Teks tersebut membahas tentang komunikasi bertulis dan kesantunan berbahasa. Komunikasi bertulis melibatkan pemilihan kata, gaya bahasa, dan format yang sesuai. Kesantunan berbahasa penting dalam masyarakat Melayu dan berkaitan dengan nilai-nilai masyarakat seperti sopan santun. Teks tersebut juga menggunakan contoh petikan untuk mendemonstrasikan aspek kesantunan berbahasa seperti pujian
1. Pengenalan
Komunikasi bertulis ialah kegiatan merakamkan idea dan pendapat dalam
bentuk lambang-lambang tulisan untuk dibaca atau digunakan pada masa akan
datang. Kegiatan seperti ini boleh dilakukan secara spontan atau dibuat dalam
bentuk yang dirancang. Berbanding dengan komunikasi lisan yang lebih mudah dan
ringkas, komunikasi bertulis melibatkan beberapa faktor. Selain isi yang hendak
dibicarakan, komunikasi ini juga melibatkan kriteria tertentu seperti pemilihan kata
yang sesuai, laras bahasa, gaya persembahan, bentuk penyampaian, format dan
pengolahan yang menarik.
Bahasa merupakan aspek penting dalam komunikasi bertulis. Penulis perlu
menggunakan bahasa dalam berbagai-bagai cara mengikut jenis teks dan konteks
yang sesuai serta tidak melakukan sebarang kesalahan yang akan mencacatkan
teks atau majlis yang berkaitan. Penulis harus menjaga diri supaya sentiasa dapat
mematuhi sistem bahasa, laras dan format yang ditetapkan. Pengolahan teks yang
sempurna perlu mempunyai kesepaduan, kesinambungan, ketertiban dan pertalian;
baik dari segi bahasa mahupun pemerengganan. Justeru, hal ini dapat membantu
penulis memberikan gambaran yang lebih jelas dan menggerakkan daya fikir serta
kefahaman pembaca atau khalayak dengan lebih baik.
Fakta yang sempurna mempunyai nilai kesahan dan kebolehpercayaan yang
tinggi. Pandangan dan pendapat yang berasaskan prinsip, falsafah, ideologi dan
teori tertentu juga merupakan sumber yang dapat digunakan sebagai fakta. Perkara
yang penting ialah fakta itu jelas, bermutu, dapat dibuktikan, logik dan disampaikan
secara mudah dan penuh bertanggungjawab.
2. Definisi dan Konsep Komunikasi
Perkataan komunikasi berasal daripada bahasa Latin communiatus yang
bereri berkongsi sesuatu. Daripada pengertian ini jelas menunjukkan bahawa ada
perkongsian untuk mewujudkan satu presefahaman dalam komunikasi. Komunikasi
merupakan proses pengiriman maklumat, pemikiran, sikap, atau emosi daripada
seseorang dengan menggunakan simbol-simbol seperti yang dikemukakan oleh
Theodorson & Theodorson (1969).
Pengertian konsep komunikasi daripada perspektif pentebaran amat mudah
dan dangkalpentebaran amat mudah dan dangkal kerana tidak memberikan
pertimbangan kepada penilaian si penerima dan lebih bersifat sehala. Definisi yang
lebih menumpu kepada komunikasi yang berkesan memberikan penekanan kepada
perkongsian makna dan maklum balas. Daripada pelbagai definisi yang diberikan,
jelas menunjukkan bahawa komunikasi ialah satu pemindahan maklumat, idea, dan
emosi oleh penyampai kepada penerima melalui pelbagai saluran dengan tujuan
mencapai persamaan makna.
Komunikasi yang tidak berkesan membawa banyak masalah dalam
masyarakat. Gejala keruntuhan institusi rumah tangga, kadar kegagalan
penguasaan 3M yang tinggi dalam kalangan murid dan pelbagai masalah lagi sedikit
sebanyak dapat ditangani sekiranya komunikasi berkesan sentiasa tercapai.
4. Kesantunan berbahasa
Kesantunan, dalam konteks yang lebih luas, tidak merujuk kepada
kesantunan berbahasa semata-mata tetapi juga merujuk kepada aspek nonverval
seperti tingkah laku, mimik muka,dan nada suara. Dalam hal ini, Lakoff (1975)
mendefinisikan kesantunan sebagai perlakuan yang mengurangkan pergeseran
dalam sesuatu interaksi. Fraser dan Nolan (1981) pula menyatakan bahawa
kesantunan berlaku apabila kontrak perbualan digunakan oleh penutur dan
pendengar bagi mengekalkan hubungan yang harmoni dalam komunikasi. Selain itu,
kesantunan dianggap sebagai usaha mengurangkan Tindakan Ancaman Muka
(TAM) dalam perbualan terhadap pendengar (Brown dan Levinson, 1987).
Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan
bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang
dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah
kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972).
Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan
yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya
menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang
menerimanya.Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama
peribadi atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.
Dalam konteks kesantunan berbahasa pula, Asmah Hj. Omar (2000)
mengaitkannya dengan penggunaan bahasa sehari-hari yang tidak menimbulkan
kegusaran, kemarahan dan rasa tersinggung daripada pihak pendengar. Keadaan
yang demikian akan menimbulkan suasana hubungan yang harmoni antara penutur
dan pendengar.
Dalam masyarakat Melayu, kesantunan bukan sahaja merujuk kepada latar
sosio budaya msayarakatnya yang berpegang pada adapt resam, malah diperkukuh
oleh pegangan Islam yang dianuti. Hal ini tergambar dalam perbilangan adat yang
berbunyi:
“Adat bersendikan hukum, hukum bersendikan kitab Allah”.
Jadi, konsep kesantunan tidak lengkap jika perbincangannya terbatas kepada aspek
berbahasa dan perlakuan semata-mata, jika tidak dikaitkan dengan konsep
5. keihklasan. Seseorang itu boleh menuturkan kata-kata yang indah atau
menunjukkan tingkah laku yang sopan dalam sesuatu situasi, tetapi perlakuan
tersebut belum pasti menggambarkan keihklasannya. Manusia boleh bertopeng
dengan pelbagai wajah untuk mencapai hasratnya, sedangkan hakikatnya tiada
sesiapa yang tahu.
Nilai dan Kesantunan dalam Masyarakat Melayu
Nilai merujuk kepada sesuatu yang kompleks tetapi berpola dan berprinsip
yang memberikan arahan dan menjadi petunjuk kepada perlakuan dan pemiikiran
manusia dalam mengatasi masalah (Kluckhon dan Strodtbeck (1961). Nilai menjadi
ukuran dan pegangan tentang baik buruk atau cantik hodoh sesuatu perlakuan
berasaskan kelaziman atau kebiasaan dalam sesuatu masyarakat (Wan Abdul
Kadir, 2000). Misalnya, kita berasa janggal apabila mendengar suami isteri
mengungkapkan kata panggilan “aku” dan “kamu” dalam perbualan mereka.
Perlakuan yang demikian dianggap tidak santun.
Jadi, nilai dan kesantunan mempunyai pertalian yang sangat erat. Seseorang
itu dianggap tidak sopan dan tidak mengamalkan nilai yang baik apabila bercakap
menggunakan bahasa yang kasar atau tidak tahu meletakkan dirinya dalam sesuatu
majlis. Ketidaksopanan dan kerendahan nilai perlakuan dapat digambarkan dalam
ungkapan berikut:
Ketika orang diam
Aku bersorak
Ketika orang duduk aku berdiri
Ketika orang memberi
Aku meminta
Ketika orang bekerja
Aku terlena
Ketika orang dipuncak
Aku masih merangkak.
6. Selain itu, nilai berbahasa juga dititkberatkan oleh orang Melayu. Maka
wujudlah bentuk bahasa yang dikelaskan sebagai bahasa halus, bahasa kesat,
bahasa kasar, bahasa biadab dan seumpamanya. Oleh itu, seseorang itu perlu
memahami dengan siapa ia berkata, sebab ia berkata, dan dalam situasi apa dia
berkata. Sesunguhnya, orang yang santun ialah orang yang tahu meletakkan dirinya
dalam keadaan tertentu.
Kesantunan Bahasa dalam Pengajaran dan Pembelajaran Komsas
Insan yang seimbang daripada segi intelek, emosi, rohani dan jasmani seperti
yang dihasratkan dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dipercayai akan dapat
dilahirkan melalui pendidikan bahasa dan kesusasteraan. Menyedari hakikiat ini,
maka Kementerian Pelajaran Malaysia (Kementerian Pendidikan Malaysia pada
waktu itu) mewajibkan semua pelajar sekolah menengah mempelajari
kesusasteraan yang diserapkan melalui mata pelajaran Bahasa Melayu dengan
nama Komponen Sastera dalam Bahasa Melayu (Komsas). Pembelajaran Komsas
bermula pada tahun 2000 untuk pelajar tingkatan 1 dan 4, manakala pada tahun
2001 semua pelajar sekolah menengah daripada tingkatan 1 hingga tingkatan 5
diajarkan Komsas.
Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah (Kementerian
Pendidikan Malaysia, 2002), menyatakan objektifnya dengan jelas. Antara
objektifnya adalah untuk melahirkan pelajar yang dapat:
· melibatkan diri dalam interaksi sosial melaui perbualan, perbincangan, dan
penulisan untuk menjalin serta mengeratkan hubungan, dan berurus untuk
mendapatkan barangan dan perkhidmatan;
· menghayati dan mengamalkan nilai murni, sikap positif, semangat patriotik, dan
perasaan cinta akan negara.
Keupayaan pelajar berinteraksi dengan baik sama ada secara lisan atau
bertulis memperlihatkan aspek kesantunan berbahasa mereka. Pelajar harus faham
dan sedar akan kedudukan diri mereka apabila berkomunikasi dengan pihak lain.
Mereka juga perlu sedar akan tujuan, masa, tempat, dan dengan siapa mereka
berkomunikasi. Hal ini akan terjelma melalui aktiviti-aktiviti kebahasaan seperti yang
digariskan dalam Sukatan Pelajaran Bahasa Melayu Sekolah Menengah. Sebagai
7. contoh, beberapa kemahiran berbahasa dalam Huraian Sukatan Pelajaran Bahasa
Melayu Tingkatan Satu menyarankan aktiviti-aktiviti yang menjurus kepada
kesantunan berbahasa. Antaranya termasuklah:
1.1 Aras 1 (i) : Berbual dengan keluarga menggunakan sebutan, intonasi, kata dan
ungkapan yang sesuai dan mengemukakan idea yang relevan dengan topik.
1.1 Aras 1(ii): Memperkenalkan diri kepada seseorang dan memperkenalkan
seseorang kepada ahli yang lain dengan mesra dan santun.
1.1 Aras 1(iii): Memahami dan menentukan gelaran atau panggilan yang sesuai bagi
seseorang.
Untuk merealisasikan pencapaian objektif ini, pemilihan bahan pengajaran
adalah penting. Guru harus bijak memanipulasikan bahan pengajaran yang ada,
khususnya teks Komsas. Dalam teks Komsas banyak terdapat unsur nilai dan
kesantunan berbahasa. Jadi pengajaran dan pembelajaran Komsas harus
bersepadu dengan pengajaran kemahiran bahasa yang lain seperti mendengar dan
bertutur, memabaca dan memahami, dan menulis.
Sebagai contoh, marilah kita sama-sama meneliti petikan yang berikut ini:
“Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta
buatmu, nak.” Begitu kata-kata ibunya membujuk dia ke sekolah.
“Kau dah pulang Ramli? Bukalah kasut itu. Letakkan baik-baik di tempat letak kasut.
Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,” kata ibunya di muka
pintu.
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan, akan tetapi wajahnya amat
manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya berusaha benar
menyembunyikan penderitaan itu disebalik senyumannya. Dia tahu bahawa ibunya
bertanggugjawab terhadap dirinya dan adik-adiknya juga.
Dia meletakkan kasutnya dengan baik di atas tempat letak kasut yang diperbuat
daripada tong. Tempat itu dibuat oleh ibunya sendiri. Kasut adik-adik dan ibunya
teratur rapi. Ternyata ibunya amat mementingkan kebersihan dan kesempurnaan.
“Emak! Esok Hari Guru di sekolah Ramli. Ramli ingin hadiahkan sesuatu kepada
Cikgu Fatimah. Dia baik kat Ramli.”
Ibunya mengangguk-angguk. Akan tetapi tergambar kemuraman di wajahnya. Nasi
8. yang disuapnya dikunyah perlahan-lahan. Dia tahu ibunya sedang memikirkan
harapannya itu.
Dia menoleh ke arah adik-adiknya yang sedang makan dengan penuh selera. Rizal,
adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk
melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.
“Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.
“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama
timang-timangan.
(Dipetik dan disesuaikan daripada Sehijau Warna Daun, hlm 52-54)
Berdasarkan petikan di atas, kita dapat meneliti kesantunan dalam dua bentuk
perlakuan, iaitu perlakuan bahasa dan bukan perlakuan bahasa.
(a) Perlakuan bahasa
(i) Memberikan kata nasihat dalam bentuk pujukan
“Belajarlah nak bersungguh-sungguh. Kita tidak ada harta. Pelajaranlah harta
buatmu, nak.”
(ii) Kata-kata pujian
“…Eh, masih bersih kasut kau tu! Anak yang baik macam tulah,”
(iii) Kata panggilan yang sesuai
“Rizal nak nasi lagi?” tanya Ramli.
“Tak nak, bang. Ijai dah kenyang,” jawab adiknya membahasakan Ijai sebagai nama
timang-timangan.
(b) Bukan perlakuan bahasa
(i) Empati
Ramli melihat susuk tubuh ibunya penuh penderitaan.
(ii) Air muka/ raut wajah
…wajahnya amat manis, dengan senyuman terukir di bibirnya. Betapa ibunya
berusaha benar menyembunyikan penderitaan itu di sebalik senyumannya.
9. (iii) Menujukkan sikap bertanggungjawab
Rizal, adiknya yang tengah, berulang-ulang kali mengangkat pinggan nasinya untuk
melihat kiranya ada nasi yang bertaburan di atas lantai.
Berdasarkan contoh petikan di atas, guru wajar memberikan penekanan
kepada aspek kesantunan dengan menonjolkan aspek-aspek kesantunan yang
terdapat dalam petikan. Hal ini perlu diterapkan secara menarik dan berkesan, dan
bukan “dipaksakan”. Untuk mencapai matlamat ini, guru perlu mempelbagaikan
kaedah dan teknik pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar belajar kesantunan
bukan dengan kata-kata, tetapi dengan rasa.
Kesantunan perlu dipupuk dan disemaikan terhadap pelajar dari semasa ke
semasa. Prosesnya sangat panjang dan tidak ada jalankan pintas. Oleh itu, sebagai
guru, kita perlu memperkukuh iltizam setiap masa untuk memantapkan pengajaran
dan pembelajaran kita secara menarik, berkesan dan bermakna. Sebagai renungan,
telitilah kalimat ini:
Santunkah kita
Apabila berbicara mendabik dada
Apabila bercakap bohong belaka
Apabila diberi secebis kuasa tersalah guna
Apabila mengajar kepalang ajar
Apabila berjanji dimungkiri
Ada akal tidak berfikir
Ada Ilmu tanpa amal
Santunkah kita
Kita mencintai yang dicipta melupai Pencipta
Kita mencintai kehidupan melupai kematian
Kita mencintai kekayaan melupai perhitungan.
Harus diingat bahawa kesantunan merangkumi dua bentuk hubungan, iaitu
hubungan yang baik antara manusia dengan manusia dan hubungan yang baik
10. antara manusia dengan Pencipta. Keupayaan kita memelihara hubungan yang baik
antara manusia dengan manusia semata-mata tidak bermakna kita telah
mengamalkan kesantunan jika tidak disertai oleh amalan hubungan yang baik antara
kita dengan Pencipta.
Kesantunan Dalam Komunikasi
Kesantunan bahasa bererti kesopanan dan kehalusan dalam menggunakan
bahasa ketika berkomunikasi sama ada melalui lisan atau tulisan kepada orang yang
dihormati, orang yang setaraf dengan kita atau orang yang lebih rendah
kedudukannya daripada kita (Amat Juhari Moin, 1972).
Sebarang bentuk komunikasi seperti memo, surat kiriman, syarahan,laporan
yang tidak menggunakan bahasa yang sesuai dan kena pada tempatnya
menggambarkan sikap tidak menghormati perasaan orang yang menerimanya.
Kesilapan yang kerap berlaku terutama penggunaan panggilan nama peribadi
atau kata ganti nama dalam situasi komunikasi formal.
Kesantunan Berbahasa
Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan
1. sopan santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak
berbudi bahasa.
Kehalusan budi bahasa dalam memakai atau menggunakan
2.
bahasa atau kesopanan ketika menggunakan bahasa.
Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai
3.
sistem sapaan dan panggilan yang tersendiri.
Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan
4.
gelaran, rujukan hormat dan ganti nama.
5. Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus
agar sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban
hubungan.
6. Bahasa halus mengikut Asmah Haji Omar ``disamakan dengan
11. pendidikan yang penuh dengan adab tata tertib.''
7. Kesantunan berbahasa juga dikaitkan dengan penggunaan
bahasa halus, termasuk di dalamnya ialah laras bahasa istana.
Antara ungkapan berkenaan ialah patik, tuanku, berangkat,
bersiram, bersemayam, junjung kasih, bercemar duli dan
sebagainya.
8. Kata dan ungkapan bertatasusila banyak digunakan dalam
keadaan biasa. Pemilihan kata dan ungkapan cuma bergantung
kepada kedudukan, pangkat, umur dan keakraban hubungan.
9, Lihat contoh berikut:
Digunakan untuk orang lelaki
Pak yangs ama sebaya dengan
ayah kendiri.
Digunaka utnuk orang
Mak perempuan yang kira-kira
sebaya dengan emak kendiri
Digunakan untuk orang lelaki
atau prempuan yang kira-kira
Tok
sebaya dengan datuk atau
nenek kendiri.
Digunakan untuk orang lelaki
Abang yang tidak setua ayah kendiri
dan juga tidak semua kendiri.
Digunakan untuk orang
perempuan yang tidak setua
Kakak
emak kendiri dan juga tidak
semuda kendiri.
Digunakan untuk orang lelaki
Adik atau permepuan yang lebih
muda daripada kendiri.
12. Gelaran Pak atau Mak ketika berkomunikasi ditambah dengan
10.
Cik, menjadi Mak Cik atau Pak Cik
11. Jenama kekeluargaan terbahagi kepada:
i. Jenama kekeluargaan pertalian darah (Pak Long, Mak Long,
Pak Ngah, Mak Ngah, Pak Lang, Mak Lang, Pak Njang, Mak
Njang, Pak Cik, Mak Cik, Pak Su, Mak Su.
Gabungan nama kekeluargaan asas (Abang (bang) dan Kak
dengan jenama kekeluargaan pertalian darah hanya terbatas
kepada Long, Ngah dan Cik seperti Bang Long, Kak Long, Bang
Ngah, Kak Ngah, Bang Cik dan Kak Cik.
ii. Jenama kekeluargaan ikatan perkahwinan
Diwakili oleh kata menantu, mentua dan ipar. (Pak Mentua, Mak
Mentua dan Tok Mentua). Ipar digunakan untuk merujuk kepada
ahli-ahli dalam keluarga suami atau isteri selain menantu
danmentua. Contoh: abang ipar, kak ipar, adik ipar mak long ipar,
mak ngah ipar dan sebagainya.
12. Gelaran Pergaulan Bebas
Biasanya Cik digunakan untuk perempuan yang belum
berkahwin, manakala Encik untuk lelaki sahaja.
13. Gelaran Pergaulan Tak Bersahaja (Formal)
Tuan - digunakan untuk lelaki yang lebih tinggi pangkatnya
daripada kendiri, dan orang lelaki bergelar Haji, Doktor, Profesor
dan Syed.
Encik, Cik - boleh digunakan untuk orang lelaki yag lebih tinggi
13. pangkatnya, daripada kendiri seperti Encik Ahmad atau Cik
Ahmad.
Puan - untuk perempuan sahaja yang pangkatnya lebih tinggi
daripada kendiri, dan perempuan yang mempunyai gelaran
Doktor, Profesor dan sebagainya.
Saudara - digunakan untuk orang lelaki atau perempuan yang
seumur dengankendiri atau lebih muda, dan hubungannya belum
rapat dewngan kendiri atau digunakan dalam rujukan kepada
ahli-ahli dalam mesyuarat,perbahasan dan sebagainya.
Saudari - digunakan untuk perempuan sahaja dalam konteks
yang sama dengan penggunaan gelaran saudara.
Tetuan - hanya digunakan dalam surat rasmi yang ditujukan
kepada para pemilik atau pentadbir syarikat perniagaan
(termausk syarikat guaman) seperti: Tetuan Syarikat Sinaran
Sdn. Bhd.)
14. Gelaran Warisan
Contoh Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak,
Pangeran Muda (Brunei Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang,
Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang
besar; Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan,
Terengganu),Abang (Sarawak); Datu (Sabah), Awangku,
Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam), Tan (di Kedah)
dan Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w.
seperti syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan.
Sesetengah pihak mengatakan bahawa gelaran Syarif,
14. Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar
Malaysia seperti Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi,
Sutan(Minangkabau), Teuku dan Teungku (Aceh).
15. Gelaran Kurniaan, Tun, Toh Puan, Puan Sri, Datuk (Datuk Seri,
Datuk Paduka, Datuk Setia), Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar),
Datin Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh kerajaan negeri
Selangor), Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
Pendeta Za'aba (gelaran kurniaan yahng diberikan oleh
pertubuhan seperti Kongres Bahasa Melayu Ketiga (1956).
Gelaran Bapa Kemerdekaan kepada Tunku Abdul Rahman Putra
Al-Haj.
16. Gabungan Gelaran
(a) kekeluargaan + keagamaan. - Pak Haji
(b) Pergaulan Tak Bersahaja (kecuali saudara) + Keagamaan. -
Tuan Haji
(c) Kekeluargaan + warisan (hanya Ungku, Engku, Wan, Nik) -
Pak Ungku, Mak Ungku, Mak Wan, Pak Nik.
(d) Pergaulan Tak Bersahaja + Keagamaan + Warisan (hanya
Nik). Contoh: Tuan Haji Nik
(e) Warisan (Kecuali Nik) + Keagamaan. - Raja Haji
(f) Kurniaan Kerajaan + Akademik/Ikhtisas + Warisan +
Keagamaan. - Tan Sri Prof. Raja Haji Osman
17. Rujukan Hormat
15. Orang Yang Disapa Rujukan Hormat
Yang di-Pertuan Agong dan Kebawah Duli Yang Maha Mulia
Raja Permaisuri Agong Seri Paduka Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku
Duli Yang Maha Mulia
Ampuan, Raja Permaisuri
Balu Raja Yang Maha Mulia
Raja Muda atau Tengku Duli Yang Teramat Mulia atau
Mahkota Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia
Bergelar warisan Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan
Perdana Menteri, Menteri Yang Amat Berhormat
Besar, Ketua Menteri
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli
Dewan Undangan Negeri (wakil Yang Berhormat
rakyat)
Wakil Rakyat yang mempunyai
Yang Berhormat Mulia
gelaran Tengku atau Raja
Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran
kurniaan kerajaan (selain Tun
Yang Berbahagia
dan Toh Puan) atau/dan
gelaran ikhtisas yang formal
Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara Yang Amat Setia
Hakim, Kadi Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha
16. BAHASA merupakan suatu elemen yang penting dalam kehidupan. Manusia
menggunakan bahasa sebagai medium untuk berkomunikasi, sama ada secara
langsung atau bertulis.
Penggunaan bahasa dalam komunikasi seharian bukan kecil fungsinya.
Penggunaan bahasa yang tepat dan benar memberikan makna mendalam dan
struktur yang kukuh dalam menyampaikan sesuatu maksud.
Untuk bercakap mengenai kebenaran, tidak semestinya dalam nada yang
keras dan kasar. Ia boleh disampaikan dengan nada yang lembut, tetapi tegas dan
berprinsip.
Untuk berbeza pendapat juga tidak semestinya meninggi suara atau
melukakan, tetapi harus dibalas dengan ilmu, fakta dan berbudi bahasa. Oleh itu,
remaja harus berupaya membezakan antara yang baik dan buruk, serta tidak hanya
terikut-ikut sesuatu perkataan atau perbuatan hanya dikatakan untuk mengikut
peredaran zaman.
Bentuk komunikasi bertulis
Memo
Memo merupakan singkatan kepada memorandum, iaitu alat komunikasi bertulis
dalam jabatan sendiri untuk berhubung secara rasmi. Memori juga sejenis surat atau
disebut sebagai surat edaran dalaman atau kegunaan dalaman. Justru, memo ialah
catatan yang disampaikan dalam kalangan kakitangan disesebuah institusi atau
organisasi. Isi kandungan memo ringkas, bentuknya tidak terlalu formal dan
mempunyai catatan ,salinan kepada, contohnaa salinan kepada ketua jabatan.
Memo juga tidak terikat pada sesuatu bentuk tertentu seperti surat rasmi, malahan
ada memo yang tersedia dalam bentuk borang.
Tujuan memo
Memberi maklumat dan fakta
Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
17. Menghuraikan sesuatu prosedur atau tindakan
Ciri Memo
Maklumat yang hendak disampaikan hendaklah jelas
Terus kepada maksud
Isi kandungan hendaklah ringkas, tepat dan padat
Memo juga hendaklah lengkap dengan nombor rujukan, tarikh,
perkara, tandatangan dan sebagainya.
Secara umumnya, beberapa ciri tertentu yang terdapat pada
surat rasmi boleh juga diaplikasikan untuk penulisan memo.
Bentuk Memo
Dari segi kaedah penulisannya, tidak terikat dengan sesuatu bentuk yang
tertentu seperti surat rasmi. Memo boleh ditulis dalam bentuk borang dan boleh juga
dalam bentuk surat. Hal ini terpulanglah kepada jabatan masing-masing. Pada
umumnya memo ini boleh dibahagikan kepada dua bentuk, iaitu bentuk borang dan
bentuk terbuka.
Memo Bentuk Borang
Memo jenis ini semua tajuk dan maklumat yang diperlukan telah dicatat dalam
borang. Penulis hanyak perlu, sarna ada mengisi atau menandakan sahaja pada
ruang yang telah disediakan. Di samping itu, disediakan juga ruang kosong untuk
catatan tambahan jika perlu.
Memo Bentuk Terbuka
Terdapat juga memo bentuk terbuka. Memo bentuk ini samalah seperti surat
tetapi ada antara jabatan yang telah membuat reka bentuknya ynag tersendiri bagi
tujuan memudahkan urusan.
18. Bahasa Memo
Gaya bahasa yang digunakan untuk menulis memo berbeza dengan gaya
penulisan surat rasmi. Memo lebih memberi tumpuan kepada isi yang hendak
disampaikan. Oleh sebab itu, bahasa yang digunakan seharusnya:
• ringkas, padat dan jelas
• Lembut dan berdiplomasi
• Tidak menimbulkan sikap negatif kepada pembaca
• Tidak menimbulkan prasangka.
• Elakkan daripada membuat teguran berbentuk negatif.
Langkah Menulis Memo
Merancang:
• Tujuan penulisan memo tersebut
• Mengenal pasti siapakah sasaran
• Apa yang diharapkan
• Apakah reaksi pembaca apabila membaca memo tersebut
Menulis
• Menepati tujuannya
• Gunakan bahasa yang ringkas, jelas dan lembut
• Satu isi satu perenggan
Menyemak
• Maklumatnya adakah tepat dan betul
• Tidak menuimbulkan sikap negatif pembaca
• Konstruktif
Minit Mesyuarat
Minit mesyuarat merupakan satu rekod bertulis tentang perkara-perkara
yang dibincangkan di dalam sesuatu mesyuarat. Minit mesyuarat penting kerana
akan dijadikan sumber rujukan pada masa hadapan. Semasa mesyuarat di adakan,
segala keputusan yang diambil akan dicatatkan oleh setiausaha, manakala
perbincangan yang meleret-leret tidak akan dicatat dalam minit. Tegasnya, menulis
minit mesyuarat menjadi tugas setiausaha yang dilantik dan beliau juga
bertanggungjawab untuk mengedarkan minit mesyuarat kepada ahli-ahli. Draf minit
19. mesyuarat yang telah ditulis oleh setiausaha hendaklah diserahkan untuk semakan
Pengerusi dalam masa tiga hari.
Minit mesyuarat sebenar pula biasanya diedarkan kepada ahli yang terlibat
selewat-lewatnya tujuh hari selepas mesyuarat. Mesyuarat dihadiri oleh individu
yang mendapat jemputan sahaja. Jemputan dbuat secara rasmi melalui surat
panggilan mesyuarat. Mesyuarat yang diadakan oleh sesuatu jabatan mempunyai
tujuan tertentu, antaranya:
Bertukar-tukar fikiran antara ahli
Mendapatkan idea-idea baharu
Memberikan dan mendapatkan maklumat daripada pelbagai pihak
Mencari penyelesaian kepada masalah bersama dan mendapatkan persetujuan
untuk bertindak atau melaksanakan sesuatu perkara.
Dalam hal ini minit mesyuarat merupakan dokumen yang melaporkan
perkara yang berlaku dalam mesyuarat itu, iaitu agenda mesyuarat, catatan
keputusan perbincangan, dan tindakan susulan yang perlu diambil oleh pihak
tertentu berdasarkan persetujuan ahli-ahli yang menyertai mesyuarat.
Jenis Minit Mesyuarat
Berdasarkan kepada keperluan minit mesyuarat dapat dibahagikan kepada kepada
beberapa jenis:
Mesyuarat Jawatankuasa
Biasanya diadakan secara dalaman untuk memberikan maklumat, idea dan
membuat keputusan tentang sesuatau perkara. Mesyuarat ini dihadiri oleh individu
yang menjadi ahli kepada jawatankuasa tersebut.
Mesyuarat Agong
Biasanya diadakan setahun sekali. Dalam mesyuarat ini akan berlaku
perlantikan ahli jawatankuasa yang baharu bagi menggantikan jawatankuasa yang
20. lama. Segala aktiviti yang dijalankan sepanjang tahun dan kewangan yang telah
dibelanjakan sepanjang tahun tersebut akan dibentangkan untuk makluman ahli.
Mesyuarat ini dihadiri oleh semua ahli yang berdaftar. Sesuatu mesyuarat agung
dikira sah jika kehadiran ahli dua pertiga daripada keseluruhan ahli yang berdaftar.
Dalam mesyuarat agung, setiap ahli yang berdaftar mempunyai hak untuk bersuara,
membuat pengundian atau tidak menyatakan sokongan terhadap sesuatu isu.
Melalui mesyuarat agung, perlembagaan atau peraturan yang telah ditetapkan
dalam organisasi boleh dipinda dengan syarat mendapat persetujuan majoriti ahli.
Mesyuarat Khas
Diadakan khas untuk sesuatu isu, bertujuan untuk mendapatkan kata putus
daripada ahli-ahli dalam satu-satu perkara tertentu sahaja. Mesyuarat Tergempar
Diadakan untuk membuat keputusan segera tentang sesuatu perjara atau isu yang
meruncing. Mesyuarat ini memerlukan keputusan diperoleh dalam masa yang terhad
supaya masalah yang meruncing itu tidak merebak atau tersebar menjadi lebih
teruk.
Mesyuarat Agung Luar Biasa
Diadakan untuk satu-satu tujuan yang khusus sahaja. Mesyuarat ini biasanya
diadakan atas desakan ahli-ahli yang tidak berpuas hati tentang sesuatu perkara.
Mesyuarat ini dikira sah sekiranya kehadiran ahli ialah dua pertiga dan keputusan
yang dibuat mendapat sokongan majoriti ahli. Mesyuarat ini dinamakan mesyuarat
agung luar biasa kerana diadakan di luar tempoh yang sepatutnya bagi sesuatu
mesyuarat agung, dan hanya bertujuan untuk mendapatkan keputusan majority bagi
satu isu sahaja.
Ciri Minit Mesyuarat
Tulen:
Ringkas dan padat.
Tidak direka-reka.
Bukan bentuk laporan.
21. Kandungannya benar-benar rekod hasil perbincangan dan keputusan bersama
ahli mesyuarat
Lengkap:
Semua maklumat yang penting dan berkaitan disertakan
Boleh memahamkan seseorang yang tidak hadir dalam mesyuarat tersebut.
Tepat
Butir-butir yang dicatatkan adalah tepat dan sama seperti perkara yang di
bincangkan dalam mesyuarat.
Fakta yang dicatat juga perlu menepati hal-hal yang diperkatakan dan bukanlah
pandangan pencatat.
Sahih
Bebas daripada keraguan dari segi isi kandungan dan maklumat-maklumat yang
berkaitan.
Tandatangan pencatat merupakan satu cara menandakan kesahihan minit
mesyuarat.
Boleh dirujuk semula kerana mempunyai catatan tarikh, bilangan, nama dan
fakta-fakta lain.
Berstruktur
Penulisan minit mesyuarat disusun mengikut agenda mesyuarat dan perlu
kelihatan kemas dan teratur.
Setiap perenggan mempunyai tajuk atau subtajuk yang bernombor dan mengikut
urutan.
22. KOMUNIKASI LISAN
Pidato
Pidato adalah aktiviti pengucapan umum yang penting dalam kehidupan.
Melalui aktiviti ini seseorang akan dilatih untuk berfikiran secara logik, menaakul,
menganalisis dan berhujah dengan baik. Selain itu pidato/syarahan juga dapat
melatih seseorang untuk melahirkan pendapat dengan menggunakan bahasa
yang tepat dan menyampaikannya dengan gaya yang menarik dan meyakinkan.
Definisi pidato
Pengucapan yang dilakukan oleh individu tentang satu tajuk dan berusaha
menjelaskan idea atau pokok persoalan yang dibicarakan untuk mendapat sokongan
serta mempengaruhi pendengar.
Tujuan
1) Memberi penerangan:
menjelaskan tentang sesuatu tajuk dan menghuraikan perkara penting.
2) Memberitahu:
perkara yang baru
3) Memberi keyakinan:
meyakinkan dengan pendiriannya mengenai sesuatu topik
4) Mempengaruhi:
Memberi penekanan dan perhatian
Ciri-ciri penggunaan Bahasa Yang Baik
Pemilihan perkataan yang tepat dan menggunakan bahasa yang gramatis.
Aras bahasa bersesuaian dengan audien.
Unsur-unsur keindahan bahasa diselitkan
seperti pantun,bahasa kiasan, peribahasa dan perumpamaan.
Penggunaan ayat yang mampu mempengaruhi emosi dan menarik
simpati.
Penggunaan laras yang sesuai dengan tajuk dan audien
23. Penggunaan bahasa yang bertatasusila dan beradab
Gaya Penyampaian
Gerak tangan, mata dan gerak badan hendaklah selaras untuk menekankan
fakta.
Jangan kaku dan beraksi berlebihan
Mimik muka hendaklah mengikut penekanan suara, iaitu senyum apabila
gembira, sedih apabila gundah dan marah apabila emosi tinggi.
Pandang tepat ke arah audien untuk mewujudkan eye-contact yang sesuai.
Menyelitkan unsur humor dalam penyampaian dan jangan menunjukkan wajah
yang terlalu serius.
Pakaian hendaklah kemas dan bersesuaian dengan majlis.
Gaya dan Intonasi
Menggunakan nada dan intonasi suara yang pelbagai.
Nada tinggi dan bersemangat apabila hendak menarik perhatian
Nada perlahan sedikit apabila hendak merayu dan meminta simpati.
Nada sederhana tetapi mesra apabila memujuk
Nada propaganda apabila hendak mempengaruhi
Nada tinggi dan suara lantang apabila membakar emosi
Syarahan
Satu bentuk komunikasi sehala
- Disampaikan secara individu
- Menjelaskan perkara-perkara tentan sesuatu tajuk dalam masa yang ditentukan
Definisi
Pengucapan yang disampaikan secara individu kepada khalayak untuk
menjelaskan dan menghuraikan sesuatu topik.
24. -Mempengaruhi para pendengar supaya bersetuju dengan apa yang disampaikan
Tujuan
Memberi penerangan tentang sesuatu tajuk dan menjelaskan aspek-aspek penting
tentang tajuk tersebut.
Memberi tahu audiens tentang sesuatu perkara baharu seperti perisriwa atau hal
ehwal semasa yang menarik.
Format Syarahan
Pembuka Kata
Bahagian ini menyatakan penghargaan kepada para hadirin dan pihak-pihak
tertentu yang mengundang pemidato untuk menyampaikan syarahan yang
berkenaan.
Isi atau amanat
Bahagian ini merupakan permulaan atau pendahuluan kepada isi syarahan.
Biasanya, takrif atau penjelasan tajuk syarahan perlu diberikan dalam bahagian ini.
Penutup Isi/ amanat
Penutup isi ialah kesimpulan yang dibuat berdasarkan isi yang terdapat
dalam syarahan tadi.
Penutup syarahan
Bahagian ini merupakan bahagian yang terakhir. Dalam bahagian ini
pemidato perlu merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pihak penganjur,
melafazkan ribuan ampun dan maaf serta menyampaikan harapan agar syarahan
tadi akan memanfaatkan para hadirin.
Bentuk-bentuk Halangan dalam berkomunikasi
Terdapat pelbagai bentuk halangan dalam berkomunikasi terutama komunikasi lisan.
Dari segi keberkesanan penyampaian sesuatu perkara. Seseorang penyampai harus
memahami apa yang hendak disampaikan. Mengenalpasti siapakah yang akan
mendengar , suasana tempat penyampaian. Sekiranya dalam suasana yang bising
sudah pasti perkara yang hendak disampaikan tidak dapat diterima atau didengar
oleh pendengar. Bukan itu sahaja, seseorang penyampai perlu ada keyakinan dan
kekuatan dalam diri untuk berucap atau menyampaikan sesuatu secara lisan agar
pendengar memahami maksud penyampaiannya.
25. Seorang pendengar juga perlu peka dengan perkara yang disampaikan. Jika
pendengar tidak tahu atau memahami perkara yang hendak disampaikan, maka
komunikasi yang berlaku tidak akan tercapai.
Refleksi
Secara keseluruhannya, komunikasi adalah satu perkara yang penting dalam
kehidupan seharian kita. Komunikasi yang baik adalah komunikasi yang Berjaya
difahami dan diterima oleh penyampai dan pendengar. Seperti yang kita sedia
maklum bahawa komunikasi ini boleh berlaku secara lisan dan juga bertulis. Dalam
berkomunikasi, kesantunan bahasa adalah salah satu perkara yang penting.
Kesantunan berbahasa perlu ada dalam setiap komunikasi, agar komunikasi itu
berjalan lancer dan mudah difahami. Penyampai dan pendengar dapat memahami
perkara yang hendak disampaikan.
26. BIBLIOGRAFI
Modul Bahasa Melayu Komunikatif 1 ( WAJ3115) TESL Sekolah Rendah, Institut
Pendidikan Guru, Jun 2011
Modul Bahasa Melayu Komunikatif 11 ( WAJ3116) TESL Sekolah Rendah, Institut
Pendidikan Guru, Jun 2011
www.tutor.com.my/.../kesantunan_berbahasa.htm
www.dbp.gov.my/klikdbp/klikdbp1apr7.pdf -
27. ISI KANDUNGAN
1. Pengenalan 1
2. Definisi dan Konsep Komunikasi 2
3. Bentuk komunikasi dan Pandangan tokoh 3
4. Kesantunan berbahasa 4- 9
5. Kesantunan dalam komunikasi 10-15
6. Bentuk komunikasi bertulis 16- 21
7. Komunikasi lisan 22- 25
8. Refleksi 25