Dokumen tersebut membahas tentang dinamika dan apresiasi bahasa kebangsaan. Terdapat diskusi mengenai ragam bahasa formal dan tak formal, variasi bahasa seperti dialek daerah dan sosial, serta jenis-jenis laras bahasa seperti bahasa perniagaan, sastera, agama dan lain-lain.
1. JABATAN PENGAJIAN
UMUM
MPW 1113
BAHASA KEBANGSAAN A
DINAMIKA & APRESIASI
BAHASA
Khairul Azlan Taib
BSc .(hons) UiTM
2. RAGAM BAHASA
bahasa formal Bahasa tak formal
Bahasa Baku Bahasa mesra,
bahasa slanga,
bahasa basahan,
Bahasa Diraja atau
bahasa pasar,
Bahasa Istana.
bahasa halus,
bahasa kasar,
bahasa dialek
3. VARIASI BAHASA
Variasi bahasa Dialek
Merupakan variasi
Kepelbagaian bahasa
bahasa apabila variasi
yang ditentukan oleh bahasa itu masih
faktor teknikal bahasa difahami oleh pengguna
iaitu sebutan, kosa kata dalam sesuatu
dan tatabahasa. masyarakat bahasa
walaupun ada
pembahagian geografi .
4. Jenis variasi
Idiolek
merupakan kelainan penggunaan bahasa pada peringkat
individu.
Perbezaan paling ketara ialah dari segi sebutan dan lagu
sebutan.
Keadaan ini berlaku kerana perbezaan alat sebutan seperti
kecacatan atau tabiat penyebutan kerana pengaruh rakan
atau seisi keluarga.
5. Jenis variasi
Dialek kawasan
Variasi bahasa yang berkaitan dengan pengguna dalam sesuatu
kawasan
Bahasa Melayu termasuk dalam golongan Sumatera bersama-sama
dengan bahasa Batak, Acheh, Minangkabau, Nias, Lampung dan
Orang Laut.
Umumnya bahasa Melayu merangkumi
Bahasa Malaysia di Malaysia,
Bahasa Indonesia di Indonesia,
Bahasa Melayu di Brunei,
Bahasa Melayu di Singapura.
Walaupun namanya berbeza, ia merupakan dialek bagi bahasa
Melayu.
7. Contoh 2
Pagi tu pagi sena. Mek nga ayoh ambo takdok gghumoh. Gi mmotong getoh kkebun.
Tingga ambo, tok wae, nga adik ambo hok omo lape tahung jah dok ghumoh.
Kaba-kaba dapo ghumoh jighe ambo nnetuk!!!.. puyok nga kuoli nnaye pah pitu
paga. Tok wa......e hok dok wak kkabu kkejut gaa nah, habis nyo tennja butir kkabu.
Lebih segenggae kkabu nyo kekoh ko dio.. ambo nga tok waqe deghah hungga nok
tulong jighe tu.. tapi gak, paghok nah Api nyamba. Jange kato nok nnulong, nok
masuk dekak pong panas waa. Tok tulong kae, jighe. Nok tulong pong tok pade.
Ambo nga adik ambo pong dok ccokoh depe pitu pagar jah la, tunggu sapa api
mapuh. Jighe ambo tut ok tahu la guano kaba. Hiduk lagi ko mulloh doh. Dok tok
lamo tu, jighe ambo pong kelik. Keno-keno dio gi banda, kelih anok igak ike. Ambo
tok cekak ghoyak ko dio dapur dio tbaka tapi nyo wak tok tahu. Ghalik kes suko bena
bokali anok dio buleh igak ike besa. Panah ppalo molek ambo..
Pah tu gak, ambo kelik ghumoh jah la. Pah tu dok smeta, ambo dengar jighe ambo tu
nnepik. Baru kaba la tu. Ambo segho, dio nok mmasok ike. Dae gi ddapur, tengok
habih hanguh letong. Kalu dio maghi nok ngadu kak ghumoh ambo, ambo
pghambat la.. takdi ambo puah kemain doh eh oyak..
Tu la crito hok bo bo nok knaleng hok ambo kelih. Tapi gak, tu pong lamo doh. Maso
ambo kecik lagi. Tu pong hok tok wae ambo hok crito. Kalu blawok tok wae ambo
gak, blawok la ambo pong..
8. Contoh 3
pagi tu pagi isning,mok ngan ayoh koi takdek kat ghumoh,gi nogreh getoh
kat kebun getoh. tinggei wan koi ngan adik koi yang umo lapan taun jek
kt ghumoh, tibe2 ghumoh jighan koi mletok!!!.. blange ngan kuali
tpelanting ke pintu pago. wan koi ......yang ngoh ngejekan kabu tu tkejut,
biji kabu diteghajangnye,sgenggang lebih kkabu die kunyoh. koi ngan
wan koi benghambat nok nolong jighan koi. pohhpalehhh...api bapok
besonye... usoh ke nok nolong,nok dekat pon panas.tak tolong karang
jighan, nok nolong karang tak padan, koi ngan adik koi pon mencangkung
la kat pintu pago nunggu api padang. jighan koi tu tak tau la gone
cite,kala iduk ade la.. tak lame tu,jighan koi pon balik, ghupenye die gi
bando nengok anok die nangkak ikan. puas koi ngabokan yang dapo die
tbako. tak diendohnye.. suke ngat die anok die dapat ikan beso. sakit ati
koi.. dan tak dan, koi pon balik ghumoh,lepas tu koi dengo jiran koi
meghaung. bagru sedo la tu. agoknye die nok masok ikan,gi dapo nengok
dah ngrentung.kala die datang ni karang, ngadu kat ghumoh koi,nok je
koi sepok die. dah puas koi ngabonye tadi. tu la cite sedehane ngeri hak
koi nengok. tapi tu pon dah lame. mase koi kecik. tu pon wan koi yang
cite. kala wan koi nipu, koi pon nipu la..
9. Jenis variasi
Dialek sosial
Dikaitkan dari segi penggunaan, iaitu bahasa
mungkin berbeza mengikut kumpulan sosial dan
situasi yang digunakan.
Misalnya, dalam majlis rasmi, orang akan
menggunakan bahasa-bahasa yang formal.
10. LARAS BAHASA
Definisi:
Gaya dan penggunaan sesuatu bahasa.
Gaya merujuk kepada pelisanan dan penulisan.
Penggunaan merujuk kepada penutur, pendengar,
situasi, topik dan tujuan perbincangan.
11. JENIS-JENIS LARAS BAHASA
Laras Bahasa Iklan / Perniagaan
Laras Bahasa Sastera / Kreatif
Laras Bahasa Agama
Laras Bahasa Biasa
Laras Bahasa Sains
Laras Bahasa Media Massa
Laras Bahasa Rencana
Larasa Bahasa Undang-Undang
Laras Bahasa Sukan
Laras Bahasa Ekonomi
Laras Bahasa Akademik
12. Laras Bahasa Perniagaan
Mempengaruhi pengguna untuk membentuk tanggapan tertentu ,
atau mengubah sikap dan melakukan tindakan.
Digunakan dalam iklan, tender, laporan dan sebagainya , disokong
pula oleh gambar, lukisan, grafik, ilustrasi dan sebagainya.
Iklan dapat dihasilkan dengan beberapa cara seperti berikut:
(a) slogan: Kami Ada Cara
(b) Kaedah Pernyataan: Rumah Untuk Dijual/Disewa
(c) Perkaitan Konsep: Artis X dengan Tilam Jenama Y
(d) Perisytiharan: Waja dengan Aksesori Lengkap
(e) Kaedah Umpan: Beli Satu, Percuma Satu
(f) Mesra: Keutamaan Kami Adalah Pelanggan.
(g) Bandingan: Bateri X Lebih Berkuasa dan Tahan Lama
(h) Gesaan: Cepat! Cepat! Datanglah Beramai-ramai
(i) Pertanyaan: Sakit Pinggang? Sapulah Dengan Minyak Angin Z.
13. Laras Bahasa Sastera
Memperlihatkan gaya bahasa yang menarik dan kreatif.
Bahasanya boleh dalam bentuk naratif, deskriptif, preskriptif, dramatik
dan puitis.
Beberapa ciri bahasa sastera:
a kreatif dan imaginatif: kabur mesej
b. mementingkan penyusunan, pengulangan, pemilihan kata
c. puitis dan hidup,: monolog, dialog, bunga-bunga bahasa
d. menggunakan bahasa tersirat: perlambangan, kiasan,
perbandingan, peribahasa, metafora, simile, personifikasi,
ilusi.
e. terdapat penyimpangan tatabahasa atau manipulasi bahasa.
14. Laras Bahasa Agama
Mengandungi istilah agama daripada bahasa Arab
Struktur ayatnya banyak dipengaruhi struktur
bahasa Arab
Diselitkan dengan petikan daripada al-Quran dan
hadis.
15. RETORIK
Adalah seni pemakaian bahasa dalam tulisan atau ucapan.
Bertujuan untuk menyampaikan sesuatu maksud atau tujuan
dengan lebih berkesan.
Dalam penulisan pemujukan, penyampaian ideologi, atau
berbentuk propaganda, retorik adalah alat dalam penulisan untuk
mempengaruhi sikap dan pendirian orang ramai.
Secara umumnya, kemahiran retorik melibatkan:
1. penguasaan tatabahasa
2. penggunaan pelbagai ragam bahasa
3. penyampaian pemikiran secara teratur dan sistematik
4. penguasaan corak dan bentuk penulisan.
16. Teknik penulisan
Induktif
Mengemukakan fakta dan maklumat yang berbentuk khusus
dan kemudian membuat kesimpulan atau rumusan.
Deduktif
Mengemukakan satu pernyataan yang umum dan dituruti oleh
fakta dan maklumat yang khusus.
Analogi
Menggunakan kiasan atau perbandingan untuk menunjukkan
persamaan atau perbezaan antara dua perkara atau senario.
17. deskriptif (pemerian)
Menerangkan atau memerikan sesuatu.
Menggunakan pemerhatian dan pengamatannya untuk
menerangkan sesuatu hal.
Di tahap yang lebih halus, penulis ada kalanya menggunakan
pancainderanya, di samping perasaan hati dan pandangannya.
Penulis menggambarkan peristiwa, contoh kiasan dan sebagainya.
Pengalaman seseorang, watak-watak dalam novel, drama dan
sebagainya.
Dengan cara deksriptif ini, penulis boleh menggunakan teknik-
teknik induktif, deduktif atau analogi.
18. eksposisi (pendedahan)
Mendedahkan sesuatu isu, perkara.
Cara ini sesuai digunakan untuk menjelaskan
konsep, pandangan, cadangan, proses, atau sejarah
sesuatu, dengan menggunakan mana-mana teknik
sama ada deduktif, induktif atau analogi.
19. penghujahan
Cara penulis menunjukkan kebenaran pendapat
sama ada menentang, menyokong atau
menunjukkan sikap berkecuali.
Kebenaran yang hendak ditunjukkan mestilah
berasaskan fakta atau bukti yang konkrit.
Kebenaran tidak hanya berasaskan emosi sahaja.
20. naratif (penceritaan)
Gaya naratif boleh ditemui di
laporan akhbar,
laporan aktiviti,
minit mesyuarat
ceramah syarahan yang menerangkan sesuatu.
21. GAYA BAHASA
Gaya bahasa ialah cara bahasa diungkapkan oleh
seseorang untuk menyampaikan sesuatu dalam
komunikasi sama ada secara lisan atau secara
tulisan.
22. aspek bunyi
Asonansi Aliterasi
ialah perulangan bunyi ialah perulangan bunyi
vokal yang terdapat konsonan yang
dalam baris. terdapat dalam baris.
Contoh:- Contoh:-
Dari darah, dari nanah Malam kelam berbalam-
yang punah di tanah. balam
23. Samb…
Rima
perulangan atau pertentangan
bunyi yang terdapat dalam
baris atau pada akhir baris
Contoh:-
Nyiur gading tinggi menjulang,
Masak ketupat berisi inti,
Buah delima didalam cawan,
Hancur daging berkecai tulang,
Belum dapat belum berhenti,
Hendak bersama denganmu tuan.
24. aspek perkataan
Diksi Metafora
pemilihan dan Kiasan atau perbandingan
susunan perkataan setara secara terus atau
yang tepat dan sesuai langsung yang tidak
menggunakan kata
dalam pertuturan atau
perbandingan seperti,
tulisan. umpama, bagai, bak dan
seumpamanya.
Contoh:
Kehidupan adalah lautan
25. Samb…
Simile Personafikasi
Kiasan atau Memberikan sifat-sifat
perbandingan setara manusia kepada
yang menggunakan benda-benda bukan
perkataan bagai, manusia.
umpama, bak,
ibarat dan sebagainya. Contoh:
Daun nyiur melambai-
Contoh: lambai
Bagai aur dengan tebing
26. Samb…
Hiperbola Pengulangan
Pernyataan berlebih- Pengulangan sesuatu
lebihan yang bertujuan perkataan sama ada
untuk menekankan dalam baris atau antara
tentang sesuatu idea atau baris.
perkara.
Contoh:
Contoh: Dari mana punai melayang,
Lautan api sanggup ku Dari sawah turun ke padi,
renangi Dari mana datangnya sayang,
Dari mata turun ke hati.
27. aspek ungkapan
Peribahasa Kata-kata hikmat
Berfungsi untuk kata-kata yang tersusun
menimbulkan keindahan indah dan mengandungi
berbahasa, menguatkan pengertian yang tinggi yang
makna dan menimbulkan menjadi pedoman hidup
suasana yang sesuai masyarakat.
dalam situasi berbahasa.
Contoh:
Contoh: Rajin dan usaha tangga kejayaan
Hidup dikandung adat ,
Mati dikandung tanah.
28. Samb…
Cogan kata
ungkapan pendek yang
menjadi pegangan
seseorang atau
sesebuah masyarakat.
Contoh:
Berkhidmat untuk negara
29. aspek ayat
pemilihan jenis ayat, ragam ayat dan bentuk ayat juga akan
dapat menimbulkan kesan-kesan tertentu.
Ada pengarang mempunyai kecenderungan untuk
menggunakan bentuk-bentuk ayat tertentu dalam
tulisannya sehingga tulisannya dapat dikenali melalui gaya
tersebut.
Walau bagaimanapun, ayat yang berkesan ialah ayat yang
dapat menyampaikan maksud orang yang menutur atau
menulisnya.
30. KESANTUNAN BERBAHASA
Kesantunan berbahasa mempunyai ciri-ciri yang tertentu.
Penggunaan kosa kata dan ganti nama diberi perhatian khusus agar
sesuai dengan kedudukan, pangkat, umur, dan keakraban
hubungan.
Cara sapaan lisan/bertulis menurut bahasa Melayu dengan sopan
santun supaya tidak dianggap sebagai biadab atau tidak berbudi
bahasa.
Dalam kesantunan berbahasa, bahasa Melayu mempunyai sistem
sapaan dan panggilan yang tersendiri.
Sistem sapaan dan panggilan ini melibatkan penggabungan gelaran,
rujukan hormat dan ganti nama.
31. Kata sapaan ganti nama diri
1. Kata Ganti Nama Diri 2. Kata Ganti Nama Diri
Orang Pertama Orang Kedua
(a) Aku (a) Anda
(b) Saya / Hamba (b) Awak / tuan hamba
(c) Beta (c) Engkau
(d) Patik (d) Encik / Tuan / Puan /
(e) Kami Cik
(f) Kita (e) Tuanku
(f) Kamu
32. Samb…
3. Kata Ganti Nama Diri
Orang Ketiga
(a) Dia
(b) Beliau
(c) Mereka
(d) Baginda
33. Kata Sapaan Kehormat
Panggilan berprotokol Gelaran
a). Gelaran Keturunan
Yang Amat Bahagia (Y.A. Raja: Tengku/ Tunku/ Engku
Bhg.) Bangsawan: Megat/ Wan/ Nik
Yang Amat Berhormat (Y.A.B) b). Gelaran Kurniaan
Yang Bahagia (Y. Bhg.) Kurniaan Darjah Kebesaran: Tun/ Tan
Sri/ Dato’
Yang Berhormat (Y.B)
Kurniaan Ikhtisas:Prof,/ Irsenio (Ir.)
Yang Mulia (Y.M)
c). Gelaran Keagamaan
Yang Teramat Mulia (Y.T.M) Haji/ Hajah/ Lebai
Yang Amat Arif (Y.A.A) d). Gelaran Kekeluargaan
Yang Arif (Y.A) Keluarga sedarah
Tuan Syed Kak long/ angah/ pak teh
Tuan Guru Keluarga semenda
Mentua/ besan/ biras
34. Gelaran Kekeluargaan
i ) Jenama kekeluargaan pertalian ii) Jenama kekeluargaan ikatan
darah perkahwinan
Pak Long,Mak Long, Menantu,
Pak Ngah, Mak Ngah, Mentua
(Pak Mentua, Mak Mentua dan Tok Mentua)
Pak Lang, Mak Lang,
Ipar
Pak Njang, Mak Njang, (abang ipar, kak ipar, adik ipar mak
long ipar, mak ngah ipar)
Pak Cik, Mak Cik,
Biras
Pak Su, Mak Su.
35. Gelaran Keturunan
Gelaran keturunan kerabat diraja;
Raja (Perak, Selangor), Pangeran, Pangeran Anak, Pangeran Muda (Brunei
Darussalam) Tengku (Kelantan, Pahang, Kedah, Terengganu).
Gelaran keturunan orang-orang besar;
Megat dan Puteri (Perak), Nik (Kelantan), Wan (Kelantan, Terengganu), Abang
(Sarawak); Datu (Sabah), Awangku, Pangeran dan Dayangku (Brunei Darussalam),
Tan (di Kedah), Tun (Terengganu)
Gelaran warisan kepada keturunan Nabi Muhammad s.a.w. ;
syed atau sayid bagi lelaki dan Syarifah bagi perempuan. Sesetengah pihak
mengatakan bahawa gelaran Syarif, Syekh dan Siti juga tergolong ke dalam gelaran
jenis ini.
Gelaran warisan daripada keturunan yang berasal dari luar Malaysia ;
Raden (Jawa), Daeng (Bugis), Sidi, Sutan (Minangkabau), Teuku dan Teungku
(Aceh).
36. Gelaran Kurniaan Kerajaan
Tun , Toh Puan
Tan Sri, Puan Sri
Datuk Sri
Dato’ / Datuk (Datuk Seri, Datuk Paduka, Datuk
Setia)
Datuk (Satuk Patingi, Datuk Amar)
Datuk Paduka (gelaran yang dikurniakan oleh
kerajaan negeri Selangor)
Toh Puan (isteri kepada datuk di Terengganu)
37. Kosa Kata Berdasarkan Struktur Sosial
Orang Yang Disapa Rujukan Hormat
Kebawah Duli Yang Maha
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Mulia Seri Paduka
Baginda
Sultan, Raja, Sultanah, Tengku Ampuan, Raja
Duli Yang Maha Mulia
Permaisuri
Balu Raja Yang Maha Mulia
Duli Yang Teramat Mulia
Raja Muda atau Tengku Mahkota
atau Yang Teramat Mulia
Kerabat Diraja Karib Yang Amat Mulia
Bergelar warisan Yang Mulia
Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, Menteri
Yang Amat Berhormat
Besar, Ketua Menteri
Menteri, Ahli Parlimen, Ahli Dewan Undangan Negeri
Yang Berhormat
(wakil rakyat)
38. Samb…
Orang Yang Disapa Rujukan Hormat
Wakil Rakyat yang mempunyai gelaran
Yang Berhormat Mulia
Tengku atau Raja
Tun, Toh Puan Yang Amat Berbahagia
Yang mempunyai gelaran kurniaan
kerajaan (selain Tun dan Toh Puan) Yang Berbahagia
atau/dan gelaran ikhtisas yang formal
Ketua Hakim Negara Yang Amat Arif
Ketua Polis Negara Yang Amat Setia
Hakim, Kadi Yang Arif
Mufti dan pemimpin Islam Sahibul Samahah
Ketua jabatan tanpa gelaran Yang Berusaha
39. Kosa Kata Bentuk Halus
Adalah ungkapan yang kurang manis dan tidak ingin
disampaikan secara terbuka maka menggunakan
bahasa halus contohnya:
bunting pelamin
buang air kecil
orang rumah
Panjang pendeknya ayat atau frasa yang digunakan
juga mencerminkan sifat kasar atau halus bahasa itu.
contohnya:
i- makaan! (kasar)
ii- Silalah makan, encik. (halus)
40. Ungkapan Bertatasusila Dan Aturan Sapaan
Peraturan sapaan semasamemberi ucapan:
1.Memberi salam
2.Pengerusi / pengacara majlis
3.Tetamu khas (VIP)
4.Tetamu lain mengikut protokol
Sapaan: Tuan-tuan, saudara saudari