SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 13
ISI KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN

2.0 ISI KANDUNGAN

3.0 CADANGAN

4.0 KESIMPULAN

5.0 RUJUKAN
1.0 PENGENALAN



Dalam kepesatan era perkembangan teknologi masa kini, menuju wawasan 2020 Bahasa Inggeris
merupakan bahasa yang paling utama atau juga sejajar dengan bahasa paling meluas nombor satu
di dunia.Ia dilihat sebagai bahasa yang membolehkan setiap lapisan masyarakat di dunia ini
berinteraksi secara mudah dan berkesan di era perkembangan pesat dan berteknologi moden serta
canggih seperti telefon selular,televisyen satelit serta perhubungan rangkaian komputer yang
boleh dikatakan segala informasi yang di perolehi dalam internet adalah menggunakan bahasa
Inggeris.Ianya menjadi sangat penting kerana era globalisasi dan pengantarabangsaan telah
mengubah setiap struktur kerjaya, mempengaruhi pendidikan , latihan kemahiran dan memcabar
reka bentuk kokurikulum dalam budaya majmuk serta pendidikan kosmopolitan. Oleh
itu,penguasaan bahasa Inggeris adalah menjadi salah satu yang amat penting bagi setiap para
graduan yang berpendidikan tinggi di Malaysia dalam menguasai bahasa Inggeris

1.1 SEJARAH PENDIDIKAN BAHASA INGGERIS DI MALAYSIA

Sejarah pendidikan bahasa inggeris dinegara kita dimana sekolah ingeris pertama ialah di
Penang FreeSchool, Pulau Pinang (1816). dan terbahagi kepada dua jenis, iaitu
sekolah Free School yang m e n d a p a t b a n t u a n d a r i p a d a k e r a j a a n d a n s e p a r a
b a n t u a n ya n g d i t u b u h k a n s e r t a d i b i a y a i o l e h p e r s a t u a n m u b a l i g h K r i s t i a n
d e n g a n m e n d a p a t b a n t u a n k e w a n g a n daripada kerajaan ianya bertujuan untuk melatih
tenaga kerja seperti juruteknik, kerani bagi jabatan-jabatan kerajaan.

Hakikatnya penyebaran dan penguasaan bahasa inggeris telah bertapak di Tanah Melayu sejak
1816 lagi iaitu 217 tahun lamanya.




Pada era globalisasi masa kini, Bahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa antarabangsa atau
disebut sebagai “ lingua franca”yang mempunyai peranan berfungsi menurut penggunaannya
sebagai bahasa antarabangsa komunikasi dalam ekonomi negara, terutamanya bagi Malaysia
menuju kekal berdaya saing di peringkat global.

Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka Bahasa melayu dijadikan bahasa Lingua Franca
berikutan pedagang seluruh dunia bertumpu di pelabuhan Melaka untuk menjalankan
aktivitiperniagaan mereka. Walaubagaimanapun selepas kejatuhan kesultanan melayu Melaka
dan kebangkitan kuasa barat sebagai kuasa terbesar dunia seperti Amerika Syarikat dan British
yang menguasai ekonomi dunia, teknologi, ilmu dan menjadi sumber maklumat dunia, maka
bahasa Inggeris diiktiraf sebagai Bahasa Antarabangsa.

Oleh yang demikian, Bahasa Inggeris merupakan salah satu kesan daripada globalisasi dalam
sistem pendidikan negara.Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, beliau
telah menyatakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang paling maju serta berdaya
saing.Rakyat Malaysia seharusnya dapat mendalami dan menguasai Bahasa Inggeris dengan
sebaiknya.Keadaan ini berikutan kebanyakan buku-buku dan ilmu pengetahuan yang terkini
dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris.

Bahasa Inggeris juga amat penting dalam pendidikan di negara kita selaras dengan objektif
Falasafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan setiap individu yang mampu bersaing di
dalam dunia global kini.Jesteru itu, penguasaan bahasa inggeris yang dimulakan dariperingkat
sekolah mampu melahirkan individu yang boleh berkomunikasi dengan baik dan berkesan
dengan individu lain dari seluruh dunia. Sebagai contohnya, kemahiran berbahasa Inggeris amat
penting apabila seseorang individu ditugaskan di luar negara atau membawa misi negara di luar
negara. Kegagalan berkomunikasi dengan berkesan menggunakan bahasa Inggeris akan
menjejaskan pelbagai peluang baik berupa peluang ekonomi mahupun sosial. Jelasnya,
pendidikan bahasa Inggeris di peringkat sekolah mampu melahirkan individu yang “berdiri sama
tinggi dan duduk sama rendah” dengan masyarakat lain di seluruh dunia.

Justeru itu, kerajaan berusaha untuk menjadikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang
ilmu dengan menyediakan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam
Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun
2003. Rasional kepada perlaksanaannya ialah kepada peralihan bahasa pengantar dalam
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) daripada bahasa Melayu kepada
bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan Kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga
manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk
bersaing dalam era globalisasi.

Biarpun PPSMI ini tidak bertahan lama, usaha kerajaan tidak terhenti di situ, sebaliknya dengan
kerjasama pihak Institut Pengajian Tinggi, Pihak Kementerian Pelajaran Tinggi menyatakan
bahawa untuk memastikan pelajar universiti mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang
baik, mereka akan diajar English Of Employment sebagai langkah positif bagi menentukan
mereka memenuhi kehendak dunia pekerjaan , (utusan Malaysia.jun 2012).

Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat penting
untuk dikuasai dalam era ini berikutan keperluannya diperingkat antarabangsa, alam pekerjaan,
penguasaan ilmu dan sebagainya. Perlu diingat bahawa majikan akan lebih tertarik untuk
mengambil pekerja yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa termasuklah berbahasa
Inggeris. Sebagai contohnya, pekerjaan dalam bidang telekomunikasi, penyiaran, teknologi
maklumat dan sebagainya amat memerlukan penggunaan bahasa Inggeris.

Kemajuan ekonomi negara yang telah melepasi sempadan negara, mengakibatkan Malaysia
memerlukan penduduk yang mampu berbahasa Inggeris dengan baik agar dapat bersaing dengan
mereka dari seluruh dunia.Pendidikan bahasa Inggeris amat penting bagi melahirkan masyarakat
yang dapat berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa.Sebagai contohnya, perkongsian
dalam bidang ekonomi, sosial mahupun bidang teknologi memerlukan mereka yang mahir
berbahasa Inggeris. Umumnya, mereka yang gagal menguasai bahasa ini akan berdepan dengan
pelbagai rintangan yang dapat mengganggu komunikasi serta boleh menggagalkan peluang yang
tersedia pada peringkat antara bangsa. Justeru, pendidikan bahasa Inggeris di sekolah berperanan
membina masyarakat yang lebih berdaya saing pada peringkat global suatu hari nanti.
Peluang Pekerjaan

Keupayaan untuk fasih bertutur dalam bahasa Inggeris di samping bahasa ibunda anda boleh
menjadi bermanfaat jika anda sedang mencari peluang pekerjaan dengan syarikat-syarikat
antarabangsa.Keupayaan untuk bertutur dalam bahasa yang dituturkan oleh orang-orang
perniagaan yang paling boleh meletakkan anda satu langkah di hadapan persaingan.




adalah satu keperluan yang berterusan untuk menjelaskan bahawa walaupun bahasa Inggeris
telah diberi status bahasa rasmi kedua di Malaysia, ia adalah hanya kedua untuk bahasa Malaysia
dalam kepentingan dan bukan merupakan bahasa kedua kepada takrif dalam linguistik gunaan.
Bahasa Inggeris tidak semestinya menjadi bahasa kedua pelajar Malaysia.Ia boleh menjadi yang
pertama, kedua, atau walaupun bahasa asing bergantung kepada antara lain, lokaliti mereka
kuasailah Bagi kebanyakan pelajar di kawasan luar bandar, Bahasa Inggeris adalah bahasa asing
berdasarkan kuantiti pendedahan dan penggunaan bahasa. Akibatnya, orang-orang yang
pendedahan dan penggunaan bahasa adalah terhad kepada kelas bahasa menjadi lemah.
Malangnya, mereka akan terus menjadi begitu kerana kadar pengajaran tidak boleh perlahan.
Pembawa situasi ini dalam fikiran, ia adalah menakutkan untuk membayangkan pertempuran
bukit dari arah depan mereka kerana mereka berpindah menurut mereka untuk kecemerlangan
akademik.

Walaupun fakta bahawa peranan bahasa Inggeris dalam negara telah berubah daripada bahasa
rasmi bahasa kedua, terdapat keperluan berterusan bagi rakyat Malaysia untuk menjadi kompeten
dalam bahasa. Bahasa Inggeris adalah penting untuk

Kerajaan menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan Malaysia

perlu terus berkembang supaya dapat memenuhi aspirasi negara yang

kian meningkat dan juga dapat bersaing dengan negara lain yang

setanding. Ekonomi dan dunia globalisasi hari ini memerlukan pesaing
yang mampu berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif. Bagi

memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat, negara lain sentiasa

menambah baik pendekatan terhadap pendidikan, dan Malaysia

juga perlu melakukan perkara yang sama. Dalam Dialog Nasional

Pendidikan Negara yang dijalankan, hampir 98% daripada lebih 3,000

responden berpendapat bahawa sekarang adalah masa yang tepat

untuk menjalankan kajian semula pendidikan, atau kajian semula ini

sepatutnya telah dilakukan lebih awal

WalaupunfaktabahawaperananbahasaInggerisdalam negaratelah
berubahdaripadabahasarasmibahasa kedua, terdapatkeperluanberterusanbagi rakyat
Malaysiauntukmenjadi kompetendalam bahasa. BahasaInggerisadalah penting untuk
Kerajaan menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan Malaysia
perlu terus berkembang supaya dapat memenuhi aspirasi negara yang
kian meningkat dan juga dapat bersaing dengan negara lain yang
setanding. Ekonomi dan dunia globalisasi hari ini memerlukan pesaing
yang mampu berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif. Bagi
memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat, negara lain sentiasa
menambah baik pendekatan terhadap pendidikan, dan Malaysia
juga perlu melakukan perkara yang sama. Dalam Dialog Nasional
Pendidikan Negara yang dijalankan, hampir 98% daripada lebih 3,000
responden berpendapat bahawa sekarang adalah masa yang tepat
untuk menjalankan kajian semula pendidikan, atau kajian semula ini
sepatutnya telah dilakukan lebih awal.




Kementerian menyedari hakikat
betapa pentingnya pendidikan dalam
menyediakan asas pembentukan negara
bangsa dan pertumbuhan ekonomi mapan
selaras dengan matlamat transformasi
Malaysia ke arah negara berpendapatan
tinggi. Kementerian juga menyedari bahawa
sistem pendidikan negara perlu melalui
transformasi yang menyeluruh dan sistematik
sekiranya Malaysia berhasrat melahirkan
individu yang mampu berkembang maju
dan bersaing pada peringkat global.
Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan
ini bukan sekadar menyediakan penilaian
terhadap sistem pendidikan masa kini dan
kejayaan serta kegagalan sistem, tetapi juga
mengemukakan pelan yang komprehensif
untuk maju ke arah pendidikan bertaraf
dunia.

Kemahiran Berfikir
Setiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara
untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu
menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan yang paling penting dalam
ekonomi berasaskan pengetahuan ialah mewujudkan pengetahuan
baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif
yang penting:
▪▪ Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi,
menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan
baharu;
▪▪ Penyelesaian Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal
masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif
bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan
▪▪ Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri,
dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat

Kemahiran memimpin
Kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah
penting, terutamanya dalam dunia yang semakin saling bergantung.
Dalam Dialog Nasional, kepentingan memupuk kepimpinan dan
keupayaan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan bagi setiap
murid sering dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha membantu
setiap murid mencapai potensi penuh mereka melalui pelibatan sebagai
pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan. Dalam konteks sistem
pendidikan, kepimpinan mempunyai empat unsur:
▪▪ Keusahawanan: mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan
membangunkan penyelesaian sendiri, dan bagi tujuan itu sanggup
membuat pelaburan daripada sumber sendiri, serta terdorong untuk
memastikan penyelesaian itu dizahirkan;
▪▪ Berdaya tahan: membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta
mampu menghadapi rintangan;
▪▪ Kecerdasan emosi: berupaya memahami dan bekerja secara
berkesan dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka
secara positif; dan
▪▪ Keterampilan komunikasi: berupaya memberikan pendapat dan
hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas.
Sekolah perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam bilik
darjah melalui aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan, aktiviti di
luar bilik darjah melalui sukan, seni, serta aktiviti kokurikulum dalam
membangunkan keperibadian murid.Peluang Pekerjaan

Keupayaan untuk fasih bertutur dalam bahasa Inggeris di samping bahasa ibunda anda boleh
menjadi bermanfaat jika anda sedang mencari peluang pekerjaan dengan syarikat-syarikat
antarabangsa.Keupayaan untuk bertutur dalam bahasa yang dituturkan oleh orang-orang
perniagaan yang paling boleh meletakkan anda satu langkah di hadapan persaingan.



adalah satu keperluan yang berterusan untuk menjelaskan bahawa walaupun bahasa Inggeris
telah diberi status bahasa rasmi kedua di Malaysia, ia adalah hanya kedua untuk bahasa Malaysia
dalam kepentingan dan bukan merupakan bahasa kedua kepada takrif dalam linguistik gunaan.
Bahasa Inggeris tidak semestinya menjadi bahasa kedua pelajar Malaysia.Ia boleh menjadi yang
pertama, kedua, atau walaupun bahasa asing bergantung kepada antara lain, lokaliti mereka
kuasailah Bagi kebanyakan pelajar di kawasan luar bandar, Bahasa Inggeris adalah bahasa asing
berdasarkan kuantiti pendedahan dan penggunaan bahasa. Akibatnya, orang-orang yang
pendedahan dan penggunaan bahasa adalah terhad kepada kelas bahasa menjadi lemah.
Malangnya, mereka akan terus menjadi begitu kerana kadar pengajaran tidak boleh perlahan.
Pembawa situasi ini dalam fikiran, ia adalah menakutkan untuk membayangkan pertempuran
bukit dari arah depan mereka kerana mereka berpindah menurut mereka untuk kecemerlangan
akademik.

Justeru itu, tanggungjawab guru adalah sebagai mentor dan agen kepada perkembangan dan
pembentukan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosialnya
dalam komuniti masyarakat agar rakyat yang dilahirkan mengarah kearah pembangunan yang
positif.

Graduan yang lahir daripada sistem pendidikan Malaysia gagal memenuhi kehendak bakal
majikan kerana kekurangan kemahiran berfikir secara kritis dan lemah dalam berkomunikasi.



Ini telah menyebabkan majikan perlu menyediakan latihan tambahan untuk menyesuaikan
mereka ke dalam skop kerja masing-masing manakala ramai graduan perlu menerima pekerjaan
yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka.
Perunding pendidikan, sumber manusia dan pengambilan pekerja yang berpangkalan di
Malaysia, merasakan terdapat keperluan asas yang kukuh dalam pemikiran kritikal dimasukkan
ke dalam sistem pendidikan sebagai usaha menyediakan generasi akan datang untuk pasaran
pekerjaan.



Pengurus negara Manpower Staffing Services (M) Sdn Bhd Sam Haggag berkata terdapat jurang
yang ketara antara apa yang dihasilkan sistem pendidikan Malaysia dengan apa yang dicari
majikan.



"Ini telah menyebabkan enam daripada 10 graduan dari universiti-universiti Malaysia
mengambil masa sehingga enam bulan untuk mendapatkan pekerjaan.



Sebanyak 40 peratus lagi mengambil masa yang lebih lama lagi," kata Haggag, yang syarikatnya
menyediakan penyelesaian tenaga kerja yang termasuk pengambilan dan latihan.



"Pengambilan merupakan satu cabaran yang berbeza memandangkan universiti-universiti
mengeluarkan graduan yang tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memasuki
tenaga kerja.Daripada konteks tenaga kerja, kami dapati bahawa tujuh daripada 10 graduan yang
datang untuk temuduga pengambilan gagal ujian kecekapan Bahasa Inggeris yang ditetapkan
oleh pelanggan kami.



"Kurang penguasaan dalam Bahasa Inggeris mengehadkan kebolehan mereka untuk
berkomunikasi di luar sempadan Malaysia dan ini mengurangkan keyakinan mereka dan
mengurangkan keupayaan mereka untuk menambah nilai di tempat kerja," katanya.



Ketua Pegawai Sumber Manusia Hong Leong Bank Ramon Chelvarajasingam berkata ramai
graduan baru yang muncul daripada sistem pendidikan Malaysia tidak mempunyai kemahiran
pemikiran kritikal yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah dan
menjadi semakin kompetitif.



"Kaedah dan teknologi-teknologi baharu memaksa orang ramai untuk beroperasi di luar zon
selesa mereka.Di negara-negara pesaing kita, profesional muda lebih maju dalam pemikiran
kritikal, berinovasi, berfikir di luar kebiasaan dan mempunyai inisiatif pembangunan berterusan
berbanding dalam Malaysia," tegasnya.



Beliau berkata hari ini, kebanyakan majikan mencari graduan dengan tahap keyakinan yang
tinggi yang terdedah kepada bidang khusus di luar pengajian akademik mereka.

Abstrak

Kecekapan dalam kemahiran bahasa Inggeris di kalangan graduan yang mewujudkan kelebihan
untuk organisasi disukai oleh

bakal majikan sebagai salah satu kriteria utama untuk mendapat pekerjaan. Artikel ini
memberikan gambaran

mahasiswa dalam pendidikan tinggi dan juga literasi tempat kerja dari perspektif majikan dalam

industri pembuatan. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa industri pembuatan Malaysia

majikan menganggap bahawa kemahiran penguasaan bahasa Inggeris pekerja siswazah bahasa
masih berada di bawah mereka

jangkaan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bahawa terdapat keperluan untuk campur tangan
dalam pengajaran bahasa kepada

memperbaiki sukatan pelajaran bahasa Bahasa Inggeris peringkat penguasaan bahasa Inggeris di
peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Pada

masa yang sama, penekanan terhadap kepentingan bahasa Inggeris dalam penggunaan seharian
perlu dipupuk tanpa mengabaikan

bahasa kebangsaan Malaysia. Ini akan memastikan bahawa pengajaran Bahasa Inggeris akan
menjadi sejajar dengan globalisasi dan

tempat kerja permintaan semasa.
PELAJAR IPT LEMAH BAHASA INGGERIS

Dewasa ini, masalah kelemahan menguasai bahasa Inggeris semakin serius di kalangan pelajar-
pelajar tidak kira di peringkat sekolah rendah, menengah atau di peringkat universiti.Lebih
membimbangkan lagi, masalah ini menular di kalangan pelajar Melayu.Di sini, saya ingin
mengkhususkan kepada kelemahan pelajar IPT dalam mengusai bahasa Inggeris.Mari kita sama-
sama fikirkan mengapakah masalah ini berlaku khususnya di kalangan pelajar Melayu?

Dalam rencana ini, saya ingin memfokuskan permasalahan kepada pelajar-pelajar di Universiti
Sains Islam Malaysia (USIM).Seperti yang kita sedia maklum, USIM menggunakan bahasa
Inggeris dan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.Tetapi ada segelintir dari pelajar-pelajarnya
masih lagi lemah dalam menguasai bahasa Inggeris. Menurut Cik Juliana Niza bt Ismail Adnan,
penyelaras program MUET di Universiti Sains Islam Malaysia, beliau berpendapat punca pelajar
USIM lemah bahasa Inggeris adalah berpunca dari pemikiran mereka yang tidak maju. Pelajar
USIM selalu berpendapat jika bertutur dalam bahasa Inggeris, mereka akan melupakan bahasa
Melayu.

Menurut beliau lagi, pelajar-pelajar juga jarang mempraktikkan bahasa Inggeris yang mereka
pelajari.Dengan lebih jelas lagi pelajar-pelajar teramat malas untuk membuat ulangkaji dan
mereka juga tidak memgamalkan ilmu yang mereka pelajari di dalam kelas.Kebanyakkan
pelajar-pelajar USIM juga terlalu kurang membaca bahan bahasa Inggeris, tidak mengambil tahu
isu-isu semasa dan pemikiran mereka terlalu cetek.Mereka tidak mempunyai minat untuk
membaca suratkhabar bahasa Inggeris dan pelajar-pelajar juga terlalu memfokuskan minat
mereka kepada bacaan yang berbentuk hiburan sahaja contohnya mereka lebih berminat kepada
suratkhabar hiburan seperti Kosmo dan Harian Metro. Cik Juliana Niza menambah lagi pendapat
beliau mengatakan bahawa pelajar-pelajar akan membaca bahan bahasa Inggeris apabila disuruh
sahaja. Normalnya, seseorang akan lebih terasa bosan apabila melakukan sesuatu dengan
paksaan dan begitu juga dengan pelajar-pelajar akan cepat bosan apabila membaca sesuatu bahan
yang mereka tidak suka. Faktor ini juga secara tidak langsung menyumbangkan kepada
kelemahan pelajar USIM dalam menguasai bahasa Inggeris dan juga lemah di dalam MUET.
Inilah yang membimbangkan kerana jika pelajar-pelajar tidak lulus MUET, sukar bagi mereka
untuk mendapat pekerjaan di masa akan datang.

Bagi pendapat Puan Suhaili Abdul Jalil pula yang merupakan pensyarah bahasa Inggeris dari
Unit Bahasa Inggeris USIM berpendapat, punca pelajar-pelajar lemah menguasai bahasa Inggeris
adalah kebanyakan pelajar-pelajar USIM memandang bahasa Inggeris hanya sebagai subjek.
Mereka belajar bahasa Inggeris semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan. Mereka juga
menganggap bahasa Inggeris adalah sesuatu yang membosankan dan menyusahkan.Apabila
mereka telah menganggap begitu, terlalu mustahil bagi mereka untuk meminati bahasa Inggeris.
Pelajar-pelajar juga tidak mahu melatih diri mereka untuk mencuba berulang kali bertutur dalam
bahasa Inggeris antara satu sama lain. Kebanyakkan pelajar Melayu tidak mahu mencuba dan
takut kepada kesalahan.
Pelajar- pelajar juga mempunyai sifat malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Sesetengah
daripada mereka menganggap apabila bertutur dalam bahasa itu, mereka akan diejek dan
dipulaukan. Inilah masalah pelajar Melayu, takut kepada ejekan rakan-rakan sehingga membawa
keburukan kepada diri sendiri.Hakikatnya, pelajar Cina lebih maju dan pakar dalam bahasa
Inggeris kerana mereka berani mencuba dan tidak takut kepada ejekan-ejekan yang boleh
melemahkan diri mereka.Pelajar USIM juga tidak mahu mengubah sikap mereka dan hanya
bergantung semata-mata kepada pensyarah-pensyarah untuk memajukan mereka.Sepatutnya di
peringkat universiti tidak berlaku lagi perkara sebegini.Pelajar-pelajar sepatutnya berusaha
sendiri untuk memperbaiki kelemahan diri.Pelajar-pelajar sepatutnya mencari pensyarah bukan
pensyarah yang mencari pelajar.Tetapi sekarang ini, kebanyakan pensyarah yang berusaha untuk
memperbaiki kelemahan pelajar yang lemah menguasai bahasa Inggeris.

Menurut pendapat Puan Milazita Md Zin, seorang guru bahasa Inggeris dari Pahang, melalui
pengalamannya mengajar bahasa Inggeris, beliau berpendapat punca pelajar lemah bahasa
Inggeris adalah disebabkan latar belakang sosial pelajar itu. Pelajar luar bandar kurang terdedah
dengan penggunaan bahasa Inggeris.Disebabkan itu, mereka terlalu terhad untuk menggunakan
bahasa Inggeris.Mereka juga mempunyai pengetahuan yang sedikit terhadap bahasa Inggeris dan
tidak memberi peluang untuk berinteraksi.Pelajar juga kurang motivasi diri terhadap kepentingan
bahasa Inggeris.Mereka malas untuk mengulangkaji dan menambah pengetahuan dari segi
pemahaman terhadap ayat-ayat Inggeris yang sukar.

Beliau menambah lagi pelajar mempelajari bahasa Inggeris hanya untuk lulus peperiksaan. Sikap
ini ada pada kebanyakan pelajar dan menyebabkan mereka tidak mahu ambil tahu terhadap
perkataan baru yang tidak pernah didengar.Mereka hanya bergantung kepada kurikulum sedia
ada.Pelajar-pelajar juga malu untuk menyebut perkataan Inggeris.Mereka tiada keyakinan diri
untuk bertutur dan mengalami masalah untuk menyebut sesetengah perkataan dengan
betul.Kebanyakan pelajar kurang pengetahuan dari aspek tatabahasa.Contoh paling mudah
apabila pelajar yang kurang menguasai tatabahasa ini menulis sesuatu topik dalam bahasa
Inggeris tidak dapat menulis sesuatu perkataan itu.Inilah hakikat yang berlaku kepada pelajar
Melayu yang lemah menguasai bahasa Inggeris.

Pelajar-pelajar juga tidak mahu “menjelajah” dengan lebih mendalam terhadap bahasa Inggeris
dan terlalu obses dengan bahasa itu.Mereka menganggap bahasa Inggeris sukar difahami dan
sukar untuk digunakan dalam kehidupan seharian.Mengapa pelajar IPT mempunyai pemikiran
yang terlalu cetek terhadap bahasa antarabangsa ini sedangkan bahasa Inggeris amat penting
untuk membawa seseorang itu kearah kemajuan.

Bagi pendapat Noraina bt Mohd Mustaffa pelajar dari Kuala Lipis, Pahang, beliau berpendapat
punca pelajar lemah bahasa Inggeris ialah kebanyakan dari mereka kurang tatabahasa, tiada
keyakinan diri dan malas untuk berusaha lebih untuk memantapkan bahasa Inggeris mereka.
Kebanyakan pelajar hanya bergantung kepada guru-guru sahaja.Mereka seolah-olah tidak mahu
berdikari sendiri dan hanya menunggu guru-guru “menyuapkan” ilmu kepada mereka.Mentaliti
pelajar-pelajar juga masih berada di takuk lama dan tidak mahu menerima bahasa Inggeris
sebagai bahasa ilmu.
Memandangkan masalah ini terlalu serius, kita sepatutnya memikirkan cara-cara untuk
mengatasi pelajar-pelajar yang lemah bahasa Inggeris ini.Pelajar-pelajar sepatutnya berusaha
lebih dalam memperbaiki diri mereka.Dapatkan bimbingan dari pensyarah-pensyarah bahasa
Inggeris apabila mempunyai masalah dalam bahasa Inggeris, menghadiri kelas pemantapan
bahasa Inggeris dan memperbanyakkan bahan bacaan bahasa Inggeris serta tatabahasa bahasa
Inggeris.Pelajar-pelajar juga seharusnya memiliki idea yang matang dalam sesuatu isu untuk
memudahkan lagi pelajar menghuraikan isi dengan terperinci.Perbanyakan juga membaca istilah-
istilah bahasa Inggeris untuk memantapkan lagi penguasaan dalam bahasa Inggeris.Pelajar-
pelajar jangan terlalu menghadkan pemikiran mereka jika mahu pandai menguasai bahasa
Inggeris.

Sememangnya kita tidak boleh menafikan bahawa bahasa Inggeris mempunyai kepentingan yang
besar didalam hidup kita terutamanya kepada pelajar-pelajar.Bahasa Inggeris adalah bahasa
global, bahasa kemajuan dan bahasa komunikasi yang utama selain bahasa Melayu. Bahasa
Inggeris juga amat penting untuk melayakkan diri kita berada setaraf dengan era globalisasipada
masa sekarang dan akan datang. Seharusnya kita terutama pelajar-pelajar perlu ada kesedaran
terhadap penguasaan bahasa Inggeris bukan bermakna kita mendaulatkan bahasa “penjajah” itu,
tetapi untuk membawa kita setaraf dengan kemajuan dunia hari ini. Bahasa Melayu tetap
berdaulat di hati orang Melayu dan tiada alasan untuk kita tidak boleh menguasai bahasa Inggeris
seperti orang lain. Pepatah ada mengatakan “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”.Hanya orang
malas sahaja yang tidak mahu mengubah diri mereka.

Dalam dunia ini, tiada perkara yang mustahil untuk kita lakukan.Sedangkan orang kafir boleh
menguasai bahasa Arab, mengapa kita tidak boleh menguasai bahasa Inggeris?Semua ini
bermula dari diri kita sendiri.“Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”.Siapa yang berusaha
maka dialah yang beroleh kejayaan.Segala amal dan usaha di dalam hidup kita adalah didorong
oleh fikiran dan batin kita.Di dalam batin kita terletak pertimbangan di antara buruk dan baik,
cantik atau jelik.Sedangkan agama Islam menyukai dan amat menggalakkan umatnya berusaha
untuk memajukan diri mereka.Kita diberi akal untuk menilai mana yang baik dan mana yang
buruk. Pelajar-pelajar USIM seharusnya mengambil inisiatif untuk memahirkan lagi penguasaan
dalam bahasa Inggeris setanding dengan pelajar-pelajar universiti yang lain

Más contenido relacionado

Destacado

Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islamCabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islamAre Matt
 
80468665 modul-edu3105
80468665 modul-edu310580468665 modul-edu3105
80468665 modul-edu3105kurosmazi
 
Kajian pengangguran di kalangan siswazah
Kajian pengangguran di kalangan siswazahKajian pengangguran di kalangan siswazah
Kajian pengangguran di kalangan siswazahnorazah_nawi
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.HanaFitrah
 
Halangan Komunikasi Di Organisasi
Halangan Komunikasi Di OrganisasiHalangan Komunikasi Di Organisasi
Halangan Komunikasi Di Organisasiguestdc559
 
Peranan komunikasi dalam kehidupan manusia
Peranan komunikasi dalam kehidupan manusiaPeranan komunikasi dalam kehidupan manusia
Peranan komunikasi dalam kehidupan manusiapramithasari27
 
Contoh Kaedah Kajian PBS PA
Contoh Kaedah Kajian PBS PAContoh Kaedah Kajian PBS PA
Contoh Kaedah Kajian PBS PAAthirah Amalina
 
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)RAMLAH BINTI A. RANI
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 World wide
 
Definisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasiDefinisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasizasbaruden
 

Destacado (13)

Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islamCabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
Cabaran media baru di alaf baru menurut perspektif islam
 
80468665 modul-edu3105
80468665 modul-edu310580468665 modul-edu3105
80468665 modul-edu3105
 
Tajuk 5 Komunikasi
Tajuk 5 KomunikasiTajuk 5 Komunikasi
Tajuk 5 Komunikasi
 
Kajian pengangguran di kalangan siswazah
Kajian pengangguran di kalangan siswazahKajian pengangguran di kalangan siswazah
Kajian pengangguran di kalangan siswazah
 
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
Kesantunan bahasa dalam teknologi maklumat dan komunikasi.
 
Halangan Komunikasi Di Organisasi
Halangan Komunikasi Di OrganisasiHalangan Komunikasi Di Organisasi
Halangan Komunikasi Di Organisasi
 
Unit9: komunikasi
Unit9: komunikasiUnit9: komunikasi
Unit9: komunikasi
 
Peranan komunikasi dalam kehidupan manusia
Peranan komunikasi dalam kehidupan manusiaPeranan komunikasi dalam kehidupan manusia
Peranan komunikasi dalam kehidupan manusia
 
Contoh Kaedah Kajian PBS PA
Contoh Kaedah Kajian PBS PAContoh Kaedah Kajian PBS PA
Contoh Kaedah Kajian PBS PA
 
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
Skrip contoh pbs pengajian am 4 (900 4)
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
Definisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasiDefinisi & konsep komunikasi
Definisi & konsep komunikasi
 
Pengucapan awam
Pengucapan awamPengucapan awam
Pengucapan awam
 

Similar a Pentingnya Bahasa Inggeris

Kajian faizal
Kajian faizalKajian faizal
Kajian faizalyunging84
 
Pentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.docx
Pentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.docxPentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.docx
Pentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.docxZukét Printing
 
Pentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.pdf
Pentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.pdfPentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.pdf
Pentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.pdfZukét Printing
 
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam PendidikanKemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikanmumtaz92
 
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanPengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanBayu Anggara
 
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi eliza72
 
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011Bonda Irfan
 
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...NickyAng45
 
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)Rahma Mahmudah
 
Kpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanKpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanFaz Azlan
 
Panduan pelaksanaan pembelajaran matematika dan ipa dlm bahasa inggris di rin...
Panduan pelaksanaan pembelajaran matematika dan ipa dlm bahasa inggris di rin...Panduan pelaksanaan pembelajaran matematika dan ipa dlm bahasa inggris di rin...
Panduan pelaksanaan pembelajaran matematika dan ipa dlm bahasa inggris di rin...Nandang Sukmara
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...Jenry Saiparudin
 
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesiaDampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesiaEman Syukur
 
Presentation
PresentationPresentation
PresentationTai Erh
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanTjoetnyak Izzatie
 

Similar a Pentingnya Bahasa Inggeris (20)

Kajian faizal
Kajian faizalKajian faizal
Kajian faizal
 
Pentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.docx
Pentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.docxPentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.docx
Pentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.docx
 
Pentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.pdf
Pentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.pdfPentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.pdf
Pentingnya Bahasa Inggris dalam Pendidikan.pdf
 
Tugasan ppsmi
Tugasan ppsmiTugasan ppsmi
Tugasan ppsmi
 
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam PendidikanKemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
Kemahiran Bahasa Malaysia dalam Pendidikan
 
Makalah lkpp
Makalah lkppMakalah lkpp
Makalah lkpp
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Bab i gani
Bab i ganiBab i gani
Bab i gani
 
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikanPengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
Pengaruh Globalisasi Terhadap pendidikan
 
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi Tugasan bahasa melayu & komunikasi
Tugasan bahasa melayu & komunikasi
 
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
Hbml4103 sejarah perkembangan bahasa melayu 2011
 
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
 
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
Karya Tulis Ilmiah (Rahma Mahmudah)
 
Kpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulanKpf4013 ament kumpulan
Kpf4013 ament kumpulan
 
Panduan pelaksanaan pembelajaran matematika dan ipa dlm bahasa inggris di rin...
Panduan pelaksanaan pembelajaran matematika dan ipa dlm bahasa inggris di rin...Panduan pelaksanaan pembelajaran matematika dan ipa dlm bahasa inggris di rin...
Panduan pelaksanaan pembelajaran matematika dan ipa dlm bahasa inggris di rin...
 
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
JURNAL PENDIDIKAN (I) TV10003 : ISU PERLAKSANAAN PENGAJARAN SUBJEK SAINS (PPS...
 
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesiaDampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
Dampak globalisasi terhadap pendidikan di indonesia
 
Presentation
PresentationPresentation
Presentation
 
Nampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikanNampak globlisai terhadap pendidikan
Nampak globlisai terhadap pendidikan
 

Pentingnya Bahasa Inggeris

  • 1. ISI KANDUNGAN 1.0 PENGENALAN 2.0 ISI KANDUNGAN 3.0 CADANGAN 4.0 KESIMPULAN 5.0 RUJUKAN
  • 2. 1.0 PENGENALAN Dalam kepesatan era perkembangan teknologi masa kini, menuju wawasan 2020 Bahasa Inggeris merupakan bahasa yang paling utama atau juga sejajar dengan bahasa paling meluas nombor satu di dunia.Ia dilihat sebagai bahasa yang membolehkan setiap lapisan masyarakat di dunia ini berinteraksi secara mudah dan berkesan di era perkembangan pesat dan berteknologi moden serta canggih seperti telefon selular,televisyen satelit serta perhubungan rangkaian komputer yang boleh dikatakan segala informasi yang di perolehi dalam internet adalah menggunakan bahasa Inggeris.Ianya menjadi sangat penting kerana era globalisasi dan pengantarabangsaan telah mengubah setiap struktur kerjaya, mempengaruhi pendidikan , latihan kemahiran dan memcabar reka bentuk kokurikulum dalam budaya majmuk serta pendidikan kosmopolitan. Oleh itu,penguasaan bahasa Inggeris adalah menjadi salah satu yang amat penting bagi setiap para graduan yang berpendidikan tinggi di Malaysia dalam menguasai bahasa Inggeris 1.1 SEJARAH PENDIDIKAN BAHASA INGGERIS DI MALAYSIA Sejarah pendidikan bahasa inggeris dinegara kita dimana sekolah ingeris pertama ialah di Penang FreeSchool, Pulau Pinang (1816). dan terbahagi kepada dua jenis, iaitu sekolah Free School yang m e n d a p a t b a n t u a n d a r i p a d a k e r a j a a n d a n s e p a r a b a n t u a n ya n g d i t u b u h k a n s e r t a d i b i a y a i o l e h p e r s a t u a n m u b a l i g h K r i s t i a n d e n g a n m e n d a p a t b a n t u a n k e w a n g a n daripada kerajaan ianya bertujuan untuk melatih tenaga kerja seperti juruteknik, kerani bagi jabatan-jabatan kerajaan. Hakikatnya penyebaran dan penguasaan bahasa inggeris telah bertapak di Tanah Melayu sejak 1816 lagi iaitu 217 tahun lamanya. Pada era globalisasi masa kini, Bahasa Inggeris merupakan salah satu bahasa antarabangsa atau disebut sebagai “ lingua franca”yang mempunyai peranan berfungsi menurut penggunaannya
  • 3. sebagai bahasa antarabangsa komunikasi dalam ekonomi negara, terutamanya bagi Malaysia menuju kekal berdaya saing di peringkat global. Pada zaman Kesultanan Melayu Melaka Bahasa melayu dijadikan bahasa Lingua Franca berikutan pedagang seluruh dunia bertumpu di pelabuhan Melaka untuk menjalankan aktivitiperniagaan mereka. Walaubagaimanapun selepas kejatuhan kesultanan melayu Melaka dan kebangkitan kuasa barat sebagai kuasa terbesar dunia seperti Amerika Syarikat dan British yang menguasai ekonomi dunia, teknologi, ilmu dan menjadi sumber maklumat dunia, maka bahasa Inggeris diiktiraf sebagai Bahasa Antarabangsa. Oleh yang demikian, Bahasa Inggeris merupakan salah satu kesan daripada globalisasi dalam sistem pendidikan negara.Menurut mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke empat, beliau telah menyatakan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang paling maju serta berdaya saing.Rakyat Malaysia seharusnya dapat mendalami dan menguasai Bahasa Inggeris dengan sebaiknya.Keadaan ini berikutan kebanyakan buku-buku dan ilmu pengetahuan yang terkini dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris. Bahasa Inggeris juga amat penting dalam pendidikan di negara kita selaras dengan objektif Falasafah Pendidikan Negara yang ingin melahirkan setiap individu yang mampu bersaing di dalam dunia global kini.Jesteru itu, penguasaan bahasa inggeris yang dimulakan dariperingkat sekolah mampu melahirkan individu yang boleh berkomunikasi dengan baik dan berkesan dengan individu lain dari seluruh dunia. Sebagai contohnya, kemahiran berbahasa Inggeris amat penting apabila seseorang individu ditugaskan di luar negara atau membawa misi negara di luar negara. Kegagalan berkomunikasi dengan berkesan menggunakan bahasa Inggeris akan menjejaskan pelbagai peluang baik berupa peluang ekonomi mahupun sosial. Jelasnya, pendidikan bahasa Inggeris di peringkat sekolah mampu melahirkan individu yang “berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah” dengan masyarakat lain di seluruh dunia. Justeru itu, kerajaan berusaha untuk menjadikan rakyat Malaysia tidak ketinggalan dalam bidang ilmu dengan menyediakan program Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan oleh Tun Dr Mahathir bin Mohamad pada tahun 2003. Rasional kepada perlaksanaannya ialah kepada peralihan bahasa pengantar dalam
  • 4. Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik (PPSMI) daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris adalah atas dasar keprihatinan Kerajaan terhadap pembangunan sumber tenaga manusia untuk mencapai taraf negara maju dan persiapan dari peringkat awal persekolahan untuk bersaing dalam era globalisasi. Biarpun PPSMI ini tidak bertahan lama, usaha kerajaan tidak terhenti di situ, sebaliknya dengan kerjasama pihak Institut Pengajian Tinggi, Pihak Kementerian Pelajaran Tinggi menyatakan bahawa untuk memastikan pelajar universiti mempunyai tahap penguasaan Bahasa Inggeris yang baik, mereka akan diajar English Of Employment sebagai langkah positif bagi menentukan mereka memenuhi kehendak dunia pekerjaan , (utusan Malaysia.jun 2012). Keadaan ini jelas menunjukkan bahawa bahasa Inggeris merupakan bahasa yang amat penting untuk dikuasai dalam era ini berikutan keperluannya diperingkat antarabangsa, alam pekerjaan, penguasaan ilmu dan sebagainya. Perlu diingat bahawa majikan akan lebih tertarik untuk mengambil pekerja yang mampu berkomunikasi dalam pelbagai bahasa termasuklah berbahasa Inggeris. Sebagai contohnya, pekerjaan dalam bidang telekomunikasi, penyiaran, teknologi maklumat dan sebagainya amat memerlukan penggunaan bahasa Inggeris. Kemajuan ekonomi negara yang telah melepasi sempadan negara, mengakibatkan Malaysia memerlukan penduduk yang mampu berbahasa Inggeris dengan baik agar dapat bersaing dengan mereka dari seluruh dunia.Pendidikan bahasa Inggeris amat penting bagi melahirkan masyarakat yang dapat berkomunikasi dengan masyarakat antarabangsa.Sebagai contohnya, perkongsian dalam bidang ekonomi, sosial mahupun bidang teknologi memerlukan mereka yang mahir berbahasa Inggeris. Umumnya, mereka yang gagal menguasai bahasa ini akan berdepan dengan pelbagai rintangan yang dapat mengganggu komunikasi serta boleh menggagalkan peluang yang tersedia pada peringkat antara bangsa. Justeru, pendidikan bahasa Inggeris di sekolah berperanan membina masyarakat yang lebih berdaya saing pada peringkat global suatu hari nanti.
  • 5. Peluang Pekerjaan Keupayaan untuk fasih bertutur dalam bahasa Inggeris di samping bahasa ibunda anda boleh menjadi bermanfaat jika anda sedang mencari peluang pekerjaan dengan syarikat-syarikat antarabangsa.Keupayaan untuk bertutur dalam bahasa yang dituturkan oleh orang-orang perniagaan yang paling boleh meletakkan anda satu langkah di hadapan persaingan. adalah satu keperluan yang berterusan untuk menjelaskan bahawa walaupun bahasa Inggeris telah diberi status bahasa rasmi kedua di Malaysia, ia adalah hanya kedua untuk bahasa Malaysia dalam kepentingan dan bukan merupakan bahasa kedua kepada takrif dalam linguistik gunaan. Bahasa Inggeris tidak semestinya menjadi bahasa kedua pelajar Malaysia.Ia boleh menjadi yang pertama, kedua, atau walaupun bahasa asing bergantung kepada antara lain, lokaliti mereka kuasailah Bagi kebanyakan pelajar di kawasan luar bandar, Bahasa Inggeris adalah bahasa asing berdasarkan kuantiti pendedahan dan penggunaan bahasa. Akibatnya, orang-orang yang pendedahan dan penggunaan bahasa adalah terhad kepada kelas bahasa menjadi lemah. Malangnya, mereka akan terus menjadi begitu kerana kadar pengajaran tidak boleh perlahan. Pembawa situasi ini dalam fikiran, ia adalah menakutkan untuk membayangkan pertempuran bukit dari arah depan mereka kerana mereka berpindah menurut mereka untuk kecemerlangan akademik. Walaupun fakta bahawa peranan bahasa Inggeris dalam negara telah berubah daripada bahasa rasmi bahasa kedua, terdapat keperluan berterusan bagi rakyat Malaysia untuk menjadi kompeten dalam bahasa. Bahasa Inggeris adalah penting untuk Kerajaan menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan Malaysia perlu terus berkembang supaya dapat memenuhi aspirasi negara yang kian meningkat dan juga dapat bersaing dengan negara lain yang setanding. Ekonomi dan dunia globalisasi hari ini memerlukan pesaing
  • 6. yang mampu berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif. Bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat, negara lain sentiasa menambah baik pendekatan terhadap pendidikan, dan Malaysia juga perlu melakukan perkara yang sama. Dalam Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalankan, hampir 98% daripada lebih 3,000 responden berpendapat bahawa sekarang adalah masa yang tepat untuk menjalankan kajian semula pendidikan, atau kajian semula ini sepatutnya telah dilakukan lebih awal WalaupunfaktabahawaperananbahasaInggerisdalam negaratelah berubahdaripadabahasarasmibahasa kedua, terdapatkeperluanberterusanbagi rakyat Malaysiauntukmenjadi kompetendalam bahasa. BahasaInggerisadalah penting untuk Kerajaan menyedari hakikat bahawa sistem pendidikan Malaysia perlu terus berkembang supaya dapat memenuhi aspirasi negara yang kian meningkat dan juga dapat bersaing dengan negara lain yang setanding. Ekonomi dan dunia globalisasi hari ini memerlukan pesaing yang mampu berfikir dengan lebih kritis, kreatif dan inovatif. Bagi memenuhi permintaan yang sentiasa meningkat, negara lain sentiasa menambah baik pendekatan terhadap pendidikan, dan Malaysia juga perlu melakukan perkara yang sama. Dalam Dialog Nasional Pendidikan Negara yang dijalankan, hampir 98% daripada lebih 3,000 responden berpendapat bahawa sekarang adalah masa yang tepat untuk menjalankan kajian semula pendidikan, atau kajian semula ini sepatutnya telah dilakukan lebih awal. Kementerian menyedari hakikat betapa pentingnya pendidikan dalam menyediakan asas pembentukan negara bangsa dan pertumbuhan ekonomi mapan selaras dengan matlamat transformasi Malaysia ke arah negara berpendapatan tinggi. Kementerian juga menyedari bahawa
  • 7. sistem pendidikan negara perlu melalui transformasi yang menyeluruh dan sistematik sekiranya Malaysia berhasrat melahirkan individu yang mampu berkembang maju dan bersaing pada peringkat global. Justeru, Pelan Pembangunan Pendidikan ini bukan sekadar menyediakan penilaian terhadap sistem pendidikan masa kini dan kejayaan serta kegagalan sistem, tetapi juga mengemukakan pelan yang komprehensif untuk maju ke arah pendidikan bertaraf dunia. Kemahiran Berfikir Setiap murid perlu mempunyai semangat ingin tahu, dan belajar cara untuk terus mendapatkan pengetahuan sepanjang hayat, mampu menghubung kait pelbagai pengetahuan, dan yang paling penting dalam ekonomi berasaskan pengetahuan ialah mewujudkan pengetahuan baharu. Setiap murid perlu menguasai pelbagai kemahiran kognitif yang penting: ▪▪ Pemikiran Kreatif dan Inovatif: kemampuan menginovasi, menjana kemungkinan baharu, dan mencipta idea atau pengetahuan baharu; ▪▪ Penyelesaian Masalah dan Penaakulan: keupayaan meramal masalah dan mendekati isu secara kritis, logik, induktif, dan deduktif bagi mencari penyelesaian, dan akhirnya membuat keputusan; dan ▪▪ Keupayaan Belajar: keupayaan memacu pembelajaran sendiri, dengan kemampuan menghargai nilai pembelajaran sepanjang hayat Kemahiran memimpin Kemampuan bekerja dengan berkesan dan memimpin orang lain adalah penting, terutamanya dalam dunia yang semakin saling bergantung. Dalam Dialog Nasional, kepentingan memupuk kepimpinan dan keupayaan bekerja secara berkesan dalam satu pasukan bagi setiap murid sering dibangkitkan. Sistem pendidikan berusaha membantu setiap murid mencapai potensi penuh mereka melalui pelibatan sebagai pemimpin, serta bekerja dalam kumpulan. Dalam konteks sistem pendidikan, kepimpinan mempunyai empat unsur: ▪▪ Keusahawanan: mengambil inisiatif untuk mewujudkan dan membangunkan penyelesaian sendiri, dan bagi tujuan itu sanggup membuat pelaburan daripada sumber sendiri, serta terdorong untuk memastikan penyelesaian itu dizahirkan; ▪▪ Berdaya tahan: membangunkan cara berfikir yang konstruktif serta mampu menghadapi rintangan; ▪▪ Kecerdasan emosi: berupaya memahami dan bekerja secara berkesan dengan orang lain serta mampu mempengaruhi mereka secara positif; dan
  • 8. ▪▪ Keterampilan komunikasi: berupaya memberikan pendapat dan hasrat secara lisan dan bertulis dengan jelas. Sekolah perlu menggunakan peluang yang disediakan di dalam bilik darjah melalui aktiviti berasaskan projek dan kerja kumpulan, aktiviti di luar bilik darjah melalui sukan, seni, serta aktiviti kokurikulum dalam membangunkan keperibadian murid.Peluang Pekerjaan Keupayaan untuk fasih bertutur dalam bahasa Inggeris di samping bahasa ibunda anda boleh menjadi bermanfaat jika anda sedang mencari peluang pekerjaan dengan syarikat-syarikat antarabangsa.Keupayaan untuk bertutur dalam bahasa yang dituturkan oleh orang-orang perniagaan yang paling boleh meletakkan anda satu langkah di hadapan persaingan. adalah satu keperluan yang berterusan untuk menjelaskan bahawa walaupun bahasa Inggeris telah diberi status bahasa rasmi kedua di Malaysia, ia adalah hanya kedua untuk bahasa Malaysia dalam kepentingan dan bukan merupakan bahasa kedua kepada takrif dalam linguistik gunaan. Bahasa Inggeris tidak semestinya menjadi bahasa kedua pelajar Malaysia.Ia boleh menjadi yang pertama, kedua, atau walaupun bahasa asing bergantung kepada antara lain, lokaliti mereka kuasailah Bagi kebanyakan pelajar di kawasan luar bandar, Bahasa Inggeris adalah bahasa asing berdasarkan kuantiti pendedahan dan penggunaan bahasa. Akibatnya, orang-orang yang pendedahan dan penggunaan bahasa adalah terhad kepada kelas bahasa menjadi lemah. Malangnya, mereka akan terus menjadi begitu kerana kadar pengajaran tidak boleh perlahan. Pembawa situasi ini dalam fikiran, ia adalah menakutkan untuk membayangkan pertempuran bukit dari arah depan mereka kerana mereka berpindah menurut mereka untuk kecemerlangan akademik. Justeru itu, tanggungjawab guru adalah sebagai mentor dan agen kepada perkembangan dan pembentukan modal insan yang seimbang dari segi jasmani, emosi, intelek, rohani dan sosialnya dalam komuniti masyarakat agar rakyat yang dilahirkan mengarah kearah pembangunan yang positif. Graduan yang lahir daripada sistem pendidikan Malaysia gagal memenuhi kehendak bakal majikan kerana kekurangan kemahiran berfikir secara kritis dan lemah dalam berkomunikasi. Ini telah menyebabkan majikan perlu menyediakan latihan tambahan untuk menyesuaikan mereka ke dalam skop kerja masing-masing manakala ramai graduan perlu menerima pekerjaan yang tidak sesuai dengan kelayakan mereka.
  • 9. Perunding pendidikan, sumber manusia dan pengambilan pekerja yang berpangkalan di Malaysia, merasakan terdapat keperluan asas yang kukuh dalam pemikiran kritikal dimasukkan ke dalam sistem pendidikan sebagai usaha menyediakan generasi akan datang untuk pasaran pekerjaan. Pengurus negara Manpower Staffing Services (M) Sdn Bhd Sam Haggag berkata terdapat jurang yang ketara antara apa yang dihasilkan sistem pendidikan Malaysia dengan apa yang dicari majikan. "Ini telah menyebabkan enam daripada 10 graduan dari universiti-universiti Malaysia mengambil masa sehingga enam bulan untuk mendapatkan pekerjaan. Sebanyak 40 peratus lagi mengambil masa yang lebih lama lagi," kata Haggag, yang syarikatnya menyediakan penyelesaian tenaga kerja yang termasuk pengambilan dan latihan. "Pengambilan merupakan satu cabaran yang berbeza memandangkan universiti-universiti mengeluarkan graduan yang tidak mempunyai kemahiran yang diperlukan untuk memasuki tenaga kerja.Daripada konteks tenaga kerja, kami dapati bahawa tujuh daripada 10 graduan yang datang untuk temuduga pengambilan gagal ujian kecekapan Bahasa Inggeris yang ditetapkan oleh pelanggan kami. "Kurang penguasaan dalam Bahasa Inggeris mengehadkan kebolehan mereka untuk berkomunikasi di luar sempadan Malaysia dan ini mengurangkan keyakinan mereka dan mengurangkan keupayaan mereka untuk menambah nilai di tempat kerja," katanya. Ketua Pegawai Sumber Manusia Hong Leong Bank Ramon Chelvarajasingam berkata ramai graduan baru yang muncul daripada sistem pendidikan Malaysia tidak mempunyai kemahiran pemikiran kritikal yang diperlukan untuk bersaing dalam dunia yang sentiasa berubah dan menjadi semakin kompetitif. "Kaedah dan teknologi-teknologi baharu memaksa orang ramai untuk beroperasi di luar zon selesa mereka.Di negara-negara pesaing kita, profesional muda lebih maju dalam pemikiran
  • 10. kritikal, berinovasi, berfikir di luar kebiasaan dan mempunyai inisiatif pembangunan berterusan berbanding dalam Malaysia," tegasnya. Beliau berkata hari ini, kebanyakan majikan mencari graduan dengan tahap keyakinan yang tinggi yang terdedah kepada bidang khusus di luar pengajian akademik mereka. Abstrak Kecekapan dalam kemahiran bahasa Inggeris di kalangan graduan yang mewujudkan kelebihan untuk organisasi disukai oleh bakal majikan sebagai salah satu kriteria utama untuk mendapat pekerjaan. Artikel ini memberikan gambaran mahasiswa dalam pendidikan tinggi dan juga literasi tempat kerja dari perspektif majikan dalam industri pembuatan. Hasil daripada kajian menunjukkan bahawa industri pembuatan Malaysia majikan menganggap bahawa kemahiran penguasaan bahasa Inggeris pekerja siswazah bahasa masih berada di bawah mereka jangkaan. Oleh itu, kajian ini mencadangkan bahawa terdapat keperluan untuk campur tangan dalam pengajaran bahasa kepada memperbaiki sukatan pelajaran bahasa Bahasa Inggeris peringkat penguasaan bahasa Inggeris di peringkat sekolah rendah, menengah dan pengajian tinggi. Pada masa yang sama, penekanan terhadap kepentingan bahasa Inggeris dalam penggunaan seharian perlu dipupuk tanpa mengabaikan bahasa kebangsaan Malaysia. Ini akan memastikan bahawa pengajaran Bahasa Inggeris akan menjadi sejajar dengan globalisasi dan tempat kerja permintaan semasa.
  • 11. PELAJAR IPT LEMAH BAHASA INGGERIS Dewasa ini, masalah kelemahan menguasai bahasa Inggeris semakin serius di kalangan pelajar- pelajar tidak kira di peringkat sekolah rendah, menengah atau di peringkat universiti.Lebih membimbangkan lagi, masalah ini menular di kalangan pelajar Melayu.Di sini, saya ingin mengkhususkan kepada kelemahan pelajar IPT dalam mengusai bahasa Inggeris.Mari kita sama- sama fikirkan mengapakah masalah ini berlaku khususnya di kalangan pelajar Melayu? Dalam rencana ini, saya ingin memfokuskan permasalahan kepada pelajar-pelajar di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).Seperti yang kita sedia maklum, USIM menggunakan bahasa Inggeris dan bahasa Arab sebagai bahasa pengantar.Tetapi ada segelintir dari pelajar-pelajarnya masih lagi lemah dalam menguasai bahasa Inggeris. Menurut Cik Juliana Niza bt Ismail Adnan, penyelaras program MUET di Universiti Sains Islam Malaysia, beliau berpendapat punca pelajar USIM lemah bahasa Inggeris adalah berpunca dari pemikiran mereka yang tidak maju. Pelajar USIM selalu berpendapat jika bertutur dalam bahasa Inggeris, mereka akan melupakan bahasa Melayu. Menurut beliau lagi, pelajar-pelajar juga jarang mempraktikkan bahasa Inggeris yang mereka pelajari.Dengan lebih jelas lagi pelajar-pelajar teramat malas untuk membuat ulangkaji dan mereka juga tidak memgamalkan ilmu yang mereka pelajari di dalam kelas.Kebanyakkan pelajar-pelajar USIM juga terlalu kurang membaca bahan bahasa Inggeris, tidak mengambil tahu isu-isu semasa dan pemikiran mereka terlalu cetek.Mereka tidak mempunyai minat untuk membaca suratkhabar bahasa Inggeris dan pelajar-pelajar juga terlalu memfokuskan minat mereka kepada bacaan yang berbentuk hiburan sahaja contohnya mereka lebih berminat kepada suratkhabar hiburan seperti Kosmo dan Harian Metro. Cik Juliana Niza menambah lagi pendapat beliau mengatakan bahawa pelajar-pelajar akan membaca bahan bahasa Inggeris apabila disuruh sahaja. Normalnya, seseorang akan lebih terasa bosan apabila melakukan sesuatu dengan paksaan dan begitu juga dengan pelajar-pelajar akan cepat bosan apabila membaca sesuatu bahan yang mereka tidak suka. Faktor ini juga secara tidak langsung menyumbangkan kepada kelemahan pelajar USIM dalam menguasai bahasa Inggeris dan juga lemah di dalam MUET. Inilah yang membimbangkan kerana jika pelajar-pelajar tidak lulus MUET, sukar bagi mereka untuk mendapat pekerjaan di masa akan datang. Bagi pendapat Puan Suhaili Abdul Jalil pula yang merupakan pensyarah bahasa Inggeris dari Unit Bahasa Inggeris USIM berpendapat, punca pelajar-pelajar lemah menguasai bahasa Inggeris adalah kebanyakan pelajar-pelajar USIM memandang bahasa Inggeris hanya sebagai subjek. Mereka belajar bahasa Inggeris semata-mata untuk lulus dalam peperiksaan. Mereka juga menganggap bahasa Inggeris adalah sesuatu yang membosankan dan menyusahkan.Apabila mereka telah menganggap begitu, terlalu mustahil bagi mereka untuk meminati bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga tidak mahu melatih diri mereka untuk mencuba berulang kali bertutur dalam bahasa Inggeris antara satu sama lain. Kebanyakkan pelajar Melayu tidak mahu mencuba dan takut kepada kesalahan.
  • 12. Pelajar- pelajar juga mempunyai sifat malu untuk bertutur dalam bahasa Inggeris. Sesetengah daripada mereka menganggap apabila bertutur dalam bahasa itu, mereka akan diejek dan dipulaukan. Inilah masalah pelajar Melayu, takut kepada ejekan rakan-rakan sehingga membawa keburukan kepada diri sendiri.Hakikatnya, pelajar Cina lebih maju dan pakar dalam bahasa Inggeris kerana mereka berani mencuba dan tidak takut kepada ejekan-ejekan yang boleh melemahkan diri mereka.Pelajar USIM juga tidak mahu mengubah sikap mereka dan hanya bergantung semata-mata kepada pensyarah-pensyarah untuk memajukan mereka.Sepatutnya di peringkat universiti tidak berlaku lagi perkara sebegini.Pelajar-pelajar sepatutnya berusaha sendiri untuk memperbaiki kelemahan diri.Pelajar-pelajar sepatutnya mencari pensyarah bukan pensyarah yang mencari pelajar.Tetapi sekarang ini, kebanyakan pensyarah yang berusaha untuk memperbaiki kelemahan pelajar yang lemah menguasai bahasa Inggeris. Menurut pendapat Puan Milazita Md Zin, seorang guru bahasa Inggeris dari Pahang, melalui pengalamannya mengajar bahasa Inggeris, beliau berpendapat punca pelajar lemah bahasa Inggeris adalah disebabkan latar belakang sosial pelajar itu. Pelajar luar bandar kurang terdedah dengan penggunaan bahasa Inggeris.Disebabkan itu, mereka terlalu terhad untuk menggunakan bahasa Inggeris.Mereka juga mempunyai pengetahuan yang sedikit terhadap bahasa Inggeris dan tidak memberi peluang untuk berinteraksi.Pelajar juga kurang motivasi diri terhadap kepentingan bahasa Inggeris.Mereka malas untuk mengulangkaji dan menambah pengetahuan dari segi pemahaman terhadap ayat-ayat Inggeris yang sukar. Beliau menambah lagi pelajar mempelajari bahasa Inggeris hanya untuk lulus peperiksaan. Sikap ini ada pada kebanyakan pelajar dan menyebabkan mereka tidak mahu ambil tahu terhadap perkataan baru yang tidak pernah didengar.Mereka hanya bergantung kepada kurikulum sedia ada.Pelajar-pelajar juga malu untuk menyebut perkataan Inggeris.Mereka tiada keyakinan diri untuk bertutur dan mengalami masalah untuk menyebut sesetengah perkataan dengan betul.Kebanyakan pelajar kurang pengetahuan dari aspek tatabahasa.Contoh paling mudah apabila pelajar yang kurang menguasai tatabahasa ini menulis sesuatu topik dalam bahasa Inggeris tidak dapat menulis sesuatu perkataan itu.Inilah hakikat yang berlaku kepada pelajar Melayu yang lemah menguasai bahasa Inggeris. Pelajar-pelajar juga tidak mahu “menjelajah” dengan lebih mendalam terhadap bahasa Inggeris dan terlalu obses dengan bahasa itu.Mereka menganggap bahasa Inggeris sukar difahami dan sukar untuk digunakan dalam kehidupan seharian.Mengapa pelajar IPT mempunyai pemikiran yang terlalu cetek terhadap bahasa antarabangsa ini sedangkan bahasa Inggeris amat penting untuk membawa seseorang itu kearah kemajuan. Bagi pendapat Noraina bt Mohd Mustaffa pelajar dari Kuala Lipis, Pahang, beliau berpendapat punca pelajar lemah bahasa Inggeris ialah kebanyakan dari mereka kurang tatabahasa, tiada keyakinan diri dan malas untuk berusaha lebih untuk memantapkan bahasa Inggeris mereka. Kebanyakan pelajar hanya bergantung kepada guru-guru sahaja.Mereka seolah-olah tidak mahu berdikari sendiri dan hanya menunggu guru-guru “menyuapkan” ilmu kepada mereka.Mentaliti pelajar-pelajar juga masih berada di takuk lama dan tidak mahu menerima bahasa Inggeris sebagai bahasa ilmu.
  • 13. Memandangkan masalah ini terlalu serius, kita sepatutnya memikirkan cara-cara untuk mengatasi pelajar-pelajar yang lemah bahasa Inggeris ini.Pelajar-pelajar sepatutnya berusaha lebih dalam memperbaiki diri mereka.Dapatkan bimbingan dari pensyarah-pensyarah bahasa Inggeris apabila mempunyai masalah dalam bahasa Inggeris, menghadiri kelas pemantapan bahasa Inggeris dan memperbanyakkan bahan bacaan bahasa Inggeris serta tatabahasa bahasa Inggeris.Pelajar-pelajar juga seharusnya memiliki idea yang matang dalam sesuatu isu untuk memudahkan lagi pelajar menghuraikan isi dengan terperinci.Perbanyakan juga membaca istilah- istilah bahasa Inggeris untuk memantapkan lagi penguasaan dalam bahasa Inggeris.Pelajar- pelajar jangan terlalu menghadkan pemikiran mereka jika mahu pandai menguasai bahasa Inggeris. Sememangnya kita tidak boleh menafikan bahawa bahasa Inggeris mempunyai kepentingan yang besar didalam hidup kita terutamanya kepada pelajar-pelajar.Bahasa Inggeris adalah bahasa global, bahasa kemajuan dan bahasa komunikasi yang utama selain bahasa Melayu. Bahasa Inggeris juga amat penting untuk melayakkan diri kita berada setaraf dengan era globalisasipada masa sekarang dan akan datang. Seharusnya kita terutama pelajar-pelajar perlu ada kesedaran terhadap penguasaan bahasa Inggeris bukan bermakna kita mendaulatkan bahasa “penjajah” itu, tetapi untuk membawa kita setaraf dengan kemajuan dunia hari ini. Bahasa Melayu tetap berdaulat di hati orang Melayu dan tiada alasan untuk kita tidak boleh menguasai bahasa Inggeris seperti orang lain. Pepatah ada mengatakan “Nak seribu daya, tak nak seribu dalih”.Hanya orang malas sahaja yang tidak mahu mengubah diri mereka. Dalam dunia ini, tiada perkara yang mustahil untuk kita lakukan.Sedangkan orang kafir boleh menguasai bahasa Arab, mengapa kita tidak boleh menguasai bahasa Inggeris?Semua ini bermula dari diri kita sendiri.“Dimana ada kemahuan, disitu ada jalan”.Siapa yang berusaha maka dialah yang beroleh kejayaan.Segala amal dan usaha di dalam hidup kita adalah didorong oleh fikiran dan batin kita.Di dalam batin kita terletak pertimbangan di antara buruk dan baik, cantik atau jelik.Sedangkan agama Islam menyukai dan amat menggalakkan umatnya berusaha untuk memajukan diri mereka.Kita diberi akal untuk menilai mana yang baik dan mana yang buruk. Pelajar-pelajar USIM seharusnya mengambil inisiatif untuk memahirkan lagi penguasaan dalam bahasa Inggeris setanding dengan pelajar-pelajar universiti yang lain