SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 6
ILYA ADIRA BINTI JAININ

HAINI SHAFIKAH



1) Faktor Nasionalisme di Asia Tenggara



        Nasionalsime ialah perjuangan untuk memperoleh kebebasan daripada penjajahan atas
wujudnya semangat cinta dan taat setia kepada tanah air. Nasionalisme juga ditakrifkan satu
gerakan dan tindak balas rakyat terhadap ketidakadilan pemerintahan dari segi politik ekonomi
dan sosial .

        Faktor-faktor kemunculan nasionalisme adalah antaranya dasar penjajahan barat,
pengaruh agama, kemunculan karya sastera, sistem pendidikan, kemunculan golongan
intelektual, pengaruh media massa, sisitem pengangkutan dan perhubungan dan pengaruh
luar.

        Dasar-dasar kuasa barat yang telah dilaksanakan oleh kuasa penjajah barat telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati kalangan rakyat tempatan di Asia Tenggara. Rakyat
tempatan tidak diberikan peluang yang sewajarnya di dalam sistem birokrasi Barat. Mereka
terus kekal dalam sistem ekonomi tradisional yang serba kemiskinan. Ini dapat dilihat
di Indonesia dan   Filipina,   rakyat   kedua   Negara   tersebut   ditindas dengan pengenalan
sistem Tanaman paksa dan Sistem polo. Bangsa penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial
dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas tersendiri dan hanya bergaul
sesama mereka sendiri sahaja. Mereka hanya bergaul dengan rakyat tempatan yang terdiri
daripada golongan elit dan golongan bangsawan serta golongan pegawai kerajaan yang
berpendidikan barat. Dasar penjajah yang membawa masuk ramai buruh asing telah
menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat tempatan kerana penguasaan
ekonomi oleh golongan imigran terbabit.

        Pengaruh agama juga telah memainkan peranan penting di dalam mencetuskan
nasionalisme di Asia Tenggara. Rakyat tempatan telah dapat disatukan di bawah lambang
agama dalam menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan barat serta agama Kristian.
Ini dapat dilihat pada Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan
Persatuan Belia Buddha di Burma pada tahun 1906. Agama telah dijadikan sebagai alat
perpaduan dan golongan agama pula sebagai pencetus semangat nasionalisme di Asia
Tenggara pada peringkat awal gerakan nasionalisme. Gerakan Islah di Tanah Melayu dan
Indonesia telah memperjuangkan Pan-Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam bagi menentang
penjajah Barat. Agama Kristian juga telah menyatupadukan penduduk peribumi di Filipina untuk
menentang kuasa Sepanyol. Ini adalah disebabkan penganut Kristian tempatan dianggap kelas
kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol.

        Karya-karya kesusasteraan yang terdapat di Asia Tenggara turut memainkan peranan
dalam       membangkitkan      nasionalisme       di   Asia   Tenggara.     Ia     merupakan   media
bagi menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah. Di
Filipina,   karya   yang    ditulis   oleh Jose    Rizal melalui   novelnya Noli   Me   Tangere telah
mencetuskan gerakan nasionalisme di Filipina dan inspirasi terhadap gerakan di nasionalisme
di Asia Tenggara. Di Indonesia pula terdapat karya-karya seperti cerpen Kerikil-kerikil tajam dan
Ke Makam Bonda karya Chiril Anuar juga berpengaruh dalam membangkitkan semangat
nasionalisme. Di Tanah Melayu terdapat karya Putera Gunung Tahan karya Pak Sako.

        Peranan yang dimainkan oleh sistem pendidikan juga tidak dapat disangkal dalam
melahirkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Sikap penjajah yang mengamalkan dasar
pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan telah melahirkan perasaan tidak puas
hati dikalangan rakyat tempatan. Penjajah mengamalkan dasar memberikan keutamaan
kepada sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.Pendidikan
hanya diberikan setakat peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk
Bandar. Ini dapat dilihat di Indonesia, Anak-anak golongan berkedudukan di Jawa (Priyayi )
diberikan pendidikan tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Di
Negara Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan telah mendaji
ancaman kepada sekolah Buddha. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah Vernakular sukar
mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah inggeris. Sikap pilih kasih penjajah ini adalah
bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan.

        Golongan intelektual juga merupakan pencetus kepada gerakan nasionalisme. Mereka
berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat dan terdedah kepada idea Barat dan
Islam. Golongan ini kemudiannya telah bertindak sebagai pemimpin kepada pergerakkan
nasionalisme dengan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap penjajah yang
mengamalkan dasar diskriminasi. Pada peringkat awalnya mereka hanya menuntut taraf hidup
bangsa mereka dibela tetapi akhirnya meminta penjajah membebaskan negara mereka.
Kewujudan Media massa seperti akhbar dan majalah telah meningkatkan lagi kesedaran
semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Idea-idea nasionalisme dan perasaan anti
penjajah dapat disebarkan kepada rakyat jelata walau dimana mereka berada. Peranan akhbar
dan majalah dalam menyebarkan idea-idea nasionalisme telah dilaksanakan hampir kesemua
negara di Asia Tenggara seperti di Vietnam dengan akhbarnya yang berjudul Tribune Indigene
dan Cloche Felee, Tanah Melayu iaitu Al-ikhwan, Saudara, Warta Melaya dan Majlis. Indonesia
ialah Medan Priyayi, Kaum Sunda serta Utusan Hindi manakala di Filipina ialah La Solidaridad.

       Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga telah memainkan
peranan dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Kemunculan alat sebaran
am seperti telegraf dan telefon telah memudahkan hubungan dikalangan nasionalis. Kewujudan
jalanraya dan jalan keretapi telah dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang jauh di
pendalaman. Para pemimpin dapat menyampaikan idea-idea nasionalisme kepada rakyat.


       Satu lagi faktor yang membantu dalam perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara
ialah pengaruh luar. Kemenangan Jepun dalam Perang Russia-Jepun ( 1905 ) dan Perang
China 1895 telah memberi ilham kepada pemimpin nasionalis di Asia Tenggara tentang
keupayaan sebuah Negara kecil mengalahkan Negara besar.               Perjuangan tokoh luar
seperti Mahatma Gandhi di India menentang British telah memberikan inspirasi kepada
nasionalis di Negara-negara Asia Tenggara. Mahatma Gandhi adalah seorang Nasionalis yang
bersikap sederhana dalam memperjuangkan hak rakyat dan kemerdekaan. Beliau enggan
berkerjasama dengan penjajah dan mengadakan mogok lapar.




2) Faktor Pendudukan Jepun



       Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah
Melayu pada 8 Disember 1941. Desakan ekonomi Jepun merupakan faktor utama Jepun
menduduki Tanah Melayu kerana tindakan Amarika Syaraikat yang mengenakan sekatan
ekonomi terhadap     negara Jepun diatas kengganan Jepun berundur dari negara China.
Seterusnya, penduduk Jepun pada masa itu semakin bertambah dan keluasan tanah tidak
mampu menampung penduduk Jepun yang semakin padat. Oleh yang demikian Jepun cuba
beralih ke sektor perindustrian tetepi tidak mempunyai bahan mentah yang mencukupi. Untuk
memasarkan hasil perindustrian, Jepun memerlukan kawasan pasaran baru, maka untuk
menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jepun, golongan tentera berpendapat bahawa
penaklukan adalah jalan yang terbaik. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga untuk
meluaskan kuasa terhadap orang Asia dengan cara menyebarkan slogan yang mempu menarik
kepercayaan orang Melayu iaitu “Asia untuk Orang Asia”. Jepun bahkan bertujuan untuk
mengiksplotasi ekonomi Tanah Melayu untuk tujuan perindustrian dan peperanagan serta ingin
mengawal kekayaan bahan mentah negara Asia Tenggara daripada jatuh di tanagan penjajah
lain. Tambahan lagi, pertahanan negara Asia Tenggara pada masa itu sangat lemah
disebabkan Britain memfokuskan peperangan dengan Eropah.

      Di Indionesia, pendudukan Jepun adalah untuk menghapuskan pengaruh Barat dalam
kalangan penduduk serta untuk menyebarkan fahaman fasis negara Jepun di Indonesia.
Bahkan meraka turut menggunakan cogan kata seperti “Pemimpin Asia” untuk mencairkan hari
penduduk Indonesia agar menerima pendudukan Jepun di Indonesia. Jepun juga member
kebebasan berpolitik kepada semua penduduk Indonesia untuk meraih sokongan rakyat
Indonesia, bahkan untuk mengiksploitasi suber kekayaan ekonomi di Indonesia untuk
memperluaskan lagi pasaran perindustrian negara Jepun. Tambahan lagi,sebagai strategi
menyerang Austrian melalui kepulauan Indonesia.

      Seterusnya di Myanmar, disebabkan sikap British yang tidak menyusun pentadbiran
Myanmar dengan tersusun menjadi salah satu cara Jepun mengalihkan kepercayaan penduduk
Myanmar agar mempercayaai keupayaan Jepun mampu membantu Myanmar dalam
menyusun sistem pentadbiran di Myanmar dengan lebih sistematik. Bahkan, sikap Gabenor
British di Myanmar yang masih enggan mengistiharkan darurat mendesak pendudukan Jepun di
Myanmar serta permintaan bantuan golongan Tahkin terhadap Jepun agar mengalahkan British
yang tetap berkeras untuk mentadbir Burma. Setelah kemasukan Jepun di Myanmar, Perdana
Menteri Burma iaitu Dr Ba Maw sanggup memberi taat setia kepada Jepun disebabkan beliau
menganggap bahawa perjuangan Jepun bersifat anti-Barat. Disamping itu, penduduk Burma
turut beranggapan bahawa imperialisme Jepun di Myanmar bersifat sementara dan sekadar
untuk memerdekaakan Myanmar dari penjajahan British.

      Pendudukan Jepun di Vietnam pula adalah agar Perancis menurut kehendak Jepun
untuk menguasai ekonomi Vietnam, di samping memenuhi keperluan ketenteraan negara
Jepun. Manakala di Kemboja, Jepun ingin membantu Kemboja menentang Prancis yang
bersikap pro-Jepun di negara itu malah ingin memenuhi keinginan Son Ngoc yang ingin
menyusun semula Kampuchea sesuai dengan matlamat order baru Jepun di Asia. Laos yang
bertindak menjalinkan kerjasama Jepun dalam usaha mendapat perlindungan daripada
Kemboja kerana Laos bimbang akan tarap pegawai Vietnam akan semakin penting selepas
pegawai Prancis ditangkap oleh Jepun. Ini secara tidak langsung menjadi faktor pendudukan
Jepun di Laos.

       Keseluruhannya, hampir semua negara di Asia Tenggara pernah dijajah oleh Jepun
dengan cara yang sama iaitu mereka menganggap kedatangan Jepun di negara-negara Asia
adalah sebagai penyelamat negara mereka.




3) Reaksi Penduduk terhadap penjajahan Jepun.

       Penjajahan Jepun di Tanah Melayu berlaku serentak dan sejajar dengan zaman Perang
Dunia Kedua, iaitu antara tahun 1939-1945. Perang yang bermula di Eropah pada tahun 1939
itu merebak ke Asia apabila Jepun menyerang beberapa buah negara seperti Korea, China,
Laos , dan seterusnya ke Tanah Melayu dan Singapura serta Sabah dan Sarawak pada tahun
1941. Pada 8 Disember 1941,Jepun telah menyerang Tanah Melayu . malah berjaya
menguasai tanah Melayu pada 15 Februari 1942, iaitu dalam tempoh masa yang sesingkat 55
hari sahaja.

       Rentetan itu, terdapat rencaman reaksi penduduk tempatan terhadap kehadiran tentera
jepun di Tanah Melayu. Ada yang menentang, dan ada pula yang menyokong kehadiran
mereka ini. Namun walau apa pun pendirian mereka, nescaya ada sebab dan alasan-alasan
nya tersendiri. Selain itu ,sebahagian besar orang Melayu tidak menentang sama sekali pada
awalnya, malah ada yang mengalu-alukan kehadiran jepun.

        Mereka berpendirian begini pada awalnya tidak lain tidak bukan hanyalah kerana
terpengaruh dengan slogan-slogan yang disebar Jepun seperti, “asia untuk orang asia” dan
“lingkungan kesemakmuran bersama asia timur raya”. Selain itu, Kesatuan Melayu Muda
(KMM) telah mengadakan hubungan sulit dengan pihak jepun.Kmm adalah di bawah pimpinan
Ibrahim Bin Yaakob merupakan pertubuhan radikal anti British. Seterusnya, KMM telah
mengerakkan inisiatif untuk menyebarkan propaganda pro jepun. Selain itu jepun telah
bertindak memberi bantuan kewangan sebanyak $40000 kepada KMM untuk membeli akhbar
Warta Malaya dan sebagai balasan pertolongan KMM itu tadi, tentera Jepun menjanjikan
kemerdekaan Tanah Melayu.

        Namun setelah menduduki Tanah Melayu ,tentera jepun mewujudkan satu
pemerintahan baharu, Dasar-dasar pemerintahan yang diperkenalkan jepun juga rata-rata
menyusahkan rakyat. Dengan itu, barulah orang Melayu sedar bahawa slogan-slogan yang
mereka percaya dan sanjung pada awal nya itu hanyalah muslihat pihak jepun semata-mata.
Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti apa yang dijanjikan. Janji-janji manis itu
hanyalah sekadar janji sahaja. Malangnya, status tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan.
Selain itu, yang membangkitkan kebencian masyarakat juga adalah kerana Jepun tidak
mengiktiraf kedudukan Raja-Raja Melayu. Jadi di sebab kan itu lah, sokongan orang Melayu
tidak bertahan lama dan semakin berkurangan dari masa ke masa. Yang teruknya lagi, selepas
jepun berjaya menipu penduduk , KMM jua telah dibubarkan oleh Jepun. Tidak boleh disangkal
juga ,sikap orang Melayu berubah menjadi membenci jepun apabila jepun bersikap zalim
terhadap mereka seperti merampas harta benda, memaksa mereka menjadi buruh paksa bagi
membina Jalan Kereta Api Maut di sempada Thailand dan Burma serta tindakan perisikan
tentera jepun yang kejam.

        Manakala reaksi orang cina pula jelas dipengaruhi oleh Perang China-epun pada tahun
1937.Kebanyakan orang Cina terlibat dengan gerakan anti-Jepun. Selain itu, mereka telah
memulaukan barangan jepun dan menjalankan pungutan derma untuk membantu negara China
yang diserang Jepun. Tanpa boleh disangkal lagi,dasar jepun yang keras terhadap kaum China
di Tanah Melayu telah membantu perjuangan kerajaan nasionalis china untuk menentang jepun
sejak tahun 1937 apabila jepun mula memasuki Tanah Besar Asia bermula di China, sebelum
ke Asia Tenggara.Orang china mendapat layanan yang buruk seperti ditindas dan dihantar
untuk bekerja sebagai pembina Jalan Kereta Api Maut. Malah jepun semakin bertindak kejam
apabila mendapati orang Cina menubuhkan MPAJA dengan sokong an kuat Parti Komunis
Malaya yang begitu giat menentang pemerintahan Jepun.

         Terdapat juga dikalangan pemuda cina yang pulang ke negara china untuk melibatkan
diri dalam gerakan menentang jepun..justeru itu, setelah jepun menjajah tanah Melayu,orang
cina telah menjadi mangsa balas dendam tentera jepun . kendatipun begitu, terdapat
segolongan orang cina yang menyokong jepun demi menjaga perniagaan dan keselamatan
nyawa mereka.

       Selain itu, dasar jepun terhadap orang india hampir sama dengan dasar jepun terhadap
orang Melayu.seperti orang Melayu, jepun juga memerlukan sokongan orang india bagi
mengusir Inggeris di India . untuk tujuan itu, jepun menggalakkan orang india menganggotai
Liga Kemerdekaan India yang ditubuhkan di Thailand untuk menentang Inggeris.Jepun juga
telah mempengaruhi orang india yang berkhidmat dalam angkatan tentera British supaya
bekerjasama dengan pihak jepun .

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
abidin1961
 
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Russlan Ssvs
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
ung sii mee
 
Sumbangan malaysia dalam asean
Sumbangan malaysia dalam aseanSumbangan malaysia dalam asean
Sumbangan malaysia dalam asean
HerRmah SYoyozz
 
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Durratun Dian
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Jimmy Mogolid
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
asyikin hashim
 
Ciri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi TradisionalCiri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi Tradisional
guesta13067f
 

La actualidad más candente (20)

Pembangunan insan
Pembangunan insanPembangunan insan
Pembangunan insan
 
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
Campur Tangan British Di Burma (Myanmar)
 
Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme
Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme
Sejarah : Pembentangan Tajuk Nasionalisme
 
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
Contoh Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 Penggal 3 2015 (STPM) ( Frasa N...
 
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015 Kerja Kursus Pengajian Am 2015
Kerja Kursus Pengajian Am 2015
 
Rukun negara
Rukun negaraRukun negara
Rukun negara
 
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
Kerja Kursus Bahasa Melayu Tingkatan 6 2016
 
Laras bahasa sastera
Laras bahasa sasteraLaras bahasa sastera
Laras bahasa sastera
 
Sumbangan malaysia dalam asean
Sumbangan malaysia dalam aseanSumbangan malaysia dalam asean
Sumbangan malaysia dalam asean
 
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
Ciri-ciri ekonomi sara diri dan komersial di Indonesia (sejarah asia tenggara)
 
Penyatuan Negara Bangsa Jerman
Penyatuan Negara Bangsa JermanPenyatuan Negara Bangsa Jerman
Penyatuan Negara Bangsa Jerman
 
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
PENGAJIAN AM - PENGLIBATAN, PERANAN DAN SUMBANGAN (PERINGKAT SERANTAU - ASEAN)
 
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepunBandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
Bandingkan ciri ciri masyarakat feudal di england dengan jepun
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Kesusasteraan Melayu Komunikatif -Mitos Secekak Kertas Tisu Sem1 STPM
Kesusasteraan Melayu Komunikatif -Mitos Secekak Kertas Tisu Sem1 STPMKesusasteraan Melayu Komunikatif -Mitos Secekak Kertas Tisu Sem1 STPM
Kesusasteraan Melayu Komunikatif -Mitos Secekak Kertas Tisu Sem1 STPM
 
Nota hujung
Nota  hujungNota  hujung
Nota hujung
 
Mahatma gandhi
Mahatma gandhiMahatma gandhi
Mahatma gandhi
 
Kerjasama selatan selatan
Kerjasama selatan selatanKerjasama selatan selatan
Kerjasama selatan selatan
 
Ciri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi TradisionalCiri Ekonomi Tradisional
Ciri Ekonomi Tradisional
 
STPM SEM 1 P.PERNIAGAAN BAB 2 (PROSES PENGELUARAN)
STPM SEM 1 P.PERNIAGAAN BAB 2 (PROSES PENGELUARAN)STPM SEM 1 P.PERNIAGAAN BAB 2 (PROSES PENGELUARAN)
STPM SEM 1 P.PERNIAGAAN BAB 2 (PROSES PENGELUARAN)
 

Destacado (10)

Gerakan nasionalisme
Gerakan nasionalismeGerakan nasionalisme
Gerakan nasionalisme
 
Faktor nasionalisme
Faktor nasionalismeFaktor nasionalisme
Faktor nasionalisme
 
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARATREAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
REAKSI MASYARAKAT TEMPATAN TERHADAP PERLUASAN KUASA BARAT
 
Faktor kemunculan nasionalisme
Faktor kemunculan nasionalismeFaktor kemunculan nasionalisme
Faktor kemunculan nasionalisme
 
Bab 1
Bab 1Bab 1
Bab 1
 
Sejarah baharu
Sejarah baharuSejarah baharu
Sejarah baharu
 
Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme Gerakan kesedaran nasionalisme
Gerakan kesedaran nasionalisme
 
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
Presentation Sejarah Bab 16 Tingkatan 6 Penggal 2 (thanushah)
 
sejarah stpm penggal 2
sejarah stpm penggal 2sejarah stpm penggal 2
sejarah stpm penggal 2
 
STPM Nota Sejarah Islam Tingkatan 6 Penggal 2 : Faktor Perkembangan Ekonomi A...
STPM Nota Sejarah Islam Tingkatan 6 Penggal 2 : Faktor Perkembangan Ekonomi A...STPM Nota Sejarah Islam Tingkatan 6 Penggal 2 : Faktor Perkembangan Ekonomi A...
STPM Nota Sejarah Islam Tingkatan 6 Penggal 2 : Faktor Perkembangan Ekonomi A...
 

Similar a Sjh1106

4 nasionalisme
4 nasionalisme4 nasionalisme
4 nasionalisme
Nur Az
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Umizah Khamis
 
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia kedua
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia keduaGerakan nasionalisme semasa gerakan dunia kedua
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia kedua
Mustapa Asyraf
 
Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4
Mak Jemah AF
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
kim rae KI
 

Similar a Sjh1106 (20)

sejarah Bab 8 form 2
sejarah Bab 8 form 2sejarah Bab 8 form 2
sejarah Bab 8 form 2
 
4 nasionalisme
4 nasionalisme4 nasionalisme
4 nasionalisme
 
Nota Sejarah Tingkatan 5
Nota Sejarah Tingkatan 5Nota Sejarah Tingkatan 5
Nota Sejarah Tingkatan 5
 
Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1Sejarah Tingkatan 5:  Bab 1
Sejarah Tingkatan 5: Bab 1
 
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaumFaktor pengukuhan perpaduan kaum
Faktor pengukuhan perpaduan kaum
 
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia kedua
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia keduaGerakan nasionalisme semasa gerakan dunia kedua
Gerakan nasionalisme semasa gerakan dunia kedua
 
Sejarah k3
Sejarah k3Sejarah k3
Sejarah k3
 
Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1Kerja kusus sejarah tgktn 1
Kerja kusus sejarah tgktn 1
 
Zaman pluralistik dan zaman penjajahan
Zaman pluralistik dan zaman penjajahanZaman pluralistik dan zaman penjajahan
Zaman pluralistik dan zaman penjajahan
 
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia
Kepelbagaian agama dan hubungan etnik di malaysia
 
Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4Hubungan etnik soalan 4
Hubungan etnik soalan 4
 
Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)Bab 6(hubungan etnik)
Bab 6(hubungan etnik)
 
Titas
TitasTitas
Titas
 
Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)
Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)
Nota Poket Sejarah T5 KBAT (Cg Hanita & Cg.Rumaizah)
 
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPM
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPMT5 Nota Poket KBAT SEJ SPM
T5 Nota Poket KBAT SEJ SPM
 
T5 b1 soalan
T5 b1 soalanT5 b1 soalan
T5 b1 soalan
 
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan EtnikPandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
Pandangan Prof Dr Ridhuan Tee tentang Hubungan Etnik
 
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 meiTutorial 1 peristiwa 5 mei
Tutorial 1 peristiwa 5 mei
 
4MC Sejarah Nasionalisme Turki Utmaniah dan Indonesia.pdf
4MC Sejarah Nasionalisme Turki Utmaniah dan Indonesia.pdf4MC Sejarah Nasionalisme Turki Utmaniah dan Indonesia.pdf
4MC Sejarah Nasionalisme Turki Utmaniah dan Indonesia.pdf
 
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdfMPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
MPU21032 EMAJALAH KUMPULAN 3.pdf
 

Más de Official : Kementerian Pelajaran Malaysia

Más de Official : Kementerian Pelajaran Malaysia (20)

TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUMTEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
TEORI, MODEL DAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
 
TEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISMETEORI BEHAVIORISME
TEORI BEHAVIORISME
 
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIANFALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIAN
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN & SEKOLAH IMPIAN
 
ANATOMI DAN FISIOLOGI
ANATOMI DAN FISIOLOGI ANATOMI DAN FISIOLOGI
ANATOMI DAN FISIOLOGI
 
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURANKEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
KEBOLEHPERCAYAAN ALAT UKURAN
 
PROGRAM ADHOC/PROSTAR
PROGRAM ADHOC/PROSTARPROGRAM ADHOC/PROSTAR
PROGRAM ADHOC/PROSTAR
 
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAHKAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
KAEDAH PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN SEJARAH
 
Falsafah Pendidikan SJH1108
Falsafah Pendidikan SJH1108Falsafah Pendidikan SJH1108
Falsafah Pendidikan SJH1108
 
Oral presentation
Oral presentationOral presentation
Oral presentation
 
Pembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsaPembinaan negara bangsa
Pembinaan negara bangsa
 
SJH 1106 (AT)
SJH 1106 (AT)SJH 1106 (AT)
SJH 1106 (AT)
 
Interpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonalInterpersonal dan intrapersonal
Interpersonal dan intrapersonal
 
Kssr tahun 2 [Sukatan Pelajaran]
Kssr tahun 2 [Sukatan Pelajaran]Kssr tahun 2 [Sukatan Pelajaran]
Kssr tahun 2 [Sukatan Pelajaran]
 
Kronologi Kedatangan Jepun Di AT
Kronologi Kedatangan Jepun Di ATKronologi Kedatangan Jepun Di AT
Kronologi Kedatangan Jepun Di AT
 
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
Tutorial minggu 11 [PERJANJIAN PANGKOR]
 
Carta garis masa sjh1106
Carta garis masa sjh1106Carta garis masa sjh1106
Carta garis masa sjh1106
 
Mt presentation
Mt presentationMt presentation
Mt presentation
 
Peta minda sjh1103
Peta minda sjh1103Peta minda sjh1103
Peta minda sjh1103
 
''PJK" Lari bergtanti ganti
''PJK" Lari bergtanti ganti''PJK" Lari bergtanti ganti
''PJK" Lari bergtanti ganti
 
Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102
 

Sjh1106

  • 1. ILYA ADIRA BINTI JAININ HAINI SHAFIKAH 1) Faktor Nasionalisme di Asia Tenggara Nasionalsime ialah perjuangan untuk memperoleh kebebasan daripada penjajahan atas wujudnya semangat cinta dan taat setia kepada tanah air. Nasionalisme juga ditakrifkan satu gerakan dan tindak balas rakyat terhadap ketidakadilan pemerintahan dari segi politik ekonomi dan sosial . Faktor-faktor kemunculan nasionalisme adalah antaranya dasar penjajahan barat, pengaruh agama, kemunculan karya sastera, sistem pendidikan, kemunculan golongan intelektual, pengaruh media massa, sisitem pengangkutan dan perhubungan dan pengaruh luar. Dasar-dasar kuasa barat yang telah dilaksanakan oleh kuasa penjajah barat telah menimbulkan perasaan tidak puas hati kalangan rakyat tempatan di Asia Tenggara. Rakyat tempatan tidak diberikan peluang yang sewajarnya di dalam sistem birokrasi Barat. Mereka terus kekal dalam sistem ekonomi tradisional yang serba kemiskinan. Ini dapat dilihat di Indonesia dan Filipina, rakyat kedua Negara tersebut ditindas dengan pengenalan sistem Tanaman paksa dan Sistem polo. Bangsa penjajah juga telah mewujudkan jurang sosial dengan menganggap bahawa mereka berada dalam kelas tersendiri dan hanya bergaul sesama mereka sendiri sahaja. Mereka hanya bergaul dengan rakyat tempatan yang terdiri daripada golongan elit dan golongan bangsawan serta golongan pegawai kerajaan yang berpendidikan barat. Dasar penjajah yang membawa masuk ramai buruh asing telah menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan rakyat tempatan kerana penguasaan ekonomi oleh golongan imigran terbabit. Pengaruh agama juga telah memainkan peranan penting di dalam mencetuskan nasionalisme di Asia Tenggara. Rakyat tempatan telah dapat disatukan di bawah lambang agama dalam menghadapi penindasan dan pengaruh kebudayaan barat serta agama Kristian. Ini dapat dilihat pada Gerakan Islah di Indonesia dan di Tanah Melayu serta penubuhan Persatuan Belia Buddha di Burma pada tahun 1906. Agama telah dijadikan sebagai alat perpaduan dan golongan agama pula sebagai pencetus semangat nasionalisme di Asia
  • 2. Tenggara pada peringkat awal gerakan nasionalisme. Gerakan Islah di Tanah Melayu dan Indonesia telah memperjuangkan Pan-Islamisme iaitu penyatuan dunia Islam bagi menentang penjajah Barat. Agama Kristian juga telah menyatupadukan penduduk peribumi di Filipina untuk menentang kuasa Sepanyol. Ini adalah disebabkan penganut Kristian tempatan dianggap kelas kedua berbanding penganut Kristian berbangsa Sepanyol. Karya-karya kesusasteraan yang terdapat di Asia Tenggara turut memainkan peranan dalam membangkitkan nasionalisme di Asia Tenggara. Ia merupakan media bagi menyampaikan mesej kesengsaraan dan kekecewaan terhadap penindasan penjajah. Di Filipina, karya yang ditulis oleh Jose Rizal melalui novelnya Noli Me Tangere telah mencetuskan gerakan nasionalisme di Filipina dan inspirasi terhadap gerakan di nasionalisme di Asia Tenggara. Di Indonesia pula terdapat karya-karya seperti cerpen Kerikil-kerikil tajam dan Ke Makam Bonda karya Chiril Anuar juga berpengaruh dalam membangkitkan semangat nasionalisme. Di Tanah Melayu terdapat karya Putera Gunung Tahan karya Pak Sako. Peranan yang dimainkan oleh sistem pendidikan juga tidak dapat disangkal dalam melahirkan semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Sikap penjajah yang mengamalkan dasar pilih kasih dalam menyediakan kemudahan pendidikan telah melahirkan perasaan tidak puas hati dikalangan rakyat tempatan. Penjajah mengamalkan dasar memberikan keutamaan kepada sekolah yang menggunakan bahasa penjajah sebagai bahasa pengantar.Pendidikan hanya diberikan setakat peringkat rendah dan terhad kepada golongan elit dan penduduk Bandar. Ini dapat dilihat di Indonesia, Anak-anak golongan berkedudukan di Jawa (Priyayi ) diberikan pendidikan tersendiri dan diasingkan daripada anak orang kebanyakan. Di Negara Burma, pendidikan sekular dan pendidikan mubaligh yang diperkenalkan telah mendaji ancaman kepada sekolah Buddha. Di Tanah Melayu, lepasan sekolah Vernakular sukar mendapat pekerjaan berbanding lepasan sekolah inggeris. Sikap pilih kasih penjajah ini adalah bertujuan untuk memecahkan perpaduan rakyat tempatan. Golongan intelektual juga merupakan pencetus kepada gerakan nasionalisme. Mereka berpeluang melanjutkan pelajaran di Barat dan Asia Barat dan terdedah kepada idea Barat dan Islam. Golongan ini kemudiannya telah bertindak sebagai pemimpin kepada pergerakkan nasionalisme dengan menyuarakan rasa tidak puas hati terhadap sikap penjajah yang mengamalkan dasar diskriminasi. Pada peringkat awalnya mereka hanya menuntut taraf hidup bangsa mereka dibela tetapi akhirnya meminta penjajah membebaskan negara mereka.
  • 3. Kewujudan Media massa seperti akhbar dan majalah telah meningkatkan lagi kesedaran semangat nasionalisme di Asia Tenggara. Idea-idea nasionalisme dan perasaan anti penjajah dapat disebarkan kepada rakyat jelata walau dimana mereka berada. Peranan akhbar dan majalah dalam menyebarkan idea-idea nasionalisme telah dilaksanakan hampir kesemua negara di Asia Tenggara seperti di Vietnam dengan akhbarnya yang berjudul Tribune Indigene dan Cloche Felee, Tanah Melayu iaitu Al-ikhwan, Saudara, Warta Melaya dan Majlis. Indonesia ialah Medan Priyayi, Kaum Sunda serta Utusan Hindi manakala di Filipina ialah La Solidaridad. Perkembangan dalam sistem pengangkutan dan perhubungan juga telah memainkan peranan dalam kemunculan gerakan nasionalisme di Asia Tenggara. Kemunculan alat sebaran am seperti telegraf dan telefon telah memudahkan hubungan dikalangan nasionalis. Kewujudan jalanraya dan jalan keretapi telah dapat menghubungkan kawasan-kawasan yang jauh di pendalaman. Para pemimpin dapat menyampaikan idea-idea nasionalisme kepada rakyat. Satu lagi faktor yang membantu dalam perkembangan nasionalisme di Asia Tenggara ialah pengaruh luar. Kemenangan Jepun dalam Perang Russia-Jepun ( 1905 ) dan Perang China 1895 telah memberi ilham kepada pemimpin nasionalis di Asia Tenggara tentang keupayaan sebuah Negara kecil mengalahkan Negara besar. Perjuangan tokoh luar seperti Mahatma Gandhi di India menentang British telah memberikan inspirasi kepada nasionalis di Negara-negara Asia Tenggara. Mahatma Gandhi adalah seorang Nasionalis yang bersikap sederhana dalam memperjuangkan hak rakyat dan kemerdekaan. Beliau enggan berkerjasama dengan penjajah dan mengadakan mogok lapar. 2) Faktor Pendudukan Jepun Penjajahan Jepun di Tanah Melayu bermula apabila Tentera ke-25 menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941. Desakan ekonomi Jepun merupakan faktor utama Jepun menduduki Tanah Melayu kerana tindakan Amarika Syaraikat yang mengenakan sekatan ekonomi terhadap negara Jepun diatas kengganan Jepun berundur dari negara China. Seterusnya, penduduk Jepun pada masa itu semakin bertambah dan keluasan tanah tidak mampu menampung penduduk Jepun yang semakin padat. Oleh yang demikian Jepun cuba beralih ke sektor perindustrian tetepi tidak mempunyai bahan mentah yang mencukupi. Untuk memasarkan hasil perindustrian, Jepun memerlukan kawasan pasaran baru, maka untuk
  • 4. menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh Jepun, golongan tentera berpendapat bahawa penaklukan adalah jalan yang terbaik. Pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga untuk meluaskan kuasa terhadap orang Asia dengan cara menyebarkan slogan yang mempu menarik kepercayaan orang Melayu iaitu “Asia untuk Orang Asia”. Jepun bahkan bertujuan untuk mengiksplotasi ekonomi Tanah Melayu untuk tujuan perindustrian dan peperanagan serta ingin mengawal kekayaan bahan mentah negara Asia Tenggara daripada jatuh di tanagan penjajah lain. Tambahan lagi, pertahanan negara Asia Tenggara pada masa itu sangat lemah disebabkan Britain memfokuskan peperangan dengan Eropah. Di Indionesia, pendudukan Jepun adalah untuk menghapuskan pengaruh Barat dalam kalangan penduduk serta untuk menyebarkan fahaman fasis negara Jepun di Indonesia. Bahkan meraka turut menggunakan cogan kata seperti “Pemimpin Asia” untuk mencairkan hari penduduk Indonesia agar menerima pendudukan Jepun di Indonesia. Jepun juga member kebebasan berpolitik kepada semua penduduk Indonesia untuk meraih sokongan rakyat Indonesia, bahkan untuk mengiksploitasi suber kekayaan ekonomi di Indonesia untuk memperluaskan lagi pasaran perindustrian negara Jepun. Tambahan lagi,sebagai strategi menyerang Austrian melalui kepulauan Indonesia. Seterusnya di Myanmar, disebabkan sikap British yang tidak menyusun pentadbiran Myanmar dengan tersusun menjadi salah satu cara Jepun mengalihkan kepercayaan penduduk Myanmar agar mempercayaai keupayaan Jepun mampu membantu Myanmar dalam menyusun sistem pentadbiran di Myanmar dengan lebih sistematik. Bahkan, sikap Gabenor British di Myanmar yang masih enggan mengistiharkan darurat mendesak pendudukan Jepun di Myanmar serta permintaan bantuan golongan Tahkin terhadap Jepun agar mengalahkan British yang tetap berkeras untuk mentadbir Burma. Setelah kemasukan Jepun di Myanmar, Perdana Menteri Burma iaitu Dr Ba Maw sanggup memberi taat setia kepada Jepun disebabkan beliau menganggap bahawa perjuangan Jepun bersifat anti-Barat. Disamping itu, penduduk Burma turut beranggapan bahawa imperialisme Jepun di Myanmar bersifat sementara dan sekadar untuk memerdekaakan Myanmar dari penjajahan British. Pendudukan Jepun di Vietnam pula adalah agar Perancis menurut kehendak Jepun untuk menguasai ekonomi Vietnam, di samping memenuhi keperluan ketenteraan negara Jepun. Manakala di Kemboja, Jepun ingin membantu Kemboja menentang Prancis yang bersikap pro-Jepun di negara itu malah ingin memenuhi keinginan Son Ngoc yang ingin menyusun semula Kampuchea sesuai dengan matlamat order baru Jepun di Asia. Laos yang
  • 5. bertindak menjalinkan kerjasama Jepun dalam usaha mendapat perlindungan daripada Kemboja kerana Laos bimbang akan tarap pegawai Vietnam akan semakin penting selepas pegawai Prancis ditangkap oleh Jepun. Ini secara tidak langsung menjadi faktor pendudukan Jepun di Laos. Keseluruhannya, hampir semua negara di Asia Tenggara pernah dijajah oleh Jepun dengan cara yang sama iaitu mereka menganggap kedatangan Jepun di negara-negara Asia adalah sebagai penyelamat negara mereka. 3) Reaksi Penduduk terhadap penjajahan Jepun. Penjajahan Jepun di Tanah Melayu berlaku serentak dan sejajar dengan zaman Perang Dunia Kedua, iaitu antara tahun 1939-1945. Perang yang bermula di Eropah pada tahun 1939 itu merebak ke Asia apabila Jepun menyerang beberapa buah negara seperti Korea, China, Laos , dan seterusnya ke Tanah Melayu dan Singapura serta Sabah dan Sarawak pada tahun 1941. Pada 8 Disember 1941,Jepun telah menyerang Tanah Melayu . malah berjaya menguasai tanah Melayu pada 15 Februari 1942, iaitu dalam tempoh masa yang sesingkat 55 hari sahaja. Rentetan itu, terdapat rencaman reaksi penduduk tempatan terhadap kehadiran tentera jepun di Tanah Melayu. Ada yang menentang, dan ada pula yang menyokong kehadiran mereka ini. Namun walau apa pun pendirian mereka, nescaya ada sebab dan alasan-alasan nya tersendiri. Selain itu ,sebahagian besar orang Melayu tidak menentang sama sekali pada awalnya, malah ada yang mengalu-alukan kehadiran jepun. Mereka berpendirian begini pada awalnya tidak lain tidak bukan hanyalah kerana terpengaruh dengan slogan-slogan yang disebar Jepun seperti, “asia untuk orang asia” dan “lingkungan kesemakmuran bersama asia timur raya”. Selain itu, Kesatuan Melayu Muda (KMM) telah mengadakan hubungan sulit dengan pihak jepun.Kmm adalah di bawah pimpinan Ibrahim Bin Yaakob merupakan pertubuhan radikal anti British. Seterusnya, KMM telah mengerakkan inisiatif untuk menyebarkan propaganda pro jepun. Selain itu jepun telah bertindak memberi bantuan kewangan sebanyak $40000 kepada KMM untuk membeli akhbar Warta Malaya dan sebagai balasan pertolongan KMM itu tadi, tentera Jepun menjanjikan kemerdekaan Tanah Melayu. Namun setelah menduduki Tanah Melayu ,tentera jepun mewujudkan satu pemerintahan baharu, Dasar-dasar pemerintahan yang diperkenalkan jepun juga rata-rata menyusahkan rakyat. Dengan itu, barulah orang Melayu sedar bahawa slogan-slogan yang mereka percaya dan sanjung pada awal nya itu hanyalah muslihat pihak jepun semata-mata. Tanah Melayu tidak diberi kemerdekaan seperti apa yang dijanjikan. Janji-janji manis itu hanyalah sekadar janji sahaja. Malangnya, status tanah Melayu berubah menjadi tanah jajahan. Selain itu, yang membangkitkan kebencian masyarakat juga adalah kerana Jepun tidak
  • 6. mengiktiraf kedudukan Raja-Raja Melayu. Jadi di sebab kan itu lah, sokongan orang Melayu tidak bertahan lama dan semakin berkurangan dari masa ke masa. Yang teruknya lagi, selepas jepun berjaya menipu penduduk , KMM jua telah dibubarkan oleh Jepun. Tidak boleh disangkal juga ,sikap orang Melayu berubah menjadi membenci jepun apabila jepun bersikap zalim terhadap mereka seperti merampas harta benda, memaksa mereka menjadi buruh paksa bagi membina Jalan Kereta Api Maut di sempada Thailand dan Burma serta tindakan perisikan tentera jepun yang kejam. Manakala reaksi orang cina pula jelas dipengaruhi oleh Perang China-epun pada tahun 1937.Kebanyakan orang Cina terlibat dengan gerakan anti-Jepun. Selain itu, mereka telah memulaukan barangan jepun dan menjalankan pungutan derma untuk membantu negara China yang diserang Jepun. Tanpa boleh disangkal lagi,dasar jepun yang keras terhadap kaum China di Tanah Melayu telah membantu perjuangan kerajaan nasionalis china untuk menentang jepun sejak tahun 1937 apabila jepun mula memasuki Tanah Besar Asia bermula di China, sebelum ke Asia Tenggara.Orang china mendapat layanan yang buruk seperti ditindas dan dihantar untuk bekerja sebagai pembina Jalan Kereta Api Maut. Malah jepun semakin bertindak kejam apabila mendapati orang Cina menubuhkan MPAJA dengan sokong an kuat Parti Komunis Malaya yang begitu giat menentang pemerintahan Jepun. Terdapat juga dikalangan pemuda cina yang pulang ke negara china untuk melibatkan diri dalam gerakan menentang jepun..justeru itu, setelah jepun menjajah tanah Melayu,orang cina telah menjadi mangsa balas dendam tentera jepun . kendatipun begitu, terdapat segolongan orang cina yang menyokong jepun demi menjaga perniagaan dan keselamatan nyawa mereka. Selain itu, dasar jepun terhadap orang india hampir sama dengan dasar jepun terhadap orang Melayu.seperti orang Melayu, jepun juga memerlukan sokongan orang india bagi mengusir Inggeris di India . untuk tujuan itu, jepun menggalakkan orang india menganggotai Liga Kemerdekaan India yang ditubuhkan di Thailand untuk menentang Inggeris.Jepun juga telah mempengaruhi orang india yang berkhidmat dalam angkatan tentera British supaya bekerjasama dengan pihak jepun .