1. 1
NAMA : MUHAMMAD NOOR SYAHIN BINBAWA NOORUL HASAN
NO. K/P : 020925-10-0037
KELAS : 6 BESTARI(2014)
SEKOLAH : SEKOLAHKEBANGSAANBUKIT TINGGI, KLANG
GURU
MATAPELAJARAN : PN. ROSLINABINTIMAUJUB
SEJARAH KEHIDUPAN AWAL DATO’ ONN BIN JAAFAR
2. 2
Dato' Onn Jaafar adalah lagenda bangsa Melayu. Jasanya meniupkan semangat
nasionalisme kepada orang Melayu tidak sesekali luput di ingatan dan masih segar terpahat di
sanubari rakyat Malaysia. Mantan Menteri Besar Johor ini, merupakan pengasas dan Yang
DiPertua pertama UMNO, peneraju utama gerakan untuk menentang dan mengalahkan
Malayan Union dan tokoh pelopor dan pemangkin perpaduan dan kerjasama antara kaum di
Malaysia.
Beliau dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru, Dato’ Onn ialah anak kepada Datuk
Jaafar bin Haji Muhammad, Menteri Besar Johor yang pertama. Seorang kerabat diraja Johor,
beliau dipelihara oleh Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar sejak kecil, dan mendapat
pendidikan Melayu sebelum melanjutkan pelajarannya di England.
Dato’ Onn bekerja sebagai wartawan pada tahun 1930 ketika berumur 35 tahun, dan pada
tahun 1934, menjadi pengarang Lembaga Malaya dan Harian Lembaga. Di samping itu,
beliau juga pernah menjadi ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor. Semasa zaman
Pendudukan Jepun, Dato’ Onn menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor. Dato'
Onn pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah dalam pentadbiran penjajah British, tetapi
kemudian berhenti kerana membantah dasar-dasar jajahan.
3. 3
KERJAYA POLITIK DATO’ ONN BIN JAAFAR
Pada 1 hingga 4 Mac 1946, 41 buah persatuan Melayu telah berhimpun di Kelab Sultan
Sulaiman, Kuala Lumpur untuk menghadiri Kongres Melayu pertama yang diadakan untuk
menentang Malayan Union yang diperlihatkan sebagai ancaman terhadap hak istimewa orang
Melayu dan kedudukan sultan-sultan Melayu. Hasil daripada mesyuarat ini, sebuah badan
yang mewakili orang Melayu telah ditubuhkan ketika Kongres ketiga diadakan di Johor
Bahru pada 1 Mei 1946. Disebabkan Dato’ Onn amat aktif dalam gerakan nasionalisme
Melayu, kongres itu melantik beliau sebagai presiden pertama.
Pada 1 Oktober 1946, Dato’ Onn dilantik menjadi Menteri Besar Johor. Tiga tahun
kemudian, beliau meletakkan jawatan untuk menumpukan masanya kepada UMNO. Di
bawah kepimpinannya, UMNO berjaya memaksa kerajaan British untuk membubarkan
Malayan Union dan diganti dengan Persekutuan Tanah Melayu. Persekutuan Tanah Melayu
1948 mengekalkan kedudukan Raja-raja Melayu dan memperketatkan syarat-syarat
kerakyatan, serta memberi hak istimewa Melayu.
Dato’ Onn kemudian berasa kecewa dengan apa yang beliau menganggap sebagai dasar-
dasar perkauman UMNO, dan mencadangkan bahawa keahlian parti dibuka kepada semua
penduduk Tanah Melayu, tanpa mengira kaum, dan nama UMNO ditukarkan menjadi
"Pertubuhan Kebangsaan Penduduk Tanah Melayu Bersatu". Oleh sebab cadangan itu
ditentangkan, Dato’ Onn meletakkan jawatan sebagai presiden UMNO apabila persidangan
Majlis Mesyuarat Agung Keenam diadakan pada 25 - 26 Ogos 1951.
4. 4
Dato’ Onn kemudian menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pada 26 Ogos,
1951. Malangnya, parti tersebut tidak mendapat sokongan daripada orang Melayu. Pada
tahun 1954, beliau meninggalkan parti itu untuk menubuhkan Parti Negara bagi tujuan
bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Persekutuan Tanah Melayu pada tahun
1955. Parti Negara menyekatkan keahlian bukan orang Melayu dalam satu percubaan untuk
memperoleh sokongan daripada orang-orang Melayu. Walaupun demikian, partinya masih
gagal mendapat sokongan dan tidak memenangi sebarang kerusi dalam pilihan raya itu.
Bagaimanapun, Dato’ Onn masih berusaha untuk mendapatkan tempat dalam politik.
Akhirnya, beliau berjaya mendapat satu kerusi di kawasan parlimen Kuala Terengganu
Selatan dalam Pilihan Raya Umum 1959 dengan bantuan parti PAS. Dato’ Onn Jaafar
mendirikan rumah tangga bersama Datin Halimah Hussein, dan salah seorang daripada anak
mereka ialah Allahyarham Tun Hussein bin Dato' Onn.
Beliau meninggal dunia pada tahun 19 Januari 1962 dan dikebumikan di Makam
Mahmoodiah, Johor Bahru, Johor.
5. 5
GARIS MASA SEJARAH KEHIDUPAN DATO’ ONN BIN JAAFAR
1895: Dilahirkan di Bukit Gambir, Johor Bahru .
1901 Menjadi anak angkat Sultan Ibrahim dan menghabiskan masa di Istana Johor.
Belajar bahasa Inggeris dengan wanita Inggeris.
1902 Ibunya Rugayah meninggal dunia
1903 Belajar di Alderburgh Lodge School, Suffolk, England . Dia ke sana sebagai
pengiring putera-putera Sultan Johor.
1910 25 Mac kembali ke Johor dengan perawakan Barat.
1910-1911 Belajar di di Maktab Melayu Kuala Kangsar.
1911 Kerani sambilan di Jabatan Setiausaha Kerajaan Johor .
1911 Berkahwin kali pertama Rafeah Abdullah (gadis Cina yang merupakan anak
angkat bapanya). Mendapat empat orang anak dan isterinya meninggal dunia
beberapa tahun kemudian.
1915 Berkahwin kali kedua dengan Che Jamilah dan mendapat seorang anak iaitu
Ismail bin Onn. Isterinya meninggal dunia.
Berkahwin kali ketiga dengan Che Kah, seorang pelakon bangsawan.
1917 Menyertai Pasukan Tentera Johor dan ditempatkan di Pulau Belakang Mati,
Singapura- markas JMF. Pangkat Leftenan.
1919 Berkahwin kali keempat dengan Halimah Hussein, janda adiknya. Mendapat 3
anak termasuk Hussein Onn.
1920 Bekerja semula di Pejabat Pnasihat Johor tetapi dipecat oleh Sultan Ibrahim
pada 31 Jun 1920 kerana membidas baginda tanpa berselindung berkaitan isu harta.
1922 Diterima bekerja semula sebagai penolong pegawai di Pejabat Tanah Johor
kerana pujukan Tengku Ismail.
1923 Pegawai di Pejabat Tanah Muar
6. 6
1924 Penolong Pemungut Hasil Tanah Muar dengan gaji RM1440.00.
1927 Pindah ke Johor Bahru dengan jawatan yang sama. Pegawai British menahan
elaun RM200.00 setahun, tidak diberi motokar kerajaan dan tidak disediakan rumah
kerajaan sedangkan pegawai British mendapat pelbagai kemudahan.
1927-1936 Dibuang negeri ke Singapura oleh Sultan Ibrahim kerana menyiarkan
berita Sultan Ibrahim memperalatkan JMF sebagai buruh paksa dalam akhbar Sunday
Mirror. Sultan Ibrahim membina padang lumba kuda dan membuka ladang di Pagoh,
Tasek Utara dan Pasir Pelangi menggunakan JMF.
1930-1936 (umur 35): Bertugas sebagai wartawan akhbar-akhbar Melayu di
Singapura
1934 (umur 39): Menjadi pengarang Lembaga Malaya dan harian Lembaga.
1936-1941 Menjadi Ahli Majlis Mesyuarat Negeri Johor
1942 – 1945: Menjadi Ketua Pejabat Kawalan Makanan Negeri Johor
1945-1946 Menjadi Pegawai Daerah Batu Pahat
1946-1949 Memimpin Pergerakan Melayu Semenanjung, Johor.
1946 Menganjurkan Kongres Melayu 1946
1946-1951 (umur 52): Menubuhkan UMNO dan menjadi presidennya yang pertama.
Beliau dilantik sebagai Menteri Besar Johor pada 1 Jun 1947.
1949 (umur 54): Meletakkan jawatan Menteri Besar Johor dan menumpukan kepada
UMNO.
7. 7
1951 Pengerusi Rural and Industrial Development Authority (RIDA).
1951 (umur 56): Cadangan membuka keahlian UMNO kepada semua kaum telah
ditolak. Maka Dato' Onn meletakkan jawatan sebagai Presiden UMNO dalam
persidangan Majlis Mesyuarat Agung Keenam pada 25 dan 26 Ogos 1951.
1951 Menubuhkan Parti Kemerdekaan Malaya (IMP).
1954 (umur 59): Menubuhkan Parti Negara mengganti Parti Kemerdekaan Malaya.
Tujuan penubuhan parti tersebut adalah untuk bertanding dalam pilihan raya umum
yang pertama pada tahun 1955.
1955 Kalah dalam Pilihan raya Persekutuan 1955
1959 Ahli Dewan Rakyat - sebagai anggota pembangkang (dikatakan menyertai
PAS).
8. 8
1959 (umur 64): Mendapat satu kerusi di kawasan Parlimen Kuala Terengganu
Selatan dalam pilihan raya Persekutuan.
1962 (umur 67): Meninggal dunia dan dikebumikan di Makam Mahmoddiah Johor
Bahru.
penghargaan
9. 9
Pertama sekali, saya mengucapkan setinggi–tinggi penghargaan kepada guru
matapelajaran Kajian Tempatan Kelas 6 Bestari, Puan Roslina binti Maujub.
Beliau telah banyak meberikan bimbingan, panduan dan galakan kepada saya dalam
menyiapkan folio ini dengan sempurna tanpa sebarang masalah.
Beliau juga memberi tunjuk ajar kepada saya dalam penghasilan folio yang menepati
semua kriteria yang diperlukan seperti yang terkandung dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah
Rendah (KBSR).
Tidak ketinggalan juga, ucapan jutaan terima kasih kepada ibu bapa saya yang
memberikan sokongan moral dan pertolongan dan membantu saya mencari bahan rujukan
untuk menyiapkan folio ini dengan sebaik yang mungin.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang
membantu saya secara langsung dan tidak langsung dalam menyiapkan folio ini dengan
jayanya.
Warna biru warna kegemaranku,
Suka dipakai semasa ke pekan,
Terima kasih kepada guru dan ibu bapaku,
Atas segala bimbingan dan dorongan yang diberikan.
Sekian, terima kasih.
Syahin
Muhammad Noor Syahin bin Bawa Noorul Hasan
6 Bestari
Sekolah Kebangsaan Bukit Tinggi