SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
Descargar para leer sin conexión
LP/UPSR 18
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH
2013
©2013 HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
2
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH2013
BAHAGIAN A
ARAHAN AM KEPADA GURU BESAR
1. Guru Besar hendaklah mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
kepada semua calon.
2. Guru Besar hendaklah memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan
Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013
sebelum peperiksaan.
3. Guru Besar hendaklah menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati
keperluan menjawab kertas peperiksaan yang ditawarkan di sekolah pada tahun
semasa.
4. Guru Besar hendaklah memastikan calon telah membaca dan memahami Garis
Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu
Peperiksaan UPSR 2013 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/UPSR
19.
5. Guru Besar hendaklah memberitahu Bahagian D (Amaran Kepada Calon
Peperiksaan) dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 kepada calon sebelum
calon masuk ke dewan/bilik peperiksaan.
6. Guru Besar hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat
Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010) dan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan
(Cetakan 2010).
BAHAGIAN B
ARAHAN AM KEPADA KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN
1. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan semua Garis Panduan dan
Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 dimaklumkan
kepada calon.
2. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mencatatkan di papan tulis dan
memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu, masa
peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan.
3. Ketua Pengawas Peperiksaan mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh
dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013.
4. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan dengan
muka hadapan kertas peperiksaan di sebelah atas.
5. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengarahkan calon supaya menyemak
butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka
hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan
yang betul.
6. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas jawapan mengikut
3
keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada muka hadapan kertas
peperiksaan.
7. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan calon mengemukakan
dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat
menduduki mana-mana kertas peperiksaan.
8. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan bilangan skrip jawapan
peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada Borang LP/Am 29 Pin. 1/2012 akur
dengan bilangan calon dalam Jadual Kedatangan bagi sesuatu kertas peperiksaan.
9. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah merujuk kepada dokumen Panduan
Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis.
BAHAGIAN C
ARAHAN KEPADA CALON
1. ARAHAN AM
1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang
didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis
sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan
subjektif akan dianggap TIDAK HADIR mata pelajaran berkenaan. Calon
yang tidak dapat menduduki sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki
mengemukakan alasan yang kukuh dan dibuktikan dengan dokumen
sokongan seperti surat perakuan doktor. Dokumen sokongan ini hendaklah
diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh
peperiksaan UPSR 2013.
1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Senarai Kemasukan Calon
sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar
sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan
Maklumat Calon.
1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang
dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 dan
menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/UPSR 19.
2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN
2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk dalam dewan/bilik peperiksaan 15
minit sebelum peperiksaan dimulakan
2.2 Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan atau
Borang Perakuan Calon Peperiksaan UPSR 2013 (LP/Am34) atau Surat
Perakuan Pengenalan Diri daripada Guru Besar di penjuru kanan sebelah
label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki
peperiksaan tanpa dokumen berkenaan.
2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas
Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon
mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan
diberikan.
.
4
3. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN
3.1 Calon hendaklah menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa
peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi
memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul.
3.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan
dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak
lengkap.
3.3 Calon hendaklah membaca dan mematuhi semua arahan pada muka
hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum
peperiksaan dimulakan.
4. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP
JAWAPAN PEPERIKSAAN
4.1 Calon hendaklah menulis Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad
Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan Angka Giliran dengan jelas
dan betul di muka hadapan pada skrip jawapan peperiksaan.
4.2 Calon hendaklah menulis Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau
Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Kod Mata
Pelajaran dan Nombor Soalan dengan jelas di ruangan yang disediakan
pada setiap HelaianTambahan (HT).
4.3 Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pensel atau pena
mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat
selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta.
4.4 Calon hendaklah menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi
kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab
dalam bahasa lain.
4.5 Calon hendaklah mengikat skrip jawapan peperiksaan pada sudut kiri sebelah
atas. Pastikan Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau
Nombor Pengenalan Diri dan Angka Giliran ditulis dengan jelas dan betul
di muka hadapan pada skrip jawapan peperiksaan.
4.6 Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip
jawapan peperiksaan atau kertas peperiksaan tertutup dikumpul semula oleh
Pengawas Peperiksaan.
5. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (JOB)
DAN KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB)
5.1 Calon yang menerima Kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon,
Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau
Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Kertas/Bahagian
pada kertas JOB berkenaan. Calon dilarang membuat sebarang pindaan
terhadap maklumat yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan
Bahagian B dan Bahagian C.
5.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan
5
dengan segera jika menerima Kertas JOB yang salah atau tidak lengkap.
5.3 Calon hendaklah menanda ruangan Bahasa Digunakan untuk menjawab
kertas peperiksaan yang berkenaan.
5.4 Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja.
5.5 Calon yang menerima Kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon,
Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau
Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Kertas/Bahagian
di ruangan yang disediakan pada kertas JOTB. Hitamkan ruangan yang
berkenaan. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C.
5.6 Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk
memadamkan hingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon
dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau
seumpamanya.
5.7 Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk Kertas JOB dan JOTB.
5.8 Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki
pada Kertas JOB dan JOTB.
BAHAGIAN D
AMARAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN
1. Dilarang membawa sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kamus, kertas, telefon
bimbit atau alat-alat komunikasi, kotak pensel, beg dan Jadual Waktu Peperiksaan
ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa
peperiksaan.
2. Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan.
3. Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan.
4. Dilarang menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon.
5. Dilarang memberi pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan
orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan atau menggunakan bahasa
isyarat untuk tujuan meniru.
6. Dilarang mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan
sehingga boleh dibaca oleh calon lain.
7. Dilarang menukar kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan dengan
calon lain.
8. Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada
Ketua Pengawas Peperiksaan.
9. Dilarang membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa
peperiksaan.
10. Dilarang membawa kertas peperiksaan tertutup dan skrip jawapan peperiksaan
keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
6
11. Dilarang membawa kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah
digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
12. Dilarang keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan
dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan.
13. Dilarang melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun
yang telah digunakan.
14. Dilarang mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik
peperiksaan semasa peperiksaan.
15. Dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata.
16. Dilarang merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan.
17. Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku
dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan-
Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan
1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang
tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu
salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana-
mana salah laku di atas boleh dikenakan tindakan berikut:-
17.1 Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya
penyiasatan;
17.2 Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan;
17.3 Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat
peperiksaan diisytiharkan terbatal.
BAHAGIAN E
ARAHAN KHAS
KOD KERTAS DAN NAMA KERTAS ARAHAN KHAS
Kertas Peperiksaan Tertutup
013 Ujian Aptitud Tahun Enam (SK)
023 Ujian Aptitud Tahun Enam (SJKC)
033 Ujian Aptitud Tahun Enam (SJKT)
Ketua Pengawas Peperiksaan
hendaklah menyerahkan baki kertas
peperiksaan ini kepada Sektor/Unit
Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan
Pelajaran Negeri.
Ketua Pengawas Peperiksaan
hendaklah mengumpul semula kertas
peperiksaan ini selepas tamat waktu
peperiksaan kertas berkenaan dan
menyerahkannya kepada Sektor/Unit
Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan
Pelajaran Negeri.
7
JADUAL MASA TAMBAHAN
CALON BERKEPERLUAN KHAS
Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan.
Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan khas iaitu Kategori A dan
Kategori B.
Kategori A: Calon Buta, Rabun, Spastik/Cerebral Palsy, Autisme/Sindrom
Down/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD/Attention Deficit
Disorder (ADD), Disleksia dan Cacat Anggota.
1. Calon yang mengalami kemalangan layak mendapat masa tambahan ialah calon
yang tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis.
2. Kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas nasihat Pengarah Pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri (u.p.: Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan).
Bil.
Masa yang diperuntukkan dalam
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR
Masa tambahan yang
diberi
1. 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit 30 minit
2. Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit 1 jam
Kategori B : Calon Pekak.
Masa tambahan bagi calon ini adalah 25% daripada masa yang diperuntukkan bagi
setiap kertas peperiksaan.
Bil.
Masa yang diperuntukkan dalam
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR
25% masa tambahan
yang diberi
1. 1 jam atau kurang 15 minit
2. 1 jam 15 minit 20 minit
3. 1 jam 30 minit 25 minit
TARIKH
KOD
KERTAS
NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
15 minit ……….
011*
Bahasa Melayu Pemahaman
(SK)
50 minit
021
Bahasa Melayu Pemahaman
(SJKC)
50 minit
031
Bahasa Melayu Pemahaman
(SJKT)
50 minit
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Kertas Jawapan Soalan
Subjektif
15 minit ……….
012*
Bahasa Melayu Penulisan
(SK)
1 jam 15
minit
022
Bahasa Melayu Penulisan
(SJKC)
1 jam 15
minit
032
Bahasa Melayu Penulisan
(SJKT)
1 jam 15
minit
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Kertas Jawapan Soalan
Subjektif
15 minit ……….
015/2
Mathematics
Kertas 2 (SK)
40 minit
025/2
Mathematics
Kertas 2 (SJKC)
40 minit
035/2
Mathematics
Kertas 2 (SJKT)
40 minit
10:05 pagi —
11:20 pagi
12:05 tengah hari —
12:20 tengah hari
12:20 tengah hari —
01:00 petang
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2013
Subjektif
Subjektif
Objektif Aneka
Pilihan
* Kertas ini juga diambil oleh calon SJK
WAKTU
SELASA
10
SEPTEMBER
2013
08:00 pagi —
08:15 pagi
08:15 pagi —
09:05 pagi
09:50 pagi —
10:05 pagi
8
TARIKH
KOD
KERTAS
NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2013
WAKTU
SELASA
10
SEPTEMBER
2013
08:00 pagi —
08:15 pagi ……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
15 minit ……….
015/1
Mathematics
Kertas 1 (SK)
1 jam
025/1
Mathematics
Kertas 1 (SJKC)
1 jam
035/1
Mathematics
Kertas 1 (SJKT)
1 jam
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
15 minit ……….
026
Bahasa Cina Pemahaman
(SJKC)
50 minit
036
Bahasa Tamil Pemahaman
(SJKT)
50 minit
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Kertas Jawapan Soalan
Subjektif
15 minit ……….
027
Bahasa Cina Penulisan
(SJKC)
1 jam 15
minit
037
Bahasa Tamil Penulisan
(SJKT)
1 jam 15
minit
12:00 tengah hari —
12:15 tengah hari
12:15 tengah hari —
01:30 petang
RABU
11
SEPTEMBER
2013
08:00 pagi —
08:15 pagi
Subjektif
Objektif Aneka
Pilihan
Objektif Aneka
Pilihan
8.15 pagi —
9.15 pagi
10:15 pagi —
10:30 pagi
10:30 pagi —
11:20 pagi
9
TARIKH
KOD
KERTAS
NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2013
WAKTU
SELASA
10
SEPTEMBER
2013
08:00 pagi —
08:15 pagi
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat dan
mengisi butiran pada muka
hadapan Kertas Soalan
Subjektif
15 minit ……….
018
Science
(SK)
1 jam 15
minit
028
Science
(SJKC)
1 jam 15
minit
038
Science
(SJKT)
1 jam 15
minit
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
15 minit ……….
014/1
Bahasa Inggeris
Kertas 1 (SK)
50 minit
024/1
Bahasa Inggeris
Kertas 1 (SJKC)
50 minit
034/1
Bahasa Inggeris
Kertas 1 (SJKT)
50 minit
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon mengisi
butiran pada muka hadapan
Kertas Jawapan Soalan
Subjektif
15 minit ……….
014/2
Bahasa Inggeris
Kertas 2 (SK)
1 jam 15
minit
024/2
Bahasa Inggeris
Kertas 2 (SJKC)
1 jam 15
minit
034/2
Bahasa Inggeris
Kertas 2 (SJKT)
1 jam 15
minit
……….
Ketua Pengawas Peperiksaan
mengarahkan calon menyemak
butiran pada Kertas Jawapan
Objektif Bermaklumat
15 minit ……….
013
Ujian Aptitud Tahun Enam
(SK)
1 jam 30
minit
023
Ujian Aptitud Tahun Enam
(SJKC)
1 jam 30
minit
033
Ujian Aptitud Tahun Enam
(SJKT)
1 jam 30
minit
Objektif Aneka
Pilihan
Subjektif
Objektif Aneka
Pilihan
Objektif Aneka
Pilihan dan
Subjektif
KHAMIS
12
SEPTEMBER
2013
08:00 pagi —
08:15 pagi
08:15 pagi —
09:30 pagi
10:15 pagi —
10:30 pagi
10:30 pagi —
11:20 pagi
12:05 tengah hari —
12:20 tengah hari
12:20 tengah hari —
01:35 petang
02:30 petang —
02:45 petang
02:45 petang—
04:15 petang
10
LEMBAGA PEPERIKSAAN
KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BORANG PENGAKUAN CALON
GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN
DALAM JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR 2013
TELAH DIBACA
1. Nama :…………………………………………………………………………….
2. Angka Giliran :
3. Nombor Sijil Kelahiran/Nombor Kad Pengenalan :
……………………………………………………………...................................
4. Pengakuan :
Saya mengakui bahawa saya telah membaca dan akan mematuhi semua
garis panduan dan arahan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013.
Tandatangan Calon : ……………………………………………...
Tarikh : ……………………..
5. Pengesahan Guru Besar :
Tandatangan dan Cap Guru Besar : ...…………….......................
Tarikh : ………………………
NOTA :
 Sila asingkan borang ini dan serahkan kepada Setiausaha Peperiksaan.
 Setiausaha Peperiksaan dikehendaki menyimpan semua Borang Pengakuan Calon.
 Borang Pengakuan Calon boleh dilupuskan enam bulan selepas pengumuman keputusan UPSR 2013.

LP/UPSR 19

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Jadual Waktu PMR 2012
Jadual Waktu PMR 2012Jadual Waktu PMR 2012
Jadual Waktu PMR 2012ciklaili. com
 
Jadual Waktu SPM 2015
Jadual Waktu SPM 2015 Jadual Waktu SPM 2015
Jadual Waktu SPM 2015 ciklaili. com
 
Jadual Waktu UPSR 2012
Jadual Waktu UPSR 2012Jadual Waktu UPSR 2012
Jadual Waktu UPSR 2012ciklaili. com
 
Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016ciklaili. com
 
Jadual Waktu SPM 2017
Jadual Waktu SPM 2017Jadual Waktu SPM 2017
Jadual Waktu SPM 2017ciklaili. com
 
Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016ciklaili. com
 
Jadual Waktu PT3 2016
Jadual Waktu PT3 2016Jadual Waktu PT3 2016
Jadual Waktu PT3 2016ciklaili. com
 
Jadual Waktu STAM 2015
Jadual Waktu STAM  2015  Jadual Waktu STAM  2015
Jadual Waktu STAM 2015 ciklaili. com
 
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)Noor Aini Samsusah
 

La actualidad más candente (9)

Jadual Waktu PMR 2012
Jadual Waktu PMR 2012Jadual Waktu PMR 2012
Jadual Waktu PMR 2012
 
Jadual Waktu SPM 2015
Jadual Waktu SPM 2015 Jadual Waktu SPM 2015
Jadual Waktu SPM 2015
 
Jadual Waktu UPSR 2012
Jadual Waktu UPSR 2012Jadual Waktu UPSR 2012
Jadual Waktu UPSR 2012
 
Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016Jadual Waktu STAM 2016
Jadual Waktu STAM 2016
 
Jadual Waktu SPM 2017
Jadual Waktu SPM 2017Jadual Waktu SPM 2017
Jadual Waktu SPM 2017
 
Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016Jadual Waktu SPM 2016
Jadual Waktu SPM 2016
 
Jadual Waktu PT3 2016
Jadual Waktu PT3 2016Jadual Waktu PT3 2016
Jadual Waktu PT3 2016
 
Jadual Waktu STAM 2015
Jadual Waktu STAM  2015  Jadual Waktu STAM  2015
Jadual Waktu STAM 2015
 
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
 

Destacado

Perkhemahan perdana
Perkhemahan perdanaPerkhemahan perdana
Perkhemahan perdanaAmiza Hamzah
 
Tugasan 2 Model
Tugasan 2   ModelTugasan 2   Model
Tugasan 2 Modelmanivanan
 
Teldap電子新聞工作坊0820
Teldap電子新聞工作坊0820Teldap電子新聞工作坊0820
Teldap電子新聞工作坊0820Carrie Lo
 
Austrália rumo à copa de 2010
Austrália   rumo à copa de 2010Austrália   rumo à copa de 2010
Austrália rumo à copa de 2010Fernando Melchiori
 
P5 oral ppt
P5 oral pptP5 oral ppt
P5 oral ppteythan
 
Spincoaster新ロゴデザイン
Spincoaster新ロゴデザインSpincoaster新ロゴデザイン
Spincoaster新ロゴデザインJun Hayashi
 
Three Dimensional Computer Animated Graphic
Three Dimensional Computer Animated GraphicThree Dimensional Computer Animated Graphic
Three Dimensional Computer Animated Graphicmanivanan
 
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2manivanan
 
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2manivanan
 
Bahan pemantapan sarana_ibu_bapa_dan_sekolah
Bahan pemantapan sarana_ibu_bapa_dan_sekolahBahan pemantapan sarana_ibu_bapa_dan_sekolah
Bahan pemantapan sarana_ibu_bapa_dan_sekolahAmiza Hamzah
 
12. 第一次参加马来人婚礼
12. 第一次参加马来人婚礼12. 第一次参加马来人婚礼
12. 第一次参加马来人婚礼eythan
 
Wawasan 2020 versi 1.0
Wawasan 2020 versi 1.0Wawasan 2020 versi 1.0
Wawasan 2020 versi 1.0Amiza Hamzah
 

Destacado (16)

Perkhemahan perdana
Perkhemahan perdanaPerkhemahan perdana
Perkhemahan perdana
 
Bah b
Bah bBah b
Bah b
 
Tugasan 2 Model
Tugasan 2   ModelTugasan 2   Model
Tugasan 2 Model
 
Teldap電子新聞工作坊0820
Teldap電子新聞工作坊0820Teldap電子新聞工作坊0820
Teldap電子新聞工作坊0820
 
Media as Draft
Media as DraftMedia as Draft
Media as Draft
 
Austrália rumo à copa de 2010
Austrália   rumo à copa de 2010Austrália   rumo à copa de 2010
Austrália rumo à copa de 2010
 
P5 oral ppt
P5 oral pptP5 oral ppt
P5 oral ppt
 
Spincoaster新ロゴデザイン
Spincoaster新ロゴデザインSpincoaster新ロゴデザイン
Spincoaster新ロゴデザイン
 
Three Dimensional Computer Animated Graphic
Three Dimensional Computer Animated GraphicThree Dimensional Computer Animated Graphic
Three Dimensional Computer Animated Graphic
 
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
 
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2Tugasan 2   Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
Tugasan 2 Huraian Sukatan Pelajaran Pendidikan Moral T2
 
R.th.5 skbb baru
R.th.5 skbb baruR.th.5 skbb baru
R.th.5 skbb baru
 
Bahan pemantapan sarana_ibu_bapa_dan_sekolah
Bahan pemantapan sarana_ibu_bapa_dan_sekolahBahan pemantapan sarana_ibu_bapa_dan_sekolah
Bahan pemantapan sarana_ibu_bapa_dan_sekolah
 
12. 第一次参加马来人婚礼
12. 第一次参加马来人婚礼12. 第一次参加马来人婚礼
12. 第一次参加马来人婚礼
 
Steps
StepsSteps
Steps
 
Wawasan 2020 versi 1.0
Wawasan 2020 versi 1.0Wawasan 2020 versi 1.0
Wawasan 2020 versi 1.0
 

Similar a UPSR 2013 Panduan

Jadual Waktu UPSR 2013
Jadual Waktu UPSR 2013Jadual Waktu UPSR 2013
Jadual Waktu UPSR 2013ciklaili. com
 
Jadual upsr 2014 calonbiasa
Jadual upsr 2014 calonbiasaJadual upsr 2014 calonbiasa
Jadual upsr 2014 calonbiasaTuisyen Geliga
 
Jadual UPSR 2014
Jadual UPSR 2014Jadual UPSR 2014
Jadual UPSR 2014anonymousxx
 
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013smktsj2
 
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013Yanchat
 
Jadual Waktu pmr 2013 calon biasa
Jadual Waktu pmr 2013 calon biasaJadual Waktu pmr 2013 calon biasa
Jadual Waktu pmr 2013 calon biasaTuisyen Geliga
 
Jadual Waktu PMR 2013
Jadual Waktu PMR 2013Jadual Waktu PMR 2013
Jadual Waktu PMR 2013ciklaili. com
 
Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017cindy chui
 
Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017ciklaili. com
 
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaJadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaMohd Fadli
 
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaJadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaUmmi Ainul
 
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015Chon Seong Hoo
 
Jadual Waktu SPM 2012
Jadual Waktu SPM 2012Jadual Waktu SPM 2012
Jadual Waktu SPM 2012ciklaili. com
 
Jadual waktu peperiksaan spm 2012
Jadual waktu peperiksaan spm 2012Jadual waktu peperiksaan spm 2012
Jadual waktu peperiksaan spm 2012Sam Pasir Panjang
 
Jadual Waktu UPSR 2018
Jadual Waktu UPSR 2018Jadual Waktu UPSR 2018
Jadual Waktu UPSR 2018ciklaili. com
 
Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014 Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014 Tuisyen Geliga
 

Similar a UPSR 2013 Panduan (20)

Jadual Waktu UPSR 2013
Jadual Waktu UPSR 2013Jadual Waktu UPSR 2013
Jadual Waktu UPSR 2013
 
Jadual upsr 2014 calonbiasa
Jadual upsr 2014 calonbiasaJadual upsr 2014 calonbiasa
Jadual upsr 2014 calonbiasa
 
Jadual UPSR 2014
Jadual UPSR 2014Jadual UPSR 2014
Jadual UPSR 2014
 
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
 
Jadual Waktu PMR
Jadual Waktu PMRJadual Waktu PMR
Jadual Waktu PMR
 
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN PMR 2013
 
Jadual Waktu pmr 2013 calon biasa
Jadual Waktu pmr 2013 calon biasaJadual Waktu pmr 2013 calon biasa
Jadual Waktu pmr 2013 calon biasa
 
Jadual Waktu PMR 2013
Jadual Waktu PMR 2013Jadual Waktu PMR 2013
Jadual Waktu PMR 2013
 
Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017
 
Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017
 
Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017Jadual waktu upsr 2017
Jadual waktu upsr 2017
 
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaJadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
 
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasaJadual waktu upsr 2015 calon biasa
Jadual waktu upsr 2015 calon biasa
 
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2015
 
Jadual Waktu SPM 2012
Jadual Waktu SPM 2012Jadual Waktu SPM 2012
Jadual Waktu SPM 2012
 
Jadual waktu peperiksaan spm 2012
Jadual waktu peperiksaan spm 2012Jadual waktu peperiksaan spm 2012
Jadual waktu peperiksaan spm 2012
 
Jadual Waktu UPSR 2018
Jadual Waktu UPSR 2018Jadual Waktu UPSR 2018
Jadual Waktu UPSR 2018
 
Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014 Jadual Waktu SPM 2014
Jadual Waktu SPM 2014
 
JADUAL SPM
JADUAL SPMJADUAL SPM
JADUAL SPM
 
Jadual Peperiksaan SPM 2012
Jadual Peperiksaan SPM 2012Jadual Peperiksaan SPM 2012
Jadual Peperiksaan SPM 2012
 

UPSR 2013 Panduan

  • 1. LP/UPSR 18 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH 2013 ©2013 HAK CIPTA KERAJAAN MALAYSIA
  • 2. 2 LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH2013 BAHAGIAN A ARAHAN AM KEPADA GURU BESAR 1. Guru Besar hendaklah mengedarkan Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 kepada semua calon. 2. Guru Besar hendaklah memberitahu calon tentang Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 sebelum peperiksaan. 3. Guru Besar hendaklah menyemak bahan peperiksaan yang diterima menepati keperluan menjawab kertas peperiksaan yang ditawarkan di sekolah pada tahun semasa. 4. Guru Besar hendaklah memastikan calon telah membaca dan memahami Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/UPSR 19. 5. Guru Besar hendaklah memberitahu Bahagian D (Amaran Kepada Calon Peperiksaan) dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 kepada calon sebelum calon masuk ke dewan/bilik peperiksaan. 6. Guru Besar hendaklah merujuk kepada Buku Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis (Cetakan 2010) dan Buku Panduan Pengurusan Peperiksaan (Cetakan 2010). BAHAGIAN B ARAHAN AM KEPADA KETUA PENGAWAS PEPERIKSAAN 1. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan semua Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 dimaklumkan kepada calon. 2. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mencatatkan di papan tulis dan memaklumkan kepada calon butiran kod kertas, nama kertas, waktu, masa peperiksaan dan errata (jika ada) bagi kertas peperiksaan. 3. Ketua Pengawas Peperiksaan mengedarkan kertas peperiksaan mengikut tarikh dan waktu yang tercatat dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013. 4. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas peperiksaan dengan muka hadapan kertas peperiksaan di sebelah atas. 5. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengarahkan calon supaya menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul. 6. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengedarkan kertas jawapan mengikut
  • 3. 3 keperluan mata pelajaran seperti yang tercatat pada muka hadapan kertas peperiksaan. 7. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan calon mengemukakan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor sebagai bukti calon tidak dapat menduduki mana-mana kertas peperiksaan. 8. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah memastikan bilangan skrip jawapan peperiksaan yang dikumpul dan dicatat pada Borang LP/Am 29 Pin. 1/2012 akur dengan bilangan calon dalam Jadual Kedatangan bagi sesuatu kertas peperiksaan. 9. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah merujuk kepada dokumen Panduan Pengurusan Pusat Peperiksaan Bertulis. BAHAGIAN C ARAHAN KEPADA CALON 1. ARAHAN AM 1.1 Calon wajib menduduki semua kertas peperiksaan bagi mata pelajaran yang didaftar. Calon yang tidak menduduki mana-mana kertas peperiksaan bertulis sama ada kertas peperiksaan objektif aneka pilihan atau kertas peperiksaan subjektif akan dianggap TIDAK HADIR mata pelajaran berkenaan. Calon yang tidak dapat menduduki sesuatu kertas peperiksaan dikehendaki mengemukakan alasan yang kukuh dan dibuktikan dengan dokumen sokongan seperti surat perakuan doktor. Dokumen sokongan ini hendaklah diserahkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan sebelum tamat tempoh peperiksaan UPSR 2013. 1.2 Calon hendaklah menyemak butiran pada Senarai Kemasukan Calon sebelum peperiksaan. Calon hendaklah memaklumkan kepada Guru Besar sekiranya terdapat kesilapan maklumat dan mengisi Borang Pembetulan Maklumat Calon. 1.3 Calon hendaklah membaca Garis Panduan dan Arahan Peperiksaan yang dinyatakan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013 dan menandatangani Borang Pengakuan Calon LP/UPSR 19. 2. ARAHAN DI DEWAN/BILIK PEPERIKSAAN 2.1 Calon hendaklah berada di tempat duduk dalam dewan/bilik peperiksaan 15 minit sebelum peperiksaan dimulakan 2.2 Calon hendaklah meletakkan Sijil Kelahiran atau Kad Pengenalan atau Borang Perakuan Calon Peperiksaan UPSR 2013 (LP/Am34) atau Surat Perakuan Pengenalan Diri daripada Guru Besar di penjuru kanan sebelah label meja sepanjang waktu peperiksaan. Calon dilarang menduduki peperiksaan tanpa dokumen berkenaan. 2.3 Calon dibenarkan menduduki peperiksaan atas budi bicara Ketua Pengawas Peperiksaan sekiranya tiba 30 minit selepas peperiksaan dimulakan. Calon mesti mengemukakan alasan yang kukuh. Masa gantian tidak akan diberikan. .
  • 4. 4 3. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS PEPERIKSAAN 3.1 Calon hendaklah menyemak butiran kod kertas, nama kertas, masa peperiksaan dan arahan pada muka hadapan kertas peperiksaan bagi memastikan calon mendapat kertas peperiksaan yang betul. 3.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan dengan segera jika menerima kertas peperiksaan yang salah atau tidak lengkap. 3.3 Calon hendaklah membaca dan mematuhi semua arahan pada muka hadapan dan muka belakang (jika ada) kertas peperiksaan sebelum peperiksaan dimulakan. 4. ARAHAN KEPADA CALON TENTANG KERTAS JAWAPAN DAN SKRIP JAWAPAN PEPERIKSAAN 4.1 Calon hendaklah menulis Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan Angka Giliran dengan jelas dan betul di muka hadapan pada skrip jawapan peperiksaan. 4.2 Calon hendaklah menulis Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Kod Mata Pelajaran dan Nombor Soalan dengan jelas di ruangan yang disediakan pada setiap HelaianTambahan (HT). 4.3 Calon hendaklah menulis jawapan dengan menggunakan pensel atau pena mata bola berdakwat hitam atau biru. Pensel atau pena mata bola berdakwat selain hitam atau biru boleh digunakan untuk melukis gambar rajah dan peta. 4.4 Calon hendaklah menulis semua jawapan dalam Bahasa Melayu kecuali bagi kertas peperiksaan yang membenarkan atau memerlukan calon menjawab dalam bahasa lain. 4.5 Calon hendaklah mengikat skrip jawapan peperiksaan pada sudut kiri sebelah atas. Pastikan Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri dan Angka Giliran ditulis dengan jelas dan betul di muka hadapan pada skrip jawapan peperiksaan. 4.6 Calon hendaklah berada di tempat duduk masing-masing semasa skrip jawapan peperiksaan atau kertas peperiksaan tertutup dikumpul semula oleh Pengawas Peperiksaan. 5. ARAHAN TENTANG KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF BERMAKLUMAT (JOB) DAN KERTAS JAWAPAN OBJEKTIF TIDAK BERMAKLUMAT (JOTB) 5.1 Calon yang menerima Kertas JOB hendaklah menyemak Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Kertas/Bahagian pada kertas JOB berkenaan. Calon dilarang membuat sebarang pindaan terhadap maklumat yang telah dicetak pada Bahagian A. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C. 5.2 Calon hendaklah memaklumkan kepada Ketua Pengawas Peperiksaan
  • 5. 5 dengan segera jika menerima Kertas JOB yang salah atau tidak lengkap. 5.3 Calon hendaklah menanda ruangan Bahasa Digunakan untuk menjawab kertas peperiksaan yang berkenaan. 5.4 Calon hendaklah menggunakan pensel 2B atau BB sahaja. 5.5 Calon yang menerima Kertas JOTB hendaklah melengkapkan Nama Calon, Angka Giliran, Nombor Sijil Kelahiran atau Nombor Kad Pengenalan atau Nombor Pengenalan Diri, Nama Kertas, Kod Kertas dan Kertas/Bahagian di ruangan yang disediakan pada kertas JOTB. Hitamkan ruangan yang berkenaan. Kosongkan Bahagian B dan Bahagian C. 5.6 Calon hendaklah menggunakan getah pemadam jenis lembut sahaja untuk memadamkan hingga bersih tanda jawapan yang tidak dikehendaki. Calon dilarang menggunakan pemadam jenis cecair, kimia, pelekat atau seumpamanya. 5.7 Calon dilarang melipat, menggulung atau merenyuk Kertas JOB dan JOTB. 5.8 Calon dilarang membuat lubang atau apa-apa tanda yang tidak dikehendaki pada Kertas JOB dan JOTB. BAHAGIAN D AMARAN KEPADA CALON PEPERIKSAAN 1. Dilarang membawa sebarang buku, nota, catatan, akhbar, kamus, kertas, telefon bimbit atau alat-alat komunikasi, kotak pensel, beg dan Jadual Waktu Peperiksaan ke dalam dewan/bilik peperiksaan kecuali alat tambahan yang dibenarkan semasa peperiksaan. 2. Dilarang menulis nota pada dinding atau meja tulis di dewan/bilik peperiksaan. 3. Dilarang membuat rujukan di luar dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 4. Dilarang menyamar atau membenarkan orang lain menyamar bagi pihak calon. 5. Dilarang memberi pertolongan, mendapatkan pertolongan, berhubung dengan orang lain di dalam atau di luar dewan/bilik peperiksaan atau menggunakan bahasa isyarat untuk tujuan meniru. 6. Dilarang mendedahkan kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan sehingga boleh dibaca oleh calon lain. 7. Dilarang menukar kertas peperiksaan atau/dan skrip jawapan peperiksaan dengan calon lain. 8. Dilarang menukar tempat duduk yang telah ditetapkan tanpa kebenaran daripada Ketua Pengawas Peperiksaan. 9. Dilarang membawa kertas peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 10. Dilarang membawa kertas peperiksaan tertutup dan skrip jawapan peperiksaan keluar dari dewan/bilik peperiksaan.
  • 6. 6 11. Dilarang membawa kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan keluar dari dewan/bilik peperiksaan. 12. Dilarang keluar dari dewan/bilik peperiksaan 30 minit pertama peperiksaan dimulakan dan 10 minit terakhir sebelum peperiksaan ditamatkan. 13. Dilarang melipat atau merenyuk kertas jawapan sama ada yang belum atau pun yang telah digunakan. 14. Dilarang mengganggu ketenteraman di dalam atau berhampiran dewan/bilik peperiksaan semasa peperiksaan. 15. Dilarang memakai pakaian yang tidak sopan dan menjolok mata. 16. Dilarang merokok di dalam dewan/bilik peperiksaan. 17. Sebarang perbuatan yang melanggar peraturan peperiksaan dianggap salah laku dan akan menyebabkan calon dikenakan tindakan tatatertib. Menurut Peraturan- Peraturan Pendidikan (Penilaian dan Peperiksaan) 1997 dalam Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) salah laku ertinya menipu, menyamar, menyeludup apa-apa yang tidak dibenarkan atau apa-apa salah laku yang lain yang disifatkan sebagai suatu salah laku serius oleh Lembaga Peperiksaan. Calon yang disabitkan dengan mana- mana salah laku di atas boleh dikenakan tindakan berikut:- 17.1 Keputusan peperiksaan digantung sementara menunggu selesainya penyiasatan; 17.2 Keputusan peperiksaan mana-mana kertas peperiksaan dibatalkan; 17.3 Keputusan peperiksaan yang dikendalikan di sesuatu pusat peperiksaan diisytiharkan terbatal. BAHAGIAN E ARAHAN KHAS KOD KERTAS DAN NAMA KERTAS ARAHAN KHAS Kertas Peperiksaan Tertutup 013 Ujian Aptitud Tahun Enam (SK) 023 Ujian Aptitud Tahun Enam (SJKC) 033 Ujian Aptitud Tahun Enam (SJKT) Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah menyerahkan baki kertas peperiksaan ini kepada Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri. Ketua Pengawas Peperiksaan hendaklah mengumpul semula kertas peperiksaan ini selepas tamat waktu peperiksaan kertas berkenaan dan menyerahkannya kepada Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan, Jabatan Pelajaran Negeri.
  • 7. 7 JADUAL MASA TAMBAHAN CALON BERKEPERLUAN KHAS Masa tambahan yang diperuntukkan ini adalah untuk semua jenis kertas peperiksaan. Terdapat dua kategori masa tambahan bagi calon berkeperluan khas iaitu Kategori A dan Kategori B. Kategori A: Calon Buta, Rabun, Spastik/Cerebral Palsy, Autisme/Sindrom Down/Attention Deficit Hyperactivity Disorder (ADHD/Attention Deficit Disorder (ADD), Disleksia dan Cacat Anggota. 1. Calon yang mengalami kemalangan layak mendapat masa tambahan ialah calon yang tidak boleh menulis dengan tangan yang biasa digunakan untuk menulis. 2. Kecederaan lain boleh diberi pertimbangan atas nasihat Pengarah Pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri (u.p.: Sektor/Unit Penilaian dan Peperiksaan). Bil. Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR Masa tambahan yang diberi 1. 1 jam atau kurang hingga 1 jam 30 minit 30 minit 2. Lebih 1 jam 30 minit hingga 2 jam 30 minit 1 jam Kategori B : Calon Pekak. Masa tambahan bagi calon ini adalah 25% daripada masa yang diperuntukkan bagi setiap kertas peperiksaan. Bil. Masa yang diperuntukkan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 25% masa tambahan yang diberi 1. 1 jam atau kurang 15 minit 2. 1 jam 15 minit 20 minit 3. 1 jam 30 minit 25 minit
  • 8. TARIKH KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 15 minit ………. 011* Bahasa Melayu Pemahaman (SK) 50 minit 021 Bahasa Melayu Pemahaman (SJKC) 50 minit 031 Bahasa Melayu Pemahaman (SJKT) 50 minit ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan Subjektif 15 minit ………. 012* Bahasa Melayu Penulisan (SK) 1 jam 15 minit 022 Bahasa Melayu Penulisan (SJKC) 1 jam 15 minit 032 Bahasa Melayu Penulisan (SJKT) 1 jam 15 minit ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan Subjektif 15 minit ………. 015/2 Mathematics Kertas 2 (SK) 40 minit 025/2 Mathematics Kertas 2 (SJKC) 40 minit 035/2 Mathematics Kertas 2 (SJKT) 40 minit 10:05 pagi — 11:20 pagi 12:05 tengah hari — 12:20 tengah hari 12:20 tengah hari — 01:00 petang JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2013 Subjektif Subjektif Objektif Aneka Pilihan * Kertas ini juga diambil oleh calon SJK WAKTU SELASA 10 SEPTEMBER 2013 08:00 pagi — 08:15 pagi 08:15 pagi — 09:05 pagi 09:50 pagi — 10:05 pagi 8
  • 9. TARIKH KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2013 WAKTU SELASA 10 SEPTEMBER 2013 08:00 pagi — 08:15 pagi ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 15 minit ………. 015/1 Mathematics Kertas 1 (SK) 1 jam 025/1 Mathematics Kertas 1 (SJKC) 1 jam 035/1 Mathematics Kertas 1 (SJKT) 1 jam ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 15 minit ………. 026 Bahasa Cina Pemahaman (SJKC) 50 minit 036 Bahasa Tamil Pemahaman (SJKT) 50 minit ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan Subjektif 15 minit ………. 027 Bahasa Cina Penulisan (SJKC) 1 jam 15 minit 037 Bahasa Tamil Penulisan (SJKT) 1 jam 15 minit 12:00 tengah hari — 12:15 tengah hari 12:15 tengah hari — 01:30 petang RABU 11 SEPTEMBER 2013 08:00 pagi — 08:15 pagi Subjektif Objektif Aneka Pilihan Objektif Aneka Pilihan 8.15 pagi — 9.15 pagi 10:15 pagi — 10:30 pagi 10:30 pagi — 11:20 pagi 9
  • 10. TARIKH KOD KERTAS NAMA KERTAS MASA JENIS KERTAS JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN BERTULIS UPSR 2013 WAKTU SELASA 10 SEPTEMBER 2013 08:00 pagi — 08:15 pagi ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat dan mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Soalan Subjektif 15 minit ………. 018 Science (SK) 1 jam 15 minit 028 Science (SJKC) 1 jam 15 minit 038 Science (SJKT) 1 jam 15 minit ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 15 minit ………. 014/1 Bahasa Inggeris Kertas 1 (SK) 50 minit 024/1 Bahasa Inggeris Kertas 1 (SJKC) 50 minit 034/1 Bahasa Inggeris Kertas 1 (SJKT) 50 minit ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon mengisi butiran pada muka hadapan Kertas Jawapan Soalan Subjektif 15 minit ………. 014/2 Bahasa Inggeris Kertas 2 (SK) 1 jam 15 minit 024/2 Bahasa Inggeris Kertas 2 (SJKC) 1 jam 15 minit 034/2 Bahasa Inggeris Kertas 2 (SJKT) 1 jam 15 minit ………. Ketua Pengawas Peperiksaan mengarahkan calon menyemak butiran pada Kertas Jawapan Objektif Bermaklumat 15 minit ………. 013 Ujian Aptitud Tahun Enam (SK) 1 jam 30 minit 023 Ujian Aptitud Tahun Enam (SJKC) 1 jam 30 minit 033 Ujian Aptitud Tahun Enam (SJKT) 1 jam 30 minit Objektif Aneka Pilihan Subjektif Objektif Aneka Pilihan Objektif Aneka Pilihan dan Subjektif KHAMIS 12 SEPTEMBER 2013 08:00 pagi — 08:15 pagi 08:15 pagi — 09:30 pagi 10:15 pagi — 10:30 pagi 10:30 pagi — 11:20 pagi 12:05 tengah hari — 12:20 tengah hari 12:20 tengah hari — 01:35 petang 02:30 petang — 02:45 petang 02:45 petang— 04:15 petang 10
  • 11. LEMBAGA PEPERIKSAAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA BORANG PENGAKUAN CALON GARIS PANDUAN DAN ARAHAN PEPERIKSAAN DALAM JADUAL WAKTU PEPERIKSAAN UPSR 2013 TELAH DIBACA 1. Nama :……………………………………………………………………………. 2. Angka Giliran : 3. Nombor Sijil Kelahiran/Nombor Kad Pengenalan : ……………………………………………………………................................... 4. Pengakuan : Saya mengakui bahawa saya telah membaca dan akan mematuhi semua garis panduan dan arahan dalam Jadual Waktu Peperiksaan UPSR 2013. Tandatangan Calon : ……………………………………………... Tarikh : …………………….. 5. Pengesahan Guru Besar : Tandatangan dan Cap Guru Besar : ...……………....................... Tarikh : ……………………… NOTA :  Sila asingkan borang ini dan serahkan kepada Setiausaha Peperiksaan.  Setiausaha Peperiksaan dikehendaki menyimpan semua Borang Pengakuan Calon.  Borang Pengakuan Calon boleh dilupuskan enam bulan selepas pengumuman keputusan UPSR 2013.  LP/UPSR 19