BšZGy (£GÁBñGÂG…) äBñGÂG… G+É£@‘G®G• (G£GÁB¾G·B‰Z) HäB¾G·B‰ZRâHÁR¾šGZ (£GÁI…)äI… BáIN¸G‡Gy£@·BÃI¹G&GyZ@e£G¤I¥B“ZGy@æG¶I“GyZ@®B‹HdGy£@¹G¾G"Gy (£G„G¬B·G…)HxG¬B·G… £G¿HÁBÀI¥B¹G† GêGy£G¿IÁI…BÂH¾H–çG¾G“G®B¤G³šZHoI®B•G} Gy£G¿HÁGÀBñIfZGÂG› (£G„®B‰G})Hx®B‰G} £G¿HÁB›I®B©G† GêGy £GœI¬I„£G&Gy£GÀG¦BœH} Gy£GœI®G˜GfGy£GœI®BÃI¸G'Gy£GÀI¥INÃG›Gy£GÀINÃG©Gš B®I¹B”ZRâHÁR¾šGZ BãG›Gy IvGëB"IBÉZçG¾G“ IäIÃBŠGÆG•£RÀI›HäG¥BÃGÃBŠG}BãG›RâHÁR¾šGZ0£GÀI¤I¢£G”Gy 0Iw£G¿BñIBÉZçG¾G“ ä•GÂG¥G• £RÀI›HäG¥BÃR•GÂG† (£G„G¬B·G…) HxG¬B·G… £RÀI¥B¹G†GêGy (£G„G®B‰GZ) HxG®B‰GZ£GÀB›I®B©G† GêRâHÁR¾šGZ
  • 22. Created by Abdul Aziz Basri22 ¬R¿G©H›£GœI¬INÃG" çG¾G“ HäGN¾šZçR¾G'Gy 0GãBÃI¿G¾G·BšZIN[GeIäQN¾IšH¬B¿G©BšZGy0BâR¾G"GyIäI¤B©G'GyIäIšG} çG¾G“Gy PERKARA YANG SUNAT BAGI SEMBAHYANG JENAZAH i. Mengangkat tangan ketika takbir ii. Semua bacaan dibaca dengan senyap iii. Berjaemaah (semakin ramai, semakin baik) IMAM SEMBAHYANG JENAZAH Yang utama dalam sembahyang jenazah ialah bapa kepada anak, datuk dan seterusnya ( ke atas ). Anak, cucu dan seterusnya (ke bawah), mengikut tertib pusaka. Jika didapati sama kedudukannya, didahulukan yang lebih tua. LAFAZ IQAMAT SOLAT JENAZAH Iqamat solat jenazah lelaki / perempuan dewasa :- (I{G®IF£G©BšZ IIæG¥INÃG›~)0I®IF£G©BšZ IÍINÃG›~~çG¾G“ H{GëR³šGZ0HæG·I›£G‰ H{GëR³šGZ 0HäQN¾šZHâH¼G¿IŠGeH{GëR³šGZ Iqamat solat jenazah kanak-kanak lelaki / perempuan :- (I{G®IF£G©BšZ IæG¾B¹INµšZIIæG¥INÃG›~)0I®IF£G©BšZIáB¹INµšZIÍINÃG›~~çG¾G“ H{GëR³šGZ 0HæG·I›£G‰H{GëR³šGZ 0HäQN¾šZHâH¼G¿IŠGeH{GëR³šGZ
  • 23. Created by Abdul Aziz Basri23 Iqamat solat jenazah ghaib lelaki :- 0HÌI¢£G¸šZ/// (IwGëH•)///I ÍINÃG›~~çG¾G“ H{GëR³šGZ0HæG·I›£G‰ H{GëR³šGZ 0HäQN¾šZHâH¼G¿IŠGeH{GëR³šGZ Iqamat solat jenazah ghaib perempuan :- 0IæG¤I¢£G¸šZ/// (IIæGœGëH•)///IIæG¥INÃG›çG¾G“ H{GëR³šGZ 0HæG·I›£G‰H{GëR³šGZ 0HäQN¾šZHâH¼G¿IŠGeH{GëR³šGZ 6.4 MENGKEBUMIKAN JENAZAH Mengkebumikan jenazah boleh dilakukan pada bila-bila masa. Tujuan jenazah ditanam adalah supaya tidak tercium baunya atau diganggu oleh binatang. Hukum pengkebumian adalah Fardhu Kifayah. Kelebihan Mengkebumikan Jenazah Sabda Nabi Muhammad S.A.W. yang bermaksud :- “ Sesiapa yang melihat jenazah serta turut menyembahyangkannya, diberi pahala satu Qirat. Sesiapa yyg melihatnya sehingga dikebumikan, baginya dua Qirat. Rasulullah S.A.W. ditanya : Apakah Qirat itu wahai Rasulullah ? Rasulullah S.A.W. menjawab : Iaitu pahala yang menyamai dengan dua bukit yang besar (daripada permata)”. Membawa jenazah hanyalah untuk lelaki sama ada jenazah lelaki atau perempuan. Sebelum bergerak meninggalkan halaman rumah menuju ke kubur, disunatkan membaca Surah Al-Fatihah tiga kali. Caranya selepas melangkah selangkah, dibaca sekali sehingga tiga langkah dengan tiga Fatihah.
  • 24. Created by Abdul Aziz Basri24 Sunat berdiri apabila mayat diusung berhampiran dengan kita dan dibaca doa : ///hy¬ºšZß¾¿šZ w£©¤" ¿ñê|−¾šZw£©¤" Disunatkan kepada kita berada di tempat pengkebumian sehingga selesai. Boleh menanam jenazah di waktu malam tetapi disunatkan di waktu siang. Keadaan Kubur yang Afdal ialah :- Kubur itu jangan terlalu luas atau sempit, iaitu kira-kira Empat kaki lebarnya. Panjangnya pula mengikut panjang jenazah dan dilebihkan sedikit Anggaran dalamnya ialah 4½ hasta atau setinggi orang berdiri dan dilebihkan lagi sehasta Dibuat liang lahad adalah lebih utama, liang lahad terletak ditepi kubur di sebelah kiblat. Andainya tanah perkuburan itumudah runtuh, maka hendaklah dibuat liang lahad di tengah. Untuk penutup mayat eloklah menggunakan papan. Cara-cara Mengkebumikan Jenazah i. Hendaklah diturunkan dengan seberapa cermat yang boleh, lemah lembut dan penuh hormat di dalam suasana yang tenang. Disunatkan membaca doa :- . BâR¾G"GyIäBÃG¾G“ HäQN¾šZçR¾G'IäQN¾šZLuBÂH"GeIæR¾I›çG¾G“GyIäQN¾šZGâB±I… “Dengan nama Allah S.W.T., kami letakkan kamu di sini dan berdasarkan agam agama Islam yang disampaikan oleh Rasulullah S.A.W. “. ii. Letakkan jenazah ke dalam liang lahad dan baringkan ke atas lambung kanan dengan mengadap kiblat iii. Disandarkan dengan ketulan tanah supaya jenazah itu tidak terbalik dari mengadap kiblat iv. Tutup liang lahad dengan papan
  • 25. Created by Abdul Aziz Basri25 v. Di dalam kubur jenazah hendaklah diletakkan di atas lambung kanan dan wajib mengadap kiblat, muka jenazah dilengkapkan ke dinding liang dan kakinya dibengkokkan sedikit, dan belakangnya juga disandarkan dengan batu atau kepalan tanah yang bersih, serta sunat dibacakan doa ini :- äQN¾šZIuBÂH"GeIæR¾I›çI¾G“GyIäQN¾šZIáBÃI¤G" BçI•IâBÃIŠR®šZIãQ¿BŠ R®šZIäQN¾šZGâB±I… IN®G&Gy.Ie£RÀšZI[ZG−G“ BãI›£GœB®IN‰G} RâHÁQN¾šGZ. BâR¾G"GyIäBÃG¾G“ HäQN¾šZçR¾G' BÚIN"GyGyIäIŠByH®IšIY£G¿R±šZG[ZGÂB…G} BÑG¥B•ZRâHÁQN¾šGZ . IâBÃI‰R®šZIw£GµBÃR²šZ 0GãBÃI¿IŠR®šZGâGŠB®Pé} £Gñ GßI¥G¿BŠG®I… IxI®B¤G–çI• BÚIN"GyGyHäG¾G‹B¬G› vi. Timbuskan tanah dengan perlahan-lahan dan cermat. Pastikan supaya tanah tidak memasuki lubang liang lahad tadi. vii. Sunat meninggikan kubur dari paras bumi sejengkal. viii. Sunat diletakkan tanda seperti batu nesan dan sebagainya supaya senang dikenali. 7 KEWAJIPAN TERHADAP ANAK YANG GUGUR i. Jika ada tanda-tanda anak tersebut hidup semasa lahirnya seperti bergerak, bernafas, menangis dab seumpamanya, maka hukum yang dikenakan ke atasnya samalah seperti orang biasa. ii. Jika tiada tanda-tanda hidup seperti sudah membentuk lembaga manusia, maka mayat tadi hendaklah dimandi, dikapan,dan dikebumikan tanpa disembahyangkan iii. Sekiranya tanda-tanda hidup dan masih belum membentuk lembaga manusia, memadailah dengan membasuhnya sahaja untuk dibersihkan daripada darah dan kotoran yang ada kemudian dibungkus dan ditanam.
  • 26. Created by Abdul Aziz Basri26 8 ZIARAH KUBUR Menziarah kubur dan hadir ketika mengkebumikan hukumnya sunat bagi lelaki dan bagi perempuan juga dibolehkan tapi makruh (tidak haram) mengikut pendapat jumhur ulama’. Apabila Menziarahi kubur, sunat memberi salam dan membaca doa :- 0I£GÀI›BÈH¿BšZGyGãBÃIÀI›BÈH¿BšZGãI›Ie£GñIN¬šZGáB„GZBâH¼BÃG¾G“ HvGëR±šGZ GwBÂHºIŠRëšZHâH¼I… äQN¾šZGY£G²BœIý £GœGZGyI£G¿I¾B±H¿BšZGyGãBÃI¿I¾±H¿BšZGy 0GæGÃI•£G·BšZHâH¼GšGy£GÀGš GäQN¾šZHáG˱Gœ “Selamat sejahteralah engkau (wahai) ahli tempat (kubur ini) yang terdiri dari kaum mukminin dan mukminat, kaum muslimin dan muslimat, insya Allah aku akan menyusul kamu pula. Kami mohon kepada Allah supaya kami dan kamu mendapat keselamatan”. Disunatkan juga membaca Al-Quran seberapa banyak yang boleh. Menziarahi kubur adalah sunat kerana dengan demikian akan mengingatkan kita kepada mati. 9. TAKZIAH Sunat memberikan ucapan takziah kepada keluarga si mati sebagai tanda turut simpati di atas ujian tersebut dengan memberikan nasihat supaya dapat bersabar dan menerima kematian dengan berlapang dada. Takziah dapat dilakukan sama ada sebelum atau selepas dikebumikan dalam masa tiga hari. Makruh memberi takziah selepas tiga hari dari tempoh tersebut. Takziah selepas dikebumikan lebih baik dari sebelumnya kerana di waktu itu ahli keluarga si mati sibuk menguruskan jenazah.
  • 27. Created by Abdul Aziz Basri27 10 HUKUM MENYEDIAKAN MAKANAN Sunat bagi jiran yang berhampiran menyediakan makanan bagi ahli keluarga si mati. Bukannya keluarga si mati yang menyediakan makanan untuk mereka. Imam Syafi’e ada menyatakan : “Dan saya menyukai bagi jiran menyediakan makanan kepada ahli keluarga si mati pada hari kematian dan malamnya dengan makanan yang mengenyangkan kerana yang demikian itu adalah sunnah dan menjadi sebutan yang baik dan juga merupakan pekerjaan orang-orang yang baik sebelum kami”. Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya :- “Buatlah makanan untuk keluarga Ja’far, sesungguhnya telah mendatangi mereka-mereka suatu perkara yang menyibukkan mereka daripada meyediakannya”. Sekiranya makanan dan minuman yang dibuat itu melibatkan harta anak yatim dan tidak dipersetujuinya maka hukum ke atas pekerjaan tersebut adalah HARAM. 11 KENDURI ARWAH Islam tidak melarang bahkan menggalakkan umatnya membuat kebajikan. Bagi mengadakan kenduri arwah, ia dibolehkan dengan syarat:- i. Hutang si mati telah dijelaskan ii. Harta waris telah dibahagikan dan diselesaikan iii. Tidak beri’tiqad bahawa hari yang ketiga, lima, tujuh dan seterusnya disunatkan iv. Tidak menetapkan waktu – akan menjadi bida’ah
  • 28. Created by Abdul Aziz Basri28 12 HUKUM MENANGIS APABILA MENERIMA BERITA KEMATIAN Menangis apabila menerima berita sesuatu kematian hukumnya HARUS, tetapi HARAM bila meraung atau meratap. Diharuskan menangis kerana Rasulullah S.A.W. juga pernah menangis kerana kematian anaknya Ibrahim. Apabila di tanya, wahai Rasulullah, kenapakah kamu menangis, bukankah kamu menegah kami daripada menangis ?. Rasulullah S.A.W. menjawab : “Tidak, akan tetapi aku menegah daripada meratap-ratap”. 13 PENUTUP Untuk akhirnya kami mendoakan semoga risalah kecil yang serba ringkas ini dapat memberi manfaat untuk semua terutamanya apabila berhadapan dengan jasad yang tidak bernyawa. :皣·† u£– w·‰®† â¼…eçšZ⇠⼅ á˜y|−šZ ¿šZ☣•Â¥ñ á– Maksudnya : - “Katakanlah Malaikat Maut yang diamanahkan untuk mengambil nyawamu akan mematikan, kemudian hanya kepada tuhanmu akan dikembalikan”.