1. Ikrar Pengawas
Kami, pengawas-pengawas Sekolah menengah Kebangsaan Dato’ Ibrahim Yaacob, dengan ini,
berjanji serta berikrar :-
Memberi kasih sayang yang tidak berbelah bahagi kepada sekolah serta menyanjung tinggi
dan menghayati budaya sekolah setiap masa.
Sentiasa bersedia melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan
cekap, jujur, adil dan saksama tanpa sebarang prasangka.
Memelihara, menyanjung tinggi dan menentukan peraturan-peraturan sekolah dipatuhi
sepenuhnya oleh semua pelajar.
Membimbing dan mendidik pelajar-pelajar ke arah penghayatan nilai-nilai murni dan
budaya sekolah.
Menghormati dan mematuhi segala arahan Pengetua dan guru-guru.
Bersedia berbakti kepada sekolah dalam apa keadaan pun.
Mendukung cita-cita, aspirasi sekolah dan negara.
IKRAR LEMBAGA PENGAWAS
Bahawa kami pengawas-pengawas Sekolah menengah Kebangsaan Dato’ Ibrahim Yaacob
berikrar akan menumpukan sepenuh taat setia kami terhadap Lembaga Pengawas dan sekolah
ini berdasarkan prinsip-prinsip berikut:
• Berpegang teguh kepada ajaran agama dan prinsip-prinsip rukun negara
• Bertugas dengan penuh dedikasi, toleransi dan bertanggungjawab
• Berusaha untuk menjadi model dan contoh kepada sekolah
• Berusaha untuk meningkatkan kualiti akademik
• Bertugas ke arah meningkatkan mutu disiplin sekola
IKRAR BADAN PENGAWAS
KAMI PENGAWAS-PENGAWAS SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN DATO’ IBRAHIM
YAACOB DENGAN INI BERIKRAR DAN BERJANJI :
• BAHAWA KAMI / AKAN MENJALANKAN SEGALA TUGAS KAMI DENGAN ADIL JUJUR
DAN IKHLAS.
• KAMI BERJANJI AKAN PATUH KEPADA PRINSIP-PRINSIP RUKUN NEGARA KAMI
JUGA BERJANJI AKAN SENTIASA MEMATUHI SEGALA PERATURAN SEKOLAH DAN
ARAHAN GURU-GURU KAMI.
2. • KAMI JUGA AKAN SENTIASA BEKERJASAMA DENGAN GURU-GURU UNTUK
MEWUJUDKAN DISIPLIN YANG BAIK DI SEKOLAH INI.
• KAMI AKAN BERUSAHA BERSUNGGUH-SUNGGUH UNTUK MENJAMIN DISIPLIN
SEKOLAH INI DIPATUHI OLEH SEMUA PELAJAR.
• KAMI JUGA AKAN SENTIASA BERUSAHA MENINGGIKAN MUTU PELAJARAN KAMI
DEMI MENJAGA NAMA BAIK IBU BAPA GURU-GURU DAN SEKOLAH KAMI