1. ::KAEDAH PENGAJARAN ASUHAN TILAWAH AL – QURAN::
Pengajaran dan Pembelajaran yang berkesan amatlah penting dalam usaha guru untuk
membina pengetahuan kepada pelajar. Untuk memenuhi hasrat itu yang selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara maka seseorang guru itu perlulah memiliki
kepelbagaian kemahiran untuk menjana pemikiran pelajar dalam proses pengajaran
dan pembelajarannya.
Dalam matapelajaran Pendidikan Islam guru haruslah lebih kreatif dalam menggunakan
kepelbagaian strategi pengajaran dan pembelajaran. Ini adalah bertujuan untuk menarik
minat murid serta ilmu pengetahuan yang akan diperolehi akan terus berkekalan serta
dapat diamalkan dalam kehidupan seharian.
Bidang Asuhan Tilawah Al – Quran sekolah rendah dapat dibahagikan kepada 2
kemahiran utama iaitu kemahiran bacaan surah – surah tertentu dan kemahiran
menghafaz surah – surah tertentu. Antara strategi dan kaedah pengajaran dan
pembelajaran di dalam bidang ini yang dapat dilaksanakan oleh guru ialah :
1. KAEDAH MENDENGAR SERTA MENYEBUT.
Kaedah ini merupakan satu asas yang penting terutamanya dalam proses pengajaran
dan pembelajaran al – quran. Ianya amat berfaedah kepada murid – murid serta guru
2. dalam usaha memastikan murid – murid benar – benar dapat menguasai bacaan atau
menghafaz sesuatu surah tertentu. Guru bertindak sebagai sumber dan murid – murid
pula akan menggunakan sumber dari guru untuk tujuan pembelajaran. Guru menyebut
atau melafazkan sesuatu lafaz bacaan dari surah – surah tertentu dan murid – murid
pula akan mengulangi lafaz bacaan guru tersebut. Selain daripada guru teknik
menggunakan radio atau bahan teknologi yang lain juga amat digalakkan dalam usaha
menarik minat murid – murid.
Melalui kaedah menyebut dan mendengar ini guru dengan mudah dapat mengenal
pasti murid – murid yang kurang mahir atau lemah dalam menyebut semula lafaz –
lafaz bacaan surah – surah tersebut. Ini memberi peluang kepada guru untuk
memberikan perhatian yang lebih atau proses pemulihan dapat dilaksanakan dengan
segera. Usaha dengan menggunakan kaedah ini akan dapat menghasilkan
pembelajaran dengan lebih efektif dan berkesan.
2. KAEDAH TALAQQI DAN MUSYAFAHAH.
Mempelajari al – quran bukanlah suatu usaha yang mudah. Guru perlulah mengambil
berat serta memainkan peranan yang lebih dalam memastikan murid – murid benar –
benar dapat membaca atau menghafaz bacaan surah – surah dengan betul dan fasih.
Penggunaan kaedah Talaqqi dan Musyafahah dilihat sebagai pemangkin utama dalam
usaha ini. Guru secara terus dapat mengenali sejauh mana pencapaian murid – murid
dalam menguasai bacaan atau hafazan surah – surah tertentu. Murid juga berpeluang
untuk memperbetulkan bacaan atau hafazan mereka secara terus ketika berhadapan
dengan guru.
Kaedah ini amat sesuai digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran asas
tilawah kerana sesuatu bacaan atau hafazan itu seharusnya tepat dan bertepatan
dengan syariat islam. Ianya juga suatu kaedah yang cukup berkesan dalam
memastikan guru dan pelajar dapat meneruskan bacaan atau hafazan untuk surah –
surah yang seterusnya.
3. KAEDAH LATIH TUBI.
3. Bacaan dan hafazan sesuatu surah akan lebih mudah dikuasai oleh murid – murid
apabila ianya diulang – ulang serta di amalkan selalu. Oleh itu dalam usaha
memastikan murid – murid mudah menguasai bacaan atau hafazan sesuatu surah itu,
kaedah latih tubi juga memainkan peranan utama dalam memantapkan lagi hasil
bacaan dan hafazan surah – surah terhadap diri murid – murid tersebut. Proses
pengulangan serta amalan seharian ini yang dilaksanakan secara berterusan dengan
bimbingan guru sudah pastilah dapat dikuasai dengan mudah serta cepat oleh murid –
murid.Contohnya dilaksanakan kaedah ini setiap kali guru ingin memulakan pengajaran
serta diakhir pembelajaran.
Kaedah ini cukup mudah dilaksanakan dan ianya cukup berkesan kerana murid – murid
akan lebih mudah menerima sesuatu ilmu atau kemahiran apabila ianya sering diulang
– ulang. Bukan sekadar murid – murid akan memperolehi ilmu pengetahuan yang baru
tetapi ianya lebih mudah diamalkan dalam kehidupan seharian. Contohnya bacaan al –
fatihah yang sering diulang atau dilatih tubi bacaannya.Murid – murid secara tidak
langsung akan fasih serta dapat nmengamalkannya dalam solat seharian mereka.
Amalan seharian yang dilaksanakan oleh murid – murid ini merupakan satu kekuatan
dalam mengaplikasikan kaedah latih tubi ini.