SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 8
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
BIL. JURNAL : MINGGU KEDUA
TARIKH : 28 JANUARI-01 FEBRUARI 2013
MASALAH / PERISTIWA :
1. Pengenalan kepada pengurusan tingkah laku
2. Pengenalan kepada ADHD (Attention Deficit-Hyperactivity Disorder)
PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU
Pengurusan tingkah laku ialah tindakan yang dilakukan oleh guru., ibu bapa atau pihak
tertentu untuk membentuk perlakuan luaran atau dalaman individu atau kumpulan
supaya kanak-kanak mempunyai tingkah laku bermanfaat, produktif dan diterima oleh
masyarakat.
Menurut Walker, J.W. & Shea, T.M. (2002) dalam bukunya ‘’ Behavior
Management : A Practical Approach for Educators;
‘’Behavior management interventions are defined as all those actions (and conscious
inactions) teachers and parents engage in to enhance the probability that children,
individually and in groups, will develop effective behaviors that are personally fulfilling,
productive, and socially acceptable (Shea & Bauer, 1987).
‘’ Behavior management is a complex problem that cannot be approached from a
simplistic point of view. It is a teacher function that must be studied, planned, and
objectively used and evaluated, with equal emphasis given to all relevant variables : the
individual or group whose behavior is being studied, the behavior under consideration,
the setting in which the behavior occurs, the individual applying the intervention, and the
purpose of the intervention.’’
~ 1 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
Kesimpulannya, pengurusan tingkah laku melibatkan bukan sahaja murid dan
guru semata-mata, tetapi ibu bapa dan masyarakat juga bertanggungjawab untuk
melibatkan diri bagi memastikan tingkah laku yang dikehendaki dapat dicapai ke atas
murid. Ia juga perlu dirancang dengan baik sesuai dengan murid serta dijalankan
secara berterusan supaya apa yang dirancang dapat dicapai.
PENGENALAN KEPADA ADHD
Persatuan Psikologi Amerika Syarikat (APA);
ADHD ialah kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum
umur 7 tahun. ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif, dan
hiperaktif – impulsif yang terlalu kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat
pada individu pada tahap-tahap perkembangannya.
Definisi ADHD yang diberikan oleh Persatuan Psikologi Amerika di atas dikategorikan
kepada tiga (Marilyn Friend, 2005) iaitu ;
A : ADHD – Kurang tumpuan.
Bagi sesetengah kanak-kanak dengan ADHD, tidak memberi tumpuan merupakan
petunjuk yang utama. Mereka mungkin meninggalkan bahagian mustahak tugasan
yang diberikan, kerap menggelamun dalam kelas, tidak teratur dan kerap kali terlupa.
B : ADHD – Hiperaktif Impulsif.
Bagi ADHD jenis ini, petunjuk utama adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah
pergerakan yang sangat tinggi, dan impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir.
Murid jenis ini kerap mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyang kerusi, selalu
berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap.
~ 2 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
C : ADHD – Gabungan.
Sesetengah kanak-kanak dengan ADHD mempunyai petunjuk-petunjuk pada kedua-
dua ciri di atas yang merupakan sebahagian daripada kecelaruan yang dihadapi, iaitu
tidak ada tumpuan dan hiperaktif-impulsif.
MASALAH / PERISTIWA :
1. Pelaksanaan pengurusan tingkah laku terhadap murid terpilih
Pada minggu sebelumnya, saya telah memilih seorang murid bermasalah ADHD
sebagai subjek kajian untuk dipulihkan tingkah lakunya. Saya telah memilih untuk
melatih murid ini supaya dapat makan sendiri tanpa bantuan orang lain. Makan sendiri
adalah merupakan salah satu daripada kemahiran urus diri yang paling penting bagi
seorang individu. Menurut datuk subjek, cucunya boleh makan sendiri namun lambat,
tidak teratur, dan dia hanya akan makan sedikit sahaja. Oleh itu kebiasaannya subjek
akan disuap oleh ahli keluarganya.
Bagi pelaksanaan tugasan ini, saya telah memilih untuk mengambil alih tugas
pembantu pengurusan murid yang menyuap subjek pada setiap hari pada waktu rehat.
Saya akan melatih subjek sedikit demi sedikit selama setengah jam pada setiap hari.
Bermula daripada memegang sudu dengan betul sehinggalah murid dapat makan
sendiri apabila disuruh, akan cuba saya laksanakan secara berperingkat-peringkat.
Subjek ini memahami arahan, mempunyai pertuturan yang boleh difahami walaupun
kurang jelas, dan suka meniru percakapan orang lain.
.
~ 3 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
ANALISIS
Makan adalah merupakan satu kemahiran asas yang sangat mudah dan ringkas
bagi seorang individu yang normal dan telah dilatih dengan baik sejak kecil. Ia adalah
kemahiran asas yang wajib dikuasai oleh setiap kanak-kanak di bawah umur 6 tahun
sebagai persediaan untuk ke sekolah, seterusnya belajar perkara-perkara lain. Walau
bagaimanapun, makan boleh menjadi satu perkara yang sukar bagi individu yang
dilahirkan kurang sempurna, serta tidak dilatih dengan baik sejak kecil.
Subjek yang telah berumur 9 tahun tahu untuk makan sendiri namun sering
disuap oleh ahli keluarganya atas alasan jika dibiarkan makan sendiri subjek makan
terlalu sedikit dan makan secara bersepah-sepah. Subjek merupakan seorang anak
yatim yang tinggal bersama datuk dan neneknya kerana bapanya telah meninggal
dunia dan ibunya berkerja jauh di Kuala Lumpur. Oleh itu subjek tinggal bersama datuk
dan neneknya yang terlalu memanjakannya dan kurang melatihnya untuk hidup
berdikari.
Menjadi tugas guru di sekolah untuk membantu subjek dapat berdikari sendiri
untuk makan kerana ia adalah merupakan satu kemahiran asas hidup yang tidak boleh
diabaikan. Berdasarkan pemerhatian saya, subjek suka mengikut apa yang orang lain
tuturkan maka tidak mustahil subjek boleh dilatih untuk makan sendiri dengan cara
yang betul. Jika subjek terus dibiarkan untuk makan dengan disuap oleh orang lain
maka subjek mungkin mengalami masalah kesihatan jika tiada sesiapa yang dapat
menyuapnya.
Subjek ini ialah murid yang baru sahaja masuk ke sekolah ini pada awal tahun ini
kerana berpindah daripada sekolah di Kuala Lumpur. Oleh itu, tugas menjaga subjek
semasa guru mengajar murid yang lain banyak diambil alih oleh pembantu pengurusan
murid. Subjek tidak boleh dibiarkan sendirian kerana jika tidak, dia akan keluar dari
kelas. Subjek ini telah banyak kali keluar kelas dan membuka pintu-pintu kereta guru
lain dan pernah menyebabkan satu sekolah bising dengan bunyi penggera kereta yang
kuat.
~ 4 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN
Seperti yang telah saya rancangkan di dalam RPI saya sebelum ini, saya akan
mengubah tingkahlaku subjek yang tidak boleh makan sendiri dengan baik kepada
dapat makan dengan cara yang betul. Di samping mengajar makan sendiri juga, saya
juga akan cuba mendisiplinkan subjek dengan mengurangkannya berjalan ke merata-
rata tempat dan mengganggu orang lain.
Saya telah menetapkan supaya pada setiap kali waktu rehat setiap hari, subjek
wajib makan di dapur sehingga selesai dan tidak boleh bergerak ke mana-mana selagi
tidak selesai makan. Saya telah menjalankan tindakan ini selama 4 hari ke atas subjek
ini dan selama 4 hari tersebut, saya telah dapat mengesan beberapa perkara dan
kaedah untuk membantu memudahkan tindakan saya. Subjek ini tidak makan banyak
dan makan sedikit sahaja, namun saya akan cuba melatih subjek supaya makan lebih
banyak sedikit demi sedikit pada setiap sesi sehinggalah bekal makanan yang
dibawanya habis dimakan.
Seperti yang telah saya nyatakan di dalam jurnal pada minggu sebelumnya saya
akan menggunakan hukum pembelajaran kedua iaitu hukum latihan di dalam teori
Thorndike. Menurut Thorndike, persepsi perhubungan antara rangsangan dengan gerak
balas adalah mewakili konsep pembelajaran. Hal yang demikian, untuk meningkatkan
perhubungan antara ransangan dan gerak balas, seseorang murid hendaklah diberi
latihan yang banyak untuk mendapat kesan yang baik. Kesimpulannya, semakin
banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara rangsangan dengan gerak
balas seseorang murid.
Di bawah ini, disenaraikan beberapa tip yang boleh digunapakai oleh ibu bapa
sebagai panduan. Ia turut diperjelaskan menerusi laman web www.sabda.org.
• Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini
kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka
akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal.
• Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas
atau bodoh kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang anda
~ 5 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
labelkan.
• Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali
merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat
menguasai apa yang anda ajarkan.
• Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain,
segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara
tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai
cara menanganinya.
• Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana,
komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih
kreatif dan idealisme.
• Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak
hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain.
• Ajar disiplin pada kanak-kanak hiperaktif agar pada masa hadapan,
mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik.
(http://ppkismkkl.blogspot.com/2011/03/menangani-anak-anak-hiperaktif.html)
~ 6 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
KESIMPULAN
Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati 333,000 kanak-
kanak atau 4.3 peratus mengalami masalah ADHD. Jika tidak diberi rawatan lebih awal,
60 peratus daripada individu ini akan membesar sebagai orang dewasa bermasalah
sehingga mendorong melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Disebabkan
ADHD mempengaruhi genetik, seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada
anak lelaki mereka. Keadaan ini juga menjadikan kanak-kanak lebih cenderung
mengalami ADHD sebanyak tiga kali ganda berbanding budak perempuan.
Hakikatnya semua bayi dilahirkan ke dunia ini mempunyai kebolehan untuk
belajar, tetapi terpulang kepada ibubapa untuk mencorakkannya. Kurang pengetahuan
atau tidak tahu masalah anak menyebabkan sesetengah kanak-kanak ini terbiar tanpa
sebarang rawatan. ADHD perlu dirawat segera sebaik disedari kerana ia menyebabkan
beberapa masalah sampingan seperti perasaan rendah diri, kurang yakin dan lemah
pencapaian akademik. Dalam situasi ini, ibu bapa seharusnya tidak kecewa jika anak
mereka didapati mengalami masalah ini, bawalah mereka bertemu pakar supaya
tingkahlaku ini tidak terbawa-bawa ke alam dewasa. mereka masih berpotensi
menjalani hidup normal seperti individu lain.
~ 7 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
RUJUKAN
Menangani anak-anak hiperaktif
(http://ppkismkkl.blogspot.com/2011/03/menangani-anak-anak-hiperaktif.html)
Kanak-kanak hiperaktif
http://www.scribd.com/doc/27262979/Menangani-Masalah-Anak-Hiperaktif
Tandatangan pelajar, Disahkan oleh,
……………………… ……………….
~ 8 ~

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Tugas ppt hiperaktif mata kuliah kesukaran belajar
Tugas ppt hiperaktif mata kuliah kesukaran belajarTugas ppt hiperaktif mata kuliah kesukaran belajar
Tugas ppt hiperaktif mata kuliah kesukaran belajarZur Yani
 
Bermasalah Tingkah Laku Dan Emosi New
Bermasalah Tingkah Laku Dan Emosi NewBermasalah Tingkah Laku Dan Emosi New
Bermasalah Tingkah Laku Dan Emosi NewMegat Panji Alam
 
Buku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah laku
Buku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah lakuBuku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah laku
Buku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah lakudiba96jamal
 
Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2
Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2
Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2Muhammad Sollahhuddin
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembamRidzuan Ahmad
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakNur Kareena
 
Belajar calistung pada PAUD
Belajar calistung pada PAUDBelajar calistung pada PAUD
Belajar calistung pada PAUDSujud Marwoto
 
Bermasalahtingkahlakudanemosi new-091011024533-phpapp01
Bermasalahtingkahlakudanemosi new-091011024533-phpapp01Bermasalahtingkahlakudanemosi new-091011024533-phpapp01
Bermasalahtingkahlakudanemosi new-091011024533-phpapp01Ahmad Imran Md Isa
 
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)Ruslan Mauliady
 
Slow learner
Slow learnerSlow learner
Slow learneriwan Alit
 
Unconditional love
Unconditional loveUnconditional love
Unconditional loveRosa Saad
 
Konsep Anak dengan ADHD
Konsep Anak dengan ADHDKonsep Anak dengan ADHD
Konsep Anak dengan ADHDWulan Yulian
 
Kanak2 berkeperluan khas
Kanak2 berkeperluan khasKanak2 berkeperluan khas
Kanak2 berkeperluan khasRasLamia Othman
 
Hubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswa
Hubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswaHubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswa
Hubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswaIka Lestari
 

La actualidad más candente (20)

Adhd
AdhdAdhd
Adhd
 
Tugas ppt hiperaktif mata kuliah kesukaran belajar
Tugas ppt hiperaktif mata kuliah kesukaran belajarTugas ppt hiperaktif mata kuliah kesukaran belajar
Tugas ppt hiperaktif mata kuliah kesukaran belajar
 
Bermasalah Tingkah Laku Dan Emosi New
Bermasalah Tingkah Laku Dan Emosi NewBermasalah Tingkah Laku Dan Emosi New
Bermasalah Tingkah Laku Dan Emosi New
 
Hiperaktif
HiperaktifHiperaktif
Hiperaktif
 
Buku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah laku
Buku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah lakuBuku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah laku
Buku 1 , tajuk 7 kecelaruan emosi atau tingkah laku
 
Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2
Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2
Nyatakan dan huraikan punca dan ciri2
 
Makalah permasalahan anak rukia
Makalah permasalahan anak rukiaMakalah permasalahan anak rukia
Makalah permasalahan anak rukia
 
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
kajian-kes-murid-mundur-dan-lembam
 
Pertemuan ke 2 infant-toddler education. pwt
Pertemuan ke 2  infant-toddler education. pwtPertemuan ke 2  infant-toddler education. pwt
Pertemuan ke 2 infant-toddler education. pwt
 
Intervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanakIntervensi awal kanak kanak
Intervensi awal kanak kanak
 
Belajar calistung pada PAUD
Belajar calistung pada PAUDBelajar calistung pada PAUD
Belajar calistung pada PAUD
 
Siswa swn
Siswa swnSiswa swn
Siswa swn
 
Bermasalahtingkahlakudanemosi new-091011024533-phpapp01
Bermasalahtingkahlakudanemosi new-091011024533-phpapp01Bermasalahtingkahlakudanemosi new-091011024533-phpapp01
Bermasalahtingkahlakudanemosi new-091011024533-phpapp01
 
Salah kaprah calistung aud sajian
Salah kaprah calistung aud sajianSalah kaprah calistung aud sajian
Salah kaprah calistung aud sajian
 
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
Makalah bimbingan konseling (menurunnya prestasi anak)
 
Slow learner
Slow learnerSlow learner
Slow learner
 
Unconditional love
Unconditional loveUnconditional love
Unconditional love
 
Konsep Anak dengan ADHD
Konsep Anak dengan ADHDKonsep Anak dengan ADHD
Konsep Anak dengan ADHD
 
Kanak2 berkeperluan khas
Kanak2 berkeperluan khasKanak2 berkeperluan khas
Kanak2 berkeperluan khas
 
Hubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswa
Hubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswaHubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswa
Hubungan yang sering terjadi antara orang tua - anak atau guru - siswa
 

Destacado

Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1izzuakmal
 
Laporan pelaksanaan internship
Laporan pelaksanaan internshipLaporan pelaksanaan internship
Laporan pelaksanaan internshipsweetfarah
 
Internship Journal_John Czap
Internship Journal_John CzapInternship Journal_John Czap
Internship Journal_John CzapJohn Czap
 
Jurnal INTERNSHIP - KEDATANGAN
Jurnal INTERNSHIP - KEDATANGANJurnal INTERNSHIP - KEDATANGAN
Jurnal INTERNSHIP - KEDATANGANAnati Azizan
 
Jurnal 2 tulisan cantik
Jurnal 2 tulisan cantikJurnal 2 tulisan cantik
Jurnal 2 tulisan cantikAnati Azizan
 
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )Pensil Dan Pemadam
 
PARTIAL REPORT KA11034 AHMAD SHAHROOM
PARTIAL REPORT KA11034 AHMAD SHAHROOMPARTIAL REPORT KA11034 AHMAD SHAHROOM
PARTIAL REPORT KA11034 AHMAD SHAHROOMShahroom Sam
 
Kertas kerja-projek-internship
Kertas kerja-projek-internshipKertas kerja-projek-internship
Kertas kerja-projek-internshipPensil Dan Pemadam
 
Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3Nur Shah
 
CONTOH KERTAS KERJA (Internship)
CONTOH KERTAS KERJA (Internship)CONTOH KERTAS KERJA (Internship)
CONTOH KERTAS KERJA (Internship)Janet Jouti
 
Laporan Li Yusnita
Laporan Li YusnitaLaporan Li Yusnita
Laporan Li Yusnitaguest3a9eaec
 

Destacado (15)

Jurnal 3
Jurnal 3Jurnal 3
Jurnal 3
 
Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1
 
Laporan pelaksanaan internship
Laporan pelaksanaan internshipLaporan pelaksanaan internship
Laporan pelaksanaan internship
 
Internship
InternshipInternship
Internship
 
Internship Journal_John Czap
Internship Journal_John CzapInternship Journal_John Czap
Internship Journal_John Czap
 
Jurnal INTERNSHIP - KEDATANGAN
Jurnal INTERNSHIP - KEDATANGANJurnal INTERNSHIP - KEDATANGAN
Jurnal INTERNSHIP - KEDATANGAN
 
Jurnal 2 tulisan cantik
Jurnal 2 tulisan cantikJurnal 2 tulisan cantik
Jurnal 2 tulisan cantik
 
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
Laporan pelaksanaan-internship ( lengkap )
 
PARTIAL REPORT KA11034 AHMAD SHAHROOM
PARTIAL REPORT KA11034 AHMAD SHAHROOMPARTIAL REPORT KA11034 AHMAD SHAHROOM
PARTIAL REPORT KA11034 AHMAD SHAHROOM
 
Kertas kerja-projek-internship
Kertas kerja-projek-internshipKertas kerja-projek-internship
Kertas kerja-projek-internship
 
Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3Laporan lengkap-projek-3
Laporan lengkap-projek-3
 
Perancah
PerancahPerancah
Perancah
 
CONTOH KERTAS KERJA (Internship)
CONTOH KERTAS KERJA (Internship)CONTOH KERTAS KERJA (Internship)
CONTOH KERTAS KERJA (Internship)
 
Laporan Li Yusnita
Laporan Li YusnitaLaporan Li Yusnita
Laporan Li Yusnita
 
REFLEKSI
REFLEKSIREFLEKSI
REFLEKSI
 

Similar a Jurnal minggu 2

Study kasus pendidikan inklusi .pptx
Study kasus pendidikan inklusi .pptxStudy kasus pendidikan inklusi .pptx
Study kasus pendidikan inklusi .pptxFathamAkbar
 
Pengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadian
Pengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadianPengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadian
Pengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadianROSMAINIAMRIL29
 
11410069_Bab_1.pdf
11410069_Bab_1.pdf11410069_Bab_1.pdf
11410069_Bab_1.pdfphpqnz
 
Anak berkebutuhan khusus
Anak berkebutuhan khususAnak berkebutuhan khusus
Anak berkebutuhan khusus11111097
 
Makalah permasalahan anak wa ode siadi
Makalah permasalahan anak wa ode siadiMakalah permasalahan anak wa ode siadi
Makalah permasalahan anak wa ode siadiSeptian Muna Barakati
 
Makalah paud gangguan penyesuaian diri
Makalah paud gangguan penyesuaian diriMakalah paud gangguan penyesuaian diri
Makalah paud gangguan penyesuaian diriPoetra Chebhungsu
 
Anak berkebutuhan khusus
Anak berkebutuhan khususAnak berkebutuhan khusus
Anak berkebutuhan khusus11111115
 
Makalah hasil observasi sekolah SLB-C
Makalah hasil observasi sekolah SLB-CMakalah hasil observasi sekolah SLB-C
Makalah hasil observasi sekolah SLB-Ceviy ana
 
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia diniMakalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia diniAisyahTamara
 

Similar a Jurnal minggu 2 (20)

Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1
 
Makalah permasalahan anak rukia
Makalah permasalahan anak rukiaMakalah permasalahan anak rukia
Makalah permasalahan anak rukia
 
Study kasus pendidikan inklusi .pptx
Study kasus pendidikan inklusi .pptxStudy kasus pendidikan inklusi .pptx
Study kasus pendidikan inklusi .pptx
 
Pengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadian
Pengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadianPengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadian
Pengaruh pola-asuh-orangtua-terhadap-pembentukan-kepribadian
 
Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6Jurnal minggu 6
Jurnal minggu 6
 
Makalah permasalahan anak rasna
Makalah permasalahan anak rasnaMakalah permasalahan anak rasna
Makalah permasalahan anak rasna
 
KELOMPOK 3.pptx
KELOMPOK 3.pptxKELOMPOK 3.pptx
KELOMPOK 3.pptx
 
11410069_Bab_1.pdf
11410069_Bab_1.pdf11410069_Bab_1.pdf
11410069_Bab_1.pdf
 
Konsep adhd
Konsep adhdKonsep adhd
Konsep adhd
 
Pola asuh
Pola asuhPola asuh
Pola asuh
 
Pertemuan ke 1 prinsip-prinsip pengasuhan
Pertemuan ke 1 prinsip-prinsip pengasuhanPertemuan ke 1 prinsip-prinsip pengasuhan
Pertemuan ke 1 prinsip-prinsip pengasuhan
 
Buat bk updete
Buat bk updeteBuat bk updete
Buat bk updete
 
Buat bk updete
Buat bk updeteBuat bk updete
Buat bk updete
 
Anak berkebutuhan khusus
Anak berkebutuhan khususAnak berkebutuhan khusus
Anak berkebutuhan khusus
 
Makalah permasalahan anak wa ode siadi
Makalah permasalahan anak wa ode siadiMakalah permasalahan anak wa ode siadi
Makalah permasalahan anak wa ode siadi
 
Makalah paud gangguan penyesuaian diri
Makalah paud gangguan penyesuaian diriMakalah paud gangguan penyesuaian diri
Makalah paud gangguan penyesuaian diri
 
Anak berkebutuhan khusus
Anak berkebutuhan khususAnak berkebutuhan khusus
Anak berkebutuhan khusus
 
Makalah hasil observasi sekolah SLB-C
Makalah hasil observasi sekolah SLB-CMakalah hasil observasi sekolah SLB-C
Makalah hasil observasi sekolah SLB-C
 
Ciri2 Kanak2 Pemulihan
Ciri2 Kanak2 PemulihanCiri2 Kanak2 Pemulihan
Ciri2 Kanak2 Pemulihan
 
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia diniMakalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
Makalah psikologi perkembangan psikologi pada anak usia dini
 

Más de Azliza Mohamed

Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkDsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkDsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkDsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkDsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkDsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkDsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkDsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkDsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Latihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranLatihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranAzliza Mohamed
 
Laporan perancangan rpi
Laporan perancangan rpiLaporan perancangan rpi
Laporan perancangan rpiAzliza Mohamed
 
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlightedKertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlightedAzliza Mohamed
 

Más de Azliza Mohamed (20)

Dsk tmk thn 4 pk
Dsk tmk thn 4 pkDsk tmk thn 4 pk
Dsk tmk thn 4 pk
 
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkDsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
 
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkDsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
 
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkDsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
 
Dsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkDsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pk
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
 
Dsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkDsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pk
 
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkDsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
 
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkDsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
 
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkDsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
 
Latihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranLatihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuran
 
Jurnal minggu 11
Jurnal minggu 11Jurnal minggu 11
Jurnal minggu 11
 
Jurnal minggu 12
Jurnal minggu 12Jurnal minggu 12
Jurnal minggu 12
 
Maksud pengujian
Maksud pengujianMaksud pengujian
Maksud pengujian
 
Rpi ptl m2
Rpi ptl m2Rpi ptl m2
Rpi ptl m2
 
Laporan perancangan rpi
Laporan perancangan rpiLaporan perancangan rpi
Laporan perancangan rpi
 
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlightedKertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
Kertas kerja program sayang disayang ,pdk seri mutiara higlighted
 
Iep week 3
Iep week 3Iep week 3
Iep week 3
 

Jurnal minggu 2

  • 1. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 BIL. JURNAL : MINGGU KEDUA TARIKH : 28 JANUARI-01 FEBRUARI 2013 MASALAH / PERISTIWA : 1. Pengenalan kepada pengurusan tingkah laku 2. Pengenalan kepada ADHD (Attention Deficit-Hyperactivity Disorder) PENGENALAN KEPADA PENGURUSAN TINGKAH LAKU Pengurusan tingkah laku ialah tindakan yang dilakukan oleh guru., ibu bapa atau pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran atau dalaman individu atau kumpulan supaya kanak-kanak mempunyai tingkah laku bermanfaat, produktif dan diterima oleh masyarakat. Menurut Walker, J.W. & Shea, T.M. (2002) dalam bukunya ‘’ Behavior Management : A Practical Approach for Educators; ‘’Behavior management interventions are defined as all those actions (and conscious inactions) teachers and parents engage in to enhance the probability that children, individually and in groups, will develop effective behaviors that are personally fulfilling, productive, and socially acceptable (Shea & Bauer, 1987). ‘’ Behavior management is a complex problem that cannot be approached from a simplistic point of view. It is a teacher function that must be studied, planned, and objectively used and evaluated, with equal emphasis given to all relevant variables : the individual or group whose behavior is being studied, the behavior under consideration, the setting in which the behavior occurs, the individual applying the intervention, and the purpose of the intervention.’’ ~ 1 ~
  • 2. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 Kesimpulannya, pengurusan tingkah laku melibatkan bukan sahaja murid dan guru semata-mata, tetapi ibu bapa dan masyarakat juga bertanggungjawab untuk melibatkan diri bagi memastikan tingkah laku yang dikehendaki dapat dicapai ke atas murid. Ia juga perlu dirancang dengan baik sesuai dengan murid serta dijalankan secara berterusan supaya apa yang dirancang dapat dicapai. PENGENALAN KEPADA ADHD Persatuan Psikologi Amerika Syarikat (APA); ADHD ialah kecelaruan psikologi dengan petanda-petandanya dapat dikesan sebelum umur 7 tahun. ADHD merupakan satu corak tidak memberi tumpuan, impulsif, dan hiperaktif – impulsif yang terlalu kerap dan teruk berbanding kebiasaan yang dilihat pada individu pada tahap-tahap perkembangannya. Definisi ADHD yang diberikan oleh Persatuan Psikologi Amerika di atas dikategorikan kepada tiga (Marilyn Friend, 2005) iaitu ; A : ADHD – Kurang tumpuan. Bagi sesetengah kanak-kanak dengan ADHD, tidak memberi tumpuan merupakan petunjuk yang utama. Mereka mungkin meninggalkan bahagian mustahak tugasan yang diberikan, kerap menggelamun dalam kelas, tidak teratur dan kerap kali terlupa. B : ADHD – Hiperaktif Impulsif. Bagi ADHD jenis ini, petunjuk utama adalah gabungan antara hiperaktif iaitu jumlah pergerakan yang sangat tinggi, dan impulsif iaitu melakukan sesuatu tanpa berfikir. Murid jenis ini kerap mengetuk-ngetuk meja dan menggoyang-goyang kerusi, selalu berlari-lari, sentiasa aktif dan banyak bercakap. ~ 2 ~
  • 3. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 C : ADHD – Gabungan. Sesetengah kanak-kanak dengan ADHD mempunyai petunjuk-petunjuk pada kedua- dua ciri di atas yang merupakan sebahagian daripada kecelaruan yang dihadapi, iaitu tidak ada tumpuan dan hiperaktif-impulsif. MASALAH / PERISTIWA : 1. Pelaksanaan pengurusan tingkah laku terhadap murid terpilih Pada minggu sebelumnya, saya telah memilih seorang murid bermasalah ADHD sebagai subjek kajian untuk dipulihkan tingkah lakunya. Saya telah memilih untuk melatih murid ini supaya dapat makan sendiri tanpa bantuan orang lain. Makan sendiri adalah merupakan salah satu daripada kemahiran urus diri yang paling penting bagi seorang individu. Menurut datuk subjek, cucunya boleh makan sendiri namun lambat, tidak teratur, dan dia hanya akan makan sedikit sahaja. Oleh itu kebiasaannya subjek akan disuap oleh ahli keluarganya. Bagi pelaksanaan tugasan ini, saya telah memilih untuk mengambil alih tugas pembantu pengurusan murid yang menyuap subjek pada setiap hari pada waktu rehat. Saya akan melatih subjek sedikit demi sedikit selama setengah jam pada setiap hari. Bermula daripada memegang sudu dengan betul sehinggalah murid dapat makan sendiri apabila disuruh, akan cuba saya laksanakan secara berperingkat-peringkat. Subjek ini memahami arahan, mempunyai pertuturan yang boleh difahami walaupun kurang jelas, dan suka meniru percakapan orang lain. . ~ 3 ~
  • 4. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 ANALISIS Makan adalah merupakan satu kemahiran asas yang sangat mudah dan ringkas bagi seorang individu yang normal dan telah dilatih dengan baik sejak kecil. Ia adalah kemahiran asas yang wajib dikuasai oleh setiap kanak-kanak di bawah umur 6 tahun sebagai persediaan untuk ke sekolah, seterusnya belajar perkara-perkara lain. Walau bagaimanapun, makan boleh menjadi satu perkara yang sukar bagi individu yang dilahirkan kurang sempurna, serta tidak dilatih dengan baik sejak kecil. Subjek yang telah berumur 9 tahun tahu untuk makan sendiri namun sering disuap oleh ahli keluarganya atas alasan jika dibiarkan makan sendiri subjek makan terlalu sedikit dan makan secara bersepah-sepah. Subjek merupakan seorang anak yatim yang tinggal bersama datuk dan neneknya kerana bapanya telah meninggal dunia dan ibunya berkerja jauh di Kuala Lumpur. Oleh itu subjek tinggal bersama datuk dan neneknya yang terlalu memanjakannya dan kurang melatihnya untuk hidup berdikari. Menjadi tugas guru di sekolah untuk membantu subjek dapat berdikari sendiri untuk makan kerana ia adalah merupakan satu kemahiran asas hidup yang tidak boleh diabaikan. Berdasarkan pemerhatian saya, subjek suka mengikut apa yang orang lain tuturkan maka tidak mustahil subjek boleh dilatih untuk makan sendiri dengan cara yang betul. Jika subjek terus dibiarkan untuk makan dengan disuap oleh orang lain maka subjek mungkin mengalami masalah kesihatan jika tiada sesiapa yang dapat menyuapnya. Subjek ini ialah murid yang baru sahaja masuk ke sekolah ini pada awal tahun ini kerana berpindah daripada sekolah di Kuala Lumpur. Oleh itu, tugas menjaga subjek semasa guru mengajar murid yang lain banyak diambil alih oleh pembantu pengurusan murid. Subjek tidak boleh dibiarkan sendirian kerana jika tidak, dia akan keluar dari kelas. Subjek ini telah banyak kali keluar kelas dan membuka pintu-pintu kereta guru lain dan pernah menyebabkan satu sekolah bising dengan bunyi penggera kereta yang kuat. ~ 4 ~
  • 5. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN Seperti yang telah saya rancangkan di dalam RPI saya sebelum ini, saya akan mengubah tingkahlaku subjek yang tidak boleh makan sendiri dengan baik kepada dapat makan dengan cara yang betul. Di samping mengajar makan sendiri juga, saya juga akan cuba mendisiplinkan subjek dengan mengurangkannya berjalan ke merata- rata tempat dan mengganggu orang lain. Saya telah menetapkan supaya pada setiap kali waktu rehat setiap hari, subjek wajib makan di dapur sehingga selesai dan tidak boleh bergerak ke mana-mana selagi tidak selesai makan. Saya telah menjalankan tindakan ini selama 4 hari ke atas subjek ini dan selama 4 hari tersebut, saya telah dapat mengesan beberapa perkara dan kaedah untuk membantu memudahkan tindakan saya. Subjek ini tidak makan banyak dan makan sedikit sahaja, namun saya akan cuba melatih subjek supaya makan lebih banyak sedikit demi sedikit pada setiap sesi sehinggalah bekal makanan yang dibawanya habis dimakan. Seperti yang telah saya nyatakan di dalam jurnal pada minggu sebelumnya saya akan menggunakan hukum pembelajaran kedua iaitu hukum latihan di dalam teori Thorndike. Menurut Thorndike, persepsi perhubungan antara rangsangan dengan gerak balas adalah mewakili konsep pembelajaran. Hal yang demikian, untuk meningkatkan perhubungan antara ransangan dan gerak balas, seseorang murid hendaklah diberi latihan yang banyak untuk mendapat kesan yang baik. Kesimpulannya, semakin banyak latihan yang diberi semakin kukuh ikatan antara rangsangan dengan gerak balas seseorang murid. Di bawah ini, disenaraikan beberapa tip yang boleh digunapakai oleh ibu bapa sebagai panduan. Ia turut diperjelaskan menerusi laman web www.sabda.org. • Jangan menghukum kanak-kanak hiperaktif dengan memukul mereka. Ini kerana, kanak-kanak hiperaktif telah dilahirkan sedemikian dan mereka akan melalui fasa perubahan seperti kanak-kanak normal. • Jangan sesekali melabel anak hiperaktif sebagai anak yang nakal, malas atau bodoh kerana akhirnya mereka akan bersikap seperti apa yang anda ~ 5 ~
  • 6. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 labelkan. • Dalam melatih atau mengajar kanak-kanak hiperaktif, jangan sesekali merasa bosan. Ini kerana, lama kelamaan kanak-kanak ini akan dapat menguasai apa yang anda ajarkan. • Jika kanak-kanak hiperaktif bertindak mencederakan diri dan orang lain, segera bertindak dengan menasihati atau memarahi mereka. Jika perkara tersebut berulang, minta pandangan doktor atau pakar terapi mengenai cara menanganinya. • Perbanyakkan berkomunikasi dengan kanak-kanak hiperaktif. Ini kerana, komunikasi yang bagus bakal menjadikan kanak-kanak tersebut lebih kreatif dan idealisme. • Sentiasa fokus dan berwaspada dengan segala tindakan kanak-kanak hiperaktif yang mungkin boleh mencederakan diri atau orang lain. • Ajar disiplin pada kanak-kanak hiperaktif agar pada masa hadapan, mereka dapat mengaturkan hidup dengan baik. (http://ppkismkkl.blogspot.com/2011/03/menangani-anak-anak-hiperaktif.html) ~ 6 ~
  • 7. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 KESIMPULAN Kajian Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan 1996 mendapati 333,000 kanak- kanak atau 4.3 peratus mengalami masalah ADHD. Jika tidak diberi rawatan lebih awal, 60 peratus daripada individu ini akan membesar sebagai orang dewasa bermasalah sehingga mendorong melakukan perkara yang menyalahi undang-undang. Disebabkan ADHD mempengaruhi genetik, seseorang bapa boleh mewariskan sindrom ini kepada anak lelaki mereka. Keadaan ini juga menjadikan kanak-kanak lebih cenderung mengalami ADHD sebanyak tiga kali ganda berbanding budak perempuan. Hakikatnya semua bayi dilahirkan ke dunia ini mempunyai kebolehan untuk belajar, tetapi terpulang kepada ibubapa untuk mencorakkannya. Kurang pengetahuan atau tidak tahu masalah anak menyebabkan sesetengah kanak-kanak ini terbiar tanpa sebarang rawatan. ADHD perlu dirawat segera sebaik disedari kerana ia menyebabkan beberapa masalah sampingan seperti perasaan rendah diri, kurang yakin dan lemah pencapaian akademik. Dalam situasi ini, ibu bapa seharusnya tidak kecewa jika anak mereka didapati mengalami masalah ini, bawalah mereka bertemu pakar supaya tingkahlaku ini tidak terbawa-bawa ke alam dewasa. mereka masih berpotensi menjalani hidup normal seperti individu lain. ~ 7 ~
  • 8. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 RUJUKAN Menangani anak-anak hiperaktif (http://ppkismkkl.blogspot.com/2011/03/menangani-anak-anak-hiperaktif.html) Kanak-kanak hiperaktif http://www.scribd.com/doc/27262979/Menangani-Masalah-Anak-Hiperaktif Tandatangan pelajar, Disahkan oleh, ……………………… ………………. ~ 8 ~