1. MENGENAL DIRI SEBENAR DIRI AKAN MENGENAL
ALLAH
ILMU MENGENAL "DIRI"
PENGENALAN
Kebanyakkan manusia pada hari ini menganggap bahwa
"Hidup" itu hanyalah makan, bergerak, mencari kemewahan,
bekerja dan lain lain lagi, mereka mengangap bahwa jasad
kasar mereka itu hidup dengan sendiri nya yang membolehkan
mereka melakukan kerja kerja harian mereka itu, tapi pernah
kah mereka terfikir bahwa jasad mereka itu sebenar nya ialah
benda mati yang tidak dapat hidup dan bergerak dengan
sendiri nya tanpa ada sesuatu yang menghidupkan nya?
Ketahuilah tanpa yang hidup itu jasad tidak ada erti nya.
Tetapi benda mati ini lah yang dijaga dan diutamakan
orang di dunia ini. Sedangkan semua tahu bila mati kelak,
jasad akan busuk dan di tanam atau di bakar. Ini
menunjukkan mati ialah bila hidup yang menghidupkan
jasad tadi meninggalakan jasad.
Dimanakah letaknya yang di panggil hidup itu? Yang mana
dengan adanya yang hidup itu lah jasad kita ini hidup dan
sebenarnya ia diam di dalam jasad kita sendiri, dan dia lah
yang di panggil "DIRI" sebenar "DIRI" dan menghidupkan
jasad kita ini. Tapi pernah kah kita terfikir tentang "DIRI" itu
atau cuba mencari dan mengenal nya.
Tentu nya soal yang akan timbul ialah dari mana "DIRI" itu,
dimana letaknya "DIRI" itu, terdiri dari apakah "DIRI" itu, dan
kemanakah perginya "DIRI" itu apabila jasad mati atau dengan
lain perkataan "DIRI" meninggalkan jasad??? dan yang
penting sekali bolehkah kita mengenal "DIRI" sebenar "DIRI"
kita itu.
2. BARANG SIAPA MENGENAL "DIRI"
NESCAYA KENAL LAH IA AKAN
TUHAN NYA
Benarkah bila kita mengenal "DIRI" maka kita akan
mengenal Tuhan ??
Kita semua tahu bahwa ujud nya roh! Tak ada sesiapa yang
dapat menafikan kenyataan ini, Kerana semasa Tuhan
bertanya kepada sekelian Roh " siapa kah Tuhan kamu "
dengan sepontan sekelian Roh menjawab " bahkan " yang
membawa makna mereka telah pun mengenal Tuhan yang
esa.:
Kisah Roh memasukki jasad Adam
Setelah jasad Adam terbaring maka Tuhan telah
memerintahkan Roh memasukki ke jasad Adam, tetapi
sebelum itu Roh telah bertanya " dimanakah harus aku
masukki, ya ALLAH " dan ALLAH pun menjawab " masuk lah
mana mana yang kamu senangi " Maka masuk lah Roh
melalui hidung dan dengan itu maka bernafaslah kita melalui
hidung.
Ini menunjukkan bahwa sesudah Roh memasukki badan, maka
barulah bermulanya kehidupan kepada jasad dan terbukti di
sini bahwa Roh lah yang dikatakan penghidup kepada jasad,
dan mati pada jasad ialah apabila Roh keluar apabila sampai
ajal nya.
Jasad kasar kita ini terdiri dari 2 yaitu:
1. Dihidupkan
Apakah maksud dihidupkan dan bahagian mana? Yang
dihidupkan ialah Jasad kasar kita ini, ia nya di hidupkan oleh
""Roh"" yang berada di dalam Jasad. "Roh" memasukki jasad
semasa kita 100 hari dalam rahim ibu kita. "Aku tiupkan
sebagian dari roh ku" kata firman Allah. Sejak itu lah kita hidup
di dalam rahim ibu kita dan kemudian di lahirkan kedunia dan
terus menjalankan kehidupan dari bayi hingga lah akhir hayat.
2. Menghidupkan
Yang menghidupkan ialah roh, yang datangnya (diciptakan)
dari Allah, yang memasuki jasad dan terus hidup, tugas roh
3. ialah menghidupkan jasad tetapi sayang nya jasad tidak
langsung terfikir bahwa roh lah yang hidup sebenar benar
hidup dan menghidupkan jasad yang bila mana roh
meninggalkan nya maka matilah dia di panggil orang dan di
tanam atau di bakar.
MATI IALAH APABILA ROH MENINGGALKAN JASAD
Jadi siapakan yang berkepentingan disini, tentunya jasad
kerana tanpa roh maka jasad tidak bermaana langsung.
Jasad perlukan roh untuk hidup tapi kenapa roh tidak
dipedulikan semasa hidup nya
Perlukah roh di kenali?
Sebelum mengenal Roh haruslah kita mengenal "DIRI"
"BARANG SIAPA MENGENAL
"DIRI" MAKA KENALLAH DIA
AKAN TUHAN NYA"
APA KAH "DIRI" ITU"
Untuk pengetahuan semua bahwa "DIRI" itu mendatang
kemudian setelah roh memasukki jasad, bagaimana ini
berlaku?
Apabila Roh berada di dalam Jasad maka perkembangan
cahaya Roh itu yang memenuhi dalaman Jasad keseluruhan
nya, ini telah menyebabkan ujudnya "Diri" yang berupa saperti
jasad nya memenuhi ruang dalaman jasad nya..
Maka ujudlah "Diri" sebenar "Diri" dan "DIRI" ini lah yang
harus di kenal.
(kenal lah diri maka kenal tuhan)
BAGAIMANA MENGENAL "DIRI" SEBENAR "DIRI"
Ada berbagai cara dan kaedah digunakan untuk mengenal
"DIRI" ini, bergantung kepada perguruan dan kaedah guru guru
mengajar kepada murid murid nya. Semua perguruan ini
betul dan cara apa sekali pun di gunakan, tujuan nya satu
ya itu untuk mengenal "DIRI" sebenar "DIRI" .
Untuk mengenal "DIRI" ini ada 3 cara:
4. 1. Terbuka dengan sendiri nya
2. Ushakan sendiri untuk membukanya
3. Dibukan oleh guru. (guru guru yang berpengalaman)
Apakah yang di maksudkan “dibuka”
Di buka maksudnya ialah membukakan jalan jalan pancaran
cahaya "DIRI" itu hingga keluar dari jasad dan terpancarlah
cahaya "DIRI" itu keluar dari jasad melalui jalan jalan nya dan
dengan rasa yang bergetar getar pada jalan keluar nya, rasa
ini dapat dirasakan dengan nyata oleh murid murid yang
mempelajari ilmu ini.
Ini lah rahsia hidup kita dan "DIRI" ini lah yang
menghidupkan jasad selagi ada hayatnya di dunia ini,
"DIRI" ini harus di kenal dan dirasai sepenuh nya oleh kita,
kerana ia mengandungi banyak rahsia dan serba guna, di
dunia dan akhirat, Insyaallah.
Kenal kah "DIRI" tadi kepada Tuhan nya? Sudah tentu
kerana dia datang dari sana, dari MAHA pencipta dan
MAHA besar.
Banyak lag persoalan yang akan timbul apabila kita dapat
mengenal "DIRI" kita yang sebenar benar "DIRI" ini, kita
harus belajar dari "DIRI" ini:
Dia mengetahui kerana dia datang dari yang MAHA
mengetahui
Dia bijak kerana datang dari yang MAHA bijaksana
Dia lah sebaik baik Guru
Kehidupan sebenar ialah di dalam, dan kehidupan dunia
ini mendatang kemudian
Kesimpulan nya kenali lah "DIRI" kita ini yang dia lah sebenar
benar "DIRI" dan kemukakan lah dia dalam segala urusan kita
di dunia ini sementara menunggu hari yang kekal abadi,
kerana dia kekal kerana di kekalkan.
Ilmu Mengenal "DIRI" ialah satu ilmu pengetahuan yang harus
di ketahui oleh semua orang kerana tiap tiap maanusia
membawanya di dalam jasad kasar mereka, harus kah
penghidup jasad kita ini kita biarkan begitu saja tanpa
mengenali dan merasakan nya, hanya semasa maut hampir
datang menjemput baru kita sedar yang dia akan
meninggalkan kita?????