1. BAB 3 Tingkatan 4
BAB 3: FORMULA DAN PERSAMAAN KIMIA
3.1 Jisim atom relatif dan jisim molekul relatif
Jisim Atom Relatif, J.A.R.
Jisim atom sesuatu unsur sangat kecil dan hanya boleh diukur dengan
membandingkan jisim-jisimnya dengan jisim atom unsur lain yang dipilih sebagai
piawai.
Jisim atom relatif suatu unsur ditakrifkan sebagai purata jisim satu atom unsur itu
berbanding dengan 1/ 12 daripada jisim satu atom karbon-12.
Purata jisim satu atom unsur
1
X jisim satu atom karbon-12
2
Jisim atom relatif tidak mempunyai unit pengukuran kerana ia hanya
perbandingan.
Karbon-12 dipilih sebagai piawai kerana:
Karbon ialah pepejal pada suhu bilik.
Karbon dijumpai dalam kebanyakan bahan.
Mudah bergabung dengan kebanyakan unsur-unsur lain.
Walaupun karbon mempunyai 3 isotop, karbon-12 ialah isotop utama
karbon dengan kelimpahan 99%.
Atom unsur Jisim atom relatif Jisim satu mol (g)
Hidrogen (H) 1 1
Karbon (C) 12 12
Oksigen (O) 16 16
Jisim Molekul Relatif, J.M.R.
Jisim molekul relatif satu sebatian ialah bilangan kali jisim satu molekul sebatian
itu lebih besar daripada 1 kali jisim satu atom karbon-12.
2
Jisim molekul relatif suatu bahan boleh ditentukan dengan menjumlahkan jisim
atom relatif semua atom dalam bahan itu.
Purata jisim satu molekul sebatian
1
X jisim satu atom karbon-12
2
Cikgu Marzuqi BSc (Hons) Edu Math Chemistry USM
2. BAB 3 Tingkatan 4
Contoh:
Apakah jisim molekul relatif bagi NH 3?
[jisim atom relatif bagi H = 1, N = 14]
Apakah jisim molekul relatif bagi C2H 5OH?
[jisim atom relatif bagi C = 12, H = 1, O = 16]
3.2 Bilangan mol dengan bilangan zarah
Satu mol (1 mol) ditakrifkan sebagai bilangan zarah bagi sebatian bahan seperti
yang terdapat dalam 12.00 g karbon-12.
Bilangan atom untuk 1 mol karbon ialah 6.02 x 10 23 . Nombor ini dikenali sebagai
pemalar Avogardo. Simbolnya ialah N A.
Dengan itu, satu mol ditakrifkan sebagai kuantiti suatu bahan yang mengandungi
23
6.02 x 10 zarah seperti yang terdapat dalam 12.00 g karbon-12.
Zarah itu mungkin atom, molekul, elektron, atau ion.
x 6.02 x 10 23
Bilangan mol Bilangan zarah
23
÷ 6.02 x 10
Bilangan mol = bilangan zarah
23
6.02 x 10
Contoh:
Hitungkan bilangan mol molekul bagi 1.8 x 10 23 molekul iodin.
Cikgu Marzuqi BSc (Hons) Edu Math Chemistry USM
3. BAB 3 Tingkatan 4
3.3 Bilangan mol dan jisim bahan
Jisim untuk satu mol suatu atom dalam gram adalah bersamaan dengan jisim
atom relatif atom itu.
-1
Jisim untuk satu mol sebarang bahan disebut jisim molar. Unitnya ialah g mol .
Dengan cara yang sama, jisim untuk satu mol suatu sebatian adalah bersamaan
dengan jisim molekul relatifnya.
Bilangan mol = Jisim/g
J.A.R. atau J.M.R.
Contoh:
Hitung bilangan mol atom bagi 103.5 g plumbum.
[Jisim atom relatif Pb = 207]
Hitung bilangan molekul dalam 16 g gas oksigen.
[Jisim atom relatif O = 16]
3.4 Mol dan isi padu gas
Sekiranya isi padu suatu gas dapat ditentukan, maka bilangan mol gas
tersebut dapat diketahui.
Keadaan ini hanya diaplikasikan untuk bahan berkeadaan gas sahaja.
Isi padu molar suatu gas ditakrifkan sebagai isi padu yang dimuatkan oleh
satu mol gas itu pada suhu dan tekanan tersebut.
Ini bermakna isi padu molar suatu gas ialah iai padu gas yang dimuatkan oleh
6.02 x 1023 zarah gas tersebut.
3 -1 -1
Isi padu molar pada STP ialah 22.4 dm mol dan 24 dm 3 mol pada
keadaan bilik.
STP merujuk kepada keadaan suhu piawai, 0 °C dan tekanan piawai, 1
atmosfere.
Keadaan bilik pula merujuk kepada suhu 25 °C dan tekanan 1 atmosfere.
Cikgu Marzuqi BSc (Hons) Edu Math Chemistry USM
4. BAB 3 Tingkatan 4
Bilangan mol = Isi padu/dm 3
22.4 dm 3pada s.t.p.
Contoh;
Hitung bilangan molekul dalam 33.6 dm 3 sulful dioksida pada s.t.p.
[Jisim atom relatif O = 16, S = 32]
x jisim
x NA molar
Bilangan zarah Bilangan mol Jisim bahan/g
÷ NA ÷ jisim
molar
÷ isi padu molar x isi padu molar
Isi padu gas/dm 3
3.5 Formula kimia
Ahli kimia menggunakan simbol untuk mewakili atom.
Simbol untuk suatu sebatian disebut formula kimia. Contohnya, formula kimia
untuk natrium klorida iaitu NaCl.
Formula kimia suatu sebatian memberitahu kita tentang;
-Jenis atom yang hadir.
-Nisbah atom-atom itu wujud dalam sebatian (ditunjukkan oleh
subskrip yang ditulis selepas simbol)
Sebatian dapat diwakili oleh:
Formula empirik
Formula molekul
Cikgu Marzuqi BSc (Hons) Edu Math Chemistry USM
5. BAB 3 Tingkatan 4
Contoh;
Dalam sesuatu ekperimen, 3.12 g logam X telah bertindak balas dengan oksigen
membentuk 4.56 g oksida logam. Apakah formula empirik oksigen logam X?
[Jisim atom relatif: O = 16, X = 52]
Satu sebatian mempunyai komposisi mengikut jisim seperti berikut: Na = 15.23%; Br
= 52.98%; O = 31.79 %. Tentukan formula empirik sebatian ini.
[Jisim atom relatif; O = 16, Na = 23, Br = 80]
Sebatian X terdiri daripada 40% karbon, 6.7% hidrogen dan 53.3% oksigen
berdasarkan jisim. Jisim molekul relatif bagi X ialah 60. Tentukan formula empirik
dan formula molekul bagi sebatian X. (spm 2010)
[Jisim atom relatif; C = 12, H = 1, O = 16]
Cikgu Marzuqi BSc (Hons) Edu Math Chemistry USM
6. BAB 3 Tingkatan 4
3.6 Persamaan Kimia
Persamaan kimia adalah persamaan yang boleh ditulis dalam bentuk
persamaan perkataan atau persamaan bersimbol menggunakan formula kimia.
Permasaan kimia merupakan huraian ringkas mengenai sesuatu tindak balas
kimia.
Bahan tindakbalas ditulis di sebelah kiri manakala hasil tindakbalas ditulis di
sebelah kanan persamaan itu.
Permasaan kimia memberi maklumat yang berkaitan;
-Bahan kimia yang bertindak balas.
-Hasil tindak balas yang diperoleh.
-Keadaan fizikal bahan dan hasil tindak balas.
Dalam menyeimbangkan persamaan kimia, bilangan mol setiap unsur atau
sebatian ditukar sehingga bilangan atom setiap unsur adalah sama pada kedua-
dua belah kiri dan kanan persamaan itu.
Persamaan kimia yang seimbang boleh digunakan untuk menyelesaikan
masalah berkaitan dengan stoikiometri.
Contoh;
Imbangkan persamaan berikut.
CO + O 2 CO 2
K + H2O KOH + H2
Zn + AgCl ZnCl 2 + Ag
KNO 3 KNO 2 + O2
Cikgu Marzuqi BSc (Hons) Edu Math Chemistry USM