SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 43
1.1 PENGENALAN:
1.1.1 Konsep pemulihan
Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk
membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran
asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah
yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran
dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246)
“Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan
memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan
merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran
pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau
memperbetul sesuatu.
Blair (1956)
Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak
yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat
diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran.
O. C. Simpson (1975)
Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk
mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam
kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan,
dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.
Syarifah Alawiah Alsagoff (1983)
Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang
mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat
khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran
pembelajaran biasa.
Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
(KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk
membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai
kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan
program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti.
1.1.2 Rumusan Keseluruhan Konsep Pemulihan.
Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran
alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan
program pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid
dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang
lebih baik di dalam kelas biasa.
1.1.3 Rasional Pendidikan Pemulihan.
Murid-murid merupakan indidvidu-individu yang berbeza dari segi pengalaman, minat,
dan kebolehan. Perbezaan-perbezaan tersebut jika tidak diberi perhatian boleh menjadi
punca masalahh yang utama kepada kegagalan pencapaian objektif-objektif
pembelajaran yang telah ditetapkan.
Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang
telah dikeluarkan, beberapa penetapan telah dibuat sebagai langkah untuk mengatasi
masalah-masalah yang terdapat dalam sistem persekolahan. Antaranya ialah :
Kenaikan darjah secara automatik seperti yang berlaku sekarang dikekalkan dan
mereka yang lemah dalam bidang kemahiran tertentu diberi pendidikan pemulihan.
Kurikulum yang ada sekarang hendaklah disusun semula supaya dapat diubah suai
bukan sahaja untuk membolehkan murid-murid yang lemah mencapai kemahiran asas
bahkan membolehkan murid yang cerdas bertambah maju.
Keutamaan hendaklah diberikan kepada usaha-usaha untuk membaiki dan meninggikan
taraf pendidikan di kawasan-kawasan yang mundur sejajar dengan dasar kerajaan.
Usaha untuk merapatkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat hendaklah
dijalankan dengan sepenuhnya melalui kegiatan-kegiatan PIBG.
Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan dan Rancangan Makanan Tambahan
diteruskan kerana faedah-faedah yang diperoleh.
1.1.4 Matlamat Pendidikan Pemulihan
Antara matlamat utama program pemulihan ialah :
Membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk menguasai
kemahiran tertentu.
Membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif dan tingkah laku yang
menjejaskan pembelajaran.
Memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap
pembelajaran.
1.1.5 Objektif Pendidikan Pemulihan
Program ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid :
Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dipilih dan
menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian dengan kemampuan murid.
Mendapatkan layanan dan kemudahan yang sesuai dengan keupayaan dan
perkembangan mental individu.
Mengurangkan beban masalah yang dihadapi oelh murid-murid yang lemah melalui
bantuan guru dan pihak yang berkenaan (pihak sekolah dan ibu bapa).
Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju.
Memperoleh serta mengukuhkan keyakinan diri dan sifat berdikari apabila berada dalam
kumpulan dan masyarakat.
Mendapat peluang yang sama seperti rakan-rakan mereka dengan melibatkan diri
dalam aktiviti-aktiviti social di dalam dan di luar bilik darjah
Meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang
bersesuaian dengan keperluan masing-masing.
1.1.6 Kumpulan Sasaran Pendidikan Pemulihan
Pendidikan pemulihan diajalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam
kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau
terencat akal :
Masalah pembelajaran:
Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru
Sering tidak hadir ke sekolah
Cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
Leka dan lambat
Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran :
Masalah peribadi
Masalah psikologi
Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan
lemah pengamatan.
1.1.7 Prinsip Pendidikan Pemulihan
Terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan pendidikan pemulihan.
Antaranya ialah :
i) Menentukan objektif pendidikan pemulihan
Guru perlu mengetahui objektif yang hendak dicapai semasa pendidikan pemulihan
dijalankan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran, membimbing
mereka mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menghalang pembelajaran dan
mewujudkan keyakinan dalam diri. Guru juga harus memastikan aktiviti pengajarannya
melibatkan deria rasa, penglihatan, pengdengaran dan pertuturan.
ii) Menyusun strategi pendidikan pemulihan
Terdapat beberapa cara dalam menyusun strategi pendidikan pemulihan antaranya:
Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan melalui ujian saringan, ujian
diagnostik, laporan guru dan sekolah serta maklum balas daripada temu duga yang
dibuat dengan ibu bapa.
Mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid yang antaranya terdiri
daripada masalah dalam kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan
menulis.
Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan murid-murid bermasalah dalam
pembelajaran dari aspek fizikal, intelek, emosi dan pembelajaran.
Merancang pelbagai aktiviti untuk menolong murid lemah sama ada secara individu,
kumpulan kecil atau melalui rakan sebaya.
Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang bertujuan untuk mengekalkan
pelajar dalam kelas biasa atau dihantar ke kelas pemulihan.
Menjalinkan hubungan mesra antara guru dengan murid dan murid dengan rakan
sebayanya.
iii) Merancang dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan:
Dalam merancang dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan terdapat beberapa kreteria
yang perlu diikuti antaranya:
Pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid.
Aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelbagai bentuk untuk
membolehkan murid menggunakan deria yang ada pada mereka.
Matlamat hasil kerja daripada aktiviti hendaklah disampaikan dengan segera.
iv) Memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai
Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam melaksanakan
aktiviti pemulihan. Antaranya :
Pendekatan Deduktif
Pendekatan Induktif
Pendekatan Elektif
Kaedah Komunikatif
Pendekatan Main Sambil Belajar
Teknik Bercerita
Teknik Latih Tubi
Teknik Bersoal Jawab
1.2 CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH PEMBELAJARAN.
Terdapat beberapa cara bagi mengesan murid yang bermasalah pembelajaran antaranya ialah:
Pengesanan Murid Bermasalah
i) Pemerhatian
Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah
masing-masing. Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada
berwajah ceria, takut, sedih, takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud
murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah, guru perlu mengenal pasti
masalah mereka dengan lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara
berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang
berlaku.
ii) Pentafsiran rekod prestasi
Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian
akademik murid, khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai
pada sesuatu peringkat pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama
penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk membekalkan maklumat dan
keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-murid dalam
kelas.
iii) Rekod profil
Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid-
murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini
ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan
prestasi murid-murid pada setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat
pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester.
Pencapaian daalm rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap
semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk
senarai kemahiran, minat, bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya.
Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian
yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal.
Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara
formal juga dilaksanakan.
iv) Ujian kertas dan pensel
Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung
menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian
objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu
memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan.
v) Temu bual dengan guru darjah
Perbincangan dengan guru darjah dapat member maklumat tentang seseorang
murid yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau
guru mata pelajaran, kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod
kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku
yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid
yang lain. Makluamt-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu
guru mengesan masalh pembelajaran murid.
vi) Temu bual dengan ibu bapa
Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberikan maklumat
tentang masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui
temu bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat
contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan,
kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah. Dengan
adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah
pembelajaran murid dan dapat merangka suatu perancangan yang berkesan
untuk membantu murid-murid bermasalah.
1.3 PROGRAM PEMULIHAN DI SEKOLAH
Konsep pendidikan pemulihan di sekolah dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu :
1. Pendidikan pemulihan kelas biasa
Pendidikan pemulihan kelas biasa dirancang dan dilaksanakan oleh guru mata
pelajaran, khususnya guru bahasa Melayu. Objektifnya adalah untuk mengatasi
kelemahan murid-murid menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap
pembelajaran. Waktu memulihkan murid-murid berkenaan adalah secara
berterusan sepanjang pengajaran-pembelajaran dan diteruskan selepas tamat
waktu mengajar pada hari biasa
2. Pemulihan bagi program kajian tindakan
Kelas pemulihan bagi program kajian tindakan difokuskan kepada murid-murid
yang akan mengambil peperiksaan khususnya Ujian Pencapaian Tahap Satu
dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini dilaksanakn
berasaskan masalah yang dihadapi oleh murid yang mungkin menjelaskan
pencapaian yang baik dalam ujian penilaian.
3. Kelas pemulihan khas
Kelas pemuliahn khas merupakan kelas yang diwujudkan khusus untuk
mengatasi masalah murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran
asas, khususnya 3M. Kelas ini dikendalikan oleh seseorang guru khas yang
terlatih. Murid-murid daripada pelbagai perbezaan umur tetapi menghadapi
masalah yang sama dikelompokkan dalam satu kelas untuk memudahkan
pengajaran-pembelajaran.
Kenal pasti dan menganalisis:
Murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian;
Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan dan
Diagnostik;
Punca masalah dari aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu
pembelajaran.
Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi.
Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran.
Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang.
Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai.
Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke
dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan
yang baru sekiranya murid berkenaan belum pulih.
Kemahiran Lisan
Kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran mendengar dan
kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua-
dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kanak-kanak yang mahir dalam bahasa lisan akan
dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi
dengan orang lain dalam apa jua situasi. Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila
seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga
melibatkan kemahiran mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran
penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang
itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami
masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah
pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau
dikatakan sebagai bisu.
Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses
mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar
dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak
sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik ( Kamarudin Hj. Husin, 1988).
Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang untuk
menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan.
Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya
baik. Kemahiran mendengar pula bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan dua
peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi dan memahami bunyi bahasa
yang bermakna seperti perkataan, frasa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu
bergantung kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar. Untuk memahami
bahasa, seseorang itu perlu mempunyai tiga unsur iaitu pengatahuan sedia ada pada
pendengar, pengetahuan tentang situasi berlaku pertuturan yang didengar dan pengetahuan
tentang sistem bahasa.
Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa
yang didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu proses yang aktif. Si
pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu, pendengar
juga memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan
mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar.
Kemahiran bertutur boleh ditakrif kan sebagai satu proses komunikasi yang kompleks yang
melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa
yang bermakna. bagi menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu menggunakan unsur
linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda yang sesuai.
Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang paling tua, paling mudah dan murah
serta cepat untuk dipelajari. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur ini saling
memerlukan. Jika salah satunya tidak dapat dikuasai seperti kecacatan alat pendengaran,
maka seseorang itu tidak akan dapat bertutur.
Kemahiran Mendengar
Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam
perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar
sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan. Berdasarkan
definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa kemahiran lisan melibatkan tiga
perkara penting, iaitu;
i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran
atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan
bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan,
ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan,
menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran,
iii. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan
mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar,
menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan
menghargai apa yang didengar.
Kepentingan Kemahiran Mendengar
Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana kemahiran mendengar
adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan terganggu berlaku apabila
salah seorang gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa
yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik sahaja organ pendengaran kanak-kanak
sudah terbentuk di dalam kandungan ibu mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir
akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan
ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. Lebih
dari itu, mendengar adalah asas kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca,
dan menulis.
Keduanya, mendengar adalah kemahiran bahasa yang paling kerap digunakan oleh
manusia. Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskan kepentingan
mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan sebuah buku, kita bertutur
bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca bersamaan sebuah buku sebulan kita
menulis bersamaan sebuah buku setahun. Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar
adalah kemahiran yang diabaikan. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurang
menitikberatkan kemahiran ini dan guru lebih tertumpu kepada mengajar kemahiran membaca
dan menulis.
Keperluan Mendengar
Abd.Aziz Talib (2000) menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza mengikut
situasi sama ada berbentuk tidak formal atau formal. Kemahiran mendengar dalam situasi tidak
formal berlaku di rumah, di taman permainan, ketika bermain dengan rakan dan sebagainya.
Walaupun secara tidak formal, keperluan mendengar sangat penting kerana kanak-kanak perlu
mendengar dan memahami percakapan ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain. Begitu juga
apabila dia perlu mendengar untuk berhibur seperti mendengar radio, atau menonton
televisyen. Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-bahan yang didengar
adalah bercorak akademik. Selain itu, aktiviti lain seperti syarahan, pidato, kuiz, dan sebagainya
menjadikan kemahiran mendengar lebih penting lagi. Keperluan mendengar sama ada bersifat
formal atau tidak formal dapat dilihat dari segi tujuankita mendengar.
Abd. Aziz Talib (2000) memberikan tiga tujuan kita mendengar, iaitu:
i. mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan bermesyuarat,
ii. mendengar untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar radio,menonton televisyen, atau
filem, dan
iii. mendengar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di dalam kelas,
mendengar ceramah dan sebagainya.
Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kemahiran Mendengar
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar. Antaranya ialah
faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak ia
dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang mempunyai
pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam
cacat pendengaran.
Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran antara
mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang
berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar berbanding dengan kanak-kanak
perempuan yang sebaya dengannya.
Faktor yang ketiga ialah status sosio ekonomi. Latar belakang keluarga, termasuk
kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi kebolehan
mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh mempengaruhi emosi kanak-
kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya
terhadap apa yang didengar.
Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar biasanya seseorang itu
diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi kebolehan
mendengarnya.
Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran mendengar berkait rapat
dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan
melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan
mempengaruhi kecekapan mereka mendengar.
Halangan Dalam Menguasai Kemahiran Mendengar
Terdapat beberapa halangan dalam menguasai kemahiran mendengar. Halangan-
halangan ini mungkin disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Antara
halangan dalam menguasai kemahiran mendengar ialah kekeliruan dalam membezakan bunyi.
Murid-murid sepatutnya mempunyai kemahiran dalam menentukan persamaan dan perbezaan
bunyi yang didengar dan seterusnya dapat memberi makna terhadap apa yang didengar.
Kekeliruan dalam membezakan bunyi akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami
makna perkataan yang sebenar tentang apa yang terkandung dalam ayat.
Halangan yang kedua ialah kelemahan dalam memahami apa yang didengar. Jika
seorang murid tidak memahami perkara yang didengarnya, ini akan menyukarkannya untuk
membuat tindakan terhadap perkara tersebut. Pelajar yang lemah, terutamanya yang tidak
memahami penggunaan penanda wacana yang menjadi wahana penting dalam membentuk
kesinambungan ayat akan menghadapi masalah untuk mengaitkan apa yang didengar dengan
makna keseluruhan ayat.
Halangan yang ketiga ialah tidak cekap dalam memproses maklumat. Pendengar yang
aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Maklumat yang didengar akan
diproses dan disimpan untuk digunakan kembali. Contohnya seperti semasa murid-murid
mendengar pesanan guru supaya pesanan tersebut disampaikan kembali kepada beberapa
orang kawan mereka yang tidak datang ke sekolah.
Halangan yang keempat ialah pertuturan yang terlalu cepat. Pertuturan yang terlalu
cepat ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar untuk mentafsirkan makna dan maklumat
yang hendak disampaikan. Komplikasi ini menyebabkan murid-murid sukar untuk memahami
sepenuhnya makna berdasarkan ujaran yang didengar.
Halangan yang seterusnya ialah gaya pertuturan. Gaya pertuturan juga boleh
mempengaruhi kemahiran mendengar, sebutan, tekanan dan intonasi. Penggunaan ciri-ciri
suprasegmental yang kurang jelas semasa pembelajaran juga boleh mempengaruhi gaya
pertuturan seseorang. Salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan
Bahasa Melayu baku ketika bertutur. Selain itu para penyampai maklumat terutamanya guru
wajar merancang langkah-langkah yang sesuai bagi mengatasi kemungkinan masalah
kemahiran mendengar. Antara perancangan yang harus dibuat ialah pemilihan bahan.
Cara Meningkatkan Kemahiran Mendengar.
Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran mendengar ini. Antaranya
adalah :
1) Memandang kepada pengucap
2) Berprasangka baik
3) Niat yang betul
4) Tumpuan yang tinggi
5) Perhatikan apa yang ditulis
6) Fokus apa yang ditunjuk
7) Latih diri banyak mendengar dari bertutur.
Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan
kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar:
a. Mendengar rakaman kaset yang mengandungi pelbagai jenis pertuturan seperti perbualan,
ucapan, cerita, drama, dan juga pelafazan puisi.
b. Mendengar lagu Melayu yang tema dan bahasanya sesuai dengan perkembangan mental
dan emosi pelajar.
c. Pertandingan kuiz di mana pelajar dilatih untuk mendengar soalan yang dibacakan oleh guru
serta memberi jawapan yang betul.
d. Menjalankan permainan bahasa yang dapat meningkatkan kemahiran mendengar dalam
kalangan pelajar.
Pengalaman mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mendengar bunyi
percakapan (bahasa) dan bukan percakapan. Berikut ialah jenis gerak kerja yang boleh
dijalankan dalam pelajaran bahasa Melayu :
i.) Mendengar bunyi alamiah.
- Mengecam bunyi biasa seperti bunyi kenderaan, binatang dan lain-lain secara
berasingan atau dalam satu turutan bunyi, secara jelas atau digangguioleh bunyi
latar belakang.
- Mendengar dan mengingat semula satu turutan bunyi yang biasa dan jarang
didengar.
- Mencari bunyi yang sengaja dihilangkan dalam sesuatu konteks pendengaran.
- Mencari bunyi yang tidak sesuai dalam sesuatu konteks tertentu.
- Memikirkan satu turutan peristiwa berdasarkan satu turutan bunyi yang diberi.
- Memanjangkan arah dan jarak bunyi secara berasingan dan juga bersama-sama
dengan bunyi lain.
ii.) Kefahaman mendengar (percakapan)
- Mendengar, mengingati dan menyebut semula kenyataan.
- Mendengar. Mengingati dan melakukan arahan dengan teliti.
- Mendengar dan encuba mencari kelainan dan persamaan bunyi.
- Mendengar dan mencari isi atau butir utama dalam sesuatu cerita, laporan,
perbahasa, ceramah dan perbualan.
- Mendengar dan mencari suatu butiran terperinci yang dinyatakan terlebih dahulu
ataupun tidak.
- Mendengar dan membuat jangkaan daripada sesuatu cerita, kenyataan,
pendapat dan sebagainya.
- Mendengar untuk mencari bahan berkaitan ataupun tidak.
- Mendengar dan memahami tafsiran tentang pendapat seseorang.
- Mendengar dan menilai sesuatu kenyataan.
- Mendengar dan membincangkan cerita atau laporan melalui pengingatan.
- Mendengar sesuatu perbualan, kemudian menjangka keadaan, perasaan dan
ragam penuturnya.
- Mendengar perbualan dan menjangkakan perhubungan antara penutur.
- Mendengar dan mencari perkara yang bercanggahan dalam sesuatu perbalahan
pendapat.
Kesimpulannya, seseorang kanak-kanak yang telah menguasai kemahiran mendengar
seharusnya dapat mendengar denga baik apa saja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya.
Sehubungan dengan itu, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam
bahasa yang dipelajarinya,kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu
dikuasai sebaik-baiknya diperingkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran lain diajar
kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh
dikonsepsikan dengan pelbagai cara iaitu gabungan bunyi bahasa yang didengar, difahami dan
diingati, proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi, berlaku melalui
latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti
dan estetika.
Kemahiran Bertutur
Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan
(artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia (
Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada
meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran
yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya
sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur
sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab
itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi
membolehkan mereka bertutur dengan berkesan.
Dalam ilmu linguistik, bahasa diungkapkan dengan sempurna melalui pertuturan. Hal ini
demikian dalam bahasa tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak , tekanan, jeda dan
persediaan tidak dapat digambarkan dengan jelas. Namun demikian, ini tidak bermakna guru
bahasa mengajarkan penguasaan audio-lingual sahaja. Pernyataan tadi memberi implikasi
bahawa menghurai bahan bertulis dengan tidak mengetahui pola-pola bahasa seperti yang
terdapat dalam pertuturan itu, sebenarnya tidak lengkap dan tidak sempurna sifatnya.
Tujuan Bertutur.
Bertutur atau bercakap merupakan suatu kemahiran bahasa. Dalam komunikasi lisan
terdapat dua pihak, iaitu penutur sebagai penghantar komunikasi lisan dan pendengar
sebagai penerima komunikasi lisan.Terdapat beberapa tujuan bertutur iaitu :
i. Bercakap untuk tujuan memaklumkan -
Bercakap bertujuan memaklumkan orang lain tentang sesuatu perkara yang mungkin
berbentuk nasihat, tunjuki ajar dan berita. Bagi profesion tertentu, terdapat orang yang
tugasnya memeberitahu atau memaklumkan kepada orang lain tentang sesuatu,
misalnya, guru atau pengajar dan jurujual
ii. Bercakap untuk keseronokkan
Di mana-mana sahaja kita pergi dan apa pun yang kita buat, kita suka bercakap atau
berbual dengan orang lain. Biasanya, bercakap atau bersembang dengan orang lain
memang menyeronokkan kita, terutama apabila kita berhimpun atau berkumpul dalam
sesuatu majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis kenduri.
Dalam keadaan seperti di atas, banyak yang berlaku adalah perbualan sosial,
kadangkala kita diminta atau dijemput untuk memberi sedikit ucapan secara spontan
yang berkaitan dengan sesuatu majlis.
iii. Bercakap untuk tujuan mempengaruhi.
Bercakap untuk memengaruhi orang lain merupakan perkara biasa dalam kehidupan
manusia dan merupakan asam garam dalam perhubungan harian sama ada dari segi
sosial, politik, ekonomi dan agama. Sebagai contoh, ahli politik yang berkempen semasa
pilihan raya bertujuan untuk mempengaruhi rakyat, begitu juga pendakwah agama,
peniaga dan sebagainya. Malahan, kadangkala kita bercakap kerana kita berasa amat
perlu mempengaruhi orang lain sama ada untuk kebaikan orang itu atau diri kita sendiri,
atau untuk kebaikkan kedua- duanya.
iv. Bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah
Tiada manusia yang boleh lari daripada masalah. Oleh yang demikian, apabila timbul
masalah, perkara tersebut perlu diatasi atau diselesaikan. Masalah itu boleh jadi pada
pada peringkat individu, keluarga, sekolah, institusi, pejabat, negeri atau negara.Walau
pada peringkat apa pun masalah tersebut, kita perlu bercakap untuk menyelesaikan
sebarang masalah, kesulitan dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita mengadakan
mesyuarat, perbincangan , perundingan, simposium, forum, debat dan perbicaraan,
misalnya perbicaraan di mahkamah, iaitu perbicaraan yang berbentuk perdebatan
antara peguam bela dengan peguam cara yang dihakimi oleh para juri dan tuan hakim.
Tetapi semua pihak perlu bercakap (termasuk orang yang dikatakan bersalah dan saksi-
saksi). Matlamatnya adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul melalui
perbicaraan tersebut. Pada asasnya cara untuk menyelesaikan masalah itu adalah
dengan bercakap melalui perbicaraan mahkamah yang melibatkan peguam.
Aspek-aspek Pertuturan
Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya
pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan aspek
pertuturan seperti berikut:
Sebutan
Tekanan
Mora ( panjang pendek)
Jeda ( persendian)
Intonasi
Nada
Tatabahasa
Kelancaran
Kefasihan
Laras Bahasa
Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat dan
jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan
keoada orang yang mendengar pertuturannya. Pertuturan yang tidak jelas menyebabkan mesej
yang hendak disampaikan tidak dapat difahami.
Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat
dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa makna yang
berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang tertentu.
Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas, dan
teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah kelancaran
bertutur yang serius.
Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas dan
tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing.
Laras yang berkaitan dengan kemahiran bertutur ini adalah laras bahasa lisan. Konsep
laras telah diperkatakan oleh seorang ahli linguistik Barat yang bernama Reid pada tahun 1956.
Antara lain beliau menjelaskan bahawa seseorang penutur dalam situasi bahasa yang berbeza-
beza akan menggunakan laras mengikut situasi sosial yang berlainan. Dalam erti kata yang
lain, penutur itu akan menggunakan laras yang tersendiri. Reid telah menggunakan konsep ini
sebagai istilah teknik untuk menyatakan perbezaan perlakuan bahasa seseorang individu.
Jenis-jenis Aktiviti Bertutur.
Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang diklasifikasikan sebagai aktiviti bertutur iaitu seperti berikut
1. Berbual
2. Berceramah
3. Bercerita
4. Berpidato
5. Berpuisi
6. Berbincang
Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertuturan
Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pertuturan seseorang individu. Antaranya
adalah seperti berikut :
Umur - Umur seseorang dapat membezakan pertuturan. Kanak-kanak bertutur secara
pelat dan tidak lancar manakala orang dewasa pula dapat bertutur dengan lancar dan
butir-butir pertuturan dapat difahami dengan jelas.
Alam sekeliling - Alam sekeliling atau sesebuah kawasan dapat mempengaruhi
pertuturan seseorang individu ini kerana setiap kawasan yang berbeza mempunyai
dialek kawasan masing-masing. Sebagai contoh, pelajar yang tinggal di Kelantan akan
bertutur dalam dialek Kelantan kerana sejak kecil mereka telah diajar dan diasuh
dengan dialek kawasan tersebut. Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan
keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak.
Fizikal - Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara
fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak dapat berfungsi dengan baik, maka
sudah pasti kanak-kanak itu tidak dapat bertutur dengan baik. Kecacatan fizikal dapat
mempengaruhi pertuturan sesorang. Hal ini kerana, jika seseorang individu itu
mengalami kecacatan di bahagian mulut atau hidung, mereka tidak dapat bertutur
dengan baik dan kadangkala perkataan yang dituturkan sukar difahami oleh orang lain.
Jantina - Jantina yang berbeza dapat mempengaruhi pertuturan. Lelaki kebiasaannya
bertutur dengan suara yang kasar atau parau manakala perempuan pula akan bertutur
dengan sopan dan lemah lembut. Melalui kajian yang dijalankan, didapati kanak-kanak
perempuan terlebih dahulu dapat bercakap berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini
disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan
dengan urat saraf pertuturan mereka yang berlaku lebih cepat berbanding kanak-kanak
lelaki.
Kesihatan - Kesihatan amat penting untuk mendapatkan pertuturan yang baik dan
lancar. Jika seseorang individu itu menghadapi masalah kesihatan, pertuturan mereka
tidak jelas dan tidak dapat menyampaikan maksud yang ingin dinyatakan . sebagai
contoh, pesakit strok atau angin ahmar, mereka tidak dapat bertutur dengar lancar dan
baik kerana kesihatan mereka amat lemah dan sukar untuk bercakap. Hal ini akan
menyebabkabkan halangan dalam komunikasi. Selain itu, jika seorang kanak-kanak
mendapat sakit yang berlanjutan ketika masih kecil, penguasaan bahasa mereka akan
terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan
untuk berfikir dan bercakap.
Kecerdasan - Kecerdasan pula melibatkan proses minda. Setiap orang mempunyai
kecerdasan otak masing-masing. Kecerdasan seseorang dapat dibezakan melalui
pertuturan mereka. Sesorang yang cerdas dapat mengeluarkan idea atau pendapat
yang bernas serta dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat dan betul.
Sekiranya seseorang itu bertutur tanpa apa -apa maklumat yang ingin disampaikan,
mereka digolongkan dalam kalangan orang yang kurang cerdas.
Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur
Terdapat berbagai teknik dan cara serta aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan
kemahiran bertutur murid dan di samping itu menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran
menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Berdasarkan hakikat ini, maka, eloklah guru memilih
aktiviti pengajaran untuk tujuan tersebut seperti cadangan yang berikut:
a. Aktiviti bercakap untuk keseronokkan
1. Murid menyampaikan cerita.
2. Murid menyampaikan lawak atau jenaka.
3. Murid menyampaikan sajak atau sebagainya.
4. Murid menyanyi.
5. Dua orang murid berbual (melalui telefon). Guru boleh menyuruh dua orang
murid berlakon atau berbual seolah-olah mereka sudah lama berkenalan atau
baru sahaja berjumpa dan ingin berkenalan.
6. Murid berucap dalam majlis hari jadi atau majlis perpisahan seseorang kawan
atau guru.
7. Murid mengucapkan selamat datang kepada rakan baru dalam kelas atau guru
baru yang datang mengajar di kelas mereka.
8. Murid menyampaikan pidato orang kenamaan. Misalnya, pidato yang pernah
dibacakan oleh Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos 1957.
b. Aktiviti bercakap untuk memaklumkan.
1. Murid membaca berita dalam radio atau televisyen.
2. Murid membuat demonstrasi di hadapan kawan- kawannya di dalam kelas
tentang cara membuat sesuatu, misalnya, cara menggunakan kamera , atau
cara memasak sesuatu masakan.
3. Murid membuat pengumuman tentang aktiviti yang berlaku di sekolah , misalnya,
tentang rancangan atau jadual kokurikulum.
4. Murid memberi taklimat tentang rancangan atau program yang berkaitan dengan
sesuatu projek sekolah, lawatan, strategi permainan dalam perlawanan bola
sepak, ragbi, bola jaring atau bola keranjang.
5. Murid membuat laporan secara lisan tentang lawatan, aktiviti kelab atau
persatuan di sekolah.
6. Murid membentangkan secara lisan hasil bacaan atau temu duga yang
dijalankan berkaitan dengan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Aktiviti
ini adalah kerja kumpulan. Untuk menjalankannya, murid-murid dibahagikan
kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugas oleh guru untuk
mencari bahan yang berkaitan dengan subtajuk dalam sesuatu karangan atau
esei.
c. Aktiviti bercakap untuk mempengaruhi.
1. Murid bercakap dalam aktiviti perbahasan (debat) sama ada sebagai pencadang
atau pembangkang.
2. Murid berkempen untuk menjadi wakil kelas, ketua darjah atau ketua murid.
3. Murid berucap atau berkempen bagi mendapatkan ahli baru untuk sesuatu
persatuan yang diwakilinya di sekolah.
4. Simulasi murid berkempen untuk mempengaruhi orang supaya membeli atau
mencuba sesuatu barang baru dalam pasaran, misalnya, barang elektrik, sabun
pencuci, berus gigi, pencuci pinggan mangkuk atau penyedut habuk.
d. Aktiviti bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah.
1. Murid berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masalah yang dipilih
oleh guru eloklah yang berkaitan dengan kehidupan murid di sekolah atau di
rumah. Misalnya, tentang kes kecurian buku atau wang di bilik darjah,
kebersihan kantin, kes murid merosakkan harta benda sekolah atau
mencalarkan kereta guru.
2. Murid bermesyuarat atau berbincang tentang bagaimana hendak mengumpulkan
wang melalui aktiviti di sekolah untuk mendapatkan wang bagi membina dewan
sekolah, membeli bas sekolah, membesarkan perpustakaan dan
sebagainya.Dalam hal ini guru bahasa perlu mengatur, mengajar, mengawas,
membimbing, menegur dan membetulkan murid dalam menjalankan atau
mengambil bahagian dalam mesyuarat, perbincangan atau forum adalah terhad.
3. Simulasi murid menjadi hakim, peguam bela atau pendakwa dalam sesuatu
perbicaraan. Kes yang dibicarakan biarlah yang boleh menarik minat dan
menyeronokkan murid. Amat baik sekiranya guru mengadakan simulasi
perbicaraan yang menyerupai mahkamah dengan menjadikan kelas itu sebagai
mahkamah. Selain berlakon sebagai hakim, peguam bela, pendakwa dan orang
yang dituduh atau didakwa, murid- murid lain boleh disuruh berlakon sebagai
saksi, pegawai polis dan juri.
4. Simulasi runding cara antara dua atau tiga murid, dengan seorang daripada
mereka menjadi guru pembimbing, dan yang lain berlakon sebagai murid yang
mempunyai masalah pembelajaran. Mereka bercakap dan berunding tentang
masalah tersebut dan mencari jalan untuk mengatasinya.
5. Simulasi murid yang bergaduh dan murid ketiga berlakon sebagai orang ketiga
yang cuba mendamaikan atau menyelesaikan perselisihan faham tersebut
dengan cara berunding supaya kedu- duanya berbaik semula.
6. Simulasi parlimen bersidang. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan
iaitu parti pembangkang dan parti pemerintah. Guru atau ketua darjah boleh
menjadi Tuan Pengerusi (Tuan Yang Dipertua). Isu yang dibincangkan mungkin
masalah pendatang haram atau masalah penyalahgunaan dadah.
Kaedah Penguasaan Kemahiran Bertutur dan Mendengar.
Kaedah didefinisikan sebagai prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan
kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Dari segi pendekatan
pengajaran bahasa yang digunakan ialah berlandaskan teori linguistik dan juga psikologi.
Manakala pengertian bagi kaedah penguasaan kemahiran bertutur dan mendengar ialah
prosedur mengajar berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan
oleh guru untuk menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Melalui prosedur-prosedur ini,
penguasaan terhadap kemahiran mendengar dan bertutur dapat dikuasai selaras dengan
objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Guru haruslah menguasai kaedah yang tepat bagi menjalankan pengajaran dan
pembelajaran yang baik serta berkesan. Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011: 52)
menyatakan kaedah beerti prosedur-prosedur mengajar yang wujud hasil daripada pendekatan
pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa ini diaplikasikan
mengikut teori linguistik serta psikologi. Jadi, sesuatu kaedah yang digunakan tersebut tidak
boleh terpesong daripada pendekatan. Kaedah adalah prosedur yang merangkumi langkah-
langkah serta peringkat yang teratur yang harus diikuti bagi mencapai sesuatu tujuan.
Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dan
diaplikasikan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara
umumnya, terdapat tujuh kaedah yang lazimnya digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu
misalnya kaedah nahu terjemahan (tradisional), kaedah bacaan, kaedah terus, kaedah
fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual dan juga kaedah komunikatif. Namun
begitu, bagi pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur hanya beberapa kaedah sahaja
yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Siti Hajar (1999) pula
mencadangkan kaedah lain untuk digunakan bagi kemahiran ini iaitu dengan menggunakan
kaedah situasi dalam pengajaran. Namun begitu, huraian mengenai kaedah yang sepatutnya
digunakan oleh guru tidak dihuraikan secara terperinci.
Setelah dikaji secara terperinci hanya terdapat lima sahaja kaedah yang boleh
digunakan daripada tujuh kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Kelima-lima kaedah ini sesuai
digunakan bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur. Kaedah-kaedah tersebut ialah kaedah
terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual serta kaedah komunikatif.
Kaedah Terus.
Tuan Jah Yusof Ph D (2011 : 95) menjelaskan kaedah ini mula diperkenalkan oleh
Michell West dan Harald Palmer pada tahun 1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan
kaedah tentera kerana pernah digunakan untuk melatih tentera serta diplomat dalam Perang
Dunia Kedua. Tegasnya, dalam Perang Dunia Kedua, ketika askar memerlukan kemahiran
dalam beberapa bahasa perlu dicapai dalam masa yang singkat. Kemahiran bahasa yang
diperlukan untuk masa yang singkat. Tentera pelatih dikehendaki mencapai peringkat
kemahiran bahasa yang sama dengan penutur bahasa ibunda sama ada dalam sebutan
mahupun dalam bidang memahami bahasa itu. Kemahiran menulis bukanlah satu matlamat
yang penting. Ekoran daripada masa dipengaruhi oleh peperangan yang sentiasa mendesak
jadi masa belajar diperuntukkan sehingga enam hingga sembilan jam sehari. Oleh seab itulah
adakalanya kaedah ini dikenali „Kaedah Askar‟.
Secara amnya, kaedah terus merujuk kepada pengajaran serta pembelajaran bagi
menguasai bahasa pertama secara natural. Abdul Aziz Abdul Talib. (1993 : 53) menyatakan
kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa
terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur kerana perkataan
yang diujarkan diaplikasikan hari-hari. Hal ini selari dengan objektif Huraian Sukatan Pelajaran
Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang bermatlamat agar murid-murid dapat mendengar serta
memahami pengucapan dengan teliti dan menghayatinya dalam konteks perbualan harian serta
situasi formal.
Melalui kaedah ini, beberapa cara digunakan untuk menerangkan misalnya untuk
menyatakan sesuatu perkataan konkrit seperti almari, jadi perkataan almari tersebut diajar
dengan menunjukkan objek almari tersebut. Namun begitu berbeza pula dari segi perkataan
abstrak pula, contohnya perkataan cinta diterangkan dengan menggunakan perkataan yang
mudah serta diketahui oleh murid-murid. Selanjutnya, pengajaran yang baharu adalah
berdasarkan sesuatu topik yang lain telah diajarkan namun ada perkaitan dengan topik baharu
tersebut. Antara contoh yang oleh diambil untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama
+ kata kerja + kata nama sepatutnya berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelum ini.
Misalnya ayat yang sebelum diajar ialah saya makan kemudian diajar kepada ayat yang baru
menjadi saya makan nasi.
Kaedah terus ini memberi penekanan terhadap kemahiran bahasa terutamanya
kemahiran mendengar dan bertutur dan bukanlah pengetahuan mengenai bahasa. Jadi, guru
yang mengajar dan menggunakan kaedah ini haruslah benar-benar menguasai bahasa yang
diajarkan supaya boleh dijadikan garis panduan kepada murid-murid. Kaedah ini merupakan
satu kaedah yang terkenal bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur iaitu pengajaran lisan.
Hal ini ekoran daripada murid-murid menggunakan terus bahasa yang diajarkan tanpa
sebarang terjemahan. Jadi kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat
dikurangkan kerana murid-murid telah dilatih dengan cara berfikir dan bertutur secara terus
dalam bahasa sasaran.
Kaedah Fonetik/Linguistik.
Kamarudin Hj Husin. (1995 : 103) menerangkan bahawa kaedah linguistik atau dikenali
sebagai kaedah fonetik merupakan satu kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik. Cara
saintifik yang dimaksudkan di sini ialah dengan cara membandingkan antara dua bahasa itu
iaitu antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid sama
ada bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda mereka ataupun bahasa-bahasa yang lain.
Pengetahuan murid-murid sepatutnya berfokus kepada bentuk, dan fungsi bahasa tersebut
selain daripada aspek-aspek lain misalnya bunyi, susuk ayat, makna dan lain-lain. Dalam erti
kata lain, kaedah ini begitu menekankan pertuturan serta membenarkan penggunaan bahasa
yang telah diketahui oleh murid-murid.
Di samping itu juga, kaedah ini juga lebih mendahulukan bentuk daripada makna.
Kaedah ini melibatkan pemilihan bunyi-bunyi terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua-
dua bahasa tersebut. Ini bermakna pengetahuan fonetik adalah sangat penting. Manakala dari
segi pemilihan bentuk-bentuk ayat pula, pengajaran guru haruslah berdasarkan kepada
bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka terlebih dahulu. Seterusnya
bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda mereka dipilih. Sebagai
contoh :
Subjek Perbuatan Objek
1. Dia
She
Berjalan
Walk
Ke sekolah
To school
2. Saya
I
Makan
Eat
Nasi lemak
Nasi lemak
Dari segi pemilihan perkataan pula, kaedah ini lebih mendahulukan perkataan-perkataan yang
serupa ataupun hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa tersebut. Misalnya
perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris yang hampir-hampir sama dengan perkataan
bahasa Melayu seperti berikut :
Bahasa Melayu
Bahasa Melayu Bahasa Inggeris
Kopi Coffee
Radio Radio
Komputer Computer
Objektif utama mengajar menggunakan kaedah linguistik ini adalah bagi membolehkan
murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya bagi mempelajari bahasa baharu
dari segi bunyi. Kaedah ini turut menerangkan mengenai nahu yang terdapat dalam tatabahasa
yang telah dipelajari dengan bahasa yang diketahui. Berdasarkan salah satu Huraian Sukatan
Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah menerangkan salah satu objektifnya iaitu
menggunakan bahasa baku yang melibatkan penggunaan tatabahasa, ejaan, kosa kata, serta
sebutan dan intonasi yang betul dalam aktiviti mendengar dan juga bertutur. Jadi, apa yang
ditekankan dalam kaedah ini dengan menerangkan nahu yang terdapat dalam tatabahasa yang
telah dipelajari dalam bahasa yang diketahui tersebut adalah sama landasannya dengan
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah.
Kaedah ini juga dikatakan amat bersesuaian untuk mengajar kemahiran mendengar dan
bertutur. Hal ini disebabkan kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah lisan atau kaedah reform
serta berkait rapat dengan kaedah terus. Pengajaran ini dimulakan dengan latihan pendengaran
serta diikuti dengan latihan penyebutan.
Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi
dialog serta cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa akan tetapi menggunakan
simbol-simbol fonetik contohnya [ ₔma? ] bagi perkataan emak. Nahu atau tatabahasa
biasanya diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu
dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan serta rumus-rumus tatabahasa tersebut
diajarkan. Selanjutnya, melalui kaedah ini juga murid-murid akan menulis karangan
berdasarkan apa yang didengar atau dibaca. Antara kelebihan kaedah linguistik ini ialah
penyediaan bahan adalah tersusun dan tersusun serta teratur. Ini membolehkan kanak-kanak
faham dengan lebih jelas apa serta tepat. Kanak-kanak turut dapat bertutur serta membina ayat
mengikut bentuk-bentuk ayat bahasa yang ada dalam bahasa ibunda mereka.
Manakala kelemahan bagi kaedah ini pula ialah peraturan bahasa yang sentiasa
berubah-ubah menyukarkan murid-murid untuk membaca. Hal ini disebabkan bahan bacaan
kebanyakannya ditulis adalah dalam bahasa tulisan. Kaedah ini turut memerlukan guru-guru
yang terlatih serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang ini untuk mengajar
tentunya memerlukan perbelanjaan serta kos yang tinggi. Jadi hasilnya, murid boleh bertutur
akan tetapi tidak dapat memperkembang ba hasatersebut dengan baik. Secara rumusnya,
kaedah ini bukan boleh diajar oleh sebarangan guru kerana kaedah ini memerlukan guru-guru
yang terlatih dalam ilmu bahasa, ilmu pengajaran serta pendidikan. Kaedah ini juga
memerlukan masa yang lama serta belanja yang banyak. Kesannya, murid-murid hanya dapat
menuturkan apa yang diajarkan sahaja.
Kaedah Eklektik.
Kaedah eklektik amat bersesuaian dengan pengajaran kemahiran mendengar dan juga
bertutur. Kaedah eklektik merupakan satu kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik
dalam pengajaran bahsa yang terdapat dalam kaedah-kaedah lain. Kaedah yang digabung
contohnya ialah kaedah nahu dan kaedah terjemahan yang telahpun diubah suai mengikut
situasi pengajaran. Guru menggunakan daya usaha serta daya kreativiti mereka sendiri.
Mereka juga turut bebas mengajar mengikut kebolehan serta kemampuan kanak-kanak.
Pada dasarnya, kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif. Hal ini ekoran daripada
gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Mengikut kaedah
eklektik ini, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan iaitu bertutur, menulis,
memahami dan juga membaca. Kaedah ini juga lebih bersifat fleksibel. Ini kerana guru boleh
mengubah kaedah pengajarannya mengikut keperluan murid-murid. Dari aspek tatabahasa pula
diajarkan mengikut situasi. Situasi yang dimaksudkan di sini ialah sama ada secara deduktif
ataupun induktif. Aktiviti pengajaran serta pembelajaran ini merangkumi latihan mendengar dan
bertutur (lisan), membaca kuat serta bersoal jawab.
(Kamarudin Hj Husin, 1988: 98), tujuan bagi kaedah eklektik ini adalah sama seperti
kaedah terus iaitu membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu
serta boleh menggunakan bahasa itu dengan baik. Cara mengajar bagi kaedah ini ialah guru
dapat mengelakkan pengajaran kurang tepat serta tidak jelas dengan memberikan penjelasan
dalam bahasa ibunda murid-murid. Selain itu, guru perlu menggunakan pola-pola struktur untuk
melatih tubi struktur ayat murid. Manakala kebaikan bagi kaedah ini ialah guru-guru akan
menggunakan teknik-teknik yang paling baik daripada kaedah pengajaran di sekolah. Kaedah
ini turut mempertimbangan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur,
membaca dan menulis serta memberi keutamaan kepada bahasa lisan terlebih dahulu.
Kaedah Audio-Lingual
Kaedah asas Audio-lingual mula berkembang di Amerika Syarikat semasa Perang Dunia
Kedua. Pada peringkat permulaan, pengajaran bahasa yang menggunakan kaedah ini
bertujuan untuk ketenteraan iaitu satu program pembelajaran bahasa bagi tentera-tentera yang
akan dihantar ke negara-negara luar. Di Universiti Michigan, Charles Fries, iaitu seorang ahli
Linguistik Struktural telah menolak Kaedah Terus (Direct Method). Beliau mengatakan bahawa
bahasa harus diajar secara sistematik dengan menumpukan kepada cara sebutan dan latih tubi
secara lisan (Ricards dan Rogers, 1986). Audio lingual kemudiannya mula diperkenalkan
sekitar tahun 1950-an dan ia menjadi bertambah penting apabila berlaku perkembangan dalam
pembelajaran bahasa asing di Amerika Syarikat.
Mengikut sejarah pengenalan serta perkembangannya, kaedah audio-lingual adalah
lebih sesuai serta praktikal digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Dalam konteks
pendidikan hari ini, kaedah ini amat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran
lisan yang melibatkan aspek mendengar dan juga bertutur. Pengajaran dan pembelajaran lisan
adalah kemahiran asas berbahasa yang seharusnya dikuasai dahulu oleh pelajar sebelum
mereka dapat belajar membaca dan menulis dengan sempurna. Jadi, kaedah audio-lingual
merupakan satu alternatif dalam pengajaran lisan kerana bersandarkan prinsip mendengar dan
bertutur diajar terlebih dahulu kemudian barulah kemahiran membaca dan menulis.
Kaedah ini merupakan gabungan daripada dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio)
dan juga kemahiran bertutur (lingual). Jadi, kaedah ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti
kemahiran mendengar dan juga bertutur (lisan). Kaedah ini turut mementingkan penggunaan
bahan bantu belajar berupa alat-alat seperti audio seperti radio, pita rakaman, compact disk
(audio), dan juga piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid adalah
seperti petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana contohnya suasana seram, senikata lagu,
nyanyian, petikan, berita, syair dan lain-lain lagi. Oleh itu, kaedah audio lingual yang dijalankan
ini adalah bertepatan dengan sukatan pelajaran yang telah mencadangkan beberapa
kemahiran kecil dalam kemahiran lisan iaitu mendengar dan menyebut bunyi. Dalam kemahiran
ini, murid-murid dapat mengenal, membeza, megajuk bunyi yang diperdengar di samping
mengecam serta menunjuk arah datangnya bunyi tersebut. Jadi apabila aedah audio lingual ini
dilaksanakan, secara ansur maju kemahiran yang dinyatakan tersebut akan terus berkembang
ke peringkat yang seterusnya dan lebih baik.
Sebagaimana yang diketahui, kaedah audio-lingual ini menggunakan bahan bantu
mengajar seperti rakaman berita daripada radio. Apabila kaedah ini digunakan terhadap murid-
murid sebagai salah satu aktiviti pengajaran, murid diajar memahami serta menghayati apa
yang terkandung dalam berita tersebut kemudian murid tersebut dapat menerangkan semula
apa yang difahami berdasarkan berita yang didengari tersebut. Apabila murid dapat menguasai
kaedah ini, secara tidak langsung murid dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian.
Sebagai contoh yang boleh diambil ialah apabila murid tersebut mendengar berita di radio atau
televisyen murid dapat memahami serta memahami dengan jelas apa yang terdapat dalam
berita tersebut dan dapat memberitahu orang di sekelilingnya mengenai berita yag didengarinya
itu. Ini menunjukkan kaedah audio-lingual ini memenuhi matlamat yang terkandung dalam
Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Matlamat tersebut adalah
mendengar serta memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam konteks
perbualan harian serta situasi formal.
Kaedah ini juga akan melatih murid-murid menyebut perkataan, frasa, ayat yang
didengar termasuklah nada serta intonasinya secara latih tubi. Kemudian, murid akan dilatih
mendeklamasikan sajak dengan rakan secara berpasangan ataupun secara berkumpulan.
Melalui kaedah audio lingual ini, murid-murid akan lebih mengingati apa yang didengar. Selain
itu, ingatan murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula apa yag dirakam
serta berbincang dengan rakan-rakan. Selain itu, murid-murid juga akan mudah mempelajari
bunyi-bunyi linguistik yang berbeza serta nada dan intonasi bahan yang diperdengarkan.
Kaedah Komunikatif
(Hymes,1971) menyatakan kaedah komunikatif terbina berdasarkan teori huraian
bahasa fungsian serta teori kecekapan komunikatif manakala teori pembelajarannya pula
berpandukan kepada teori interaksi (Cromer 1976; Schlesinger 1977). Kaedah ini amat
menekankan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang mengaitkan kognitif serta interaksi
bahasa. Jadi, kaedah komunikatif ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa iaitu
bahasa dan kecekapan komunikatif terutamanya kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar
dan bertutur. Semasa murid-murid menjalani proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai
makna terlebih dahulu kemudian disusuli dengan menggambarkan makna tersebut dalam
struktur ayat tertentu.
Latihan daripada guru-guru terhadap murid-murid dalam menguasai kemahiran
mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna amatlah diperlukan. Hal ini
penting dalam proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut.
Sehubungan dengan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif
merupakan jalan penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan
sebagainya.
Sebagaimana yang dijelaskan dalam kaedah ini, guru-guru memberikan penekanan
terhadap murid-murid agar menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti
bahasa. Aktiviti bahasa yang sering dilakukan ialah menyelesaikan masalah. Hal ini selaras
dengan objektif Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang menjelaskan
objektif yang mengkehendakkan murid berbincang serta berkongsi pendapat untuk
menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan mengenai sesuatu
perkara.
Pengelolaan Bilik Darjah
Murid ditempatkan pada kedudukan ia boleh mendengar/melihat dengan baik bagi
mengelakkan dia tidak menyedari bahawa anda sedang bercakap/berkomunikasi
dengannya
Murid duduk di mana ia boleh melihat wajah,bibir dan isyarat tangan guru dengan jelas
Pastikan mereka boleh melihat wajah rakan di antara satu sama lain
Pastikan mereka berada dalam keadaan penuh perhatian sebelum memberi arahan
atau pengajaran
Guru hendaklah menghadap kelas semasa bercakap/berisyarat
Gunakan suara yang biasa tetapi terang/isyarat yang tepat
Gunakan ayat-ayat dan rangkai kata
Gunakan kod isyarat yang biasa digunakan dan difahami
Sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar
Jangan halang mulut/tangan dengan sebarang objek semasa bercakap/berkomunikasi
atau membaca
Berdiri pada satu tempat sahaja semasa bercakap/berisyarat
Galakan murid-murid bertanya
Jika murid kurang faham tukarkan struktur ayat kepada yang lebih mudah difahami
Gunakan alat pandang dengar atau BBM semaksimum mungkin semasa mengajar
Perkataan baru yang digunakan dicatatkan pada satu sudut di papan hitam
Tuliskan maknanya
Tuliskan contoh ayat bagi perkataan berkenaan
Ringkasan isi pengajaran-buat edaran sebelum pengajaran
Isi penting dicatatkan pada satu sudut di papan hitam untuk rujukan
Galakan tumpuan sepenuhnya yang berterusan semasa mengajar
PROGRAM PENGAYAAN
Konsep Pengayaan
Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran
yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur
untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang
dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan
bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari,
kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri,
kumpulan dan masyarakat.
Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693)
“Pengayaan” sebagai “perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya
mengayakan atau meluaskan kosa kata”. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada
aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar
waktu persekolahan.
Mok Soon Sang (1990: 55)
Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di
peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau
lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas
pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu
bidang pelajaran tertentu. Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas
pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari.
Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat
ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam
membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat.
Rasional Pengayaan
Guru akan mengelaskan murid mereka dengan kumpulan-kumpulan sama ada secara
diketahui umum ataupun hanya diketahui oleh guru sendiri sahaja.
Dibahagikan kepada kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat.
Kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana akan bosan terhadap pelajaran kerana
aktiviti pembelajaran tidak sejajar dengan minat dan perkembangan mental mereka
Berpeluang menikmati pelbagi pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka
dalam proses pembelajaran.
Objektif Pengayaan
Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk
memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran
tertentu.
Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk
mempertingkatkan pencapaian mereka.
Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka.
Memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan
dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan.
Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya
membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup.
Memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja
mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan
dan sebagainya.
Memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara
kumpulan mengikut pelbagai kebolehan.
Jenis-Jenis Pengayaan
Aktiviti pengayaan boleh dikelaskan kepada dua jenis:
Pengayaan mendatar
Pengayaan menegak
1. Pengayaan Mendatar
Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan kebolehan murid-
murid dalam sesuatu kumpulan. Aktiviti pengayaan dilaksanakan berdasarkan kepada
tahap pencapaian murid.
Murid-murid dalam kumpulan lambat diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan
kurang mencabar daripada aktiviti pengayaan yang diberi kepada kumpulan sederhana
dan cerdas.
2. Pengayaan Menegak
Pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat
murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti pengayaan akan dirancang dan
dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat
yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa.
Jenis –jenis Pengayaan
Prinsip program pengayaan
Prinsip program pengayaan terbahagi kepada enam yang digambarkan seperti di bawah;
1. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental.
2. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri.
3. Menggunakan daya usaha sendiri.
4. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial.
5. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah.
6. Melibatkan pembacaan luas.
Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan.
Aktiviti Pengayaan Kumpulan Mengikut Kebolehan.
 Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat.
Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan
kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza
Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.
 Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti
pengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan. Arahan
yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar
mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa
bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid-
murid lambat menjalani aktiviti pemulihan.
Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan
 Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat
menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas
dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat
kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Cara ini amat
sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa
yang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek,
permainan dan rekreasi dan sebagainya.
Pengelolaan Aktiviti Pengayaan
Objektif
Aktiviti pengayaan harus diberikan kepada semua peringkat murid dalam bilik
darjah, peringkat cerdas, sederhana dan lambat. Memandangkan kebolehan tiap-tiap
kumpulan adalah berbeza, maka objektif aktiviti pengayaan haruslah berlainan mengikut
kesesuaian dan kebolehan serta taraf pencapaian kumpulan masing-masing.
Bidang
Memandangkan kebolehan dan taraf pencapaian adalah berbeza, maka aktiviti
pengayan haruslah berlainan.
Murid-murid dalam kumpulan cerdas dan sederhana diberikan aktiviti pengayaan yang
lebih kompleks dan mencabar. Bagi kumpulan yang lambat, aktiviti yang lebih mudah
tetapi menarik.
Masa
Setiap hari; 20-30 minit.
Selepas murid-murid menguasai sesuatu atau beberapa kemahiran.
Selepas murid-murid menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran.
Aktiviti
Aktiviti pengayaan haruslah dijalankan secara tidak formal. Segala aktiviti pengayaan
haruslah secara bersendirian atau secara kumpulan.
Bagi aktiviti kumpulan, guru boleh menyuruh murid yang cerdas membimbing murid-
murid dalam kumpulannya atau kumpulan lambat. Cara ini memberikan peluang kepada
murid yang cerdas menambah pengalaman dan mengasah bakat kepimpinan mereka.
Corak aktiviti haruslah menarik, mencabar bdan sesuai dengan kebolehan, minat dan
bakat murid.
Selepas aktiviti pengayaan selesai dijalankan, guru boleh berbincang dengan murid-
murid mengenai dengan hasil aktiviti mereka serta memberikan penghargaan sebagai
galakan.
BAHAN
Bahan yang biasanya digunakan untuk aktiviti pengayaan;
* Kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja dan alat-alat bantu mengajar.
* Bahan-bahan pengajaran haruslah mengandungi arahan atau penerangan yang jelas supaya
murid boleh menjalankannya tanpa banyak bergantung daripada tunjuk ajar guru.
RUANG / TEMPAT
Penyusunan meja dan kerusi murid adalah berdasarkan kepada aktiviti kumpulan.
Biasanya kumpulan dibahagikan kepada tiga iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan
lambat. Tiap-tiap kumpulan mempunyai bilangan murid yang berbeza, biasanya
kumpulan sederhana lebih ramai dariapada kumpulan yang lain.
Murid-murid dalam sesuatu kumpulan tidaklah semestinya kekal dalam kumpulan itu.
Mereka boleh dipindahkan mengikut kemajuan mereka dalam sesuatu mata pelajaran.
AKTIVITI PENGAYAAN
Aktiviti pengayaan biasanya terbahagi kepada 3 iaitu bacaan tambahan,kerja- kerja projek dan
permainan & rekreasi:
Bacaan Tambahan
* Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema
* Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak
* Majalah pelajar
* Surat khabat / keratan
* Risalah-risalah
Kerja – kerja Projek
* Lawatan
* Melapor Peristiwa
* Menulis Cerita
* Membuat Zoo Mini Sekolah
* Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar – Buku Skrap
* Mengadakan pameran bilik darjah
* Minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ]
Permainan & Rekreasi.
Teka Silang Kata
Teka Benda
Teka Teki
Mencari Jalan Keluar
Menyambung Titik
Mencari tajuk kepada sesuatu gambar /cerita
Mencari benda tersembunyi
Meneka bunyi
Dam
Catur
Sahiba
Bingo
Ular dan Tangga
Jigsaw Puzzle
Bermain bentuk geometri
PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN
Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan:
1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari.
2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran
3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran
4. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran
BAHAN – BAHAN UNTUK AKTIVITI PENGAYAAN
Biasanya bahan – bahan untuk aktiviti pengayaan terbahagi kepada 3 bentuk seperti:
Ciri – ciri Bahan Pengayaan
Dapat mengukuh dan meningkatkan penggunan bahasa seperti penguasaan empat
kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis.
Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik.
Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar,
pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar dengan bahan.
Dapat merangsang pelajar bertidak balas secara aktif dan positif.
Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas.
Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas.
Mencabar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis.
Permainan bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif seperti
bekerjasama,berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar.
KEPENTINGAN AKTIVITI PEMULIHAN
Kematangan mental pelajar rendah.
Pelajar yang di kesan untuk pemulihan adalah terdiri daripada pelajar – Pelajar yang
lembap di mana mereka kurang berkebolehan dalam memahami pelajaran dan
membina konsep. Mereka ini juga tidak mahir membaca dan kelemahan inilah yang
menyebabkan pencapaian mereka menjadi lemah.
Kematangan emosi yang berkurangan.
Kawalan dan seliaan guru amat penting bagi pelajar pemulihan di mana mereka
perlukan perhatian yang lebih untuk berjaya. Kedatangan mereka kesekolah adalah
kerana ada tekanan dan kecewa oleh sikap ibubapa. Pelajar ini akan keliru dan tidak
tahu apakah punca masalah mereka.
Pergaulan Sosial yang tidak matang.
Pelajar pemulihan kurang bergaul di sekolah dan j uga di rumah sehingga menjadikan
mereka kurang berpengalaman dalam pengurusan hidup dan tidak suka berkerjasama
dalam aktiviti kumpulan.
Kecacatan fizikal tubuh badan.
Tubuh badan pelajar – pelajar pemulihan biasanya mempunyai masalah kesihatan,
mereka memiliki mata yang rabun, kabur, tidak dapat mendengar dengan jelas dan yang
lebih teruknya cacat anggota tubuh badan.
Psikologi yang lemah.
Keupayaan pelajar pemulihan amat terbatas dari segi tumpuan dan ingatan, keadaan ini
turut melemahkan tahap proses menggambarkan dan pengamatan. Mereka juga tiada
kreativiti dan kemahiran di dalam menyelesaikan masalah.
KEPENTINGAN AKTIVITI PENGAYAAN
Membolehkan murid menjalani aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar
Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu kebolehan mereka
Menambahkan sifat ingin tahu arah perkembangan diri dan bakat mereka
Meningkatkan semangat berdikari
Meningkatkan kemahiran berfikir pembelajaran
Memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid
Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama.
Lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri.
KESIMPULAN
Sebagai kesimpulanya pendidikan pemulihan suatu aktiviti pengajaran dan
pembelajaran alternatif untuk membantu murid – murid yang menghadapi masalah di dalam
kelas.Ianya bertujuan untuk mengecilkan jurang perbezaan pencapaian di kalangan murid –
murid di dalam kelas dan mereka dapat belajar bersama –sama dalam suasana pembelajaran
yang lebih baik di dalam kelas biasa.
Manakala program pengayaan pula merupakan satu aktiviti yang banyak membantu
untuk cekap dan menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna.Jika aktiviti
pengayaan ini di jalankan dengan cara yang berkesan,murid akan dapat banyak manfaatnya.Ini
kerana mereka bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai bahan dan aktiviti yang dapat
mengukuhkan pengetahuan sedia ada mereka malah mereka juga didedahkan dengan
pelbagai pengetahuan baharu yang boleh meningkatkan rasa minat dan lebih bermotivasi untuk
belajar.
RUJUKAN
1. http://www.slideshare.net/shyh193/kemahiran-pengukuhan
2. http://www.slideshare.net/NoorlydaAbdLatip/pengayaan-12615466#btnPrevious
3. http://salju-teratakkasih.blogspot.com/2012/02/pengurusan-murid.html
4. http://amirosyatibashah.blogspot.com/2011/12/bahasa-melayu-kemahiran-mendengar.html
5. http://www.docstoc.com/docs/73589042/Pemulihan_dan_pengayaan
6. http://www.slideshare.net/zabidah/pemulihan-dan-pengayaan
7. Mok Soon Sang,(2003). Siri Pendidikan Perguruan. Ilmu Pendidikan untuk KPLI(Sekolah
Rendah: Komponen1&2, Psikologi Pendidikan dan Pedagogi). Kumpulan BudimanSdn.Bhd
. Subang Jaya.
8. Pusat Perkembangan Kurikulum.(1997),Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam
Pengajaran dan Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, KualaLumpur
REFLEKSI
Alhamdullilah ,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t dan junjungan
Nabi Muhammad s.a.w, tugasan BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran
BahasaMelayu Sekolah Rendah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk
yang telah dianugerahkan olehNya. Saya juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada
pensyarah pembimbing iaitu Puan Fatimah Binti Idris kerana banyak member bimbingan
semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah mentor saya iaitu Encik
Izzat Bin Abdullah kerana member tunjuk ajar dan teguran dalam proses menyiapkan pelbagai
tugasan selain tugasan BMM 3106 ini.
Setelah hampir 20 tahun bergelar pendidik, saya berpendapat pendidikan pemulihan
dan pengayaan perlu dilaksanakan oleh setiap guru. Namun, kerap kali pemulihan dan
pengayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dilaksanakan sepenuhnya.
Terdapat segelintir guru yang meminta murid cerdas, membimbing rakan sebaya untuk
menyiapkan latihan yang diberi oleh guru. Ini merupakan amalan yang baik kerana melalui
aktiviti tersebut murid-murid berpeluang mendalami dan meluaskan pengetahuan dan
pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk yang telah diajar oleh guru. Biasanya di dalam satu-
satu bilik darjah, murid-murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cerdas,
kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Murid-murid dalam kumpulan cerdas dan
sederhana menghadapi masalah pembelajaran kerana bosan dengan aktiviti yang tidak
setimpal dengan minat dan perkembangan mental mereka dan murid yang lambat pula akan
ketinggalan. Bagi memenuhi keperluan murid cerdas dan sederhana dan lambat, guru telah
menyediakan pendidikan pemulihan dan pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang boleh
menarik minat dan mencabar serta mengukuhkan kebolehan mereka. Program pemulihan ialah
mengatasi masalah pembelajaran murid yang lambat manakala pengayaan ialah aktiviti
sekumpulan murid-murid yang menjalani pembelajaran pada tahap yang tinggi daripada
kumpulan murid yang sama usia.
Menghuraikan aspek pemulihan ini terutama aktiviti mendengar dan bertutur
mengingatkan saya akan betapa pentingnya murid –murid menguasai kemahiran ini selaras
dengan saranan Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2003 ) yang menyediakan satu pendekatan
terancang dan berstruktur agar objektif pembelajaran dapat dicapai.Golongan pendidik seperti
saya amat perlu menitikberatkan minat dan kebolehan murid dalam menguasai kemahiran ini.
Bahan yang disediakan amat pratikal dan berfaedah untuk perkembangan murid –murid agar
keupayaan kognitif mereka dapat dipertingkatkan serta masalah buta huruf dapat diatasi.
Namun begitu terdapat cabaran-cabaran dalam melestarikan program pemulihan kepada
pelajar. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah ketiadaan motivasi dan kesedaran serta malas
merupakan antara faktor utama masalah pembelajaran murid-murid tersebut. Cabaran yang
harus ditangani guru ialah bagaimana memotivasikan murid, memberi kesedaran tentang
kepentingan pelajaran dalam diri murid, membina kesungguhan murid dan memaksa murid
agar memaksa diri mereka untuk belajar cara belajar. Sesungguhnya murid lemah ini berasal
dari pelbagai latar belakang emosi dan sosial yang bercelaru dan keliru. Murid lemah bukan
hanya berkaitan masalah penglihatan, pendengaran, psikomotor dan lembab semata-mata.
Saya dapati ada di antara murid ini yang mengalami depresi, masalah psikologi, tiada hala tuju,
keliru, putus asa, kurang perhatian ibu bapa, tiada didikan agama dan sebagainya yang
berpunca daripada budaya di rumah, sikap ahli keluarga terutama ibu dan bapa dan pengaruh
luar seperti pengaruh rakan sebaya dan media massa khasnya yang berkaitan dengan
penyalahgunaan internet. Melaui kerja projek yang disediakan, amat menginsafkan saya
bahawa murid–murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah, amat memerlukan
perhatian dan bimbingan terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang
berlangsung di dalam kelas. Mereka juga ingin berjaya dan paling diharapkan murid–murid ini
mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid–murid biasa.
Begitu juga dengan aktiviti pengayaan, pada pendapat saya, pengayaan boleh
dijalankan secara individu atau berkumpulan. Aktiviti pengayaan yang dijalankan mestilah
menarik, mencabar dan bersesuaian dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza-
beza. Jika pengayaan tidak dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid-
murid dari kumpulan cerdas dan sederhana akan berasa bosan, terhadap pelajaran kerana
aktiviti pembelajaran tidak sejajar dengan minat dan perkembangan mental mereka seterusnya
mencetuskan masalah disiplin. Situasi ini sering dilihat di semua sekolah yang pernah saya
berkhidmat. Murid-murid dari kumpulan cerdas dan sederhana tidak diberi aktiviti pengayaan
dalam pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya disuruh senyap agar tidak mengganggu rakan-
rakan lain menyiapkan kerja. Situasi seperti ini tidak seharusnya berlaku. Sepatutnya, murid-
murid cerdas ini boleh diminta oleh guru untuk membantu rakan-rakan sebaya yang
menghadapi sedikit kesukaran dalam pembelajaran.
Oleh itu, adalah diharapkan dengan adanya program pemulihan dan pengayaan dalam
pengajaran dan pembelajaran, setiap murid bukan sahaja mengikuti suasana pembelajaran
yang lebih menarik dan menggembirakan tetapi juga, dapat mengembangkan aspek fizikal,
emosi, minat, kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh. Setiap pelajar yang
telah menguasai aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti
aktiviti pengayaan seterusnya Berjaya menguasai kemahiran yang diajar sama seperti murid
lain.
Disediakan oleh
Saiyah Binti Achil
Sem 3 PPG BMD
Ambilan Februari 2012
No K/P : 670518106380
No Matriks : 2012191360070
Dalam satu pelajaran Bahasa Malaysia yang berfokuskan kemahiran mendengar dan
bertutur, Cikgu R mendapati enam orang anak muridnya yang tidak dapat menguasai
kemahiran tersebut, manakala ada antara muridnya dalam kelas yang sama, Berjaya
menguasai kemahiran itu dengan cemerlang.
Berdasarkan pelajaran itu, huraikan masalah pembelajaran kemahiran mendengar dan
bertutur yang dihadapi murid berkenaan, Jelaskan strategi pemulihan yang sesuai bagi
mengatasi masalah tersebut. Juga nyatakan strategi pengayaan yang sesuai bagi murid
yang Berjaya menguasai kemahiran itu dengan cemerlang.
Rancang dan binalah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk tempoh satu jam
pengajaran Bahasa Malaysia yang lengkap dengan aktiviti pemulihan dan pengayaan.
Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan aktiviti pemulihan dan pengayaan bagi
pelajaran hendaklah disertakan.
Sebagai guru, buatlah justifikasi kepentingan aktiviti pemulihan dan pengayaan dalam
memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendahBadriyatun Kamar
 
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptxBAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptxYOUAZLIN
 
Bab 4: Pendidikan Moden
Bab 4: Pendidikan ModenBab 4: Pendidikan Moden
Bab 4: Pendidikan Modennursyafiqahy
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumSiti Kamaruddin
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaaminnafek
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaKanageswary Karunamoothei
 
Teori behaviorisme dan teori konstruktivisme
Teori behaviorisme dan  teori konstruktivismeTeori behaviorisme dan  teori konstruktivisme
Teori behaviorisme dan teori konstruktivismeAzura Zainal Abidin
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvSiTi Nurhidayah
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahshafidaosman
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranSiti Zulaikha
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3share with me
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assuretanaipoh
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masterizabidah awang
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayasitiaishahmohamad
 

La actualidad más candente (20)

Guru dan sekolah present.pptx
Guru dan sekolah  present.pptxGuru dan sekolah  present.pptx
Guru dan sekolah present.pptx
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
 
PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT
PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKATPENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT
PENGENALAN SEKOLAH DAN MASYARAKAT
 
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptxBAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
BAB 6 STRATIFIKASI SOSIAL.pptx
 
Bab 4: Pendidikan Moden
Bab 4: Pendidikan ModenBab 4: Pendidikan Moden
Bab 4: Pendidikan Moden
 
Soalan 3
Soalan 3Soalan 3
Soalan 3
 
Rubrik pemarkahan holistik
Rubrik pemarkahan holistikRubrik pemarkahan holistik
Rubrik pemarkahan holistik
 
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulumKepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
Kepelbagaian murid dan implikasinya kepada pelaksanaan kurikulum
 
Analisis pelajar
Analisis pelajarAnalisis pelajar
Analisis pelajar
 
Program pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysiaProgram pendidikan untuk semua di malaysia
Program pendidikan untuk semua di malaysia
 
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budayaPembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
Pembinaan persekitaran-bilik-darjah-yang-mesra-budaya
 
Teori behaviorisme dan teori konstruktivisme
Teori behaviorisme dan  teori konstruktivismeTeori behaviorisme dan  teori konstruktivisme
Teori behaviorisme dan teori konstruktivisme
 
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpvPentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
Pentaksiran ujian objektif, subjektif, kertas pensil,mpv
 
Perkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolahPerkembangan sosiobudaya disekolah
Perkembangan sosiobudaya disekolah
 
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaranBab2 rekabentuk & model pengajaran
Bab2 rekabentuk & model pengajaran
 
Metakognisi
MetakognisiMetakognisi
Metakognisi
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Rph model assure
Rph model assureRph model assure
Rph model assure
 
Pembelajaran masteri
Pembelajaran masteriPembelajaran masteri
Pembelajaran masteri
 
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudayaKesedaran kepelbagaian sosiobudaya
Kesedaran kepelbagaian sosiobudaya
 

Destacado

Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanIzzi Farah
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4shockgadof
 
Bmm3106 pengayan dan pemulihan
Bmm3106 pengayan dan pemulihanBmm3106 pengayan dan pemulihan
Bmm3106 pengayan dan pemulihanZainol Muda
 
Contoh Instrumen Membaca
Contoh Instrumen MembacaContoh Instrumen Membaca
Contoh Instrumen Membacaanny_anie
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisNoor Syazwanni
 
Modul pengajaran rbt thn 4
Modul pengajaran rbt thn 4Modul pengajaran rbt thn 4
Modul pengajaran rbt thn 4Safiah Sulaiman
 
Penilaian kendalian sekolah
Penilaian kendalian sekolahPenilaian kendalian sekolah
Penilaian kendalian sekolahTieyrah Kecik
 
Rpt sains t1 2017
Rpt sains t1 2017Rpt sains t1 2017
Rpt sains t1 2017luqms
 
Amali 8 membina instrumen bagi penilaian kemahiran membaca
Amali 8 membina instrumen bagi penilaian kemahiran membacaAmali 8 membina instrumen bagi penilaian kemahiran membaca
Amali 8 membina instrumen bagi penilaian kemahiran membacaHarith Sukri
 
Contoh Instrumen Kemahiran Menulis
Contoh Instrumen Kemahiran MenulisContoh Instrumen Kemahiran Menulis
Contoh Instrumen Kemahiran Menulisanny_anie
 
Borang ujian kefasihan
Borang ujian kefasihanBorang ujian kefasihan
Borang ujian kefasihanAMira LIzza
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarJenry Saiparudin
 
Penilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran MembacaPenilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran MembacaNurul Othman
 

Destacado (20)

Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
PENGAYAAN DAN PEMULIHAN(bmm3101)
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pengayaan
PengayaanPengayaan
Pengayaan
 
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
Pemulihan Dan Pengayaan Kumpulan 4
 
Bmm3106 pengayan dan pemulihan
Bmm3106 pengayan dan pemulihanBmm3106 pengayan dan pemulihan
Bmm3106 pengayan dan pemulihan
 
Contoh Instrumen Membaca
Contoh Instrumen MembacaContoh Instrumen Membaca
Contoh Instrumen Membaca
 
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca MenulisKemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
Kemahiran Mendengar Bertutur Membaca Menulis
 
Modul pengajaran rbt thn 4
Modul pengajaran rbt thn 4Modul pengajaran rbt thn 4
Modul pengajaran rbt thn 4
 
Rph masalah penglihatan
Rph masalah penglihatanRph masalah penglihatan
Rph masalah penglihatan
 
Rph masalah penglihatan
Rph masalah penglihatanRph masalah penglihatan
Rph masalah penglihatan
 
Amali 8
Amali 8Amali 8
Amali 8
 
Penilaian kendalian sekolah
Penilaian kendalian sekolahPenilaian kendalian sekolah
Penilaian kendalian sekolah
 
Rpt sains t1 2017
Rpt sains t1 2017Rpt sains t1 2017
Rpt sains t1 2017
 
Amali 8 membina instrumen bagi penilaian kemahiran membaca
Amali 8 membina instrumen bagi penilaian kemahiran membacaAmali 8 membina instrumen bagi penilaian kemahiran membaca
Amali 8 membina instrumen bagi penilaian kemahiran membaca
 
Contoh Instrumen Kemahiran Menulis
Contoh Instrumen Kemahiran MenulisContoh Instrumen Kemahiran Menulis
Contoh Instrumen Kemahiran Menulis
 
Narrative
NarrativeNarrative
Narrative
 
Borang ujian kefasihan
Borang ujian kefasihanBorang ujian kefasihan
Borang ujian kefasihan
 
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajarKanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
Kanak kanak pintar cerdas dan pendekatan mengajar
 
Penilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran MembacaPenilaian Kemahiran Membaca
Penilaian Kemahiran Membaca
 

Similar a Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106

Isi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaanIsi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaanUlin Zuliha Baharom
 
konsep-pemulihan
konsep-pemulihankonsep-pemulihan
konsep-pemulihanAna Humaira
 
Pengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswa
Pengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswaPengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswa
Pengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswaSindy Artilita
 
Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6
Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6
Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6LiaDT
 
071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptx
071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptx071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptx
071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptxSevtyaDwi
 
STRATEGI PEMB. MO 9 10.pptx
STRATEGI PEMB. MO 9 10.pptxSTRATEGI PEMB. MO 9 10.pptx
STRATEGI PEMB. MO 9 10.pptxAgusikbalIkbal
 
Konsep pengayaan
Konsep pengayaan Konsep pengayaan
Konsep pengayaan sintaroyani
 
Makalah bk arti tujuan bk sekolah
Makalah bk arti tujuan bk sekolahMakalah bk arti tujuan bk sekolah
Makalah bk arti tujuan bk sekolahKun Hidayaturrahman
 
Bimbingan belajar
Bimbingan belajarBimbingan belajar
Bimbingan belajareka noviana
 
KEGIATAN REMEDIAL DAN KEGIATAN PENGAYAAN
KEGIATAN REMEDIAL DAN KEGIATAN PENGAYAANKEGIATAN REMEDIAL DAN KEGIATAN PENGAYAAN
KEGIATAN REMEDIAL DAN KEGIATAN PENGAYAANFAJAR MENTARI
 
Pemulihan kelas biasa
Pemulihan kelas biasaPemulihan kelas biasa
Pemulihan kelas biasaSiTi SaJali
 

Similar a Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106 (20)

Isi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaanIsi asgmt pemulihan dan pengayaan
Isi asgmt pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
konsep-pemulihan
konsep-pemulihankonsep-pemulihan
konsep-pemulihan
 
Pengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswa
Pengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswaPengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswa
Pengaruh pembelajaran remedial terhadap kesulitan belajar siswa
 
Bam
BamBam
Bam
 
Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6
Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6
Makalah Bimbingan Belajar Kelompok 6
 
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBINGPERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
PERANAN GURU BIASA SEBAGAI GURU PEMBIMBING
 
071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptx
071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptx071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptx
071_Riskha Indryani Batrisya_Tugas Pemanfaatan dan Tindak Lanjut Penilaian.pptx
 
kelaspemulihan.pptx
kelaspemulihan.pptxkelaspemulihan.pptx
kelaspemulihan.pptx
 
PROBLEMATIKA SISWA DAN PEMECAHANNYA
PROBLEMATIKA SISWA DAN PEMECAHANNYAPROBLEMATIKA SISWA DAN PEMECAHANNYA
PROBLEMATIKA SISWA DAN PEMECAHANNYA
 
STRATEGI PEMB. MO 9 10.pptx
STRATEGI PEMB. MO 9 10.pptxSTRATEGI PEMB. MO 9 10.pptx
STRATEGI PEMB. MO 9 10.pptx
 
Pemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaanPemulihan dan pengayaan
Pemulihan dan pengayaan
 
Konsep pengayaan
Konsep pengayaan Konsep pengayaan
Konsep pengayaan
 
hgdfdh gfgf1
hgdfdh gfgf1hgdfdh gfgf1
hgdfdh gfgf1
 
Makalah bk arti tujuan bk sekolah
Makalah bk arti tujuan bk sekolahMakalah bk arti tujuan bk sekolah
Makalah bk arti tujuan bk sekolah
 
Bimbingan belajar
Bimbingan belajarBimbingan belajar
Bimbingan belajar
 
KEGIATAN REMEDIAL DAN KEGIATAN PENGAYAAN
KEGIATAN REMEDIAL DAN KEGIATAN PENGAYAANKEGIATAN REMEDIAL DAN KEGIATAN PENGAYAAN
KEGIATAN REMEDIAL DAN KEGIATAN PENGAYAAN
 
Pemulihan kelas biasa
Pemulihan kelas biasaPemulihan kelas biasa
Pemulihan kelas biasa
 

Kerja kursus pemulihan dan pengayaan bmm3106

  • 1. 1.1 PENGENALAN: 1.1.1 Konsep pemulihan Program pemulihan merupakan langkah-langkah khusus yang dijalankan untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam kemahiran asas 3M (membaca, menulis dan mengira). Mereka patut dipulihkan sebaik sahaja masalah yang dihadapi itu dapat dikesan dan ditentukan oleh guru bilik darjah atau guru mata pelajaran dengan langkah-langkah yang berbeza bergantung kepada jenis masalah. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 1245,1246) “Pulih” bermaksud kembali seperti biasa (keadaan semula). “Pemulihan” bermaksud perbuatan memulihkan dan pengembalian kepada keadaan semula. Dalam konteks ini konsep pemulihan merujuk kepada kanak-kanak yang menghadapi masalah dalam pembelajaran. Pembelajaran pemulihan biasanya dikaitkan dengan usaha untuk memperbaiki sesuatu kekurangan atau memperbetul sesuatu. Blair (1956) Pemulihan ialah program khas berbentuk tambahan bagi memenuhi keperluan kanak-kanak yang menghadapi masalah pembelajaran agar ketidakupayaan yang menghalangnya dapat diatasi. Aktiviti pemulihan tertumpu kepada penguasaan kemahiran. O. C. Simpson (1975) Aktiviti pemulihan merupakan tindakan khas atau tindakan khusus yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesulitan dari segi pembelajaran dalam kelas khas di sekolah biasa, di pusat-pusat khusus yang dihadiri oleh murid secara sambilan, dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa. Syarifah Alawiah Alsagoff (1983) Pemulihan ialah satu tindakan yang diambil untuk mengatasi keperluan pendidikan murid yang mengalami kesusahan dari segi pembelajaran dalam darjah khas di sekolah biasa, di pusat khusus yang diasingkan daripada sekolah biasa dan dalam darjah untuk pengajaran pembelajaran biasa.
  • 2. Menurut Ab. Rahman, et. al. (1997), dalam konteks Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR), program pemulihan merupakan langkah-langkah khas yang diusahakan untuk membantu murid yang menghadapi masalah pembelajaran tertentu dalam menguasai kemahiran asas 3M (membaca, menulis, dan mengira). Mereka ini kemudiannya diberikan program pemulihan sebaik-baik sahaja masalah mereka dapat dikesan dan dikenal pasti. 1.1.2 Rumusan Keseluruhan Konsep Pemulihan. Pendidikan pemulihan ialah suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid-murid yang menghadapi masalah di dalam kelas. Pelaksanaan program pemulihan ini bermatlamatkan supaya jurang perbezaan pencapaian di antara murid dapat dikecilkan dan mereka dapat belajar bersama-sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa. 1.1.3 Rasional Pendidikan Pemulihan. Murid-murid merupakan indidvidu-individu yang berbeza dari segi pengalaman, minat, dan kebolehan. Perbezaan-perbezaan tersebut jika tidak diberi perhatian boleh menjadi punca masalahh yang utama kepada kegagalan pencapaian objektif-objektif pembelajaran yang telah ditetapkan. Dalam Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran yang telah dikeluarkan, beberapa penetapan telah dibuat sebagai langkah untuk mengatasi masalah-masalah yang terdapat dalam sistem persekolahan. Antaranya ialah : Kenaikan darjah secara automatik seperti yang berlaku sekarang dikekalkan dan mereka yang lemah dalam bidang kemahiran tertentu diberi pendidikan pemulihan. Kurikulum yang ada sekarang hendaklah disusun semula supaya dapat diubah suai bukan sahaja untuk membolehkan murid-murid yang lemah mencapai kemahiran asas bahkan membolehkan murid yang cerdas bertambah maju. Keutamaan hendaklah diberikan kepada usaha-usaha untuk membaiki dan meninggikan taraf pendidikan di kawasan-kawasan yang mundur sejajar dengan dasar kerajaan. Usaha untuk merapatkan hubungan antara sekolah dengan masyarakat hendaklah dijalankan dengan sepenuhnya melalui kegiatan-kegiatan PIBG. Rancangan Amalan Makanan dan Pemakanan dan Rancangan Makanan Tambahan diteruskan kerana faedah-faedah yang diperoleh.
  • 3. 1.1.4 Matlamat Pendidikan Pemulihan Antara matlamat utama program pemulihan ialah : Membantu murid-murid yang mempunyai masalah pembelajaran untuk menguasai kemahiran tertentu. Membantu murid-murid membetulkan sikap yang negatif dan tingkah laku yang menjejaskan pembelajaran. Memupuk serta mengembangkan keyakinan diri dan sikap positif terhadap pembelajaran. 1.1.5 Objektif Pendidikan Pemulihan Program ini bertujuan untuk membolehkan murid-murid : Menguasai kemahiran tertentu dengan mengikuti aktiviti-aktiviti yang dipilih dan menggunakan bahan-bahan yang bersesuaian dengan kemampuan murid. Mendapatkan layanan dan kemudahan yang sesuai dengan keupayaan dan perkembangan mental individu. Mengurangkan beban masalah yang dihadapi oelh murid-murid yang lemah melalui bantuan guru dan pihak yang berkenaan (pihak sekolah dan ibu bapa). Mengembangkan potensi dan minat mereka dalam pelajaran ke tahap yang lebih maju. Memperoleh serta mengukuhkan keyakinan diri dan sifat berdikari apabila berada dalam kumpulan dan masyarakat. Mendapat peluang yang sama seperti rakan-rakan mereka dengan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti social di dalam dan di luar bilik darjah Meneruskan pelajaran dalam sistem persekolahan biasa atau sekolah khas yang bersesuaian dengan keperluan masing-masing. 1.1.6 Kumpulan Sasaran Pendidikan Pemulihan Pendidikan pemulihan diajalankan untuk menampung keperluan-keperlaun murid di dalam kelas biasa yang menghadapi masalah-masalah berikut, bukan masalah kecacatan akal atau terencat akal : Masalah pembelajaran: Ketidaksesuaian bahan dan teknik pengajaran guru Sering tidak hadir ke sekolah Cuai menjalankan aktiviti-aktiviti pembelajaran
  • 4. Leka dan lambat Masalah-masalah yang menghalang pembelajaran : Masalah peribadi Masalah psikologi Kurang kecerdasan iaitu lambat berfikir dan bertindak, cepat lupa, sukar memahami dan lemah pengamatan. 1.1.7 Prinsip Pendidikan Pemulihan Terdapat beberapa prinsip yang perlu dipatuhi dalam melaksanakan pendidikan pemulihan. Antaranya ialah : i) Menentukan objektif pendidikan pemulihan Guru perlu mengetahui objektif yang hendak dicapai semasa pendidikan pemulihan dijalankan bagi membantu murid-murid mengatasi masalah pembelajaran, membimbing mereka mengubah sikap negatif dan tingkah laku yang menghalang pembelajaran dan mewujudkan keyakinan dalam diri. Guru juga harus memastikan aktiviti pengajarannya melibatkan deria rasa, penglihatan, pengdengaran dan pertuturan. ii) Menyusun strategi pendidikan pemulihan Terdapat beberapa cara dalam menyusun strategi pendidikan pemulihan antaranya: Mengenal pasti murid-murid yang memerlukan pemulihan melalui ujian saringan, ujian diagnostik, laporan guru dan sekolah serta maklum balas daripada temu duga yang dibuat dengan ibu bapa. Mengenal pasti masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid yang antaranya terdiri daripada masalah dalam kemahiran lisan (mendengar dan bertutur), membaca dan menulis. Mengenal pasti punca-punca yang menjadikan murid-murid bermasalah dalam pembelajaran dari aspek fizikal, intelek, emosi dan pembelajaran. Merancang pelbagai aktiviti untuk menolong murid lemah sama ada secara individu, kumpulan kecil atau melalui rakan sebaya. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang bertujuan untuk mengekalkan pelajar dalam kelas biasa atau dihantar ke kelas pemulihan. Menjalinkan hubungan mesra antara guru dengan murid dan murid dengan rakan sebayanya.
  • 5. iii) Merancang dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan: Dalam merancang dan menyusun aktiviti pendidikan pemulihan terdapat beberapa kreteria yang perlu diikuti antaranya: Pemilihan dan aktiviti hendaklah berdasarkan kebolehan murid. Aktiviti hendaklah menekankan penggunaan bahan pelbagai bentuk untuk membolehkan murid menggunakan deria yang ada pada mereka. Matlamat hasil kerja daripada aktiviti hendaklah disampaikan dengan segera. iv) Memilih pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai Terdapat pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang boleh digunakan dalam melaksanakan aktiviti pemulihan. Antaranya : Pendekatan Deduktif Pendekatan Induktif Pendekatan Elektif Kaedah Komunikatif Pendekatan Main Sambil Belajar Teknik Bercerita Teknik Latih Tubi Teknik Bersoal Jawab 1.2 CARA MENGESAN MURID-MURID YANG BERMASALAH PEMBELAJARAN. Terdapat beberapa cara bagi mengesan murid yang bermasalah pembelajaran antaranya ialah: Pengesanan Murid Bermasalah i) Pemerhatian Guru boleh membuat pemerhatian secara tidak langsung dalam bilik darjah masing-masing. Guru boleh memerhatikan wajah murid-muridnya sama ada berwajah ceria, takut, sedih, takut, bingung dan sebagainya. Sekiranya wujud murid yang menunjukkan wajah yang bermasalah, guru perlu mengenal pasti masalah mereka dengan lebih teliti dengan membuat pemerhatian secara berterusan dan berulang kali serta memerhatikan setiap perubahan yang berlaku. ii) Pentafsiran rekod prestasi Rekod prestasi ialah rekod yang menyimpan maklumat tentang pencapaian akademik murid, khususnya dari segi kemahiran-kemahiran yang perlu dikuasai pada sesuatu peringkat pembelajaran secara berterusan. Tujuan utama
  • 6. penyimpanan rekod-rekod ini adalah untuk membekalkan maklumat dan keterangan yang tepat dan lengkap tentang pencapaian murid-murid dalam kelas. iii) Rekod profil Rekod profil ialah rekod yang memberi maklumat tentang pencapaian murid- murid dalam semua mata pelajaran yang diikuti di sekolah. Pencapaian ini ditunjukkan dengan menggunakan markah dan gred. Rekod ini mencatatkan prestasi murid-murid pada setiap penghujung semester. Biasanya catatan dibuat pada awal tahun, pertengahan tahun dan akhir tahun atau mengikut semester. Pencapaian daalm rekod ini berdasarkan satu ujian sumatif pada akhir setiap semester. Rekod profil yang disarankan dalam KBSR dan KBSM adalah bentuk senarai kemahiran, minat, bakat dan lain-lain yang tidak begitu formal bentuknya. Segala maklumat tentang murid-murid haruslah didasarkan kepada penilaian yang dibuat dalam bentuk pemerhatian yang dilakukan secara tidak formal. Walau bagaimanapun, ujian kertas dan pensel yang biasanya dibuat secara formal juga dilaksanakan. iv) Ujian kertas dan pensel Ujian bentuk ini melibatkan penggunaan perkataan secara tidak langsung menguji penguasaan bahasa murid. Ujian kertas dan pensel terdiri daripada ujian objektif dan ujian subjektif. Ini bermakna dalam sesuatu ujian, soalan-soalan itu memerlukan murid membaca, meneliti, mengkaji dan menulis jawapan. v) Temu bual dengan guru darjah Perbincangan dengan guru darjah dapat member maklumat tentang seseorang murid yang hendak dikenal pasti. Melalui temu bual dengan guru darjah atau guru mata pelajaran, kita boleh mendapatkan maklumat-maklumat seperti rekod kedatangan, ketepatan masa, pencapaian kerja akademik, ciri-ciri tingkah laku yang khusus dan perbezaan-perbezaan individu dalam kalangan murid-murid yang lain. Makluamt-maklumat ini dianalisis dan hasilnya akan dapat membantu guru mengesan masalh pembelajaran murid. vi) Temu bual dengan ibu bapa Ibu bapa seharusnya bekerjasama dengan guru untuk memberikan maklumat tentang masalah pembelajaran murid, terutamanya murid Tahun Satu. Melalui temu bual dengan ibu bapa, guru dapat mengetahui banyak maklumat contohnya tentang latar belakang keluarga, aspek kesihatan, pemakanan,
  • 7. kemudahan pembelajaran dan kemudahan asas yang lain di rumah. Dengan adanya maklumat ini, guru dapat mengenal pasti punca-punca masalah pembelajaran murid dan dapat merangka suatu perancangan yang berkesan untuk membantu murid-murid bermasalah. 1.3 PROGRAM PEMULIHAN DI SEKOLAH Konsep pendidikan pemulihan di sekolah dapat dibahagikan kepada tiga jenis iaitu : 1. Pendidikan pemulihan kelas biasa Pendidikan pemulihan kelas biasa dirancang dan dilaksanakan oleh guru mata pelajaran, khususnya guru bahasa Melayu. Objektifnya adalah untuk mengatasi kelemahan murid-murid menguasai kemahiran yang diajar dalam setiap pembelajaran. Waktu memulihkan murid-murid berkenaan adalah secara berterusan sepanjang pengajaran-pembelajaran dan diteruskan selepas tamat waktu mengajar pada hari biasa 2. Pemulihan bagi program kajian tindakan Kelas pemulihan bagi program kajian tindakan difokuskan kepada murid-murid yang akan mengambil peperiksaan khususnya Ujian Pencapaian Tahap Satu dan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Program ini dilaksanakn berasaskan masalah yang dihadapi oleh murid yang mungkin menjelaskan pencapaian yang baik dalam ujian penilaian. 3. Kelas pemulihan khas Kelas pemuliahn khas merupakan kelas yang diwujudkan khusus untuk mengatasi masalah murid-murid yang lemah dalam penguasaan kemahiran asas, khususnya 3M. Kelas ini dikendalikan oleh seseorang guru khas yang terlatih. Murid-murid daripada pelbagai perbezaan umur tetapi menghadapi masalah yang sama dikelompokkan dalam satu kelas untuk memudahkan pengajaran-pembelajaran.
  • 8. Kenal pasti dan menganalisis: Murid bermasalah melalui pemerhatian dan keputusan ujian; Masalah pembelajaran yang dihadapi oleh murid melalui Ujian Saringan dan Diagnostik; Punca masalah dari aspek fizikal, intelek, dan emosi yang mengganggu pembelajaran.
  • 9. Merancang aktiviti pemulihan yang bersesuaian dengan masalah yang dihadapi. Menyediakan bahan pengajaran dan pembelajaran. Melaksanakan aktiviti pemulihan yang telah dirancang. Membuat penilaian untuk menentukan kemajuan yang telah dicapai. Menjalankan tindakan susulan seperti memindahkan semula murid berkenaan ke dalam kumpulan murid yang biasa atau merancang semula aktiviti pemulihan yang baru sekiranya murid berkenaan belum pulih. Kemahiran Lisan Kemahiran lisan terdiri daripada dua aspek penting iaitu kemahiran mendengar dan kemahiran bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan, kanak-kanak perlulah menguasai kedua- dua aspek ini dengan baik terlebih dahulu. Kanak-kanak yang mahir dalam bahasa lisan akan dapat melahirkan perasaan dan pendapat dengan baik, dan akan lebih yakin untuk berinteraksi dengan orang lain dalam apa jua situasi. Lisan adalah pertuturan atau percakapan. Apabila seseorang bertutur, ia bukan hanya melibatkan kemahiran bertutur sahaja tetapi juga melibatkan kemahiran mendengar. Ini bermakna kemahiran lisan merangkumi dua kemahiran penting iaitu mendengar dan bertutur. Bagi menguasai kemahiran lisan dengan baik, seseorang itu perlu menguasai kedua-dua kemahiran ini. Sebagai contoh, kanak-kanak yang mengalami masalah pendengaran akan mengalami masalah pertuturan juga. Malah bagi kes masalah pendengaran yang teruk (pekak), kanak-kanak tersebut tidak dapat bertutur langsung atau dikatakan sebagai bisu. Apabila diteliti perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya bermula daripada proses mendengar terlebih dahulu dan diikuti dengan meniru atau mengajuk bunyi-bunyi yang didengar dan seterusnya bercakap. Lambang-lambang tulisan hanya diperkenalkan apabila kanak-kanak sudah biasa dengan bahasa dan boleh bertutur dengan baik ( Kamarudin Hj. Husin, 1988). Kemahiran berbahasa juga merupakan satu kemahiran atau kecekapan seseorang untuk menerima dan mentafsir maklumat melalu pendengaran, pertuturan, pembacaan dan penulisan. Lazimnya seseorang yang mahir berbahasa ialah orang yang pendengaran dan pertuturannya baik. Kemahiran mendengar pula bolehlah ditakrifkan sebagai satu proses yang melibatkan dua peringkat kemahiran iaitu menerima dan membezakan bunyi dan memahami bunyi bahasa yang bermakna seperti perkataan, frasa dan ayat. Pemahaman tentang bunyi bahasa itu bergantung kepada pengetahuan, pengalaman budaya dan sikap pendengar. Untuk memahami bahasa, seseorang itu perlu mempunyai tiga unsur iaitu pengatahuan sedia ada pada
  • 10. pendengar, pengetahuan tentang situasi berlaku pertuturan yang didengar dan pengetahuan tentang sistem bahasa. Apabila ketiga-tiga unsur ini ada, maka seseorang itu akan memahami bunyi bahasa yang didengar dengan lebih senang. Proses mendengar adalah satu proses yang aktif. Si pendengar mesti mengenal pasti dan mengetahui makna bunyi bahasa. Selain itu, pendengar juga memilih dan menyimpan apa yang difahami dalam ingatannya. Ini menunjukkan mendengar adalah suatu proses yang aktif kerana berlaku tindak balas selepas mendengar. Kemahiran bertutur boleh ditakrif kan sebagai satu proses komunikasi yang kompleks yang melibatkan proses mental yang merangsang alat pertuturan untuk mengeluarkan bunyi bahasa yang bermakna. bagi menguatkan maksud pertuturan, seseorang perlu menggunakan unsur linguistik seperti intonasi, nada, tekanan, sebutan dan jeda yang sesuai. Bertutur merupakan satu cara berkomunikasi yang paling tua, paling mudah dan murah serta cepat untuk dipelajari. Lazimnya kedua-dua kemahiran mendengar dan bertutur ini saling memerlukan. Jika salah satunya tidak dapat dikuasai seperti kecacatan alat pendengaran, maka seseorang itu tidak akan dapat bertutur. Kemahiran Mendengar Mendengar adalah kemahiran awal yang dikuasai oleh kanak-kanak dalam perkembangan pemerolehan bahasanya. Lundsteen (1979) telah mendefinisikan mendengar sebagai satu proses minda yang memberi makna kepada bahasa pertuturan. Berdasarkan definisi mendengar ini, Jalongo (1992) menyatakan bahwa kemahiran lisan melibatkan tiga perkara penting, iaitu; i. Pendengaran (Hearing) – iaitu proses fisiologikal yang merangkumi ketajaman pendengaran atau keupayaan mendengar, dan persepsi pendengaran iaitu keupayaan untuk membezakan bunyi-bunyi, mengadun bunyi-bunyi, dan menyimpan urutan bunyi dalam ingatan, ii. Mendengar (Listening) - merupakan bentuk tingkah laku persepsi iaitu memberi tumpuan, menjadi peka, dan memilih petunjuk-petunjuk isyarat (cues) daripada persekitaran, iii. ”Auding” - iaitu tingkah laku pemahaman yang bermula daripada pendengaran dan mendengar. Auding termasuklah memperoleh makna daripada apa yang diudengar, menghubungkan bunyi sesuatu yang sudah diketahui, menyusun, membayangkan, dan menghargai apa yang didengar. Kepentingan Kemahiran Mendengar
  • 11. Kemahiran mendengar sangat penting dalam kehiduipan kerana kemahiran mendengar adalah asas kepada proses komunikasi. Interaksi dua hala akan terganggu berlaku apabila salah seorang gagal mendengar dengan baik. Kemahiran mendengar adalah kebolehan bahasa yang mula-mula sekali bagi kanak-kanak. Sebaik sahaja organ pendengaran kanak-kanak sudah terbentuk di dalam kandungan ibu mereka sudah mula mendengar. Bayi yang baru lahir akan bertindak balas terhadap bunyi-bunyi yang berbeza di sekitarnya, dan mereka akan ditenteramkan oleh bunyi-bunyi yang biasa didengarnya ketika dalam kandungan ibunya. Lebih dari itu, mendengar adalah asas kepada kemahiran bahasa yang lain iaitu bertutur, membaca, dan menulis. Keduanya, mendengar adalah kemahiran bahasa yang paling kerap digunakan oleh manusia. Lundsteen (1979) membuat persamaan berikut untuk menegaskan kepentingan mendengar, iaitu dalam sehari kita mendengar sama banyak dengan sebuah buku, kita bertutur bersamaan sebuah buku seminggu, kita membaca bersamaan sebuah buku sebulan kita menulis bersamaan sebuah buku setahun. Di sebalik kepentingannya, kemahiran mendengar adalah kemahiran yang diabaikan. Proses pengajaran dan pembelajaran di kelas sangat kurang menitikberatkan kemahiran ini dan guru lebih tertumpu kepada mengajar kemahiran membaca dan menulis. Keperluan Mendengar Abd.Aziz Talib (2000) menyatakan bahawa keperluan mendengar berbeza mengikut situasi sama ada berbentuk tidak formal atau formal. Kemahiran mendengar dalam situasi tidak formal berlaku di rumah, di taman permainan, ketika bermain dengan rakan dan sebagainya. Walaupun secara tidak formal, keperluan mendengar sangat penting kerana kanak-kanak perlu mendengar dan memahami percakapan ibu bapa dan ahli keluarganya yang lain. Begitu juga apabila dia perlu mendengar untuk berhibur seperti mendengar radio, atau menonton televisyen. Keperluan mendengar di sekolah bercorak formal, iaitu bahan-bahan yang didengar adalah bercorak akademik. Selain itu, aktiviti lain seperti syarahan, pidato, kuiz, dan sebagainya menjadikan kemahiran mendengar lebih penting lagi. Keperluan mendengar sama ada bersifat formal atau tidak formal dapat dilihat dari segi tujuankita mendengar. Abd. Aziz Talib (2000) memberikan tiga tujuan kita mendengar, iaitu: i. mendengar dalam interaksi sosial seperti berbual dan bermesyuarat,
  • 12. ii. mendengar untuk mendapatkan hiburan seperti mendengar radio,menonton televisyen, atau filem, dan iii. mendengar untuk mendapatkan maklumat atau pengetahuan seperti di dalam kelas, mendengar ceramah dan sebagainya. Faktor-faktor Yang Mempengaruhi Kemahiran Mendengar Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi kemahiran mendengar. Antaranya ialah faktor fizikal. Kanak-kanak normal mempunyai deria pendengaran yang semula jadi sejak ia dilahirkan. Peringkat kemahiran ini berbeza antara seseorang. Ada yang mempunyai pendengaran yang tajam dan ada yang sebaliknya walaupun mereka tidak tergolong dalam cacat pendengaran. Faktor yang kedua ialah faktor jantina. Terdapat perbezaan kemahiran antara mendengar antara kanak-kanak lelaki dan perempuan, misalnya kanak-kanak lelaki yang berumur antara 7-9 tahun lebih lemah kefahaman mendengar berbanding dengan kanak-kanak perempuan yang sebaya dengannya. Faktor yang ketiga ialah status sosio ekonomi. Latar belakang keluarga, termasuk kemudahan di rumah dan interaksi antara ahli-ahli keluarga mempengaruhi kebolehan mendengar kanak-kanak. Latar belakang keluarga juga boleh mempengaruhi emosi kanak- kanak. Kanak-kanak yang terganggu emosinya tidak akan dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap apa yang didengar. Fakor yang keempat ialah faktor bunyi. Semasa mendengar biasanya seseorang itu diganggu oleh pelbagai jenis bunyi seperti bunyi bising yang boleh mempengaruhi kebolehan mendengarnya. Faktor yang kelima dan terakhir ialah faktor mental. Kemahiran mendengar berkait rapat dengan daya pemikiran seseorang kerana sesuatu yang didengar melalui deria telinga akan melalui proses mental untuk mendapat tindak balas. Tahap pemikiran kanak-kanak akan mempengaruhi kecekapan mereka mendengar. Halangan Dalam Menguasai Kemahiran Mendengar Terdapat beberapa halangan dalam menguasai kemahiran mendengar. Halangan- halangan ini mungkin disebabkan oleh beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan. Antara halangan dalam menguasai kemahiran mendengar ialah kekeliruan dalam membezakan bunyi. Murid-murid sepatutnya mempunyai kemahiran dalam menentukan persamaan dan perbezaan bunyi yang didengar dan seterusnya dapat memberi makna terhadap apa yang didengar.
  • 13. Kekeliruan dalam membezakan bunyi akan menyebabkan pelajar tidak dapat memahami makna perkataan yang sebenar tentang apa yang terkandung dalam ayat. Halangan yang kedua ialah kelemahan dalam memahami apa yang didengar. Jika seorang murid tidak memahami perkara yang didengarnya, ini akan menyukarkannya untuk membuat tindakan terhadap perkara tersebut. Pelajar yang lemah, terutamanya yang tidak memahami penggunaan penanda wacana yang menjadi wahana penting dalam membentuk kesinambungan ayat akan menghadapi masalah untuk mengaitkan apa yang didengar dengan makna keseluruhan ayat. Halangan yang ketiga ialah tidak cekap dalam memproses maklumat. Pendengar yang aktif mempunyai reaksi terhadap apa yang mereka dengar. Maklumat yang didengar akan diproses dan disimpan untuk digunakan kembali. Contohnya seperti semasa murid-murid mendengar pesanan guru supaya pesanan tersebut disampaikan kembali kepada beberapa orang kawan mereka yang tidak datang ke sekolah. Halangan yang keempat ialah pertuturan yang terlalu cepat. Pertuturan yang terlalu cepat ini akan menimbulkan masalah kepada pelajar untuk mentafsirkan makna dan maklumat yang hendak disampaikan. Komplikasi ini menyebabkan murid-murid sukar untuk memahami sepenuhnya makna berdasarkan ujaran yang didengar. Halangan yang seterusnya ialah gaya pertuturan. Gaya pertuturan juga boleh mempengaruhi kemahiran mendengar, sebutan, tekanan dan intonasi. Penggunaan ciri-ciri suprasegmental yang kurang jelas semasa pembelajaran juga boleh mempengaruhi gaya pertuturan seseorang. Salah satu cara untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan Bahasa Melayu baku ketika bertutur. Selain itu para penyampai maklumat terutamanya guru wajar merancang langkah-langkah yang sesuai bagi mengatasi kemungkinan masalah kemahiran mendengar. Antara perancangan yang harus dibuat ialah pemilihan bahan. Cara Meningkatkan Kemahiran Mendengar. Terdapat beberapa cara untuk meningkatkan kemahiran mendengar ini. Antaranya adalah : 1) Memandang kepada pengucap 2) Berprasangka baik 3) Niat yang betul 4) Tumpuan yang tinggi 5) Perhatikan apa yang ditulis 6) Fokus apa yang ditunjuk
  • 14. 7) Latih diri banyak mendengar dari bertutur. Kegiatan pembelajaran yang sesuai dijalankan oleh guru untuk meningkatkan kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar: a. Mendengar rakaman kaset yang mengandungi pelbagai jenis pertuturan seperti perbualan, ucapan, cerita, drama, dan juga pelafazan puisi. b. Mendengar lagu Melayu yang tema dan bahasanya sesuai dengan perkembangan mental dan emosi pelajar. c. Pertandingan kuiz di mana pelajar dilatih untuk mendengar soalan yang dibacakan oleh guru serta memberi jawapan yang betul. d. Menjalankan permainan bahasa yang dapat meningkatkan kemahiran mendengar dalam kalangan pelajar. Pengalaman mendengar boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu mendengar bunyi percakapan (bahasa) dan bukan percakapan. Berikut ialah jenis gerak kerja yang boleh dijalankan dalam pelajaran bahasa Melayu : i.) Mendengar bunyi alamiah. - Mengecam bunyi biasa seperti bunyi kenderaan, binatang dan lain-lain secara berasingan atau dalam satu turutan bunyi, secara jelas atau digangguioleh bunyi latar belakang. - Mendengar dan mengingat semula satu turutan bunyi yang biasa dan jarang didengar. - Mencari bunyi yang sengaja dihilangkan dalam sesuatu konteks pendengaran. - Mencari bunyi yang tidak sesuai dalam sesuatu konteks tertentu. - Memikirkan satu turutan peristiwa berdasarkan satu turutan bunyi yang diberi. - Memanjangkan arah dan jarak bunyi secara berasingan dan juga bersama-sama dengan bunyi lain. ii.) Kefahaman mendengar (percakapan) - Mendengar, mengingati dan menyebut semula kenyataan. - Mendengar. Mengingati dan melakukan arahan dengan teliti. - Mendengar dan encuba mencari kelainan dan persamaan bunyi.
  • 15. - Mendengar dan mencari isi atau butir utama dalam sesuatu cerita, laporan, perbahasa, ceramah dan perbualan. - Mendengar dan mencari suatu butiran terperinci yang dinyatakan terlebih dahulu ataupun tidak. - Mendengar dan membuat jangkaan daripada sesuatu cerita, kenyataan, pendapat dan sebagainya. - Mendengar untuk mencari bahan berkaitan ataupun tidak. - Mendengar dan memahami tafsiran tentang pendapat seseorang. - Mendengar dan menilai sesuatu kenyataan. - Mendengar dan membincangkan cerita atau laporan melalui pengingatan. - Mendengar sesuatu perbualan, kemudian menjangka keadaan, perasaan dan ragam penuturnya. - Mendengar perbualan dan menjangkakan perhubungan antara penutur. - Mendengar dan mencari perkara yang bercanggahan dalam sesuatu perbalahan pendapat. Kesimpulannya, seseorang kanak-kanak yang telah menguasai kemahiran mendengar seharusnya dapat mendengar denga baik apa saja yang dituturkan oleh orang lain kepadanya. Sehubungan dengan itu, untuk memungkinkan seseorang murid itu fasih berkomunikasi dalam bahasa yang dipelajarinya,kemahiran mendengar ini tidak sahaja perlu diajar, bahkan perlu dikuasai sebaik-baiknya diperingkat awal pengajaran bahasa sebelum kemahiran lain diajar kepada mereka. Dalam usaha merealisasikan hasrat ini, aspek-aspek pendengaran itu boleh dikonsepsikan dengan pelbagai cara iaitu gabungan bunyi bahasa yang didengar, difahami dan diingati, proses yang berlaku dipengaruhi aspek fizikal, psikologi dan neurologi, berlaku melalui latihan-latihan khas secara berperingkat-peringkat dan berpusatkan idea utama, hujah, bukti dan estetika. Kemahiran Bertutur Bertutur adalah kegiatan melafazkan bunyi-bunyi yang dilahirkan daripada alat sebutan (artikulator) ,ia merupakan kemahiran berinteraksi dalam suasana berbahasa manusia ( Kamarudin Hj. Husin, 1978). Kemahiran bertutur dikuasai oleh kanak-kanak hasil daripada meniru atau mengajuk pertuturan orang dewasa di sekelilingnya. Rangsangan dan ganjaran yang diterimanya akan menggalakkannya mengulang-ulang perkataan yang disebutnya sehingalah ia dapat menguasai pertuturan yang lebih kompleks. Apabila kemahiran bertutur
  • 16. sudah dikuasai, kanak-kanak akan mula berinteraksi dengan orang lain di sekelilingya. Sebab itulah orang dewasa perlu menunjukkan model pertuturan yang baik kepada kanak-kanak bagi membolehkan mereka bertutur dengan berkesan. Dalam ilmu linguistik, bahasa diungkapkan dengan sempurna melalui pertuturan. Hal ini demikian dalam bahasa tulisan, aspek sebutan seperti intonasi, rentak , tekanan, jeda dan persediaan tidak dapat digambarkan dengan jelas. Namun demikian, ini tidak bermakna guru bahasa mengajarkan penguasaan audio-lingual sahaja. Pernyataan tadi memberi implikasi bahawa menghurai bahan bertulis dengan tidak mengetahui pola-pola bahasa seperti yang terdapat dalam pertuturan itu, sebenarnya tidak lengkap dan tidak sempurna sifatnya. Tujuan Bertutur. Bertutur atau bercakap merupakan suatu kemahiran bahasa. Dalam komunikasi lisan terdapat dua pihak, iaitu penutur sebagai penghantar komunikasi lisan dan pendengar sebagai penerima komunikasi lisan.Terdapat beberapa tujuan bertutur iaitu : i. Bercakap untuk tujuan memaklumkan - Bercakap bertujuan memaklumkan orang lain tentang sesuatu perkara yang mungkin berbentuk nasihat, tunjuki ajar dan berita. Bagi profesion tertentu, terdapat orang yang tugasnya memeberitahu atau memaklumkan kepada orang lain tentang sesuatu, misalnya, guru atau pengajar dan jurujual ii. Bercakap untuk keseronokkan Di mana-mana sahaja kita pergi dan apa pun yang kita buat, kita suka bercakap atau berbual dengan orang lain. Biasanya, bercakap atau bersembang dengan orang lain memang menyeronokkan kita, terutama apabila kita berhimpun atau berkumpul dalam sesuatu majlis keramaian seperti majlis perkahwinan dan majlis kenduri. Dalam keadaan seperti di atas, banyak yang berlaku adalah perbualan sosial, kadangkala kita diminta atau dijemput untuk memberi sedikit ucapan secara spontan yang berkaitan dengan sesuatu majlis. iii. Bercakap untuk tujuan mempengaruhi. Bercakap untuk memengaruhi orang lain merupakan perkara biasa dalam kehidupan manusia dan merupakan asam garam dalam perhubungan harian sama ada dari segi sosial, politik, ekonomi dan agama. Sebagai contoh, ahli politik yang berkempen semasa
  • 17. pilihan raya bertujuan untuk mempengaruhi rakyat, begitu juga pendakwah agama, peniaga dan sebagainya. Malahan, kadangkala kita bercakap kerana kita berasa amat perlu mempengaruhi orang lain sama ada untuk kebaikan orang itu atau diri kita sendiri, atau untuk kebaikkan kedua- duanya. iv. Bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah Tiada manusia yang boleh lari daripada masalah. Oleh yang demikian, apabila timbul masalah, perkara tersebut perlu diatasi atau diselesaikan. Masalah itu boleh jadi pada pada peringkat individu, keluarga, sekolah, institusi, pejabat, negeri atau negara.Walau pada peringkat apa pun masalah tersebut, kita perlu bercakap untuk menyelesaikan sebarang masalah, kesulitan dan sebagainya. Oleh yang demikian, kita mengadakan mesyuarat, perbincangan , perundingan, simposium, forum, debat dan perbicaraan, misalnya perbicaraan di mahkamah, iaitu perbicaraan yang berbentuk perdebatan antara peguam bela dengan peguam cara yang dihakimi oleh para juri dan tuan hakim. Tetapi semua pihak perlu bercakap (termasuk orang yang dikatakan bersalah dan saksi- saksi). Matlamatnya adalah untuk menyelesaikan sesuatu masalah yang timbul melalui perbicaraan tersebut. Pada asasnya cara untuk menyelesaikan masalah itu adalah dengan bercakap melalui perbicaraan mahkamah yang melibatkan peguam. Aspek-aspek Pertuturan Ada beberapa aspek penting dalam pertuturan yang perlu diberi perhatian supaya pertuturan menjadi lebih berkesan. Kamarudin Hj. Husin (1978) memberikan sembilan aspek pertuturan seperti berikut: Sebutan Tekanan Mora ( panjang pendek) Jeda ( persendian) Intonasi Nada Tatabahasa Kelancaran Kefasihan Laras Bahasa
  • 18. Sebutan adalah membunyikan huruf-huruf , perkataan, atau ayat dengan tepat dan jelas. Kanak-kanak perlu dilatih menyebut dengan betul supaya tidak menimbulkan kekeliruan keoada orang yang mendengar pertuturannya. Pertuturan yang tidak jelas menyebabkan mesej yang hendak disampaikan tidak dapat difahami. Intonasi adalah keadaan bunyi yang menaik atau menurun ketika sesuatu ayat dilafazkan. Dalam bahasa Melayu, intonasi juga penting kerana ia boleh membawa makna yang berbeza bagi sesuatu ayat sekiranya disebut dengan intonasi yang tertentu. Kelancaran bermakna kanak-kanak dapat bertutur tanpa tersekat-sekat, kemas, dan teratur. Individu yang mengalami masalah gagap akan menghadapi masalah kelancaran bertutur yang serius. Kefasihan pula bererti kanak-kanak boleh bercakap bukan sahaja lancar tetapi jelas dan tepat sebutannya tanpa ada unsur-unsur dialek atau telor bahasa asing. Laras yang berkaitan dengan kemahiran bertutur ini adalah laras bahasa lisan. Konsep laras telah diperkatakan oleh seorang ahli linguistik Barat yang bernama Reid pada tahun 1956. Antara lain beliau menjelaskan bahawa seseorang penutur dalam situasi bahasa yang berbeza- beza akan menggunakan laras mengikut situasi sosial yang berlainan. Dalam erti kata yang lain, penutur itu akan menggunakan laras yang tersendiri. Reid telah menggunakan konsep ini sebagai istilah teknik untuk menyatakan perbezaan perlakuan bahasa seseorang individu. Jenis-jenis Aktiviti Bertutur. Terdapat pelbagai jenis aktiviti yang diklasifikasikan sebagai aktiviti bertutur iaitu seperti berikut 1. Berbual 2. Berceramah 3. Bercerita 4. Berpidato 5. Berpuisi 6. Berbincang Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pertuturan Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pertuturan seseorang individu. Antaranya adalah seperti berikut :
  • 19. Umur - Umur seseorang dapat membezakan pertuturan. Kanak-kanak bertutur secara pelat dan tidak lancar manakala orang dewasa pula dapat bertutur dengan lancar dan butir-butir pertuturan dapat difahami dengan jelas. Alam sekeliling - Alam sekeliling atau sesebuah kawasan dapat mempengaruhi pertuturan seseorang individu ini kerana setiap kawasan yang berbeza mempunyai dialek kawasan masing-masing. Sebagai contoh, pelajar yang tinggal di Kelantan akan bertutur dalam dialek Kelantan kerana sejak kecil mereka telah diajar dan diasuh dengan dialek kawasan tersebut. Biasanya faktor taraf sosioekonomi dan perhubungan keluarga boleh mempengaruhi perkembangan bahasa kanak-kanak. Fizikal - Pertuturan biasanya terhasil daripada organ-organ vokal manusia. Jika secara fizikalnya didapati organ-organ ini rosak atau tidak dapat berfungsi dengan baik, maka sudah pasti kanak-kanak itu tidak dapat bertutur dengan baik. Kecacatan fizikal dapat mempengaruhi pertuturan sesorang. Hal ini kerana, jika seseorang individu itu mengalami kecacatan di bahagian mulut atau hidung, mereka tidak dapat bertutur dengan baik dan kadangkala perkataan yang dituturkan sukar difahami oleh orang lain. Jantina - Jantina yang berbeza dapat mempengaruhi pertuturan. Lelaki kebiasaannya bertutur dengan suara yang kasar atau parau manakala perempuan pula akan bertutur dengan sopan dan lemah lembut. Melalui kajian yang dijalankan, didapati kanak-kanak perempuan terlebih dahulu dapat bercakap berbanding kanak-kanak lelaki. Hal ini disebabkan oleh perkembangan jasmani kanak-kanak perempuan yang berkaitan dengan urat saraf pertuturan mereka yang berlaku lebih cepat berbanding kanak-kanak lelaki. Kesihatan - Kesihatan amat penting untuk mendapatkan pertuturan yang baik dan lancar. Jika seseorang individu itu menghadapi masalah kesihatan, pertuturan mereka tidak jelas dan tidak dapat menyampaikan maksud yang ingin dinyatakan . sebagai contoh, pesakit strok atau angin ahmar, mereka tidak dapat bertutur dengar lancar dan baik kerana kesihatan mereka amat lemah dan sukar untuk bercakap. Hal ini akan menyebabkabkan halangan dalam komunikasi. Selain itu, jika seorang kanak-kanak mendapat sakit yang berlanjutan ketika masih kecil, penguasaan bahasa mereka akan
  • 20. terganggu. Biasanya kanak-kanak yang lemah dan sakit tidak mempunyai kekuatan untuk berfikir dan bercakap. Kecerdasan - Kecerdasan pula melibatkan proses minda. Setiap orang mempunyai kecerdasan otak masing-masing. Kecerdasan seseorang dapat dibezakan melalui pertuturan mereka. Sesorang yang cerdas dapat mengeluarkan idea atau pendapat yang bernas serta dapat menyelesaikan sesuatu masalah dengan cepat dan betul. Sekiranya seseorang itu bertutur tanpa apa -apa maklumat yang ingin disampaikan, mereka digolongkan dalam kalangan orang yang kurang cerdas. Cara Meningkatkan Kemahiran Bertutur Terdapat berbagai teknik dan cara serta aktiviti yang boleh dilakukan untuk meningkatkan kemahiran bertutur murid dan di samping itu menjadikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran menjadi sesuatu yang menyeronokkan. Berdasarkan hakikat ini, maka, eloklah guru memilih aktiviti pengajaran untuk tujuan tersebut seperti cadangan yang berikut: a. Aktiviti bercakap untuk keseronokkan 1. Murid menyampaikan cerita. 2. Murid menyampaikan lawak atau jenaka. 3. Murid menyampaikan sajak atau sebagainya. 4. Murid menyanyi. 5. Dua orang murid berbual (melalui telefon). Guru boleh menyuruh dua orang murid berlakon atau berbual seolah-olah mereka sudah lama berkenalan atau baru sahaja berjumpa dan ingin berkenalan. 6. Murid berucap dalam majlis hari jadi atau majlis perpisahan seseorang kawan atau guru. 7. Murid mengucapkan selamat datang kepada rakan baru dalam kelas atau guru baru yang datang mengajar di kelas mereka. 8. Murid menyampaikan pidato orang kenamaan. Misalnya, pidato yang pernah dibacakan oleh Tuanku Abdul Rahman Putra al-Haj pada 31 Ogos 1957. b. Aktiviti bercakap untuk memaklumkan. 1. Murid membaca berita dalam radio atau televisyen.
  • 21. 2. Murid membuat demonstrasi di hadapan kawan- kawannya di dalam kelas tentang cara membuat sesuatu, misalnya, cara menggunakan kamera , atau cara memasak sesuatu masakan. 3. Murid membuat pengumuman tentang aktiviti yang berlaku di sekolah , misalnya, tentang rancangan atau jadual kokurikulum. 4. Murid memberi taklimat tentang rancangan atau program yang berkaitan dengan sesuatu projek sekolah, lawatan, strategi permainan dalam perlawanan bola sepak, ragbi, bola jaring atau bola keranjang. 5. Murid membuat laporan secara lisan tentang lawatan, aktiviti kelab atau persatuan di sekolah. 6. Murid membentangkan secara lisan hasil bacaan atau temu duga yang dijalankan berkaitan dengan sesuatu tugasan yang diberikan oleh guru. Aktiviti ini adalah kerja kumpulan. Untuk menjalankannya, murid-murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan diberikan tugas oleh guru untuk mencari bahan yang berkaitan dengan subtajuk dalam sesuatu karangan atau esei. c. Aktiviti bercakap untuk mempengaruhi. 1. Murid bercakap dalam aktiviti perbahasan (debat) sama ada sebagai pencadang atau pembangkang. 2. Murid berkempen untuk menjadi wakil kelas, ketua darjah atau ketua murid. 3. Murid berucap atau berkempen bagi mendapatkan ahli baru untuk sesuatu persatuan yang diwakilinya di sekolah. 4. Simulasi murid berkempen untuk mempengaruhi orang supaya membeli atau mencuba sesuatu barang baru dalam pasaran, misalnya, barang elektrik, sabun pencuci, berus gigi, pencuci pinggan mangkuk atau penyedut habuk. d. Aktiviti bercakap untuk tujuan menyelesaikan masalah. 1. Murid berbincang untuk menyelesaikan sesuatu masalah. Masalah yang dipilih oleh guru eloklah yang berkaitan dengan kehidupan murid di sekolah atau di rumah. Misalnya, tentang kes kecurian buku atau wang di bilik darjah, kebersihan kantin, kes murid merosakkan harta benda sekolah atau mencalarkan kereta guru.
  • 22. 2. Murid bermesyuarat atau berbincang tentang bagaimana hendak mengumpulkan wang melalui aktiviti di sekolah untuk mendapatkan wang bagi membina dewan sekolah, membeli bas sekolah, membesarkan perpustakaan dan sebagainya.Dalam hal ini guru bahasa perlu mengatur, mengajar, mengawas, membimbing, menegur dan membetulkan murid dalam menjalankan atau mengambil bahagian dalam mesyuarat, perbincangan atau forum adalah terhad. 3. Simulasi murid menjadi hakim, peguam bela atau pendakwa dalam sesuatu perbicaraan. Kes yang dibicarakan biarlah yang boleh menarik minat dan menyeronokkan murid. Amat baik sekiranya guru mengadakan simulasi perbicaraan yang menyerupai mahkamah dengan menjadikan kelas itu sebagai mahkamah. Selain berlakon sebagai hakim, peguam bela, pendakwa dan orang yang dituduh atau didakwa, murid- murid lain boleh disuruh berlakon sebagai saksi, pegawai polis dan juri. 4. Simulasi runding cara antara dua atau tiga murid, dengan seorang daripada mereka menjadi guru pembimbing, dan yang lain berlakon sebagai murid yang mempunyai masalah pembelajaran. Mereka bercakap dan berunding tentang masalah tersebut dan mencari jalan untuk mengatasinya. 5. Simulasi murid yang bergaduh dan murid ketiga berlakon sebagai orang ketiga yang cuba mendamaikan atau menyelesaikan perselisihan faham tersebut dengan cara berunding supaya kedu- duanya berbaik semula. 6. Simulasi parlimen bersidang. Murid-murid dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu parti pembangkang dan parti pemerintah. Guru atau ketua darjah boleh menjadi Tuan Pengerusi (Tuan Yang Dipertua). Isu yang dibincangkan mungkin masalah pendatang haram atau masalah penyalahgunaan dadah. Kaedah Penguasaan Kemahiran Bertutur dan Mendengar. Kaedah didefinisikan sebagai prosedur-prosedur mengajar yang wujud berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Dari segi pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan ialah berlandaskan teori linguistik dan juga psikologi. Manakala pengertian bagi kaedah penguasaan kemahiran bertutur dan mendengar ialah
  • 23. prosedur mengajar berdasarkan kebolehan pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru untuk menguasai kemahiran bertutur dan mendengar. Melalui prosedur-prosedur ini, penguasaan terhadap kemahiran mendengar dan bertutur dapat dikuasai selaras dengan objektif Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Guru haruslah menguasai kaedah yang tepat bagi menjalankan pengajaran dan pembelajaran yang baik serta berkesan. Tuan Jah Tuan Yusof & Faridah Nazir (2011: 52) menyatakan kaedah beerti prosedur-prosedur mengajar yang wujud hasil daripada pendekatan pengajaran bahasa yang digunakan oleh guru. Pendekatan pengajaran bahasa ini diaplikasikan mengikut teori linguistik serta psikologi. Jadi, sesuatu kaedah yang digunakan tersebut tidak boleh terpesong daripada pendekatan. Kaedah adalah prosedur yang merangkumi langkah- langkah serta peringkat yang teratur yang harus diikuti bagi mencapai sesuatu tujuan. Terdapat beberapa kaedah yang digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu dan diaplikasikan semasa menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Secara umumnya, terdapat tujuh kaedah yang lazimnya digunakan dalam pengajaran Bahasa Melayu misalnya kaedah nahu terjemahan (tradisional), kaedah bacaan, kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual dan juga kaedah komunikatif. Namun begitu, bagi pengajaran kemahiran mendengar dan bertutur hanya beberapa kaedah sahaja yang boleh digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran. Siti Hajar (1999) pula mencadangkan kaedah lain untuk digunakan bagi kemahiran ini iaitu dengan menggunakan kaedah situasi dalam pengajaran. Namun begitu, huraian mengenai kaedah yang sepatutnya digunakan oleh guru tidak dihuraikan secara terperinci. Setelah dikaji secara terperinci hanya terdapat lima sahaja kaedah yang boleh digunakan daripada tujuh kaedah pengajaran Bahasa Melayu. Kelima-lima kaedah ini sesuai digunakan bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur. Kaedah-kaedah tersebut ialah kaedah terus, kaedah fonetik/linguistik, kaedah eklektik, kaedah audio-lingual serta kaedah komunikatif. Kaedah Terus. Tuan Jah Yusof Ph D (2011 : 95) menjelaskan kaedah ini mula diperkenalkan oleh Michell West dan Harald Palmer pada tahun 1920-1935. Kaedah ini dikatakan sama dengan kaedah tentera kerana pernah digunakan untuk melatih tentera serta diplomat dalam Perang Dunia Kedua. Tegasnya, dalam Perang Dunia Kedua, ketika askar memerlukan kemahiran dalam beberapa bahasa perlu dicapai dalam masa yang singkat. Kemahiran bahasa yang diperlukan untuk masa yang singkat. Tentera pelatih dikehendaki mencapai peringkat kemahiran bahasa yang sama dengan penutur bahasa ibunda sama ada dalam sebutan
  • 24. mahupun dalam bidang memahami bahasa itu. Kemahiran menulis bukanlah satu matlamat yang penting. Ekoran daripada masa dipengaruhi oleh peperangan yang sentiasa mendesak jadi masa belajar diperuntukkan sehingga enam hingga sembilan jam sehari. Oleh seab itulah adakalanya kaedah ini dikenali „Kaedah Askar‟. Secara amnya, kaedah terus merujuk kepada pengajaran serta pembelajaran bagi menguasai bahasa pertama secara natural. Abdul Aziz Abdul Talib. (1993 : 53) menyatakan kaedah ini juga bermaksud belajar secara terus iaitu menggunakan terus bahasa sasaran tanpa terjemahan ke dalam bahasa ibunda. Kemahiran mendengar dan bertutur kerana perkataan yang diujarkan diaplikasikan hari-hari. Hal ini selari dengan objektif Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang bermatlamat agar murid-murid dapat mendengar serta memahami pengucapan dengan teliti dan menghayatinya dalam konteks perbualan harian serta situasi formal. Melalui kaedah ini, beberapa cara digunakan untuk menerangkan misalnya untuk menyatakan sesuatu perkataan konkrit seperti almari, jadi perkataan almari tersebut diajar dengan menunjukkan objek almari tersebut. Namun begitu berbeza pula dari segi perkataan abstrak pula, contohnya perkataan cinta diterangkan dengan menggunakan perkataan yang mudah serta diketahui oleh murid-murid. Selanjutnya, pengajaran yang baharu adalah berdasarkan sesuatu topik yang lain telah diajarkan namun ada perkaitan dengan topik baharu tersebut. Antara contoh yang oleh diambil untuk mengajar ayat yang terdiri daripada kata nama + kata kerja + kata nama sepatutnya berdasarkan ayat yang telah diajarkan sebelum ini. Misalnya ayat yang sebelum diajar ialah saya makan kemudian diajar kepada ayat yang baru menjadi saya makan nasi. Kaedah terus ini memberi penekanan terhadap kemahiran bahasa terutamanya kemahiran mendengar dan bertutur dan bukanlah pengetahuan mengenai bahasa. Jadi, guru yang mengajar dan menggunakan kaedah ini haruslah benar-benar menguasai bahasa yang diajarkan supaya boleh dijadikan garis panduan kepada murid-murid. Kaedah ini merupakan satu kaedah yang terkenal bagi kemahiran mendengar dan juga bertutur iaitu pengajaran lisan. Hal ini ekoran daripada murid-murid menggunakan terus bahasa yang diajarkan tanpa sebarang terjemahan. Jadi kesalahan yang berpunca daripada gangguan bahasa ibunda dapat dikurangkan kerana murid-murid telah dilatih dengan cara berfikir dan bertutur secara terus dalam bahasa sasaran.
  • 25. Kaedah Fonetik/Linguistik. Kamarudin Hj Husin. (1995 : 103) menerangkan bahawa kaedah linguistik atau dikenali sebagai kaedah fonetik merupakan satu kaedah mengajar bahasa moden secara saintifik. Cara saintifik yang dimaksudkan di sini ialah dengan cara membandingkan antara dua bahasa itu iaitu antara bahasa yang dipelajari dengan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid sama ada bahasa tersebut merupakan bahasa ibunda mereka ataupun bahasa-bahasa yang lain. Pengetahuan murid-murid sepatutnya berfokus kepada bentuk, dan fungsi bahasa tersebut selain daripada aspek-aspek lain misalnya bunyi, susuk ayat, makna dan lain-lain. Dalam erti kata lain, kaedah ini begitu menekankan pertuturan serta membenarkan penggunaan bahasa yang telah diketahui oleh murid-murid. Di samping itu juga, kaedah ini juga lebih mendahulukan bentuk daripada makna. Kaedah ini melibatkan pemilihan bunyi-bunyi terhadap bunyi-bunyi yang sama dalam kedua- dua bahasa tersebut. Ini bermakna pengetahuan fonetik adalah sangat penting. Manakala dari segi pemilihan bentuk-bentuk ayat pula, pengajaran guru haruslah berdasarkan kepada bahasa-bahasa yang terdapat dalam bahasa ibunda mereka terlebih dahulu. Seterusnya bentuk-bentuk ayat yang berlainan atau tiada dalam bahasa ibunda mereka dipilih. Sebagai contoh : Subjek Perbuatan Objek 1. Dia She Berjalan Walk Ke sekolah To school 2. Saya I Makan Eat Nasi lemak Nasi lemak Dari segi pemilihan perkataan pula, kaedah ini lebih mendahulukan perkataan-perkataan yang serupa ataupun hampir-hampir sama bunyi daripada kedua-dua bahasa tersebut. Misalnya perkataan-perkataan dalam bahasa Inggeris yang hampir-hampir sama dengan perkataan bahasa Melayu seperti berikut : Bahasa Melayu Bahasa Melayu Bahasa Inggeris Kopi Coffee Radio Radio Komputer Computer
  • 26. Objektif utama mengajar menggunakan kaedah linguistik ini adalah bagi membolehkan murid-murid menggunakan bahasa yang telah diketahuinya bagi mempelajari bahasa baharu dari segi bunyi. Kaedah ini turut menerangkan mengenai nahu yang terdapat dalam tatabahasa yang telah dipelajari dengan bahasa yang diketahui. Berdasarkan salah satu Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah telah menerangkan salah satu objektifnya iaitu menggunakan bahasa baku yang melibatkan penggunaan tatabahasa, ejaan, kosa kata, serta sebutan dan intonasi yang betul dalam aktiviti mendengar dan juga bertutur. Jadi, apa yang ditekankan dalam kaedah ini dengan menerangkan nahu yang terdapat dalam tatabahasa yang telah dipelajari dalam bahasa yang diketahui tersebut adalah sama landasannya dengan Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Kaedah ini juga dikatakan amat bersesuaian untuk mengajar kemahiran mendengar dan bertutur. Hal ini disebabkan kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah lisan atau kaedah reform serta berkait rapat dengan kaedah terus. Pengajaran ini dimulakan dengan latihan pendengaran serta diikuti dengan latihan penyebutan. Ayat-ayat yang dibina berdasarkan kaedah ini kemudiannya digabungkan menjadi dialog serta cerita. Kaedah ini tidak menggunakan ejaan biasa akan tetapi menggunakan simbol-simbol fonetik contohnya [ ₔma? ] bagi perkataan emak. Nahu atau tatabahasa biasanya diajarkan secara induktif, iaitu contoh-contoh penggunaan tatabahasa itu dikemukakan kepada murid-murid sebelum peraturan serta rumus-rumus tatabahasa tersebut diajarkan. Selanjutnya, melalui kaedah ini juga murid-murid akan menulis karangan berdasarkan apa yang didengar atau dibaca. Antara kelebihan kaedah linguistik ini ialah penyediaan bahan adalah tersusun dan tersusun serta teratur. Ini membolehkan kanak-kanak faham dengan lebih jelas apa serta tepat. Kanak-kanak turut dapat bertutur serta membina ayat mengikut bentuk-bentuk ayat bahasa yang ada dalam bahasa ibunda mereka. Manakala kelemahan bagi kaedah ini pula ialah peraturan bahasa yang sentiasa berubah-ubah menyukarkan murid-murid untuk membaca. Hal ini disebabkan bahan bacaan kebanyakannya ditulis adalah dalam bahasa tulisan. Kaedah ini turut memerlukan guru-guru yang terlatih serta mempunyai kemahiran yang tinggi dalam bidang ini untuk mengajar tentunya memerlukan perbelanjaan serta kos yang tinggi. Jadi hasilnya, murid boleh bertutur akan tetapi tidak dapat memperkembang ba hasatersebut dengan baik. Secara rumusnya, kaedah ini bukan boleh diajar oleh sebarangan guru kerana kaedah ini memerlukan guru-guru yang terlatih dalam ilmu bahasa, ilmu pengajaran serta pendidikan. Kaedah ini juga memerlukan masa yang lama serta belanja yang banyak. Kesannya, murid-murid hanya dapat menuturkan apa yang diajarkan sahaja.
  • 27. Kaedah Eklektik. Kaedah eklektik amat bersesuaian dengan pengajaran kemahiran mendengar dan juga bertutur. Kaedah eklektik merupakan satu kaedah yang menggabungkan segala ciri yang baik dalam pengajaran bahsa yang terdapat dalam kaedah-kaedah lain. Kaedah yang digabung contohnya ialah kaedah nahu dan kaedah terjemahan yang telahpun diubah suai mengikut situasi pengajaran. Guru menggunakan daya usaha serta daya kreativiti mereka sendiri. Mereka juga turut bebas mengajar mengikut kebolehan serta kemampuan kanak-kanak. Pada dasarnya, kaedah ini turut dikenali sebagai kaedah aktif. Hal ini ekoran daripada gabungan ciri-ciri yang baik daripada pelbagai kaedah lain yang dimilikinya. Mengikut kaedah eklektik ini, kemahiran-kemahiran bahasa diajarkan mengikut susunan iaitu bertutur, menulis, memahami dan juga membaca. Kaedah ini juga lebih bersifat fleksibel. Ini kerana guru boleh mengubah kaedah pengajarannya mengikut keperluan murid-murid. Dari aspek tatabahasa pula diajarkan mengikut situasi. Situasi yang dimaksudkan di sini ialah sama ada secara deduktif ataupun induktif. Aktiviti pengajaran serta pembelajaran ini merangkumi latihan mendengar dan bertutur (lisan), membaca kuat serta bersoal jawab. (Kamarudin Hj Husin, 1988: 98), tujuan bagi kaedah eklektik ini adalah sama seperti kaedah terus iaitu membolehkan murid-murid menguasai keempat-empat kemahiran bahasa itu serta boleh menggunakan bahasa itu dengan baik. Cara mengajar bagi kaedah ini ialah guru dapat mengelakkan pengajaran kurang tepat serta tidak jelas dengan memberikan penjelasan dalam bahasa ibunda murid-murid. Selain itu, guru perlu menggunakan pola-pola struktur untuk melatih tubi struktur ayat murid. Manakala kebaikan bagi kaedah ini ialah guru-guru akan menggunakan teknik-teknik yang paling baik daripada kaedah pengajaran di sekolah. Kaedah ini turut mempertimbangan keempat-empat kemahiran bahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis serta memberi keutamaan kepada bahasa lisan terlebih dahulu. Kaedah Audio-Lingual Kaedah asas Audio-lingual mula berkembang di Amerika Syarikat semasa Perang Dunia Kedua. Pada peringkat permulaan, pengajaran bahasa yang menggunakan kaedah ini bertujuan untuk ketenteraan iaitu satu program pembelajaran bahasa bagi tentera-tentera yang akan dihantar ke negara-negara luar. Di Universiti Michigan, Charles Fries, iaitu seorang ahli Linguistik Struktural telah menolak Kaedah Terus (Direct Method). Beliau mengatakan bahawa bahasa harus diajar secara sistematik dengan menumpukan kepada cara sebutan dan latih tubi secara lisan (Ricards dan Rogers, 1986). Audio lingual kemudiannya mula diperkenalkan
  • 28. sekitar tahun 1950-an dan ia menjadi bertambah penting apabila berlaku perkembangan dalam pembelajaran bahasa asing di Amerika Syarikat. Mengikut sejarah pengenalan serta perkembangannya, kaedah audio-lingual adalah lebih sesuai serta praktikal digunakan dalam pengajaran bahasa kedua. Dalam konteks pendidikan hari ini, kaedah ini amat berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kemahiran lisan yang melibatkan aspek mendengar dan juga bertutur. Pengajaran dan pembelajaran lisan adalah kemahiran asas berbahasa yang seharusnya dikuasai dahulu oleh pelajar sebelum mereka dapat belajar membaca dan menulis dengan sempurna. Jadi, kaedah audio-lingual merupakan satu alternatif dalam pengajaran lisan kerana bersandarkan prinsip mendengar dan bertutur diajar terlebih dahulu kemudian barulah kemahiran membaca dan menulis. Kaedah ini merupakan gabungan daripada dua kemahiran iaitu kemahiran mendengar (audio) dan juga kemahiran bertutur (lingual). Jadi, kaedah ini amat sesuai untuk menjalankan aktiviti kemahiran mendengar dan juga bertutur (lisan). Kaedah ini turut mementingkan penggunaan bahan bantu belajar berupa alat-alat seperti audio seperti radio, pita rakaman, compact disk (audio), dan juga piring hitam. Bahan-bahan yang diperdengarkan kepada murid-murid adalah seperti petikan bunyi haiwan, bunyi sesuatu suasana contohnya suasana seram, senikata lagu, nyanyian, petikan, berita, syair dan lain-lain lagi. Oleh itu, kaedah audio lingual yang dijalankan ini adalah bertepatan dengan sukatan pelajaran yang telah mencadangkan beberapa kemahiran kecil dalam kemahiran lisan iaitu mendengar dan menyebut bunyi. Dalam kemahiran ini, murid-murid dapat mengenal, membeza, megajuk bunyi yang diperdengar di samping mengecam serta menunjuk arah datangnya bunyi tersebut. Jadi apabila aedah audio lingual ini dilaksanakan, secara ansur maju kemahiran yang dinyatakan tersebut akan terus berkembang ke peringkat yang seterusnya dan lebih baik. Sebagaimana yang diketahui, kaedah audio-lingual ini menggunakan bahan bantu mengajar seperti rakaman berita daripada radio. Apabila kaedah ini digunakan terhadap murid- murid sebagai salah satu aktiviti pengajaran, murid diajar memahami serta menghayati apa yang terkandung dalam berita tersebut kemudian murid tersebut dapat menerangkan semula apa yang difahami berdasarkan berita yang didengari tersebut. Apabila murid dapat menguasai kaedah ini, secara tidak langsung murid dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian. Sebagai contoh yang boleh diambil ialah apabila murid tersebut mendengar berita di radio atau televisyen murid dapat memahami serta memahami dengan jelas apa yang terdapat dalam berita tersebut dan dapat memberitahu orang di sekelilingnya mengenai berita yag didengarinya itu. Ini menunjukkan kaedah audio-lingual ini memenuhi matlamat yang terkandung dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah. Matlamat tersebut adalah
  • 29. mendengar serta memahami pengucapan dengan teliti serta menghayatinya dalam konteks perbualan harian serta situasi formal. Kaedah ini juga akan melatih murid-murid menyebut perkataan, frasa, ayat yang didengar termasuklah nada serta intonasinya secara latih tubi. Kemudian, murid akan dilatih mendeklamasikan sajak dengan rakan secara berpasangan ataupun secara berkumpulan. Melalui kaedah audio lingual ini, murid-murid akan lebih mengingati apa yang didengar. Selain itu, ingatan murid juga dapat diperkukuh dengan cara mendengar semula apa yag dirakam serta berbincang dengan rakan-rakan. Selain itu, murid-murid juga akan mudah mempelajari bunyi-bunyi linguistik yang berbeza serta nada dan intonasi bahan yang diperdengarkan. Kaedah Komunikatif (Hymes,1971) menyatakan kaedah komunikatif terbina berdasarkan teori huraian bahasa fungsian serta teori kecekapan komunikatif manakala teori pembelajarannya pula berpandukan kepada teori interaksi (Cromer 1976; Schlesinger 1977). Kaedah ini amat menekankan proses pemerolehan bahasa kanak-kanak yang mengaitkan kognitif serta interaksi bahasa. Jadi, kaedah komunikatif ini menitikberatkan pengajaran kecekapan bahasa iaitu bahasa dan kecekapan komunikatif terutamanya kemahiran lisan iaitu kemahiran mendengar dan bertutur. Semasa murid-murid menjalani proses pemerolehan bahasa, mereka menguasai makna terlebih dahulu kemudian disusuli dengan menggambarkan makna tersebut dalam struktur ayat tertentu. Latihan daripada guru-guru terhadap murid-murid dalam menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa yang bermakna amatlah diperlukan. Hal ini penting dalam proses menggambarkan makna dalam struktur ayat tertentu tersebut. Sehubungan dengan itu, aktiviti-aktiviti bahasa yang bermakna dalam kaedah komunikatif merupakan jalan penyelesaian masalah, perbincangan, dialog, sumbang saran, wawancara dan sebagainya. Sebagaimana yang dijelaskan dalam kaedah ini, guru-guru memberikan penekanan terhadap murid-murid agar menguasai kemahiran mendengar dan bertutur melalui aktiviti bahasa. Aktiviti bahasa yang sering dilakukan ialah menyelesaikan masalah. Hal ini selaras dengan objektif Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Rendah yang menjelaskan objektif yang mengkehendakkan murid berbincang serta berkongsi pendapat untuk menyelesaikan masalah, mencapai persetujuan, dan membuat keputusan mengenai sesuatu perkara.
  • 30. Pengelolaan Bilik Darjah Murid ditempatkan pada kedudukan ia boleh mendengar/melihat dengan baik bagi mengelakkan dia tidak menyedari bahawa anda sedang bercakap/berkomunikasi dengannya Murid duduk di mana ia boleh melihat wajah,bibir dan isyarat tangan guru dengan jelas Pastikan mereka boleh melihat wajah rakan di antara satu sama lain Pastikan mereka berada dalam keadaan penuh perhatian sebelum memberi arahan atau pengajaran Guru hendaklah menghadap kelas semasa bercakap/berisyarat Gunakan suara yang biasa tetapi terang/isyarat yang tepat Gunakan ayat-ayat dan rangkai kata Gunakan kod isyarat yang biasa digunakan dan difahami Sentiasa menghadap cahaya semasa mengajar Jangan halang mulut/tangan dengan sebarang objek semasa bercakap/berkomunikasi atau membaca Berdiri pada satu tempat sahaja semasa bercakap/berisyarat Galakan murid-murid bertanya Jika murid kurang faham tukarkan struktur ayat kepada yang lebih mudah difahami Gunakan alat pandang dengar atau BBM semaksimum mungkin semasa mengajar Perkataan baru yang digunakan dicatatkan pada satu sudut di papan hitam Tuliskan maknanya Tuliskan contoh ayat bagi perkataan berkenaan Ringkasan isi pengajaran-buat edaran sebelum pengajaran Isi penting dicatatkan pada satu sudut di papan hitam untuk rujukan Galakan tumpuan sepenuhnya yang berterusan semasa mengajar PROGRAM PENGAYAAN Konsep Pengayaan Pengayaan ialah aktiviti-aktiviti tambahan kepada aktiviti-aktiviti asas pembelajaran yang dijalankan sama ada dalam atau luar waktu sekolah. Pengayaan mengandugi unsur-unsur untuk meluaskan pengetahuan dan pengalaman serta mengukuhkan kemahiran yang sedang dipelajari. Melalui aktiviti-aktiviti ini murid mengembangkan potensi mereka sesuai dengan bakat, minat dan kreativiti. Di samping itu dapat memupuk sifat ingin tahu, sikap berdikari,
  • 31. kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan dan masyarakat. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005: 693) “Pengayaan” sebagai “perihal (usaha, proses, dsb) mengayakan, misalnya mengayakan atau meluaskan kosa kata”. Pengayaan merupakan aktiviti tambahan kepada aktiviti asas pembelajaran yang dilakukan sama ada semasa sesi persekolahan atau di luar waktu persekolahan. Mok Soon Sang (1990: 55) Aktiviti pengayaan disediakan untuk semua murid di dalam kelas, sama ada di peringkat sekolah rendah, menengah, sama ada dalam kumpulan cerdas, sederhana, atau lambat. Menurutnya lagi, melalui aktiviti pengayaan, murid-murid akan dapat memperluas pengalaman dan pengetahuan sejajar dengan kebolehan dan minat mereka dalam sesuatu bidang pelajaran tertentu. Justeru, tujuan program pengayaan adalah untuk memperluas pengetahuan dan pengalaman di samping memperkukuh kemahiran yang sedang dipelajari. Penglibatan murid-muird dalam aktiviti ini membolehkan mereka mengembangkan lagi sifat ingin tahu, minat, kreativiti, sikap berdikari dan bakat kepimpinan serta melibatkan diri dalam membuat sesuatu keputusan untuk diri sendiri, kumpulan, dan masyarakat. Rasional Pengayaan Guru akan mengelaskan murid mereka dengan kumpulan-kumpulan sama ada secara diketahui umum ataupun hanya diketahui oleh guru sendiri sahaja. Dibahagikan kepada kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Kumpulan cerdas dan kumpulan sederhana akan bosan terhadap pelajaran kerana aktiviti pembelajaran tidak sejajar dengan minat dan perkembangan mental mereka Berpeluang menikmati pelbagi pengalaman, seterusnya menimbulkan minat mereka dalam proses pembelajaran. Objektif Pengayaan Menggunakan kemahiran-kemahiran yang telah dikuasai dalam pelajaran biasa untuk memperluaskan pengalaman dan pengetahuan mereka dalam pelajaran-pelajaran tertentu. Menjalani aktiviti-aktiviti pembelajaran yang menarik dan mencabar untuk mempertingkatkan pencapaian mereka. Menggunakan masa lapang untuk memperkembangkan minat dan bakat mereka.
  • 32. Memupuk tabiat membaca malalui suatu program membaca dalam bentuk pengayaan dengan tujuan memperolehi ilmu pengetahuan. Menyemai sifat berdikari dan minat belajar dalam aktiviti pembelajaran dan seterusnya membolehkan merekan terus mencari ilmu pengetahuan sendiri dalam seumur hidup. Memperkembangkan bakat-bakat ciptaan serta keupayaan menilai sesuatu hasil kerja mereka melalui aktiviti-aktiviti pengayaan seperti kerja projek, lukisan, ukiran, binaan dan sebagainya. Memperkembangkan bakat kepimpinan kepada peringkat yang lebih tinggi melalui cara kumpulan mengikut pelbagai kebolehan. Jenis-Jenis Pengayaan Aktiviti pengayaan boleh dikelaskan kepada dua jenis: Pengayaan mendatar Pengayaan menegak 1. Pengayaan Mendatar Pengayaan mendatar merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan kebolehan murid- murid dalam sesuatu kumpulan. Aktiviti pengayaan dilaksanakan berdasarkan kepada tahap pencapaian murid. Murid-murid dalam kumpulan lambat diberi aktiviti pengayaan yang lebih mudah dan kurang mencabar daripada aktiviti pengayaan yang diberi kepada kumpulan sederhana dan cerdas. 2. Pengayaan Menegak Pengayaan menegak merupakan aktiviti pengayaan berdasarkan minat dan bakat murid dalam kumpulan cerdas sahaja. Aktiviti pengayaan akan dirancang dan dilaksanakan dalam bentuk yang lebih kompleks, mencabar dan dalam peringkat yang lebih tinggi daripada taraf pencapaian murid darjah biasa. Jenis –jenis Pengayaan Prinsip program pengayaan Prinsip program pengayaan terbahagi kepada enam yang digambarkan seperti di bawah; 1. Memberi penekanan kepada aktiviti yang bersifat kreatif dan eksperimental. 2. Membuat kerja sendiri dan hasilan kendiri. 3. Menggunakan daya usaha sendiri.
  • 33. 4. Memberi peluang untuk mengembangkan sifat kepimpinan sosial. 5. Menggunakan kaedah dan organisasi yang mudah ubah. 6. Melibatkan pembacaan luas. Strategi Pelaksanaan Aktiviti Pengayaan. Aktiviti Pengayaan Kumpulan Mengikut Kebolehan.  Kelas dibahagikan kepada tiga kumpulan: cerdas, sederhana dan lambat. Setiap kumpulan menjalankan aktiviti pengayaan dengan menggunakan kemahiran yang sama tetapi kadar kesukaran yang berbeza Aktiviti Pengayaan berjalan serentak dengan aktiviti pemulihan.  Semasa murid-murid cerdas dan sederhana menjalankan aktiviti pengayaan, murid-murid lambat menjalankan aktiviti pemulihan. Arahan yang diberikan kepada kumpulan cerdas dan sederhana perlu jelas agar mereka dapat menjalankan aktiviti pengayaan secara individu tanpa bimbingan guru. Guru boleh memberi perhatian atau membantu murid- murid lambat menjalani aktiviti pemulihan. Aktiviti Pengayaan melalui kumpulan pelbagai kebolehan  Murid-murid cerdas akan dilatih membantu murid-murid lambat menjalankan aktiviti pengayaan yang disediakan Murid-murid cerdas dapat menambahkan pengalaman memimpin dan memupuk semangat kerjasama antara murid dalam kumpulan masing-masing. Cara ini amat sesuai untuk menjalankan pelbagai aktiviti yang berlainan dalam masa yang sama. Antara aktiviti yang boleh dilaksanakan ialah: kerja projek, permainan dan rekreasi dan sebagainya. Pengelolaan Aktiviti Pengayaan Objektif Aktiviti pengayaan harus diberikan kepada semua peringkat murid dalam bilik darjah, peringkat cerdas, sederhana dan lambat. Memandangkan kebolehan tiap-tiap kumpulan adalah berbeza, maka objektif aktiviti pengayaan haruslah berlainan mengikut kesesuaian dan kebolehan serta taraf pencapaian kumpulan masing-masing.
  • 34. Bidang Memandangkan kebolehan dan taraf pencapaian adalah berbeza, maka aktiviti pengayan haruslah berlainan. Murid-murid dalam kumpulan cerdas dan sederhana diberikan aktiviti pengayaan yang lebih kompleks dan mencabar. Bagi kumpulan yang lambat, aktiviti yang lebih mudah tetapi menarik. Masa Setiap hari; 20-30 minit. Selepas murid-murid menguasai sesuatu atau beberapa kemahiran. Selepas murid-murid menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran. Aktiviti Aktiviti pengayaan haruslah dijalankan secara tidak formal. Segala aktiviti pengayaan haruslah secara bersendirian atau secara kumpulan. Bagi aktiviti kumpulan, guru boleh menyuruh murid yang cerdas membimbing murid- murid dalam kumpulannya atau kumpulan lambat. Cara ini memberikan peluang kepada murid yang cerdas menambah pengalaman dan mengasah bakat kepimpinan mereka. Corak aktiviti haruslah menarik, mencabar bdan sesuai dengan kebolehan, minat dan bakat murid. Selepas aktiviti pengayaan selesai dijalankan, guru boleh berbincang dengan murid- murid mengenai dengan hasil aktiviti mereka serta memberikan penghargaan sebagai galakan. BAHAN Bahan yang biasanya digunakan untuk aktiviti pengayaan; * Kad-kad bacaan tambahan, lembaran kerja dan alat-alat bantu mengajar. * Bahan-bahan pengajaran haruslah mengandungi arahan atau penerangan yang jelas supaya murid boleh menjalankannya tanpa banyak bergantung daripada tunjuk ajar guru. RUANG / TEMPAT Penyusunan meja dan kerusi murid adalah berdasarkan kepada aktiviti kumpulan. Biasanya kumpulan dibahagikan kepada tiga iaitu kumpulan cerdas, sederhana dan lambat. Tiap-tiap kumpulan mempunyai bilangan murid yang berbeza, biasanya kumpulan sederhana lebih ramai dariapada kumpulan yang lain.
  • 35. Murid-murid dalam sesuatu kumpulan tidaklah semestinya kekal dalam kumpulan itu. Mereka boleh dipindahkan mengikut kemajuan mereka dalam sesuatu mata pelajaran. AKTIVITI PENGAYAAN Aktiviti pengayaan biasanya terbahagi kepada 3 iaitu bacaan tambahan,kerja- kerja projek dan permainan & rekreasi: Bacaan Tambahan * Kad-kad bacaan mengikut tajuk dan tema * Buku pengetahuan dan cerita kanak-kanak * Majalah pelajar * Surat khabat / keratan * Risalah-risalah Kerja – kerja Projek * Lawatan * Melapor Peristiwa * Menulis Cerita * Membuat Zoo Mini Sekolah * Mengumpul setem, gambar, keratan akhbar – Buku Skrap * Mengadakan pameran bilik darjah * Minggu Bahasa [ Kuiz, Teka Silang Kata ] Permainan & Rekreasi. Teka Silang Kata Teka Benda Teka Teki Mencari Jalan Keluar Menyambung Titik Mencari tajuk kepada sesuatu gambar /cerita Mencari benda tersembunyi Meneka bunyi Dam Catur Sahiba
  • 36. Bingo Ular dan Tangga Jigsaw Puzzle Bermain bentuk geometri PELAKSANAAN AKTIVITI PENGAYAAN Aktiviti-aktiviti pengayaan boleh dilaksanakan: 1. Dalam masa yang telah ditentukan setiap hari. 2. Selepas menjalankan aktiviti-aktiviti asas untuk sesuatu kemahiran 3. Selepas menguasai sesuatu kemahiran atau sekumpulan kemahiran 4. Selepas menguasai semua kemahiran dalam sesuatu unit pembelajaran BAHAN – BAHAN UNTUK AKTIVITI PENGAYAAN Biasanya bahan – bahan untuk aktiviti pengayaan terbahagi kepada 3 bentuk seperti: Ciri – ciri Bahan Pengayaan Dapat mengukuh dan meningkatkan penggunan bahasa seperti penguasaan empat kemahiran berbahasa iaitu kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Mempunyai rangsangan dan bahan yang menarik. Memberi peluang kepada pelajar untuk berinteraksi antara pelajar dengan pelajar, pelajar dengan guru dan tindak balas pelajar dengan bahan. Dapat merangsang pelajar bertidak balas secara aktif dan positif. Melibatkan pelajar secara aktif sama ada dalam kumpulan atau kelas. Mempunyai arahan dan peraturan yang jelas. Mencabar dan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara rasional dan kritis. Permainan bahasa menyediakan aktiviti ke arah memupuk sikap-sikap positif seperti bekerjasama,berdisiplin, dan berkepimpinan di kalangan pelajar. KEPENTINGAN AKTIVITI PEMULIHAN Kematangan mental pelajar rendah. Pelajar yang di kesan untuk pemulihan adalah terdiri daripada pelajar – Pelajar yang lembap di mana mereka kurang berkebolehan dalam memahami pelajaran dan
  • 37. membina konsep. Mereka ini juga tidak mahir membaca dan kelemahan inilah yang menyebabkan pencapaian mereka menjadi lemah. Kematangan emosi yang berkurangan. Kawalan dan seliaan guru amat penting bagi pelajar pemulihan di mana mereka perlukan perhatian yang lebih untuk berjaya. Kedatangan mereka kesekolah adalah kerana ada tekanan dan kecewa oleh sikap ibubapa. Pelajar ini akan keliru dan tidak tahu apakah punca masalah mereka. Pergaulan Sosial yang tidak matang. Pelajar pemulihan kurang bergaul di sekolah dan j uga di rumah sehingga menjadikan mereka kurang berpengalaman dalam pengurusan hidup dan tidak suka berkerjasama dalam aktiviti kumpulan. Kecacatan fizikal tubuh badan. Tubuh badan pelajar – pelajar pemulihan biasanya mempunyai masalah kesihatan, mereka memiliki mata yang rabun, kabur, tidak dapat mendengar dengan jelas dan yang lebih teruknya cacat anggota tubuh badan. Psikologi yang lemah. Keupayaan pelajar pemulihan amat terbatas dari segi tumpuan dan ingatan, keadaan ini turut melemahkan tahap proses menggambarkan dan pengamatan. Mereka juga tiada kreativiti dan kemahiran di dalam menyelesaikan masalah. KEPENTINGAN AKTIVITI PENGAYAAN Membolehkan murid menjalani aktiviti-aktiviti yang lebih mencabar Menambahkan minat dan pengalaman yang boleh membantu kebolehan mereka Menambahkan sifat ingin tahu arah perkembangan diri dan bakat mereka Meningkatkan semangat berdikari Meningkatkan kemahiran berfikir pembelajaran Memantapkan pengetahuan dan kemahiran yang telah dikuasai oleh murid Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran murid dalam unit pembelajaran yang sama. Lebih mencabar dan boleh dijalankan oleh murid secara terarah kendiri. KESIMPULAN Sebagai kesimpulanya pendidikan pemulihan suatu aktiviti pengajaran dan pembelajaran alternatif untuk membantu murid – murid yang menghadapi masalah di dalam kelas.Ianya bertujuan untuk mengecilkan jurang perbezaan pencapaian di kalangan murid –
  • 38. murid di dalam kelas dan mereka dapat belajar bersama –sama dalam suasana pembelajaran yang lebih baik di dalam kelas biasa. Manakala program pengayaan pula merupakan satu aktiviti yang banyak membantu untuk cekap dan menguasai sesuatu pembelajaran dengan lebih bermakna.Jika aktiviti pengayaan ini di jalankan dengan cara yang berkesan,murid akan dapat banyak manfaatnya.Ini kerana mereka bukan sahaja didedahkan dengan pelbagai bahan dan aktiviti yang dapat mengukuhkan pengetahuan sedia ada mereka malah mereka juga didedahkan dengan pelbagai pengetahuan baharu yang boleh meningkatkan rasa minat dan lebih bermotivasi untuk belajar.
  • 39. RUJUKAN 1. http://www.slideshare.net/shyh193/kemahiran-pengukuhan 2. http://www.slideshare.net/NoorlydaAbdLatip/pengayaan-12615466#btnPrevious 3. http://salju-teratakkasih.blogspot.com/2012/02/pengurusan-murid.html 4. http://amirosyatibashah.blogspot.com/2011/12/bahasa-melayu-kemahiran-mendengar.html 5. http://www.docstoc.com/docs/73589042/Pemulihan_dan_pengayaan 6. http://www.slideshare.net/zabidah/pemulihan-dan-pengayaan 7. Mok Soon Sang,(2003). Siri Pendidikan Perguruan. Ilmu Pendidikan untuk KPLI(Sekolah Rendah: Komponen1&2, Psikologi Pendidikan dan Pedagogi). Kumpulan BudimanSdn.Bhd . Subang Jaya. 8. Pusat Perkembangan Kurikulum.(1997),Aplikasi Teori Kecerdasan Pelbagai Dalam Pengajaran dan Pembelajaran, Kementerian Pendidikan Malaysia, KualaLumpur
  • 40. REFLEKSI Alhamdullilah ,setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Allah s.w.t dan junjungan Nabi Muhammad s.a.w, tugasan BMM 3106 Pemulihan dan Pengayaan Pengajaran BahasaMelayu Sekolah Rendah ini telah berjaya disiapkan dengan ilham, kurnia dan petunjuk yang telah dianugerahkan olehNya. Saya juga turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu Puan Fatimah Binti Idris kerana banyak member bimbingan semasa menyiapkan tugasan ini. Tidak lupa juga kepada pensyarah mentor saya iaitu Encik Izzat Bin Abdullah kerana member tunjuk ajar dan teguran dalam proses menyiapkan pelbagai tugasan selain tugasan BMM 3106 ini. Setelah hampir 20 tahun bergelar pendidik, saya berpendapat pendidikan pemulihan dan pengayaan perlu dilaksanakan oleh setiap guru. Namun, kerap kali pemulihan dan pengayaan dalam proses pengajaran dan pembelajaran tidak dilaksanakan sepenuhnya. Terdapat segelintir guru yang meminta murid cerdas, membimbing rakan sebaya untuk menyiapkan latihan yang diberi oleh guru. Ini merupakan amalan yang baik kerana melalui aktiviti tersebut murid-murid berpeluang mendalami dan meluaskan pengetahuan dan pengalaman mereka dalam sesuatu tajuk yang telah diajar oleh guru. Biasanya di dalam satu- satu bilik darjah, murid-murid boleh dibahagikan kepada tiga kumpulan iaitu kumpulan cerdas, kumpulan sederhana dan kumpulan lambat. Murid-murid dalam kumpulan cerdas dan sederhana menghadapi masalah pembelajaran kerana bosan dengan aktiviti yang tidak setimpal dengan minat dan perkembangan mental mereka dan murid yang lambat pula akan ketinggalan. Bagi memenuhi keperluan murid cerdas dan sederhana dan lambat, guru telah menyediakan pendidikan pemulihan dan pengayaan sebagai aktiviti tambahan yang boleh menarik minat dan mencabar serta mengukuhkan kebolehan mereka. Program pemulihan ialah mengatasi masalah pembelajaran murid yang lambat manakala pengayaan ialah aktiviti sekumpulan murid-murid yang menjalani pembelajaran pada tahap yang tinggi daripada kumpulan murid yang sama usia. Menghuraikan aspek pemulihan ini terutama aktiviti mendengar dan bertutur mengingatkan saya akan betapa pentingnya murid –murid menguasai kemahiran ini selaras dengan saranan Pusat Perkembangan Kurikulum ( 2003 ) yang menyediakan satu pendekatan terancang dan berstruktur agar objektif pembelajaran dapat dicapai.Golongan pendidik seperti saya amat perlu menitikberatkan minat dan kebolehan murid dalam menguasai kemahiran ini. Bahan yang disediakan amat pratikal dan berfaedah untuk perkembangan murid –murid agar keupayaan kognitif mereka dapat dipertingkatkan serta masalah buta huruf dapat diatasi.
  • 41. Namun begitu terdapat cabaran-cabaran dalam melestarikan program pemulihan kepada pelajar. Antara cabaran-cabaran tersebut ialah ketiadaan motivasi dan kesedaran serta malas merupakan antara faktor utama masalah pembelajaran murid-murid tersebut. Cabaran yang harus ditangani guru ialah bagaimana memotivasikan murid, memberi kesedaran tentang kepentingan pelajaran dalam diri murid, membina kesungguhan murid dan memaksa murid agar memaksa diri mereka untuk belajar cara belajar. Sesungguhnya murid lemah ini berasal dari pelbagai latar belakang emosi dan sosial yang bercelaru dan keliru. Murid lemah bukan hanya berkaitan masalah penglihatan, pendengaran, psikomotor dan lembab semata-mata. Saya dapati ada di antara murid ini yang mengalami depresi, masalah psikologi, tiada hala tuju, keliru, putus asa, kurang perhatian ibu bapa, tiada didikan agama dan sebagainya yang berpunca daripada budaya di rumah, sikap ahli keluarga terutama ibu dan bapa dan pengaruh luar seperti pengaruh rakan sebaya dan media massa khasnya yang berkaitan dengan penyalahgunaan internet. Melaui kerja projek yang disediakan, amat menginsafkan saya bahawa murid–murid yang mempunyai kebolehan belajar yang rendah, amat memerlukan perhatian dan bimbingan terutama ketika proses pengajaran dan pembelajaran yang berlangsung di dalam kelas. Mereka juga ingin berjaya dan paling diharapkan murid–murid ini mendapat peluang meneruskan pelajaran mereka seperti murid–murid biasa. Begitu juga dengan aktiviti pengayaan, pada pendapat saya, pengayaan boleh dijalankan secara individu atau berkumpulan. Aktiviti pengayaan yang dijalankan mestilah menarik, mencabar dan bersesuaian dengan kebolehan, minat dan bakat murid yang berbeza- beza. Jika pengayaan tidak dijalankan semasa proses pengajaran dan pembelajaran, murid- murid dari kumpulan cerdas dan sederhana akan berasa bosan, terhadap pelajaran kerana aktiviti pembelajaran tidak sejajar dengan minat dan perkembangan mental mereka seterusnya mencetuskan masalah disiplin. Situasi ini sering dilihat di semua sekolah yang pernah saya berkhidmat. Murid-murid dari kumpulan cerdas dan sederhana tidak diberi aktiviti pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran, sebaliknya disuruh senyap agar tidak mengganggu rakan- rakan lain menyiapkan kerja. Situasi seperti ini tidak seharusnya berlaku. Sepatutnya, murid- murid cerdas ini boleh diminta oleh guru untuk membantu rakan-rakan sebaya yang menghadapi sedikit kesukaran dalam pembelajaran. Oleh itu, adalah diharapkan dengan adanya program pemulihan dan pengayaan dalam pengajaran dan pembelajaran, setiap murid bukan sahaja mengikuti suasana pembelajaran yang lebih menarik dan menggembirakan tetapi juga, dapat mengembangkan aspek fizikal, emosi, minat, kebolehan, daya cipta dan bakat individu secara menyeluruh. Setiap pelajar yang telah menguasai aras masteri, mereka boleh meneruskan pembelajaran dengan mengikuti
  • 42. aktiviti pengayaan seterusnya Berjaya menguasai kemahiran yang diajar sama seperti murid lain. Disediakan oleh Saiyah Binti Achil Sem 3 PPG BMD Ambilan Februari 2012 No K/P : 670518106380 No Matriks : 2012191360070
  • 43. Dalam satu pelajaran Bahasa Malaysia yang berfokuskan kemahiran mendengar dan bertutur, Cikgu R mendapati enam orang anak muridnya yang tidak dapat menguasai kemahiran tersebut, manakala ada antara muridnya dalam kelas yang sama, Berjaya menguasai kemahiran itu dengan cemerlang. Berdasarkan pelajaran itu, huraikan masalah pembelajaran kemahiran mendengar dan bertutur yang dihadapi murid berkenaan, Jelaskan strategi pemulihan yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut. Juga nyatakan strategi pengayaan yang sesuai bagi murid yang Berjaya menguasai kemahiran itu dengan cemerlang. Rancang dan binalah Rancangan Pengajaran Harian (RPH) untuk tempoh satu jam pengajaran Bahasa Malaysia yang lengkap dengan aktiviti pemulihan dan pengayaan. Bahan bantu mengajar yang sesuai dengan aktiviti pemulihan dan pengayaan bagi pelajaran hendaklah disertakan. Sebagai guru, buatlah justifikasi kepentingan aktiviti pemulihan dan pengayaan dalam memantapkan pengajaran dan pembelajaran Bahasa Malaysia di sekolah rendah.