SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 10
PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH

1.       KEAHLIAN
     Semua guru-guru dan murid-murid SMK Menglembu adalah layak
menjadi ahli perpustakaan sekolah. Semua guru-guru yang ditugaskan
secara tetap, sementara, sandaran atau membuat pengajaran praktikum di
SMK Menglembu adalah layak menjadi ahli perpustakaan sekolah.
Pengetua , Guru-Guru Penolong Kanan yang mengajar di SMK
Menglembu adalah layak menjadi ahli perpustakaan. Kakitangan bukan
guru SMK Menglembu yang layak menjadi ahli perpustakaan sekolah
adalah :
1.1      Kerani
1.2      Pembantu Am Rendah
1.3      Pekerja Am
1.4      Tukang Sapu
1.5      Jaga

2.      KAD PENGENALAN DIRI
2.1     Setiap orang peminjam buku mesti mempunyai kad pengenalan
        murid /guru peminjam semasa membuat pinjaman buku .
2.2     Kad Pengenalan Murid /Guru / tiket peminjam buku mestilah
        mengandungi butir- butir penting peminjam iaitu:
a.      Nama peminjam
b.      No Pendaftaran
c.      No Kad Pengenalan
d.      Gambar saiz kad pengenalan
2.3     Kad Pengenalan Diri tidak boleh ditukar milik dengan orang
        lain.
3.   PERATURAN PSS
     3.1 Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.
     3.2   Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau
              memulangkan buku.
     3.3   Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di
           dalam
           Perpustakaan.
     3.4   Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan
           mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan
           tanpa kebenaran guru PSS.
     3.5   Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang
           disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak,
           pintu dan kaunter.
     3.6   Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke
           bawah meja dengan kemas selepas digunakan.
     3.7   Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau
           perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran.
     3.8   Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa
           sesi pembelajaran tanpa diiringi guru.
     3.9   Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar
           perpustakaan di tempat yang disediakan.
4        BAHAN-BAHAN PERPUSTAKAAN
Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau
dirosakkan. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan
tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan. Buku-buku yang selesai
digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan.
         4.1 PINJAMAN BUKU
         4.1.1 Pinjaman buku adalah terbuka kepada semua ahli perpustakaan
               Sekolah Menengah Keb. Menglembu, 31450 Menglembu .
         4.1.2 Pinjaman buku dibolehkan sebanyak dua buah bagi tempoh satu
               minggu.
         4.1.3 Pinjaman boleh diperbaharui atau disambung selepas tempoh
               tersebut jika dimohon.
         4.1.4 Memperbaharui / menyambung pinjaman buku mestilahdengan
               membawa buku yang dipinjam untuk kawalan keselamatan dan
               mengecop tarikh baru jadual pemulangan.
         4.1.5 Pemohon atau peminjam diperlukan hadir sendiri untuk
               meminjam buku.
         4.1.6 Pemohon atau peminjam tidak boleh mewakilkan mana- mana
               pihak ketiga untuk meminjam buku.
         4.1.7 Buku-buku yang dipinjam oleh peminjam tidak boleh
               dipinjamkan kepada pihak-pihak lain.
         4.1.8 Peminjam tidak dibernarkan meminjamkan buku-buku bagi
               pihak-pihak lain / pihak ketiga.
         4.1.9 Buku rujukan tidak dipinjamkan dan tidak dibenarkan untuk
               pinjaman atau dibawa keluar dari bangunan perpustakaan sekolah
               adalah:
               4.1.9.1    Buku Rujukan Bertanda Merah (Red Spot).
               4.1.9.2    Atlas
               4.1.9.3    Peta
               4.1.9.4    Kamus
               4.1.9.5    Ensiklopedia
4.2   Buku-buku dalam rak perpustakaan guru dipinjamkan hanya
      kepada kakitangan guru sahaja atau murid pada hari Jumaat
      sahaja dan dipulangkan pada hari Isnin.

4.3   SISTEM PINJAMAN
      4.3.1   Buku yang hendak dipinjan mestilah dibawa ke
              kaunter edaran / kaunter pinjaman.
      4.3.2   Kad Pengenalan Murid akan discan untuk
              memasukkan maklumat no. perolehan serta tarikh
              buku dipinjam.
      4.3.3   Pustakawan yang bertugas akan cop tarikh pulang
              buku pada slip pemulangan.

4.4   TEMPOH PINJAMAN
      4.4.1  Tempoh pinjaman bagi setiap buku adalah satu
             minggu kalendar.
      4.4.2  Tempoh pinjaman pertama boleh dipanjangkan selama
             satu minggu lagi dengan mengikuti sistem pinjaman
             yang ditetapkan dalam perkara ‘Sistem Pinjaman’.
      4.4.3  Tempoh pinjaman minggu yang ketiga secara
             berturut-turut hanya boleh dibenarkan oleh Ketua
             Guru Perpustakaan.
      4.4.4  Semua kakitangan lain termasuk Guru Besar, Guru
             Penolong Kanan dan Penyelaras Pusat Sumber
             Sekolah tidak mempunyai kuasa dan tidak mempunyai
             pengaruh untuk melanjutkan tempoh pinjaman
             minggu yang ketiga secara berturut-turut .
      4.4.5  Kuasa dan pengaruh untuk meluluskan pinjaman buku
             secara berturut- turut minggu hanya diberikan kepada
             Ketua Guru Perpustakaan dan Guru Perpustakaan dan
             Media (Penyelaras PSS) sahaja.
4.5   KELEWATAN PEMULANGAN BUKU
      4.5.1  Semua denda lewat pemulangan buku akan
             dikenakan denda bayaran wang tunai.
      4.5.2  Denda sebanyak 10 sen akan dikenakan selepas
             tarikh pulang.
      4.5.3  Denda adalah mengikut bilangan hari
             persekolahan dan waktu pejabat
      4.5.4  Jumlah denda adalah tidak terhad.
      4.5.5  Denda sebanyak RM1.00 akan dikenakan jika
             lewat pulang buku red spot atau buku di bilik
             rujukan .

4.6   KEHILANGAN BUKU
      4.6.1  Semua kehilangan buku perlu dilaporkan
             kepada Ketua Guru Perpustakaan atau guru-
             guru perpustakaan dengan kadar segera.
      4.6.2  Peminjam yang kehilangan buku akan diberi
             pilihan
      4.6.3  Menggantikan buku yang hilang dengan buku
             baru dari judul
             yang sama dalam tempoh empat minggu
             calendar berserta wang lewat pulang.
      4.6.4  Membayar harga buku yang hilangan lewat
             pulang pada kadar bayaran yang ditetapkan.
5   PERATURAN PENGGUNAAN PSS

    5.1   BORANG / REKOD BANCIAN PENGUNJUNG HARIAN
          5.1.1    Borang bancian pengunjung perlu dilengkapkan oleh
                   Pengawas Perpustakaan yang bertugas.
          5.1.2    Borang bancian pengunjung akan diisi setiap kali
                   seorang pelajar memasuki pusat sumber.
          5.1.3    Borang bancian pengunjung akan dianalisa dan
                   dirumus pada setiap hari oleh guru perpustakaan.
          5.1.4    Bancian pengunjung akan dikumpulkan pada setiap
                   bulan untuk direkodkan dan dibentangkan di dalam
                   mesyuarat JK Induk PSS atau mesyuarat kurikulum
                   sekolah.

    5.2   REKOD BANCIAN PINJAMAN BULANAN
          5.2.1   Rekod bancian bacaan bulanan mestilah dianalisa dan
                  dirumus oleh guru-guru kelas untuk dihantar kepada
                  Ketua Guru Perpustakaan.
          5.2.2   Rekod bancian pinjaman buku perlu dianalisa oleh
                  guru-guru perpustakaan pada setiap bulan untuk
                  dimasukkan ke dalam rekod dan carta Bancian
                  Pinjaman Tahunan.

    5.3   PERATURAN PINJAMAN BUKU
          5.3.1   Pinjaman buku hendaklah dibuat di kaunter edaran
                  daripada pengawas perpustakaan yang bertugas
          5.3.2   Sebarang pinjaman hendaklah dibuat dalam waktu
                  perpustakaan dibuka sahaja.
          5.3.3   Pinjaman adalah diberi percuma kepada semua ahli
                  perpustakaan sekolah.
          5.3.4   Ahli perpustakaan perlu membawa kad pengenalan
                  diri bersama ketika membuat pinjaman buku.
          5.3.5   Satu kad pengenalan diri dibenarkan untuk kegunaan
                  pinjaman dua buah buku sahaja.
5.3.6    Ahli perpustakaan dibenarkan meminjam tiga buah
               buku dengan menggunakan kad pengenalan diri
               dalam satu masa.
      5.3.7    Ahli perpustakaan dikehandaki membiayai segala
               perbelanjaan sekiranya berlaku sebarang kerosakan
               atau kehilangan buku yang dipinjam.
      5.3.8    Buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan dalam
               keadaan semasa dipinjam dan pada atau sebelum
               masa yang telah ditetapkan.
      5.3. 9   Peminjam meminjam buku untuk kegunaan sendiri
               sahaja dan bukan untuk pihak lain.
5.4   PAKAIAN
      5.4.1 Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada
            dalam perpustakaan.
      5.4.2 Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain
            pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau
            dibawa masuk ke Perpustakaan.
5.5   JADUAL MASUK PERPUSTAKAAN
      5.5.1  Disiplin
             5.5.1.1 Pelajar diminta senyap apabila memasuki
                     perpustakaan..
             5.5.1.2 Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau
                     memulangkan buku.
             5.5.1.3 Penyelaras Guru Nilam akan membuat akan
                     membuat pelarasan masa masuk
                     perpustakaan sebagaimana yang diluluskan
                     oleh pihak pentadbiran sekolah.
             5.5.1.4 Sekeping carta jadual masuk perpustakaan
                     akan dibuat oleh guru perpustakaan dan
                     ditampal pada papan kenyataan
                     perpustakaan untuk makluman semua guru
                     dan murid mengenai jadual masuk
                     perpustakaan yang ditetapkan.
5.5.1.5    Salinan jadual masuk perpustakaan akan
           disediakan oleh Ketua Guru Perpustakaan.
5.5.1.6    Salinan jadual masuk perpustakaan akan
           diedarkan kepada semua guru untuk rujukan
           guru untuk rujukan dan tindakan sewajarnya.

5.5.1.7    Setiap buah kelas diuntukkan dan wajib
           menggunakan satu waktu Pembelajaran
           Bahasa Melayu dan satu waktu pembelajaran
           Bahasa Inggeris untuk perpustakaan.
5.5.1.8    Kelas / guru yang ingin menggunakan
           perpustakaan selain dari waktu yang
           diuntukkan boleh mendapat kebenaran dari
           Ketua Guru Perpustakaan atau
           dari guru perpustakaan yang bertugas.
5.5.1.9    Kelas / guru yang ingin menggunakan
           perpustakaan selain dalam waktu yang
           diuntukkan boleh berbincang dan mendapat
           kebenaran dari guru kelas terbabit dalam masa 3
           hari persekolahan.
5.5.1.10   Tempahan menggunakan perpustakaan selain
           dari waktu yang diuntukkan boleh dibuat dalam
           masa 3 hari persekolahan dari Ketua Guru
           Perpustakaan.
5.5.1.11   Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan
           bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber.
5.5.1.12   Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin
           pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
5.6   PERATURAN PENGGUNAAN BILIK
      MEDIA/SIBER/MAKMAL KOMPUTER

      5.6.1   Disiplin
              5.6.1.1 Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik
                       khas.
              5.6.1.2 Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau
                       tidur di dalam bilik tersebut.
              5.6.1.3 Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-
                       suis televisyen, video, radio atau peralatan lain
                       serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa
                       kebenaran.
              5.6.1.4 Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi
                       meja sebelum meninggalkan bilik ini.
              5.6.1.5 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik
                       berkenaan semasa sesi pembelajaran tanpa
                       diiringi guru.
              5.6.1.6 Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di
                       luar bilik tersebut di tempat yang disediakan.

      5.6.2   Bahan-bahan bilik media/siber
              5.6.2.1 Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset,
                       pita video dan lain-lain tidak dibenarkan
                       ditayang tanpa kebenaran Guru PSS.
              5.6.2.2 Segala perisian di dalam bilik berkenaan tidak
                       boleh di keluarkan dari bilik ini tanpa
                       pengetahuan Guru PSS.
5.6.3   Pakaian
              5.6.3.1   Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu
                        berada dalam bilik berkenaan.
              5.6.3.2   Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain
                        pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan
                        dipakai atau dibawa masuk ke bilik
                        berkenaan.




Peringatan:
Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan
bilik berkenaan.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Ajk pelaksana iftar
Ajk pelaksana iftarAjk pelaksana iftar
Ajk pelaksana iftaraziramn
 
Minit mesyuarat agung persatuan matematik 2015
Minit  mesyuarat agung persatuan matematik 2015Minit  mesyuarat agung persatuan matematik 2015
Minit mesyuarat agung persatuan matematik 2015Zurainy Awi
 
Kertas kerja program kem membaca 1 malaysia 2015
Kertas kerja program kem membaca 1 malaysia 2015Kertas kerja program kem membaca 1 malaysia 2015
Kertas kerja program kem membaca 1 malaysia 2015Nor Afriza Hj Md Yamin
 
Brosur perkhemahan skkp 2015
Brosur perkhemahan skkp 2015Brosur perkhemahan skkp 2015
Brosur perkhemahan skkp 2015Nik Aslili
 
Laporan kempen menghargai warga emas
Laporan kempen menghargai warga emasLaporan kempen menghargai warga emas
Laporan kempen menghargai warga emasyusran yunus
 
Buku program pelancaran nilam 2014
Buku program pelancaran nilam 2014Buku program pelancaran nilam 2014
Buku program pelancaran nilam 2014Haslina Samat
 
Jawatankuasa Pengurusan Tingkatan Enam 2013
Jawatankuasa Pengurusan Tingkatan Enam 2013Jawatankuasa Pengurusan Tingkatan Enam 2013
Jawatankuasa Pengurusan Tingkatan Enam 2013Jeya Kumar
 
JAWATANKUASA PENGURUSAN TINGKATAN ENAM 2013
JAWATANKUASA PENGURUSAN TINGKATAN ENAM 2013JAWATANKUASA PENGURUSAN TINGKATAN ENAM 2013
JAWATANKUASA PENGURUSAN TINGKATAN ENAM 2013MPPT6STARS
 
Buku program transisi 2014
Buku program transisi 2014Buku program transisi 2014
Buku program transisi 2014Athirah Budiman
 
Bab 3 (kurikulum 2015)
Bab 3 (kurikulum 2015)Bab 3 (kurikulum 2015)
Bab 3 (kurikulum 2015)600501
 
Kertas kerja program transisi tahun 1 2017
Kertas kerja program transisi tahun 1 2017Kertas kerja program transisi tahun 1 2017
Kertas kerja program transisi tahun 1 2017Ant Semut
 
Kertas kerja-program-nilam-pagi
Kertas kerja-program-nilam-pagiKertas kerja-program-nilam-pagi
Kertas kerja-program-nilam-pagiSusela Mariappan
 
Laporan hari anugerah cemerlang 2011
Laporan hari anugerah cemerlang 2011Laporan hari anugerah cemerlang 2011
Laporan hari anugerah cemerlang 2011Mugilah Mugilah
 
Pamplet hari guru 2016
Pamplet hari guru 2016Pamplet hari guru 2016
Pamplet hari guru 2016Joyce Robert
 
Minit mesyuaratkoko bil 1 2015
Minit mesyuaratkoko bil 1 2015Minit mesyuaratkoko bil 1 2015
Minit mesyuaratkoko bil 1 2015azmanramli75
 
Laporan hari anugerah cemerlang 2010
Laporan hari anugerah cemerlang 2010Laporan hari anugerah cemerlang 2010
Laporan hari anugerah cemerlang 2010Sallyza Sahli
 
Kertas kerja transisi tahun 1
Kertas kerja transisi tahun 1Kertas kerja transisi tahun 1
Kertas kerja transisi tahun 1Athirah Budiman
 
Surat RASMI KEPADA PPD
Surat RASMI KEPADA PPDSurat RASMI KEPADA PPD
Surat RASMI KEPADA PPDUPSI
 
Big 3 b perancangan program ,kertas kerja
Big 3   b perancangan program ,kertas kerjaBig 3   b perancangan program ,kertas kerja
Big 3 b perancangan program ,kertas kerjaAidiel Harith
 

La actualidad más candente (20)

Ajk pelaksana iftar
Ajk pelaksana iftarAjk pelaksana iftar
Ajk pelaksana iftar
 
Minit mesyuarat agung persatuan matematik 2015
Minit  mesyuarat agung persatuan matematik 2015Minit  mesyuarat agung persatuan matematik 2015
Minit mesyuarat agung persatuan matematik 2015
 
Kertas kerja program kem membaca 1 malaysia 2015
Kertas kerja program kem membaca 1 malaysia 2015Kertas kerja program kem membaca 1 malaysia 2015
Kertas kerja program kem membaca 1 malaysia 2015
 
Brosur perkhemahan skkp 2015
Brosur perkhemahan skkp 2015Brosur perkhemahan skkp 2015
Brosur perkhemahan skkp 2015
 
Laporan kempen menghargai warga emas
Laporan kempen menghargai warga emasLaporan kempen menghargai warga emas
Laporan kempen menghargai warga emas
 
Buku program pelancaran nilam 2014
Buku program pelancaran nilam 2014Buku program pelancaran nilam 2014
Buku program pelancaran nilam 2014
 
Jawatankuasa Pengurusan Tingkatan Enam 2013
Jawatankuasa Pengurusan Tingkatan Enam 2013Jawatankuasa Pengurusan Tingkatan Enam 2013
Jawatankuasa Pengurusan Tingkatan Enam 2013
 
JAWATANKUASA PENGURUSAN TINGKATAN ENAM 2013
JAWATANKUASA PENGURUSAN TINGKATAN ENAM 2013JAWATANKUASA PENGURUSAN TINGKATAN ENAM 2013
JAWATANKUASA PENGURUSAN TINGKATAN ENAM 2013
 
Buku program transisi 2014
Buku program transisi 2014Buku program transisi 2014
Buku program transisi 2014
 
Bab 3 (kurikulum 2015)
Bab 3 (kurikulum 2015)Bab 3 (kurikulum 2015)
Bab 3 (kurikulum 2015)
 
Kertas kerja program transisi tahun 1 2017
Kertas kerja program transisi tahun 1 2017Kertas kerja program transisi tahun 1 2017
Kertas kerja program transisi tahun 1 2017
 
Kertas kerja-program-nilam-pagi
Kertas kerja-program-nilam-pagiKertas kerja-program-nilam-pagi
Kertas kerja-program-nilam-pagi
 
Laporan hari anugerah cemerlang 2011
Laporan hari anugerah cemerlang 2011Laporan hari anugerah cemerlang 2011
Laporan hari anugerah cemerlang 2011
 
Pamplet hari guru 2016
Pamplet hari guru 2016Pamplet hari guru 2016
Pamplet hari guru 2016
 
Minit mesyuaratkoko bil 1 2015
Minit mesyuaratkoko bil 1 2015Minit mesyuaratkoko bil 1 2015
Minit mesyuaratkoko bil 1 2015
 
Laporan hari anugerah cemerlang 2010
Laporan hari anugerah cemerlang 2010Laporan hari anugerah cemerlang 2010
Laporan hari anugerah cemerlang 2010
 
Kertas kerja transisi tahun 1
Kertas kerja transisi tahun 1Kertas kerja transisi tahun 1
Kertas kerja transisi tahun 1
 
Surat RASMI KEPADA PPD
Surat RASMI KEPADA PPDSurat RASMI KEPADA PPD
Surat RASMI KEPADA PPD
 
Brosur temu mesra 2013
Brosur temu mesra 2013Brosur temu mesra 2013
Brosur temu mesra 2013
 
Big 3 b perancangan program ,kertas kerja
Big 3   b perancangan program ,kertas kerjaBig 3   b perancangan program ,kertas kerja
Big 3 b perancangan program ,kertas kerja
 

Destacado

pertandingan mewarna kulit buku
pertandingan mewarna kulit bukupertandingan mewarna kulit buku
pertandingan mewarna kulit bukuSPBTSKKRU
 
Peraturan penggunaan pusat sumber sekolah
Peraturan penggunaan pusat sumber sekolahPeraturan penggunaan pusat sumber sekolah
Peraturan penggunaan pusat sumber sekolahMiesa Niena
 
Peraturan penggunaan bilik
Peraturan penggunaan bilikPeraturan penggunaan bilik
Peraturan penggunaan bilikAznida Abs
 
Poster kempen baca buku teks
Poster kempen baca buku teksPoster kempen baca buku teks
Poster kempen baca buku teksAsniem CA
 
Kad pinjaman dan pemulangan buku
Kad pinjaman dan pemulangan bukuKad pinjaman dan pemulangan buku
Kad pinjaman dan pemulangan bukuIzan Wahab
 
hiasan bilik SPBT
hiasan bilik SPBThiasan bilik SPBT
hiasan bilik SPBTNizam Yahya
 
Pk03 3 rekod penggunaan bilik khas
Pk03 3 rekod penggunaan bilik khasPk03 3 rekod penggunaan bilik khas
Pk03 3 rekod penggunaan bilik khasNazar Mohd
 
Pengurusan Fail GPM 2015
Pengurusan Fail GPM 2015Pengurusan Fail GPM 2015
Pengurusan Fail GPM 2015upspbtpnkl
 
Rekod penggunaan komputer
Rekod penggunaan komputerRekod penggunaan komputer
Rekod penggunaan komputerAhmad Fadhli
 
Sistem fail pusat sumber sekolah
Sistem fail pusat sumber sekolahSistem fail pusat sumber sekolah
Sistem fail pusat sumber sekolahupspbtpnkl
 

Destacado (17)

Peraturan pinjaman dan pemulangan
Peraturan pinjaman dan pemulanganPeraturan pinjaman dan pemulangan
Peraturan pinjaman dan pemulangan
 
Pss 2015
Pss 2015Pss 2015
Pss 2015
 
pertandingan mewarna kulit buku
pertandingan mewarna kulit bukupertandingan mewarna kulit buku
pertandingan mewarna kulit buku
 
Peraturan penggunaan pusat sumber sekolah
Peraturan penggunaan pusat sumber sekolahPeraturan penggunaan pusat sumber sekolah
Peraturan penggunaan pusat sumber sekolah
 
Kad peminjaman
Kad peminjamanKad peminjaman
Kad peminjaman
 
Peraturan penggunaan bilik
Peraturan penggunaan bilikPeraturan penggunaan bilik
Peraturan penggunaan bilik
 
Label SUDUT SPBT
Label SUDUT SPBTLabel SUDUT SPBT
Label SUDUT SPBT
 
Fail meja-pss
Fail meja-pssFail meja-pss
Fail meja-pss
 
Poster kempen baca buku teks
Poster kempen baca buku teksPoster kempen baca buku teks
Poster kempen baca buku teks
 
Kad pinjaman dan pemulangan buku
Kad pinjaman dan pemulangan bukuKad pinjaman dan pemulangan buku
Kad pinjaman dan pemulangan buku
 
hiasan bilik SPBT
hiasan bilik SPBThiasan bilik SPBT
hiasan bilik SPBT
 
Fail meja spbt
Fail meja spbtFail meja spbt
Fail meja spbt
 
Pk03 3 rekod penggunaan bilik khas
Pk03 3 rekod penggunaan bilik khasPk03 3 rekod penggunaan bilik khas
Pk03 3 rekod penggunaan bilik khas
 
Pengurusan Fail GPM 2015
Pengurusan Fail GPM 2015Pengurusan Fail GPM 2015
Pengurusan Fail GPM 2015
 
Rekod penggunaan komputer
Rekod penggunaan komputerRekod penggunaan komputer
Rekod penggunaan komputer
 
Buku log penggunaan makmal komputer
Buku log penggunaan makmal komputerBuku log penggunaan makmal komputer
Buku log penggunaan makmal komputer
 
Sistem fail pusat sumber sekolah
Sistem fail pusat sumber sekolahSistem fail pusat sumber sekolah
Sistem fail pusat sumber sekolah
 

Más de BeLing Liew

Más de BeLing Liew (8)

Peraturan
PeraturanPeraturan
Peraturan
 
Peraturan
PeraturanPeraturan
Peraturan
 
plant reprodutive system
plant reprodutive systemplant reprodutive system
plant reprodutive system
 
cell division
cell divisioncell division
cell division
 
blood circulatory system
blood circulatory systemblood circulatory system
blood circulatory system
 
Sextual abuse
Sextual abuseSextual abuse
Sextual abuse
 
repro
reprorepro
repro
 
Religious
ReligiousReligious
Religious
 

Peraturan

  • 1. PERATURAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 1. KEAHLIAN Semua guru-guru dan murid-murid SMK Menglembu adalah layak menjadi ahli perpustakaan sekolah. Semua guru-guru yang ditugaskan secara tetap, sementara, sandaran atau membuat pengajaran praktikum di SMK Menglembu adalah layak menjadi ahli perpustakaan sekolah. Pengetua , Guru-Guru Penolong Kanan yang mengajar di SMK Menglembu adalah layak menjadi ahli perpustakaan. Kakitangan bukan guru SMK Menglembu yang layak menjadi ahli perpustakaan sekolah adalah : 1.1 Kerani 1.2 Pembantu Am Rendah 1.3 Pekerja Am 1.4 Tukang Sapu 1.5 Jaga 2. KAD PENGENALAN DIRI 2.1 Setiap orang peminjam buku mesti mempunyai kad pengenalan murid /guru peminjam semasa membuat pinjaman buku . 2.2 Kad Pengenalan Murid /Guru / tiket peminjam buku mestilah mengandungi butir- butir penting peminjam iaitu: a. Nama peminjam b. No Pendaftaran c. No Kad Pengenalan d. Gambar saiz kad pengenalan 2.3 Kad Pengenalan Diri tidak boleh ditukar milik dengan orang lain.
  • 2. 3. PERATURAN PSS 3.1 Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan. 3.2 Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku. 3.3 Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam Perpustakaan. 3.4 Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis-suis dan mengubah kedudukan kerusi meja di dalam perpustakaan tanpa kebenaran guru PSS. 3.5 Pelajar dikehendaki duduk di tempat-tempat yang disediakan dan tidak dibenarkan berhimpun di rak-rak, pintu dan kaunter. 3.6 Pelajar dikehendaki memasukkan kembali kerusi ke bawah meja dengan kemas selepas digunakan. 3.7 Pelajar tidak boleh mengadakan mesyuarat atau perjumpaan di dalam perpustakaan tanpa kebenaran. 3.8 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke perpustakaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru. 3.9 Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar perpustakaan di tempat yang disediakan.
  • 3. 4 BAHAN-BAHAN PERPUSTAKAAN Pelajar mesti menggantikan kos buku-buku yang dihilangkan, diconteng atau dirosakkan. Akhbar atau majalah hendaklah dikembalikan ke tempat asal dan tidak dibenarkan dibawa keluar dari Perpustakaan. Buku-buku yang selesai digunakan hendaklah diletakkan di tempat yang disediakan. 4.1 PINJAMAN BUKU 4.1.1 Pinjaman buku adalah terbuka kepada semua ahli perpustakaan Sekolah Menengah Keb. Menglembu, 31450 Menglembu . 4.1.2 Pinjaman buku dibolehkan sebanyak dua buah bagi tempoh satu minggu. 4.1.3 Pinjaman boleh diperbaharui atau disambung selepas tempoh tersebut jika dimohon. 4.1.4 Memperbaharui / menyambung pinjaman buku mestilahdengan membawa buku yang dipinjam untuk kawalan keselamatan dan mengecop tarikh baru jadual pemulangan. 4.1.5 Pemohon atau peminjam diperlukan hadir sendiri untuk meminjam buku. 4.1.6 Pemohon atau peminjam tidak boleh mewakilkan mana- mana pihak ketiga untuk meminjam buku. 4.1.7 Buku-buku yang dipinjam oleh peminjam tidak boleh dipinjamkan kepada pihak-pihak lain. 4.1.8 Peminjam tidak dibernarkan meminjamkan buku-buku bagi pihak-pihak lain / pihak ketiga. 4.1.9 Buku rujukan tidak dipinjamkan dan tidak dibenarkan untuk pinjaman atau dibawa keluar dari bangunan perpustakaan sekolah adalah: 4.1.9.1 Buku Rujukan Bertanda Merah (Red Spot). 4.1.9.2 Atlas 4.1.9.3 Peta 4.1.9.4 Kamus 4.1.9.5 Ensiklopedia
  • 4. 4.2 Buku-buku dalam rak perpustakaan guru dipinjamkan hanya kepada kakitangan guru sahaja atau murid pada hari Jumaat sahaja dan dipulangkan pada hari Isnin. 4.3 SISTEM PINJAMAN 4.3.1 Buku yang hendak dipinjan mestilah dibawa ke kaunter edaran / kaunter pinjaman. 4.3.2 Kad Pengenalan Murid akan discan untuk memasukkan maklumat no. perolehan serta tarikh buku dipinjam. 4.3.3 Pustakawan yang bertugas akan cop tarikh pulang buku pada slip pemulangan. 4.4 TEMPOH PINJAMAN 4.4.1 Tempoh pinjaman bagi setiap buku adalah satu minggu kalendar. 4.4.2 Tempoh pinjaman pertama boleh dipanjangkan selama satu minggu lagi dengan mengikuti sistem pinjaman yang ditetapkan dalam perkara ‘Sistem Pinjaman’. 4.4.3 Tempoh pinjaman minggu yang ketiga secara berturut-turut hanya boleh dibenarkan oleh Ketua Guru Perpustakaan. 4.4.4 Semua kakitangan lain termasuk Guru Besar, Guru Penolong Kanan dan Penyelaras Pusat Sumber Sekolah tidak mempunyai kuasa dan tidak mempunyai pengaruh untuk melanjutkan tempoh pinjaman minggu yang ketiga secara berturut-turut . 4.4.5 Kuasa dan pengaruh untuk meluluskan pinjaman buku secara berturut- turut minggu hanya diberikan kepada Ketua Guru Perpustakaan dan Guru Perpustakaan dan Media (Penyelaras PSS) sahaja.
  • 5. 4.5 KELEWATAN PEMULANGAN BUKU 4.5.1 Semua denda lewat pemulangan buku akan dikenakan denda bayaran wang tunai. 4.5.2 Denda sebanyak 10 sen akan dikenakan selepas tarikh pulang. 4.5.3 Denda adalah mengikut bilangan hari persekolahan dan waktu pejabat 4.5.4 Jumlah denda adalah tidak terhad. 4.5.5 Denda sebanyak RM1.00 akan dikenakan jika lewat pulang buku red spot atau buku di bilik rujukan . 4.6 KEHILANGAN BUKU 4.6.1 Semua kehilangan buku perlu dilaporkan kepada Ketua Guru Perpustakaan atau guru- guru perpustakaan dengan kadar segera. 4.6.2 Peminjam yang kehilangan buku akan diberi pilihan 4.6.3 Menggantikan buku yang hilang dengan buku baru dari judul yang sama dalam tempoh empat minggu calendar berserta wang lewat pulang. 4.6.4 Membayar harga buku yang hilangan lewat pulang pada kadar bayaran yang ditetapkan.
  • 6. 5 PERATURAN PENGGUNAAN PSS 5.1 BORANG / REKOD BANCIAN PENGUNJUNG HARIAN 5.1.1 Borang bancian pengunjung perlu dilengkapkan oleh Pengawas Perpustakaan yang bertugas. 5.1.2 Borang bancian pengunjung akan diisi setiap kali seorang pelajar memasuki pusat sumber. 5.1.3 Borang bancian pengunjung akan dianalisa dan dirumus pada setiap hari oleh guru perpustakaan. 5.1.4 Bancian pengunjung akan dikumpulkan pada setiap bulan untuk direkodkan dan dibentangkan di dalam mesyuarat JK Induk PSS atau mesyuarat kurikulum sekolah. 5.2 REKOD BANCIAN PINJAMAN BULANAN 5.2.1 Rekod bancian bacaan bulanan mestilah dianalisa dan dirumus oleh guru-guru kelas untuk dihantar kepada Ketua Guru Perpustakaan. 5.2.2 Rekod bancian pinjaman buku perlu dianalisa oleh guru-guru perpustakaan pada setiap bulan untuk dimasukkan ke dalam rekod dan carta Bancian Pinjaman Tahunan. 5.3 PERATURAN PINJAMAN BUKU 5.3.1 Pinjaman buku hendaklah dibuat di kaunter edaran daripada pengawas perpustakaan yang bertugas 5.3.2 Sebarang pinjaman hendaklah dibuat dalam waktu perpustakaan dibuka sahaja. 5.3.3 Pinjaman adalah diberi percuma kepada semua ahli perpustakaan sekolah. 5.3.4 Ahli perpustakaan perlu membawa kad pengenalan diri bersama ketika membuat pinjaman buku. 5.3.5 Satu kad pengenalan diri dibenarkan untuk kegunaan pinjaman dua buah buku sahaja.
  • 7. 5.3.6 Ahli perpustakaan dibenarkan meminjam tiga buah buku dengan menggunakan kad pengenalan diri dalam satu masa. 5.3.7 Ahli perpustakaan dikehandaki membiayai segala perbelanjaan sekiranya berlaku sebarang kerosakan atau kehilangan buku yang dipinjam. 5.3.8 Buku yang dipinjam hendaklah dipulangkan dalam keadaan semasa dipinjam dan pada atau sebelum masa yang telah ditetapkan. 5.3. 9 Peminjam meminjam buku untuk kegunaan sendiri sahaja dan bukan untuk pihak lain. 5.4 PAKAIAN 5.4.1 Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam perpustakaan. 5.4.2 Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke Perpustakaan. 5.5 JADUAL MASUK PERPUSTAKAAN 5.5.1 Disiplin 5.5.1.1 Pelajar diminta senyap apabila memasuki perpustakaan.. 5.5.1.2 Pelajar mesti beratur semasa meminjam atau memulangkan buku. 5.5.1.3 Penyelaras Guru Nilam akan membuat akan membuat pelarasan masa masuk perpustakaan sebagaimana yang diluluskan oleh pihak pentadbiran sekolah. 5.5.1.4 Sekeping carta jadual masuk perpustakaan akan dibuat oleh guru perpustakaan dan ditampal pada papan kenyataan perpustakaan untuk makluman semua guru dan murid mengenai jadual masuk perpustakaan yang ditetapkan.
  • 8. 5.5.1.5 Salinan jadual masuk perpustakaan akan disediakan oleh Ketua Guru Perpustakaan. 5.5.1.6 Salinan jadual masuk perpustakaan akan diedarkan kepada semua guru untuk rujukan guru untuk rujukan dan tindakan sewajarnya. 5.5.1.7 Setiap buah kelas diuntukkan dan wajib menggunakan satu waktu Pembelajaran Bahasa Melayu dan satu waktu pembelajaran Bahasa Inggeris untuk perpustakaan. 5.5.1.8 Kelas / guru yang ingin menggunakan perpustakaan selain dari waktu yang diuntukkan boleh mendapat kebenaran dari Ketua Guru Perpustakaan atau dari guru perpustakaan yang bertugas. 5.5.1.9 Kelas / guru yang ingin menggunakan perpustakaan selain dalam waktu yang diuntukkan boleh berbincang dan mendapat kebenaran dari guru kelas terbabit dalam masa 3 hari persekolahan. 5.5.1.10 Tempahan menggunakan perpustakaan selain dari waktu yang diuntukkan boleh dibuat dalam masa 3 hari persekolahan dari Ketua Guru Perpustakaan. 5.5.1.11 Guru-guru perlu mengisi Buku Penggunaan bilik semasa menggunakan bilik Pusat Sumber. 5.5.1.12 Guru-guru pengiring perlu mengawal disiplin pelajar di dalam bilik-bilik Pusat Sumber.
  • 9. 5.6 PERATURAN PENGGUNAAN BILIK MEDIA/SIBER/MAKMAL KOMPUTER 5.6.1 Disiplin 5.6.1.1 Pelajar diminta senyap apabila memasuki bilik khas. 5.6.1.2 Pelajar tidak dibenarkan makan, minum atau tidur di dalam bilik tersebut. 5.6.1.3 Pelajar tidak dibenarkan membuka tutup suis- suis televisyen, video, radio atau peralatan lain serta mengubah kedudukan peralatan ini tanpa kebenaran. 5.6.1.4 Pelajar dikehendaki menyusun semula kerusi meja sebelum meninggalkan bilik ini. 5.6.1.5 Pelajar tidak dibenarkan masuk ke bilik berkenaan semasa sesi pembelajaran tanpa diiringi guru. 5.6.1.6 Pelajar dikehendaki meletakkan beg mereka di luar bilik tersebut di tempat yang disediakan. 5.6.2 Bahan-bahan bilik media/siber 5.6.2.1 Sebarang perisian seperti cakera padat, kaset, pita video dan lain-lain tidak dibenarkan ditayang tanpa kebenaran Guru PSS. 5.6.2.2 Segala perisian di dalam bilik berkenaan tidak boleh di keluarkan dari bilik ini tanpa pengetahuan Guru PSS.
  • 10. 5.6.3 Pakaian 5.6.3.1 Pakaian mestilah kemas dan lengkap sewaktu berada dalam bilik berkenaan. 5.6.3.2 Jaket, baju panas dan lain-lain pakaian selain pakaian sekolah adalah tidak dibenarkan dipakai atau dibawa masuk ke bilik berkenaan. Peringatan: Tindakan boleh diambil pada pelajar-pelajar yang melanggar peraturan bilik berkenaan.