SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 18
Descargar para leer sin conexión
1

                                SEMESTER 2 KOHORT 3
                                    SESI 2011/2012




                           KPD3016 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1


TAJUK

        Esei ilmiah:

        Jelaskan beserta contoh bagaimanakah seseorang guru
        ingin melaksanakan model ASSURE.
                                      KUMPULAN
                                _____W02(A112 PJJ )____


DISEDIAKAN OLEH :
NAMA                                   NO. ID             NO. TELEFON
SUHAILA BT OMAR                        D20112053883       013- 2276747


NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF DR SAADIAH BT BAHAROM


TARIKH SERAH: 5 MEI 2012
2

ISI KANDUNGAN                                                             MUKA SURAT

1.0   Model ASSURE
      1.1     Pengenalan                                                      3
2.0   Jelaskan Beserta Contoh Bagaimana Seorang Guru Ingin
      Melaksanakan Model Assure
      2.1     PENGENALAN                                                      7
      2.2     Penggunaan Media Teknologi dan Pembelajaran
      2.3     Cara Penyampaian Pengajaran Oleh Guru – guru Di Sekolah         8
             2.3.1   Konteks Realistik .
             2.3.2   Interaksi Sosial
             2.3.3   Penyelesaian Masalah :
             2.3.4   Belajar                                                  9


3.0   PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN                                             9
       3.1   Model reka bentuk pengajaran : Model ASSURE.                     12
             Rajah 1 : Model ASSURE
       3.2   Penggunaan Model ASSURE dalam menjalankan pengajaran
             oleh seorang guru
             Langkah 1 :       Analisis Murid
             Langkah 2 :       Nyatakan objektif                              13
             Langkah 3:        Memilih kaedah / metod , media dan bahan       14
             Langkah 4:        Gunakan media dan bahan                        15
             Langkah 5:        Penglibatan murid dalam pembelajaran
             Langkah 6 :       Penilaian / semak semula bahan


4.0   Kesimpulan                                                              17
5.0   Bibliografi                                                             18
3

1.0   Model ASSURE
      1.1   Pengenalan
            Guru boleh merujuk kepada Model Assure dimana pengajaran dirancang secara
            sistematik supaya alat dan bentuk mengajar yang digunakan benar-benar memberi
            kesan kepada penerimaan pembelajaran oleh murid-murid. Panduan untuk merancang
            sesuatu penggunaan media dalam pengajaran juga boleh dijadikan bahan rujukan
            melalui Model Assure dan ia banyak digunakan dalam usaha merancang penggunaan
            media dalam set instruksi bagi menarik minat murid – murid untuk memeulakan sesuatu
            pembelajaran. Heinich, Molanda, Russell (1989) telah memperkenalkan model ini. Dan
            ia membawa maksud " memastikan sesuatu berlaku."
            Model ASSURE mengandungi enam langkah di mana setiap langkah mengikut
            singkatan akronim yang telah diberi maksud.


            Singkatan akronim ASSURE bermaksud:
            A-     Analyse learner (Analisis murid)
                    i.     Guru harus mengkaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi murid –
                           murid untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran
                           berlaku. Ini adalah supaya guru dapat bersama-sama murid mendalami
                           ilmu yang bakal disampaikan dan ianya dapat diguna pakai oleh murid-
                           murid yang berkenaan pada masa hadapan. Dan pada masa yang sama
                           penyampaian pengajaraan guu pada hari dan masa yang yang tersebut
                           ternyata tidaklah sia-sia kerana guru telah mendalami kedudukan murid-
                           murid tersebut dengan menggunakan perkataan dan bahasa yang
                           setaraf.


                    ii.    Guru harus mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry
                           characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan
                           tajuk dan kandungan muridan seperti pengetahuan, kemahiran dan
                           sikap murid. Ini adalah kerana kesungguhan murid untuk menduduki
                           sesuatu kelas kebanyakannya bergantung pada mood murid itu masing-
                           masing. Guru seharusnya mengetahui apakan yang pernah dan belum
                           pernah diperkenalkan dengan topic yang bakal diajr semasa proses pnp
                           kelak. Guru harus memainkan peranan yang penting supaya mood atau
                           sikap sentiasa bersedia untuk menerima sesuatu benda baru atau
4

     mengulang pembelajaran lepas sentiasa ada dan ianya tidak menjadi
     sesuatu yang merugikan semasa prose situ berjalan.


S-   State objective (nyatakan objektif)
     i.     Guru akan menggunakan objektif – objektif dari sukatan muridan
            tahunan, panduan kurikulum atau buku teks sebelum memulakan
            sesuatu pengajaran.
     ii.     Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat
            prestasi yang ingin dicapai, samada sesuatu muridan itu akan
            disambung dari pengajaran lalu atau memulakan sesuatu topic
            baru. Guru juga harus melaihat keadaan pembelajaran dan
            kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati kerana tanpa
            objektif yang dipilih dengan sebetulnya, mungkin pengajaran
            yang bakal disampaikan pada masa itu tidak akan tercapai
            memandangkan keadaan atau kriteria pengajaran yang tidak
            menepati citarasa murid-murid.


S-   Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media)
     i.     Guru hendaklah memilih media yang sedia ada atau yang baru
            dan ianya perlu disesuaikan dengan objektif pengajaran.
            Sekiranya media yang hendak diguna itu mengalami kerosakan
            atau kurang sesuai maka guru hendaklah memperbaiki dahulu
            bahan yang hendak atau menukar kepada alternative lain yang
            berkaitan dengan media yang telah dipilih.


U-   Use media (gunakan media)
     i.     Guru harus merancang bagaimana media yang telah dipilih dan
            hendak digunakan. Penyediaan alat kemudahan untuk membuat
            persembahan pengajaran harus dirancang sebaik mungkin bagi
            mengelakkan masa dibuang. Aktiviti-aktiviti yang menarik perlu
            dirancang bagi menarik minat murid serta yang memberi motivasi
            kepada     mereka supaya murid merasa seronok dan segala
            pengajaran pada masa tersebut dapat dijadikan pengalaman
            untuk menyambung pembelajaran pada masa hadapan. Selain
            menggunakan       media    yang   berkaitan   guru      juga   harus
5

      mengadakan aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan di dalam
      kelas.


ii.   Berikut salah satu cara guru dapat menggunakan media semasa
      mengajar:
      a)       Guru harus menyediakan media dan bahan yang akan
      digunakan dan membahagikan masa yang betul-betul mencukupi
      dan harus digunakan semasa pembelajaran dijalankan. Contoh:
      Guru harus menonton dahulu, [Pribiu (Preview)] videoyang telah
      disediakan    sebelum   memulakan     proses   pengajaran   bagi
      mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku semasa
      proses tayangan media dijalankan
b)    Guru kemudiannya akan menyediakan alatan media dan bahan-
      bahan yang akan ditayangkan, alat-alat serta kemudahan-
      kemudahan      yang   diperlukan   sebelum   memulakan   proses
      pengajaran.
c)    Guru akan menyediakan / menggunakan tempat belajar yang
      sesuai seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain
      kemudahan dan keperluan untuk belajar seiring dengan bahan
      media yang ingin digunakan dan disampaikan dalam proses
      pengajaran dan pembelajaran kelak.
d)    Guru juga harus mengetahui murid dari kelas mana yang hendak
      disampaikan maklumat pembelajaran melalui bahan media yang
      telah disediakan. Sebagai contoh, penyediaan set induksi yang
      berkesan atau penyataan tujuan dan objektif pembelajaran pada
      hari tersebut haruslah menarik bagi menarik minat murid untuk
      terus bersama sehingga ke penutup bersama-sama menghayati
      dan memmuridi muridan pada hari yang tersebut.
e)    Guru mestilah bersedia dengan pengalaman sedia ada murid
      dan guru untuk mengyampai dan menerima bahan dari media
      yang ditayangkan. Kita sebagai guru harus memikirkan cara
      bagaimana untuk menyampaikan media yang telah dipilih?
      Adakah kita hanya sebagai penyampai utama tajuk pada hari
      tersebut atau kita harus bertindak sebagai pemudah cara atau
      pengurus pembelajaran sahaja?
6


R-   Require learner response (keperluan tindakan)
     i.       Tindakbalas dari murid-murid samada dari segi menjawab soalan
              yang dikemukakan atau dapat membuat latihan hasil dari
              pembelajaran yang       berlaku. Guru juga perlu mengadakan
              latihan pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi
              daripada hasil pengajaran yang telah disampaikan.
     ii.      Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku,
              murid-murid perlu dilibatkan secara aktif samada secara individu
              atau berkumpulan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat
              latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya.
              Aktiviti   pengukuhan     (reinforcement    activities)   seperti
              menyesuaikan gambar, mengisi tempat kosong atau yang setara
              harus diberikan serta- merta selepas murid memberikan
              tindak balas yang betul (Skinner, 1954).


E-   Evaluate materials (menilai)
i.   Guru harus menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan
     samada ia telah memberikan hasil atau sebaliknya. Setelah selesai
     pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media
     itu secara menyeluruh harus dijalankan. Guru harus memikirkan tentang
     tahap penilaian yang telah dicapai atau belum : Adakah objektif-objektif
     pembelajaran yang disampaikan pada hari ini tercapai?
a.   Adakah alat/bahan media yang digunakan dapat membantu proses
     pengajaran dan pembelajaran?
b.   Adakah kesemua murid dapat menggunakan alat/bahan media yang
     diajar dengan cara yang betul?
c.   Adakah suasana pembelajaran ( kelas / makmal )yang dipilih telah
     memberi keselesaan kepada semua murid?
d.   Adakah peluang-peluang pemerhatian individu yang memerlukan
     bantuan guru atau rakan lain telah diberikan dengan sebaik mungkin?
e.   Apakan soalan yang dikemukakan samada diperingkat penggayaan atau
     pengukuhan dapat dijawab dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan
     rakan?
7


2.0   Jelaskan Beserta Contoh Bagaimana Seorang Guru Ingin Melaksanakan Model Assure
      2.1   PENGENALAN
            Pergantungan pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah sangat bergantung kepa-
            da bagaimana seseorang atau sekumpulan murid dapat mengikuti kandungan sesuatu
            mata pelajaran. Kajian oleh sesetengah ahli-ahli psikologi menyatakan bahawa pembe-
            lajaran yang berlaku dan akan menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Teori-teori
            ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis teori iaitu pembelajaran behaviorisme, so-
            sial dan kognitif. Teori pembelajaran behaviorisme ialah teori yang berfokuskan kepada
            tingkah laku dan persekitaran, teori pembelajaran sosial pula berfokuskan kepada ting-
            kah laku dan pemikiran seseorang murid, sementara teori pembelajaran kognitif pula
            berfokus kepada pemikiran sahaja.


      2.2   Penggunaan Media Teknologi dan Pembelajaran
            Umum mengetahui bahawa pembelajaran merupakan satu peringkat peristiwa eksternal
            yang dirancang kepada murid – murid untuk mengikut sesuatu pembelajaran dalaman .
            Jika dilihat melalui sudut luaran ia tidak dimaksudkan sekadar tempat terjadinya penga-
            jaran tetapi juga jenis teknologi, metod, dan media yang diperlukan untuk memperoleh
            informasi dan membawa murid cara untuk belajar. Mengikut teori behavioris, mereka
            akan menekankan kepada mengawal          murid – murid melalui sikap dan tingkah laku
            mereka manakala teori kognitif pula memberi penekanan cara untuk mengawal emosi
            dalaman atau cara mengendalikan keseluruhan proses mental murid – murid .Ia berbe-
            za apabila seorang guru yang menggunakan media dan teknologi di dalam kelas. Tek-
            nologi pembelajaran ini tidak menghalang mana –mana jenis pengajaran atau lingkun-
            gan pembelajaran, tetapi media teknologi untuk pembelajaran dapat menyediakan sua-
            sana belajar murid yang aktif dan akan penyertaan mereka dalam sesuatu pembelajaran
            adalah menyeluruh. Sekiranya media teknologi dan pembelajaran digunakan dengan
            baik dan kreatif semasa di dalam kelas, ia merupakan fungsi mesin yang sesekali dapat
            dinyalakan atau diputar sesuka hati malah guru dapat menggunakan idea – idea yang
            baru dalam melaksanakan tugas dalam menyampaikan ilmu yang dipertanggungjawab-
            kan dengan lebih berkesan dan bermutu
8

2.3   Cara Penyampaian Pengajaran Oleh Guru – guru Di Sekolah


      2.3.1   Konteks Realistik .
              Seorang guru lebih cenderung dan lebih suka dalam memastikan murid dapat
              mengingat dan serta menerapkan pengetahuan yang disampaikan dalam kon-
              teks dunia nyata, iaitu pembelajaran yang memerlukan teknik hafalan yang ber-
              tujuan penghantaran kapada satu proses yang di namakan ‘inert knowledge” (
              pengetahuan lengai ) , dimana kita mengetahui sesuatu tetapi tidak pernah me-
              nerapkannya dalam kehidupan nyata.


      2.3.2   Interaksi Sosial
              Sesetengah rakan pengajar hanya ingin mengetahui sesuatu pembelajaran baru
              kepada murid adalah sangat terhad dan ia tidak dapat mengembangkan minda
              guru tersebut apatah lagi murid – murid di peringkat sekolah rendah yang masih
              memerlukan tunjuk ajar..


      2.3.3   Penyelesaian Masalah :
              Pengajaran yang melibatkan proses pemecahan masalah akan menjadikan se-
              suatu proses pengajaran dan pembelajaran itu menjadi aktif. Bagi murid yang
              berpengetahuan agak terhad, tetapi ia selaras dengan model kolaboratif, proses
              ini akan menjadikan perbincangan di antara mereka semakin berkembang den-
              gan menjelaskan perkara –perkara penting dalam sesi perbahasan. Hal ini terjadi
              adalah kerana penggunaan kenyataan asas, serta bahan-bahan utama masalah
              yang diperkenalkan oleh media (contohnya, kes - kes yang di tulis, asas-asas
              komputer, sketsa dan sebagainya) yang telah melaksana kannya secara baik.
              Kesalahan dalam pemilihan metod pembelajaran, merupakan kegagalan awal
              seseorang guru dalam melaksanakan tugas pembelajarannya di kelas. Oleh
              yang demikian, guru dikehendaki memiliki ketrampilan dalam mengimplementa-
              sikan pelbagai kaedah dan metod mengajar kepada murid – murid bagi menge-
              lakkan sikap tidak berminat terhadap sesuatu muridan. Guru yang kaya dengan
              kaedah atau metod mengajar, nescaya mereka dapat menciptakan suasana ke-
              las yang dinamis dan aktif. Murid akan menerima, memproses, dan memanipula-
              si informasi yang disampaikan oleh guru dan seterusnya menyimpan dalam ko-
              tak fikiran bagi menghubung jalin dan kaitkan pembelajaran mereka dengan sub-
              jek yang lain atau pada masa hadapan. Sejarah telah menyatakan bahawa me-
9

                      dia dan teknologi memiliki pengaruh yang tinggi dan hebat terhadap pendidikan.
                      Sebagai contoh, komputer dan internet telah dapat mempengaruhi proses pem-
                      belajaran sehingga ke saat ini. Peraturan dari pendidik dan murid itu sendiri te-
                      lah berubah kerana dipengaruhi media dan teknologi yang digunakan di dalam
                      atau luar kelas. Perubahan ini sangat penting, kerana pendidik (guru) berhak
                      menguji media dan teknologi dalam konteks         belajar dan ia merupakan kesan
                      pada hasil belajar murid yang berada dalam sesebuah proses pembelajaran.


             2.3.4    Belajar
                      Belajar merupakan satu proses pembangunan pengetahuan, kemahiran-
                      kemahiran, atau pembangunan tingkah laku yang melibatkan interaksi individu,
                      yang berkaitan kemudahan-kemudahan fizikal, psikologi, kaedah pembelajaran,
                      media, dan teknologi. Belajar juga merupakan proses yang dilakukan sepanjang
                      masa oleh semua individu sama ada dewasa ataupun kanak – kanak. Oleh yang
                      demikian, belajar adalah proses yang melibatkan proses pemilihan, tatacara, dan
                      penyampaian mesej yang pantas kepada alam sekitar dan bagaimana cara mu-
                      rid akan berinteraksi dengan maklumat tersebut.




3.0   PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN


      Terdapat beberapa pandangan kenapa harus seorang guru harus menggunakan media atau
      teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mpada hari ini.           Heinich, et al (1989) telah
      menyenaraikan tiga rasional kenapa media harus digunakan dalam pengajaran dan
      pembelajaran:
      i.     Untuk menghasilkan arhan – arahan kepada pembelajaran yang berkesan.
      ii.    Arahan atau penerangan harus dirancang secara sistematik dan baik sejurus dengan
             menggunakan prinsip reka bentuk instruksional, teori pembelajaran dan komunikasi.
      iii.   Media juga boleh menyumbang dengan memudahkan perkembangan intelektual yang
             mana bebanan fikiran terlalu banyak untuk diharungi.
      Manakala mengikut (Yusup, 1998) pula, peralatan ( alat bantu mengajar )dan bahan yang
      dibina, harus dirancang terlebih dahulu dan dilaksanakan bertujuan untuk menyampaikan
      maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan efektif.
      Panduan umum mengguna media secara berkesan:
10

•      Guru harus memilih media yang bersesuaian dengan topik dan objektif pengajaran dan
       pembelajaran yang bakal dijalankan pada hari tersebut.
•      Bahan yang dipilih juga haruslah bersesuaian dengan ciri-ciri dan saiz kumpulan yang
       disasarkan samada kumpulan besar, kumpulan sederhana dan individu.
•      Guru juga harus mengetahui bahawa tiada suatu media pun yang sesuai bagi semua
       murid untuk semua jenis situasi pembelajaran. Strategi yang dipilih disarankan mengikut
       perkembangan masa kini ialah menggunakan pendekatan multimedia yang bersesuaian.


Antara sumbangan – sumbangan bahan media terhadap pengajaran-pembelajaran yang
melibatkan multimedia dan teknologi yang berkaitan masa kini ialah :
•     Motivasi murid boleh dipertingkatkan.
•     Suasana baru dan beraneka jenis dapat diwujudkan dengan berkesan
•     Perhatian murid dapat ditarik dengan penggunaan pelbagai kemahiran pengajaran.
•     Penyertaan murid secara aktif dapat dipertingkatkan semasa sesi menjawab soalan atau
      soal jawab.
•     Peneguhan pembelajaran dapat dibuat tanpa menyebabkan kebosanan belajar
•     Pengetahuan dan pemgalaman murid dapat diperluaskan dengan memperkenalkan
      perkara-perkara baru yang belum pernah dipelajari
•       Ia juga boleh menjamin kepada pemikiran yang teratur dan berkesinambungan antara
      satu matapelajaran yang lain atau dunia luar yang berkenaan..


Penggunaan media juga telah menukarkan daripada seorang pengajar kepada fasilitator
pembelajaran yang berpengetahuan tinggi. Media juga boleh digunakan dalam pelbagai situasi
pengajaran-pembelajaran, misalnya
•    Guru hendak mempekenalkan topik baru
•    Guru dapat memberi penjelasan, menginterpretasi dan mengukuhkan idea, konsep atau
     prinsip dengan mencari pelbagai jenis contoh melalui bahan ,edia yang diperolehi dari
     internet
•   Guru juga dapat mendemonstrasikan/ menunjuk cara sesuatu kemahiran, amalan atau siri
     tindakan dengan mudah dan tepat
•    Guru juga dapat merumuskan dan mengulangkaji pelajaran yang dipelajari pada hari
     tersebut dengan mencari bahan yang berkaitan ( sumber internet, video dan lain lain )
     dengan lebih berkesan.
•   Guru juga boleh member latihan – latihan atau kerja rumah melalui blog – blog yang telah
    diwujudkan dan ini mengurangkan beban murid untuk membawa terlalu banyak buku ke
11

    sekolah
•   Guru juga dapat menilai hasil kerja murid yang diberikan melalui sistem internet yang telah
     diekplorasikan


Penggunaan bahan media secara bersistematik dapat member beberapa kelebihan dan ia juga
merupakan batasan kepada sesetengah penggunaan bahan media kerana ia merupakan
proses pemilihan dan penghasilan media berdasarkan model seperti model “ASSURE”, ADDIE
dan DID.


Kaedah dan model yang diaplikasikan kepada pengajaran adalah penting supaya sesuatu
objektif pembelajaran dapat dicapai dan juga dapat member impak yang besar kepada
kumpulan murid yang terlibat. Bahan media yang dipilih dan digunakan dengan tepat dan
sepenuhnya dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan
kepada murid dengan jelas dan tepat. Guru harus mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran
di sekolah kerana ia merupakan satu proses yang akan menjadikan satu pembelajran lebih
sempurna dan objektif pembelajaran dapat dicapai dengan adanya perancangan yang lengkap
dan sistematik. Seseorang guru juga perlu mengetahui perkara yang hendak disampaikan
sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajarandengan menyediakan satu
perancangan yang rapi untuk supaya proses tersebut akan menjadi dengan lebih efisien dan
berkesan.
12

Model reka bentuk pengajaran : Model ASSURE.


                                       Analisis murid


                                     Nyatakan objektif


                           Pilih kaedah, media dan bahan


                             Gunakan media dan bahan


                    Penglibatan pelajar dalam pembelajaran


                                         Nilai bahan

  Rajah 1 : Model ASSURE


3.1   Penggunaan Model ASSURE dalam menjalankan pengajaran oleh seseorang guru
      Langkah 1 :   Analisis Murid
             Analisis murid merupakan asas utama kepada penggunaan Model ASSURE. Deskripsi
             tentang umur murid, tahun ( darjah ), latar belakang keluarga dan sebagainya merupkan
             ciri-ciri umum yang perlu di ambil kira sebelum sesuatu proses pengajaran dan
             pembelajaran akan di mulakan. Maklumat – maklumat yang telah diperolehi boleh
             dijadikan bahan asas dalam pemilihan media dengan meneliti rekod murid dan guru
             boleh berinteraksi secara langsung dan dengan mengetahui harapan, sikap dan latar
             belakang murid. Maklumat juga boleh diperolehi melalui ujian- ujian kemasukan dan
             juga interaksi bersama mereka. Murid juga pernah mendapat maklumat melalui bahan
             rujukan dan boleh mendapat pendedahan melalui majalah dan television dan yang
13

             paling berteknologi ialah melalui internet. Guru harus memikirkan bahan media yang
             hendak digunakan perlulah disesuaikan dengan ciri-ciri murid, kandungan murid ,
             kaedah, media dan bahan pembelajaran.
                      Terdapat tiga perkara penting yang perlu diambil kira untuk menganalisis
             seseorang murid ialah dengan menggunakan sesuatu media dalam proses pengajaran
             dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri murid supaya penggunaannya
             berkesan dan bermakna kepada murid itu sendiri. Perkembangan tahap kognitif dan
             fizikal murid yang akan diajar harus diambil kira dalam menganalisis murid sebelum
             menggunakan sesuatu jenis media supaya ia ada berkaitan dengan pemikiran murid –
             murid itu sendiri. Oleh yang demikian, bahan media yang digunakan dapat harus
             disesuaikan dengan tahap kognitif murid, kerana hasil pengajaran dan pembelajaran
             adalah lebih berkesan dan mudah difahami. Selain daripada itu juga, perbezaan antara
             budaya dan bahasa setiap murid harus diberi pertimbangan kerana Malaysia merupakan
             Negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang paling ramai di dunia maka guru
             harus menggunakan kaedah media yang betul – betul dapat di terima oleh mereka
             tanpa ada rasa dikecewakan dan sakit hati.


Langkah 2:   Nyatakan objektif
             Sebelum memulakan sesuatu jenis pengajaran yang akan melibatkan pelbagai jenis
             atau golongan murid , guru harus meletakkan satu objektif pembelajaran dengan jelas
             supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dikuasai oleh murid.
             Setiap    aktiviti   pengajaran   dan   pembelajaran   yang   dirancang   adalah   untuk
             menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran melalui huraian sukatan
             tahunan dan bukan objektif yang dibuat melalui minta guru untuk menyampaikan
             sesuatu pengajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian harus dipilih
             kerana guru akan memberikan tumpuan terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap
             baru yang perlu dikuasai oleh murid. Objektif pembelajaran juga harus berfokuskan
             kepada apakah pengetahuan sedia ada murid, kemahiran – kemahiran yang ada pada
             setiap murid           ( secara rawak ) dan sikap yang baru yang ada pada murid.
             Contoh objektif yang harus dikuasai pada akhir pembelajaran :
             Di akhir muridan murid akan :
             i. mencari isipadu bentuk - 3Dimensi yang melibatkan kubus dan kuboid
14


Langkah 3:   Memilih kaedah / metod , media dan bahan
             Proses pemilihan bahan, membaiki atau mengubahsuai media yang akan digunakan,
             guru perlu melihat secara keseluruhan kepada tingkat kebolehan murid dengan objektif
             pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat tiga perkara yang perlu dilakukan dalam
             melaksanakan langkah ini:
             i.     Memilih kaedah / metod pengajaran
                    Dalam satu - satu pengajaran, pelbagai jenis kaedah yang berbeza-beza boleh
                    diaplikasi untuk tujuan penyesuaian dalam semua aktiviti pengajaran dan pem-
                    belajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti ber-
                    kumpulan, latihan dan penutup. Bagi menarik perhatian murid, guru harus
                    memikirkan pengenalan set induksi yang menarik dan diikuti dengan kaedah
                    perbincangan, stimulasi, kaedah cuba jaya dan latihan dan latih tubi kerana ia
                    merupakan sesuatu pengetahuan yang baru bagi murid.
             ii.    Memilih media
                    Guru seharusnya memilih bahan media yang sesuai untuk proses pengajaran
                    dan pembelajaran kerana ia merupakan faktor yang membolehkan mesej atau
                    maklumat disampaikan secara bermakna dengan baik atau sebaliknya. Peng-
                    gunaan media yang boleh dijadikan pilihan adalah seperti slaid, video, tayangan
                    multimedia blog, groups dan sebagainya yang mana boleh diperolehi menerusi
                    sistem teknologi yang semakin canggih pada masa ini. Format media yang dipi-
                    lih juga perlu bersesuaian dengan keupayaan murid terutamanya di peringkat
                    rendah ( tahun 1, 2 dan 3 ).
             iii.   Memilih bahan.
                    Semua jenis bahan sumber pengajaran pembelajaran juga harus merujuk
                    kepada isi murid yang berkenaan kerana ia merupakan focus utama kepada se-
                    suatu pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah Smart Board LCD, Layar , Kompu-
                    ter Riba, Radio , Gambar Bentangan dan Gambar Bentuk Isipadu dan Ruang,
                    Kad Bentangan 3Dimensi (kubus dan kuboid ), Pembaris Ukur, Kad Manila, Pen
                    Marker, Pita Pelekat dan Lembaran
15


Langkah 4:   Gunakan media dan bahan
             Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi
             penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh
             menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran
             dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga digunakan. Media dan
             bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk
             pembelajaran murid. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian
             dengan pengalaman murid, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para
             murid.


Langkah 5:   Penglibatan murid dalam pembelajaran
             Semasa proses pembelajaran sedang berlaku, guru harus memastikan penglibatab
             murid dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan,
             latih tubi dan sebagainya secara aktif. Guru harus memberikan pengukuhan secara
             serta merta ke atas tindak balas murid yang betul dan baik. Sebagai contoh murid
             dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membina soalan yang berkaitan tajuk
             Isipadu dan ruang dan pada masa itu kritikan bernas oleh kumpulan lain dalam
             membentuk peribadi yang sentiasa mencari salah bagi membentuk jati diri yang baik.
             Kemudian mereka juga dikehendaki mencari bahan melalui blog – blog tertentu atau
             laman web yang telah disenaraikan. Selepas itu latihan yang berbentuk struktur dan
             penyelesaian masalah juga diberikan kepada murid untuk tujuan penggayaan.


Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan
             Setelah satu – satu sesi pengajaran selesai, penilaian yang merupakan proses untuk
             melihat keberkesanan keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah
             mahupun dilaksanakan. Guru harus membuat penilaian terhadap sesebuah pengajaran
             terhadap kesesuaian penggunaan bahan media, pembinaan bahan pengajaran, dan
             pencapaian murid mengikut keperluan. Penilaian juga perlu dilakukan untuk melihat
             kekuatan dan kelemahan serta keberkesanan bahan media yang digunakan secara
             menyeluruh   agar   penambahbaikan     dapat   dilakukan bagi mendapatkan kesan
             penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian juga proses membuat
             keputusan dan pertimbangan terhadap sesuatu nilai tentang sesuatu perkarakerana ia
             akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai.        Secara
             umum, pencapaian seseorang murid akan dibahagikan kepada tiga perkara, iaitu:
16

             i.     Prestasi murid dinilai berdasarkan rujukan kriteria (penilaian murid berdasarkan
                    suatu set objektif yang telah ditentukan)
             ii.    Prestasi murid dalam aspek kemahiran yang diuji, seperti menjawab soalan se-
                    cara spontan atau berkumpulan, menjawab soalan samada secara sumatif atau
                    formatif atau yang berkenaan. .
             iii.   Sikap murid semasa sesuatu pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku .

             Penilaian terhadap seseorang murid boleh dinilai melalui pertanyaan untuk melihat
             pemahaman mereka, soalan yang diluar kawalan buku teks tetapi yang berkaitan (
             pengetahuan sedia ada ) dan penglibatan semasa bersama kumpulan. Selain itu, murid
             juga boleh dinilai melalaui menjawab soalan berstruktur atau tidak berstruktur bagi
             menguji kefahaman dan pengetahuan sedia ada mereka.


4.0   Kesimpulan
      Penggunaan model Assure merupakan satu proses pengajaran yang dapat memberi banyak
      kebaikan dan kelebihan kepada semua individu termasuk guru dan murid dalam menjadikan
      sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu lebih berkesan. Guru         juga dapat mempelajari
      pelbagai jenis kaedah penggunaan bahan yang melibatkan media teknologi yang canggih pada
      masa kini. Daripada itu juga pengajaran akan lebih merangsang penglibatan murid – murid
      secara aktif dan dan dapat memberi kesan positif pada isi kandungan pembelajaran pada hari
      tersebut. Kaedah model ASSURE juga jika dipergunakan secara menyeluruh akan memberi
      kebaikan dan impak positif kerana ia merupakan model yang dapat meningkatkan keinginan
      murid untuk tahu lebih jauh pembelajran yang dipelajari. Murid juga dapat mengaplikasikan isi
      kandungan pelajaran yang dipelajari melalui kompuetr ( internet ) kepada dunia luar. Keudukan
      guru dalam mengharungi dunia IT masa kini juga dapat dipertingkatkan dan tidak hanya
      sekadar mengajar dengan penggunaan kaedah kuno “chalk and talk” sahaja. Oleh yang
      demikian, sebagai seorang guru, mereka seharusnya menggunakan segala kemudahan yang
      telah dipermudahkan dan diperturunkan ke semua sekolah ( peralatan ICT ) dengan sebaik
      mungkin bagi memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran menjadi pertambah baik dari
      tahun ke tahun.
17

5.0      Bibliografi


Anglin, G. J. (1995). Instructional technology: Past, present, and future. Englewood: Colorado: Libraries
      Unlimited.


Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. KL: Kumpulan Budiman Sdn.
      Bhd.


Finn, J. D. (1960). Technology and the instructional process, Audiovisual Communication Review, 8(1),
      9-10.


Kemp, J. E., & Smelline, D. C. (1994). Planning, producing and using instructional technologies (7th
         ed.). New York: Harper Collins.


Norasiah Bt. Abdullah. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong, Selangor:
         Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd.


Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. KL: Oxford
         Fajar Sdn. Bhd.


Roblyer, M. D. (2003). Integrating educational technology into teaching (3rd ed.). Upper Saddle River,
         N. J.: Merril Prentice Hall.


Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn.
         Bhd.


Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology. Englewood, Colorado: Libraries
         Unlimited


Seels, B., & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field,
      Washington DC; AECT.


Smaldino, S.E., Russell, J., Heinich, R., & Molenda, M., (2004). Instructional technology and media for
         learning. (8th ed.). Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall.
18

Yusup Hashim (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Mohd Hafiz Aziz
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifVince Here
 
Sekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiSekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiVince Here
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanasyikin hashim
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Dina Amira
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan KurikulumArthur Jupong
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumDoEy Mas
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...Syrvison Goh
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesasiahjupry
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysiaULak MuLai
 
Ciri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikanCiri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikanNORFATEHAHBINTIESHAM
 
Huraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaranHuraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajarannurul amyeza
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaDurratun Dian
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayamas preity
 
Strategi Kompromi dan Strategi Perkembangan Kognitif
Strategi Kompromi dan Strategi Perkembangan KognitifStrategi Kompromi dan Strategi Perkembangan Kognitif
Strategi Kompromi dan Strategi Perkembangan KognitifMaizatul Malik
 

La actualidad más candente (20)

Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]Struktur organisasi kpm [tot]
Struktur organisasi kpm [tot]
 
Teori pembelajaran
Teori pembelajaranTeori pembelajaran
Teori pembelajaran
 
Pendidikan Inklusif
Pendidikan InklusifPendidikan Inklusif
Pendidikan Inklusif
 
Sekolah Integrasi
Sekolah IntegrasiSekolah Integrasi
Sekolah Integrasi
 
Dasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaanDasar kebudayaan kebangsaan
Dasar kebudayaan kebangsaan
 
Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_Kajian kes -_andrew_huang_
Kajian kes -_andrew_huang_
 
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
2. Pengurusan Dan Perkembangan Kurikulum
 
Apakah teori itu
Apakah teori ituApakah teori itu
Apakah teori itu
 
Bab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulumBab 1 kurikulum
Bab 1 kurikulum
 
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
EDUP3033 Murid dan Pembelajaran (Strategi pengajaran berpusatan guru, berpusa...
 
Kajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kesKajian tindakan dan kajian kes
Kajian tindakan dan kajian kes
 
Standard guru malaysia
Standard guru malaysiaStandard guru malaysia
Standard guru malaysia
 
Full assignment
Full assignmentFull assignment
Full assignment
 
Ciri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikanCiri ciri seorang guru yang diimpikan
Ciri ciri seorang guru yang diimpikan
 
Kemahiran penutup
Kemahiran penutupKemahiran penutup
Kemahiran penutup
 
Huraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaranHuraian sukatan pelajaran
Huraian sukatan pelajaran
 
Pendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf duniaPendidikan bertaraf dunia
Pendidikan bertaraf dunia
 
Kepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budayaKepelbagaian sosial budaya
Kepelbagaian sosial budaya
 
Dasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pippDasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pipp
 
Strategi Kompromi dan Strategi Perkembangan Kognitif
Strategi Kompromi dan Strategi Perkembangan KognitifStrategi Kompromi dan Strategi Perkembangan Kognitif
Strategi Kompromi dan Strategi Perkembangan Kognitif
 

Similar a Assignment benar

Bcb
BcbBcb
BcbUSM
 
Belajar Cara Belajar
Belajar Cara BelajarBelajar Cara Belajar
Belajar Cara Belajarzabidah awang
 
Pembelajaran terpadu
Pembelajaran terpaduPembelajaran terpadu
Pembelajaran terpadunani nurnaeni
 
Pembelajaran terpadu
Pembelajaran terpaduPembelajaran terpadu
Pembelajaran terpadunani nurnaeni
 
Pembelajaran terpadu
Pembelajaran terpaduPembelajaran terpadu
Pembelajaran terpadunani nurnaeni
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikHazwani Idrus
 
Tugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksionalTugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksionalCecep Kustandi
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rphRyabbi Imp
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANSteven Abraham
 
Jabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam Pembelajaran
Jabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam PembelajaranJabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam Pembelajaran
Jabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam PembelajaranAfrina Astuti
 
Tugasan 4 : penilaian kendiri dari teks (m20102000969)
Tugasan 4 : penilaian kendiri dari teks (m20102000969)Tugasan 4 : penilaian kendiri dari teks (m20102000969)
Tugasan 4 : penilaian kendiri dari teks (m20102000969)Sharina Sobri
 
bdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubel
bdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubelbdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubel
bdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubelnurwa ningsih
 
Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaranAhmad NazRi
 
68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rphWei Fen Chua
 
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustamiNur Halimah
 
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustamiNur Halimah
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdfSiswatiSiswati5
 

Similar a Assignment benar (20)

Bg ucok i
Bg ucok iBg ucok i
Bg ucok i
 
Bcb
BcbBcb
Bcb
 
Bcb
BcbBcb
Bcb
 
Belajar Cara Belajar
Belajar Cara BelajarBelajar Cara Belajar
Belajar Cara Belajar
 
Prinsip penggunaan bbm
Prinsip penggunaan bbmPrinsip penggunaan bbm
Prinsip penggunaan bbm
 
Pembelajaran terpadu
Pembelajaran terpaduPembelajaran terpadu
Pembelajaran terpadu
 
Pembelajaran terpadu
Pembelajaran terpaduPembelajaran terpadu
Pembelajaran terpadu
 
Pembelajaran terpadu
Pembelajaran terpaduPembelajaran terpadu
Pembelajaran terpadu
 
Bab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknikBab 6 strategi kaedah teknik
Bab 6 strategi kaedah teknik
 
Tugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksionalTugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksional
 
Model assure dan rph
Model assure dan rphModel assure dan rph
Model assure dan rph
 
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARANMODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN  DAN PEMBELAJARAN
MODEL ASSURE REALISASIKAN DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Jabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam Pembelajaran
Jabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam PembelajaranJabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam Pembelajaran
Jabatan Profesional dan Tantangan Guru Dalam Pembelajaran
 
Tugasan 4 : penilaian kendiri dari teks (m20102000969)
Tugasan 4 : penilaian kendiri dari teks (m20102000969)Tugasan 4 : penilaian kendiri dari teks (m20102000969)
Tugasan 4 : penilaian kendiri dari teks (m20102000969)
 
bdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubel
bdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubelbdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubel
bdp Nurwaningsih kaitan antara metode ceramah dan teori ausubel
 
Rph makro pengajaran
Rph makro pengajaranRph makro pengajaran
Rph makro pengajaran
 
68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph68284275 asmn-kepentingan-rph
68284275 asmn-kepentingan-rph
 
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
 
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
01 inovasi model model pembelajaran - muh khalifah mustami
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
 

Más de Izzah Jalilah

Peperiksaan percubaan upsr 2012 negeri kelantan mt kertas 2
Peperiksaan percubaan upsr 2012 negeri kelantan mt kertas 2Peperiksaan percubaan upsr 2012 negeri kelantan mt kertas 2
Peperiksaan percubaan upsr 2012 negeri kelantan mt kertas 2Izzah Jalilah
 
M3 p1 trial kedah 2011
M3 p1 trial kedah 2011M3 p1 trial kedah 2011
M3 p1 trial kedah 2011Izzah Jalilah
 

Más de Izzah Jalilah (8)

Math k1 trial_upsr
Math k1 trial_upsrMath k1 trial_upsr
Math k1 trial_upsr
 
Pra2005 ktn kertas1
Pra2005 ktn kertas1Pra2005 ktn kertas1
Pra2005 ktn kertas1
 
Kertas 1 06
Kertas 1 06Kertas 1 06
Kertas 1 06
 
Bahagian b
Bahagian bBahagian b
Bahagian b
 
M2junkel 2004
M2junkel 2004M2junkel 2004
M2junkel 2004
 
Pra upsr06 d-k1
Pra upsr06 d-k1Pra upsr06 d-k1
Pra upsr06 d-k1
 
Peperiksaan percubaan upsr 2012 negeri kelantan mt kertas 2
Peperiksaan percubaan upsr 2012 negeri kelantan mt kertas 2Peperiksaan percubaan upsr 2012 negeri kelantan mt kertas 2
Peperiksaan percubaan upsr 2012 negeri kelantan mt kertas 2
 
M3 p1 trial kedah 2011
M3 p1 trial kedah 2011M3 p1 trial kedah 2011
M3 p1 trial kedah 2011
 

Assignment benar

  • 1. 1 SEMESTER 2 KOHORT 3 SESI 2011/2012 KPD3016 : PENGAJARAN, TEKNOLOGI DAN PENAKSIRAN 1 TAJUK Esei ilmiah: Jelaskan beserta contoh bagaimanakah seseorang guru ingin melaksanakan model ASSURE. KUMPULAN _____W02(A112 PJJ )____ DISEDIAKAN OLEH : NAMA NO. ID NO. TELEFON SUHAILA BT OMAR D20112053883 013- 2276747 NAMA TUTOR E-LEARNING: PROF DR SAADIAH BT BAHAROM TARIKH SERAH: 5 MEI 2012
  • 2. 2 ISI KANDUNGAN MUKA SURAT 1.0 Model ASSURE 1.1 Pengenalan 3 2.0 Jelaskan Beserta Contoh Bagaimana Seorang Guru Ingin Melaksanakan Model Assure 2.1 PENGENALAN 7 2.2 Penggunaan Media Teknologi dan Pembelajaran 2.3 Cara Penyampaian Pengajaran Oleh Guru – guru Di Sekolah 8 2.3.1 Konteks Realistik . 2.3.2 Interaksi Sosial 2.3.3 Penyelesaian Masalah : 2.3.4 Belajar 9 3.0 PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN 9 3.1 Model reka bentuk pengajaran : Model ASSURE. 12 Rajah 1 : Model ASSURE 3.2 Penggunaan Model ASSURE dalam menjalankan pengajaran oleh seorang guru Langkah 1 : Analisis Murid Langkah 2 : Nyatakan objektif 13 Langkah 3: Memilih kaedah / metod , media dan bahan 14 Langkah 4: Gunakan media dan bahan 15 Langkah 5: Penglibatan murid dalam pembelajaran Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan 4.0 Kesimpulan 17 5.0 Bibliografi 18
  • 3. 3 1.0 Model ASSURE 1.1 Pengenalan Guru boleh merujuk kepada Model Assure dimana pengajaran dirancang secara sistematik supaya alat dan bentuk mengajar yang digunakan benar-benar memberi kesan kepada penerimaan pembelajaran oleh murid-murid. Panduan untuk merancang sesuatu penggunaan media dalam pengajaran juga boleh dijadikan bahan rujukan melalui Model Assure dan ia banyak digunakan dalam usaha merancang penggunaan media dalam set instruksi bagi menarik minat murid – murid untuk memeulakan sesuatu pembelajaran. Heinich, Molanda, Russell (1989) telah memperkenalkan model ini. Dan ia membawa maksud " memastikan sesuatu berlaku." Model ASSURE mengandungi enam langkah di mana setiap langkah mengikut singkatan akronim yang telah diberi maksud. Singkatan akronim ASSURE bermaksud: A- Analyse learner (Analisis murid) i. Guru harus mengkaji umur, bakat, kelas serta taraf ekonomi murid – murid untuk memudahkan proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Ini adalah supaya guru dapat bersama-sama murid mendalami ilmu yang bakal disampaikan dan ianya dapat diguna pakai oleh murid- murid yang berkenaan pada masa hadapan. Dan pada masa yang sama penyampaian pengajaraan guu pada hari dan masa yang yang tersebut ternyata tidaklah sia-sia kerana guru telah mendalami kedudukan murid- murid tersebut dengan menggunakan perkataan dan bahasa yang setaraf. ii. Guru harus mengenal pasti ciri-ciri peringkat masuk (specific entry characteristics) dan pengetahuan yang sedia ada yang berkaitan dengan tajuk dan kandungan muridan seperti pengetahuan, kemahiran dan sikap murid. Ini adalah kerana kesungguhan murid untuk menduduki sesuatu kelas kebanyakannya bergantung pada mood murid itu masing- masing. Guru seharusnya mengetahui apakan yang pernah dan belum pernah diperkenalkan dengan topic yang bakal diajr semasa proses pnp kelak. Guru harus memainkan peranan yang penting supaya mood atau sikap sentiasa bersedia untuk menerima sesuatu benda baru atau
  • 4. 4 mengulang pembelajaran lepas sentiasa ada dan ianya tidak menjadi sesuatu yang merugikan semasa prose situ berjalan. S- State objective (nyatakan objektif) i. Guru akan menggunakan objektif – objektif dari sukatan muridan tahunan, panduan kurikulum atau buku teks sebelum memulakan sesuatu pengajaran. ii. Penentuan objektif adalah berdasarkan kepada peringkat prestasi yang ingin dicapai, samada sesuatu muridan itu akan disambung dari pengajaran lalu atau memulakan sesuatu topic baru. Guru juga harus melaihat keadaan pembelajaran dan kriteria atau darjah pencapaian yang dihajati kerana tanpa objektif yang dipilih dengan sebetulnya, mungkin pengajaran yang bakal disampaikan pada masa itu tidak akan tercapai memandangkan keadaan atau kriteria pengajaran yang tidak menepati citarasa murid-murid. S- Select, modify or make media ( pilih, baiki atau bina media) i. Guru hendaklah memilih media yang sedia ada atau yang baru dan ianya perlu disesuaikan dengan objektif pengajaran. Sekiranya media yang hendak diguna itu mengalami kerosakan atau kurang sesuai maka guru hendaklah memperbaiki dahulu bahan yang hendak atau menukar kepada alternative lain yang berkaitan dengan media yang telah dipilih. U- Use media (gunakan media) i. Guru harus merancang bagaimana media yang telah dipilih dan hendak digunakan. Penyediaan alat kemudahan untuk membuat persembahan pengajaran harus dirancang sebaik mungkin bagi mengelakkan masa dibuang. Aktiviti-aktiviti yang menarik perlu dirancang bagi menarik minat murid serta yang memberi motivasi kepada mereka supaya murid merasa seronok dan segala pengajaran pada masa tersebut dapat dijadikan pengalaman untuk menyambung pembelajaran pada masa hadapan. Selain menggunakan media yang berkaitan guru juga harus
  • 5. 5 mengadakan aktiviti susulan bagi tujuan pengayaan di dalam kelas. ii. Berikut salah satu cara guru dapat menggunakan media semasa mengajar: a) Guru harus menyediakan media dan bahan yang akan digunakan dan membahagikan masa yang betul-betul mencukupi dan harus digunakan semasa pembelajaran dijalankan. Contoh: Guru harus menonton dahulu, [Pribiu (Preview)] videoyang telah disediakan sebelum memulakan proses pengajaran bagi mengelakkan sesuatu perkara yang tidak diingini berlaku semasa proses tayangan media dijalankan b) Guru kemudiannya akan menyediakan alatan media dan bahan- bahan yang akan ditayangkan, alat-alat serta kemudahan- kemudahan yang diperlukan sebelum memulakan proses pengajaran. c) Guru akan menyediakan / menggunakan tempat belajar yang sesuai seperti kelas, makmal atau pusat sumber dan lain-lain kemudahan dan keperluan untuk belajar seiring dengan bahan media yang ingin digunakan dan disampaikan dalam proses pengajaran dan pembelajaran kelak. d) Guru juga harus mengetahui murid dari kelas mana yang hendak disampaikan maklumat pembelajaran melalui bahan media yang telah disediakan. Sebagai contoh, penyediaan set induksi yang berkesan atau penyataan tujuan dan objektif pembelajaran pada hari tersebut haruslah menarik bagi menarik minat murid untuk terus bersama sehingga ke penutup bersama-sama menghayati dan memmuridi muridan pada hari yang tersebut. e) Guru mestilah bersedia dengan pengalaman sedia ada murid dan guru untuk mengyampai dan menerima bahan dari media yang ditayangkan. Kita sebagai guru harus memikirkan cara bagaimana untuk menyampaikan media yang telah dipilih? Adakah kita hanya sebagai penyampai utama tajuk pada hari tersebut atau kita harus bertindak sebagai pemudah cara atau pengurus pembelajaran sahaja?
  • 6. 6 R- Require learner response (keperluan tindakan) i. Tindakbalas dari murid-murid samada dari segi menjawab soalan yang dikemukakan atau dapat membuat latihan hasil dari pembelajaran yang berlaku. Guru juga perlu mengadakan latihan pengukuhan supaya tindakbalas yang betul diperolehi daripada hasil pengajaran yang telah disampaikan. ii. Untuk memastikan bahawa proses pembelajaran itu berlaku, murid-murid perlu dilibatkan secara aktif samada secara individu atau berkumpulan dalam aktiviti pembelajaran seperti membuat latihan, perbincangan, latih tubi, kuiz, projek dan sebagainya. Aktiviti pengukuhan (reinforcement activities) seperti menyesuaikan gambar, mengisi tempat kosong atau yang setara harus diberikan serta- merta selepas murid memberikan tindak balas yang betul (Skinner, 1954). E- Evaluate materials (menilai) i. Guru harus menilai dan menyemak semula bahan yang telah digunakan samada ia telah memberikan hasil atau sebaliknya. Setelah selesai pengajaran, penilaian tentang kekuatan dan keberkesanan bahan media itu secara menyeluruh harus dijalankan. Guru harus memikirkan tentang tahap penilaian yang telah dicapai atau belum : Adakah objektif-objektif pembelajaran yang disampaikan pada hari ini tercapai? a. Adakah alat/bahan media yang digunakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran? b. Adakah kesemua murid dapat menggunakan alat/bahan media yang diajar dengan cara yang betul? c. Adakah suasana pembelajaran ( kelas / makmal )yang dipilih telah memberi keselesaan kepada semua murid? d. Adakah peluang-peluang pemerhatian individu yang memerlukan bantuan guru atau rakan lain telah diberikan dengan sebaik mungkin? e. Apakan soalan yang dikemukakan samada diperingkat penggayaan atau pengukuhan dapat dijawab dengan sendiri tanpa memerlukan bantuan rakan?
  • 7. 7 2.0 Jelaskan Beserta Contoh Bagaimana Seorang Guru Ingin Melaksanakan Model Assure 2.1 PENGENALAN Pergantungan pendekatan pengajaran guru dalam bilik darjah sangat bergantung kepa- da bagaimana seseorang atau sekumpulan murid dapat mengikuti kandungan sesuatu mata pelajaran. Kajian oleh sesetengah ahli-ahli psikologi menyatakan bahawa pembe- lajaran yang berlaku dan akan menghasilkan beberapa teori pembelajaran. Teori-teori ini boleh dibahagikan kepada beberapa jenis teori iaitu pembelajaran behaviorisme, so- sial dan kognitif. Teori pembelajaran behaviorisme ialah teori yang berfokuskan kepada tingkah laku dan persekitaran, teori pembelajaran sosial pula berfokuskan kepada ting- kah laku dan pemikiran seseorang murid, sementara teori pembelajaran kognitif pula berfokus kepada pemikiran sahaja. 2.2 Penggunaan Media Teknologi dan Pembelajaran Umum mengetahui bahawa pembelajaran merupakan satu peringkat peristiwa eksternal yang dirancang kepada murid – murid untuk mengikut sesuatu pembelajaran dalaman . Jika dilihat melalui sudut luaran ia tidak dimaksudkan sekadar tempat terjadinya penga- jaran tetapi juga jenis teknologi, metod, dan media yang diperlukan untuk memperoleh informasi dan membawa murid cara untuk belajar. Mengikut teori behavioris, mereka akan menekankan kepada mengawal murid – murid melalui sikap dan tingkah laku mereka manakala teori kognitif pula memberi penekanan cara untuk mengawal emosi dalaman atau cara mengendalikan keseluruhan proses mental murid – murid .Ia berbe- za apabila seorang guru yang menggunakan media dan teknologi di dalam kelas. Tek- nologi pembelajaran ini tidak menghalang mana –mana jenis pengajaran atau lingkun- gan pembelajaran, tetapi media teknologi untuk pembelajaran dapat menyediakan sua- sana belajar murid yang aktif dan akan penyertaan mereka dalam sesuatu pembelajaran adalah menyeluruh. Sekiranya media teknologi dan pembelajaran digunakan dengan baik dan kreatif semasa di dalam kelas, ia merupakan fungsi mesin yang sesekali dapat dinyalakan atau diputar sesuka hati malah guru dapat menggunakan idea – idea yang baru dalam melaksanakan tugas dalam menyampaikan ilmu yang dipertanggungjawab- kan dengan lebih berkesan dan bermutu
  • 8. 8 2.3 Cara Penyampaian Pengajaran Oleh Guru – guru Di Sekolah 2.3.1 Konteks Realistik . Seorang guru lebih cenderung dan lebih suka dalam memastikan murid dapat mengingat dan serta menerapkan pengetahuan yang disampaikan dalam kon- teks dunia nyata, iaitu pembelajaran yang memerlukan teknik hafalan yang ber- tujuan penghantaran kapada satu proses yang di namakan ‘inert knowledge” ( pengetahuan lengai ) , dimana kita mengetahui sesuatu tetapi tidak pernah me- nerapkannya dalam kehidupan nyata. 2.3.2 Interaksi Sosial Sesetengah rakan pengajar hanya ingin mengetahui sesuatu pembelajaran baru kepada murid adalah sangat terhad dan ia tidak dapat mengembangkan minda guru tersebut apatah lagi murid – murid di peringkat sekolah rendah yang masih memerlukan tunjuk ajar.. 2.3.3 Penyelesaian Masalah : Pengajaran yang melibatkan proses pemecahan masalah akan menjadikan se- suatu proses pengajaran dan pembelajaran itu menjadi aktif. Bagi murid yang berpengetahuan agak terhad, tetapi ia selaras dengan model kolaboratif, proses ini akan menjadikan perbincangan di antara mereka semakin berkembang den- gan menjelaskan perkara –perkara penting dalam sesi perbahasan. Hal ini terjadi adalah kerana penggunaan kenyataan asas, serta bahan-bahan utama masalah yang diperkenalkan oleh media (contohnya, kes - kes yang di tulis, asas-asas komputer, sketsa dan sebagainya) yang telah melaksana kannya secara baik. Kesalahan dalam pemilihan metod pembelajaran, merupakan kegagalan awal seseorang guru dalam melaksanakan tugas pembelajarannya di kelas. Oleh yang demikian, guru dikehendaki memiliki ketrampilan dalam mengimplementa- sikan pelbagai kaedah dan metod mengajar kepada murid – murid bagi menge- lakkan sikap tidak berminat terhadap sesuatu muridan. Guru yang kaya dengan kaedah atau metod mengajar, nescaya mereka dapat menciptakan suasana ke- las yang dinamis dan aktif. Murid akan menerima, memproses, dan memanipula- si informasi yang disampaikan oleh guru dan seterusnya menyimpan dalam ko- tak fikiran bagi menghubung jalin dan kaitkan pembelajaran mereka dengan sub- jek yang lain atau pada masa hadapan. Sejarah telah menyatakan bahawa me-
  • 9. 9 dia dan teknologi memiliki pengaruh yang tinggi dan hebat terhadap pendidikan. Sebagai contoh, komputer dan internet telah dapat mempengaruhi proses pem- belajaran sehingga ke saat ini. Peraturan dari pendidik dan murid itu sendiri te- lah berubah kerana dipengaruhi media dan teknologi yang digunakan di dalam atau luar kelas. Perubahan ini sangat penting, kerana pendidik (guru) berhak menguji media dan teknologi dalam konteks belajar dan ia merupakan kesan pada hasil belajar murid yang berada dalam sesebuah proses pembelajaran. 2.3.4 Belajar Belajar merupakan satu proses pembangunan pengetahuan, kemahiran- kemahiran, atau pembangunan tingkah laku yang melibatkan interaksi individu, yang berkaitan kemudahan-kemudahan fizikal, psikologi, kaedah pembelajaran, media, dan teknologi. Belajar juga merupakan proses yang dilakukan sepanjang masa oleh semua individu sama ada dewasa ataupun kanak – kanak. Oleh yang demikian, belajar adalah proses yang melibatkan proses pemilihan, tatacara, dan penyampaian mesej yang pantas kepada alam sekitar dan bagaimana cara mu- rid akan berinteraksi dengan maklumat tersebut. 3.0 PENGGUNAAN MODEL PENGAJARAN Terdapat beberapa pandangan kenapa harus seorang guru harus menggunakan media atau teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran mpada hari ini. Heinich, et al (1989) telah menyenaraikan tiga rasional kenapa media harus digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran: i. Untuk menghasilkan arhan – arahan kepada pembelajaran yang berkesan. ii. Arahan atau penerangan harus dirancang secara sistematik dan baik sejurus dengan menggunakan prinsip reka bentuk instruksional, teori pembelajaran dan komunikasi. iii. Media juga boleh menyumbang dengan memudahkan perkembangan intelektual yang mana bebanan fikiran terlalu banyak untuk diharungi. Manakala mengikut (Yusup, 1998) pula, peralatan ( alat bantu mengajar )dan bahan yang dibina, harus dirancang terlebih dahulu dan dilaksanakan bertujuan untuk menyampaikan maklumat dan/atau menghasilkan pembelajaran yang berkesan dan efektif. Panduan umum mengguna media secara berkesan:
  • 10. 10 • Guru harus memilih media yang bersesuaian dengan topik dan objektif pengajaran dan pembelajaran yang bakal dijalankan pada hari tersebut. • Bahan yang dipilih juga haruslah bersesuaian dengan ciri-ciri dan saiz kumpulan yang disasarkan samada kumpulan besar, kumpulan sederhana dan individu. • Guru juga harus mengetahui bahawa tiada suatu media pun yang sesuai bagi semua murid untuk semua jenis situasi pembelajaran. Strategi yang dipilih disarankan mengikut perkembangan masa kini ialah menggunakan pendekatan multimedia yang bersesuaian. Antara sumbangan – sumbangan bahan media terhadap pengajaran-pembelajaran yang melibatkan multimedia dan teknologi yang berkaitan masa kini ialah : • Motivasi murid boleh dipertingkatkan. • Suasana baru dan beraneka jenis dapat diwujudkan dengan berkesan • Perhatian murid dapat ditarik dengan penggunaan pelbagai kemahiran pengajaran. • Penyertaan murid secara aktif dapat dipertingkatkan semasa sesi menjawab soalan atau soal jawab. • Peneguhan pembelajaran dapat dibuat tanpa menyebabkan kebosanan belajar • Pengetahuan dan pemgalaman murid dapat diperluaskan dengan memperkenalkan perkara-perkara baru yang belum pernah dipelajari • Ia juga boleh menjamin kepada pemikiran yang teratur dan berkesinambungan antara satu matapelajaran yang lain atau dunia luar yang berkenaan.. Penggunaan media juga telah menukarkan daripada seorang pengajar kepada fasilitator pembelajaran yang berpengetahuan tinggi. Media juga boleh digunakan dalam pelbagai situasi pengajaran-pembelajaran, misalnya • Guru hendak mempekenalkan topik baru • Guru dapat memberi penjelasan, menginterpretasi dan mengukuhkan idea, konsep atau prinsip dengan mencari pelbagai jenis contoh melalui bahan ,edia yang diperolehi dari internet • Guru juga dapat mendemonstrasikan/ menunjuk cara sesuatu kemahiran, amalan atau siri tindakan dengan mudah dan tepat • Guru juga dapat merumuskan dan mengulangkaji pelajaran yang dipelajari pada hari tersebut dengan mencari bahan yang berkaitan ( sumber internet, video dan lain lain ) dengan lebih berkesan. • Guru juga boleh member latihan – latihan atau kerja rumah melalui blog – blog yang telah diwujudkan dan ini mengurangkan beban murid untuk membawa terlalu banyak buku ke
  • 11. 11 sekolah • Guru juga dapat menilai hasil kerja murid yang diberikan melalui sistem internet yang telah diekplorasikan Penggunaan bahan media secara bersistematik dapat member beberapa kelebihan dan ia juga merupakan batasan kepada sesetengah penggunaan bahan media kerana ia merupakan proses pemilihan dan penghasilan media berdasarkan model seperti model “ASSURE”, ADDIE dan DID. Kaedah dan model yang diaplikasikan kepada pengajaran adalah penting supaya sesuatu objektif pembelajaran dapat dicapai dan juga dapat member impak yang besar kepada kumpulan murid yang terlibat. Bahan media yang dipilih dan digunakan dengan tepat dan sepenuhnya dapat membantu guru untuk menjelaskan konsep dan memberi penerangan kepada murid dengan jelas dan tepat. Guru harus mereka bentuk pengajaran dan pembelajaran di sekolah kerana ia merupakan satu proses yang akan menjadikan satu pembelajran lebih sempurna dan objektif pembelajaran dapat dicapai dengan adanya perancangan yang lengkap dan sistematik. Seseorang guru juga perlu mengetahui perkara yang hendak disampaikan sebelum, semasa dan selepas proses pengajaran dan pembelajarandengan menyediakan satu perancangan yang rapi untuk supaya proses tersebut akan menjadi dengan lebih efisien dan berkesan.
  • 12. 12 Model reka bentuk pengajaran : Model ASSURE. Analisis murid Nyatakan objektif Pilih kaedah, media dan bahan Gunakan media dan bahan Penglibatan pelajar dalam pembelajaran Nilai bahan Rajah 1 : Model ASSURE 3.1 Penggunaan Model ASSURE dalam menjalankan pengajaran oleh seseorang guru Langkah 1 : Analisis Murid Analisis murid merupakan asas utama kepada penggunaan Model ASSURE. Deskripsi tentang umur murid, tahun ( darjah ), latar belakang keluarga dan sebagainya merupkan ciri-ciri umum yang perlu di ambil kira sebelum sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran akan di mulakan. Maklumat – maklumat yang telah diperolehi boleh dijadikan bahan asas dalam pemilihan media dengan meneliti rekod murid dan guru boleh berinteraksi secara langsung dan dengan mengetahui harapan, sikap dan latar belakang murid. Maklumat juga boleh diperolehi melalui ujian- ujian kemasukan dan juga interaksi bersama mereka. Murid juga pernah mendapat maklumat melalui bahan rujukan dan boleh mendapat pendedahan melalui majalah dan television dan yang
  • 13. 13 paling berteknologi ialah melalui internet. Guru harus memikirkan bahan media yang hendak digunakan perlulah disesuaikan dengan ciri-ciri murid, kandungan murid , kaedah, media dan bahan pembelajaran. Terdapat tiga perkara penting yang perlu diambil kira untuk menganalisis seseorang murid ialah dengan menggunakan sesuatu media dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu disesuaikan dengan ciri-ciri murid supaya penggunaannya berkesan dan bermakna kepada murid itu sendiri. Perkembangan tahap kognitif dan fizikal murid yang akan diajar harus diambil kira dalam menganalisis murid sebelum menggunakan sesuatu jenis media supaya ia ada berkaitan dengan pemikiran murid – murid itu sendiri. Oleh yang demikian, bahan media yang digunakan dapat harus disesuaikan dengan tahap kognitif murid, kerana hasil pengajaran dan pembelajaran adalah lebih berkesan dan mudah difahami. Selain daripada itu juga, perbezaan antara budaya dan bahasa setiap murid harus diberi pertimbangan kerana Malaysia merupakan Negara yang mempunyai masyarakat majmuk yang paling ramai di dunia maka guru harus menggunakan kaedah media yang betul – betul dapat di terima oleh mereka tanpa ada rasa dikecewakan dan sakit hati. Langkah 2: Nyatakan objektif Sebelum memulakan sesuatu jenis pengajaran yang akan melibatkan pelbagai jenis atau golongan murid , guru harus meletakkan satu objektif pembelajaran dengan jelas supaya guru dapat lebih fokus kepada perkara yang sepatutnya dikuasai oleh murid. Setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dirancang adalah untuk menyampaikan maklumat berdasarkan objektif pembelajaran melalui huraian sukatan tahunan dan bukan objektif yang dibuat melalui minta guru untuk menyampaikan sesuatu pengajaran. Penggunaan kaedah dan media yang bersesuaian harus dipilih kerana guru akan memberikan tumpuan terhadap pengetahuan, kemahiran dan sikap baru yang perlu dikuasai oleh murid. Objektif pembelajaran juga harus berfokuskan kepada apakah pengetahuan sedia ada murid, kemahiran – kemahiran yang ada pada setiap murid ( secara rawak ) dan sikap yang baru yang ada pada murid. Contoh objektif yang harus dikuasai pada akhir pembelajaran : Di akhir muridan murid akan : i. mencari isipadu bentuk - 3Dimensi yang melibatkan kubus dan kuboid
  • 14. 14 Langkah 3: Memilih kaedah / metod , media dan bahan Proses pemilihan bahan, membaiki atau mengubahsuai media yang akan digunakan, guru perlu melihat secara keseluruhan kepada tingkat kebolehan murid dengan objektif pembelajaran yang ingin dicapai. Terdapat tiga perkara yang perlu dilakukan dalam melaksanakan langkah ini: i. Memilih kaedah / metod pengajaran Dalam satu - satu pengajaran, pelbagai jenis kaedah yang berbeza-beza boleh diaplikasi untuk tujuan penyesuaian dalam semua aktiviti pengajaran dan pem- belajaran yang dipilih seperti set induksi, pengenalan untuk konsep, aktiviti ber- kumpulan, latihan dan penutup. Bagi menarik perhatian murid, guru harus memikirkan pengenalan set induksi yang menarik dan diikuti dengan kaedah perbincangan, stimulasi, kaedah cuba jaya dan latihan dan latih tubi kerana ia merupakan sesuatu pengetahuan yang baru bagi murid. ii. Memilih media Guru seharusnya memilih bahan media yang sesuai untuk proses pengajaran dan pembelajaran kerana ia merupakan faktor yang membolehkan mesej atau maklumat disampaikan secara bermakna dengan baik atau sebaliknya. Peng- gunaan media yang boleh dijadikan pilihan adalah seperti slaid, video, tayangan multimedia blog, groups dan sebagainya yang mana boleh diperolehi menerusi sistem teknologi yang semakin canggih pada masa ini. Format media yang dipi- lih juga perlu bersesuaian dengan keupayaan murid terutamanya di peringkat rendah ( tahun 1, 2 dan 3 ). iii. Memilih bahan. Semua jenis bahan sumber pengajaran pembelajaran juga harus merujuk kepada isi murid yang berkenaan kerana ia merupakan focus utama kepada se- suatu pembelajaran. Bahan yang dipilih ialah Smart Board LCD, Layar , Kompu- ter Riba, Radio , Gambar Bentangan dan Gambar Bentuk Isipadu dan Ruang, Kad Bentangan 3Dimensi (kubus dan kuboid ), Pembaris Ukur, Kad Manila, Pen Marker, Pita Pelekat dan Lembaran
  • 15. 15 Langkah 4: Gunakan media dan bahan Penggunaan media dan bahan dalam pengajaran adalah penting kerana hal ini menjadi penentuan kepada keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Guru boleh menggunakan internet dalam proses pengajaran dan menyediakan bahan pengajaran dalam bentuk nota dan latihan. Buku teks Sains tingkatan 5 juga digunakan. Media dan bahan yang telah dipilih akan menyediakan persekitaran yang sesuai untuk pembelajaran murid. Selain itu pemilihan bahan dan media tersebut adalah bersesuaian dengan pengalaman murid, jadi akhirnya dapat mendatangkan manfaat kepada para murid. Langkah 5: Penglibatan murid dalam pembelajaran Semasa proses pembelajaran sedang berlaku, guru harus memastikan penglibatab murid dalam aktiviti pembelajaran seperti perbincangan, gerak kerja kumpulan, latihan, latih tubi dan sebagainya secara aktif. Guru harus memberikan pengukuhan secara serta merta ke atas tindak balas murid yang betul dan baik. Sebagai contoh murid dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membina soalan yang berkaitan tajuk Isipadu dan ruang dan pada masa itu kritikan bernas oleh kumpulan lain dalam membentuk peribadi yang sentiasa mencari salah bagi membentuk jati diri yang baik. Kemudian mereka juga dikehendaki mencari bahan melalui blog – blog tertentu atau laman web yang telah disenaraikan. Selepas itu latihan yang berbentuk struktur dan penyelesaian masalah juga diberikan kepada murid untuk tujuan penggayaan. Langkah 6 : Penilaian / semak semula bahan Setelah satu – satu sesi pengajaran selesai, penilaian yang merupakan proses untuk melihat keberkesanan keseluruhan proses pengajaran dan pembelajaran yang telah mahupun dilaksanakan. Guru harus membuat penilaian terhadap sesebuah pengajaran terhadap kesesuaian penggunaan bahan media, pembinaan bahan pengajaran, dan pencapaian murid mengikut keperluan. Penilaian juga perlu dilakukan untuk melihat kekuatan dan kelemahan serta keberkesanan bahan media yang digunakan secara menyeluruh agar penambahbaikan dapat dilakukan bagi mendapatkan kesan penggunaan media yang maksimum dalam pengajaran. Penilaian juga proses membuat keputusan dan pertimbangan terhadap sesuatu nilai tentang sesuatu perkarakerana ia akan mempengaruhi keputusan yang diambil terhadap perkara yang dinilai. Secara umum, pencapaian seseorang murid akan dibahagikan kepada tiga perkara, iaitu:
  • 16. 16 i. Prestasi murid dinilai berdasarkan rujukan kriteria (penilaian murid berdasarkan suatu set objektif yang telah ditentukan) ii. Prestasi murid dalam aspek kemahiran yang diuji, seperti menjawab soalan se- cara spontan atau berkumpulan, menjawab soalan samada secara sumatif atau formatif atau yang berkenaan. . iii. Sikap murid semasa sesuatu pengajaran dan pembelajaran sedang berlaku . Penilaian terhadap seseorang murid boleh dinilai melalui pertanyaan untuk melihat pemahaman mereka, soalan yang diluar kawalan buku teks tetapi yang berkaitan ( pengetahuan sedia ada ) dan penglibatan semasa bersama kumpulan. Selain itu, murid juga boleh dinilai melalaui menjawab soalan berstruktur atau tidak berstruktur bagi menguji kefahaman dan pengetahuan sedia ada mereka. 4.0 Kesimpulan Penggunaan model Assure merupakan satu proses pengajaran yang dapat memberi banyak kebaikan dan kelebihan kepada semua individu termasuk guru dan murid dalam menjadikan sesuatu pengajaran dan pembelajaran itu lebih berkesan. Guru juga dapat mempelajari pelbagai jenis kaedah penggunaan bahan yang melibatkan media teknologi yang canggih pada masa kini. Daripada itu juga pengajaran akan lebih merangsang penglibatan murid – murid secara aktif dan dan dapat memberi kesan positif pada isi kandungan pembelajaran pada hari tersebut. Kaedah model ASSURE juga jika dipergunakan secara menyeluruh akan memberi kebaikan dan impak positif kerana ia merupakan model yang dapat meningkatkan keinginan murid untuk tahu lebih jauh pembelajran yang dipelajari. Murid juga dapat mengaplikasikan isi kandungan pelajaran yang dipelajari melalui kompuetr ( internet ) kepada dunia luar. Keudukan guru dalam mengharungi dunia IT masa kini juga dapat dipertingkatkan dan tidak hanya sekadar mengajar dengan penggunaan kaedah kuno “chalk and talk” sahaja. Oleh yang demikian, sebagai seorang guru, mereka seharusnya menggunakan segala kemudahan yang telah dipermudahkan dan diperturunkan ke semua sekolah ( peralatan ICT ) dengan sebaik mungkin bagi memastikan setiap pengajaran dan pembelajaran menjadi pertambah baik dari tahun ke tahun.
  • 17. 17 5.0 Bibliografi Anglin, G. J. (1995). Instructional technology: Past, present, and future. Englewood: Colorado: Libraries Unlimited. Chin Yoon Poh. (2009). Teknologi Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran. KL: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Finn, J. D. (1960). Technology and the instructional process, Audiovisual Communication Review, 8(1), 9-10. Kemp, J. E., & Smelline, D. C. (1994). Planning, producing and using instructional technologies (7th ed.). New York: Harper Collins. Norasiah Bt. Abdullah. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. Puchong, Selangor: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Noriati A. Rashid, Boon Pong Ying. (2009). Teknologi dalam Pengajaran dan Pembelajaran. KL: Oxford Fajar Sdn. Bhd. Roblyer, M. D. (2003). Integrating educational technology into teaching (3rd ed.). Upper Saddle River, N. J.: Merril Prentice Hall. Rozinah Jamaludin. (2005). Multimedia Dalam Pendidikan. KL: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd. Saettler, P. (1990). The evolution of American educational technology. Englewood, Colorado: Libraries Unlimited Seels, B., & Richey, R. (1994). Instructional technology: The definition and domains of the field, Washington DC; AECT. Smaldino, S.E., Russell, J., Heinich, R., & Molenda, M., (2004). Instructional technology and media for learning. (8th ed.). Englewood Cliffs, N.J.: Prentice Hall.
  • 18. 18 Yusup Hashim (1998). Teknologi pengajaran. Shah Alam: Fajar Bakti.