SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 39
Descargar para leer sin conexión
PEMARKAHAN

                                                            1.    REFLEKSI

                                                            2.    ESEI:

                                                                  (a)

                                                                  (b)

                                                            3.    FORUM

                                                                  JUMLAH




                      SEMESTER 1 SESI 2010/2011

      KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA:

                           FALSAFAH DAN DASAR


                            PORTFOLIO
          PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR




                            KUMPULAN EL - A11

                               DISEDIAKAN OLEH

               NAMA                           NO. ID         NO. TELEFON

   NEELAWATHY A/P RAGHAVAN               D20102041854            0174773448




NAMA TUTOR E-LEARNING : PROFESOR MADYA DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR

TARIKH SERAH           :    4 DISEMBER 2011
ISI KANDUNGAN

                                                                        Halaman
1.0   REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN:
      1.1    Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah
             pembangunan insan dan negara
      1.2    Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK):
             Huraian dan penghayatan
      1.3    Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan
             amalan profesion keguruan
      1.4    Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia
      1.5    Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia
      1.6    Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan
             Falsafah Pendidikan kebangsaan
      1.7    Reka bentuk kurikulum di Malaysia
      1.8    Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan
      1.9    Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia
      1.10   Akta Pendidikan 1996


2.0   ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN
      2.1    Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi
             kandungan unit tersebut memberi impak terhadap
             perkembangan profesionalisme keguruan.
      2.2    Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan
             dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran.


3.0   FORUM E-LEARNING
      3.1    Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan
             tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung
             di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai?
      3.2    Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah-
             sekolah? Berikan hujah anda.
      3.3    Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan
             bertaraf dunia. Bincangkan.
      3.4    Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan.
      3.5    Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin
             perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.
Unit 1
UNIT                                  TAJUK
  1.1         PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN
                                INSAN DAN NEGARA.


      1. Ringkasan Isi Kandungan Unit


Unit ini telah menghuraikan perkembangan pendidikan pada peringkat awal sehinggalah era
milenium. Pada permulaanya, pendidikan adalah bebentuk keagamaan. Kedatangan Inggeris
telah mengubah corak pendidikan yang akhirnya menjadi asas kepada kepelbagaian dalam
sistem pendidikan. Perkembangan politik dan ekonomi tanah air telah menjadi faktor-faktor
utama dalam perubahan sistem pendidikan. Pendidikan terus berkembang semasa penjajahan
Inggeris dengan memperkenalkan sekolah vernakular. Selepas kemerdekaan, pendidikan
negara berasaskan kepada Penyata Razak 1956. Termaktubnya Falsafah Pendidikan Negara
pada tahun 1987 memberi implikasi kepada pendidikan pada setiap peringkat. Pendidikan di
negara ini, melahirkan modal insan iaitu pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi
mempertingkatkan produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya. Perubahan
pendidikan hari ini lebih mengutamakan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dalam Sains
dan Teknologi supaya setaraf dengan negara lain. Secara umumnya, senario pendidikan di
negara ini daripada sebelum penjajahan Inggeris hinggalah ke era milenium kesemuanya
adalah tidak terpisah daripada mengambil kira hal-hal berkaitan perpaduan dan kemajuan ke
arah pembangunan dan kemakmuran negara.




      2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya.

Bil.             Konsep                                   Penjelasan
 1.     Sekolah vernakular          sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam
                                    pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di
                                    sekolah.
 2.     Dasar Pecah dan Perintah.   Jurang perbezaan ekonomi dan sosial di kalangan kaum.
        ( devide and rule)
 3.     Dimensi instrinsik          adalah alat semantik yang merupakan elemen untuk
                                    menjadi rujukan pada elemen yang lain.

 4.     Membina Minda Kelas         satu proses untuk membangun dan memajukan daya
        Pertama                     pemikiran seseorang manusia bagi mencapai peringkat
                                    terulung.

 5.     Pendidikan Tradisional      lebih betumpu perhatiannya terhadap ilmu-ilmu
                                    keagamaan semata dengan mengabaikan ilmu-ilmu
                                    moden.
3. Pandangan / komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
      profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang perkembangan
pendidikan yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi
manfaat kepada saya untuk mengembangkan potensi diri dan meningkatkan kualiti pendidikan
dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau
madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat yang moden kerana tiada
penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Ini menyebabkan kita kehilangan
atau tidak dapat mengetahui pakar-pakar teknologi pada masa itu. Tetapi perubahan
pendidikan hari ini lebih mengutamakan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dalam Sains
dan Teknologi supaya setaraf dengan negara lain. Jadi sebagai seorang guru, haruslah
bertanggungjawab untuk mewujudkan insan yang berpengetahuan sains dan teknologi.
UNIT                                       TAJUK
  1.2                 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK) : HURAIAN DAN
                                        PENGHAYATAN.


      1. Ringkasan Isi Kandungan Unit


Unit ini menerangkan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah pendidikan di
Malaysia adalah suatu falsafah yang mempunyai ciri tersendiri. Bagaimanapun mengandungi
sebahagian unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat,Timur dan Pendidikan Islam.
Secara keseluruhan, FPK adalah mirip kepada rekonstruktivisme, dimana ia menekankan
matlamat pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat
keharmonian dan kemakmuran, ini adalah disebabkan ia berasaskan kepada falsafak
progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri progresivisme
dan pragmatisme.Falsafah pendidikan Islam menekankan perkembangan individu dari segi
intelek, rohani, emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, ini dapat
dihayati dalam FPK yang mencerminkan ciri-ciri pembelajaran afektifutk perkembangan
individu. FPK juga menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendakki mematuhi kewibawaan
autoriti guru. Falsafah Pendidikan di Malaysia juga dikatakan mengandungi unsur
eessensialisme yang bercorak tradisional.Pada keseluruhannya FPK adalah berasaskan
Falsafah Pendidikan Barat dan Falsafah Pendidikan Islam. Walaubagaimanapun Falsafah
Pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme(Eklektik) iaitu
falsafah yang dicipta tersendiri daripada pelbagai falsafah yang sedia ada.




      2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya.

bil.                Konsep                                  Penjelasan
1.      Falsafah                    Bermaksud mencintai kebijaksaan atau kehikmahan.
2.      Metafizik                   Cabang falsafah yang membincangkan perkara-perkara
                                    yang berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan.
 3.     Epistemologi                Merupakan cabang falsafah yang membincangkan tentang
                                    teori ilmu pengetahuan.
 4.     Ilmu autoritatif            Adalah ilmu yang berdasarkan kepada kuasa atau autoriti
                                    yang dipunyai oleh sesorang.
 5.     Potensi individu            Merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada
                                    pada seseorang individu.
3. Pandangan / komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
      profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya untuk merealisasikan hasrat
FPK yang perlu ada pada seorang guru. Peranan guru begitu besar dalam melaksanakan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi
murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
emosi dan jasmani. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator,
pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan
pembaharuan. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk
memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan
berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun
bangsa dan negara di masa hadapan. Peranan guru amat penting dalam menyahut cabaran
yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan,
berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan
diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
UNIT      TAJUK
1.3       FALSAFAH PENDIDIKAN GURU(FPG) : PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM
          PROFESION KEGURUAN
     1. Ringkasan Isi Kandungan Unit


Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan profesion
keguruan. Dalam bahagian pertama memberi fokus kepada perbandingan konsep keguruan
dan perguruan yang sering disalah tafsirkan penggunaannya. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan (FPK) menentukan bentuk. Proses dan matlamat pendidikan manakala
Falsafah Pendidikan Guru (FPG) merupakan halatuju dalam pembinaan watak guru dari
segi pemikiran dan amalan. Watak guru berdasarkan kepada unsur sahsiah, ilmu atau
pemikiran , tanggungjawab, nilai dan amalan. Pendidikan guru pula suatu proses
membentuk watak guru yang bermula dengan pemikiran guru diikuti dengan perbuatan
selayaknya sebagai seorang guru.Pembinaan guru yang berkualiti pula didasarkn kepada
FPG yang mengandungi maksud yang tersurat dan tersirat berkaitan dengan pengetahuan,
kemahiran dan nilai yang perlu ada pada seorang guru. Seterusnya, Standard Guru
Malaysia (SGM) berteraskan FPG. SGM dibentuk untuk memartabatkan profesion keguruan
pada tahap antarabangsa dengan memberi penekanan kepada standard keguruan dan
keperluan untuk mencapai standard tersebut.

     2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya.
      Konsep                Penjelasan
1.    Falsafah              pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas
                            yang dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan
                            cara saintifik, sistematik dan logical untuk mencari dan
                            membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman
                            untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan.
2.    Standard Guru         Suatu piawaian yang ditetapkan untuk mengenalpasti tahap
      Malaysia              kompetensi profesional guru-guru di Malaysia.
3.    Kompeten              Layak kerana mempunyai kecekapan untuk melaksanakan
                            tugas & tanggungjawab yang diamanahkan.
4.    Falsafah Pendidikan   Suatu pemikiran atau pandangan yang jauh bagi memantapkan
      Guru                  profesion perguruan.
5.    Profesion             Sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang
                            mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup
                            bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan
                            bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi
                            kod etika yang ditentukan oleh organisasinya.

Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme
keguruan anda.
Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang ciri-ciri kualiti dan
kompetensi yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yang
memberi manfaat kepada saya untuk memahami serta meningkatkan tahap profesion saya.
SGM memberi pendedahan tentang standard keguruan yang perlu dimiliki dan keperluan
untuk mencapai standard tersebut. SGM juga menjadi panduan kepada semua guru bagi
melahirkan modal insan yang berguna kepada negara. Unit ini juga menerapkan etika
professional guru serta ilmu dan kemahiran yang perlu dimiliki oleh guru dalam
penyampaian pengajarannya kepada murid.
UNIT      TAJUK
1.4       DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA

     1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Bab ini membincangkan dasar-dasar pendidikan dan cara perlaksanaan pendidikan yang
diamalkan di Malaysia. Perkembangan pendididkan di Malaysia berlaku mengikut apa yang
telah dirancangkan terlebih dahulu berdasarkan dasar-dasar yang ditentukan oleh kerajaan.
Dasar digubal bagi menjadikan perjalanan kehidupan rakyat atau warganegara Malaysia
diatur dengan baik. Selain itu ,dasar juga bermatlamatkan keharmonian , keadilan,
penambahbaikan dan pemantapan kehidupan rakyat. Dasar-dasar digubal kepada empat
tujuan utama iaitukawalan , solusi atau penyelesaian masalah , kebajikan atau
perkhidmatan dan inovasi dalam bidang pendidikan. Proses pembuatan dan perlaksanaan
sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan bersistematik demi mencapai
matlamatnya. Pelaksanaan d asar juga melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang
pakar dan bilangan yang ramai. Penggubalan dasar pada asasnya dilakukan pada peringkat
kabinet. Kemudian diikuti dan diterjemahkan pada peringkat kementerian pelajaran, Jabatan
Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah. Guru-guru di sekolah
pula pelaksana dasar yang diarahkan. Guru perlu akur dengan dasar yang telah dibuat dan
melaksanakannya dengan sebaik-baiknya.

     2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya

     Konsep                Penjelasan
1.   Dasar                 Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi kerajaan ) dibuat dari
                           semasa ke semasa untuk menyelesaikan atau mendapatkan
                           hasil atau mencapai objektif.

2.   Sistem                Adalah suatu jaringan kerja dari prosedur-prosedur yang saling
                           berhubungan, berkumpul bersama-sama untuk melakukan
                           sesuatu kegiatan atau untuk menyelesaikan suatu sasaran
                           tertentu.
3.   Glokal                Glokal adalah penyatuan minda dan penyatuan tindakan yang
                           memberikan kekuatan secara tempatan (lokal) dan juga di
                           peringkat antarabangsa dalam menangani masalah Orang di
                           dunia dan akhirat.
4.   Dualisme              Teori yang berasaskan dua dasar yang berlainan‟ atau „perihal
                           yang mendua, sesuatu yang berasaskan dua hal yang
                           bertentangan.‟
5.   Inovasi               Amalan atau bahan yang boleh membawa pembaharuan
                           seseorang individu atau sistem social.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
      profesionalisme keguruan anda.

Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang dasar-dasar dan
sistem perlaksanaan pendidikan di Malaysia.Sebagai seorang guru saya dapat lebih
mengenal tentang empat jenis tujuan dalam pengubalan dasar pendidikan di Malaysia.
Maklumat-maklumat ini sudah pasti akan membantu saya menambahkan sedikit sebanyak
ilmu tentang dasar-dasar yang diamalkan di negara kita. Saya dapat memahaminya serta
dapat melaksanakan dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan kita di peringkat sekolah.
UNIT                                      TAJUK
  1.5                     Rancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia


      1. Ringkasan Isi Kandungan Unit

Unit ini menjelaskan mengenai rancangan pembangunan pendidikan yang menerusi
Rancangan Malaysia. Ia diterangkan secara terperinci melalui lima fasa. Iaitu Zamam
Pramerdekaan, Zaman Pasca Merdeka, Zaman Dasar Ekonomi Baru, Zaman Dasar
Pembangunan Negara dan diikuti dengan Zaman Dasar Wawasan Negara. Selain daripada itu,
perubahan – perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan juga dinyatakan dengan jelas
dari tahun 1991 hingga sekarang. Penerangan yang mendalam mengenai setiap enam teras
strategik yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga terdapat
dalam unit ini.




      2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya.

Bil.            Konsep                                    Penjelasan
 1.     Pelan Induk             Merupakan piawaian dan penanda aras yang dijadikan contoh
                                untuk mencapai status negara maju.
 2.     Dasar                   Suatu pengistiharaan hasrat atau ideologi kerajaan untuk
                                mencapai sesuatu objektif.
 3.     Model Insan             Diertikan sebagai sumber manusia yang dipunyai oleh negara
                                bagi keperluan pengisian peluang-peluang ke arah
                                pembangunan negara.
 4.     Teras                   Sesuatu yang terpenting.
 5.     Laporan                 Informasi yang terpenting disusun dan disajikan perusahaan
                                dalam bentuk dokumentasi.


      3. Pandangan / komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
         profesionalisme keguruan anda.

Maklumat yang terdapat dalam unit ini dapat meluaskan pengetahuan sedia ada saya dalam
konteks pelaksanaan PIPP yang memainkan peranan yang amat penting sekali untuk
memperkukuhkan dan menjayakan sistem Pendidikan Negara kita ini. Insan yang digelar
sebagai pendidik, kita bukan sahaja mencanangkan apa yang terkandung dalam Teras PIPP .
Malah kita perlulah memperhalusi secara mendalam keenam – enam teras PIPP ini supaya
dapat merealisasikan aspirasi dan impian sistem Pendidikan di Negara kita. Tanggungjawab
membangunkan modal insan yang bakal memacu transformasi Negara ke arah ekonomi
berasaskan celik ilmu, serta pembangunan model insan yang menyeluruh aruslah diutamakan.
UNIT                                     TAJUK
  1.6       Kurikulum Sebagai Wahana Menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan
                                           (FPK)

        1. Ringkasan Isi Kandungan Unit


Unit ini menerangkan tentang Dasar Kurikulum. Kurikulum dijadikan sebagai satu bidang kajian
ilmu. KPM memainkan peranan yang amat penting sekali dalam pembangunan dan
perkembangan kurikulum kebangsaan. Elemen yang penting dalam kurikulum adalah seperti
kandungan, rancangan, kaedah dan penilaian. Kurikulum dibahagikan kepada kurikulum formal
iaitu kurikulum yang terancang dan terkandung dalam sistem Pendidikan Di Malaysia. Manakala
kurikulum tidak formal adalah kurikulum yang tidak dikawal dan terancang seperti Ko-kurikulum
dan kurikulum tersembunyi. Peranan FPK dan perubahan yang terkini dalam dasar kurikulum
juga dinyatakan dengan terperinci dan jelas dalam unit ini. KSSR merupakan kurikulum yang
terkini bagi menggantikan KBSR yang menekannkan 4 elemen yang utama iaitu menulis,
membaca, mengira dan menaakul.


        2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya.

bil.          Konsep                                   Penjelasan
1.     Kurikulum Formal      Merangkumi akademik yang dijalankan melalui kurikulum
                             pengajaran dan kurikulum operasi.
 2.    Ko-kurikulum          Semua aktiviti tambahan yang dijalankan selepas waktu
                             pengajaran sekolah.
 3.    Menaakul              kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang pelajar itu
                             membuat keputusan berdasarkan akal dan logik.
 4.    Kurikulum Tidak       Segala ilmu yang diterima daripada pengalaman yang dipelajari
       Formal                secara tidak langsung.
 5.    Falsafah Pendidikan   Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti
       Kebangsaan            pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK.

        3. Pandangan / komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
           profesionalisme keguruan anda.


Kandungan unit ini, menjadi haja tuju yang jelas kepada golongan pendidik dengan menjelas
dan menekankan pendidikan yang berkesan dalam apa jua dasar kurikulum yang dilaksanakan.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi wahana dan garis panduan kepada Negara untuk
bertindak mengikuti proses – proses yang dijalankan ke arah matlamat yang dihasratkan. Ia
akan menjadi kenyataan apabila kurikulum yang dibangunkan bersifa sempurna yang
merangkumi pendidikan pada semua peringkat dan bersifat senteralisasi. Kurikulum seperti
KSSR adalah bersifat dinamik dan fleksibel disesuaikan dengan keadaan yang semasa.
Sebagai warga pendidik kita harus mendalami matlamat KSSR untuk melahirkan model insan
yang berkualiti tinggi sepertimana yang impikan dalam FPK.
UNIT                                            TAJUK

  1.7                       REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA

   1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Kurikulum kebangsaan didokumentasikan dan dikenali mengikut tahap dan jenis
pendidikan.Iaitu Kurikulum Standard Pra Sekolah(KSPS),Kurikulum Standard Sekolah
Rendah(KSSR),Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) dan Kurikulum
Pendidikan Khas(KPK).Prinsip dan Model Tyler(1949) digunakan dalam perkembangan
kurikulum.Langkah-langkah pengembangan kurikulum menurut Model Tyler ialah
Menentukan Matlamat/Objektif,Pemilihan Kandungan,Prinsip Penyusunan Kandungan
Dalam Reka Bentuk Kurikulum dan Penilaian.Terdapat beberapa kelemahan dalam model
Tyler iaitu,terlalu tertakluk kepada objektif,terlalu linear dan terlalu terbuka.Bagi mengatasi
masalah ini model ini diubahsuai dan dinamakan Model Interaksi.Pola dan orientasi reka
bentuk kurikulum adalah berpusatkan akademik,berpusatkan pelajar dan berpusatkan
masalah. Model CIPP digunakan bagi penilaian kurikulum.Terdapat empat peringkat dalam
model ini.Iaitu Peringkat Penilaian Konteks,Peringkat Penilaian Input,Peringkat Penilaian
Proses dan Peringkat Penilaian Produk.Pengaruh Perspektif terhadap ilmu terhadap reka
bentuk kurikulum.Secara umum terdapat dua perspektif ilmu iaitu perspektif objektivis yang
melaksanakan kaedah deduktif dalam pengajaran ,dan perspektif konstruktivisme yang
melaksanakan kaedah induktif.Pelbagai faktor dan model diambil kira untuk membentuk
kurikulum.
    2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
            Konsep                                       Penjelasan

1. Prinsip Penyusunan        Panduan dalam menentukan tujuan halatuju pendidikan,isi
   kurikulum                  kandungan,proses pelaksanaan,aktiviti/pengalaman
                              pembelajaran dan penilaian.

2. Prinsip kesinambungan      Pemeringkatan ilmu,kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai
   Kandungan                  oleh pelajar.

3. Prinsip Ketertiban         Jumlah timbun- tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina
   kandungan                  menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu.


4. Prinsip kesepaduan         Menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan
   kandungan                  antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna.


5. Prinsip Litupan(skop)      Keluasan dan kedalaman kandungan yang perlu dimuatkan
                              dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran.
   Kandungan
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
      profesionalisme keguruan anda.

Pada pendapat saya,perkembangan kurikulum direka dengan teliti supaya dapat melahirkan
murid yang kualiti. Perkembangan Kurikulum yang sempurna dan bersesuaian dapat
membantu pengajaran dan pembelajaran.Melalui unit ini saya dapat mengetahui cara
perkembangan kurikulum dibina.Pelbagai faktor-faktor mencorakkan kurikulum yang direka
dan menentukan hasil akhir yang diperolehi.
UNIT                                         TAJUK

     1.8       PENTERJEMAHAN DAN PENTAFSIRAN KURIKULUM KEBANGSAAN

      1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Peranan Kurikulum Kebangsaan ialah melahirkan tenaga kerja yang mahir,penyebaran ilmu
pengetahuan,perkembangan individu secara menyeluruh,penerapan dan perkembangan
nilai-nilai murni dan pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.Objektif
kurikulum adalah Domain Kognitif,Domain Afektif dan Domain Psikomotor.Matlamat
kurikulum adalah kembangkan potensi pelajar,asas untuk pengetahuan lanjutan,melahirkan
insan yang sempurna(JERI),membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangan
kepada diri,keluarga,masyarakat dan negara dan menjadikan pelajar yang boleh
menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah harian.Perkara
yang perlu dipertimbangkan semasa menyatakan objektif adalah fokuskan kepada pelajar
dan menggunakan perubaha tingkah laku pelajar sebagai rujukan.Beberapa kriteria perlu
diambil kira semasa menulis objektif.Kriteria tersebut adalah jangkaan hasil,pelajar,sebelum
p&p kesan dan eksplisit.Ada beberapa proses dalam penterjemahan kurikulum
Penterjemahan kurikulum sekolah kepada proses pengajaran dan pembelajaran.Iaitu
analisis kurikulum,tentukan keperluan kurikulum,konteks pengajaran pelaksanaan
pengajaran dan pembelajaran,penilaian dan semakan semula.


      2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
             Konsep                                   Penjelasan

1.     Domain Objektif      Pengetahuan,kefahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan
       Kognitif             penilaian.



2.     Domain Objektif      Perwatakan,mengorganisasi,menghargai,memberi tindak balas
       Afektif              dan menerima.

3.     Domain Objektif      Naturalisasi,artikulasi,ketelitian,memanipulasi dan meniru.
       Psikomotor


4.     Kurikulum            Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan
       Kebangsaan           kegiatan kokurikulum yang membantu dari segi jasmani,mental
                            ,emosi dan rohani.

5.     Kurikulum sekolah    Segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh
                            sesebuah sekolah.
3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
       profesionalisme keguruan anda.
Pada pendapat saya unit ini menerangkan tentang kurikulum sebagai satu jambatan
menghubungkan dengan matlamat.Unit ini juga memberi penjelasan kepada saya , tujuan
menulis objektif dan matlamat bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran.Selain itu,saya
dapat mengetahui lebih dalam tentang penterjemahan kurikulum.Saya juga dapat
menambahkan idea untuk menyediakan satu rancangan pengajaran harian yang berkesan
melalui unit ini.
UNIT                                            TAJUK

     1.9          ETIKA KEGURUAN DAN PERATURAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA



           1. Ringkasan Isi Kandungan Unit
Guru dianggap sebagai arkitek dan jurutera sosial dalam mencorak dan
membangunkan bangsa Malaysia pada masa depan. Jadi kerajaan telah membentuk
satu dasar yang dapat mengharmonikan perjalanan guru melalui etika dan peraturan
yang menjadi panduan sifat dan kualiti guru yang profesional.Dalam bidang
pendidikan, etika keguruan dimaksudkan sebagai satu set tingkah laku atau
tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa,masyarakat dan negara,rakan jawat
sera profesion.Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut enam
prinsip.Seterusnya, kod etika keguruan dapat memartabatkan profesion itu sendiri
dengan tingkah laku dan tanggungjawab guru itu sendiri .Di samping itu, selain kod
etika ini pelbagai dasar dan peraturan menjadi panduan membentuk guru sebagai
insan yang baik. Kesimpulannya, dengan kod etika keguruan dan peraturan,peraturan
yang digubal, kementerian Pelajaran Malaysia percaya dapatlah membentuk
seseorang guru yang kualiti ,produktiviti,dan disiplin dalam perkhidmatan dengan
memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan
peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat.



           2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya
              Konsep                                  Penjelasan

1.     Etika Profesionalisme   Satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap
                               pelajar, ibu bapa,masyarakat dan negara dan rakan sejawat
       Keguruan                serta profesion . oleh itu, setiap guru berkhidmad wajib akur
                               dan tidak melanggar etika ini.



2.     Tatasusila Profesion    Pendidikan membentuk warganegara yang berilmu,yang taat
       Keguruan                setia,yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang
                               menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah
                               kebenaran dan pencapaian hasrat yang gemilang.maka
                               dengan ini, tatasusila profesion keguruan menjadi panduan
                               untuk membolehkan guru menyempurnakan profesion
                               keguruan ke taraf kesusilaan yang setinggi – tingginya.

3.     Akauntabiliti           Akauntabiliti keguruan merangkumi tanggungjawab yang harus
       keguruan                difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru terhadap
                               pelajar, diri guru itu sendiri ,sekolah , masyarakat dan negara
serta profesion keguruan . ia juga membolehkan semua guru
                             dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas – tugasnya
                             dengan penuh komited dan dedikasi untuk melahirkan modal
                             insan seperti yang di cita – citakan negara.

4.   Etika kerja             Ia menjadi garis panduan untuk meningkatkan tahap kualiti ,
     Kementerian             produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi
     Pelajaran Malaysia      penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan
                             peraturan,peradaban,peranan,nilai serta tingkah laku profesion
                             dalam masyarakat.

5.   Peraturan Dalam         Peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan
     Pendidikan              perkhidmatan awam amnya. Peraturan – peraturan ini adalah
                             untuk menghukum pegawai awam yang didapati melanggar
                             peraturan supaya dapat membaiki tingkah laku untuk menjadi
                             panduan dan pengajaran kepada orang lain.



         3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
            profesionalisme keguruan anda.
Pada pendapat saya unit ini menerangkan bahawa guru adalah penjana transformasi
pendidikan negara.Guru harus memiliki sikap profesional ,mempamerkan ciri – ciri kekuatan
teori, kaya dengan ilmu, bertindak diatas landasan etika dan tatasusila kerja,sentiasa
berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, menampilkan watak terpuji, berimej,
berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa dan berupaya
melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti dan serba boleh. Jadi
dalam konteks Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan sifat dan
kualiti guru yang profesion melalui kod etika profesionalisme keguruan, etika kerja Pelajaran
Malaysia, tatasusila Profesion keguruan Malaysia,akautabiliti keguruan serta peraturan
dalam pendidikan.Keseluruhannya, kesemua peraturan dan tanggungjawab ini
diperkenalkan untuk membentuk guru sebagai insan yang mulia. Tambahan pula, peraturan
tersebut merupakan satu sistem kawalan disiplin kepada guru dalam bentuk pembentukan,
penghukuman dan langkah – langkah peningkatan disiplin. Dengan ini dapat mewujudkan
perkhidmatan yang menepati slogan ‟ bersih cekap dan amanah‟.
UNIT                                        TAJUK

 1.10                               AKTA PENDIDIKAN 1996



        1.     Ringkasan Isi Kandungan Unit
 Akta pendidikan 1996 menyatakan bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan
negara dan penyelamat bangsa.Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat
Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang
berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat dalam sains
dan teknologi maklumat. Akta ini dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan
dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan
perbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa
murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing. Akta ini merupakan suatu
Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang
berkaitan dengannya. Akta pendidikan 1996 ini memberikan implikasi penting kepada
pendidikan prasekolah, pendidikan rendah serta peruntukan kuasa Menteri pelajaran.
Program pendidikan ini telah dirancang untuk menjadi kunci kepada penyelesai
pembasmian kemiskinan dalam kalangan rakyat dan seterusnya memantapkan perpaduan
negara. Akta pendidikan 1996 telah memastikan perkembangan pendidikan Malaysia yang
sentiasa dinamik.



    2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya.
Bil     Konsep                                    Penjelasan

1.   Penyata        Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein
     Razak 1956     menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa
                    perubahan dalam system pendidikan dan laporan ini dikenali
                    sebagai PenyataRazak (1956).Tujuan Penyata Razak adalah
                    Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa
                    perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah.
2.   Ordinan        Ordinan pelajaran 1957 ini menyatakan tentang Peraturan-Peraturan
     Pelajaran      Pelajaran (Disiplin Sekolah), 1959, dan hendaklah dipakai bagi semua
     1957           sekolah.peraturan inidisimpan di bawah seksyen 59 Ordinan. Guru
                    Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin
                    sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas
                    Guru-Guru dan murid-murid sekolah itu.


3.   Laporan        Selepas pilihan raya 1959,sebuah jawatan kuasa yang diketuai oleh
     Rahman         Abdul Rahman Talib telah ditubuhkan untuk mengkaji semula syor -
     Talib 1960     syor–dalam laporan razak.

4.   Akta           Matlamat dasar ini ialah untuk mewujudkan persefahaman dan
Pelajaran     perpaduan dikalangan rakyat.sistem KBSR dan KBSM diperkenalkan
     1961          melalui akta ini.

5.   Akta          pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan
     Pelajaran     negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi
     1996          kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan
                   etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu,
                   demokratik, liberal dan dinamik.




   3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks
       profesionalisme keguruan anda.
Pada pendapat saya, unit ini menerangkan tentang pembentukan, kandungan dan implikasi
Akta pendidikan 1996. Akta pendidikan ini telah memastikan perkembangan pendidikan di
Malaysia yang sentiasa dinamik dan juga perkembangan pendidikan dalam diri saya
sebagai seorang guru.Ia juga menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan
yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu yang
sepenuhnya dalam diri saya untuk mencapai aspirasi negara Malaysia.
Unit 1
Esei ilmiah : Unit 2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) : Huraian dan Penghayatan.


Soalan :


    a) Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut
       memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan.




    Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pedidikan tidak
dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan negara
telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan
Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan
kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Keperluan untuk menyatakan
Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat
menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini.
Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara memberi impak terhadap
perkembangan profesionalisme keguruan.
    Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan
yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha
kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah
mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara-
perkara yang penting dalam kehidupan.
    Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah
tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka,
Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional
dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan
dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan
Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha
pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan
ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar
pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan
individu, masyarakat dan negara.
    Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan,
Rukun Negara dan ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia, maka Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang dinyatakan berikut digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988.


“Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis
dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan
kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran
masyarakat dan negara.”


        Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dihuraikan diatas,
maka Matlamat Pendidikan Negara ialah bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna
supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat
Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta
menghayati ciri-ciri kepercayaan dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak
mulia, bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara, memiliki sahsiah
yang seimbang dan sepadu serta memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum.


        Pendidikan pada masa kini adalah sesuatu yang berharga. Pendidikan yang terbaik
mestilah datang dari pendidik atau guru yang yang terbaik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan
merupakan asas yang menjadi panduan bagi sistem pendidikan di Malaysia. Kefahaman
terhadap kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan semestinya akan memberi kepuasan
khususnya kepada warga pendidik itu sendiri dalam menunaikan amanahnya kepada anak
bangsa.   Apabila   seseorang   pendidik   itu memahami kehendak      Falsafah   Pendidikan
Kebangsaan, maka hasilnya adalah bangsa yang berjaya bukan sahaja dari akademiknya,
malah akhlaknya jua. Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi impak dalam diri seseorang
guru melalui:


   i)      Kepuasan bekerja
        Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan minat secara mendalam yang datang dari
hati akan melahirkan satu perasaan yang dinamakan kepuasan, di mana dari kepuasan itu akan
menzahirkan produk yang berkualiti. Begitulah juga konsepnya dalam sistem pendidikan, di
mana apabila seseorang guru itu melaksanakan tugasnya dengan penuh komitmen sambil
menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan, maka lahirlah kepuasan di
dalam diri seseorang guru itu selepas segala amanah yang digalas terlaksana. Hasilnya, insan
yang berjiwa serta seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek telah Berjaya bebas
dari kepompong kejahilan.


ii) Sikap
       Bangsa yang berjaya bukanlah diukur dari segi pencapaian akademik sahaja, malah
sikap turut menjadi elemen penting dalam melahirkan bangsa yang berkualiti bagi sesebuah
negara.     Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, hasil daripada usaha
memperkembangkan potensi seseorang individu adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang
berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Bagi mencapai
matlamat tersebut, sikap individu itu adalah penting. Tanpa sikap serta sahsiah diri yang
cemerlang di dalam diri individu, maka usaha untuk mencapai kesejahteraan diri sukar untuk
dicapai kerana mereka ini dianggap gagal untuk menjaga sikap atau akhlak terhadap diri
sendiri. Apabila diri gagal dipimpin, maka jauh sekali kepimpinan serta sumbangan terhadap
kemakmuran masyarakat dan negara dapat disumbangkan. Ini adalah kerana, sikap
memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara yang
diusahakan. Dapat dilihat bahawa sikap memainkan peranan penting dalam diri seseorang
pelajar di mana ianya menjadi antara tugas guru bagi memastikan pelajarnya bukan sahaja
hebat di dalam akademik mahupun kokurikulum tetapi sahsiahnya juga penting. Apabila
seimbang intelek, rohani, emosi dan jasmani, maka potensi individu yang dikembangkan akan
seimbang.


iii) Hasil Pembelajaran
       Hasil pembelajaran pelajar dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan yang dijalankan
oleh pihak sekolah atau kementerian di mana ianya juga merupakan keluaran bagi mutu kerja
seseorang guru. Jika tinggi peratusan pelajar yang berjaya dalam peperiksaan, maka
berhasilah usaha yang dijalankan guru tersebut. Jumlah pencapaian pelajar cemerlang atau
sebaliknya akan memberi kesan terhadap kualiti kerja guru tersebut. Menurut kajian oleh
McClelland (1961) di dalam Sidek Mohd Noah dan Mohd Ali Jaamat (1998) menunjukkan
bahawa pencapaian akademik yang tinggi seringkali dikaitkan dengan individu yang mempunyai
motivasi pencapaian yang tinggi. Guru adalah medium penting dalam meningkatkan motivasi
pelajar terutamanya ketika sesi pembelajaran dijalankan. Cara menjana motivasi atau
semangat pelajar adalah bergantung kepada kreativiti guru bagi memastikan pencapaian
pelajarnya cemerlang. Apabila seorang guru itu memahami antara kehendak Falsafah
Pendidikan Kebangsaan di mana mewujudkan pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi,
maka usaha yang diberikan oleh guru itu bukanlah hanya melepaskan batuk ditangga namun
ianya adalah sebaliknya demi menjalankan amanah yang dipikul oleh guru itu. Oleh yang
sedemikian, hasilnya adalah pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang.




iv) Menerapkan falsafah dalam bilik darjah
       Falsafah dalam bilik darjah bermula dengan tindak balas pelajar terhadap bahan
stimulus seperti sebuah cerita pendek atau puisi yang diberikan guru. Bahan stimulus
melahirkan rasa ingin tahu pelajar dengan menumpukan kepada isu besar yang relevan dengan
kehidupan mereka, seperti isu semasa yang melibatkan masyarakat setempat atau global. Guru
seharusnya berupaya memilih dan bahan atau alatan yang betul bagi membangkitkan rasa
ingin tahu pelajar terhadap subjek yang dipelajari. Ini kerana falsafah digambarkan dengan
persoalan yang berkaitan dengan masalah minda, pemikiran, pengetahuan,imaginasi dan
interaksi di antara minda. Mewujudkan persoalan di kalangan pelajar adalah satu cara
bagaimana falsafah dipraktikan di dalam bilik darjah.
       Guru menunjukcara bagaimana kemahiran diaplikasikan seperti kemahiran memateri
seharusnya mendorong rasa ingin tahu pelajar yang akan merangsang minda pelajar untuk
berfikir dan mengutarakan persoalan yang timbul dari kotak pemikiran mereka. Hal ini kerana
falsafah akan mendorong pemikiran sehingga peringkat kesedaran dan mendorong kepada
pencarian terhadap pilihan yang kreatif, pandangan yang berbeza dan membawa kepada
berfikir. Ketika mengaplikasikan falsafah dalam bilik darjah, guru perlu menumpukan perhatian
terhadap kandungan serta proses yang membawa kepada pembentukan masyarakat yang rajin
untuk berfikir. Ini kerana menurut Beyer (1990) dalam Hinton (2003) fokus falsafah dalam bilik
darjah bukan pada apa yang harus difikir, tapi tentang cara berfikir.
       Bagi   membentuk      pelajar   menjadi   masyarakat     sedemikian   rupa   guru   boleh
mengaplikasikan aktiviti pembelajaran yang melibatkan perbincangan dalam kumpulan bagi
mendorong pelajar untuk berfikir dan berdebat dalam mencari kebenaran. Melalui aktiviti
tersebut cara berfikir pelajar dapat diasah dan dibentuk. Antara kaedah berfikir seperti yang
disarankan dalam falsafah bagi mendorong pelajar berfikir secara kritis telah dinyatakan oleh
Cam, (1995) seperti mendefinisikan istilah, menarik kesimpulan deduktif, menganalisa
kenyataan bersyarat dan membina analogi.
Kesimpulan


       Selain mengetahui kaedah untuk mengaplikasikan falsafah dalam bilik darjah seseorang
bakal guru yang didedahkan dengan falsafah juga sering diasak dengan persoalan yang timbul
dalam diri mereka sendiri. Lantaran daripada itu, guru pada hari ini lebih senang bertindak
mengikut logik akal semata-mata apabila berdepan pelajar atau menghadapi sebarang masalah
di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengabaikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan yang seharusnya menjadi panduan kepada mereka dalam membuat sesuatu
keputusan. Bagi mengembalikan kesedaran guru akan kepentingan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan terdapat beberapa strategi yang boleh dilaksanakan. Strategi ini seharusnya diberi
perhatian dan dilaksanakan bagi menyediakan serta melengkapkan guru pada hari esok
dengan kefahaman falsafah yang baik. Strategi ini turut melibatkan bakal-bakal guru yang
masih menerima latihan dan pendidikan bagi melayakkan mereka bergelar seorang guru.
Pertama sekali, falsafah dan guru adalah kompenen terpenting yang harus diberi perhatian
dalam sebarang proses latihan pengajaran. Melalui strategi ini, guru-guru yang berada di dalam
proses latihan mengajar boleh menghayati falsafah pendidikan dengan memfokuskan
pengajaran mereka.
       Seterusnya, dalam melengkapi seseorang guru bagi masa hadapan adalah penting bagi
mereka memahami diri mereka dengan lebih baik. Adalah menjadi tanggungjawab institusi yang
memberi pendidikan dan latihan kepada guru untuk melatih bakal-bakal guru dengan
merangsang latihan intelektual mereka. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan mampu
merangsang intelektual guru untuk sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis. Proses mencari
jawapan kepada persoalan tersebut turut membawa guru-guru mendekati dan menghayati
falsafah.
       Menjadi seorang guru yang baik bukanlah suatu tugas yang mudah, kerana seorang
guru yang baik diperlukan bagi menghasilkan manusia pada masa hadapan yang akan
menentukan naik turun sesebuah negara bangsa. Bagi menjadi seorang guru yang baik, tidak
cukup bagi mereka jika hanya mempunyai pengetahuan dalam bidang kepakaran mereka
sahaja. Tidak cukup juga jika guru hanya memiliki tekad untuk mengajar para pelajar dengan
baik, ini kerana bagi menjadi seorang guru yang baik, pelbagai aspek perlu dimiliki. Banyak
aspek guru yang baik perlu diisi agar memenuhi tujuan-tujuan sebenar pendidikan. Salah satu
aspek penting tersebut adalah kefahaman guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
Soalan :


    b) Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang
       isi kandungan unit pelajaran.




       Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja
dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan
menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah
Pendidikan   Kebangsaan     (FPK).   Bagi   menyempurnakan       hasrat   Falsafah   Pendidikan
Kebangsaan ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai
pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak
didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang
bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai
cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi.
       Apabila Falsafah Pendidikan Kebangsaan dihayati, guru harus sedar bahawa mereka
sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada
pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka dengan
perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran
dan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru perlu
pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang
guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan
pembentukan sahsiah (Robiah, 1998).
       Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah
       sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Terdapat banyak
cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman untuk merealisikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan yang perlu dilalui oleh setiap guru melalui pelbagai aspek. Profession
perguruan merupakan profession yang sangat memcabar dan memerlukan persedian yang
cukup daripada segala segi seperti jasmani,emosi,rohani dan intelek. Tanpa keperluan-
keperluan ini tidak mungkin seorang guru mampu mengajar dengan baik dan berkemungkinan
besar gejala seperti guru stress dan sebagainya akan berlaku. Mari kita memikirkan sejenak
apa yang dipaparkan di dada akhbar mengenai guru bermasalah, guru mengalami tekanan
emosi dan sebagainya. Mengapakah perkara-perkara begini berlaku ? Perkara-perkara ini
berlaku berkemungkinan disebabkan pengawalan emosi yang tidak baik dan tidak mampu dan
belum bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang diterima.
       Setiap profession mempunyai cabarannya yang tersendiri tidak kira profession
kedoktoran, perguruan,kejuruteraan dan sebagainya dan cabaran-cabaran ini mungkin terdapat
perbezaannya pada jenis dan keadaanya.Profession perguruan menjurus kepada cabaran-
cabaran yang di hadapi di dalam kawasan sekolah secara amnya dan cabaran di dalam
pengajarannya secara khususnya. Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon berkata, dalam abad ke-21 ini,
bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberasasi. Setiap
pendidik di mana-mana institusi pendidikan pasti dan akan menhadapi cabaran sebagai
seorang pendidik.
       Pendidik atau guru diibarat ibu bapa kedua di sekolah dan secara tidak langsung
bebanan tanggungjawab menjaga pelajar ini sudah menjadi kewajiban mereka. Begitu juga
apabila di dalam kelas, kebanyakkan ibu bapa meletakkan segala kepercayaan dan
tanggungjawab kepada para guru untuk mengajar anak-anak mereka supaya cemerlang dalam
bidang akademik. Tetapi alangkah malang dan sedihnya nasib seorang guru apabila seorang
anak muridnya gagal di dalam peperiksaan dan turut dimarahi oleh ibu bapa pelajar yang tidak
memahami.Kenyataan di atas boleh dikatakan hanya cabaran-cabaran yang dilihat dari kanca
mata kita kini atau „general‟ tetapi sebenarnya masih terdapat cabaran –cabaran yang lebih
khusus yang dihadapi oleh seorang guru.
        Perkembangan bidang Sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatan
pendidikan semakin mencabar dan lebih cangkih. Keadaan ini seterusnya menyebabkan
pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Tambahan pula, masalah sekolah juga
semakin bertambah apabila bilangan murid bertambah di dalam bilik darjah. Situasi ini
seterusnya memperlihatkan persediaan seseorang guru berhadapan dengan pelbagai cabaran
dalam sistem pendidikan yang sering berubah. Cabaran didefinisikan sebagai sesuatu yang
menguji kekuatan, kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti. Kemajuan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi pada masa kini menjadikan dunia
pendidikan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan.
       Sebagai seorang guru , cabaran utama pada masa kini dalam mengaplikasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan adalah kecanggihan teknologi yang semakin pantas saban hari. Dunia
kini ,kita boleh menyaksikan bahawa teknologi sentiasa di kemaskinikan atau „update‟dan boleh
dikatakan penghasilan perisian atau teknologi baru berlaku setiap 24 jam. Oleh itu, sebagai
guru seharusnya melengkapkan diri dan meningkatkan pengetahuan tentang teknologi agar
seiring dengan dunia kini dan mampu memudahcarakan proses pengajaran dan
pembelajaran.Datuk Dr. Ahamad sipon berkata, kesan globalisasi dan liberasasi menuntut
kepada cabaran untuk membangunkan pekerja berilmu atau k-worker yang celik dan mahir
dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam masyarakt alaf baru ini
yang berorientasi kepada teknologi komunikasi dan maklumat, teknologi memainkan satu
peranan yang besar dalam pendidikan dan ini telah membawa satu perubahan yang ketara
dalam corak pengajaran pembelajaran tradisional.
       Dunia semakin canggih walhal boleh kita boleh mengatakan pelajar-pelajar juga
semakin pintar dalam penggunaan teknologi. Sehubungan ini peranan seorang guru adalah
amat penting dan dia perlu saling melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran
sezaman supaya pengajaran dan pembelajarannya dengan menggunakan teknologi sentiasa
berkesan.Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa mengambil cabaran ini sebagai
satu perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi mengatasinya.Bila
difikikan secara positif ,pengaplikasian teknologi dalam pengajaran mampu menghasil generasi
berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi dan mampu merealisasikan impian
negara agar Malaysia menjadi negara maju 2020.
       Cabaran kedua sebagai seorang guru untuk mengaplikasi Falsafah Pendidikan
Kebangsaan adalah persepsi pelajar-pelajar tentang sesuatu subjek itu sendiri. Subjek yang
diajar dan di masukkan di dalam kurikulum sejak kita dari bangku sekolah tadika lagi.
Kepentingannya sudah terang begitu meluas digunakan dalam kehidupan seharian kita tetapi
yang menghairankan kini mengapa ada subjek tidak digemari ramai pelajar dan ada
mengatakan subjek itu adalah sebagai subjek „killer‟ yang hanya mencacatkan keputusan
mereka sahaja. Apabila kita membuat kaji selidik terhadap mata pelajaran matematik sudah
pasti kita akan mendapati lebih separuh daripada pelajar akan mengatakan pelajaran
matematik itu satu subjek yang membosankan, sukar untuk mencari jawapan, melihat angka-
angka sahaja sudah memualkan pelajar. Pelbagai jawapan akan diberi oleh pelajar yang rata-
ratanya bersifat negatif .Di manakah salah silapnya pelajar kita. Kenapakah mereka
berkelakuan sedemikian? Kenapa pelajar fobia kepada matamatik?. Cabaran seperti ini sudah
berlaku sejak dari zaman era pra-kemerdekaan lagi, dan sebagai guru pada zaman globalisasi
ini seharusnya kita berusaha menghapuskan persepsi negatif pelajar kita ini dengan sentiasa
berfikir secara kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Falsafah
Pendidikan Kebangsaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik , penggunaan
alat bantu mengajar yang bersesuaian, suasana kelas konduksif, budaya sekolah yang positif
dan ketrampilan guru itu sendiri mampu menarik dan memupuk minat pelajar terhadap subjek
kritikal ini.
         Cabaran yang seterusnya adalah kesinambungan cabaran sebelum ini iaitu cabaran
komunikasi. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris
(PPSMI) pada tahun 2003 telah banyak memberi impak negatif mahu pun positif dalam
kurikulum sekolah . Bila difikirkan impak secara negatifnya, pelaksanaan PPSMI ini telah
semakin menambahkan jurang antara pelajar bandar dan pedalaman .Penggunaan bahasa
ibunda kita sendiri ramai pelajar kita tidak berminat dan gagal dalam subjek ini walhal apabila
digunakan dalam bahasa asing ini.Perkataan „Yes‟ dan „No‟ sahaja yang sering kali didengari
apabila guru menyoal dan menanyakan soalan kepada pelajar terutamanya bagi pelajar –
pelajar pedalaman.Merisaukan lagi keadaan ini, dikhuatiri keadaan seperti pada zaman 60-an
akan berulang kembali apabila hanya segelintir sahaja terutamanya yang mengambil jurusan
kritikal seperti kedoktoran dan kejuruteraan di univeriti-universiti disebabkan keciciran dalam
subjek ini sejak dibangku sekolah lagi. Seterusnya, kita fokus pula pada cabaran yang dihadapi
oleh para guru atas pelaksanaan PPSMI.Secara jelasnya, pelaksanaan PPSMI ini memberi
kesan kepada kedua-dua belah pihak samada pelajar ataupun guru itu sendiri. Diakui terdapat
guru-guru Matematik dan Sains kini yang lemah penggunaan Bahasa Inggeris tidak dapat
mengaplikasi FPK dengan sepenuhnya. Inilah cabaran kepada mereka berhadapan dengan
perubahan kurikulum yang baru, mahu tidak mereka tetap perlu memikulnya segagah yang
mungkin. Cabaran ini harus diambil secara profesional oleh guru-guru dan menganggapkan
bahawa cabaran ini akan memberi keuntungan kepada mereka kelak.
         Cabaran seterusnya untuk mengaplikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan oleh para
guru ialah bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas. Purata bilangan pelajar bagi setiap
kelas di negara kita ialah mencapai 35 orang. Namun ada juga sekolah yang mencapai angka
45 orang pelajar bagi kelas-kelas tertentu. Kelas yang sesak akan menyukarkan guru mengajar
dan mendidik. Oleh itu, guru-guru tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk memberi
tumpuan dan bimbingan kepada setiap murid. Kesannya, pelajar-pelajar yang sederhana
pandai dan lembap akan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Hal ini akan menjadikan mereka
berasa rendah diri dan terpinggir.
         Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh para guru di sekolah untuk mengaplikasi
Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah sikap pelajar yang malas dan pasif. Ramai pelajar yang
malas membaca dan membuat latihan yang diberikan oleh para guru, sebaliknya menggemari
bahan berbentuk picisan seperti majalah Mangga, URTV, Hai, Ujang dan lain-lain yang kurang
bermanfaat. Sikap malas juga menyebabkan mereka sering mengharapkan guru memberikan
100 peratus ilmu kepada mereka. Lambakan bahan ilmiah keluaran Dewan Bahasa dan
Pustaka (DBP) yang bernilai RM400 juta membuktikan para pelajar sekarang malas menimba
ilmu pengetahuan. Sikap mereka yang berterusan ini bukan sahaja memberi kesan negatif
kepada diri sendiri bahkan juga kepada negara yang mengharapkan insan yang seimbang dari
segi intelek, rohani, emosi dan Jasmani (JERI).
       Untuk   mengaplikasikan hasrat      Falsafah   Pendidikan     Kebangsaan,   aspek-aspek
kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid juga
perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh.


Aspek Kepimpinan
       Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan. Pemimpin sekolah
iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia.
Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga
murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah,
membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain
itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah, aktiviti ko-
kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang
sewajarnya supaya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan.
       Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai
peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa
perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti
kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber
manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Peranan guru besar
merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan
sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah
menjadi cemerlang.
       Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020,
fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar.
Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang
memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan
sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai
transformational leader iaitu sebagai agen transformasi perubahan.
       Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang
perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia.
Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah
pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan. Sekolah yang berkesan dapat dilihat
berdasarkan stail kepemimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin
pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan.
Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh
dan bertanggungjawab terhadap sesuatu perubahan.
        Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid
terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula
dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan
kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya
sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan
dalam pencapaian akademik murid (Rutter et al,1979). Untuk mengaplikasikan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan dengan cara berkesan peranan utama ialah di tangan guru besar.
Guru besar yang menentukan segala rancangan dan aktiviti yang dapat merealisisikan falsafah.
Untuk menentukan rancangan yang bersesuaian guru besar berhadapan dengan pelbagai
cabaran dari segi sumber kewangan, keselamatan dan juga sumbangan dari pihak-pihak
tertentu.


Aspek Budaya Sekolah
        Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah,
kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting dalam
mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan
murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas
melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang
mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan
sempurna. Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan
iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid lebih
berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan
berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya.
        Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek
fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa.
Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan
anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang
kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan sekolah.
Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan
keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan
mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan.
       Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti
semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai
contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik
seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid-
muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid
sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina
melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah
melalui amalan tabiat membaca yang berterusan.
       Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan bahasa
secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk
meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan,
syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa.
Penggunaan bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan
matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan yang mampu
berdaya saing di peringkat global.
       Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan
bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari
aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek.


Aspek Ko-kurikulum
       Aspek ketiga pula ialah ko-kurikulum. Untuk mengaplikasikan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, sekolah juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan
gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan
yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti
kumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah
adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko-
kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak kerja yang dijalankan adalah terancang.
       Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-sifat
kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan murid. Aktiviti
ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara
perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Pelaksanaan ko-
kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid
boleh dididik dan mendidik diri sendiri.
       Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan menghadapi cabaran dalam
mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat. Aktiviti-aktiviti yang boleh
dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan atau
kelab dan juga sukan. Pihak sekolah perlu memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko-
kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah
dan sebagai satu bidang pendidikan. Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah
mempunyai beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, aspek
pembelajaran, dan aspek sosialisasi.
       Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap akan
dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan murid, memupuk nilai-
nilai ahklak dan pendidikan yang diingini, memajukan kemahiran, minat dan bakat murid,
meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri, mengukuhkan dan memperkayakan lagi
pengetahuan dan kemahiran, menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa
lapang dengan aktiviti berfaedah dan menyeronokkan.
       Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan dan
mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid-murid.
Selain itu, perhubungan antara guru dengan murid juga dapat diwujudkan.
       Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir dan
membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan serta
mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat.
       Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan ko-
kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk
sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid
bagi memperkukuhkan integrasi di kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah juga harus
memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti terancang
bagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran masing-masing.


Aspek Guru
       Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam mengaplikasikan
Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru bertanggungjawab dan menghadapi cabaran dalam
memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang
seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
Dengan pengenalan KBSR dan KSSR di negara kita, peranan guru di sekolah juga
bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus,
fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang
mendatangkan pembaharuan.
         Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi
murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan
terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan
lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu.
         Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai cara
seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role
playing), mengadakan simulasi dan sebagainya.
         Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah
bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah
ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-murid
mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah yang menjalankan tugas
mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru
akan merancang terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluan
murid,    objektif-objektif   pelajaran,   bahan-bahan   dan   alat-alat   mengajar   seharusnya
dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa faedah yang
besar kepada murid-murid.
         Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru
seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk
membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan-
perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya padat
serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, perbandingan dan graf
dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga menolong murid-murid
mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak
boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain.
         Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehingga
pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan
berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah objektif pengajaran
dan pembelajaran telah tercapai.
         Ringkasnya, guru memikul amanah dan cabaran yang amat besar untuk melahirkan
insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat
kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan.


Aspek disiplin
       Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama
bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Iklim
dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan
murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Kebangsaan.
       Cabaran yang dihadapi di semua sekolah di negara kita ialah kemerosotan disiplin
pelajar. Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan sebanyak 188 902 kes disiplin
yang melibatkan para pelajar telah berlaku sepanjang tahun 2009. Gejala-gejala disiplin pelajar
seperti ponteng sekolah, melawan guru, bergaduh, menghisap rokok, merosakkan harta
sekolah dan lain-lain itu telah banyak memberi kesan negatif terhadap pengajaran dan
pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru lebih banyak menghabiskan masa untuk mendisiplinkan
pelajar daripada mengajar.
       Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba
mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan
mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan
sendiri dan juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib,
kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati
di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan
yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat.
       Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan ahklak.
Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam membentuk disiplin
murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran.
Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru
disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting
bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah.
       Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas
daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku
pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah.
       Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina
semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan
kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai
masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru
bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa atau
penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau
pihak polis.
       Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-faedah
tersebut adalah seperti pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur, pembelajaran
dapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta teratur, keberkesanan pengajaran-
pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi, murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka
berdisiplin, keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi
peraturan-peraturan sekolah, kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat
dikurangkan dan segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Untuk
menjayakan faktor-faktor di atas, sebagai guru haruslah bersabar dan menghadapi pelbagai
cabaran dengan kaedah yang bijak.
       Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaran
sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan diri
murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras dengan hasrat negara yang
menekankan usaha pembentukan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.


KESIMPULAN
       Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa
kejayaan sesebuah sekolah dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman Falsafah
Pendidikan Kebangsaan adalah bergantung kepada aspek-aspek kepemimpinan, budaya
sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan
yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan atau tidak.
Kejayaan sekolah dalam mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga secara tidak
langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti.
       Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan “modal insan
yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan
berkemahiran tinggi, perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran
menyelesaikan   masalah,   berkeupayaan    mencipta   peluang-peluang   baru,   mempunyai
ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering
berubah-ubah”. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut
cabaran yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan
keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan
kemakmuran masyarakat dan negara.
       Kesimpulannya, pendidikan adalah proses tranmisi ilmu pengetahuan, kemahiran dan
nilai yang berlaku secara evolusi sepanjang hayat.Ilmu pengetahuan dan kejayaan tidak selalu
mudah dicapai dalam tempoh yang singkat dan pelbagai cabaran harus dilalui untuk
menagapainya dengan memerlukan cita-cita, strategi jangka panjang dan displin yang tinggi.
Begitu juga dalam menangani transformasi dan cabaran-cabaran pendidikan pada masa kini
kepada amalan yang dihasratkan oleh kerajaan, kita perlu mengambil kira bahawa perubahan
yang dibuat memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi . Lazimnya sesuatu
perubahan itu akan mengambil masa untuk diasimilasikan dan diakomodasikan menjadi amalan
biasa maka guru sebagai pelaksana utama perlu diberi latihan yang kukuh mengenai strategi
pengajaran yang berkesan, menarik dan memotivasikan minat pembelajaran murid agar hasrat
kerajaan dan falsafah pendidikan negara akan terlaksana.
RUJUKAN


Mok Soon Sang. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Siri Pengajian Profesional.


Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi.
Kementerian Pendidikan Malaysia


Tajul Ariffin. (1988). Konsep Asas Pendidikan Sepadu. Fakulti Pendidikan : Universiti
Kebangsaan Malaysia.


Rashidi Azizan & Abdullah Mohd. Noor. 1994. Pendidikan Guru: Cabaran, Falsafah dan Strategi
dalam Pembentukan Guru yang Unggul. Kajang: Masa Enterprise.


Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa. (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Edisi
Kedua. Universiti Pertanian Malaysia: Serdang.


Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Penddidikan di Malaysia untuk Program Perguruan
Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budi.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalawin awin
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKAasyikin hashim
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformRoiamah Basri
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFNURLIDYAWATI JASMIN
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruAhmad NazRi
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruRENU PRIYA
 
Maksud intrapersonal
Maksud intrapersonalMaksud intrapersonal
Maksud intrapersonalannaliew
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahAgnes Wong
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaSuhairul Hablee
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Yayasan Negeri
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomAiisy Afifah
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSiti Rohayu Rohan
 
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysiaFalsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysiaSyuhaila Shukri
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main perananANiS ADiBaH
 
1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalismeZul Isa
 

La actualidad más candente (20)

Etika profesion keguruan
Etika profesion keguruanEtika profesion keguruan
Etika profesion keguruan
 
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesionalCiri ciri dan kualiti guru yg profesional
Ciri ciri dan kualiti guru yg profesional
 
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKASISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
SISTEM PENDIDIKAN SEBELUM MERDEKA
 
Kualiti guru
Kualiti guruKualiti guru
Kualiti guru
 
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniformPenubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
Penubuhan dan pengurusan kelab, persatuan, unit beruniform
 
Autonomi guru
Autonomi guruAutonomi guru
Autonomi guru
 
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIFFAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
FAKTOR KRITIKAL KEJAYAAN PENDIDIKAN INKLUSIF
 
Tugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guruTugasan edu 3093 cabaran guru
Tugasan edu 3093 cabaran guru
 
Falsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guruFalsafah pendidikan guru
Falsafah pendidikan guru
 
Maksud intrapersonal
Maksud intrapersonalMaksud intrapersonal
Maksud intrapersonal
 
Pengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelabPengurusan persatuan-dan-kelab
Pengurusan persatuan-dan-kelab
 
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjahImplikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
Implikasi kepelbagai-sosio-budaya-dalam-bilik-darjah
 
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di MalaysiaAkses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
Akses dan Ekuiti Pendidikan di Malaysia
 
Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)Unit 11 (guru dan sekolah)
Unit 11 (guru dan sekolah)
 
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi BloomContoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
Contoh Soalan Berdasarkan Aras Taksonomi Bloom
 
Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysiaFalsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
Falsafah dan perkembangan pendidikan di malaysia
 
Kaedah main peranan
Kaedah main perananKaedah main peranan
Kaedah main peranan
 
1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme1. profesion professional profesionalisme
1. profesion professional profesionalisme
 
ISU MURID
ISU MURIDISU MURID
ISU MURID
 

Similar a Unit 1

Modul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpliModul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpliavi_lib9
 
Curriculum Development
Curriculum DevelopmentCurriculum Development
Curriculum DevelopmentEs Be
 
Bab iii landasan dan asas
Bab iii landasan dan asasBab iii landasan dan asas
Bab iii landasan dan asasRizmanz Rizky
 
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012SK Seri Tawai
 
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...weny maniez
 
pengembangan kurikulum pai
pengembangan kurikulum paipengembangan kurikulum pai
pengembangan kurikulum paiRoisMansur
 
Asas & Prinsip Pengembangan Kurikulum
Asas & Prinsip Pengembangan KurikulumAsas & Prinsip Pengembangan Kurikulum
Asas & Prinsip Pengembangan Kurikulummrofi202001011338
 
Asas & Prinsip Pengembangan Kurikulum
Asas & Prinsip Pengembangan KurikulumAsas & Prinsip Pengembangan Kurikulum
Asas & Prinsip Pengembangan Kurikulummrofi202001011338
 
Kurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan PembelajaraanKurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan PembelajaraanBayu13
 
Kurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan PembelajaraanKurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan PembelajaraanBayu13
 
Landasan Filosofis (1).pptx
Landasan Filosofis (1).pptxLandasan Filosofis (1).pptx
Landasan Filosofis (1).pptxMamaberkarya
 
Tugas konstruksi pengembangan4
Tugas konstruksi pengembangan4Tugas konstruksi pengembangan4
Tugas konstruksi pengembangan4iis_f
 
Uts landasan problematika pendidikan
Uts landasan problematika pendidikanUts landasan problematika pendidikan
Uts landasan problematika pendidikanFeralia Eka Putri
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negaraNelaveni Arjunan
 
Lakip fkip 2013 1 baru
Lakip fkip 2013 1 baruLakip fkip 2013 1 baru
Lakip fkip 2013 1 baruMuhilham
 

Similar a Unit 1 (20)

Modul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpliModul tamadun islam kpli
Modul tamadun islam kpli
 
Kurikulum pembelajaran
Kurikulum pembelajaranKurikulum pembelajaran
Kurikulum pembelajaran
 
Curriculum Development
Curriculum DevelopmentCurriculum Development
Curriculum Development
 
Landasan pendidikan
Landasan pendidikanLandasan pendidikan
Landasan pendidikan
 
Bab iii landasan dan asas
Bab iii landasan dan asasBab iii landasan dan asas
Bab iii landasan dan asas
 
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
Khairiah binti abdul kadir d20121061507 kpf 3012
 
Ppt kurikulum
Ppt kurikulumPpt kurikulum
Ppt kurikulum
 
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...
Landasan dalam pengembangan kurikulim filosofis, psikologus, sosial budaya da...
 
pengembangan kurikulum pai
pengembangan kurikulum paipengembangan kurikulum pai
pengembangan kurikulum pai
 
Asas & Prinsip Pengembangan Kurikulum
Asas & Prinsip Pengembangan KurikulumAsas & Prinsip Pengembangan Kurikulum
Asas & Prinsip Pengembangan Kurikulum
 
Asas & Prinsip Pengembangan Kurikulum
Asas & Prinsip Pengembangan KurikulumAsas & Prinsip Pengembangan Kurikulum
Asas & Prinsip Pengembangan Kurikulum
 
Kurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan PembelajaraanKurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan Pembelajaraan
 
Kurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan PembelajaraanKurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan Pembelajaraan
 
Landasan Filosofis (1).pptx
Landasan Filosofis (1).pptxLandasan Filosofis (1).pptx
Landasan Filosofis (1).pptx
 
Tugas konstruksi pengembangan4
Tugas konstruksi pengembangan4Tugas konstruksi pengembangan4
Tugas konstruksi pengembangan4
 
Uts landasan problematika pendidikan
Uts landasan problematika pendidikanUts landasan problematika pendidikan
Uts landasan problematika pendidikan
 
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
15905601 falsafah-pendidikan-kebangsaan-falsafah-pendidikan-negara
 
Bakti dan ujang.p
Bakti dan ujang.pBakti dan ujang.p
Bakti dan ujang.p
 
20150217220202 unit 1
20150217220202 unit 120150217220202 unit 1
20150217220202 unit 1
 
Lakip fkip 2013 1 baru
Lakip fkip 2013 1 baruLakip fkip 2013 1 baru
Lakip fkip 2013 1 baru
 

Unit 1

  • 1. PEMARKAHAN 1. REFLEKSI 2. ESEI: (a) (b) 3. FORUM JUMLAH SEMESTER 1 SESI 2010/2011 KPF 3012: PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR PORTFOLIO PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA: FALSAFAH DAN DASAR KUMPULAN EL - A11 DISEDIAKAN OLEH NAMA NO. ID NO. TELEFON NEELAWATHY A/P RAGHAVAN D20102041854 0174773448 NAMA TUTOR E-LEARNING : PROFESOR MADYA DR. ABD LATIF BIN HAJI GAPOR TARIKH SERAH : 4 DISEMBER 2011
  • 2. ISI KANDUNGAN Halaman 1.0 REFLEKSI UNIT PEMBELAJARAN: 1.1 Perkembangan pendidikan di Malaysia ke arah pembangunan insan dan negara 1.2 Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK): Huraian dan penghayatan 1.3 Falsafah Pendidikan Guru: Pemikiran dan amalan profesion keguruan 1.4 Dasar-dasar dan halatuju pendidikan di Malaysia 1.5 Perancangan pembangunan pendidikan di Malaysia 1.6 Kurikulum sebagai wahana menterjemahkan Falsafah Pendidikan kebangsaan 1.7 Reka bentuk kurikulum di Malaysia 1.8 Penterjemahan dan pentafsiran kurikulum kebangsaan 1.9 Etika keguruan dan peraturan pendidikan di Malaysia 1.10 Akta Pendidikan 1996 2.0 ESEI BERDASARKAN SATU UNIT PELAJARAN 2.1 Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. 2.2 Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran. 3.0 FORUM E-LEARNING 3.1 Sebagai seorang guru, bagaimanakah anda melaksanakan tanggungjawab untuk mempastikan hasrat yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan tercapai? 3.2 Perlukah Dasar PPSMI kembali dilaksanakan di sekolah- sekolah? Berikan hujah anda. 3.3 Kurikulum standard ke arah membangunkan modal insan bertaraf dunia. Bincangkan. 3.4 Guru sebagai arkitek bangsa. Hujahkan. 3.5 Peraturan-peraturan perkhidmatan keguruan dapat menjamin perkhidmatan yang cemerlang. Bincangkan.
  • 4. UNIT TAJUK 1.1 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA KE ARAH PEMBANGUNAN INSAN DAN NEGARA. 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini telah menghuraikan perkembangan pendidikan pada peringkat awal sehinggalah era milenium. Pada permulaanya, pendidikan adalah bebentuk keagamaan. Kedatangan Inggeris telah mengubah corak pendidikan yang akhirnya menjadi asas kepada kepelbagaian dalam sistem pendidikan. Perkembangan politik dan ekonomi tanah air telah menjadi faktor-faktor utama dalam perubahan sistem pendidikan. Pendidikan terus berkembang semasa penjajahan Inggeris dengan memperkenalkan sekolah vernakular. Selepas kemerdekaan, pendidikan negara berasaskan kepada Penyata Razak 1956. Termaktubnya Falsafah Pendidikan Negara pada tahun 1987 memberi implikasi kepada pendidikan pada setiap peringkat. Pendidikan di negara ini, melahirkan modal insan iaitu pekerja yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi mempertingkatkan produktiviti untuk kestabilan politik, sosioekonomi dan budaya. Perubahan pendidikan hari ini lebih mengutamakan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dalam Sains dan Teknologi supaya setaraf dengan negara lain. Secara umumnya, senario pendidikan di negara ini daripada sebelum penjajahan Inggeris hinggalah ke era milenium kesemuanya adalah tidak terpisah daripada mengambil kira hal-hal berkaitan perpaduan dan kemajuan ke arah pembangunan dan kemakmuran negara. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. Bil. Konsep Penjelasan 1. Sekolah vernakular sekolah yang menggunakan bahasa ibunda dalam pelaksanaan penyelidikan dan pembangunan (P&P) di sekolah. 2. Dasar Pecah dan Perintah. Jurang perbezaan ekonomi dan sosial di kalangan kaum. ( devide and rule) 3. Dimensi instrinsik adalah alat semantik yang merupakan elemen untuk menjadi rujukan pada elemen yang lain. 4. Membina Minda Kelas satu proses untuk membangun dan memajukan daya Pertama pemikiran seseorang manusia bagi mencapai peringkat terulung. 5. Pendidikan Tradisional lebih betumpu perhatiannya terhadap ilmu-ilmu keagamaan semata dengan mengabaikan ilmu-ilmu moden.
  • 5. 3. Pandangan / komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang perkembangan pendidikan yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk mengembangkan potensi diri dan meningkatkan kualiti pendidikan dari semasa ke semasa. Walau bagaimanapun, terdapat kelemahan pada sekolah agama atau madrasah. Sekolah-sekolah ini tidak dapat melahirkan masyarakat yang moden kerana tiada penekanan kepada Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Ini menyebabkan kita kehilangan atau tidak dapat mengetahui pakar-pakar teknologi pada masa itu. Tetapi perubahan pendidikan hari ini lebih mengutamakan tenaga kerja yang berpendidikan tinggi dalam Sains dan Teknologi supaya setaraf dengan negara lain. Jadi sebagai seorang guru, haruslah bertanggungjawab untuk mewujudkan insan yang berpengetahuan sains dan teknologi.
  • 6. UNIT TAJUK 1.2 FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN(FPK) : HURAIAN DAN PENGHAYATAN. 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini menerangkan tentang Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Falsafah pendidikan di Malaysia adalah suatu falsafah yang mempunyai ciri tersendiri. Bagaimanapun mengandungi sebahagian unsur yang terdapat dalam falsafah pendidikan Barat,Timur dan Pendidikan Islam. Secara keseluruhan, FPK adalah mirip kepada rekonstruktivisme, dimana ia menekankan matlamat pendidikan sebagai pencapaian kesejahteraan diri dan membentuk masyarakat keharmonian dan kemakmuran, ini adalah disebabkan ia berasaskan kepada falsafak progresivisme, maka falsafah pendidikan di Malaysia pula mengandungi ciri-ciri progresivisme dan pragmatisme.Falsafah pendidikan Islam menekankan perkembangan individu dari segi intelek, rohani, emosi adalah berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada tuhan, ini dapat dihayati dalam FPK yang mencerminkan ciri-ciri pembelajaran afektifutk perkembangan individu. FPK juga menitikberatkan pembelajaran 3M dan dikehendakki mematuhi kewibawaan autoriti guru. Falsafah Pendidikan di Malaysia juga dikatakan mengandungi unsur eessensialisme yang bercorak tradisional.Pada keseluruhannya FPK adalah berasaskan Falsafah Pendidikan Barat dan Falsafah Pendidikan Islam. Walaubagaimanapun Falsafah Pendidikan di Malaysia sebenarnya dikenali sebagai falsafah eklektisisme(Eklektik) iaitu falsafah yang dicipta tersendiri daripada pelbagai falsafah yang sedia ada. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. bil. Konsep Penjelasan 1. Falsafah Bermaksud mencintai kebijaksaan atau kehikmahan. 2. Metafizik Cabang falsafah yang membincangkan perkara-perkara yang berkaitan alam, jiwa, roh dan kehidupan. 3. Epistemologi Merupakan cabang falsafah yang membincangkan tentang teori ilmu pengetahuan. 4. Ilmu autoritatif Adalah ilmu yang berdasarkan kepada kuasa atau autoriti yang dipunyai oleh sesorang. 5. Potensi individu Merupakan bakat, kebolehan atau keupayaan yang ada pada seseorang individu.
  • 7. 3. Pandangan / komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya untuk merealisasikan hasrat FPK yang perlu ada pada seorang guru. Peranan guru begitu besar dalam melaksanakan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Guru bertanggungjawab memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk memikul amanah yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan. Peranan guru amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam FPK untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.
  • 8. UNIT TAJUK 1.3 FALSAFAH PENDIDIKAN GURU(FPG) : PEMIKIRAN DAN AMALAN DALAM PROFESION KEGURUAN 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini mengandungi 4 bahagian yang berkaitan dengan perkembangan profesion keguruan. Dalam bahagian pertama memberi fokus kepada perbandingan konsep keguruan dan perguruan yang sering disalah tafsirkan penggunaannya. Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) menentukan bentuk. Proses dan matlamat pendidikan manakala Falsafah Pendidikan Guru (FPG) merupakan halatuju dalam pembinaan watak guru dari segi pemikiran dan amalan. Watak guru berdasarkan kepada unsur sahsiah, ilmu atau pemikiran , tanggungjawab, nilai dan amalan. Pendidikan guru pula suatu proses membentuk watak guru yang bermula dengan pemikiran guru diikuti dengan perbuatan selayaknya sebagai seorang guru.Pembinaan guru yang berkualiti pula didasarkn kepada FPG yang mengandungi maksud yang tersurat dan tersirat berkaitan dengan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang perlu ada pada seorang guru. Seterusnya, Standard Guru Malaysia (SGM) berteraskan FPG. SGM dibentuk untuk memartabatkan profesion keguruan pada tahap antarabangsa dengan memberi penekanan kepada standard keguruan dan keperluan untuk mencapai standard tersebut. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. Konsep Penjelasan 1. Falsafah pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas yang dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara saintifik, sistematik dan logical untuk mencari dan membukti kebenaran dan memberi arah tujuan atau pedoman untuk perkara-perkara yang penting dalam kehidupan. 2. Standard Guru Suatu piawaian yang ditetapkan untuk mengenalpasti tahap Malaysia kompetensi profesional guru-guru di Malaysia. 3. Kompeten Layak kerana mempunyai kecekapan untuk melaksanakan tugas & tanggungjawab yang diamanahkan. 4. Falsafah Pendidikan Suatu pemikiran atau pandangan yang jauh bagi memantapkan Guru profesion perguruan. 5. Profesion Sesuatu pekerjaan yang khusus dan dilaksanakan oleh orang mempunyai kelulusan dan latihan ikhtisas yang cukup bermutu, bersikap jujur, dedikasi, bertanggungjawab dan bermoral tinggi, mempunyai autonomi bertugas serta mematuhi kod etika yang ditentukan oleh organisasinya. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang ciri-ciri kualiti dan kompetensi yang perlu ada pada seorang guru. Hal ini merupakan suatu perkara yang memberi manfaat kepada saya untuk memahami serta meningkatkan tahap profesion saya. SGM memberi pendedahan tentang standard keguruan yang perlu dimiliki dan keperluan untuk mencapai standard tersebut. SGM juga menjadi panduan kepada semua guru bagi melahirkan modal insan yang berguna kepada negara. Unit ini juga menerapkan etika professional guru serta ilmu dan kemahiran yang perlu dimiliki oleh guru dalam penyampaian pengajarannya kepada murid.
  • 9. UNIT TAJUK 1.4 DASAR-DASAR DAN HALA TUJU PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Bab ini membincangkan dasar-dasar pendidikan dan cara perlaksanaan pendidikan yang diamalkan di Malaysia. Perkembangan pendididkan di Malaysia berlaku mengikut apa yang telah dirancangkan terlebih dahulu berdasarkan dasar-dasar yang ditentukan oleh kerajaan. Dasar digubal bagi menjadikan perjalanan kehidupan rakyat atau warganegara Malaysia diatur dengan baik. Selain itu ,dasar juga bermatlamatkan keharmonian , keadilan, penambahbaikan dan pemantapan kehidupan rakyat. Dasar-dasar digubal kepada empat tujuan utama iaitukawalan , solusi atau penyelesaian masalah , kebajikan atau perkhidmatan dan inovasi dalam bidang pendidikan. Proses pembuatan dan perlaksanaan sesuatu dasar memerlukan perancangan yang teliti dan bersistematik demi mencapai matlamatnya. Pelaksanaan d asar juga melibatkan kos, risiko dan sumber manusia yang pakar dan bilangan yang ramai. Penggubalan dasar pada asasnya dilakukan pada peringkat kabinet. Kemudian diikuti dan diterjemahkan pada peringkat kementerian pelajaran, Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah dan sekolah-sekolah. Guru-guru di sekolah pula pelaksana dasar yang diarahkan. Guru perlu akur dengan dasar yang telah dibuat dan melaksanakannya dengan sebaik-baiknya. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan 1. Dasar Satu pengistiharan (hasrat dan ideologi kerajaan ) dibuat dari semasa ke semasa untuk menyelesaikan atau mendapatkan hasil atau mencapai objektif. 2. Sistem Adalah suatu jaringan kerja dari prosedur-prosedur yang saling berhubungan, berkumpul bersama-sama untuk melakukan sesuatu kegiatan atau untuk menyelesaikan suatu sasaran tertentu. 3. Glokal Glokal adalah penyatuan minda dan penyatuan tindakan yang memberikan kekuatan secara tempatan (lokal) dan juga di peringkat antarabangsa dalam menangani masalah Orang di dunia dan akhirat. 4. Dualisme Teori yang berasaskan dua dasar yang berlainan‟ atau „perihal yang mendua, sesuatu yang berasaskan dua hal yang bertentangan.‟ 5. Inovasi Amalan atau bahan yang boleh membawa pembaharuan seseorang individu atau sistem social.
  • 10. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini banyak memberi pendedahan kepada saya tentang dasar-dasar dan sistem perlaksanaan pendidikan di Malaysia.Sebagai seorang guru saya dapat lebih mengenal tentang empat jenis tujuan dalam pengubalan dasar pendidikan di Malaysia. Maklumat-maklumat ini sudah pasti akan membantu saya menambahkan sedikit sebanyak ilmu tentang dasar-dasar yang diamalkan di negara kita. Saya dapat memahaminya serta dapat melaksanakan dasar-dasar yang digubal oleh kerajaan kita di peringkat sekolah.
  • 11. UNIT TAJUK 1.5 Rancangan Pembangunan Pendidikan Di Malaysia 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini menjelaskan mengenai rancangan pembangunan pendidikan yang menerusi Rancangan Malaysia. Ia diterangkan secara terperinci melalui lima fasa. Iaitu Zamam Pramerdekaan, Zaman Pasca Merdeka, Zaman Dasar Ekonomi Baru, Zaman Dasar Pembangunan Negara dan diikuti dengan Zaman Dasar Wawasan Negara. Selain daripada itu, perubahan – perubahan yang berlaku dalam bidang pendidikan juga dinyatakan dengan jelas dari tahun 1991 hingga sekarang. Penerangan yang mendalam mengenai setiap enam teras strategik yang terkandung dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) juga terdapat dalam unit ini. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. Bil. Konsep Penjelasan 1. Pelan Induk Merupakan piawaian dan penanda aras yang dijadikan contoh untuk mencapai status negara maju. 2. Dasar Suatu pengistiharaan hasrat atau ideologi kerajaan untuk mencapai sesuatu objektif. 3. Model Insan Diertikan sebagai sumber manusia yang dipunyai oleh negara bagi keperluan pengisian peluang-peluang ke arah pembangunan negara. 4. Teras Sesuatu yang terpenting. 5. Laporan Informasi yang terpenting disusun dan disajikan perusahaan dalam bentuk dokumentasi. 3. Pandangan / komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Maklumat yang terdapat dalam unit ini dapat meluaskan pengetahuan sedia ada saya dalam konteks pelaksanaan PIPP yang memainkan peranan yang amat penting sekali untuk memperkukuhkan dan menjayakan sistem Pendidikan Negara kita ini. Insan yang digelar sebagai pendidik, kita bukan sahaja mencanangkan apa yang terkandung dalam Teras PIPP . Malah kita perlulah memperhalusi secara mendalam keenam – enam teras PIPP ini supaya dapat merealisasikan aspirasi dan impian sistem Pendidikan di Negara kita. Tanggungjawab membangunkan modal insan yang bakal memacu transformasi Negara ke arah ekonomi berasaskan celik ilmu, serta pembangunan model insan yang menyeluruh aruslah diutamakan.
  • 12. UNIT TAJUK 1.6 Kurikulum Sebagai Wahana Menterjemah Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Unit ini menerangkan tentang Dasar Kurikulum. Kurikulum dijadikan sebagai satu bidang kajian ilmu. KPM memainkan peranan yang amat penting sekali dalam pembangunan dan perkembangan kurikulum kebangsaan. Elemen yang penting dalam kurikulum adalah seperti kandungan, rancangan, kaedah dan penilaian. Kurikulum dibahagikan kepada kurikulum formal iaitu kurikulum yang terancang dan terkandung dalam sistem Pendidikan Di Malaysia. Manakala kurikulum tidak formal adalah kurikulum yang tidak dikawal dan terancang seperti Ko-kurikulum dan kurikulum tersembunyi. Peranan FPK dan perubahan yang terkini dalam dasar kurikulum juga dinyatakan dengan terperinci dan jelas dalam unit ini. KSSR merupakan kurikulum yang terkini bagi menggantikan KBSR yang menekannkan 4 elemen yang utama iaitu menulis, membaca, mengira dan menaakul. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. bil. Konsep Penjelasan 1. Kurikulum Formal Merangkumi akademik yang dijalankan melalui kurikulum pengajaran dan kurikulum operasi. 2. Ko-kurikulum Semua aktiviti tambahan yang dijalankan selepas waktu pengajaran sekolah. 3. Menaakul kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang pelajar itu membuat keputusan berdasarkan akal dan logik. 4. Kurikulum Tidak Segala ilmu yang diterima daripada pengalaman yang dipelajari Formal secara tidak langsung. 5. Falsafah Pendidikan Falsafah pendidikan yang menjadi panduan bagi semua aktiviti Kebangsaan pendidikan di Malaysia dekenali sebagai FPK. 3. Pandangan / komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Kandungan unit ini, menjadi haja tuju yang jelas kepada golongan pendidik dengan menjelas dan menekankan pendidikan yang berkesan dalam apa jua dasar kurikulum yang dilaksanakan. Falsafah Pendidikan Kebangsaan menjadi wahana dan garis panduan kepada Negara untuk bertindak mengikuti proses – proses yang dijalankan ke arah matlamat yang dihasratkan. Ia akan menjadi kenyataan apabila kurikulum yang dibangunkan bersifa sempurna yang merangkumi pendidikan pada semua peringkat dan bersifat senteralisasi. Kurikulum seperti KSSR adalah bersifat dinamik dan fleksibel disesuaikan dengan keadaan yang semasa. Sebagai warga pendidik kita harus mendalami matlamat KSSR untuk melahirkan model insan yang berkualiti tinggi sepertimana yang impikan dalam FPK.
  • 13. UNIT TAJUK 1.7 REKA BENTUK KURIKULUM DI MALAYSIA 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Kurikulum kebangsaan didokumentasikan dan dikenali mengikut tahap dan jenis pendidikan.Iaitu Kurikulum Standard Pra Sekolah(KSPS),Kurikulum Standard Sekolah Rendah(KSSR),Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah(KBSM) dan Kurikulum Pendidikan Khas(KPK).Prinsip dan Model Tyler(1949) digunakan dalam perkembangan kurikulum.Langkah-langkah pengembangan kurikulum menurut Model Tyler ialah Menentukan Matlamat/Objektif,Pemilihan Kandungan,Prinsip Penyusunan Kandungan Dalam Reka Bentuk Kurikulum dan Penilaian.Terdapat beberapa kelemahan dalam model Tyler iaitu,terlalu tertakluk kepada objektif,terlalu linear dan terlalu terbuka.Bagi mengatasi masalah ini model ini diubahsuai dan dinamakan Model Interaksi.Pola dan orientasi reka bentuk kurikulum adalah berpusatkan akademik,berpusatkan pelajar dan berpusatkan masalah. Model CIPP digunakan bagi penilaian kurikulum.Terdapat empat peringkat dalam model ini.Iaitu Peringkat Penilaian Konteks,Peringkat Penilaian Input,Peringkat Penilaian Proses dan Peringkat Penilaian Produk.Pengaruh Perspektif terhadap ilmu terhadap reka bentuk kurikulum.Secara umum terdapat dua perspektif ilmu iaitu perspektif objektivis yang melaksanakan kaedah deduktif dalam pengajaran ,dan perspektif konstruktivisme yang melaksanakan kaedah induktif.Pelbagai faktor dan model diambil kira untuk membentuk kurikulum. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan 1. Prinsip Penyusunan Panduan dalam menentukan tujuan halatuju pendidikan,isi kurikulum kandungan,proses pelaksanaan,aktiviti/pengalaman pembelajaran dan penilaian. 2. Prinsip kesinambungan Pemeringkatan ilmu,kemahiran dan nilai yang perlu dikuasai Kandungan oleh pelajar. 3. Prinsip Ketertiban Jumlah timbun- tambah ilmu, kemahiran dan nilai yang dibina kandungan menerusi pembelajaran yang dilaksanakan merentas waktu. 4. Prinsip kesepaduan Menetapkan agar pengalaman pembelajaran dihubungkaitkan kandungan antara satu sama lain supaya pembelajaran lebih bermakna. 5. Prinsip Litupan(skop) Keluasan dan kedalaman kandungan yang perlu dimuatkan dalam sesuatu kurikulum dan pengajaran. Kandungan
  • 14. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Pada pendapat saya,perkembangan kurikulum direka dengan teliti supaya dapat melahirkan murid yang kualiti. Perkembangan Kurikulum yang sempurna dan bersesuaian dapat membantu pengajaran dan pembelajaran.Melalui unit ini saya dapat mengetahui cara perkembangan kurikulum dibina.Pelbagai faktor-faktor mencorakkan kurikulum yang direka dan menentukan hasil akhir yang diperolehi.
  • 15. UNIT TAJUK 1.8 PENTERJEMAHAN DAN PENTAFSIRAN KURIKULUM KEBANGSAAN 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Peranan Kurikulum Kebangsaan ialah melahirkan tenaga kerja yang mahir,penyebaran ilmu pengetahuan,perkembangan individu secara menyeluruh,penerapan dan perkembangan nilai-nilai murni dan pembentukan masyarakat Malaysia yang bersatu padu.Objektif kurikulum adalah Domain Kognitif,Domain Afektif dan Domain Psikomotor.Matlamat kurikulum adalah kembangkan potensi pelajar,asas untuk pengetahuan lanjutan,melahirkan insan yang sempurna(JERI),membentuk warganegara yang dapat memberi sumbangan kepada diri,keluarga,masyarakat dan negara dan menjadikan pelajar yang boleh menggunakan pengetahuan dan kemahiran dalam menyelesaikan masalah harian.Perkara yang perlu dipertimbangkan semasa menyatakan objektif adalah fokuskan kepada pelajar dan menggunakan perubaha tingkah laku pelajar sebagai rujukan.Beberapa kriteria perlu diambil kira semasa menulis objektif.Kriteria tersebut adalah jangkaan hasil,pelajar,sebelum p&p kesan dan eksplisit.Ada beberapa proses dalam penterjemahan kurikulum Penterjemahan kurikulum sekolah kepada proses pengajaran dan pembelajaran.Iaitu analisis kurikulum,tentukan keperluan kurikulum,konteks pengajaran pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran,penilaian dan semakan semula. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan 1. Domain Objektif Pengetahuan,kefahaman,aplikasi,analisis,sintesis dan Kognitif penilaian. 2. Domain Objektif Perwatakan,mengorganisasi,menghargai,memberi tindak balas Afektif dan menerima. 3. Domain Objektif Naturalisasi,artikulasi,ketelitian,memanipulasi dan meniru. Psikomotor 4. Kurikulum Suatu program pendidikan yang termasuk kurikulum dan Kebangsaan kegiatan kokurikulum yang membantu dari segi jasmani,mental ,emosi dan rohani. 5. Kurikulum sekolah Segala rancangan pendidikan yang dikendalikan oleh sesebuah sekolah.
  • 16. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Pada pendapat saya unit ini menerangkan tentang kurikulum sebagai satu jambatan menghubungkan dengan matlamat.Unit ini juga memberi penjelasan kepada saya , tujuan menulis objektif dan matlamat bagi sesuatu pengajaran dan pembelajaran.Selain itu,saya dapat mengetahui lebih dalam tentang penterjemahan kurikulum.Saya juga dapat menambahkan idea untuk menyediakan satu rancangan pengajaran harian yang berkesan melalui unit ini.
  • 17. UNIT TAJUK 1.9 ETIKA KEGURUAN DAN PERATURAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Guru dianggap sebagai arkitek dan jurutera sosial dalam mencorak dan membangunkan bangsa Malaysia pada masa depan. Jadi kerajaan telah membentuk satu dasar yang dapat mengharmonikan perjalanan guru melalui etika dan peraturan yang menjadi panduan sifat dan kualiti guru yang profesional.Dalam bidang pendidikan, etika keguruan dimaksudkan sebagai satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa,masyarakat dan negara,rakan jawat sera profesion.Etika kerja Kementerian Pelajaran Malaysia mengikut enam prinsip.Seterusnya, kod etika keguruan dapat memartabatkan profesion itu sendiri dengan tingkah laku dan tanggungjawab guru itu sendiri .Di samping itu, selain kod etika ini pelbagai dasar dan peraturan menjadi panduan membentuk guru sebagai insan yang baik. Kesimpulannya, dengan kod etika keguruan dan peraturan,peraturan yang digubal, kementerian Pelajaran Malaysia percaya dapatlah membentuk seseorang guru yang kualiti ,produktiviti,dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan peradaban, peranan nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya Konsep Penjelasan 1. Etika Profesionalisme Satu set tingkah laku atau tanggungjawab guru terhadap pelajar, ibu bapa,masyarakat dan negara dan rakan sejawat Keguruan serta profesion . oleh itu, setiap guru berkhidmad wajib akur dan tidak melanggar etika ini. 2. Tatasusila Profesion Pendidikan membentuk warganegara yang berilmu,yang taat Keguruan setia,yang bertanggungjawab dan berkebolehan, yang menyedari betapa pentingnya usaha menuju ke arah kebenaran dan pencapaian hasrat yang gemilang.maka dengan ini, tatasusila profesion keguruan menjadi panduan untuk membolehkan guru menyempurnakan profesion keguruan ke taraf kesusilaan yang setinggi – tingginya. 3. Akauntabiliti Akauntabiliti keguruan merangkumi tanggungjawab yang harus keguruan difahami dan dilaksanakan oleh seseorang guru terhadap pelajar, diri guru itu sendiri ,sekolah , masyarakat dan negara
  • 18. serta profesion keguruan . ia juga membolehkan semua guru dapat menjalankan tanggungjawab dan tugas – tugasnya dengan penuh komited dan dedikasi untuk melahirkan modal insan seperti yang di cita – citakan negara. 4. Etika kerja Ia menjadi garis panduan untuk meningkatkan tahap kualiti , Kementerian produktiviti dan disiplin dalam perkhidmatan dengan memberi Pelajaran Malaysia penekanan terhadap semua aspek yang berkaitan dengan peraturan,peradaban,peranan,nilai serta tingkah laku profesion dalam masyarakat. 5. Peraturan Dalam Peraturan adalah untuk menjaga imej kerajaan khasnya dan Pendidikan perkhidmatan awam amnya. Peraturan – peraturan ini adalah untuk menghukum pegawai awam yang didapati melanggar peraturan supaya dapat membaiki tingkah laku untuk menjadi panduan dan pengajaran kepada orang lain. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Pada pendapat saya unit ini menerangkan bahawa guru adalah penjana transformasi pendidikan negara.Guru harus memiliki sikap profesional ,mempamerkan ciri – ciri kekuatan teori, kaya dengan ilmu, bertindak diatas landasan etika dan tatasusila kerja,sentiasa berusaha meningkatkan kualiti hasil pengajaran, menampilkan watak terpuji, berimej, berperibadi mulia, berwawasan sebagai pendidik unggul pada setiap masa dan berupaya melahirkan pelajar yang mempunyai kekuatan ilmu, berpersonaliti dan serba boleh. Jadi dalam konteks Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia telah menggariskan sifat dan kualiti guru yang profesion melalui kod etika profesionalisme keguruan, etika kerja Pelajaran Malaysia, tatasusila Profesion keguruan Malaysia,akautabiliti keguruan serta peraturan dalam pendidikan.Keseluruhannya, kesemua peraturan dan tanggungjawab ini diperkenalkan untuk membentuk guru sebagai insan yang mulia. Tambahan pula, peraturan tersebut merupakan satu sistem kawalan disiplin kepada guru dalam bentuk pembentukan, penghukuman dan langkah – langkah peningkatan disiplin. Dengan ini dapat mewujudkan perkhidmatan yang menepati slogan ‟ bersih cekap dan amanah‟.
  • 19. UNIT TAJUK 1.10 AKTA PENDIDIKAN 1996 1. Ringkasan Isi Kandungan Unit Akta pendidikan 1996 menyatakan bahawa ilmu itu adalah penentu utama arah tujuan negara dan penyelamat bangsa.Tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global, kesan daripada perkembangan pesat dalam sains dan teknologi maklumat. Akta ini dianggap sesuatu yang perlu, selagi ia selaras dengan dasar itu, dengan menyediakan pengajaran yang cekap dan selagi ia tidak melibatkan perbelanjaan awam yang tidak munasabah, untuk mengambil kira akan prinsip am bahawa murid harus dididik mengikut hasrat ibu bapa masing-masing. Akta ini merupakan suatu Akta untuk mengadakan peruntukan bagi pendidikan dan bagi perkara-perkara yang berkaitan dengannya. Akta pendidikan 1996 ini memberikan implikasi penting kepada pendidikan prasekolah, pendidikan rendah serta peruntukan kuasa Menteri pelajaran. Program pendidikan ini telah dirancang untuk menjadi kunci kepada penyelesai pembasmian kemiskinan dalam kalangan rakyat dan seterusnya memantapkan perpaduan negara. Akta pendidikan 1996 telah memastikan perkembangan pendidikan Malaysia yang sentiasa dinamik. 2. Pilih 5 konsep yang terdapat dalam unit dan berikan penjelasannya. Bil Konsep Penjelasan 1. Penyata Menteri Pelajaran ketika itu Y.B. Dato' Tun Abdul Razak Hussein Razak 1956 menubuhkan Jawatankuasa Pelajaran dan mengesyorkan beberapa perubahan dalam system pendidikan dan laporan ini dikenali sebagai PenyataRazak (1956).Tujuan Penyata Razak adalah Menjadikan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, bahasa perpaduan dan bahasa pengantar di sekolah. 2. Ordinan Ordinan pelajaran 1957 ini menyatakan tentang Peraturan-Peraturan Pelajaran Pelajaran (Disiplin Sekolah), 1959, dan hendaklah dipakai bagi semua 1957 sekolah.peraturan inidisimpan di bawah seksyen 59 Ordinan. Guru Besar sesebuah sekolah adalah bertanggungjawab atas disiplin sekolah dan bagi maksud itu hendaklah mempunyai kuasa ke atas Guru-Guru dan murid-murid sekolah itu. 3. Laporan Selepas pilihan raya 1959,sebuah jawatan kuasa yang diketuai oleh Rahman Abdul Rahman Talib telah ditubuhkan untuk mengkaji semula syor - Talib 1960 syor–dalam laporan razak. 4. Akta Matlamat dasar ini ialah untuk mewujudkan persefahaman dan
  • 20. Pelajaran perpaduan dikalangan rakyat.sistem KBSR dan KBSM diperkenalkan 1961 melalui akta ini. 5. Akta pendidikan mempunyai peranan penting dalam menjayakan wawasan Pelajaran negara demi untuk mencapai taraf negara maju sepenuhnya dan segi 1996 kemajuan ekonomi, keadilan sosial, dan kekuatan rohani, moral dan etika, ke arah mewujudkan suatu masyarakat yang bersatupadu, demokratik, liberal dan dinamik. 3. Pandangan/ komentar anda tentang kandungan unit ini dalam konteks profesionalisme keguruan anda. Pada pendapat saya, unit ini menerangkan tentang pembentukan, kandungan dan implikasi Akta pendidikan 1996. Akta pendidikan ini telah memastikan perkembangan pendidikan di Malaysia yang sentiasa dinamik dan juga perkembangan pendidikan dalam diri saya sebagai seorang guru.Ia juga menjadi suatu misi untuk menghasilkan sistem pendidikan yang bertaraf dunia dari segi kualiti bagi memperkembangkan potensi individu yang sepenuhnya dalam diri saya untuk mencapai aspirasi negara Malaysia.
  • 22. Esei ilmiah : Unit 2 : Falsafah Pendidikan Kebangsaan(FPK) : Huraian dan Penghayatan. Soalan : a) Bagaimana pengetahuan dan pengalaman terhadap isi kandungan unit tersebut memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Dalam sistem pendidikan kebangsaan yang diamalkan sekarang, falsafah pedidikan tidak dinyatakan secara tersurat. Walau bagaimanapun, hasrat dan matlamat pendidikan negara telah dicerminkan dalam Penyata Razak, Laporan Rahman Talib, Akta Pelajaran 1961 dan Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. Dalam konteks pembangunan negara, sistem pendidikan kebangsaan ini dikaitkan pula dengan prinsip-prinsip Rukunegara. Keperluan untuk menyatakan Falsafah Pendidikan Negara secara tersurat telah lama disedari. Falsafah Pendidikan ini dapat menjadi cermin cita-cita dan keunggulan yang hendak diperjuangkan oleh rakyat negara ini. Selaras dengan hasrat dan cita-cita ini Falsafah Pendidikan Negara memberi impak terhadap perkembangan profesionalisme keguruan. Pada amnya, perkataan falsafah boleh difahamkan sebagai pemikiran atau pandangan yang benar, rasional dan bernas. Pemikiran atau pandangan ini dihasilkan daripada usaha kajian ahli falsafah dengan cara yang saintifik, sistematik dan logikal. Tujuan falsafah ialah mencari serta membuktikan kebenaran dan memberi arah tuju atau pedoman untuk perkara- perkara yang penting dalam kehidupan. Berdasarkan huraian di atas, falsafah pendidikan boleh diertikan sebagai pedoman, arah tuju atau pandangan terhadap perkara-perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Maka, Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK) adalah digubal daripada usaha berfikir yang rasional dan kritis berlandaskan daripada ideologi negara sebagaimana yang telah dimanifestasikan dalam Laporan dan Dasar Pendidikan, termasuk Rukun Negara. Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini akan menjadi suluh yang memberi pedoman dan hala kepada segala usaha pendidikan sama ada di dalam institusi pendidikan atau di luar institusi pendidikan. Sehubungan ini, Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah digubal secara rapi dan teliti oleh pakar-pakar pendidikan yang mengambil kira seluruh aspek yang berkaitan dengan keperluan-keperluan individu, masyarakat dan negara. Berdasarkan kepada pertimbangan-pertimbangan atas Laporan dan Akta Pendidikan, Rukun Negara dan ciri-ciri kebudayaan masyarakat Malaysia, maka Falsafah Pendidikan
  • 23. Kebangsaan yang dinyatakan berikut digubal dan diumumkan secara rasmi pada tahun 1988. “Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang harmonis dan seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.” Berlandaskan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang telah dihuraikan diatas, maka Matlamat Pendidikan Negara ialah bertujuan melahirkan insan yang baik dan sempurna supaya menjadi warganegara Malaysia yang berguna. Dengan perkataan lain, Matlamat Pendidikan Negara bertujuan melahirkan rakyat Malaysia yang sempurna dan memiliki serta menghayati ciri-ciri kepercayaan dan patuh kepada Tuhan, berilmu pengetahuan, berakhlak mulia, bertanggungjawab kepada diri sendiri, masyarakat, agama dan negara, memiliki sahsiah yang seimbang dan sepadu serta memupuk perpaduan di kalangan rakyat berbilang kaum. Pendidikan pada masa kini adalah sesuatu yang berharga. Pendidikan yang terbaik mestilah datang dari pendidik atau guru yang yang terbaik. Falsafah Pendidikan Kebangsaan merupakan asas yang menjadi panduan bagi sistem pendidikan di Malaysia. Kefahaman terhadap kandungan Falsafah Pendidikan Kebangsaan semestinya akan memberi kepuasan khususnya kepada warga pendidik itu sendiri dalam menunaikan amanahnya kepada anak bangsa. Apabila seseorang pendidik itu memahami kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan, maka hasilnya adalah bangsa yang berjaya bukan sahaja dari akademiknya, malah akhlaknya jua. Falsafah Pendidikan Kebangsaan memberi impak dalam diri seseorang guru melalui: i) Kepuasan bekerja Sesuatu pekerjaan yang dilakukan dengan minat secara mendalam yang datang dari hati akan melahirkan satu perasaan yang dinamakan kepuasan, di mana dari kepuasan itu akan menzahirkan produk yang berkualiti. Begitulah juga konsepnya dalam sistem pendidikan, di mana apabila seseorang guru itu melaksanakan tugasnya dengan penuh komitmen sambil menjadikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan sebagai panduan, maka lahirlah kepuasan di
  • 24. dalam diri seseorang guru itu selepas segala amanah yang digalas terlaksana. Hasilnya, insan yang berjiwa serta seimbang dari segi jasmani,emosi, rohani dan intelek telah Berjaya bebas dari kepompong kejahilan. ii) Sikap Bangsa yang berjaya bukanlah diukur dari segi pencapaian akademik sahaja, malah sikap turut menjadi elemen penting dalam melahirkan bangsa yang berkualiti bagi sesebuah negara. Berdasarkan kepada Falsafah Pendidikan Kebangsaan, hasil daripada usaha memperkembangkan potensi seseorang individu adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Bagi mencapai matlamat tersebut, sikap individu itu adalah penting. Tanpa sikap serta sahsiah diri yang cemerlang di dalam diri individu, maka usaha untuk mencapai kesejahteraan diri sukar untuk dicapai kerana mereka ini dianggap gagal untuk menjaga sikap atau akhlak terhadap diri sendiri. Apabila diri gagal dipimpin, maka jauh sekali kepimpinan serta sumbangan terhadap kemakmuran masyarakat dan negara dapat disumbangkan. Ini adalah kerana, sikap memainkan peranan yang penting untuk mencapai kejayaan dalam sesuatu perkara yang diusahakan. Dapat dilihat bahawa sikap memainkan peranan penting dalam diri seseorang pelajar di mana ianya menjadi antara tugas guru bagi memastikan pelajarnya bukan sahaja hebat di dalam akademik mahupun kokurikulum tetapi sahsiahnya juga penting. Apabila seimbang intelek, rohani, emosi dan jasmani, maka potensi individu yang dikembangkan akan seimbang. iii) Hasil Pembelajaran Hasil pembelajaran pelajar dinilai berdasarkan keputusan peperiksaan yang dijalankan oleh pihak sekolah atau kementerian di mana ianya juga merupakan keluaran bagi mutu kerja seseorang guru. Jika tinggi peratusan pelajar yang berjaya dalam peperiksaan, maka berhasilah usaha yang dijalankan guru tersebut. Jumlah pencapaian pelajar cemerlang atau sebaliknya akan memberi kesan terhadap kualiti kerja guru tersebut. Menurut kajian oleh McClelland (1961) di dalam Sidek Mohd Noah dan Mohd Ali Jaamat (1998) menunjukkan bahawa pencapaian akademik yang tinggi seringkali dikaitkan dengan individu yang mempunyai motivasi pencapaian yang tinggi. Guru adalah medium penting dalam meningkatkan motivasi pelajar terutamanya ketika sesi pembelajaran dijalankan. Cara menjana motivasi atau semangat pelajar adalah bergantung kepada kreativiti guru bagi memastikan pencapaian
  • 25. pelajarnya cemerlang. Apabila seorang guru itu memahami antara kehendak Falsafah Pendidikan Kebangsaan di mana mewujudkan pelajar yang mempunyai intelek yang tinggi, maka usaha yang diberikan oleh guru itu bukanlah hanya melepaskan batuk ditangga namun ianya adalah sebaliknya demi menjalankan amanah yang dipikul oleh guru itu. Oleh yang sedemikian, hasilnya adalah pelajar yang mempunyai keputusan yang cemerlang. iv) Menerapkan falsafah dalam bilik darjah Falsafah dalam bilik darjah bermula dengan tindak balas pelajar terhadap bahan stimulus seperti sebuah cerita pendek atau puisi yang diberikan guru. Bahan stimulus melahirkan rasa ingin tahu pelajar dengan menumpukan kepada isu besar yang relevan dengan kehidupan mereka, seperti isu semasa yang melibatkan masyarakat setempat atau global. Guru seharusnya berupaya memilih dan bahan atau alatan yang betul bagi membangkitkan rasa ingin tahu pelajar terhadap subjek yang dipelajari. Ini kerana falsafah digambarkan dengan persoalan yang berkaitan dengan masalah minda, pemikiran, pengetahuan,imaginasi dan interaksi di antara minda. Mewujudkan persoalan di kalangan pelajar adalah satu cara bagaimana falsafah dipraktikan di dalam bilik darjah. Guru menunjukcara bagaimana kemahiran diaplikasikan seperti kemahiran memateri seharusnya mendorong rasa ingin tahu pelajar yang akan merangsang minda pelajar untuk berfikir dan mengutarakan persoalan yang timbul dari kotak pemikiran mereka. Hal ini kerana falsafah akan mendorong pemikiran sehingga peringkat kesedaran dan mendorong kepada pencarian terhadap pilihan yang kreatif, pandangan yang berbeza dan membawa kepada berfikir. Ketika mengaplikasikan falsafah dalam bilik darjah, guru perlu menumpukan perhatian terhadap kandungan serta proses yang membawa kepada pembentukan masyarakat yang rajin untuk berfikir. Ini kerana menurut Beyer (1990) dalam Hinton (2003) fokus falsafah dalam bilik darjah bukan pada apa yang harus difikir, tapi tentang cara berfikir. Bagi membentuk pelajar menjadi masyarakat sedemikian rupa guru boleh mengaplikasikan aktiviti pembelajaran yang melibatkan perbincangan dalam kumpulan bagi mendorong pelajar untuk berfikir dan berdebat dalam mencari kebenaran. Melalui aktiviti tersebut cara berfikir pelajar dapat diasah dan dibentuk. Antara kaedah berfikir seperti yang disarankan dalam falsafah bagi mendorong pelajar berfikir secara kritis telah dinyatakan oleh Cam, (1995) seperti mendefinisikan istilah, menarik kesimpulan deduktif, menganalisa kenyataan bersyarat dan membina analogi.
  • 26. Kesimpulan Selain mengetahui kaedah untuk mengaplikasikan falsafah dalam bilik darjah seseorang bakal guru yang didedahkan dengan falsafah juga sering diasak dengan persoalan yang timbul dalam diri mereka sendiri. Lantaran daripada itu, guru pada hari ini lebih senang bertindak mengikut logik akal semata-mata apabila berdepan pelajar atau menghadapi sebarang masalah di dalam proses pengajaran dan pembelajaran dengan mengabaikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang seharusnya menjadi panduan kepada mereka dalam membuat sesuatu keputusan. Bagi mengembalikan kesedaran guru akan kepentingan Falsafah Pendidikan Kebangsaan terdapat beberapa strategi yang boleh dilaksanakan. Strategi ini seharusnya diberi perhatian dan dilaksanakan bagi menyediakan serta melengkapkan guru pada hari esok dengan kefahaman falsafah yang baik. Strategi ini turut melibatkan bakal-bakal guru yang masih menerima latihan dan pendidikan bagi melayakkan mereka bergelar seorang guru. Pertama sekali, falsafah dan guru adalah kompenen terpenting yang harus diberi perhatian dalam sebarang proses latihan pengajaran. Melalui strategi ini, guru-guru yang berada di dalam proses latihan mengajar boleh menghayati falsafah pendidikan dengan memfokuskan pengajaran mereka. Seterusnya, dalam melengkapi seseorang guru bagi masa hadapan adalah penting bagi mereka memahami diri mereka dengan lebih baik. Adalah menjadi tanggungjawab institusi yang memberi pendidikan dan latihan kepada guru untuk melatih bakal-bakal guru dengan merangsang latihan intelektual mereka. Persoalan-persoalan yang ditimbulkan mampu merangsang intelektual guru untuk sentiasa berfikir secara kreatif dan kritis. Proses mencari jawapan kepada persoalan tersebut turut membawa guru-guru mendekati dan menghayati falsafah. Menjadi seorang guru yang baik bukanlah suatu tugas yang mudah, kerana seorang guru yang baik diperlukan bagi menghasilkan manusia pada masa hadapan yang akan menentukan naik turun sesebuah negara bangsa. Bagi menjadi seorang guru yang baik, tidak cukup bagi mereka jika hanya mempunyai pengetahuan dalam bidang kepakaran mereka sahaja. Tidak cukup juga jika guru hanya memiliki tekad untuk mengajar para pelajar dengan baik, ini kerana bagi menjadi seorang guru yang baik, pelbagai aspek perlu dimiliki. Banyak aspek guru yang baik perlu diisi agar memenuhi tujuan-tujuan sebenar pendidikan. Salah satu aspek penting tersebut adalah kefahaman guru terhadap Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
  • 27. Soalan : b) Cabaran-cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman tentang isi kandungan unit pelajaran. Matlamat utama pendidikan di Malaysia ialah untuk menampung keperluan tenaga kerja dan mencapai perpaduan negara melalui perkembangan individu yang bersepadu dan menyeluruh dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek (JERI) selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Bagi menyempurnakan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan ini, para guru telah diamanahkan untuk menjalankan tanggungjawab sebagai pendidik bukan sahaja dari segi penyebaran ilmu bahkan dalam pembentukan sahsiah anak didiknya. Generasi yang berilmu dan berakhlak tinggi dapat melahirkan bangsa yang bertamadun. Pihak pentadbir dan perancang sentiasa mengharapkan agar guru mempunyai cita-cita unggul iaitu membina masyarakat yang bertamadun tinggi. Apabila Falsafah Pendidikan Kebangsaan dihayati, guru harus sedar bahawa mereka sebenarnya memikul tanggungjawab yang amat berat. Guru perlu mencurahkan ilmu sama ada pelajarnya mahu atau tidak mahu menerimanya. Di samping itu, mereka harus peka dengan perubahan semasa dan menyesuaikannya secara bijak bagi menangani masalah pengajaran dan pembelajaran terutama yang berkaitan dengan disiplin pelajar. Pada amnya, guru perlu pakar atau profesional dalam segala bidang. Untuk menjadi guru yang profesional, seseorang guru itu harus menekankan tiga aspek penting dalam dirinya iaitu kepakaran, pengetahuan dan pembentukan sahsiah (Robiah, 1998). Mereka bukan sahaja berkemahiran mengajar dan mengembangkan ilmu, malah sikap, tingkah laku dan disiplin diri harus dibentuk ke arah profesional. Terdapat banyak cabaran dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman untuk merealisikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang perlu dilalui oleh setiap guru melalui pelbagai aspek. Profession perguruan merupakan profession yang sangat memcabar dan memerlukan persedian yang cukup daripada segala segi seperti jasmani,emosi,rohani dan intelek. Tanpa keperluan- keperluan ini tidak mungkin seorang guru mampu mengajar dengan baik dan berkemungkinan besar gejala seperti guru stress dan sebagainya akan berlaku. Mari kita memikirkan sejenak apa yang dipaparkan di dada akhbar mengenai guru bermasalah, guru mengalami tekanan emosi dan sebagainya. Mengapakah perkara-perkara begini berlaku ? Perkara-perkara ini
  • 28. berlaku berkemungkinan disebabkan pengawalan emosi yang tidak baik dan tidak mampu dan belum bersedia menghadapi cabaran-cabaran yang diterima. Setiap profession mempunyai cabarannya yang tersendiri tidak kira profession kedoktoran, perguruan,kejuruteraan dan sebagainya dan cabaran-cabaran ini mungkin terdapat perbezaannya pada jenis dan keadaanya.Profession perguruan menjurus kepada cabaran- cabaran yang di hadapi di dalam kawasan sekolah secara amnya dan cabaran di dalam pengajarannya secara khususnya. Datuk Dr. Haji Ahamad Sipon berkata, dalam abad ke-21 ini, bidang pendidikan menghadapi pelbagai cabaran akibat kesan globalisasi dan liberasasi. Setiap pendidik di mana-mana institusi pendidikan pasti dan akan menhadapi cabaran sebagai seorang pendidik. Pendidik atau guru diibarat ibu bapa kedua di sekolah dan secara tidak langsung bebanan tanggungjawab menjaga pelajar ini sudah menjadi kewajiban mereka. Begitu juga apabila di dalam kelas, kebanyakkan ibu bapa meletakkan segala kepercayaan dan tanggungjawab kepada para guru untuk mengajar anak-anak mereka supaya cemerlang dalam bidang akademik. Tetapi alangkah malang dan sedihnya nasib seorang guru apabila seorang anak muridnya gagal di dalam peperiksaan dan turut dimarahi oleh ibu bapa pelajar yang tidak memahami.Kenyataan di atas boleh dikatakan hanya cabaran-cabaran yang dilihat dari kanca mata kita kini atau „general‟ tetapi sebenarnya masih terdapat cabaran –cabaran yang lebih khusus yang dihadapi oleh seorang guru. Perkembangan bidang Sains dan Teknologi pada masa kini menjadikan kegiatan pendidikan semakin mencabar dan lebih cangkih. Keadaan ini seterusnya menyebabkan pengurusan di sekolah menjadi semakin kompleks. Tambahan pula, masalah sekolah juga semakin bertambah apabila bilangan murid bertambah di dalam bilik darjah. Situasi ini seterusnya memperlihatkan persediaan seseorang guru berhadapan dengan pelbagai cabaran dalam sistem pendidikan yang sering berubah. Cabaran didefinisikan sebagai sesuatu yang menguji kekuatan, kemahiran dan kemampuan seseorang dalam sesuatu aktiviti. Kemajuan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam era globalisasi pada masa kini menjadikan dunia pendidikan memberi penekanan terhadap penggunaan teknologi yang selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Sebagai seorang guru , cabaran utama pada masa kini dalam mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah kecanggihan teknologi yang semakin pantas saban hari. Dunia kini ,kita boleh menyaksikan bahawa teknologi sentiasa di kemaskinikan atau „update‟dan boleh dikatakan penghasilan perisian atau teknologi baru berlaku setiap 24 jam. Oleh itu, sebagai guru seharusnya melengkapkan diri dan meningkatkan pengetahuan tentang teknologi agar
  • 29. seiring dengan dunia kini dan mampu memudahcarakan proses pengajaran dan pembelajaran.Datuk Dr. Ahamad sipon berkata, kesan globalisasi dan liberasasi menuntut kepada cabaran untuk membangunkan pekerja berilmu atau k-worker yang celik dan mahir dalam penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Dalam masyarakt alaf baru ini yang berorientasi kepada teknologi komunikasi dan maklumat, teknologi memainkan satu peranan yang besar dalam pendidikan dan ini telah membawa satu perubahan yang ketara dalam corak pengajaran pembelajaran tradisional. Dunia semakin canggih walhal boleh kita boleh mengatakan pelajar-pelajar juga semakin pintar dalam penggunaan teknologi. Sehubungan ini peranan seorang guru adalah amat penting dan dia perlu saling melengkapkan diri dengan pengetahuan dan kemahiran sezaman supaya pengajaran dan pembelajarannya dengan menggunakan teknologi sentiasa berkesan.Guru yang aktif dan bersikap terbuka akan sentiasa mengambil cabaran ini sebagai satu perkara yang positif dan berusaha mencari alternatif yang terbaik bagi mengatasinya.Bila difikikan secara positif ,pengaplikasian teknologi dalam pengajaran mampu menghasil generasi berteknologi yang mampu mengharungi era globalisasi dan mampu merealisasikan impian negara agar Malaysia menjadi negara maju 2020. Cabaran kedua sebagai seorang guru untuk mengaplikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah persepsi pelajar-pelajar tentang sesuatu subjek itu sendiri. Subjek yang diajar dan di masukkan di dalam kurikulum sejak kita dari bangku sekolah tadika lagi. Kepentingannya sudah terang begitu meluas digunakan dalam kehidupan seharian kita tetapi yang menghairankan kini mengapa ada subjek tidak digemari ramai pelajar dan ada mengatakan subjek itu adalah sebagai subjek „killer‟ yang hanya mencacatkan keputusan mereka sahaja. Apabila kita membuat kaji selidik terhadap mata pelajaran matematik sudah pasti kita akan mendapati lebih separuh daripada pelajar akan mengatakan pelajaran matematik itu satu subjek yang membosankan, sukar untuk mencari jawapan, melihat angka- angka sahaja sudah memualkan pelajar. Pelbagai jawapan akan diberi oleh pelajar yang rata- ratanya bersifat negatif .Di manakah salah silapnya pelajar kita. Kenapakah mereka berkelakuan sedemikian? Kenapa pelajar fobia kepada matamatik?. Cabaran seperti ini sudah berlaku sejak dari zaman era pra-kemerdekaan lagi, dan sebagai guru pada zaman globalisasi ini seharusnya kita berusaha menghapuskan persepsi negatif pelajar kita ini dengan sentiasa berfikir secara kreatif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Menurut Falsafah Pendidikan Kebangsaan sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran yang baik , penggunaan alat bantu mengajar yang bersesuaian, suasana kelas konduksif, budaya sekolah yang positif
  • 30. dan ketrampilan guru itu sendiri mampu menarik dan memupuk minat pelajar terhadap subjek kritikal ini. Cabaran yang seterusnya adalah kesinambungan cabaran sebelum ini iaitu cabaran komunikasi. Pengajaran dan pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) pada tahun 2003 telah banyak memberi impak negatif mahu pun positif dalam kurikulum sekolah . Bila difikirkan impak secara negatifnya, pelaksanaan PPSMI ini telah semakin menambahkan jurang antara pelajar bandar dan pedalaman .Penggunaan bahasa ibunda kita sendiri ramai pelajar kita tidak berminat dan gagal dalam subjek ini walhal apabila digunakan dalam bahasa asing ini.Perkataan „Yes‟ dan „No‟ sahaja yang sering kali didengari apabila guru menyoal dan menanyakan soalan kepada pelajar terutamanya bagi pelajar – pelajar pedalaman.Merisaukan lagi keadaan ini, dikhuatiri keadaan seperti pada zaman 60-an akan berulang kembali apabila hanya segelintir sahaja terutamanya yang mengambil jurusan kritikal seperti kedoktoran dan kejuruteraan di univeriti-universiti disebabkan keciciran dalam subjek ini sejak dibangku sekolah lagi. Seterusnya, kita fokus pula pada cabaran yang dihadapi oleh para guru atas pelaksanaan PPSMI.Secara jelasnya, pelaksanaan PPSMI ini memberi kesan kepada kedua-dua belah pihak samada pelajar ataupun guru itu sendiri. Diakui terdapat guru-guru Matematik dan Sains kini yang lemah penggunaan Bahasa Inggeris tidak dapat mengaplikasi FPK dengan sepenuhnya. Inilah cabaran kepada mereka berhadapan dengan perubahan kurikulum yang baru, mahu tidak mereka tetap perlu memikulnya segagah yang mungkin. Cabaran ini harus diambil secara profesional oleh guru-guru dan menganggapkan bahawa cabaran ini akan memberi keuntungan kepada mereka kelak. Cabaran seterusnya untuk mengaplikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan oleh para guru ialah bilangan murid yang terlalu ramai di dalam kelas. Purata bilangan pelajar bagi setiap kelas di negara kita ialah mencapai 35 orang. Namun ada juga sekolah yang mencapai angka 45 orang pelajar bagi kelas-kelas tertentu. Kelas yang sesak akan menyukarkan guru mengajar dan mendidik. Oleh itu, guru-guru tidak mempunyai masa yang secukupnya untuk memberi tumpuan dan bimbingan kepada setiap murid. Kesannya, pelajar-pelajar yang sederhana pandai dan lembap akan ketinggalan dalam pelajaran mereka. Hal ini akan menjadikan mereka berasa rendah diri dan terpinggir. Cabaran seterusnya yang dihadapi oleh para guru di sekolah untuk mengaplikasi Falsafah Pendidikan Kebangsaan ialah sikap pelajar yang malas dan pasif. Ramai pelajar yang malas membaca dan membuat latihan yang diberikan oleh para guru, sebaliknya menggemari bahan berbentuk picisan seperti majalah Mangga, URTV, Hai, Ujang dan lain-lain yang kurang bermanfaat. Sikap malas juga menyebabkan mereka sering mengharapkan guru memberikan
  • 31. 100 peratus ilmu kepada mereka. Lambakan bahan ilmiah keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang bernilai RM400 juta membuktikan para pelajar sekarang malas menimba ilmu pengetahuan. Sikap mereka yang berterusan ini bukan sahaja memberi kesan negatif kepada diri sendiri bahkan juga kepada negara yang mengharapkan insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan Jasmani (JERI). Untuk mengaplikasikan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, aktiviti ko-kurikulum, peranan guru dan disiplin murid juga perlu diberi perhatian dan diaktifkan secara menyeluruh. Aspek Kepimpinan Aspek pertama yang perlu diambil perhatian ialah kepemimpinan. Pemimpin sekolah iaitu guru besar merupakan orang penting dalam memajukan institusi pelajaran di Malaysia. Mereka perlu berfikiran kreatif dalam pengurusan dan berhubungan dengan guru dan juga murid. Mereka bertanggungjawab menetapkan falsafah sekolah, membentuk wawasan sekolah, membentuk visi dan misi sekolah yang berlandaskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Selain itu, pihak sekolah juga perlu memastikan aspek-aspek seperti budaya sekolah, aktiviti ko- kurikulum, peranan guru dan juga disiplin murid diberi penekanan dan perhatian yang sewajarnya supaya hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan dapat direalisasikan. Perkembangan semasa memperlihatkan peningkatan peranan guru besar sebagai peneraju utama di sekolah-sekolah. Penyelidikan oleh Morrisson (2005) mendapati bahawa perubahan peranan pentadbir sekolah perlu berlaku dalam aspek-aspek tertentu seperti kepemimpinan, tuntutan kerja, orientasi perniagaan, tanggungjawab, pengurusan sumber manusia, membuat keputusan, komunikasi, kuasa, dan perancangan. Peranan guru besar merupakan antara faktor utama yang akan menentukan kejayaan dan kecemerlangan sesebuah sekolah. Guru besar yang berkesan mampu mengubah keadaan sesebuah sekolah menjadi cemerlang. Dalam melaksanakan amanah menyediakan sumber manusia menjelang tahun 2020, fungsi kepemimpinan, pengurusan, dan pentadbiran sekolah menjadi semakin mencabar. Peranan kepemimpinan di peringkat sekolah mestilah dalam bentuk instructional leader yang memainkan peranan tertentu pada tahap serta kedudukan masing-masing untuk melaksanakan sesuatu progam pendidikan. Kepemimpinan pendidikan juga haruslah berperanan sebagai transformational leader iaitu sebagai agen transformasi perubahan. Pemimpin sekolah yang proaktif akan sentiasa membuat jangkaan-jangkaan tentang perubahan yang sedang dan bakal berlaku agar sentiasa berada dalam keadaan bersedia.
  • 32. Pemimpin sekolah mestilah juga mampu dan berupaya membimbing guru-guru di bawah pengawasannya untuk menjadi lebih berkesan. Sekolah yang berkesan dapat dilihat berdasarkan stail kepemimpinan yang bukan sekadar mampu bertindak sebagai pemimpin pengajaran dan pembelajaran yang berkesan tetapi juga harus mampu membawa perubahan. Justeru itu, di mana-mana sekolah, guru besar merupakan individu yang paling berpengaruh dan bertanggungjawab terhadap sesuatu perubahan. Menurut kata Wilson dan Corcoran (1988), segala kejayaan dan kegagalan murid terletak kepada pihak sekolah, iaitu guru besar dan guru. Kepemimpinan guru besar pula dikenal pasti sebagai pemboleh ubah yang penting sekali, yang mempengaruhi kualiti dan kuantiti hasil sekolah walaupun proses dalaman dan persekitaran sosial (iklim), atau budaya sekolah juga merupakan pemboleh ubah yang mempengaruhi dan menyebabkan perbezaan dalam pencapaian akademik murid (Rutter et al,1979). Untuk mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dengan cara berkesan peranan utama ialah di tangan guru besar. Guru besar yang menentukan segala rancangan dan aktiviti yang dapat merealisisikan falsafah. Untuk menentukan rancangan yang bersesuaian guru besar berhadapan dengan pelbagai cabaran dari segi sumber kewangan, keselamatan dan juga sumbangan dari pihak-pihak tertentu. Aspek Budaya Sekolah Aspek kedua yang perlu diberi penekanan ialah budaya sekolah. Budaya sekolah, kadang kala dikenali sebagai iklim sekolah merupakan salah satu aspek yang penting dalam mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Iklim sekolah yang terbuka menggalakkan murid bebas berinteraksi di antara murid dengan murid, murid dengan guru serta bebas melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti sekolah. Guru pula boleh bekerja dalam keadaan yang mesra, berasa tenteram serta melaksanakan tugas dengan adil, dedikasi, gembira dan sempurna. Iklim sekolah yang terbuka seperti ini merupakan iklim sekolah yang demokratik dan iklim ini akan dapat membantu sekolah mencapai aspirasinya seperti membentuk murid lebih berdedikasi, lebih berinisiatif, lebih rela bekerjasama, lebih ramah dan mesra, lebih spontan dan berkreativiti serta lebih tinggi motivasinya. Budaya sekolah atau iklim sekolah ini mengandungi empat aspek utama iaitu aspek fizikal, aspek sosial, aspek perkembangan intelek dan aspek penggunaan bahasa. Aspek fizikal merangkumi perkara-perkara seperti kebersihan kawasan sekolah, keselamatan anggota-anggota sekolah, kemudahan-kemudahan sekolah yang lengkap, keselesaan yang kondusif untuk pengajaran dan pembelajaran dan juga keindahan sekolah.
  • 33. Dari aspek sosial pula, ia merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan keharmonian di antara anggota-anggota sekolah seperti budaya hormat-menghormati dan mengucap salam, kerjasama, rasa tanggungjawab, perpaduan, kemesraan dan keadilan. Seterusnya aspek perkembangan intelek. Ia merangkumi aspek budaya ilmu seperti semangat mahu belajar sama ada dalam bilik darjah atau di perpustakaan sekolah. Sebagai contoh, sekolah memainkan peranannya melalui penganjuran program-program akademik seperti Program NILAM dengan tujuan membudayakan aktiviti membaca dalam diri murid- muridnya. Program ini secara tidak langsung dapat mengembangkan daya pemikiran murid sama ada kritis atau kreatif. Menurut Ee (1994), tamadun atau bangsa hanya dapat dibina melalui masyarakat yang mengamalkan budaya ilmu. Cara utama membina budaya ilmu ialah melalui amalan tabiat membaca yang berterusan. Aspek yang terakhir ialah penggunaan bahasa. Aspek ini meliputi penggunaan bahasa secara betul dan jitu sama ada di dalam bilik darjah atau di luar bilik darjah. Untuk meningkatkan prestasi dalam aspek penggunaan bahasa, aktiviti pertandingan, perbahasan, syarahan dan pidato boleh dianjurkan oleh pihak sekolah sebagai galakan penggunaan bahasa. Penggunaan bahasa kedua iaitu Bahasa Inggeris juga perlu diberi perhatian sejajar dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang ingin melahirkan modal insan yang mampu berdaya saing di peringkat global. Suasana sekolah yang ceria, kondusif dan meransang pembelajaran diwujudkan bertujuan menghasilkan murid-murid yang berkembang secara harmonis dan menyeluruh dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek. Aspek Ko-kurikulum Aspek ketiga pula ialah ko-kurikulum. Untuk mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan, sekolah juga perlu memainkan peranan yang berkesan dalam melaksanakan gerak kerja ko-kurikulum. Gerak kerja ko-kurikulum merupakan gerak kerja bercorak pendidikan yang dijalankan di dalam dan di luar waktu sekolah. Gerak kerja merupakan aktiviti-aktiviti kumpulan secara informal. Gerak kerja ko-kurikulum berasaskan pembelajaran di bilik darjah adalah kesinambungan kurikulum yang dilaksanakan di sekolah. Walaupun aktiviti-aktiviti ko- kurikulum lebih bercorak informal, tetapi gerak kerja yang dijalankan adalah terancang. Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah diharapkan akan menyemai sifat-sifat kepemimpinan, kerjasama, tolong-menolong dan sedia berkhidmat di kalangan murid. Aktiviti ko-kurikulum juga perlu dirancang supaya semua murid mempunyai perseimbangan antara perkembangan mental dengan perkembangan sosial, jasmani dan rohani. Pelaksanaan ko-
  • 34. kurikulum cuba melihat minat dan bakat murid-murid. Melalui kegiatan kumpulan, semua murid boleh dididik dan mendidik diri sendiri. Sekolah ialah institusi yang bertanggungjawab dan menghadapi cabaran dalam mendidik murid-murid untuk mengembangkan minat dan bakat. Aktiviti-aktiviti yang boleh dilaksanakan dalam gerak kerja ko-kurikulum ialah pasukan unit beruniform, persatuan atau kelab dan juga sukan. Pihak sekolah perlu memastikan semua murid melibatkan diri dalam ko- kurikulum ini kerana gerak kerja ini dianggap sebagai sebahagian daripada kurikulum sekolah dan sebagai satu bidang pendidikan. Gerak kerja ko-kurikulum dilaksanakan di sekolah mempunyai beberapa matlamat penting yang merangkumi aspek pendidikan, aspek pembelajaran, dan aspek sosialisasi. Dari aspek pendidikan, pelaksanaan gerak kerja ko-kurikulum di sekolah diharap akan dapat membina dan menyuburkan sahsiah yang seimbang di kalangan murid, memupuk nilai- nilai ahklak dan pendidikan yang diingini, memajukan kemahiran, minat dan bakat murid, meningkatkan disiplin dan kepemimpinan diri, mengukuhkan dan memperkayakan lagi pengetahuan dan kemahiran, menjadi asas kerjaya pada masa akan datang dan mengisi masa lapang dengan aktiviti berfaedah dan menyeronokkan. Dari aspek pembelajaran pula, kegiatan ko-kurikulum bertujuan untuk mewujudkan dan mempertingkatkan suasana sekolah yang lebih menarik dan menggembirakan murid-murid. Selain itu, perhubungan antara guru dengan murid juga dapat diwujudkan. Dari aspek sosialisasi, gerak kerja ko-kurikulum ini dilihat mampu melahir dan membentuk murid-murid yang mempunyai semangat kekitaan dan kewarganegaraan serta mempunyai rasa dan tanggungjawab berkhidmat untuk masyarakat. Secara keseluruhannya, pihak sekolah perlu mempertingkatkan kualiti pengurusan ko- kurikulum dan sukan dengan usaha memperkembangkan lagi potensi individu, membentuk sahsiah, membantu pertumbuhan jiwa bermasyarakat, meningkatkan mutu disiplin para murid bagi memperkukuhkan integrasi di kalangan mereka. Selain itu, pihak sekolah juga harus memberi peluang secukupnya kepada murid-murid untuk menyertai pelbagai aktiviti terancang bagi memperkembangkan minat, bakat serta kemahiran masing-masing. Aspek Guru Aspek yang seterusnya ialah guru. Peranan guru amat penting dalam mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Guru bertanggungjawab dan menghadapi cabaran dalam memperkembangkan potensi murid secara menyeluruh dan bersepadu yakni insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani.
  • 35. Dengan pengenalan KBSR dan KSSR di negara kita, peranan guru di sekolah juga bertambah lebih kompleks. Guru mula memainkan peranan sebagai pengajar, pengurus, fasilitator, pembimbing, penggalak, penyelaras dan juga sebagai inovator, iaitu orang yang mendatangkan pembaharuan. Seseorang guru menjalankan seperti menggerakkan, mengatur dan menilai prestasi murid-murid. Sebelum memulakan satu-satu pelajaran, minat murid seharusnya ditimbulkan terlebih dahulu terhadap topik yang akan disampaikan. Proses pembelajaran berlaku dengan lebih cepat sekiranya murid-murid mempunyai minat terhadap pelajaran itu. Oleh itu, adalah penting bagi guru menggerakkan muridnya dengan berbagai-bagai cara seperti menggunakan pelbagai jenis alat bantu mengajar, mengadakan main peranan (role playing), mengadakan simulasi dan sebagainya. Selain itu, guru juga mengelolakan semua aktiviti yang dijalankan di dalam sesebuah bilik darjah. Dalam aktiviti pembelajaran mesti ada langkah pertama, langkah kedua, langkah ketiga dan seterusnya. Tiap-tiap langkah pembelajaran haruslah diatur supaya murid-murid mendapat faedah daripada setiap aktiviti pembelajaran. Gurulah yang menjalankan tugas mengatur setiap langkah pembelajaran. Dalam mengatur langkah-langkah pembelajaran, guru akan merancang terlebih dahulu. Apabila membuat sesuatu rancangan, keperluan-keperluan murid, objektif-objektif pelajaran, bahan-bahan dan alat-alat mengajar seharusnya dipertimbangkan. Pengajaran yang dirancangkan dengan baik akan membawa faedah yang besar kepada murid-murid. Guru juga membimbing murid-murid supaya mereka memahami topik yang diajar. Guru seharusnya mengaitkan tajuk yang diajar dengan pengalaman-pengalaman murid untuk membolehkan mereka memahami konsep-konsep dengan lebih mudah lagi. Perkataan- perkataan yang digunakan oleh guru sepatutnya mudah difahami dan penerangannya padat serta jelas. Penggunaan alat bantu mengajar seperti carta, gambar, perbandingan dan graf dapat menjelaskan lagi sesuatu konsep yang disampaikan. Guru juga menolong murid-murid mengatur fakta-fakta supaya menjadi konsep yang konkrit dan bermakna. Idea yang abstrak boleh dijadikan konkrit dengan menggunakan carta dan alat bantu mengajar lain. Guru perlu juga menolong murid-murid mempraktikkan dan mengulangi aktiviti sehingga pembelajaran itu menjadi berkesan. Guru juga menilai murid-muridnya dengan menjalankan berbagai-bagai ujian. Penilaian ini akan dapat mengesani sejauh manakah objektif pengajaran dan pembelajaran telah tercapai. Ringkasnya, guru memikul amanah dan cabaran yang amat besar untuk melahirkan insan berilmu dan bersahsiah tinggi dan berperanan untuk merealisasikan matlamat
  • 36. kenegaraan yang akan menentukan jatuh bangun bangsa dan negara di masa hadapan. Aspek disiplin Aspek yang terakhir ialah disiplin. Sekolah sebagai agen sosialisasi utama bertanggungjawab untuk membanteras masalah disiplin hingga ke peringkat akar umbi. Iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang perkembangan murid dari aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. Cabaran yang dihadapi di semua sekolah di negara kita ialah kemerosotan disiplin pelajar. Sumber Kementerian Pelajaran Malaysia menunjukkan sebanyak 188 902 kes disiplin yang melibatkan para pelajar telah berlaku sepanjang tahun 2009. Gejala-gejala disiplin pelajar seperti ponteng sekolah, melawan guru, bergaduh, menghisap rokok, merosakkan harta sekolah dan lain-lain itu telah banyak memberi kesan negatif terhadap pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Guru-guru lebih banyak menghabiskan masa untuk mendisiplinkan pelajar daripada mengajar. Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran telah cuba mentakrifkan disiplin sebagai kesanggupan seseorang individu untuk menghormati dan mematuhi undang-undang, sama ada disiplin itu dikenakan dari luar atau dengan kerelaan sendiri dan juga kesanggupan seseorang bekerja atau membuat sesuatu dengan cukup tertib, kesanggupan menghormati hak individu lain, mengamalkan tingkah laku hormat-menghormati di antara satu dengan lain dan mempunyai semangat tolong-menolong dan membaiki keadaan yang sedia ada menerusi usaha yang membina serta sanggup berkhidmat untuk masyarakat. Disiplin juga ada kaitannya dengan tatatertib, tatasusila, kesopanan dan ahklak. Dalam konteks pendidikan, sekolah merupakan institusi yang penting dalam membentuk disiplin murid-murid. Masalah disiplin murid akan menjejaskan tumpuan mereka terhadap pelajaran. Masalah disiplin ini seharusnya dikawal dengan kerjasama warga sekolah iaitu guru besar, guru disiplin, guru, pengawal keselamatan, masyarakat sekitar sekolah dan ibu bapa. Hal ini penting bagi memastikan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Apa yang lebih penting, murid lemah dan berdisiplin memerlukan perhatian khas daripada pihak sekolah. Semua ini perlu dilakukan dengan bijak supaya tidak berlaku pengasingan dan perbezaan di antara mereka dengan murid lain di sekolah. Peranan guru bimbingan dan kaunseling penting dalam membentuk dan membina semula sahsiah dan disiplin murid yang bermasalah. Antara tugas utama guru bimbingan dan kaunseling ialah menjalankan bimbingan dan kaunseling dengan murid-murid yang mempunyai
  • 37. masalah disiplin dengan tujuan mewujudkan tingkah laku yang diingini. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga berfungsi untuk membina perhubungan dengan ibu bapa atau penjaga murid-murid yang mempunyai masalah disiplin, pegawai kebajikan masyarakat atau pihak polis. Disiplin yang baik membawa beberapa faedah kepada guru dan murid. Faedah-faedah tersebut adalah seperti pengajaran dapat dijalankan dengan licin dan teratur, pembelajaran dapat dilaksanakan dalam suasana yang tenang serta teratur, keberkesanan pengajaran- pembelajaran akan dapat ditingkatkan lagi, murid-murid menjadi lebih produktif jika mereka berdisiplin, keselamatan murid-murid dapat dijamin kerana setiap murid dapat mematuhi peraturan-peraturan sekolah, kemalangan yang berlaku di makmal atau bilik darjah dapat dikurangkan dan segala tugasan dapat disiapkan dalam tempoh masa yang lebih singkat. Untuk menjayakan faktor-faktor di atas, sebagai guru haruslah bersabar dan menghadapi pelbagai cabaran dengan kaedah yang bijak. Masalah disiplin perlu ditangani dengan sebaik mungkin. Sesungguhnya persekitaran sekolah yang kondusif dan selamat amat penting dalam membentuk imej dan keyakinan diri murid ke arah kecemerlangan dan kegemilangan, selaras dengan hasrat negara yang menekankan usaha pembentukan modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. KESIMPULAN Kesimpulannya, berdasarkan kepada semua huraian diatas, maka ternyatalah bahawa kejayaan sesebuah sekolah dalam mengaplikasikan pengetahuan dan pengalaman Falsafah Pendidikan Kebangsaan adalah bergantung kepada aspek-aspek kepemimpinan, budaya sekolah, ko-kurikulum, guru dan juga disiplin. Semua aspek ini akan menentukan modal insan yang bakal dihasilkan sama ada memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan atau tidak. Kejayaan sekolah dalam mengaplikasikan Falsafah Pendidikan Kebangsaan juga secara tidak langsung mampu menjana dan membina modal insan yang berkualiti. Merujuk kepada PIPP (2006), negara kita berhasrat untuk menghasilkan “modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh, berketerampilan, berperibadi mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi, perlu mampu untuk berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-peluang baru, mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran dunia global yang sering berubah-ubah”. Sekali lagi dinyatakan bahawa, peranan sekolah amat penting dalam menyahut cabaran yang terkandung di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia bertanggungjawab dan
  • 38. keupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara. Kesimpulannya, pendidikan adalah proses tranmisi ilmu pengetahuan, kemahiran dan nilai yang berlaku secara evolusi sepanjang hayat.Ilmu pengetahuan dan kejayaan tidak selalu mudah dicapai dalam tempoh yang singkat dan pelbagai cabaran harus dilalui untuk menagapainya dengan memerlukan cita-cita, strategi jangka panjang dan displin yang tinggi. Begitu juga dalam menangani transformasi dan cabaran-cabaran pendidikan pada masa kini kepada amalan yang dihasratkan oleh kerajaan, kita perlu mengambil kira bahawa perubahan yang dibuat memerlukan perancangan dan persediaan yang rapi . Lazimnya sesuatu perubahan itu akan mengambil masa untuk diasimilasikan dan diakomodasikan menjadi amalan biasa maka guru sebagai pelaksana utama perlu diberi latihan yang kukuh mengenai strategi pengajaran yang berkesan, menarik dan memotivasikan minat pembelajaran murid agar hasrat kerajaan dan falsafah pendidikan negara akan terlaksana.
  • 39. RUJUKAN Mok Soon Sang. (2010). Falsafah dan Pendidikan di Malaysia. Siri Pengajian Profesional. Pusat Perkembangan Kurikulum. (2001). Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Matlamat dan Misi. Kementerian Pendidikan Malaysia Tajul Ariffin. (1988). Konsep Asas Pendidikan Sepadu. Fakulti Pendidikan : Universiti Kebangsaan Malaysia. Rashidi Azizan & Abdullah Mohd. Noor. 1994. Pendidikan Guru: Cabaran, Falsafah dan Strategi dalam Pembentukan Guru yang Unggul. Kajang: Masa Enterprise. Abdul Rahman Md. Aroff dan Zakaria Kasa. (1986). Falsafah dan Konsep Pendidikan. Edisi Kedua. Universiti Pertanian Malaysia: Serdang. Choong Lean Keow (2008). Falsafah dan Penddidikan di Malaysia untuk Program Perguruan Pendidikan Rendah Pengajian 4 Tahun. Selangor: Kumpulan Budi.