SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 17
1
1.0 PENGENALAN
Syukur dan rasa bertuah kerana saya telah menyiapkan tugasan ini. Tugasan kali
telah memberi saya peluang untuk mengkaji elemen-elemen bagi meningkatkan kualiti
hidup kanak-kanak berkeperluan khas. Elemen yang harus saya terapkan ialah elemen
sukan dan permainan, rekreasi, muzik dan serta seni suaian. Setiap satu elemen ini
mempunyai kepentingannnya tersendiri dan perlunya dalam hidup kanak-kanak
berkeperluan khas. Dalam elemen-elemen ini tersirat beberapa pecahan yang boleh
membantu mereka dalam kehidupan. Contohnya, dari segi fizikal, sosial, emosi dan
kognitif. Hal ini jelas sekali lengkap dari segi penghayatan, pengamatan dan
pengukuhan dalam pembelajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
2
2.0 MENSINTESIS MAKLUMAT
(A) Sukan dan Permainan
3
(b) Rekreasi
4
( c ) Muzik
5
( d ) Seni suaian
6
3.0 HURAIAN SINTESIS MAKLUMAT
Di dalam tugasan ini, terdapat empat jenis aktiviti yang boleh meningkat kualiti hidup
kanak-kanak pendidikan khas, iaitu sukan dan permainan, rekreasi, muzik serta seni
suaian. Aktiviti ini merupakan antara aktiviti yang sesuai untuk dilakukan oleh guru
bersama murid-murid pendidikan khas.
(a) Sukan dan permainan
Secara amnya permainan boleh didefinisikan sebagai apa-apa kegiatan yang
memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa
menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang
dipaksa tetapi perkembangan semulajadi kanak-kanak.Manakala sukan
mempunyai nilai yang tertentu di dalam kehidupan seseorang dan mempunyai
kepentingan di dalam kehidupan orang kurang upaya. Sukan orang kurang
upaya telah wujud lebih 100 tahun Antara contoh aktiviti sukan permainan ialah
bola sepak, badminton, bola keranjang dan olahraga. Aktiviti seperti ini mampu
meningkatkan banyak kemahiran dalam diri kanak-kanak pendidikan khas.
Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana aktiviti ini dapat
membantu dari segi :
i) Fizikal
Aktiviti sukan yang ringan amatlah sesuai dengan kanak-kanak
pendidikan khas. Contohnya, guru pendidikan khas boleh mengubah suai
sukan yang dimainkan oleh kanak-kanak arus perdana kepada satu jenis
permainan yang sesuai mengikut kemampuan kanak-kanak berkeperluan
khas seperti boleh sepak, para guru boleh mengecilkan saiz padang dan
memperbesarkan jaring gol bagi membolehkan murid-murid ini dapat
menjaringkan gol dengan senang. Dari segi fizikal, semasa aktiviti sukan
ini otot kanak-kanak berkeperluan khas ini akan dapat di latih untuk
digerakkan walaupun tidak mencapai gol. Walaupun sedikit, otot kanak-
kanak ini mampu digerakkan. Hal ini lebih mendatangkan hasil daripada
7
kanak-kanak ini hanya duduk. Selain itu, sebelum melakukan aktiviti
sukan dan permainan, sudah semestinya guru akan mengarahkan murid-
murid melakukan aktiviti memanaskan badan. Melalui aktiviti ini, murid
dapat memanaskan badan yang mampu menggerakkan otot sendi dan
kanak-kanak dapat melakukan aktiviti pernafasan yang baik untuk
jantung dan paru-paru. Dalam erti kata lain, aktiviti menarik nafas ini
mampu merangsang aktiviti pengaliran oksigen dalam badan yang
mampu meningkatkan kadar pernafasan ke tahap yang lebih baik
terutamanya kanak-kanak yang mengalami masalah pernafasan iaitu
asthma. Ini memberikan peluang kepada paru-paru untuk dilatih dalam
melancarkan pengaliran oksigen yang akan membantu pergerakan otot.
ii) Sosial
Sukan dan permainan memerlukan kerjasama di dalam kumpulan jika
sukan dan permainan itu memerlukan banyak ahli di dalam satu pasukan.
Oleh itu, murid-murid akan berkerjasama dalam mencapai kejayaan.
Selain itu, sukan dan permainan juga mampu meningkatkan semangat
perpaduan dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas. Contohnya,
sebelum melakukan bertanding ataupun bermain, mereka pasti akan
melakukan latihan dalam kumpulan seperti permainan bola tampar yang
memerlukan 6 orang pemain. Setelah itu, dalam masa latihan ini,
pastinya murid-murid akan berinteraksi antara satu sama lain dan
hubungan silaturahim dapat dijalinkan serta merta dan kerjasama dalam
menjaringkan bola ke pasukan lawan juga dalam dipupuk. Dari fokus lain,
semangat kekitaan akan secara tidak langsung akan berkekalan
walaupun menang dan kalah pada akhir pertandingan mahupun hanya
permainan. Selain itu juga, sukan permainan ini akan memberikan murid-
murid semangat pasukan dan saling mempercayai antara satu sama lain.
Dalam aspek sosial, sukan permainan akan meningkatkan kemahiran
bertutur dalam diri murid-murid berkeperluan khas terutamanya murid-
murid autisme dan disleksia yang lebih gemar menyendiri. Melalui aktiviti
seperti ini, mereka akan dapat bercakap lebih banyak semasa aktiviti
sukan dijalankan. Sekurang-kurangnya aktiviti sukan dan permainan
8
mampu memberi mereka peluang untuk bertutur dengan kawan-kawan
mahupun para guru yang menjadi orang yang boleh berinteraksi selain
ibu bapa di rumah. Murid-murid juga akan dapat belajar cara berhubung
dengan orang lain secara langsung dapat menanam sifat bertolak ansur
terutamanya dengan masyarakat sekeliling.
iii) Emosi
Sukan dan permainan juga mampu memberikan impak yang positif
kepada elemen emosi dalam diri murid-murid berkeperluan khas. Melalui
bermain mereka akan terhibur dan dapat mengurangkan ketegangan
mental kerana semasa bermain kanak-kanak meluahkan perasaan
kecewa atau marah. Semasa aktivit permainan dijalankan, mereka akan
dapat membuang rasa bosan kerana mereka menjalankan rutin yang
sama iaitu pergi ke sekolah dan balik rumah serta pada waktu malam
akan tidur awal. Selain itu, aktiviti permainan ini jug dapat mengajar
mereka erti kalah dan menang dalam pertandingan. Hal ini akan memberi
mereka kesedaran bagaimana mengawal perasaan jika menang
mahupun kalah. Sekurang-kurangnya mereka tidak akan bersikap panas
baran jika kalah kerana disini meraka dilatih oleh guru dan mereka akan
menerima kekalahan atau kemenangan itu dengan tenang.
iv) Kognitif
Bermain boleh merangsang murrid-murid berkeperluan khas untuk
berfikir dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dengan
cara ini mereka akan menjadi lebih kreatif. Contohnya, semasa sukan
bola tampar mereka akan belajar cara untuk menampar bola dengan
betul untuk mendapatkan mata. Daripada ini, mereka dengan sendirinya
9
akan secara tidak langsung akan berfikir dengan kreatif cara untuk
mengalahkan pihak lawan. Daya pemikiran yang kreatif amat diperlukan
dalam sukan seperti ini. Secara ringkas, sukan permainan adalah penting
dalam pembangunan kognitif yang melibatkan beberapa aspek penting
seperti pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta
menginterprestasi. Kognitif juga melibatkan rangsangan pemikiran yang
terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan,
pengamatan dan pengukuhan.
(b) Rekreasi
Rekreasi merupakan perkataan Latin iaitu recreatio yang bermaksud
menyegarkan. Terdapat dua jenis rekreasi iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif.
Rekreasi juga merupakan aktiviti yang menyihatkan bagi semua golongan
masyarakat dari segi mental dan fizikal. Rekreasi ini juga boleh dilakukan secara
berulang bagi mengurangkan tekanan, meluahkan perasaan dan juga menikmati
keindahan alam serta berehat sebentar daripada rutin harian yang
membebankan. Penglibatan murid berkeperluan khas dalam aktiviti rekreasi
amat disokong kerana ia dapat memberi faedah-faedah yang boleh
meningkatkan kualiti hidup mereka suatu hari nanti.
Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana aktiviti rekreasi ini dapat
membantu dari segi :
i) Fizikal
Rekreasi juga mampu memberikan faedah dari segi fizikal iaitu dapat
meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus. Dari segi motor
kasar, sebagai contoh semasa melakukan perkhemahan pada waktu pagi
sudah semestinya murid-murid akan melakukan aktiviti senaman pagi.
Dalam aktiviti ini, pergerakan otot mampu digerakkan bagi menyihatkan
tubuh badan dengan mengeluarkan peluh. Mereka biasanya akan
10
melakukan aktiviti pergerakan anggota badan dari kepala sehinggalah ke
kaki. Di sini, motor kasar akan dapat dipertingkatkan dengan kaedah
penghayatan dan juga melakukan sendiri aktiviti ini bersama rakan-rakan.
Dari segi motor halus murid-murid diberi peluang untuk mengembangkan
kemahiran psikomotor dan meningkatkan gerak kerja semasa aktiviti
bersama. Selain itu, aktiviti rekreasi seperti berkayak, menunggang kuda
dan bekhemah boleh menguatkan otot serta, koordinasi, fleksibiliti ,
posisi badan serta meningkatkan focus membuat sesuatu perkara.
ii) Sosial
Rekreasi juga mampu meningkatkan elemen sosial dalam diri kanak-
kanak berkeperluan khas kerana banyak aktiviti rekreasi yang
memerlukan mereka untuk berinteraksi dan berkerjasama antara satu
sama lain bagi melakukan aktiviti seperti mendirikan khemah,
menyalakan ungun api dan mengayuh kayak. Selain itu, dengan
melakukan aktiviti rekreasi pelajar juga dapat mengembangkan
kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan semua guru
dan rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih baik. Oleh itu, pelajar
dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan
mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka
saling bekerjasama dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi.
iii) Emosi
Aktiviti yang dilaksanakan memberi peluang kepada murid berkeperluan
khas untuk meluahkan perasaan, mengurangkan tekanan, menambah
keyakinanan diri, bersedia menerima risiko, bersemngat dan berani.
Selain itu mereka meresa bangga akan pencapaian dalam aktiviti
11
tersebut sekaligus meningkatkan perasaan seronok untuk menyertai
semula aktiviti rekreasi tersebut. Perkhemahan dapat menenangkan
fikiran murid-murid serta mereka akan bersikap ceria dan melupai
perkara yang tidak baik. Apabila murid-murid berkeperluan khas ini
menjalankan aktiviti rekreasi seperti latihan dalam kumpulan mereka
akan dibahagikan kumpulan secara rawak. Disebabkan itu dalam satu
kumpulan akan ada murid yang berbeza, latar belakang, jantina dan
etnik. Hartley, Frank dan Goldensen (1964), menyatakan bahawa :
“Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam
sesuatu persekitaran yang sesuai dan selamat; kita
membolehkannya untuk menghadapi dan menyelesaikan
masalah-masalahnya yang paling membebankannya dengan cara
yang memuaskan dan sihat.”
iv) Kognitif
Rekreasi sememangnya akan membentuk daya pemikiran yang sangat
kreatif kepada murid-murid. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan demi
memberi mereka peluang untuk berfikir secara kreatif dan kritis.
Contohnya, ketika mendirikan khemah, mereka hendaklah mempunyai
perlatan yang lengkap untuk membina khemah. Jika tidak lengkap,
mereka akan berfikir cara alternatif bagi menyiapkan khemah mereka
dengan mungkin mengambil kayu dari hutan.
( c ) Muzik
Sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk
menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan
emosi seseorang.” Muzik merupakan seni bunti atau media yang melibatkan
penggunaan alat muzik atau suara. Dalam meningkatkan kualiti hidup, muzik
12
merupakan elemen yang sangat penting kerana muzik dipercayai dapat menenangkan
fikiran seseorang. Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana muzik ini
dapat membantu dari segi :
i) Fizikal
Apabila murid-murid mendengar muzik, mereka akan mengerakkan badan
mengikut rentak irama. Sebenarnya, sistem saraf utama akan terus melalui
system saraf deria rasa dan seterusnya ke otak untuk diproses iaitu memberi
isyarat untuk menari atau menggerakkan badan ketika mendengar lagu.
Proses ini sangat bagus kerana menghubungkan sel-sel otak murid-murid
berkeperluan khas. Selain itu juga, terdapat gelombang bunyi terus ke saraf
motor dengan melalui tulang belakang yang menyebabkan otot-otot bergerak
mengikut isyarat yang diterima iaitu berbeza daripada penerangan sebelum
ini di mana ia menerima tanpa arahan terus dari otak.
ii) Sosial
Dari segi sosial, melalui muzik mereka akan dapat berinteraksi dengan para
guru, rakan-rakan serta masyarakat sekeliling termasuklah keluarga.
Contohnya, semasa menyanyi mereka akan berlatih berkali-kali untuk
mencapai ton suara yang sesuai. Daripada latihan ini, berlakulah interaksi
sosial antara para guru dan murid-murid dengan secara tidak langsung. Oleh
itu, muzik boleh meningkatkan kemahiran bertutur dengan berinteraksi jika
murid-murid hendak bertanya soalan cara untuk bermain alat muzik dengan
betul kepada guru mahupun masyarakat sekeliling.
( d ) Seni suaian
13
Seni memberi maksud yang subjektif kerana setiap individu menjalani kehidupan
dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi seni tari,
seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen, dan lain-lain. Menurut Howard
Gardner (1983) menyatakan bahawa :
“Manusia yang dilahirkan dengan potensi dalam tujuh jenis kecerdasan. Melalui
terapi seni, ia akan dapat meningkatkan dan memperkembangkan bakat serta
potensi kanak-kanak berkeperluan khas.”
Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana seni suaian ini dapat membantu
dari segi:
i) Fizikal
Sesungguhnya seni suaian ini mampu memberi impak positif dalam
elemen fizikal kerana semasa aktiviti seni dijalankan, motor kasar dan
motor halus boleh ditingkatkan. Contohnya, semasa aktiviti melukis dan
mewarna, tangan mereka dapat digerakkan dengan mudah dan
pergerakkan tangan ini mampu meningkatkan motor halus terutamanya
kanak-kanak yang menghidapi penyakit cerebelum palsy yang tidak
dapat menggerekkan tangan dan anggota tubuh yang lain.
ii) Kognitif
Aktiviti seperti melukis dapat meningkatkan daya pemikiran dan imaginasi.
Apabila guru mengarahkan mereka untuk melukis sesuatu seperti bunga,
murid-murid akan dapat mengambarkan bentuk, saiz dan warna bunga
terutamanya bunga yang mempunyai warna yang terang seperti bunga tulip,
bunga raya, dan bunga teratai.
iii) Sosial
Elemen sosial juga dapat diterapkan semasa aktiviti seni suaian dilakukan.
Contohnya, semasa guru membawa mereka keluar dari bilik darjah untuk
14
melukis di pondok, mereka akan berinteraksi dengan guru serta rakan-rakan.
Mereka mungkin akan bertanyakan soalan kepada rakan-rakan tentang topik
yang dipelajari dan proses ini boleh meningkatkan kemahiran bertutur dan
elemen sosial dalam diri mereka. Hal ini amat membantu terutamanya
kepada murid-murid yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi seperti
autisme.
iv) Emosi
Seni suaian ini dapat membantu membuat ekpresi disebabkan kesukaran
ekpresi dalam keadaan normal.Contohnya, kanak-kanak yang mempunyai
masalah pertuturan akan ekpreskan keinginan, kehendak, keseronokan,
emosi mereka melalui seni. Mereka tidak akan berasa malu dan berasa yakin
untuk belajar.
15
4.0 REFLEKSI
REFLEKSI OLEH : ALEXSON ANAK HAWELL
Menurut Dewej, J (1993) di dalam buku How We Think mentafsirkan „refleksi‟
sebagai satu cara menghadapi situasi masalah dan bakal menyelesaikannya secara
praktik. Di dalam buku How We Think yang ditulis oleh Dewej, J pada muka surat 9,
pemikiran refleksi ialah
"active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of
knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which
it tends"
Bersyukur saya kepada Tuhan kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang
telah diberikan selama beberapa minggu dalam subjek PKU 1044 Hidup Berkualiti Untuk
Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang
tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing saya yang sentiasa memberi tunjuk ajar
yang sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang sangat mencabar ini iaitu
Puan Nor Laini. Sekalung penghargaan yang tak terhingga juga saya sampaikan kepada
rakan-rakan seperjuangan iaitu guru-guru pelatih Pendidikan Khas (SK) Masalah
Pembelajaran PPISMP semester 2 terutamanya Asran Bin Siluah yang menjadi rakan
seperjuangan saya yang bersama-sama menyiapkan tugasan ini hinggalah ke saat-saat
akhir. Mereka telah membantu saya dengan bersama-sama mencari maklumat
mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan sangat saya hargai iaitu
perbincangan antara kami membawa berkat iaitu telah menyiapkan tugasan ini.Tidak
lupa juga kepada individu yang telah menolong saya sama ada secara langsung
mahupun secara tidak langsung sepanjang tugasan ini dibuat.
Saya rasa sangat bertuah kerana dapat membuat tugasan mengenai kanak-kanak
berkeperluan khas dan elemen untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Banyak yang
telah saya kenali dan belajar contohnya saya telah mengetahui bagaimana cara untuk
membuat bahan untuk menarik minat murid-murid pendidikan khas terutamanya kanak-
16
kanak yang mempunyai masalah dalam belajar seperti down syndrome, autism,
disleksia dan lain-lain. Saya juga menyiapkan tugasan ini dengan penuh rasa ikhlas dan
sabar dalam membuat tugasan yang termasuklah membuat buku haiwan untuk kanak-
kanak pendidikan khas. Daripada pengalaman ini, saya akan mengaplikasikan
pengalaman ini ketika saya ditempatkan di sekolah suatu hari nanti. Daya pemikiran
yang kreatif juga telah saya perolehi dalam membuat tugasan ini kerana ia memerlukan
saya untuk berfikir cara untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk mempelajari silibus
yang sukar difahami oleh kanak-kanak yang lembam terutamanya mengenali haiwan.
Selain itu , melalui tugasan ini juga dapat merapatkan lagi hubungan saya sendiri
dengan rakan seperjuangan saya iaitu guru-guru pelatih yang lain serta pensyarah telah
banyak membantu saya.Tugasan ini memerlukan kami berbincang sesama sendiri dan
dapat menerima pandangan serta komen masing-masing bagi mendapatkan markah
yang cemerlang dan bukan hanya melakukan tugasan dan terus menghantarnya tanpa
sebarang kemusykilan.Secara tidak langsung, saya telah belajar untuk menerima
kritikan dan komen yang membina daripada rakan-rakan mahupun pensyarah. Saya
juga berasa bahawa kritikan dan komen yang membina ini yang dapat memberikan saya
peluang untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan terutamanya semasa
melaksanakan tugasan dan seterusnya memajukan diri pada masa yang akan datang.
Melalui tugasan ini juga, saya berupaya membina satu perhubungan yang erat yang
mesra degan guru-guru pelatih melalu tempoh masa tugasan yang telah dijalankan agar
saya mampu menyesuaikan diri saya dengan keadaan sebenar yang melibatkan tingkah
laku, kemahiran, emosi, minat yang berbeza dalam kalangan murid-murid terutamanya
kanak-kanak berkeperluan khas. Melalui pengalaman ini juga sedikit sebanyak dapat
meningkatkan keyakinan saya untuk menjadi seorang guru pendidikan khas yang
berjaya dan tetap mengekalkan sifat keguruan saya walau di mana juga saya berada.
Di dalam tugasan ini, terdapat beberapa kelemahan yang saya hadapi ialah saya
mempunyai masalah untuk menghasilkan kreativiti dalam membuat buku haiwan
tersebut. Dalam menyiapkan buku tersebut, daya pemikiran yang kreatif amat diperlukan
bagi menarik minat murid-murid kerana murid-murid mempunyai personaliti yang
berlainan sikap iaitu susah untuk menerima apa yang disediakan oleh saya.
Saya juga mengalami kekangan masa kerana terpaksa bertungkus lumus untuk
menyiapkan tugasan ini. Walhal pada masa yang sama, saya juga mempunyai banyak
17
tugasan yang perlu dilaksanakan juga. Tugasan-tugasan tersebut juga perlu dihantar
dalam jangka masa yang terdekat. Namun, saya mampu mengatasi masalah ini dengan
membahagikan masa dengan sebaiknya bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan
jayanya. Dari segi penambahbaikan, kerja kursus ini perlu ditambahkan lagi masa
penyiapannya agar tugasan ini menjadi lebih terperinci dari segi maklumat yang boleh
diberikan dan mampu menghasilkan penulisan yang lebih bermutu oleh pelajar. Selain
itu, jangka masa yang sesuai juga membolehkan pelajar ataupun guru-guru pelatih
berpeluang untuk berinteraksi bersama pensyarah bukan sahaja terhad kepada
pensyarah-pensyarah pembimbing malah bersama dengan pensyarah-pensyarah lain.
Akhir sekali, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang salah dan
tersilap kata sepanjang proses kolaborasi dijalankan terutamanya dengan pensyarah-
pensyarah yang terlibat bagi menyiapkan tugasan ini. Saya juga berharap agar tugasan
sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang dan pendedahan yang lebih
dalam elemen untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak berkeperluan khas.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIAiisy Afifah
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahAsyikin4996
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Fairus Razally
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrennersmk changlun
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...Atifah Ruzana Abd Wahab
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiriVince Here
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakNur Kareena
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarHananie Halim
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranNoorezayu Mohd Said
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Yunkz Dion
 
Kaedah multisensori
Kaedah multisensoriKaedah multisensori
Kaedah multisensoripeggylau9318
 

La actualidad más candente (20)

Terapi bermain
Terapi bermain Terapi bermain
Terapi bermain
 
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdfEDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
EDUP3103 : TEORI KECERDASAN EMOSI DANIEL GOLEMAN.pdf
 
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRIPEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
PEMBELAJARAN BERASASKAN INKUIRI
 
Jean piaget
Jean piagetJean piaget
Jean piaget
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21Kemahiran pembelajaran abad ke 21
Kemahiran pembelajaran abad ke 21
 
Teori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi BronfenbrennerTeori Ekologi Bronfenbrenner
Teori Ekologi Bronfenbrenner
 
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
EDUP3023 Perkembangan Kanak-kanak: Faktor yang Mempengaruhi Perkembangan Kana...
 
Masalah Penglihatan
Masalah PenglihatanMasalah Penglihatan
Masalah Penglihatan
 
Konsep kendiri
Konsep kendiriKonsep kendiri
Konsep kendiri
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanak
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal2 latihan-fizikal
2 latihan-fizikal
 
Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran Gaya pembelajaran
Gaya pembelajaran
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
Bahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajarBahan bantu mengajar
Bahan bantu mengajar
 
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & PembelajaranImplikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
Implikasi Teori Behavioris dalam Pengajaran & Pembelajaran
 
Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan Pertumbuhan & perkembangan
Pertumbuhan & perkembangan
 
Kaedah multisensori
Kaedah multisensoriKaedah multisensori
Kaedah multisensori
 

Destacado

Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khascikgusuepkhas
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasMarina Masdar
 
Program integrasi pendidikan khas
Program integrasi pendidikan khasProgram integrasi pendidikan khas
Program integrasi pendidikan khasbalqis umairah
 
Ko kurikulum dan rekreasi
Ko kurikulum dan rekreasiKo kurikulum dan rekreasi
Ko kurikulum dan rekreasiZarina Arz
 
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1Mohd Zaidi
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.Ning Fan
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziZauhari Hussein
 
Minggu pend. khas 2011 PPKI SKSU
Minggu pend. khas 2011 PPKI SKSUMinggu pend. khas 2011 PPKI SKSU
Minggu pend. khas 2011 PPKI SKSUWan Mazlina Wan Din
 
200 Aktiviti Dan Permainan Islami
200 Aktiviti Dan Permainan Islami200 Aktiviti Dan Permainan Islami
200 Aktiviti Dan Permainan IslamiYusry Yusopp
 
Terapi permainan
Terapi permainanTerapi permainan
Terapi permainanzaiwiyah
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copyMohd Zaidi
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaNur Kareena
 
Pendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaPendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaMaszenah Alan
 
Projek sukaneka pendidikan khas
Projek sukaneka pendidikan khasProjek sukaneka pendidikan khas
Projek sukaneka pendidikan khasCikguShafuan
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1Noraini Che Embong
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1Noraini Che Embong
 
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANHBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANTeacher Nasrah
 
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolah
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolahKertas kerja perkhemahan murid prasekolah
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolahLinda Zain
 

Destacado (20)

Pengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan KhasPengenalan Pendidikan Khas
Pengenalan Pendidikan Khas
 
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khasUnit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
Unit 1 definisi dan konsep pendidikan khas
 
Program integrasi pendidikan khas
Program integrasi pendidikan khasProgram integrasi pendidikan khas
Program integrasi pendidikan khas
 
Ko kurikulum dan rekreasi
Ko kurikulum dan rekreasiKo kurikulum dan rekreasi
Ko kurikulum dan rekreasi
 
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
201305290659 hbef 3503 730121016506_norulhuda_aktiviti 1
 
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
contoh-contoh aktiviti yang boleh merangsang pemikiran kreatif kanak-kanak.
 
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudziTemplet hbef3503 t1 a1 faudzi
Templet hbef3503 t1 a1 faudzi
 
Big2012
Big2012Big2012
Big2012
 
Minggu pend. khas 2011 PPKI SKSU
Minggu pend. khas 2011 PPKI SKSUMinggu pend. khas 2011 PPKI SKSU
Minggu pend. khas 2011 PPKI SKSU
 
200 Aktiviti Dan Permainan Islami
200 Aktiviti Dan Permainan Islami200 Aktiviti Dan Permainan Islami
200 Aktiviti Dan Permainan Islami
 
Terapi permainan
Terapi permainanTerapi permainan
Terapi permainan
 
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copyHbef 3503 aktiviti 1 zaidi   copy
Hbef 3503 aktiviti 1 zaidi copy
 
Laporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan ideaLaporan berkumpulan idea
Laporan berkumpulan idea
 
Pendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysiaPendidikan khas di malaysia
Pendidikan khas di malaysia
 
Projek sukaneka pendidikan khas
Projek sukaneka pendidikan khasProjek sukaneka pendidikan khas
Projek sukaneka pendidikan khas
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
 
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-196433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
96433238 kertas-cadangan-kajian-tindakan-1
 
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKANHBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
HBEF 2503 PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN
 
Definisi pendidikan khas
Definisi pendidikan khasDefinisi pendidikan khas
Definisi pendidikan khas
 
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolah
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolahKertas kerja perkhemahan murid prasekolah
Kertas kerja perkhemahan murid prasekolah
 

Similar a Pendidikan Khas

sukan rekreasi
sukan rekreasisukan rekreasi
sukan rekreasiHalil Chik
 
Kepentingan pj
Kepentingan pjKepentingan pj
Kepentingan pjRzain Zul
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murnimurni mohamat
 
Makalah pendidikan jasmani tentang sepak bola, basket, aquatic, voli dan sist...
Makalah pendidikan jasmani tentang sepak bola, basket, aquatic, voli dan sist...Makalah pendidikan jasmani tentang sepak bola, basket, aquatic, voli dan sist...
Makalah pendidikan jasmani tentang sepak bola, basket, aquatic, voli dan sist...Chantika Rizti
 
Kepentingan pj kpd emosi n sosial
Kepentingan pj kpd emosi n sosialKepentingan pj kpd emosi n sosial
Kepentingan pj kpd emosi n sosialNana Razliana
 
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniWai Jey Ying
 
Makalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halus
Makalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halusMakalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halus
Makalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halusandreanapulu
 
Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)
Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)
Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)Caeser Rio
 
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptxyahyapermana1
 
Pengertian penjas
Pengertian penjasPengertian penjas
Pengertian penjasachmadsurya
 
bola tampar 2014
bola tampar 2014bola tampar 2014
bola tampar 2014ivodan
 
Buku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfUBuku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfUImran Ishak
 
Buku pegangan siswa penjaskes sma kelas 11 kurikulum 2013 (matematohir.wordpr...
Buku pegangan siswa penjaskes sma kelas 11 kurikulum 2013 (matematohir.wordpr...Buku pegangan siswa penjaskes sma kelas 11 kurikulum 2013 (matematohir.wordpr...
Buku pegangan siswa penjaskes sma kelas 11 kurikulum 2013 (matematohir.wordpr...Masrina Turnip
 
Pjok bs sem1_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
Pjok bs sem1_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]Pjok bs sem1_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
Pjok bs sem1_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]Randy Ikas
 
37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01
37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp0137604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01
37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01Makhluk Berbulu
 

Similar a Pendidikan Khas (20)

Sukan
SukanSukan
Sukan
 
sukan rekreasi
sukan rekreasisukan rekreasi
sukan rekreasi
 
PPT Penjas Adaptif-Riffa.pptx
PPT Penjas Adaptif-Riffa.pptxPPT Penjas Adaptif-Riffa.pptx
PPT Penjas Adaptif-Riffa.pptx
 
Kepentingan pj
Kepentingan pjKepentingan pj
Kepentingan pj
 
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murniSukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
Sukan sepanjang hayat dan rekreasi murni
 
Makalah pendidikan jasmani tentang sepak bola, basket, aquatic, voli dan sist...
Makalah pendidikan jasmani tentang sepak bola, basket, aquatic, voli dan sist...Makalah pendidikan jasmani tentang sepak bola, basket, aquatic, voli dan sist...
Makalah pendidikan jasmani tentang sepak bola, basket, aquatic, voli dan sist...
 
Pj isl minggu 1
Pj isl minggu 1Pj isl minggu 1
Pj isl minggu 1
 
Kepentingan pj kpd emosi n sosial
Kepentingan pj kpd emosi n sosialKepentingan pj kpd emosi n sosial
Kepentingan pj kpd emosi n sosial
 
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmaniTiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
Tiga domain yang membentuk nilai pendidikan dalam pendidikan jasmani
 
Makalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halus
Makalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halusMakalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halus
Makalah alat permainan edukatif untuk pengembangan motorik kasar dan halus
 
Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)
Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)
Kepentingan pj dari segi aspek fizikal, mental, emosi, sosial (1)
 
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
6103420043_Yahya Nur Permana_Sport Of History.pptx
 
Pengertian penjas
Pengertian penjasPengertian penjas
Pengertian penjas
 
Kebaikan sukan
Kebaikan sukanKebaikan sukan
Kebaikan sukan
 
bola tampar 2014
bola tampar 2014bola tampar 2014
bola tampar 2014
 
Buku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfUBuku Panduan PJ & TGfU
Buku Panduan PJ & TGfU
 
Pjok bs kls 11 sem1
Pjok bs kls 11 sem1Pjok bs kls 11 sem1
Pjok bs kls 11 sem1
 
Buku pegangan siswa penjaskes sma kelas 11 kurikulum 2013 (matematohir.wordpr...
Buku pegangan siswa penjaskes sma kelas 11 kurikulum 2013 (matematohir.wordpr...Buku pegangan siswa penjaskes sma kelas 11 kurikulum 2013 (matematohir.wordpr...
Buku pegangan siswa penjaskes sma kelas 11 kurikulum 2013 (matematohir.wordpr...
 
Pjok bs sem1_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
Pjok bs sem1_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]Pjok bs sem1_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
Pjok bs sem1_sma kelas xi kurikulum 2013_[blogerkupang.com]
 
37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01
37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp0137604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01
37604759 kepentingan-pj-120813173521-phpapp01
 

Último

MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxsukmakarim1998
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatanssuser963292
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024RoseMia3
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfAkhyar33
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxDEAAYUANGGREANI
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfCandraMegawati
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfJarzaniIsmail
 
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10maulitaYuliaS
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfChananMfd
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASbilqisizzati
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMIGustiBagusGending
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...MuhammadSyamsuryadiS
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptimamshadiqin2
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptPpsSambirejo
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 

Último (20)

MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR IPAS KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptxPEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
PEMANASAN GLOBAL - MATERI KELAS X MA.pptx
 
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi SelatanSosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
Sosialisasi PPDB SulSel tahun 2024 di Sulawesi Selatan
 
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
DAFTAR PPPK GURU KABUPATEN PURWOREJO TAHUN 2024
 
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdfKanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
Kanvas BAGJA prakarsa perubahan Ahyar.pdf
 
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptxPPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
PPT Mean Median Modus data tunggal .pptx
 
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdfContoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
Contoh Laporan Observasi Pembelajaran Rekan Sejawat.pdf
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdfAksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
Aksi Nyata Sosialisasi Profil Pelajar Pancasila.pdf
 
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
algoritma dan pemrograman komputer, tugas kelas 10
 
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdfMAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
MAKALAH KELOMPOK 7 ADMINISTRASI LAYANAN KHUSUS.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITASMATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
MATEMATIKA EKONOMI MATERI ANUITAS DAN NILAI ANUITAS
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMMAKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
AKSI NYATA BERBAGI PRAKTIK BAIK MELALUI PMM
 
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
Membaca dengan Metode Fonik - Membuat Rancangan Pembelajaran dengan Metode Fo...
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.pptLingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
Lingkungan bawah airLingkungan bawah air.ppt
 
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.pptLATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
LATAR BELAKANG JURNAL DIALOGIS REFLEKTIF.ppt
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 

Pendidikan Khas

  • 1. 1 1.0 PENGENALAN Syukur dan rasa bertuah kerana saya telah menyiapkan tugasan ini. Tugasan kali telah memberi saya peluang untuk mengkaji elemen-elemen bagi meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak berkeperluan khas. Elemen yang harus saya terapkan ialah elemen sukan dan permainan, rekreasi, muzik dan serta seni suaian. Setiap satu elemen ini mempunyai kepentingannnya tersendiri dan perlunya dalam hidup kanak-kanak berkeperluan khas. Dalam elemen-elemen ini tersirat beberapa pecahan yang boleh membantu mereka dalam kehidupan. Contohnya, dari segi fizikal, sosial, emosi dan kognitif. Hal ini jelas sekali lengkap dari segi penghayatan, pengamatan dan pengukuhan dalam pembelajaran untuk kanak-kanak berkeperluan khas.
  • 2. 2 2.0 MENSINTESIS MAKLUMAT (A) Sukan dan Permainan
  • 4. 4 ( c ) Muzik
  • 5. 5 ( d ) Seni suaian
  • 6. 6 3.0 HURAIAN SINTESIS MAKLUMAT Di dalam tugasan ini, terdapat empat jenis aktiviti yang boleh meningkat kualiti hidup kanak-kanak pendidikan khas, iaitu sukan dan permainan, rekreasi, muzik serta seni suaian. Aktiviti ini merupakan antara aktiviti yang sesuai untuk dilakukan oleh guru bersama murid-murid pendidikan khas. (a) Sukan dan permainan Secara amnya permainan boleh didefinisikan sebagai apa-apa kegiatan yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil kegiatan itu. Bermain bukan satu kegiatan yang dipaksa tetapi perkembangan semulajadi kanak-kanak.Manakala sukan mempunyai nilai yang tertentu di dalam kehidupan seseorang dan mempunyai kepentingan di dalam kehidupan orang kurang upaya. Sukan orang kurang upaya telah wujud lebih 100 tahun Antara contoh aktiviti sukan permainan ialah bola sepak, badminton, bola keranjang dan olahraga. Aktiviti seperti ini mampu meningkatkan banyak kemahiran dalam diri kanak-kanak pendidikan khas. Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana aktiviti ini dapat membantu dari segi : i) Fizikal Aktiviti sukan yang ringan amatlah sesuai dengan kanak-kanak pendidikan khas. Contohnya, guru pendidikan khas boleh mengubah suai sukan yang dimainkan oleh kanak-kanak arus perdana kepada satu jenis permainan yang sesuai mengikut kemampuan kanak-kanak berkeperluan khas seperti boleh sepak, para guru boleh mengecilkan saiz padang dan memperbesarkan jaring gol bagi membolehkan murid-murid ini dapat menjaringkan gol dengan senang. Dari segi fizikal, semasa aktiviti sukan ini otot kanak-kanak berkeperluan khas ini akan dapat di latih untuk digerakkan walaupun tidak mencapai gol. Walaupun sedikit, otot kanak- kanak ini mampu digerakkan. Hal ini lebih mendatangkan hasil daripada
  • 7. 7 kanak-kanak ini hanya duduk. Selain itu, sebelum melakukan aktiviti sukan dan permainan, sudah semestinya guru akan mengarahkan murid- murid melakukan aktiviti memanaskan badan. Melalui aktiviti ini, murid dapat memanaskan badan yang mampu menggerakkan otot sendi dan kanak-kanak dapat melakukan aktiviti pernafasan yang baik untuk jantung dan paru-paru. Dalam erti kata lain, aktiviti menarik nafas ini mampu merangsang aktiviti pengaliran oksigen dalam badan yang mampu meningkatkan kadar pernafasan ke tahap yang lebih baik terutamanya kanak-kanak yang mengalami masalah pernafasan iaitu asthma. Ini memberikan peluang kepada paru-paru untuk dilatih dalam melancarkan pengaliran oksigen yang akan membantu pergerakan otot. ii) Sosial Sukan dan permainan memerlukan kerjasama di dalam kumpulan jika sukan dan permainan itu memerlukan banyak ahli di dalam satu pasukan. Oleh itu, murid-murid akan berkerjasama dalam mencapai kejayaan. Selain itu, sukan dan permainan juga mampu meningkatkan semangat perpaduan dalam kalangan murid-murid berkeperluan khas. Contohnya, sebelum melakukan bertanding ataupun bermain, mereka pasti akan melakukan latihan dalam kumpulan seperti permainan bola tampar yang memerlukan 6 orang pemain. Setelah itu, dalam masa latihan ini, pastinya murid-murid akan berinteraksi antara satu sama lain dan hubungan silaturahim dapat dijalinkan serta merta dan kerjasama dalam menjaringkan bola ke pasukan lawan juga dalam dipupuk. Dari fokus lain, semangat kekitaan akan secara tidak langsung akan berkekalan walaupun menang dan kalah pada akhir pertandingan mahupun hanya permainan. Selain itu juga, sukan permainan ini akan memberikan murid- murid semangat pasukan dan saling mempercayai antara satu sama lain. Dalam aspek sosial, sukan permainan akan meningkatkan kemahiran bertutur dalam diri murid-murid berkeperluan khas terutamanya murid- murid autisme dan disleksia yang lebih gemar menyendiri. Melalui aktiviti seperti ini, mereka akan dapat bercakap lebih banyak semasa aktiviti sukan dijalankan. Sekurang-kurangnya aktiviti sukan dan permainan
  • 8. 8 mampu memberi mereka peluang untuk bertutur dengan kawan-kawan mahupun para guru yang menjadi orang yang boleh berinteraksi selain ibu bapa di rumah. Murid-murid juga akan dapat belajar cara berhubung dengan orang lain secara langsung dapat menanam sifat bertolak ansur terutamanya dengan masyarakat sekeliling. iii) Emosi Sukan dan permainan juga mampu memberikan impak yang positif kepada elemen emosi dalam diri murid-murid berkeperluan khas. Melalui bermain mereka akan terhibur dan dapat mengurangkan ketegangan mental kerana semasa bermain kanak-kanak meluahkan perasaan kecewa atau marah. Semasa aktivit permainan dijalankan, mereka akan dapat membuang rasa bosan kerana mereka menjalankan rutin yang sama iaitu pergi ke sekolah dan balik rumah serta pada waktu malam akan tidur awal. Selain itu, aktiviti permainan ini jug dapat mengajar mereka erti kalah dan menang dalam pertandingan. Hal ini akan memberi mereka kesedaran bagaimana mengawal perasaan jika menang mahupun kalah. Sekurang-kurangnya mereka tidak akan bersikap panas baran jika kalah kerana disini meraka dilatih oleh guru dan mereka akan menerima kekalahan atau kemenangan itu dengan tenang. iv) Kognitif Bermain boleh merangsang murrid-murid berkeperluan khas untuk berfikir dan cuba menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Dengan cara ini mereka akan menjadi lebih kreatif. Contohnya, semasa sukan bola tampar mereka akan belajar cara untuk menampar bola dengan betul untuk mendapatkan mata. Daripada ini, mereka dengan sendirinya
  • 9. 9 akan secara tidak langsung akan berfikir dengan kreatif cara untuk mengalahkan pihak lawan. Daya pemikiran yang kreatif amat diperlukan dalam sukan seperti ini. Secara ringkas, sukan permainan adalah penting dalam pembangunan kognitif yang melibatkan beberapa aspek penting seperti pengumpulan pengetahuan dan keupayaan berfikir serta menginterprestasi. Kognitif juga melibatkan rangsangan pemikiran yang terdiri daripada elemen penyelidikan, kreativiti, perkaitan, kebolehan, pengamatan dan pengukuhan. (b) Rekreasi Rekreasi merupakan perkataan Latin iaitu recreatio yang bermaksud menyegarkan. Terdapat dua jenis rekreasi iaitu rekreasi aktif dan rekreasi pasif. Rekreasi juga merupakan aktiviti yang menyihatkan bagi semua golongan masyarakat dari segi mental dan fizikal. Rekreasi ini juga boleh dilakukan secara berulang bagi mengurangkan tekanan, meluahkan perasaan dan juga menikmati keindahan alam serta berehat sebentar daripada rutin harian yang membebankan. Penglibatan murid berkeperluan khas dalam aktiviti rekreasi amat disokong kerana ia dapat memberi faedah-faedah yang boleh meningkatkan kualiti hidup mereka suatu hari nanti. Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana aktiviti rekreasi ini dapat membantu dari segi : i) Fizikal Rekreasi juga mampu memberikan faedah dari segi fizikal iaitu dapat meningkatkan kemahiran motor kasar dan motor halus. Dari segi motor kasar, sebagai contoh semasa melakukan perkhemahan pada waktu pagi sudah semestinya murid-murid akan melakukan aktiviti senaman pagi. Dalam aktiviti ini, pergerakan otot mampu digerakkan bagi menyihatkan tubuh badan dengan mengeluarkan peluh. Mereka biasanya akan
  • 10. 10 melakukan aktiviti pergerakan anggota badan dari kepala sehinggalah ke kaki. Di sini, motor kasar akan dapat dipertingkatkan dengan kaedah penghayatan dan juga melakukan sendiri aktiviti ini bersama rakan-rakan. Dari segi motor halus murid-murid diberi peluang untuk mengembangkan kemahiran psikomotor dan meningkatkan gerak kerja semasa aktiviti bersama. Selain itu, aktiviti rekreasi seperti berkayak, menunggang kuda dan bekhemah boleh menguatkan otot serta, koordinasi, fleksibiliti , posisi badan serta meningkatkan focus membuat sesuatu perkara. ii) Sosial Rekreasi juga mampu meningkatkan elemen sosial dalam diri kanak- kanak berkeperluan khas kerana banyak aktiviti rekreasi yang memerlukan mereka untuk berinteraksi dan berkerjasama antara satu sama lain bagi melakukan aktiviti seperti mendirikan khemah, menyalakan ungun api dan mengayuh kayak. Selain itu, dengan melakukan aktiviti rekreasi pelajar juga dapat mengembangkan kemahiran sosialisasi mereka dengan berinteraksi dengan semua guru dan rakan-rakan mereka di sekolah dengan lebih baik. Oleh itu, pelajar dapat mengamalkan sikap perpaduan dan muhibah bersama rakan-rakan mereka yang terdiri daripada pelbagai kaum dan budaya apabila mereka saling bekerjasama dan bertoleransi dalam aktiviti rekreasi. iii) Emosi Aktiviti yang dilaksanakan memberi peluang kepada murid berkeperluan khas untuk meluahkan perasaan, mengurangkan tekanan, menambah keyakinanan diri, bersedia menerima risiko, bersemngat dan berani. Selain itu mereka meresa bangga akan pencapaian dalam aktiviti
  • 11. 11 tersebut sekaligus meningkatkan perasaan seronok untuk menyertai semula aktiviti rekreasi tersebut. Perkhemahan dapat menenangkan fikiran murid-murid serta mereka akan bersikap ceria dan melupai perkara yang tidak baik. Apabila murid-murid berkeperluan khas ini menjalankan aktiviti rekreasi seperti latihan dalam kumpulan mereka akan dibahagikan kumpulan secara rawak. Disebabkan itu dalam satu kumpulan akan ada murid yang berbeza, latar belakang, jantina dan etnik. Hartley, Frank dan Goldensen (1964), menyatakan bahawa : “Dengan membiarkan kanak-kanak bermain secara bebas dalam sesuatu persekitaran yang sesuai dan selamat; kita membolehkannya untuk menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalahnya yang paling membebankannya dengan cara yang memuaskan dan sihat.” iv) Kognitif Rekreasi sememangnya akan membentuk daya pemikiran yang sangat kreatif kepada murid-murid. Pelbagai aktiviti yang boleh dilakukan demi memberi mereka peluang untuk berfikir secara kreatif dan kritis. Contohnya, ketika mendirikan khemah, mereka hendaklah mempunyai perlatan yang lengkap untuk membina khemah. Jika tidak lengkap, mereka akan berfikir cara alternatif bagi menyiapkan khemah mereka dengan mungkin mengambil kayu dari hutan. ( c ) Muzik Sebuah buku ajaran Cina “I Ching” menyatakan “muzik mempunyai kuasa untuk menenangkan ketegangan dalaman dan juga berupaya untuk mengurangkan gangguan emosi seseorang.” Muzik merupakan seni bunti atau media yang melibatkan penggunaan alat muzik atau suara. Dalam meningkatkan kualiti hidup, muzik
  • 12. 12 merupakan elemen yang sangat penting kerana muzik dipercayai dapat menenangkan fikiran seseorang. Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana muzik ini dapat membantu dari segi : i) Fizikal Apabila murid-murid mendengar muzik, mereka akan mengerakkan badan mengikut rentak irama. Sebenarnya, sistem saraf utama akan terus melalui system saraf deria rasa dan seterusnya ke otak untuk diproses iaitu memberi isyarat untuk menari atau menggerakkan badan ketika mendengar lagu. Proses ini sangat bagus kerana menghubungkan sel-sel otak murid-murid berkeperluan khas. Selain itu juga, terdapat gelombang bunyi terus ke saraf motor dengan melalui tulang belakang yang menyebabkan otot-otot bergerak mengikut isyarat yang diterima iaitu berbeza daripada penerangan sebelum ini di mana ia menerima tanpa arahan terus dari otak. ii) Sosial Dari segi sosial, melalui muzik mereka akan dapat berinteraksi dengan para guru, rakan-rakan serta masyarakat sekeliling termasuklah keluarga. Contohnya, semasa menyanyi mereka akan berlatih berkali-kali untuk mencapai ton suara yang sesuai. Daripada latihan ini, berlakulah interaksi sosial antara para guru dan murid-murid dengan secara tidak langsung. Oleh itu, muzik boleh meningkatkan kemahiran bertutur dengan berinteraksi jika murid-murid hendak bertanya soalan cara untuk bermain alat muzik dengan betul kepada guru mahupun masyarakat sekeliling. ( d ) Seni suaian
  • 13. 13 Seni memberi maksud yang subjektif kerana setiap individu menjalani kehidupan dengan pengalaman seni yang tersendiri dan berbeza. Seni boleh merangkumi seni tari, seni muzik, seni visual, seni lukis, kraftangan, fesyen, dan lain-lain. Menurut Howard Gardner (1983) menyatakan bahawa : “Manusia yang dilahirkan dengan potensi dalam tujuh jenis kecerdasan. Melalui terapi seni, ia akan dapat meningkatkan dan memperkembangkan bakat serta potensi kanak-kanak berkeperluan khas.” Berikut merupakan antara kepentingan dan bagaimana seni suaian ini dapat membantu dari segi: i) Fizikal Sesungguhnya seni suaian ini mampu memberi impak positif dalam elemen fizikal kerana semasa aktiviti seni dijalankan, motor kasar dan motor halus boleh ditingkatkan. Contohnya, semasa aktiviti melukis dan mewarna, tangan mereka dapat digerakkan dengan mudah dan pergerakkan tangan ini mampu meningkatkan motor halus terutamanya kanak-kanak yang menghidapi penyakit cerebelum palsy yang tidak dapat menggerekkan tangan dan anggota tubuh yang lain. ii) Kognitif Aktiviti seperti melukis dapat meningkatkan daya pemikiran dan imaginasi. Apabila guru mengarahkan mereka untuk melukis sesuatu seperti bunga, murid-murid akan dapat mengambarkan bentuk, saiz dan warna bunga terutamanya bunga yang mempunyai warna yang terang seperti bunga tulip, bunga raya, dan bunga teratai. iii) Sosial Elemen sosial juga dapat diterapkan semasa aktiviti seni suaian dilakukan. Contohnya, semasa guru membawa mereka keluar dari bilik darjah untuk
  • 14. 14 melukis di pondok, mereka akan berinteraksi dengan guru serta rakan-rakan. Mereka mungkin akan bertanyakan soalan kepada rakan-rakan tentang topik yang dipelajari dan proses ini boleh meningkatkan kemahiran bertutur dan elemen sosial dalam diri mereka. Hal ini amat membantu terutamanya kepada murid-murid yang mempunyai masalah untuk berkomunikasi seperti autisme. iv) Emosi Seni suaian ini dapat membantu membuat ekpresi disebabkan kesukaran ekpresi dalam keadaan normal.Contohnya, kanak-kanak yang mempunyai masalah pertuturan akan ekpreskan keinginan, kehendak, keseronokan, emosi mereka melalui seni. Mereka tidak akan berasa malu dan berasa yakin untuk belajar.
  • 15. 15 4.0 REFLEKSI REFLEKSI OLEH : ALEXSON ANAK HAWELL Menurut Dewej, J (1993) di dalam buku How We Think mentafsirkan „refleksi‟ sebagai satu cara menghadapi situasi masalah dan bakal menyelesaikannya secara praktik. Di dalam buku How We Think yang ditulis oleh Dewej, J pada muka surat 9, pemikiran refleksi ialah "active, persistent, and careful consideration of any belief or supposed form of knowledge in the light of the grounds that support it and the further conclusions to which it tends" Bersyukur saya kepada Tuhan kerana saya telah berjaya menyiapkan tugasan yang telah diberikan selama beberapa minggu dalam subjek PKU 1044 Hidup Berkualiti Untuk Kanak-Kanak Berkeperluan Khas dan saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tidak terhingga kepada pensyarah pembimbing saya yang sentiasa memberi tunjuk ajar yang sangat membantu saya dalam menyiapkan tugasan yang sangat mencabar ini iaitu Puan Nor Laini. Sekalung penghargaan yang tak terhingga juga saya sampaikan kepada rakan-rakan seperjuangan iaitu guru-guru pelatih Pendidikan Khas (SK) Masalah Pembelajaran PPISMP semester 2 terutamanya Asran Bin Siluah yang menjadi rakan seperjuangan saya yang bersama-sama menyiapkan tugasan ini hinggalah ke saat-saat akhir. Mereka telah membantu saya dengan bersama-sama mencari maklumat mengenai tugasan yang diberikan oleh pensyarah dan sangat saya hargai iaitu perbincangan antara kami membawa berkat iaitu telah menyiapkan tugasan ini.Tidak lupa juga kepada individu yang telah menolong saya sama ada secara langsung mahupun secara tidak langsung sepanjang tugasan ini dibuat. Saya rasa sangat bertuah kerana dapat membuat tugasan mengenai kanak-kanak berkeperluan khas dan elemen untuk meningkatkan kualiti hidup mereka. Banyak yang telah saya kenali dan belajar contohnya saya telah mengetahui bagaimana cara untuk membuat bahan untuk menarik minat murid-murid pendidikan khas terutamanya kanak-
  • 16. 16 kanak yang mempunyai masalah dalam belajar seperti down syndrome, autism, disleksia dan lain-lain. Saya juga menyiapkan tugasan ini dengan penuh rasa ikhlas dan sabar dalam membuat tugasan yang termasuklah membuat buku haiwan untuk kanak- kanak pendidikan khas. Daripada pengalaman ini, saya akan mengaplikasikan pengalaman ini ketika saya ditempatkan di sekolah suatu hari nanti. Daya pemikiran yang kreatif juga telah saya perolehi dalam membuat tugasan ini kerana ia memerlukan saya untuk berfikir cara untuk menarik perhatian kanak-kanak untuk mempelajari silibus yang sukar difahami oleh kanak-kanak yang lembam terutamanya mengenali haiwan. Selain itu , melalui tugasan ini juga dapat merapatkan lagi hubungan saya sendiri dengan rakan seperjuangan saya iaitu guru-guru pelatih yang lain serta pensyarah telah banyak membantu saya.Tugasan ini memerlukan kami berbincang sesama sendiri dan dapat menerima pandangan serta komen masing-masing bagi mendapatkan markah yang cemerlang dan bukan hanya melakukan tugasan dan terus menghantarnya tanpa sebarang kemusykilan.Secara tidak langsung, saya telah belajar untuk menerima kritikan dan komen yang membina daripada rakan-rakan mahupun pensyarah. Saya juga berasa bahawa kritikan dan komen yang membina ini yang dapat memberikan saya peluang untuk memperbaiki kesilapan yang dilakukan terutamanya semasa melaksanakan tugasan dan seterusnya memajukan diri pada masa yang akan datang. Melalui tugasan ini juga, saya berupaya membina satu perhubungan yang erat yang mesra degan guru-guru pelatih melalu tempoh masa tugasan yang telah dijalankan agar saya mampu menyesuaikan diri saya dengan keadaan sebenar yang melibatkan tingkah laku, kemahiran, emosi, minat yang berbeza dalam kalangan murid-murid terutamanya kanak-kanak berkeperluan khas. Melalui pengalaman ini juga sedikit sebanyak dapat meningkatkan keyakinan saya untuk menjadi seorang guru pendidikan khas yang berjaya dan tetap mengekalkan sifat keguruan saya walau di mana juga saya berada. Di dalam tugasan ini, terdapat beberapa kelemahan yang saya hadapi ialah saya mempunyai masalah untuk menghasilkan kreativiti dalam membuat buku haiwan tersebut. Dalam menyiapkan buku tersebut, daya pemikiran yang kreatif amat diperlukan bagi menarik minat murid-murid kerana murid-murid mempunyai personaliti yang berlainan sikap iaitu susah untuk menerima apa yang disediakan oleh saya. Saya juga mengalami kekangan masa kerana terpaksa bertungkus lumus untuk menyiapkan tugasan ini. Walhal pada masa yang sama, saya juga mempunyai banyak
  • 17. 17 tugasan yang perlu dilaksanakan juga. Tugasan-tugasan tersebut juga perlu dihantar dalam jangka masa yang terdekat. Namun, saya mampu mengatasi masalah ini dengan membahagikan masa dengan sebaiknya bagi menyiapkan kerja kursus ini dengan jayanya. Dari segi penambahbaikan, kerja kursus ini perlu ditambahkan lagi masa penyiapannya agar tugasan ini menjadi lebih terperinci dari segi maklumat yang boleh diberikan dan mampu menghasilkan penulisan yang lebih bermutu oleh pelajar. Selain itu, jangka masa yang sesuai juga membolehkan pelajar ataupun guru-guru pelatih berpeluang untuk berinteraksi bersama pensyarah bukan sahaja terhad kepada pensyarah-pensyarah pembimbing malah bersama dengan pensyarah-pensyarah lain. Akhir sekali, saya ingin memohon maaf sekiranya terdapat sebarang salah dan tersilap kata sepanjang proses kolaborasi dijalankan terutamanya dengan pensyarah- pensyarah yang terlibat bagi menyiapkan tugasan ini. Saya juga berharap agar tugasan sedemikian dapat diteruskan pada masa akan datang dan pendedahan yang lebih dalam elemen untuk meningkatkan kualiti hidup kanak-kanak berkeperluan khas.