SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 10
BINA INSAN GURU PPG
TAKLIMAT LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

AKTIVITI ICE-BREAKING

   1. Mukaddimah
      Aktiviti :
                 i.      Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan “Surah Al-Fatihah” bagi
                         mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program.
   2. Wisel
      Aktiviti :
                  i.       Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar.
                  ii.      Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan.
                  iii.     Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan.
       Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan persekitaran

   3. Ucapan Tahniah
      Aktiviti :
                 1. Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan
                     sebelah
                 2. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak berbau
                     busuk, maka masih segar lagi untuk mengikuti aktiviti ini.
      Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan

   4. Barang Amanah
      Aktiviti :
                 i.       Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada
                          setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program.
                 ii.      Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang diberi,
                          maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yang sesuai).
      Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi.

   5. Nyanyian Lagu Motivasi
      Aktiviti :
                 i.       Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelajar
                          sentiasa bersemangat dan bermotivasi.
                 ii.      Contohnya lagu “Warisan” yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan
                          pemimpin negara di masa hadapan.
      Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu.

   6. Salam Semut
      Aktiviti :
                 i.        Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan.
                           (Cth. Lagu sahabat sejati).
                  ii.      Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil mengucapkan
                           “tahniah” (Bagi sama jantina).
                  iii.     Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut “huuuuu” tanda
                           kemesraan.
       Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.

   7. Senyum
      Aktiviti :
                   i.    Sebut perkataan “tempey”.
                   ii.   Latihan senyum :
                                  Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas
                                  Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas
                                                      1
Nombor 3 : Senyum yang ikhlas
                 Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti.

8. Kungfu Wacha (1,2,3,4)
   Aktiviti :
              Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!)
              Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!)
              Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!)
              Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!)
   Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri

9. Kelopak Jantung
   Aktiviti :
              1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar.
              2. Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “kelopak”
              3. Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “jantung”
              4. Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan bunyi
                  kompang.
   Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar

10. Tepuk energy
    Aktiviti :
               Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa
               Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit “hooooo”
               Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit “hooooo” dan berdiri sambil bergerak
    Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar.

11. Gosok Tangan
    Aktiviti :
               1. Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas.
               2. Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah)
    Nilai / rasional aktiviti : Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu diciptakan dari tanah

12. Fokus
    Aktiviti :
                1. Goyang-goyang tangan kanan dengan laju
                2. Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke dahi.
                3. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan
     Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor)

13. Pegang Dagu
    Aktiviti :
               1. Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan
                   “alololooo”
               2. Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini
    Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat

14. Urutan
    Aktiviti :
                1. Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina
                2. Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang telah
                    diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu, belakang dll.
     Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di kalangan pelajar.

15. Sentuhan Kasih
    Aktiviti :


                                                          2
1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih pasangan yang belum
                   dikenali dengan rapat)
               2. Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama lain.
               3. Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya.
    Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan.

16. Pengelompokan mengikut kriteria
    Aktiviti :
               i.       Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti :
                                   a. Sama jantina
                                   b. Sama tahun lahir
                                   c. Sama bulan kelahiran
                                   d. Sama saiz kasut
                                   e. Sama warna baju / seluar dll.
               ii.      Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain.
    Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan.

17. Group in…
    Aktiviti :
               i.       Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi arahan
                        fasilitator.
               ii.      Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..”
               iii.     Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk kumpulan mengikut
                        bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan.
               iv.      Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas.
    Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan menggalakkan penerimaan
    dalam kumpulan.

18. Kerusi Panas
    Aktiviti :
               i.       Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar.
               ii.      Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar akan tukar tempat duduk dengan
                        rakan-rakan yang lain.
               iii.     Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah
                        bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.)
               iv.      Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya “Siapa rasa dirinya lelaki tukar
                        tempat duduk”. Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu,
                        pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah.
     Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan sebelum
    bertindak.

19. Bunyi paling menarik
    Aktiviti :
               i.       Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan
                        mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta dengan pergerakan
                        yang menarik.
               ii.      Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang paling menarik.
               iii.     Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama.
    Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan.

20. Pergerakan paling menarik
    Aktiviti :
               i.   Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah ditetapkan
                    untuk setiap kumpulan.
               ii.  Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar.
               iii. Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu rancak, sentimental, irama Melayu,
                    Hindustan, Cina dan sebagainya.

                                                      3
iv.      Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi
                         menggalakkan penglibatan pelajar.
     Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam melakukan sesuatu
     perkara.

21. Uji Bakat
    Aktiviti :
               i.        Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing.
               ii.       Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi
                                     a. Ketua
                                     b. Penolong
                                     c. Setiausaha.
                iii.     Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti disuruh
                         bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walk dan sebagainya
                         dengan diiringi muzik.
                iv.      Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan mencari :
                                     a. Peserta yang paling comel
                                     b. Peserta yang paling bijak berbicara
                                     c. Peserta yang paling handsome dan sebagainya.
     Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada yang dilahirkan
     menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin.

22. Aktiviti Keretapi
    Aktiviti :
               i.       Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing-
                        masing menngunakan „masking tape‟.
               ii.      Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang positif
                        untuk rakan-rakan (beri masa yang singkat untuk pelajar bergerak).
               iii.     Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yang ada
                        pada diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll.
               iv.      Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi dalam
                        jangka masa yang ditetapkan ( 3 minit – 5 minit).
               v.       Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi.
               vi.      Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk membaca nilai-
                        nilai yang diperolehi.
    Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari. Selagi ada nilai-nilai
    baik dalam diri, maka semua kita layak untuk memimpin.

23. Brainstorming
    Aktiviti :
               i.    Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar.
               ii.   Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral, kotak
                     kapur dll.
               iii.  Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda
                     tersebut dan nyatakan secara bergilir.
               iv.   Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat.
               v.    Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh
                     menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu
                     hoki, syampu dll.
               vi.   Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santai dengan
                     menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang selalu anda
                     lakukan di bilik air dll.
               vii.  Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih
                     ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan.
               viii. Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada
                     setiap pemimpin dll.


                                                        4
Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada
       (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas.

   24. Aktiviti ‘scanning’ (Strength and Weakness)
       Aktiviti :
                  i.       Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan kelemahan
                           masing-masing.
                  ii.      Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalam
                           kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan
                           yang terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru penyelaras)
                  iii.     Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif yang
                           boleh mengaibkan pasangan.
       Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Perlunya
       seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki kekurangan.

   25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark
       Aktiviti :
                  i.       Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan bercirikan
                           kepimpinan / sesuai dengan nama kumpulan.
                  ii.      Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan
                           bagi menaikkan semangat ahli kumpulan.
       Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan.



ENERGIZER

   1. Aktiviti Roslan Kata
      Aktiviti :
                 i.       Pelajar perlu mengikut arahan fasilitator untuk melakukan sesuatu pergerakan jika
                          fasilitator menyebut “Roslan Kata…”. Contohnya, Roslan kata pegang hidung, (pelajar
                          akan pegang hidung).
                 ii.      Jika arahan fasilitator tiada menyebut “Roslan Kata” maka arahan itu tidak perlu diikut.
                 iii.     Aktiviti ini diteruskan dengan mengarahkan pelajar menyentuh mana-mana anggota
                          badan masing-masing sehinggalah terdapat pemenang.
      Nilai / rasional aktiviti : Kepekaan memahami dan menerima sesuatu arahan

   2. Grenet
      Aktiviti :
                  1. Perkataan “grenet” akan disebut oleh fasilitator yang membawa maksud pelajar akan
                      meniarap di lantai.
                  2. Aktiviti peneguhan ini adalah aktiviti pelajar meniarap, tangan diletakkan di atas kepala dan
                      pipi diletakkan di lantai.
                  3. Pelajar akan melakukan aktiviti di atas setiap kali jika ada pelajar yang ingkar arahan
                      contohnya pelajar tidak menepati masa, membuat bising dll.
       Nilai / rasional aktiviti : Peneguhan untuk modifikasi tingkahlaku.

   3. Kobau Booo Booo
      Aktiviti :
                 1. Pelajar akan dibahagikan kepada 4 kumpulan
                          Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “saya”
                          Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “suka”
                          Kumpulan 3 akan menyebut perkataan “susu”
                          Kumpulan 4 akan menyebut perkataan “lembu”
                 2. Fasilitator akan memberi arahan menggunakan isyarat tangan supaya setiap kumpulan akan
                     menyebut perkataan tersebut mengikut pergerakan fasilitator secara rawak.
      Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar dan kepekaan menerima arahan.

                                                         5
4. Hakim, Harimau & Pemburu
   Aktiviti :
              1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
              2. Mereka akan melantik seorang ketua yang akan memberi arahan pergerakan yang kumpulan
                  masing-masing pilih.
              3. Fasilitator akan memberi arahan untuk memulakan permainan ini.
              4. Pergerakan Hakim             : Silang tangan dan letak di dada sambil menyebut “yang arif”
              5. Pergerakan Harimau : Mengaum sambil mencakar
              6. Pergerakan Pemburu : Tembak kehadapan sambil mengacukan jari (seperti pistol)
   Nilai / rasional aktiviti : Pentinganya strategi dan persefahaman dalam memimpin.

5. Mambo, tanggo, cikuci, boom boom bo
   Aktiviti :
              1. Pergerakan Mambo : Genggam dan buka genggaman
              2. Pergerakan Tanggo : Bukak dan tutup kepak
              3. Pergerakan Cikuci : Gerakkan pinggang
              4. Pergerakan Boom Boom : Genggam dan buka genggaman
              5. Pergerakan Bo            : Lepas tangan / lapang tapak tangan ke hadapan
   Nilai / rasional aktiviti : Senaman / energizer ringkas untuk mengembalikan kesegaran.

6. Jambatan Goyang-Goyang
   Aktiviti nyanyian :
             “Jambatan goyang-goyang (2X)
              Ku takut tenggelam (2X)
              Lalu aku berenang (2X)
              Habis basah bajuku (2X)
              Lalu aku sidaikan (2X)
              Ku pakai semula (2X)
              Cantik tak? “

    Nilai / rasional aktiviti : Senaman / energizer ringkas untuk mengembalikan kesegaran.

7. Cap klicap klicap cap cap
   Aktiviti :
              1. Fasilitator akan membuat pergerakan contohnya cuit pipi tetapi pelajar perlu buat pergerakan
                  lain selain dari cuit pipi.
              2. Tukar pergerakan lain sehinggalah pelajar peka dengan pergerakan.
   Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus

8. Goreng Pisang
   Aktiviti :
              1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar
              2. Aktiviti dimulakan dengan nanyian lagu “goreng pisang, goreng pisang, goreng pisang
                  sekarang, pisang apa, pisang apa, pisang apa sekarang” dan seterusnya disambung dengan
                  perkataan lain yang sesuai menyambungkan perkataan “goreng” contohnya “pisang tanduk”.
   Nilai / rasional aktiviti : Kerjasama dan persefahaman dalam memimpin




                                                    6
LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK)

   1. Rantai Nama
      Aktiviti :
                 i.        Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil (5 – 10 orang setiap kumpulan)
                 ii.       Mereka akan memperkenalkan diri masing-masing dimulakan dengan fasilitator masing-
                           masing.
                  iii.     Setiap ahli kumpulan akan menyebut nama diri sendiri, dan giliran disebelah kiri pula
                           akan memperkenalkan diri sambil mengulang nama rakan yang disebelah kanan tadi.
                  iv.      Contohnya, nama saya Rashid bin Salem dan rakan sebelah kanan saya Maimunah binti
                           Rashdan.
                  v.       Begitulah seterusnya sehinggalah orang yang terakhir dalam kumpulan perlu
                           memperkenalkan semua ahli dalam kumpulan.
       Nilai / rasional aktiviti : Membina hubungan dan suasana teraputik dalam kumpulan.

   2. Tag Nama
      Aktiviti :
                          1. Setiap kumpulan akan dibekalkan sekeping kad manila, pen marker, tali rafia dan gunting.
                          2. Setiap kumpulan akan membuat tag nama masing-masing dengan kreatif menggunakan
                             bahan yang dibekalkan.
                          3. Tag nama tersebut akan digunakan sepanjang program.

   3. Ikatan Kasih
      Aktiviti :
                 1. Pelajar diagihkan setengah meter tali rafia.
                 2. Fasilitator akan menyimpulkan tali rafia tersebut dan setiap pelajar dalam kumpulan masing-
                    masing akan memegang setiap bucu tali.
                 3. Ahli kumpulan akan berusaha membuka simpulan tanpa melepaskan tali tersebut. Jika ada
                    yang terlepas, kumpulan tersebut dianggap gagal.
                 4. Akhirnya, setiap ahli kumpulan akan berjumpa dengan pasangan masing-masing.

   4. Twin Sharing
      Aktiviti :
                 i.        Pelajar diarah mencari pasangan masing-masing dalam kumpulan
                 ii.       Setiap pasangan akan menceritakan tentang diri kepada pasangan masing-masing
                           (penerokaan kendiri)
                  iii.     Setelah itu, ahli kumpulan akan membentang atau menceritakan tentang diri pasangan
                           masing-masing dalam kumpulan kecil sambil berdiri di belakang pasangan masing-
                           masing sambil memegang bahu pasangan (jika sama jantina)
       Nilai / rasional aktiviti : Berkenalan lebih mendalam di dalam kumpulan serta mewujudkan rasa penerimaan.

   5. Puzzle
      Aktiviti :
                   i.      Pelajar akan menyiapkan puzzle yang akan diedarkan
                   ii.     Berikan tempoh masa yang sesuai untuk mereka siapkan puzzle tersebut (5 – 10 minit)
                   iii.    Jika belum selesai, sila panggil wakil setiap pelajar ke hadapan untuk melihat
                           demonstrasi menyiapkan puzzle tersebut yang akan ditunjukkan oleh fasilitator.
                  iv.      Markah akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya menyiapkan puzzle.
                  v.       Setelah ada kumpulan yang berjaya menyiapkan puzzle, beri arahan supaya pelajar
                           mencipta bentuk yang menarik melalui puzzle itu tadi.
       Nilai / rasional aktiviti : Membina percambahan minda dan semangat kerjasama.

   6. Air Dalam Gelas
      Aktiviti :
                 i. Sediakan gelas, tali, kertas A4, tiub motosikal yang telah dipotong dan kayu penyapu.
                 ii. Pelajar akan diarahkan untuk membawa gelas yang berisi air tersebut tanpa menyentuh gelas
                     tersebut menggunakan tangan/ jari.

                                                            7
iii. Fasilitator akan memastikan tiada pelajar yang menipu dalam menjalankan aktiviti ini.
     Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti, percambahan minda dan semangat kerjasama.

7. Simbol / Logo Diri
   Aktiviti :
              i.       Pelajar akan diarahkan untuk mencari satu benda setiap seorang yang terdapat
                       disekeliling mereka contohnya daun, pen, rumput dan lain-lain.
              ii.      Mereka perlu menerangkan dalam kumpulan kenapa mereka memilih benda tersebut
                       sebagai simbol atau logo diri mereka.
              iii.     Setelah itu, kumpulan akan memilih benda yang terbaik yang akan mewakili kumpulan
                       masing-masing.
              iv.      Aktiviti yang seterusnya, setiap ketua kumpulan akan memilih benda yang terbaik untuk
                       dijadikan logo bagi mewakili kumpulan besar.
   Nilai / rasional aktiviti : Membina konsep dan matlamat kendiri peserta

8. Bendera / Logo Kumpulan
   Aktiviti :
              i.       Setiap kumpulan akan diagihkan 1 meter kain putih / kertas mahjong putih serta marker
                       pen berwarna.
              ii.      Pelajar akan diberi masa untuk menghasilkan bendera kumpulan mengikut kreativiti
                       kumpulan masing-masing dan bendera / logo tersebut perlu mempunyai makna.
              iii.     Setiap kumpulan akan melakukan pembentangan (5 minit)
   Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti & membina percambahan minda. Menetapkan matlamat kumpulan.

9. Si Buta Cerdik
   Aktiviti :
              i.       Pelajar akan dibekalkan dengan kain penutup mata bewarna hitam
              ii.      Setiap pelajar akan ditutup mata dan dikumpulkan mengikut jantina.
              iii.     Pelajar dibawa berjalan / bergerak di dalam dewan dan di luar dewan sambil tangan
                       berpegangan antara 1 sama lain.
              iv.      Untuk lebih seronok, lantik pelajar untuk menganggu pergerakan mereka.
   Nilai / rasional aktiviti : Penghargaan kendiri dan membina keyakinan diri.

10. Permainan Duit
    Aktiviti :
               i.       Pelajar diedarkan duit kertas / syiling yang berlainan nilai setiap seorang.
               ii.      Nilai bermula dari 1 sen sehinggalah duit RM1 akan digunakan
               iii.     Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar berkumpul dalam kumpulan mengikut nilai
                        terkumpul yang perlu disediakan
               iv.      Contohnya, fasilitator akan memberi arahan supaya dapat mengumpul duit untuk membeli
                        beras yang bernilai RM2. Sila kumpul rakan-rakan supaya dapat menghasilkan wang
                        terkumpul sebanyak RM2.
               v.       Pelajar yang berjaya mengumpul ahli kumpulan akan diarahkan duduk supaya dapat
                        mengenalpasti ahli yang tidak termasuk dalam kumpulan.
    Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan penghargaan kendiri dan semangat bekerja dalam kumpulan. Setiap
    ahli kumpulan saling memerlukan.


11. Straw
    Aktiviti :
                 i.      Straw minuman akan diedarkan setiap kumpulan (1 paket straw)
                 ii.     Pelajar diarahkan untuk menghasilkan apa-apa sahaja bentuk bangunan dengan
                         menggunakan bahan buatan dari straw ini sahaja.
                iii.     Pelbagai bentuk bangunan akan dihasilkan dan fasilitator akan menguji kekuatan /
                         keteguhan binaan setiap kumpulan.
     Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan membina hubungan di kalangan pelajar.


                                                       8
12. Ciptaan
    Aktiviti :
                 i.     Surat khabar lama dan masking tape akan diedarkan di setiap kumpulan.
                 ii.    Pelajar akan diarahkan mencipta baju pahlawan yang menggambarkan masa depan
                        seorang hero.
               iii.     Untuk itu, setiap kumpulan akan memilih seorang hero yang akan dipakaikan dengan
                        pakaian tersebut
    Nilai / rasional aktiviti : Pemimpin perlu mempunyai wawasan dan berpandangan ke hadapan

13. Surat adik angkat / abang angkat / kakak angkat
    Aktiviti :
               i.       Kertas A4 akan diedarkan kepada pelajar
               ii.      Kertas A4 akan dilipat empat (4) dan dipotong kepada 4 bahagian.
                                   Bahagian 1 : Ditulis nama penuh
                                   Bahagian 2 / 3 / 4 : Disimpan untuk menulis surat
               iii.     Bahagian 1 dilipat kecil-kecil dan dekumpulkan dalam satu bekas / kotak sebelum
                        diagihkan semula kepada setiap ahli kumpulan.
               iv.      Nama yang diperolehi adalah adik angkat masing-masing.
               v.       Sebelum bermula setiap sesi, tulis surat kepada adik angkat dan dikembalikan semula ke
                        dalam kotak untuk dibaca atau diserahkan kepada adik angkat masing-masing.
    Nilai / rasional aktiviti : Mengenali diri melalui kaca mata orang lain. Sanggup menerima kritikan bagi
    merubah diri kea rah yang lebih baik.

14. Larian Lasak
    Aktiviti :
               i.       Aktiviti luar yang berbentuk kembara di setiap station yang mempunyai halangan atau
                        tugasan tertentu.
               ii.      Sediakan 4 – 6 station yang perlu pelajar lalui dan perlu menyelesaikan tugasan di setiap
                        station sebelum pelajar bergerak ke station yang seterusnya.
    Nilai / rasional aktiviti : Ketahanan diri & fizikal.

15. Persembahan Kumpulan
    Aktiviti :
               i.       Pelajar akan membuat persembahan mengikut kumpulan di malam terakhir / masa
                        terakhir program dijalankan.
               ii.      Fasilitator boleh memberi tajuk / tugasan persembahan atau pelajar memilih sendiri tajuk
                        persembahan.
               iii.     Fasilitator juga perlu menyediakan borang pemarkahan yang mencakupi kreativiti
                        persembahan, mesej yang ingin disampaikan serta kerjasama yang ditunjukkan.
    Nilai / rasional aktiviti : Pengalaman dan mencungkil bakat setiap peserta.

16. Self-Conscious (Aku Pelajar Hebat)
    Aktiviti :
               1. Sediakan muzik latar yang sesuai. Cth. muzik kitaro
               2. Pelajar akan diberi teks berbentuk sajak ringkas “Aku Pelajar Hebat”
               3. Pelajar akan membaca teks tersebut dengan penuh semangat dan fasilitator perlu memainkan
                  peranan untuk menaikkan semangat pelajar.
               4. Selepas itu, bagi peluang pelajar untuk meluahkan perasaan secara spontan.

    Nilai / rasional aktiviti : Konsep kendiri dan motivasi diri.

17. Rumusan Akhir Pemimpin
    Aktiviti :
               1. Diakhir aktiviti LDK, fasilitator akan merumuskan aktiviti dengan menggunakan paparan slide /
                  powerpoint tentang kepimpinan.



                                                         9
Nota :
                    1. Fasilitator perlu membuat refleksi setiap kali selesai menjalankan aktiviti LDK.
                    2. Dapatkan refleksi / respon daripada pelajar terlebih dahulu sebelum fasilitator membuat
                       refleksi akhir.
                    3. Fasilitator boleh menggunakan token seperti gula-gula kepada pelajar sebagai
                       penghargaan / peneguhan.

Latihan Komunikasi
    1. Pulau Bakun
        Aktiviti :
                   i.             Setiap kumpulan akan dibagikan kepada kumpulan “Kontraktor” dan “Orang Asli”
                   ii.            Fasilitator akan menyediakan peta pulau bakun dan pelajar akan melukis semula peta
                                  tersebut menggunakan kertas mahjong.
                    iii.          Kumpulan Kontraktor akan membuat pembentangan tentang pembangunan yang mereka
                                  akan jalankan di pulau tersebut. (Berbentuk lukisan)
                    iv.           Kumpulan Orang Asli juga akan mencadangakan pembangunan yang mereka inginkan di
                                  pulau mereka.
                    v.            Kontraktor akan diberi peruntukan 2 juta untuk membangunkan pulau tersebut.
                    vi.           Orang Asli berhak untuk menolak cadangan ataupun menerima berdasarkan
                                  pembentangan yang dilakukan oleh kontraktor.
    Nilai / rasional aktiviti :

    2. Aktiviti Raja Borong
       Aktiviti :
                  i.       Pelajar akan diberikan satu benda ataupun sesuatu topik / tajuk yang mudah untuk
                           dibentangkan secara spontan.
                  ii.      Contoh : Cara-cara memasak nasi, cara-cara memasak sambal belacan dan sebagainya.
       Nilai / rasional aktiviti :




Disediakan oleh :
Adib Farhan Sapian
Unit Psikologi & Kaunseling
IPG Kampus Rajang




                                                             10

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 20145225790
 
PANDUAN PENULISAN AKTIVITI KAUNSELING (SePKM).pptx
PANDUAN PENULISAN AKTIVITI KAUNSELING (SePKM).pptxPANDUAN PENULISAN AKTIVITI KAUNSELING (SePKM).pptx
PANDUAN PENULISAN AKTIVITI KAUNSELING (SePKM).pptxSekolahKebangsaanBin1
 
Modul ice breaking
Modul ice breakingModul ice breaking
Modul ice breakingRohani Jusoh
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Abu Hasyim
 
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).docKERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).docNorhasnizaAbdulHamid
 
Kertas kerja mohon sumbangan bilik kaunseling
Kertas kerja mohon sumbangan bilik kaunselingKertas kerja mohon sumbangan bilik kaunseling
Kertas kerja mohon sumbangan bilik kaunselingNooraidy
 
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahKaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahNur Aliaa Mohd Ahwan
 
8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)Herney Aqilah Kay
 
Kertas kerja pengurusan masa pmd
Kertas kerja pengurusan masa pmdKertas kerja pengurusan masa pmd
Kertas kerja pengurusan masa pmdFredolin Amit
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifMokhzani Fadir
 
Ldk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanLdk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanIERA
 
Syarat pertandingan-kuiz
Syarat pertandingan-kuizSyarat pertandingan-kuiz
Syarat pertandingan-kuiziema arshad
 
Rph Ting 3 Rusyd 2003
Rph Ting 3 Rusyd 2003Rph Ting 3 Rusyd 2003
Rph Ting 3 Rusyd 2003rusmiani
 
Kertas kerja kem kepimpinan beserta modul ldk.doc
Kertas kerja kem kepimpinan beserta modul ldk.docKertas kerja kem kepimpinan beserta modul ldk.doc
Kertas kerja kem kepimpinan beserta modul ldk.docKaviarasi Selvaraju
 

La actualidad más candente (20)

Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2Rph tayamum lengkap 2
Rph tayamum lengkap 2
 
PANDUAN PENULISAN AKTIVITI KAUNSELING (SePKM).pptx
PANDUAN PENULISAN AKTIVITI KAUNSELING (SePKM).pptxPANDUAN PENULISAN AKTIVITI KAUNSELING (SePKM).pptx
PANDUAN PENULISAN AKTIVITI KAUNSELING (SePKM).pptx
 
Modul ice breaking
Modul ice breakingModul ice breaking
Modul ice breaking
 
Operasi datang lewat ke sekolah
Operasi datang lewat ke sekolahOperasi datang lewat ke sekolah
Operasi datang lewat ke sekolah
 
Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019Kertas kerja kem motivasi 2019
Kertas kerja kem motivasi 2019
 
Laporan Aktiviti
Laporan AktivitiLaporan Aktiviti
Laporan Aktiviti
 
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).docKERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
KERTAS KERJA KEM KEPIMPINAN 2022 (7).doc
 
Kertas kerja mohon sumbangan bilik kaunseling
Kertas kerja mohon sumbangan bilik kaunselingKertas kerja mohon sumbangan bilik kaunseling
Kertas kerja mohon sumbangan bilik kaunseling
 
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadahKaedah dan teknik pengajaran ibadah
Kaedah dan teknik pengajaran ibadah
 
Pengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelabPengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelab
 
Surat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUM
Surat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUMSurat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUM
Surat Pekeliling Ikhtisas kOKURIKULUM
 
8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)8 bimbingan dalam pendidikan(1)
8 bimbingan dalam pendidikan(1)
 
Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21Kelas abad ke 21
Kelas abad ke 21
 
Kertas kerja pengurusan masa pmd
Kertas kerja pengurusan masa pmdKertas kerja pengurusan masa pmd
Kertas kerja pengurusan masa pmd
 
Pembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatifPembelajaran kooperatif
Pembelajaran kooperatif
 
Ldk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkanLdk yang menyeronokkan
Ldk yang menyeronokkan
 
Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 
Syarat pertandingan-kuiz
Syarat pertandingan-kuizSyarat pertandingan-kuiz
Syarat pertandingan-kuiz
 
Rph Ting 3 Rusyd 2003
Rph Ting 3 Rusyd 2003Rph Ting 3 Rusyd 2003
Rph Ting 3 Rusyd 2003
 
Kertas kerja kem kepimpinan beserta modul ldk.doc
Kertas kerja kem kepimpinan beserta modul ldk.docKertas kerja kem kepimpinan beserta modul ldk.doc
Kertas kerja kem kepimpinan beserta modul ldk.doc
 

Destacado

25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif IslamiYusry Yusopp
 
Game di kelas
Game di kelasGame di kelas
Game di kelaseryeryey
 
Aktiviti teambuilding
Aktiviti teambuildingAktiviti teambuilding
Aktiviti teambuildingkhairul anuar
 
100 permainan untuk training
100 permainan untuk training100 permainan untuk training
100 permainan untuk trainingIg Fandy Jayanto
 
Bahan ceramah modal insan
Bahan ceramah modal insanBahan ceramah modal insan
Bahan ceramah modal insanjpenmalaysia
 
Program Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal InsanProgram Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal InsanRasean Hamzah
 
Modul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwahModul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwahNurul Nabihah
 
Slideshare pembelajaran orang dewasa - experiential learning
Slideshare pembelajaran orang dewasa - experiential learningSlideshare pembelajaran orang dewasa - experiential learning
Slideshare pembelajaran orang dewasa - experiential learningDm Suhari
 
Slideshare penggunaan ice breaking untuk meningkatkan efektifitas pelatihan 2012
Slideshare penggunaan ice breaking untuk meningkatkan efektifitas pelatihan 2012Slideshare penggunaan ice breaking untuk meningkatkan efektifitas pelatihan 2012
Slideshare penggunaan ice breaking untuk meningkatkan efektifitas pelatihan 2012Dm Suhari
 
Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..asyikin hashim
 
Aktiviti explorace ict
Aktiviti explorace ictAktiviti explorace ict
Aktiviti explorace ictAMZUFA
 
Cara permainan
Cara permainanCara permainan
Cara permainanNur Ismail
 
Contoh format laporan
Contoh format laporanContoh format laporan
Contoh format laporanSyihab Ikbal
 

Destacado (19)

25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami25 Sample   Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
25 Sample Aktiviti Dan Permainan Kreatif Islami
 
kUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOORkUMPULAN GAME INDOOR
kUMPULAN GAME INDOOR
 
Game di kelas
Game di kelasGame di kelas
Game di kelas
 
Aktiviti teambuilding
Aktiviti teambuildingAktiviti teambuilding
Aktiviti teambuilding
 
100 permainan untuk training
100 permainan untuk training100 permainan untuk training
100 permainan untuk training
 
Bahan ceramah modal insan
Bahan ceramah modal insanBahan ceramah modal insan
Bahan ceramah modal insan
 
Program Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal InsanProgram Pembentukan Modal Insan
Program Pembentukan Modal Insan
 
Modul LDK
Modul LDKModul LDK
Modul LDK
 
Modul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppgModul program bina insan guru ppg
Modul program bina insan guru ppg
 
Hsp Moral Tahun Empat
Hsp Moral Tahun EmpatHsp Moral Tahun Empat
Hsp Moral Tahun Empat
 
Modul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwahModul taaruf dan ukhwah
Modul taaruf dan ukhwah
 
Slideshare pembelajaran orang dewasa - experiential learning
Slideshare pembelajaran orang dewasa - experiential learningSlideshare pembelajaran orang dewasa - experiential learning
Slideshare pembelajaran orang dewasa - experiential learning
 
Slideshare penggunaan ice breaking untuk meningkatkan efektifitas pelatihan 2012
Slideshare penggunaan ice breaking untuk meningkatkan efektifitas pelatihan 2012Slideshare penggunaan ice breaking untuk meningkatkan efektifitas pelatihan 2012
Slideshare penggunaan ice breaking untuk meningkatkan efektifitas pelatihan 2012
 
Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..Pembangunan modal insan..
Pembangunan modal insan..
 
List sukaneka
List sukanekaList sukaneka
List sukaneka
 
Jogging Otak
Jogging OtakJogging Otak
Jogging Otak
 
Aktiviti explorace ict
Aktiviti explorace ictAktiviti explorace ict
Aktiviti explorace ict
 
Cara permainan
Cara permainanCara permainan
Cara permainan
 
Contoh format laporan
Contoh format laporanContoh format laporan
Contoh format laporan
 

Similar a Bina insan guru ppg

Similar a Bina insan guru ppg (20)

Ice breaking
Ice breakingIce breaking
Ice breaking
 
Ice breaking nbos
Ice breaking nbosIce breaking nbos
Ice breaking nbos
 
Tentatif
TentatifTentatif
Tentatif
 
TOPIK 5.ppt
TOPIK 5.pptTOPIK 5.ppt
TOPIK 5.ppt
 
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolahPengajian kurikulum dan model prasekolah
Pengajian kurikulum dan model prasekolah
 
Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2Edu 3103 soalan 2
Edu 3103 soalan 2
 
Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1Edu 3103 soalan 1
Edu 3103 soalan 1
 
Rph t2 minggu 2 (4)
Rph t2 minggu 2 (4)Rph t2 minggu 2 (4)
Rph t2 minggu 2 (4)
 
Tajuk 1 prabacaan
Tajuk 1  prabacaanTajuk 1  prabacaan
Tajuk 1 prabacaan
 
Contoh penulisan rph pendidikan jasmani tahun 1
Contoh penulisan rph pendidikan jasmani tahun 1Contoh penulisan rph pendidikan jasmani tahun 1
Contoh penulisan rph pendidikan jasmani tahun 1
 
Interaksi dan Pembelajaran
Interaksi dan PembelajaranInteraksi dan Pembelajaran
Interaksi dan Pembelajaran
 
RPH 2013
RPH 2013 RPH 2013
RPH 2013
 
CTL
CTLCTL
CTL
 
Rpt moral ting 1
Rpt moral ting 1Rpt moral ting 1
Rpt moral ting 1
 
Contoh persediaan mengajar prasekolah
Contoh persediaan mengajar prasekolahContoh persediaan mengajar prasekolah
Contoh persediaan mengajar prasekolah
 
Program guru penyayang.
Program  guru penyayang.Program  guru penyayang.
Program guru penyayang.
 
Peranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaranPeranan main dalam proses pembelajaran
Peranan main dalam proses pembelajaran
 
Rph imbangan
Rph imbanganRph imbangan
Rph imbangan
 
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMKRPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
RPH PENDIDIKAN MORAL BERASASKAN TMK
 
Aktiviti ldk
Aktiviti ldkAktiviti ldk
Aktiviti ldk
 

Más de Ahmad Lili

Tatacara permohonan
Tatacara permohonanTatacara permohonan
Tatacara permohonanAhmad Lili
 
Lagu guru malaysia
Lagu guru malaysiaLagu guru malaysia
Lagu guru malaysiaAhmad Lili
 
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentang
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentangKertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentang
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentangAhmad Lili
 
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2Ahmad Lili
 
Jadual waktu peribadi bnk 2015
Jadual waktu peribadi bnk 2015Jadual waktu peribadi bnk 2015
Jadual waktu peribadi bnk 2015Ahmad Lili
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015Ahmad Lili
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulumKertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulumAhmad Lili
 
Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014Ahmad Lili
 
Jadual bertugas pengawas 2414
Jadual bertugas pengawas 2414Jadual bertugas pengawas 2414
Jadual bertugas pengawas 2414Ahmad Lili
 
Langkah jualan
Langkah jualanLangkah jualan
Langkah jualanAhmad Lili
 
Kertas program lepas upsr
Kertas program lepas upsrKertas program lepas upsr
Kertas program lepas upsrAhmad Lili
 
Kaunselor dan halatuju
Kaunselor dan halatujuKaunselor dan halatuju
Kaunselor dan halatujuAhmad Lili
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakanAhmad Lili
 
Langkah jualan
Langkah jualanLangkah jualan
Langkah jualanAhmad Lili
 
Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011
Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011
Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011Ahmad Lili
 
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)Ahmad Lili
 
Borang claim spts
Borang claim sptsBorang claim spts
Borang claim sptsAhmad Lili
 
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)Ahmad Lili
 

Más de Ahmad Lili (20)

Tatacara permohonan
Tatacara permohonanTatacara permohonan
Tatacara permohonan
 
Lagu guru malaysia
Lagu guru malaysiaLagu guru malaysia
Lagu guru malaysia
 
Carta staff 2
Carta staff 2Carta staff 2
Carta staff 2
 
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentang
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentangKertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentang
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda bentang
 
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2
Kertas+kerja+program+innovasi doktor muda2
 
Abstrak
AbstrakAbstrak
Abstrak
 
Jadual waktu peribadi bnk 2015
Jadual waktu peribadi bnk 2015Jadual waktu peribadi bnk 2015
Jadual waktu peribadi bnk 2015
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
Kertas+kerja+program+innovasi+kehadiran pelajar 2015
 
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulumKertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
Kertas+kerja+program+innovasi+kokurikulum
 
Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014Izin ilmu 2014
Izin ilmu 2014
 
Jadual bertugas pengawas 2414
Jadual bertugas pengawas 2414Jadual bertugas pengawas 2414
Jadual bertugas pengawas 2414
 
Langkah jualan
Langkah jualanLangkah jualan
Langkah jualan
 
Kertas program lepas upsr
Kertas program lepas upsrKertas program lepas upsr
Kertas program lepas upsr
 
Kaunselor dan halatuju
Kaunselor dan halatujuKaunselor dan halatuju
Kaunselor dan halatuju
 
kajian tindakan
kajian tindakankajian tindakan
kajian tindakan
 
Langkah jualan
Langkah jualanLangkah jualan
Langkah jualan
 
Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011
Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011
Senarai nama kumpulan ppg pj ambilan jun 2011
 
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)
 
Borang claim spts
Borang claim sptsBorang claim spts
Borang claim spts
 
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)Corak pergerakan dominan gimnastik  (landing)
Corak pergerakan dominan gimnastik (landing)
 

Último

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 

Último (11)

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 

Bina insan guru ppg

  • 1. BINA INSAN GURU PPG TAKLIMAT LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) AKTIVITI ICE-BREAKING 1. Mukaddimah Aktiviti : i. Aktiviti yang hendak dijalankan sebaik-baiknya dimulakan dengan “Surah Al-Fatihah” bagi mendapatkan keberkatan dalam menjalankan program. 2. Wisel Aktiviti : i. Penggunaan wisel dalam mengawal pelajar. ii. Pelajar perlu peka dengan wisel yang dibunyikan. iii. Pelajar adalah diwajibkan memberi respon / tindakbalas setiap kali wisel dibunyikan. Nilai / rasional aktiviti : Tarik perhatian peserta supaya sentiasa peka dengan persekitaran 3. Ucapan Tahniah Aktiviti : 1. Pelajar diarah untuk mengangkat tangan kanan dan mengucapkan tahniah kepada rakan sebelah 2. Pelajar diarah mengangkat tangan kiri dan hidu bau ketiak masing-masing. Jika tidak berbau busuk, maka masih segar lagi untuk mengikuti aktiviti ini. Nilai / rasional aktiviti : Pengahargaan kepada rakan-rakan 4. Barang Amanah Aktiviti : i. Barang amanah seperti telur ayam, krakers dan sebagainya akan diagihkan kepada setiap kumpulan dan perlu dijaga sehingga ke akhir program. ii. Bagi yang gagal menjaga amanah contohnya ada yang pecahkan biji telur yang diberi, maka semua ahli kumpulan akan didenda (pilih denda yang sesuai). Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menjaga amanah yang telah diberi. 5. Nyanyian Lagu Motivasi Aktiviti : i. Nyanyian lagu motivasi perlu dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan pelajar sentiasa bersemangat dan bermotivasi. ii. Contohnya lagu “Warisan” yang membawa makna setiap pelajar adalah warisan pemimpin negara di masa hadapan. Nilai / rasional aktiviti : Menyemai motivasi dalam diri peserta melalui lirik lagu. 6. Salam Semut Aktiviti : i. Pelajar akan membentuk bulatan besar dan pelajar dan muzik iringan akan dimainkan. (Cth. Lagu sahabat sejati). ii. Pelajar akan bergerak untuk bersalam iaitu salam, peluk dan usap sambil mengucapkan “tahniah” (Bagi sama jantina). iii. Jika berlainan jantina, cukup sekadar melambai tangan sambil menyebut “huuuuu” tanda kemesraan. Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti. 7. Senyum Aktiviti : i. Sebut perkataan “tempey”. ii. Latihan senyum : Nombor 1 : Senyum tidak ikhlas Nombor 2 : Senyum tak berapa nak ikhlas 1
  • 2. Nombor 3 : Senyum yang ikhlas Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan perhubungan antara peserta di peringkat awal aktiviti. 8. Kungfu Wacha (1,2,3,4) Aktiviti : Pergerakan 1 : Tumbuk hadapan (huh!) Pergerakan 2 : Tarik tangan (hah!) Pergerakan 3 : Tumbuk hadapan & tarik tangan (huh! hah!) Pergerakan 4 : Tangan seperti ular mematuk ke hadapan, angkat kaki (wacha!) Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus dan keyakinan diri 9. Kelopak Jantung Aktiviti : 1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar. 2. Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “kelopak” 3. Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “jantung” 4. Pelajar akan menyebut mengikut arahan tangan oleh fasilitator sehingga menghasilkan bunyi kompang. Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar 10. Tepuk energy Aktiviti : Tepuk 1 : Tepuk tangan seperti biasa Tepuk 2 : Tepuk tangan sambil menjerit “hooooo” Tepuk 3 : Tepuk tangan, jerit “hooooo” dan berdiri sambil bergerak Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan energy dan keseronokan belajar. 11. Gosok Tangan Aktiviti : 1. Pelajar menggosok tangan daripada perlahan sehingga pantas. 2. Pelajar mencium tangan sambil menyatakan apakah bau yang mereka hidu (bau tanah) Nilai / rasional aktiviti : Muhasabah diri bahawa semua kita adalah sama, iaitu diciptakan dari tanah 12. Fokus Aktiviti : 1. Goyang-goyang tangan kanan dengan laju 2. Berikan arahan supaya letakkan tangan ke dagu tetapi fasilitator meletakkan tangan ke dahi. 3. Lakukan berulang kali sehinga pelajar benar-benar fokus dengan arahan Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus (kordinasi antara audio, visual dan psikomotor) 13. Pegang Dagu Aktiviti : 1. Pegang dagu / janggut rakan di sebelah (yang sama jantina sambil menyebut perkataan “alololooo” 2. Lakukan berulang kali sehingga semua pelaja melakukan aktiviti ini Nilai / rasional aktiviti : Melahirkan rasa selesa dan rasa selamat 14. Urutan Aktiviti : 1. Pelajar diarah berbaris dalam kumpulan sama jantina 2. Aktiviti teraputik iaitu mengurut dalam barisan akan dilakukan mengikut arahan yang telah diberikan oleh fasilitator contohnya urut kepala, hidung, tengkuk, bahu, belakang dll. Nilai / rasional aktiviti : Menanam sifat bertolak ansur dan membina hubungan di kalangan pelajar. 15. Sentuhan Kasih Aktiviti : 2
  • 3. 1. Pelajar diarah memilih pasangan sama jantina (sebaik-baiknya pilih pasangan yang belum dikenali dengan rapat) 2. Fasilitator akan memberi arahan supaya setiap anggota badan bertemu antara satu sama lain. 3. Contohnya dagu bertemu dagu, dahi bertemu dahi, lutut bertemu lutut dan sebagainya. Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan rasa mesra, dan peka dengan arahan. 16. Pengelompokan mengikut kriteria Aktiviti : i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan mengikut kriteria seperti : a. Sama jantina b. Sama tahun lahir c. Sama bulan kelahiran d. Sama saiz kasut e. Sama warna baju / seluar dll. ii. Setelah berjumpa ahli kumpulan, ahli diminta berkenalan antara satu sama lain. Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya proaktif dalam kumpulan. 17. Group in… Aktiviti : i. Pelajar diarah untuk bergerak dalam kumpulan tertentu iaitu dengan mematuhi arahan fasilitator. ii. Fasilitator akan menyebut “Group in 2, 5, 10 atau 20..” iii. Pelajar akan bergerak dalam kumpulan besar untuk membentuk kumpulan mengikut bilangan ahli kumpulan yang telah ditetapkan. iv. Setelah berjumpa ahli kumpulan, pelajar disuruh duduk dan berkenalan secara ringkas. Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta supaya menjadi lebih proaktif dan menggalakkan penerimaan dalam kumpulan. 18. Kerusi Panas Aktiviti : i. Pelajar akan duduk di atas kerusi masing-masing dalam bulatan besar. ii. Apabila arahan tukar tempat duduk diberikan, pelajar akan tukar tempat duduk dengan rakan-rakan yang lain. iii. Pelajar yang paling lambat bertukar tempat duduk akan dikenakan hukuman di tengah bulatan. (Hukuman yang sesuai contohnya menyanyikan lagu, poco-poco dll.) iv. Arahan fasilitator perlu kreatif dan pelbagai contohnya “Siapa rasa dirinya lelaki tukar tempat duduk”. Maka pelajar lelaki sahaja yang akan tukar tempat duduk. Setelah itu, pelajar akan berkenalan dengan rakan sebelah. Nilai / rasional aktiviti : Pentingnya menerima, mendengar dan memahami sesuatu arahan sebelum bertindak. 19. Bunyi paling menarik Aktiviti : i. Pelajar akan berada dalam kumpulan masing-masing dan fasilitator akan mengarahkan mereka untuk memilih dan menghasilkan bunyi binatang beserta dengan pergerakan yang menarik. ii. Markah akan diberi kepada bunyi dan pergerakan kumpulan yang paling menarik. iii. Seboleh-bolehnya, bunyi binatang bagi setiap kumpulan tidak sama. Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mewujudkan semangat kerjasama dalam kumpulan. 20. Pergerakan paling menarik Aktiviti : i. Setiap kumpulan akan menghasilkan pergerakan mengikut muzik yang telah ditetapkan untuk setiap kumpulan. ii. Muzik / lagu bagi setiap kumpulan perlu berbeza bagi melihat variasi pelajar. iii. Pemilihan lagu mengikut kategori seperti lagu rancak, sentimental, irama Melayu, Hindustan, Cina dan sebagainya. 3
  • 4. iv. Fasilitator boleh menggunakan sistem markah atau token bagi aktiviti seperti ini bagi menggalakkan penglibatan pelajar. Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan mencerna semangat persaingan yang sihat dalam melakukan sesuatu perkara. 21. Uji Bakat Aktiviti : i. Setiap pelajar diarah untuk melihat wajah ahli kumpulan masing-masing. ii. Setelah itu, sila pilih ahli kumpulan yang paling layak menjadi a. Ketua b. Penolong c. Setiausaha. iii. Mereka yang terpilih dipanggil ke hadapan untuk menjalani ujian emosi seperti disuruh bersyarahan / berucap, melakukan aktiviti seperti berkokok, cat walk dan sebagainya dengan diiringi muzik. iv. Sebagai aktiviti salingan, fasilitator boleh melakukan aktiviti uji bakat ini dengan mencari : a. Peserta yang paling comel b. Peserta yang paling bijak berbicara c. Peserta yang paling handsome dan sebagainya. Nilai / rasional aktiviti : Setiap pelajar mempunyai bakat dan keupayaan tersendiri. Ada yang dilahirkan menjadi pemimpin dan ada yang perlu belajar untuk memimpin. 22. Aktiviti Keretapi Aktiviti : i. Setiap pelajar akan diedarkan sehelai kertas A4 dan dilekatkan di belakang masing- masing menngunakan „masking tape‟. ii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar untuk menuliskan perkataan yang positif untuk rakan-rakan (beri masa yang singkat untuk pelajar bergerak). iii. Pelajar perlu bergerak untuk mendapatkan sebanyak mungkin nilai-nilai positif yang ada pada diri mereka contohnya baik hati, bertanggungjawab, suka menolong orang dll. iv. Fasilitator perlu menetapkan sekurang-kurangnya 10 nilai yang berjaya diperolehi dalam jangka masa yang ditetapkan ( 3 minit – 5 minit). v. Setelah itu, pelajar akan mengira jumlah nilai yang diperolehi. vi. Fasilitator akan memanggil setiap pelajar secara rawak ke hadapan untuk membaca nilai- nilai yang diperolehi. Nilai / rasional aktiviti : Setiap individu mempunyai nilai positif yang kita tidak sedari. Selagi ada nilai-nilai baik dalam diri, maka semua kita layak untuk memimpin. 23. Brainstorming Aktiviti : i. Pelajar akan duduk dalam bulatan yang besar. ii. Satu objek akan diletakkan di tengah-tengah bulatan. Contohnya botol mineral, kotak kapur dll. iii. Pelajar akan memikirkan sesuatu yang berbeza dengan ciri-ciri sebenar / asal benda tersebut dan nyatakan secara bergilir. iv. Setiap yang dinyatakan akan dicatatkan oleh 2 orang pencatat. v. Jika diletakkan botol mineral di tengah bulatan, maka pelajar tersebut tidak boleh menyebut benda tersebut air mineral tetapi perlu menyatakan benda lain contohnya kayu hoki, syampu dll. vi. Selain itu, pelajar diberi tugasan untuk melakukan brainstorming ini secara santai dengan menyatakan idea-idea mudah. Contohnya, nyatakan perkara-perkara yang selalu anda lakukan di bilik air dll. vii. Setelah itu, brainstorm idea pelajar dengan menyatakan perkara-perkara yang lebih ilmiah iaitu menyatakan idea masing-masing fokus tentang kepimpinan. viii. Contohnya : Nilai-nilai yang perlu ada pada setiap pemimpin, apa yang perlu ada pada setiap pemimpin dll. 4
  • 5. Nilai / rasional aktiviti : Menggalakkan peserta berkongsi idea melalui pengetahuan sedia ada (konstruktivisme). Melalui perkongsian ini, maka ruang lingkup pemikiran peserta akan lebih luas. 24. Aktiviti ‘scanning’ (Strength and Weakness) Aktiviti : i. Aktiviti berpasangan iaitu setiap pasangan akan menceritakan kekuatan dan kelemahan masing-masing. ii. Setelah itu, mereka akan menceritakan kekuatan dan kelemahan pasangan dalam kumpulan besar atau kumpulan kecil. (Sebaik-baiknya dibantu oleh fasilitator kumpulan yang terdiri daripada guru-guru seperti guru bimbingan dan guru penyelaras) iii. Dalam aktiviti ini, elakkan pelajar membincangkan perkara-perkara yang sensitif yang boleh mengaibkan pasangan. Nilai / rasional aktiviti : Luahan kendiri untuk mengenalpasti kekuatan dan kelemahan diri. Perlunya seseorang itu mengekal dan menambahbaik kekuatan serta memperbaiki kekurangan. 25. Sorakan Kumpulan / Cheers / Trademark Aktiviti : i. Pelajar berbincang untuk menghasilkan sorakan puak yang paling menarik dan bercirikan kepimpinan / sesuai dengan nama kumpulan. ii. Sorakan puak perlu dijalankan sebelum bermulanya sesuatu pembentangan kumpulan bagi menaikkan semangat ahli kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Meningkatkan motivasi / energy dalam kumpulan. ENERGIZER 1. Aktiviti Roslan Kata Aktiviti : i. Pelajar perlu mengikut arahan fasilitator untuk melakukan sesuatu pergerakan jika fasilitator menyebut “Roslan Kata…”. Contohnya, Roslan kata pegang hidung, (pelajar akan pegang hidung). ii. Jika arahan fasilitator tiada menyebut “Roslan Kata” maka arahan itu tidak perlu diikut. iii. Aktiviti ini diteruskan dengan mengarahkan pelajar menyentuh mana-mana anggota badan masing-masing sehinggalah terdapat pemenang. Nilai / rasional aktiviti : Kepekaan memahami dan menerima sesuatu arahan 2. Grenet Aktiviti : 1. Perkataan “grenet” akan disebut oleh fasilitator yang membawa maksud pelajar akan meniarap di lantai. 2. Aktiviti peneguhan ini adalah aktiviti pelajar meniarap, tangan diletakkan di atas kepala dan pipi diletakkan di lantai. 3. Pelajar akan melakukan aktiviti di atas setiap kali jika ada pelajar yang ingkar arahan contohnya pelajar tidak menepati masa, membuat bising dll. Nilai / rasional aktiviti : Peneguhan untuk modifikasi tingkahlaku. 3. Kobau Booo Booo Aktiviti : 1. Pelajar akan dibahagikan kepada 4 kumpulan Kumpulan 1 akan menyebut perkataan “saya” Kumpulan 2 akan menyebut perkataan “suka” Kumpulan 3 akan menyebut perkataan “susu” Kumpulan 4 akan menyebut perkataan “lembu” 2. Fasilitator akan memberi arahan menggunakan isyarat tangan supaya setiap kumpulan akan menyebut perkataan tersebut mengikut pergerakan fasilitator secara rawak. Nilai / rasional aktiviti : Keseronokan belajar dan kepekaan menerima arahan. 5
  • 6. 4. Hakim, Harimau & Pemburu Aktiviti : 1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar 2. Mereka akan melantik seorang ketua yang akan memberi arahan pergerakan yang kumpulan masing-masing pilih. 3. Fasilitator akan memberi arahan untuk memulakan permainan ini. 4. Pergerakan Hakim : Silang tangan dan letak di dada sambil menyebut “yang arif” 5. Pergerakan Harimau : Mengaum sambil mencakar 6. Pergerakan Pemburu : Tembak kehadapan sambil mengacukan jari (seperti pistol) Nilai / rasional aktiviti : Pentinganya strategi dan persefahaman dalam memimpin. 5. Mambo, tanggo, cikuci, boom boom bo Aktiviti : 1. Pergerakan Mambo : Genggam dan buka genggaman 2. Pergerakan Tanggo : Bukak dan tutup kepak 3. Pergerakan Cikuci : Gerakkan pinggang 4. Pergerakan Boom Boom : Genggam dan buka genggaman 5. Pergerakan Bo : Lepas tangan / lapang tapak tangan ke hadapan Nilai / rasional aktiviti : Senaman / energizer ringkas untuk mengembalikan kesegaran. 6. Jambatan Goyang-Goyang Aktiviti nyanyian : “Jambatan goyang-goyang (2X) Ku takut tenggelam (2X) Lalu aku berenang (2X) Habis basah bajuku (2X) Lalu aku sidaikan (2X) Ku pakai semula (2X) Cantik tak? “ Nilai / rasional aktiviti : Senaman / energizer ringkas untuk mengembalikan kesegaran. 7. Cap klicap klicap cap cap Aktiviti : 1. Fasilitator akan membuat pergerakan contohnya cuit pipi tetapi pelajar perlu buat pergerakan lain selain dari cuit pipi. 2. Tukar pergerakan lain sehinggalah pelajar peka dengan pergerakan. Nilai / rasional aktiviti : Menguji fokus 8. Goreng Pisang Aktiviti : 1. Pelajar dibahagikan kepada 2 kumpulan besar 2. Aktiviti dimulakan dengan nanyian lagu “goreng pisang, goreng pisang, goreng pisang sekarang, pisang apa, pisang apa, pisang apa sekarang” dan seterusnya disambung dengan perkataan lain yang sesuai menyambungkan perkataan “goreng” contohnya “pisang tanduk”. Nilai / rasional aktiviti : Kerjasama dan persefahaman dalam memimpin 6
  • 7. LATIHAN DALAM KUMPULAN (LDK) 1. Rantai Nama Aktiviti : i. Pelajar akan dibahagikan kepada kumpulan kecil (5 – 10 orang setiap kumpulan) ii. Mereka akan memperkenalkan diri masing-masing dimulakan dengan fasilitator masing- masing. iii. Setiap ahli kumpulan akan menyebut nama diri sendiri, dan giliran disebelah kiri pula akan memperkenalkan diri sambil mengulang nama rakan yang disebelah kanan tadi. iv. Contohnya, nama saya Rashid bin Salem dan rakan sebelah kanan saya Maimunah binti Rashdan. v. Begitulah seterusnya sehinggalah orang yang terakhir dalam kumpulan perlu memperkenalkan semua ahli dalam kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Membina hubungan dan suasana teraputik dalam kumpulan. 2. Tag Nama Aktiviti : 1. Setiap kumpulan akan dibekalkan sekeping kad manila, pen marker, tali rafia dan gunting. 2. Setiap kumpulan akan membuat tag nama masing-masing dengan kreatif menggunakan bahan yang dibekalkan. 3. Tag nama tersebut akan digunakan sepanjang program. 3. Ikatan Kasih Aktiviti : 1. Pelajar diagihkan setengah meter tali rafia. 2. Fasilitator akan menyimpulkan tali rafia tersebut dan setiap pelajar dalam kumpulan masing- masing akan memegang setiap bucu tali. 3. Ahli kumpulan akan berusaha membuka simpulan tanpa melepaskan tali tersebut. Jika ada yang terlepas, kumpulan tersebut dianggap gagal. 4. Akhirnya, setiap ahli kumpulan akan berjumpa dengan pasangan masing-masing. 4. Twin Sharing Aktiviti : i. Pelajar diarah mencari pasangan masing-masing dalam kumpulan ii. Setiap pasangan akan menceritakan tentang diri kepada pasangan masing-masing (penerokaan kendiri) iii. Setelah itu, ahli kumpulan akan membentang atau menceritakan tentang diri pasangan masing-masing dalam kumpulan kecil sambil berdiri di belakang pasangan masing- masing sambil memegang bahu pasangan (jika sama jantina) Nilai / rasional aktiviti : Berkenalan lebih mendalam di dalam kumpulan serta mewujudkan rasa penerimaan. 5. Puzzle Aktiviti : i. Pelajar akan menyiapkan puzzle yang akan diedarkan ii. Berikan tempoh masa yang sesuai untuk mereka siapkan puzzle tersebut (5 – 10 minit) iii. Jika belum selesai, sila panggil wakil setiap pelajar ke hadapan untuk melihat demonstrasi menyiapkan puzzle tersebut yang akan ditunjukkan oleh fasilitator. iv. Markah akan diberikan kepada kumpulan yang berjaya menyiapkan puzzle. v. Setelah ada kumpulan yang berjaya menyiapkan puzzle, beri arahan supaya pelajar mencipta bentuk yang menarik melalui puzzle itu tadi. Nilai / rasional aktiviti : Membina percambahan minda dan semangat kerjasama. 6. Air Dalam Gelas Aktiviti : i. Sediakan gelas, tali, kertas A4, tiub motosikal yang telah dipotong dan kayu penyapu. ii. Pelajar akan diarahkan untuk membawa gelas yang berisi air tersebut tanpa menyentuh gelas tersebut menggunakan tangan/ jari. 7
  • 8. iii. Fasilitator akan memastikan tiada pelajar yang menipu dalam menjalankan aktiviti ini. Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti, percambahan minda dan semangat kerjasama. 7. Simbol / Logo Diri Aktiviti : i. Pelajar akan diarahkan untuk mencari satu benda setiap seorang yang terdapat disekeliling mereka contohnya daun, pen, rumput dan lain-lain. ii. Mereka perlu menerangkan dalam kumpulan kenapa mereka memilih benda tersebut sebagai simbol atau logo diri mereka. iii. Setelah itu, kumpulan akan memilih benda yang terbaik yang akan mewakili kumpulan masing-masing. iv. Aktiviti yang seterusnya, setiap ketua kumpulan akan memilih benda yang terbaik untuk dijadikan logo bagi mewakili kumpulan besar. Nilai / rasional aktiviti : Membina konsep dan matlamat kendiri peserta 8. Bendera / Logo Kumpulan Aktiviti : i. Setiap kumpulan akan diagihkan 1 meter kain putih / kertas mahjong putih serta marker pen berwarna. ii. Pelajar akan diberi masa untuk menghasilkan bendera kumpulan mengikut kreativiti kumpulan masing-masing dan bendera / logo tersebut perlu mempunyai makna. iii. Setiap kumpulan akan melakukan pembentangan (5 minit) Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti & membina percambahan minda. Menetapkan matlamat kumpulan. 9. Si Buta Cerdik Aktiviti : i. Pelajar akan dibekalkan dengan kain penutup mata bewarna hitam ii. Setiap pelajar akan ditutup mata dan dikumpulkan mengikut jantina. iii. Pelajar dibawa berjalan / bergerak di dalam dewan dan di luar dewan sambil tangan berpegangan antara 1 sama lain. iv. Untuk lebih seronok, lantik pelajar untuk menganggu pergerakan mereka. Nilai / rasional aktiviti : Penghargaan kendiri dan membina keyakinan diri. 10. Permainan Duit Aktiviti : i. Pelajar diedarkan duit kertas / syiling yang berlainan nilai setiap seorang. ii. Nilai bermula dari 1 sen sehinggalah duit RM1 akan digunakan iii. Fasilitator akan mengarahkan setiap pelajar berkumpul dalam kumpulan mengikut nilai terkumpul yang perlu disediakan iv. Contohnya, fasilitator akan memberi arahan supaya dapat mengumpul duit untuk membeli beras yang bernilai RM2. Sila kumpul rakan-rakan supaya dapat menghasilkan wang terkumpul sebanyak RM2. v. Pelajar yang berjaya mengumpul ahli kumpulan akan diarahkan duduk supaya dapat mengenalpasti ahli yang tidak termasuk dalam kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Mewujudkan penghargaan kendiri dan semangat bekerja dalam kumpulan. Setiap ahli kumpulan saling memerlukan. 11. Straw Aktiviti : i. Straw minuman akan diedarkan setiap kumpulan (1 paket straw) ii. Pelajar diarahkan untuk menghasilkan apa-apa sahaja bentuk bangunan dengan menggunakan bahan buatan dari straw ini sahaja. iii. Pelbagai bentuk bangunan akan dihasilkan dan fasilitator akan menguji kekuatan / keteguhan binaan setiap kumpulan. Nilai / rasional aktiviti : Kreativiti dan membina hubungan di kalangan pelajar. 8
  • 9. 12. Ciptaan Aktiviti : i. Surat khabar lama dan masking tape akan diedarkan di setiap kumpulan. ii. Pelajar akan diarahkan mencipta baju pahlawan yang menggambarkan masa depan seorang hero. iii. Untuk itu, setiap kumpulan akan memilih seorang hero yang akan dipakaikan dengan pakaian tersebut Nilai / rasional aktiviti : Pemimpin perlu mempunyai wawasan dan berpandangan ke hadapan 13. Surat adik angkat / abang angkat / kakak angkat Aktiviti : i. Kertas A4 akan diedarkan kepada pelajar ii. Kertas A4 akan dilipat empat (4) dan dipotong kepada 4 bahagian. Bahagian 1 : Ditulis nama penuh Bahagian 2 / 3 / 4 : Disimpan untuk menulis surat iii. Bahagian 1 dilipat kecil-kecil dan dekumpulkan dalam satu bekas / kotak sebelum diagihkan semula kepada setiap ahli kumpulan. iv. Nama yang diperolehi adalah adik angkat masing-masing. v. Sebelum bermula setiap sesi, tulis surat kepada adik angkat dan dikembalikan semula ke dalam kotak untuk dibaca atau diserahkan kepada adik angkat masing-masing. Nilai / rasional aktiviti : Mengenali diri melalui kaca mata orang lain. Sanggup menerima kritikan bagi merubah diri kea rah yang lebih baik. 14. Larian Lasak Aktiviti : i. Aktiviti luar yang berbentuk kembara di setiap station yang mempunyai halangan atau tugasan tertentu. ii. Sediakan 4 – 6 station yang perlu pelajar lalui dan perlu menyelesaikan tugasan di setiap station sebelum pelajar bergerak ke station yang seterusnya. Nilai / rasional aktiviti : Ketahanan diri & fizikal. 15. Persembahan Kumpulan Aktiviti : i. Pelajar akan membuat persembahan mengikut kumpulan di malam terakhir / masa terakhir program dijalankan. ii. Fasilitator boleh memberi tajuk / tugasan persembahan atau pelajar memilih sendiri tajuk persembahan. iii. Fasilitator juga perlu menyediakan borang pemarkahan yang mencakupi kreativiti persembahan, mesej yang ingin disampaikan serta kerjasama yang ditunjukkan. Nilai / rasional aktiviti : Pengalaman dan mencungkil bakat setiap peserta. 16. Self-Conscious (Aku Pelajar Hebat) Aktiviti : 1. Sediakan muzik latar yang sesuai. Cth. muzik kitaro 2. Pelajar akan diberi teks berbentuk sajak ringkas “Aku Pelajar Hebat” 3. Pelajar akan membaca teks tersebut dengan penuh semangat dan fasilitator perlu memainkan peranan untuk menaikkan semangat pelajar. 4. Selepas itu, bagi peluang pelajar untuk meluahkan perasaan secara spontan. Nilai / rasional aktiviti : Konsep kendiri dan motivasi diri. 17. Rumusan Akhir Pemimpin Aktiviti : 1. Diakhir aktiviti LDK, fasilitator akan merumuskan aktiviti dengan menggunakan paparan slide / powerpoint tentang kepimpinan. 9
  • 10. Nota : 1. Fasilitator perlu membuat refleksi setiap kali selesai menjalankan aktiviti LDK. 2. Dapatkan refleksi / respon daripada pelajar terlebih dahulu sebelum fasilitator membuat refleksi akhir. 3. Fasilitator boleh menggunakan token seperti gula-gula kepada pelajar sebagai penghargaan / peneguhan. Latihan Komunikasi 1. Pulau Bakun Aktiviti : i. Setiap kumpulan akan dibagikan kepada kumpulan “Kontraktor” dan “Orang Asli” ii. Fasilitator akan menyediakan peta pulau bakun dan pelajar akan melukis semula peta tersebut menggunakan kertas mahjong. iii. Kumpulan Kontraktor akan membuat pembentangan tentang pembangunan yang mereka akan jalankan di pulau tersebut. (Berbentuk lukisan) iv. Kumpulan Orang Asli juga akan mencadangakan pembangunan yang mereka inginkan di pulau mereka. v. Kontraktor akan diberi peruntukan 2 juta untuk membangunkan pulau tersebut. vi. Orang Asli berhak untuk menolak cadangan ataupun menerima berdasarkan pembentangan yang dilakukan oleh kontraktor. Nilai / rasional aktiviti : 2. Aktiviti Raja Borong Aktiviti : i. Pelajar akan diberikan satu benda ataupun sesuatu topik / tajuk yang mudah untuk dibentangkan secara spontan. ii. Contoh : Cara-cara memasak nasi, cara-cara memasak sambal belacan dan sebagainya. Nilai / rasional aktiviti : Disediakan oleh : Adib Farhan Sapian Unit Psikologi & Kaunseling IPG Kampus Rajang 10