Dokumen ini memberikan tips dan panduan untuk menulis karangan dalam UPSR, terutamanya untuk Bahasa Melayu Kertas 2. Ia menekankan pentingnya memahami soalan, merangka karangan terlebih dahulu, menulis pendahuluan, isi dan penutup yang padat, serta menghindari kesalahan tatabahasa dan ejaan. Contoh karangan lengkap juga diberikan untuk ilustrasi.
2. TIPS 1: Fahamkan soalan
CONTOH SOALAN: Tulis karangan yang bertajuk
“Sahabat Karib saya”.
1. Kata kunci bagi soalan ialah “Sahabat karib saya”.
2. Soalan ini tidak berfokus. Maksudnya anda mesti
faham bahawa soalan ini bertanya tentang ‘kawan
baik kamu’.
3. Ini bermaksud kamu boleh menulis tentang kawan
kamu (apa saja)
3. TIPS 2:Rangka/Draf karangan
1. Rangka/Draf karangan itu penting.
2. Tulis draf dalam kertas kosong atau hanya buat dalam point-point
sahaja lagi jimat masa di tepi soalan yang dipilih (‘Sahabat Karib saya’)
3. Tulis perkara asas sahaja yang perlu kamu ceritakan tentang kawan kamu
itu seperti:
a)Nama dan latar belakangnya (isi 1)
b) Perkara yang kamu suka serta tidak suka tentangnya, sikapnya (isi 2)
c) Harapan kamu terhadapnya pada masa depan (isi 3)
5. Mesti ingat dalam kepala hanya perlu 3 isi penting sahaja. 2 lagi adalah
untuk pendahuluan yang menarik serta penutup yang ringkas tapi
padat.
5. TIPS 4:Mula menulis
1. Berpandukan draf yang ditulis dalam kertas soalan, bolehlah mula
menulis karangan.
2. Mulakan dengan menulis perenggan menarik (sebaik-baiknya
pendahuluan yang mampu mencuit hati pemeriksa)
3. Contoh pendahuluan:
Dia mempunyai mata yang bulat serta senyuman yang manis. Siapakah
dia? Dia..tidak lain dan tidak bukan merupakan sahabat karib saya yang
amat saya sayangi.
4. Berikan dahulu pernyataan tentang rakan kamu kemudian barulah
dikaitkan dengan tajuk.
5. Pendahuluan biar ringkas. Sebab kita perlu lagi menulis isi-isinya
berserta huraian dan sedikit contoh.
6. TIPS 5:Mula menulis isi
1. Berpandukan draf yang ditulis dalam kertas soalan, bolehlah mula
menulis isi karangan.
2. Mulakan dengan menulis perenggan menarik berupa sedikit
pernyataan ringkas jika tidak boleh menggunakan penanda wacana.
3. Contoh perenggan isi:
Rakan saya yang bermata bulat dengan senyuman manis itu bernama
Marissa Michael. Berasal dari Sabah berbangsa Dusun dan seumur dengan
saya. Dia juga seorang yang jarang bercakap tetapi suka tersenyum, mungkin
disebabkan itulah ramai rakan-rakan serta guru-guru sekolah kami
menyenanginya. Kadang-kadang apabila saya sedih, dia hanya duduk di
sisi saya tanpa bersuara tetapi memandang saya sambil tersenyum, mungkin
itu caranya menenangkan saya.
7. TIPS 6:Menulis penutup
1. Berpandukan draf yang ditulis dalam kertas soalan, tulis penutup
karangan yang ringkas tetapi menyeluruh.
2. Boleh gunakan peribahasa supaya lebih menarik.
3. Contoh perenggan penutup:
Karibnya kami bagaikan isi dengan kuku. Saya berharap agar kami akan
terus berkawan sampai bila-bila.
8. TIPS 7: Contoh karangan lengkap
Dia mempunyai mata yang bulat serta senyuman yang manis. Siapakah
dia? Dia..tidak lain dan tidak bukan merupakan sahabat karib saya yang
amat saya sayangi.
Rakan saya yang bermata bulat dengan senyuman manis itu bernama
Marissa Michael. Berasal dari Sabah berbangsa Dusun dan seumur dengan
saya. Dia juga seorang yang jarang bercakap tetapi suka tersenyum, mungkin
disebabkan itulah ramai rakan-rakan serta guru-guru sekolah kami
menyenanginya. Kadang-kadang apabila saya sedih, dia hanya duduk di
sisi saya tanpa bersuara tetapi memandang saya sambil tersenyum, mungkin
itu caranya menenangkan saya.
Jika rakan karib anda seorang yang baik, begitu juga saya. Dia seorang
yang sangat baik selain suka tersenyum dia juga peramah dan suka
membantu siapa sahaja yang memerlukan bantuan. Namun begitu, dia cepat
terasa apabila tersinggung disebabkan sesuatu dan hal ini bermaksud
masalah bagi saya kerana saya yang perlu memujuknya agar dia ceria
kembali!
9. Oleh itu, saya sentiasa berharap agar kami akan selalu menjadi kawan
baik walaupun berbeza bangsa dan agama. Sentiasa berkawan dan
memahami menjadikan kami pengamal slogan 1Malaysia yang berjaya!
Karibnya kami bagaikan isi dengan kuku. Saya berharap agar kami akan
terus berkawan sampai bila-bila.
216 Patah perkataan
-Jangan terlalu memikirkan patah perkataan walaupun dalam kertas soalan
meminta anda menulis 80 patah perkataan (tidak kurang)
-Namun, pastikan karangan anda kurang kesalahan ejaan dan tatabahasa
dan betul struktur ayatnya.
-berhati-hati.
-Banyakkan baca buku/akhbar/bahan bacaan ilmiah supaya dapat banyak
perbendaharaan kata baru. Kalau kurang membaca maka karangan pun
kualitinya kurang.
10. Habis sudah kelas belajar menulis
karangan. Semoga berjaya!
Sekian, terima kasih .
Namaku Mahani/2013