Tunku abdul rahman
Upcoming SlideShare
Loading in...5
×
 

Tunku abdul rahman

on

  • 4,801 reproducciones

 

Estadísticas

reproducciones

reproducciones totales
4,801
reproducciones en SlideShare
4,801
reproducciones incrustadas
0

Actions

Me gusta
1
Descargas
60
Comentarios
0

0 insertados 0

No embeds

Accesibilidad

Categorias

Detalles de carga

Uploaded via as Microsoft Word

Derechos de uso

© Todos los derechos reservados

Report content

Marcada como inapropiada Marcar como inapropiada
Marcar como inapropiada

Seleccione la razón para marcar esta presentación como inapropiada.

Cancelar
  • Full Name Full Name Comment goes here.
    Are you sure you want to
    Tu mensaje aparecerá aquí
    Processing...
Publicar comentario
Edite su comentario

Tunku abdul rahman Tunku abdul rahman Document Transcript

  • Tungku Abdul Rahman "Falsafah diri dan kehidupan"Dahrum Bin Samsudin CD100382Mohd Zulkifli Bin Osman CD100308Nurul Izzati binti Kamaruddin CD100346Farah binti Ramlan CD100377Siti Saleha bt Amirsah CD100317Noormihayani binti Azmi CD100338
  • Tunku Abdul Rahman| Copyright © 2012 | 2
  • Tunku Abdul Rahman Nama : Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah. Lahir : 08 Februari 1903, Pendidikan : 1911 - Maktab Sultan Abdul Hamid Alor Setar. 1916 - Penang Free School, Penang. 1925 - Lulus B.A. dari University Cambridge. 1945 - Lulus LLB, dari Inner Temple, London. Kerjaya : 1946 - Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden seksyen Selangor. 1951 - Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO. 1956 - Rombongan Merdeka ke London. 1957 - Merdeka. Perdana Menteri Pertama. 1962 - Rombongan ke London - Gagasan Malaysia. 1963 - Gagasan Malaysia - 16.09.1963. 1970 - Bersara dari Politik. 06 Disember 1990 Tunku kembali ke rahmatullah.| Copyright © 2012 | 3 View slide
  • Tunku Abdul Rahman 1.0 PENGENALAN Nama Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj bukanlah nama yang asing bagi masyarakat di negara kita, lebih-lebih lagi dalam sejarah lipatan politik tanah air. Beliau yang mempunyai darah keturunan raja merupakan seorang Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu pada zaman beliau, beliau juga merupakan Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Kepimpinan beliau amat terserlah sama ada dalam bidang politik iaitu sebagai Yang Dipertua Agong UMNO atau sebagai seorang pemimpin negara yang berwibawa dan berkebolehan dalam mentadbir negara dan rakyatnya. Peranan Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dalam usaha mencapai kemerdekaan negara amat penting. Sebagai seorang pemerintah, beliau bertanggungjawab dalam mendapatkan kemerdekaan Tanah Melayu daripada pihak penjajah pada tahun 1957. Beliau turut memainkan peranan penting dalam membentuk Persekutuan Malaysia pada tahun 1963. 2.0 FALSAFAH DIRI DAN KEHIDUPAN "Kehidupan peribadi seseorang merupakan hak dirinya sendiri dengan syarat dia tidak melanggar hak-hak orang lain" demikian kata-kata beliau dalam sebuah artikel. Tunku adalah seorang pemimpin yang mempunyai keperibadian yang tersendiri. Artikel di bawah ini jelas menunjukkan bahawa Tunku adalah seorang pemimpin yang mempunyai jati diri tersendiri dan tidak malu untuk menceritakan kekurangan pada dirinya.| Copyright © 2012 | 4 View slide
  • Tunku Abdul Rahman Antara mutiara-mutiara kata yang pernah di sampaikan oleh Tunku Abdul Rahman adalah 1. “Negeri kita ini unik. Tidak ada isme yang boleh diimport dari luar negeri. Kita kenalah tadbirkan negeri ini secara sendiri.” 2. “Jika kita cuba hendak tiru mana-mana isme dari negeri luar, maka sudah tentu tidak dapat diterima rakyat negeri ini.” 3. “Semangat Kebangsaan hendaklah dijadikan baja bagi menyuburkan kemerdekaan yang kita capai.” 4. "...merdeka itu bukanlah suatu benda yang mudah boleh didapati, melainkan ialah dikehendaki untuk mendapatkannya itu iaitu pengorbanan yang sebenar pengorbanan.” 5. “Dengan kerananya kita terpaksa mengorbankan, bukan sahaja wang ringgit dan usaha tenaga bahkan jiwa kita sendiri juga...”| Copyright © 2012 | 5
  • Tunku Abdul Rahman 3.0 FALSAFAH KEPIMPINAN DAN PEMBANGUNAN Tunku telah banyak berkorban untuk negara. Pelbagai cabaran serta rintangan dihadapi namun segalanya berjaya di atasi dengan cekal dan tabah. Beliau adalah seorang pemimpin yang sentiasa tenang ketika menghadapi sesuatu situasi. Apabila beliau sudah yakin akan sesuatu perkara, biasanya beliau akan bertindak tegas dengan apa cara sekalipun. Sikapnya menepati pepatah ‘genggam bara api biar sampai menjadi arang’ dan‘alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan’. Dalam menghadapi sesuatu isu, Tunku sentiasa bersikap mengejar masalah dan bukannya menanti masalah. Beliau tidak membiarkan sesuatu masalah itu terselesai dengan sendirinya. Dengan keazaman, banyak perkara yang pada mulanya mustahil telah menjadi kenyataan. Falsafah atau sikap Tunku terhadap ideologi komunis sebenarnya tegas. Tidak ada tolak ansur terhadapnya. Kegigihan, keberanian dan ketegasan beliau telah membebaskan negara kita daripada belenggu penjajah. Rakyat seharusnya berasa kagum dengan matlamat hidupnya yang begitu mulia dan menghargai kesanggupannya mengorbankan masa-masanya yang berharga bagi membentuk negara yang merdeka. Sikap pandangan jauh Tunku ini terkadang-kadang payah untuk difahami oleh rakyat. Hanya setelah beberapa lama barulah mereka akan mengetahui dan memahami akan tindakan dan tujuan sebenar Tunku. Memang inilah yang selalu dihadapi oleh Tunku semasa beliau memimpin negara. Fikirannya atau pandangannya terlalu jauh ke hadapan sehinggakan sukar untuk difahami oleh orang lain. Pendeknya memanglah banyak buah fikiran atau idea yang Tunku selalu utarakan yang boleh menimbulkan salah faham. Kebenaran dan manfaatnya selalunya hanya dapat dinikmati dan diketahui dalam beberapa tahun selepas itu. Inilah antara keseronokan Tunku apabila mengenangkan telatah manusia tentang sumbangannya terhadap negara, nusa dan agama. Memang dalam banyak hal, Tunku telah memandang jauh ke depan lebih dulu sebelum orang lain dapat| Copyright © 2012 | 6
  • Tunku Abdul Rahman mengetahui manfaat atau ertinya beberapa tahun kemudiannya 4.0 DASAR BERKAITAN NEGARA DAN PEMBANGUNAN NEGARA Dasar yang dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman Al-Haj telah memberikan kesan yang amat panjang sehingga hari ini. Pelbagai dasar yang diperkenalkan oleh Tunku Abdul Rahman iaitu Dasar Luar Negara, Dasar Pelajaran Kebangsaan, Dasar Pembentukan Malaysia (Usul). Dasar atau usul pembentukan Malaysia ketika itu telah disuarakan oleh Tunku sendiri selepas Persekutuan Tanah Melayu telah mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Usul ini telah dikemukakan dalam satu ucapan penting pada 27 Mei 1961 di Singapura. Walaupun usul ini mendapat tentangan yang hebat daripada negara- negara luar iaitu Filipina dan Indonesia, namun gagasan Malaysia akhirnya dapat dibentuk dengan sempurna. Pada mulanya, dasar pembentukan Malaysia telah dikemukakan untuk membentuk satu gagasan di mana Sabah, Sarawak, dan Brunei digabungkan bersama Persekutuan Tanah Melayu. Namun cadangan tersebut telah ditolak tepi oleh pihak British dengan alasan bahawa Singapura diketepikan daripada gagasan tersebut. Setelah itu, Lee Kuan Yew Presiden Singapura ketika itu, telah menyarankan penggabungan antara Persekutuan Tanah Melayu dengan Singapura, tetapi telah ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Akhirnya pada 27 Mei 1961, Tunku mengumumkan pengusulan gabungan Persekutuan Tanah Melayu, Brunei, Sarawak, Sabah dan Singapura untuk membentuk Malaysia. Satu jawatankuasa khas telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia yang telah dipengerusikan oleh Donald Stephen. Jawatankuasa ini telah memberi peluang kepada para pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan. Akhirnya, Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandum untuk dihantar ke Suruhanjaya Cobbold dan suruhanjaya ini akan bertanggungjawab untuk| Copyright © 2012 | 7
  • Tunku Abdul Rahman meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan yang baru. Pada Ogos 1962, suatu jawatankuasa telah dibentuk iaitu Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) yang dipengerusikan oleh Lord Landsdowne dan timbalannya iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak. Tujuan JAK ditubuhkan untuk merangka perlembagaan Malaysia mengikut kesesuaian Sabah, Sarawak, Persekutuan Tanah Melayu. Akhirnya pada 27 Februari 1963, satu laporan telah dikeluarkan yakni terkandung 20 perkara yang telah diterima dan diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu. Ia telah menjadi Akta Malaysia 1963 secara rasminya. Perjanjian Malaysia pula ditandatangani pada 9 Julai 1963 dan pada masa yang sama, Brunei Darussalam telah menarik diri secara rasminya. Akhirnya pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia telah diisytiharkan secara rasmi walau sebelumnya mendapat tentangan yang hebat dari negara jiran iaitu Filipina dan Indonesia. Setelah terbentuknya Malaysia, pelbagai dasar yang diperkenalkan untuk memantapkan pembangunan Malaysia. Antaranya Rancangan Malaya Pertama dan Kedua serta Rancangan Malaysia Pertama hingga kini. Garapan Rancangan Malaysia ini akan dilakukan selama 5 kali setahun. Dasar yang diperkenalkan untuk menstabilkan ekonomi Malaysia buat pertama kalinya iaitu Dasar Ekonomi Baru. Dasar Ekonomi Baru diusulkan untuk mengekang kemiskinan yang pada ketika itu lebih ramai pada orang Melayu dan India. Tambahan pula, Dasar Pelajaran Kebangsaan juga turut ditubuhkan untuk menaikkan taraf pendidikan terutamanya anak-anak Melayu agar mereka mendapat pendidikan yang sempurna. Dalam pembentukan dasar ini telah memperlihatkan Penyata Razak, Laporan Abdul Rahman Talib menjadi tunjang dalam menjadikan dunia pendidikan adalah dunia berkaliber untuk rakyat Malaysia. Tidak dinafikan juga, pentingnya Dasar Luar Negara. Tunku Abdul Rahman telah diperlihatkan dari sisi kepimpinan untuk hubungan dasar luar Malaysia lebih ke arah kebaratan, yakni lebih suka memilih menjalinkan| Copyright © 2012 | 8
  • Tunku Abdul Rahman hubungan dengan dunia barat berbanding asia yang ketika itu aliran komunis masih menular di setiap negara Asia. Pada hakikatnya, Dasar Pembentukan Malaysia ini telah menjadi tunjang atau akar utama dalam penubuhan setiap dasar di Malaysia. Hal ini kerana, Malaysia adalah negara yang majmuk dan berbilang bangsa serta agama. Kesan positif daripada Dasar Pembentukan Negara ini dapat dilihat sehingga kini yakni kestabilan ekonomi, keharmonian dan keamanan dapat dicapai, kejayaan dan kegemilangan Malaysia di mata dunia, mengekang isu penularan komunis dan yang penting dapat mengimbangkan setiap bangsa di Malaysia. 5.0 KESIMPULAN Tunku telah meninggal dunia pada 6 Disember 1990 ketika usianya meningkat kira-kira 87 tahun. Beliau sempat menyaksikan tiga orang tokoh penggantinya sebagai Presiden UMNO dan sebagai Perdana Menteri, iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak (1970-1976), Allahyarham Tun Hussein Onn (1976-1981) dan selama hampir 10 tahun di bawah kepimpinan pengkritik politiknya sendiri iaitu yang Amat Berhormat Tun Dr Mahathir Mohamad. Tunku sesungguhnya boleh dibanggakan kerana beliaulah yang berjaya “menebus” kemerdekaan dari belenggu penjajahan Inggeris yang telah dimulakan oleh tindakan tertentu pihak Raja-raja Melayu sendiri. Bukan itu sahaja, Tunku juga sebenarnya perintis penting terhadap hubungan kaum dan etnik di negara ini dengan segala pendekatan kesederhanaannya sehingga apakalanya beliau kelihatan mengabaikan kepentingan Melayu dan disalah tafsirkan pula komitmen nasionalisme melayunya itu. Seharusnya kita sebagai rakyat Malaysia mengambil contoh kebaikan dan kesungguhan Tunku dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan yang dilakukan. Malah kita seharusnya menjaga kemerdekaan negara yang kita miliki agar tidak| Copyright © 2012 | 9
  • Tunku Abdul Rahman jatuh ke tangan-tangan anasir luar yakni kita perlulah menjada kemerdekaan kita setelah orang terdahulu dari kita telah bersusah payah bergadai harta benda dan nyawa untuk membebaskan kita dari penjajahan fizikal.| Copyright © 2012 | 10