SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 21
Descargar para leer sin conexión
LAPORAN KESELURUHAN
     PELAKSANAAN PROGRAM PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH
                            2009



1.    TUJUAN
Memaklumkan kepada Ahli Mesyuarat berkaitan pelaksanaan Program Penarafan
Pusat Sumber Sekolah 2009.


2.    PENGENALAN

      2.1   Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2000 (bertarikh 20 April 2000)
            menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa
            memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan program
            berkaitan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di seluruh negara. Ini sejajar
            dengan      Falsafah      Pendidikan   Negara     yang      bertujuan
            memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan seterusnya
            mengupayakan generasi muda untuk mengharung cabaran dunia abad
            ke-21 dengan lebih cemerlang.

      2.2   Misi IFLA/UNESCO School Library in Teaching and Learning For All
            juga telah menggariskan perkara berikut:

            •   PSS menyediakan informasi yang menjadi asas kecemerlangan
                masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan

            •   PSS   melengkapkan     murid   dengan   kemahiran    pembelajaran
                sepanjang hayat

      2.3   Justeru, bagi memastikan hasrat ini tercapai, pengurusan PSS perlu
            dilaksanakan secara menyeluruh dan berkualiti bagi memenuhi
            keperluan pengguna yang merangkumi tiga langkah berikut:

            •   Perancangan kualiti

            •   Kawalan kualiti

            •   Penambahbaikan kualiti

      2.4   Perancangan, kawalan dan penambahbaikan kualiti PSS perlu diukur
            melalui satu alat pengukuran prestasi yang berbentuk statistik dan



                                                                               1
analisis data yang dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan
           sesuatu PSS.

     2.5   Instrumen Penilaian PSS telah dibina, diselaraskan dan diguna pakai
           di seluruh negara bagi mengukur petunjuk prestasi (performance
           indicator).

     2.6   Bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan pengukuran petunjuk
           prestasi PSS, Program Penarafan PSS mula diperkenalkan pada tahun
           2009.



3.   LATAR BELAKANG

     3.1   Cadangan pelaksanaan Program Penarafan PSS telah dibentang dan
           diluluskan dalam Mesyuarat JK Induk Gerakan Tabiat Membaca
           Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 1/2008 bertarikh 30 Julai 2008.

     3.2   Program ini diselaraskan di seluruh negara berdasarkan pertimbangan
           berikut:

           •   Satu mekanisme yang sistematik, berkesan dan cepat perlu
               diwujudkan bagi tujuan mengenal pasti status kecemerlangan PSS

           •   Sebagai    pemangkin   kepada   PSS       yang   sentiasa   berusaha
               meningkatkan kecemerlangan

           •   Sebagai salah satu bentuk pengiktirafan

           •   Sebagai salah satu bentuk tapisan (filter) bagi mengenal pasti
               bentuk khidmat bantu / sokongan yang perlu diberikan kepada
               sesuatu PSS



4.   STRATEGI PELAKSANAAN


     4.1   Program Penarafan PSS dilaksanakan mulai Julai 2009 melalui
           penggunaan sistem iQ-PSS. iQ-PSS ialah singkatan bagi Indeks Kualiti
           Pusat Sumber Sekolah diguna pakai sebagai indeks piawai pengukur
           prestasi Pusat Sumber Sekolah seluruh Malaysia.


                                                                                  2
4.2   iQ-PSS menterjemahkan kriteria kualitatif pencapaian PSS kepada
      indeks kuantitatif kualiti, agar prestasi sesebuah PSS boleh diukur
      secara seragam dan dianalisis bagi mengenalpasti kekuatan dan
      kelemahan    PSS    dalam     merancang      tindakan    pembetulan   dan
      penambahbaikan      dari   segi   pengurusan,    peruntukan   kewangan,
      pembekalan bahan (koleksi) PSS, kemudahan fizikal dan peralatan,
      program latihan, program galakan membaca (NILAM), dan Literasi
      Maklumat agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan.


4.3   Pelaksanaan iQ-PSS adalah berdasarkan Instrumen Penilaian PSS
      yang meliputi perkara berikut seperti dalam Jadual 1.


                Jadual 1: Kriteria dalam Instrumen Penilaian PSS


       Bahagian A – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan (15%)
         A1.   Lokasi PSS Induk, Bilik Media & BBM
         A2.   Susun Atur Bilik / Ruang
         A3.   Perabot dan Kelengkapan
         A4.   Ruang / Kemudahan Tambahan
         A5.   Bahan Cetak
         A6.   Bahan Bukan Cetak
         A7.   Peralatan Elektronik
         A8.   Ciri-ciri Keselamatan

       Bahagian B – Pengurusan dan Pengelolaan PSS (15%)
         B1.   Struktur Organisasi
         B2.   Rancangan Tahunan
         B3.   Pengurusan Kewangan PSS
         B4.   Dokumen dan Rekod Pengurusan PSS
         B5.   Dokumen dan Rekod Pengelolaan Koleksi
         B6.   Dokumen dan Rekod Pengelolaan Peralatan
         B7.   Keceriaan
         B8.   Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti / NGO

       Bahagian C – Penggunaan PSS (40%)
         C1.   Waktu Operasi PSS
         C2.   Jadual Waktu
         C3.   Pinjaman (Sirkulasi)
         C4.   Penggunaan Rancangan Eduweb TV
         C5.   Aktiviti Pameran
         C6.   Aktiviti Galakan
         C7.   Pembelajaran Kendiri (SALC/PPAK)


                                                                              3
C8.      Promosi / Publisiti
        C9.      Literasi Maklumat
        C10.     Penghasilan Bahan dan Perisian

       Bahagian D – Program Galakan Membaca (NILAM) (20%)
         D1.   Program NILAM
         D2.   Penglibatan
         D3.   Dokumen dan Rekod
         D4.   Pencapaian
         D5.   Pengiktirafan

       Bahagian E – Program Peningkatan PSS (10%)
         E1.   Rancangan Pembangunan Jangka Panjang
         E2.   Sumber Kewangan Lain
         E3.   Pembangunan Staf
         E4.   Penilaian

       Bahagian F – Kriteria Khusus (5 markah bonus)
         F1.   Ciri Keistimewaan

4.4   Skop
      iQ-PSS melibatkan entiti berikut:
         •   9,844 sekolah seluruh Malaysia (termasuk SK, SMK, SABK,
             SJK(C), SJK(T) )
         •   367 Pusat Kegiatan Guru (PKG)
         •   15 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri
         •   Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, BTP


4.5   Proses
      Proses kerja penarafan PSS seluruh Malaysia melibatkan Guru
      Perpustakaan dan Media (GPM), Pegawai Teknologi Pendidikan di
      PKG, Pegawai Unit PSP BTPN dan Pegawai Sektor PSP, BTP seperti
      berikut seperti dalam Rajah 1:




                                                                   4
Rajah 1: Proses Kerja Penarafan PSS



4.6   Kaedah
      Kaedah yang diguna pakai dalam melaksanakan aktiviti iQ-PSS adalah
      seperti berikut:
         •    Penetapan standard (piawai) Indeks Kualiti PSS (iQ-PSS).
         •    Kaji selidik melalui penarafan kendiri.
         •    Dibuat secara tahunan berdasarkan maklumat tahun semasa
              dan tahun sebelum.
         •    Pemberian bintang (1-star, 2-star, 3-star, 4-star, 5-star) kepada
              PSS.


4.7   Input
      Input yang diperlukan adalah seperti berikut:
         •    Maklumat asas Sekolah dan PSS
         •    Maklumat Asas PKG
         •    Maklumat Asas BTPN
         •    Tahap pencapaian semua PSS




                                                                             5
4.8   Output
           Output daripada program iQ-PSS ini adalah seperti berikut:
              •   Tahap iQ bagi semua PSS (KPI)
              •   Analisis statistik iQ-PSS berdasarkan sekolah, PKG, BTPN dan
                  BTP. Analisis statistik iQ-PSS ini boleh digunakan bagi tujuan:
                    i). Pemilihan PSS terbaik untuk Program Anugerah Pusat
                       Sumber Cemerlang (APSSC).
                    ii). Menentu jumlah agihan geran per kapita PSS (PCG).
                  iii). Menentukan jumlah dan jenis koleksi agihan perolehan
                       bahan PSS kepada setiap sekolah.
                  iv). Menentukan keperluan kemudahan fizikal / peralatan bagi
                       PSS.
                    v). Merangka keperluan latihan.
                  vi). Merangka aktiviti bagi Program Literasi Maklumat.
                  vii). Penarafan berdasarkan bintang (star-ranking) digunakan
                         bagi   mengenal pasti kecemerlangan PSS.

5.   DAPATAN

     5.1   Status Keseluruhan Penarafan PSS

           Sehingga akhir Disember 2009, 6,258 sekolah atau 63.6% daripada
           9,843 sekolah telah berjaya ditarafkan. Status terperinci bagi 36.4%
           sekolah yang belum selesai ditarafkan adalah seperti dalam Jadual 2
           dan Rajah 2 di bawah.

                           Jadual 2: Status Keseluruhan Penarafan PSS




                                                                                    6
Rajah 2: Status Keseluruhan Penarafan PSS Dalam Peratus




Status Penarafan PSS mengikut negeri adalah seperti dalam Jadual 4.
Penarafan PSS di empat buah negeri telah dilaksanakan sepenuhnya
iaitu Kedah (700), Melaka (304), Pulau Pinang (392) dan WP Labuan
(26).

Walau bagaimanapun, penarafan PSS di empat negeri masih pada
tahap rendah. Sehingga akhir Disember 2009, Negeri Sembilan hanya
mencatatkan 229 (50%) daripada 458 PSS, Perak 528 (48.8%)
daripada 1,083 PSS, Sabah 240 (18.9%) daripada 1,271 PSS dan
Sarawak 637 (44.2%) daripada 1,440 PSS.




                                                                 7
Jadual 3: Status Keseluruhan Penarafan PSS Mengikut Negeri




5.2   Lokasi PSS

      Setiap sekolah di Malaysia mempunyai PSS. Daripada sejumlah 9,843
      sekolah di seluruh negara, 7,652 (77.7%) ialah sekolah rendah dan
      2191 (22.3%) merupakan sekolah menengah.

      Secara keseluruhannya, 2,034 sekolah atau 20.7% (1,295 sekolah
      rendah, 739 sekolah menengah) terletak di kawasan bandar
      manakala 7,809 sekolah atau 79.3% (6,357 sekolah rendah, 1,452
      sekolah menengah) terletak di kawasan luar bandar.

      Perincian lokasi sekolah rendah bandar, sekolah rendah luar bandar,
      sekolah menengah bandar dan sekolah menengah luar bandar adalah
      seperti dalam Rajah 3 dan 4 Jadual 4.




                                                                       8
Rajah 3: Sekolah Mengikut Lokasi




Rajah 4: Pecahan Sekolah Rendah dan Menengah Mengikut Lokasi




    Sekolah Rendah                             Sekolah Menengah



Jadual 4: Pecahan Sekolah Rendah dan Menengah Mengikut Negeri




                                                                  9
5.3   Infrastruktur PSS

      Analisis   infrastruktur    PSS   adalah    berdasarkan   laporan   8,079
      responden dalam maklumat asas PSS seperti dalam Rajah 5. 626
      (8%) PSS mempunyai bangunan sendiri manakala 647 (8%) PSS
      mempunyai bangunan ubahsuai iaitu bangunan lain seperti makmal
      atau bangunan lain yang telah diubahsuai dan ditukar kegunaannya
      menjadi PSS.

      Selain itu, 3,393 (42%) PSS terletak di bilik khas yang telah ditetapkan
      dalam pembangunan sesuatu sekolah, manakala 3,215 (40%) PSS
      berada di bilik yang telah diubahsuai berdasarkan keperluan semasa
      sekolah. Walau bagaimanapun, 198 (2%) resopnden tidak menyatakan
      infrastruktur PSS mereka.

                            Rajah 5: Infrastruktur PSS




5.4   Tahap iQ-PSS Keseluruhan

      Sehingga akhir Disember 2009, sebanyak 6,258 PSS (responden)
      telah berjaya ditarafkan.

      Daripada jumlah ini, 214 PSS (3.4%) mencapai tahap 5-bintang atau
      85-100% markah keseluruhan Bahagian A hingga F. 799 PSS (12.8%)
      mencapai tahap 4-bintang atau 70 – 84% markah keseluruhan dan


                                                                            10
1135 PSS (18.1%) mencapai tahap 3-bintang atau 60 – 69% markah
keseluruhan.

Walau bagaimanapun, 2,015 PSS (32.2%) masih berada di tahap
kurang memuaskan iaitu 2-bintang atau 45 – 59% markah keseluruhan
dan 2,095 PSS (33.5%) berada di tahap tidak memuaskan iaitu
1-bintang atau 0 – 44% markah keseluruhan.

Perincian tahap iQ-PSS secara keseluruhan adalah seperti dalam
Jadual 5.

               Jadual 5: Tahap iQ-PSS Keseluruhan


                             iQ-PSS 2009

                       214            3.4%
                       799           12.8%          34.3%
                      1135           18.1%
                      2015           32.2%
                                                    65.7%
                      2095           33.5%

Kesimpulannya, 65.7% PSS masih berada di bawah tahap 3-bintang
atau 60% markah keseluruhannya. Khidmat Bantu PSS perlu
diteruskan dan digiatkan bagi meningkatkan standard PSS melalui
Indeks Kualiti PSS.

5.4.1 Pencapaian Bahagian A – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan
      Bahan

      Pencapaian Bahagian A yang meliputi kemudahan fizikal,
      peralatan dan bahan adalah seperti dalam Jadual 6.




                                                              11
Jadual 6: Pencapaian Bahagian A


                       Pencapaian Bahagian A

                       971            15.5%
                       1653           26.4%          58.9%
                       1062            17%
                       1370           21.9%
                                                     41.1%
                       1202           19.2%

     Kesimpulannya, 3,686 (58.9%) PSS mempunyai kemudahan
     fizikal, peralatan dan bahan yang bertaraf 3-bintang ke atas
     manakala 2,572 (40%) PSS bertaraf 2-bintang ke bawah dan
     perlu dipertingkatkan.

5.4.2 Pencapaian Bahagian B – Pengurusan dan Pengelolaan
     PSS

     Bahagian B memperincikan pengurusan dan pengelolaan PSS
     yang   meliputi   struktur   organisasi,   perancangan   tahunan,
     pengurusan kewangan, pengurusan dokumen dan rekod PSS,
     koleksi dan peralatan, keceriaan dan juga penglibatan warga
     sekolah dan agensi luar.

     Pencapaian 6,258 responden dalam Bahagian B adalah seperti
     dalam Jadual 7.

               Jadual 7: Pencapaian Bahagian B


                       Pencapaian Bahagian B

                       887            14.2%
                       1486           24.7%          55.9%
                       1065            17%
                       1294           20.7%
                                                     45.1%
                       1526           24.4%




                                                                   12
Kesimpulannya, 3,438 (55.9%) PSS mempunyai pengurusan
     dan pengelolaan PSS yang bertaraf 3-bintang ke atas
     manakala 2,820 (45.1%) PSS bertaraf 2-bintang ke bawah dan
     memerlukan bimbingan dalam menguruskan PSS.

5.4.3 Pencapaian Bahagian C – Penggunaan PSS

     Bahagian C yang merangkumi sebahagian besar pemarkahan
     dalam   Instrumen    Penilaian   PSS      (40%   daripada   jumlah
     keseluruhan) memperincikan waktu operasi, jadual waktu
     bertugas, pinjaman, penggunaan, aktiviti pameran, aktiviti
     galakan, pembelajaran kendiri, aktiviti promosi, program literasi
     maklumat dan penghasilan bahan dan perisian. Bahagian dilihat
     penting untuk memastikan keberkesanan sesebuah PSS.

     Pencapaian 6,258 responden dalam Bahagian C adalah seperti
     dalam Jadual 8.

               Jadual 8: Pencapaian Bahagian C


                       Pencapaian Bahagian C

                       151            2.4%
                       599            9.6%            26.3%
                       896            14.3%
                       1887           30.2%
                                                      73.7%
                       2725           43.5%

     Kesimpulannya, iQ-PSS menunjukkan bahawa hanya 1,646
     (26.3%) mencapai tahap penggunaan 3-bintang ke atas
     manakala 4,612 (73.7%) PSS bertaraf 2-bintang ke bawah.
     Berdasarkan kajian ini, hanya ¼ daripada PSS seluruh negara
     memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada murid serta
     aktif memberikan perkhidmatan, aktiviti kesedaran dan galakan
     serta penghasilan bahan sumber pendidikan.




                                                                    13
5.4.4 Pencapaian Bahagian D – Program Galakan Membaca

     Bahagian D menilai keberkesanan pelaksanaan program
     galakan membaca khususnya Program NILAM iaitu program
     bacaan terancang yang diperkenalkan oleh Kementerian
     Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Antara item utama yang
     terdapat dalam bahagian ini ialah pengurusan Program NILAM,
     penglibatan murid, pengurusan dokuken dan rekod bacaan
     murid, pencapaian murid dalam program NILAM dan bentuk
     pengurusan pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan
     komitmen dalam program ini.

     Laporan daripada 6,258 responden mendapati 2097 (33.5%)
     mencapai tahap pengurusan program galakan membaca
     bertaraf 3-bintang ke atas manakala 4,161 (66.5%) PSS
     mempunyai pengurusan program galakan membaca bertaraf
     2-bintang ke bawah seperti dalam Jadual 9.

              Jadual 9: Pencapaian Bahagian D


                     Pencapaian Bahagian D

                     328            5.2%
                     716           11.5%          33.5%
                    1053           16.8%
                    1955           31.2%
                                                  66.5%
                    2206           35.3%




5.4.5 Pencapaian Bahagian E – Program Peningkatan PSS

     Bahagian E pula menilai keberkesanan pelaksanaan program
     peningkatan PSS yang meliputi rancangan pembangunan
     jangka panjang, sumber kewangan, pembangunan staf dalam
     perkara yang berkaitan pengurusan PSS dan penilaian yang
     dilaksanakan bagi menambahbaik PSS.


                                                             14
Laporan daripada 6,258 responden mendapati            hanya 1,042
            (16.7%) mempunyai perancangan dalam perancangan jangka
            panjang PSS bertaraf 3-bintang ke atas manakala 5,216
            (83.3%) PSS kurang memberi perhatian terhadap peningkatan
            jangka panjang PSS dan mempunyai pengurusan bertaraf
            2-bintang ke bawah seperti dalam Jadual 10.

                       Jadual 10: Pencapaian Bahagian E


                              Pencapaian Bahagian E

                              242            3.9%
                              383            6.1%              16.7%
                              417            6.7%
                              931           14.8%
                                                               83.3%
                             4,285          68.5%

5.5   Pengutomasian Pengurusan PSS

      Pengurusan seharian PSS dapat ditingkatkan dan perkhidmatan dapat
      diberikan dengan lebih berkesan melalui penggunaan sistem automasi.
      Daripada 8,079 responden, 7,959 (99%) PSS menggunakan sistem
      automasi manakala sebahagian kecil sahaja iaitu 120 (1%) PSS tidak
      mempunyai sebarang sistem automasi PSS seperti yang ditunjukkan
      dalam Rajah 6.

                         Rajah 6: Status Sistem Automasi PSS




                                                                           15
5.6   Koleksi Bahan Bacaan PSS

      Koleksi bahan bacaan merupakan antara perkara yang dititik beratkan
      dalam sesebuah PSS. Dalam Resolusi … pada tahun 1999,
      Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa setiap
      PSS perlu mempunyai koleksi yang mencukupi bagi setiap murid.
      Nisbah murid dengan koleksi bacaan yang ditetapkan bagi sekolah
      rendah ialah 1:15 manakala koleksi bacaan sekolah menengah
      ditetapkan pada nisbah 1:20.

      Laporan daripada 6,017 responden mendapati 2,904 (64%) sekolah
      rendah telah mencapai piawaian koleksi bacaan yang ditetapkan iaitu
      1:15 manakala 1,617 (36%) menyatakan bahawa koleksi mereka
      masih belum mencapai sasaran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual
      7.

           Rajah 7: Koleksi Bacaan PSS Sekolah Rendah da Menengah




      Perincian koleksi bahan mengikut lokasi pula adalah seperti dalam
      Jadual 16 dan 17. 489 (51%) sekolah rendah bandar mempunyai
      koleksi bacaan dengan nisbah 1:15 manakala 476 (49%) PSS belum
      mencapai piawaian koleksi bacaan. Kajian sekolah rendah luar bandar
      pula menunjukkan 2,415 (68%) PSS telah mencapai sasaran
      manakala 1,141 (32%) PSS belum             mencapai piawaian   yang
      ditetapkan.



                                                                       16
Bagi kategori sekolah menengah pula yang perlu mempunyai koleksi
bacaan 1:20, hanya 106 (19%) PSS sahaja yang telah mencapai
piawaian manakala 454 (81%) masih belum mencapai sasaran.
Sekolah menengah luar bandar mencatatkan 167 (18%) PSS yang
telah mencapai piawaian manakala 769 (82%) PSS belum mencapai
piawaian.

Perincian mengikut lokasi pula menunjukkan 489 (51%) sekolah
rendah bandar telah mencapai piawaian koleksi bacaan manakala
2,415 (68%) telah mencapai sasaran tersebut seperti yang ditunjukkan
dalam Rajah 8.

                              Rajah 8:




Laporan kajian sekolah menengah bandar pula menunjukkan hanya
106 (19%) PSS telah mencapai piawaian 1:20 manakala sekolah
menengah luar bandar pula mencatatkan 167 (18%) PSS yang telah
mencapai piawaian koleksi bacaan tersebut seperti dalam Rajah 9.

                              Rajah 9:




                                                                   17
Kesimpulannya, tumpuan bagi program peningkatan koleksi bacaan
      PSS perlu diberikan kepada sekolah rendah bandar dan sekolah
      menengah sama ada bandar atau luar bandar. Ini adalah kerana faktor
      enrolmen murid yang tinggi di sekolah-sekolah tersebut.

5.7   Guru Perpustakaan dan Media (GPM)

      Guru Perpustakaan dan Media (GPM) merupakan agen utama dan
      juga penggerak sesebuah PSS. Peranan mereka amat penting dalam
      kemajuan dan kecemerlangan sesuatu PSS.

      5.7.1 Kompetensi GPM

            GPM yang kompeten dan memahami serta menghayati konsep
            dan falsafah kewujudan PSS dapat menjadikan sesebuah PSS
            sebagai nadi ilmu. Kajian iQ-PSS yang dilaporkan oleh 8,079
            responden mendapati bahawa 5,917 (73.2%) telah menjalani
            Latihan Asas Pengurusan PSS yang meliputi pengenalan
            kepada    teknologi   pendidikan,   pengenalan      kepada   PSS,
            kemudahan, perkhidmatan dan pengurusan PSS serta program
            galakan membaca dan literasi maklumat. Latihan ini dapat
            membantu GPM melaksanakan tugas harian di PSS. Perincian
            kompetensi GPM adalah seperti yang ditunjukkan oleh Jadual
            11.

                            Jadual 11: Kompetensi GPM




                                                                           18
Walau bagaimanapun, 2,026 (25%) GPM belum menghadiri
     apa-apa latihan berkaitan pengurusan PSS. GPM ini perlu
     dikenal pasti bagi memastikan mereka mendapat pendedahan
     berkaitan bidang pengurusan PSS secukupnya.

5.7.2 Pengalaman Mengajar GPM

     Laporan      iQ-PSS   turut     mendapati    3,584    (44.4%)   GPM
     mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan
     dan   telah    mengajar       lebih   daripada   10   tahun.    Walau
     bagaimanapun, daripada 8,079 responden, 2,893 (35.8%)
     merupakan guru baru yang mengajar antara 0 – 5 tahun.

     Perincian pengalaman mengajar GPM adalah seperti dalam
     Jadual 12.

                   Jadual 12: Pengalaman Mengajar GPM




5.7.3 Gred Perjawatan GPM

     Walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 menyatakan
     bahawa jawatan GPM disandang oleh guru DGA 29 di sekolah
     rendah dan DG 41 di sekolah menengah, kajian mendapati
     terdapat guru daripada gred jawatan DGA 32, DGA 34, DG44
     dan DG 48 menyandang jawatan GPM.

     Perincian gred perjawatan GPM adalah seperti dalam Jadual
     13.




                                                                        19
Jadual 13: Gred Perjawatan GPM




      Walau bagaimanapun, 385 (4.8%) GPM tidak menyatakan gred
     sebenar jawatan mereka.

5.7.4 Bilangan Waktu Mengajar GPM

     Walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 menyatakan
     GPM yang dilantik secara ”over and above” perlu mengajar
     antara 6 – 8 waktu seminggu supaya tumpuan dan usaha dapat
     diberikan sepenuhnya kepada kemajuan PSS, kajian mendapati
     bahawa 7,442 (85.5%) GPM mengajar lebih daripada waktu
     yang ditetapkan. 3,284 (40.6%) GPM menyatakan mereka
     mengajar lebih daripada 20 waktu seminggu seperti yang
     ditunjukkan dalam Jadual 14.

          Jadual 14: Bilangan Waktu Mengajar GPM Seminggu




     Kesimpulannya, majoriti GPM tidak dapat memberikan tumpuan
     kepada pengurusan PSS kerana keperluan sekolah, kepakaran
     mereka diperlukan dalam subjek yang diajar serta kurangnya
     kepekaan Guru Besar dan Pengetua terhadap kepentingan PSS
     kepada murid.


                                                            20
5.7.5 Lantikan GPM

                   Sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan pertukaran
                   GPM di sekolah dan seterusnya mengganggu pengurusan PSS
                   di sekolah, Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca Bil.
                   2/2008 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran
                   Malaysia, Tan Sri Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom, telah membuat
                   keputusan agar Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri melantik
                   GPM.

                   iQ-PSS mendapati 3,401 (42.1%) daripada 8,079 responden
                   telah dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri seperti yang
                   ditunjukkan oleh Jadual 15.

                                       Jadual 15: Lantikan GPM




6.0   PENUTUP

      Sistem iQ-PSS yang mula diperkenalkan pada Julai 2009 merupakan salah
      satu kaedah untuk memantau dan menyelaras pembangunan Pusat Sumber
      Sekolah. Laporan daripada Indeks Kualiti PSS dapat digunakan untuk
      menentukan hala tuju dan merancang pembangunan PSS di samping menilai
      keberkesanan pengurusan PSS sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah,
      negeri dan negara. Dengan adanya pemantauan yang bersistematik ini,
      adalah diharapkan sebarang keputusan berkaitan pembangunan PSS dapat
      dibuat dengan lebih tepat dan memenuhi keperluan pengguna.

Disediakan oleh:

Fadzliaton Zainudin
Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber
Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan


                                                                            21

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

DSKP KSSR SEMAKAN 2017 BAHASA ARAB THN 6.pdf
DSKP KSSR SEMAKAN 2017 BAHASA ARAB THN 6.pdfDSKP KSSR SEMAKAN 2017 BAHASA ARAB THN 6.pdf
DSKP KSSR SEMAKAN 2017 BAHASA ARAB THN 6.pdf
MOHDTANWINBINMATNOOR
 
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
Chon Seong Hoo
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Jimmy Siow
 
Rekod penggunaan komputer
Rekod penggunaan komputerRekod penggunaan komputer
Rekod penggunaan komputer
Ahmad Fadhli
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Jamaludin Mohamad Nawi
 

La actualidad más candente (20)

Minit mesyuarat panitia_sejarah bil 2 dan 3
Minit mesyuarat panitia_sejarah bil 2 dan 3Minit mesyuarat panitia_sejarah bil 2 dan 3
Minit mesyuarat panitia_sejarah bil 2 dan 3
 
Sistem pengkelasan dewey
Sistem pengkelasan deweySistem pengkelasan dewey
Sistem pengkelasan dewey
 
DSKP KSSR SEMAKAN 2017 BAHASA ARAB THN 6.pdf
DSKP KSSR SEMAKAN 2017 BAHASA ARAB THN 6.pdfDSKP KSSR SEMAKAN 2017 BAHASA ARAB THN 6.pdf
DSKP KSSR SEMAKAN 2017 BAHASA ARAB THN 6.pdf
 
Pusat Sumber Abad Ke 21
Pusat Sumber Abad Ke 21Pusat Sumber Abad Ke 21
Pusat Sumber Abad Ke 21
 
Perancangan strategik PSS 2014 2016
Perancangan strategik PSS 2014 2016 Perancangan strategik PSS 2014 2016
Perancangan strategik PSS 2014 2016
 
RPT BM THN 4 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
RPT BM THN 4 2023-2024 By Rozayus Academy.pdfRPT BM THN 4 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
RPT BM THN 4 2023-2024 By Rozayus Academy.pdf
 
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
Surat Pekeliling SPI Bil 3 2005 Penyelarasan Waktu Mengajar bagi Guru Penyela...
 
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
Surat pekeliling ikhtisas bilangan 16, tahun 2010 pelaksanaan dasar satu muri...
 
B) laporan kajian tindakan
B) laporan kajian tindakanB) laporan kajian tindakan
B) laporan kajian tindakan
 
Rekod penggunaan komputer
Rekod penggunaan komputerRekod penggunaan komputer
Rekod penggunaan komputer
 
PROSES TEKNIK BUKU
PROSES TEKNIK BUKUPROSES TEKNIK BUKU
PROSES TEKNIK BUKU
 
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
8 Penerangan Umum Pendekatan Bertema.pptx
 
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.docminit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
minit-mesyuarat-panitia-bm-1-2022.doc
 
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
Pengurusan Kokurikulum Di Sekolah (Jamal)
 
KURSUS PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH.pptx
KURSUS PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH.pptxKURSUS PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH.pptx
KURSUS PENGAWAS PUSAT SUMBER SEKOLAH.pptx
 
MESYUARAT GURU & PENGURUSAN KALI PERTAMA SESI 2023-2024.pptx
MESYUARAT GURU & PENGURUSAN KALI PERTAMA SESI 2023-2024.pptxMESYUARAT GURU & PENGURUSAN KALI PERTAMA SESI 2023-2024.pptx
MESYUARAT GURU & PENGURUSAN KALI PERTAMA SESI 2023-2024.pptx
 
Contoh format kajian tindakan
Contoh format kajian tindakanContoh format kajian tindakan
Contoh format kajian tindakan
 
learning walks PLC
learning walks PLClearning walks PLC
learning walks PLC
 
Guru akademik biasa sek ren..baharin
Guru akademik biasa sek ren..baharinGuru akademik biasa sek ren..baharin
Guru akademik biasa sek ren..baharin
 
Buku kawalan kelas
Buku kawalan kelasBuku kawalan kelas
Buku kawalan kelas
 

Destacado

Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala TujuPusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
Fadzliaton Zainudin
 
laporan sekolah
laporan sekolahlaporan sekolah
laporan sekolah
azimejin
 
Panduan Pengurusan Pss Untuk Gpm 1
Panduan Pengurusan Pss Untuk Gpm 1Panduan Pengurusan Pss Untuk Gpm 1
Panduan Pengurusan Pss Untuk Gpm 1
karlz016
 
Cara menggunakan sistem tarantula untuk pengisian data rekod nilam
Cara menggunakan sistem tarantula untuk pengisian data rekod nilamCara menggunakan sistem tarantula untuk pengisian data rekod nilam
Cara menggunakan sistem tarantula untuk pengisian data rekod nilam
zaini mustaffa
 
Slide Show Program Nilam
Slide Show   Program NilamSlide Show   Program Nilam
Slide Show Program Nilam
rosmini
 

Destacado (20)

Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala TujuPusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
Pusat Sumber Sekolah: Dasar dan Hala Tuju
 
Minit mesyuarat
Minit mesyuarat Minit mesyuarat
Minit mesyuarat
 
laporan sekolah
laporan sekolahlaporan sekolah
laporan sekolah
 
Panduan Pengurusan Pss Untuk Gpm 1
Panduan Pengurusan Pss Untuk Gpm 1Panduan Pengurusan Pss Untuk Gpm 1
Panduan Pengurusan Pss Untuk Gpm 1
 
Cara menggunakan sistem tarantula untuk pengisian data rekod nilam
Cara menggunakan sistem tarantula untuk pengisian data rekod nilamCara menggunakan sistem tarantula untuk pengisian data rekod nilam
Cara menggunakan sistem tarantula untuk pengisian data rekod nilam
 
Measuring Malaysia School Resource Centers’ Standards Through iQ-PSS, An O...
Measuring Malaysia School Resource Centers’ Standards Through    iQ-PSS, An O...Measuring Malaysia School Resource Centers’ Standards Through    iQ-PSS, An O...
Measuring Malaysia School Resource Centers’ Standards Through iQ-PSS, An O...
 
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah (pdf)
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah (pdf)Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah (pdf)
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah (pdf)
 
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian SekolahPeranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah
Peranan Pusat Sumber Sekolah dalam Pembestarian Sekolah
 
Slide Show Program Nilam
Slide Show   Program NilamSlide Show   Program Nilam
Slide Show Program Nilam
 
laporan Sekolah
laporan Sekolahlaporan Sekolah
laporan Sekolah
 
Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah untuk Guru Perpustakaan dan Media
Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah untuk Guru Perpustakaan dan MediaPanduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah untuk Guru Perpustakaan dan Media
Panduan Pengurusan Pusat Sumber Sekolah untuk Guru Perpustakaan dan Media
 
3.2015 anugerah nilam 1
3.2015 anugerah nilam 13.2015 anugerah nilam 1
3.2015 anugerah nilam 1
 
2.2015 galakan membaca.ros
2.2015 galakan membaca.ros2.2015 galakan membaca.ros
2.2015 galakan membaca.ros
 
Nilam 2015
Nilam 2015 Nilam 2015
Nilam 2015
 
Sistem fail koleksi bahan
Sistem fail koleksi bahanSistem fail koleksi bahan
Sistem fail koleksi bahan
 
Slide taklimat pelupusan rekod edited
Slide taklimat pelupusan rekod editedSlide taklimat pelupusan rekod edited
Slide taklimat pelupusan rekod edited
 
Perincian tugas dan RPH GPM 2015
Perincian tugas dan RPH GPM 2015Perincian tugas dan RPH GPM 2015
Perincian tugas dan RPH GPM 2015
 
Buku Panduan Untuk GPM
Buku Panduan Untuk GPMBuku Panduan Untuk GPM
Buku Panduan Untuk GPM
 
Sistem fail pusat sumber sekolah
Sistem fail pusat sumber sekolahSistem fail pusat sumber sekolah
Sistem fail pusat sumber sekolah
 
Contoh Carta Gantt Taktikal
Contoh Carta Gantt TaktikalContoh Carta Gantt Taktikal
Contoh Carta Gantt Taktikal
 

Similar a Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

Buku Panduan PBD Edisi 2 - 23 Disember 2019.pdf
Buku Panduan PBD Edisi 2 - 23 Disember 2019.pdfBuku Panduan PBD Edisi 2 - 23 Disember 2019.pdf
Buku Panduan PBD Edisi 2 - 23 Disember 2019.pdf
liza303561
 
Panduan pelaksanaan ssqs
Panduan pelaksanaan ssqsPanduan pelaksanaan ssqs
Panduan pelaksanaan ssqs
Lan Sempoi
 
PENGURUSAN DIALOG PRESTASI SEKOLAH (1).pptx
PENGURUSAN DIALOG PRESTASI SEKOLAH (1).pptxPENGURUSAN DIALOG PRESTASI SEKOLAH (1).pptx
PENGURUSAN DIALOG PRESTASI SEKOLAH (1).pptx
JoeJie3
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
Umira Mohamad
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
Cikgu Syahidon
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
Cikgu Syahidon
 
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Wan Fazlan
 
Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah_pbs_2012
Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah_pbs_2012Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah_pbs_2012
Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah_pbs_2012
WanAzli3
 
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Bidin Je
 
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
Amran Wil
 
Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011
mns811
 

Similar a Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS (20)

Manual pbppp
Manual pbpppManual pbppp
Manual pbppp
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
Buku Panduan PBD Edisi 2 - 23 Disember 2019.pdf
Buku Panduan PBD Edisi 2 - 23 Disember 2019.pdfBuku Panduan PBD Edisi 2 - 23 Disember 2019.pdf
Buku Panduan PBD Edisi 2 - 23 Disember 2019.pdf
 
1. Buku Panduan PBD Edisi 2.pdf
1. Buku Panduan PBD Edisi 2.pdf1. Buku Panduan PBD Edisi 2.pdf
1. Buku Panduan PBD Edisi 2.pdf
 
Buku panduan pbd edisi 2 23 disember 2019
Buku panduan pbd edisi 2   23 disember 2019Buku panduan pbd edisi 2   23 disember 2019
Buku panduan pbd edisi 2 23 disember 2019
 
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi 2 - 2019.pdf
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi 2 - 2019.pdfPanduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi 2 - 2019.pdf
Panduan Pelaksanaan Pentaksiran Bilik Darjah Edisi 2 - 2019.pdf
 
Panduan pelaksanaan ssqs
Panduan pelaksanaan ssqsPanduan pelaksanaan ssqs
Panduan pelaksanaan ssqs
 
PENGURUSAN DIALOG PRESTASI SEKOLAH (1).pptx
PENGURUSAN DIALOG PRESTASI SEKOLAH (1).pptxPENGURUSAN DIALOG PRESTASI SEKOLAH (1).pptx
PENGURUSAN DIALOG PRESTASI SEKOLAH (1).pptx
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
Manual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbpppManual am pelaksanaan pbppp
Manual am pelaksanaan pbppp
 
Pbppp
PbpppPbppp
Pbppp
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
 
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_11. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
1. slide tot_pelaksanaan_dan_sistem_e-prestasibhg_1
 
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
 
Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah_pbs_2012
Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah_pbs_2012Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah_pbs_2012
Buku panduan pengurusan_pentaksiran_berasaskan_sekolah_pbs_2012
 
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
Buku panduan pengurusan pentaksiran berasaskan sekolah (pbs) 2012
 
Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011
 
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
Panduan dan peraturan pbs 2011[1]
 
Panduan dan Peraturan PBS 2011
Panduan dan Peraturan PBS 2011Panduan dan Peraturan PBS 2011
Panduan dan Peraturan PBS 2011
 
Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011Panduan dan peraturan pbs 2011
Panduan dan peraturan pbs 2011
 

Más de Fadzliaton Zainudin

Pusat Sumber Sekolah dan Literasi Maklumat
Pusat Sumber Sekolah dan Literasi MaklumatPusat Sumber Sekolah dan Literasi Maklumat
Pusat Sumber Sekolah dan Literasi Maklumat
Fadzliaton Zainudin
 

Más de Fadzliaton Zainudin (20)

Digitilisation of Education Amidst COVID-19 Pandemic: The Way Forward
Digitilisation of Education Amidst COVID-19 Pandemic: The Way ForwardDigitilisation of Education Amidst COVID-19 Pandemic: The Way Forward
Digitilisation of Education Amidst COVID-19 Pandemic: The Way Forward
 
Policies to Guarantee Education Continuity for the Sake of the Underrepresent...
Policies to Guarantee Education Continuity for the Sake of the Underrepresent...Policies to Guarantee Education Continuity for the Sake of the Underrepresent...
Policies to Guarantee Education Continuity for the Sake of the Underrepresent...
 
Book Review: The NMC/CoSN Horizon Report: 2017 K–12 Edition
Book Review: The NMC/CoSN Horizon Report: 2017 K–12 EditionBook Review: The NMC/CoSN Horizon Report: 2017 K–12 Edition
Book Review: The NMC/CoSN Horizon Report: 2017 K–12 Edition
 
Penjajaran Gerakan Membaca Berdasarkan Keperluan PISA
Penjajaran Gerakan Membaca Berdasarkan Keperluan PISAPenjajaran Gerakan Membaca Berdasarkan Keperluan PISA
Penjajaran Gerakan Membaca Berdasarkan Keperluan PISA
 
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah (Pusat Sumber Sekolah - PSS) IFLA/UNESCO E...
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah (Pusat Sumber Sekolah - PSS) IFLA/UNESCO E...Garis Panduan Perpustakaan Sekolah (Pusat Sumber Sekolah - PSS) IFLA/UNESCO E...
Garis Panduan Perpustakaan Sekolah (Pusat Sumber Sekolah - PSS) IFLA/UNESCO E...
 
Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 -2020
Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 -2020Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 -2020
Pelan Strategik Pembestarian Sekolah 2016 -2020
 
Developing Digital Competency Standards (DCS) as a Tool to Measure Students’ ...
Developing Digital Competency Standards (DCS) as a Tool to Measure Students’ ...Developing Digital Competency Standards (DCS) as a Tool to Measure Students’ ...
Developing Digital Competency Standards (DCS) as a Tool to Measure Students’ ...
 
Delivery of 21st Century Skills: Focusing on the Fundamentals
Delivery of 21st Century Skills: Focusing on the FundamentalsDelivery of 21st Century Skills: Focusing on the Fundamentals
Delivery of 21st Century Skills: Focusing on the Fundamentals
 
Enhancing Students’ Higher Order Thinking Skills (HOTS) via Computational Thi...
Enhancing Students’ Higher Order Thinking Skills (HOTS) via Computational Thi...Enhancing Students’ Higher Order Thinking Skills (HOTS) via Computational Thi...
Enhancing Students’ Higher Order Thinking Skills (HOTS) via Computational Thi...
 
Rancangan Malaysia Ke-11: Bab 5 - Pembangunan Modal Insan
Rancangan Malaysia Ke-11: Bab 5 - Pembangunan Modal InsanRancangan Malaysia Ke-11: Bab 5 - Pembangunan Modal Insan
Rancangan Malaysia Ke-11: Bab 5 - Pembangunan Modal Insan
 
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
 
Resensi Buku - Seduced by Success
Resensi Buku - Seduced by SuccessResensi Buku - Seduced by Success
Resensi Buku - Seduced by Success
 
Information Literacy in Malaysian Schools
Information Literacy in Malaysian SchoolsInformation Literacy in Malaysian Schools
Information Literacy in Malaysian Schools
 
The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint
The Malaysian Smart School: A Conceptual BlueprintThe Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint
The Malaysian Smart School: A Conceptual Blueprint
 
“Khidmat Bantu” : School Resource Centre (SRC) Assistance Program
“Khidmat Bantu”: School Resource Centre (SRC) Assistance Program“Khidmat Bantu”: School Resource Centre (SRC) Assistance Program
“Khidmat Bantu” : School Resource Centre (SRC) Assistance Program
 
Developing Literacy through Mobile Phones: Malaysia’s Perspective
Developing Literacy through Mobile Phones: Malaysia’s PerspectiveDeveloping Literacy through Mobile Phones: Malaysia’s Perspective
Developing Literacy through Mobile Phones: Malaysia’s Perspective
 
Bahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi PendidikanBahagian Teknologi Pendidikan
Bahagian Teknologi Pendidikan
 
Pusat Sumber Sekolah dan Literasi Maklumat
Pusat Sumber Sekolah dan Literasi MaklumatPusat Sumber Sekolah dan Literasi Maklumat
Pusat Sumber Sekolah dan Literasi Maklumat
 
Strategi Pemasaran Pusat Sumber Sekolah
Strategi Pemasaran Pusat Sumber SekolahStrategi Pemasaran Pusat Sumber Sekolah
Strategi Pemasaran Pusat Sumber Sekolah
 
21st Century Education
21st Century Education21st Century Education
21st Century Education
 

Laporan Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009 Melalui iQ-PSS

  • 1. LAPORAN KESELURUHAN PELAKSANAAN PROGRAM PENARAFAN PUSAT SUMBER SEKOLAH 2009 1. TUJUAN Memaklumkan kepada Ahli Mesyuarat berkaitan pelaksanaan Program Penarafan Pusat Sumber Sekolah 2009. 2. PENGENALAN 2.1 Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 10/2000 (bertarikh 20 April 2000) menegaskan bahawa Kementerian Pelajaran Malaysia sentiasa memberi penekanan yang sewajarnya dalam pelaksanaan program berkaitan Pusat Sumber Sekolah (PSS) di seluruh negara. Ini sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara yang bertujuan memperkembangkan potensi individu sepenuhnya dan seterusnya mengupayakan generasi muda untuk mengharung cabaran dunia abad ke-21 dengan lebih cemerlang. 2.2 Misi IFLA/UNESCO School Library in Teaching and Learning For All juga telah menggariskan perkara berikut: • PSS menyediakan informasi yang menjadi asas kecemerlangan masyarakat bermaklumat dan berpengetahuan • PSS melengkapkan murid dengan kemahiran pembelajaran sepanjang hayat 2.3 Justeru, bagi memastikan hasrat ini tercapai, pengurusan PSS perlu dilaksanakan secara menyeluruh dan berkualiti bagi memenuhi keperluan pengguna yang merangkumi tiga langkah berikut: • Perancangan kualiti • Kawalan kualiti • Penambahbaikan kualiti 2.4 Perancangan, kawalan dan penambahbaikan kualiti PSS perlu diukur melalui satu alat pengukuran prestasi yang berbentuk statistik dan 1
  • 2. analisis data yang dapat mengenal pasti kekuatan dan kelemahan sesuatu PSS. 2.5 Instrumen Penilaian PSS telah dibina, diselaraskan dan diguna pakai di seluruh negara bagi mengukur petunjuk prestasi (performance indicator). 2.6 Bagi meningkatkan keberkesanan pengurusan pengukuran petunjuk prestasi PSS, Program Penarafan PSS mula diperkenalkan pada tahun 2009. 3. LATAR BELAKANG 3.1 Cadangan pelaksanaan Program Penarafan PSS telah dibentang dan diluluskan dalam Mesyuarat JK Induk Gerakan Tabiat Membaca Kementerian Pelajaran Malaysia Bil. 1/2008 bertarikh 30 Julai 2008. 3.2 Program ini diselaraskan di seluruh negara berdasarkan pertimbangan berikut: • Satu mekanisme yang sistematik, berkesan dan cepat perlu diwujudkan bagi tujuan mengenal pasti status kecemerlangan PSS • Sebagai pemangkin kepada PSS yang sentiasa berusaha meningkatkan kecemerlangan • Sebagai salah satu bentuk pengiktirafan • Sebagai salah satu bentuk tapisan (filter) bagi mengenal pasti bentuk khidmat bantu / sokongan yang perlu diberikan kepada sesuatu PSS 4. STRATEGI PELAKSANAAN 4.1 Program Penarafan PSS dilaksanakan mulai Julai 2009 melalui penggunaan sistem iQ-PSS. iQ-PSS ialah singkatan bagi Indeks Kualiti Pusat Sumber Sekolah diguna pakai sebagai indeks piawai pengukur prestasi Pusat Sumber Sekolah seluruh Malaysia. 2
  • 3. 4.2 iQ-PSS menterjemahkan kriteria kualitatif pencapaian PSS kepada indeks kuantitatif kualiti, agar prestasi sesebuah PSS boleh diukur secara seragam dan dianalisis bagi mengenalpasti kekuatan dan kelemahan PSS dalam merancang tindakan pembetulan dan penambahbaikan dari segi pengurusan, peruntukan kewangan, pembekalan bahan (koleksi) PSS, kemudahan fizikal dan peralatan, program latihan, program galakan membaca (NILAM), dan Literasi Maklumat agar dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. 4.3 Pelaksanaan iQ-PSS adalah berdasarkan Instrumen Penilaian PSS yang meliputi perkara berikut seperti dalam Jadual 1. Jadual 1: Kriteria dalam Instrumen Penilaian PSS Bahagian A – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan (15%) A1. Lokasi PSS Induk, Bilik Media & BBM A2. Susun Atur Bilik / Ruang A3. Perabot dan Kelengkapan A4. Ruang / Kemudahan Tambahan A5. Bahan Cetak A6. Bahan Bukan Cetak A7. Peralatan Elektronik A8. Ciri-ciri Keselamatan Bahagian B – Pengurusan dan Pengelolaan PSS (15%) B1. Struktur Organisasi B2. Rancangan Tahunan B3. Pengurusan Kewangan PSS B4. Dokumen dan Rekod Pengurusan PSS B5. Dokumen dan Rekod Pengelolaan Koleksi B6. Dokumen dan Rekod Pengelolaan Peralatan B7. Keceriaan B8. Penglibatan Warga Sekolah dan Komuniti / NGO Bahagian C – Penggunaan PSS (40%) C1. Waktu Operasi PSS C2. Jadual Waktu C3. Pinjaman (Sirkulasi) C4. Penggunaan Rancangan Eduweb TV C5. Aktiviti Pameran C6. Aktiviti Galakan C7. Pembelajaran Kendiri (SALC/PPAK) 3
  • 4. C8. Promosi / Publisiti C9. Literasi Maklumat C10. Penghasilan Bahan dan Perisian Bahagian D – Program Galakan Membaca (NILAM) (20%) D1. Program NILAM D2. Penglibatan D3. Dokumen dan Rekod D4. Pencapaian D5. Pengiktirafan Bahagian E – Program Peningkatan PSS (10%) E1. Rancangan Pembangunan Jangka Panjang E2. Sumber Kewangan Lain E3. Pembangunan Staf E4. Penilaian Bahagian F – Kriteria Khusus (5 markah bonus) F1. Ciri Keistimewaan 4.4 Skop iQ-PSS melibatkan entiti berikut: • 9,844 sekolah seluruh Malaysia (termasuk SK, SMK, SABK, SJK(C), SJK(T) ) • 367 Pusat Kegiatan Guru (PKG) • 15 Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri • Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan, BTP 4.5 Proses Proses kerja penarafan PSS seluruh Malaysia melibatkan Guru Perpustakaan dan Media (GPM), Pegawai Teknologi Pendidikan di PKG, Pegawai Unit PSP BTPN dan Pegawai Sektor PSP, BTP seperti berikut seperti dalam Rajah 1: 4
  • 5. Rajah 1: Proses Kerja Penarafan PSS 4.6 Kaedah Kaedah yang diguna pakai dalam melaksanakan aktiviti iQ-PSS adalah seperti berikut: • Penetapan standard (piawai) Indeks Kualiti PSS (iQ-PSS). • Kaji selidik melalui penarafan kendiri. • Dibuat secara tahunan berdasarkan maklumat tahun semasa dan tahun sebelum. • Pemberian bintang (1-star, 2-star, 3-star, 4-star, 5-star) kepada PSS. 4.7 Input Input yang diperlukan adalah seperti berikut: • Maklumat asas Sekolah dan PSS • Maklumat Asas PKG • Maklumat Asas BTPN • Tahap pencapaian semua PSS 5
  • 6. 4.8 Output Output daripada program iQ-PSS ini adalah seperti berikut: • Tahap iQ bagi semua PSS (KPI) • Analisis statistik iQ-PSS berdasarkan sekolah, PKG, BTPN dan BTP. Analisis statistik iQ-PSS ini boleh digunakan bagi tujuan: i). Pemilihan PSS terbaik untuk Program Anugerah Pusat Sumber Cemerlang (APSSC). ii). Menentu jumlah agihan geran per kapita PSS (PCG). iii). Menentukan jumlah dan jenis koleksi agihan perolehan bahan PSS kepada setiap sekolah. iv). Menentukan keperluan kemudahan fizikal / peralatan bagi PSS. v). Merangka keperluan latihan. vi). Merangka aktiviti bagi Program Literasi Maklumat. vii). Penarafan berdasarkan bintang (star-ranking) digunakan bagi mengenal pasti kecemerlangan PSS. 5. DAPATAN 5.1 Status Keseluruhan Penarafan PSS Sehingga akhir Disember 2009, 6,258 sekolah atau 63.6% daripada 9,843 sekolah telah berjaya ditarafkan. Status terperinci bagi 36.4% sekolah yang belum selesai ditarafkan adalah seperti dalam Jadual 2 dan Rajah 2 di bawah. Jadual 2: Status Keseluruhan Penarafan PSS 6
  • 7. Rajah 2: Status Keseluruhan Penarafan PSS Dalam Peratus Status Penarafan PSS mengikut negeri adalah seperti dalam Jadual 4. Penarafan PSS di empat buah negeri telah dilaksanakan sepenuhnya iaitu Kedah (700), Melaka (304), Pulau Pinang (392) dan WP Labuan (26). Walau bagaimanapun, penarafan PSS di empat negeri masih pada tahap rendah. Sehingga akhir Disember 2009, Negeri Sembilan hanya mencatatkan 229 (50%) daripada 458 PSS, Perak 528 (48.8%) daripada 1,083 PSS, Sabah 240 (18.9%) daripada 1,271 PSS dan Sarawak 637 (44.2%) daripada 1,440 PSS. 7
  • 8. Jadual 3: Status Keseluruhan Penarafan PSS Mengikut Negeri 5.2 Lokasi PSS Setiap sekolah di Malaysia mempunyai PSS. Daripada sejumlah 9,843 sekolah di seluruh negara, 7,652 (77.7%) ialah sekolah rendah dan 2191 (22.3%) merupakan sekolah menengah. Secara keseluruhannya, 2,034 sekolah atau 20.7% (1,295 sekolah rendah, 739 sekolah menengah) terletak di kawasan bandar manakala 7,809 sekolah atau 79.3% (6,357 sekolah rendah, 1,452 sekolah menengah) terletak di kawasan luar bandar. Perincian lokasi sekolah rendah bandar, sekolah rendah luar bandar, sekolah menengah bandar dan sekolah menengah luar bandar adalah seperti dalam Rajah 3 dan 4 Jadual 4. 8
  • 9. Rajah 3: Sekolah Mengikut Lokasi Rajah 4: Pecahan Sekolah Rendah dan Menengah Mengikut Lokasi Sekolah Rendah Sekolah Menengah Jadual 4: Pecahan Sekolah Rendah dan Menengah Mengikut Negeri 9
  • 10. 5.3 Infrastruktur PSS Analisis infrastruktur PSS adalah berdasarkan laporan 8,079 responden dalam maklumat asas PSS seperti dalam Rajah 5. 626 (8%) PSS mempunyai bangunan sendiri manakala 647 (8%) PSS mempunyai bangunan ubahsuai iaitu bangunan lain seperti makmal atau bangunan lain yang telah diubahsuai dan ditukar kegunaannya menjadi PSS. Selain itu, 3,393 (42%) PSS terletak di bilik khas yang telah ditetapkan dalam pembangunan sesuatu sekolah, manakala 3,215 (40%) PSS berada di bilik yang telah diubahsuai berdasarkan keperluan semasa sekolah. Walau bagaimanapun, 198 (2%) resopnden tidak menyatakan infrastruktur PSS mereka. Rajah 5: Infrastruktur PSS 5.4 Tahap iQ-PSS Keseluruhan Sehingga akhir Disember 2009, sebanyak 6,258 PSS (responden) telah berjaya ditarafkan. Daripada jumlah ini, 214 PSS (3.4%) mencapai tahap 5-bintang atau 85-100% markah keseluruhan Bahagian A hingga F. 799 PSS (12.8%) mencapai tahap 4-bintang atau 70 – 84% markah keseluruhan dan 10
  • 11. 1135 PSS (18.1%) mencapai tahap 3-bintang atau 60 – 69% markah keseluruhan. Walau bagaimanapun, 2,015 PSS (32.2%) masih berada di tahap kurang memuaskan iaitu 2-bintang atau 45 – 59% markah keseluruhan dan 2,095 PSS (33.5%) berada di tahap tidak memuaskan iaitu 1-bintang atau 0 – 44% markah keseluruhan. Perincian tahap iQ-PSS secara keseluruhan adalah seperti dalam Jadual 5. Jadual 5: Tahap iQ-PSS Keseluruhan iQ-PSS 2009 214 3.4% 799 12.8% 34.3% 1135 18.1% 2015 32.2% 65.7% 2095 33.5% Kesimpulannya, 65.7% PSS masih berada di bawah tahap 3-bintang atau 60% markah keseluruhannya. Khidmat Bantu PSS perlu diteruskan dan digiatkan bagi meningkatkan standard PSS melalui Indeks Kualiti PSS. 5.4.1 Pencapaian Bahagian A – Kemudahan Fizikal, Peralatan dan Bahan Pencapaian Bahagian A yang meliputi kemudahan fizikal, peralatan dan bahan adalah seperti dalam Jadual 6. 11
  • 12. Jadual 6: Pencapaian Bahagian A Pencapaian Bahagian A 971 15.5% 1653 26.4% 58.9% 1062 17% 1370 21.9% 41.1% 1202 19.2% Kesimpulannya, 3,686 (58.9%) PSS mempunyai kemudahan fizikal, peralatan dan bahan yang bertaraf 3-bintang ke atas manakala 2,572 (40%) PSS bertaraf 2-bintang ke bawah dan perlu dipertingkatkan. 5.4.2 Pencapaian Bahagian B – Pengurusan dan Pengelolaan PSS Bahagian B memperincikan pengurusan dan pengelolaan PSS yang meliputi struktur organisasi, perancangan tahunan, pengurusan kewangan, pengurusan dokumen dan rekod PSS, koleksi dan peralatan, keceriaan dan juga penglibatan warga sekolah dan agensi luar. Pencapaian 6,258 responden dalam Bahagian B adalah seperti dalam Jadual 7. Jadual 7: Pencapaian Bahagian B Pencapaian Bahagian B 887 14.2% 1486 24.7% 55.9% 1065 17% 1294 20.7% 45.1% 1526 24.4% 12
  • 13. Kesimpulannya, 3,438 (55.9%) PSS mempunyai pengurusan dan pengelolaan PSS yang bertaraf 3-bintang ke atas manakala 2,820 (45.1%) PSS bertaraf 2-bintang ke bawah dan memerlukan bimbingan dalam menguruskan PSS. 5.4.3 Pencapaian Bahagian C – Penggunaan PSS Bahagian C yang merangkumi sebahagian besar pemarkahan dalam Instrumen Penilaian PSS (40% daripada jumlah keseluruhan) memperincikan waktu operasi, jadual waktu bertugas, pinjaman, penggunaan, aktiviti pameran, aktiviti galakan, pembelajaran kendiri, aktiviti promosi, program literasi maklumat dan penghasilan bahan dan perisian. Bahagian dilihat penting untuk memastikan keberkesanan sesebuah PSS. Pencapaian 6,258 responden dalam Bahagian C adalah seperti dalam Jadual 8. Jadual 8: Pencapaian Bahagian C Pencapaian Bahagian C 151 2.4% 599 9.6% 26.3% 896 14.3% 1887 30.2% 73.7% 2725 43.5% Kesimpulannya, iQ-PSS menunjukkan bahawa hanya 1,646 (26.3%) mencapai tahap penggunaan 3-bintang ke atas manakala 4,612 (73.7%) PSS bertaraf 2-bintang ke bawah. Berdasarkan kajian ini, hanya ¼ daripada PSS seluruh negara memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada murid serta aktif memberikan perkhidmatan, aktiviti kesedaran dan galakan serta penghasilan bahan sumber pendidikan. 13
  • 14. 5.4.4 Pencapaian Bahagian D – Program Galakan Membaca Bahagian D menilai keberkesanan pelaksanaan program galakan membaca khususnya Program NILAM iaitu program bacaan terancang yang diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia pada tahun 1998. Antara item utama yang terdapat dalam bahagian ini ialah pengurusan Program NILAM, penglibatan murid, pengurusan dokuken dan rekod bacaan murid, pencapaian murid dalam program NILAM dan bentuk pengurusan pengiktirafan kepada murid yang menunjukkan komitmen dalam program ini. Laporan daripada 6,258 responden mendapati 2097 (33.5%) mencapai tahap pengurusan program galakan membaca bertaraf 3-bintang ke atas manakala 4,161 (66.5%) PSS mempunyai pengurusan program galakan membaca bertaraf 2-bintang ke bawah seperti dalam Jadual 9. Jadual 9: Pencapaian Bahagian D Pencapaian Bahagian D 328 5.2% 716 11.5% 33.5% 1053 16.8% 1955 31.2% 66.5% 2206 35.3% 5.4.5 Pencapaian Bahagian E – Program Peningkatan PSS Bahagian E pula menilai keberkesanan pelaksanaan program peningkatan PSS yang meliputi rancangan pembangunan jangka panjang, sumber kewangan, pembangunan staf dalam perkara yang berkaitan pengurusan PSS dan penilaian yang dilaksanakan bagi menambahbaik PSS. 14
  • 15. Laporan daripada 6,258 responden mendapati hanya 1,042 (16.7%) mempunyai perancangan dalam perancangan jangka panjang PSS bertaraf 3-bintang ke atas manakala 5,216 (83.3%) PSS kurang memberi perhatian terhadap peningkatan jangka panjang PSS dan mempunyai pengurusan bertaraf 2-bintang ke bawah seperti dalam Jadual 10. Jadual 10: Pencapaian Bahagian E Pencapaian Bahagian E 242 3.9% 383 6.1% 16.7% 417 6.7% 931 14.8% 83.3% 4,285 68.5% 5.5 Pengutomasian Pengurusan PSS Pengurusan seharian PSS dapat ditingkatkan dan perkhidmatan dapat diberikan dengan lebih berkesan melalui penggunaan sistem automasi. Daripada 8,079 responden, 7,959 (99%) PSS menggunakan sistem automasi manakala sebahagian kecil sahaja iaitu 120 (1%) PSS tidak mempunyai sebarang sistem automasi PSS seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 6. Rajah 6: Status Sistem Automasi PSS 15
  • 16. 5.6 Koleksi Bahan Bacaan PSS Koleksi bahan bacaan merupakan antara perkara yang dititik beratkan dalam sesebuah PSS. Dalam Resolusi … pada tahun 1999, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menetapkan bahawa setiap PSS perlu mempunyai koleksi yang mencukupi bagi setiap murid. Nisbah murid dengan koleksi bacaan yang ditetapkan bagi sekolah rendah ialah 1:15 manakala koleksi bacaan sekolah menengah ditetapkan pada nisbah 1:20. Laporan daripada 6,017 responden mendapati 2,904 (64%) sekolah rendah telah mencapai piawaian koleksi bacaan yang ditetapkan iaitu 1:15 manakala 1,617 (36%) menyatakan bahawa koleksi mereka masih belum mencapai sasaran seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 7. Rajah 7: Koleksi Bacaan PSS Sekolah Rendah da Menengah Perincian koleksi bahan mengikut lokasi pula adalah seperti dalam Jadual 16 dan 17. 489 (51%) sekolah rendah bandar mempunyai koleksi bacaan dengan nisbah 1:15 manakala 476 (49%) PSS belum mencapai piawaian koleksi bacaan. Kajian sekolah rendah luar bandar pula menunjukkan 2,415 (68%) PSS telah mencapai sasaran manakala 1,141 (32%) PSS belum mencapai piawaian yang ditetapkan. 16
  • 17. Bagi kategori sekolah menengah pula yang perlu mempunyai koleksi bacaan 1:20, hanya 106 (19%) PSS sahaja yang telah mencapai piawaian manakala 454 (81%) masih belum mencapai sasaran. Sekolah menengah luar bandar mencatatkan 167 (18%) PSS yang telah mencapai piawaian manakala 769 (82%) PSS belum mencapai piawaian. Perincian mengikut lokasi pula menunjukkan 489 (51%) sekolah rendah bandar telah mencapai piawaian koleksi bacaan manakala 2,415 (68%) telah mencapai sasaran tersebut seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 8. Rajah 8: Laporan kajian sekolah menengah bandar pula menunjukkan hanya 106 (19%) PSS telah mencapai piawaian 1:20 manakala sekolah menengah luar bandar pula mencatatkan 167 (18%) PSS yang telah mencapai piawaian koleksi bacaan tersebut seperti dalam Rajah 9. Rajah 9: 17
  • 18. Kesimpulannya, tumpuan bagi program peningkatan koleksi bacaan PSS perlu diberikan kepada sekolah rendah bandar dan sekolah menengah sama ada bandar atau luar bandar. Ini adalah kerana faktor enrolmen murid yang tinggi di sekolah-sekolah tersebut. 5.7 Guru Perpustakaan dan Media (GPM) Guru Perpustakaan dan Media (GPM) merupakan agen utama dan juga penggerak sesebuah PSS. Peranan mereka amat penting dalam kemajuan dan kecemerlangan sesuatu PSS. 5.7.1 Kompetensi GPM GPM yang kompeten dan memahami serta menghayati konsep dan falsafah kewujudan PSS dapat menjadikan sesebuah PSS sebagai nadi ilmu. Kajian iQ-PSS yang dilaporkan oleh 8,079 responden mendapati bahawa 5,917 (73.2%) telah menjalani Latihan Asas Pengurusan PSS yang meliputi pengenalan kepada teknologi pendidikan, pengenalan kepada PSS, kemudahan, perkhidmatan dan pengurusan PSS serta program galakan membaca dan literasi maklumat. Latihan ini dapat membantu GPM melaksanakan tugas harian di PSS. Perincian kompetensi GPM adalah seperti yang ditunjukkan oleh Jadual 11. Jadual 11: Kompetensi GPM 18
  • 19. Walau bagaimanapun, 2,026 (25%) GPM belum menghadiri apa-apa latihan berkaitan pengurusan PSS. GPM ini perlu dikenal pasti bagi memastikan mereka mendapat pendedahan berkaitan bidang pengurusan PSS secukupnya. 5.7.2 Pengalaman Mengajar GPM Laporan iQ-PSS turut mendapati 3,584 (44.4%) GPM mempunyai pengalaman yang luas dalam bidang pendidikan dan telah mengajar lebih daripada 10 tahun. Walau bagaimanapun, daripada 8,079 responden, 2,893 (35.8%) merupakan guru baru yang mengajar antara 0 – 5 tahun. Perincian pengalaman mengajar GPM adalah seperti dalam Jadual 12. Jadual 12: Pengalaman Mengajar GPM 5.7.3 Gred Perjawatan GPM Walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 menyatakan bahawa jawatan GPM disandang oleh guru DGA 29 di sekolah rendah dan DG 41 di sekolah menengah, kajian mendapati terdapat guru daripada gred jawatan DGA 32, DGA 34, DG44 dan DG 48 menyandang jawatan GPM. Perincian gred perjawatan GPM adalah seperti dalam Jadual 13. 19
  • 20. Jadual 13: Gred Perjawatan GPM Walau bagaimanapun, 385 (4.8%) GPM tidak menyatakan gred sebenar jawatan mereka. 5.7.4 Bilangan Waktu Mengajar GPM Walaupun Surat Pekeliling Ikhtisas Bil. 3/2005 menyatakan GPM yang dilantik secara ”over and above” perlu mengajar antara 6 – 8 waktu seminggu supaya tumpuan dan usaha dapat diberikan sepenuhnya kepada kemajuan PSS, kajian mendapati bahawa 7,442 (85.5%) GPM mengajar lebih daripada waktu yang ditetapkan. 3,284 (40.6%) GPM menyatakan mereka mengajar lebih daripada 20 waktu seminggu seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 14. Jadual 14: Bilangan Waktu Mengajar GPM Seminggu Kesimpulannya, majoriti GPM tidak dapat memberikan tumpuan kepada pengurusan PSS kerana keperluan sekolah, kepakaran mereka diperlukan dalam subjek yang diajar serta kurangnya kepekaan Guru Besar dan Pengetua terhadap kepentingan PSS kepada murid. 20
  • 21. 5.7.5 Lantikan GPM Sebagai salah satu langkah untuk mengurangkan pertukaran GPM di sekolah dan seterusnya mengganggu pengurusan PSS di sekolah, Jawatankuasa Induk Gerakan Tabiat Membaca Bil. 2/2008 yang dipengerusikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Tan Sri Hj. Alimuddin Hj. Mohd. Dom, telah membuat keputusan agar Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri melantik GPM. iQ-PSS mendapati 3,401 (42.1%) daripada 8,079 responden telah dilantik oleh Jabatan Pelajaran Negeri seperti yang ditunjukkan oleh Jadual 15. Jadual 15: Lantikan GPM 6.0 PENUTUP Sistem iQ-PSS yang mula diperkenalkan pada Julai 2009 merupakan salah satu kaedah untuk memantau dan menyelaras pembangunan Pusat Sumber Sekolah. Laporan daripada Indeks Kualiti PSS dapat digunakan untuk menentukan hala tuju dan merancang pembangunan PSS di samping menilai keberkesanan pengurusan PSS sama ada di peringkat sekolah, zon, daerah, negeri dan negara. Dengan adanya pemantauan yang bersistematik ini, adalah diharapkan sebarang keputusan berkaitan pembangunan PSS dapat dibuat dengan lebih tepat dan memenuhi keperluan pengguna. Disediakan oleh: Fadzliaton Zainudin Ketua Unit Pengurusan Pusat Sumber Sektor Pengurusan Sumber Pendidikan Bahagian Teknologi Pendidikan 21