SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 68
PERKEMBANGAN SOSIAL
Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar
berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan
budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan
perhubungan sosial.
Melalui proses sosialisasi yang bermula sejak seseorang bayi dilahirkan,
diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat penyesuaian sosial mengikut pengharapan
masyarakat apabila mereka besar.
Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada berinteraksi dengan orang
lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri.
·

Kemahiran Berinteraksi
Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula bercampur dan menjalankan

hubunagn sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu
sama lain (Garvey,1990; Howes,1992).
Mereka lebih berkemampuan untuk meramal tindakan teman sepermainan
mereka dan lebih suaka berkongsi objek dan bekerjasama semasa bermain dalam
kumpulan (Cassidy,1992; Dunn,Brown & Magure,1995; Gardner,Jones & Miner,1994).
Tingkah laku sosial kanak-kanak terdiri daripada meniru, bertanding, berkawan,
bekerjasama dan bersimpati. Berikut adalah tingkah laku sosial kanak-kanak ketika
bermain.

1
Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moya

kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragam

cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di anta

permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek k
sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan
termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain.

JENIS

CIRI-CIRI

Peniruan

Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya.

Pertandingan

Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang.

Berkawan kesetiaan

Senyum, mendekati, bercakap, bermain bersama, menunjukkan kemesraan
pada kawan.
Melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah pencapaian matlamat bersama

Bekerjasama

dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain bersama tanpa menggangu atau
merebut permainan orang lain.

Simpati
Pengiktirafan sosial

Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam keadaan yang
menyedihkan.
Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya.

2
·

Perkembangan Kendiri
Konsep kendiri merupakan suatu konsep yang kompleks. Secara umumnya, knsep

kendiri bermaksud anggapan menyeluruh tentang diri sendiri. Sebagai contoh, seseorang itu
tahu akan jantina, latar belakang keluarga, bangsa dan agamanya sendiri.
Seperti bola yang mempunyai sifat yang tertentu seperti dapat bergolek dan
bergerak, begitu juga dengan kendiri kanak-kanak yang ada kualiti dan sifat tertentu seperti
kemahiran berjalan dan perasaan malu atau berani. Berikut merupakan komponen dalam
pembentukan kendiri kanak-kanak:

KOMPONEN KATEGORI

CIRI-CIRI

KENDIRI
Barangan saya (material me)
Pergaulan saya (social me)

Tubuh, pakaian, keluarga, rumah dan segala hak milik
Siapa diri kita pada pandangan orang lain yang mempersepsi
kita dengan pelbagai cara
Trait

Kerohanian saya (spiritual me)

personaliti

seperti

sikap,

nilai,

keyakinan,

kepercayaan,persepsi sosial, kebolehan, kecekapan dan
sebagainya

Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak pertengahan (6-11 tahun).
·

Konsep kendiri menekankan ‘ciri-ciri personaliti’

·

Penghargaan kendiri menurun apabila membuat perbandingan, kemudian
naik semula.

·

Perhubungan persahabatan menekankan kepercayaan dan bantuan.

·

Strategi penyelesaian maslah yang teliti, berpandu kepada keperluan khusus
sesuatu masalah.

3
·

Menekankan kecekapan dalam pergaulan sosial.
Walau bagaimanapun, konsep kendiri kanak-kanak pada peringkat prsekolah

sangat terhad kepada pemikiran dan perbuatan yang nyata dan khusus (Stipek, 1992).
Fikiran yang kukuh tentang diri juga membenarkan kanak-kanak untuk bekerjasama
buat kali pertama dalam menyelesaikan masalah kecil semasa bermain (Brownnell &
Carriger, 1990 ; Caplan,1991).
Apabila ditanyakan tentang siapa diri mereka, kanak-kanak sudah dapat melabel
dirinya dengan berbagai-bagai cara selain namanya seperti menyatakan jantinanya dan
saiz badannya, samada besar atau kecil.
Apabila

kanak-kanak

membesar,

mereka

berupaya

untuk

meluahkan

penerangan diri fizikal dan perasaan mereka serta bercakap tentang diri mereka atau
‘kendiri saya’ (Harter,1998). Apabila konsep-kendiri saya ini semakin berkembang,
mereka akan menumpu kepada pengetahuan tentang diri sendiri dan penilaian sifat
kendiri. Mereka akan mempunyai konsep kendiri yang terdiri daripada kebolehan,
kelakuan, sifat dan nilai yang memaparkan dirinya sebagai seorang individu yang
berlainan daripada orang lain.
Mereka mula mengira, lebih banyak mengetahui hal sekolah, memanjat, bermain
lompat tali dan juga mempunyai ramai kawan. Namun begitu mereka belum
mengetahui kelemahan mereka.
Selepas memulakan persekolahan pada peringkat rendah, konsep kendiri
kanak-kanak menjadi semakin abstrak. Salah satu daripada aspek ini ilah gambaran
kendiri yang menjadi lebih signifikan. Contohnya mereka melihat diri mereka tidk
sekadar seorang yang pintar tetapi membandingkan keblehan sendiri dengan rakanrakan (Ruble & Dweck,1995 ; Ruble & Flett,1988 ; Pomerantz,1995). Kanak-kanak
prasekolah mula membayangkan cita-cita mereka seperti ‘hendak menjadi doktor
apabila besar nanti’.
Menurut Eric Erikson (1963), perkembangan konsep kendiri kanak kanak yang
4
berumur 6 hingga 11 tahun, konflik yang akan dihadapi adalah ketekunan lawan rendah
diri. Kanak-kanak belajar membentuk ketekunan dan usaha menjayakan sesuatu aktiviti
dari rumah serta sekolah. Kanak-kanak yang telah menguasai sesuatu kemahiran akan
berasa penghargaan kendiri apabila mampu melakukan sesuatu tugasan. Sebaliknya,
mereka berasa rendah diri apabila mereka tidak berjaya menghasilkan sesuatu.
·

Persahabatan
Konsep kanak-kanak tentang persahabatan amat berbeza daripada konsep

orang dewasa. Orang dewasa memandang berat nilai persahabatan kerana bagi
mereka sahabat adalah teman setia yang berada di sisi semasa suka duka. Kanakkanak pula mengangap sahabat bagi mereka sebagai rakan sepermainan sahaja.
Mereka tidak begitu mementingkan nilai persahabatan. Menurut Damon (1977), ciri-ciri
persahabatan kanak-kanak ketika berumur 6 hingga 11 tahun ialah :
·

Seorang kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan rumahnya,
mempunyai banyak alat permainan serta berminat pada aktiviti-aktiviti yang
sama.

·

Persahabatan dieratkan lagi melalui perkongsian dan pemberian barangbarang permainan.

·

Hubungan persahabatan senang dimulakan. Contohnya seorang kanakkanak bertemu jirannya yang suka bermain bola sepak lalu sebentar
kemudian menjadi kawan baik.

·

Persahabatan tidak tahan lama dan mudah dihapuskan. Contohnya
apabila kanak-kanak itu jarang bertemu, bertengkar atau seseorang kanakkanak lain enggan berkongsi barang permainan, maka kanak-kanak itu
bukan sahabatnya lagi.

·

Setelah masuk alam persekolahan, persahabatan merupakan satu
hubungan dua hala iaitu saling membantu dan mempercayai antara satu
5
sama lain.
·

Jangkaan kanak-kanak terhadap sahabat meningkat pada peringkat ini.
Sahabat dianggap seorang teman yang setia, dapat dipercayai serta dapat
diharapkan untuk membantu mereka pada bila-bila masa.

·

Hubungan persahabatan lebih sukar dimulakan. Keikhlasan dan kejujuran
penting untuk mengeratkan tali persahabatan dan akan terputus selepas
hilang kepercayaan.

Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya kanakkanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa sahaja yang telah
membentuk hubungan yang rapat dengannya (Hartup,1983).
Pengaruh sahabat penting dalam memperkembangkan tingkah laku sosial
seseorang kanak-kanak. Tidak dinafikan kanak-kanak yang kurang sahabat akan
cenderung menjadi anti sosial dan tidak dapat menyesuaikan diri apabila berinteraksi
dengan orang lain.
Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan sosial
kanak-kanak untuk menawarkan rasa selamat kepada anak manakala rakan sebaya
membolehkan

kanak-kanak

memperoleh

semangat

bersaing

serta

kemahiran

penyesuian dengan orang lain.
Kemahiran motor halus kanak-kanak sekolah (7-11 tahun)
Semasa kanak-kanak mulai masuk kea lam perseklahan, otot mata dan tangan
mencapai koordinasi yang baik dan bersedia untuk belajar menulis, ,membaca, mengira
dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah.
Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah
terutama dibahagian tangan dan kaki. Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan,
6
seperti

menulis

dan

menjahit

dapat

dikawal

dengan

lebih

sempurna.

PERKEMBANGAN MENTAL
Perkembangan mental kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir dibahagikan
kepada 3 bahagian:
Perkembangan persepsi kanak-kanak
·

Deria sentuhan
Pada peringkat prasekolah,

deria

sentuhan

kanak-kanak sudah

cukup

berkembang sehingga membolehkan mereka membezakan objek yang kasar dengan
yang halus, panas dengan yang sejuk dan sebagainya.
·

Deria rasa dan bau
Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat membezakan rasa sekunder,

misalnya manis gula berbeza daripada manis kicap atau masam limau dengan masam
cuka. Ketika ini juga, kanak-kanak boleh membezakan antara bau yang lebih rumit
seperti bau rempah dan cili.

7
·

Deria pendengaran
Kanak-kanak pada ketika ini sudah mampu balajar dan menumpukan kepada

maksud perkataan. Sekiranya mereka dibiasakan dengan aktiviti mendengar cerita dan
menyanyi, kebolehan mengingat perkara baru akan meningkat. Seperti contoh, mereka
sudah pandai menghafal dan menyanyikan laku penyanyi pujaan mereka.
·

Deria penglihatan
Manusia bergantung lebih kepada penglihatan, berbanding deria-deria yang lain

semasa meneroka persekitaran mereka. Menurut Elanor dan James Gibson,
kematangan otak menyumbang kepada peningkatan dalam integrasi sistem penglihatan
dan

sistem

motor.Teori

differensiasi

menerangkan

bagaimana

kanak-kanak

membezakan symbol tulisan. Mereka mula mengenal huruf dalam pasangan. Hurufhuruf yang hampir serupa seperti C dan G, E dan F, selalu mengelirukan mereka
(Gibson,1970). Penulisan huruf yang sngsang adalah kebiasaan yang berlaku di
kalangan kanak-kanak. Pembacaan buku yang banyak dapat meningkatkan kepekaan
persepsi kanak-kanak dalam mengesan perkataan bertulis.
Perkembangan Intelektual Kanak-Kanak
Perkembangan intelektual kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan keupayaan
kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di sekitar
mereka. Menurut Jean Piaget, ketika ini kanak-kanak mengalami tahap perkembangan
intelektual peringkat operasi konkrit iaitu mereka sudah mampu membentuk pemikiran
logik yang terhad kepada objek maujud. Mereka mula memahami konsep pengekalan

8
objek, iaitu bilangan, ruang atau isipadu objek tidak berubah walaupun diubah bentuk,
susunan atau bekas. Mereka juga boleh menerima pendapat orang lain mungkin
berbeza daripada pendapat mereka, Antara ciri-ciri pemikiran dalam peringkat ini
seperti berikut:

·

Kefahaman pembalikan atau reversibiliti, iaitu keupayaan memahami konsep
pembalikan dari segi ruang, kuantiti, masa, sebab musabab dan isipadu. Misalnya,
sekiranya air yang ditukarkan kepada bekas yang berlainan saiz atau bentuk tidak
akan berubah isipadunya.

·

Desentrasi, iaitu keupayaan menumpukan perhatian kepada lebih daripada satu
aspek dan tidak terhad maklumat persepsi sahaja.

9
·

Keupayaan mengklasifikasi objek dengan mengambil kira dua kelas yang
berbeza dan memilih kelas yang lebih tinggi sebagai merangkumi beberapa kelas
yang lebih rendah.

·

Keupayaan menyusun bjek dengan menumpukan kepada lebih daripada satu
dimensi contohnya dari segi saiz, bentuk dan warna.

·

Kefahaman konsep serasi, iaitu keupayaan mengatur objek mengikut turutan
misalnya daripada pendek ke panjang dan sebaliknya.

·

Berkebolehan membanding dan menyusun objek secara mental.

·

Keupayaan beroperasi dan memanipulasi secara ruang, berkebolehan mengekal
jarak, perhubungan jarak, masa dan kelajuan. Kebolehan ini membantu kanakkanak dalam membentuk peta mental yang tersusun yang mewakili persekitaran
biasa, dengan mengambil kira pelbagai sudut atau perspektif.

·

Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak dapat memberikan gambaran yang
tepat tetapi tidak tersusun tentang persekitaran biasa. Pada usia 6-7 tahun,
mereka dapat membayangkan peta mental secara tersusun manakala kanakkanak yang berumur 9-10 tahun melukis peta mental yang lengkap yang
mengandungi tanda peta dan jalan yang berhubungan.

·

Perkembangan mental kanak-kanak berlaku secara dekalag horizontal, iaitu
penguasaan konsep logikal meningkat mengikut turutan. Kefahaman mengenai
pengekalan nombor akan berlaku sebelum pengekalan cecair. Seterusnya mereka
menguasai konsep pengekalan kwasan atau ruang, dan akhirnya disudahi dengan
pengekalan berat.
Kanak-kanak yang didedahkan kepada komputer pada umur satu tahun

berkebolehan menggunakan komputer tersebut secara berkesan pada umur prasekolah
dan menghasilkan program yang ringkas pada usia 8 tahun dan program yang lebih
kompleks pada usia 12 tahun. Seterusnya mereka juga suka menggalakkan adiknya
10
yang lain dalam permainan komputer.
Persekitaran dan cara didikan daripada ibu bapa juga akan mempengaruhi tahap
intektual kanak-kanak. Perhatian daripada kedua-dua ibu bapa semasa bermain akan
meningkatkan proses pembelajaran anak mereka.

Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak
Bahasa merupakan satu bidang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui
bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan
orang lain secara berkesan.
Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat merapatkan
hubungan kanak-kanak dengan orang lain tetapi kanak-kanak boleh membina konsep
tentang alam dan manusia di sekelilingnya (Rice & Woodsmall, 1988).
Terdapat 4 komponen dalam perkembangan bahasa kanak-kanak:

1.

Perkembangan Fonologikal : pemahaman dan pengeluaran bunyi bahasa
pertuturan. Ciri-ciri :
·

Memahami penekanan khas yang membezakan maksud perkataan ‘sebatang
pensel’ dan ‘batang kayu’.

·

Penukaran penekanan apabila perkataan berubah daripada perbuatan kepada

11
nama.
·
2.

Memahami senikata lagu atau puisi.
Perkembangan Semantik : pemahaman makna perkataan dan kombinasi
perkataan. Ciri-ciri :
·
·

Perbendaharaan kata bertambah kepada 14000 perkataan

·

Memahami cerita lisan atau yangdibaca dalam buku

·

Memahami dan menghafal senikata lagu atau puisi

·
3.

Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikan.

Dapat mengubah suai senikata lagu atau puisi.

Perkembangan Tatabahasa : bentuk atau struktur bahasa Ciri-ciri :
·

Pada peringkat sekolah, kanak-kanak dapat membentuk cerita yang
panjang (satu muka surat yang terdiri daripada sepuluh ayat) dan tepat
mengenai sesuatu pengalaman atau peristiwa yang pernah dilalui oleh
mereka.

·

Pada hujung peringkat sekolah, mereka dapat mencipta seni kata lagu
dan puisi serta menceritakan tentang peristiwa atau pengalaman secara
kompleks dengan menambah ulasan, tafsiran atau pengajaran yang
didapati daripada peristiwa tersebut.

4.

Perkembangan Pragmatik :

gaya sesuatu perkataan digunakan dalam

sesuatu

12
perbualan, mengikut konteks dan budaya. Ciri-ciri:
·

Boleh menggunakan speech registers seperti ‘apa khabar’ atau
‘tumpang lalu’ secara berkesan.

·

Pandai mengubah topik perbualan atau perbincangan secara beransuransur mengikut keadaan.

·

Dapat bertanya balik apabila disoalkan.

Dengan perkembangan ini, mereka mula mampu untuk mengendalikan dunia secara
simbolik dengan menggunakan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, lambang,
objek dan perkataan.
Permainan

tradisi adalah hasil ciptaan nenek-moyang kita pada masa dahulu.
Malangnya, banyak permainan tradisi yang telah dilupakan. Jika tiada usaha ke arah
memartabatkannya, warisan ini akan menjadi peninggalan sejarah yang akan
tenggelam bersama arus kemodenan.
Manakala permainan moden lebih cenderung kepada permainan perseorangan seperti
kereta kawalan jauh, kapal terbang kawalan jauh, permainan video, permainan
komputer dan sebagainya. Kesemua permainan ini tidak melibatkan ramai pemain.
Malah ianya lebih kepada mementingkan diri sendiri. Bagaimana mereka dapat belajar
berinteraksi, cara bergaul dan sebagainya?
Bagi permainan tradisi, penekanan terhadap asas pembentukkan diri adalah lebih
utama. Walaupun begitu, pembelajaran asas pembentukkan diri tidak dapat diajar di
sekolah kerana ianya lebih kepada ekspresi diri. Pembelajarannya adalah secara
praktikal seperti:
 Memiliki semangat berpasukan (sayangkan keluarga, masyarakat)
 Sedia bertolak
-ansur (menghapus perasaan hasad dengki)
 Berfikiran kreatif (mampu berdaya saing)
 Berani membuat keputusan (sifat usaha
wan berdaya maju)
 Akur kesalahan rakan ( dapat menghapus sifat pedendam)
 Akur kesalahan diri sendiri (menghakis sikap suka menuding kesalahan kepada
rakan yang lain)
 Keboleh
-upayaan menerima tekanan (sentiasa bersedia menyahut cabaran)
 Memilikikemahiran berfikir dalam pelbagai keadaan (berupaya membuat pilihan
yang tepat)
 Sedia berkorban demi pasukan (memiliki semangat jati diri)
13
 Memiliki semangat kerjasama (menghakis perasaan bangga diri)
Kesan Permainan Tradisional Kepada Sasiah Pelajar
Permainan tradisonal merupakan salah satu khazanah warisan negara yang perlu diabdikan supaya
tidak luput ditelan zaman. Antara permainan yang terkandung dalam ketegori permainan tradisional
ialah permainan wau, gasing, congkak, teng-teng, dan ' toi '. Permainan tradisional ini banyak
memberi kesan baik kepada golongan remaja.
Antara kesan baik tersebut ialah, dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan sesama
remaja. Jadi, masalah dalam golongan remaja yang sering berlaku dapat diselesaikan.
Seterusnya, daripada permainan tradisional ini, para remaja terutama golongan pelajar dapat
menyemai semangat cintakan negara dalam diri mereka. Sifat ini dapat dipupuk melalui proses
pencarian maklumat oleh pelajar.
Selain itu, sikap menghargai khazanah warisan bangsa dapat dipupuk. Hal ini terbukti apabila ramai
pelajar yang semakin minat untuk menceburi minat dalam permainan tradisional. Juga terdapat di
beberapa sekolah yang menyediakan kelab permainan tradisional yang banyak menyedarkan para
pelajar akan kepentingan menghargai permainan tradisional dan sejarahnya.
Permainan tradisional ini juga dapat memupuk semangat bertolak ansur dan bertoleransi antara
pemain di dalam kumpulan seperti sepak raga.
_______________________________________

http://samplekerjakhusus.blogspot.com/
http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saayah.pdf
83
PELAKSANAAN AKTIVITI BELAJAR
MELALUI BERMAIN DI TADIKA-TADIKA KAWASAN MELAKA TENGAH

14
MELAKA
SAAYAH BT. ABU
Jabatan Ilmu Pendidikan
Maktab Perguruan Islam
ABSTRAK
Kertas projek ini meninjau tentang perlaksanaan kaedah belajar melalui
bermain di lima jenis tadika dalam proses pengajaran dan pembelajaran.
Ini termasuk meninjau kepentingan, kefahaman , perancangan dan
perlaksanaannya..Sampel kajian terdiri daripada 25 orang guru yang
ditemubual, di samping memberi respon soal selidik.Seramai 810 orang
kanak-kanak telah diperhatikan untuk melihat bagaimana aktiviti bermain
dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran.. Tadika-tadika yang
terlibat ialah Kemas, Jaim, Perpaduan, Swasta dan Kementerian Pendidikan
Malaysia. Data-data dipungut berdasarkan soal selidik,temu bual,
pemerhatian dan pendapat responden . Keputusan kajian menunjukkan guruguru tidak faham konsep
belajar melalui bermain .Mereka juga dapati sukar
untuk melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain kerana masih kurang
jelas tentang pendedahan dalam kaedah ini.
PENGENALAN

15
Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat
perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam
perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di
rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk
golongan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki
pendidikan secara formal di Tahun Satu sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum
Prasekolah, 1998).
Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan 84
dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan
bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan
penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa.
Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan
kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping
dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid.
Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan
kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan
lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kadkad bergambar,
catur dan sebagainya.

16
Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran
untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan.
Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri
mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari
segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanakkanak
melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy
bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983).
Dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut;
“Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk
kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada
kebebasan memilih oleh peserta” . ( Fergus 1995,2).
Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran.
Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam
pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan
tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal 85
situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi
proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”. (Spodek et al. 1987, p. 181).
Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap “imaginative play” sebagai usaha kanakkanak menggunakan
kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman.

17
Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh
menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh
menjadikan mereka kreatif.
Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan perkembangan bahasa.
Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai,
mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan
bahasa. Selain itu, aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial atau main kognitif juga
akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu.
Pernyataan Masalah
Bagi kanak-kanak ‘main’ merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui
aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya.
Malangnya ibu bapa dan orang-orang dewasa yang mempunyai sedikit atau tiada
pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini menganggap ‘main’ tidak mendatangkan
faedah dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Guru-guru harus peka dan memahami
pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak secara total
dan menyeluruh dari aspek mental, fizikal, sosial dan emosi terutama bagi mereka yang
berumur di antara 4 – 6 tahun. Menurut Vygotsky, (1966), main merupakan satu cara kanakkanak
belajar apa yang tidak boleh diajar oleh orang lain.
Mereka juga suka mencari dan mendapatkan maklumat dari diri mereka dan alam sekeliling.

18
Mereka belajar dari tindakan mereka sendiri. Kanak-kanak juga suka mengikut contoh orang 86
dewasa. Satu daripada strategi yang sesuai dalam pembelajaran kanak-kanak ialah belajar
melalui bermain .
Objektif Kajian

i.

Guru memahami kepentingan pendekatan aktiviti belajar melalui
bermain dan pelaksanaanya di tadika-tadika.

ii. Menerangkan teknik-teknik yang digunakan oleh guru dalam menguruskan aktiviti
belajar melalui bermain .
iii.

Mengenal pasti kelemahan guru dalam menjalankan aktiviti kaedah bermain.

iv.

Mengenal pasti kesesuaian latihan yang diperolehi oleh mereka.

Soalan Kajian
Dalam melihat pernyataan masalah dan objektif kajian kertas projek ini, maka wujudlah
beberapa persoalan yang boleh dipersoalan seperti berikut;
1. Apakah persepsi guru tentang faedah pengajaran belajar sambil
bermain ?
2. Apakah teknik-teknik yang digunakan oleh guru?
3. Apakah kelemahan guru dalam menjalankan aktiviti melalaui kaedah bermain?

19
4.

Adakah guru prasekolah mendapat latihan secukupnya tentang
kaedah belajar melalui bermain?

Kepentingan Kajian
Berdasarkan masalah kajian dan objektif kajian di atas, perlulah kajian dibuat tentang
pelaksanaan pendekatan aktiviti belajar melalui bermain yang telah disarankan.
Belajar melalui bermain akan mendatangkan keseronokkan dan hiburan serta merangsang
individu mempelajari sesuatu melalui cara yang aktif dalam cara yang tidak formal. 87
Selain itu ia dapat mempercepatkan pembelajaran serta memperkukuhkan lagi pembentukan
konsep, di samping mempertingkatkan perkembangan individu mengikut kemajuan masingmasing
terutama murid-murid lemah akan dapat bantuan dari pelajar yang lebih pintar.
Melalui permainan juga dapat memupuk kepimpinan murid dan menghilangkan rasa
kekecewaan atau kegelisahan. Justeru itu dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003 muka surat 260 telah menghuraikan Pendekatan
Belajar Melalui Bermain yang menjadi asas konsep dan prinsip pendidikan prasekolah.
Penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain menjadi fitrah
kanak-kanak. Aktiviti ini mengembirakan dan memberi peluang kepada kanak-kanak
membuat penerokaan dan interaksi dengan persekitaran. Permainan bebas dan terancang.
Tidak ‘rigid’ iaitu mempunyai kelonggaran masa disamping memberi peluang mencuba idea
sendiri dan memberi peluang membuat pemerhatian dan tumpuan bagi mencari sesuatu

20
jawapan.
Batasan Kajian
Data kajian ini diperolehi melalui cara temuramah dan pemerhatian ke atas guru-guru dan
pembantu serta pentadbir Tadika. Sampel kajian seramai 810 orang kanak-kanak meliputi 25
buah tadika, seperti tadika JAIM, KEMAS, PERPADUAN, KERAJAAN DAN SWASTA di
Daerah Melaka Tengah, Melaka. Pengumpulan maklumat adalah secara pemerhatian dan
temubual.

Definisi Frasa dan Istilah
Sepanjang kajian ini bebarapa frasa dan istilah akan digunakan iaitu, 88
Perlaksanaan
Kamus Dewan (2002) mendefinisikan perlaksanaan sebagai hasil daripada melaksanakan
( mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya).
Pendekatan
Pendekatan membawa maksud kaedah iaitu cara-cara atau langkah-langkah yang diambil bagi
memulakan serta melaksanakan tugas bagi menggatasi masalah.
Belajar melalui bermain
Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main

21
merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan
sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja
kanak-kanak.
Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanakkanak ke tahap yang
optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan
pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak.
Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui
bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada
murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna.
Proses Pembelajaran
Menurut Kamus Dewan (1970), Pembelajaran ialah proses belajar dan menerima
pengetahuan daripada pengajaran guru. Melalui pembelajaran secara formal seorang kanakkanak akan
mengguna dan menajamkan deria penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan 89
sentuh. Mereka juga dapat berinteraksi dengan alam sekitarnya sesuai dengan minat dan
daya kreatif mereka.
Prasekolah
Prasekolah dikenali juga dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak termasuk istilah
‘kindergarten’ serta ‘nursery’. Dalam Kamus Dewan (2002) menyatakan prasekolah ialah

22
situasi di mana kanak-kanak sebelum memasuki sekolah atau tadika/tabika.
Kesimpulan
Berdasarkan huraian dalam bab ini, permainan merupakan aktiviti yang paling penting untuk
kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak belajar melalui permainan kerana permainan
merupakan cara semula jadi kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya. Ada pelbagai
teori tentang tujuan dan fungsi permainan. Melalui permainan, mereka dapat mempelajari
peranan-peranan individu mereka. Kedua, telah didapati kanak-kanak mempunyai tenaga
yang berlebihan dan kita dapati kanak-kanak sentiasa bermain sama ada di dalam ataupun di
luar tadika. Menurut teori cathartic, adalah dipercayai kanak-kanak menggunakan permainan
sebagai cara menghilangkan rasa kekecewaan dan emosi serta mengurangkan ketegangan.
Menurut Piaget pula, permainan memainkan peranan asimilasi, iaitu kanak-kanak boleh
menerima maklumat yang membantu perkembangan melalui permainan.
TINJAUAN KAJIAN LEPAS
Terdapat banyak kajian berkaitan dengan pengajaran guru telah dijalankan di sekolah rendah
dan di sekolah menengah di Malaysia terutamanya dalam mata pelajaran Matematik,
Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada lagi kajian 90
telah dijalankan tentang pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain di peringkat prasekolah
khasnya di peringkat tadika.

23
Antara kajian yang telah dijalankan di sekolah rendah ialah kajian oleh Ghulam,
S.A.M. (1993) telah mengkaji strategi pengajaran dan pembelajaran Alam dan Manusia di
sekolah rendah dan mendapati majoriti guru menggunakan teknik pengajaran didaktif,
perbincangan dan penerangan dengan banyuan carta, gambar dan rajah, manakala video dan
slaid tidak pernah digunakan langsung. Md. Idris (1975) telah membuat perbandingan antara
kaedah pengajaran syarahan dan rentetan guru mendapati kaedah rentetan berjaya
meningkatkan darjah pembelajaran pelajar di bandingkan dengan kaedah syarahan kerana
pelajar belajarr melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan pelbagai deria. Pusat
Perkembangan Kuirkulum (1992) telah menjalankan kajian tentang amalan pengajaran guru
yang berkesan dalam Matematik di sekolah rendah dan mendapati bahawa faktor pentadbir
sekolah rendah, guru, murid dan bahan memainkan peranan penting dalam meningkatkan
pencapaian murid dalam Matematik.
Md. Radzi (1997), yang telah mengkaji strategi pengajaran aqidah Tahap 2 sekolah
rendah; Tan Chai Tin (1995), yang telah membuat kajian perbandingan tentang pengajaran
Matematik KBSR di dua buah sekolah rendah di Petaling Jaya, Yip Yoke Chew (1996), yang
telah mengkaji amalan perbezaan gender dalam bilik darjah di sebuah sekolah rendah di
Petaling Jaya dan Hon Yew Pin (1996) yang telah mengkaji penggunaan bahan sumber
dalam pengajaran Bahasa Cina di sekolah Cina.

24
Di peringkat prasekolah pula, kajian-kajian yang ada dijalankan banyak menumpu
kepada kanak-kanak dan tidak kepada amalan dan pelaksanaan guru. Segaran a/l Appoo
(1996) telah menjalankan kajian tentang identifikasi kanak-kanak rendah kesediaan
pembelajaran di peringkat prasekolah. Khatijah Rohani (1992) mendapat pusat-pusat
pendidikan prasekolah banyak menyediakan program yang bersifat akedemik yang
membuatkan kanak-kanak tertekan dan hilang minat dalam pembelajaran. Walau
bagaimanapun, mengikut Halim (1989)), kanak-kanak yang telah mengikuti pendidikan 91
prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dan
menunjukkan pencapaian akedemik yang lebih baik semasa di Tahun 1 persekolahan.
Walau bagaimanapun Asma (2001), telah membuat kajian perlaksanaan main di tadika
Brunei. Sample kajian ialah 12 orang guru tadika dan 16 orang kanak-kanak. Kaedah kajian
ialah secara temuduga dan pemerhatian. Keputusan kajian telah mengenal pasti bahawa 60%
guru-guru tadika tidak bersetuju dengan kaedah ini. Mereka berpendapat kaedah ini tidak
memberi sumbangan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak. Pada keseluruhannya
kesemua guru tadika yang dikaji iaitu seramai 12 orang menyatakan bahawa kanak-kanak ini
perlu diajar secara formal seperti latih tubi, ulangi pelajaran setiap hari, ‘calk and talk’ dan
pengajaran secara kelas. Ini sangat penting bagi tujuan menyediakan mereka kelak ke tahun

25
satu. Aktiviti bermain cumalah mengisi masa yang terluang sahaja. Selain itu mereka
membenarkan aktiviti ini hanya sebagai alat untuk mengawal keadaan kelas yang terlalu
Kurikulum Prasekolah Kebangsaan
Pendidikan prasekolah telahpun mempunyai kurikulum yang sesuai serta strategi
pengajaran dan pembelajaran yang secocok dengan perkembangan kognitif, afektif, fizikal
dan sosial kanak-kanak.
Kurikulum bukan sahaja meliputi mata-pelajaran dan pengalaman terancang yang
berlaku dalam kelas tetapi meliputi juga semua kegiatan kebudayaan, kesenian, permainan
dan interaksi sosial yang dilakukan oleh kanak-kanak di dalam dan di luar kelas di bawah
kelolaan sekolah (Al-Tourny Al-Syaibany, 1979: Gordon and Brown, 1989).
Ling Chu Poh (1990) menyatakan kurikulum prasekolah perlu menitikberatkan
pengalaman melalui aktiviti terutama yang berbentuk permainan. Sebahagian daripada
contoh permainan itu ialah aktiviti permainan berbentuk projektif, imaginatif dan fantasi,
main peranan, tiruan, tematik dan interaktif.
Penggubalan kurikulum yang bersesuaian perlu melalui suatu pendekatan yang
bersepadu dan mengambil kira perkembangan kanak-kanak di semua bidang: fizikal, emosi, 92
sosial dan kognitif (Almy, 1975; Biber, 1984; Elkine, 1986; Forman & Kuschner, 1983;
Skeen, Garner & Cartwright, 1984; Spodek, 1985). Dalam merancang kurikulum, penekanan

26
perlu diberi kepada pembelajaran sebagai suatu proses interaktif. Guru perlu menyediakan
persekitaran untuk kanak-kanak belajar melalui penerokaan yang aktif, interaksi yang
bermakna dengan orang dewasa, kanak-kanak lain dan dengan bahan-bahan (Biber, 1984;
Fein, 1979; Fromberg, 1986; Goffin & Tull, 1985; Kamii, 1985; Lay-Dopyera & Dopyera,
1986).
Pembelajaran Kanak-Kanak Prasekolah
Seperti yang kita sedia maklum pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang
penting dalam dunia persekolahan seseorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan
pembelajaran yang berkesan , bermakna dan menyeronokkan dapat memperkembangkan
kemahiran keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki ke alam
persekolahan formal.
Justeru itu pengajaran guru yang berkesan perlu mengambil kira gaya pembelajaran
kanak-kanak. Terdapat banyak teori dan kajian tentang gaya pembelajaran kanak-kanak
prasekolah. Menurut Teori Pembelajaran Sosial (Bandura, 1977), salah satu pembelajaran
yang amat berkesan ialah melalui model atau teladan yang sesuai, jelas dan menarik. Di
peringkat prasekolah proses permodelan atau percontohan adalah amat baik untuk mencapai
matlamat yang abstrak.
Khadijah Rohani (1992) mendapati program prasekolah yang menekankan akedemik

27
menyebabkan kanak-kanak mengalami kegagalan dan kehilangan kepercayaan diri. Keadaan
ini akan menjadikan kanak-kanak tertekan, kehilangan minat belajar dan menimbulkan
masalah pembelajaran di bilik darjah. Katz (1985) menyatakan pendedahan akedemik atau
kemahiran asas kepada kanak-kanak di peringkat terlalu awal akan merosakkan
perkembangan minat belajar kanak-kanak. Pendapat ini selari dengan dapatan-dapatan dari
kajian-kajian ‘longitudinal’ yang dijalankan oleh Karnes, Schwedel dan Williams (1983);
Miller dan Bizzell (1983); Schweinhart, Weikart dan Larner (1986) dan Walberg (1984). 93
Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri
daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak. Kanakkanak perlu
bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar sebelum
mereka boleh memahami makna simbol seperti abjad dan nombor (Almy, 1975; Evans, 1984;
Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986).
Oleh itu penggunaan buku kerja, lembaran kerja, buku warna dan model yang dibina
oleh orang dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak
berumur antara empat hingga enam tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak
menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan
membuat persembahan lain-lain aktiviti seperti yang diarahkan oleh orang dewasa.
Kanak-kanak belajar melalui pengalaman membuat sendiri. Piaget (1950, 1972),
Montessori (1964), Erikson (1950), Elkine (1986) dan

28
Pendekatan pengajaran dan pembelajaran
Dalam pendidikan prasekolah, pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan,
keupayaan dan minat perlu dirancang supaya murid dapat dilibatkan secara aktif dalam
pembelajaran dan mereka mendapati bahawa pembelajaran itu adalah sesuatu yang
bermakna, berkesan dan menyeronokkan. Oleh itu Pusat Perkembagan Kurikulum (2003,ms
260) mensyorkan empat pendekatan pengajaran berasaskan konsep dan prinsip bagi
pendidikan prasekolah iaitu :

i. Pendekatan Belajar Melalui Bermain
ii. Pendekatan Bertema
iii. Pendekatan Bersepadu
iv. Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran 94
Walau bagaimanapun semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
adalah digalakkan keempat-empat pendekatan ini disepadukan.
Belajar Melalui Bermain
Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Puasat Perkembangan Kurikulum,
(2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada
murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar

29
melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran
kerana mealaui bermain mereka denagan gembira dan senang hati membuat penerokaan,
penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi.
Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk
meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar danmotor halus, serta
meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Pusat Perkembangan
Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil bermain yang mengembirakan,
melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran, melibatkan
percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan
perhatian dan kelonggoran masa bermain.
Mengikut Vygotsky (1967), “ Play is helpful in the development of language and
thougt. Mental structures are formed through the use of signs and tools and play helps in this
formation. Play also frees the child from the constrains of the real world that surround the
child. In this way play gives children greater control over situation than they would have in
reality. Children play with meanings as well as with objects as a result of being freed from
reality. They are thus allowed to engage in higher order thought processes through play.”
(Spodek. Et.al, 1989,ms 181).
Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung, 1979) menitikberatkan bermain bagi kanakkanak kerana dengan

30
bermain kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semulajadi mereka 95
di samping menyuburkan tubuh dan mengutkan otot-otot. Beliau juga menyatakan bermain
boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar.
Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan
mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu
sesuai dan berfaedah kepada perkembagan murid. Bahan konkrit, benar dan bermakna
disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi. Dan yang terpenting sekali ialah
permainan itu menarik minat dan menggembirakan murid.
Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep
pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan
kognitif. Selain itu bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga
dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal,
menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan di harap
kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan perasaan sendiri.
Kesimpulan
Kajian-kajian di atas menunjukkan bahawa terdapat berbagai-bagai pendekatan yang boleh
diamalkan oleh guru prasekolah untuk membentuk sahsiah, kemahiran sosial, perkembangan
kognitif dan afektif kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa guru perlu peke terhadap

31
perkembangan diri kanak-kanak untuk perkembangan kognitif, afektif , sosial dan emosi bagi
membolehkan guru merancang dan memilih strategi pengajarannya dengan lebih berkesan
dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran kanak-kanak tersebut. Oleh kerana peranan
amalan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengukuhkan kemahiran serta
menerapkan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak prasekolah penting, maka kajian yang
akan dijalankan ini akan difokuskan kepada pemerhatian pengajaran guru prasekolah untuk 96
melihat pendekatan-pendekatan yang dijadikan amalan mereka dalam mendidik kanakkanak.
Walaubagaimanapun, dalam pelaksanaan kaedah ini perlu pemantauan yang
berkesan daripada guru besar. Pegawai dari Jabatan Pendidikan Daerah dan Jabatan
Pendidikan Negeri, serta pegawai-pegawai lain yang terlibat sama bagi meninjau
perlaksanaan kaedah ini. Guru besar perlu meluangkan masa memantau guru-guru ini samada
melaksanakan atau tidak pendekatan tematik, dan pendekatan bersepadu selain daripada
belajar melalui bermain di laksanakan atau tidak disekolah ataupun tadika-tadika .
METODOLOGI KAJIAN
Pengenalan
Kertas projek ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain
dilaksanakan di tadika-tadika yang terdapat di daerah Melaka Tengah, Melaka.
Pengkaji akan menerangkan bagaimana pelaksanaan kajian ini dijalankan yang melibatkan

32
pemilihan subjek kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan analisis kajian.
Sampel Kajian
Sampel kajian ini ialah 10 orang guru tadika yang terdiri dari anjuran KEMAS, JAIM,
PERPADUAN, Swasta dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Taburan data seperti dalam
Jadual 1 di bawah.
Jadual 1, Sampel kajian jenis tadika dan bilangan kanak-kanak.
Nama Tadika Bilangan Guru 97
KEMAS
JAIM
PERPADUAN
Swasta
Kementerian Pendidikan Malaysia
2
2
2
2
2
2

33
JUMLAH 10
Seperti jadual di atas pengkaji telah memilih 5 buah jenis tadika . Responden
KEMAS pertama terletak di kawasan pinggir bandar. Alamat nya Tabika Al-Hakim,
Kampung Duyung, Melaka. Terdiri daripada seorang pembantu masyarakat dan seorang
pembantu. Seramai 45 orang kanak-kanak berada di tadika ini.
Responden KEMAS kedua beralamat Tabika KEMAS Suratulan KEMAS, Taman Sri
Duyung. Terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu. Tabika ini mempunyai
seramai 35 orang kanak-kanak.
Responden ketiga dan keempat ialah Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM).
Beralamat Kampung Permatang Duyung. Mempunyai 4 orang guru. Hanya dua orang sahaja
guru yang dilibatkan dalam kajian ini. Mempunyai 40 orang kanak-kanak.
Responden kelima ialah Tadika PERPADUAN. Beralamat di Taman Desa Duyung.
Terdiri daripada seorang guru dan pembantu. Jumlah kanak-kanak 30 orang.
Manakala responden keenam merupakan tadika PERPADUAN juga. Beralamat
Taman Desa Duyung. Seksyen 1. Terdiri daripada seorang guru dan pembantu. Jumlah
kanak-kanak 37 orang. 98
Responden ketujuh ialah Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Sekolah
Kebangsaan Air Molek. Mempunyai seorang guru dan seorang pembantu. Jumlah murid

34
seramai 25 orang.
Di ikuti responden kelapan dari Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu
Sekolah Kebangsaan Air Molek juga. Jumlah kanak-kanak 25 orang juga.
Responden kajian kesembilan dari agensi Swasta iaitu Tadika Al-Irsyed, No. 1,
Lorong 1, JSE B, Taman Seri, Telok Mas, Melaka. Bilangan kanak-kanak 20 orang.
Responden kajian terakhir iaitu yang kesepuluh ialah Tadika Wawasan beralamat di
Lorong Pandan, Melaka. Mempunyai 20 orang kanak-kanak di kelas tadika tersebut.
Jumlah keseluruhan responden ialah 10 orang.
Instrumen Kajian
Menurut Walker & Burnhill (1988), pengumpulan data melalui temubual boleh dilaksanakan
dalam pelbagai kajian tinjauan. Maklumat dan data ini diperolehi melalui temubual pengkaji
dengan responden. Pemerhatian juga dibuat untuk mendapatkan maklumat tambahan dan
mengukuhkan maklumat temubual. Maklumat-maklumat dan data-data tersebut dikumpulkan
sendiri oleh pengkaji dengan menggunakan borang catatan yang mengandungi soalan-soalan
kajian berkenaan.
Pengkaji telah menyediakan tiga borang soal selidik untuk tujuan mengumpul
maklumat tentang latar belakang tadika dan guru-guru, dan amalan iaitu perlaksanaan
pengajaran guru prasekolah di dalam kelas. Borangsoal selidik ini terdiri daripada borang

35
pemerhatian pengajaran dan pembelajaran, senarai semak , dan temubual .

(I) Borang Pemerhatian (Lihat Lampiran 1) 99
Borang ini mengumpul maklumat tentang amalan pelaksanaan
pengajaran merangkumi strategi pengajaran yang digunakan, kemudahan
fizikal kelas yang disediakan dan bahan bantu mengajar dan belajar yang
digunakan.
(2) Senarai Semak (Lihat Lampiran 2)
Borang ini mengumpul maklumat tentang amalan kefahaman dan
pengetahuan guru dalam aktiviti belajar melalui bermain, di samping
memahami perkembangan kanak-kanak, minat dan keperluan mereka dan
bahan bantu mengajar yang digunakan.
(3) Borang Temu Bual Dengan Guru Tadika (Lihat Lampiran 3)
Borang ini mengumpul maklumat tentang persediaan dan
perancangan, tempoh waktu aktiviti belajar melalui bermain, pendapat ibu
bapa melalui guru tadika dan kos bahan bantu mengajar yang melibatkan
aktiviti main dan belajar.
(4) Borang latarbelakang guru (Lihat Lampiran 4)

36
Ini merupakan borang latarbelakang dan maklumat tambahan bagi pengkaji
dalam kajian ini.
Prosedur kajian
Dalam tempoh lawatan, pengkaji telah menjalankan perkara-perkara berikut iaitu (i)
memberi penerangan tentang prosedur kajian kepada responden yang terlibat, (ii)
menemubual guru tadika bagi mengumpul maklumat tentang latarbelakang tadika dan guruguru tadika
tersebut dan (iii) menjalankan pemerhatian pengajaran guru untuk melihat 100
strategi pengajaran guru, bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dan kemudahan
fizikal bilik darjah.
Selain itu kebenaran telah diperolehi dari Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah
yang terlibat. Setelah itu, hubungan yang baik antara pihak sekolah dengan pengkaji
terutama guru dan kanak-kanak supaya mereka selesa dengan kehadiran pengkaji.
Pemerhatian dalam kelas
Pemerhatian dilakukan semasa kanak-kanak melalui proses belajar melalui bermain dalam
kelas. Pemerhatian dalam konteks kajian ini membolehkan pengkaji mengesan perkaraperkara yang
mungkin dianggap kebiasaan bagi mereka yang terlibat. Oleh itu, setiap
tingkahlaku kanak-kanak dan perbualan mereka semasa melakukan aktiviti belajar melalui
bermain perlu dicatatkan selepas dibuat pemerhatian.
Temubual dan soal selidik

37
Temu bual dan soal selidik merupakan satu keperluan dalam kajian kualitatif. Melalui cara
ini, pengkaji dapat gambaran yang mendalam tentang sesuatu situasi, disamping menjelaskan
lagi perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dalam kajian ini,
gambaran tentang belajar melalui bermain boleh diperolehi melalui temubual.
Soalan temubual dan soal selidik telah disediakan oleh pengkaji berdasarkan pengalaman
mengajar, buku-buku rujukan dan rakan sejawat yang mengajar prasekolah.

Walau

bagaimanapun, temubual biasanya bergantung kepada jawapan yang diberikan oleh subjek
kajian. Temubual dan soalselidik biasanya dilakukan selepas kelas.
Analisis data
Maklumat dan data hasil temubual guru dan pemerhatian pengajaran guru di bilik darjah di
buat secara diskriptif. Oleh itu, dapatan-dapatan kajian dipersembahkan secara kualitatif. 101
ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN
Dalam bab ini pengkaji akan membuat analisis tentang data-data yang telah dikumpul hasil
daripada temu bual dengan guru-guru tadika yang terlibat dalam pengajaran dan pemerhatian
pengajaran guru di kelas. Data-data yang diperolehi dari kelima-lima tadika tersebut
dianalisis mengikut kategori : latar belakang tadika Prasekolah, persepsi guru tentang faedah
belajar melalui bermain, teknik-teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran
di tadika, masalah yang dihadapi oleh guru untuk melaksanakan kaedah belajar melalui

38
bermain, dan mengenalpasti kesesuaian latihan yang diperolehi oleh guru-guru.
Persepsi guru tentang kefahaman dan faedah belajar melalui bermain
Pengkaji telah meninjau mengenai persepsi guru tentang faedah belajar melalui bermain.
Analisis jawapan menunjukkan bahawa 7 orang guru faham tentang main sambil belajar dan
3 orang guru sederhana faham . Hal ini dapat ditunjukkan melalui Jadual Graf 2.
Kebanyakkan guru (70 peratus) mengatakan faham tentang pendekatan belajar melalui
bermain. Manakala 30% guru sederhana faham. Ini menunjukkan guru-guru faham tentang
faedah dan kepentingan belajar melalui bermain.
Jadual 2 102
0
1
2
3
4
5
6
7
O

39
R
A
N
G
Sangat Faham Faham Sederhana
Persepsi guru tentang kefahaman dan faedah belajar melalui bermain
Sehubungan dengan itu apabila ditemubual , tiga orang di antara mereka mengatakan mereka
faham dan merancang aktiviti melalui aktiviti kumpulan, tiga di antara mereka pula membuat
perancangan belajar melalui bermain melalui kaedah bertema, dua responden lagi melalui
aktiviti kelas dan yang akhir sekali mengatakan melalui pengetahuan sedia ada kanak-kanak.
Sebaliknya pada pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji , didapati aktiviti belajar
melalui bermain tidak dijalankan, lapan tadika yang dikaji didapati kanak-kanak
menjalankan aktiviti di dalam buku kerja yang disediakan mahupun lembaran kerja yang
aktivitinya mewarna, hanya dua tadika sahaja yang 3 orang kanak-kanak nya bermain itu pun
mereka tidak mengendahkan aktiviti bersama guru iaitu menulis nombor empat di dalam
buku aktiviti. Tadika seterusnya di mana kanak-kanak dibenarkan bermain hanya setelah siap
menjalankan tugasan yang diberi kepada mereka.

40
Seterusnya pengkaji dapati persepsi ibu bapa melalui pandangan guru tentang kaedah
belajar melalui bermain adalah sederhana faham. Di sini cabaran yang di hadapi iaitu lapan
tadika mengatakan ibu bapa faham, tetapi rungutan di belakang meyatakan rasa tidak selesa 103
dengan belajar melalui bermain yang telah dipraktikan di tadika anak-anak mereka. Hanya di
dua tadika sahaja menyatakan ibu bapa tidak bersetuju dan mahukan anak-anak mereka
belajar dan cepat membaca.
Ini dapat diperjelaskan lagi dalam carta pie di bawah di mana masa yang digunakan
disetiap tadika bagi amalan biasa ialah rutin 20%, pengurusan kelas 30% dan pengajaran
kelas 50 %. Ini amalan dan pelaksanaan biasa yang dijalankan walaupun terdapat sekali
sekala aktiviti kumpulan tetapi menjalankan aktiviti yang sama di mana kedudukan murid
sahaja dalam kumpulan yang berlainan.
Jadual 3
pengajaran
kelas
50%
pengurusan
kelas
30%

41
rutin
20%
pengajaran
kelas
pengurusan
kelas
rutin
Pengajaran dan pembelajaran di tadika
Walaupun hakikatnya mereka memahami perkembangan kanak-kanak, minat mereka dan
keperluan kanak-kanak, tetapi pemerhatian pengkaji mendapati pengajaran kelas secara
formal seperti murid tahun satu ataupun tahun dua.
Masalah guru menjalankan aktiviti belajar melalui bermain 104
Pengkaji telah meninjau dan membuat pemerhatian tentang pelaksanaan guru tentang kaedah
belajar melalui bermain. Dalam masalah guru melaksanakan kaedah belajar melalui bermain
pengkaji dapati strategi pengajaran dan pembelajaran masih bertumpu kepada aktiviti
menyebut, mengeja, membaca, menulis, melukis dan mewarna. Perbezaan strategi
pengajaran guru KEMAS, JAIM, PERPADUAN , KPM, DAN SWASTA terdapat pada
pendekatan yang digunakan dalam pengajaran, bentuk rancangan pelajaran yang disediakan

42
dan interaksi guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.
Carta Bar di bawah menerangkan kefahaman guru di mana menguasai dan memahami
perkembangan dan minat kanak-kanak disamping keperluan mereka.
Jadual 4
0
1
2
3
4
5
6
7
8
O
R
A
N
G

43
K.Faham Sederhana Faham S.Faham
Perkembangan
kanak-kanak
Minat sebelum
bina bahan
Keperluan kanakkanak
Kefahaman guru tentang perkembangan, minat dan kepeluan kanak-kanak
Terdapat 20% guru kurang faham tentang perkembangan kanak-kanak, 10% sederhana, 60%
faham dan 10% sangat faham. Tentang minat kanak-kanak pula sederhana faham 20%, 70%
faham dan 10% sangat faham. 105
Jelas ini menunjukkan kefahaman guru-guru tentang kanak-kanak tetapi bila
peringkat amalan pelaksanaan nya guru-guru tidak menjalankkannya kerana menghadapi
beberapa masalah.

Jadual 5
Faham
60%
2

44
S.Faham
20%
Sederhana
20%
6
2
Sederhana
Faham
S.Faham
Faedah Bahan Bantu Mengajar
Gambarajah di atas menunjukkan tahap kefahamn guru tentang bahan bantu
mengajar yang boleh memberi faedah kepada kanak-kanak dalam pelaksaan aktiviti belajar
melalui bermain ini. 60% guru faham. 20% guru sangat faham dan 20% guru sederhana
faham tentang kepentingan bahan bantu mengajar.
Dapatan kajian menujukkan walaupun 60% faham dan 20% sangat faham dalam
penggunaan bahan bantu mengajar tetapi mereka tidak dapat melaksanakannya, ini
disebabkan ada beberapa faktor seperti kekeruangan peralatan, kewanagan yang tidak
mencukupi, ruangan kecil di mana murid terlalui ramai, bahan juga tidak mencukupi dan

45
guru kurang latihan dalam pendekatan ini. 106
Latihan yang diperolehi oleh guru dalam pelaksanaan tentang kaedah belajar melalui
bermain
Pengkaji telah meninjau dan membuat pemerhatian tentang tugas-tugas guru dalam
melaksanakan aktiviti pembelajaran di bilik darjah. Hasil tinjaun menunjukkan bahawa
guru-guru menghadapi masalah untuk melaksanakan tugas-tugas yang bersabit dengan
aktiviti ini.
Bersabit dengan tugas-tugas melaksanakan aktiviti ini, pengkaji menemui faktor
utama masalah guru-guru dalam menjalankan aktiviti belajar melalui bermain. Mereka
kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menyampaikan aktiviti belajar melalui
bermain. Menurut nereka lagi, masalah ini berpunca daripada perkembangan yang pesat
dalam pendidikan prasekolah. Guru-guru yang ditemubual mengatakan mereka berkeyakinan
bahawa masalah yang dihadapi ini boleh diatasi jika mereka diberi peluang mengadakan
perbincangan pendidikan dengan pakar-pakar, pentadbir dan penyelidik pendidikan
prasekolah.
Menyentuh hal tersebut, pengkaji mendapat maklumat daripada guru-guru yang
mengatakan terdapat beberapa perkara penting berkaitan dengan masalah kekurangan
pengetahuan dan kemahiran iaitu:

46
a) kurang faham dengan pendekatan dan cara-cara penyampaian aktiviti,
b) kurang yakin dengan pengajaran,
c) kurang memahami psikologi kanak-kanak,
d) kurang mahir membuat alat bantu mengajar,
e) kurang faham dengan kurikulum prasekolah kebangsaan, dan
f) kesukaran membuat pemerhatian dan penilaian ke atas kanak-kanak.
Walaubagaimanapun, pengkaji mendapati bahawa guru-guru berupaya menjalankan
aktivit-aktiviti dengan lancar dan berkesan walaupun tidak menampakkan
pembaharuan dan ciri-ciri kekratifan dalam penyampaian aktiviti yang dijalankan. 107
Pengkaji juga dapat melihat bagaimana guru-guru yang berpengalaman menunjukkan
kematangan dan kemahiran menjalankan aktivit. Melalui pemerhatian juga didapati
guru yang berumur boleh mengawal tingkahlaku kanak-kanak yang lebih baik
berbanding dengan guru-guru yang baru dan lebih muda.
Jadual 6
0
0.5
1
1.5

47
2
2.5
3
3.5
4
O
R
A
N
G
K.Faham Sederhana Faham S. Faham
Intergrasi enam komponen bidang pengalaman dalam kaedah belajar melalui bermain
Graf di atas menunjukkan kefahaman guru untuk mengintergrasikan belajar melalui
bermain dalam semua bidang pengalaman iaitu Perkembangan Bahasa, Perkembangan
Fizikal, Perkembangan Kognitif, Perkembangan Kerohanian dan Moral Perkembangan
Sosioemosi dan Perkembangan Estetika Dan Daya Kreatif. 10% guru kurang faham, 30%
guru sederhana faham, 40% menunjukkan faham dan 20% menunjukkan sangat faham. 108
Kesimpulan

48
Berdasarkan dari keputusan dapatan kajian yang telah dibuat kebanyakan sampel
menyatakan bahawa semua guru menyedari betapa pentingnya belajar nelalui bermain
dilaksanakan dan pengajaran dan pembelajaran di prasekolah.
Masalah yang paling ketara dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain
ialan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang dibekalkan mestilah selari dan
bersesuaian dengan permainan dan konsep yang perlu melibatkan keenam-enam komponen
iaitu komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi, Perkembangan Kognitif,
Perkembangan Fizikal, Perkembangan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Kreativiti dan
Estetika dan Perkembangan Sosioemosi.
Boleh dikatakan guru-guru prasekolah memahami dan berpengalaman dalam
pengurusan dan pengendalian tadika, tetapi bahan bantu mengajar tidak mencukupi. Mereka
boleh menggunakan bahan terbuang tetapi ia bergantung kepada kreativiti guru sendiri dalam
mengolah bahan tersebut. Bahan-bahan seperti kotak tisu, kotak mancis, cawan plastik, botol
plastik, tin susu, bekas telur, daun kering dan lain-lain lagi boleh digunakan sebagi bahan
bantu mengajar yang menjadi pemangkin dalam kaedah belajar melalui bermain.
Walaubagaimanapun usaha ini menjadi sia-sia sahaja jika tiada strategi yang tepat dan betul.
Sebagai rumusannya, para guru telah mengetahui tugas-tugas menjalan dan
menyampaikan aktiviti ini walaupun tidak sepenuhnya. Mereka merasakan tetap bermasalah

49
untuk bertugas kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran.

109
PENUTUP DAN PERBINCANGAN
Pendahuluan
Perbincangan dalam bab ini akan merumuskan hasil kajian berpandukan kepada aspek-aspek
utama yang telah diperolehi dalam dapatan kajian. Huraian-huraian akan tertumpu kepada
perkara-perkara penting seperti berikut:
a. Persepsi guru tentang faedah belajar melalui bermain,
b. teknik-teknik atau amalan yang digunakan oleh guru-guru tadika
dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran,
c. Masalah yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan aktiviti
kaedah belajar melalui bermain .
d. Mengenalpasti mengenai kesesuaian latihan dan kursus yang
diperolehi oleh guru.
a.

Persepsi guru tentang faedah belajar melalui bermain

Pendidikan tadika adalah peringkat pendidikan yang paling awal bagi kanak-kanak, selepas
pendidikan yang diperolehi daripada keluarga. Oleh sebab itu, guru tadika haruslah

50
memikirkan strategi-strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak. Dalam usaha
mengajar kanak-kanak itu, guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik semata-mata
tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak harus dibebankan
dengan aktiviti-aktiviti kelas yang terlalu berat dan rigid kerana ia boleh menghilangkan
minat mereka untuk belajar. Salah satu strategi pengajaran yang difikirkan sesuai bagi
peringkat kanak-kanak prasekolah ialah belajar melalui bermain .
Sehubungan dengan itu tugas-tugas menyampaikan aktiviti ini memerlukan
kepakaran. Aktiviti yang dijalankan perlulah mempunyai perancangan yang perlu disediakan.
Ini sesuai dengan pendapat Mc Cutcheon (1990) bahawa persediaan yang telah dirancang
perlu dilaksanakan oleh guru dengan sempurna dan teratur. 110
Berhubungkait dengan kajian ini, didapati tujuh daripada 10 orang guru faham
kepentingan belajar melalui bermain dan 3 orang sangat faham. Ini menunjukkan mereka
berkemahiran dalam tugasan mereka, tetapi bila dapatan kajian melalui pemerhatian yang
dibuat di kelas tadika yang menjadi subjek kajian, dapatan aplikasinya kaedah tersebut tidak
dijalankan kerana beberapa sebab dan alasan dan di antaranya ialah murid terlalu ramai dan
tidak cukup ruang untuk menjalankan sesuatu aktiviti misalnya 45 orang kanak-kanak dan
tiada pembantu untuk membantu guru melaksanakan aktiviti beljara melalui bermain yang
memrlukan pembantu membantu guru.

51
b. Teknik-teknik atau amalan yang digunakan oleh guru-guru tadika dalam
aktiviti pengajaran dan pembelajaran
Sehubungan tentang teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran telah dapat menyaksikan
guru-guru masih kurang menjalankan kaedah belajar sambil bermain, sedangkan belajar
sambil bermain berperanan menyuburkan lagi perkembangan kanak-kanak (Robinson, 1977).
Ini jelas dapat diperlihatkan dalam perkembangan motor di mana dengan adanya
keseimbangan dan pergerakan badan dalam satu-satu aktiviti akan membolehkan kanakkanak itu
melahirkan perasaan mereka dengan cara yang paling optima.
Seperti yang telah diperjelaskan guru perlulah peka dengan minat, keperluan dan
memahami perkembangan kanak-kanak bagi mempermudahkan untuk merancang sesuatu
aktiviti contohnya aktiviti belajar melalui bermain. Ada di antara guru yang baru
menyatakan sukar bagi mereka untuk memikirkan tentang kaedah-kaedah bagaimana hendak
menjalankan aktiviti kanak-kanak di samping bagaimana untuk memperkembangakan
seluruh potensi mereka.
Dapatan kajian juga menyokong fakta di atas di mana mereka memahami minat
kanak-kanak, keperluan kanak-kanak dan mempelajari dan mengetahui perkembangan
mereka, tetapi di peringkat aplikasi sukar untuk dilaksanakan kerana faktor-faktor
kebolehan guru itu sendiri menguasai pengetahuan, teori pengajaran dan pembelajaran dan 111
aplikasikannya di samping sikap ibu bapa yang telah hilang kepercayaan akibat ativiti belajar

52
melalui bermain yang bagi mereka hanya membuang masa sahaja.
c. Masalah yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan aktiviti kaedah belajar
melalui bermain .

Dapatan kajian menunjukkan ada di antara mereka masih kurang faham Huraian Kurikulum
Prasekolah Kebangsaan 2003. Mereka menghadapi kesukaran untuk menentukan kebolehan
mental dan fizikal murid. Mereka juga sukar menentukan apakah jenis aktiviti tahap
pelajaran yang hendak dijalankan supaya menjadi lebih berkesan.
Turut dikenalpasti ialah masalah yang berkaitan dengan penyediaan bahan
pengajaran. Didapati isi kandungan buku aktiviti oleh panel tadika masing-masing perlu
disesuaikan dengan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan tahap umur dan
pencapaian kanak-kanak. Ini pula menyebabkan kesukaran guru mengenal pasti tahap-tahap
pencapaian kanak-kanak seperti menentukan hasil pembelajaran tersebut.
Masalah juga timbul untuk menyediakan peralatan dan keselesaan kanak-kanak
beraktiviti belajar melalui bermain. Masalah ini berpunca daripada tempat belajar yang sering
digunakan untuk majlis dan upacara kemasyarakatan. Ini mengakibatkan keceriaan sekolah
tidak dapat dibentuk mengikut matlamat tadika yang sebenarnya. Menurut Hussein Ahmad
(1987) terdapat banyak kelas atau bangunan di mana kelas ini dijalankan tidak begitu selesa

53
dan kurang menggalakkan dari segi pembelajaran kanak-kanak tabika. Contohnya, terdapat
sebahagian tadika yang begitu sempit, tandas yang tidak sesuai dan tiada pagar yang sesuai
untuk keselamatan kanak-kanak.
Pada amnya mereka masih kekurangan kemahiran menyoal, mengarah, menilai dan
membuat ‘dendaan’. Ini penting kerana seseorang guru prasekolah seharusnya mempunyai
kemahiran mengendalikan kelas di samping menjadi pembombing, penasihat, pengajar,
pentadbir, iu dan lain-lain lagi kepada kanak-kanak ini. 112
Mengenai proses penyampaian aktiviti, masalah yang ditimbulkan berkisar kepada
penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan boneka, model-model, doh serta bahan
lakonan kurang dititik beratkan. Perkara yang menjadi punca masalah adalah disebabkan
kurang kemahiran, kurang peruntukan membiayai pembuatan bahan dan peralatan. Ini
dikuatkan lagi dengan faktor sikap yang negatif di sesetengah kalangan guru tersebut.
Berkaitan dengan penilaian, jelas terbukti bahawa kemahiran pengukuran dan
penilaian di kalangan guru-guru masih di tahap asas. Konsep penilaian yang melibatkan
pemerhatian, temuduga, ujian dan persepsi masih belum difahami sepenuhnya oleh
sesetengah guru-guru. Umumnya kemahiran pengurusan mikro di kalangan guru-guru masih
ditahap yang minima.
Seterusnya, masalah tentang hubungan ibu bapa dan guru telah dapat dikesan.

54
Walaupun tidak timbul masalah peribadi tetapi wujud masalah keyakinan ibu bapa terhadap
kewibawaan guru-guru yang mengajar dan mendidik anak-anak mereka. Di pihak guru pula
mempunyai masalah yang berkaitan dengan kurangnya peranan dan daya usaha ibu bapa
dalam menangani proses pendidikan anak-anak mereka untuk lebih berjaya dan maju.
d. Mengenalpasti mengenai kesesuaian latihan dan kursus yang diperolehi oleh
guru.
Guru memainkan peranan dalam mencetak atau melahirkan individu yang baik, berguna dan
bersepadu. Mereka merupakan jambatan atau agen langsung yang mendidik kanak-kanak.
Oleh itu guru memerlukan latihan seperti kursus atau bengkel yang sesuai dengan falsafah
dan matlamat pendidikan prasekolah amnya.
Beberapa kursus dan bengkel dicadangkan untuk meningkatkan pengetahuan dan
kemahiran guru-guru. Latihan yang perlu ialah mengenai pemahaman kurikulum, kaedah
pengajaran dan pembelajaran, pengurusan pengajaran mikro, psikologi perkembagan kanakkanak,
pengukuran dan penilaian, pengurusan tingkah laku kanak-kanak dan membina dan
menggunakan bahan bantu mengajar. 113
Selain itu guru-guru tadika perlu mahir dalam pengajaran mikro termasuk menentu
dan memilih objektif, bahan-bahan pengajaran, kaedah mengajar, ukuran-ukuran pencapaian
dan penilaian, tindak balas kanak-kanak dan kawalan bilik darjah.
Di samping itu mereka berperanan menerapkan nilai-nilai murni dan bersepadu

55
semasa di dalam bilik darjah. Di sini jelas menunjukkan bahawa seseorang guru tadika
mempunyai persediaan perasaan dan sikap yang positif. Ini penting bagi mempengaruhi
pembentukan dan pengembangan anak-anak muridnya. Tambahan pula harapan ibu bapa
dan masyarakat sekitar terhadap tadika begitu tinggi bagi mendapatkan pendidikan yang
sempurna.
a) Guru Tadika perlu memahami dengan secukupnya Falsafah Pendidikan Negara,
hasrat yang dikandunginya dan matlamat yang ditujuinya. Kefahaman perlu diiringi dengan
kesedaran serta keinsafan, amalan dan penghayatan. Mereka harus mendokong penuh paksi
pendidikan iaitu paercaya dan patuh kepada Tuhan.
b) Guru Tadika perlu menghayati konsep bersepadu yang meletakkan ilmu dan
amal dalam satu kesatuan kental yang menjalinkan antara rohani, akal dan jasmani dalam diri
supaya wujud keselarsan, keseimbangan, keserasian dan keharmonian.
c) Guru tadika adalah pencinta ilmu yang mahukan pengetahuan yang berterusan. Ia
merupakan gedung ilmu bagi kanak-kanak, pencetus serta pemupuk semangat belajar dalam
diri anak-anak didiknya.
d) Guru Tadika perlu memastikan ilmu yang disampaikan kepada murid-muridnya
menemui bukti-bukti jelas dan kebenaran. Guru Islam perlu mendidik dan mengingatkan
manusia hendaklah bersih, ikhlas dan jujur kerana takutkan Allah. Perlu disedari bahawa

56
tanggungjawab mengajar adalah amanah Allah yang wajib kita laksanakan. 114
e) Guru Tadika perlu menampilkan diri sebagai keibubapaan(parenting) kepada muridmuridnya. Mereka
kaya dengan kasih sayang, menjaga dan prihatin terhadap perkembangan
kanak-kanak. Justeru itu akan terbentuk hubungan harmonis yang dilimpahi dengan ciri
hormat, taat, kasih sayang dan keberkatan.
f) Guru Tabika adalah model yang hampir dengan anak didik. Guru
menjadi suri teladan yang baik kepada mereka. Ini dimanifestasikan pada budi bahasa,
penguasaan bahasa yang baku, kesempurnaan kerja, rupa diri, kesesuaian pakaian, amanah,
rajin dan cekap bekerja.
g) Guru Tabika perlu mempertingkatkan penguasaan dan menjiwai Bahasa Malaysia
sebagai bahasa ilmu.
Rumusan kajian
Adalah suatu tanggapan yang salah sekiranya mengatakan bahawa pendidikan prasekolah
hanya sebagai tempat bermain dan mengisi masa lapang kanak-kanak sebelum memasuki
alam persekolahan formal. Sewajarnya pendidikan prasekolah merupakan satu keperluan
untuk semua kanak-kanak. Di sini ia menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara
menyeluruh serta membolehkan kanak-kanak itu mendapatkan kemahiran prabaca,
pramenulis dan pranombor. Melaui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, mereka akan melalui
proses pembelajaran di samping dapat memenuhi naluri ingin tahu, mengukuhkan koordinasi

57
motor kasar dan motor halus di semua bahagian anggota badan, menggunakan daya kreatif,
memupuk semangat bergaul, mengukuhkan sifat hormat menghormati dan berdisiplin serta
membina keyakinan diri.
Sehubungan itu pendidikan prasekolah merupakan satu sistem pendidikan yang
separuh formal di mana proses pembelajaran tidak berlaku secara ‘rigid’ dengan terpaksa
mengikut sukatan pelajaran, menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang tetap
dan khusus serta menghadapi peperiksaan sebagai penilaian kemajuan mereka. Sebaliknya
pendidikan prasekolah mempunyai strategi pengajaran dan pembelajaran yang sering 115
berubah mengikut keperluan, lebih kepada membuat aktiviti bermain di dalam dan di luar
kelas yang mengembirakan di samping pada masa yang sama kanak-kanak dapat
berkembang dari segi psikomotor, kognitif dan afektif.
Jelas menunjukkan terdapat satu ‘keistimewaan’ dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran pendidikan prasekolah berbanding dengan persekolahan formal di tahap satu.
Keistimewaan ini memerlukan perancangan yang banyak bergantung kepada daya kreativiti,
imaginasi serta usaha yang dijalankan oleh guru bahawa bermain di kalangan kanak-kanak
adalah kehendak tabii dalam diri mereka, maka konsep belajar melalui bermain’ di beri
penekanan sebagai kunci pembelajaran dan pengajaran.
Guru-guru tadika sewajatnya peka dengan perbezaan individu untuk menguasai

58
konsep atau sesuatu pengetahuan. Mereka perlu menyedari bahawa kanak-kanak datang dari
pelbagai latar belakang dan sosio budaya, suasana rumahtangga, keadaan fizikal dan
kedudukan sosio ekonomi.
Implikasi kajian dan saranan
Jelas di sini menunjukkan bahawa kepentingan aktiviti belajar melalui bermain. Bagi kanak –
kanak berumur 5 hingga 6 tahun. Mereka berpendapat bahawa kanak – kanak yang berada di
tahap ini adalah perlu belajar menulis, mengira dan membaca. Walaupun cara pemegangan
pensel masih tidak betul, tetapi yang paling penting adalah tahu mengira, menulis dan
membaca. Selain itu, juga didapati bahawa guru – guru adalah sederhana memahami
perkembangan kanak – kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Ini akan menimbulkan
masalah semasa menyediakan aktiviti untuk kanak – kanak. Seterusnya, didapati juga
bahawa guru adalah sebagai pemerhati apabila kanak – kanak melakukan aktiviti. Mereka
tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Ini akan menjadikan kanak – kanak kurang aktif
dalam aktiviti yang disediakan oleh guru. Guru juga akan memanggil kanak – kanak lain atau
memberi bantuan segalanya kepada kanak – kanak yang bermasalah apabila melakukan
sesuatu aktiviti. Guru tidak hanya memberi tunjuk ajar sahaja, tetapi memberi jawapan terus
kepada mereka. 116
Tetapi, dari kajian ini juga, didapati bahawa guru adalah memahami keperluan kanak

59
– kanak. Tetapi, mereka hanya tidak mencari satu cara yang dapat memenuhi kesemua
keperluan kanak – kanak. Selain itu guru juga memahami tentang bahan bantuan mengajar
yang boleh memberi faedah kepada kanak – kanak dan guru juga faham akan minat kanak –
kanak. Ini telah menunjukkan bahawa guru – guru yang diperhatikan adalah memahami akan
kanak – kanak yang mereka ajar.
Persoalan penting yang wujud adalah adakah guru sanggup atau mempunyai masa
yang banyak dalam sehari untuk menyediakan aktiviti belajar melalui bermain yang
memerlukan masa yang panjang untuk membuat persediaaan.
Menurut Kathleen Manning, beliau telah menyatakan bahawa guru memainkan
peranan secara aktif dan teliti semasa merancang, melaksana, mengelola, mengendali dan
membimbing kanak-kanak di dalam aktiviti main. Tetapi, apa yang didapati melalui kajian
adalah guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati sahaja. Mereka tidak melibatkan
diri mereka secara langsung dalam aktiviti yang disediakan. Jelas di sini menunjukan bahawa
sebagai seorang perancang, guru prasekolah bertanggungjawab menyediakan persekitaran
yang memberangsangkan dan berkesan sesuai dengan peringkat umur kanak – kanak.
persekitaran yang disediakan seharusnya dapat membantu perkembangan kanak – kanak di
dalam semua aspek perkembangan. Persekitaran adalah suatu sistem kehidupan yang berubah
– ubah. Tetapi, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa guru tidak mengambil berat

60
langsung dalam persekitaran semasa menjalankan aktiviti. Mereka hanya merancangkan
aktiviti yang boleh “dimuatkan” dalam persekitaran yang sedia ada.
Tetapi, guru – guru yang diperhati adalah memahami dan boleh menggunakan alat
bantuan mengajar (ABM) yang sesuai untuk kanak – kanak. Pemilihan bahan bantu mengajar
adalah penting, jika salah memilih nya, maka aktiviti yang dijalankan menjadi sia – sia
sahaja. 117
Secara ringkasnya, bolehlah dikatakan guru-guru yang mempunyai kelayakan
akademik dalam pendidikan awal kanak-kanak lebih memahami strategi belajar melalui
bermain yang sepatutnya dijalankan berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai
kelayakan akademik.
Cadangan- cadangan untuk insan guru prasekolah
1. Guru perlu lebih aktif dan kreatif
Guru menggunakan bahan terbuang dalam membuat bahan Bantu mengajar yang mudah
didapati dipersekitaran. Ianya menjimatkan kos dan kanak-kanak lebih biasa dengan bahan
tersebut. Selain itu, guru perlu membuat persediaan awal dalam membuat perancangan
aktiviti, supaya pemilihan bahan bantu mengajar untuk sesuatu aktiviti dapat membantu
kanak-kanak untuk mencapai tahap perkembangan mereka.
2. Guru mesti melibatkan diri bersama-sama dengan kanak-kanak

61
Aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak mestilah mendapat perhatian dari guru.
Maksudnya, guru bukan berfungsi sebagai pengarah tetapi lebih kepada pembimbing.
Mereka mesti ada bersama-sama kanak-kanak dalam semua aktiviti yang dijalankan untuk
memastikan kanak-kanak membuat aktiviti Belajar Melalui Bermain mencapai objektif
yang diharapkan.
3.

Guru perlu menyertai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.

Bagi memastikan guru lebih memahami konsep belajar melalui bermain , guru perlu
didedahkan dengan pelbagai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak.
Konsep pendidikan secara tradisional dapat digantikan dengan konsep belajar melalui
bermain jika sekranya kaedah tersebut dapat memberi kefahaman yang lebih jelas
kepada guru.
4.

Peranan majikan yang lebih berkesan 118

Bagi tadika swasta, majikan tidak sepatutnya mementingkan keuntungan semata-mata.
Mereka perlu peka dengan keperluan guru mereka semasa menyediakan bahan bantu
mengajar supaya dapat disesuaikan dengan konsep belajar melalui bermain .
5. Kesediaan guru prasekolah terhadap pendidikan awal kanak-kanak
Guru prasekolah yang dipilih seharusnya dari mereka yang memang meminati bidang
pendidikan awal kanak-kanak. Secara tidak langsung, mereka akan sentiasa bersedia untuk

62
memahami sebarang keperluan dan perkembangan diri kanak-kanak dari masa ke semasa
tanpa paksaan. Dengan ini, mereka akan lebih melibatkan diri secara lebih aktif untuk
membantu kanak-kanak dalam aktiviti Belajar Melalui Bermain .
Penutup
Di peringkat prasekolah, tumpuan pendidikan kepada kesediaan belajar. Aktiviti yang
dijalankan berpandukan konsep belajar melalui bermain iaitu proses pembelajaran secara
tidak formal tetapi berstruktur, terancang dan ada tujuan tertentu. Unsur mudahubah atau
‘fleksible’ ditegaskan semasa menjalankan aktiviti prasekolah. Belajar melalui bermain ,
memainkan peranan penting dalam memupuk perkembangan dan penyuburan individu secara
menyeluruh dan seimbang.
Guru-guru prasekolah hendaklah merancangkan aktiviti supaya kanak-kanak dapat
belajar dalam suasana yang selesa, sihat dan gembira. Menerusi permainan, kanak-kanak
dapat menyiasat benda-benda, mencipta, meruntuh dan membina.
Selain itu, secara tidak langsung mereka mempelajari berbagai-bagai kemahiran seperti
kemahiran sosial, bahasa dan berfikir disamping menggalakkan pertumbuhan rohani dan
jasmani. 119
RUJUKAN
Azizah Lebai Nordin. 1995. Pengaran Pembelajaran Prasekolah.

63
Masalah Pendidikan 19, 11-25
Atan Long. 1969/70. “Masalah Kelemahan Pelajaran Bacaan di Sekolah
Kebangsaan dan Cadangan Mengatasinya’. Masalah Pendidikan. Vol.2, No.1.
September 1969/70, 288-297
Almy, M. 1984. A child right to play.In J.F. Brown (ED).Administrating
for young children. Washington: NAEYC.
Anne G. Dorsey & Dorothy June Sciarra.1997. A child care center.
Delmar Publishers. Washington.
Bongtsson, A. 1970. Environmental planning for children’s play London:
Crosby Lockwood & Son Ltd.
Carol E. Catron & Jan Allen.1992. Early Childhood Curriculum A
Creative-Play Model. Merrill. New Jersey, Columbus, Ohio.
Cosby S. Rogers and Janet K. Sawyer, 1834. Play in The Lives of
Children,National Association for the Education of Young Children, Connecticut
Avenue, N. W. Washington.
Fagen R.1981. Animal Play Behaviour, Oxford University Press.
Fatimah Salleh,Khadijah Zon dan Zurida Ismail.1993/94. Kurikulum
Pendidikan Awal : Ke Arah Pendidikan Holistik. Pendidik dan Pendidikan 12, 33-44

64
Halimah Abdul Rahman. 1994. Pengajaran Bertema di Pusat Prasekolah. Kuala Lumpur.
Fajar Bakti Sdn. Bhd. 120
Kathy H. Barclay & Camille Brenheny .1993. Letting the Children Take
Over More Of Their Own Learning: Collaborative Research in the Kindergarten
Classroom.
Katz, L.C. 1987. Early Education:What Should Young Children Be
Doing? In Kagan, S & Zigler, E. 1987. Early Childhood: The National Debate: Yale
University Press.
Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Huraian Kurikulum Prasekolah
Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka
Lilian G. Katz. 1984. The Professional Early Childhood Teacher, Young
Education.
Margaret Lay-Dopyera & John Dopyera. 1993. Becoming a teacher of
young children. Graw-Hill Book Co.New York.
Nani Menon & Mohd. Sharani & Rohani Abdullah. 2003. Panduan
kurikulm prasekolah. Cergas (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur.
Rohaty Mohd Majzub.1989.Beberapa dimensi pendidikan prasekolah
menjelang abad ke-21 dan selepasnya’. Aliran dan awalan pendidikan menjelang

65
abad ke-21. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Problem-Finding and Solving in Play: The Teacher’s Role by Deborah W.
Tegano, Janet K. Sawyers and James D. Moran, III Creative Problem
Solving Through Music Activities by Randy Hitz.
Spodek.B. (ed). 1983. Handbook of Research in Early Childhood Education. New York:
The Free Press.

PERMAINAN TRADISIONAL

MAIN ACI DUDUK

Peringkat Usia

:

6 tahun ke atas

Bilangan Pemain

:

Antara 4 hingga 8 orang

Tempat bermain

:

kawasan lapang

Peralatan

:

Tiada

Kaedah dan peraturan permainan :
1.

Dengan membuat undian , seorang pemain akan menjadi pengejar.

66
2.

Pengejar akan cuba mengejar dan menangkap pemain – pemain yang lari
berkeliaran di kawasan lapang tersebut.

3.

Pemain yang mendapati dirinya hampir kena tangkap oleh pengajar boleh
menyelamatkan dirinya dengan duduk bercangkung.

4.

Pengejar tidak dibenarkan mengejar dan menangkap pemain tersebut sehingga
ia diselamatkan oleh pemain lain.

5.

Pemain –pemain lain boleh menyelamatkan pemain tersebut (yang sedang
bercangkung) dengan menyentuhnya. Pemain yang disentuh akan terus berdiri
dan terus berlari untuk mengelakkan daripada ditangkap oleh pengejar.

6.

Pengejar pula akan berusaha menangkap salah seorang pemain.

7.

Jika terdapat salah seorang pemain yang ditangkap maka ia akan pula menjadi
pengejar.

8.

Kaedah bermain tersebut diteruskan dan permainan ini boleh diberhentikan pada
bila – bila masa sahaja ia dipersetujui oleh kesemua pemain.

Aci Sorok
Kanak-kanak lelaki dan perempuan menggemari permainan individu ini dan mereka
bermain bersama-sama.
Undian dilakukan untuk mendapatkan seorang pemain yang berperanan sebagai pencari.
Manakala pemain lain dikenali sebagai awak-awak.
Tiang atau pokok dijadikan rumah induk untuk pencari membuat kiraan.
Pencari memulakan permainan dengan cara menutup matanya sambil membuat kiraan dari
1 hinggalah ke-100.
Sejurus selesai membuat kiraan, pencari memulakan pencariannya.
Pencari mestilah menyebut nama pemain diikuti sebutan 'ibu' apabila berjaya menjumpai
salah seorang pemain.

Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan
30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu
yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek
bagi meletakkan kayu panjang.

67
Undian secara ‘wan to som’ dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana
yang harus memainkan terlebih dahulu.
Permainan Pertama
Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu
panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu
panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba
menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan
berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati.
Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal
menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang
ataupun mengena kayu panjang.
Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang
tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain
lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata
dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata.
Permainan Kedua
Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya
kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau
keduanya tidak kuat.
Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata,
dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama
tadi.
Permainan Ketiga
Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain
menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan
kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu
hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan
menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan
menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang
mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini.
http://resam-melayu.com/2009/12/permainan-tradisional-melayu-konda-kondi.html

http://permainantradisi.com/
http://tradisional-bib.blogspot.com/
68

Más contenido relacionado

Destacado

Jurnal permainan tradosional
Jurnal   permainan tradosionalJurnal   permainan tradosional
Jurnal permainan tradosional
Wan Azmi
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
BynaNie MaiRa
 
Crosby quality guru
Crosby   quality guruCrosby   quality guru
Crosby quality guru
Mohit Singla
 

Destacado (20)

Aktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanakAktivit bermain utk kanak kanak
Aktivit bermain utk kanak kanak
 
Tulisan 4 - teori organisasi umum 2
Tulisan 4  - teori organisasi umum 2Tulisan 4  - teori organisasi umum 2
Tulisan 4 - teori organisasi umum 2
 
Motivasi diri
Motivasi diriMotivasi diri
Motivasi diri
 
Mutu pendidikan
Mutu pendidikanMutu pendidikan
Mutu pendidikan
 
Motivasi belajar
Motivasi belajarMotivasi belajar
Motivasi belajar
 
Strategi Pendekatan Kaedah dan Teknik
Strategi Pendekatan Kaedah dan Teknik Strategi Pendekatan Kaedah dan Teknik
Strategi Pendekatan Kaedah dan Teknik
 
Perkembagan fizikal
Perkembagan fizikalPerkembagan fizikal
Perkembagan fizikal
 
Armand v
Armand vArmand v
Armand v
 
Armand V. Feigenbaum
Armand V. FeigenbaumArmand V. Feigenbaum
Armand V. Feigenbaum
 
Pengenalan murid & alam belajar
Pengenalan murid & alam belajarPengenalan murid & alam belajar
Pengenalan murid & alam belajar
 
Crosby's 14 steps
Crosby's 14 stepsCrosby's 14 steps
Crosby's 14 steps
 
Jurnal permainan tradosional
Jurnal   permainan tradosionalJurnal   permainan tradosional
Jurnal permainan tradosional
 
Feigenbaum's Philosophy on Total Quality Management
Feigenbaum's Philosophy on Total Quality ManagementFeigenbaum's Philosophy on Total Quality Management
Feigenbaum's Philosophy on Total Quality Management
 
Origami
OrigamiOrigami
Origami
 
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaranPendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
Pendekatan, strategi, kaedah dan teknik pengajaran
 
Crosby quality guru
Crosby   quality guruCrosby   quality guru
Crosby quality guru
 
Konsep kendiri
Konsep kendiri Konsep kendiri
Konsep kendiri
 
Pendekatan bertema
Pendekatan bertemaPendekatan bertema
Pendekatan bertema
 
Deming juran-crosby
Deming juran-crosbyDeming juran-crosby
Deming juran-crosby
 
TQM Philosophy
TQM PhilosophyTQM Philosophy
TQM Philosophy
 

Similar a Alam belajar

Comunication khairul
Comunication khairulComunication khairul
Comunication khairul
akmalfiraz
 
Definisi main
Definisi mainDefinisi main
Definisi main
Jane Oon
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Yazid Shangri-La
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Ainalita Zazni Adnan
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
Young Lia
 

Similar a Alam belajar (20)

Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2Sastera dan Perkembangan kanak2
Sastera dan Perkembangan kanak2
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaran
 
Comunication khairul
Comunication khairulComunication khairul
Comunication khairul
 
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
3.konstruktivisme behaviorisme vs_permata
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
 
Definisi main
Definisi mainDefinisi main
Definisi main
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 
Tokoh pra3108
Tokoh pra3108Tokoh pra3108
Tokoh pra3108
 
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolahPenglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
 
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
Pengaruh Sokongan Ibu Bapa Terhadap Perkembangan Kognitif, Emosi, Bahasa dan ...
 
Children development
Children developmentChildren development
Children development
 
Edu terapi bermain
Edu terapi bermainEdu terapi bermain
Edu terapi bermain
 
Permata
PermataPermata
Permata
 
Kepentingan bermain melalui belajar
Kepentingan bermain melalui belajarKepentingan bermain melalui belajar
Kepentingan bermain melalui belajar
 
PKK
PKKPKK
PKK
 
Permainan Mesra Budaya
Permainan Mesra BudayaPermainan Mesra Budaya
Permainan Mesra Budaya
 
Perbezaan individu
Perbezaan individuPerbezaan individu
Perbezaan individu
 
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahanKewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
Kewajaran usia 4 tahun memasuki alam persekolahan
 
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
PENDIDIKAN PRA SEKOLAH SEM 1
 
Kedua maria
Kedua mariaKedua maria
Kedua maria
 

Alam belajar

  • 1. PERKEMBANGAN SOSIAL Perkembangan sosial merupakan satu proses apabila kanak-kanak belajar berhubung dengan orang lain mengikut cara yang dapat diterima oleh masyarakat dan budayanya. Proses tersebut melibatkan cara berfikir tentang kendiri, orang lain dan perhubungan sosial. Melalui proses sosialisasi yang bermula sejak seseorang bayi dilahirkan, diharapkan kanak-kanak ini dapat membuat penyesuaian sosial mengikut pengharapan masyarakat apabila mereka besar. Perkembangan sosial kanak-kanak terdiri daripada berinteraksi dengan orang lain, pembentukan kendiri, penghargaan kendiri dan kawalan kendiri. · Kemahiran Berinteraksi Dalam lingkungan usia 5 tahun kanak-kanak mula bercampur dan menjalankan hubunagn sosial semasa bermain dalam kumpulan serta saling bercakap antara satu sama lain (Garvey,1990; Howes,1992). Mereka lebih berkemampuan untuk meramal tindakan teman sepermainan mereka dan lebih suaka berkongsi objek dan bekerjasama semasa bermain dalam kumpulan (Cassidy,1992; Dunn,Brown & Magure,1995; Gardner,Jones & Miner,1994). Tingkah laku sosial kanak-kanak terdiri daripada meniru, bertanding, berkawan, bekerjasama dan bersimpati. Berikut adalah tingkah laku sosial kanak-kanak ketika bermain. 1
  • 2. Permainan tradisional berupaya membentuk sebahagian daripada kehidupan yang dilalui oleh nenek moya kita. Perkara utama yang menjamin kesinambungan permainan tradisional pada masa lalu ialah keseragam cara hidup nenek moyang kita. Permainan tradisional juga dikenali sebagai permainan rakyat. Ada di anta permainan ini yang sekarang tidak dimainkan lagi tetapi hanya diketahui oleh ibu bapa dan datuk nenek k sahaja. Tetapi ada juga yang masih dimainkan lagi oleh kanak-kanak sehingga hari ini. Di antara permainan termasuklah , congkak, wau, batu seremban, sepak raga, gasing dan lain-lain. JENIS CIRI-CIRI Peniruan Meniru sikap dan tingkah laku individu yang disukainya. Pertandingan Cuba melakukan sesuatu yang lebih baik atau supaya dapat menang. Berkawan kesetiaan Senyum, mendekati, bercakap, bermain bersama, menunjukkan kemesraan pada kawan. Melibatkan diri secara bantu-membantu ke arah pencapaian matlamat bersama Bekerjasama dalam aktiviti berkumpulan, dan bermain bersama tanpa menggangu atau merebut permainan orang lain. Simpati Pengiktirafan sosial Menunjukkan perasaan kasihan apabila melihat orang lain dalam keadaan yang menyedihkan. Ingin menarik perhatian supaya diberi penghormatan oleh rakan sebaya. 2
  • 3. · Perkembangan Kendiri Konsep kendiri merupakan suatu konsep yang kompleks. Secara umumnya, knsep kendiri bermaksud anggapan menyeluruh tentang diri sendiri. Sebagai contoh, seseorang itu tahu akan jantina, latar belakang keluarga, bangsa dan agamanya sendiri. Seperti bola yang mempunyai sifat yang tertentu seperti dapat bergolek dan bergerak, begitu juga dengan kendiri kanak-kanak yang ada kualiti dan sifat tertentu seperti kemahiran berjalan dan perasaan malu atau berani. Berikut merupakan komponen dalam pembentukan kendiri kanak-kanak: KOMPONEN KATEGORI CIRI-CIRI KENDIRI Barangan saya (material me) Pergaulan saya (social me) Tubuh, pakaian, keluarga, rumah dan segala hak milik Siapa diri kita pada pandangan orang lain yang mempersepsi kita dengan pelbagai cara Trait Kerohanian saya (spiritual me) personaliti seperti sikap, nilai, keyakinan, kepercayaan,persepsi sosial, kebolehan, kecekapan dan sebagainya Perkembangan konsep kendiri kanak-kanak pertengahan (6-11 tahun). · Konsep kendiri menekankan ‘ciri-ciri personaliti’ · Penghargaan kendiri menurun apabila membuat perbandingan, kemudian naik semula. · Perhubungan persahabatan menekankan kepercayaan dan bantuan. · Strategi penyelesaian maslah yang teliti, berpandu kepada keperluan khusus sesuatu masalah. 3
  • 4. · Menekankan kecekapan dalam pergaulan sosial. Walau bagaimanapun, konsep kendiri kanak-kanak pada peringkat prsekolah sangat terhad kepada pemikiran dan perbuatan yang nyata dan khusus (Stipek, 1992). Fikiran yang kukuh tentang diri juga membenarkan kanak-kanak untuk bekerjasama buat kali pertama dalam menyelesaikan masalah kecil semasa bermain (Brownnell & Carriger, 1990 ; Caplan,1991). Apabila ditanyakan tentang siapa diri mereka, kanak-kanak sudah dapat melabel dirinya dengan berbagai-bagai cara selain namanya seperti menyatakan jantinanya dan saiz badannya, samada besar atau kecil. Apabila kanak-kanak membesar, mereka berupaya untuk meluahkan penerangan diri fizikal dan perasaan mereka serta bercakap tentang diri mereka atau ‘kendiri saya’ (Harter,1998). Apabila konsep-kendiri saya ini semakin berkembang, mereka akan menumpu kepada pengetahuan tentang diri sendiri dan penilaian sifat kendiri. Mereka akan mempunyai konsep kendiri yang terdiri daripada kebolehan, kelakuan, sifat dan nilai yang memaparkan dirinya sebagai seorang individu yang berlainan daripada orang lain. Mereka mula mengira, lebih banyak mengetahui hal sekolah, memanjat, bermain lompat tali dan juga mempunyai ramai kawan. Namun begitu mereka belum mengetahui kelemahan mereka. Selepas memulakan persekolahan pada peringkat rendah, konsep kendiri kanak-kanak menjadi semakin abstrak. Salah satu daripada aspek ini ilah gambaran kendiri yang menjadi lebih signifikan. Contohnya mereka melihat diri mereka tidk sekadar seorang yang pintar tetapi membandingkan keblehan sendiri dengan rakanrakan (Ruble & Dweck,1995 ; Ruble & Flett,1988 ; Pomerantz,1995). Kanak-kanak prasekolah mula membayangkan cita-cita mereka seperti ‘hendak menjadi doktor apabila besar nanti’. Menurut Eric Erikson (1963), perkembangan konsep kendiri kanak kanak yang 4
  • 5. berumur 6 hingga 11 tahun, konflik yang akan dihadapi adalah ketekunan lawan rendah diri. Kanak-kanak belajar membentuk ketekunan dan usaha menjayakan sesuatu aktiviti dari rumah serta sekolah. Kanak-kanak yang telah menguasai sesuatu kemahiran akan berasa penghargaan kendiri apabila mampu melakukan sesuatu tugasan. Sebaliknya, mereka berasa rendah diri apabila mereka tidak berjaya menghasilkan sesuatu. · Persahabatan Konsep kanak-kanak tentang persahabatan amat berbeza daripada konsep orang dewasa. Orang dewasa memandang berat nilai persahabatan kerana bagi mereka sahabat adalah teman setia yang berada di sisi semasa suka duka. Kanakkanak pula mengangap sahabat bagi mereka sebagai rakan sepermainan sahaja. Mereka tidak begitu mementingkan nilai persahabatan. Menurut Damon (1977), ciri-ciri persahabatan kanak-kanak ketika berumur 6 hingga 11 tahun ialah : · Seorang kanak-kanak yang tinggal berdekatan dengan rumahnya, mempunyai banyak alat permainan serta berminat pada aktiviti-aktiviti yang sama. · Persahabatan dieratkan lagi melalui perkongsian dan pemberian barangbarang permainan. · Hubungan persahabatan senang dimulakan. Contohnya seorang kanakkanak bertemu jirannya yang suka bermain bola sepak lalu sebentar kemudian menjadi kawan baik. · Persahabatan tidak tahan lama dan mudah dihapuskan. Contohnya apabila kanak-kanak itu jarang bertemu, bertengkar atau seseorang kanakkanak lain enggan berkongsi barang permainan, maka kanak-kanak itu bukan sahabatnya lagi. · Setelah masuk alam persekolahan, persahabatan merupakan satu hubungan dua hala iaitu saling membantu dan mempercayai antara satu 5
  • 6. sama lain. · Jangkaan kanak-kanak terhadap sahabat meningkat pada peringkat ini. Sahabat dianggap seorang teman yang setia, dapat dipercayai serta dapat diharapkan untuk membantu mereka pada bila-bila masa. · Hubungan persahabatan lebih sukar dimulakan. Keikhlasan dan kejujuran penting untuk mengeratkan tali persahabatan dan akan terputus selepas hilang kepercayaan. Kanak-kanak juga gemar meniru tingkah laku sahabatnya. Biasanya kanakkanak meniru tingkah laku kanak-kanak yang popular dan sesiapa sahaja yang telah membentuk hubungan yang rapat dengannya (Hartup,1983). Pengaruh sahabat penting dalam memperkembangkan tingkah laku sosial seseorang kanak-kanak. Tidak dinafikan kanak-kanak yang kurang sahabat akan cenderung menjadi anti sosial dan tidak dapat menyesuaikan diri apabila berinteraksi dengan orang lain. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan penting dalam perkembangan sosial kanak-kanak untuk menawarkan rasa selamat kepada anak manakala rakan sebaya membolehkan kanak-kanak memperoleh semangat bersaing serta kemahiran penyesuian dengan orang lain. Kemahiran motor halus kanak-kanak sekolah (7-11 tahun) Semasa kanak-kanak mulai masuk kea lam perseklahan, otot mata dan tangan mencapai koordinasi yang baik dan bersedia untuk belajar menulis, ,membaca, mengira dan melakukan aktiviti permainan di luar bilik darjah. Mereka memperoleh kemahiran tersebut apabila otot-otot kecil bertambah terutama dibahagian tangan dan kaki. Dengan itu, segala aktiviti dan pergerakan, 6
  • 7. seperti menulis dan menjahit dapat dikawal dengan lebih sempurna. PERKEMBANGAN MENTAL Perkembangan mental kanak-kanak peringkat pertengahan dan akhir dibahagikan kepada 3 bahagian: Perkembangan persepsi kanak-kanak · Deria sentuhan Pada peringkat prasekolah, deria sentuhan kanak-kanak sudah cukup berkembang sehingga membolehkan mereka membezakan objek yang kasar dengan yang halus, panas dengan yang sejuk dan sebagainya. · Deria rasa dan bau Pada peringkat ini, kanak-kanak sudah dapat membezakan rasa sekunder, misalnya manis gula berbeza daripada manis kicap atau masam limau dengan masam cuka. Ketika ini juga, kanak-kanak boleh membezakan antara bau yang lebih rumit seperti bau rempah dan cili. 7
  • 8. · Deria pendengaran Kanak-kanak pada ketika ini sudah mampu balajar dan menumpukan kepada maksud perkataan. Sekiranya mereka dibiasakan dengan aktiviti mendengar cerita dan menyanyi, kebolehan mengingat perkara baru akan meningkat. Seperti contoh, mereka sudah pandai menghafal dan menyanyikan laku penyanyi pujaan mereka. · Deria penglihatan Manusia bergantung lebih kepada penglihatan, berbanding deria-deria yang lain semasa meneroka persekitaran mereka. Menurut Elanor dan James Gibson, kematangan otak menyumbang kepada peningkatan dalam integrasi sistem penglihatan dan sistem motor.Teori differensiasi menerangkan bagaimana kanak-kanak membezakan symbol tulisan. Mereka mula mengenal huruf dalam pasangan. Hurufhuruf yang hampir serupa seperti C dan G, E dan F, selalu mengelirukan mereka (Gibson,1970). Penulisan huruf yang sngsang adalah kebiasaan yang berlaku di kalangan kanak-kanak. Pembacaan buku yang banyak dapat meningkatkan kepekaan persepsi kanak-kanak dalam mengesan perkataan bertulis. Perkembangan Intelektual Kanak-Kanak Perkembangan intelektual kanak-kanak merupakan paras pengetahuan dan keupayaan kanak-kanak menggunakan pengetahuan tersebut untuk memahami dunia di sekitar mereka. Menurut Jean Piaget, ketika ini kanak-kanak mengalami tahap perkembangan intelektual peringkat operasi konkrit iaitu mereka sudah mampu membentuk pemikiran logik yang terhad kepada objek maujud. Mereka mula memahami konsep pengekalan 8
  • 9. objek, iaitu bilangan, ruang atau isipadu objek tidak berubah walaupun diubah bentuk, susunan atau bekas. Mereka juga boleh menerima pendapat orang lain mungkin berbeza daripada pendapat mereka, Antara ciri-ciri pemikiran dalam peringkat ini seperti berikut: · Kefahaman pembalikan atau reversibiliti, iaitu keupayaan memahami konsep pembalikan dari segi ruang, kuantiti, masa, sebab musabab dan isipadu. Misalnya, sekiranya air yang ditukarkan kepada bekas yang berlainan saiz atau bentuk tidak akan berubah isipadunya. · Desentrasi, iaitu keupayaan menumpukan perhatian kepada lebih daripada satu aspek dan tidak terhad maklumat persepsi sahaja. 9
  • 10. · Keupayaan mengklasifikasi objek dengan mengambil kira dua kelas yang berbeza dan memilih kelas yang lebih tinggi sebagai merangkumi beberapa kelas yang lebih rendah. · Keupayaan menyusun bjek dengan menumpukan kepada lebih daripada satu dimensi contohnya dari segi saiz, bentuk dan warna. · Kefahaman konsep serasi, iaitu keupayaan mengatur objek mengikut turutan misalnya daripada pendek ke panjang dan sebaliknya. · Berkebolehan membanding dan menyusun objek secara mental. · Keupayaan beroperasi dan memanipulasi secara ruang, berkebolehan mengekal jarak, perhubungan jarak, masa dan kelajuan. Kebolehan ini membantu kanakkanak dalam membentuk peta mental yang tersusun yang mewakili persekitaran biasa, dengan mengambil kira pelbagai sudut atau perspektif. · Pada peringkat prasekolah, kanak-kanak dapat memberikan gambaran yang tepat tetapi tidak tersusun tentang persekitaran biasa. Pada usia 6-7 tahun, mereka dapat membayangkan peta mental secara tersusun manakala kanakkanak yang berumur 9-10 tahun melukis peta mental yang lengkap yang mengandungi tanda peta dan jalan yang berhubungan. · Perkembangan mental kanak-kanak berlaku secara dekalag horizontal, iaitu penguasaan konsep logikal meningkat mengikut turutan. Kefahaman mengenai pengekalan nombor akan berlaku sebelum pengekalan cecair. Seterusnya mereka menguasai konsep pengekalan kwasan atau ruang, dan akhirnya disudahi dengan pengekalan berat. Kanak-kanak yang didedahkan kepada komputer pada umur satu tahun berkebolehan menggunakan komputer tersebut secara berkesan pada umur prasekolah dan menghasilkan program yang ringkas pada usia 8 tahun dan program yang lebih kompleks pada usia 12 tahun. Seterusnya mereka juga suka menggalakkan adiknya 10
  • 11. yang lain dalam permainan komputer. Persekitaran dan cara didikan daripada ibu bapa juga akan mempengaruhi tahap intektual kanak-kanak. Perhatian daripada kedua-dua ibu bapa semasa bermain akan meningkatkan proses pembelajaran anak mereka. Perkembangan Bahasa Kanak-Kanak Bahasa merupakan satu bidang penting dalam perkembangan kanak-kanak. Melalui bahasa, kanak-kanak berkemahiran untuk berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain secara berkesan. Kebolehan bertutur dan menggunakan bahasa bukan sahaja dapat merapatkan hubungan kanak-kanak dengan orang lain tetapi kanak-kanak boleh membina konsep tentang alam dan manusia di sekelilingnya (Rice & Woodsmall, 1988). Terdapat 4 komponen dalam perkembangan bahasa kanak-kanak: 1. Perkembangan Fonologikal : pemahaman dan pengeluaran bunyi bahasa pertuturan. Ciri-ciri : · Memahami penekanan khas yang membezakan maksud perkataan ‘sebatang pensel’ dan ‘batang kayu’. · Penukaran penekanan apabila perkataan berubah daripada perbuatan kepada 11
  • 12. nama. · 2. Memahami senikata lagu atau puisi. Perkembangan Semantik : pemahaman makna perkataan dan kombinasi perkataan. Ciri-ciri : · · Perbendaharaan kata bertambah kepada 14000 perkataan · Memahami cerita lisan atau yangdibaca dalam buku · Memahami dan menghafal senikata lagu atau puisi · 3. Dapat menamakan objek atau kejadian dan mengkategorikan. Dapat mengubah suai senikata lagu atau puisi. Perkembangan Tatabahasa : bentuk atau struktur bahasa Ciri-ciri : · Pada peringkat sekolah, kanak-kanak dapat membentuk cerita yang panjang (satu muka surat yang terdiri daripada sepuluh ayat) dan tepat mengenai sesuatu pengalaman atau peristiwa yang pernah dilalui oleh mereka. · Pada hujung peringkat sekolah, mereka dapat mencipta seni kata lagu dan puisi serta menceritakan tentang peristiwa atau pengalaman secara kompleks dengan menambah ulasan, tafsiran atau pengajaran yang didapati daripada peristiwa tersebut. 4. Perkembangan Pragmatik : gaya sesuatu perkataan digunakan dalam sesuatu 12
  • 13. perbualan, mengikut konteks dan budaya. Ciri-ciri: · Boleh menggunakan speech registers seperti ‘apa khabar’ atau ‘tumpang lalu’ secara berkesan. · Pandai mengubah topik perbualan atau perbincangan secara beransuransur mengikut keadaan. · Dapat bertanya balik apabila disoalkan. Dengan perkembangan ini, mereka mula mampu untuk mengendalikan dunia secara simbolik dengan menggunakan bahasa yang mudah seperti tanda-tanda, lambang, objek dan perkataan. Permainan tradisi adalah hasil ciptaan nenek-moyang kita pada masa dahulu. Malangnya, banyak permainan tradisi yang telah dilupakan. Jika tiada usaha ke arah memartabatkannya, warisan ini akan menjadi peninggalan sejarah yang akan tenggelam bersama arus kemodenan. Manakala permainan moden lebih cenderung kepada permainan perseorangan seperti kereta kawalan jauh, kapal terbang kawalan jauh, permainan video, permainan komputer dan sebagainya. Kesemua permainan ini tidak melibatkan ramai pemain. Malah ianya lebih kepada mementingkan diri sendiri. Bagaimana mereka dapat belajar berinteraksi, cara bergaul dan sebagainya? Bagi permainan tradisi, penekanan terhadap asas pembentukkan diri adalah lebih utama. Walaupun begitu, pembelajaran asas pembentukkan diri tidak dapat diajar di sekolah kerana ianya lebih kepada ekspresi diri. Pembelajarannya adalah secara praktikal seperti:  Memiliki semangat berpasukan (sayangkan keluarga, masyarakat)  Sedia bertolak -ansur (menghapus perasaan hasad dengki)  Berfikiran kreatif (mampu berdaya saing)  Berani membuat keputusan (sifat usaha wan berdaya maju)  Akur kesalahan rakan ( dapat menghapus sifat pedendam)  Akur kesalahan diri sendiri (menghakis sikap suka menuding kesalahan kepada rakan yang lain)  Keboleh -upayaan menerima tekanan (sentiasa bersedia menyahut cabaran)  Memilikikemahiran berfikir dalam pelbagai keadaan (berupaya membuat pilihan yang tepat)  Sedia berkorban demi pasukan (memiliki semangat jati diri) 13
  • 14.  Memiliki semangat kerjasama (menghakis perasaan bangga diri) Kesan Permainan Tradisional Kepada Sasiah Pelajar Permainan tradisonal merupakan salah satu khazanah warisan negara yang perlu diabdikan supaya tidak luput ditelan zaman. Antara permainan yang terkandung dalam ketegori permainan tradisional ialah permainan wau, gasing, congkak, teng-teng, dan ' toi '. Permainan tradisional ini banyak memberi kesan baik kepada golongan remaja. Antara kesan baik tersebut ialah, dapat mengeratkan hubungan silaturahim dan perpaduan sesama remaja. Jadi, masalah dalam golongan remaja yang sering berlaku dapat diselesaikan. Seterusnya, daripada permainan tradisional ini, para remaja terutama golongan pelajar dapat menyemai semangat cintakan negara dalam diri mereka. Sifat ini dapat dipupuk melalui proses pencarian maklumat oleh pelajar. Selain itu, sikap menghargai khazanah warisan bangsa dapat dipupuk. Hal ini terbukti apabila ramai pelajar yang semakin minat untuk menceburi minat dalam permainan tradisional. Juga terdapat di beberapa sekolah yang menyediakan kelab permainan tradisional yang banyak menyedarkan para pelajar akan kepentingan menghargai permainan tradisional dan sejarahnya. Permainan tradisional ini juga dapat memupuk semangat bertolak ansur dan bertoleransi antara pemain di dalam kumpulan seperti sepak raga. _______________________________________ http://samplekerjakhusus.blogspot.com/ http://www.ipislam.edu.my/uploaded/file/saayah.pdf 83 PELAKSANAAN AKTIVITI BELAJAR MELALUI BERMAIN DI TADIKA-TADIKA KAWASAN MELAKA TENGAH 14
  • 15. MELAKA SAAYAH BT. ABU Jabatan Ilmu Pendidikan Maktab Perguruan Islam ABSTRAK Kertas projek ini meninjau tentang perlaksanaan kaedah belajar melalui bermain di lima jenis tadika dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini termasuk meninjau kepentingan, kefahaman , perancangan dan perlaksanaannya..Sampel kajian terdiri daripada 25 orang guru yang ditemubual, di samping memberi respon soal selidik.Seramai 810 orang kanak-kanak telah diperhatikan untuk melihat bagaimana aktiviti bermain dijalankan dalam pengajaran dan pembelajaran.. Tadika-tadika yang terlibat ialah Kemas, Jaim, Perpaduan, Swasta dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Data-data dipungut berdasarkan soal selidik,temu bual, pemerhatian dan pendapat responden . Keputusan kajian menunjukkan guruguru tidak faham konsep belajar melalui bermain .Mereka juga dapati sukar untuk melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain kerana masih kurang jelas tentang pendedahan dalam kaedah ini. PENGENALAN 15
  • 16. Pendidikan Prasekolah adalah pendidikan asas yang penting dan ia telah mendapat perhatian di semua peringkat masyarakat kerana ia merupakan pendidikan awal dalam perkembangan hidup seseorang individu selain daripada pendidikan yang diterimanya di rumah. Di Malaysia, program pendidikan prasekolah adalah satu program pendidikan untuk golongan kanak-kanak berusia antara 4 hingga 6 tahun sebelum mereka memasuki pendidikan secara formal di Tahun Satu sekolah rendah (Garis Panduan Kurikulum Prasekolah, 1998). Belajar melalui bermain adalah satu teknik pengajaran dan pembelajaran yang berkesan kepada kanak-kanak. Melalui teknik ini juga akan mendatangkan keseronokkan 84 dan kepuasan kepada mereka dalam sesuatu pengajaran yang hendak disampaikan. Dengan bermain juga kanak-kanak akan dapat menguasai perkembangan dan kemahiran fizikal dan penguasaan bahasa dari segi perbendaharaan dan peraturan tatabahasa. Menurut Caplan dan Caplan 1973, main sebagai penentu penting bagi perkembagan kekuatan sahsiah, daya cipta, kestabilan emosi, perkembangan sosial dan intelek di samping dapat memperkembangkan kekuatan fizikal, koordinasi dan ketangkasan seseorang murid. Permainan juga dapat memberi pengalaman tentang keadilan, peraturan-peraturan dan kesamaan serta memperkuatkan kebolehan berfikir dalam pelbagai cara. Di antara permainan lazim yang dimainkan dalam bilik darjah teka-teki, teka silang kata, kad-kad nombor, kadkad bergambar, catur dan sebagainya. 16
  • 17. Selain itu bermain adalah satu bentuk kesenian kanak-kanak. Ia merupakan saluran untuk melahirkan perasaan dan punca untuk mendapatkan kegembiraan dan keseronokan. Almy (1984, Fagen) menyatakan kanak-kanak bermain dengan di arah oleh diri mereka sendiri tanpa mengambilkira tujuan bermain. Semasa bermain, mereka, bebas dari segala peraturan. Melalui permainan, kanak-kanak mendapat tingkah laku yang baru. Kanakkanak melibatkan diri dalam permainan secara aktif. Apa yang dikemukakan oleh Almy bersesuaian dengan pandangan Rubin, Fein, dan Vendenberg (1983). Dalam membincangkan ciri-ciri main mereka menyebut; “Pertama, main adalah motivasi dalaman. Lenyap dengan sendiri, berlaku hanya untuk kepuasan semasa melakukannya. Kedua, ciri-ciri yang berkaitan dengan main mestilah ada kebebasan memilih oleh peserta” . ( Fergus 1995,2). Mengikut Vygotsky (1967) “Main membantu perkembangan bahasa dan pemikiran. Struktur otak akan membentuk melalui penggunaan simbol dan alat, ia juga membantu dalam pembentukan ini. Main juga memberi kebebasan kepada kanak-kanak untuk meluahkan tekanan dalam menghadapi dunia sebenar. Dalam cara ini kanak-kanak dapat mengawal 85 situasi dan menyesuaikannya dalam dunia sebenar. Mereka dibenarkan untuk memperolehi proses pemikiran yang tinggi melalui bermain”. (Spodek et al. 1987, p. 181). Jerome Singer (Spodek,1987) menganggap “imaginative play” sebagai usaha kanakkanak menggunakan kebolehan fizikal dan mental mereka dalam menyusun pengalaman. 17
  • 18. Beliau juga berpendapat bahawa dalam permainan, kanak-kanak meneroka alam yang boleh menjadikan mereka berkebolehan dalam menghadapi masalah persekitaran dan boleh menjadikan mereka kreatif. Secara ringkasnya, aktiviti main dapat memberangsangkan perkembangan bahasa. Dalam konteks main bebas, kanak-kanak dapat melatih bahasa yang baru dikuasai, mempelbagaikan perbendaharaan kata serta membenarkan kesalahan dan pembetulan bahasa. Selain itu, aktiviti main yang berlainan sama ada main sosial atau main kognitif juga akan memberangsangkan aspek-aspek perkembangan bahasa yang tertentu. Pernyataan Masalah Bagi kanak-kanak ‘main’ merupakan aktiviti di dalam kehidupan seharian mereka. Melalui aktiviti bermain kanak-kanak belajar berkenaan diri dan alam persekitarannya. Malangnya ibu bapa dan orang-orang dewasa yang mempunyai sedikit atau tiada pengetahuan dan kefahaman tentang konsep ini menganggap ‘main’ tidak mendatangkan faedah dan hanya membuang masa dan tenaga sahaja. Guru-guru harus peka dan memahami pelbagai nilai main yang boleh menyumbang ke arah perkembangan kanak-kanak secara total dan menyeluruh dari aspek mental, fizikal, sosial dan emosi terutama bagi mereka yang berumur di antara 4 – 6 tahun. Menurut Vygotsky, (1966), main merupakan satu cara kanakkanak belajar apa yang tidak boleh diajar oleh orang lain. Mereka juga suka mencari dan mendapatkan maklumat dari diri mereka dan alam sekeliling. 18
  • 19. Mereka belajar dari tindakan mereka sendiri. Kanak-kanak juga suka mengikut contoh orang 86 dewasa. Satu daripada strategi yang sesuai dalam pembelajaran kanak-kanak ialah belajar melalui bermain . Objektif Kajian i. Guru memahami kepentingan pendekatan aktiviti belajar melalui bermain dan pelaksanaanya di tadika-tadika. ii. Menerangkan teknik-teknik yang digunakan oleh guru dalam menguruskan aktiviti belajar melalui bermain . iii. Mengenal pasti kelemahan guru dalam menjalankan aktiviti kaedah bermain. iv. Mengenal pasti kesesuaian latihan yang diperolehi oleh mereka. Soalan Kajian Dalam melihat pernyataan masalah dan objektif kajian kertas projek ini, maka wujudlah beberapa persoalan yang boleh dipersoalan seperti berikut; 1. Apakah persepsi guru tentang faedah pengajaran belajar sambil bermain ? 2. Apakah teknik-teknik yang digunakan oleh guru? 3. Apakah kelemahan guru dalam menjalankan aktiviti melalaui kaedah bermain? 19
  • 20. 4. Adakah guru prasekolah mendapat latihan secukupnya tentang kaedah belajar melalui bermain? Kepentingan Kajian Berdasarkan masalah kajian dan objektif kajian di atas, perlulah kajian dibuat tentang pelaksanaan pendekatan aktiviti belajar melalui bermain yang telah disarankan. Belajar melalui bermain akan mendatangkan keseronokkan dan hiburan serta merangsang individu mempelajari sesuatu melalui cara yang aktif dalam cara yang tidak formal. 87 Selain itu ia dapat mempercepatkan pembelajaran serta memperkukuhkan lagi pembentukan konsep, di samping mempertingkatkan perkembangan individu mengikut kemajuan masingmasing terutama murid-murid lemah akan dapat bantuan dari pelajar yang lebih pintar. Melalui permainan juga dapat memupuk kepimpinan murid dan menghilangkan rasa kekecewaan atau kegelisahan. Justeru itu dalam Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Kementerian Pendidikan Malaysia, 2003 muka surat 260 telah menghuraikan Pendekatan Belajar Melalui Bermain yang menjadi asas konsep dan prinsip pendidikan prasekolah. Penekanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana bermain menjadi fitrah kanak-kanak. Aktiviti ini mengembirakan dan memberi peluang kepada kanak-kanak membuat penerokaan dan interaksi dengan persekitaran. Permainan bebas dan terancang. Tidak ‘rigid’ iaitu mempunyai kelonggaran masa disamping memberi peluang mencuba idea sendiri dan memberi peluang membuat pemerhatian dan tumpuan bagi mencari sesuatu 20
  • 21. jawapan. Batasan Kajian Data kajian ini diperolehi melalui cara temuramah dan pemerhatian ke atas guru-guru dan pembantu serta pentadbir Tadika. Sampel kajian seramai 810 orang kanak-kanak meliputi 25 buah tadika, seperti tadika JAIM, KEMAS, PERPADUAN, KERAJAAN DAN SWASTA di Daerah Melaka Tengah, Melaka. Pengumpulan maklumat adalah secara pemerhatian dan temubual. Definisi Frasa dan Istilah Sepanjang kajian ini bebarapa frasa dan istilah akan digunakan iaitu, 88 Perlaksanaan Kamus Dewan (2002) mendefinisikan perlaksanaan sebagai hasil daripada melaksanakan ( mengerjakan, menyelesaikan) sesuatu rancangan (tugas dan sebagainya). Pendekatan Pendekatan membawa maksud kaedah iaitu cara-cara atau langkah-langkah yang diambil bagi memulakan serta melaksanakan tugas bagi menggatasi masalah. Belajar melalui bermain Menurut Mak Soon Sang, dalam bukunya Pendekatan dan Strategi Pengajaran, main 21
  • 22. merupakan satu teknik mengajar yang memberi peluang kepada murid-murid melakukan sesuatu aktiviti secara berpura-pura di dalam keadaan terkawal. Pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah berlandaskan prinsip belajar sambil bermain. Aktiviti bermain adalah kerja kanak-kanak. Permainan merupakan saluran yang boleh mengembangkan perkembangan kanakkanak ke tahap yang optima. Oleh kerana permainan merupakan sesuatu kekuatan dan pengalaman yang penting menjadi asas dalam model pendidikan awal kanak-kanak. Menurut Buku Panduan Guru (Pusat Perkembangan Kurikulum), belajar melalui bermain adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang bebas dan selamat, menggembirakan dan bermakna. Proses Pembelajaran Menurut Kamus Dewan (1970), Pembelajaran ialah proses belajar dan menerima pengetahuan daripada pengajaran guru. Melalui pembelajaran secara formal seorang kanakkanak akan mengguna dan menajamkan deria penglihatan, pendengaran, rasa, hidu dan 89 sentuh. Mereka juga dapat berinteraksi dengan alam sekitarnya sesuai dengan minat dan daya kreatif mereka. Prasekolah Prasekolah dikenali juga dengan istilah pendidikan awal kanak-kanak termasuk istilah ‘kindergarten’ serta ‘nursery’. Dalam Kamus Dewan (2002) menyatakan prasekolah ialah 22
  • 23. situasi di mana kanak-kanak sebelum memasuki sekolah atau tadika/tabika. Kesimpulan Berdasarkan huraian dalam bab ini, permainan merupakan aktiviti yang paling penting untuk kanak-kanak prasekolah. Kanak-kanak belajar melalui permainan kerana permainan merupakan cara semula jadi kanak-kanak mengenal dunia dan persekitarannya. Ada pelbagai teori tentang tujuan dan fungsi permainan. Melalui permainan, mereka dapat mempelajari peranan-peranan individu mereka. Kedua, telah didapati kanak-kanak mempunyai tenaga yang berlebihan dan kita dapati kanak-kanak sentiasa bermain sama ada di dalam ataupun di luar tadika. Menurut teori cathartic, adalah dipercayai kanak-kanak menggunakan permainan sebagai cara menghilangkan rasa kekecewaan dan emosi serta mengurangkan ketegangan. Menurut Piaget pula, permainan memainkan peranan asimilasi, iaitu kanak-kanak boleh menerima maklumat yang membantu perkembangan melalui permainan. TINJAUAN KAJIAN LEPAS Terdapat banyak kajian berkaitan dengan pengajaran guru telah dijalankan di sekolah rendah dan di sekolah menengah di Malaysia terutamanya dalam mata pelajaran Matematik, Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, setakat ini belum ada lagi kajian 90 telah dijalankan tentang pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain di peringkat prasekolah khasnya di peringkat tadika. 23
  • 24. Antara kajian yang telah dijalankan di sekolah rendah ialah kajian oleh Ghulam, S.A.M. (1993) telah mengkaji strategi pengajaran dan pembelajaran Alam dan Manusia di sekolah rendah dan mendapati majoriti guru menggunakan teknik pengajaran didaktif, perbincangan dan penerangan dengan banyuan carta, gambar dan rajah, manakala video dan slaid tidak pernah digunakan langsung. Md. Idris (1975) telah membuat perbandingan antara kaedah pengajaran syarahan dan rentetan guru mendapati kaedah rentetan berjaya meningkatkan darjah pembelajaran pelajar di bandingkan dengan kaedah syarahan kerana pelajar belajarr melalui pelbagai aktiviti yang melibatkan pelbagai deria. Pusat Perkembangan Kuirkulum (1992) telah menjalankan kajian tentang amalan pengajaran guru yang berkesan dalam Matematik di sekolah rendah dan mendapati bahawa faktor pentadbir sekolah rendah, guru, murid dan bahan memainkan peranan penting dalam meningkatkan pencapaian murid dalam Matematik. Md. Radzi (1997), yang telah mengkaji strategi pengajaran aqidah Tahap 2 sekolah rendah; Tan Chai Tin (1995), yang telah membuat kajian perbandingan tentang pengajaran Matematik KBSR di dua buah sekolah rendah di Petaling Jaya, Yip Yoke Chew (1996), yang telah mengkaji amalan perbezaan gender dalam bilik darjah di sebuah sekolah rendah di Petaling Jaya dan Hon Yew Pin (1996) yang telah mengkaji penggunaan bahan sumber dalam pengajaran Bahasa Cina di sekolah Cina. 24
  • 25. Di peringkat prasekolah pula, kajian-kajian yang ada dijalankan banyak menumpu kepada kanak-kanak dan tidak kepada amalan dan pelaksanaan guru. Segaran a/l Appoo (1996) telah menjalankan kajian tentang identifikasi kanak-kanak rendah kesediaan pembelajaran di peringkat prasekolah. Khatijah Rohani (1992) mendapat pusat-pusat pendidikan prasekolah banyak menyediakan program yang bersifat akedemik yang membuatkan kanak-kanak tertekan dan hilang minat dalam pembelajaran. Walau bagaimanapun, mengikut Halim (1989)), kanak-kanak yang telah mengikuti pendidikan 91 prasekolah lebih bersedia untuk mengikuti pendidikan formal di sekolah rendah dan menunjukkan pencapaian akedemik yang lebih baik semasa di Tahun 1 persekolahan. Walau bagaimanapun Asma (2001), telah membuat kajian perlaksanaan main di tadika Brunei. Sample kajian ialah 12 orang guru tadika dan 16 orang kanak-kanak. Kaedah kajian ialah secara temuduga dan pemerhatian. Keputusan kajian telah mengenal pasti bahawa 60% guru-guru tadika tidak bersetuju dengan kaedah ini. Mereka berpendapat kaedah ini tidak memberi sumbangan terhadap proses pembelajaran kanak-kanak. Pada keseluruhannya kesemua guru tadika yang dikaji iaitu seramai 12 orang menyatakan bahawa kanak-kanak ini perlu diajar secara formal seperti latih tubi, ulangi pelajaran setiap hari, ‘calk and talk’ dan pengajaran secara kelas. Ini sangat penting bagi tujuan menyediakan mereka kelak ke tahun 25
  • 26. satu. Aktiviti bermain cumalah mengisi masa yang terluang sahaja. Selain itu mereka membenarkan aktiviti ini hanya sebagai alat untuk mengawal keadaan kelas yang terlalu Kurikulum Prasekolah Kebangsaan Pendidikan prasekolah telahpun mempunyai kurikulum yang sesuai serta strategi pengajaran dan pembelajaran yang secocok dengan perkembangan kognitif, afektif, fizikal dan sosial kanak-kanak. Kurikulum bukan sahaja meliputi mata-pelajaran dan pengalaman terancang yang berlaku dalam kelas tetapi meliputi juga semua kegiatan kebudayaan, kesenian, permainan dan interaksi sosial yang dilakukan oleh kanak-kanak di dalam dan di luar kelas di bawah kelolaan sekolah (Al-Tourny Al-Syaibany, 1979: Gordon and Brown, 1989). Ling Chu Poh (1990) menyatakan kurikulum prasekolah perlu menitikberatkan pengalaman melalui aktiviti terutama yang berbentuk permainan. Sebahagian daripada contoh permainan itu ialah aktiviti permainan berbentuk projektif, imaginatif dan fantasi, main peranan, tiruan, tematik dan interaktif. Penggubalan kurikulum yang bersesuaian perlu melalui suatu pendekatan yang bersepadu dan mengambil kira perkembangan kanak-kanak di semua bidang: fizikal, emosi, 92 sosial dan kognitif (Almy, 1975; Biber, 1984; Elkine, 1986; Forman & Kuschner, 1983; Skeen, Garner & Cartwright, 1984; Spodek, 1985). Dalam merancang kurikulum, penekanan 26
  • 27. perlu diberi kepada pembelajaran sebagai suatu proses interaktif. Guru perlu menyediakan persekitaran untuk kanak-kanak belajar melalui penerokaan yang aktif, interaksi yang bermakna dengan orang dewasa, kanak-kanak lain dan dengan bahan-bahan (Biber, 1984; Fein, 1979; Fromberg, 1986; Goffin & Tull, 1985; Kamii, 1985; Lay-Dopyera & Dopyera, 1986). Pembelajaran Kanak-Kanak Prasekolah Seperti yang kita sedia maklum pendidikan prasekolah merupakan pengalaman awal yang penting dalam dunia persekolahan seseorang kanak-kanak. Pengalaman persekolahan dan pembelajaran yang berkesan , bermakna dan menyeronokkan dapat memperkembangkan kemahiran keyakinan diri dan sikap yang positif sebagai persediaan untuk memasuki ke alam persekolahan formal. Justeru itu pengajaran guru yang berkesan perlu mengambil kira gaya pembelajaran kanak-kanak. Terdapat banyak teori dan kajian tentang gaya pembelajaran kanak-kanak prasekolah. Menurut Teori Pembelajaran Sosial (Bandura, 1977), salah satu pembelajaran yang amat berkesan ialah melalui model atau teladan yang sesuai, jelas dan menarik. Di peringkat prasekolah proses permodelan atau percontohan adalah amat baik untuk mencapai matlamat yang abstrak. Khadijah Rohani (1992) mendapati program prasekolah yang menekankan akedemik 27
  • 28. menyebabkan kanak-kanak mengalami kegagalan dan kehilangan kepercayaan diri. Keadaan ini akan menjadikan kanak-kanak tertekan, kehilangan minat belajar dan menimbulkan masalah pembelajaran di bilik darjah. Katz (1985) menyatakan pendedahan akedemik atau kemahiran asas kepada kanak-kanak di peringkat terlalu awal akan merosakkan perkembangan minat belajar kanak-kanak. Pendapat ini selari dengan dapatan-dapatan dari kajian-kajian ‘longitudinal’ yang dijalankan oleh Karnes, Schwedel dan Williams (1983); Miller dan Bizzell (1983); Schweinhart, Weikart dan Larner (1986) dan Walberg (1984). 93 Aktiviti pembelajaran dan bahan yang digunakan dalam pembelajaran perlu terdiri daripada bahan konkrit, bahan sebenar dan relevan kepada kehidupan kanak-kanak. Kanakkanak perlu bermain dengan bahan sebenar dan mengalami peristiwa sebenar sebelum mereka boleh memahami makna simbol seperti abjad dan nombor (Almy, 1975; Evans, 1984; Forman & Kuschner, 1983; Piaget, 1972; Weber, 1984; Schickedanz, 1986). Oleh itu penggunaan buku kerja, lembaran kerja, buku warna dan model yang dibina oleh orang dewasa untuk disalin oleh kanak-kanak adalah tidak sesuai untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun. Pada peringkat umur ini, kanak-kanak menunjukkan kebolehan dan keinginan belajar yang tinggi melalui latihan lisan, lukisan dan membuat persembahan lain-lain aktiviti seperti yang diarahkan oleh orang dewasa. Kanak-kanak belajar melalui pengalaman membuat sendiri. Piaget (1950, 1972), Montessori (1964), Erikson (1950), Elkine (1986) dan 28
  • 29. Pendekatan pengajaran dan pembelajaran Dalam pendidikan prasekolah, pelbagai pendekatan yang bersesuaian dengan kebolehan, keupayaan dan minat perlu dirancang supaya murid dapat dilibatkan secara aktif dalam pembelajaran dan mereka mendapati bahawa pembelajaran itu adalah sesuatu yang bermakna, berkesan dan menyeronokkan. Oleh itu Pusat Perkembagan Kurikulum (2003,ms 260) mensyorkan empat pendekatan pengajaran berasaskan konsep dan prinsip bagi pendidikan prasekolah iaitu : i. Pendekatan Belajar Melalui Bermain ii. Pendekatan Bertema iii. Pendekatan Bersepadu iv. Penggunaan ICT Dalam Pembelajaran 94 Walau bagaimanapun semasa menjalankan aktiviti pengajaran dan pembelajaran, adalah digalakkan keempat-empat pendekatan ini disepadukan. Belajar Melalui Bermain Pendekatan belajar melalui bermain yang disarankan oleh Puasat Perkembangan Kurikulum, (2003) adalah satu pendekatan yang terancang dan berstruktur bagi memberi peluang kepada murid belajar dalam suasana yang menggembirakan dan bermakna. Pendekatan belajar 29
  • 30. melalui bermain dirancang supaya penekanannya dalam proses pengajaran dan pembelajaran kerana mealaui bermain mereka denagan gembira dan senang hati membuat penerokaan, penemuan dan pembinaan melalui pengalaman langsung secara semulajadi. Oleh itu penekanan kepada pendekatan ini menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran itu menggembirakan di samping keupayaan kognitif, keinginan untuk meneroka bagi memenuhi perasaan ingin tahu, kemahiran motor kasar danmotor halus, serta meningkatkan kemahiran berfikir secara kreatif dan inovatif. Pusat Perkembangan Kurikulum menggariskan ciri-ciri pendekatan belajar sambil bermain yang mengembirakan, melibatkan penerokaan dan interaksi kanak-kanak dengan persekitaran, melibatkan percubaan idea kanak-kanak sendiri, memberi peluang kanak-kanak untuk menumpukan perhatian dan kelonggoran masa bermain. Mengikut Vygotsky (1967), “ Play is helpful in the development of language and thougt. Mental structures are formed through the use of signs and tools and play helps in this formation. Play also frees the child from the constrains of the real world that surround the child. In this way play gives children greater control over situation than they would have in reality. Children play with meanings as well as with objects as a result of being freed from reality. They are thus allowed to engage in higher order thought processes through play.” (Spodek. Et.al, 1989,ms 181). Imam Al-Ghazali (Hassan Langgulung, 1979) menitikberatkan bermain bagi kanakkanak kerana dengan 30
  • 31. bermain kanak-kanak boleh mengembangkan sifat semulajadi mereka 95 di samping menyuburkan tubuh dan mengutkan otot-otot. Beliau juga menyatakan bermain boleh mendatangkan kegembiraan, kerehatan bagi kanak-kanak selepas penat belajar. Pelaksanaan pendekatan belajar melalui bermain hendaklah dijalankan dengan mengambil kira hasil pembelajaran yang ingin dicapai dan ditentukan. Bahan juga perlu sesuai dan berfaedah kepada perkembagan murid. Bahan konkrit, benar dan bermakna disediakan untuk menggalakkan komunikasi dan imaginasi. Dan yang terpenting sekali ialah permainan itu menarik minat dan menggembirakan murid. Melalui pendekatan ini juga akan dapat mengukuhkan penguasaan konsep pembelajaran dari umum kepada yang lebih spesifik. Ia juga dapat meningkatkan keupayaan kognitif. Selain itu bersosialisasi dengan rakan sebaya dan orang dewasa. Pendekatan ini juga dapat meningkatkan penguasaan kemahiran emosi, mengukuhkan perkembangan fizikal, menguasai kemahiran manipulasi, menguasai daya reka cipta secara konstruktif dan di harap kanak-kanak dapat melahir dan menyatakan perasaan sendiri. Kesimpulan Kajian-kajian di atas menunjukkan bahawa terdapat berbagai-bagai pendekatan yang boleh diamalkan oleh guru prasekolah untuk membentuk sahsiah, kemahiran sosial, perkembangan kognitif dan afektif kanak-kanak. Kajian juga menunjukkan bahawa guru perlu peke terhadap 31
  • 32. perkembangan diri kanak-kanak untuk perkembangan kognitif, afektif , sosial dan emosi bagi membolehkan guru merancang dan memilih strategi pengajarannya dengan lebih berkesan dan bersesuaian dengan keperluan pembelajaran kanak-kanak tersebut. Oleh kerana peranan amalan guru dalam menyampaikan ilmu pengetahuan dan mengukuhkan kemahiran serta menerapkan nilai-nilai murni kepada kanak-kanak prasekolah penting, maka kajian yang akan dijalankan ini akan difokuskan kepada pemerhatian pengajaran guru prasekolah untuk 96 melihat pendekatan-pendekatan yang dijadikan amalan mereka dalam mendidik kanakkanak. Walaubagaimanapun, dalam pelaksanaan kaedah ini perlu pemantauan yang berkesan daripada guru besar. Pegawai dari Jabatan Pendidikan Daerah dan Jabatan Pendidikan Negeri, serta pegawai-pegawai lain yang terlibat sama bagi meninjau perlaksanaan kaedah ini. Guru besar perlu meluangkan masa memantau guru-guru ini samada melaksanakan atau tidak pendekatan tematik, dan pendekatan bersepadu selain daripada belajar melalui bermain di laksanakan atau tidak disekolah ataupun tadika-tadika . METODOLOGI KAJIAN Pengenalan Kertas projek ini bertujuan untuk melihat pelaksanaan aktiviti belajar melalui bermain dilaksanakan di tadika-tadika yang terdapat di daerah Melaka Tengah, Melaka. Pengkaji akan menerangkan bagaimana pelaksanaan kajian ini dijalankan yang melibatkan 32
  • 33. pemilihan subjek kajian, instrumen kajian, prosedur kajian dan analisis kajian. Sampel Kajian Sampel kajian ini ialah 10 orang guru tadika yang terdiri dari anjuran KEMAS, JAIM, PERPADUAN, Swasta dan Kementerian Pendidikan Malaysia. Taburan data seperti dalam Jadual 1 di bawah. Jadual 1, Sampel kajian jenis tadika dan bilangan kanak-kanak. Nama Tadika Bilangan Guru 97 KEMAS JAIM PERPADUAN Swasta Kementerian Pendidikan Malaysia 2 2 2 2 2 2 33
  • 34. JUMLAH 10 Seperti jadual di atas pengkaji telah memilih 5 buah jenis tadika . Responden KEMAS pertama terletak di kawasan pinggir bandar. Alamat nya Tabika Al-Hakim, Kampung Duyung, Melaka. Terdiri daripada seorang pembantu masyarakat dan seorang pembantu. Seramai 45 orang kanak-kanak berada di tadika ini. Responden KEMAS kedua beralamat Tabika KEMAS Suratulan KEMAS, Taman Sri Duyung. Terdiri daripada seorang guru dan seorang pembantu. Tabika ini mempunyai seramai 35 orang kanak-kanak. Responden ketiga dan keempat ialah Tadika Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM). Beralamat Kampung Permatang Duyung. Mempunyai 4 orang guru. Hanya dua orang sahaja guru yang dilibatkan dalam kajian ini. Mempunyai 40 orang kanak-kanak. Responden kelima ialah Tadika PERPADUAN. Beralamat di Taman Desa Duyung. Terdiri daripada seorang guru dan pembantu. Jumlah kanak-kanak 30 orang. Manakala responden keenam merupakan tadika PERPADUAN juga. Beralamat Taman Desa Duyung. Seksyen 1. Terdiri daripada seorang guru dan pembantu. Jumlah kanak-kanak 37 orang. 98 Responden ketujuh ialah Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Sekolah Kebangsaan Air Molek. Mempunyai seorang guru dan seorang pembantu. Jumlah murid 34
  • 35. seramai 25 orang. Di ikuti responden kelapan dari Prasekolah Kementerian Pendidikan Malaysia iaitu Sekolah Kebangsaan Air Molek juga. Jumlah kanak-kanak 25 orang juga. Responden kajian kesembilan dari agensi Swasta iaitu Tadika Al-Irsyed, No. 1, Lorong 1, JSE B, Taman Seri, Telok Mas, Melaka. Bilangan kanak-kanak 20 orang. Responden kajian terakhir iaitu yang kesepuluh ialah Tadika Wawasan beralamat di Lorong Pandan, Melaka. Mempunyai 20 orang kanak-kanak di kelas tadika tersebut. Jumlah keseluruhan responden ialah 10 orang. Instrumen Kajian Menurut Walker & Burnhill (1988), pengumpulan data melalui temubual boleh dilaksanakan dalam pelbagai kajian tinjauan. Maklumat dan data ini diperolehi melalui temubual pengkaji dengan responden. Pemerhatian juga dibuat untuk mendapatkan maklumat tambahan dan mengukuhkan maklumat temubual. Maklumat-maklumat dan data-data tersebut dikumpulkan sendiri oleh pengkaji dengan menggunakan borang catatan yang mengandungi soalan-soalan kajian berkenaan. Pengkaji telah menyediakan tiga borang soal selidik untuk tujuan mengumpul maklumat tentang latar belakang tadika dan guru-guru, dan amalan iaitu perlaksanaan pengajaran guru prasekolah di dalam kelas. Borangsoal selidik ini terdiri daripada borang 35
  • 36. pemerhatian pengajaran dan pembelajaran, senarai semak , dan temubual . (I) Borang Pemerhatian (Lihat Lampiran 1) 99 Borang ini mengumpul maklumat tentang amalan pelaksanaan pengajaran merangkumi strategi pengajaran yang digunakan, kemudahan fizikal kelas yang disediakan dan bahan bantu mengajar dan belajar yang digunakan. (2) Senarai Semak (Lihat Lampiran 2) Borang ini mengumpul maklumat tentang amalan kefahaman dan pengetahuan guru dalam aktiviti belajar melalui bermain, di samping memahami perkembangan kanak-kanak, minat dan keperluan mereka dan bahan bantu mengajar yang digunakan. (3) Borang Temu Bual Dengan Guru Tadika (Lihat Lampiran 3) Borang ini mengumpul maklumat tentang persediaan dan perancangan, tempoh waktu aktiviti belajar melalui bermain, pendapat ibu bapa melalui guru tadika dan kos bahan bantu mengajar yang melibatkan aktiviti main dan belajar. (4) Borang latarbelakang guru (Lihat Lampiran 4) 36
  • 37. Ini merupakan borang latarbelakang dan maklumat tambahan bagi pengkaji dalam kajian ini. Prosedur kajian Dalam tempoh lawatan, pengkaji telah menjalankan perkara-perkara berikut iaitu (i) memberi penerangan tentang prosedur kajian kepada responden yang terlibat, (ii) menemubual guru tadika bagi mengumpul maklumat tentang latarbelakang tadika dan guruguru tadika tersebut dan (iii) menjalankan pemerhatian pengajaran guru untuk melihat 100 strategi pengajaran guru, bahan bantu mengajar yang digunakan oleh guru dan kemudahan fizikal bilik darjah. Selain itu kebenaran telah diperolehi dari Pejabat Pendidikan Daerah dan sekolah yang terlibat. Setelah itu, hubungan yang baik antara pihak sekolah dengan pengkaji terutama guru dan kanak-kanak supaya mereka selesa dengan kehadiran pengkaji. Pemerhatian dalam kelas Pemerhatian dilakukan semasa kanak-kanak melalui proses belajar melalui bermain dalam kelas. Pemerhatian dalam konteks kajian ini membolehkan pengkaji mengesan perkaraperkara yang mungkin dianggap kebiasaan bagi mereka yang terlibat. Oleh itu, setiap tingkahlaku kanak-kanak dan perbualan mereka semasa melakukan aktiviti belajar melalui bermain perlu dicatatkan selepas dibuat pemerhatian. Temubual dan soal selidik 37
  • 38. Temu bual dan soal selidik merupakan satu keperluan dalam kajian kualitatif. Melalui cara ini, pengkaji dapat gambaran yang mendalam tentang sesuatu situasi, disamping menjelaskan lagi perkara-perkara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Dalam kajian ini, gambaran tentang belajar melalui bermain boleh diperolehi melalui temubual. Soalan temubual dan soal selidik telah disediakan oleh pengkaji berdasarkan pengalaman mengajar, buku-buku rujukan dan rakan sejawat yang mengajar prasekolah. Walau bagaimanapun, temubual biasanya bergantung kepada jawapan yang diberikan oleh subjek kajian. Temubual dan soalselidik biasanya dilakukan selepas kelas. Analisis data Maklumat dan data hasil temubual guru dan pemerhatian pengajaran guru di bilik darjah di buat secara diskriptif. Oleh itu, dapatan-dapatan kajian dipersembahkan secara kualitatif. 101 ANALISIS DAN DAPATAN KAJIAN Dalam bab ini pengkaji akan membuat analisis tentang data-data yang telah dikumpul hasil daripada temu bual dengan guru-guru tadika yang terlibat dalam pengajaran dan pemerhatian pengajaran guru di kelas. Data-data yang diperolehi dari kelima-lima tadika tersebut dianalisis mengikut kategori : latar belakang tadika Prasekolah, persepsi guru tentang faedah belajar melalui bermain, teknik-teknik yang digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di tadika, masalah yang dihadapi oleh guru untuk melaksanakan kaedah belajar melalui 38
  • 39. bermain, dan mengenalpasti kesesuaian latihan yang diperolehi oleh guru-guru. Persepsi guru tentang kefahaman dan faedah belajar melalui bermain Pengkaji telah meninjau mengenai persepsi guru tentang faedah belajar melalui bermain. Analisis jawapan menunjukkan bahawa 7 orang guru faham tentang main sambil belajar dan 3 orang guru sederhana faham . Hal ini dapat ditunjukkan melalui Jadual Graf 2. Kebanyakkan guru (70 peratus) mengatakan faham tentang pendekatan belajar melalui bermain. Manakala 30% guru sederhana faham. Ini menunjukkan guru-guru faham tentang faedah dan kepentingan belajar melalui bermain. Jadual 2 102 0 1 2 3 4 5 6 7 O 39
  • 40. R A N G Sangat Faham Faham Sederhana Persepsi guru tentang kefahaman dan faedah belajar melalui bermain Sehubungan dengan itu apabila ditemubual , tiga orang di antara mereka mengatakan mereka faham dan merancang aktiviti melalui aktiviti kumpulan, tiga di antara mereka pula membuat perancangan belajar melalui bermain melalui kaedah bertema, dua responden lagi melalui aktiviti kelas dan yang akhir sekali mengatakan melalui pengetahuan sedia ada kanak-kanak. Sebaliknya pada pemerhatian yang dijalankan oleh pengkaji , didapati aktiviti belajar melalui bermain tidak dijalankan, lapan tadika yang dikaji didapati kanak-kanak menjalankan aktiviti di dalam buku kerja yang disediakan mahupun lembaran kerja yang aktivitinya mewarna, hanya dua tadika sahaja yang 3 orang kanak-kanak nya bermain itu pun mereka tidak mengendahkan aktiviti bersama guru iaitu menulis nombor empat di dalam buku aktiviti. Tadika seterusnya di mana kanak-kanak dibenarkan bermain hanya setelah siap menjalankan tugasan yang diberi kepada mereka. 40
  • 41. Seterusnya pengkaji dapati persepsi ibu bapa melalui pandangan guru tentang kaedah belajar melalui bermain adalah sederhana faham. Di sini cabaran yang di hadapi iaitu lapan tadika mengatakan ibu bapa faham, tetapi rungutan di belakang meyatakan rasa tidak selesa 103 dengan belajar melalui bermain yang telah dipraktikan di tadika anak-anak mereka. Hanya di dua tadika sahaja menyatakan ibu bapa tidak bersetuju dan mahukan anak-anak mereka belajar dan cepat membaca. Ini dapat diperjelaskan lagi dalam carta pie di bawah di mana masa yang digunakan disetiap tadika bagi amalan biasa ialah rutin 20%, pengurusan kelas 30% dan pengajaran kelas 50 %. Ini amalan dan pelaksanaan biasa yang dijalankan walaupun terdapat sekali sekala aktiviti kumpulan tetapi menjalankan aktiviti yang sama di mana kedudukan murid sahaja dalam kumpulan yang berlainan. Jadual 3 pengajaran kelas 50% pengurusan kelas 30% 41
  • 42. rutin 20% pengajaran kelas pengurusan kelas rutin Pengajaran dan pembelajaran di tadika Walaupun hakikatnya mereka memahami perkembangan kanak-kanak, minat mereka dan keperluan kanak-kanak, tetapi pemerhatian pengkaji mendapati pengajaran kelas secara formal seperti murid tahun satu ataupun tahun dua. Masalah guru menjalankan aktiviti belajar melalui bermain 104 Pengkaji telah meninjau dan membuat pemerhatian tentang pelaksanaan guru tentang kaedah belajar melalui bermain. Dalam masalah guru melaksanakan kaedah belajar melalui bermain pengkaji dapati strategi pengajaran dan pembelajaran masih bertumpu kepada aktiviti menyebut, mengeja, membaca, menulis, melukis dan mewarna. Perbezaan strategi pengajaran guru KEMAS, JAIM, PERPADUAN , KPM, DAN SWASTA terdapat pada pendekatan yang digunakan dalam pengajaran, bentuk rancangan pelajaran yang disediakan 42
  • 43. dan interaksi guru-murid dalam pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Carta Bar di bawah menerangkan kefahaman guru di mana menguasai dan memahami perkembangan dan minat kanak-kanak disamping keperluan mereka. Jadual 4 0 1 2 3 4 5 6 7 8 O R A N G 43
  • 44. K.Faham Sederhana Faham S.Faham Perkembangan kanak-kanak Minat sebelum bina bahan Keperluan kanakkanak Kefahaman guru tentang perkembangan, minat dan kepeluan kanak-kanak Terdapat 20% guru kurang faham tentang perkembangan kanak-kanak, 10% sederhana, 60% faham dan 10% sangat faham. Tentang minat kanak-kanak pula sederhana faham 20%, 70% faham dan 10% sangat faham. 105 Jelas ini menunjukkan kefahaman guru-guru tentang kanak-kanak tetapi bila peringkat amalan pelaksanaan nya guru-guru tidak menjalankkannya kerana menghadapi beberapa masalah. Jadual 5 Faham 60% 2 44
  • 45. S.Faham 20% Sederhana 20% 6 2 Sederhana Faham S.Faham Faedah Bahan Bantu Mengajar Gambarajah di atas menunjukkan tahap kefahamn guru tentang bahan bantu mengajar yang boleh memberi faedah kepada kanak-kanak dalam pelaksaan aktiviti belajar melalui bermain ini. 60% guru faham. 20% guru sangat faham dan 20% guru sederhana faham tentang kepentingan bahan bantu mengajar. Dapatan kajian menujukkan walaupun 60% faham dan 20% sangat faham dalam penggunaan bahan bantu mengajar tetapi mereka tidak dapat melaksanakannya, ini disebabkan ada beberapa faktor seperti kekeruangan peralatan, kewanagan yang tidak mencukupi, ruangan kecil di mana murid terlalui ramai, bahan juga tidak mencukupi dan 45
  • 46. guru kurang latihan dalam pendekatan ini. 106 Latihan yang diperolehi oleh guru dalam pelaksanaan tentang kaedah belajar melalui bermain Pengkaji telah meninjau dan membuat pemerhatian tentang tugas-tugas guru dalam melaksanakan aktiviti pembelajaran di bilik darjah. Hasil tinjaun menunjukkan bahawa guru-guru menghadapi masalah untuk melaksanakan tugas-tugas yang bersabit dengan aktiviti ini. Bersabit dengan tugas-tugas melaksanakan aktiviti ini, pengkaji menemui faktor utama masalah guru-guru dalam menjalankan aktiviti belajar melalui bermain. Mereka kekurangan pengetahuan dan kemahiran untuk menyampaikan aktiviti belajar melalui bermain. Menurut nereka lagi, masalah ini berpunca daripada perkembangan yang pesat dalam pendidikan prasekolah. Guru-guru yang ditemubual mengatakan mereka berkeyakinan bahawa masalah yang dihadapi ini boleh diatasi jika mereka diberi peluang mengadakan perbincangan pendidikan dengan pakar-pakar, pentadbir dan penyelidik pendidikan prasekolah. Menyentuh hal tersebut, pengkaji mendapat maklumat daripada guru-guru yang mengatakan terdapat beberapa perkara penting berkaitan dengan masalah kekurangan pengetahuan dan kemahiran iaitu: 46
  • 47. a) kurang faham dengan pendekatan dan cara-cara penyampaian aktiviti, b) kurang yakin dengan pengajaran, c) kurang memahami psikologi kanak-kanak, d) kurang mahir membuat alat bantu mengajar, e) kurang faham dengan kurikulum prasekolah kebangsaan, dan f) kesukaran membuat pemerhatian dan penilaian ke atas kanak-kanak. Walaubagaimanapun, pengkaji mendapati bahawa guru-guru berupaya menjalankan aktivit-aktiviti dengan lancar dan berkesan walaupun tidak menampakkan pembaharuan dan ciri-ciri kekratifan dalam penyampaian aktiviti yang dijalankan. 107 Pengkaji juga dapat melihat bagaimana guru-guru yang berpengalaman menunjukkan kematangan dan kemahiran menjalankan aktivit. Melalui pemerhatian juga didapati guru yang berumur boleh mengawal tingkahlaku kanak-kanak yang lebih baik berbanding dengan guru-guru yang baru dan lebih muda. Jadual 6 0 0.5 1 1.5 47
  • 48. 2 2.5 3 3.5 4 O R A N G K.Faham Sederhana Faham S. Faham Intergrasi enam komponen bidang pengalaman dalam kaedah belajar melalui bermain Graf di atas menunjukkan kefahaman guru untuk mengintergrasikan belajar melalui bermain dalam semua bidang pengalaman iaitu Perkembangan Bahasa, Perkembangan Fizikal, Perkembangan Kognitif, Perkembangan Kerohanian dan Moral Perkembangan Sosioemosi dan Perkembangan Estetika Dan Daya Kreatif. 10% guru kurang faham, 30% guru sederhana faham, 40% menunjukkan faham dan 20% menunjukkan sangat faham. 108 Kesimpulan 48
  • 49. Berdasarkan dari keputusan dapatan kajian yang telah dibuat kebanyakan sampel menyatakan bahawa semua guru menyedari betapa pentingnya belajar nelalui bermain dilaksanakan dan pengajaran dan pembelajaran di prasekolah. Masalah yang paling ketara dalam melaksanakan aktiviti belajar melalui bermain ialan bahan bantu mengajar. Bahan bantu mengajar yang dibekalkan mestilah selari dan bersesuaian dengan permainan dan konsep yang perlu melibatkan keenam-enam komponen iaitu komponen Perkembangan Bahasa dan Komunikasi, Perkembangan Kognitif, Perkembangan Fizikal, Perkembangan Kerohanian dan Moral, Perkembangan Kreativiti dan Estetika dan Perkembangan Sosioemosi. Boleh dikatakan guru-guru prasekolah memahami dan berpengalaman dalam pengurusan dan pengendalian tadika, tetapi bahan bantu mengajar tidak mencukupi. Mereka boleh menggunakan bahan terbuang tetapi ia bergantung kepada kreativiti guru sendiri dalam mengolah bahan tersebut. Bahan-bahan seperti kotak tisu, kotak mancis, cawan plastik, botol plastik, tin susu, bekas telur, daun kering dan lain-lain lagi boleh digunakan sebagi bahan bantu mengajar yang menjadi pemangkin dalam kaedah belajar melalui bermain. Walaubagaimanapun usaha ini menjadi sia-sia sahaja jika tiada strategi yang tepat dan betul. Sebagai rumusannya, para guru telah mengetahui tugas-tugas menjalan dan menyampaikan aktiviti ini walaupun tidak sepenuhnya. Mereka merasakan tetap bermasalah 49
  • 50. untuk bertugas kerana kekurangan pengetahuan dan kemahiran. 109 PENUTUP DAN PERBINCANGAN Pendahuluan Perbincangan dalam bab ini akan merumuskan hasil kajian berpandukan kepada aspek-aspek utama yang telah diperolehi dalam dapatan kajian. Huraian-huraian akan tertumpu kepada perkara-perkara penting seperti berikut: a. Persepsi guru tentang faedah belajar melalui bermain, b. teknik-teknik atau amalan yang digunakan oleh guru-guru tadika dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran, c. Masalah yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan aktiviti kaedah belajar melalui bermain . d. Mengenalpasti mengenai kesesuaian latihan dan kursus yang diperolehi oleh guru. a. Persepsi guru tentang faedah belajar melalui bermain Pendidikan tadika adalah peringkat pendidikan yang paling awal bagi kanak-kanak, selepas pendidikan yang diperolehi daripada keluarga. Oleh sebab itu, guru tadika haruslah 50
  • 51. memikirkan strategi-strategi yang boleh menyeronokkan kanak-kanak. Dalam usaha mengajar kanak-kanak itu, guru tidak harus memikirkan pencapaian akademik semata-mata tanpa memikirkan aspek perkembangan yang lain. Kanak-kanak tidak harus dibebankan dengan aktiviti-aktiviti kelas yang terlalu berat dan rigid kerana ia boleh menghilangkan minat mereka untuk belajar. Salah satu strategi pengajaran yang difikirkan sesuai bagi peringkat kanak-kanak prasekolah ialah belajar melalui bermain . Sehubungan dengan itu tugas-tugas menyampaikan aktiviti ini memerlukan kepakaran. Aktiviti yang dijalankan perlulah mempunyai perancangan yang perlu disediakan. Ini sesuai dengan pendapat Mc Cutcheon (1990) bahawa persediaan yang telah dirancang perlu dilaksanakan oleh guru dengan sempurna dan teratur. 110 Berhubungkait dengan kajian ini, didapati tujuh daripada 10 orang guru faham kepentingan belajar melalui bermain dan 3 orang sangat faham. Ini menunjukkan mereka berkemahiran dalam tugasan mereka, tetapi bila dapatan kajian melalui pemerhatian yang dibuat di kelas tadika yang menjadi subjek kajian, dapatan aplikasinya kaedah tersebut tidak dijalankan kerana beberapa sebab dan alasan dan di antaranya ialah murid terlalu ramai dan tidak cukup ruang untuk menjalankan sesuatu aktiviti misalnya 45 orang kanak-kanak dan tiada pembantu untuk membantu guru melaksanakan aktiviti beljara melalui bermain yang memrlukan pembantu membantu guru. 51
  • 52. b. Teknik-teknik atau amalan yang digunakan oleh guru-guru tadika dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran Sehubungan tentang teknik-teknik pengajaran dan pembelajaran telah dapat menyaksikan guru-guru masih kurang menjalankan kaedah belajar sambil bermain, sedangkan belajar sambil bermain berperanan menyuburkan lagi perkembangan kanak-kanak (Robinson, 1977). Ini jelas dapat diperlihatkan dalam perkembangan motor di mana dengan adanya keseimbangan dan pergerakan badan dalam satu-satu aktiviti akan membolehkan kanakkanak itu melahirkan perasaan mereka dengan cara yang paling optima. Seperti yang telah diperjelaskan guru perlulah peka dengan minat, keperluan dan memahami perkembangan kanak-kanak bagi mempermudahkan untuk merancang sesuatu aktiviti contohnya aktiviti belajar melalui bermain. Ada di antara guru yang baru menyatakan sukar bagi mereka untuk memikirkan tentang kaedah-kaedah bagaimana hendak menjalankan aktiviti kanak-kanak di samping bagaimana untuk memperkembangakan seluruh potensi mereka. Dapatan kajian juga menyokong fakta di atas di mana mereka memahami minat kanak-kanak, keperluan kanak-kanak dan mempelajari dan mengetahui perkembangan mereka, tetapi di peringkat aplikasi sukar untuk dilaksanakan kerana faktor-faktor kebolehan guru itu sendiri menguasai pengetahuan, teori pengajaran dan pembelajaran dan 111 aplikasikannya di samping sikap ibu bapa yang telah hilang kepercayaan akibat ativiti belajar 52
  • 53. melalui bermain yang bagi mereka hanya membuang masa sahaja. c. Masalah yang dihadapi oleh guru dalam menjalankan aktiviti kaedah belajar melalui bermain . Dapatan kajian menunjukkan ada di antara mereka masih kurang faham Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan 2003. Mereka menghadapi kesukaran untuk menentukan kebolehan mental dan fizikal murid. Mereka juga sukar menentukan apakah jenis aktiviti tahap pelajaran yang hendak dijalankan supaya menjadi lebih berkesan. Turut dikenalpasti ialah masalah yang berkaitan dengan penyediaan bahan pengajaran. Didapati isi kandungan buku aktiviti oleh panel tadika masing-masing perlu disesuaikan dengan Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan dengan tahap umur dan pencapaian kanak-kanak. Ini pula menyebabkan kesukaran guru mengenal pasti tahap-tahap pencapaian kanak-kanak seperti menentukan hasil pembelajaran tersebut. Masalah juga timbul untuk menyediakan peralatan dan keselesaan kanak-kanak beraktiviti belajar melalui bermain. Masalah ini berpunca daripada tempat belajar yang sering digunakan untuk majlis dan upacara kemasyarakatan. Ini mengakibatkan keceriaan sekolah tidak dapat dibentuk mengikut matlamat tadika yang sebenarnya. Menurut Hussein Ahmad (1987) terdapat banyak kelas atau bangunan di mana kelas ini dijalankan tidak begitu selesa 53
  • 54. dan kurang menggalakkan dari segi pembelajaran kanak-kanak tabika. Contohnya, terdapat sebahagian tadika yang begitu sempit, tandas yang tidak sesuai dan tiada pagar yang sesuai untuk keselamatan kanak-kanak. Pada amnya mereka masih kekurangan kemahiran menyoal, mengarah, menilai dan membuat ‘dendaan’. Ini penting kerana seseorang guru prasekolah seharusnya mempunyai kemahiran mengendalikan kelas di samping menjadi pembombing, penasihat, pengajar, pentadbir, iu dan lain-lain lagi kepada kanak-kanak ini. 112 Mengenai proses penyampaian aktiviti, masalah yang ditimbulkan berkisar kepada penggunaan bahan bantu mengajar. Penggunaan boneka, model-model, doh serta bahan lakonan kurang dititik beratkan. Perkara yang menjadi punca masalah adalah disebabkan kurang kemahiran, kurang peruntukan membiayai pembuatan bahan dan peralatan. Ini dikuatkan lagi dengan faktor sikap yang negatif di sesetengah kalangan guru tersebut. Berkaitan dengan penilaian, jelas terbukti bahawa kemahiran pengukuran dan penilaian di kalangan guru-guru masih di tahap asas. Konsep penilaian yang melibatkan pemerhatian, temuduga, ujian dan persepsi masih belum difahami sepenuhnya oleh sesetengah guru-guru. Umumnya kemahiran pengurusan mikro di kalangan guru-guru masih ditahap yang minima. Seterusnya, masalah tentang hubungan ibu bapa dan guru telah dapat dikesan. 54
  • 55. Walaupun tidak timbul masalah peribadi tetapi wujud masalah keyakinan ibu bapa terhadap kewibawaan guru-guru yang mengajar dan mendidik anak-anak mereka. Di pihak guru pula mempunyai masalah yang berkaitan dengan kurangnya peranan dan daya usaha ibu bapa dalam menangani proses pendidikan anak-anak mereka untuk lebih berjaya dan maju. d. Mengenalpasti mengenai kesesuaian latihan dan kursus yang diperolehi oleh guru. Guru memainkan peranan dalam mencetak atau melahirkan individu yang baik, berguna dan bersepadu. Mereka merupakan jambatan atau agen langsung yang mendidik kanak-kanak. Oleh itu guru memerlukan latihan seperti kursus atau bengkel yang sesuai dengan falsafah dan matlamat pendidikan prasekolah amnya. Beberapa kursus dan bengkel dicadangkan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran guru-guru. Latihan yang perlu ialah mengenai pemahaman kurikulum, kaedah pengajaran dan pembelajaran, pengurusan pengajaran mikro, psikologi perkembagan kanakkanak, pengukuran dan penilaian, pengurusan tingkah laku kanak-kanak dan membina dan menggunakan bahan bantu mengajar. 113 Selain itu guru-guru tadika perlu mahir dalam pengajaran mikro termasuk menentu dan memilih objektif, bahan-bahan pengajaran, kaedah mengajar, ukuran-ukuran pencapaian dan penilaian, tindak balas kanak-kanak dan kawalan bilik darjah. Di samping itu mereka berperanan menerapkan nilai-nilai murni dan bersepadu 55
  • 56. semasa di dalam bilik darjah. Di sini jelas menunjukkan bahawa seseorang guru tadika mempunyai persediaan perasaan dan sikap yang positif. Ini penting bagi mempengaruhi pembentukan dan pengembangan anak-anak muridnya. Tambahan pula harapan ibu bapa dan masyarakat sekitar terhadap tadika begitu tinggi bagi mendapatkan pendidikan yang sempurna. a) Guru Tadika perlu memahami dengan secukupnya Falsafah Pendidikan Negara, hasrat yang dikandunginya dan matlamat yang ditujuinya. Kefahaman perlu diiringi dengan kesedaran serta keinsafan, amalan dan penghayatan. Mereka harus mendokong penuh paksi pendidikan iaitu paercaya dan patuh kepada Tuhan. b) Guru Tadika perlu menghayati konsep bersepadu yang meletakkan ilmu dan amal dalam satu kesatuan kental yang menjalinkan antara rohani, akal dan jasmani dalam diri supaya wujud keselarsan, keseimbangan, keserasian dan keharmonian. c) Guru tadika adalah pencinta ilmu yang mahukan pengetahuan yang berterusan. Ia merupakan gedung ilmu bagi kanak-kanak, pencetus serta pemupuk semangat belajar dalam diri anak-anak didiknya. d) Guru Tadika perlu memastikan ilmu yang disampaikan kepada murid-muridnya menemui bukti-bukti jelas dan kebenaran. Guru Islam perlu mendidik dan mengingatkan manusia hendaklah bersih, ikhlas dan jujur kerana takutkan Allah. Perlu disedari bahawa 56
  • 57. tanggungjawab mengajar adalah amanah Allah yang wajib kita laksanakan. 114 e) Guru Tadika perlu menampilkan diri sebagai keibubapaan(parenting) kepada muridmuridnya. Mereka kaya dengan kasih sayang, menjaga dan prihatin terhadap perkembangan kanak-kanak. Justeru itu akan terbentuk hubungan harmonis yang dilimpahi dengan ciri hormat, taat, kasih sayang dan keberkatan. f) Guru Tabika adalah model yang hampir dengan anak didik. Guru menjadi suri teladan yang baik kepada mereka. Ini dimanifestasikan pada budi bahasa, penguasaan bahasa yang baku, kesempurnaan kerja, rupa diri, kesesuaian pakaian, amanah, rajin dan cekap bekerja. g) Guru Tabika perlu mempertingkatkan penguasaan dan menjiwai Bahasa Malaysia sebagai bahasa ilmu. Rumusan kajian Adalah suatu tanggapan yang salah sekiranya mengatakan bahawa pendidikan prasekolah hanya sebagai tempat bermain dan mengisi masa lapang kanak-kanak sebelum memasuki alam persekolahan formal. Sewajarnya pendidikan prasekolah merupakan satu keperluan untuk semua kanak-kanak. Di sini ia menitikberatkan perkembangan kanak-kanak secara menyeluruh serta membolehkan kanak-kanak itu mendapatkan kemahiran prabaca, pramenulis dan pranombor. Melaui aktiviti-aktiviti yang dijalankan, mereka akan melalui proses pembelajaran di samping dapat memenuhi naluri ingin tahu, mengukuhkan koordinasi 57
  • 58. motor kasar dan motor halus di semua bahagian anggota badan, menggunakan daya kreatif, memupuk semangat bergaul, mengukuhkan sifat hormat menghormati dan berdisiplin serta membina keyakinan diri. Sehubungan itu pendidikan prasekolah merupakan satu sistem pendidikan yang separuh formal di mana proses pembelajaran tidak berlaku secara ‘rigid’ dengan terpaksa mengikut sukatan pelajaran, menggunakan strategi pengajaran dan pembelajaran yang tetap dan khusus serta menghadapi peperiksaan sebagai penilaian kemajuan mereka. Sebaliknya pendidikan prasekolah mempunyai strategi pengajaran dan pembelajaran yang sering 115 berubah mengikut keperluan, lebih kepada membuat aktiviti bermain di dalam dan di luar kelas yang mengembirakan di samping pada masa yang sama kanak-kanak dapat berkembang dari segi psikomotor, kognitif dan afektif. Jelas menunjukkan terdapat satu ‘keistimewaan’ dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran pendidikan prasekolah berbanding dengan persekolahan formal di tahap satu. Keistimewaan ini memerlukan perancangan yang banyak bergantung kepada daya kreativiti, imaginasi serta usaha yang dijalankan oleh guru bahawa bermain di kalangan kanak-kanak adalah kehendak tabii dalam diri mereka, maka konsep belajar melalui bermain’ di beri penekanan sebagai kunci pembelajaran dan pengajaran. Guru-guru tadika sewajatnya peka dengan perbezaan individu untuk menguasai 58
  • 59. konsep atau sesuatu pengetahuan. Mereka perlu menyedari bahawa kanak-kanak datang dari pelbagai latar belakang dan sosio budaya, suasana rumahtangga, keadaan fizikal dan kedudukan sosio ekonomi. Implikasi kajian dan saranan Jelas di sini menunjukkan bahawa kepentingan aktiviti belajar melalui bermain. Bagi kanak – kanak berumur 5 hingga 6 tahun. Mereka berpendapat bahawa kanak – kanak yang berada di tahap ini adalah perlu belajar menulis, mengira dan membaca. Walaupun cara pemegangan pensel masih tidak betul, tetapi yang paling penting adalah tahu mengira, menulis dan membaca. Selain itu, juga didapati bahawa guru – guru adalah sederhana memahami perkembangan kanak – kanak yang berumur 5 hingga 6 tahun. Ini akan menimbulkan masalah semasa menyediakan aktiviti untuk kanak – kanak. Seterusnya, didapati juga bahawa guru adalah sebagai pemerhati apabila kanak – kanak melakukan aktiviti. Mereka tidak melibatkan diri dalam aktiviti tersebut. Ini akan menjadikan kanak – kanak kurang aktif dalam aktiviti yang disediakan oleh guru. Guru juga akan memanggil kanak – kanak lain atau memberi bantuan segalanya kepada kanak – kanak yang bermasalah apabila melakukan sesuatu aktiviti. Guru tidak hanya memberi tunjuk ajar sahaja, tetapi memberi jawapan terus kepada mereka. 116 Tetapi, dari kajian ini juga, didapati bahawa guru adalah memahami keperluan kanak 59
  • 60. – kanak. Tetapi, mereka hanya tidak mencari satu cara yang dapat memenuhi kesemua keperluan kanak – kanak. Selain itu guru juga memahami tentang bahan bantuan mengajar yang boleh memberi faedah kepada kanak – kanak dan guru juga faham akan minat kanak – kanak. Ini telah menunjukkan bahawa guru – guru yang diperhatikan adalah memahami akan kanak – kanak yang mereka ajar. Persoalan penting yang wujud adalah adakah guru sanggup atau mempunyai masa yang banyak dalam sehari untuk menyediakan aktiviti belajar melalui bermain yang memerlukan masa yang panjang untuk membuat persediaaan. Menurut Kathleen Manning, beliau telah menyatakan bahawa guru memainkan peranan secara aktif dan teliti semasa merancang, melaksana, mengelola, mengendali dan membimbing kanak-kanak di dalam aktiviti main. Tetapi, apa yang didapati melalui kajian adalah guru hanya memainkan peranan sebagai pemerhati sahaja. Mereka tidak melibatkan diri mereka secara langsung dalam aktiviti yang disediakan. Jelas di sini menunjukan bahawa sebagai seorang perancang, guru prasekolah bertanggungjawab menyediakan persekitaran yang memberangsangkan dan berkesan sesuai dengan peringkat umur kanak – kanak. persekitaran yang disediakan seharusnya dapat membantu perkembangan kanak – kanak di dalam semua aspek perkembangan. Persekitaran adalah suatu sistem kehidupan yang berubah – ubah. Tetapi, dapatan kajian telah menunjukkan bahawa guru tidak mengambil berat 60
  • 61. langsung dalam persekitaran semasa menjalankan aktiviti. Mereka hanya merancangkan aktiviti yang boleh “dimuatkan” dalam persekitaran yang sedia ada. Tetapi, guru – guru yang diperhati adalah memahami dan boleh menggunakan alat bantuan mengajar (ABM) yang sesuai untuk kanak – kanak. Pemilihan bahan bantu mengajar adalah penting, jika salah memilih nya, maka aktiviti yang dijalankan menjadi sia – sia sahaja. 117 Secara ringkasnya, bolehlah dikatakan guru-guru yang mempunyai kelayakan akademik dalam pendidikan awal kanak-kanak lebih memahami strategi belajar melalui bermain yang sepatutnya dijalankan berbanding dengan mereka yang tidak mempunyai kelayakan akademik. Cadangan- cadangan untuk insan guru prasekolah 1. Guru perlu lebih aktif dan kreatif Guru menggunakan bahan terbuang dalam membuat bahan Bantu mengajar yang mudah didapati dipersekitaran. Ianya menjimatkan kos dan kanak-kanak lebih biasa dengan bahan tersebut. Selain itu, guru perlu membuat persediaan awal dalam membuat perancangan aktiviti, supaya pemilihan bahan bantu mengajar untuk sesuatu aktiviti dapat membantu kanak-kanak untuk mencapai tahap perkembangan mereka. 2. Guru mesti melibatkan diri bersama-sama dengan kanak-kanak 61
  • 62. Aktiviti yang dijalankan oleh kanak-kanak mestilah mendapat perhatian dari guru. Maksudnya, guru bukan berfungsi sebagai pengarah tetapi lebih kepada pembimbing. Mereka mesti ada bersama-sama kanak-kanak dalam semua aktiviti yang dijalankan untuk memastikan kanak-kanak membuat aktiviti Belajar Melalui Bermain mencapai objektif yang diharapkan. 3. Guru perlu menyertai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Bagi memastikan guru lebih memahami konsep belajar melalui bermain , guru perlu didedahkan dengan pelbagai kursus yang berkaitan dengan pendidikan awal kanak-kanak. Konsep pendidikan secara tradisional dapat digantikan dengan konsep belajar melalui bermain jika sekranya kaedah tersebut dapat memberi kefahaman yang lebih jelas kepada guru. 4. Peranan majikan yang lebih berkesan 118 Bagi tadika swasta, majikan tidak sepatutnya mementingkan keuntungan semata-mata. Mereka perlu peka dengan keperluan guru mereka semasa menyediakan bahan bantu mengajar supaya dapat disesuaikan dengan konsep belajar melalui bermain . 5. Kesediaan guru prasekolah terhadap pendidikan awal kanak-kanak Guru prasekolah yang dipilih seharusnya dari mereka yang memang meminati bidang pendidikan awal kanak-kanak. Secara tidak langsung, mereka akan sentiasa bersedia untuk 62
  • 63. memahami sebarang keperluan dan perkembangan diri kanak-kanak dari masa ke semasa tanpa paksaan. Dengan ini, mereka akan lebih melibatkan diri secara lebih aktif untuk membantu kanak-kanak dalam aktiviti Belajar Melalui Bermain . Penutup Di peringkat prasekolah, tumpuan pendidikan kepada kesediaan belajar. Aktiviti yang dijalankan berpandukan konsep belajar melalui bermain iaitu proses pembelajaran secara tidak formal tetapi berstruktur, terancang dan ada tujuan tertentu. Unsur mudahubah atau ‘fleksible’ ditegaskan semasa menjalankan aktiviti prasekolah. Belajar melalui bermain , memainkan peranan penting dalam memupuk perkembangan dan penyuburan individu secara menyeluruh dan seimbang. Guru-guru prasekolah hendaklah merancangkan aktiviti supaya kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang selesa, sihat dan gembira. Menerusi permainan, kanak-kanak dapat menyiasat benda-benda, mencipta, meruntuh dan membina. Selain itu, secara tidak langsung mereka mempelajari berbagai-bagai kemahiran seperti kemahiran sosial, bahasa dan berfikir disamping menggalakkan pertumbuhan rohani dan jasmani. 119 RUJUKAN Azizah Lebai Nordin. 1995. Pengaran Pembelajaran Prasekolah. 63
  • 64. Masalah Pendidikan 19, 11-25 Atan Long. 1969/70. “Masalah Kelemahan Pelajaran Bacaan di Sekolah Kebangsaan dan Cadangan Mengatasinya’. Masalah Pendidikan. Vol.2, No.1. September 1969/70, 288-297 Almy, M. 1984. A child right to play.In J.F. Brown (ED).Administrating for young children. Washington: NAEYC. Anne G. Dorsey & Dorothy June Sciarra.1997. A child care center. Delmar Publishers. Washington. Bongtsson, A. 1970. Environmental planning for children’s play London: Crosby Lockwood & Son Ltd. Carol E. Catron & Jan Allen.1992. Early Childhood Curriculum A Creative-Play Model. Merrill. New Jersey, Columbus, Ohio. Cosby S. Rogers and Janet K. Sawyer, 1834. Play in The Lives of Children,National Association for the Education of Young Children, Connecticut Avenue, N. W. Washington. Fagen R.1981. Animal Play Behaviour, Oxford University Press. Fatimah Salleh,Khadijah Zon dan Zurida Ismail.1993/94. Kurikulum Pendidikan Awal : Ke Arah Pendidikan Holistik. Pendidik dan Pendidikan 12, 33-44 64
  • 65. Halimah Abdul Rahman. 1994. Pengajaran Bertema di Pusat Prasekolah. Kuala Lumpur. Fajar Bakti Sdn. Bhd. 120 Kathy H. Barclay & Camille Brenheny .1993. Letting the Children Take Over More Of Their Own Learning: Collaborative Research in the Kindergarten Classroom. Katz, L.C. 1987. Early Education:What Should Young Children Be Doing? In Kagan, S & Zigler, E. 1987. Early Childhood: The National Debate: Yale University Press. Kementerian Pendidikan Malaysia. 2003.Huraian Kurikulum Prasekolah Kebangsaan. Dewan Bahasa dan Pustaka Lilian G. Katz. 1984. The Professional Early Childhood Teacher, Young Education. Margaret Lay-Dopyera & John Dopyera. 1993. Becoming a teacher of young children. Graw-Hill Book Co.New York. Nani Menon & Mohd. Sharani & Rohani Abdullah. 2003. Panduan kurikulm prasekolah. Cergas (M) Sdn. Bhd. Kuala Lumpur. Rohaty Mohd Majzub.1989.Beberapa dimensi pendidikan prasekolah menjelang abad ke-21 dan selepasnya’. Aliran dan awalan pendidikan menjelang 65
  • 66. abad ke-21. Kuala Lumpur. Universiti Kebangsaan Malaysia. Problem-Finding and Solving in Play: The Teacher’s Role by Deborah W. Tegano, Janet K. Sawyers and James D. Moran, III Creative Problem Solving Through Music Activities by Randy Hitz. Spodek.B. (ed). 1983. Handbook of Research in Early Childhood Education. New York: The Free Press. PERMAINAN TRADISIONAL MAIN ACI DUDUK Peringkat Usia : 6 tahun ke atas Bilangan Pemain : Antara 4 hingga 8 orang Tempat bermain : kawasan lapang Peralatan : Tiada Kaedah dan peraturan permainan : 1. Dengan membuat undian , seorang pemain akan menjadi pengejar. 66
  • 67. 2. Pengejar akan cuba mengejar dan menangkap pemain – pemain yang lari berkeliaran di kawasan lapang tersebut. 3. Pemain yang mendapati dirinya hampir kena tangkap oleh pengajar boleh menyelamatkan dirinya dengan duduk bercangkung. 4. Pengejar tidak dibenarkan mengejar dan menangkap pemain tersebut sehingga ia diselamatkan oleh pemain lain. 5. Pemain –pemain lain boleh menyelamatkan pemain tersebut (yang sedang bercangkung) dengan menyentuhnya. Pemain yang disentuh akan terus berdiri dan terus berlari untuk mengelakkan daripada ditangkap oleh pengejar. 6. Pengejar pula akan berusaha menangkap salah seorang pemain. 7. Jika terdapat salah seorang pemain yang ditangkap maka ia akan pula menjadi pengejar. 8. Kaedah bermain tersebut diteruskan dan permainan ini boleh diberhentikan pada bila – bila masa sahaja ia dipersetujui oleh kesemua pemain. Aci Sorok Kanak-kanak lelaki dan perempuan menggemari permainan individu ini dan mereka bermain bersama-sama. Undian dilakukan untuk mendapatkan seorang pemain yang berperanan sebagai pencari. Manakala pemain lain dikenali sebagai awak-awak. Tiang atau pokok dijadikan rumah induk untuk pencari membuat kiraan. Pencari memulakan permainan dengan cara menutup matanya sambil membuat kiraan dari 1 hinggalah ke-100. Sejurus selesai membuat kiraan, pencari memulakan pencariannya. Pencari mestilah menyebut nama pemain diikuti sebutan 'ibu' apabila berjaya menjumpai salah seorang pemain. Peralatan yang diperlukan adalah terdiri daripada dua batang kayu kecil berukuran, l5cm dan 30cm panjang. Kedua-dua batang kayu ini berbentuk bulat dan berukuran 2cm garis pusat. Kayu yang pendek dipanggil anak dan yang panjang dipanggil ibu. Lubang sedalam 15cm juga dikorek bagi meletakkan kayu panjang. 67
  • 68. Undian secara ‘wan to som’ dijalankan bagi membentuk pasukan dan menetapkan pasukan mana yang harus memainkan terlebih dahulu. Permainan Pertama Pemain pertama memulakan permainan dengan meletakkan kayu pendek melintang lubang, kayu panjang digunakan untuk menguis kayu pendek itu supaya melambung ke udara, setelah itu kayu panjang diletakkan semula melintang lubang sementara itu, ahli pasukan lawan hendaklah cuba menyambut kayu pendek yang dikuis oleh pemain itu sebelum jatuh ke tanah. Jika pasukan lawan berjaya berbuat demikian, semua pemain daripada kumpulan yang sedang bermain itu dikira mati. Permainan akan diambil alih pula oleh pasukan lawan, tetapi jika pasukan lawan gagal menyambutnya, mana-mana ahli hendaklah membalingkan kayu pendek masuk ke dalam lubang ataupun mengena kayu panjang. Jika kayu itu masuk ke dalam lubang atau pun terkena kayu panjang yang diletakkan melintang tadi, cuma pemain itu sahaja yang dikira mati. Sebaliknya, jika kayu yang dibaling oleh pemain lawan itu tidak mengenai lubang atau kayu panjang itu, pemain tersebut boleh mendapatkan mata dengan mengira jarak kayu itu jatuh dari lubang. Satu jarak kayu panjang dikira satu mata. Permainan Kedua Pemain tadi akan mengambil kayu pendek dan melambungkan ke udara, kemudian memukulnya kuat dengan kayu panjang. Dia diberi peluang sebanyak tiga kali jika pukulan pertama atau keduanya tidak kuat. Sekali bagi pemain lawan cuba menyambut jika tidak berjaya. Pemain tadi boleh mendapat mata, dengan kiraan yang sama. Mata yang diperoleh dicampur dengan mata daripada langkah pertama tadi. Permainan Ketiga Seterusnya, pemain beralih kepada langkah ketiga yang dipanggil patuk ular. Pemain menyandarkan kayu pendek di tepi lubang, kemudian mengetuk hujung kayu pendek itu dengan kayu panjang. Jika pukulan dibuat dengan baik, kayu pendek akan melentik ke udara. Pemain itu hendaklah bersedia untuk memukul kayu pendek itu sebelum jatuh ke tanah, dengan menggunakan kayu panjang. Tempat kayu pendek itu jatuh dikira mata, iaitu mengiranya dengan menggunakan kayu panjang, kiraan mata tetap sama seperti sebelumnya. Pasukan yang mempunyai mata tertinggi memenangi perlawanan ini. http://resam-melayu.com/2009/12/permainan-tradisional-melayu-konda-kondi.html http://permainantradisi.com/ http://tradisional-bib.blogspot.com/ 68