SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 14
Descargar para leer sin conexión
1.0 PENGENALAN
Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib diikut oleh guru-guru
pelatih di setiap institut perguruan di Malaysia seperti yang termaktub dalam
perancangan semester kukurikulum institut. Guru-guru pelatih di setiap institut
perguruan wajib mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) ini bermula pada semester
1 hingga semester 6 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pada setiap
semester, aktiviti yang perlu diikuti oleh setiap guru pelatih adalah berbeza mengikut
kandungan kurikulum pada setiap semester.
Pada semester tiga ini, guru-guru pelatih diwajibkan untuk menjalani program
khidmat masyarakat. Setiap kelas akan memilih destinasi untuk menjalankan program
khidmat masyarakat bagi kelas masing-masing. Kelas kami iaitu kelas G3.1 telah
memilih Tanah Perkuburan Kampung Cheras Baru sebagai tempat untuk menjalankan
aktivti khidmat masyarakat gotong-royong .
Melalui Program Bina Insan Guru ini guru-guru pelatih akan didedahkan dengan
pelbagai ilmu dan pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan
bermasyarakat. Ini kerana, kerjaya seorang guru memerlukan guru pelatih untuk
berhadapan dengan masyarakat sepanjang masa. Selain itu, nilai dan semangat
keguruan seperti berketrampilan, berkeyakinan, berkepimpinan dan berani turut dapat
dicungkil dan dipupuk melalui program Bina Insan Guru ini.
Oleh hal yang demikian, program ini diwajibkan oleh Bahgian Pendidikan Guru
(BPK) di dalam rancangan pembelajaran semester iaitu bermula setelah memasuki
Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 1.
2.0 RASIONAL BINA INSAN GURU (BIG)
Rasional Bina Insan Guru (BIG) ini adalah untuk :
2.1 Melahirkan insan guru yang berketrampilan dan unggul yang mampu menghadapi
segala cabaran mendatang.
2.2 Menghasilkan guru yang berkualiti, bersahsiah tinggi, berilmu, berdispilin serta
mempunyai daya tahan yang tinggi.
2.3 Melahirkan modal insan guru seperti yang dikehendaki oleh Bahagian Pendidikan
Guru (BPG).
2.4 Mengukuhkan dan membina semangat keguruan dan kepimpinan dalam diri setiap
individu.
2.5 Melahirkan guru yang bijak berhujah dan berkomunikasi dengan masyarakat.
2.6 Melahirkan guru yang pandai bersosial dengan ahli masyarakat.
3.0 LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG)
3.1 LAPORAN SEBELUM
Pada setiap hari Khamis sudah menjadi kebiasaan di Institut Perguruan Ilmu
Khas untuk mengadakan tutorial iaitu sesi perjumpaan di antara mentor dan dan anakanaknya. Oleh itu, kami sekelas telah mengambil iniasiatif untuk membincangkan
mengenai Program Bina Insan Guru bagi semester 3 bersama dengan kedua-dua
mentor kami iaitu Puan Aminah binti Haji Samsuddin dan Puan Liza Isyqi Bt. Ramli
pada hari Khamis; 5 Januari 2012 bertempat di blok kelas kami iaitu Blok Harmoni di
atas Jabatan Bahasa Meayu.
Justeru,

pemilihan

ahli

jawatan

kuasa

tertinggi

telah

dibuat

dengan

menggunakan kaedah undian. Berdasarkan undian yang tertinggi, Muhammad Sollihin
B. Ahmad Jamali telah dilantik sebagai pengerusi Program BIG bagi semester 3 tahun
2012 ini. Seterusnya,Muhammad Fahmi B. Hassim telah dilantik sebagai setiausaha
dan diiikuti oleh Nur Azwin Bt. Roslan sebagai bendahari. Ahli jawatankuasa lain juga
turut dibentuk iaitu yang terdiri daripada ajk peralatan, ajk pengangkutan dan ajk
makanan.
Seterusnya, agenda diteruskan dengan pemilihan tempat dan aktiviti khidmat
masyarakat yang ingin dijalankan bagi memenuhi kehendak BIG semester 3 ini.
Cadangan pemilihan tempat diberikan oleh semua ahli kelas bagi memastikan setiap
orang berpuas hati dengan pemilihan tempat yang dibuat. Antara cadangan tempat
yang telah diberikan ialah Rumah Anak Yatim Tengku Budriah, jabatan-jabatan di
Institut Perguruan Ilmu Khas, air terjun, tanah perkuburan dan prasekolah. Akhirnya
berdasarkan undian yang telah dibuat kami telah sebulat suara untuk memilih tanah
perkuburan sebagai tempat untuk menjalankan program khidmat masyarakat pada kali
ini.
Selepas perbincangan selesai, mentor telah mengambil alih perbincangan
dengan memberikan penerangan mengenai format penulisan laporan BIG bagi
memastikan kami dapat menghasilkan laporan yang bermutu dan berkualiti seiring
dengan kehendak garis panduan tugasan yang telah diberikan.
Perjumpaan seterusnya telah dibuat pada 12 Januari 2012 bersama dengan
mentor. Tujuan perjumpaan dibuat adalah untuk bertanya semula mengenai program
BIG yang telah dirancang. Mentor mahu memastikan tanah perkuburan manakah yang
telah dipilih bagi menjalankan aktiviti gotong-royong dan masa untuk menjalankan
gotong-royong tersebut.

Keluasan kawasan gotong-royong juga diambil kira bagi

memastikan sesuai dengan bilangan ahli kelas. Selain itu, perbincangan mengenai
peralatan yang ingin digunakan semasa gotong-royong juga telah dibuat.
Pada 16 Januari 2012, perjumpaan ketiga telah dibuat oleh pengerusi program
bagi memberitahu ahli kelas mengenai perjalanan program. Berdasarkan perjumpaan
tersebut, beberapa maklumat telah diberitahu. Antaranya ialah tarikh dan tempat bagi
menjalankan program iaitu pada 11 Februari 2012 ( Sabtu ) bertempat di Tanah
Perkuburan Kampung Cheras Baru bermula pada pukul 8.00 sehingga 12.00 tengahari.
Ahli jawatankuasa program juga telah memberi maklum balas mengenai tugas masingmasing kepada semua. Ahli jawatankuasa peralatan telah bersama-sama dengan ahli
kelas untuk menyenaraikan peralatan yang diperlukan semasa gotong-royong seperti
penyapu, plastik sampah, sarung tangan, mesin rumput, penyodok sampah/ pongkes,
sabit, parang, tikar dan surah Yassin. Manakala, ahli jawatankuasa makanan pula telah
membuat perbentangan mengenai menu makanan pagi dan tengahari. Menu sarapan
pagi adalah Bihun Goreng dan air Teh. Menu untuk tengahari pula adalah nasi (ayam
dan sayur). Setiap ahli kelas diminta untuk membayar RM 15.00 seorang untuk
kegunaan makanan dan peralatan semasa BIG.
Perjumpaan terakhir telah dibuat pada 9 Februari 2012 di kelas di Blok
Pendidikan Khas. Agenda yang ingin dibincangkan adalah untuk memberi maklum
balas kepada mentor mengenai program yang dirancang. Setiap ahli jawatankuasa
telah membuat perbentangan mengenai bidang tugas masing-masing. Perbincangan
mengenai makanan juga telah dibuat dan menu juga telah bertukar. Pemilihan ketua
untuk membuat bacaan tahlil juga telah dibuat. Mentor turut memberikan beberapa
nasihat supaya menjaga adab sopan di tanah perkuburan dan akhir sekali mentor
berharap program dapat berjalan dengan lancar.
3.2 LAPORAN SEMASA
Pada 11 Februari 2012 bersamaan dengan hari Sabtu seperti yang dirancangkan
kami berkumpul seawal 7.30 pagi untuk bersama-sama menjayakan program Bina
Insan Guru khidmat masyarakat

iaitu gotong-royong di tanah perkuburan. Namun

demikian, terdapat segelintir guru pelatih yang datang lewat
pagi.Kami seramai 20 orang

iaitu pada pukul 7.45

termasuklah seorang bekas staf jurubahasa iaitu Cik

Marziah berkumpul di perkarangan bas Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas sebelum
bertolak ke destinasi.
Oleh hal yang demikian, kira-kira pukul 8.05 minit pagi barulah kami dapat
bertolak ke Tanah Perkuburan Kampung Cheras Baru dengan menaiki bas institut
selepas bilangan ahli kelas mencukupi. Seramai dua orang guru pelatih menaiki kereta
untuk pergi ke tanah perkuburan tersebut iaitu Muhammad Shafiq bin Shamsi dan
Muhammad Khairul Amzar bin Ghazali. Ini kerana mereka memerlukan kereta untuk
mengambil makanan tengahari semasa pulang dari program nanti.Perjalanan ke tanah
perkuburan tersebut mengambil masa salama 20 minit perjalanan .Tepat pada pukul
8.30 pagi kami telah sampai di tanah perkuburan tersebut.
Setibanya di destinasi, kami mengumpulkan kesemua peralatan yang akan
digunakan semasa gotong-royong di suatu kawasan lapang. Setelah itu, kami
berkumpul bagi mendengar taklimat ringkas daripada ketua projek iaitu Muhammad
Sollihin bin Ahmad Jamali. Ketua projek memberitahu berkenaan dengan perjalanan
program kepada kami. Sebelum memulakan aktiviti gotong royong kami bersama
-sama membuat bacaan tahlil ringkas yang diketuai oleh Muhammad Fahmi bin
Hashim. Selepas itu, pada pukul 8.45 pagi kami bersama-sama menikmati sarapan pagi
iaitu Nasi Lemak Ayam.
Aktiviti gotong-royong bermula pada pukul 9.00 pagi. Kami dibahagikan kepada
beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada

dua orang. setiap kumpulan

membersihkan satu kubur. Setelah selesai, mereka diminta untuk bergerak ke kubur
yang seterusnya. Skop tugasan yang perlu dibuat adalah membersihkan kawasan
kubur yang telah ditetapkan dengan mencabut dan mencangkul rumput yang ada sama
ada di luar kawasan kubur mahupun di atas kubur. Seterusnya, mengutip sampah
sarap yang ada di kawasan tanah perkuburan tersebut. Sampah tersebut terdiri
daripada plastic-plastik sampah, botol minuman dan rumput-rumput yang telah
dikumpulkan di beberapa kawasan. Rumput-rumput yang telah dicabut pula akan
dikumpulkan di beberapa tempat dengan menggunakan pencakar dan penyapu. Pokokpokok yang terlalu besar di atas kubur juga dirapikan dengan menggunakan parang.
Bahagian batang pokok yang besar akan dipotong supaya pokok tersebut dapat
bertunas dengan lebih cantik.
Setelah selesai membersihkan kawasan perkuburan tersebut. Kami bersamasama mengangkat segala sampah yang ada untuk dikumpulkan di luar kawasan
perkuburan tersebut. Pada mulanya sampah-sampah tersebut ingin kami bakar. Namun
demikian , kami tidak dapat meneruskan niat kami untuk membakarnya kerana rumputrumput tersebut basah dan lembab. Oleh itu, kami mengeumpulkannya dengan sebaik
mungkin di satu kawasan yang tidak menghalang laluan orang ramai.
Akhirnya, tepat pada pukul 11.00 tengahari kami selesai membersihkan kawasan
perkuburan tersebut. Kami berasa sangat senang hati dan puas hati kerana dapat
membersihkan kawasan tanah perkuburan terebut dengan sebaiknya. Kami berkumpul
di bawah sepohon pokok untuk berehat seketika sebelum pulang ke institut. Pada masa
yang sama kami mengumpulkan segala peralatan yang dibawa untuk gotong-royong di
satu tempat bagi memastikan bilangan alatan tersebut mencukupi.
Pada pukul 11.30 tengahari kami bertolak balik ke institut perguruan dan telah
sampai pada pukul 12.00 tengahari. Kami mengemas segala peralatan semasa gotongroyong untuk membuat pemulangan alatan yang dipinjam. Sebelum pulang ke tempat
tinggal masing-masing, kami mengambil makanan tengahari yang telah disediakan iaitu
nasi dengan lauk Gulai Lemak Ayam berserta Sayur Taugeh goreng.
3.3 LAPORAN SELEPAS
Selepas selesai program khidmat masyarakat ini, kami diminta untuk menyediakan
satu laporan khusus mengenai program khidmat masyarakat gotong -royong yang telah
kami laksanakan.
Oleh itu, saya sudah mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat program.
Saya telah mencatat segala aktiviti yang telah dijalankan di dalam buku catatan untuk
rujukan peribadi. Selain itu, saya turut menangkap gambar untuk dimuatkan di dalam
laporan.
4.0 LAPORAN REFLEKTIF
Program Bina Insan Guru (BIG) khidmat masyarakat gotong-royong ini benarbenar memberikan pengalaman baru yang sangat bernilai kepada saya dan rakanrakan guru pelatih. Ini kerana program khidmat masyarakat pada semester ini sangat
berlainan dengan semester-semester lepas berikutan tempat untuk menjalankan
khidmat masyarakat ini sangatlah berbeza tidak seperti tempat-tempat yang biasa
dipilih oleh kumpulan yang lain bagi menjalankan program khidmat masyarakat. Tanah
perkuburan telah menjadi tempat pilihan saya dan rakan-rakan guru pelatih sebagai
tempat untuk menjalankan program khidmat masyarakat.
Pemilihan tanah perkuburan sebagai tempat untuk menjalankan program
khidmat masyarakat ini benar-benar mendapat sokongan kedua-dua mentor kami iaitu
Puan Aminah Bt. Samsuddin dan Puan Liza Isyqi Bt. Ramli. Kedua-dua mereka sangat
berbangga dengan usaha murni kami untuk menjalankan program khidmat masyarakat
gotong-goyong di tanah perkuburan. Tambahan pula, program ini berjalan pada bulan
mulia iaitu bulan Rabiulawal bersamaan dengan bulan kelahiran nabi Muhammad
S.A.W.
Usaha murni kami untuk menjalankan gotong-royong dan bacaan tahlil di tanah
perkuburan benar-benar memberikan impak yang besar kepada semua rakan guru
pelatih. Ini kerana, program ini bukan sahaja memberikan faedah kepada saya dan
rakan-rakan guru pelatih tetapi turut memberikan faedah kepada masyarakat setempat
yang tinggal berdekatan dengan kawasan perkuburan tersebut. Program ini turut
mendatangkan kebaikan dan dapat membantu keluarga si mati untuk membersihkan
kubur ahli keluarga mereka. Selain itu, program ini turut mendatangkan kebaikan
kepada penghuni tanah perkuburan terebut dengan adanya pembacaan tahlil khusus
buat mereka.
Program

ini

turut

melatih

saya

dan

rakan-rakan

guru

pelatih

untuk

mengendalikan sesuatu majlis bacaan tahlil. Ilmu mengendalikan bacaan tahlil ini bukan
sahaja terbatas dalam kawasan sekolah sahaja tetapi turut dapat dipraktikkan di dalam
kehidupan setiap guru pelatih islam yang ada. Tambahan pula, melalui pembacaan
tahlil ini guru pelatih juga dapat menguatkan spiritual masing-masing dengan amalan
membaca surah-surah dari ayat Al-Quran yang terpilih. Oleh hal yang demikian, maka
guru pelatih dapat mendepani pelbagai cabaran yang mendatang dengan hati yang
cekal dan kuat dengan adanya benteng di dalam diri masing-masing.
Kekuatan lain yang dapat diperhatikan adalah saya dan rakan-rakan guru pelatih
dapat menghayati dan mempelajari adab-adab di tanah perkuburan sekaligus dapat
mengaplikasikannya semasa menjalankan gotong-royong di sana. Pada masa yang
sama, saya dan rakan-rakan guru pelatih yang beragama Islam dapat berkongsi
mengenai agama Islam dengan salah seorang daripada guru pelatih yang beragama
Buddha iaitu Soo Toh Wan Lin. Wan Lin dapat mengetahui mengenai tatacara
pengebumiaan orang Islam dan juga dapat mengetahui adab-adab di tanah perkuburan
yang perlu dipatuhinya walaupun berlainan agama.
Selain itu, aktivti gotong royong ini juga dapat memupuk semangat kerjasama
dalam kalangan guru pelatih. Ini jelas dapat diperhatikan semasa guru pelatih bersamasama membersihkan kawasan tanah perkuburan yang penuh dengan rumput-rumput
yang panjangnya hingga ke lutut dengan begitu bersemangat di dalam kumpulan
masing-masing sehingga bersih. Aspek kerjasama juga dapat dilihat semasa semua
guru pelatih memberi pertolongan untuk mengangkat peralatan gotong-royong. Guru
pelatih tidak membiarkan ahli jawatankuasa peralatan semata-mata untuk mengangkat
peralatan yang ada. Ini dapat menggambarkan bahawa guru pelatih berkerjasama
dalam menjayakan gotong-royong bak kata perpatah “berat sama dipikul, ringan sama
dijinjing”.
Aktiviti gotong-royong ini turut melatih setiap guru pelatih untuk menjadi seorang
yang bertanggungjawab dengan tugas masing-masing. Tambahan pula, setiap guru
pelatih sememangnya dibekalkan dengan tugas yang perlu dilaksanakan. Melalui
pembahagian tugas inilah aspek tanggungjawab dapat dipupuk dan dilatih dalam diri
setiap guru pelatih.
Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan yang perlu kami perbaiki.
Aspek pertama yang dapt dilihat ialah dari aspek pengurusan masa. Walaupun sudah
diberi peringatan berkali-kali untuk guru pelatih menepati masa namun masih ada
segelintir guru pelatih yang datang lewat ke tempat berkumpul iaitu pada pukul 7.30
pagi seperti yang telah dijanjikan. Rata-ratanya adalah guru pelatih perempuan yang
tinggal di luar. Oleh hal yang demikian, perjalanan majlis menjadi sedikit terganggu dan
telah menyebabkan pemandu bas menunggu

selama lebih kurang setengah jam.

Seharusnya kami perlulah menggunakan peluang yang ada semasa menjalankan aktivti
ini dalam melatih diri untuk menepati masa supaya akan menjadi satu kebiasaan dan
dapat melatih diri untuk bangun awal untuk ke sekolah bila menjadi guru kelak. Dalam
pada masa yang sama, guru pelatih yang lewat perlulah mengambil inisiatif untuk
meminta maaf kepada pemandu bas dan rakan-rakan kerana disebabkan mereka
semua yang ada terpaksa menunggu lama.
Kelemahan yang seterusnya ialah dari aspek pakaian semasa menjalankan
program BIG tersebut. Terdapat segelintir guru pelatih yang tidak memakai baju
seragam seperti rakan-rakan yang lain. Perkara ini mungkin terjadi berikutan salah tafsir
maklumat ataupun tidak mempunyai baju seperti rakan-rakan yang lain. Namun,
perkara ini tidak menjadi satu isu yang besar. Ini kerana, pakaian yang dipakai masih
mencerminkan imej seorang bakal guru. Oleh itu, guru pelatih dapat mengambil ikhtibar
untuk memberikan fokus dan peka dengan arahan dan maklumat yang disampaikan
sama ada secara lisan ataupun tulisan di laman sosial supaya dapat berpakaian
seragam serupa dengan rakan-rakan yang lain.
Kelemahan lain ialah guru pelatih lupa untuk membuat regangan sebelum
menjalankan aktivti gotong- royong. Akibatnya guru pelatih berhadapan dengan sakitsakit dan sengal-sengal badan seolah-olah baru seesai menjalani latihan rumah sukan.
Oleh itu, perkara ini akan menjadi pengajaran kepada setiap guru pelatih supaya
sentiasa melakukan regangan sebelum menjalankan aktiviti yang memerlukan dan
menggunakan tenaga yang besar.
Melalui aktivti gotong-royong yang dijalankan ini terdapat beberapa perkara yang
mungkin mejadi ancaman kepada guru pelatih. Perkara pertama yang dapat saya
perhatikan iaitu terdapat seekor anjing liar di kawasan tanah perkuburan tersebut.
Namun demikian, nasib kami semua baik kerana anjing tersebut tidak datang ke
kawasan yang kami bersihkan.
Ancaman kedua iaitu terdapat beberapa laluan di tanah perkuburan tersebut
yang tidak boleh kami lalui. Perkara tersebut telah diberitahu oleh penduduk setempat
yang kebetulannya ada di kawasan perkuburan ketika kami sedang bersiap-sedia untuk
menjalankan gotong-goyong. Menurut Muhammad Fahmi B. Hassim, penduduk
setempat tersebut memberitahunya bahawa terdapat sebuah kubur yang dikatakan
mempunyai penjaga iaitu ular. Penduduk setempat itu khuatir sekiranya kami dipatuk
oleh ular tersebut sekiranya melalui kawasan tanah perkuburan tersebut. Alhamdulillah,
saya dan rakan-rakan guru pelatih selamat aripada sebarang ancaman bahaya dengan
mematuhi segala yang diberitahu kepada kami.
Berdasarkan perkara tersebut kami perlu menambah satu persoalan sekiranya
ingin menjalankan aktiviti gotong-royong di tanah perkuburan. Langkah yang perlu kami
ambil bukan sahaja terhad kepada meminta izin daripada pihak berwajib tetapi kami
juga perlulah menemu bual pihak-pihak tertentu bagi mnegetahu serba sedikit
mengenai kawasan yang bakal kami jalankan sesuatu program.
5.0 PENILAIAN KENDIRI
Program Bina Insan Guru khidmat masyarakat yang diadakan di tanah
perkuburan ini benar-benar mendatangkan keinsafan kepada diri saya sebagai seorang
Islam. Ini kerana, melalui program ini saya lebih menginsafi diri bahawa kehidupan ini
dunia ini hanyalah sementara dan kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang
abadi.Saya menjadi lebih bermuhasabah diri dan bermotivasi melalui program ini . Saya
merasakan bahawa saya perlu menjadi seorang insan pendidik yang benar-benar
berilmu dan bermanfaat kepada seluruh lapisan masyrakat. Ini kerana, saya sedar
bahawa ilmu yang bermanfaat merupakan satu aset guru yang tidak ternilai harganya.
Selain itu, saya turut dapat membuka mata saya bahawa program khidmat
masyarakat bukan sahaja terhad untuk dilakukan di tempat-tempat seperti rumah anak
yatim, zoo negara, pusat anak-anak berkeperluan khas dan pusat rekreasi seperti
sungai dan pantai. Ini kerana, program khidmat masyarakat juga boleh dilaksanakan di
kawasan

tanah

perkuburan

yang

mana

sering

kali

orang

mengabaikannya.

Sesungguhnya, selepas melaksanakannya di tanah perkuburan saya sedar bahawa
kebaikan dan kelebihannya adalah lebih besar berbanding dengan membersihkan
kawasan seperti pusat-pusat rekreasi. Ini kerana, pelbagai pihak mendapat manfaat
melalui gotong-royong pembersihan tanah perkuburan ini termasuklah penghuni
kawasan tanah perkuburan itu sendiri.
Tambahan pula, saya berasa sangat gembira kerana dapat membantu saudaramara si mati yang tidak berkesempatan untuk membersihkan kawasan tanah
perkuburan ahli keluarga mereka. Saya juga merasa sangat bersyukur kerana dapat
menjadi salah seorang yang terpilih oleh Allah untuk mengimarahkan sunah nabi
Muhammad S.A.W iaitu menziarah kubur. Saya juga berasa sangat berpuas hati kerana
mampu membersihkan kawasan tanah perkuburan yang telah ditetapkan dengan baik
walaupun berasa sedikit penat kerana terpaksa berdiri di bawah terik mentari.

Selain

itu,

saya

juga

berpeluang

untuk

mempelajari

cara-cara

untuk

mengendalikan majlis bacaan tahlil ringkas daripada rakan saya iaitu Muhammad
Fahmi B. Hassim. Ilmu tersebut dapat saya gunakan dalam kehidupan saya sebagai
seorang yang beragama Islam dan juga dapat saya ajarkan kepada anak-anak didik
kelak.
Melalui program ini juga saya dapat melatih diri untuk menjadi insan pendidik
yang bertanggungjawab dan komitmen terhadap tugas yang diberikan oleh orang
atasan iaitu pengerusi projek. Saya dapat membersihkan beberapa buah kubur
walaupun setiap kumpulan yang terdiri daripada dua orang diberi tugas untuk
membersihkan sebuah kubur sahaja. Selain itu, saya juga dapat melatih diri untuk
mengadaptasi diri dengan keadaan baru iaitu mencabut rumput-rumput yang panjang
dan besar dengan menggunakan tangan semata-mata kerana peralatan yang
disediakan tidak mencukupi untuk setiap orang guru pelatih. Oleh itu, saya dapat
melatih dan mendidik diri secara langsung untuk menjadi seorang yang mudah
menyesuaikan diri dengan keadaan baru yang berlainan dengan keadaan yang biasa
saya lalui.
Saya turut belajar adab-adab di tanah perkuburan secara langsung semasa
menjalankan program BIG ini. Saya dapat memperkayakan ilmu yang sedia ada. Ini
kerana, saya telah membuat pembacaan langsung di internet dan bertanya kepada
orang yang lebih mahir agama mengenai adab-adab semasa di tanah perkuburan
supaya saya lebih bersedia untuk menjalankan program BIG di tanah perkuburan.
Akhir sekali, program BIG di tanah perkuburan ini sememangnya memberikan
manfaat yang tiada tolok bandingnya kepada saya sebagai bakal pendidik dan lebihlebih lagi sebagai orang Islam. Saya berharap program seperti ini akan dapat saya
teruskan pada masa akan datang.
Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Modul ice breaking
Modul ice breakingModul ice breaking
Modul ice breakingRohani Jusoh
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programmkazree
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahFarhana Ariffin
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arabhibatullah92
 
Kecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiKecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiZahari Zabri
 
Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]Harry Man
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21Kau Ilhamku
 
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 hCeramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 hDausi Nuzula
 
Laporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan bigLaporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan bigsoo5
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as soutkenjisword
 
Senarai Nama AJK/ Pengarah Program
Senarai Nama AJK/ Pengarah ProgramSenarai Nama AJK/ Pengarah Program
Senarai Nama AJK/ Pengarah Programazizi1705
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiShamsul Amir
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliThomas Mon
 
ETIKA KERJA DALAM ISLAM
ETIKA KERJA DALAM ISLAMETIKA KERJA DALAM ISLAM
ETIKA KERJA DALAM ISLAMKakram Gc
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikroArra Asri
 
Kepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesanKepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesanimza90
 
51527534 modul-ldk-fasilitator
51527534 modul-ldk-fasilitator51527534 modul-ldk-fasilitator
51527534 modul-ldk-fasilitatorAzlina Anuar
 
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldunTokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldunairenahmad
 

La actualidad más candente (20)

Modul ice breaking
Modul ice breakingModul ice breaking
Modul ice breaking
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiahLaporan refleksi program pembangunan sahsiah
Laporan refleksi program pembangunan sahsiah
 
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa ArabFalsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
Falsafah, Objektif Kurikulum Pendidikan Bahasa Arab
 
Kecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagaiKecergasan pelbagai
Kecergasan pelbagai
 
Contoh kertas kerja
Contoh kertas kerjaContoh kertas kerja
Contoh kertas kerja
 
Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]Full modul kursus kepimpinan[1]
Full modul kursus kepimpinan[1]
 
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
PENDIDIKAN ISLAM ALAF 21
 
RPH WUDHUK
RPH WUDHUKRPH WUDHUK
RPH WUDHUK
 
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 hCeramah ma'al hijrah 1431 h
Ceramah ma'al hijrah 1431 h
 
Laporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan bigLaporan pelaksanaan program lawatan big
Laporan pelaksanaan program lawatan big
 
Tahsin as sout
Tahsin as soutTahsin as sout
Tahsin as sout
 
Senarai Nama AJK/ Pengarah Program
Senarai Nama AJK/ Pengarah ProgramSenarai Nama AJK/ Pengarah Program
Senarai Nama AJK/ Pengarah Program
 
Inovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawiInovasi pemulihan literasi jawi
Inovasi pemulihan literasi jawi
 
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-GhazaliAkhlak Menurut Iman Al-Ghazali
Akhlak Menurut Iman Al-Ghazali
 
ETIKA KERJA DALAM ISLAM
ETIKA KERJA DALAM ISLAMETIKA KERJA DALAM ISLAM
ETIKA KERJA DALAM ISLAM
 
Pengajaran mikro
Pengajaran mikroPengajaran mikro
Pengajaran mikro
 
Kepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesanKepimpinan berkesan
Kepimpinan berkesan
 
51527534 modul-ldk-fasilitator
51527534 modul-ldk-fasilitator51527534 modul-ldk-fasilitator
51527534 modul-ldk-fasilitator
 
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldunTokoh falsafah islam – ibnu khaldun
Tokoh falsafah islam – ibnu khaldun
 

Similar a Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

Contoh laporan ajk ko k (1)
Contoh laporan ajk ko k (1)Contoh laporan ajk ko k (1)
Contoh laporan ajk ko k (1)Noor Hassan
 
1. lpj osis 2015
1. lpj osis 20151. lpj osis 2015
1. lpj osis 2015Ressa
 
Laporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagohLaporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagohnurfatinafeeqa
 
Annisa nurul jannah
Annisa nurul jannahAnnisa nurul jannah
Annisa nurul jannahannisanj22
 
Model sekolah desa berkemajuan
Model sekolah desa berkemajuanModel sekolah desa berkemajuan
Model sekolah desa berkemajuanNur Ismail
 
Program pemuafakatan komuniti
Program pemuafakatan komunitiProgram pemuafakatan komuniti
Program pemuafakatan komunitiRahim Affandi
 
Program sinar malam 2017
Program sinar malam 2017Program sinar malam 2017
Program sinar malam 2017Rahim Affandi
 
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)suriasuriati
 
Con toh dokumentasi
Con toh dokumentasiCon toh dokumentasi
Con toh dokumentasiSuhaila Omar
 
Big sem 6 guru inovatif
Big sem 6 guru inovatifBig sem 6 guru inovatif
Big sem 6 guru inovatifNoor Dollah
 
Kem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlangKem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlangSiti Norlina
 
Proposal smk 2013
Proposal smk 2013Proposal smk 2013
Proposal smk 2013Dede Asep
 
Proposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAW
Proposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAWProposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAW
Proposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAWVicall Andryantho
 
Laporan slot moral bulan januari 1
Laporan slot moral bulan januari 1Laporan slot moral bulan januari 1
Laporan slot moral bulan januari 1kathir resan
 

Similar a Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan (20)

87412774 big
87412774 big87412774 big
87412774 big
 
Contoh laporan ajk ko k (1)
Contoh laporan ajk ko k (1)Contoh laporan ajk ko k (1)
Contoh laporan ajk ko k (1)
 
1. lpj osis 2015
1. lpj osis 20151. lpj osis 2015
1. lpj osis 2015
 
Laporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagohLaporan akhir opkim pagoh
Laporan akhir opkim pagoh
 
Annisa nurul jannah
Annisa nurul jannahAnnisa nurul jannah
Annisa nurul jannah
 
Big gtg ryg skbada
Big gtg ryg skbadaBig gtg ryg skbada
Big gtg ryg skbada
 
Model sekolah desa berkemajuan
Model sekolah desa berkemajuanModel sekolah desa berkemajuan
Model sekolah desa berkemajuan
 
Program pemuafakatan komuniti
Program pemuafakatan komunitiProgram pemuafakatan komuniti
Program pemuafakatan komuniti
 
Program sinar malam 2017
Program sinar malam 2017Program sinar malam 2017
Program sinar malam 2017
 
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
LAPORAN PELAKSANAAN INTERNSHIP (PROJEK 1)
 
Laporan
LaporanLaporan
Laporan
 
PWR 2022-Ok.pdf
PWR 2022-Ok.pdfPWR 2022-Ok.pdf
PWR 2022-Ok.pdf
 
Con toh dokumentasi
Con toh dokumentasiCon toh dokumentasi
Con toh dokumentasi
 
Proposal worshop stem 2017
Proposal worshop stem 2017Proposal worshop stem 2017
Proposal worshop stem 2017
 
Big sem 6 guru inovatif
Big sem 6 guru inovatifBig sem 6 guru inovatif
Big sem 6 guru inovatif
 
Kem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlangKem motivasi gemilang cemerlang
Kem motivasi gemilang cemerlang
 
Proposal smk 2013
Proposal smk 2013Proposal smk 2013
Proposal smk 2013
 
Proposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAW
Proposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAWProposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAW
Proposal Kegiatan Maulid Nabi Muhammad SAW
 
Laporan program korban 2014
Laporan program korban 2014Laporan program korban 2014
Laporan program korban 2014
 
Laporan slot moral bulan januari 1
Laporan slot moral bulan januari 1Laporan slot moral bulan januari 1
Laporan slot moral bulan januari 1
 

Más de Syafiqah Mohamed Noor

CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARANCONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARANSyafiqah Mohamed Noor
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJSyafiqah Mohamed Noor
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguSyafiqah Mohamed Noor
 
Penulisan akademik proses pencernaan
Penulisan akademik proses pencernaanPenulisan akademik proses pencernaan
Penulisan akademik proses pencernaanSyafiqah Mohamed Noor
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasSyafiqah Mohamed Noor
 
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asasPelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asasSyafiqah Mohamed Noor
 
Literasi nombor pengajaran menggunakan ict
Literasi nombor pengajaran menggunakan ictLiterasi nombor pengajaran menggunakan ict
Literasi nombor pengajaran menggunakan ictSyafiqah Mohamed Noor
 
Esemen Matematik Penyelesaian Masalah
Esemen Matematik Penyelesaian MasalahEsemen Matematik Penyelesaian Masalah
Esemen Matematik Penyelesaian MasalahSyafiqah Mohamed Noor
 

Más de Syafiqah Mohamed Noor (20)

NOTA RINGKAS EDU3107
NOTA RINGKAS EDU3107NOTA RINGKAS EDU3107
NOTA RINGKAS EDU3107
 
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARANCONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
CONTOH LEMBARAN KERJA TAHUN 2 MASALAH PENDENGARAN
 
Dapatan kajian proses fonologi
Dapatan kajian proses fonologi Dapatan kajian proses fonologi
Dapatan kajian proses fonologi
 
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaranModul pgsr budaya dlm pembelajaran
Modul pgsr budaya dlm pembelajaran
 
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJCONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
CONTOH RPH PENDIDIKAN JASMANI SUBJEK PEDAGOGI PJ
 
Senarai peralatan tangan
Senarai peralatan tanganSenarai peralatan tangan
Senarai peralatan tangan
 
Senarai peralatan berat
Senarai peralatan beratSenarai peralatan berat
Senarai peralatan berat
 
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama semingguPengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
Pengalaman Berasaskan Sekolah selama seminggu
 
Nota ringkas budaya
Nota ringkas budayaNota ringkas budaya
Nota ringkas budaya
 
Penulisan akademik proses pencernaan
Penulisan akademik proses pencernaanPenulisan akademik proses pencernaan
Penulisan akademik proses pencernaan
 
Pengenalan Berasaskan Sekolah
Pengenalan Berasaskan SekolahPengenalan Berasaskan Sekolah
Pengenalan Berasaskan Sekolah
 
Pengajian Sukatan Bahasa Melayu
Pengajian Sukatan Bahasa MelayuPengajian Sukatan Bahasa Melayu
Pengajian Sukatan Bahasa Melayu
 
Pengajian sukatan Bahasa Melayu
Pengajian sukatan Bahasa Melayu Pengajian sukatan Bahasa Melayu
Pengajian sukatan Bahasa Melayu
 
Masalah kecacatan fizikal
Masalah kecacatan fizikalMasalah kecacatan fizikal
Masalah kecacatan fizikal
 
Budaya Pekak
Budaya PekakBudaya Pekak
Budaya Pekak
 
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan AsasEsemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
Esemen Pendidikan Jasmani Pergerakan Asas
 
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asasPelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
Pelan kedudukan ujian amali pergerakan asas
 
Literasi nombor pengajaran menggunakan ict
Literasi nombor pengajaran menggunakan ictLiterasi nombor pengajaran menggunakan ict
Literasi nombor pengajaran menggunakan ict
 
Esemen Matematik Penyelesaian Masalah
Esemen Matematik Penyelesaian MasalahEsemen Matematik Penyelesaian Masalah
Esemen Matematik Penyelesaian Masalah
 
Laporan kesalahan ejaan
Laporan kesalahan ejaanLaporan kesalahan ejaan
Laporan kesalahan ejaan
 

Último

MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxMATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxSuarniSuarni5
 
Tanqihul Qoul Bab 14 - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
Tanqihul Qoul Bab 14  - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptxTanqihul Qoul Bab 14  - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
Tanqihul Qoul Bab 14 - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptxMMuminSholih
 
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docxKISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docxrulimustiyawan37
 
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptxMATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptxSuarniSuarni5
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfbayuputra151203
 
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxNasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxSuGito15
 
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptxPPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptxRestiana8
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIwanalifhikmi
 
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranpower point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranapriandanu
 
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdfkeutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdfatsira1
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...Aminullah Assagaf
 
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan muridAksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan muridYusnelMarni
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIsyedharis59
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf2210130220024
 
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptxfurqanridha
 
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptxMateri pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptxSuarniSuarni5
 
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxPaket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxDarmiahDarmiah
 

Último (20)

MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptxMATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
MATERI pesntren kilat FIQIH THAHARAH.pptx
 
Tanqihul Qoul Bab 14 - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
Tanqihul Qoul Bab 14  - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptxTanqihul Qoul Bab 14  - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
Tanqihul Qoul Bab 14 - Keutamaan Ibadah Fardhu.pptx
 
Persiapandalam Negosiasi dan Loby .pptx
Persiapandalam  Negosiasi dan Loby .pptxPersiapandalam  Negosiasi dan Loby .pptx
Persiapandalam Negosiasi dan Loby .pptx
 
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docxKISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
KISI-KISI DAN KARTU SOAL INFORMATIKA PAKET A.docx
 
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptxMATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN  AQIDAH ISLAM.pptx
MATERI PESANTREN KILAT RAMADHAN AQIDAH ISLAM.pptx
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
 
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi IbrahimpptxNasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
Nasab Nabi Muhammad SAW. dari Nabi Ibrahimpptx
 
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptxPPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
PPT GABUNGAN 1 kelas 9 gabungan tabung dengan setengah bola.pptx
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
 
KOMUNIKATOR POLITIK ( AKTOR POLITIK).pptx
KOMUNIKATOR POLITIK ( AKTOR POLITIK).pptxKOMUNIKATOR POLITIK ( AKTOR POLITIK).pptx
KOMUNIKATOR POLITIK ( AKTOR POLITIK).pptx
 
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuranpower point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
power point mengenai akhlak remaja: menghindari tawuran
 
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdfkeutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
keutamaan dan hikmah shaalat fardhu .pdf
 
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
Aminullah Assagaf_Regresi Lengkap 19_8 Nov 2023_Inc. Data panel & Perbandinga...
 
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptxELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
ELEMEN KOMPOL (PESAN BAHASA POLITIK).pptx
 
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan muridAksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
Aksi Nyata Modul 3.3.pdf tentang kepemimpinan murid
 
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASIBMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
BMMB 1134 KETERAMPILAN BERBAHASA HALANGAN KOMUNIKASI
 
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdfK1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
K1_pengantar komunikasi pendidikan (1).pdf
 
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
,.,,.,.,.,.,.,.,.,.,.,.,Swamedikasi.pptx
 
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptxMateri pesantren kilat Ramadhan  tema puasa.pptx
Materi pesantren kilat Ramadhan tema puasa.pptx
 
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptxPaket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
Paket Substansi_Pengelolaan Kinerja Guru dan KS [19 Dec].pptx
 

Contoh Laporan Bina Insan Guru Tanah Perkuburan

  • 1. 1.0 PENGENALAN Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib diikut oleh guru-guru pelatih di setiap institut perguruan di Malaysia seperti yang termaktub dalam perancangan semester kukurikulum institut. Guru-guru pelatih di setiap institut perguruan wajib mengikuti program Bina Insan Guru (BIG) ini bermula pada semester 1 hingga semester 6 Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Pada setiap semester, aktiviti yang perlu diikuti oleh setiap guru pelatih adalah berbeza mengikut kandungan kurikulum pada setiap semester. Pada semester tiga ini, guru-guru pelatih diwajibkan untuk menjalani program khidmat masyarakat. Setiap kelas akan memilih destinasi untuk menjalankan program khidmat masyarakat bagi kelas masing-masing. Kelas kami iaitu kelas G3.1 telah memilih Tanah Perkuburan Kampung Cheras Baru sebagai tempat untuk menjalankan aktivti khidmat masyarakat gotong-royong . Melalui Program Bina Insan Guru ini guru-guru pelatih akan didedahkan dengan pelbagai ilmu dan pengetahuan terutamanya yang berkaitan dengan kehidupan bermasyarakat. Ini kerana, kerjaya seorang guru memerlukan guru pelatih untuk berhadapan dengan masyarakat sepanjang masa. Selain itu, nilai dan semangat keguruan seperti berketrampilan, berkeyakinan, berkepimpinan dan berani turut dapat dicungkil dan dipupuk melalui program Bina Insan Guru ini. Oleh hal yang demikian, program ini diwajibkan oleh Bahgian Pendidikan Guru (BPK) di dalam rancangan pembelajaran semester iaitu bermula setelah memasuki Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester 1.
  • 2. 2.0 RASIONAL BINA INSAN GURU (BIG) Rasional Bina Insan Guru (BIG) ini adalah untuk : 2.1 Melahirkan insan guru yang berketrampilan dan unggul yang mampu menghadapi segala cabaran mendatang. 2.2 Menghasilkan guru yang berkualiti, bersahsiah tinggi, berilmu, berdispilin serta mempunyai daya tahan yang tinggi. 2.3 Melahirkan modal insan guru seperti yang dikehendaki oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG). 2.4 Mengukuhkan dan membina semangat keguruan dan kepimpinan dalam diri setiap individu. 2.5 Melahirkan guru yang bijak berhujah dan berkomunikasi dengan masyarakat. 2.6 Melahirkan guru yang pandai bersosial dengan ahli masyarakat.
  • 3. 3.0 LAPORAN BINA INSAN GURU (BIG) 3.1 LAPORAN SEBELUM Pada setiap hari Khamis sudah menjadi kebiasaan di Institut Perguruan Ilmu Khas untuk mengadakan tutorial iaitu sesi perjumpaan di antara mentor dan dan anakanaknya. Oleh itu, kami sekelas telah mengambil iniasiatif untuk membincangkan mengenai Program Bina Insan Guru bagi semester 3 bersama dengan kedua-dua mentor kami iaitu Puan Aminah binti Haji Samsuddin dan Puan Liza Isyqi Bt. Ramli pada hari Khamis; 5 Januari 2012 bertempat di blok kelas kami iaitu Blok Harmoni di atas Jabatan Bahasa Meayu. Justeru, pemilihan ahli jawatan kuasa tertinggi telah dibuat dengan menggunakan kaedah undian. Berdasarkan undian yang tertinggi, Muhammad Sollihin B. Ahmad Jamali telah dilantik sebagai pengerusi Program BIG bagi semester 3 tahun 2012 ini. Seterusnya,Muhammad Fahmi B. Hassim telah dilantik sebagai setiausaha dan diiikuti oleh Nur Azwin Bt. Roslan sebagai bendahari. Ahli jawatankuasa lain juga turut dibentuk iaitu yang terdiri daripada ajk peralatan, ajk pengangkutan dan ajk makanan. Seterusnya, agenda diteruskan dengan pemilihan tempat dan aktiviti khidmat masyarakat yang ingin dijalankan bagi memenuhi kehendak BIG semester 3 ini. Cadangan pemilihan tempat diberikan oleh semua ahli kelas bagi memastikan setiap orang berpuas hati dengan pemilihan tempat yang dibuat. Antara cadangan tempat yang telah diberikan ialah Rumah Anak Yatim Tengku Budriah, jabatan-jabatan di Institut Perguruan Ilmu Khas, air terjun, tanah perkuburan dan prasekolah. Akhirnya berdasarkan undian yang telah dibuat kami telah sebulat suara untuk memilih tanah perkuburan sebagai tempat untuk menjalankan program khidmat masyarakat pada kali ini. Selepas perbincangan selesai, mentor telah mengambil alih perbincangan dengan memberikan penerangan mengenai format penulisan laporan BIG bagi memastikan kami dapat menghasilkan laporan yang bermutu dan berkualiti seiring dengan kehendak garis panduan tugasan yang telah diberikan.
  • 4. Perjumpaan seterusnya telah dibuat pada 12 Januari 2012 bersama dengan mentor. Tujuan perjumpaan dibuat adalah untuk bertanya semula mengenai program BIG yang telah dirancang. Mentor mahu memastikan tanah perkuburan manakah yang telah dipilih bagi menjalankan aktiviti gotong-royong dan masa untuk menjalankan gotong-royong tersebut. Keluasan kawasan gotong-royong juga diambil kira bagi memastikan sesuai dengan bilangan ahli kelas. Selain itu, perbincangan mengenai peralatan yang ingin digunakan semasa gotong-royong juga telah dibuat. Pada 16 Januari 2012, perjumpaan ketiga telah dibuat oleh pengerusi program bagi memberitahu ahli kelas mengenai perjalanan program. Berdasarkan perjumpaan tersebut, beberapa maklumat telah diberitahu. Antaranya ialah tarikh dan tempat bagi menjalankan program iaitu pada 11 Februari 2012 ( Sabtu ) bertempat di Tanah Perkuburan Kampung Cheras Baru bermula pada pukul 8.00 sehingga 12.00 tengahari. Ahli jawatankuasa program juga telah memberi maklum balas mengenai tugas masingmasing kepada semua. Ahli jawatankuasa peralatan telah bersama-sama dengan ahli kelas untuk menyenaraikan peralatan yang diperlukan semasa gotong-royong seperti penyapu, plastik sampah, sarung tangan, mesin rumput, penyodok sampah/ pongkes, sabit, parang, tikar dan surah Yassin. Manakala, ahli jawatankuasa makanan pula telah membuat perbentangan mengenai menu makanan pagi dan tengahari. Menu sarapan pagi adalah Bihun Goreng dan air Teh. Menu untuk tengahari pula adalah nasi (ayam dan sayur). Setiap ahli kelas diminta untuk membayar RM 15.00 seorang untuk kegunaan makanan dan peralatan semasa BIG. Perjumpaan terakhir telah dibuat pada 9 Februari 2012 di kelas di Blok Pendidikan Khas. Agenda yang ingin dibincangkan adalah untuk memberi maklum balas kepada mentor mengenai program yang dirancang. Setiap ahli jawatankuasa telah membuat perbentangan mengenai bidang tugas masing-masing. Perbincangan mengenai makanan juga telah dibuat dan menu juga telah bertukar. Pemilihan ketua untuk membuat bacaan tahlil juga telah dibuat. Mentor turut memberikan beberapa nasihat supaya menjaga adab sopan di tanah perkuburan dan akhir sekali mentor berharap program dapat berjalan dengan lancar.
  • 5. 3.2 LAPORAN SEMASA Pada 11 Februari 2012 bersamaan dengan hari Sabtu seperti yang dirancangkan kami berkumpul seawal 7.30 pagi untuk bersama-sama menjayakan program Bina Insan Guru khidmat masyarakat iaitu gotong-royong di tanah perkuburan. Namun demikian, terdapat segelintir guru pelatih yang datang lewat pagi.Kami seramai 20 orang iaitu pada pukul 7.45 termasuklah seorang bekas staf jurubahasa iaitu Cik Marziah berkumpul di perkarangan bas Institut Perguruan Kampus Ilmu Khas sebelum bertolak ke destinasi. Oleh hal yang demikian, kira-kira pukul 8.05 minit pagi barulah kami dapat bertolak ke Tanah Perkuburan Kampung Cheras Baru dengan menaiki bas institut selepas bilangan ahli kelas mencukupi. Seramai dua orang guru pelatih menaiki kereta untuk pergi ke tanah perkuburan tersebut iaitu Muhammad Shafiq bin Shamsi dan Muhammad Khairul Amzar bin Ghazali. Ini kerana mereka memerlukan kereta untuk mengambil makanan tengahari semasa pulang dari program nanti.Perjalanan ke tanah perkuburan tersebut mengambil masa salama 20 minit perjalanan .Tepat pada pukul 8.30 pagi kami telah sampai di tanah perkuburan tersebut. Setibanya di destinasi, kami mengumpulkan kesemua peralatan yang akan digunakan semasa gotong-royong di suatu kawasan lapang. Setelah itu, kami berkumpul bagi mendengar taklimat ringkas daripada ketua projek iaitu Muhammad Sollihin bin Ahmad Jamali. Ketua projek memberitahu berkenaan dengan perjalanan program kepada kami. Sebelum memulakan aktiviti gotong royong kami bersama -sama membuat bacaan tahlil ringkas yang diketuai oleh Muhammad Fahmi bin Hashim. Selepas itu, pada pukul 8.45 pagi kami bersama-sama menikmati sarapan pagi iaitu Nasi Lemak Ayam. Aktiviti gotong-royong bermula pada pukul 9.00 pagi. Kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. Setiap kumpulan terdiri daripada dua orang. setiap kumpulan membersihkan satu kubur. Setelah selesai, mereka diminta untuk bergerak ke kubur yang seterusnya. Skop tugasan yang perlu dibuat adalah membersihkan kawasan kubur yang telah ditetapkan dengan mencabut dan mencangkul rumput yang ada sama
  • 6. ada di luar kawasan kubur mahupun di atas kubur. Seterusnya, mengutip sampah sarap yang ada di kawasan tanah perkuburan tersebut. Sampah tersebut terdiri daripada plastic-plastik sampah, botol minuman dan rumput-rumput yang telah dikumpulkan di beberapa kawasan. Rumput-rumput yang telah dicabut pula akan dikumpulkan di beberapa tempat dengan menggunakan pencakar dan penyapu. Pokokpokok yang terlalu besar di atas kubur juga dirapikan dengan menggunakan parang. Bahagian batang pokok yang besar akan dipotong supaya pokok tersebut dapat bertunas dengan lebih cantik. Setelah selesai membersihkan kawasan perkuburan tersebut. Kami bersamasama mengangkat segala sampah yang ada untuk dikumpulkan di luar kawasan perkuburan tersebut. Pada mulanya sampah-sampah tersebut ingin kami bakar. Namun demikian , kami tidak dapat meneruskan niat kami untuk membakarnya kerana rumputrumput tersebut basah dan lembab. Oleh itu, kami mengeumpulkannya dengan sebaik mungkin di satu kawasan yang tidak menghalang laluan orang ramai. Akhirnya, tepat pada pukul 11.00 tengahari kami selesai membersihkan kawasan perkuburan tersebut. Kami berasa sangat senang hati dan puas hati kerana dapat membersihkan kawasan tanah perkuburan terebut dengan sebaiknya. Kami berkumpul di bawah sepohon pokok untuk berehat seketika sebelum pulang ke institut. Pada masa yang sama kami mengumpulkan segala peralatan yang dibawa untuk gotong-royong di satu tempat bagi memastikan bilangan alatan tersebut mencukupi. Pada pukul 11.30 tengahari kami bertolak balik ke institut perguruan dan telah sampai pada pukul 12.00 tengahari. Kami mengemas segala peralatan semasa gotongroyong untuk membuat pemulangan alatan yang dipinjam. Sebelum pulang ke tempat tinggal masing-masing, kami mengambil makanan tengahari yang telah disediakan iaitu nasi dengan lauk Gulai Lemak Ayam berserta Sayur Taugeh goreng.
  • 7. 3.3 LAPORAN SELEPAS Selepas selesai program khidmat masyarakat ini, kami diminta untuk menyediakan satu laporan khusus mengenai program khidmat masyarakat gotong -royong yang telah kami laksanakan. Oleh itu, saya sudah mempersiapkan diri dengan pelbagai maklumat program. Saya telah mencatat segala aktiviti yang telah dijalankan di dalam buku catatan untuk rujukan peribadi. Selain itu, saya turut menangkap gambar untuk dimuatkan di dalam laporan.
  • 8. 4.0 LAPORAN REFLEKTIF Program Bina Insan Guru (BIG) khidmat masyarakat gotong-royong ini benarbenar memberikan pengalaman baru yang sangat bernilai kepada saya dan rakanrakan guru pelatih. Ini kerana program khidmat masyarakat pada semester ini sangat berlainan dengan semester-semester lepas berikutan tempat untuk menjalankan khidmat masyarakat ini sangatlah berbeza tidak seperti tempat-tempat yang biasa dipilih oleh kumpulan yang lain bagi menjalankan program khidmat masyarakat. Tanah perkuburan telah menjadi tempat pilihan saya dan rakan-rakan guru pelatih sebagai tempat untuk menjalankan program khidmat masyarakat. Pemilihan tanah perkuburan sebagai tempat untuk menjalankan program khidmat masyarakat ini benar-benar mendapat sokongan kedua-dua mentor kami iaitu Puan Aminah Bt. Samsuddin dan Puan Liza Isyqi Bt. Ramli. Kedua-dua mereka sangat berbangga dengan usaha murni kami untuk menjalankan program khidmat masyarakat gotong-goyong di tanah perkuburan. Tambahan pula, program ini berjalan pada bulan mulia iaitu bulan Rabiulawal bersamaan dengan bulan kelahiran nabi Muhammad S.A.W. Usaha murni kami untuk menjalankan gotong-royong dan bacaan tahlil di tanah perkuburan benar-benar memberikan impak yang besar kepada semua rakan guru pelatih. Ini kerana, program ini bukan sahaja memberikan faedah kepada saya dan rakan-rakan guru pelatih tetapi turut memberikan faedah kepada masyarakat setempat yang tinggal berdekatan dengan kawasan perkuburan tersebut. Program ini turut mendatangkan kebaikan dan dapat membantu keluarga si mati untuk membersihkan kubur ahli keluarga mereka. Selain itu, program ini turut mendatangkan kebaikan kepada penghuni tanah perkuburan terebut dengan adanya pembacaan tahlil khusus buat mereka. Program ini turut melatih saya dan rakan-rakan guru pelatih untuk mengendalikan sesuatu majlis bacaan tahlil. Ilmu mengendalikan bacaan tahlil ini bukan sahaja terbatas dalam kawasan sekolah sahaja tetapi turut dapat dipraktikkan di dalam kehidupan setiap guru pelatih islam yang ada. Tambahan pula, melalui pembacaan
  • 9. tahlil ini guru pelatih juga dapat menguatkan spiritual masing-masing dengan amalan membaca surah-surah dari ayat Al-Quran yang terpilih. Oleh hal yang demikian, maka guru pelatih dapat mendepani pelbagai cabaran yang mendatang dengan hati yang cekal dan kuat dengan adanya benteng di dalam diri masing-masing. Kekuatan lain yang dapat diperhatikan adalah saya dan rakan-rakan guru pelatih dapat menghayati dan mempelajari adab-adab di tanah perkuburan sekaligus dapat mengaplikasikannya semasa menjalankan gotong-royong di sana. Pada masa yang sama, saya dan rakan-rakan guru pelatih yang beragama Islam dapat berkongsi mengenai agama Islam dengan salah seorang daripada guru pelatih yang beragama Buddha iaitu Soo Toh Wan Lin. Wan Lin dapat mengetahui mengenai tatacara pengebumiaan orang Islam dan juga dapat mengetahui adab-adab di tanah perkuburan yang perlu dipatuhinya walaupun berlainan agama. Selain itu, aktivti gotong royong ini juga dapat memupuk semangat kerjasama dalam kalangan guru pelatih. Ini jelas dapat diperhatikan semasa guru pelatih bersamasama membersihkan kawasan tanah perkuburan yang penuh dengan rumput-rumput yang panjangnya hingga ke lutut dengan begitu bersemangat di dalam kumpulan masing-masing sehingga bersih. Aspek kerjasama juga dapat dilihat semasa semua guru pelatih memberi pertolongan untuk mengangkat peralatan gotong-royong. Guru pelatih tidak membiarkan ahli jawatankuasa peralatan semata-mata untuk mengangkat peralatan yang ada. Ini dapat menggambarkan bahawa guru pelatih berkerjasama dalam menjayakan gotong-royong bak kata perpatah “berat sama dipikul, ringan sama dijinjing”. Aktiviti gotong-royong ini turut melatih setiap guru pelatih untuk menjadi seorang yang bertanggungjawab dengan tugas masing-masing. Tambahan pula, setiap guru pelatih sememangnya dibekalkan dengan tugas yang perlu dilaksanakan. Melalui pembahagian tugas inilah aspek tanggungjawab dapat dipupuk dan dilatih dalam diri setiap guru pelatih.
  • 10. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa kekurangan yang perlu kami perbaiki. Aspek pertama yang dapt dilihat ialah dari aspek pengurusan masa. Walaupun sudah diberi peringatan berkali-kali untuk guru pelatih menepati masa namun masih ada segelintir guru pelatih yang datang lewat ke tempat berkumpul iaitu pada pukul 7.30 pagi seperti yang telah dijanjikan. Rata-ratanya adalah guru pelatih perempuan yang tinggal di luar. Oleh hal yang demikian, perjalanan majlis menjadi sedikit terganggu dan telah menyebabkan pemandu bas menunggu selama lebih kurang setengah jam. Seharusnya kami perlulah menggunakan peluang yang ada semasa menjalankan aktivti ini dalam melatih diri untuk menepati masa supaya akan menjadi satu kebiasaan dan dapat melatih diri untuk bangun awal untuk ke sekolah bila menjadi guru kelak. Dalam pada masa yang sama, guru pelatih yang lewat perlulah mengambil inisiatif untuk meminta maaf kepada pemandu bas dan rakan-rakan kerana disebabkan mereka semua yang ada terpaksa menunggu lama. Kelemahan yang seterusnya ialah dari aspek pakaian semasa menjalankan program BIG tersebut. Terdapat segelintir guru pelatih yang tidak memakai baju seragam seperti rakan-rakan yang lain. Perkara ini mungkin terjadi berikutan salah tafsir maklumat ataupun tidak mempunyai baju seperti rakan-rakan yang lain. Namun, perkara ini tidak menjadi satu isu yang besar. Ini kerana, pakaian yang dipakai masih mencerminkan imej seorang bakal guru. Oleh itu, guru pelatih dapat mengambil ikhtibar untuk memberikan fokus dan peka dengan arahan dan maklumat yang disampaikan sama ada secara lisan ataupun tulisan di laman sosial supaya dapat berpakaian seragam serupa dengan rakan-rakan yang lain. Kelemahan lain ialah guru pelatih lupa untuk membuat regangan sebelum menjalankan aktivti gotong- royong. Akibatnya guru pelatih berhadapan dengan sakitsakit dan sengal-sengal badan seolah-olah baru seesai menjalani latihan rumah sukan. Oleh itu, perkara ini akan menjadi pengajaran kepada setiap guru pelatih supaya sentiasa melakukan regangan sebelum menjalankan aktiviti yang memerlukan dan menggunakan tenaga yang besar. Melalui aktivti gotong-royong yang dijalankan ini terdapat beberapa perkara yang mungkin mejadi ancaman kepada guru pelatih. Perkara pertama yang dapat saya
  • 11. perhatikan iaitu terdapat seekor anjing liar di kawasan tanah perkuburan tersebut. Namun demikian, nasib kami semua baik kerana anjing tersebut tidak datang ke kawasan yang kami bersihkan. Ancaman kedua iaitu terdapat beberapa laluan di tanah perkuburan tersebut yang tidak boleh kami lalui. Perkara tersebut telah diberitahu oleh penduduk setempat yang kebetulannya ada di kawasan perkuburan ketika kami sedang bersiap-sedia untuk menjalankan gotong-goyong. Menurut Muhammad Fahmi B. Hassim, penduduk setempat tersebut memberitahunya bahawa terdapat sebuah kubur yang dikatakan mempunyai penjaga iaitu ular. Penduduk setempat itu khuatir sekiranya kami dipatuk oleh ular tersebut sekiranya melalui kawasan tanah perkuburan tersebut. Alhamdulillah, saya dan rakan-rakan guru pelatih selamat aripada sebarang ancaman bahaya dengan mematuhi segala yang diberitahu kepada kami. Berdasarkan perkara tersebut kami perlu menambah satu persoalan sekiranya ingin menjalankan aktiviti gotong-royong di tanah perkuburan. Langkah yang perlu kami ambil bukan sahaja terhad kepada meminta izin daripada pihak berwajib tetapi kami juga perlulah menemu bual pihak-pihak tertentu bagi mnegetahu serba sedikit mengenai kawasan yang bakal kami jalankan sesuatu program.
  • 12. 5.0 PENILAIAN KENDIRI Program Bina Insan Guru khidmat masyarakat yang diadakan di tanah perkuburan ini benar-benar mendatangkan keinsafan kepada diri saya sebagai seorang Islam. Ini kerana, melalui program ini saya lebih menginsafi diri bahawa kehidupan ini dunia ini hanyalah sementara dan kehidupan di akhirat adalah kehidupan yang abadi.Saya menjadi lebih bermuhasabah diri dan bermotivasi melalui program ini . Saya merasakan bahawa saya perlu menjadi seorang insan pendidik yang benar-benar berilmu dan bermanfaat kepada seluruh lapisan masyrakat. Ini kerana, saya sedar bahawa ilmu yang bermanfaat merupakan satu aset guru yang tidak ternilai harganya. Selain itu, saya turut dapat membuka mata saya bahawa program khidmat masyarakat bukan sahaja terhad untuk dilakukan di tempat-tempat seperti rumah anak yatim, zoo negara, pusat anak-anak berkeperluan khas dan pusat rekreasi seperti sungai dan pantai. Ini kerana, program khidmat masyarakat juga boleh dilaksanakan di kawasan tanah perkuburan yang mana sering kali orang mengabaikannya. Sesungguhnya, selepas melaksanakannya di tanah perkuburan saya sedar bahawa kebaikan dan kelebihannya adalah lebih besar berbanding dengan membersihkan kawasan seperti pusat-pusat rekreasi. Ini kerana, pelbagai pihak mendapat manfaat melalui gotong-royong pembersihan tanah perkuburan ini termasuklah penghuni kawasan tanah perkuburan itu sendiri. Tambahan pula, saya berasa sangat gembira kerana dapat membantu saudaramara si mati yang tidak berkesempatan untuk membersihkan kawasan tanah perkuburan ahli keluarga mereka. Saya juga merasa sangat bersyukur kerana dapat menjadi salah seorang yang terpilih oleh Allah untuk mengimarahkan sunah nabi Muhammad S.A.W iaitu menziarah kubur. Saya juga berasa sangat berpuas hati kerana mampu membersihkan kawasan tanah perkuburan yang telah ditetapkan dengan baik walaupun berasa sedikit penat kerana terpaksa berdiri di bawah terik mentari. Selain itu, saya juga berpeluang untuk mempelajari cara-cara untuk mengendalikan majlis bacaan tahlil ringkas daripada rakan saya iaitu Muhammad
  • 13. Fahmi B. Hassim. Ilmu tersebut dapat saya gunakan dalam kehidupan saya sebagai seorang yang beragama Islam dan juga dapat saya ajarkan kepada anak-anak didik kelak. Melalui program ini juga saya dapat melatih diri untuk menjadi insan pendidik yang bertanggungjawab dan komitmen terhadap tugas yang diberikan oleh orang atasan iaitu pengerusi projek. Saya dapat membersihkan beberapa buah kubur walaupun setiap kumpulan yang terdiri daripada dua orang diberi tugas untuk membersihkan sebuah kubur sahaja. Selain itu, saya juga dapat melatih diri untuk mengadaptasi diri dengan keadaan baru iaitu mencabut rumput-rumput yang panjang dan besar dengan menggunakan tangan semata-mata kerana peralatan yang disediakan tidak mencukupi untuk setiap orang guru pelatih. Oleh itu, saya dapat melatih dan mendidik diri secara langsung untuk menjadi seorang yang mudah menyesuaikan diri dengan keadaan baru yang berlainan dengan keadaan yang biasa saya lalui. Saya turut belajar adab-adab di tanah perkuburan secara langsung semasa menjalankan program BIG ini. Saya dapat memperkayakan ilmu yang sedia ada. Ini kerana, saya telah membuat pembacaan langsung di internet dan bertanya kepada orang yang lebih mahir agama mengenai adab-adab semasa di tanah perkuburan supaya saya lebih bersedia untuk menjalankan program BIG di tanah perkuburan. Akhir sekali, program BIG di tanah perkuburan ini sememangnya memberikan manfaat yang tiada tolok bandingnya kepada saya sebagai bakal pendidik dan lebihlebih lagi sebagai orang Islam. Saya berharap program seperti ini akan dapat saya teruskan pada masa akan datang.