SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 47
Descargar para leer sin conexión
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)



                                              BAHAGIAN A

1. Huraikan konsep tamadun dan ciri-ciri tamadun dengan merujuk contoh-contoh sesuai
   tamadun awal manusia.                                                      [25]

2. Bincangkan peranan Hammurabi dalam pembentukan dan pengukuhan empayar Babylon.
                                                                           [25]

3. Bincangkan pemikiran Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah
   mengukuhkan kuasa.                                                         [25]

4. Terangkan   konsep    Kapitalisme.   Huraikan                 faktor-faktor     yang   menyebabkan
   kemunculannya di Eropah Barat pada abad ke-18.                                               [25]

5. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan kepentingan pendidikan
   formal bagi memenuhi kehendak negara dalam tamadun awal manusia.        [25]

6. Terangkan sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China.                            [25]

7. Nilaikan kepentingan penjelajahan dan penemuan oleh Cristopher Columbus, Ferdinand
   Magellan dan Vasco Da Gamma kepada perkembangan politik dan ekonomi dunia. [25]

8. Bandingkan dasar pemerintahan negara kota Athens bermula pada tahun 495SM dengan
   negara kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.                        [25]



                                              BAHAGIAN B

9. Huraikan kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasullullah s.a.w
   di Madinah.                                                                [25]

10. Bincangkan peranan Khalifah Abu Bakar al-Siddik sehingga beliau dianggap sebagai
    'penyelamat negara dan umat Islam".                                       [25]

11. Jelaskan etika dan strategi yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika
    menghadapi peperangan.                                               [25]

12. Terangkan prinsip-prinsip ekonomi Islam dan kaitkan pelaksanaannya dalam pelbagai
    aktiviti dan sumber ekonomi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.           [25]

13. Huraikan peranan Sultan Salahuddin al-Ayubi dalam Perang Salib.                            [25]

14. Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegemilangan Baghdad sebagai pusat
    kegiatan intelektual pada zaman Abbasiyyah.                                [25]

15. Huraikan sejauhmanakah Undang-undang Adat Melaka dipengaruhi Islam.                        [25]

                                                      1
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


16. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan di antara masyarakat Islam dan Barat
    pada abad ke- 15 - 16 Masehi.                                                 [25]
                                     BAHAGIAN A

1. Huraikan konsep tamadun dan ciri-ciri tamadun dengan merujuk contoh-contoh
   sesuai tamadun awal manusia.

Pendahuluan (3 markah)
   a. Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniah,
      tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Munculnya masyarakat
      bertamadun adalah berasaskan faktor alam persekitaran dan perkembangan teknologi
      pada tahap Neolitik telah memberi sumbangan kepada pembentukan masyarakat
      bertamadun.
   b. Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M. dan diikuti oleh tamadun Mesir
      Purba pada 3300 S.M, tamadun Indus dan diikuti tamadun Hwang Ho.
   c. Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkat
   d. Tamadun-tamadun awal manusia.

Isi – isi Jawapan (21 markah)

1. Konsep Tamadun (3 markah)
   - Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu Mudun, Madain dan Madana.
      Perkataan Madana membawa maksud “tinggi budi bahasa atau pembukaan Bandar”.
   - Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang sinonim dengan tamadun ialah civilization
      berasal daripada perkataan Greek Civitas yang bermaksud “bandar”
   - Bagi masyarakat Barat, tamadun ialah pencapaian lahiriah dalam hal pentadbiran,
      penulisan, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem
      tulisan dan adat resam.
   - Menurut Colin Renfew, terdapat tiga ciri yang menjadi pemangkin kepada lahiriah
      tamadun, iaitu kemunculan bandar, tempat ibadat dan sistem tulisan
   - Gordon Childe berpendapat revolusi urban meletakkan asas bagi perkembangan
      tamadun khususnya dari segi perkembangan budaya material, intelektual dan
      kesenian.
   - Arnold J.Tonybee mentakrifkan tamadun sebagai suatu pemikiran dan gaya
      kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian,
      kesusasteraan, agama dan akhlak.
   - Sarjana-sarjana Islam pula berpendapat tamadun merangkumi pembangunan dari segi
      lahiriah dan rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap
      tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat
   - Dapat dirumuskan bahawa tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian lahiriah
      tetapi juga diiringi dengan pencapaian dalam aspek kerohanian

2. Ciri-ciri umum pembentukan tamadun awal manusia ( 6 isi x 3 markah = 18 markah)

    a. Petempatan kekal: Petempatan awal terdiri daripada kampung yang didirikan
       berhampiran sungai. Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi bandar yang
       berperanan sebagai pusat tamadun awal.Antara petempatan awal yang berkembang
       menjadi pusat tamadun awal ialah tamadun Indus (lembah sungai Indus), tamadun

                                                      2
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


         Mesir (lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia (lembah Sungai Tigris dan
         Euphrates) dan tamadun Hwang Ho (Lembah Sungai Hwang Ho / Sungai Kuning).

    b. Pembandaran : Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi
       menyebabkan kampung berkembang menjadi Bandar. Antara Bandar penting dalam
       tamadun awal ialah Mohenjo Daro dan Harappa di Lembah Sungai Indus;
       Anyang,Loyang dan Cheng Chow di lembah Sungai Kuning serta Thinis, Thebes dan
       Memphis di Mesir. Bandar memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat
       pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidkan dan pusat perindustrian. Bandar-
       bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur,
       Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia.

    c. Organisasi sosial: Cara kehidupan bandar mewujudkan sistem sosial bersusun lapis
       terutamanya golongan memerintah dengan golongan yang diperintah. Sistem sosial
       dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. Lapisan paling atas terdiri
       daripada golongan pemerintah yang diketuai oleh raja, lapisan kedua ialah golongan
       pembesar yang terdiri daripada golongan pendeta, kumpulan pentadbir dan golongan
       cendikiawan. Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti
       pertanian dan perdagangan dan lapisan terakhir ialah golongan hamba yang
       bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya. Struktur masyarakat terbukti di Lagash,
       Ur dan Sumer di tamadun Sumeria dan Memphis di tamadun Mesir.

    d. Sistem pemerintahan dan pentadbiran: Dalam tamadun Mesir Purba, sistem
       pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan
       mengurus pengagihan makanan di dalam negara. Kewujudan pemerintahan melahirkan
       sistem perundangan yang menjamin keamanan sesebuah tamadun. Pemerintahan
       diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan.

    e. Agama dan kepercayaan: Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal
       ialah politeisme, animisme, kepercayaan dewa, dan pemujaan roh nenek moyang.
       Secara evolusi kepercayaan animisme berkembang          menjadi politeisme, iaitu
       penyembahan lebih darpada satu tuhan. Kepercayaan       politeisme terdapat dalam
       tamadun-tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China.

    f.   Pengkhususan kerja: Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi
         seperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan. Perkembangan ini
         melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagai
         barangan mengikut kepakaran masing-masing. Golongan wanita terlibat dalam bidang
         pertanian manakala golongan lelaki berkhidmat sebagai tentera dan tukang-tukang
         mahir.Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar bagi
         mempertahankan negara daripada serangan musuh.

    g. Bahasa dan tulisan: Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa
       Sanskrit. Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram. Tulisan yang
       digunakan dalam tamadun awal membentuk gambar, simbol dan pepaku. Antara
       peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaran ilmu
       pengetahuan, alat perhubungan dalam sesebuah masyarakat dan antara satu
       masyarakat dengan masyarakat lain untuk menyampaikan, memperkembangkan dan
       mencatatkan idea dan pemikiran manusia.
                                                      3
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)



    h. Kemajuan Ekonomi.
    i. Kemajuan sains dan teknologi.
    j. Kemajuan undang-undang

Kesimpulan (1 markah)
   - Secara keseluruhannya, kemajuan sesebuah tamadun itu menunjukkan bentuk
      kehidupan yang formal, berorganisasi dan lebih kompleks berbanding zaman
      sebelumnya.
   - Apa sahaja yang berkaitan.




                                                      4
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)




2. Bincangkan peranan Hammurabi dalam pembentukan dan pengukuhan empayar
   Babylon.


Pendahuluan (3m)
a. Empayar Babylon diasaskan oleh Sumu Abum, seorang ketua suku kaum Amorite pada
   tahun 1894 SM.
b. Empayar ini mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Hammurabi.
   Hammurabi berjaya mewujudkan keamanan, memperkenalkan kod undang-undang dan
   mengasaskan sistem pentadbiran yang teratur.
c. Semasa pemerintahannya, Babylon menjadi sebuah empayar yang besar dan terkenal.


Isi-isi jawapan: [5 isi x 4m =20 Markah]

Peranan Hammurabi untuk mengukuhkan empayar Babylon

a. Menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau melancarkan ekspedisi ketenteraan untuk
     meluaskan pengaruh dan kekuasaan. Antara kempen ketenteraan yang dilancarkan oleh
     Hammurabi ialah kempen menawan Isin, Uruk, Malgum, Rapiqum dan Larsa. Kesan
     daripada dasar peluasan kuasa yang agresif, empayar Babylon terbentang luas meliputi
     wilayah Sumer, Akkad dan Assyria.

b. Mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang kukuh. Bagi menangani masalah dalam dan
     luar negara, beliau melaksanakan dasar kekerasan dan kesederhanaan. Selain itu, beliau
     juga melantik gabenor untuk mentadbir wilayah. Gabenor-gabenor ini dikawal ketat dan
     segala tindakan mereka akan dilaporkan kepada kerajaan pusat.

c.   Menubuhkan Majils Orang Tua di peringkat wilayah untuk memungut cukai dan mengadili
     kes-kes kecil. Menerusi langkah-langkah ini Hammurabi berjaya melahirkan empayar yang
     kukuh.

d. Mewujudkan struktur organisasi ketenteraan yang sistematik. Maklumat lengkap tentang
     askar-askar disimpan dalam rekod pendaftaran negara. Anggota tentera juga diberikan
     hak-hak keistimewaan seperti dikurniakan tanah yang tidak boleh dipindah milik dan
     binatang ternakan. Terdapat juga undang-undang yang menghalang pegawai atasan
     daripada mengeksploitasikan anggota tentera.

e. Memperbaharui taktik peperangan dengan memperkenalkan penggunaan kereta kuda
     dalam medan peperangan. Langkah-langkah ini berjaya mengukuhkan empayar Babylon.



                                                      5
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


f.   Mendorong oleh perkembangan pesat dalam bidang ekonomi seperti pertanian,
     perdagangan, perindustrian dan perbankan. Kegiatan pertanian merupakan sumber
     ekonomi utama masyarakat Babylon diikuti oleh perdagangan. Pedagang-pedagang
     mengimport pelbagai jenis barangan mewah dan bahan mentah untuk kegunaan istana
     dan rumah berhala. kegiatan perdagangan, perindustrian dan perbankan dikawal oleh
     kerajaan. Kepesatan pertumbuhan ekonomi menyebabkan empayar Babylon menjadi
     sebuah empayar yang kuat.

g. Memperkenalkan      kod undang-undang Hammurabi sebagai satu langkah untuk
     mengukuhkan empayar Babylon. Undang-undang- Hammurabi mengandungi 282 fasal
     yang meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan perdagangan, perkahwinan,
     kekeluargaan dan perwarisan harta. Undang-undang ini menetapkan hukuman yang berat
     bagi kesalahan seperti merompak, melakukan jampi dan membunuh. Undang-undang ini
     juga menggariskan peraturan-peraturan berhubung dengan pewarisan harta. Dengan
     adanya undang-undang ini, maka wujud keamanan dalam empayar.

Kesimpulan (2m)

a. Hammurabi memainkan peranan penting dalam pengukuhan empayar Babylon. Beliau
   berjaya mewujudkan keadaan politik yang stabil serta keamanan dengan menubuhkan
   pentadbiran pusat dan wilayah yang kukuh.
b. Beliau juga memberi sumbangan dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan perundangan.
   Empayar Babylon mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Hammurabi.




                                                      6
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)




3. Bincangkan pemikiran Kautilya dalam karyanya Arthasastra                        untuk membantu
   pemerintah mengukuhkan kuasa.


Pendahuluan (3m)

a. Kautilya merupakan seorang Brahmin dan menjadi Ketua Menteri kepada Chandragupta
   Maurya. Kautilya hidup pada dinasti awal empayar Maurya di utara India. Beliau dikenali
   juga sebagai Chanakya atau Vishnugupta.
b. Karya Arthasastra ( Science of Gain of power ) pada –ke 3 yang dihasilkan pada abad ke-
   3 masihi merupakan buku tentang hal ehwal ketatanegaraan, pentadbiran diplomasi,
   peperangan dan ekonomi.
c. Melalui karya ini, Kautilya telah mengemukakan pelbagai strategi dan kaedah dalam
   peperangan untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa.

Isi- Isi Jawapan ( 7isi X 3 Markah = 21 Markah )

Pemikiran Kautilya dalam karyanya Arthasastra

a. Menggariskan Peranan Pemerintah Hubungan Diplomatik. Beliau menggariskan
    enam pekara untuk berbaik-baik dengan negara luar.
    - Mementingkan keamanan iaitu ‘ saman ‘iaitu perdamaian dengan musuh yang lemah.
    - Persediaan untuk berperang
    - Membiarkan musuh melancarkan serangan pertama.
    - Bersekutu dengan musuh.
    - Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan
          ke atas musuh lain.
    - Melancarkan serangan pertama.

b. Menggariskan Peranan Pemerintah untuk Mencapai Kemenangan
    -   Memujuk musuh dengan rasuah atau ‘dana’dan perbincangan.
    -   Meencetuskan persengketaan
    -   Menanamkan benih-benih permusuhan
    -   Melancarkan ppeperangan terakhir jika semua strategi dirancang gagal.

c. Mempengaruhi Tindakan Raja Hindu dan Pahlawan Marathas



                                                      7
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


     Beliau menjadikan peperangan ada kaitan dengan unsure spiritual dan upacara
     keagamaan Hindu iaitu mengelakkan ‘kelahiran semula’ jika beroleh kemenangan melalui
     peperangan seperti yang disarankan oleh agama Hindu.

d. Peranan/ Dasar Pemerintah Terhadap Musuh
     Karyanya menyarankan seorang pemerintah atau putera yang ingin berjaya mesti
     mengetahui kekuatan tenteranya dan kelemahan tentera musuh sebelum melancarkan
     kempen ketenteraan.Pemerintan dibantu oleh pahlawan-pahlawan dan pasukan tentera
     terlatih.

e. Peranan Pemerintah Menjamin Kesejahteraan Rakyat
     Pemerintah perlu mengelakkan peperangan untuk memastikan keselamatan rakyat.
     Pemerintah mesti mengambil kesempatan melakukan kemahiran tipu muslihat serta
     berkomplot menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai merasuah tukang masak
     dan seluruh ahli istana daripada menggunakan kegagahan dan kehandalan.

f.   Pemerintahan Menjalankan Dasar Kekejaman dan Bijak
     Untuk menghadapi musuh, ‘bheda’ digunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh dengan
     menimbulkan isu-isu sensitif. Raja peunjukan kekejaman untuk menakutkan tentera musuh
     serta menggunakan kekerasan konsep ‘ danda’ iaitu kayu atau besi yang kuat ke atas
     orang jahat dan musuh.

g. Kautilya memperkenalkan teori ‘mandala’. Menurutnya pemerintah mesti bijak mencari
     kawan dan berbaik-baik dengan musuh negara yang akan diperangi. Apabila peperangan
     berlaku, sudah tentu musuh tersebut akan membantu kita.

h. Arthasastra mencadangkan supaya pemerintah mewujudkan badan pengintipan untuk
     mencari rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah.

i.    Melalui karya ini, Kautilya telah menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan.
     Jadi, orang yang kuat tidak pernah berasa belas kasihan kepada yang lemah. Oleh itu raja
     yang bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh dianggap bodoh kerana raja berkenaan
     akan mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya.

j.   Kautilya juga menyarankan supaya seseorang raja tidak boleh mempercayai sesiapa
     termasuk anak dan isteri kerana mereka boleh menjadi ejen kepada pihak musuh yang
     boleh menjatuhkan kuasa raja. Makanan raja hendaklah diuji terlebih dahulu kerana
     bimbang makanan itu mengandungi racun.


Kesimpulan ( 1 Markah )
   - Apa sahaja yang berkaitan




                                                      8
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)




4. Terangkan konsep kapitalisme. Huraikan faktor-faktor                            yang   menyebabkan
   kemunculannya di Eropah Barat pada abad ke-18.

Pendahuluan (3 markah)

a. Ekonomi bermaksud dari perkataan Yunani yang bermakna pengurusan rumah tangga.

b. Sistem ekonomi pula bermakna satu bentuk aturan yang berlangsung dalam perjalanan
   ekonomi tersebut dan ia bukan sahaja membabitkan hal-hal mengenai wang, barangan,
   pengeluaran pengagihan, pertukaran, penjualan dan sebagainya tetapi juga membabitkan
   keseluruhan aspek yang berkaitan dengannya.

c. Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai sistem ekonomi yang diamalkan oleh manusia
   sepanjang sejarah. Salah satu sistem ekonomi yang berkembang pesat dan kemudianya
   begitu mempengaruhi sistem ekonomi hingga ke hari ini adalah sistem ekonomi bebas.
   Dalam hal ini, lebihan menjadi elemen penting dan kebebasan menjadi keutamaan.
   Kebebasan di sini bermakna setiap individu atau syarikat bebas untuk memiliki harta,
   mengumpul modal dan selanjutnya menjalankan pelbagai kegiatan perniagaan dan
   perdagangan yang bermatlamat keuntungan maksimum. Kapital atau modal merupakan
   antara aspek penting dalam sistem ekonomi ini.

Isi-isi jawapan

1. Konsep Kapitalisme (5 markah)
   a. Kapitalisme ialah aktiviti ekonomi dagangan bebas yang mengeluarkan modal yang
      besar dan mengutamakan keuntungan serta pengeluaran berskala besar.
   b. Kapitalisme adalah sistem ekonomi yang dikuasai oleh golongan yang mempunyai
      modal yang besar dan terlibat dalam aktiviti perdagangan dan kegiatan perniagaan.
   c. Satu sistem ekonomi yang memberikan kebebasan kepada individu atau syarikat
      menentukan kegiatan ekonomi yang ingin mereka lakukan. Kegiatan ekonomi lebih
      berasaskan kepada keuntungan semata-mata. Justeru masalah asas ekonomi
      diselesaikan melalui mekanisme harga iaitu harga menjadi petunjuk kepada apa,

                                                      9
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


         berapa, bagaimana dan untuk siapa sesuatu barangan dan perkhidmatan itu hendak
         dikeluarkan.
    d.   Pemilikan – milik pihak swasta, mempunyai kebebasan memilih dan menggunakan
         faktor-faktor pengeluaran. Semua keperluan ekonomi mengenai punca pengeluaran
         tidak dipengaruhi oleh kerajaan.
    e.   Pilihan – individu dalam pasaran kapitalis bebas membuat sebarang pilihan. Pengeluar
         bebas menentukan apa dan bagaimana sesuatu barangan itu hendak dikeluarkan.
         Pengeluar dalam sistem ini boleh menggunakan teknik pengeluaran yang palking
         cekap untuk mengurangkan kos pengeluarannya sama ada memilih ramai buruh atau
         mesin. Semua pilihan ditentukan oleh harga dalam pasaran.
    f.   Mendapat untung – merupakan motif utama. Firma akan memaksimumkan untung
         dengan meminimakan kos pengeluaran.
    g.   Persaingan – bersaing dalam pemasaran keluaran masing-masing iaitu sama ada
         persaingan harga atau kualiti atau perkhidmatan.
    h.   Melibatkan sistem pembayaran upah kepada kaum buruh berdasarkan prinsip
         persaingan perniagaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan.



2. Faktor-faktor kemunculan ekonomi kapitlisme di Eropah Barat pada abad ke-18M
                                                                       (5 isi x 3m = 15m)
   a. Kemerosotan feudal: Sekitar abad ke 11 hingga 13 Masihi, perubahan besar berlaku
      dalam ekonomi, sosial dan politik di Eropah apabila sistem feudal yang sebelumnya
      begitu mendominasi kehidupan masyarakat Eropah telah semakin merosot. Kini
      masyarakat Eropah tidak lagi begitu terkongkong dan tertutup sebagaimana kehidupan
      mereka sistem feudal. Kini meraka mula berinteraksi dengan dunia luar. Tuan-tuan
      tanah kini mula menyewakan tanah mereka sebagaimana sebelumnya. Selain itu
      pemilik-pemilik tanah juga menyewakan tanah-tanah mereka kepada pengusaha-
      pengusaha bebas yang memerlukan tanah sama ada untuk membuka ladang
      membina bangunan perdagangan dan sebagainya. Hal ini secara langsung telah
      mngembangkan siatem kapitalis. Kini tanah mula dinilai berdasarkan harga pasaran
      dan mampu menjadi modal penting dalam satu-satu sektor perekonomian.

    b. Perang Salib turut membantu kepada perkembangan sistem kapitalis. Kebanyakan
       tentera dan petani yang sebelumnya dikerahkan sebagai tentera di medan Perang
       Salib menentang tentera-tentera Islam tidak lagi kembali ke kampung halaman mereka.
       Sebaliknya mereka menetap di bandar-bandar yang telah mula berkembang sejak
       Perang Salib dan          selanjutnya menjalankan pelbagai aktiviti komersial dan
       perdagangan. Aktiviti perdagangan dengan negara luar telah kembali berkembang
       pesat terutamanya dengan kawasan Timur-Tengah, India, China dan seumpamanya.
       Keadaan ini telah melahirkan golongan pedagang yang memperoleh keuntungan yang
       besar daripada aktiviti ini. Keadaan ini juga, melahirkan rantaian perdagangan dengan
       kemunculan sektor-sektor lain yang berkaitan denganya seperti bank, broker komoditi
       dan sebagainya. Ia secara langsung memperkembangakan sistem kapitalis.

    c. Perkembangan ekonomi terutamanya aktiviti perniagaan dan perdagangan telah
       melahirkan institusi-institusi kewangan seperti bank yang memberi pinjaman kepada
       golongan pedagang atau peniaga. Pinjaman yang diberikan akan dikenakan bunga
       dalam kadar yang tertentu dan dari sini institusi kewangan ini memperolehi keuntungan.
                                                     10
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


         Institusi kewangan ini bermula di Genoa, Tuscany, Florence dan sebagainya.
         Kewujudan institusi kewangan ini merupakan petanda baik kepada perkembangan
         sistem kapitalis.

    d. Kemunculan bandar dan golongan pertengahan. Mereka menjadi antara medium
       penting yang mengisi ruang-ruang pekerjaan di bandar-bandar         yang pesat
       berkembang. Golongan pertengahan ini membabitkan diri dalam aktiviti bukan
       pertanian. Keadaan ini secara langsung memperbesarkan kegiatan ekonomi bandar.
       Malahan sebahagian daripada mereka telah mula membentuk hubungan dengan
       kawasan luar bandar yang menjadi pembekal penting kepada bandar terutama dari
       sudut keperluan barangan makanan. Mereka bertindak untuk mendapatkan hasil
       makanan dari luar bandar dan kemudianya dipasarkan dengan harga yang lebih mahal
       di bandar. Kaedah ini secara langsung memperkembangkan sistem kapitalis di
       Eropah.

    e. Kemunculan idea negara bangsa juga sedikit sebanyak mambantu perkembangan
       sistem kapitalis. Ini berlaku apabila setiap negara bangsa akan berpegang kepada
       keinginan untuk memajukan negara mereka. Perlumbaan dilakukan dengan negara
       bangsa yang berbeza melalui perdagangan dan aktiviti-aktiviti komersial lainya. Hal
       inilah yang membawa kepada penubuhan syarikat-syarikat perdagangan yang
       diberikan piagam oleh pihak pemerintah seperti Syarikat Timur Belanda, Syarikat
       Hindia Timur Inggeris dan sebagainya. Dalam usaha untuk menguasai laluan
       perdagangan dan perniagaan barangan bernilai seperti teh dan rempah, maka
       syarikat-syarikat ini akan belayar     ke Timur dan seterusnya melahirkan idea
       imperilisme. Oleh yang demikian tidak sedikit pun sarjana melihat hubungan yang erat
       antara kapitalisme dan imperlisme.

    f.   Kewujudan koloni-koloni Eropah di Asia, Afrika, Amerika dan sebagainya. Koloni-koloni
         ini    dijadikan sebagai tapak untuk memperkembangkan usaha pertanian dan
         perdagangan. Selain hasil-hasil yang sedia ada, mereka juga mula mengusahakan
         hasil-hasil baru melalui pengenalan aktiviti pertanian.

    g. Revolusi Perindustrian dan Pertanian. Perindustrian telah menyebabkan kelahiran
       bandar-bandar industri golongan pengusaha yang memerlukan satu pengumpulan
       modal dalam aktiviti ekonomi. Hal ini berangsung degan pesat di England, Perancis,
       Jerman dan Itali yang secara langsung telah memprkembangkan sistem ekonomi
       kapitalis.

Kesimpulan (2 Markah)
         Apa-apa yang berkaitan




                                                     11
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)




5. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan kepentingan
   pendidikan formal bagi memenuhi kehendak negara dalam tamadun awal manusia.


Pendahuluan (3m)

a. Pendidikan berbentuk formal berkait rapat dengan pembentukan masyarakat yang kian
    bertambah kompleks.
b. Berbagai-bagai institusi telah diwujudkan untuk memenuhi keperluan masyarakat dan
   pemerintahan. Antaranya ialah tempat ibadat, istana, rumah guru, sekolah, kolej, dan
   universiti.
c. Walaupun terdapat banyak perbezaan dari segi organisasi dan pelaksanaannya tetapi
   dapat dikenal pasti beberapa objektif yang menggariskan pembentukannya, iaitu keperluan
   melahirkan golongan cerdik pandai, keperluan agama, sistem kerajaan dan pemerintahan,
   masyarakat, dan sebagainya.


Isi-isi Penting (5 isi X 4 markah = 20 Markah)

Kepentingan pendidikan formal

a. Pendidikan formal untuk melahirkan golongan cerdik pandai: Pendidikan kerap kali
    dikaitkan dengan golongan yang berpengatuhan atau berilmu. Objektif pendidikan
    termasuk untuk melengkapkan seseorang dengan ilmu pengetahuan, melahirkan rakyat
    yang boleh menulis dan membaca atau golongan scribes. Di Yunani misalnya, muncul
    golongan pendidik professional yang dikenali sebagai Sophist yang dapat memenuhi
                                                     12
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


    aspirasi-aspirasi warganegara Athens untuk menjadi negarawan yang cekap, contoh :
    Protogaras dan Gorgias.

b. Pendidikan formal untuk kepentingan kerajaan: Pendidikan formal bertujuan untuk
    memenuhi kepentingan kerajaan demi kepentingan pentadbiran dan birokrasi, penyertaan
    rakyat dalam proses kerajaan, hal ketaatsetiaan rakyat terhadap raja dan negara. Objektif
    pendidikan untuk keperluan pentadbiran birokrasi berkait dengan memberikan suatu asas
    untuk kedudukan kerajaannya serta mengekalkan keharmonian masyarakat dan
    ketaatsetiaan kepada raja dan negara. Tamadun China misalnya, semasa Dinasti Han dan
    Tang, fahaman Confucius telah menjadi satu ideologi politik dan asas kurikulum pendidikan
    China untuk memupuk segolongan elit (scholar-gentry) yang akan menyokong dan
    memperkukuhkan kedudukan Maharaja China. Pelantikan pegawai-pegawai untuk
    perkhidmatan birokrasi berasaskan suatu sistem peperiksaan yang berteraskan pendidikan
    Confucius.

c. Pendidikan formal untuk kepentingan ketenteraan, keselamatan, dan kekuatan
    negara: Satu contoh yang jelas sekali ialah sistem pendidikan di Sparta. Di Sparta,sistem
    pendidikan adalah untuk menguatkan kerajaan orang Sparta tulen untuk mengawal orang
    tawanan (helots) yang dijadikan hamba kepada orang Sparta. Golongan hamba ini amat
    besar jumlahnya jika dibandingkan dengan penduduk Sparta. Orang Sparta berasa khuatir
    bahawa helots mengancam mereka dan melakukan pemberontakan. Jadi, pendidikan
    formal ialah bercorak ketenteraan iaitu kanak-kanak Sparta dikenakan latihan tentera serta
    dikenakan latihan disiplin yang ketat dan hidup di berek-berek tentera dan berpisah
    daripada ibu bapa mereka. Latihan tentera merupakan kurikulum utama sistem pendidikan
    Sparta untuk tujuan melahirkan semangat ketenteraan dan disiplin untuk pertahanan
    negara kota Sparta daripada ancaman helots.

d. Pendidikan       formal untuk kepentingan kewarganegaraan: Fahaman Confucius
    bertujuan menegakkan hubungan persaudaraan dan sifat kekeluargaan demi kepentingan
    keharmonian masyarakat China. Masyarakat China terbahagi kepada dua golongan iaitu
    elit yang berpendidikan (pemerintah) dan golongan bawahan (yang diperintah). Jadi,
    pendidikan dianggap sebagai kayu ukur hierarki masyarakat China. Pendidikan untuk
    kewarganegaraan adalah jelas di negara kota Yunani. Perkembangan demokrasi yang
    memuncak semasa pemerintahan Pericles, sistem pendidikan di negara kota Athens
    bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat rakyat Athens dengan institusi-
    institusi kerajaan di Acropolis Athens supaya rakyat dapat menyertai secara penuh dalam
    jentera kerajaan yang berasaskan ideologi demokrasi.

e. Pendidikan formal untuk keagamaan: Sejak permulaan masyarakat bertamadun, agama
    merupakan suatu kuasa yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan manusia.
    Pengendalian ekonomi pertanian dan sistem pemerintahan memang berdasarkan
    peraturan-peraturan dan upacara-upacara yang berpunca daripada kepercayaan manusia
    dan agama. Fenomena ini terbukti dengan munculnya segolongan paderi yang berfungsi
    khusus dengan hal kepentingan agama. Golongan paderi terlibat rapat dengan politik,
    ekonomi, dan sosial dalam sesuatu masyarakat. Maka,pendidikan formal merupakan satu
    alat yang membolehkan golongan paderi memenuhi aspirasi mereka dalam hal
    pengurusan politik dan ekonomi. Di Mesir, para pelajar dididik untuk kerja perkeranian dan
    perkhidmatan di rumah berhala dan untuk mengukuhkan kedudukan kaum paderi dalam

                                                     13
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


     lingkungan politik. Di Mesopotamia pula, kegiatan intelektual dan pendidikan berpusat di
     perpustakaan yang biasanya terdapat di sebuah kuil besar.

f.   Pendidikan formal untuk kepentingan lain: Di samping itu, pendidikan formal bertujuan
     untuk manusia dan masyarakat (humanism). Pada akhir zaman pertengahan di Eropah
     Barat, tumpuan utama tertumpu kepada manusia, fakulti-fakultinya, hal ehwal manusia,
     aspirasi- aspirasi sedunia manusia, dan hal kebajikan. Pendidikan teologi dan keagamaan
     tidak diterima lagi kerana tidak membayangkan realiti keadaan baru yang berkembang di
     Eropah khususnya di Itali. Pada masa itu,masyarakat Eropah telah berubah, perdagangan
     diperluaskan dan kehidupan di bandaraya menjadi lebih signifikan. Kuasa ekonomi dan
     politik tidak lagi terletak di tangan tuan feudal dan gereja tetapi diambil alih oleh golongan
     borjuis yang hidup di pusat bandar. Bahasa tempatan telah mengganti Latin dan suatu
     sistem pendidikan baru dirasai perlu untuk kepentingan individu, manusia, dan masyarakat.

Kesimpulan (2 m)
Apa-apa yang berkaitan.




6. Terangkan sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China.

Pendahuluan (3m)

a. Perkembangan dan kegemilangan aliran falsafah di China berlaku pada zaman
   pernerintahan Chou Timur (770-221 S.M.) dan mencapai tahap kemuncak kegemilanga
   pada zaman Warring States (zaman negeri-negeri berperang).
b. Keadaan politik yang tidak stabil diikuti oleh keadaan sosial dan ekonomi yang terjejas
   menyebabkan kemunculan ramai golongan intelek dan pemikir yang mahu membawa
   pemulihan berdasarkan prinsip moral.
c. Confucius atau Kung Fu-Tze iaiah ahil falsafah Cina yang masyhur. Beliau dilahirkan pada
   551 SM dalam sebuah keluarga bangsawan di negeri Lu. Selepas kematian ayahnya,
   Confucius terpaksa menyara diri dengan membuat kerja buruh. Seterusnya Confucius
   menjadi guru dan mengajar tentang adat dan tradisi Cina. Confucius pernah memegang
   jawatan Menteri Kehakiman dan Perdana Menteri di Lu. Setelah meletak jawatan,
   Confucius mengembara ke seluruh China sambil mengajar dan menghadap pembesar-
   pembesar feudal serta berusaha mengubah sikap mereka tetapi gagal. Confucius kembali
   ke Lu dan menjadi guru. Akhirnya dia meninggal dunia pada tahun 479 SM.


                                                     14
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


d. Confucius berjaya kerana apa yang diajarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa. Nilai-nilai
   yang didukung oleh Confucius seperti kebajikan dan kasih sayang merupakan prinsip asas
   yang mengikat hubungan antara manusia.
e. Ajaran Confucius boleh diperoleh daripada dua buah buku, pertamanya buku Klasik
   Confucius dan sebuah lagi yang disusun oleh pengikut-pengikutnya yang dinamakan Lu Yu
   atau Analekta.

Isi-isi Jawapan (5 isi x 4m = 20m)

Sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China.

a. Sumbangan dalam pembentukan moraliti : Ajaran Confucius bukan agama tetapi
   merupakan falsafah hidup. Confucius ialah satu tatasusila yang akan membawa keamanan
   dan peraturan di negara China. Manusia mesti hidup dengan suci kerana jika setiap orang
   itu baik dan jujur, negara akan menjadi aman dan maju. Oleh sebab itu Confucius
   menasihati pembesar- pembesar feudal menamatkan peperangan antara satu sama lain.
   Confucius berpendapat jika semua orang berkelakuan baik dan mengikut peraturan maka
   keadaan negara akan aman.

b. Sumbangan dalam politik dan pentadbiran: Penekanan ajaran Confucius kepada
   persoalan moraliti menyediakan asas yang kukuh bagi perjalanan hal ehwal kerajaan dan
   dalam pembentukan masyarakat China yang teratur. Ia muncul sebagai satu falsafah politik
   yang diterima oleh mereka yang menganut agama Buddha dan Taoisme.
      i.  Dari segi politik, ahli-ahli falsafah China seperti Confucius sebenarnya tidak
          berminat dalam mengasaskan masyarakat yang sama rata atau individu yang
          bebas. Jika Humanisme Renaisans berusaha untuk membebaskan individu
          daripada sistem feudalisme tetapi ahli falsafah Confucius pula berusaha untuk
          memperkukuhkan semula feudalism dan autotarian.
     ii.  Dari segi politik, Confucius menggalakkan pemusatan kuasa dan pembahagian
          kuasa yang adil dan saksama.
    iii.  Untuk menghasilkan satu kerajaan yang aman dan makmur, pemerintah mesti
          menunjukkan budi pekerti yang baik supaya dapat dicontohi oleh rakyat. Tambahan
          pula kedudukan raja adalah disifatkan seolah-olah sebagai utusan dari dari langit
          dan bumi. Istana pula tempat tersimpannya kuasa-kuasa ghaib. Sekiranya raja
          dapat mengikuti arahan ini, maka amanlah dunia ini.
    iv.   Menurut Confucius, negeri yang unggul ialah negeri yang dipimpin secara tegas,
          tetapi tidak kejam. Pegawai- pegawai kerajaan harus bekerjasama dengan rakyat
          untuk menjamin kemakmuran. Konsep ini dikenali sebagai Jen dan Yi yang
          bermaksud kemanusiaan dan kewajipan.
     v.   Hubungan raja dengan pegawai iaitu raja mesti bersifat perikemanusiaan dan
          pegawai harus taat.



                                                     15
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


c. Sumbangan dalam perundangan: Mereka yang tidak mematuhi peraturan hidup seperti
   yang dikehendaki oleh masyarakat akan dihukum melalui kaedah perundangan dan sosial.
   Satu perkara yang ironik ialah di sebalik kepercayaan bersifat humanistik ahli-ahli falsafah
   tidak menghiraukan hukuman yang ternyata tidak berperikemanusiaan. Contoh hukuman
   yang kejam seperti menyelar memotong kaki dan mengembiri.

d. Sumbangan dalam hubungan manusia dan alam : Ajaran Confucius adalah mengenai
   keperluan menjaga keharmonian manusia dengan alam dan masyarakat. Manusia mesti
   mengikut - perubahan alam. Keharmonian masyarakat ialah peraturan yang harus diikuti
   oleh setiap rakyat dan juga pemerintah dalam mewujudkan satu keadaan yang sesuai bagi
   kehidupan.

e. Sumbangan dalam hubungan individu dan keluarga : Bagi masyarakat China kebajikan
   kolektif satu-satu kumpulan adalah lebih penting daripada seorang individu. Bagi mereka
   manusia adalah makhluk yang bersosialisasi. Hubungannya dengan orang lain adalah
   lebih penting daripada dirinya sendiri. Aspek yang ditekankan dalam hubungan
   kekeluargaan ini ialah:
    Hubungan bapa dengan anak iaitu bapa harus berhati baik dan anak harus
       berkewajipan terhadap orang tua.
    Hubungan suami isteri di mana suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harus tunduk
       dan dengar serta patuh.
    Hubungan saudara tua dengan saudara muda iaitu yang tua harus bermurah hati dan
       membantu dan yang muda harus tunduk dan hormat.

f.   Sumbangan dalam hubungan individu dan masyarakat : Doktrin Confucius berpusat
     kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Confucius
     berpendapat bahawa kepincangan dalam masyarakat disebabkan oleh keadaan moral
     yang rendah. Confucius juga berpegang kepada konsep Ten atau syurga dan ajaran-
     ajarannya menyentuh sejarah dan kebudayaan masyarakat silam, kekeluargaan dan
     kehidupan sosial. Oleh kerana manusia tidak dapat hidup berseorangan atau terasing dari-
     pada masyarakat maka diajar cara-cara bagaimana mereka harus bertindak alam
     masyarakat. Beliau menggalakkan masyarakat mengadakan upacara adat istiadat (Li).
     Beliau juga mementingkan muzik kerana pada pandangnya seni muzik dapat mengajar
     atau mendorong seorang itu hidup berbaik antara satu sama lain.

g. Sumbangan dalam perkembangan intelektual / ilmu pengetahuan : Penulisan-
   penulisan utama Confucius ditulis sebelum abad ke-2 S.M. apabila Confucius diisytiharkan
   sebagai ahli falsafah negara. Karya-karya yang mengandungi ajaran Confucius dikenali
   sebagai Ching atau Klasik. Klasik bermaksud hasil karya yang terbaik dan suci. Selain itu,
   terdapat juga karya-karya yang disusun oleh pengikutnya, iaitu Lu Yu atau Analekta.

     Lima klasik utama yang dihasilkan oleh Confucius ialah:


                                                     16
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


       Book of Odes atau Shih Ching: Ia mengandungi 3000 sajak, 305 sajak adalah lagu
        Iagu rakyat dan selebihnya sajak-sajak politik serta nyanyian ritual yang diselitkan
        unsur-unsur moral.
       Book of History pula mengandungi dokumen dokumen sejarah dan separa sejarah
        yang bermula dari zaman awal Dinasti Chou.
       Book of Changes atau Yi Ching adalah karya klasik yang berkaitan dengan kuasa luar
        biasa.
       Book of Rites pula dianggap sebagai teks asas Confucius.
       Spring and Autumn Annals adalah mengenai sejarah negeri Lu

h. Sumbangan dalam keagamaan
   Confucius menekankan bahawa untuk mencapai keharmonian, sifat-sifat seperti saling
   menghormati, jujur dan amanah, berbudi pekerti baik, berhati mulia dan bertanggungjawab
   harus dipraktikkan dalam kehidupan. Seorang akan mencapai tahap budiman atau Chun
   Tze sekiranya ia menepati lima syarat, iaitu kejujuran, kebenaran, taat setia, mementing-
   kan orang lain dan berperikemanusiaan.

    Beliau menggalakkan pemujaan nenek moyang untuk menghidupkan semula kenangan
    terhadap nilai- nifai purba dan tradisi lampau. Di bawah pentadbiran ahli-ahli akademik
    Confucius, penyembahan imperial atau upacara pengorbanan imperial telah menjadi sate
    bentuk cult (state cult).

    Selepas kematiannya,. Confucianisme dianggap sebagai satu agama. Kuil-kuil Confucius
    dibina di tempat asal, di ibu kota dan di semua kawasan pentadbiran. Confucius mendapat
    gelaran sebagai Pemerintah Tertinggi kemudian sebagai raja dan keramat.

Kesimpulan (2m)
 Tegasnya , Confucius menekankan bahawa dalam setiap hubungan perlu dititikberatkan
   kejujuran dan kebaikan dan sekiranya keadaan ini tidak dipatuhi nescaya keadaan kucar-
   kacir akan wujud.
 Penekanan aspek moraliti melahirkan masyarakat China yang teratur dan mengukuhkan
   perjalanan kerajaan.



7. Nilaikan kepentingan penjelajahan dan penemuan oleh Cristopher Columbus,
   Ferdinand Magellan dan Vasco Da Gamma kepada perkembangan politik dan
   ekonomi dunia.

Pendahuluan. (3m)

a. Penjelajahan Columbus yang bermula pada tahun 1492, Da Gamma pada tahun 1498 dan
   Magellan (1519) amat penting kepada perkembangan politik dan ekonomi dunia
   berbanding dengan penjelajahan yang dilakukan oleh orang-orang sebelumnya. Penemuan
   mereka mencetuskan iampak yang besar dan mendadak dalam mengubah keadaan politik
   dan ekonomi dunia pada tahun-tahun berikutnya.
                                                     17
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)



b. Hasil penemuan mereka bukan sahaja telah membuka laluan baru perdagangan dunia,
   tetapi juga membuka jalan kepada terbinanya empayar-empayar perdagangan oleh
   Portugis dan Sepanyol. Pembukaan koloni-koloni Portugis dan Sepanyol di Amerika dan
   Asia merintis kepada penguasaan barat ke atas ke dua-dua benua tersebut. Bermula
   dengan penemuan mereka juga menyebabkan berlakunya pertembungan secara langsung
   tamadun barat dan tamadun bukan barat yang akhirnya membawa kepada kemerosotan
   tamadun-tamadun bukan barat yang bertapak di Amerika, Afrika dan juga Asia.

c. Faktor-faktor penjelajahan

Isi-isi Jawapan:

Kepentingan Penjelajahan dan Penerokaan (7 isi x 3 m = 21m)

a. Penemuan Columbus, Da Gamma, dan Maggelan memulakan pertapakan kepentingan
     ekonomi kuasa – kuasa Barat di ke dua – dua benua itu. Penemuan Da Gamma dan
     Columbus menjadi titik permulaan proses pemindahan kekayaan dari Aamerika dan Asia
     ke benua Eropah. Misalnya kepulangan da Gamma ke Portugal pada tahun 1498
     membawa satu kargo rempah ( setelah dua buah kapalnya ditenggelamkan oleh musuh )
     yang dapat dijual dengan memperolehi pendapatan lebih 60 kali ganda dari kos
     penjelajahannya. Beliau mendapat untung besar kerana laluan baru melalui Tanjung
     Pengharapan di hujung benua Afrika lebih murah berbanding jalan perdagangan lama
     melalui Asia Barat.

b. Selepas tahun 1505, secara purata dua belas buah kapal setahun bertolak dari Lisbon ke
     Timur Jauh. Portugis menjadi pengasas kepada kewujudan jaringan perdagangan Eropah.
     Kekayaan dari timur mula mengalir ke benua itu.

c.   Columbus pula menemui sebuah benua yang kaya dengan logam berharga. Selepas
     menjelajah kali ke dua ke benua itu, emas dan perak mencurah masuk ke perbendaharaan
     Sepanyol. Antara tahun 1500 hingga 1650, tidak kurang dari 18, 600 tan perak dan 200 tan
     emas dibawa ke Eropah. Jumlahnya lebih besar lagi sekiranya dicampur emas dan perak
     yang dibawa masuk melalui penyeludupan.

d. Selain logam berkenaan, Eropah juga membawa masuk beberapa jenis tanaman yang
     mula mengunah kualiti pemakanan orang Eropah. Ini menyebabkan jumlah penduduk di
     Eropah semakin bertambah.

e. Sepanyol muncul sebagai negara yang kaya di Eropah. Emas digunakan sebagai alat
     pertukaran untuk mendapatkan barangan dari luar. Melalui Sepanyol, emas dan perak dari
     benua Aamerika tersebar secara meluas di benua Eropah.

f.   Ini menyebabkan pada abad ke – 16, Eropah bukan sahaja mula mengalami revolusi
     perdagangan, tetapi juga dilanda revolusi harga. Penemuan jalan baru ke timur dan
     kemasukan emas dan perak dari Amerika serta pembukaan koloni di sana mula mengubah
     kedudukan perdagangan di Eropah.


                                                     18
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


g. Pusat perkembangannya tidak lagi bertumpu di Mediterranean, tetapi telah beralih ke
     Lautan Atlantik. Dalam abad ke – 16 masihi, Portugal dan Sepanyol muncul sebagai kuasa
     perdagangan utama di Eropah. Pusat dan kegiatan perdagangan juga tumbuh dengan
     pesat. Kaedah menjalankan perdagangan turut berubah. Organisasi kewangan seperti
     syarikat insurans dan bank tumbuh sebagai cendawan.

h. Ringkasnya, penemuan Columbus dan Da Gamma mengubah Eropah menjadi pusat
     perdagangan dan berhubung kegiatan perdagangan antara Asia, Afrika dan kuga Amerika.
     Emas dan perak yang masuk dengan banyak menyebabkan aliran wang dalam pasaran di
     Eropah meningkat secara mendadak. Ini menyebabkan harga mengalami peningkatan
     yang pesat. Antara tahun 1520 hingga 1650, peningkatan harga barang di Eropah
     meningkat 200 – 400 peratus.

i.   Revolusi perniagaan dan revolusi harga itu menjadi perangsang kepada kemajuan
     perdagangan dan perindustrian di benua Eropah. Dua revolusi itu membawa keuntungan
     yang besar kepada para saudagar dan pengeluar. Keuntungan tersebutlah dilaburkan
     semula bagi menambahkan lagi kekayaan mereka.

j.   Perkembangan yang berlaku itu membawa kepada munculnya golongan pemodal dan
     bertapaknya sistem ekonomi kapitalisme di Eropah. Raja – raja Eropah juga mendapat
     faedah. Dengan kerjasama para saudagar, satu demi satu pembesar feudal yang
     menerima kesan teruk akibat kenaikan harga dapat dikalahkan. Kekalahan mereka
     membolehkan raja – raja Eropah mengukuhkan lagi sistem negara – kebangsaan. Hasil
     kerjasama dua belah pihak itu, semakin banyak kapal – kapal perdagangan Eropah
     menjelajahi Asia dan Afrika. Kapal – kapal ini membawa hamba dari Afrika untuk berkerja
     di ladang – ladang pemodal Eropah di Amerika. Hingga tahun 1560, dianggarkan 100 000
     orang Afrika dijadikan hamba di sana. Keuntungan dari perdagangan hamba digunakan
     untuk membawa balik barang dari Amerika ke Eropah pula. Kegiatan perdagangan ini
     membawa keuntungan yang lumayan kepada saudagar Eropah.

k.   Kerajaan – kerajaan negara kebangsaan di Eropah memberi sokongan kuat kepada
     perkembangan teknologi persenjataan dan perkapalan. Kejayaan meningkatkan teknologi
     baru Eropah memajukan kapal perang menyebabkan Lautan Hindi dan Lautan Atlantik
     dimonopoli oleh kuasa – kuas Eropah. Saudagar – saudagar Islam yang menguasai
     perdagangan di Lautan Hindi tidak dapat berfungsi lagi. Tempat – tempat mereka diambil
     alih oleh saudagar dari Portugal, Sepanyol, Inggeris dan Belanda. Pusat – pusat
     perdagangan penting di Laut Merah, Lautan Hindi dan Asia Tenggara berada ditangan
     Portugis. Kuasa kapal perang menjadi penentu siapa yang berjaya menguasai
     perdagangan.

l.   Bermula sejak abad ke – 16 itu juga Eropah mula mengatasi Asia dari segi kemajuan dan
     penguasaan ke atas kekayaan dunia. Keadaan ini membuka laluan kepada kemunculan
     Eropah sebagai negara kaya dan menjadi titik permulaan kepada kemunduran Asia, Afrika
     dan Latin Amerika.

Kesimpulan. (1m)
a. Tidak syak lagi, penjelajahan dan penemuan Columbus, Da Gamma dan Maggellan
   mencetuskan impak yang amat besar ke atas kehidupan manusia. Ia bukan sahaj telah
   berjaya mentransformasikan ekonomi dan politik di Eropah, malahan juga ekonomu dan
                                                     19
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


   politik seluruh dunia. Sejak abad ke – 16, tamadun peribumi di Amerika mula pupus.
   Tamadun Islam, China dan India mengalami kemerosotan sehingga kini.
b. Setelah lima abad penjelajahan itu berlaku, kesannya masih ketara sehingga kni. Kalau
   kita hendak bercakap tentang asal-usul globalisasi yang berlaku pada hari ini, penjelajahan
   dan penemuan Columbus, da Gamma dan Magellan inilah menjadi asas kepada
   permulaannya.




8. Bandingkan dasar pemerintahan negara kota Athens bermula pada tahun 495SM
   dengan negara kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w.

Pendahuluan (3m)

                                                     20
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


a. Latar belakang negara kota Athens:
        -  Negara kota boleh ditakrifkan sebagai sebuah negara yang berbentuk kota atau
           bandar yang memiliki wilayah, rakyat dan pemerintahan yang berdaulat.
       - Athens merupakan salah sebuah negara kota yang terkenal di Yunani. Muncul
           antara tahun 800 – 500 S.M.
       - Athens berkembang maju hasil daripada sektor perdagangan.Mengalami kepesatan
           dalam pelbagai bidang khususnya bidang politik dan falsafah antara abad ke 5 S.M
           dan ke 4 S.M.
b. Latar belakang negara kota Madinah: Nama asal Madinah ialah Yathrib yang terletak
   kira-kira 400 km dari Makkah dan 70 km dari Laut Merah. Penduduk asal negara kota
   Madinah ialah kaum Aus, Khazraj, dan kaum pendatang Yahudi.


Isi-isi jawapan: (5 isi x 4 markah= 20m)

Perbandingan dasar pemerintahan negara kota Athens dan Madinah :

a. Sistem pemerintahan
        - Athens: Terkenal sebagai negara kota pertama yang melaksanakan sistem
          pemerintahan demokrasi melalui tiga buah institusi pemerintahan dalam membuat
          dasar dan undang-undang.
        - Madinah: Sistem pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. bersifat negara Kota dan
          mengamalkan sistem pemerintahan Islam iaitu agama dan politik tidak dipisahkan.
          Dalam pentadbiran, baginda melaksanakan konsep musyawarah dalam membuat
          keputusan.

b. Institusi pemerintahan
        - Athens: Mempunyai tiga institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis serta Majistret
            dan Juri. Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua lelaki dewasa Athens. Tempoh
            perkhidmatan mereka ialah antara enam bulan hingga setahun. Dewan
            Perhimpunan bersidang lebih kurang tiga kali sebulan. Majlis dibentuk untuk
            melaksanakan keputusan-keputusan Dewan Perhimpunan. Majlis dianggotai oleh
            500 orang ahli yang dipilih melalui undian dan 50 orang mewakili setiap suku
            Majistret terdiri daripada para pegawai kerajaan. Mereka melaksanakan dasar-
            dasar kerajaan yang diputuskan oleh Majlis. Juri menjadi pemutus bagi sesuatu
            kes dan tidak ada peluang bagi tertuduh untuk merayu.
        - Madinah: Nabi Muhammad s.a.w telah menubuhkan Majlis Syura yang
            bertanggungjawab menggubal dasar- dasar pemerintahan negara yang berteraskan
            Al-Quran dan Hadis. Nabi Muhammad s.a.w sendiri mengetuai majlis syura
            tersebut. Masjid telah berperanan sebagai pusat pentadbiran.

c. Ketua Negara
       - Athens: Raja sebagai pemerintah tertinggi. Dibantu oleh Konsul atau Majlis yang di
          lantik oleh Dewan Perhimpunan.
       - Madinah: Negara Kota Madinah diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai
          pemerintah tertinggi yang juga merupakan seorang Nabi lagi Rasul. Baginda tidak
          mengamalkan pemerintahan secara autokrasi atau berkuasa mutlak.

d. Sistem Perundangan
                                                     21
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


        -   Athens: Dewan Perhimpunan merupakan badan perundangan yang mempunyai
            kawalan penuh ke atas pentadbiran dan kehakiman.Badan ini juga menggubal
            undang-undang dan dasar negara kota. Pesalah dihukum berdasarkan undang-
            undang yang terdapat dalam kanun hukuman Yunani. Jika kesalahan tidak
            dinyatakan dalam kanun tersebut, pendakwa raya akan mengemukakan hukuman
            dan pesalah akan memilih hukumannya sendiri.
        -   Madinah: Undang-undang negara Kota Madinah berteraskan syariah Islam. Sumber
            utama undang-undang Islam ialah al – Quran dan Hadis. Terdapat perlembagaan
            yang dikenali sebagai Piagam Madinah digubal dan mengandungi 47 fasal yang
            berkait dengan orang Islam dan bukan Islam.

f. Dasar Keadilan sosial
       - Athens: Hanya warganegara lelaki dewasa yang terlibat dalam politik,bermesyuarat
          dan bertindak di Dewan Perhimpunan.Walaupun Majlis memberi peluang kepada
          setiap warganegara menganggotainya, rata-rata mereka yang menguasai Dewan
          Perhimpunan ialah orang kaya yang dikenali sebagai Archon. Golongan tidak
          bertanah dan hamba tidak dibenarkan menghadiri Dewan Perhimpunan kecuali
          semasa pemerintahan Solon, apabila beliau meminda perlembagaan.
       - Madinah: Negara kota Madinah memperkenalkan konsep ukhwah dan persamaan
          taraf menggantikan amalan assabiyah yang telah diamalkan pada zaman jahiliah.
          Rakyat lelaki dan wanita mempunyai hak bersuara dan memberikan pendapat.

g. Dasar Ekonomi
      - Athens: Mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian . Mengabaikan
          sektor pertanian kerana bentuk muka bumi yang sempit. Antara barangan yang
          diimport ialah seperti gandum, ikan, daging, garam, buah-buahan dan bahan
          mentah. Barang-barang eksport termasuklah minyak zaitun, perak, dan batu
          marmar.
      - Madinah: Dalam negara Kota Madinah, Nabi Muhammad s.a.w mengadakan
          hubungan perdagangan antarabangsa dengan memperkenalkan sistem muamalat
          Islam. Amalan riba dan penipuan diharamkan. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh
          mencari kekayaan dengan cara yang halal lagi baik dan diredhai Allah s.w.t. Nabi
          Muhammad melaksanakan keadilan ekonomi dengan merapatkan jurang kekayaan.
          Menebus semula tanah-tanah yang tergadai di tangan orang Yahudi.


h. Dasar Hubungan Luar
      - Athens: Hubungan dengan negara kota lain tidak baik. Sentiasa bersaing antara
          satu sama lain dan sering berlaku peperangan yang melibatkan soal politik dan
          sempadan.
      - Madinah: Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk satu dasar diplomasi dan
          menjalinkan hubungan yang baik dengan negara luar . Nabi Muhammad
          menghantar surat kepada pemerintah-pemerintah Mesir, Habsyah, Yaman dan
          Rom dengan tujuan pemerintah-pemerintah negara tersebut dapat menerima
          dakwah Islam.

i. Dasar Ketenteraan.
       - Athens: Peperangan adalah dalam skala kecil-kecilan, bersifat tempatan dan untuk
           menyelesaikan perbalahan politik sempadan. Athens seperti negara kota Yunani
                                                     22
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


            lain mempertahankan negara kota mereka daripada serangan musuh dan berusaha
            agar dapat memberi saingan kepada negara-negara kota lain untuk menjadi negara
            kota yang paling agung.
        -   Madinah: Nabi Muhammad s.a.w. telah mengasaskan sistem pertahanan Islam
            yang berlandaskan konsep jihad. Tentera yang berperang tidak bergaji tetap tetapi
            mendapat ganjaran hasil dari harta ghanimah.

j. Dasar Kehakiman
       - Athens: Kuasa pengadilan terletak di tangan warganegara dalam Dewan
           Perhimpunan . Hal-hal kecil diselesaikan dalam mahkamah tempatan tetapi kes
           besar, jenayah dan sivil akan diselesaikan di mahkamah Athens. Juri menjadi
           pemutus bagi sesuatu kes dan pihak yang tertuduh tidak berpeluang untuk merayu.
           Pesalah dihukum berdasarkan kanun hukuman Yunani. Jika kesalahan tidak
           dinyatakan dalam kanun tersebut, pendakwa raya akan mengemukakan hukuman
           dan pesalah akan memilih hukumannya sendiri.
       - Madinah: Nabi Muhammad s.a.w. menjadi hakim berdasarkan panduan al-Quran
           dan Hadis. Terdapat juga hakim yang dilantik di peringkat suku kaum untuk
           menyelesaikan masalah dalaman kaum tersebut. Penyelesaian antara kaum akan
           dirujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. merangkumi semua aspek dari segi sivil
           mahupun jenayah.

Kesimpulan (2m)
   a. Terdapat perbezaan dalam sistem pemerintahan yang diamalkan antara Negara kota
      Athens dan Madinah di bawah Nabi Muhammad s.a.w. Perbezaan itu jelas dapat dilihat
      dalam aspek sistem pemerintahan, pentadbiran, perundangan, ekonomi dan
      sebagainya.
   b. Negara kota Athens diperintah hasil pemikiran dan usaha manusia manakala negara
      kota Madinah diperintah atas konsep tauhid berteraskan al-Quran dan Hadis.

(Nota: setiap isi mesti mempunyai perbandingan. Jika tiada perbandingan maka tiada markah diberi
walaupun isi berkenaan betul)




                                                     23
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


                                              BAHAGIAN B

9. Huraikan kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasullullah
   s.a.w di Madinah.

Pendahuluan (3m)

a. Hijrah bermaksud ‘pindah’. Dalam kontek sejarah perkembangan Islam ia bermaksud
   perpindahan Rasulullah s.a.w. dan umat Islam dari Mekah ke Madinah berikutan
   banyaknya halangan untuk menjadikan Mekah sebagai tapak perkembangan Islam,
   terutama dalam bentuk penentangan Quraisy. Dari segi istilah ia membawa makna
   perpindahan dari suatu keadaan yang tidak diredhai ke keadaan yang sentiasa diredhai
   Allah.
b. Latarbelakang hijrah – berlaku pada 622M iaitu selepas 13 tahun Nabi Muhammad s.a.w
   dilantik sebagai Rasulullah.
c. Faktor-faktor hijrah seperti penerimaan wahyu, tentangan dan kekejaman Quraisy,
   implikasi Perjanjian Aqabah, keinginan mencari tapak baru bagi penyebaran Islam
   dll.Rasulullah s.a.w. berhijrah setelah 13 tahun berdakwah di Mekah dan hanya berhijrah
   setelah menerima wahyu yang menerangkan mengenai komplot Quraisy untuk membunuh
   baginda. Jika rancangan Quraisy ini berjaya, perkembangan Islam boleh tersekat.
d. Penghijrahan ke Madinah pada 622M iaitu setelah 13 tahun kerasulan baginda amat
   penting dalam perkembangan Islam dan perjuangan Rasulullah s.a.w. Setelah berlakunya
   hijrah ini, banyak perubahan berlaku dalam perjuangan untuk menyebarkan Islam.


Isi-isi Jawapan (5 isi x 4m = 20m)

Kepentingan hijrah dalam perkembangan                   Islam pada zaman Rasullullah   s.a.w   di
Madinah.

a. Kepentingan Keagamaan
    -   Pengislaman Madinah: Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan di Madinah. Madinah
        berkembang sebagai pusat penyebaran Islam.
    -   Perubahan arah kiblat
    -   Permulaan ibadat zakat dan puasa
    -   Penyebaran Islam: Islam telah dapat disebarkan ke seluruh Tanah Arab dalam
        suasana yang lebih aman dan mudah. Untuk tujuan tersebut, Rasulullah s.a.w telah
        menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa dan kabilah-kabilah Arab luar Madinah
        dengan cara menghantar utusan-utusan dakwah kepada mereka.
    -   Wahyu yang baginda terima lebih menyeluruh meliputi semua aspek kehidupan
        manusia.
    -   Kebebasan beragama dapat diwujudkan di Madinah.

b. Kepentingan Politik
    -   Hijrah telah menyebabkan terbentuknya Negara Islam Madinah. Kewujudan Negara
        Islam ini membolehkan kebajikan umat Islam sentiasa terpelihara, keamanan umat

                                                     24
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


          Islam terjamin, dasar-dasar Islam dapat dilaksanakan dan Islam di Madinah dapat
          memberikan saingan kepada Quraisy di Mekah.
     -    Perlantikan baginda sebagai ketua negara membuktikan bahawa baginda bukan
          sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang negarawan.
     -    Piagam Madinah yang dibentuk oleh baginda juga telah membolehkan usaha-usaha
          penyebaran Islam, penyatuan kaum dsb dilaksanakan dengan mudah
     -    Berlaku juga pertukaran kuasa politik Tanah Arab dari Mekah ke Madinah.
     -    .Kewujudan keamanan kerana negara Islam yang ditubuhkan oleh baginda tidak
          didasarkan kepada keturunan, sebaliknya pada dasar persamaan kepercayaan dan
          persaudaraan Islam. Keamanan yang diharapkan oleh para penduduk Madinah
          sebelumnya ternyata berjaya diwujudkan.

c. Kepentingan Sosial
     -    Penyatuan penduduk Madinah yang terdiri dari pelbagai keturunan dan
          kepercayaan.menerusi semangat persaudaraan Islam dan Piagam Madinah. Rasulullah
          s.a.w. juga berjaya mengubah corak corak kehidupan masyarakat Madinah dan
          menyatupadukan mereka. Piagam Madinah yang digubal atas dasar ajaran-ajaran
          Islam telah berjaya mengatasi pelbagai masalah sosial. Semua umat Islam telah baik
          golongan Ansar (Auz dan Khazraj) dan Muhajirin (yang berpindah dari Mekah), hidup
          dalam satu kesatuan ummah dan semangat persaudaraan Islam, saling bantu-
          membantu dan tiada perbezaan taraf. Sementara golongan bukan Islam seperti orang-
          orang Yahudi pula telah diberikan hak dan kebebasan yang sewajarnya.
     -    Pembinaan masjid sebagai institusi ibadat dan sosial Islam telah mengeratkan
          hubungan sesama Islam.

d. Kepentingan Ekonomi
     -    Ekonomi: Madinah mula menjadi pusat perdagangan utama Tanah Arab yang
          seterusnya telah menjejaskan peranan yang selama ini dipegang oleh Mekah Umat
          Islam Madinah juga berjaya menguasai laluan perdagangan di antara selatan (Mekah
          dan Yaman) dan utara (Syam). Penguasaan ini juga telah menjadi faktor utama
          meletusnya beberapa siri peperangan antara Islam dan Quraisy.

e. Kepentingan Pertahanan dan Ketenteraan
      -   Hijrah ke Madinah telah membolehkan Rasulullah s.a.w. membentuk umat Islam yang
          lebih kuat dan mantap. Buktinya Rasulullah s.a.w. dan umat Islam telah berjaya
          menewaskan Quraisy dan sekutu-sekutunya dalam beberapa peperangan.
      -   Dari sudut ketenteraan, baginda berjaya membina pasukan tentera dalam tempoh yang
          singkat. Hanya setelah dua tahun berhijrah, sebuah pasukan tentera Islam berjaya
          ditubuhkan, berbanding ketika 13 tahun berada di Mekah,
      -   Musuh-musuh Islam berjaya ditewaskan. Musuh-musuh Islam baik di luar mahupun di
          dalam Madinah berjaya dibersihkan. .

f.    Permulaan Kejatuhan Quraisy
     - Perjanjian Hudaibiyah merupakan antara peristiwa penting setelah peristiwa hijrah.
        Tindakan Quraisy yang mengusulkan dan mengusahakan pementeraian perjanjian
        tersebut menunjukkan bahawa mereka telah mengiktiraf baginda sebagai Rasulullah
        s.a.w., mengiktiraf kewujudan Islam, mengiktiraf kewujudan negara Islam dan


                                                     25
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


         mengiktiraf Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara dan umat Islam. Semua
         pengiktirafan ini tidak baginda perolehi ketika masih berada di Mekah.

   -     Perluasan kuasa dan pengaruh Islam sekaligus menyebabkan kejatuhan pengaruh
         Quraisy. Apabila Rasulullah s.a.w. dan umat Islam bergerak ke Mekah untuk
         membukanya sebagai kota Islam sebagai akibat dari tindakan Quraisy yang melanggar
         Perjanjian Hudaibiyah, pihak Quraisy telah gagal menghalangnya kerana kedudukan
         mereka yang telah lemah itu.

       Kesimpulan (2m)

          -   Peristiwa hijrah pada 622M jelas telah menyebabkan pengaruh Islam berkembang
              sehingga Islam menjadi kuasa tunggal di Tanah Arab. Ini membuktikan bahawa
              Hijrah merupakan satu strategi dalam usaha untuk memperkembangkan Islam.
          -   Kedudukan Islam terus dimantapkan oleh para pengganti Rasulullah s.a.w.




                                                     26
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)




10. Bincangkan peranan Khalifah Abu Bakar al-Siddik sehingga beliau dianggap sebagai
    'penyelamat negara dan umat Islam".


Pendahuluan [3m]

a. Abu Bakar atau nama sebenarnya Abdullah bin Abi Qahafah merupakan sahabat Nabi
     s.a.w. yang paling rapat.

b. Beliau terkenal dengan gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan dan menyakini
     apa-apa yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. khasnya selepas peristiwa Israk
     dan Mikraj.

c.   Dari segi periibadi, beliau terkenal dengan sifat yang lemah lembut, pemurah dan banyak
     mengorbankan harta bendanya demi perkembangan agama Islam terutamanya sewaktu
     umat Islam menghadapi pemulauan kaum Quraisy.

d. Bukti pengorbanan besar beliau ialah kesanggupan mengorbankan kesemua hartanya,
     Sehinggakan apabila ditanya apakah harta yang tinggal, beliau menjawab hanya Allah dan
     Rasul saw.

e. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 11 H dan hanya memegang teraju
     pemerintahan negara Islam selama dua tahun, Walaupun tempoh pemerintahan singkat,
     beliau telah mampu menyelesaikan pelbagai masalah politik, ekonomi, sosial dan
     sebagainya.

Isi-isi jawapan: [5 isi x 4m =20m]

Peranan Abu Bakar sebagai penyelamat negara dan umat Islam

a. Menyelesaikan soal kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.: Abu Bakar telah memainkan
     peranan penting disaat-saat umat Islam kehilangan pemimpin Agung iaitu Baginda
     Rasulullah saw. Abu Bakar as-Siddiq telah berjaya menyelesaikan soal kewafatan Nabi
     Muhammad s.a.w. sama ada persoalan kepercayaan serta tempat pemakaman jasad
     Rasulullah s.a.w. Abu Bakar telah membaca nas-nas al-Qur’an dan al-Hadis untuk
     menyalesaikan isu ini. Mengenai krisis kepercayaan Nabi Muhammad saw. telah wafat,
     beliau telah membaca petikan Surah Au lmrarn ayat 144, sementara isu pemakaman dapat
     diselesaikan apabila beliau menyatakan Nabi dan rasul terdahulu dimakamkan di tempat
     mereka wafat. Sehubungan itu, jasad Baginda saw. telah disemadikan di Madinah

b. Menyelesaikan     soal pengganti Rasulullah saw: Abu Bakar juga menggunakan
     kebijaksanaannya untuk menyelesaikan soal pengganti Rasulullah saw. untuk memimpin
     negara Islam. Beliau telah rnengemukakan hujah sebaik-baik khalifah mestilah dipilih dari
                                                     27
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


      kalangan Muhajirin untuk mengelakkan perpecahan sesama kaum Aus dan Khazraj, di
      samping golongan ini sememangnya mempunyai bakat kepemimpinan semula jadi

c.    Menyelesaikan soal aI-Riddah: Abu Bakar juga berjaya menyelesaikan soal aI-Riddah.
      Setelah gagal berdiplomasi, Abu Bakar terpaksa menggunakan kekerasan dengan
      membentuk 10 pasukan tentera yang akhirnya berjaya menundukkan golongan nabi-nabi
      palsu, golongan yang enggan rnembayar zakat, dan golongan murtad. Tentera Islam
      berjaya menghapuskan pemimpin-pemimpin aI-Riddah seperti Musailamah al-Kazzab,
      Sajjah al-Harith, Tulaihah bin Khuwailid, Malik bin Nuwairah, dan aI-Aswad al-Ansi

d. Menangani masalah ancaman musuh luar negara Islam: Abu Bakar berjaya menangani
      masalah ancaman musuh luar negara Islam apabila bertindak menggerakkan semula
      tentera yang dibentuk oleh Rasulullah saw. sebelum kewafatan Baginda. Tentera di bawah
      pimpinan Usamah bin Zaid telah berjaya mengatasi masalah ancaman Rom. Kejayaan
      gemilang yang dicapai menyebabkan pihak tentera ini diamanahkan menjaga keselamatan
      kota Madinah sekali gus memadamkan ancaman golongan Zubyan dan Absy

e. Mengumpul al-Qur’an.: Abu Bakar juga berjaya mengumpul al-Qur’an. Usaha ini diketuai
      oleh Zaid bin Thabit untuk mengelakkan kehilangan al-Qur’an di muka bumi setepas
      kematian ramai al-haflz dalam perang al-Riddah. Usaha pengumpulan ayat-ayat al-Qur’an
      dicadangkan oleh Umar a!Khattab, walaupun pada awalnya Abu Bakar ragu-ragu untuk
      melaksanakannya. Demi kepentingan dari segi jangka panjang, beliau akhimya bersetuju
      dengan rancangan berkenaan

 f.    Menyusun pentadbiran: Bagi menjamin pentadbiran berjalan dengan lancar dan
       mewujudkan kestabilan politik, Khalifah Abu Bakar juga bertindak menyusun pentadbiran
       dengan membahagikan negara Islam kepada 10 daerah dengan diketuai oleh seorang
       Amir yang dibantu oleh imam dan hakim, setiausaha, dan pegawai di Baitulmal

 g. Melaksanakan dasar ketenteraan: Abu Bakar juga melaksanakan dasar ketenteraan
       dengan melantik KhaIid al-Walid sebagai panglima agung dan menggerakkan tentera
       untuk menghadapi ancaman musuh dari luar negara Islam.

Kesimpulan [2m]
a. Kejayaan yang dicapai pada zaman Abu Bakar al Siddiq telah meninggalkan kesan yang
   positif. Beliau bukan sahaja dapat menyelamatkan umat Islam daripada perpecahan umat
   dan negara Islam daripada golongan yang tidak bertanggungjawab,
b. malah Abu Bakar dikatakan telah menyediakan ruang yang secukupnya untuk bakal
   penggantinya, iaitu Umar al-Khattab




                                                     28
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)




11. Jelaskan etika dan strategi yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika
    menghadapi peperangan.

Pendahuluan[3]
a. Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan terpaksa diharungi untuk
     mempertahankan kesucian agama, mempertahankan, maruah dan diri, menegakkan
     hukum Allah, menjamin kesejahteraan umat manusia sejagat, dan memberikan pengajaran
     kepada seteru-seteru Islam.
b. Pada zaman Rasulullah saw,, peperangan dalam Islam dapat dibahagikan kepada dua,
     iaitu sariyah merujuk kepada tindakan rnenyekat rombongan pedagang ataupun musuh-
     musuh Islam serta ghazwah yang melibatkan peperangan secara besar-besaran.
c.   Terdapat banyak sariyah dilancarkan begitu juga peperangan yang tercetus seperti Perang
     Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan sebagainya yang ada memberikan kemenangan
     dan ada yang meninggalkan kesan yang mendalam ke atas masyarakat dan negara Islam.
d. Terdapat etika atau tatacara serta pelbagai strategi peperangan yang digunakan sepanjang
     era pemerintahan Rasulullab saw. itu.


Isi-isi jawapan
Etika Peperangan Nabi Muahammad s.a.w. (5 isi x 2m = 10m)
a. Tentera Islam dikehendaki menawarkan kepada pihak musuh sama ada menganut agama
     Islam atau membayar jizyah sebagai simbol kepatuhan terhadap pemerintahan kerajaan
     Islam. Peperangan akan berlaku seandainya pihak musuh masih berkeras dan memulakan
     serangan ke atas orang Islam.
b. Tentera Islam dilarang bertindak atau memerangi golongan yang lemah sama ada
     golongan wanita, kanak-kanak dan orang tua. Namun begitu, seandainya golongan ini
     memainkan peranan utama seperti penggerak atau pencetus, tindakan sewajarnya boleh
     dilakukan.
c.   Tentera Islam dilarang merosakkan harta-harta serta kemudahan awam dan orang ramai.
     Perbuatan seperti memusnahkan harta benda musuh termasuk rumah ibadat dan kebun-
     kebun tidak dibenarkan kerana ia bukan sahaja melibatkan kepentingan orang awam,
     malah menyebabkan berlakunya pembaziran dan sebagainya.
d. Peperangan hendaklah dihentikan seandainya pihak musuh memohon perdamaian,
     contohnya ketika Rasulullah s.a.w. dan tentera berhasrat melancarkan serangan ke atas
     kota Makkah, pihak musuh telah memohon perdamaian sehingga termeterainya Perjanjian

                                                     29
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


     Hudaibiyah. Malahan, tentera dan umat Islam diwajibkan mematuhi segala perjanjian yang
     telah dipersetujui.
e. Tentera Islam diwajibkan akur dengan arahan pemimpin atau ketua demi mengelakkan
     berlakunya sesuatu yang tidak dijangkakan. Contohnya, kekalahan tentera Islam dalam
     Perang Ulhud berpunca daripada kesilapan tentera pemanah Islam yang tidak mematuhi
     arahan Rasulullah saw.
f.   Tentera Islam dikehendaki melayan dengan baik musuh yang berjaya dikalah dan ditawan,
     umpamanya tindakan Rasulullah saw, yang memberikan pengamunan terhadap tawanan
     ketika peristiwa pembukaan kota Makkah dan layanan yang adil terhadap tawanan Perang
     Badar yang berlaku pada tahun 2 Hijrah.
Strategi Perang Nabi Muahammad s.a.w. (5 isi x 2m = 10m)
a. Memilih tempat yang strategik.: Nabi Muhammad s.a.w ialah seorang pemimpin yang amat
     pintar dalam mengatur taktik-taktik dan strategi peperangan. Antara strategi yang
     digunakan ialah Baginda saw. memilih tempat yang strategik. contohnya kawalan punca
     bekalan air dalam Perang Badar dan meletakkan tentera di Bukit Uhud.
b.    Taktik menunggu: Selain itu, Nabi Muhammad saw. juga menggunakan taktik menunggu,
     iaitu tentera Islam menunggu hingga tentera musuh datang barulah bertindak balas dan
     menyerang. Taktik itu dilakukan dalam Perang Badar.
c.   Membina benteng pertahanan: Seterusnya, penggunaan taktik bertahan dengan membina
     benteng pertahanan seperti menggali parit untuk mematahkan serangan musuh. Contoh ini
     didapati dalam Perang Khandak di mana parit yang besar menghalang musuh menembusi
     sesuatu kawasan dengan mudah.
d. Taktik mengepung: Nabi Muhammad saw. juga menggunakan taktik mengepung dan
     seterusnya melancarkan serangan bertubi-tubi sehingga tentera musuh tidak sempat
     bersedia menyerang balik. Taktik ini dilakukan dalam perang Taif di mana Baginda
     menggunakan pelbagal jenis senjata untuk memecahkan kubu pertahanan musuh.
e. Taktik memperdayakan musuh: Tentera Islam juga mengunakan taktik memperdayakan
     musuh demi kepentingan kelemahan semangat perjuangan musuh. Sebagai contohnya,
     peranan Naim bin Mas’ud berperanan memecahbelahkan perpaduan di kalangan golongan
     Quraisy dan Yahudi yang mengepung kota Madinah dalam Perang Khandak.

f.   Taktik saf: Tentera Islam juga menggunakan taktik saf seperti yang dipraktikkan dalam
     Perang Badar. Tentera Islam dibahagikan kepada dua barisan; barisan pertama di
     hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah
     dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera.
g. Taktik tidak mengejar musuh: Taktik seterusnya yang digunakan oleh tentera Islam ialah
     tindakan mengarah atau larangan tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka.
     Contohnya, dalam Perang Tabuk antara tentera Islam dan tentera Rom yang berlangsung
     pada tahun 9 Hijrah. Tindakan ini terpaksa dilakukan oleh Baginda saw. demi keselamatan
     para perajurit yang kemungkinan terperangkap dengan strategi musuh serta
     menggambarkan sikap tentera Islam yang tidak agresif semata-mata untuk rnendapatkan
     kemenangan.



                                                     30
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


Kesimpulan (2m)
a. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa strategi dan taktik yang mantap merupakan
     asas kemenangan tentera Islam dalam setiap ekspedisi khususnya pada zaman Rasulullah
     saw. dan Khulafa al-Rasyidin.
b. Kekuatan yang dimiliki oleh tentera Islam mula dirasai apatah lagi setelah berjaya
     mengalahkan Quraisy dalam beberapa siri peperangan begitu juga terhadap golongan
     Yahudi.
c.   Asas kekuatan ini kemudiannya diwarisi oleh para sahabat untuk menenggelamkan
     keegoan Rom dan Parsi.
d. Namun begitu, kemenangan juga dibantu oleh beberapa faktor lain seperti kepemimpinan,
     kestabilan politik, serta teknologi peperangan yang digunakan, atau dengan perkataan lain
     disebabkan adanya organisasi ketenteraan yang sistematik
12. Terangkan prinsip-prinsip ekonomi Islam dan kaitkan pelaksanaannya dalam
    pelbagai aktiviti dan sumber ekonomi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab.


Pendahuluan; ( 3 markah)

a. Ekonomi menurut pandangan Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yg
   selaras dengan tuntutan syariat Islam dari segi peringkat perolehan, penggunaan atau
   pengurusan sumber untuk kebaikan diri masyarakat dan negara bagi mendapatkan
   keredaan Allah swt. Ekonomi Islam merupakan sebahagian dpd. cara hidup Islam yg
   menyeluruh merangkumi aspek rohani, jasmani, spiritual dan material.

b. Khalifah Umar b. Al Khattab merupakan khalifah ketiga dalam zaman          pemerintahan
   Khulafa Ar-Rasyidin telah memainkan penting perkembangan dan perlaksanaan ekonomi
   Islam. Aktiviti perluasan wilayah Islam yang pesat dan pertambahan harta negara semakin
   meningkat menyebabkan pengurusan ekonomi yang teratur dan sistematik telah
   dilaksanakan..

c. Prinsip-prinsip asas ekonomi Islam berdasarkan Al Quran merupakan sesuatu ketetapan
   yang tidak berubah dan tidak boleh diubah walau apa keadaan sekalipun. Ia terbahagi
   kepada tiga iaitu hak milik, kebebasan terpimpin iaitu aktviti yang diharuskan dan aktiviti
   yang diharamkan dan campurtangan pihak berkuasa.

Isi-isi Jawapan

a. Prinsip-prinsip Ekonomi Islam ( 3 isi x 2 markah = 6 markah )

      i. Hak Milik : Hak milik yg sebenar bagi segala isi kandungan di atas muka bumi ini
         ialah Allah swt. Manusia hanya diberikan hak mengurus dan mengambil manafaat dpd
         anugerah swt sbg satu amanah yang akan dipersoalkan d iakhirat.
         - Hak milik individu : Islam telah membenarkan pemilikan harta secara individu selaras
           fitrah manusia. Namun Islam telah membenarkan pemilikan harta ini dalam ruang
           lingkup yang halal dan dibenarkan sahaja. Sebaliknya Islam melarang keras
           pemilikan harta secara haram seperti mencuri , merompak dan menipu. Pemilikan

                                                     31
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


           harta individu boleh diperolehi dpd harta pusaka, wasiat, derma, hadiah, bekerja
           sendiri.
         - Hak milik umum (masyarakat dan negara) :Harta yang dikhaskan untuk kepentingan
           umum dan kepentingan nasyarakat seperti pembinaan jalan raya, talian air paip,
           sungai, padang rumput, udara bersih, sumber galian, keindahan alam semula jadi dll.
           Harta milik umum adalah hak asasi manusia yang diuruskan oleh pihak pemerintah
           atau berkuasa dan diagihkan secara adil dan saksama.

    ii. Kebebasan terpimpin:
        - Tujuan amalan ekonomi ini untuk melatih dan mendidik jiwa manusia supaya
           sentiasa dapat mendisiplinkan diri, mengawal nafsu serta melahirkan manusia
           yang berjiwa bersih dan bertaqwa.
        - Aktiviti ekonomi yang diharuskan (halal): Aktiviti ekonomi yang diharuskan ialah
           aktiviti ekonomi yang dijalankan secara halal yang menepati beberapa syarat:
                 -      barangan pengeluaran mestilah suci, bersih,memberi manafaat dan
                        tidak membahayakan.
                 -      Proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa sebarang
                        penipuan, penganiayaan, penindasan serta menjaa hak kebajikan
                        pekerja.
                 -      Proses penggunaan mestilah dielakkan sifat boros, pembaziran dan
                        bakhil sebaliknya digalakkan berjimat cermat, berhemah dan saling
                        membantu.
         - Aktiviti ekonomi yang dilarang (haram) : Merangkumi aktiviti-aktiviti ekonomi yang
            jelas bercanggah dengan syariat Allah swt, ketidakadilan dan kezaliman dalam
            pengeluaran dan penggunaan seperti riba, judi, menipu timbangan dan sukatan,
            pelacuran monopoli dan lain-lain.

    iii. Kawalan pihak berkuasa
          Islam mengharuskan campurtangan pihak berkuasa dalam aktiviti ekonomi sama
          ada dalam bentuk pengurusan perancangan dan agihan. Tujuannya untuk
          mewujudkan keadilan dan keseimbangan dari segi harta antara individu dengan
          individu dan masyarakat. Bidang kuasa pihak berkuasa dalam ekonomi termasuklah
          pengagihan pendapatan negara, jaminan persamaan peluang golongan yang
          berhak, pengawasan pasaran, memerangi riba, rasuah, penipuan dan monopoli serta
          menentukan polisi kerajaan dan upah buruh daripada ditindas dan dieksploitasi.

b. Perlaksanaan prinsip-prinsip ekonomi Islam dalam pelbagai aktiviti dan sumber
   ekonomi dalam Zaman khalifah Umar b. Al Khattab .
   ( 3 isi x 5 markah = 15 markah )

    i. Perlaksanaan dan kaitan prinsip ekonomi Islam dengan pengurusan ekonomi
       (5m).

          Aspek ini berkaitan dengan prinsip kawalan oleh pihak berkuasa bagi mewujudkan
          keadilan dalam ekonomi masyarakat. Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah:
          - Penubuhan Baitul Mal :      Pada zaman Umar telah berlaku penaklukan wilayah
             yang sangat luas menyebabkan banyak harta benda diperolehi. Sehuhungan itu
             Baitul Mal ditubuhkan secara rasmi untuk mengurus dan mengawal kewangan
             negara.    Perlaksanaan    Baitul mal pada zaman Umar dijalankan secara
                                                     32
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


              sistematik. Khalifah menentukan dasar kewangan negara dan sumber yang
              diperolehi daripada Baitul mal serta kegunaanya menurut kehendak syarak.
          -   Menyediakan buku kira-kira : Khalifah Umar menyediakan sebuah buku kira-kira
              negara untuk mengetahui keluar masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan
              negara. Semua maklumat tentang kutipan dan agihan cukai boleh dirujuk dari
              buku ini.
          -   Perlantikan Pegawai Baitul dan penubuhan Baitul Mal pusat dan wilayah :
              Madinah menjadi pusat pentadbiran Baitul Mal dan penubuhan cawangan Baitul
              Mal di wilayah-wilayah yang ditakluki. Umar melantik amil-amil bertauliah untuk
              mengutip hasil-hasil negara dengan amanah.

    ii. Perlaksanaan dan kaitan prinsip ekonomi Islam dengan aktiviti ekonomi (5m).

          Dalam aspek ini Khalifah Umar sentiasa memastikan prinsip kebebasan memiliki
          harta dan keadilan dilaksanakan
          - Aktiviti perdagangan: Dalam bidang ini Khalifah Umar telah menetapkan
              beberapa undang-undang di pasar-pasar perdagangan.
          - Aktiviti pertanian: Khalifah Umar turut memajukan sektor pertanian. Rakyat telah
              digalakkan membuka tanah-tanah baru dan menyerahkan hak milik tanah kepada
              sesiapa yang mengusahakan tanah tersebut..

   iii. Perlaksanaan dan kaitan prinsip ekonomi Islam dengan sumber-sumber ekonomi
        (5m).

          Aspek ini juga mempunyai kaitan dengan prinsip kawalan oleh pihak berkuasa,
          terutama untuk menjamin keadilan dalam pengagihan sumber-sumber ekonomi
          negara. Antara sumber ekonomi negara yang dikawal selia oleh kerajaan bagi
          maksud tersebut ialah:

          -   Zakat : Zakat ialah bayaran ke atas hasil pendapatan dalam bentuk wang atau
              benda       lain oleh umat Islam yang berharta apabila mendapati hasil tanah
              pertanian dan ternakan serta nilai emas dan perak mereka mencukupi syarat
              zakat yang ditentukan zakat. Jumlah zakat yang tertentu diserahkan kepada
              Baitulmal untuk diuruskan dan Baitul Mal akan menilai semua bayaran.
              Pengagihan zakat dilakukan mengikut lapan asnaf yang ditentukan syarak untuk
              membantu mereka yang kurang bernasib baik. Jika berlaku lebihan agihan, Baitul
              mal yang bertindak menyimpan harta zakat dan berhak menggunakan harta
              tersebut untuk pembangunan dan kebajikan awam.

          -   Ghanimah iaitu harta rampasan perang : Kemenangan dalam peperangan
              bermakna penguasaan ke atas segala barang tinggalan musuh. Harta tersebut
              perlu diambil bagi manafaatkan oleh orang lain. Selain itu Fay atau harta yang
              diperolehi semasa menduduki kawasan yang ditinggalkan oleh tuannya atau
              harta tidak bertuan. Baitul Mal memperuntukkan 1/5 daripada kutipan ghanimah
              dan Fay dikhaskan untuk perbelanjaan kerajaan pusat dan bakinya diagihkan
              kepada tentera-tentera yang terlibat dalam perluasan kuasa itu.

          -   Jizyah : Kerajaan Islam bertanggungjawab melindungi dan menjaga keselamatan
              orang- orang bukan Islam yang bersetuju menerima pemerintahan Islam di
                                                     33
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


              kawasan mereka. Tentera Islam ditugaskan mengawal kawasan-kawasan
              mereka. Kadar cukai ini ditetapkan di antara 12 hingga 48 dirhan setahun
              mengikut taraf kekayaan dan keupayaan. Hanya lelaki yang merdeka, nerakal
              dan masih hidup    berupaya membayar jizyah kepada Baitul Mal. Hasil cukai ini
              digunakan untuk tujuan pembangunan dan pertahanan. Dalam memastikan
              keadilan untuk golongan Dhimmi ini, beliau dan pegawai-pegawainya sering
              meninjau sama ada cukai atau jizyah yang dikenakan ke atas mereka itu
              menyusahkan atau tidak.

          -   Kharaj ; Semua pemilik tanah di wilayah yang ditakluki dikehendaki membayar
              cukai kharaj kepada Baitul Mal dengan kadar sebanyak 10 peratus. Sekiranya
              berlaku kemusnahan akibat banjir atau kemarau, cukai tidak akan dikenakan.
              Semua urusan kutipan kharaj ditadbir dan diselaraskan oleh Baitul Mal pusat.
              Khalifah mewajibkan pemilik tanah mengusahakan tanah mereka sebaik
              mungkin. Sekirannya didapati ada tanah yang tidak diusahakan, pengurusan
              Baitul Mal diberi kuasa untuk menyerahkan tugas mengusahakan tanah itu
              kepada orang lain. Bagi pemilik tanah kawasan lain, cukai tanah dibezakan
              mengikut jenis tanaman.

          -   Usyur    :   Cukai perniagaan juga dikenakan kepada para peniaga yang
              memperolehi pendapatan melebihi nisab sebanyak 200 dirham. Peniaga Islam
              dan bukan Islam dikehendaki membayar cukai usyur ini mengikut kadar yang
              ditetapkan oleh khalifah. Peniaga kafir harbi yang tidak membuat perjanjian
              perdagangan dengan kerajaan Islam dikenakan Usyur 10 peratus, kafir Dhimmi 5
              peratus dan di kalangan peniaga Islam mereka dikenakan cukai 2.5 peratus.

          -   Sumber-sumber lain : Baitul Mal turut menerima dan mentadbir culai-cukai lain
              seperti sedekah, wakaf, harta karun dan harta rampasan perang dan disahkan
              benar selepas siasatan dijalankan.


Kesimpulan ( 1 markah)

Khalifah Umar Al khattab telah berjaya melaksanakan prinsip-prinsip ekonomi Islam yang
ditetapkan syarak secara tersusun dan sistematik. Rakyat jelas tentang apa cukai yang perlu
ditunaikan dan mengpa ianya wajib dibayar. Pihak pengurusan sumber dan pengagihan
pendapatan di peringkat pusat dan cawangan diingat supaya jujur dalam mentadbir amanah
Allah. Khalifah Umar berjaya membangunkan negara dengan hasil pendapatan negara yang
diuruskan oleh Baitul Mal.




                                                     34
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)




13. Huraikan peranan Sultan Salahuddin al-Ayubi dalam Perang Salib.

Pendahuluan (3m)
a. Latarbelakang Perang Salib : Merupakan siri peperangan di antara pihak Islam dengan
   pihak Kristian. Berpunca dari keinginan pihak Kristian untuk menguasai Baitul-Muqadis.
   Mula meletus apabila Paus menyeru supaya penganut-penganut Kristian bersatu bagi
   menundukkan Islam serta menguasai semula wilayah-wilayah yang telah dikuasai Islam
   terutamanya Baitul-Muqaddis, kota suci bagi Islam, Kristian dan Yahudi. Perang Salib
   berlaku dalam 7 peringkat dan selama kira-kira satu setengah abad iaitu dari 1096 –
   1249M.
b. Salahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Tikrit Iraq pada tahun 532 Hijrah
   /1138 Masihi iaitu setelah hampir empat puluh tahun tentera Salib menduduki Baitul
   Maqdis dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Beliau adalah pengasas Kerajaan
   Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Salahuddin. Seorang pahlawan Islam yang paling gagah
   berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan tentera
   Salib Kristian.
c. Sifatnya yang lemah lembut, zuhud, warak dan sederhana membuat kaum Muslimin di
   bawah kekuasaannya sangat mencintainya. Demikian juga para ulama sentiasa
   mendoakannya agar cita-cita sucinya untuk merampas semula Tanah Suci berhasil dengan
   segera.
d. Keluarga Salahuddin taat beragama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya, Najmuddin Ayyub
   adalah seorang yang termasyhur dan beliau pulalah yang memberikan pendidikan awal
   kepada Salahuddin.


                                                     35
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


e. Selain itu, Salahuddin juga mendapat pendidikan dari bapa saudaranya Asasuddin Syirkuh
   seorang negarawan dan panglima perang Syria yang telah berhasil mengalahkan tentera
   Salib sama ada di Syria ataupun di Mesir. Dalam setiap peperangan yang dipimpin oleh
   panglima Asasuddin, Salahuddin sentiasa ikut sebagai tentera pejuang sekalipun usianya
   masih muda.


Peranan Sultan Salahuddin (4 isi x 5m = 20m)
a. Menghapuskan pengaruh tentera Salib di Mesir
-    Kejatuhan kota suci Baitul Muqadis mendorong pemimpin Islam untuk bergabung tenaga
     bagi merampas balik kota Suci tersebut. Di antara pemimpin yang paling gigih dalam
     usaha menghalau tentera Salib itu ialah Imamuddin Zanki dan diteruskan oleh anaknya
     Emir Nuruddin Zanki dengan dibantu oleh panglima Asasuddin Syirkuh.
-    Pada tahun 549 H/1154 M, apabila panglima Asasuddin Syirkuh berjaya menundukkan
     Kerajaan Fatimiyah di Mesir yang diperintah oleh Khalifah Al-Adhid dari aliran Syiah
     Ismailiyah, menyebabkan Wazir Shawar meminta bantuan dari tentera Salib untuk
     menghalau Syirkuh daripada berkuasa di Mesir. Pasukan Salib yang dipimpin oleh King
     Almeric dari Jerussalem menerima baik jemputan itu. Maka terjadilah pertempuran antara
     pasukan Asasuddin dengan King Almeric yang berakhir dengan kekalahan Asasuddin.
-    Kerjasama Wazir Shawar dengan tentera Salib telah menimbulkan kemarahan Emir
     Nuruddin Zanki lalu mempersiapkan sepasukan tentera yang besar dipimpin oleh
     panglima Syirkuh dan Salahuddin Al-Ayyubi untuk menghukum Shawar. Tentera Salib
     pimpinan King Almeric berjaya dihalaunya dari bumi Mesir. Wazir Shawar berjaya
     melarikan diri tetapi akhirnya berjaya ditangkap dan kemudian dihukum bunuh.
-    Khalifah Al-Adhid melantik panglima Asasuddin Syirkuh menjadi Wazir Besar
     menggantikan Shawar. Wazir Baru itu segera melakukan perbaikan dan pembersihan
     pada setiap institusi kerajaan secara berperingkat. Sementara anak saudaranya, panglima
     Salahuddin Al-Ayyubi diperintahkan membawa pasukannya mengadakan pembersihan di
     kota-kota sepanjang sungai Nil sehingga Assuan di sebelah utara dan bandar-bandar lain
     termasuk bandar perdagangan Iskandariah.


b. Menutup Kerajaan Syiah Fatimiyah Mesir.
-    Wazir Besar Syirkuh tidak lama memegang jawatannya, kerana beliau wafat pada tahun
     565 H/1169 M. Khalifah Al-Adhid melantik panglima Salahuddin Al-Ayyubi menjadi Wazir
     Besar. Walaupun berkhidmat di bawah Khalifah Kerajaan Fatimiah, Shalahuddin tetap
     menganggap Emir Nuruddin Zanki sebagai ketuanya. Nuruddin Zanki berulang kali
     mendesak Sahalahuddin agar menangkap Khalifah Al-Adhid dan mengakhiri kekuasaan
     Kerajaan Fatimiah untuk seterusnya diserahkan semula kepada Kerajaan Abbasiah di
     Baghdad, tetapi Shalahuddin tidak mahu bertindak terburu-buru.
-    Pada tahun 567 H/1171 Masihi, Salahuddin mengumumkan penutupan Kerajaan Fatimiah
     dan kekuasaan diserahkan semula kepada Kerajaan Abbasiah dalam suasana aman dan
     damai. Ketika pengumuman peralihan kuasa itu dibuat, Khalifah Al-Adhid sedang sakit
     kuat. Sehari selepas pengumuman itu, Khalifah Al-Adhid wafat dan dikebumikan
     sebagaimana kedudukan sebelumnya sebagai Khalifah.


                                                     36
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
TERHAD
JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)


-    Dengan demikian berakhirlah kekuasaan kerajaan Fatimyah yang dikuasai oleh kaum
     Syiah selama 270 tahun. Pengembalian kekuasaan kepada golongan Sunni itu telah
     disambut meriah di seluruh wilayah-wilayah Islam, lebih-lebih di Baghdad dan Syiria atas
     restu Khalifah Al-Mustadhi dan Emir Nuruddin Zanki.


c. Menyatupadukan Kuasa-Kuasa Islam
-    Sebagai satu langkah untuk menghalau kekuasaan Salib di Jeruselam, Salahuddin
     berusaha menyatupadukan wilayah-wilayah Islam terlebih dahulu, kemudian
     menghapuskan para pengkhianat agama dan negara agar peristiwa Wazir Besar Shawar
     tidak berulang lagi.
-    Di Mesir, beliau telah berkuasa penuh, tapi masih tetap taat setia pada kepimpinan
     Nuruddin Zanki dan Khalifah di Baghdad. Tahun 1173 M, Emir Nuruddin Zanki wafat dan
     digantikan oleh puteranya Ismail yang ketika itu baru berusia 11 tahun dan bergelar Mulk
     al Shalih.
-    Apabila Damsyik terdedah pada serangan tentera Salib, Salahudin menggerakkan
     pasukannya ke Syiria untuk mempertahankan kota itu. Setelah Ismail wafat, Shalahuddin
     menyatukan Syria dengan Mesir dan menubuhkan Kerajaan Al-Ayyubiyah dengan beliau
     sendiri sebagai Emirnya yang pertama. Tidak berapa lama kemudian, Sultan Salahuddin
     dapat menggabungkan negeri-negeri An-Nubah, Sudan, Yaman dan Hijaz ke dalam
     kekuasaannya. Wilayah di Afrika Utara juga berjaya dirampas dari kekuasaan tentera
     Salib. Dengan ini kekuasaan Salahuddin telah cukup besar dan kekuatan tenteranya
     cukup ramai untuk mengusir tentera Kristian yang menduduki Baitul Maqdis selama
     berpuluh tahun.


d. Perjuangan Merebut Baitul Maqdis.
Setelah merasa kuat, Sultan Salahuddin menumpukan perhatiannya untuk memusnahkan
tentera Salib yang menduduki Baitul Maqdis dan merebut kota Suci itu semula.
-    Sebagai satu strategi, beliau mula-mula mengajak tentera Salib untuk berdamai. Pihak
     Salib menganggap bahawa Salahuddin telah menyerah kalah, lalu mereka menerima
     perdamaian ini dengan sombong. Sultan Salahuddin pula sudah menjangka bahawa
     orang-orang Kristian itu akan mengkhianati perjanjian, maka ini akan menjadi alasan bagi
     beliau untuk melancarkan serangan. Jangkaan beliau tepat apabila baru sebentar
     perjanjian ditandatangani, kaum Salib telah melanggar perjanjian dan ini memberi
     peluang kepada Salahuddin untuk melancarkan serangan, tapi gagal. Beliau kembali ke
     markasnya dan menyusun kekuatan yang lebih besar.
-    Dalam suasana perdamaian itu pasukan panglima Salib Count Rainald de Chatillon telah
     bergerak untuk menyerang kota Suci Makkah dan Madinah tetapi berjaya dihancurkan
     oleh mujahid Islam di Laut Merah. Dalam perjalanan, Count Rainald telah bertembung dan
     menawan satu kafilah kaum Muslimin yang di dalamnya terdapat seorang saudara
     perempuan Sultan Salahuddin.
-    Berita tersebut sampai ke pengetahuan Sultan Salahuddin lalu mengirim perutusan ke
     Jerussalem agar semua tawanan dibebaskan. Keengganan mereka menyebabkan Sultan
     Salahuddin memimpin pasukan tenteranya bagi menghukum tentera Salib yang sering
     mengkhianati perjanjian itu. Akhirnya berlakulah pertempuran di gunung Hittin sehingga
     dikenal sebagai Perang Hittin.
                                                     37
                           [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
STPM Sejarah Blog
STPM Sejarah Blog
STPM Sejarah Blog
STPM Sejarah Blog
STPM Sejarah Blog
STPM Sejarah Blog
STPM Sejarah Blog
STPM Sejarah Blog
STPM Sejarah Blog
STPM Sejarah Blog

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pengenalan ilmu ketamadunan
Pengenalan ilmu ketamadunanPengenalan ilmu ketamadunan
Pengenalan ilmu ketamadunanAzman Ariffin
 
Modul sejarah _tg42latihan
Modul sejarah _tg42latihanModul sejarah _tg42latihan
Modul sejarah _tg42latihanPhoebe Phil
 
artikel sejarah peradaban islam
artikel sejarah peradaban islamartikel sejarah peradaban islam
artikel sejarah peradaban islamghozali27
 
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadunPENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadunAmin Upsi
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   PengenalanBab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalanwanarizwan
 
Topik 1 pengenalan-ilmu_ketamadunan
Topik 1 pengenalan-ilmu_ketamadunanTopik 1 pengenalan-ilmu_ketamadunan
Topik 1 pengenalan-ilmu_ketamadunanAqilah Khabir
 
Tamadun islam dan asia(TITAS)
Tamadun islam dan asia(TITAS)Tamadun islam dan asia(TITAS)
Tamadun islam dan asia(TITAS)elmi ikhwan
 
Nota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newNota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newKero Nuex
 
Sejarah 4 tingkatan bab 1
Sejarah 4 tingkatan bab 1Sejarah 4 tingkatan bab 1
Sejarah 4 tingkatan bab 1sintaro57
 
3.Pembinaan, Perkembangan & Kemerosotan
3.Pembinaan, Perkembangan & Kemerosotan3.Pembinaan, Perkembangan & Kemerosotan
3.Pembinaan, Perkembangan & KemerosotanWanBK Leo
 
01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunanAdzmir Nasir
 
Assignment ti tas
Assignment ti tasAssignment ti tas
Assignment ti tasfaizah12
 
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannyaLee San
 

La actualidad más candente (20)

Pengenalan ilmu ketamadunan
Pengenalan ilmu ketamadunanPengenalan ilmu ketamadunan
Pengenalan ilmu ketamadunan
 
Nota1
Nota1Nota1
Nota1
 
Modul sejarah _tg42latihan
Modul sejarah _tg42latihanModul sejarah _tg42latihan
Modul sejarah _tg42latihan
 
artikel sejarah peradaban islam
artikel sejarah peradaban islamartikel sejarah peradaban islam
artikel sejarah peradaban islam
 
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIAPENGENALAN ILMU KETAMADUNAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
PENGENALAN ILMU KETAMADUNAN DALAM PEMBINAAN TAMADUN MALAYSIA
 
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadunPENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
PENGAJIAN KENEGARAAN pengenalan tamadun
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   PengenalanBab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan
 
Topik 1 pengenalan-ilmu_ketamadunan
Topik 1 pengenalan-ilmu_ketamadunanTopik 1 pengenalan-ilmu_ketamadunan
Topik 1 pengenalan-ilmu_ketamadunan
 
Tamadun islam dan asia(TITAS)
Tamadun islam dan asia(TITAS)Tamadun islam dan asia(TITAS)
Tamadun islam dan asia(TITAS)
 
Nota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.newNota lengkap modul titas.new
Nota lengkap modul titas.new
 
Sejarah 4 tingkatan bab 1
Sejarah 4 tingkatan bab 1Sejarah 4 tingkatan bab 1
Sejarah 4 tingkatan bab 1
 
3.Pembinaan, Perkembangan & Kemerosotan
3.Pembinaan, Perkembangan & Kemerosotan3.Pembinaan, Perkembangan & Kemerosotan
3.Pembinaan, Perkembangan & Kemerosotan
 
01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan01 pengajian ketamadunan
01 pengajian ketamadunan
 
Assignment ti tas
Assignment ti tasAssignment ti tas
Assignment ti tas
 
tamadun awal manusia ting 4
tamadun awal manusia ting 4tamadun awal manusia ting 4
tamadun awal manusia ting 4
 
Bab 2 Nilai-nilai universal tamadun islam
Bab 2   Nilai-nilai universal tamadun islamBab 2   Nilai-nilai universal tamadun islam
Bab 2 Nilai-nilai universal tamadun islam
 
Rpt t4 sejarah 2016
Rpt t4   sejarah 2016Rpt t4   sejarah 2016
Rpt t4 sejarah 2016
 
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
29583904 interaksi-antara-tamadun-islam-dengan-tamadun-melayu-serta-kesannya
 
TAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAMTAMADUN ISLAM
TAMADUN ISLAM
 

Similar a STPM Sejarah Blog

Kuliah 1 konsep tamadun
Kuliah 1 konsep tamadunKuliah 1 konsep tamadun
Kuliah 1 konsep tamadunAzman Ariffin
 
Tamadun IslamSebagai Peradaban
Tamadun IslamSebagai PeradabanTamadun IslamSebagai Peradaban
Tamadun IslamSebagai Peradabanaljuhr
 
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Afiq Izzudin
 
AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)
AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)
AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)As Nuurien Najma
 
Sejarahperadabanislam1 120312105351-phpapp02 (1)
Sejarahperadabanislam1 120312105351-phpapp02 (1)Sejarahperadabanislam1 120312105351-phpapp02 (1)
Sejarahperadabanislam1 120312105351-phpapp02 (1)Haidar Bashofi
 
Sejarah dan konservasi perkotaan sebagai dasar perancangan kota
Sejarah dan konservasi perkotaan sebagai dasar perancangan kotaSejarah dan konservasi perkotaan sebagai dasar perancangan kota
Sejarah dan konservasi perkotaan sebagai dasar perancangan kotaMuhammad Bagas
 
Sejarah peradaban islam 1
Sejarah peradaban islam 1Sejarah peradaban islam 1
Sejarah peradaban islam 1Chaerul Uman
 
TITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun IslamTITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun IslamAmirah Basir
 
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNGTAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNGImperial University
 
Sejarah Kebudayaan Islam
Sejarah Kebudayaan Islam Sejarah Kebudayaan Islam
Sejarah Kebudayaan Islam Baitinnajmah
 
Ac301 tamadun islam
Ac301   tamadun islamAc301   tamadun islam
Ac301 tamadun islamsafwanpbs
 
titas Titas 1 [autosaved]
titas Titas 1 [autosaved]titas Titas 1 [autosaved]
titas Titas 1 [autosaved]Khazlena
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   Pengenalan Bab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan wanarizwan
 

Similar a STPM Sejarah Blog (20)

Kuliah 1 konsep tamadun
Kuliah 1 konsep tamadunKuliah 1 konsep tamadun
Kuliah 1 konsep tamadun
 
Tamadun IslamSebagai Peradaban
Tamadun IslamSebagai PeradabanTamadun IslamSebagai Peradaban
Tamadun IslamSebagai Peradaban
 
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)Bab 2 (peradaban dan tamadun)
Bab 2 (peradaban dan tamadun)
 
AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)
AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)
AA301 – KULIAH 1 (PENGENALAN TAMADUN)
 
Sejarahperadabanislam1 120312105351-phpapp02 (1)
Sejarahperadabanislam1 120312105351-phpapp02 (1)Sejarahperadabanislam1 120312105351-phpapp02 (1)
Sejarahperadabanislam1 120312105351-phpapp02 (1)
 
51 nota t4
51 nota t451 nota t4
51 nota t4
 
Sejarah dan konservasi perkotaan sebagai dasar perancangan kota
Sejarah dan konservasi perkotaan sebagai dasar perancangan kotaSejarah dan konservasi perkotaan sebagai dasar perancangan kota
Sejarah dan konservasi perkotaan sebagai dasar perancangan kota
 
Membangun Peradaban Islam
Membangun Peradaban IslamMembangun Peradaban Islam
Membangun Peradaban Islam
 
Sejarah peradaban islam 1
Sejarah peradaban islam 1Sejarah peradaban islam 1
Sejarah peradaban islam 1
 
TITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun IslamTITAS - Tamadun Islam
TITAS - Tamadun Islam
 
Konsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan IslamKonsep Ketamadunan Islam
Konsep Ketamadunan Islam
 
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNGTAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
TAMADUN ISLAM TAMADUN ASIA SEMENANJUNG
 
Sejarah Kebudayaan Islam
Sejarah Kebudayaan Islam Sejarah Kebudayaan Islam
Sejarah Kebudayaan Islam
 
Hsp sej f4b
Hsp sej f4bHsp sej f4b
Hsp sej f4b
 
Ac301 tamadun islam
Ac301   tamadun islamAc301   tamadun islam
Ac301 tamadun islam
 
titas Titas 1 [autosaved]
titas Titas 1 [autosaved]titas Titas 1 [autosaved]
titas Titas 1 [autosaved]
 
Bab 1 Pengenalan
Bab 1   Pengenalan Bab 1   Pengenalan
Bab 1 Pengenalan
 
PELAJARAN 1.pptx
PELAJARAN  1.pptxPELAJARAN  1.pptx
PELAJARAN 1.pptx
 
Hns 2013 power point
Hns 2013   power pointHns 2013   power point
Hns 2013 power point
 
Kuliah 1 pitos 101
Kuliah 1 pitos 101Kuliah 1 pitos 101
Kuliah 1 pitos 101
 

Más de Nur faizah Baharin (20)

Motor control and_learning
Motor control and_learningMotor control and_learning
Motor control and_learning
 
Psikologi
PsikologiPsikologi
Psikologi
 
Bab 3
Bab 3Bab 3
Bab 3
 
Bab 2
Bab 2Bab 2
Bab 2
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Bab 1 full
Bab 1 fullBab 1 full
Bab 1 full
 
Bab 2 baru peta minda
Bab 2 baru peta mindaBab 2 baru peta minda
Bab 2 baru peta minda
 
Sejarah 1 skema
Sejarah 1 skemaSejarah 1 skema
Sejarah 1 skema
 
Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012
Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012
Rashman soalan sejarah 2 terengganu 2012
 
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
Rashman skema sejarah 2 perlis 2012
 
Rashman skema k2 negeri sembilan
Rashman skema k2 negeri sembilan Rashman skema k2 negeri sembilan
Rashman skema k2 negeri sembilan
 
Rashman sejarah 2 selangor
Rashman sejarah 2 selangorRashman sejarah 2 selangor
Rashman sejarah 2 selangor
 
Rashman sejarah 1 selangor
Rashman sejarah 1 selangorRashman sejarah 1 selangor
Rashman sejarah 1 selangor
 
Bm2 ppcb stpm trengganu 2012
Bm2 ppcb stpm trengganu 2012Bm2 ppcb stpm trengganu 2012
Bm2 ppcb stpm trengganu 2012
 
Bm1 ppcb stpm trengganu 2012
Bm1 ppcb stpm trengganu 2012Bm1 ppcb stpm trengganu 2012
Bm1 ppcb stpm trengganu 2012
 
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5][Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
[Edu.joshuatly.com] trial johor spm 2012 b.melayu (no ans) [7 ce6cef5]
 
Bm1 ppcb stpm selangor 2012
Bm1 ppcb stpm selangor 2012Bm1 ppcb stpm selangor 2012
Bm1 ppcb stpm selangor 2012
 
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012Skema bm 2 percubaan stpm 2012
Skema bm 2 percubaan stpm 2012
 
Skema bm2 stpm selangor 2012
Skema  bm2 stpm selangor 2012Skema  bm2 stpm selangor 2012
Skema bm2 stpm selangor 2012
 
Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012
Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012
Skema jawapan bahasa melayu 1 trial 2012
 

STPM Sejarah Blog

  • 1. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) BAHAGIAN A 1. Huraikan konsep tamadun dan ciri-ciri tamadun dengan merujuk contoh-contoh sesuai tamadun awal manusia. [25] 2. Bincangkan peranan Hammurabi dalam pembentukan dan pengukuhan empayar Babylon. [25] 3. Bincangkan pemikiran Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa. [25] 4. Terangkan konsep Kapitalisme. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculannya di Eropah Barat pada abad ke-18. [25] 5. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan kepentingan pendidikan formal bagi memenuhi kehendak negara dalam tamadun awal manusia. [25] 6. Terangkan sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China. [25] 7. Nilaikan kepentingan penjelajahan dan penemuan oleh Cristopher Columbus, Ferdinand Magellan dan Vasco Da Gamma kepada perkembangan politik dan ekonomi dunia. [25] 8. Bandingkan dasar pemerintahan negara kota Athens bermula pada tahun 495SM dengan negara kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. [25] BAHAGIAN B 9. Huraikan kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasullullah s.a.w di Madinah. [25] 10. Bincangkan peranan Khalifah Abu Bakar al-Siddik sehingga beliau dianggap sebagai 'penyelamat negara dan umat Islam". [25] 11. Jelaskan etika dan strategi yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika menghadapi peperangan. [25] 12. Terangkan prinsip-prinsip ekonomi Islam dan kaitkan pelaksanaannya dalam pelbagai aktiviti dan sumber ekonomi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. [25] 13. Huraikan peranan Sultan Salahuddin al-Ayubi dalam Perang Salib. [25] 14. Bincangkan faktor-faktor yang menyumbang kepada kegemilangan Baghdad sebagai pusat kegiatan intelektual pada zaman Abbasiyyah. [25] 15. Huraikan sejauhmanakah Undang-undang Adat Melaka dipengaruhi Islam. [25] 1 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 2. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) 16. Bandingkan matlamat penjelajahan dan penerokaan di antara masyarakat Islam dan Barat pada abad ke- 15 - 16 Masehi. [25] BAHAGIAN A 1. Huraikan konsep tamadun dan ciri-ciri tamadun dengan merujuk contoh-contoh sesuai tamadun awal manusia. Pendahuluan (3 markah) a. Tamadun merujuk kepada pencapaian sesuatu bangsa dari segi lahiriah dan rohaniah, tamadun mula berkembang selepas penciptaan sistem tulisan. Munculnya masyarakat bertamadun adalah berasaskan faktor alam persekitaran dan perkembangan teknologi pada tahap Neolitik telah memberi sumbangan kepada pembentukan masyarakat bertamadun. b. Tamadun awal bermula di Sumeria sekitar 3500 S.M. dan diikuti oleh tamadun Mesir Purba pada 3300 S.M, tamadun Indus dan diikuti tamadun Hwang Ho. c. Perkembangan tamadun berlaku secara berperingkat-peringkat d. Tamadun-tamadun awal manusia. Isi – isi Jawapan (21 markah) 1. Konsep Tamadun (3 markah) - Istilah tamadun berasal daripada perkataan Arab, iaitu Mudun, Madain dan Madana. Perkataan Madana membawa maksud “tinggi budi bahasa atau pembukaan Bandar”. - Dalam bahasa Inggeris, perkataan yang sinonim dengan tamadun ialah civilization berasal daripada perkataan Greek Civitas yang bermaksud “bandar” - Bagi masyarakat Barat, tamadun ialah pencapaian lahiriah dalam hal pentadbiran, penulisan, undang-undang, kepercayaan, agama, kesenian, perbandaran, sistem tulisan dan adat resam. - Menurut Colin Renfew, terdapat tiga ciri yang menjadi pemangkin kepada lahiriah tamadun, iaitu kemunculan bandar, tempat ibadat dan sistem tulisan - Gordon Childe berpendapat revolusi urban meletakkan asas bagi perkembangan tamadun khususnya dari segi perkembangan budaya material, intelektual dan kesenian. - Arnold J.Tonybee mentakrifkan tamadun sebagai suatu pemikiran dan gaya kebudayaan yang melahirkan institusi politik, undang-undang, kesenian, kesusasteraan, agama dan akhlak. - Sarjana-sarjana Islam pula berpendapat tamadun merangkumi pembangunan dari segi lahiriah dan rohaniah. Menurut Syed Naquib al-Attas, tamadun ialah pencapaian tahap tatasusila yang tinggi dan kebudayaan yang luhur oleh sesebuah masyarakat - Dapat dirumuskan bahawa tamadun tidak hanya mementingkan pencapaian lahiriah tetapi juga diiringi dengan pencapaian dalam aspek kerohanian 2. Ciri-ciri umum pembentukan tamadun awal manusia ( 6 isi x 3 markah = 18 markah) a. Petempatan kekal: Petempatan awal terdiri daripada kampung yang didirikan berhampiran sungai. Kampung-kampung ini berkembang dan menjadi bandar yang berperanan sebagai pusat tamadun awal.Antara petempatan awal yang berkembang menjadi pusat tamadun awal ialah tamadun Indus (lembah sungai Indus), tamadun 2 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 3. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) Mesir (lembah Sungai Nil), tamadun Mesopotamia (lembah Sungai Tigris dan Euphrates) dan tamadun Hwang Ho (Lembah Sungai Hwang Ho / Sungai Kuning). b. Pembandaran : Pertambahan penduduk dan kemajuan dalam bidang ekonomi menyebabkan kampung berkembang menjadi Bandar. Antara Bandar penting dalam tamadun awal ialah Mohenjo Daro dan Harappa di Lembah Sungai Indus; Anyang,Loyang dan Cheng Chow di lembah Sungai Kuning serta Thinis, Thebes dan Memphis di Mesir. Bandar memainkan peranan sebagai pusat kegiatan ekonomi, pusat pentadbiran, pusat keagamaan, pusat pendidkan dan pusat perindustrian. Bandar- bandar berkembang pesat dan muncul negara kota seperti Babylon, Kish, Nippur, Lagash, Uruk, Ur, Eridu, Assur dan Mari di Mesopotamia. c. Organisasi sosial: Cara kehidupan bandar mewujudkan sistem sosial bersusun lapis terutamanya golongan memerintah dengan golongan yang diperintah. Sistem sosial dalam masyarakat tamadun awal berbentuk piramid. Lapisan paling atas terdiri daripada golongan pemerintah yang diketuai oleh raja, lapisan kedua ialah golongan pembesar yang terdiri daripada golongan pendeta, kumpulan pentadbir dan golongan cendikiawan. Lapisan ketiga ialah golongan rakyat biasa yang bergiat dalam aktiviti pertanian dan perdagangan dan lapisan terakhir ialah golongan hamba yang bergantung kepada lapisan-lapisan di atasnya. Struktur masyarakat terbukti di Lagash, Ur dan Sumer di tamadun Sumeria dan Memphis di tamadun Mesir. d. Sistem pemerintahan dan pentadbiran: Dalam tamadun Mesir Purba, sistem pemerintahan diwujudkan untuk menjalankan pentadbiran, menjaga keamanan dan mengurus pengagihan makanan di dalam negara. Kewujudan pemerintahan melahirkan sistem perundangan yang menjamin keamanan sesebuah tamadun. Pemerintahan diterajui oleh raja dan dibantu oleh golongan bangsawan dan pegawai kerajaan. e. Agama dan kepercayaan: Antara agama dan kepercayaan masyarakat tamadun awal ialah politeisme, animisme, kepercayaan dewa, dan pemujaan roh nenek moyang. Secara evolusi kepercayaan animisme berkembang menjadi politeisme, iaitu penyembahan lebih darpada satu tuhan. Kepercayaan politeisme terdapat dalam tamadun-tamadun awal seperti India, Mesir, Mesopotamia dan China. f. Pengkhususan kerja: Masyarakat mula menjalankan pelbagai jenis kegiatan ekonomi seperti pertanian, perdagangan, pertukangan dan pembuatan. Perkembangan ini melahirkan golongan pedagang, peniaga, artisan yang menghasilkan pelbagai barangan mengikut kepakaran masing-masing. Golongan wanita terlibat dalam bidang pertanian manakala golongan lelaki berkhidmat sebagai tentera dan tukang-tukang mahir.Terdapat juga anggota masyarakat yang berkhidmat sebagai askar bagi mempertahankan negara daripada serangan musuh. g. Bahasa dan tulisan: Antara bahasa yang tertua ialah bahasa Yunani dan bahasa Sanskrit. Sistem tulisan awal ialah hieroglif, cuneiform dan ideogram. Tulisan yang digunakan dalam tamadun awal membentuk gambar, simbol dan pepaku. Antara peranan bahasa dan tulisan dalam tamadun awal ialah sebagai alat penyebaran ilmu pengetahuan, alat perhubungan dalam sesebuah masyarakat dan antara satu masyarakat dengan masyarakat lain untuk menyampaikan, memperkembangkan dan mencatatkan idea dan pemikiran manusia. 3 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 4. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) h. Kemajuan Ekonomi. i. Kemajuan sains dan teknologi. j. Kemajuan undang-undang Kesimpulan (1 markah) - Secara keseluruhannya, kemajuan sesebuah tamadun itu menunjukkan bentuk kehidupan yang formal, berorganisasi dan lebih kompleks berbanding zaman sebelumnya. - Apa sahaja yang berkaitan. 4 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 5. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) 2. Bincangkan peranan Hammurabi dalam pembentukan dan pengukuhan empayar Babylon. Pendahuluan (3m) a. Empayar Babylon diasaskan oleh Sumu Abum, seorang ketua suku kaum Amorite pada tahun 1894 SM. b. Empayar ini mencapai zaman kegemilangan semasa pemerintahan Hammurabi. Hammurabi berjaya mewujudkan keamanan, memperkenalkan kod undang-undang dan mengasaskan sistem pentadbiran yang teratur. c. Semasa pemerintahannya, Babylon menjadi sebuah empayar yang besar dan terkenal. Isi-isi jawapan: [5 isi x 4m =20 Markah] Peranan Hammurabi untuk mengukuhkan empayar Babylon a. Menjalankan dasar perluasan kuasa. Beliau melancarkan ekspedisi ketenteraan untuk meluaskan pengaruh dan kekuasaan. Antara kempen ketenteraan yang dilancarkan oleh Hammurabi ialah kempen menawan Isin, Uruk, Malgum, Rapiqum dan Larsa. Kesan daripada dasar peluasan kuasa yang agresif, empayar Babylon terbentang luas meliputi wilayah Sumer, Akkad dan Assyria. b. Mewujudkan sistem pentadbiran pusat yang kukuh. Bagi menangani masalah dalam dan luar negara, beliau melaksanakan dasar kekerasan dan kesederhanaan. Selain itu, beliau juga melantik gabenor untuk mentadbir wilayah. Gabenor-gabenor ini dikawal ketat dan segala tindakan mereka akan dilaporkan kepada kerajaan pusat. c. Menubuhkan Majils Orang Tua di peringkat wilayah untuk memungut cukai dan mengadili kes-kes kecil. Menerusi langkah-langkah ini Hammurabi berjaya melahirkan empayar yang kukuh. d. Mewujudkan struktur organisasi ketenteraan yang sistematik. Maklumat lengkap tentang askar-askar disimpan dalam rekod pendaftaran negara. Anggota tentera juga diberikan hak-hak keistimewaan seperti dikurniakan tanah yang tidak boleh dipindah milik dan binatang ternakan. Terdapat juga undang-undang yang menghalang pegawai atasan daripada mengeksploitasikan anggota tentera. e. Memperbaharui taktik peperangan dengan memperkenalkan penggunaan kereta kuda dalam medan peperangan. Langkah-langkah ini berjaya mengukuhkan empayar Babylon. 5 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 6. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) f. Mendorong oleh perkembangan pesat dalam bidang ekonomi seperti pertanian, perdagangan, perindustrian dan perbankan. Kegiatan pertanian merupakan sumber ekonomi utama masyarakat Babylon diikuti oleh perdagangan. Pedagang-pedagang mengimport pelbagai jenis barangan mewah dan bahan mentah untuk kegunaan istana dan rumah berhala. kegiatan perdagangan, perindustrian dan perbankan dikawal oleh kerajaan. Kepesatan pertumbuhan ekonomi menyebabkan empayar Babylon menjadi sebuah empayar yang kuat. g. Memperkenalkan kod undang-undang Hammurabi sebagai satu langkah untuk mengukuhkan empayar Babylon. Undang-undang- Hammurabi mengandungi 282 fasal yang meliputi perkara-perkara yang berkaitan dengan perdagangan, perkahwinan, kekeluargaan dan perwarisan harta. Undang-undang ini menetapkan hukuman yang berat bagi kesalahan seperti merompak, melakukan jampi dan membunuh. Undang-undang ini juga menggariskan peraturan-peraturan berhubung dengan pewarisan harta. Dengan adanya undang-undang ini, maka wujud keamanan dalam empayar. Kesimpulan (2m) a. Hammurabi memainkan peranan penting dalam pengukuhan empayar Babylon. Beliau berjaya mewujudkan keadaan politik yang stabil serta keamanan dengan menubuhkan pentadbiran pusat dan wilayah yang kukuh. b. Beliau juga memberi sumbangan dalam bidang ekonomi, politik, sosial dan perundangan. Empayar Babylon mengalami kemerosotan selepas kemangkatan Hammurabi. 6 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 7. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) 3. Bincangkan pemikiran Kautilya dalam karyanya Arthasastra untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa. Pendahuluan (3m) a. Kautilya merupakan seorang Brahmin dan menjadi Ketua Menteri kepada Chandragupta Maurya. Kautilya hidup pada dinasti awal empayar Maurya di utara India. Beliau dikenali juga sebagai Chanakya atau Vishnugupta. b. Karya Arthasastra ( Science of Gain of power ) pada –ke 3 yang dihasilkan pada abad ke- 3 masihi merupakan buku tentang hal ehwal ketatanegaraan, pentadbiran diplomasi, peperangan dan ekonomi. c. Melalui karya ini, Kautilya telah mengemukakan pelbagai strategi dan kaedah dalam peperangan untuk membantu pemerintah mengukuhkan kuasa. Isi- Isi Jawapan ( 7isi X 3 Markah = 21 Markah ) Pemikiran Kautilya dalam karyanya Arthasastra a. Menggariskan Peranan Pemerintah Hubungan Diplomatik. Beliau menggariskan enam pekara untuk berbaik-baik dengan negara luar. - Mementingkan keamanan iaitu ‘ saman ‘iaitu perdamaian dengan musuh yang lemah. - Persediaan untuk berperang - Membiarkan musuh melancarkan serangan pertama. - Bersekutu dengan musuh. - Mengamalkan dasar duaan iaitu bersekutu dengan musuh dan melancarkan serangan ke atas musuh lain. - Melancarkan serangan pertama. b. Menggariskan Peranan Pemerintah untuk Mencapai Kemenangan - Memujuk musuh dengan rasuah atau ‘dana’dan perbincangan. - Meencetuskan persengketaan - Menanamkan benih-benih permusuhan - Melancarkan ppeperangan terakhir jika semua strategi dirancang gagal. c. Mempengaruhi Tindakan Raja Hindu dan Pahlawan Marathas 7 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 8. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) Beliau menjadikan peperangan ada kaitan dengan unsure spiritual dan upacara keagamaan Hindu iaitu mengelakkan ‘kelahiran semula’ jika beroleh kemenangan melalui peperangan seperti yang disarankan oleh agama Hindu. d. Peranan/ Dasar Pemerintah Terhadap Musuh Karyanya menyarankan seorang pemerintah atau putera yang ingin berjaya mesti mengetahui kekuatan tenteranya dan kelemahan tentera musuh sebelum melancarkan kempen ketenteraan.Pemerintan dibantu oleh pahlawan-pahlawan dan pasukan tentera terlatih. e. Peranan Pemerintah Menjamin Kesejahteraan Rakyat Pemerintah perlu mengelakkan peperangan untuk memastikan keselamatan rakyat. Pemerintah mesti mengambil kesempatan melakukan kemahiran tipu muslihat serta berkomplot menggunakan perisik, pelacur, merasuah pegawai merasuah tukang masak dan seluruh ahli istana daripada menggunakan kegagahan dan kehandalan. f. Pemerintahan Menjalankan Dasar Kekejaman dan Bijak Untuk menghadapi musuh, ‘bheda’ digunakan iaitu cara melaga-lagakan musuh dengan menimbulkan isu-isu sensitif. Raja peunjukan kekejaman untuk menakutkan tentera musuh serta menggunakan kekerasan konsep ‘ danda’ iaitu kayu atau besi yang kuat ke atas orang jahat dan musuh. g. Kautilya memperkenalkan teori ‘mandala’. Menurutnya pemerintah mesti bijak mencari kawan dan berbaik-baik dengan musuh negara yang akan diperangi. Apabila peperangan berlaku, sudah tentu musuh tersebut akan membantu kita. h. Arthasastra mencadangkan supaya pemerintah mewujudkan badan pengintipan untuk mencari rahsia dan menyampaikan maklumat kepada pemerintah. i. Melalui karya ini, Kautilya telah menyatakan bahawa dunia ini penuh dengan kejahatan. Jadi, orang yang kuat tidak pernah berasa belas kasihan kepada yang lemah. Oleh itu raja yang bersikap jujur dan bersimpati kepada musuh dianggap bodoh kerana raja berkenaan akan mudah dikalahkan oleh musuh-musuhnya. j. Kautilya juga menyarankan supaya seseorang raja tidak boleh mempercayai sesiapa termasuk anak dan isteri kerana mereka boleh menjadi ejen kepada pihak musuh yang boleh menjatuhkan kuasa raja. Makanan raja hendaklah diuji terlebih dahulu kerana bimbang makanan itu mengandungi racun. Kesimpulan ( 1 Markah ) - Apa sahaja yang berkaitan 8 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 9. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) 4. Terangkan konsep kapitalisme. Huraikan faktor-faktor yang menyebabkan kemunculannya di Eropah Barat pada abad ke-18. Pendahuluan (3 markah) a. Ekonomi bermaksud dari perkataan Yunani yang bermakna pengurusan rumah tangga. b. Sistem ekonomi pula bermakna satu bentuk aturan yang berlangsung dalam perjalanan ekonomi tersebut dan ia bukan sahaja membabitkan hal-hal mengenai wang, barangan, pengeluaran pengagihan, pertukaran, penjualan dan sebagainya tetapi juga membabitkan keseluruhan aspek yang berkaitan dengannya. c. Secara keseluruhannya, terdapat pelbagai sistem ekonomi yang diamalkan oleh manusia sepanjang sejarah. Salah satu sistem ekonomi yang berkembang pesat dan kemudianya begitu mempengaruhi sistem ekonomi hingga ke hari ini adalah sistem ekonomi bebas. Dalam hal ini, lebihan menjadi elemen penting dan kebebasan menjadi keutamaan. Kebebasan di sini bermakna setiap individu atau syarikat bebas untuk memiliki harta, mengumpul modal dan selanjutnya menjalankan pelbagai kegiatan perniagaan dan perdagangan yang bermatlamat keuntungan maksimum. Kapital atau modal merupakan antara aspek penting dalam sistem ekonomi ini. Isi-isi jawapan 1. Konsep Kapitalisme (5 markah) a. Kapitalisme ialah aktiviti ekonomi dagangan bebas yang mengeluarkan modal yang besar dan mengutamakan keuntungan serta pengeluaran berskala besar. b. Kapitalisme adalah sistem ekonomi yang dikuasai oleh golongan yang mempunyai modal yang besar dan terlibat dalam aktiviti perdagangan dan kegiatan perniagaan. c. Satu sistem ekonomi yang memberikan kebebasan kepada individu atau syarikat menentukan kegiatan ekonomi yang ingin mereka lakukan. Kegiatan ekonomi lebih berasaskan kepada keuntungan semata-mata. Justeru masalah asas ekonomi diselesaikan melalui mekanisme harga iaitu harga menjadi petunjuk kepada apa, 9 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 10. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) berapa, bagaimana dan untuk siapa sesuatu barangan dan perkhidmatan itu hendak dikeluarkan. d. Pemilikan – milik pihak swasta, mempunyai kebebasan memilih dan menggunakan faktor-faktor pengeluaran. Semua keperluan ekonomi mengenai punca pengeluaran tidak dipengaruhi oleh kerajaan. e. Pilihan – individu dalam pasaran kapitalis bebas membuat sebarang pilihan. Pengeluar bebas menentukan apa dan bagaimana sesuatu barangan itu hendak dikeluarkan. Pengeluar dalam sistem ini boleh menggunakan teknik pengeluaran yang palking cekap untuk mengurangkan kos pengeluarannya sama ada memilih ramai buruh atau mesin. Semua pilihan ditentukan oleh harga dalam pasaran. f. Mendapat untung – merupakan motif utama. Firma akan memaksimumkan untung dengan meminimakan kos pengeluaran. g. Persaingan – bersaing dalam pemasaran keluaran masing-masing iaitu sama ada persaingan harga atau kualiti atau perkhidmatan. h. Melibatkan sistem pembayaran upah kepada kaum buruh berdasarkan prinsip persaingan perniagaan untuk mendapatkan peluang pekerjaan. 2. Faktor-faktor kemunculan ekonomi kapitlisme di Eropah Barat pada abad ke-18M (5 isi x 3m = 15m) a. Kemerosotan feudal: Sekitar abad ke 11 hingga 13 Masihi, perubahan besar berlaku dalam ekonomi, sosial dan politik di Eropah apabila sistem feudal yang sebelumnya begitu mendominasi kehidupan masyarakat Eropah telah semakin merosot. Kini masyarakat Eropah tidak lagi begitu terkongkong dan tertutup sebagaimana kehidupan mereka sistem feudal. Kini meraka mula berinteraksi dengan dunia luar. Tuan-tuan tanah kini mula menyewakan tanah mereka sebagaimana sebelumnya. Selain itu pemilik-pemilik tanah juga menyewakan tanah-tanah mereka kepada pengusaha- pengusaha bebas yang memerlukan tanah sama ada untuk membuka ladang membina bangunan perdagangan dan sebagainya. Hal ini secara langsung telah mngembangkan siatem kapitalis. Kini tanah mula dinilai berdasarkan harga pasaran dan mampu menjadi modal penting dalam satu-satu sektor perekonomian. b. Perang Salib turut membantu kepada perkembangan sistem kapitalis. Kebanyakan tentera dan petani yang sebelumnya dikerahkan sebagai tentera di medan Perang Salib menentang tentera-tentera Islam tidak lagi kembali ke kampung halaman mereka. Sebaliknya mereka menetap di bandar-bandar yang telah mula berkembang sejak Perang Salib dan selanjutnya menjalankan pelbagai aktiviti komersial dan perdagangan. Aktiviti perdagangan dengan negara luar telah kembali berkembang pesat terutamanya dengan kawasan Timur-Tengah, India, China dan seumpamanya. Keadaan ini telah melahirkan golongan pedagang yang memperoleh keuntungan yang besar daripada aktiviti ini. Keadaan ini juga, melahirkan rantaian perdagangan dengan kemunculan sektor-sektor lain yang berkaitan denganya seperti bank, broker komoditi dan sebagainya. Ia secara langsung memperkembangakan sistem kapitalis. c. Perkembangan ekonomi terutamanya aktiviti perniagaan dan perdagangan telah melahirkan institusi-institusi kewangan seperti bank yang memberi pinjaman kepada golongan pedagang atau peniaga. Pinjaman yang diberikan akan dikenakan bunga dalam kadar yang tertentu dan dari sini institusi kewangan ini memperolehi keuntungan. 10 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 11. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) Institusi kewangan ini bermula di Genoa, Tuscany, Florence dan sebagainya. Kewujudan institusi kewangan ini merupakan petanda baik kepada perkembangan sistem kapitalis. d. Kemunculan bandar dan golongan pertengahan. Mereka menjadi antara medium penting yang mengisi ruang-ruang pekerjaan di bandar-bandar yang pesat berkembang. Golongan pertengahan ini membabitkan diri dalam aktiviti bukan pertanian. Keadaan ini secara langsung memperbesarkan kegiatan ekonomi bandar. Malahan sebahagian daripada mereka telah mula membentuk hubungan dengan kawasan luar bandar yang menjadi pembekal penting kepada bandar terutama dari sudut keperluan barangan makanan. Mereka bertindak untuk mendapatkan hasil makanan dari luar bandar dan kemudianya dipasarkan dengan harga yang lebih mahal di bandar. Kaedah ini secara langsung memperkembangkan sistem kapitalis di Eropah. e. Kemunculan idea negara bangsa juga sedikit sebanyak mambantu perkembangan sistem kapitalis. Ini berlaku apabila setiap negara bangsa akan berpegang kepada keinginan untuk memajukan negara mereka. Perlumbaan dilakukan dengan negara bangsa yang berbeza melalui perdagangan dan aktiviti-aktiviti komersial lainya. Hal inilah yang membawa kepada penubuhan syarikat-syarikat perdagangan yang diberikan piagam oleh pihak pemerintah seperti Syarikat Timur Belanda, Syarikat Hindia Timur Inggeris dan sebagainya. Dalam usaha untuk menguasai laluan perdagangan dan perniagaan barangan bernilai seperti teh dan rempah, maka syarikat-syarikat ini akan belayar ke Timur dan seterusnya melahirkan idea imperilisme. Oleh yang demikian tidak sedikit pun sarjana melihat hubungan yang erat antara kapitalisme dan imperlisme. f. Kewujudan koloni-koloni Eropah di Asia, Afrika, Amerika dan sebagainya. Koloni-koloni ini dijadikan sebagai tapak untuk memperkembangkan usaha pertanian dan perdagangan. Selain hasil-hasil yang sedia ada, mereka juga mula mengusahakan hasil-hasil baru melalui pengenalan aktiviti pertanian. g. Revolusi Perindustrian dan Pertanian. Perindustrian telah menyebabkan kelahiran bandar-bandar industri golongan pengusaha yang memerlukan satu pengumpulan modal dalam aktiviti ekonomi. Hal ini berangsung degan pesat di England, Perancis, Jerman dan Itali yang secara langsung telah memprkembangkan sistem ekonomi kapitalis. Kesimpulan (2 Markah) Apa-apa yang berkaitan 11 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 12. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) 5. Dengan memberikan contoh-contoh yang sesuai, bincangkan kepentingan pendidikan formal bagi memenuhi kehendak negara dalam tamadun awal manusia. Pendahuluan (3m) a. Pendidikan berbentuk formal berkait rapat dengan pembentukan masyarakat yang kian bertambah kompleks. b. Berbagai-bagai institusi telah diwujudkan untuk memenuhi keperluan masyarakat dan pemerintahan. Antaranya ialah tempat ibadat, istana, rumah guru, sekolah, kolej, dan universiti. c. Walaupun terdapat banyak perbezaan dari segi organisasi dan pelaksanaannya tetapi dapat dikenal pasti beberapa objektif yang menggariskan pembentukannya, iaitu keperluan melahirkan golongan cerdik pandai, keperluan agama, sistem kerajaan dan pemerintahan, masyarakat, dan sebagainya. Isi-isi Penting (5 isi X 4 markah = 20 Markah) Kepentingan pendidikan formal a. Pendidikan formal untuk melahirkan golongan cerdik pandai: Pendidikan kerap kali dikaitkan dengan golongan yang berpengatuhan atau berilmu. Objektif pendidikan termasuk untuk melengkapkan seseorang dengan ilmu pengetahuan, melahirkan rakyat yang boleh menulis dan membaca atau golongan scribes. Di Yunani misalnya, muncul golongan pendidik professional yang dikenali sebagai Sophist yang dapat memenuhi 12 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 13. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) aspirasi-aspirasi warganegara Athens untuk menjadi negarawan yang cekap, contoh : Protogaras dan Gorgias. b. Pendidikan formal untuk kepentingan kerajaan: Pendidikan formal bertujuan untuk memenuhi kepentingan kerajaan demi kepentingan pentadbiran dan birokrasi, penyertaan rakyat dalam proses kerajaan, hal ketaatsetiaan rakyat terhadap raja dan negara. Objektif pendidikan untuk keperluan pentadbiran birokrasi berkait dengan memberikan suatu asas untuk kedudukan kerajaannya serta mengekalkan keharmonian masyarakat dan ketaatsetiaan kepada raja dan negara. Tamadun China misalnya, semasa Dinasti Han dan Tang, fahaman Confucius telah menjadi satu ideologi politik dan asas kurikulum pendidikan China untuk memupuk segolongan elit (scholar-gentry) yang akan menyokong dan memperkukuhkan kedudukan Maharaja China. Pelantikan pegawai-pegawai untuk perkhidmatan birokrasi berasaskan suatu sistem peperiksaan yang berteraskan pendidikan Confucius. c. Pendidikan formal untuk kepentingan ketenteraan, keselamatan, dan kekuatan negara: Satu contoh yang jelas sekali ialah sistem pendidikan di Sparta. Di Sparta,sistem pendidikan adalah untuk menguatkan kerajaan orang Sparta tulen untuk mengawal orang tawanan (helots) yang dijadikan hamba kepada orang Sparta. Golongan hamba ini amat besar jumlahnya jika dibandingkan dengan penduduk Sparta. Orang Sparta berasa khuatir bahawa helots mengancam mereka dan melakukan pemberontakan. Jadi, pendidikan formal ialah bercorak ketenteraan iaitu kanak-kanak Sparta dikenakan latihan tentera serta dikenakan latihan disiplin yang ketat dan hidup di berek-berek tentera dan berpisah daripada ibu bapa mereka. Latihan tentera merupakan kurikulum utama sistem pendidikan Sparta untuk tujuan melahirkan semangat ketenteraan dan disiplin untuk pertahanan negara kota Sparta daripada ancaman helots. d. Pendidikan formal untuk kepentingan kewarganegaraan: Fahaman Confucius bertujuan menegakkan hubungan persaudaraan dan sifat kekeluargaan demi kepentingan keharmonian masyarakat China. Masyarakat China terbahagi kepada dua golongan iaitu elit yang berpendidikan (pemerintah) dan golongan bawahan (yang diperintah). Jadi, pendidikan dianggap sebagai kayu ukur hierarki masyarakat China. Pendidikan untuk kewarganegaraan adalah jelas di negara kota Yunani. Perkembangan demokrasi yang memuncak semasa pemerintahan Pericles, sistem pendidikan di negara kota Athens bertujuan untuk mewujudkan hubungan yang lebih erat rakyat Athens dengan institusi- institusi kerajaan di Acropolis Athens supaya rakyat dapat menyertai secara penuh dalam jentera kerajaan yang berasaskan ideologi demokrasi. e. Pendidikan formal untuk keagamaan: Sejak permulaan masyarakat bertamadun, agama merupakan suatu kuasa yang mempengaruhi pemikiran dan tindakan manusia. Pengendalian ekonomi pertanian dan sistem pemerintahan memang berdasarkan peraturan-peraturan dan upacara-upacara yang berpunca daripada kepercayaan manusia dan agama. Fenomena ini terbukti dengan munculnya segolongan paderi yang berfungsi khusus dengan hal kepentingan agama. Golongan paderi terlibat rapat dengan politik, ekonomi, dan sosial dalam sesuatu masyarakat. Maka,pendidikan formal merupakan satu alat yang membolehkan golongan paderi memenuhi aspirasi mereka dalam hal pengurusan politik dan ekonomi. Di Mesir, para pelajar dididik untuk kerja perkeranian dan perkhidmatan di rumah berhala dan untuk mengukuhkan kedudukan kaum paderi dalam 13 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 14. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) lingkungan politik. Di Mesopotamia pula, kegiatan intelektual dan pendidikan berpusat di perpustakaan yang biasanya terdapat di sebuah kuil besar. f. Pendidikan formal untuk kepentingan lain: Di samping itu, pendidikan formal bertujuan untuk manusia dan masyarakat (humanism). Pada akhir zaman pertengahan di Eropah Barat, tumpuan utama tertumpu kepada manusia, fakulti-fakultinya, hal ehwal manusia, aspirasi- aspirasi sedunia manusia, dan hal kebajikan. Pendidikan teologi dan keagamaan tidak diterima lagi kerana tidak membayangkan realiti keadaan baru yang berkembang di Eropah khususnya di Itali. Pada masa itu,masyarakat Eropah telah berubah, perdagangan diperluaskan dan kehidupan di bandaraya menjadi lebih signifikan. Kuasa ekonomi dan politik tidak lagi terletak di tangan tuan feudal dan gereja tetapi diambil alih oleh golongan borjuis yang hidup di pusat bandar. Bahasa tempatan telah mengganti Latin dan suatu sistem pendidikan baru dirasai perlu untuk kepentingan individu, manusia, dan masyarakat. Kesimpulan (2 m) Apa-apa yang berkaitan. 6. Terangkan sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China. Pendahuluan (3m) a. Perkembangan dan kegemilangan aliran falsafah di China berlaku pada zaman pernerintahan Chou Timur (770-221 S.M.) dan mencapai tahap kemuncak kegemilanga pada zaman Warring States (zaman negeri-negeri berperang). b. Keadaan politik yang tidak stabil diikuti oleh keadaan sosial dan ekonomi yang terjejas menyebabkan kemunculan ramai golongan intelek dan pemikir yang mahu membawa pemulihan berdasarkan prinsip moral. c. Confucius atau Kung Fu-Tze iaiah ahil falsafah Cina yang masyhur. Beliau dilahirkan pada 551 SM dalam sebuah keluarga bangsawan di negeri Lu. Selepas kematian ayahnya, Confucius terpaksa menyara diri dengan membuat kerja buruh. Seterusnya Confucius menjadi guru dan mengajar tentang adat dan tradisi Cina. Confucius pernah memegang jawatan Menteri Kehakiman dan Perdana Menteri di Lu. Setelah meletak jawatan, Confucius mengembara ke seluruh China sambil mengajar dan menghadap pembesar- pembesar feudal serta berusaha mengubah sikap mereka tetapi gagal. Confucius kembali ke Lu dan menjadi guru. Akhirnya dia meninggal dunia pada tahun 479 SM. 14 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 15. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) d. Confucius berjaya kerana apa yang diajarnya bukanlah sesuatu yang luar biasa. Nilai-nilai yang didukung oleh Confucius seperti kebajikan dan kasih sayang merupakan prinsip asas yang mengikat hubungan antara manusia. e. Ajaran Confucius boleh diperoleh daripada dua buah buku, pertamanya buku Klasik Confucius dan sebuah lagi yang disusun oleh pengikut-pengikutnya yang dinamakan Lu Yu atau Analekta. Isi-isi Jawapan (5 isi x 4m = 20m) Sumbangan Confucious dalam perkembangan tamadun China. a. Sumbangan dalam pembentukan moraliti : Ajaran Confucius bukan agama tetapi merupakan falsafah hidup. Confucius ialah satu tatasusila yang akan membawa keamanan dan peraturan di negara China. Manusia mesti hidup dengan suci kerana jika setiap orang itu baik dan jujur, negara akan menjadi aman dan maju. Oleh sebab itu Confucius menasihati pembesar- pembesar feudal menamatkan peperangan antara satu sama lain. Confucius berpendapat jika semua orang berkelakuan baik dan mengikut peraturan maka keadaan negara akan aman. b. Sumbangan dalam politik dan pentadbiran: Penekanan ajaran Confucius kepada persoalan moraliti menyediakan asas yang kukuh bagi perjalanan hal ehwal kerajaan dan dalam pembentukan masyarakat China yang teratur. Ia muncul sebagai satu falsafah politik yang diterima oleh mereka yang menganut agama Buddha dan Taoisme. i. Dari segi politik, ahli-ahli falsafah China seperti Confucius sebenarnya tidak berminat dalam mengasaskan masyarakat yang sama rata atau individu yang bebas. Jika Humanisme Renaisans berusaha untuk membebaskan individu daripada sistem feudalisme tetapi ahli falsafah Confucius pula berusaha untuk memperkukuhkan semula feudalism dan autotarian. ii. Dari segi politik, Confucius menggalakkan pemusatan kuasa dan pembahagian kuasa yang adil dan saksama. iii. Untuk menghasilkan satu kerajaan yang aman dan makmur, pemerintah mesti menunjukkan budi pekerti yang baik supaya dapat dicontohi oleh rakyat. Tambahan pula kedudukan raja adalah disifatkan seolah-olah sebagai utusan dari dari langit dan bumi. Istana pula tempat tersimpannya kuasa-kuasa ghaib. Sekiranya raja dapat mengikuti arahan ini, maka amanlah dunia ini. iv. Menurut Confucius, negeri yang unggul ialah negeri yang dipimpin secara tegas, tetapi tidak kejam. Pegawai- pegawai kerajaan harus bekerjasama dengan rakyat untuk menjamin kemakmuran. Konsep ini dikenali sebagai Jen dan Yi yang bermaksud kemanusiaan dan kewajipan. v. Hubungan raja dengan pegawai iaitu raja mesti bersifat perikemanusiaan dan pegawai harus taat. 15 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 16. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) c. Sumbangan dalam perundangan: Mereka yang tidak mematuhi peraturan hidup seperti yang dikehendaki oleh masyarakat akan dihukum melalui kaedah perundangan dan sosial. Satu perkara yang ironik ialah di sebalik kepercayaan bersifat humanistik ahli-ahli falsafah tidak menghiraukan hukuman yang ternyata tidak berperikemanusiaan. Contoh hukuman yang kejam seperti menyelar memotong kaki dan mengembiri. d. Sumbangan dalam hubungan manusia dan alam : Ajaran Confucius adalah mengenai keperluan menjaga keharmonian manusia dengan alam dan masyarakat. Manusia mesti mengikut - perubahan alam. Keharmonian masyarakat ialah peraturan yang harus diikuti oleh setiap rakyat dan juga pemerintah dalam mewujudkan satu keadaan yang sesuai bagi kehidupan. e. Sumbangan dalam hubungan individu dan keluarga : Bagi masyarakat China kebajikan kolektif satu-satu kumpulan adalah lebih penting daripada seorang individu. Bagi mereka manusia adalah makhluk yang bersosialisasi. Hubungannya dengan orang lain adalah lebih penting daripada dirinya sendiri. Aspek yang ditekankan dalam hubungan kekeluargaan ini ialah:  Hubungan bapa dengan anak iaitu bapa harus berhati baik dan anak harus berkewajipan terhadap orang tua.  Hubungan suami isteri di mana suami harus jujur terhadap isteri dan isteri harus tunduk dan dengar serta patuh.  Hubungan saudara tua dengan saudara muda iaitu yang tua harus bermurah hati dan membantu dan yang muda harus tunduk dan hormat. f. Sumbangan dalam hubungan individu dan masyarakat : Doktrin Confucius berpusat kepada kehidupan yang teratur dan penyusunan masyarakat yang baik. Confucius berpendapat bahawa kepincangan dalam masyarakat disebabkan oleh keadaan moral yang rendah. Confucius juga berpegang kepada konsep Ten atau syurga dan ajaran- ajarannya menyentuh sejarah dan kebudayaan masyarakat silam, kekeluargaan dan kehidupan sosial. Oleh kerana manusia tidak dapat hidup berseorangan atau terasing dari- pada masyarakat maka diajar cara-cara bagaimana mereka harus bertindak alam masyarakat. Beliau menggalakkan masyarakat mengadakan upacara adat istiadat (Li). Beliau juga mementingkan muzik kerana pada pandangnya seni muzik dapat mengajar atau mendorong seorang itu hidup berbaik antara satu sama lain. g. Sumbangan dalam perkembangan intelektual / ilmu pengetahuan : Penulisan- penulisan utama Confucius ditulis sebelum abad ke-2 S.M. apabila Confucius diisytiharkan sebagai ahli falsafah negara. Karya-karya yang mengandungi ajaran Confucius dikenali sebagai Ching atau Klasik. Klasik bermaksud hasil karya yang terbaik dan suci. Selain itu, terdapat juga karya-karya yang disusun oleh pengikutnya, iaitu Lu Yu atau Analekta. Lima klasik utama yang dihasilkan oleh Confucius ialah: 16 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 17. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1)  Book of Odes atau Shih Ching: Ia mengandungi 3000 sajak, 305 sajak adalah lagu Iagu rakyat dan selebihnya sajak-sajak politik serta nyanyian ritual yang diselitkan unsur-unsur moral.  Book of History pula mengandungi dokumen dokumen sejarah dan separa sejarah yang bermula dari zaman awal Dinasti Chou.  Book of Changes atau Yi Ching adalah karya klasik yang berkaitan dengan kuasa luar biasa.  Book of Rites pula dianggap sebagai teks asas Confucius.  Spring and Autumn Annals adalah mengenai sejarah negeri Lu h. Sumbangan dalam keagamaan Confucius menekankan bahawa untuk mencapai keharmonian, sifat-sifat seperti saling menghormati, jujur dan amanah, berbudi pekerti baik, berhati mulia dan bertanggungjawab harus dipraktikkan dalam kehidupan. Seorang akan mencapai tahap budiman atau Chun Tze sekiranya ia menepati lima syarat, iaitu kejujuran, kebenaran, taat setia, mementing- kan orang lain dan berperikemanusiaan. Beliau menggalakkan pemujaan nenek moyang untuk menghidupkan semula kenangan terhadap nilai- nifai purba dan tradisi lampau. Di bawah pentadbiran ahli-ahli akademik Confucius, penyembahan imperial atau upacara pengorbanan imperial telah menjadi sate bentuk cult (state cult). Selepas kematiannya,. Confucianisme dianggap sebagai satu agama. Kuil-kuil Confucius dibina di tempat asal, di ibu kota dan di semua kawasan pentadbiran. Confucius mendapat gelaran sebagai Pemerintah Tertinggi kemudian sebagai raja dan keramat. Kesimpulan (2m)  Tegasnya , Confucius menekankan bahawa dalam setiap hubungan perlu dititikberatkan kejujuran dan kebaikan dan sekiranya keadaan ini tidak dipatuhi nescaya keadaan kucar- kacir akan wujud.  Penekanan aspek moraliti melahirkan masyarakat China yang teratur dan mengukuhkan perjalanan kerajaan. 7. Nilaikan kepentingan penjelajahan dan penemuan oleh Cristopher Columbus, Ferdinand Magellan dan Vasco Da Gamma kepada perkembangan politik dan ekonomi dunia. Pendahuluan. (3m) a. Penjelajahan Columbus yang bermula pada tahun 1492, Da Gamma pada tahun 1498 dan Magellan (1519) amat penting kepada perkembangan politik dan ekonomi dunia berbanding dengan penjelajahan yang dilakukan oleh orang-orang sebelumnya. Penemuan mereka mencetuskan iampak yang besar dan mendadak dalam mengubah keadaan politik dan ekonomi dunia pada tahun-tahun berikutnya. 17 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 18. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) b. Hasil penemuan mereka bukan sahaja telah membuka laluan baru perdagangan dunia, tetapi juga membuka jalan kepada terbinanya empayar-empayar perdagangan oleh Portugis dan Sepanyol. Pembukaan koloni-koloni Portugis dan Sepanyol di Amerika dan Asia merintis kepada penguasaan barat ke atas ke dua-dua benua tersebut. Bermula dengan penemuan mereka juga menyebabkan berlakunya pertembungan secara langsung tamadun barat dan tamadun bukan barat yang akhirnya membawa kepada kemerosotan tamadun-tamadun bukan barat yang bertapak di Amerika, Afrika dan juga Asia. c. Faktor-faktor penjelajahan Isi-isi Jawapan: Kepentingan Penjelajahan dan Penerokaan (7 isi x 3 m = 21m) a. Penemuan Columbus, Da Gamma, dan Maggelan memulakan pertapakan kepentingan ekonomi kuasa – kuasa Barat di ke dua – dua benua itu. Penemuan Da Gamma dan Columbus menjadi titik permulaan proses pemindahan kekayaan dari Aamerika dan Asia ke benua Eropah. Misalnya kepulangan da Gamma ke Portugal pada tahun 1498 membawa satu kargo rempah ( setelah dua buah kapalnya ditenggelamkan oleh musuh ) yang dapat dijual dengan memperolehi pendapatan lebih 60 kali ganda dari kos penjelajahannya. Beliau mendapat untung besar kerana laluan baru melalui Tanjung Pengharapan di hujung benua Afrika lebih murah berbanding jalan perdagangan lama melalui Asia Barat. b. Selepas tahun 1505, secara purata dua belas buah kapal setahun bertolak dari Lisbon ke Timur Jauh. Portugis menjadi pengasas kepada kewujudan jaringan perdagangan Eropah. Kekayaan dari timur mula mengalir ke benua itu. c. Columbus pula menemui sebuah benua yang kaya dengan logam berharga. Selepas menjelajah kali ke dua ke benua itu, emas dan perak mencurah masuk ke perbendaharaan Sepanyol. Antara tahun 1500 hingga 1650, tidak kurang dari 18, 600 tan perak dan 200 tan emas dibawa ke Eropah. Jumlahnya lebih besar lagi sekiranya dicampur emas dan perak yang dibawa masuk melalui penyeludupan. d. Selain logam berkenaan, Eropah juga membawa masuk beberapa jenis tanaman yang mula mengunah kualiti pemakanan orang Eropah. Ini menyebabkan jumlah penduduk di Eropah semakin bertambah. e. Sepanyol muncul sebagai negara yang kaya di Eropah. Emas digunakan sebagai alat pertukaran untuk mendapatkan barangan dari luar. Melalui Sepanyol, emas dan perak dari benua Aamerika tersebar secara meluas di benua Eropah. f. Ini menyebabkan pada abad ke – 16, Eropah bukan sahaja mula mengalami revolusi perdagangan, tetapi juga dilanda revolusi harga. Penemuan jalan baru ke timur dan kemasukan emas dan perak dari Amerika serta pembukaan koloni di sana mula mengubah kedudukan perdagangan di Eropah. 18 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 19. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) g. Pusat perkembangannya tidak lagi bertumpu di Mediterranean, tetapi telah beralih ke Lautan Atlantik. Dalam abad ke – 16 masihi, Portugal dan Sepanyol muncul sebagai kuasa perdagangan utama di Eropah. Pusat dan kegiatan perdagangan juga tumbuh dengan pesat. Kaedah menjalankan perdagangan turut berubah. Organisasi kewangan seperti syarikat insurans dan bank tumbuh sebagai cendawan. h. Ringkasnya, penemuan Columbus dan Da Gamma mengubah Eropah menjadi pusat perdagangan dan berhubung kegiatan perdagangan antara Asia, Afrika dan kuga Amerika. Emas dan perak yang masuk dengan banyak menyebabkan aliran wang dalam pasaran di Eropah meningkat secara mendadak. Ini menyebabkan harga mengalami peningkatan yang pesat. Antara tahun 1520 hingga 1650, peningkatan harga barang di Eropah meningkat 200 – 400 peratus. i. Revolusi perniagaan dan revolusi harga itu menjadi perangsang kepada kemajuan perdagangan dan perindustrian di benua Eropah. Dua revolusi itu membawa keuntungan yang besar kepada para saudagar dan pengeluar. Keuntungan tersebutlah dilaburkan semula bagi menambahkan lagi kekayaan mereka. j. Perkembangan yang berlaku itu membawa kepada munculnya golongan pemodal dan bertapaknya sistem ekonomi kapitalisme di Eropah. Raja – raja Eropah juga mendapat faedah. Dengan kerjasama para saudagar, satu demi satu pembesar feudal yang menerima kesan teruk akibat kenaikan harga dapat dikalahkan. Kekalahan mereka membolehkan raja – raja Eropah mengukuhkan lagi sistem negara – kebangsaan. Hasil kerjasama dua belah pihak itu, semakin banyak kapal – kapal perdagangan Eropah menjelajahi Asia dan Afrika. Kapal – kapal ini membawa hamba dari Afrika untuk berkerja di ladang – ladang pemodal Eropah di Amerika. Hingga tahun 1560, dianggarkan 100 000 orang Afrika dijadikan hamba di sana. Keuntungan dari perdagangan hamba digunakan untuk membawa balik barang dari Amerika ke Eropah pula. Kegiatan perdagangan ini membawa keuntungan yang lumayan kepada saudagar Eropah. k. Kerajaan – kerajaan negara kebangsaan di Eropah memberi sokongan kuat kepada perkembangan teknologi persenjataan dan perkapalan. Kejayaan meningkatkan teknologi baru Eropah memajukan kapal perang menyebabkan Lautan Hindi dan Lautan Atlantik dimonopoli oleh kuasa – kuas Eropah. Saudagar – saudagar Islam yang menguasai perdagangan di Lautan Hindi tidak dapat berfungsi lagi. Tempat – tempat mereka diambil alih oleh saudagar dari Portugal, Sepanyol, Inggeris dan Belanda. Pusat – pusat perdagangan penting di Laut Merah, Lautan Hindi dan Asia Tenggara berada ditangan Portugis. Kuasa kapal perang menjadi penentu siapa yang berjaya menguasai perdagangan. l. Bermula sejak abad ke – 16 itu juga Eropah mula mengatasi Asia dari segi kemajuan dan penguasaan ke atas kekayaan dunia. Keadaan ini membuka laluan kepada kemunculan Eropah sebagai negara kaya dan menjadi titik permulaan kepada kemunduran Asia, Afrika dan Latin Amerika. Kesimpulan. (1m) a. Tidak syak lagi, penjelajahan dan penemuan Columbus, Da Gamma dan Maggellan mencetuskan impak yang amat besar ke atas kehidupan manusia. Ia bukan sahaj telah berjaya mentransformasikan ekonomi dan politik di Eropah, malahan juga ekonomu dan 19 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 20. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) politik seluruh dunia. Sejak abad ke – 16, tamadun peribumi di Amerika mula pupus. Tamadun Islam, China dan India mengalami kemerosotan sehingga kini. b. Setelah lima abad penjelajahan itu berlaku, kesannya masih ketara sehingga kni. Kalau kita hendak bercakap tentang asal-usul globalisasi yang berlaku pada hari ini, penjelajahan dan penemuan Columbus, da Gamma dan Magellan inilah menjadi asas kepada permulaannya. 8. Bandingkan dasar pemerintahan negara kota Athens bermula pada tahun 495SM dengan negara kota Madinah pada zaman Nabi Muhammad s.a.w. Pendahuluan (3m) 20 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 21. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) a. Latar belakang negara kota Athens: - Negara kota boleh ditakrifkan sebagai sebuah negara yang berbentuk kota atau bandar yang memiliki wilayah, rakyat dan pemerintahan yang berdaulat. - Athens merupakan salah sebuah negara kota yang terkenal di Yunani. Muncul antara tahun 800 – 500 S.M. - Athens berkembang maju hasil daripada sektor perdagangan.Mengalami kepesatan dalam pelbagai bidang khususnya bidang politik dan falsafah antara abad ke 5 S.M dan ke 4 S.M. b. Latar belakang negara kota Madinah: Nama asal Madinah ialah Yathrib yang terletak kira-kira 400 km dari Makkah dan 70 km dari Laut Merah. Penduduk asal negara kota Madinah ialah kaum Aus, Khazraj, dan kaum pendatang Yahudi. Isi-isi jawapan: (5 isi x 4 markah= 20m) Perbandingan dasar pemerintahan negara kota Athens dan Madinah : a. Sistem pemerintahan - Athens: Terkenal sebagai negara kota pertama yang melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi melalui tiga buah institusi pemerintahan dalam membuat dasar dan undang-undang. - Madinah: Sistem pemerintahan Nabi Muhammad s.a.w. bersifat negara Kota dan mengamalkan sistem pemerintahan Islam iaitu agama dan politik tidak dipisahkan. Dalam pentadbiran, baginda melaksanakan konsep musyawarah dalam membuat keputusan. b. Institusi pemerintahan - Athens: Mempunyai tiga institusi iaitu Dewan Perhimpunan, Majlis serta Majistret dan Juri. Dewan Perhimpunan diwakili oleh semua lelaki dewasa Athens. Tempoh perkhidmatan mereka ialah antara enam bulan hingga setahun. Dewan Perhimpunan bersidang lebih kurang tiga kali sebulan. Majlis dibentuk untuk melaksanakan keputusan-keputusan Dewan Perhimpunan. Majlis dianggotai oleh 500 orang ahli yang dipilih melalui undian dan 50 orang mewakili setiap suku Majistret terdiri daripada para pegawai kerajaan. Mereka melaksanakan dasar- dasar kerajaan yang diputuskan oleh Majlis. Juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan tidak ada peluang bagi tertuduh untuk merayu. - Madinah: Nabi Muhammad s.a.w telah menubuhkan Majlis Syura yang bertanggungjawab menggubal dasar- dasar pemerintahan negara yang berteraskan Al-Quran dan Hadis. Nabi Muhammad s.a.w sendiri mengetuai majlis syura tersebut. Masjid telah berperanan sebagai pusat pentadbiran. c. Ketua Negara - Athens: Raja sebagai pemerintah tertinggi. Dibantu oleh Konsul atau Majlis yang di lantik oleh Dewan Perhimpunan. - Madinah: Negara Kota Madinah diketuai oleh Nabi Muhammad s.a.w. sebagai pemerintah tertinggi yang juga merupakan seorang Nabi lagi Rasul. Baginda tidak mengamalkan pemerintahan secara autokrasi atau berkuasa mutlak. d. Sistem Perundangan 21 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 22. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) - Athens: Dewan Perhimpunan merupakan badan perundangan yang mempunyai kawalan penuh ke atas pentadbiran dan kehakiman.Badan ini juga menggubal undang-undang dan dasar negara kota. Pesalah dihukum berdasarkan undang- undang yang terdapat dalam kanun hukuman Yunani. Jika kesalahan tidak dinyatakan dalam kanun tersebut, pendakwa raya akan mengemukakan hukuman dan pesalah akan memilih hukumannya sendiri. - Madinah: Undang-undang negara Kota Madinah berteraskan syariah Islam. Sumber utama undang-undang Islam ialah al – Quran dan Hadis. Terdapat perlembagaan yang dikenali sebagai Piagam Madinah digubal dan mengandungi 47 fasal yang berkait dengan orang Islam dan bukan Islam. f. Dasar Keadilan sosial - Athens: Hanya warganegara lelaki dewasa yang terlibat dalam politik,bermesyuarat dan bertindak di Dewan Perhimpunan.Walaupun Majlis memberi peluang kepada setiap warganegara menganggotainya, rata-rata mereka yang menguasai Dewan Perhimpunan ialah orang kaya yang dikenali sebagai Archon. Golongan tidak bertanah dan hamba tidak dibenarkan menghadiri Dewan Perhimpunan kecuali semasa pemerintahan Solon, apabila beliau meminda perlembagaan. - Madinah: Negara kota Madinah memperkenalkan konsep ukhwah dan persamaan taraf menggantikan amalan assabiyah yang telah diamalkan pada zaman jahiliah. Rakyat lelaki dan wanita mempunyai hak bersuara dan memberikan pendapat. g. Dasar Ekonomi - Athens: Mengadakan hubungan perdagangan dan perindustrian . Mengabaikan sektor pertanian kerana bentuk muka bumi yang sempit. Antara barangan yang diimport ialah seperti gandum, ikan, daging, garam, buah-buahan dan bahan mentah. Barang-barang eksport termasuklah minyak zaitun, perak, dan batu marmar. - Madinah: Dalam negara Kota Madinah, Nabi Muhammad s.a.w mengadakan hubungan perdagangan antarabangsa dengan memperkenalkan sistem muamalat Islam. Amalan riba dan penipuan diharamkan. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh mencari kekayaan dengan cara yang halal lagi baik dan diredhai Allah s.w.t. Nabi Muhammad melaksanakan keadilan ekonomi dengan merapatkan jurang kekayaan. Menebus semula tanah-tanah yang tergadai di tangan orang Yahudi. h. Dasar Hubungan Luar - Athens: Hubungan dengan negara kota lain tidak baik. Sentiasa bersaing antara satu sama lain dan sering berlaku peperangan yang melibatkan soal politik dan sempadan. - Madinah: Nabi Muhammad s.a.w telah membentuk satu dasar diplomasi dan menjalinkan hubungan yang baik dengan negara luar . Nabi Muhammad menghantar surat kepada pemerintah-pemerintah Mesir, Habsyah, Yaman dan Rom dengan tujuan pemerintah-pemerintah negara tersebut dapat menerima dakwah Islam. i. Dasar Ketenteraan. - Athens: Peperangan adalah dalam skala kecil-kecilan, bersifat tempatan dan untuk menyelesaikan perbalahan politik sempadan. Athens seperti negara kota Yunani 22 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 23. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) lain mempertahankan negara kota mereka daripada serangan musuh dan berusaha agar dapat memberi saingan kepada negara-negara kota lain untuk menjadi negara kota yang paling agung. - Madinah: Nabi Muhammad s.a.w. telah mengasaskan sistem pertahanan Islam yang berlandaskan konsep jihad. Tentera yang berperang tidak bergaji tetap tetapi mendapat ganjaran hasil dari harta ghanimah. j. Dasar Kehakiman - Athens: Kuasa pengadilan terletak di tangan warganegara dalam Dewan Perhimpunan . Hal-hal kecil diselesaikan dalam mahkamah tempatan tetapi kes besar, jenayah dan sivil akan diselesaikan di mahkamah Athens. Juri menjadi pemutus bagi sesuatu kes dan pihak yang tertuduh tidak berpeluang untuk merayu. Pesalah dihukum berdasarkan kanun hukuman Yunani. Jika kesalahan tidak dinyatakan dalam kanun tersebut, pendakwa raya akan mengemukakan hukuman dan pesalah akan memilih hukumannya sendiri. - Madinah: Nabi Muhammad s.a.w. menjadi hakim berdasarkan panduan al-Quran dan Hadis. Terdapat juga hakim yang dilantik di peringkat suku kaum untuk menyelesaikan masalah dalaman kaum tersebut. Penyelesaian antara kaum akan dirujuk kepada Nabi Muhammad s.a.w. merangkumi semua aspek dari segi sivil mahupun jenayah. Kesimpulan (2m) a. Terdapat perbezaan dalam sistem pemerintahan yang diamalkan antara Negara kota Athens dan Madinah di bawah Nabi Muhammad s.a.w. Perbezaan itu jelas dapat dilihat dalam aspek sistem pemerintahan, pentadbiran, perundangan, ekonomi dan sebagainya. b. Negara kota Athens diperintah hasil pemikiran dan usaha manusia manakala negara kota Madinah diperintah atas konsep tauhid berteraskan al-Quran dan Hadis. (Nota: setiap isi mesti mempunyai perbandingan. Jika tiada perbandingan maka tiada markah diberi walaupun isi berkenaan betul) 23 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 24. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) BAHAGIAN B 9. Huraikan kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasullullah s.a.w di Madinah. Pendahuluan (3m) a. Hijrah bermaksud ‘pindah’. Dalam kontek sejarah perkembangan Islam ia bermaksud perpindahan Rasulullah s.a.w. dan umat Islam dari Mekah ke Madinah berikutan banyaknya halangan untuk menjadikan Mekah sebagai tapak perkembangan Islam, terutama dalam bentuk penentangan Quraisy. Dari segi istilah ia membawa makna perpindahan dari suatu keadaan yang tidak diredhai ke keadaan yang sentiasa diredhai Allah. b. Latarbelakang hijrah – berlaku pada 622M iaitu selepas 13 tahun Nabi Muhammad s.a.w dilantik sebagai Rasulullah. c. Faktor-faktor hijrah seperti penerimaan wahyu, tentangan dan kekejaman Quraisy, implikasi Perjanjian Aqabah, keinginan mencari tapak baru bagi penyebaran Islam dll.Rasulullah s.a.w. berhijrah setelah 13 tahun berdakwah di Mekah dan hanya berhijrah setelah menerima wahyu yang menerangkan mengenai komplot Quraisy untuk membunuh baginda. Jika rancangan Quraisy ini berjaya, perkembangan Islam boleh tersekat. d. Penghijrahan ke Madinah pada 622M iaitu setelah 13 tahun kerasulan baginda amat penting dalam perkembangan Islam dan perjuangan Rasulullah s.a.w. Setelah berlakunya hijrah ini, banyak perubahan berlaku dalam perjuangan untuk menyebarkan Islam. Isi-isi Jawapan (5 isi x 4m = 20m) Kepentingan hijrah dalam perkembangan Islam pada zaman Rasullullah s.a.w di Madinah. a. Kepentingan Keagamaan - Pengislaman Madinah: Dakwah Islamiah dapat dilaksanakan di Madinah. Madinah berkembang sebagai pusat penyebaran Islam. - Perubahan arah kiblat - Permulaan ibadat zakat dan puasa - Penyebaran Islam: Islam telah dapat disebarkan ke seluruh Tanah Arab dalam suasana yang lebih aman dan mudah. Untuk tujuan tersebut, Rasulullah s.a.w telah menjalin hubungan dengan kuasa-kuasa dan kabilah-kabilah Arab luar Madinah dengan cara menghantar utusan-utusan dakwah kepada mereka. - Wahyu yang baginda terima lebih menyeluruh meliputi semua aspek kehidupan manusia. - Kebebasan beragama dapat diwujudkan di Madinah. b. Kepentingan Politik - Hijrah telah menyebabkan terbentuknya Negara Islam Madinah. Kewujudan Negara Islam ini membolehkan kebajikan umat Islam sentiasa terpelihara, keamanan umat 24 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 25. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) Islam terjamin, dasar-dasar Islam dapat dilaksanakan dan Islam di Madinah dapat memberikan saingan kepada Quraisy di Mekah. - Perlantikan baginda sebagai ketua negara membuktikan bahawa baginda bukan sahaja seorang nabi dan rasul tetapi juga seorang negarawan. - Piagam Madinah yang dibentuk oleh baginda juga telah membolehkan usaha-usaha penyebaran Islam, penyatuan kaum dsb dilaksanakan dengan mudah - Berlaku juga pertukaran kuasa politik Tanah Arab dari Mekah ke Madinah. - .Kewujudan keamanan kerana negara Islam yang ditubuhkan oleh baginda tidak didasarkan kepada keturunan, sebaliknya pada dasar persamaan kepercayaan dan persaudaraan Islam. Keamanan yang diharapkan oleh para penduduk Madinah sebelumnya ternyata berjaya diwujudkan. c. Kepentingan Sosial - Penyatuan penduduk Madinah yang terdiri dari pelbagai keturunan dan kepercayaan.menerusi semangat persaudaraan Islam dan Piagam Madinah. Rasulullah s.a.w. juga berjaya mengubah corak corak kehidupan masyarakat Madinah dan menyatupadukan mereka. Piagam Madinah yang digubal atas dasar ajaran-ajaran Islam telah berjaya mengatasi pelbagai masalah sosial. Semua umat Islam telah baik golongan Ansar (Auz dan Khazraj) dan Muhajirin (yang berpindah dari Mekah), hidup dalam satu kesatuan ummah dan semangat persaudaraan Islam, saling bantu- membantu dan tiada perbezaan taraf. Sementara golongan bukan Islam seperti orang- orang Yahudi pula telah diberikan hak dan kebebasan yang sewajarnya. - Pembinaan masjid sebagai institusi ibadat dan sosial Islam telah mengeratkan hubungan sesama Islam. d. Kepentingan Ekonomi - Ekonomi: Madinah mula menjadi pusat perdagangan utama Tanah Arab yang seterusnya telah menjejaskan peranan yang selama ini dipegang oleh Mekah Umat Islam Madinah juga berjaya menguasai laluan perdagangan di antara selatan (Mekah dan Yaman) dan utara (Syam). Penguasaan ini juga telah menjadi faktor utama meletusnya beberapa siri peperangan antara Islam dan Quraisy. e. Kepentingan Pertahanan dan Ketenteraan - Hijrah ke Madinah telah membolehkan Rasulullah s.a.w. membentuk umat Islam yang lebih kuat dan mantap. Buktinya Rasulullah s.a.w. dan umat Islam telah berjaya menewaskan Quraisy dan sekutu-sekutunya dalam beberapa peperangan. - Dari sudut ketenteraan, baginda berjaya membina pasukan tentera dalam tempoh yang singkat. Hanya setelah dua tahun berhijrah, sebuah pasukan tentera Islam berjaya ditubuhkan, berbanding ketika 13 tahun berada di Mekah, - Musuh-musuh Islam berjaya ditewaskan. Musuh-musuh Islam baik di luar mahupun di dalam Madinah berjaya dibersihkan. . f. Permulaan Kejatuhan Quraisy - Perjanjian Hudaibiyah merupakan antara peristiwa penting setelah peristiwa hijrah. Tindakan Quraisy yang mengusulkan dan mengusahakan pementeraian perjanjian tersebut menunjukkan bahawa mereka telah mengiktiraf baginda sebagai Rasulullah s.a.w., mengiktiraf kewujudan Islam, mengiktiraf kewujudan negara Islam dan 25 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 26. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) mengiktiraf Rasulullah s.a.w. sebagai ketua negara dan umat Islam. Semua pengiktirafan ini tidak baginda perolehi ketika masih berada di Mekah. - Perluasan kuasa dan pengaruh Islam sekaligus menyebabkan kejatuhan pengaruh Quraisy. Apabila Rasulullah s.a.w. dan umat Islam bergerak ke Mekah untuk membukanya sebagai kota Islam sebagai akibat dari tindakan Quraisy yang melanggar Perjanjian Hudaibiyah, pihak Quraisy telah gagal menghalangnya kerana kedudukan mereka yang telah lemah itu. Kesimpulan (2m) - Peristiwa hijrah pada 622M jelas telah menyebabkan pengaruh Islam berkembang sehingga Islam menjadi kuasa tunggal di Tanah Arab. Ini membuktikan bahawa Hijrah merupakan satu strategi dalam usaha untuk memperkembangkan Islam. - Kedudukan Islam terus dimantapkan oleh para pengganti Rasulullah s.a.w. 26 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 27. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) 10. Bincangkan peranan Khalifah Abu Bakar al-Siddik sehingga beliau dianggap sebagai 'penyelamat negara dan umat Islam". Pendahuluan [3m] a. Abu Bakar atau nama sebenarnya Abdullah bin Abi Qahafah merupakan sahabat Nabi s.a.w. yang paling rapat. b. Beliau terkenal dengan gelaran as-Siddiq kerana sentiasa membenarkan dan menyakini apa-apa yang dinyatakan oleh Nabi Muhammad s.a.w. khasnya selepas peristiwa Israk dan Mikraj. c. Dari segi periibadi, beliau terkenal dengan sifat yang lemah lembut, pemurah dan banyak mengorbankan harta bendanya demi perkembangan agama Islam terutamanya sewaktu umat Islam menghadapi pemulauan kaum Quraisy. d. Bukti pengorbanan besar beliau ialah kesanggupan mengorbankan kesemua hartanya, Sehinggakan apabila ditanya apakah harta yang tinggal, beliau menjawab hanya Allah dan Rasul saw. e. Beliau dilantik menjadi khalifah pada tahun 11 H dan hanya memegang teraju pemerintahan negara Islam selama dua tahun, Walaupun tempoh pemerintahan singkat, beliau telah mampu menyelesaikan pelbagai masalah politik, ekonomi, sosial dan sebagainya. Isi-isi jawapan: [5 isi x 4m =20m] Peranan Abu Bakar sebagai penyelamat negara dan umat Islam a. Menyelesaikan soal kewafatan Nabi Muhammad s.a.w.: Abu Bakar telah memainkan peranan penting disaat-saat umat Islam kehilangan pemimpin Agung iaitu Baginda Rasulullah saw. Abu Bakar as-Siddiq telah berjaya menyelesaikan soal kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. sama ada persoalan kepercayaan serta tempat pemakaman jasad Rasulullah s.a.w. Abu Bakar telah membaca nas-nas al-Qur’an dan al-Hadis untuk menyalesaikan isu ini. Mengenai krisis kepercayaan Nabi Muhammad saw. telah wafat, beliau telah membaca petikan Surah Au lmrarn ayat 144, sementara isu pemakaman dapat diselesaikan apabila beliau menyatakan Nabi dan rasul terdahulu dimakamkan di tempat mereka wafat. Sehubungan itu, jasad Baginda saw. telah disemadikan di Madinah b. Menyelesaikan soal pengganti Rasulullah saw: Abu Bakar juga menggunakan kebijaksanaannya untuk menyelesaikan soal pengganti Rasulullah saw. untuk memimpin negara Islam. Beliau telah rnengemukakan hujah sebaik-baik khalifah mestilah dipilih dari 27 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 28. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) kalangan Muhajirin untuk mengelakkan perpecahan sesama kaum Aus dan Khazraj, di samping golongan ini sememangnya mempunyai bakat kepemimpinan semula jadi c. Menyelesaikan soal aI-Riddah: Abu Bakar juga berjaya menyelesaikan soal aI-Riddah. Setelah gagal berdiplomasi, Abu Bakar terpaksa menggunakan kekerasan dengan membentuk 10 pasukan tentera yang akhirnya berjaya menundukkan golongan nabi-nabi palsu, golongan yang enggan rnembayar zakat, dan golongan murtad. Tentera Islam berjaya menghapuskan pemimpin-pemimpin aI-Riddah seperti Musailamah al-Kazzab, Sajjah al-Harith, Tulaihah bin Khuwailid, Malik bin Nuwairah, dan aI-Aswad al-Ansi d. Menangani masalah ancaman musuh luar negara Islam: Abu Bakar berjaya menangani masalah ancaman musuh luar negara Islam apabila bertindak menggerakkan semula tentera yang dibentuk oleh Rasulullah saw. sebelum kewafatan Baginda. Tentera di bawah pimpinan Usamah bin Zaid telah berjaya mengatasi masalah ancaman Rom. Kejayaan gemilang yang dicapai menyebabkan pihak tentera ini diamanahkan menjaga keselamatan kota Madinah sekali gus memadamkan ancaman golongan Zubyan dan Absy e. Mengumpul al-Qur’an.: Abu Bakar juga berjaya mengumpul al-Qur’an. Usaha ini diketuai oleh Zaid bin Thabit untuk mengelakkan kehilangan al-Qur’an di muka bumi setepas kematian ramai al-haflz dalam perang al-Riddah. Usaha pengumpulan ayat-ayat al-Qur’an dicadangkan oleh Umar a!Khattab, walaupun pada awalnya Abu Bakar ragu-ragu untuk melaksanakannya. Demi kepentingan dari segi jangka panjang, beliau akhimya bersetuju dengan rancangan berkenaan f. Menyusun pentadbiran: Bagi menjamin pentadbiran berjalan dengan lancar dan mewujudkan kestabilan politik, Khalifah Abu Bakar juga bertindak menyusun pentadbiran dengan membahagikan negara Islam kepada 10 daerah dengan diketuai oleh seorang Amir yang dibantu oleh imam dan hakim, setiausaha, dan pegawai di Baitulmal g. Melaksanakan dasar ketenteraan: Abu Bakar juga melaksanakan dasar ketenteraan dengan melantik KhaIid al-Walid sebagai panglima agung dan menggerakkan tentera untuk menghadapi ancaman musuh dari luar negara Islam. Kesimpulan [2m] a. Kejayaan yang dicapai pada zaman Abu Bakar al Siddiq telah meninggalkan kesan yang positif. Beliau bukan sahaja dapat menyelamatkan umat Islam daripada perpecahan umat dan negara Islam daripada golongan yang tidak bertanggungjawab, b. malah Abu Bakar dikatakan telah menyediakan ruang yang secukupnya untuk bakal penggantinya, iaitu Umar al-Khattab 28 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 29. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) 11. Jelaskan etika dan strategi yang diamalkan oleh Nabi Muhammad s.a.w. ketika menghadapi peperangan. Pendahuluan[3] a. Islam tidak menggalakkan peperangan, namun peperangan terpaksa diharungi untuk mempertahankan kesucian agama, mempertahankan, maruah dan diri, menegakkan hukum Allah, menjamin kesejahteraan umat manusia sejagat, dan memberikan pengajaran kepada seteru-seteru Islam. b. Pada zaman Rasulullah saw,, peperangan dalam Islam dapat dibahagikan kepada dua, iaitu sariyah merujuk kepada tindakan rnenyekat rombongan pedagang ataupun musuh- musuh Islam serta ghazwah yang melibatkan peperangan secara besar-besaran. c. Terdapat banyak sariyah dilancarkan begitu juga peperangan yang tercetus seperti Perang Badar, Perang Uhud, Perang Ahzab dan sebagainya yang ada memberikan kemenangan dan ada yang meninggalkan kesan yang mendalam ke atas masyarakat dan negara Islam. d. Terdapat etika atau tatacara serta pelbagai strategi peperangan yang digunakan sepanjang era pemerintahan Rasulullab saw. itu. Isi-isi jawapan Etika Peperangan Nabi Muahammad s.a.w. (5 isi x 2m = 10m) a. Tentera Islam dikehendaki menawarkan kepada pihak musuh sama ada menganut agama Islam atau membayar jizyah sebagai simbol kepatuhan terhadap pemerintahan kerajaan Islam. Peperangan akan berlaku seandainya pihak musuh masih berkeras dan memulakan serangan ke atas orang Islam. b. Tentera Islam dilarang bertindak atau memerangi golongan yang lemah sama ada golongan wanita, kanak-kanak dan orang tua. Namun begitu, seandainya golongan ini memainkan peranan utama seperti penggerak atau pencetus, tindakan sewajarnya boleh dilakukan. c. Tentera Islam dilarang merosakkan harta-harta serta kemudahan awam dan orang ramai. Perbuatan seperti memusnahkan harta benda musuh termasuk rumah ibadat dan kebun- kebun tidak dibenarkan kerana ia bukan sahaja melibatkan kepentingan orang awam, malah menyebabkan berlakunya pembaziran dan sebagainya. d. Peperangan hendaklah dihentikan seandainya pihak musuh memohon perdamaian, contohnya ketika Rasulullah s.a.w. dan tentera berhasrat melancarkan serangan ke atas kota Makkah, pihak musuh telah memohon perdamaian sehingga termeterainya Perjanjian 29 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 30. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) Hudaibiyah. Malahan, tentera dan umat Islam diwajibkan mematuhi segala perjanjian yang telah dipersetujui. e. Tentera Islam diwajibkan akur dengan arahan pemimpin atau ketua demi mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak dijangkakan. Contohnya, kekalahan tentera Islam dalam Perang Ulhud berpunca daripada kesilapan tentera pemanah Islam yang tidak mematuhi arahan Rasulullah saw. f. Tentera Islam dikehendaki melayan dengan baik musuh yang berjaya dikalah dan ditawan, umpamanya tindakan Rasulullah saw, yang memberikan pengamunan terhadap tawanan ketika peristiwa pembukaan kota Makkah dan layanan yang adil terhadap tawanan Perang Badar yang berlaku pada tahun 2 Hijrah. Strategi Perang Nabi Muahammad s.a.w. (5 isi x 2m = 10m) a. Memilih tempat yang strategik.: Nabi Muhammad s.a.w ialah seorang pemimpin yang amat pintar dalam mengatur taktik-taktik dan strategi peperangan. Antara strategi yang digunakan ialah Baginda saw. memilih tempat yang strategik. contohnya kawalan punca bekalan air dalam Perang Badar dan meletakkan tentera di Bukit Uhud. b. Taktik menunggu: Selain itu, Nabi Muhammad saw. juga menggunakan taktik menunggu, iaitu tentera Islam menunggu hingga tentera musuh datang barulah bertindak balas dan menyerang. Taktik itu dilakukan dalam Perang Badar. c. Membina benteng pertahanan: Seterusnya, penggunaan taktik bertahan dengan membina benteng pertahanan seperti menggali parit untuk mematahkan serangan musuh. Contoh ini didapati dalam Perang Khandak di mana parit yang besar menghalang musuh menembusi sesuatu kawasan dengan mudah. d. Taktik mengepung: Nabi Muhammad saw. juga menggunakan taktik mengepung dan seterusnya melancarkan serangan bertubi-tubi sehingga tentera musuh tidak sempat bersedia menyerang balik. Taktik ini dilakukan dalam perang Taif di mana Baginda menggunakan pelbagal jenis senjata untuk memecahkan kubu pertahanan musuh. e. Taktik memperdayakan musuh: Tentera Islam juga mengunakan taktik memperdayakan musuh demi kepentingan kelemahan semangat perjuangan musuh. Sebagai contohnya, peranan Naim bin Mas’ud berperanan memecahbelahkan perpaduan di kalangan golongan Quraisy dan Yahudi yang mengepung kota Madinah dalam Perang Khandak. f. Taktik saf: Tentera Islam juga menggunakan taktik saf seperti yang dipraktikkan dalam Perang Badar. Tentera Islam dibahagikan kepada dua barisan; barisan pertama di hadapan bersenjatakan tombak dan perisai manakala barisan kedua bersenjatakan panah dan perisai dan diketuai oleh pemegang bendera. g. Taktik tidak mengejar musuh: Taktik seterusnya yang digunakan oleh tentera Islam ialah tindakan mengarah atau larangan tidak mengejar musuh yang lari ke sempadan mereka. Contohnya, dalam Perang Tabuk antara tentera Islam dan tentera Rom yang berlangsung pada tahun 9 Hijrah. Tindakan ini terpaksa dilakukan oleh Baginda saw. demi keselamatan para perajurit yang kemungkinan terperangkap dengan strategi musuh serta menggambarkan sikap tentera Islam yang tidak agresif semata-mata untuk rnendapatkan kemenangan. 30 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 31. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) Kesimpulan (2m) a. Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa strategi dan taktik yang mantap merupakan asas kemenangan tentera Islam dalam setiap ekspedisi khususnya pada zaman Rasulullah saw. dan Khulafa al-Rasyidin. b. Kekuatan yang dimiliki oleh tentera Islam mula dirasai apatah lagi setelah berjaya mengalahkan Quraisy dalam beberapa siri peperangan begitu juga terhadap golongan Yahudi. c. Asas kekuatan ini kemudiannya diwarisi oleh para sahabat untuk menenggelamkan keegoan Rom dan Parsi. d. Namun begitu, kemenangan juga dibantu oleh beberapa faktor lain seperti kepemimpinan, kestabilan politik, serta teknologi peperangan yang digunakan, atau dengan perkataan lain disebabkan adanya organisasi ketenteraan yang sistematik 12. Terangkan prinsip-prinsip ekonomi Islam dan kaitkan pelaksanaannya dalam pelbagai aktiviti dan sumber ekonomi pada zaman Khalifah Umar al-Khattab. Pendahuluan; ( 3 markah) a. Ekonomi menurut pandangan Islam ialah suatu ilmu yang mengkaji kegiatan manusia yg selaras dengan tuntutan syariat Islam dari segi peringkat perolehan, penggunaan atau pengurusan sumber untuk kebaikan diri masyarakat dan negara bagi mendapatkan keredaan Allah swt. Ekonomi Islam merupakan sebahagian dpd. cara hidup Islam yg menyeluruh merangkumi aspek rohani, jasmani, spiritual dan material. b. Khalifah Umar b. Al Khattab merupakan khalifah ketiga dalam zaman pemerintahan Khulafa Ar-Rasyidin telah memainkan penting perkembangan dan perlaksanaan ekonomi Islam. Aktiviti perluasan wilayah Islam yang pesat dan pertambahan harta negara semakin meningkat menyebabkan pengurusan ekonomi yang teratur dan sistematik telah dilaksanakan.. c. Prinsip-prinsip asas ekonomi Islam berdasarkan Al Quran merupakan sesuatu ketetapan yang tidak berubah dan tidak boleh diubah walau apa keadaan sekalipun. Ia terbahagi kepada tiga iaitu hak milik, kebebasan terpimpin iaitu aktviti yang diharuskan dan aktiviti yang diharamkan dan campurtangan pihak berkuasa. Isi-isi Jawapan a. Prinsip-prinsip Ekonomi Islam ( 3 isi x 2 markah = 6 markah ) i. Hak Milik : Hak milik yg sebenar bagi segala isi kandungan di atas muka bumi ini ialah Allah swt. Manusia hanya diberikan hak mengurus dan mengambil manafaat dpd anugerah swt sbg satu amanah yang akan dipersoalkan d iakhirat. - Hak milik individu : Islam telah membenarkan pemilikan harta secara individu selaras fitrah manusia. Namun Islam telah membenarkan pemilikan harta ini dalam ruang lingkup yang halal dan dibenarkan sahaja. Sebaliknya Islam melarang keras pemilikan harta secara haram seperti mencuri , merompak dan menipu. Pemilikan 31 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 32. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) harta individu boleh diperolehi dpd harta pusaka, wasiat, derma, hadiah, bekerja sendiri. - Hak milik umum (masyarakat dan negara) :Harta yang dikhaskan untuk kepentingan umum dan kepentingan nasyarakat seperti pembinaan jalan raya, talian air paip, sungai, padang rumput, udara bersih, sumber galian, keindahan alam semula jadi dll. Harta milik umum adalah hak asasi manusia yang diuruskan oleh pihak pemerintah atau berkuasa dan diagihkan secara adil dan saksama. ii. Kebebasan terpimpin: - Tujuan amalan ekonomi ini untuk melatih dan mendidik jiwa manusia supaya sentiasa dapat mendisiplinkan diri, mengawal nafsu serta melahirkan manusia yang berjiwa bersih dan bertaqwa. - Aktiviti ekonomi yang diharuskan (halal): Aktiviti ekonomi yang diharuskan ialah aktiviti ekonomi yang dijalankan secara halal yang menepati beberapa syarat: - barangan pengeluaran mestilah suci, bersih,memberi manafaat dan tidak membahayakan. - Proses pengeluaran mestilah dengan cara yang betul tanpa sebarang penipuan, penganiayaan, penindasan serta menjaa hak kebajikan pekerja. - Proses penggunaan mestilah dielakkan sifat boros, pembaziran dan bakhil sebaliknya digalakkan berjimat cermat, berhemah dan saling membantu. - Aktiviti ekonomi yang dilarang (haram) : Merangkumi aktiviti-aktiviti ekonomi yang jelas bercanggah dengan syariat Allah swt, ketidakadilan dan kezaliman dalam pengeluaran dan penggunaan seperti riba, judi, menipu timbangan dan sukatan, pelacuran monopoli dan lain-lain. iii. Kawalan pihak berkuasa Islam mengharuskan campurtangan pihak berkuasa dalam aktiviti ekonomi sama ada dalam bentuk pengurusan perancangan dan agihan. Tujuannya untuk mewujudkan keadilan dan keseimbangan dari segi harta antara individu dengan individu dan masyarakat. Bidang kuasa pihak berkuasa dalam ekonomi termasuklah pengagihan pendapatan negara, jaminan persamaan peluang golongan yang berhak, pengawasan pasaran, memerangi riba, rasuah, penipuan dan monopoli serta menentukan polisi kerajaan dan upah buruh daripada ditindas dan dieksploitasi. b. Perlaksanaan prinsip-prinsip ekonomi Islam dalam pelbagai aktiviti dan sumber ekonomi dalam Zaman khalifah Umar b. Al Khattab . ( 3 isi x 5 markah = 15 markah ) i. Perlaksanaan dan kaitan prinsip ekonomi Islam dengan pengurusan ekonomi (5m). Aspek ini berkaitan dengan prinsip kawalan oleh pihak berkuasa bagi mewujudkan keadilan dalam ekonomi masyarakat. Antara langkah yang telah dilaksanakan ialah: - Penubuhan Baitul Mal : Pada zaman Umar telah berlaku penaklukan wilayah yang sangat luas menyebabkan banyak harta benda diperolehi. Sehuhungan itu Baitul Mal ditubuhkan secara rasmi untuk mengurus dan mengawal kewangan negara. Perlaksanaan Baitul mal pada zaman Umar dijalankan secara 32 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 33. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) sistematik. Khalifah menentukan dasar kewangan negara dan sumber yang diperolehi daripada Baitul mal serta kegunaanya menurut kehendak syarak. - Menyediakan buku kira-kira : Khalifah Umar menyediakan sebuah buku kira-kira negara untuk mengetahui keluar masuk dari segi pendapatan dan perbelanjaan negara. Semua maklumat tentang kutipan dan agihan cukai boleh dirujuk dari buku ini. - Perlantikan Pegawai Baitul dan penubuhan Baitul Mal pusat dan wilayah : Madinah menjadi pusat pentadbiran Baitul Mal dan penubuhan cawangan Baitul Mal di wilayah-wilayah yang ditakluki. Umar melantik amil-amil bertauliah untuk mengutip hasil-hasil negara dengan amanah. ii. Perlaksanaan dan kaitan prinsip ekonomi Islam dengan aktiviti ekonomi (5m). Dalam aspek ini Khalifah Umar sentiasa memastikan prinsip kebebasan memiliki harta dan keadilan dilaksanakan - Aktiviti perdagangan: Dalam bidang ini Khalifah Umar telah menetapkan beberapa undang-undang di pasar-pasar perdagangan. - Aktiviti pertanian: Khalifah Umar turut memajukan sektor pertanian. Rakyat telah digalakkan membuka tanah-tanah baru dan menyerahkan hak milik tanah kepada sesiapa yang mengusahakan tanah tersebut.. iii. Perlaksanaan dan kaitan prinsip ekonomi Islam dengan sumber-sumber ekonomi (5m). Aspek ini juga mempunyai kaitan dengan prinsip kawalan oleh pihak berkuasa, terutama untuk menjamin keadilan dalam pengagihan sumber-sumber ekonomi negara. Antara sumber ekonomi negara yang dikawal selia oleh kerajaan bagi maksud tersebut ialah: - Zakat : Zakat ialah bayaran ke atas hasil pendapatan dalam bentuk wang atau benda lain oleh umat Islam yang berharta apabila mendapati hasil tanah pertanian dan ternakan serta nilai emas dan perak mereka mencukupi syarat zakat yang ditentukan zakat. Jumlah zakat yang tertentu diserahkan kepada Baitulmal untuk diuruskan dan Baitul Mal akan menilai semua bayaran. Pengagihan zakat dilakukan mengikut lapan asnaf yang ditentukan syarak untuk membantu mereka yang kurang bernasib baik. Jika berlaku lebihan agihan, Baitul mal yang bertindak menyimpan harta zakat dan berhak menggunakan harta tersebut untuk pembangunan dan kebajikan awam. - Ghanimah iaitu harta rampasan perang : Kemenangan dalam peperangan bermakna penguasaan ke atas segala barang tinggalan musuh. Harta tersebut perlu diambil bagi manafaatkan oleh orang lain. Selain itu Fay atau harta yang diperolehi semasa menduduki kawasan yang ditinggalkan oleh tuannya atau harta tidak bertuan. Baitul Mal memperuntukkan 1/5 daripada kutipan ghanimah dan Fay dikhaskan untuk perbelanjaan kerajaan pusat dan bakinya diagihkan kepada tentera-tentera yang terlibat dalam perluasan kuasa itu. - Jizyah : Kerajaan Islam bertanggungjawab melindungi dan menjaga keselamatan orang- orang bukan Islam yang bersetuju menerima pemerintahan Islam di 33 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 34. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) kawasan mereka. Tentera Islam ditugaskan mengawal kawasan-kawasan mereka. Kadar cukai ini ditetapkan di antara 12 hingga 48 dirhan setahun mengikut taraf kekayaan dan keupayaan. Hanya lelaki yang merdeka, nerakal dan masih hidup berupaya membayar jizyah kepada Baitul Mal. Hasil cukai ini digunakan untuk tujuan pembangunan dan pertahanan. Dalam memastikan keadilan untuk golongan Dhimmi ini, beliau dan pegawai-pegawainya sering meninjau sama ada cukai atau jizyah yang dikenakan ke atas mereka itu menyusahkan atau tidak. - Kharaj ; Semua pemilik tanah di wilayah yang ditakluki dikehendaki membayar cukai kharaj kepada Baitul Mal dengan kadar sebanyak 10 peratus. Sekiranya berlaku kemusnahan akibat banjir atau kemarau, cukai tidak akan dikenakan. Semua urusan kutipan kharaj ditadbir dan diselaraskan oleh Baitul Mal pusat. Khalifah mewajibkan pemilik tanah mengusahakan tanah mereka sebaik mungkin. Sekirannya didapati ada tanah yang tidak diusahakan, pengurusan Baitul Mal diberi kuasa untuk menyerahkan tugas mengusahakan tanah itu kepada orang lain. Bagi pemilik tanah kawasan lain, cukai tanah dibezakan mengikut jenis tanaman. - Usyur : Cukai perniagaan juga dikenakan kepada para peniaga yang memperolehi pendapatan melebihi nisab sebanyak 200 dirham. Peniaga Islam dan bukan Islam dikehendaki membayar cukai usyur ini mengikut kadar yang ditetapkan oleh khalifah. Peniaga kafir harbi yang tidak membuat perjanjian perdagangan dengan kerajaan Islam dikenakan Usyur 10 peratus, kafir Dhimmi 5 peratus dan di kalangan peniaga Islam mereka dikenakan cukai 2.5 peratus. - Sumber-sumber lain : Baitul Mal turut menerima dan mentadbir culai-cukai lain seperti sedekah, wakaf, harta karun dan harta rampasan perang dan disahkan benar selepas siasatan dijalankan. Kesimpulan ( 1 markah) Khalifah Umar Al khattab telah berjaya melaksanakan prinsip-prinsip ekonomi Islam yang ditetapkan syarak secara tersusun dan sistematik. Rakyat jelas tentang apa cukai yang perlu ditunaikan dan mengpa ianya wajib dibayar. Pihak pengurusan sumber dan pengagihan pendapatan di peringkat pusat dan cawangan diingat supaya jujur dalam mentadbir amanah Allah. Khalifah Umar berjaya membangunkan negara dengan hasil pendapatan negara yang diuruskan oleh Baitul Mal. 34 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 35. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) 13. Huraikan peranan Sultan Salahuddin al-Ayubi dalam Perang Salib. Pendahuluan (3m) a. Latarbelakang Perang Salib : Merupakan siri peperangan di antara pihak Islam dengan pihak Kristian. Berpunca dari keinginan pihak Kristian untuk menguasai Baitul-Muqadis. Mula meletus apabila Paus menyeru supaya penganut-penganut Kristian bersatu bagi menundukkan Islam serta menguasai semula wilayah-wilayah yang telah dikuasai Islam terutamanya Baitul-Muqaddis, kota suci bagi Islam, Kristian dan Yahudi. Perang Salib berlaku dalam 7 peringkat dan selama kira-kira satu setengah abad iaitu dari 1096 – 1249M. b. Salahuddin Yusuf bin Najmuddin Ayyub dilahirkan di Tikrit Iraq pada tahun 532 Hijrah /1138 Masihi iaitu setelah hampir empat puluh tahun tentera Salib menduduki Baitul Maqdis dan wafat pada tahun 589 H/1193 M di Damsyik. Beliau adalah pengasas Kerajaan Al-Ayyubiyah dan bergelar Sultan Salahuddin. Seorang pahlawan Islam yang paling gagah berani dalam perang Salib dan berhasil merebut kembali Baitul Maqdis dari tangan tentera Salib Kristian. c. Sifatnya yang lemah lembut, zuhud, warak dan sederhana membuat kaum Muslimin di bawah kekuasaannya sangat mencintainya. Demikian juga para ulama sentiasa mendoakannya agar cita-cita sucinya untuk merampas semula Tanah Suci berhasil dengan segera. d. Keluarga Salahuddin taat beragama dan berjiwa pahlawan. Ayahnya, Najmuddin Ayyub adalah seorang yang termasyhur dan beliau pulalah yang memberikan pendidikan awal kepada Salahuddin. 35 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 36. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) e. Selain itu, Salahuddin juga mendapat pendidikan dari bapa saudaranya Asasuddin Syirkuh seorang negarawan dan panglima perang Syria yang telah berhasil mengalahkan tentera Salib sama ada di Syria ataupun di Mesir. Dalam setiap peperangan yang dipimpin oleh panglima Asasuddin, Salahuddin sentiasa ikut sebagai tentera pejuang sekalipun usianya masih muda. Peranan Sultan Salahuddin (4 isi x 5m = 20m) a. Menghapuskan pengaruh tentera Salib di Mesir - Kejatuhan kota suci Baitul Muqadis mendorong pemimpin Islam untuk bergabung tenaga bagi merampas balik kota Suci tersebut. Di antara pemimpin yang paling gigih dalam usaha menghalau tentera Salib itu ialah Imamuddin Zanki dan diteruskan oleh anaknya Emir Nuruddin Zanki dengan dibantu oleh panglima Asasuddin Syirkuh. - Pada tahun 549 H/1154 M, apabila panglima Asasuddin Syirkuh berjaya menundukkan Kerajaan Fatimiyah di Mesir yang diperintah oleh Khalifah Al-Adhid dari aliran Syiah Ismailiyah, menyebabkan Wazir Shawar meminta bantuan dari tentera Salib untuk menghalau Syirkuh daripada berkuasa di Mesir. Pasukan Salib yang dipimpin oleh King Almeric dari Jerussalem menerima baik jemputan itu. Maka terjadilah pertempuran antara pasukan Asasuddin dengan King Almeric yang berakhir dengan kekalahan Asasuddin. - Kerjasama Wazir Shawar dengan tentera Salib telah menimbulkan kemarahan Emir Nuruddin Zanki lalu mempersiapkan sepasukan tentera yang besar dipimpin oleh panglima Syirkuh dan Salahuddin Al-Ayyubi untuk menghukum Shawar. Tentera Salib pimpinan King Almeric berjaya dihalaunya dari bumi Mesir. Wazir Shawar berjaya melarikan diri tetapi akhirnya berjaya ditangkap dan kemudian dihukum bunuh. - Khalifah Al-Adhid melantik panglima Asasuddin Syirkuh menjadi Wazir Besar menggantikan Shawar. Wazir Baru itu segera melakukan perbaikan dan pembersihan pada setiap institusi kerajaan secara berperingkat. Sementara anak saudaranya, panglima Salahuddin Al-Ayyubi diperintahkan membawa pasukannya mengadakan pembersihan di kota-kota sepanjang sungai Nil sehingga Assuan di sebelah utara dan bandar-bandar lain termasuk bandar perdagangan Iskandariah. b. Menutup Kerajaan Syiah Fatimiyah Mesir. - Wazir Besar Syirkuh tidak lama memegang jawatannya, kerana beliau wafat pada tahun 565 H/1169 M. Khalifah Al-Adhid melantik panglima Salahuddin Al-Ayyubi menjadi Wazir Besar. Walaupun berkhidmat di bawah Khalifah Kerajaan Fatimiah, Shalahuddin tetap menganggap Emir Nuruddin Zanki sebagai ketuanya. Nuruddin Zanki berulang kali mendesak Sahalahuddin agar menangkap Khalifah Al-Adhid dan mengakhiri kekuasaan Kerajaan Fatimiah untuk seterusnya diserahkan semula kepada Kerajaan Abbasiah di Baghdad, tetapi Shalahuddin tidak mahu bertindak terburu-buru. - Pada tahun 567 H/1171 Masihi, Salahuddin mengumumkan penutupan Kerajaan Fatimiah dan kekuasaan diserahkan semula kepada Kerajaan Abbasiah dalam suasana aman dan damai. Ketika pengumuman peralihan kuasa itu dibuat, Khalifah Al-Adhid sedang sakit kuat. Sehari selepas pengumuman itu, Khalifah Al-Adhid wafat dan dikebumikan sebagaimana kedudukan sebelumnya sebagai Khalifah. 36 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]
  • 37. TERHAD JPNJ/Pep.Percubaan Setara STPM Johor 2012: Skema Jawapan Sejarah 1(940/1) - Dengan demikian berakhirlah kekuasaan kerajaan Fatimyah yang dikuasai oleh kaum Syiah selama 270 tahun. Pengembalian kekuasaan kepada golongan Sunni itu telah disambut meriah di seluruh wilayah-wilayah Islam, lebih-lebih di Baghdad dan Syiria atas restu Khalifah Al-Mustadhi dan Emir Nuruddin Zanki. c. Menyatupadukan Kuasa-Kuasa Islam - Sebagai satu langkah untuk menghalau kekuasaan Salib di Jeruselam, Salahuddin berusaha menyatupadukan wilayah-wilayah Islam terlebih dahulu, kemudian menghapuskan para pengkhianat agama dan negara agar peristiwa Wazir Besar Shawar tidak berulang lagi. - Di Mesir, beliau telah berkuasa penuh, tapi masih tetap taat setia pada kepimpinan Nuruddin Zanki dan Khalifah di Baghdad. Tahun 1173 M, Emir Nuruddin Zanki wafat dan digantikan oleh puteranya Ismail yang ketika itu baru berusia 11 tahun dan bergelar Mulk al Shalih. - Apabila Damsyik terdedah pada serangan tentera Salib, Salahudin menggerakkan pasukannya ke Syiria untuk mempertahankan kota itu. Setelah Ismail wafat, Shalahuddin menyatukan Syria dengan Mesir dan menubuhkan Kerajaan Al-Ayyubiyah dengan beliau sendiri sebagai Emirnya yang pertama. Tidak berapa lama kemudian, Sultan Salahuddin dapat menggabungkan negeri-negeri An-Nubah, Sudan, Yaman dan Hijaz ke dalam kekuasaannya. Wilayah di Afrika Utara juga berjaya dirampas dari kekuasaan tentera Salib. Dengan ini kekuasaan Salahuddin telah cukup besar dan kekuatan tenteranya cukup ramai untuk mengusir tentera Kristian yang menduduki Baitul Maqdis selama berpuluh tahun. d. Perjuangan Merebut Baitul Maqdis. Setelah merasa kuat, Sultan Salahuddin menumpukan perhatiannya untuk memusnahkan tentera Salib yang menduduki Baitul Maqdis dan merebut kota Suci itu semula. - Sebagai satu strategi, beliau mula-mula mengajak tentera Salib untuk berdamai. Pihak Salib menganggap bahawa Salahuddin telah menyerah kalah, lalu mereka menerima perdamaian ini dengan sombong. Sultan Salahuddin pula sudah menjangka bahawa orang-orang Kristian itu akan mengkhianati perjanjian, maka ini akan menjadi alasan bagi beliau untuk melancarkan serangan. Jangkaan beliau tepat apabila baru sebentar perjanjian ditandatangani, kaum Salib telah melanggar perjanjian dan ini memberi peluang kepada Salahuddin untuk melancarkan serangan, tapi gagal. Beliau kembali ke markasnya dan menyusun kekuatan yang lebih besar. - Dalam suasana perdamaian itu pasukan panglima Salib Count Rainald de Chatillon telah bergerak untuk menyerang kota Suci Makkah dan Madinah tetapi berjaya dihancurkan oleh mujahid Islam di Laut Merah. Dalam perjalanan, Count Rainald telah bertembung dan menawan satu kafilah kaum Muslimin yang di dalamnya terdapat seorang saudara perempuan Sultan Salahuddin. - Berita tersebut sampai ke pengetahuan Sultan Salahuddin lalu mengirim perutusan ke Jerussalem agar semua tawanan dibebaskan. Keengganan mereka menyebabkan Sultan Salahuddin memimpin pasukan tenteranya bagi menghukum tentera Salib yang sering mengkhianati perjanjian itu. Akhirnya berlakulah pertempuran di gunung Hittin sehingga dikenal sebagai Perang Hittin. 37 [Blog Sejarah STPM - http://sejarahstpm.blogspot.com]