SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 33
MEI 2012




                  HBML 1203




PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU




 NAME                 :   BELINDA BT PANJANG

NO. MATRIK            :   750702105724001

NO.KAD PENGENALAN     :   750702105724

 NO. TELEFON          :   0194346177

E-MAIL                :

LEARNING CENTRE       :   Perak Learning Center

                          71, Jln. Lim Bo Seng, 30300 Ipoh
1.0 PENGENALAN

     Tugasan pada kali ini, akan membincangkan bagaimana bunyi-bunyi konsonan dan vokal
  dihasilkan. Selain daripada mengkaji bunyi-bunyi konsonan dan vokal dihasilkan tugasan ini
  juga akan menyentuh perbezaan di antara fonem dan alofon dalam sistem fonologi bahasa
  Melayu dan yang terakhir tugasan ini juga akan menjelaskan ciri-ciri suprasegmental bahasa
  Melayu serta kepentingannya dalam pengajaran lisan. Kajian tentang bunyi-bunyi bahasa ini
  sebenarnya ialah kajian tentang fonetik. Fonetik mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa
  dihasilkan atau dengan lebih tepat lagi melihat bagaimana alat artikulasi bekerja untuk
  menghasilkan bunyi-bunyi atau melihat dari segi fizikal bagaimana bunyi dihasilkan ketika
  seseorang itu sedang bertutur. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam bukunya yang berjudul
  Bahasa Melayu 1, menjelaskan bahawa ahli-ahli bahasa telah memecahkan fonetik kepada
  tiga bidang iaitu fonetik artikulasi yang mengakaji tentang bagaimana bunyi-bunyi
  dihasilkan, fonetik akustik yang mengkaji tentang gelombang bunyi dan cara ia sampai
  kepada pendengaran manusia, dan yang ketiga ialah fonetik auditori yang mengakaji cara
  otak memproses bunyi yang diterima. Sebagai seorang guru bahasa Melayu, guru tersebut
  harus mendalami ilmu bagaimana bunyi dihasilkan dan alat artikulasi yang terlibat. Alat
  artikulasi ialah organ yang berfungsi mengeluarkan bunyi bahasa. Antara alat artikulasi yang
  terlibat dengan pengeluaran bunyi bahasa ialah bibir, gigi, gusi, lelangit keras dan lelangit
  lembut, anak tekak, lidah, dan pita suara. Alat artikulasi ini akan berfungsi atau berada pada
  kedudukan yang sepatutnya apabila sesuatu bunyi bahasa dihasilkan. Hal ini akan
  diperjelaskan lagi dalam penerangan yang berikutnya tentang bagaimana bunyi konsonan dan
  vokal dihasilkan. Sekiranya salah satu dari alat artikulasi rosak atau tidak berfungsi dengan
  baik maka bunyi yang terhasil adalah tidak begitu tepat dengan apa yang dikehendaki.
2.0 KAJIAN PENGHASILAN BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA

MELAYU

2.1 VOKAL

       Bunyi-bunyi vokal terhasil apabila sesetengah artikulasi menyempit atau terus menutup
manakala alat artikulasi yang lain akan membebaskan arus udara yang mengalir melalui rongga
mulut dengan bebas. Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara dimana semasa mengahsilkannya, udara
dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan tanpa sebarang
sekatan atau sempitan yang boleh menerbitkan bunyi-bunyi geseran. Bunyi vokal mempunyai
ciri kelantangan dan kepanjangan dimana bunyi dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang
daripada bunyi-bunyi konsonan. Bunyi vokal juga tidak mengalami sebarang gangguan pada arus
udara. Alat yang paling penting dalam penghasilan bunyi vokal ialah pita suara. Selain daripada
pita suara alat artikulasi lain yang terlibat dalam penghasilan bunyi vokal ialah lidah, bibir, dan
lelangit lembut. Lidah ialah alat artikulasi yang menentukan kualiti sesuatu vokal. Kedudukan
lidah pula adalah dalam dua ukuran iaitu tinggi rendah dan depan belakang dimana lidah boleh
diturunkan serendah yang mungkin dan boleh dinaikkan sehingga mendekati lelangit keras
ketika menghasilkan bunyi. Oleh yang demikian vokal yang terhasil boleh tinggi atau rendah.
Contohnya, vokal [a] dalam perkataan [saya] ialah vokal rendah manakala vokal [i] dan vocal [u]
dalam perkataan [sini] dan [kuku] ialah vokal tinggi. Selain daripada lidah, bibir juga
memainkan peranannya sendiri iaitu boleh dihamparkan atau dibundarkan. Apabila bibir
dihamparkan bunyi vokal depan akan terhasil manakala apabila bibir dibundarkan bunyi vokal
belakang pula yang terhasil.

       Terdapat lapan bunyi vokal dalam bahasa Melayu secara amnya, namun hanya enam
bunyi vokal yang biasa digunakan dalam pertuturan bahasa Melayu. Terdapat beberapa ciri yang
menentukan bunyi vocal dan antaranya ialah bahagian lidah yang terlibat iaitu bahagian depan
atau belakang lidah. Ciri yang kedua ialah ketinggian lidah dinaikkan ketika bunyi dihasilkan.
Seterusnya ialah ciri yang ketiga iaitu keadaan bibir sama ada hampar atau bundar. Ciri yang
keempat pula ialah keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru keluar
melalui rongga mulut sahaja atau dinaikkan tetapi tidak rapatsehingga udara dari paru-paru
keluar melalui rongga mulut dan hidung dimana ia menghasilkan bunyi yang sengau. Ciri yang
terakhir pula ialah keadaan glotis dimana ia dirapatkan ketika udara keluar dari paru-paru dan
pita suara bergetar. Perbezaan bunyi antara satu vocal dengan vocal yang lain ditentukan oleh
keadaan lidah iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah. Dalam carta vokal bahasa
Melayu yang diterjemahkan dalam bentuk ilustrasi keratan rentas lidah manusia dimana
bahagian kiri rajah merujuk kepada bahagian hadapan lidah dan bahagian kanan merujuk kepada
bahagian belakang lidah manakala di tengah pula merujuk kepada bahagian tengah lidah. (lihat
carta vocal bahasa Melayu di bawah)




Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu.


       Secara keseluruhannya, vokal bahasa Melayu boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu
vokal hadapan yang terdiri daripada [i] iaitu vokal depan sempit, [e] iaitu vokal depan separuh
sempit, [ɛ] iaitu vocal depan separuh luas atau lapang dan [a] iaitu vokal depan luas atau lapang,
jenis vokal yang kedua ialah vokal belakang yang terdiri daripada [u] iaitu vokal belakang
sempit, [o] iaitu vokal belakang separuh sempit dan [ɔ] iaitu vokal belakang separuh luas atau
lapang dan jenis vokal yang ketiga ialah vokal tengah iaitu [ə] vokal tengah pendek.
Bentuk- bentuk bibir ketika membunyikan vokal dapat pada rajah di bawah.

Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal
adalah seperti berikut:
2.1.1 CARA MEMBUNYIKAN SETIAP VOKAL

2.1.1.1 Vokal depan sempit [i]




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
sempit atau tinggi [ i ].


       Cara membunyikan vocal ini dimana bibir dihamparkan dan hadapan lidah dinaikkan
setinggi mungkin kearah lelangit keras tetapi tidak menyentuh lelangit lelangit keras. Anak tekak
dan lelangit lembut pula dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar
melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru pula keluar ke rongga mulut dan pita suara
digetarkan. Contoh perkataan bagi bunyi vocal diatas adalah seperti perkataan berikut:-




            Awal                            Tengah                            Akhir
         ikan [ikan]                       sila [sila]                      gali [gali]
           itu [itu]                      hiba [hiba]                       kali [kali]
2.1.1.2 vokal depan separuh sempit [e]




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan
separuh sempit atau separuh tinggi [ e ].


Cara membunyikan vokal ini ialah keadaan bibir hampar dan depan lidah dinaikkan separuh
tinggi ke arah gigi gusi. Anak tekak dan lelangit lembut pula dinaikkan bagi menutup rongga
hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru pula keluar ke
rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan bagi vocal ini adalah seperti berikut:-




            Awal                             Tengah                            Akhir
         epal [epal]                     geleng [geleƞ]                    tauge [tauge]
          elak [elaʔ]                    serong [seroƞ]                   tempe [tempe]
2.1.1.3 vokal depan separuh luas/lapang [ɛ]




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh luas atau separuh rendah
[ ε ].


Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dihamparkan. Depan lidah dinaikkan separuh
rendah kea rah gusi. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung
supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut
dan pita suara digetarkan. contoh perkataan adalah seperti berikut:-




            Awal                              Tengah                      Akhir
           esa [ɛsa]                      belek [bɛɛʔ]                 tauge [taugɛ]
         enak [ɛnaʔ]                      seluk [seluʔ]                tempe [tempɛ]
2.1.1.4 vokal depan luas/lapang [a]




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan luas atau rendah [ a ].


Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dihamparkan. Depan lidah diturunkan serendah
mungkin. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara
digetarkan. Contoh perkataan adalah seperti berikut:-




            Awal                            Tengah                          Akhir
        ayam [ayam]                      dadar [dadar]                   tiada [tiada]
         anak [anaʔ]                      teras [təras]                 sama [sama]
2.1.1.5 vokal belakang sempit [u]




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang sempit atau tinggi [ u ].


Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan setinggi
mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Anak tekak dan
lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga
hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contoh
perkataan adalah seperti berikut:-




             Awal                          Tengah                           Akhir
          ular [ular]                   bulat [bulat]                    satu [satu]
         upah [upah]                    budu [budu]                      kelu [kelu]
2.1.1.6 vokal belakang separuh sempit [o]




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh sempit [o].


Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan separuh
tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Anak tekak dan
lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga
hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contoh
perkataan adalah seperti berikut:-




             Awal                           Tengah                         Akhir
         obor [obor]                    sotong [sotoƞ]                pidato [pidato]
          otak [otaʔ]                   golong [goloƞ]                  teko [teko]
2.1.1.7 vokal belakang separuh luas [ɔ]




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh luas atau separuh rendah
[‫.]כ‬




Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan separuh
rendah. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara
tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara
digetarkan. Contoh perkataan adalah seperti berikut:-

            Awal                             Tengah                         Akhir
         orang [ɔraƞ]                     sorong [sɔrɔƞ]                 soto [sɔtɔ]
          olah [ɔlah]                     kolot [kɔlɔt]                  teko [tekɔ]
2.1.1.8 vokal tengah [ə]




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal tengah [ə].


Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan keadaan bibir antara hampar dengan bundar. Tengah
lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. Anak tekak
dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui
rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contoh
perkataan adalah seperti berikut:-

             Awal                          Tengah                            Akhir
         emas [əmas]                     tenat [tənat]              sosialisme [sosialismə]
         enam [ənam]                     kerat [kərat]           behaviurisme [behaviurismə]



2.1.1.9 vokal sengau

Cara bunyi vokal sengau dihasilkan adalah dimana rongga hidung turut terlibat manakala lelangit
lembut dan anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung. Apabila
rongga hidung tidak tertutup rapat, udara akan keluar dari kedua-dua rongga iaitu rongga hidung
dan rongga mulut. Bunyi vokal sengau ini dipengaruhi oleh bunyi konsonan sama ada di hadapan
atau di belakang vokal. Bunyi sengauan ditandai dengan tanda [~] di atas vokal tersebut seperti
contoh dibawah ini:-

       [rãkan]                [nãnã]                [mãndi]
2.2 KONSONAN

       Konsonan adalah bunyi-bunyi bahasa yang menerima sekatan, sempitan,, dan geseran
sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan pula ada yang
bersuara dan ada yang tidak bersuara. Di bawah ini adalah bagaimana bunyi-bunyi konsonan
dihasilkan.

Konsonan Asli

Cara sebutan        Bibir       Gigi-gusi   Lelangit keras   Lelangit lembut Glotis
Letupan tak            p, b        t, d                           k, g           k [ʔ]
bersuara
Letusan bersuara                              c [č], j [ĵ]
Geseran tak                        f, s            ʃ                                  h
bersuara
Geseran bersuara                    z
Sengauan                m           n              ɲ               ɳ
Sisian                              l
Getaran                                                            r
Separuh vokal           w                          y
Konsonan letupan

       Konsonan letupan berlaku apabila udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat. Konsonan
[p] ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara dimana apabila lelangit lembut dinaikkan dan
bibir dirapatkan dan udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar dan mulut dibuka
dengan cepat maka keluarlah bunyi [p] dimana pita suara tidak bergetar. Konsonan [b] pula ialah
konsonan letupan dua bibir bersuara berlaku apabila pita suara bergetar.




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir bersuara [b].




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p].

Contoh perkataan adalah seperti di bawah ini.

            Awal                             Tengah                           Akhir
          pilu [pilu]                    tepuk [təpuʔ]                     tatap [tatap]
        bulan [bulan]                    reban [rəban]                     adab [adab]
Konsonan [t] dan [d] pula terhasil apabila udara tersekat pada hujung lidah yang
mengenai gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Apabila proses sekatan ini
dilepaskan maka terhasillah bunyi [t] letupan gusi tak bersuara dan jika pita suara digetarkan
maka terhasillah bunyi letupan gusi bersuara [d].




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi bersuara [d].




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [t].


Contoh perkataan adalh seperti di bawah.

            Awal                             Tengah                         Akhir
        tuduh [tuduh]                    kertas [kertas]                 sukat [sukat]
         diam [diam]                       tidur [tidur]                 tekad [tekad]
Konsonan [k] ialah bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara dan konsonan [g] ialah
letupan lelangit lembut bersuara. Bunyi [k] terhasil apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit
lembut untuk menyekat arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak pula dirapatkan ke rongga
tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Bunyi [g] juga terhasil dengan cara yang sama
dengan konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar melalui rongga
mulut menggetarkan pita suara.




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g].




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara
[k].


Contoh perkataan adalah seperti di bawah.

            Awal                             Tengah                            Akhir
       kemas [kəmas]                      lekas [ləkas]                    dekat [dekat]
         garu [garu]                        lagu [lagu]                    terung [təruɳ]
Bunyi [j] terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat
sekatan pada arus udara Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding
rongga untuk membuat sekatan pada arus udara ke rongga hidung. Pita suara akan
direnggangkan dan arus udara yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita suara tetapi
udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras akan dilepaskan perlahan-lahan. Proses
yang sama juga berlaku untuk menghasilkan bunyi [dZ] tetapi pita suara bergetar.




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j].


            Awal                            Tengah                            Akhir
          jala [jala]                      laju [laju]                     kolaj [kolaj]
        jambu [jambu]                     baju [baju]                     mesej [mesej]



       Hentian [ʔ] terhasil apabila lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga
tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara yang
keluar dari paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara menyebabkan pita suara tidak
bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan. Contoh perkataan adalah seperti di bawah.

            Awal                            Tengah                            Akhir
        anak [ʔanaʔ]                    rakyat [raʔyat]                  semak [səmaʔ]
Konsonan geseran

       Konsonan geseran [s] terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan ke gusi bagi membuat
sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak
untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara pula direnggangkan dan arus udara
melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara maka terhasillah bunyi [s] iaitu bunyi
geseran gusi tak bersuara.




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s].


       Konsonan geseran [h] terhasil apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang dan
rongga mulut seperti ketika mengeluarkan bunyi vokal. Bunyi [h] ialah bunyi geseran glotis tak
bersuara.




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran glotis tak bersuara [h].


Contoh perkataan adalah seperti di bawah.

            Awal                            Tengah                          Akhir
        samar [samar]                   kasar [kasar]                   pulas [pulas]
        harum [harum]                   tahan [tahan]                   tadah [tadah]
Konsonan getaran

       Bunyi [r] terhasil apabila hujung lidah diletakkan dekat dengan gusi sehingga udara
melalui lidah dan gusi, lidah bergetar manakala lelangit lembut pula dinaikkan. Bunyi [r] ialah
bunyi getaran gusi bersuara.




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan getaran gigi-gusi bersuara [r].


Contoh perkataan adalah seperti di bawah.

             Awal                           Tengah                            Akhir
       rumah [rumah]                     tarah [tarah]                     ketar [ketar]



Konsonan sisian

       Bunyi [l] ialah bunyi sisian gusi bersuara yang terhasil apabila hujung lidah dinaikkan ke
gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar dan udara
keluar dari bahagian tepi lidah.




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ].
Contoh perkataan adalah seperti di bawah.


            Awal                              Tengah                           Akhir
        lawan [lawan]                       jalan [jalan]                   katil [katil]




Konsonan sengauan (nasal)

       Terdapat empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu. Perbezaan bunyi-bunyi nasal ini
dibezakan pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut dimana pita suara
digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan.

       Bunyi [m] ialah sengauan dua bibir bersuara yang terjadi apabila dua bibir dirapatkan.
Bunyi [n] pula ialah sengauan gusi bersuara yang terjadi apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi.
Bunyi [ɲ] dinamakan bunyi sengauan lelangit keras bersuara terjadi apabila tengah lidah
dinaikkan ke lelangit keras dan bunyi nasal yang terakhir ialah bunyi [ɳ] yang dinamakan bunyi
sengauan lelangit lembut bersuara terhasil apabila belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut.




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun dua bibir bersuara [m].
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n].




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit keras bersuara [n].




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit lembut bersuara
[ŋ].


Contoh perkataan adalah seperti di bawah.


            Awal                            Tengah                         Akhir
      malam [malam]                    kamar [kamar]                    diam [diam]
       nangka [naɳka]                  senam [senam]                   pekan [pekan]
nasi [nasi]                   senam [senam]
        nganga [ɳaɳa]                bangkang [baɳkaɳ]                  tenang [tenaɳ]




Separuh vokal

       Bunyi separuh vokal terhasil apabila kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak dan
membuat luncuran. Terdapat dua jenis bunyi separuh vokal iaitu [w] dan [j]. Bagi bunyi
konsonan [w] dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara terhasil apabila pada peringkat awal
lidah seperti membunyikan [u] tetapi kemudiannya bergerak pada vokal yang lain. Bunyi [j]
pula dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara yang terhasil apabila pada peringkat awal
lidah seperti membunyikan [i] tetapi kemudiannya bergerak kepada kedudukan vokal yang lain.




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w].


Contoh perkataan adalah seperti di bawah.

            Awal                            Tengah                          Akhir
      malam [malam]                    kamar [kamar]                    diam [diam]
Konsonan pinjaman

       Terdapat juga konsonan yang berasal dari perkataan asing yang dipinjam dan dimasukkan
ke dalam bahasa Melayu. Konsonan dalam kata pinjaman tersebut digantikan dengan bahasa
Melayu seperti bunyi-bunyi dalam bahasa Arab dimana [th] menjadi [s], [gh] menjadi [g], [dh]
menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. Ada juga bunyi asal yang dipakai terus dalam banyak kata dan
bunyi-bunyi tersebut adalah bunyi geseran seperti [f] dan [v] yang terhasil apabila bibir atas dan
bawah dirapatkan dan apabila ada udara melaluinya berlakunya geseran.

       Fonem [z] dihasilkan sama seperti menghasilkan bunyi [s] namun proses membunyikan
[z]   berbeza apabila pita suara bergetar. Konsonan yang terhasil dinamakan geseran gusi
bersuara. Bunyi [s] terhasil apabila lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke
lelangit keras.geseran yang terhasil dinamakan geseran gusi lelangit keras.




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara
[f].

Contoh perkataan adalah seperti di bawah.

            Awal                              Tengah                            Akhir
        filem [filem]                       kafir [kafir]                     alaf [alaf]
Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara
[v].


Contoh perkataan adalah seperti di bawah.

            Awal                            Tengah                       Akhir
          van [van]                     larva [larva]




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara
[z].


Contoh perkataan adalah seperti di bawah.

            Awal                            Tengah                       Akhir
       zaman [zaman]                   azimat [azimat]               lafaz [lafaz]
Konsonan pinjaman selain di atas ialah konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ].




Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ].


Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat
ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan
melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita
suara.



Contoh perkataan adalah seperti di bawah.

             Awal                           Tengah                           Akhir
         selasa [θelasa]                 isnin [iθnin]                   waris [wariθ]
Konsonan pinjaman geseran lelangit keras tak bersuara [š].




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran lelangit keras-gusi tak
bersuara [š].

Bahagian daun lidah dirapatkan ke daerah di antara lelangit keras dengan gusi untuk membuat
sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara
yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan bergeser keluar
di daerah sempitan gusi itu tanpa menggetarkan pita suara.

Contoh perkataan adalah seperti di bawah.

            Awal                              Tengah                       Akhir
        syirik [širik]                      asyik [ašik]              skuasy [skuaš]
Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [x]




Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak
bersuara [x].

Contoh perkataan adalah seperti di bawah.

            Awal                            Tengah                       Akhir
       khamis [xamis]                  akhbar [axbar]                tarikh [tarix]




Konsonan pinjaman lelangit lembut bersuara [ɤ]

Contoh perkataan adalah seperti di bawah.

            Awal                            Tengah                       Akhir
        ghaib [ɤaib]                  maghrib [maɤrib]               baligh [baliɤ]
3.0 FONEM dan ALOFON DALAM BAHASA MELAYU

       Fonem ialah merujuk kepada unit bahasa yang terkecil dan boleh dipenggal-penggalkan.
Contohya perkataan padam yang boleh dipenggalkan kepada lima unit penggalan yang lebih
kecil iaitu /p/, /a/, /d/, /a/, /m/. Unit-unit kecil ini tidak mempunyai sebarang makna sekiranya
diletakkan secara berasingan sebaliknya unit tersebut boleh digantikan dengan fonem yang lain
dan makna perkataan akan berubah. Contohnya perkataan padam tadi yang digantikan dengan
fonem yang lain akan menghasilkan perkataan seperti /padan/, /padah/ dan lain-lain perkataan
lagi. Fonem berperanan dalam membezakan dan mengubah makna perkataan. Fonem terdiri
daripada fonem vokal dan fonem konsonan.

       Fonem vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada /a/, /e/, /e/, /i/, /o/, dan /u/.

            Huruf                             Fonem                        Contoh perkataan
              a                                  /a/                              /asaʔ/
              e                                  /e/                              /esoʔ/
              e                                  /ə/                             /əmaʔ/
               i                                 /i/                             /iman/
              o                                 /o/                               /oraƞ/
              u                                 /u/                               /ubat/



       Fonem konsonan pula terdiri daripada 25 konsonan dalam bahasa Melayu.

            Huruf                             Fonem                        Contoh perkataan
              b                                 /b/                              /batal/
              c                                  /c/                             /cawan/
              d                                 /d/                              /dalam/
              g                                 /g/                              /galah/
              h                                 /h/                              /harum/
j                               /j/                           /jalan/
              k                               /k/                            /katil/
              l                               /l/                           /lewat/
              m                              /m/                           /masam/
              n                               /n/                           /nanti/
             ng                               /ɳ/                           /ɳaɳa/
             ny                               /ɲ/                            /ɲaɲi/
              p                               /p/                           /papan/
              q                               /q/                           /quran/
              r                               /r/                           /runtuh/
              s                               /s/                           /sarat/
              t                               /t/                           /tahun/
              v                               /v/                            /van/
              w                              /w/                            /warna/
              y                               /y/                           /yuran/



       Alofon pula ialah perkataan yang membawa makna yang sama tetapi berlainan fonem.
Hal ini disebut sebagai variasi atau kelainan bunyi yang bebas. Contohnya perkataan /faham/ dan
/paham/ yang mempunyai makna yang sama tetapi berlainan fonem.
4.0 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU dan KEPENTINGANNYA

   DALAM KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU.

         Terdapat empat unsur yang terkandung dalam suprasegmental bahasa Melayu. Unsur
tersebut ialah tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek.

         Tekanan ialah kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan sama ada keras atau
lembutnya penyebutan sesuatu suku kata. Lambang yang digunapakai bagi tekanan ialah /’/ yang
diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan misalnya /tidak/ dan tekanan sebenarnya
tidak makna.

         Nada ialah kadar meninggi atau menurun sesuatu perkataan itu diucapkan. Nada ditandai
dengan nombor-nombor iaitu 1(rendah), 2(biasa), 3(tinggi) dan 4(tinggi sekali). Contohnya, 2
kami hendak 3 pulang.

         Jeda disebut sebagai persendian yang memisahkan unsur-unsur linguistik, sama ada
perkataan, ayat dan rangkai kata. Lambang bagi jeda ialah #. Unsur ini membezakan makna.
Contohnya [#saja minum susu lembu #] dan [#saja minum susu#lembu#].

         Panjang-pendek ialah kadar panjang-pendek sesuatu bunyi diucapkan. Lambang bagi
unsur ini ialah [:] yang juga dikenali sebagai mora. Lambang [:] panjang sebutan bunyi adalah
satu mora, lambang [::] panjang sebutan adalah dua mora dan lambang [.] panjang sebutan bunyi
adalah setengah mora.

         Kepentingan unsur suprasegmental dalam kemahiran lisan bahasa Melayu ialah dari sini
jelas dapat dilihat bahawa bahasa Melayu mempunyai seni yang tinggi, penuh dengan adab
apabila bertutur dengan orang lain. Tekanan suara yang sesuai ketika bertutur melambangkan
keperibadian seseorang itu. Selain itu, nada yang digunakan oleh penutur juga perlu sesuai
dengan keadaan. Nada ini amat penting sekiranya seseorang itu sedang mengendalikan ceramah
dan bagaimana dia mahu menarik perhatian orang ramai adalah dengan nada yang pelbagai. Jeda
juga amat penting dalam kemahiran lisan kerana ianya akan memberi gambaran maksud yang
salah kepada orang lain apabila jeda yang digunakan adalah tidak tepat. Kemahiran lisan juga
menitikberatkan panjang-pendek sesuatu bunyi bahasa itu walaupun ia tidak membezakan
makna.
5.0 KESIMPULAN

       Seorang guru bahasa Melayu, guru terlebih dahulu perlu memahami dengan apa yang
dimaksukkan fonetik dan fonologi. Pemahaman secara mendalam dalam bidang tersebut
memudahkan guru untuk mengajar bahasa Melayu dengan lebih baik. Dalam bidang fonetik dan
fonologi bahasa Melayu kita akan mengenali terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan alat
artikulasi serta mengenali alat-alat artikulasi yang terlibat semasa sesuatu bunyi dihasilkan.
Kemudian, kita akan mengetahui jenis-jenis vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu serta
bagaimana bunyi vokal tersebut dihasilkan. Setelah itu, kita akan mempelajari pula jenis-jenis
konsonan yang terdapat dalam bahasa Melayu, dan konsonan yang dipinjam dari bahasa lain.
Kemudian, kita juga akan mempelajari bagaimana bunyi-bunyi konsonan itu dihasilkan. Setelah
itu, didedahkan pula dengan fonem yang terdapat dalam bahasa Melayu. Dalam fonem bahasa
Melayu terdapat fonem vokal dan fonem konsonan. Guru juga akan mengetahui dengan apa yang
dimaksudkan dengan alofon yang sedikit berbeza daripada fonem. Terakhir, guru akan
mempelajari apakah yang dimaksudkan dengan suprasegmental dalam bahasa Melayu. Menjadi
ssesuatu yang penting untuk setiap guru yang mengajar bahasa Melayu mendalami dan
mempunyai kemahiran dalam bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu yang merupakan asas
kepada bagaimana bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu itu terhasil. Selain itu, guru dapat
membantu anak muridnya yang mempunyai masalah dalam sebutan kerana guru mempunyai
ilmu dan kemahiran dalam bidang tersebut iaitu bagaimana untuk mengeluarkan bunyi yang
betul. Oleh yang demikian penguasaan guru dalam ilmu fonetik dan fonologi adalah penting
kerana dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran.




                                                                           3, 970 patah perkataan.
BIBLIOGRAFI

Dr. Ali Mahmood & All,(2007) Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.Selangor Darul Ehsan:
Open Universiti Malaysia.

Siti Hajar Abdul Aziz,(2011)Bahasa Melayu 1.Selangor Darul Ehsan:Oxford Fajar Sdn.Bhd.

Norhashimah Jalaludin,(2007). Asas Fonetik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIRafiza Diy
 
Cara menghasilkan diftong
Cara menghasilkan diftongCara menghasilkan diftong
Cara menghasilkan diftonganiza abdullah
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Antasha Kamaruzzaman
 
Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayuladymama
 
Fonem dan alofon
Fonem dan alofonFonem dan alofon
Fonem dan alofonCikgu Isnin
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Nazira M
 
Pengenalan diftong
Pengenalan diftong Pengenalan diftong
Pengenalan diftong firo HAR
 
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonanFonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonanMono Manullang
 
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531Norainie Binti Ekan Usunor
 
fonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasminfonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasminpyk1997
 
Fonem segmental dalam bahasa melayu
Fonem segmental dalam bahasa melayuFonem segmental dalam bahasa melayu
Fonem segmental dalam bahasa melayuFikri Hafiz
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullprincess Sakura
 
62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108Oh Jenny
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayukamalslaw
 

La actualidad más candente (20)

Diftong
DiftongDiftong
Diftong
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Cara menghasilkan diftong
Cara menghasilkan diftongCara menghasilkan diftong
Cara menghasilkan diftong
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Fonetik bahasa melayu
Fonetik  bahasa melayuFonetik  bahasa melayu
Fonetik bahasa melayu
 
Fonem dan alofon
Fonem dan alofonFonem dan alofon
Fonem dan alofon
 
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
Bahasa Melayu : Fonologi Dan Fonetik
 
Fonetik en. mohamad fonetik
Fonetik en. mohamad fonetikFonetik en. mohamad fonetik
Fonetik en. mohamad fonetik
 
Pengenalan diftong
Pengenalan diftong Pengenalan diftong
Pengenalan diftong
 
Contoh soalan fonetik pgsr
Contoh soalan fonetik pgsrContoh soalan fonetik pgsr
Contoh soalan fonetik pgsr
 
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonanFonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
Fonologi BahAsa iNdonesia huruf vokal dan kosonan
 
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
Eff312 fonetik dan fonologi norainie binti ekan e30209130531
 
fonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasminfonetik fonologi yasmin
fonetik fonologi yasmin
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Fonem segmental dalam bahasa melayu
Fonem segmental dalam bahasa melayuFonem segmental dalam bahasa melayu
Fonem segmental dalam bahasa melayu
 
Fonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide fullFonem suprasegmental slide full
Fonem suprasegmental slide full
 
62449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm310862449884 modul-bmm3108
62449884 modul-bmm3108
 
Fonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayuFonem suprasegmental bahasa melayu
Fonem suprasegmental bahasa melayu
 

Similar a Bm mei 2012

Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiWatak Bulat
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Roziah Geera
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Antasha Kamaruzzaman
 
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108Ida Ayuni
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi640119045499
 
1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologiAminudin Dolah
 
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiBab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiAdia Nidurasan
 
Fonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjjFonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjjNur Azah Ahmad
 
Fonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuFonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuZaimah Bakar
 
Fonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugisFonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugisHeidy Kaeni
 
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdfBMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdfPISMPBM20622AinNajwa
 

Similar a Bm mei 2012 (20)

Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
MPU 1212: Bab 2
MPU 1212: Bab 2MPU 1212: Bab 2
MPU 1212: Bab 2
 
BMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdf
BMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdfBMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdf
BMMB3183: FONEM SEGMENTAL .pdf
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
Isi pelajaran-bmm3108-interaksi-1
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
109697988 kerja-kursus-bmm-3108-sem-5
 
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
FONETIK DAN FONOLOGI bmm3108
 
Vokal
Vokal Vokal
Vokal
 
Soalan pn bainah rashadah
Soalan pn bainah rashadahSoalan pn bainah rashadah
Soalan pn bainah rashadah
 
Masalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturanMasalah bahasa dan pertuturan
Masalah bahasa dan pertuturan
 
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologiTugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
Tugasan bml 3043. fonetik dn fonologi
 
1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi1.1 nota.fonetik.fonologi
1.1 nota.fonetik.fonologi
 
Agg fonetik
Agg fonetikAgg fonetik
Agg fonetik
 
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan IntonasiBab 2 Sebutan dan Intonasi
Bab 2 Sebutan dan Intonasi
 
Fonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjjFonetik dan fonologi pjj
Fonetik dan fonologi pjj
 
Fonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayuFonologi bahasa melayu
Fonologi bahasa melayu
 
bunyi2 bahasa
bunyi2 bahasabunyi2 bahasa
bunyi2 bahasa
 
Fonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugisFonologi bahasa bugis
Fonologi bahasa bugis
 
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdfBMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
BMMB3183: PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI.pdf
 

Último

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINIZAINABAFINABINTISUHA
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfMDFARIDSHAFARIBINHAR
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapDewiUmbar
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxHussalwaHussain1
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfNursKitchen
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikangipgp24202619
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasAdiebsulhy55
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...MDFARIDSHAFARIBINHAR
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf1370zulaikha
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...NursKitchen
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1MDFARIDSHAFARIBINHAR
 

Último (11)

TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINITUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
TUGASAN MODUL 4 TS25 RUJUKAN SEKOLAH TERKINI
 
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdfReka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
Reka Bentuk dan Teknologi_Tingkatan_2-1-31-10-31.pdf
 
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genapKISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
KISI-KISI SOAL DAN KARTU SOAL KELAS Xi semester genap
 
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptxBuku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
Buku Program Pelancaran Nilam SMK Johor Bahru.pptx
 
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdfTopik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
Topik 5 - PEMBINAAN PERADABAN MAJMUK DI MALAYSIA.pdf
 
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikanPBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
PBKK3143 TUTO M4 asas penyelidikan dalam pendidikan
 
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkasSlide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
Slide sejarah tingkatan5 bab5 nota ringkas
 
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
1 rbt kandungan-dan-cadangan-rekod-pembelajaran-dan-pemudahcaraan-formula-a-k...
 
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdfPENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
PENTAKSIRAN dalam pendidikan tajuk enam hingga lapan.pdf
 
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
Topik 8 - PERANAN ETIKA DAN PERADABAN MENDOKONG TANGGUNGJAWAB SOSIAL DI MALAY...
 
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1Reka Bentuk  Teknologi Nota Tingkatan satu1
Reka Bentuk Teknologi Nota Tingkatan satu1
 

Bm mei 2012

  • 1. MEI 2012 HBML 1203 PENGENALAN FONETIK DAN FONOLOGI BAHASA MELAYU NAME : BELINDA BT PANJANG NO. MATRIK : 750702105724001 NO.KAD PENGENALAN : 750702105724 NO. TELEFON : 0194346177 E-MAIL : LEARNING CENTRE : Perak Learning Center 71, Jln. Lim Bo Seng, 30300 Ipoh
  • 2. 1.0 PENGENALAN Tugasan pada kali ini, akan membincangkan bagaimana bunyi-bunyi konsonan dan vokal dihasilkan. Selain daripada mengkaji bunyi-bunyi konsonan dan vokal dihasilkan tugasan ini juga akan menyentuh perbezaan di antara fonem dan alofon dalam sistem fonologi bahasa Melayu dan yang terakhir tugasan ini juga akan menjelaskan ciri-ciri suprasegmental bahasa Melayu serta kepentingannya dalam pengajaran lisan. Kajian tentang bunyi-bunyi bahasa ini sebenarnya ialah kajian tentang fonetik. Fonetik mengkaji bagaimana bunyi-bunyi bahasa dihasilkan atau dengan lebih tepat lagi melihat bagaimana alat artikulasi bekerja untuk menghasilkan bunyi-bunyi atau melihat dari segi fizikal bagaimana bunyi dihasilkan ketika seseorang itu sedang bertutur. Menurut Siti Hajar Abdul Aziz dalam bukunya yang berjudul Bahasa Melayu 1, menjelaskan bahawa ahli-ahli bahasa telah memecahkan fonetik kepada tiga bidang iaitu fonetik artikulasi yang mengakaji tentang bagaimana bunyi-bunyi dihasilkan, fonetik akustik yang mengkaji tentang gelombang bunyi dan cara ia sampai kepada pendengaran manusia, dan yang ketiga ialah fonetik auditori yang mengakaji cara otak memproses bunyi yang diterima. Sebagai seorang guru bahasa Melayu, guru tersebut harus mendalami ilmu bagaimana bunyi dihasilkan dan alat artikulasi yang terlibat. Alat artikulasi ialah organ yang berfungsi mengeluarkan bunyi bahasa. Antara alat artikulasi yang terlibat dengan pengeluaran bunyi bahasa ialah bibir, gigi, gusi, lelangit keras dan lelangit lembut, anak tekak, lidah, dan pita suara. Alat artikulasi ini akan berfungsi atau berada pada kedudukan yang sepatutnya apabila sesuatu bunyi bahasa dihasilkan. Hal ini akan diperjelaskan lagi dalam penerangan yang berikutnya tentang bagaimana bunyi konsonan dan vokal dihasilkan. Sekiranya salah satu dari alat artikulasi rosak atau tidak berfungsi dengan baik maka bunyi yang terhasil adalah tidak begitu tepat dengan apa yang dikehendaki.
  • 3. 2.0 KAJIAN PENGHASILAN BUNYI KONSONAN DAN VOKAL BAHASA MELAYU 2.1 VOKAL Bunyi-bunyi vokal terhasil apabila sesetengah artikulasi menyempit atau terus menutup manakala alat artikulasi yang lain akan membebaskan arus udara yang mengalir melalui rongga mulut dengan bebas. Vokal ialah bunyi-bunyi bersuara dimana semasa mengahsilkannya, udara dari paru-paru keluar melalui rongga tekak dan rongga mulut secara berterusan tanpa sebarang sekatan atau sempitan yang boleh menerbitkan bunyi-bunyi geseran. Bunyi vokal mempunyai ciri kelantangan dan kepanjangan dimana bunyi dapat didengar dengan jelas dan lebih panjang daripada bunyi-bunyi konsonan. Bunyi vokal juga tidak mengalami sebarang gangguan pada arus udara. Alat yang paling penting dalam penghasilan bunyi vokal ialah pita suara. Selain daripada pita suara alat artikulasi lain yang terlibat dalam penghasilan bunyi vokal ialah lidah, bibir, dan lelangit lembut. Lidah ialah alat artikulasi yang menentukan kualiti sesuatu vokal. Kedudukan lidah pula adalah dalam dua ukuran iaitu tinggi rendah dan depan belakang dimana lidah boleh diturunkan serendah yang mungkin dan boleh dinaikkan sehingga mendekati lelangit keras ketika menghasilkan bunyi. Oleh yang demikian vokal yang terhasil boleh tinggi atau rendah. Contohnya, vokal [a] dalam perkataan [saya] ialah vokal rendah manakala vokal [i] dan vocal [u] dalam perkataan [sini] dan [kuku] ialah vokal tinggi. Selain daripada lidah, bibir juga memainkan peranannya sendiri iaitu boleh dihamparkan atau dibundarkan. Apabila bibir dihamparkan bunyi vokal depan akan terhasil manakala apabila bibir dibundarkan bunyi vokal belakang pula yang terhasil. Terdapat lapan bunyi vokal dalam bahasa Melayu secara amnya, namun hanya enam bunyi vokal yang biasa digunakan dalam pertuturan bahasa Melayu. Terdapat beberapa ciri yang menentukan bunyi vocal dan antaranya ialah bahagian lidah yang terlibat iaitu bahagian depan atau belakang lidah. Ciri yang kedua ialah ketinggian lidah dinaikkan ketika bunyi dihasilkan. Seterusnya ialah ciri yang ketiga iaitu keadaan bibir sama ada hampar atau bundar. Ciri yang keempat pula ialah keadaan lelangit lembut, sama ada dinaikkan dan udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut sahaja atau dinaikkan tetapi tidak rapatsehingga udara dari paru-paru keluar melalui rongga mulut dan hidung dimana ia menghasilkan bunyi yang sengau. Ciri yang
  • 4. terakhir pula ialah keadaan glotis dimana ia dirapatkan ketika udara keluar dari paru-paru dan pita suara bergetar. Perbezaan bunyi antara satu vocal dengan vocal yang lain ditentukan oleh keadaan lidah iaitu tinggi, separuh tinggi, separuh rendah dan rendah. Dalam carta vokal bahasa Melayu yang diterjemahkan dalam bentuk ilustrasi keratan rentas lidah manusia dimana bahagian kiri rajah merujuk kepada bahagian hadapan lidah dan bahagian kanan merujuk kepada bahagian belakang lidah manakala di tengah pula merujuk kepada bahagian tengah lidah. (lihat carta vocal bahasa Melayu di bawah) Rajah di atas menunjukkan kedudukan vokal dalam bahasa Melayu. Secara keseluruhannya, vokal bahasa Melayu boleh dikategorikan kepada tiga jenis iaitu vokal hadapan yang terdiri daripada [i] iaitu vokal depan sempit, [e] iaitu vokal depan separuh sempit, [ɛ] iaitu vocal depan separuh luas atau lapang dan [a] iaitu vokal depan luas atau lapang, jenis vokal yang kedua ialah vokal belakang yang terdiri daripada [u] iaitu vokal belakang sempit, [o] iaitu vokal belakang separuh sempit dan [ɔ] iaitu vokal belakang separuh luas atau lapang dan jenis vokal yang ketiga ialah vokal tengah iaitu [ə] vokal tengah pendek.
  • 5. Bentuk- bentuk bibir ketika membunyikan vokal dapat pada rajah di bawah. Menurut Abdul Hamid Mahmood (1996) keadaan bibir semasa menghasilkan jenis-jenis vokal adalah seperti berikut:
  • 6. 2.1.1 CARA MEMBUNYIKAN SETIAP VOKAL 2.1.1.1 Vokal depan sempit [i] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan sempit atau tinggi [ i ]. Cara membunyikan vocal ini dimana bibir dihamparkan dan hadapan lidah dinaikkan setinggi mungkin kearah lelangit keras tetapi tidak menyentuh lelangit lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut pula dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru pula keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan bagi bunyi vocal diatas adalah seperti perkataan berikut:- Awal Tengah Akhir ikan [ikan] sila [sila] gali [gali] itu [itu] hiba [hiba] kali [kali]
  • 7. 2.1.1.2 vokal depan separuh sempit [e] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh sempit atau separuh tinggi [ e ]. Cara membunyikan vokal ini ialah keadaan bibir hampar dan depan lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah gigi gusi. Anak tekak dan lelangit lembut pula dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru pula keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan bagi vocal ini adalah seperti berikut:- Awal Tengah Akhir epal [epal] geleng [geleƞ] tauge [tauge] elak [elaʔ] serong [seroƞ] tempe [tempe]
  • 8. 2.1.1.3 vokal depan separuh luas/lapang [ɛ] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan separuh luas atau separuh rendah [ ε ]. Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dihamparkan. Depan lidah dinaikkan separuh rendah kea rah gusi. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. contoh perkataan adalah seperti berikut:- Awal Tengah Akhir esa [ɛsa] belek [bɛɛʔ] tauge [taugɛ] enak [ɛnaʔ] seluk [seluʔ] tempe [tempɛ]
  • 9. 2.1.1.4 vokal depan luas/lapang [a] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal hadapan luas atau rendah [ a ]. Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dihamparkan. Depan lidah diturunkan serendah mungkin. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan adalah seperti berikut:- Awal Tengah Akhir ayam [ayam] dadar [dadar] tiada [tiada] anak [anaʔ] teras [təras] sama [sama]
  • 10. 2.1.1.5 vokal belakang sempit [u] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang sempit atau tinggi [ u ]. Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan setinggi mungkin ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan adalah seperti berikut:- Awal Tengah Akhir ular [ular] bulat [bulat] satu [satu] upah [upah] budu [budu] kelu [kelu]
  • 11. 2.1.1.6 vokal belakang separuh sempit [o] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh sempit [o]. Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan separuh tinggi ke arah lelangit lembut tetapi tidak sampai menyentuh lelangit lembut. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan adalah seperti berikut:- Awal Tengah Akhir obor [obor] sotong [sotoƞ] pidato [pidato] otak [otaʔ] golong [goloƞ] teko [teko]
  • 12. 2.1.1.7 vokal belakang separuh luas [ɔ] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal belakang separuh luas atau separuh rendah [‫.]כ‬ Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan bibir dibundarkan. Belakang lidah dinaikkan separuh rendah. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan adalah seperti berikut:- Awal Tengah Akhir orang [ɔraƞ] sorong [sɔrɔƞ] soto [sɔtɔ] olah [ɔlah] kolot [kɔlɔt] teko [tekɔ]
  • 13. 2.1.1.8 vokal tengah [ə] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan vokal tengah [ə]. Cara vokal ini dibunyikan ialah dengan keadaan bibir antara hampar dengan bundar. Tengah lidah dinaikkan ke arah lelangit keras tetapi tidak sampai menyentuh lelangit keras. Anak tekak dan lelangit lembut dinaikkan bagi menutup rongga hidung supaya udara tidak keluar melalui rongga hidung. Udara dari paru-paru keluar ke rongga mulut dan pita suara digetarkan. Contoh perkataan adalah seperti berikut:- Awal Tengah Akhir emas [əmas] tenat [tənat] sosialisme [sosialismə] enam [ənam] kerat [kərat] behaviurisme [behaviurismə] 2.1.1.9 vokal sengau Cara bunyi vokal sengau dihasilkan adalah dimana rongga hidung turut terlibat manakala lelangit lembut dan anak tekak tidak dinaikkan cukup tinggi untuk menutup rongga hidung. Apabila rongga hidung tidak tertutup rapat, udara akan keluar dari kedua-dua rongga iaitu rongga hidung dan rongga mulut. Bunyi vokal sengau ini dipengaruhi oleh bunyi konsonan sama ada di hadapan atau di belakang vokal. Bunyi sengauan ditandai dengan tanda [~] di atas vokal tersebut seperti contoh dibawah ini:- [rãkan] [nãnã] [mãndi]
  • 14. 2.2 KONSONAN Konsonan adalah bunyi-bunyi bahasa yang menerima sekatan, sempitan,, dan geseran sama ada di bahagian rongga mulut, tekak atau hidung. Bunyi-bunyi konsonan pula ada yang bersuara dan ada yang tidak bersuara. Di bawah ini adalah bagaimana bunyi-bunyi konsonan dihasilkan. Konsonan Asli Cara sebutan Bibir Gigi-gusi Lelangit keras Lelangit lembut Glotis Letupan tak p, b t, d k, g k [ʔ] bersuara Letusan bersuara c [č], j [ĵ] Geseran tak f, s ʃ h bersuara Geseran bersuara z Sengauan m n ɲ ɳ Sisian l Getaran r Separuh vokal w y
  • 15. Konsonan letupan Konsonan letupan berlaku apabila udara ditahan dan dilepaskan dengan cepat. Konsonan [p] ialah konsonan letupan dua bibir tidak bersuara dimana apabila lelangit lembut dinaikkan dan bibir dirapatkan dan udara tersekat pada dua bibir dan udara dipaksa keluar dan mulut dibuka dengan cepat maka keluarlah bunyi [p] dimana pita suara tidak bergetar. Konsonan [b] pula ialah konsonan letupan dua bibir bersuara berlaku apabila pita suara bergetar. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir bersuara [b]. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan dua bibir tidak bersuara [p]. Contoh perkataan adalah seperti di bawah ini. Awal Tengah Akhir pilu [pilu] tepuk [təpuʔ] tatap [tatap] bulan [bulan] reban [rəban] adab [adab]
  • 16. Konsonan [t] dan [d] pula terhasil apabila udara tersekat pada hujung lidah yang mengenai gusi, lelangit lembut dinaikkan dan udara tertahan. Apabila proses sekatan ini dilepaskan maka terhasillah bunyi [t] letupan gusi tak bersuara dan jika pita suara digetarkan maka terhasillah bunyi letupan gusi bersuara [d]. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi bersuara [d]. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan gigi-gusi tidak bersuara [t]. Contoh perkataan adalh seperti di bawah. Awal Tengah Akhir tuduh [tuduh] kertas [kertas] sukat [sukat] diam [diam] tidur [tidur] tekad [tekad]
  • 17. Konsonan [k] ialah bunyi letupan lelangit lembut tak bersuara dan konsonan [g] ialah letupan lelangit lembut bersuara. Bunyi [k] terhasil apabila belakang lidah dirapatkan ke lelangit lembut untuk menyekat arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak pula dirapatkan ke rongga tekak bagi menyekat arus udara ke rongga hidung. Bunyi [g] juga terhasil dengan cara yang sama dengan konsonan [k] tetapi pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar melalui rongga mulut menggetarkan pita suara. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut bersuara [g]. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letupan lelangit lembut tidak bersuara [k]. Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir kemas [kəmas] lekas [ləkas] dekat [dekat] garu [garu] lagu [lagu] terung [təruɳ]
  • 18. Bunyi [j] terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan rapat ke lelangit keras untuk membuat sekatan pada arus udara Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang atau ke dinding rongga untuk membuat sekatan pada arus udara ke rongga hidung. Pita suara akan direnggangkan dan arus udara yang melalui rongga mulut tidak menggetarkan pita suara tetapi udara yang tersekat di hadapan lidah dan lelangit keras akan dilepaskan perlahan-lahan. Proses yang sama juga berlaku untuk menghasilkan bunyi [dZ] tetapi pita suara bergetar. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan letusan lelangit keras bersuara [ j]. Awal Tengah Akhir jala [jala] laju [laju] kolaj [kolaj] jambu [jambu] baju [baju] mesej [mesej] Hentian [ʔ] terhasil apabila lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke dinding rongga tekak untuk membuat sekatan udara ke rongga hidung. Pita suara dirapatkan dan arus udara yang keluar dari paru-paru tersekat di bahagian rapatan pita suara menyebabkan pita suara tidak bergetar dan hentian glotis akan dihasilkan. Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir anak [ʔanaʔ] rakyat [raʔyat] semak [səmaʔ]
  • 19. Konsonan geseran Konsonan geseran [s] terhasil apabila hadapan lidah dinaikkan ke gusi bagi membuat sempitan pada arus udara. Lelangit lembut dan anak tekak dinaikkan ke belakang rongga tekak untuk menyekat arus udara ke rongga hidung. Pita suara pula direnggangkan dan arus udara melalui rongga mulut tanpa menggetarkan pita suara maka terhasillah bunyi [s] iaitu bunyi geseran gusi tak bersuara. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran gigi-gusi tak bersuara [s]. Konsonan geseran [h] terhasil apabila udara keluar melalui pita suara yang renggang dan rongga mulut seperti ketika mengeluarkan bunyi vokal. Bunyi [h] ialah bunyi geseran glotis tak bersuara. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran glotis tak bersuara [h]. Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir samar [samar] kasar [kasar] pulas [pulas] harum [harum] tahan [tahan] tadah [tadah]
  • 20. Konsonan getaran Bunyi [r] terhasil apabila hujung lidah diletakkan dekat dengan gusi sehingga udara melalui lidah dan gusi, lidah bergetar manakala lelangit lembut pula dinaikkan. Bunyi [r] ialah bunyi getaran gusi bersuara. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan getaran gigi-gusi bersuara [r]. Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir rumah [rumah] tarah [tarah] ketar [ketar] Konsonan sisian Bunyi [l] ialah bunyi sisian gusi bersuara yang terhasil apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi dan laluan udara tersekat. Lelangit lembut dinaikkan dan pita suara bergetar dan udara keluar dari bahagian tepi lidah. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sisian gigi-gusi bersuara [ l ].
  • 21. Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir lawan [lawan] jalan [jalan] katil [katil] Konsonan sengauan (nasal) Terdapat empat bunyi nasal dalam bahasa Melayu. Perbezaan bunyi-bunyi nasal ini dibezakan pada daerah udara disekat yang berlaku pada rongga mulut dimana pita suara digetarkan dan lelangit lembut dinaikkan. Bunyi [m] ialah sengauan dua bibir bersuara yang terjadi apabila dua bibir dirapatkan. Bunyi [n] pula ialah sengauan gusi bersuara yang terjadi apabila hujung lidah dinaikkan ke gusi. Bunyi [ɲ] dinamakan bunyi sengauan lelangit keras bersuara terjadi apabila tengah lidah dinaikkan ke lelangit keras dan bunyi nasal yang terakhir ialah bunyi [ɳ] yang dinamakan bunyi sengauan lelangit lembut bersuara terhasil apabila belakang lidah dinaikkan ke lelangit lembut. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun dua bibir bersuara [m].
  • 22. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauan gigi-gusi bersuara [n]. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit keras bersuara [n]. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan sengauaun lelangit lembut bersuara [ŋ]. Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir malam [malam] kamar [kamar] diam [diam] nangka [naɳka] senam [senam] pekan [pekan]
  • 23. nasi [nasi] senam [senam] nganga [ɳaɳa] bangkang [baɳkaɳ] tenang [tenaɳ] Separuh vokal Bunyi separuh vokal terhasil apabila kedudukan lidah tidak tetap tetapi bergerak dan membuat luncuran. Terdapat dua jenis bunyi separuh vokal iaitu [w] dan [j]. Bagi bunyi konsonan [w] dinamakan separuh vokal dua bibir bersuara terhasil apabila pada peringkat awal lidah seperti membunyikan [u] tetapi kemudiannya bergerak pada vokal yang lain. Bunyi [j] pula dinamakan separuh vokal lelangit keras bersuara yang terhasil apabila pada peringkat awal lidah seperti membunyikan [i] tetapi kemudiannya bergerak kepada kedudukan vokal yang lain. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan separuh vokal dua bibir bersuara [w]. Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir malam [malam] kamar [kamar] diam [diam]
  • 24. Konsonan pinjaman Terdapat juga konsonan yang berasal dari perkataan asing yang dipinjam dan dimasukkan ke dalam bahasa Melayu. Konsonan dalam kata pinjaman tersebut digantikan dengan bahasa Melayu seperti bunyi-bunyi dalam bahasa Arab dimana [th] menjadi [s], [gh] menjadi [g], [dh] menjadi [d] dan [dz] menjadi [z]. Ada juga bunyi asal yang dipakai terus dalam banyak kata dan bunyi-bunyi tersebut adalah bunyi geseran seperti [f] dan [v] yang terhasil apabila bibir atas dan bawah dirapatkan dan apabila ada udara melaluinya berlakunya geseran. Fonem [z] dihasilkan sama seperti menghasilkan bunyi [s] namun proses membunyikan [z] berbeza apabila pita suara bergetar. Konsonan yang terhasil dinamakan geseran gusi bersuara. Bunyi [s] terhasil apabila lelangit lembut dinaikkan dan depan lidah dinaikkan ke lelangit keras.geseran yang terhasil dinamakan geseran gusi lelangit keras. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir tak bersuara [f]. Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir filem [filem] kafir [kafir] alaf [alaf]
  • 25. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran bibir-gusi bersuara [v]. Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir van [van] larva [larva] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran gigi-gusi bersuara [z]. Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir zaman [zaman] azimat [azimat] lafaz [lafaz]
  • 26. Konsonan pinjaman selain di atas ialah konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ]. Konsonan pinjaman geseran gigi tak bersuara [θ]. Daun lidah berada di antara gigi atas dan gigi bawah. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan, bergeser keluar di daerah gigi itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir selasa [θelasa] isnin [iθnin] waris [wariθ]
  • 27. Konsonan pinjaman geseran lelangit keras tak bersuara [š]. Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan geseran lelangit keras-gusi tak bersuara [š]. Bahagian daun lidah dirapatkan ke daerah di antara lelangit keras dengan gusi untuk membuat sempitan. Kemudian, lelangit lembut terangkat rapat ke belakang bahagian rongga tekak. Udara yang dikeluarkan daripada paru-paru disalurkan melalui rongga mulut dibiarkan bergeser keluar di daerah sempitan gusi itu tanpa menggetarkan pita suara. Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir syirik [širik] asyik [ašik] skuasy [skuaš]
  • 28. Konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [x] Gambar rajah di atas menunjukkan penghasilan konsonan pinjaman geseran lelangit lembut tak bersuara [x]. Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir khamis [xamis] akhbar [axbar] tarikh [tarix] Konsonan pinjaman lelangit lembut bersuara [ɤ] Contoh perkataan adalah seperti di bawah. Awal Tengah Akhir ghaib [ɤaib] maghrib [maɤrib] baligh [baliɤ]
  • 29. 3.0 FONEM dan ALOFON DALAM BAHASA MELAYU Fonem ialah merujuk kepada unit bahasa yang terkecil dan boleh dipenggal-penggalkan. Contohya perkataan padam yang boleh dipenggalkan kepada lima unit penggalan yang lebih kecil iaitu /p/, /a/, /d/, /a/, /m/. Unit-unit kecil ini tidak mempunyai sebarang makna sekiranya diletakkan secara berasingan sebaliknya unit tersebut boleh digantikan dengan fonem yang lain dan makna perkataan akan berubah. Contohnya perkataan padam tadi yang digantikan dengan fonem yang lain akan menghasilkan perkataan seperti /padan/, /padah/ dan lain-lain perkataan lagi. Fonem berperanan dalam membezakan dan mengubah makna perkataan. Fonem terdiri daripada fonem vokal dan fonem konsonan. Fonem vokal dalam bahasa Melayu terdiri daripada /a/, /e/, /e/, /i/, /o/, dan /u/. Huruf Fonem Contoh perkataan a /a/ /asaʔ/ e /e/ /esoʔ/ e /ə/ /əmaʔ/ i /i/ /iman/ o /o/ /oraƞ/ u /u/ /ubat/ Fonem konsonan pula terdiri daripada 25 konsonan dalam bahasa Melayu. Huruf Fonem Contoh perkataan b /b/ /batal/ c /c/ /cawan/ d /d/ /dalam/ g /g/ /galah/ h /h/ /harum/
  • 30. j /j/ /jalan/ k /k/ /katil/ l /l/ /lewat/ m /m/ /masam/ n /n/ /nanti/ ng /ɳ/ /ɳaɳa/ ny /ɲ/ /ɲaɲi/ p /p/ /papan/ q /q/ /quran/ r /r/ /runtuh/ s /s/ /sarat/ t /t/ /tahun/ v /v/ /van/ w /w/ /warna/ y /y/ /yuran/ Alofon pula ialah perkataan yang membawa makna yang sama tetapi berlainan fonem. Hal ini disebut sebagai variasi atau kelainan bunyi yang bebas. Contohnya perkataan /faham/ dan /paham/ yang mempunyai makna yang sama tetapi berlainan fonem.
  • 31. 4.0 CIRI-CIRI SUPRASEGMENTAL BAHASA MELAYU dan KEPENTINGANNYA DALAM KEMAHIRAN LISAN BAHASA MELAYU. Terdapat empat unsur yang terkandung dalam suprasegmental bahasa Melayu. Unsur tersebut ialah tekanan, nada, jeda dan panjang-pendek. Tekanan ialah kelantangan sesuatu suku kata yang menandakan sama ada keras atau lembutnya penyebutan sesuatu suku kata. Lambang yang digunapakai bagi tekanan ialah /’/ yang diletakkan di atas suku kata yang menerima tekanan misalnya /tidak/ dan tekanan sebenarnya tidak makna. Nada ialah kadar meninggi atau menurun sesuatu perkataan itu diucapkan. Nada ditandai dengan nombor-nombor iaitu 1(rendah), 2(biasa), 3(tinggi) dan 4(tinggi sekali). Contohnya, 2 kami hendak 3 pulang. Jeda disebut sebagai persendian yang memisahkan unsur-unsur linguistik, sama ada perkataan, ayat dan rangkai kata. Lambang bagi jeda ialah #. Unsur ini membezakan makna. Contohnya [#saja minum susu lembu #] dan [#saja minum susu#lembu#]. Panjang-pendek ialah kadar panjang-pendek sesuatu bunyi diucapkan. Lambang bagi unsur ini ialah [:] yang juga dikenali sebagai mora. Lambang [:] panjang sebutan bunyi adalah satu mora, lambang [::] panjang sebutan adalah dua mora dan lambang [.] panjang sebutan bunyi adalah setengah mora. Kepentingan unsur suprasegmental dalam kemahiran lisan bahasa Melayu ialah dari sini jelas dapat dilihat bahawa bahasa Melayu mempunyai seni yang tinggi, penuh dengan adab apabila bertutur dengan orang lain. Tekanan suara yang sesuai ketika bertutur melambangkan keperibadian seseorang itu. Selain itu, nada yang digunakan oleh penutur juga perlu sesuai dengan keadaan. Nada ini amat penting sekiranya seseorang itu sedang mengendalikan ceramah dan bagaimana dia mahu menarik perhatian orang ramai adalah dengan nada yang pelbagai. Jeda juga amat penting dalam kemahiran lisan kerana ianya akan memberi gambaran maksud yang salah kepada orang lain apabila jeda yang digunakan adalah tidak tepat. Kemahiran lisan juga menitikberatkan panjang-pendek sesuatu bunyi bahasa itu walaupun ia tidak membezakan makna.
  • 32. 5.0 KESIMPULAN Seorang guru bahasa Melayu, guru terlebih dahulu perlu memahami dengan apa yang dimaksukkan fonetik dan fonologi. Pemahaman secara mendalam dalam bidang tersebut memudahkan guru untuk mengajar bahasa Melayu dengan lebih baik. Dalam bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu kita akan mengenali terlebih dahulu apa yang dimaksudkan dengan alat artikulasi serta mengenali alat-alat artikulasi yang terlibat semasa sesuatu bunyi dihasilkan. Kemudian, kita akan mengetahui jenis-jenis vokal yang terdapat dalam bahasa Melayu serta bagaimana bunyi vokal tersebut dihasilkan. Setelah itu, kita akan mempelajari pula jenis-jenis konsonan yang terdapat dalam bahasa Melayu, dan konsonan yang dipinjam dari bahasa lain. Kemudian, kita juga akan mempelajari bagaimana bunyi-bunyi konsonan itu dihasilkan. Setelah itu, didedahkan pula dengan fonem yang terdapat dalam bahasa Melayu. Dalam fonem bahasa Melayu terdapat fonem vokal dan fonem konsonan. Guru juga akan mengetahui dengan apa yang dimaksudkan dengan alofon yang sedikit berbeza daripada fonem. Terakhir, guru akan mempelajari apakah yang dimaksudkan dengan suprasegmental dalam bahasa Melayu. Menjadi ssesuatu yang penting untuk setiap guru yang mengajar bahasa Melayu mendalami dan mempunyai kemahiran dalam bidang fonetik dan fonologi bahasa Melayu yang merupakan asas kepada bagaimana bunyi-bunyi dalam bahasa Melayu itu terhasil. Selain itu, guru dapat membantu anak muridnya yang mempunyai masalah dalam sebutan kerana guru mempunyai ilmu dan kemahiran dalam bidang tersebut iaitu bagaimana untuk mengeluarkan bunyi yang betul. Oleh yang demikian penguasaan guru dalam ilmu fonetik dan fonologi adalah penting kerana dapat membantu guru dalam pengajaran dan pembelajaran. 3, 970 patah perkataan.
  • 33. BIBLIOGRAFI Dr. Ali Mahmood & All,(2007) Fonetik dan Fonologi Bahasa Melayu.Selangor Darul Ehsan: Open Universiti Malaysia. Siti Hajar Abdul Aziz,(2011)Bahasa Melayu 1.Selangor Darul Ehsan:Oxford Fajar Sdn.Bhd. Norhashimah Jalaludin,(2007). Asas Fonetik. Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka.