SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 11
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
BIL. JURNAL : MINGGU KEENAM
TARIKH : 25 FEBRUARI- 01 MAC 2013
PENDAHULUAN
Terdapat pelbagai jenis model yang telah diperkenalkan yang berkaitan
dengan pengurusan tingkah laku murid. Model-model ini boleh diguna pakai oleh
para guru untuk diaplikasikan ke atas murid-murid di sekolah bagi mengatasi
masalah tingkah laku yang dihadapi.
Antara model-model tingkah laku yang ada ialah ;
Model- model Tingkah Laku
• Model Psikodinamik
• Model Biofizikal
• Model Persekitaran
• Model Tingkah Laku
Modifikasi atau pengubahsuaian adalah satu pendekatan berstruktur dan
bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku
yang buruk, dan mengekalkan tingkah laku sasaran. Pendekatan ini banyak
mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku
diingini.
Setiap murid mempunyai masalah yang berbeza disebabkan oleh punca yang
berbeza-beza. Oleh itu, guru yang bijak akan dapat mengenal pasti punca yang
menyebabkan tingkah laku bermasalah murid dan akan menggunakan pendekatan
yang berbeza dalam menangani masalah-masalah mereka.
Menurut Fink (1988), kita selalu menganggap ‘‘kepercayaan’’ yang dipegang oleh
guru akan mengawal tingkah laku sebenar murid. Sebagai contoh, guru yang melihat
~ 1 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
faktor biofizikal sebagai pendorong tingkah laku murid akan membekalkan
persekitaran pembelajaran yang berstruktur tinggi kepada murid.
MODEL PSIKODINAMIK
Bagi model psikodinamik, terdapat teori yang menyatakan bahawa punca
tingkah laku manusia adalah dari faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku
ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsikik. Berdasarkan perspektif
psikodinamik, perkembangan personaliti kanak-kanak berlaku semasa mereka
membesar melalui siri tingkat psikoseksual. Dalam model ini, strategi pengurusan
adalah melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan terapi realiti.
Seterusnya adalah teknik media ekspresif yang melibatkan lakonan bebas,
permainan boneka, main peranan dan aktiviti fizikal. Selain itu, teknik pengaruh
tingkah laku juga boleh diaplikasikan seperti tidak mengendahkan suatu tingkah
laku yang dibuat secara terancang atau mengurangkan ketegangan melalui gurauan
dan perbualan bersahaja.
Terdapat tiga teknik utama yang digunakan di dalam model ini iaitu ;
• Teknik kaunseling (life space interview & terapi reality)
• Teknik ‘’Behaviour Influence’’
• Ekspresi diri
MODEL BIOFIZIKAL
Model biofizikal menegaskan bahawa punca tingkah laku berlaku secara
organik. Model ini mengaitkan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan
dan masalah penyakit dengan tingkah laku individu. Strategi yang digunakan dalam
model ini adalah penjagaan sebelum serta selepas kelahiran, penjagaan
pemakanan, perubatan dan nutrisi. Peranan guru amat diperlukan dalam intervensi
ini. Buktinya, menurut Walker, J.W. & Shea, T.M. (2002) dalam bukunya ‘’ Behavior
Management : A Practical Approach for Educators;
~ 2 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
‘’ The biophysical theory of the etiology of learning and behavior problems of
children places emphasis on organic origins of human behavior.’’…Schroeder and
Schroeder (1982) discussed the two primary subgroups of biophysical theories,
deficit and developmental.
MODEL PERSEKITARAN
Walker, J.W. & Shea, T.M. (2002) dalam bukunya ‘’ Behavior Management : A
Practical Approach for Educators;
The impact of the environment on human behavior is a dominant theme in a
contemporary society. Many decisions made by governments, corporate groups, and
individuals are made with a conscious awareness of the relationship between people
and the environment…
Hoffman (1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil
da terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan
pemikiran seseorang.
Intervensi tingkah laku menurut model ini adalah berpusatkan murid atau
berpusatkan persekitaran atau berpusatkan murid dan persekitaran. Justeru, kanak-
kanak diberi peluang menentukan kaedah pembelajaran mereka tetapi berpandukan
guru. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanak-
kanak daripada persekitaran yang menyebabkan berlakunya tingkah laku itu boleh
mengelakkan tingkah laku itu terjadi.
MODEL TINGKAH LAKU
Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam
persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan oleh faktor-faktor luaran di
sekelilingnya. Melalui pendekatan teori tingkah laku, setiap rangsangan
menimbulkan tindak balas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan
rangsangan dan gerak balas.
Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan
mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya tingkah
~ 3 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
laku memberikan perhatian akan dilazimkan apabila pelajar terus memberikan
perhatian setiap kali mereka belajar.
Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkah laku luaran yang dipengaruhi
oleh peneguhan. Kebanyakan pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab
guru dan dikawal sepenuhnya oleh perekabentuk pengajaran.
Hartley & Davies (1978), beberapa prinsip teori tingkah laku yang banyak diterapkan
di dunia pendidikan meliputi ;
a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut aktif di dalamnya
b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat
mempelajarinya dengan mudah dan dapat memberi respon tertentu.
c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar
dapat tahu sama ada respon yang diberinya benar atau tidak.
d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar, ia perlu diberi maklum
balas.
~ 4 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
MASALAH / PERISTIWA :
1. Tidak membenarkan murid memegang apa-apa objek semasa pengurusan
tingkah laku dijalankan.
Rutin yang saya telah biasa laksanakan semasa melatih murid makan ialah
membasuh tangan sebelum makan dan membaca doa sebelum makan.
Alhamdulillah setakat ini murid dapat mengikut apa yang telah saya tetapkan tetapi
murid ini masih memerlukan arahan dan banyak tunjuk ajar dari guru. Namun seperti
yang telah saya nyatakan di dalam jurnal minggu sebelumnya, murid ini sangat
gemar mengambil kertas di kelas terutamanya kertas berwarna –warni dan murid ini
sanggup berebut dan bergaduh dengan sesiapa yang menghalang kehendaknya itu.
Menurut datuknya juga, murid ini akan membawa balik banyak kertas dari
sekolah ke rumah pada setiap hari. Kertas-kertas ini diperolehinya semasa berada di
sekolah. Pelbagai jenis kertas dibawanya balik pada setiap hari. Saya juga turut
memerhatikan kelakuan murid ini ketika di kelas dan dia hanya bermain dengan
kertasnya sahaja tanpa menghiraukan orang lain. Saya mendapati sikap ini sangat
mengganggu proses pemulihan murid ini kerana dia tidak mempunyai tumpuan
terhadap perkara lain kecuali dengan kertas-kertasnya sahaja.
Oleh itu saya telah mencuba satu langkah baru iaitu mengambil kesemua kertas
yang dipegang oleh murid tersebut semasa menjalankan pengurusan tingkah laku.
Saya juga turut mengambil kertas dari tangannya semasa proses pengajaran
dilakukan jika saya membantu untuk menjaga murid ini. Tindakan saya ini
menyebabkan murid ini sangat marah dan mengamuk sehingga dia meronta-ronta
dan menarik tudung saya.
Pada mulanya saya agak bimbang jika murid ini tidak dapat dikawal. Namun
setelah beberapa minit berkelakuan demikian, saya dapati murid ini dapat diam
dengan sendiri. Apabila tiada kertas atau objek di tangannya, murid ini cuba mencari
lain untuk dijadikan tumpuannya. Satu perkara yang agak menakjubkan apabila saya
dapati murid ini memberi respons kepada pengajaran yang sedang berlangsung di
~ 5 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
dalam kelas. Semasa latihan pengurusan dirinya juga (makan), murid ini dapat fokus
walaupun hanya sekadar beberapa minit sahaja. Ini adalah satu perkara yang
sangat baik dan memberangsangkan.
ANALISIS
Murid ADHD merupakan murid yang ternyata mempunyai masalah tumpuan
yang agak kritikal. Murid ini juga mempunyai satu-satu tabiat yang berbeza dan
sehingga kini masih tidak dapat dipastikan mengapa mereka mempunyai tabiat
tersebut. Bagi murid yang sedang saya jalankan pengurusan tingkah lakunya ini,
ternyata tabiat suka mengumpul kertas sangat mengganggu proses pengajaran dan
pembelajaran kepadanya kerana tumpuannya adalah lebih kepada kertas-kertas
tersebut sahaja.
Oleh itu saya telah melaksanakan langkah mengambil semua kertas yang
dipegang oleh murid tersebut dan menghalangnya daripada mengumpul kertas-
kertas yang lain. Walaupun murid tersebut sangat marah kerana kehendaknya tidak
dipenuhi namun ternyata tindakan yang telah saya lakukan tersebut dapat menukar
tumpuan murid ini kepada perkara-perkara lain di sekelilingnya.
Murid ADHD sememangnya gemar berada di dalam dunianya sepertimana
kanak-kanak autisma namun mereka adalah jauh lebih aktif dan suka bergerak.
Walau bagaimanapun perhatian mereka boleh ditarik sekiranya guru bijak
memainkan peranan dengan memilih perkara-perkara yang digemari murid tetapi
mempunyai fungsi ke dalam pembelajarannya.
Murid ini selain sukakan kertas yang mana tidak diketahui apakah
kegunaannya kepadanya, dia juga sangat menggemari muzik. Murid ini sangat
mudah menghafal apa-apa yang ada unsur muzik dan saya percaya pembelajaran
yang dirancang dengan rapi menggunakan unsur muzik mampu membantu murid
ini.
Saya juga percaya murid ini banyak diterapkan dengan unsur muzik ketika dia
berada di rumahnya kerana banyak masanya dihabiskan di rumah selepas waktu
sekolah. Keadaan keluarga banyak membentuk personaliti anak-anak, jika baik
keluarga itu maka baiklah perlakuan anak-anaknya dan jika buruk maka buruklah
juga anak-anak mereka. Hal ini dijelaskan oleh Hoffman (1996) di dalam teorinya.
~ 6 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
Menurut Hoffman (1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang
sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkahlaku,
sikap, dan pemikiran seseorang. Setiap anak-anak sama ada normal mahupun
istimewa dididik dengan satu tujuan yang sama iaitu untuk membolehkan mereka
hidup berdikari pada suatu masa kelak. Namun yang membezakannya cuma kaedah
dan pendekatan yang digunakan.
~ 7 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN
Menurut Albert Bandura (1925), manusia secara semula jadi belajar melalui
proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan,
mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman
daripada perlakuan.
Teori ini dikenali sebagai teori pembelajaran sosial dan nama lain bagi teori ini
ialah teori pembelajaran peniruan, teori pembelajaran pemerhatian, atau teori
modeling. Terdapat tiga bentuk peniruan yang telah dinyatakan oleh Bandura iaitu;
 Peniruan secara langsung
 Peniruan sekat laluan dan tak sekat laluan
 Peniruan elisitasi
Bentuk peniruan yang akan saya aplikasikan ialah peniruan secara langsung.
Peniruan ini berlaku secara langsung iaitu apabila melihat model (orang lain)
melakukan sesuatu individu tersebut akan mengikut tindakan yang sama. Ini adalah
bagi melatih murid tersebut makan dengan cara yang betul.
Seterusnya ialah saya juga akan cuba menguruskan tingkah laku murid yang
terlalu agresif dan suka mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi. Saya
akan cuba kaedah disiplin iaitu mengenakan sistem hukuman jika murid ini tidak
melakukan arahan yang diberi.
Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, dan Sharifah Fakhriah Syed
Ahmad melalui buku mereka iaitu ‘’Murid dan Alam Belajar,’’ terbitan Oxford Fajar
(2009);
Dari segi perspektif Islam, menurut pandangan Saidina Ali r.a. perkembangan
kanak-kanak terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama 0-7 tahun,
peringkat kedua 7-14 tahun, dan peringkat ketiga 14-21 tahun.
~ 8 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
PERINGKAT UMUR TINDAKAN
1 0-7 tahun Main dengan anak-anak
2 7-14 tahun Disiplinkan anak-anak. Jadi ketua kepada
anak-anak.
3 14-21 tahun Bergerak seiring dengan anak-anak. Jadikan
anak-anak sebagai rakan berbincang.
Penekanan yang perlu diberi perhatian disini ialah peringkat umur ke-2 iaitu 7-
14 tahun. Murid sekolah rendah berada di dalam lingkungan umur ini dan oleh itu
mereka perlu didisiplinkan dengan sebaiknya supaya mereka dapat berfikir dengan
rasional akan kesan baik buruk setiap perbuatan mereka dewasa kelak. Anak-anak
pada umur ini tidak lagi sesuai dimanjakan dan ini adalah umur terbaik untuk
mendisiplinkan mereka sebelum mereka naik ke peringkat yang lebih tinggi iaitu
alam remaja. Oleh itu tidak kira kanak-kanak berkeperluan khas mahupun kanak-
kanak normal, disiplin adalah merupakan satu unsur yang masih wajib ditekankan.
Apa yang membezakan hanyalah pendekatan yang digunakan.
KESIMPULAN
~ 9 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
Murid berkeperluan khas mempunyai keperluan yang berbeza. Melayani
keperluan individu murid adalah penting bagi memastikan murid berkeperluan khas
dapat berkembang mengikut potensi masing-masing. Setiap murid yang lahir pada
hari ini adalah generasi kita pada masa hadapan. Tujuan utama murid-murid khas
diberi pendidikan ialah untuk memastikan mereka dapat hidup berdikari. Namun di
sebalik itu, pendidikan yang diberi juga adalah bagi mencungkil bakat yang ada
dalam diri setiap dari mereka kerana mereka adalah insan istimewa yang
mempunyai keunikan tersendiri.
Murid ADHD yang tergolong di dalam murid berkeperluan khas adalah
golongan murid yang mempunyai ciri-ciri yang sangat istimewa dan sehingga kini
para saintis masih belum menemui punca sebenar akan kelahiran mereka. Fakta-
fakta yang ada dan digembar-gemburkan hanyalah sekadar pendapat sahaja.
Walaupun begitu, punca penyebab itu tidaklah perlu dijadikan isu yang terlalu
besar kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Pendidikan adalah
satu aset terpenting yang perlu dititikberatkan pada hari ini kerana pendidikan akan
memastikan masyarakat terus berkembang maju dan hidup harmoni.
Kesimpulannya, tidak ada yang mustahil dalam dunia pendidikan sama ada
murid normal mahupun murid khas. Semuanya bergantung kepada pengamal ilmu
itu sendiri dan juga kerjasama daripada pihak-pihak yang terdekat.
RUJUKAN
~ 10 ~
AZLIZA BINTI MOHAMED
PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010
Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Siri
Pendidikan Guru : Murid dan Alam Belajar : Oxford Fajar Sdn. Bhd.
Walker, J.W. & Shea, T. M. (2002). Behavior management : A Practical Approach for
Educators (8th
. Ed.). New Jersey : Merrill Prentice- Hall.
Strategi Menangani Masalah Tingkah Laku
http://notaipg.blogspot.com/2010/10/strategi-menangani-masalah-tingkah-laku.html
Pendekatan Psikodinamik
http://www.scribd.com/doc/47200548/Pendekatan-psikodinamik
Pengurusan Tingkah Laku
http://wasilahpendidikankhas.blogspot.com/2010/10/pengurusan-tingkah-laku.html
Disediakan oleh, Disahkan oleh,
…………………. …………………
(AZLIZA BINTI MOHAMED)
~ 11 ~

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

model pengurusan kelompok kounin dan model terapi realiti
model pengurusan kelompok kounin dan model terapi realiti model pengurusan kelompok kounin dan model terapi realiti
model pengurusan kelompok kounin dan model terapi realiti siaw ong
 
Model tingkah laku
Model tingkah lakuModel tingkah laku
Model tingkah lakunajib6766
 
Model terapi realiti oleh william glasser
Model terapi realiti oleh william glasserModel terapi realiti oleh william glasser
Model terapi realiti oleh william glasserdimidur
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahIzyan Nadia
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuumagul
 
93583919 nota-edu-3104
93583919 nota-edu-310493583919 nota-edu-3104
93583919 nota-edu-3104Mohamed Zawawi
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterPenny Chuah
 
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-KanakKecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-KanakMiss Miaa
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursdimidur
 
Banding beza model skinner, canter, dreikurs
Banding beza model skinner, canter, dreikursBanding beza model skinner, canter, dreikurs
Banding beza model skinner, canter, dreikursSuhaiza Shuib
 
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanPendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanAdleen Ederis
 
Model Akibat Logikal Dreikurs
Model Akibat Logikal DreikursModel Akibat Logikal Dreikurs
Model Akibat Logikal Dreikurszaidinajihah05
 
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kouninPerbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kouninFanera Jeffery
 
Belajar dan Faktor-faktor yang mempengaruhinya
Belajar dan Faktor-faktor yang mempengaruhinyaBelajar dan Faktor-faktor yang mempengaruhinya
Belajar dan Faktor-faktor yang mempengaruhinyaAndina Aulia Rachma
 
27273994 disiplin-asertif-canter
27273994 disiplin-asertif-canter27273994 disiplin-asertif-canter
27273994 disiplin-asertif-cantersyauqah
 

La actualidad más candente (20)

model pengurusan kelompok kounin dan model terapi realiti
model pengurusan kelompok kounin dan model terapi realiti model pengurusan kelompok kounin dan model terapi realiti
model pengurusan kelompok kounin dan model terapi realiti
 
Model tingkah laku
Model tingkah lakuModel tingkah laku
Model tingkah laku
 
Modul ppg 2_pkb_3103
Modul ppg 2_pkb_3103Modul ppg 2_pkb_3103
Modul ppg 2_pkb_3103
 
Model terapi realiti oleh william glasser
Model terapi realiti oleh william glasserModel terapi realiti oleh william glasser
Model terapi realiti oleh william glasser
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Penulisan akademik
Penulisan akademikPenulisan akademik
Penulisan akademik
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
93583919 nota-edu-3104
93583919 nota-edu-310493583919 nota-edu-3104
93583919 nota-edu-3104
 
Model pengurusan kelompok kounin
Model pengurusan kelompok kouninModel pengurusan kelompok kounin
Model pengurusan kelompok kounin
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
 
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-KanakKecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
Kecelaruan Tingkahlaku Kanak-Kanak
 
Model akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikursModel akibat logikal dreikurs
Model akibat logikal dreikurs
 
Banding beza model skinner, canter, dreikurs
Banding beza model skinner, canter, dreikursBanding beza model skinner, canter, dreikurs
Banding beza model skinner, canter, dreikurs
 
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusanPendekatan sistem mentor dalam pengurusan
Pendekatan sistem mentor dalam pengurusan
 
Model Akibat Logikal Dreikurs
Model Akibat Logikal DreikursModel Akibat Logikal Dreikurs
Model Akibat Logikal Dreikurs
 
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kouninPerbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
Perbezaan model disiplin dreikurs dan kounin
 
Isu disiplin pelajar bentang
Isu disiplin pelajar bentangIsu disiplin pelajar bentang
Isu disiplin pelajar bentang
 
Masalah tingkahlaku
Masalah tingkahlakuMasalah tingkahlaku
Masalah tingkahlaku
 
Belajar dan Faktor-faktor yang mempengaruhinya
Belajar dan Faktor-faktor yang mempengaruhinyaBelajar dan Faktor-faktor yang mempengaruhinya
Belajar dan Faktor-faktor yang mempengaruhinya
 
27273994 disiplin-asertif-canter
27273994 disiplin-asertif-canter27273994 disiplin-asertif-canter
27273994 disiplin-asertif-canter
 

Similar a Jurnal minggu 6

Makalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakuMakalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakusintaroyani
 
Tingkah laku yang ada pada guru
Tingkah laku yang ada pada guruTingkah laku yang ada pada guru
Tingkah laku yang ada pada guruFarizwa Alwi
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranDidie Patient
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikanmuhammad
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuraisharania
 
TEORI BELAJAR SOSIAL.pdf
TEORI BELAJAR SOSIAL.pdfTEORI BELAJAR SOSIAL.pdf
TEORI BELAJAR SOSIAL.pdfAkhina3
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahfiro HAR
 
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdfEDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdfBM10621SitiAishahBah
 
Makalah metode pengajaran
Makalah metode pengajaranMakalah metode pengajaran
Makalah metode pengajaranPENJAGA HATI
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaranfiro HAR
 
Berbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptx
Berbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptxBerbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptx
Berbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptxFitriFauziah26
 

Similar a Jurnal minggu 6 (20)

Makalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan lakuMakalah model pengawasan laku
Makalah model pengawasan laku
 
Tingkah laku yang ada pada guru
Tingkah laku yang ada pada guruTingkah laku yang ada pada guru
Tingkah laku yang ada pada guru
 
Jurnal minggu 7
Jurnal minggu 7Jurnal minggu 7
Jurnal minggu 7
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
Apakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaranApakah itu pengajaran
Apakah itu pengajaran
 
Psikologi pendidikan
Psikologi pendidikanPsikologi pendidikan
Psikologi pendidikan
 
Pengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah lakuPengurusan tingkah laku
Pengurusan tingkah laku
 
TEORI BELAJAR SOSIAL.pdf
TEORI BELAJAR SOSIAL.pdfTEORI BELAJAR SOSIAL.pdf
TEORI BELAJAR SOSIAL.pdf
 
Pengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjahPengurusan bilik darjah
Pengurusan bilik darjah
 
Observasi
ObservasiObservasi
Observasi
 
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdfEDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
EDUP3033 Tutorial Banding Beza Teori Pembelajaran.pdf
 
Pengurusan T L
Pengurusan  T LPengurusan  T L
Pengurusan T L
 
Ppt matematika sm 4
Ppt matematika sm 4Ppt matematika sm 4
Ppt matematika sm 4
 
Jurnal minggu 9
Jurnal minggu 9Jurnal minggu 9
Jurnal minggu 9
 
Makalah metode pengajaran
Makalah metode pengajaranMakalah metode pengajaran
Makalah metode pengajaran
 
Model pengajaran
Model pengajaranModel pengajaran
Model pengajaran
 
Berbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptx
Berbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptxBerbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptx
Berbagai Pendekatan Belajar Mengajar.pptx
 
Asignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individuAsignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individu
 
Jurnal minggu 3
Jurnal minggu 3Jurnal minggu 3
Jurnal minggu 3
 
Asignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individuAsignment perbezaan individu
Asignment perbezaan individu
 

Más de Azliza Mohamed

Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkDsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkDsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkDsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkDsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkDsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkDsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkDsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkDsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Latihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranLatihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranAzliza Mohamed
 

Más de Azliza Mohamed (20)

Dsk tmk thn 4 pk
Dsk tmk thn 4 pkDsk tmk thn 4 pk
Dsk tmk thn 4 pk
 
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pkDsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
Dsk pengurusan kehidupan thn 4 pk
 
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pkDsk pendidikan muzik thn 4 pk
Dsk pendidikan muzik thn 4 pk
 
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pkDsk pendidikan moral thn 4 pk
Dsk pendidikan moral thn 4 pk
 
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pkDsk pendidikan islam thn 4 pk
Dsk pendidikan islam thn 4 pk
 
Dsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pkDsk pend seni visual thn 4 pk
Dsk pend seni visual thn 4 pk
 
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pkDsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
Dsk pend sains sosial & alam sekitar thn 4 pk
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
 
Dsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pkDsk matematik thn 4 pk
Dsk matematik thn 4 pk
 
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pkDsk kemahiran hidup thn 4 pk
Dsk kemahiran hidup thn 4 pk
 
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pkDsk bahasa malaysia thn 4 pk
Dsk bahasa malaysia thn 4 pk
 
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pkDsk bahasa inggeris thn 4 pk
Dsk bahasa inggeris thn 4 pk
 
Latihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuranLatihan tulis nama sayuran
Latihan tulis nama sayuran
 
Jurnal minggu 11
Jurnal minggu 11Jurnal minggu 11
Jurnal minggu 11
 
Jurnal minggu 10
Jurnal minggu 10Jurnal minggu 10
Jurnal minggu 10
 
Jurnal minggu 5
Jurnal minggu 5Jurnal minggu 5
Jurnal minggu 5
 
Jurnal minggu 2
Jurnal minggu 2Jurnal minggu 2
Jurnal minggu 2
 
Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1Jurnal minggu 1
Jurnal minggu 1
 
Jurnal minggu 12
Jurnal minggu 12Jurnal minggu 12
Jurnal minggu 12
 
Maksud pengujian
Maksud pengujianMaksud pengujian
Maksud pengujian
 

Jurnal minggu 6

  • 1. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 BIL. JURNAL : MINGGU KEENAM TARIKH : 25 FEBRUARI- 01 MAC 2013 PENDAHULUAN Terdapat pelbagai jenis model yang telah diperkenalkan yang berkaitan dengan pengurusan tingkah laku murid. Model-model ini boleh diguna pakai oleh para guru untuk diaplikasikan ke atas murid-murid di sekolah bagi mengatasi masalah tingkah laku yang dihadapi. Antara model-model tingkah laku yang ada ialah ; Model- model Tingkah Laku • Model Psikodinamik • Model Biofizikal • Model Persekitaran • Model Tingkah Laku Modifikasi atau pengubahsuaian adalah satu pendekatan berstruktur dan bersistematik bagi meningkatkan tingkah laku diingini, mengurangkan tingkah laku yang buruk, dan mengekalkan tingkah laku sasaran. Pendekatan ini banyak mengamalkan peneguhan bagi mencapai matlamat pengubahsuaian tingkah laku diingini. Setiap murid mempunyai masalah yang berbeza disebabkan oleh punca yang berbeza-beza. Oleh itu, guru yang bijak akan dapat mengenal pasti punca yang menyebabkan tingkah laku bermasalah murid dan akan menggunakan pendekatan yang berbeza dalam menangani masalah-masalah mereka. Menurut Fink (1988), kita selalu menganggap ‘‘kepercayaan’’ yang dipegang oleh guru akan mengawal tingkah laku sebenar murid. Sebagai contoh, guru yang melihat ~ 1 ~
  • 2. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 faktor biofizikal sebagai pendorong tingkah laku murid akan membekalkan persekitaran pembelajaran yang berstruktur tinggi kepada murid. MODEL PSIKODINAMIK Bagi model psikodinamik, terdapat teori yang menyatakan bahawa punca tingkah laku manusia adalah dari faktor dalaman individu itu sendiri. Tingkah laku ditentukan secara dinamik melalui pendekatan intrapsikik. Berdasarkan perspektif psikodinamik, perkembangan personaliti kanak-kanak berlaku semasa mereka membesar melalui siri tingkat psikoseksual. Dalam model ini, strategi pengurusan adalah melibatkan teknik kaunseling seperti temu bual dan terapi realiti. Seterusnya adalah teknik media ekspresif yang melibatkan lakonan bebas, permainan boneka, main peranan dan aktiviti fizikal. Selain itu, teknik pengaruh tingkah laku juga boleh diaplikasikan seperti tidak mengendahkan suatu tingkah laku yang dibuat secara terancang atau mengurangkan ketegangan melalui gurauan dan perbualan bersahaja. Terdapat tiga teknik utama yang digunakan di dalam model ini iaitu ; • Teknik kaunseling (life space interview & terapi reality) • Teknik ‘’Behaviour Influence’’ • Ekspresi diri MODEL BIOFIZIKAL Model biofizikal menegaskan bahawa punca tingkah laku berlaku secara organik. Model ini mengaitkan antara kecacatan fizikal, kekurangan zat makanan dan masalah penyakit dengan tingkah laku individu. Strategi yang digunakan dalam model ini adalah penjagaan sebelum serta selepas kelahiran, penjagaan pemakanan, perubatan dan nutrisi. Peranan guru amat diperlukan dalam intervensi ini. Buktinya, menurut Walker, J.W. & Shea, T.M. (2002) dalam bukunya ‘’ Behavior Management : A Practical Approach for Educators; ~ 2 ~
  • 3. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 ‘’ The biophysical theory of the etiology of learning and behavior problems of children places emphasis on organic origins of human behavior.’’…Schroeder and Schroeder (1982) discussed the two primary subgroups of biophysical theories, deficit and developmental. MODEL PERSEKITARAN Walker, J.W. & Shea, T.M. (2002) dalam bukunya ‘’ Behavior Management : A Practical Approach for Educators; The impact of the environment on human behavior is a dominant theme in a contemporary society. Many decisions made by governments, corporate groups, and individuals are made with a conscious awareness of the relationship between people and the environment… Hoffman (1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil da terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkah laku, sikap dan pemikiran seseorang. Intervensi tingkah laku menurut model ini adalah berpusatkan murid atau berpusatkan persekitaran atau berpusatkan murid dan persekitaran. Justeru, kanak- kanak diberi peluang menentukan kaedah pembelajaran mereka tetapi berpandukan guru. Ahli-ahli mazhab persekitaran ini menekankan bahawa mengasingkan kanak- kanak daripada persekitaran yang menyebabkan berlakunya tingkah laku itu boleh mengelakkan tingkah laku itu terjadi. MODEL TINGKAH LAKU Punca tingkah laku manusia berlaku di luar diri manusia di dalam persekitarannya. Justeru tingkah laku manusia ditentukan oleh faktor-faktor luaran di sekelilingnya. Melalui pendekatan teori tingkah laku, setiap rangsangan menimbulkan tindak balas dan pembelajaran yang berlaku akibat kaitan dengan rangsangan dan gerak balas. Sesuatu rangsangan yang berkaitan dengan rangsangan yang lain akan mendatangkan pembelajaran yang dikenali sebagai pelaziman. Contohnya tingkah ~ 3 ~
  • 4. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 laku memberikan perhatian akan dilazimkan apabila pelajar terus memberikan perhatian setiap kali mereka belajar. Tumpuan pembelajaran adalah kepada tingkah laku luaran yang dipengaruhi oleh peneguhan. Kebanyakan pembelajaran yang dijalankan adalah tanggungjawab guru dan dikawal sepenuhnya oleh perekabentuk pengajaran. Hartley & Davies (1978), beberapa prinsip teori tingkah laku yang banyak diterapkan di dunia pendidikan meliputi ; a) Proses belajar dapat berlaku dengan baik bila pelajar ikut aktif di dalamnya b) Bahan pelajaran disusun dalam urutan yang logik supaya pelajar dapat mempelajarinya dengan mudah dan dapat memberi respon tertentu. c) Tiap-tiap respon harus diberi maklum balas secara langsung supaya pelajar dapat tahu sama ada respon yang diberinya benar atau tidak. d) Setiap kali pelajar memberikan respon yang benar, ia perlu diberi maklum balas. ~ 4 ~
  • 5. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 MASALAH / PERISTIWA : 1. Tidak membenarkan murid memegang apa-apa objek semasa pengurusan tingkah laku dijalankan. Rutin yang saya telah biasa laksanakan semasa melatih murid makan ialah membasuh tangan sebelum makan dan membaca doa sebelum makan. Alhamdulillah setakat ini murid dapat mengikut apa yang telah saya tetapkan tetapi murid ini masih memerlukan arahan dan banyak tunjuk ajar dari guru. Namun seperti yang telah saya nyatakan di dalam jurnal minggu sebelumnya, murid ini sangat gemar mengambil kertas di kelas terutamanya kertas berwarna –warni dan murid ini sanggup berebut dan bergaduh dengan sesiapa yang menghalang kehendaknya itu. Menurut datuknya juga, murid ini akan membawa balik banyak kertas dari sekolah ke rumah pada setiap hari. Kertas-kertas ini diperolehinya semasa berada di sekolah. Pelbagai jenis kertas dibawanya balik pada setiap hari. Saya juga turut memerhatikan kelakuan murid ini ketika di kelas dan dia hanya bermain dengan kertasnya sahaja tanpa menghiraukan orang lain. Saya mendapati sikap ini sangat mengganggu proses pemulihan murid ini kerana dia tidak mempunyai tumpuan terhadap perkara lain kecuali dengan kertas-kertasnya sahaja. Oleh itu saya telah mencuba satu langkah baru iaitu mengambil kesemua kertas yang dipegang oleh murid tersebut semasa menjalankan pengurusan tingkah laku. Saya juga turut mengambil kertas dari tangannya semasa proses pengajaran dilakukan jika saya membantu untuk menjaga murid ini. Tindakan saya ini menyebabkan murid ini sangat marah dan mengamuk sehingga dia meronta-ronta dan menarik tudung saya. Pada mulanya saya agak bimbang jika murid ini tidak dapat dikawal. Namun setelah beberapa minit berkelakuan demikian, saya dapati murid ini dapat diam dengan sendiri. Apabila tiada kertas atau objek di tangannya, murid ini cuba mencari lain untuk dijadikan tumpuannya. Satu perkara yang agak menakjubkan apabila saya dapati murid ini memberi respons kepada pengajaran yang sedang berlangsung di ~ 5 ~
  • 6. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 dalam kelas. Semasa latihan pengurusan dirinya juga (makan), murid ini dapat fokus walaupun hanya sekadar beberapa minit sahaja. Ini adalah satu perkara yang sangat baik dan memberangsangkan. ANALISIS Murid ADHD merupakan murid yang ternyata mempunyai masalah tumpuan yang agak kritikal. Murid ini juga mempunyai satu-satu tabiat yang berbeza dan sehingga kini masih tidak dapat dipastikan mengapa mereka mempunyai tabiat tersebut. Bagi murid yang sedang saya jalankan pengurusan tingkah lakunya ini, ternyata tabiat suka mengumpul kertas sangat mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran kepadanya kerana tumpuannya adalah lebih kepada kertas-kertas tersebut sahaja. Oleh itu saya telah melaksanakan langkah mengambil semua kertas yang dipegang oleh murid tersebut dan menghalangnya daripada mengumpul kertas- kertas yang lain. Walaupun murid tersebut sangat marah kerana kehendaknya tidak dipenuhi namun ternyata tindakan yang telah saya lakukan tersebut dapat menukar tumpuan murid ini kepada perkara-perkara lain di sekelilingnya. Murid ADHD sememangnya gemar berada di dalam dunianya sepertimana kanak-kanak autisma namun mereka adalah jauh lebih aktif dan suka bergerak. Walau bagaimanapun perhatian mereka boleh ditarik sekiranya guru bijak memainkan peranan dengan memilih perkara-perkara yang digemari murid tetapi mempunyai fungsi ke dalam pembelajarannya. Murid ini selain sukakan kertas yang mana tidak diketahui apakah kegunaannya kepadanya, dia juga sangat menggemari muzik. Murid ini sangat mudah menghafal apa-apa yang ada unsur muzik dan saya percaya pembelajaran yang dirancang dengan rapi menggunakan unsur muzik mampu membantu murid ini. Saya juga percaya murid ini banyak diterapkan dengan unsur muzik ketika dia berada di rumahnya kerana banyak masanya dihabiskan di rumah selepas waktu sekolah. Keadaan keluarga banyak membentuk personaliti anak-anak, jika baik keluarga itu maka baiklah perlakuan anak-anaknya dan jika buruk maka buruklah juga anak-anak mereka. Hal ini dijelaskan oleh Hoffman (1996) di dalam teorinya. ~ 6 ~
  • 7. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 Menurut Hoffman (1996), keluarga telah membentuk personaliti seseorang sejak kecil dan terus memberikan pengaruh yang amat besar kepada tingkahlaku, sikap, dan pemikiran seseorang. Setiap anak-anak sama ada normal mahupun istimewa dididik dengan satu tujuan yang sama iaitu untuk membolehkan mereka hidup berdikari pada suatu masa kelak. Namun yang membezakannya cuma kaedah dan pendekatan yang digunakan. ~ 7 ~
  • 8. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 CADANGAN/ TINDAKAN SUSULAN Menurut Albert Bandura (1925), manusia secara semula jadi belajar melalui proses peniruan atau pemerhatian, iaitu dengan cara melihat orang lain melakukan, mendapat ganjaran daripada perlakuan atau melihat orang menerima hukuman daripada perlakuan. Teori ini dikenali sebagai teori pembelajaran sosial dan nama lain bagi teori ini ialah teori pembelajaran peniruan, teori pembelajaran pemerhatian, atau teori modeling. Terdapat tiga bentuk peniruan yang telah dinyatakan oleh Bandura iaitu;  Peniruan secara langsung  Peniruan sekat laluan dan tak sekat laluan  Peniruan elisitasi Bentuk peniruan yang akan saya aplikasikan ialah peniruan secara langsung. Peniruan ini berlaku secara langsung iaitu apabila melihat model (orang lain) melakukan sesuatu individu tersebut akan mengikut tindakan yang sama. Ini adalah bagi melatih murid tersebut makan dengan cara yang betul. Seterusnya ialah saya juga akan cuba menguruskan tingkah laku murid yang terlalu agresif dan suka mengamuk apabila permintaannya tidak dipenuhi. Saya akan cuba kaedah disiplin iaitu mengenakan sistem hukuman jika murid ini tidak melakukan arahan yang diberi. Menurut Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying, dan Sharifah Fakhriah Syed Ahmad melalui buku mereka iaitu ‘’Murid dan Alam Belajar,’’ terbitan Oxford Fajar (2009); Dari segi perspektif Islam, menurut pandangan Saidina Ali r.a. perkembangan kanak-kanak terbahagi kepada tiga peringkat iaitu peringkat pertama 0-7 tahun, peringkat kedua 7-14 tahun, dan peringkat ketiga 14-21 tahun. ~ 8 ~
  • 9. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 PERINGKAT UMUR TINDAKAN 1 0-7 tahun Main dengan anak-anak 2 7-14 tahun Disiplinkan anak-anak. Jadi ketua kepada anak-anak. 3 14-21 tahun Bergerak seiring dengan anak-anak. Jadikan anak-anak sebagai rakan berbincang. Penekanan yang perlu diberi perhatian disini ialah peringkat umur ke-2 iaitu 7- 14 tahun. Murid sekolah rendah berada di dalam lingkungan umur ini dan oleh itu mereka perlu didisiplinkan dengan sebaiknya supaya mereka dapat berfikir dengan rasional akan kesan baik buruk setiap perbuatan mereka dewasa kelak. Anak-anak pada umur ini tidak lagi sesuai dimanjakan dan ini adalah umur terbaik untuk mendisiplinkan mereka sebelum mereka naik ke peringkat yang lebih tinggi iaitu alam remaja. Oleh itu tidak kira kanak-kanak berkeperluan khas mahupun kanak- kanak normal, disiplin adalah merupakan satu unsur yang masih wajib ditekankan. Apa yang membezakan hanyalah pendekatan yang digunakan. KESIMPULAN ~ 9 ~
  • 10. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 Murid berkeperluan khas mempunyai keperluan yang berbeza. Melayani keperluan individu murid adalah penting bagi memastikan murid berkeperluan khas dapat berkembang mengikut potensi masing-masing. Setiap murid yang lahir pada hari ini adalah generasi kita pada masa hadapan. Tujuan utama murid-murid khas diberi pendidikan ialah untuk memastikan mereka dapat hidup berdikari. Namun di sebalik itu, pendidikan yang diberi juga adalah bagi mencungkil bakat yang ada dalam diri setiap dari mereka kerana mereka adalah insan istimewa yang mempunyai keunikan tersendiri. Murid ADHD yang tergolong di dalam murid berkeperluan khas adalah golongan murid yang mempunyai ciri-ciri yang sangat istimewa dan sehingga kini para saintis masih belum menemui punca sebenar akan kelahiran mereka. Fakta- fakta yang ada dan digembar-gemburkan hanyalah sekadar pendapat sahaja. Walaupun begitu, punca penyebab itu tidaklah perlu dijadikan isu yang terlalu besar kerana setiap yang terjadi pasti ada hikmah disebaliknya. Pendidikan adalah satu aset terpenting yang perlu dititikberatkan pada hari ini kerana pendidikan akan memastikan masyarakat terus berkembang maju dan hidup harmoni. Kesimpulannya, tidak ada yang mustahil dalam dunia pendidikan sama ada murid normal mahupun murid khas. Semuanya bergantung kepada pengamal ilmu itu sendiri dan juga kerjasama daripada pihak-pihak yang terdekat. RUJUKAN ~ 10 ~
  • 11. AZLIZA BINTI MOHAMED PISMP PENDIDIKAN KHAS 5 JANUARI 2010 Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying & Sharifah Fakhriah Syed Ahmad (2009). Siri Pendidikan Guru : Murid dan Alam Belajar : Oxford Fajar Sdn. Bhd. Walker, J.W. & Shea, T. M. (2002). Behavior management : A Practical Approach for Educators (8th . Ed.). New Jersey : Merrill Prentice- Hall. Strategi Menangani Masalah Tingkah Laku http://notaipg.blogspot.com/2010/10/strategi-menangani-masalah-tingkah-laku.html Pendekatan Psikodinamik http://www.scribd.com/doc/47200548/Pendekatan-psikodinamik Pengurusan Tingkah Laku http://wasilahpendidikankhas.blogspot.com/2010/10/pengurusan-tingkah-laku.html Disediakan oleh, Disahkan oleh, …………………. ………………… (AZLIZA BINTI MOHAMED) ~ 11 ~