• Me gusta
15 unit 11
Próxima SlideShare
Cargando en...5
×

15 unit 11

  • 14,863 reproducciones
Subido el

 

  • Full Name Full Name Comment goes here.
    ¿Está seguro?
    Tu mensaje aparecerá aquí
    Sea el primero en comentar
Sin descargas

reproducciones

reproducciones totales
14,863
En SlideShare
0
De insertados
0
Número de insertados
0

Acciones

Compartido
Descargas
815
Comentarios
0
Me gusta
6

Insertados 0

No embeds

Denunciar contenido

Marcada como inapropiada Marcar como inapropiada
Marcar como inapropiada

Seleccione la razón para marcar esta presentación como inapropiada.

Cancelar
    No notes for slide

Transcript

  • 1. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 158_______________________________________________________________________________ UNIT 11 PENTAKSIRAN DAN PENILAIAN KURIKULUM SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menerangkan konsep pentaksiran dan penilaian dalam konteks pendidikan sekolah rendah. 2. menerangkan konsep dan aplikasi pentaksiran Petaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 3. menerangkan konsep pentaksiran autentik dan penggunaan portfolio dalam petaksiran pembelajaran. 4. membanding beza antara pentaksiran dan penilaian dalam KLSR dengan pentaksiran dan penilaian dalam KBSR/KSSR. PETA KONSEP TAJUK Pentaksiran dan Penilaian Pendidikan Sekolah Rendah Penilaian Penilaian Authentik/ Berasaskan Sekolah Alternatif Konsep & Pengertian Pentaksiran /Penilaian Pemulihan dan Pentaksiran & Formatif & Sumatif Pengayaan Penilaian
  • 2. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 159_______________________________________________________________________________ PENGENALAN Mulai tahun 1982, Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) diperkenalkan bagi menggantikan KLSR secara beransur-ansur diikuti dengan Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) pada 1993. Mulai 2011 pula Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) diperkenalkan bagi menggantikan KBSR. Secara ringkasnya pada akhir peringkat pendidikan rendah, murid perlu mempunyai kemahiran asas untuk kehidupan seharian. Antara kemahiran asas tersebut adalah seperti berikut. Penguasaan kemahiran asas (membaca, menulis, mengira dan menaakul) Kemahiran berfikir (menaakul, kreatif dan inovatif) Kesedaran kesejahteraan diri (fizikal dan mental) Percaya kepada tuhan, berakhlak mulia dan amalan nilai murni Jati diri dan semangat patriotisme Memahami dan menghayati budaya nasional Sehubungan itu pentaksiran dan penilaian perlu terus dilakukan ke atas murid-murid di sekolah rendah. "Every School shall prepare its pupils for examinations prescribed by or under this Act or any regulations made under this Act unless otherwise exempted by or under this Act. (Education Act 1996, Sec.19) ISI KANDUNGAN Apakah konsep dan pengertian pentaksiran dan penilaian? Pentaksiran atau dalam bahasa Inggerisnya assessment berasal daripada perkataan Greek, ”assidere” bermaksud ”ada di sisi”. Menurut Payne (2003) pentaksiran dirujuk sebagai integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan maklumat tersebut. Beliau merumuskan bahawa; pentaksiran = pengukuran + penilaian. Guru boleh menggunakan proses pengukuran, penilaian atau pentaksiran untuk mendapatkan maklumat tentang pembelajaran murid. Pengukuran ialah proses mendapatkan maklumat dengan cara mengukur menggunakan instrumen sebelum ukuran itu dapat dinilai atau diinterpretasikan. Proses pengukuran berakhir dengan maklumat berbentuk kuantitatif seperti markah mentah, peratus markah mentah, persentil, agregat, pangkat atau band. Ukuran di atas boleh didapati sama ada dengan menggunakan instrumen atau pun tidak. Instrumen atau alat pengukuran pendidikan yang biasa digunakan ialah ujian, soal selidik, kuiz dan senarai semak. Penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Misalnya, pernyataan ”Salina mendapat markah 95% dalam ujian Matematik, oleh yang demikian beliau merupakan seorang murid yang cemerlang dalam mata pelajaran itu”, merupakan penilaian atau
  • 3. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 160_______________________________________________________________________________ interpretasi tentang ukuran atau maklumat. Berbanding pengukuran, maklumat yang diperoleh daripada penilaian boleh berbentuk kuantitatif atau kualitatif. Maklumat kualitatif dalam penilaian adalah seperti ”Baik”, ”Cemerlang”, ”Menguasai tahap pencapaian minimum” dan ”Boleh membaca dengan kefahaman yang tinggi”. Perhatikan bahawa maklumat kualitatif dalam penilaian boleh jadi nilaian atau interpretasi kepada maklumat kuantitatif. Proses penilaian berhenti setakat memberi nilai atau interpretasi tanpa membuat keputusan seperti ”layak memasuki aliran Sains atau sekolah berasrama penuh”. Apabila keputusan dibuat berdasarkan nilai atau interpretasi maklumat, proses yang berlaku daripada mengumpul maklumat sehingga membuat keputusan dipanggil pentaksiran. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan boleh berlaku secara formal atau tidak formal. Ketiga-tiga proses di atas berlaku secara timbal balik dan sepadu antara satu sama lain dan sepadu dengan proses pengajaran pembelajaran. Bagaimanakah istilah pentaksiran dan penilaian dapat dibandingkan? Perbandingan antara pentaksiran dan penilaian dari segi pengertian, peranan, masa pelaksanaan, kaedah, fokus dan hasil adalah ditunjukkan dalam Jadual 11.1. Jadual 11.1 Perbandingan Antara Pentaksiran dan Penilaian Pentaksiran Penilaian Pengertian Proses mengumpul maklumat, Proses mentaksir perubahan menginterpretasi maklumat atau tingkahlaku berdasarkan data kuantitatif memberi nilai kepada maklumat itu dan data kualitatif. dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Peranan Membuat keputusan berdasarkan Membuat pentaksiran tentang interpretasi yang dibuat ke atas nilai pencapaian murid untuk tujuan dan maklumat yang dilakukan. pemulihan atau penggredan. Masa Melibatkan peringkat perancangan, Sebelum, semasa dan selepas proses Pelaksanaan pembinaan, pentadbiran, pengajaran dan pembelajaran. pemeriksaan dan laporan Kaedah Pengukuran dan penilaian Ujian, soal selidik, rekod anekdot, senarai semak dan rubrik. Fokus Berdasarkan maklumat yang Berdasarkan maklumat pengujian dan dilakukan secara pentaksiran data kualitatif dari pemerhatian, soal secara formatif dan sumatif. selidik, senarai semak. Hasil Maklumat untuk tindakan susulan Menunjukkan pencapaian dan ke arah peningkatan prestasi. tingkahlaku murid-murid secara keseluruhan.
  • 4. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 161_______________________________________________________________________________ Apakah perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif? Perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif dapat dikenal pasti dengan merujuk kepada Jadual 11.2.. Jadiual 11.2 Perbezaan Antara Penilaian Formatif Dengan Penilaian Sumatif PERKARA PENILAIAN PENILAIAN FORMATIF SUMATIF DEFINISI Suatu jenis ujian formal atau tidak Suatu jenis ujian formal untuk formal untuk mengesan tahap mengesan tahap pencapaian murid penguasaan & kemajuan dalam sesuatu peringkat pembelajaran murid. persekolahan. TUJUAN Mengesan tahap penguasaan & Mengesan pencapaian berdasarkan kemajuan murid untuk membaiki beberapa unit pembelajaran & kelemahannnya secara semerta. pemeringkatan gred murid. AKTIVITI Ujian formal atau tidak formal Ujian formal (peperiksaan) semasa waktu pengajaran pembelajaran. MASA Semasa mengajar sesuatu unit/ Selepas mengajar beberapa unit/ topik pembelajaran. topic pembelajaran. Contoh: topik - proses fotosintesis Contoh: topik untuk 1 penggal. BENTUK Tidak formal: pemerhatian, soal Formal sahaja: Ujian kertas-pensil jawab, lisan, memeriksa kerja dalam jangka masa yang sesuai. rumah pelajar Contoh: Peperiksaan akhir tahun Formal: ujian kertas-pensil dalam masa singkat. SASARAN Murid secara individu, kumpulan Murid mengikut kelas atau atau kelas. tingkatan. LIPUTAN Meliputi sesuatu kemahiran (ujian Meliputi beberapa unit tidak formal) atau beberapa pembelajaran atau suatu peringkat kemahiran (ujian formal). persekolahan. REKOD Hanya ujian formal: penggunaan Pengunaan rekod profil murid atau senarai semak atau rekod pensijilan. prestasi.
  • 5. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 162_______________________________________________________________________________ TINDAKAN Membetulkan kelemahan Menempatkan pelajar dalam dengan semerta. kelas yang sesuai. Menjalankan ativiti pemulihan/ Merancang & mengubahsuai pengayaan dalam kelas. pelajaran/ kurikulum. Memberi sijil berdasarkan pencapaian dalam peperiksaan. AKTIVITI 11.1 Cuba kenal pasti perbezaan antara penilaian formatif dengan penilaian sumatif. Pada pendapat anda, apakah kekuatan dan kelemahan penilaian formatif berbanding dengan penilaian sumatif? _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ __________________________________________________________
  • 6. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 163_______________________________________________________________________________ Bagaimanakah pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran berhubungkait? Mengajar tanpa menilai adalah langkah yang tidak bijak. Menurut Gronlund (1981) penilaian dapat menentukan sejauh mana pengajaran dan pembelajaran dapat mencapai objektifnya. Aktiviti penilaian tidak semestinya dilakukan di peringkat akhir, sebaliknya ia boleh juga dilaksanakan pada setiap peringkat atau dengan kata lain dalam proses yang berterusan (Wheeler, 1967). Dalam KSSR, sebagai contohnya dalam pengajaran Bahasa Malaysia konsep 5P diberi penegasan iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Hubungkait antara pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran dapat ditunjukkan dalam Rajah 11.1. PENGAJARAN PEMBELAJARAN (Guru) (Murid) Guru menambahbaik Murid meningkatkan pengajaran secara MATLAMAT/ prestasi pembelajaran keseluruhan dan OBJEKTIF secara keseluruhan berterusan dan berterusan PENTAKSIRAN (Guru & Murid) Rajah 11.1 Hubungan di antara pengajaran, pembelajaran dan pentaksiran Apakah yang dimaksudkan dengan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS)? Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS) merupakan pentaksiran yang dikendalikan di sekolah yang melibatkan peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan oleh guru di sekolah yang membabitkan pihak-pihak berkepentingan (stakeholder) seperti murid, ibu bapa, guru dan organisasi luar. Pentaksiran Berasas Sekolah melibatkan proses mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap oleh guru secara formatif dan sumatif. PBS secara formatif adalah bertujuan untuk memperbaiki pembelajaran (assessment for learning) manakala PBS secara sumatif adalah untuk menilai tentang sejauh mana murid telah menguasai apa yang dipelajari (assessment of learning). Proses Pentaksiran Berasas Sekolah melibatkan aktiviti berikut:
  • 7. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 164_______________________________________________________________________________ Mengumpul maklumat yang autentik dan boleh diharap (dependable) tentang prestasi murid secara berterusan (ongoing) berdasarkan o pernyataan kriteria yang jelas dipanggil standard prestasi (performance standard); o penggunaan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks; Mengelola, merekod, menterjemah, melapor dan membuat pertimbangan tentang prestasi murid oleh guru semasa dan sepanjang (formatif) dan di hujung (sumatif) proses pengajaran-pembelajaran berlangsung; Menggunakan kepelbagaian maklumat; dan Membuat penilaian dan melaporkan secara lisan dan/atau bertulis tentang prestasi, potensi, pencapaian dan keperluan murid. Bagi kedua-dua cara PBS tersebut guru dan murid merujuk kepada satu set pernyataan standard prestasi yang jelas yang ditetapkan oleh sekolah berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran. PBS dikaksana menggunakan pelbagai kaedah, alat, teknik dan konteks. Pentaksiran ini adalah penilaian yang dilakukan di peringkat sekolah seperti kerja praktikal, tugasan bertulis, ujian, kajian dan lain-lain tugasan yang melibatkan pelbagai mata pelajaran. Eviden PBS dikumpulkan dalam portfolio. Maklumat yang diperoleh daripada pentaksiran ini membolehkan guru: Mengetahui sejauh mana murid telah belajar. Membantu meningkatkan pembelajaran murid. Mengetahui apa yang murid tahu dan boleh buat. Memperbaiki strategi pengajaran dan pembelajaran Mengetahui sejauhmana murid telah mencapai standard tertentu dari apa yang telah dipelajari. Sehubungan dengan itu, peranan PBS ialah: Meningkatkan pencapaian Mengubahsuai strategi pengajaran. Menjadi motivasi kepada murid untuk belajar. Memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran Sebagai tambahan, semua murid perlu mempunyai kefahaman yang jelas tentang apa yang perlu dipelajari, dibuat, dan penting dalam peringkat tertentu dalam pembelajaran mereka. Pentaksiran dapat memberi sumbangan positif dalam meningkatkan pembelajaran apabila direkabentuk dengan teliti dengan mengambilkira aspek berikut: kejelasan konstruk yang ditaksir bentuk kegunaan aras kesukaran bagaimana cara mentaksir kekerapan masa dan maklumbalas. Pentaksiran yang berkesan membolehkan murid: Berusaha ke arah yang sejajar dengan kriteria yang telah diketahui dan difahami lebih awal; Menganalisa pembelajaran dan mengetahui perkara yang perlu diperbaiki;
  • 8. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 165_______________________________________________________________________________ Mensíntesis dan mengaplikasi pembelajaran selain daripada mengingati fakta; Mempamirkan kekuatan dan menunjukkan penguasaan dan kepakaran; Belajar dengan kaedah tersendiri; Reflektif dan melibatkan diri dalam pentaksiran kendiri dan rakan sebaya; Berupaya melahirkan pandangan dan tafsiran dari sudut yang berbeza; Bertanggungjawab terhadap pembelajaran; Melalui proses pembelajaran yang berjaya; dan Berupaya bersaing di tahap yang lebih tinggi. Peranan guru dalam PBS Fasilitator (proses pembelajaran) Pemerhati (langsung dan tak langsung tentang tingkah laku murid dalam pembelajaran) Pengumpul (maklumat tentang pembelajaran murid) Maklum balas (pembelajaran murid) Memperbaiki (pembelajaran murid berdasarkan maklumat yang diperoleh) Peranan murid dalam PBS Mengetahui bagaimana standard hendak dicapai. Mengetahui apa dan bagaimana sesuatu perkara itu hendak dipelajari. Berupaya membuat refleksi kendiri untuk penambaikan terhadap hasil usaha. Melaksanakan tugasan yang diberikan supaya apa yang diketahui dan boleh dibuat boleh ditaksir. Peranan ibu bapa dalam PBS Membantu anak-anak mencapai apa yang dihasratkan. Memahami potensi, kekuatan dan kelemahan anak-anak. Memahami dan mengiktiraf kewujudan perbezaan individu (individual differences) Membantu anak-anak dalam pembelajaran berdasarkan maklumat yang didapati daripada pelbagai sumber pentaksiran. Kaedah dan instrumen PBS Standard pentaksiran perlu diketahui dan difahami oleh semua murid dan ibu bapa pada awal proses pembelajaran. Aktiviti yang relevan perlu disertai dengan bentuk dan kaedah pentaksiran yang bersesuaian, contohnya rubrik yang akan digunakan. Setiap aktiviti yang direkodkan sepatutnya terdiri daripada kejayaan satu siri tugasan yang bermakna dan berkesan.
  • 9. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 166_______________________________________________________________________________ Kaedah pengumpulan bukti PBS i. Cerapan Pentaksiran melalui cerapan biasanya kurang berstruktur (terancang) dan selalunya dilakukan untuk menilai interaksi murid antara satu sama lain dalam tugasan untuk mendapatkan hasil penyelesaian yang umum. Pencerapan perlu mempunyai tujuan dan dijalankan dengan menggunakan suatu instrumen cerapan yang bersesuaian untuk mengurangkan penyimpanan rekod, seperti senarai semak dan skala penggredan (rating scale) yang hanya memerlukan sedikit catatan dan masa untuk merekod. ii. Ujian Pentaksiran melalui ujian lebih berstruktur dan tegar. Ia membolehkan guru mengumpul bukti yang sama bagi semua murid dengan cara dan masa yang sama. Pentaksiran ini mengemukakan bukti tentang pembelajaran berpandukan kepada skor. Sekiranya digunakan dengan betul, ujian dan peperiksaan adalah sebahagian daripada kurikulum yang penting kerana ia memberikan bukti yang baik tentang apa yang telah dipelajari. Ujian dalam PBS boleh dilaksanakan secara manual seperti kertas-pensil, papan tulis dan lisan atau berbantukan komputer secara online atau offline. Item-item ujian boleh disediakan oleh pihak sekolah atau Pejabat Pelajaran Daerah atau Jabatan Pelajaran Negeri atau Lembaga Peperiksaan tetapi pengendaliannya adalah oleh guru sama ada secara manual atau berbantukan komputer. iii. Tugasan atau pentaksiran prestasi Tugasan atau pentaksiran prestasi kurang berstruktur (berbanding dengan ujian) dan melibatkan tugasan yang menilai aspek pengetahuan, kemahiran dan sikap murid dalam pelbagai situasi dan konteks yang sebenar. Pentaksiran prestasi meliputi komponen praktikal sesuatu mata pelajaran dengan menentukan bagaimana murid menggabungkan teori dalam amalan. Ia merupakan pentaksiran yang authentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. Antara contoh ialah portfolio, projek, pameran, penyampaian visual dan lisan, debat, simulasi komputer dan persembahan. iv. Pentaksiran kendiri, rakan sebaya dan kerja berkumpulan Pentaksiran kendiri memerlukan perhatian khusus daripada guru kerana mungkin ramai murid memerlukan bantuan mempelajari bagaimana untuk menilai kemahiran akademik dan prestasi dengan tepat. Murid perlu dimaklumkan tentang kriteria tugas khusus untuk prestasi (pentaksiran rujukan kriteria). Murid juga mungkin memerlukan bantuan dalam mempelajari bagaimana untuk menyimpan rekod dan memgulas ringkasan kerja. Refleksi ke atas pembelajaran seseorang adalah komponen yang amat penting dalam pentaksiran kendiri. Pentaksiran rakan sebaya, menggunakan senarai semak atau rubrik, membantu murid sama ada yang ditaksir atau yang mentaksir. Perkongsian kriteria untuk pentaksiran memberi kuasa kepada murid untuk menilai prestasi mereka sendiri dan juga rakan mereka. Kebolehan untuk bekerja bersama rakan lain dalam satu kumpulan dengan berkesan adalah satu daripada hasil kritis. Pentaksiran kerja
  • 10. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 167_______________________________________________________________________________ berkumpulan memberi bukti daripada aspek kerjasama, bantu membantu, pengagihan kerja dan sumbangan setiap individu melalui satu produk. Pentaksiran kerja berkumpulan dinilai melalui proses selain daripada produk atau hasil kerja. Ia melibatkan pentaksiran kemahiran sosial, pengurusan masa dan kedinamikan kumpulan, selain daripada hasil kerja kumpulan. Peluang untuk menggunakan pelbagai instrumen amat penting bagi kedua-dua pentaksiran untuk pembelajaran dan juga pentaksiran tentang pembelajaran. Isu penting ialah instrumen mestilah sepadan dengan apa yang ditaksir. Bukti yang bersesuaian dan mencukupi mesti dikumpulkan; dan ia mesti dijelaskan kepada murid sama ada mereka sedang melalui proses pentaksiran untuk pembelajaran atau pentaksiran tentang pembelajaran. Fungsi PBS Antara lain fungsi pentaksiran sekolah adalah seperti berikut: Pentaksiran tentang pembelajaran yang bersifat summatif (pentaksiran untuk melihat prestasi murid) Pentaksiran untuk pembelajaran yang bersifat formatif (pentaksiran untuk meningkatkan pembelajaran) Pentaksiran tentang pembelajaran Pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan, semester atau tahun tertentu. Semua bukti bagi pentaksiran tentang pembelajaran wajib dikumpulkan dalam portfolio. Semua portfolio mesti disimpan di sekolah dan dibentangkan untuk proses semakan dan pengesahan. Pelaporan tentang pencapaian murid dalam pembelajaran dikeluarkan secara bertulis dalam bentuk markah, gred, band, profil, pernyataan deskriptif sebahagian atau kesemuanya. Pelaporan boleh dibuat dalam bentuk sijil, pernyataan keputusan, profil atau testimoni. Pentaksiran untuk pembelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid. Oleh itu, maklumat yang diperoleh berupaya memantau dan membantu proses pembelajaran. Maklumat tersebut diguna sebagai maklum balas dalam mengubahsuai aktiviti pengajaran dan pembelajaran bagi memenuhi keperluan semua murid. Keperluan setiap murid berbeza antara satu sama lain. Guru juga boleh mengetahui keperluan murid melalui pelbagai kaedah seperti pencerapan, perbincangan dalam kelas atau kerja bertulis, sama ada kerja rumah atau tugasan dalam kelas. Pentaksiran kendiri dan rakan sebaya juga boleh digunakan dengan berkesan untuk menyokong pentaksiran untuk pembelajaran. Pentaksiran untuk pembelajaran boleh menjadi alat yang sangat berkesan untuk membantu semua murid sekiranya maklumbalas disampaikan kepada murid dengan cara yang betul. Maklumbalas tidak sepatutnya mengandungi pernyataan perbandingan antara murid tentang kebolehan, kedudukan atau persaingan. Maklumbalas perlu mengandungi tiga elemen berikut:
  • 11. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 168_______________________________________________________________________________ Kedudukan murid dalam pembelajaran merujuk kepada standard prestasi yang ditetapkan; Tahap pembelajaran yang diharapkan; dan Maklumat untuk merapatkan jurang antara kedudukan sedia ada dan tahap pembelajaran yang diharapkan. Pentaksiran untuk pembelajaran memberi tumpuan terhadap analisis, perkembangan pembelajaran murid dan maklumbalas, bukan semata-mata merekod skor. Oleh itu, pelaporan bertulis tidak perlu dibuat secara berkala sebaliknya, guru mestilah mampu memberinya secara bertulis atau verbal apabila dikehendaki pada bila-bila masa oleh mana-mana pihak berkepentingan seperti ibu bapa, guru besar atau nazir. Integrasi pengajaran, pembelajaran dan penilaian Penilaian atau pentaksiran adalah sebahagian daripada strategi pengajaran dan pembelajaran dan bukannya tugas tambahan. Pengajaran, pembelajaran dan penilaian tidak boleh dipisahkan dan tidak boleh dilihat atau diguna secara berasingan atau bersendirian. Sehubungan itu dalam KSSR, sebagai contohnya dalam pengajaran Bahasa Malaysia konsep 5P diberi penegasan iaitu penggabungjalinan, penyerapan, penilaian, pemulihan dan pengayaan. Tujuan utama penilaian BUKAN hanya untuk membuat keputusan, tetapi memberi sokongan dan mekanisma yang positif bagi membantu murid untuk membaiki atau meningkatkan pembelajaran; bagi guru membaiki pengajaran dan secara keseluruhan, menyumbang kepada keberkesanan program. Semasa menyediakan Rancangan Pelajaran Tahunan (RPT), perkara berikut hendaklah diambil kira: Pentaksiran tentang pembelajaran Pentaksiran untuk pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran Pembangunan pengetahuan yang diperlukan, kemahiran dan pemahaman di samping nilai dan sikap. Rancangan Pelajaran Tahunan perlu berdasarkan kepada keperluan kurikulum dan garis panduan pentaksiran. Pentaksiran sekolah sebagai pentaksiran rujukan standard (PRS)? PRS ialah proses mendapatkan maklumat tentang sejauh mana murid tahu dan boleh buat atau telah menguasai apa yang dipelajari berdasarkan pernyataan standard prestasi yang ditetapkan oleh sekolah mengikut tahap-tahap pencapaian seperti dihasratkan dalam dokumen kurikulum. Pentaksiran rujukan standard seringkali dijelaskan sebagai berlawanan dengan pentaksiran rujukan kriteria. Guru tidak sepatutnya bergantung hanya kepada pentaksiran rujukan norma atau kriteria semata- mata kerana amalan terbaik ialah menggabungkan pentaksiran rujukan kriteria dengan rujukan standard. Pentaksiran Rujukan Kriteria (PRK) ialah pentaksiran yang dilaksanakan berdasarkan kriteria penilaian yang telah ditetapkan terlebih awal tanpa membandingkan seseorang murid dengan murid yang lain tetapi membandingkan pencapaian murid dengan set kriteria yang telah ditetapkan itu. Melalui PRK, pencapaian
  • 12. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 169_______________________________________________________________________________ murid tidak dinilai secara bertahap. Murid yang memenuhi kriteria-kriteria yang ditetapkan dinilai sebagai telah menguasai pembelajaran tanpa meletakkan pada tahap mana penguasaan murid itu dalam pembelajarannya. Pentaksiran Rujukan Standard (PRS) sama seperti PRK tetapi pencapaian murid dinilai dan dilaporkan berdasarkan tahap-tahap penguasaan murid dalam pembelajaran seperti band 1 hingga band 5 atau 6 atau Lemah hingga Cemerlang atau lain-lain bentuk pernyataan standard yang bertahap. PRS bertujuan untuk mencapai perkara berikut: Membuat keputusan tentang murid dengan menilai kerja murid berdasarkan standard yang ditetapkan; Mentaksir murid secara individu mengikut keperluan masing-masing; Menentukan kedudukan seseorang murid mengikut kriteria yang ditetapkan berdasarkan standard prestasi; Mentaksir murid berdasarkan kriteria penilaian yang jelas dan objektif mengikut standard prestasi; Tujuan pentaksiran perlulah jelas dan telus. Sebelum menimbangkan bagaimana pentaksiran itu harus dilakukan, kita perlu memutuskan mengapa kita perlu mentaksir murid. Melalui penggabungan PRS dan PRK, pelbagai kaedah pentaksiran akan digunakan bagi tujuan berikut: Mentaksir murid yang ramai dengan keberkesanan kos; Mentaksir aspek kognitif, afektif dan psikomotor dalam pelbagai konteks; Mendapatkan data statistik, iaitu perbandingan prestasi tahun semasa dengan prestasi tahun sebelumnya untuk menilai standard; Menentukan kualiti pengajaran dalam mata pelajaran; Menganalisis kekuatan dan kelemahan dalam membantu perancangan dan penilaian program. Pentaksiran yang adil tidak perlu dibimbangi kesahan dan kebolehpercayaannya kerana ia mempunyai keauthentikan dan keboleharapan yang tinggi bergantung kepada kualiti dan kejelasan kriteria penskoran dan pemahaman kriteria tersebut. Sesuatu instrumen yang secara umumnya digunakan dengan baik untuk menyenaraikan dan memperluaskan kriteria penskoran sering dirujuk sebagai rubrik. Rubrik memberikan penerangan tentang ciri-ciri kerja murid dengan jelas. Maklumat berikut perlu dibekalkan kepada murid: Wajaran bagi setiap pentaksiran. Menjelas tentang tarikh dan tempoh pentaksiran. Keterangan mengenai pengetahuan dan/atau kemahiran yang ditaksir. Maklumbalas yang jelas berhubung markah atau skor yang telah diberikan. Peluang prestasi mereka ditaksir menggunakan pentaksiran secara kualitatif. Mempunyai akses terhadap semua kriteria yang digunakan dalam pentaksiran. Bukan semua kerja yang ditaksir akan direkod. Memberi makluman awal tentang mana-mana pentaksiran yang memerlukan persediaan. Kepentingan menepati tarikh serahan yang ditetapkan dalam penentuan gred pencapaian.
  • 13. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 170_______________________________________________________________________________ Dalam KSSR pencapaian murid bagi setiap mata pelajaran diubah daripada berbentuk gred kepada band iaitu tanda aras tertentu yang disusun secara hierarki yang menggambarkan sejauh mana murid-murid telah menguasai sesuatu standard seperti yang dijelaskan dalam deskriptor. Band 1 hingga band 6 digunakan di mana band 1 adalah yang terendah manakala band 6 adalah yang tertinggi. Penentuan band murid- murid ini dalam setiap mata pelajaran perlu disokong dengan bukti-bukti atau indikator sebagai yang digariskan dalam dokumen standard prestasi sesuatu mata pelajaran. Apakah standard prestasi? Standard prestasi (performance standard) ialah satu pernyataan generik tentang aras pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran, yang ditulis secara holistik berasaskan DSK dan DSP untuk pentaksiran. i. Pernyataan kriteria umum yang mendefinisikan hasil pembelajaran secara sumatif, tanpa menjelaskan secara spesifik tentang kaedah atau teknik bagaimana untuk mencapai hasil berkenaan ii. Pernyataan kriteria khusus yang memberi makna dalam bentuk deskriptif kepada angka, abjad atau perkataan seperti Cemerlang, kepujian, baik dan belum menguasai bagi menjelaskan apa yang murid tahu dan boleh buat hasil daripada pembelajarannya iii. Pernyataan tentang standard diletakkan dalam kategori tertentu seperti Band (Band 1, Band 2 …) disusun mengikut hieraki, dijelaskan dengan diskriptor yang menyatakan tingkahlaku terperinci yang boleh diperhati dan diukur dalam menentukan prestasi individu. Contoh Standard Prestasi: Matamat pendidikan: mengembangkan potensi murid dalam semua aspek perkembangan, menguasaan kemahiran asas dan memupukan sikap positif. Jadual 11.3 ialah contoh jadual standard prestasi berasaskan empat band.
  • 14. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 171_______________________________________________________________________________ Jadual 11.3 Contoh Jadual Standard Prestasi Berasaskan Empat Band BAND STANDARD PRESTASI PENGOPERASIAN STANDARD TERAS BAND 4 Boleh melakukan aktiviti Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan melalui keupayaan sendiri dengan: Cemerlang sendiri dengan tepat, Tepat: Betul/sempurna mengikut cekap dan konsisten tugasan/arahan semasa menjalankan Cekap: Dapat melaksanakan dalam aktiviti dari pelbagai tema masa yang ditetapkan tanpa memerlukan Konsisten: Sentiasa, selalu atau bantuan kerap mempamerkan Tanpa memerlukan bantuan: Memahami arahan/tugasan sendiri BAND 3 Boleh melakukan aktiviti Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan pelbagai tema dengan sendiri dengan: Baik/ tepat sehingga selesai Kepujian Tepat: Betul/sempurna mengikut tanpa memerlukan tugasan/arahan bantuan Tanpa memerlukan bantuan: Memahami arahan/tugasan sendiri BAND 2 Kerap memerlukan Boleh melakukan aktiviti/tugasan/arahan bantuan apabila dengan: Sederhana melakukan aktiviti dari Kerap memerlukan bantuan tetapi pelbagai tema namun masih boleh melakukannya sehingga masih boleh selesai melakukannya sehingga selesai BAND 1 Sukar memahami arahan Masih tidak dapat melakukan aktiviti/tugasan untuk menjalankan aktiviti dengan baik sehingga selesai walaupun Perlu dari pelbagai tema, oleh Bimbingan Bimbingan bantuan sentiasa itu bimbingan bantuan diberikan sentiasa diperlukan namun masih tidak dapat melakukannya dengan baik sehingga selesai Dalam KSSR penilaian berasaskan kepada 6 band adalah yang diguna pakai. Jadual 11.4 adalah sebagai contoh jadual standard prestasi untuk kemahiran melukis. Jadual standard prestasi tersebut adalah berasaskan kepada kerangka asas standard prestasi seperti Jadual 11.5.
  • 15. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 172_______________________________________________________________________________ Jadual 11.4 Contoh Jadual Standard Prestasi Untuk Kemahiran Melukis BAND STANDARD DESKRIPTOR EVIDENS 6 Menghasilkan karya seni Murid dapat melukis gambar Hasil gambar bunga secara bunga yang sebenar karya keseluruhan mengikut mengikut unsur alam dengan kreativiti sendiri dengan semulajadi dan menunjuk teknik teknik lukisan. contoh kepada rakan. lukisan 5 Menghasilkan karya seni Murid dapat melukis gambar gambar bunga dengan bunga yang sebenar rupa sebenar mengikut mengikut unsur alam alam semulajadi. semulajadi dengan kreatif 4 Menghasilkan karya seni Murid dapat melukis gambar gambar bunga dengan bunga yang sebenar rupa sebenar mengikut alam semulajadi. 3 Menghasilkan karya seni Murid dapat melukis gambar gambar bunga dengan bunga dengan teliti. rupa yang lebih teliti. 2 Menghasilkan karya seni Murid dapat membuat gambar bunga dengan lakaran gambar bunga pengamatan. secara ringkas. 1 Menghasilkan karya seni Murid dapat membuat gambar bunga. lakaran kelopak bunga. Jadual 11.5 Kerangka Asas Standard Prestasi Band 6 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab mithali Band 5 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab terpuji Band 4 Tahu, faham dan boleh buat dengan beradab Band 3 Tahu, faham dan boleh buat Band 2 Tahu dan faham Band 1 Tahu
  • 16. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 173_______________________________________________________________________________ MUET dan KSSR, standard prestasi diukur menggunakan sistem band iaitu band 1 hingga band 6 (1 rendah, 6 tertinggi). Di IPTA standard prestasi diukur menggunakan sistem gred iaitu gred A dengan mata gred 4 adalah yang tertinggi. Pada pendapat anda, perlukah pelarasan dibuat? Pentaksiran autentik Apakah maksud pentaksiran autentik? Pentaksiran autentik ialah suatu bentuk penilaian yang berlainan daripada penilaian formal seperti penilaian formatif dan penilaian sumatif yang boleh digunakan oleh guru dalam bilik darjah. Penilaian ini kurang memberi penekanan kepada penggunaan kertas dan pensil sebagaimana yang digunakan dalam penilaian tradisional. Penilaian jenis ini lebih kepada penggunaan/amali terhadap sesuatu tugasan seperti yang dilakukan di dalam keadaan sebenarnya (Bhasah, 2007). Dalam konteks bilik darjah, aplikasi pentaksiran ini memerlukan murid melakukan sesuatu tugasan yang agak kompleks tetapi bererti, berdasarkan pengetahuan awal, pembelajaran semasa dan kemahiran yang relevan untuk menyelesaikan masalah yang sebenarnya berlaku (real) atau dikenali sebagai authentik. Feuer dan Fulton (1993) (dalam Bhasah, 2007) menyatakan terdapat 7 bentuk penilaian autentik iaitu portfolio, persembahan, pemerhatian, penulisan, lisan, pameran dan eksperimen. Guru akan melihat aktiviti murid yang sebenar dan kemudiannya membuat penilaian terhadap kualiti aktiviti berkenaan. Portfolio Portfolio merupakan satu koleksi hasil kerja murid yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber yang relevan dengan objektif mata pelajaran. Ia digunakan sebagai rekod untuk menunjukkan pencapaian para murid untuk mata pelajaran yang berlainan di sekolah. Menerusi penghasilan portfolio, murid diharapkan dapat mengesan, mengenalpasti dan membaiki perkembangan pembelajaran mereka sendiri (kemajuan yang telah mereka laksanakan pada satu tempoh yang telah ditetapkan bersama). Ward & Ward (1999) dalam Bhasah (2007) mengemukakan 10 langkah bagi menyediakan portfolio seperti Jadual 11.6
  • 17. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 174_______________________________________________________________________________ Jadual 11.6 Langkah-Langkah Menyediakan Portfolio 1. Tujuan/ Objektif Tetapkan tujuan. Terangkan kepada murid mengapa mereka mesti melaksanakannya 2. Kandungan & Menetapkan isi kandungan yang perlu dimuatkan sebagai Kemahiran bentuk bukti. Bentuk kemahiran yang perlu murid-murid kuasai. 3. Sasaran & Tetapkan murid (individu/ kumpulan) yang akan Peringkatnya melaksanakan tugasan. 4. Bahan yang perlu Tentukan bahan yang perlu dikumpul dengan dikumpul berpandukan objektif. Bahan dapat menunjukkan kemajuan/ perkembangan murid. 5. Kaedah kumpul Bina jadual bagi menentukan setiap bahan yang mesti bahan disenarai dan dimasukkan dalam portfolio. 6. Penglibatan murid Libatkan murid dari peringkat awal hinggalah akhir agar murid lebih memahami apa yang diperlukan dan menilai kemajuan kendiri. 7. Kaedah memberi Setiap bahan mempunyai criteria penggredan yang gred berbeza. Guru sediakan rubrik penggredan bagi membantu murid meningkatkan kualiti portfolio yang dihasilkan. 8. Penyediaan Guru perlu memberi penjelasan terperinci kepada murid, portfolio ibu bapa dan guru lain yang terbabit tentang penyediaan portfolio bagi mendapatkan kerjasama. 9. Tarikh pelaksanaan Penting dimaklumkan agar murid dapat menaksir & penyempurnaan kemajuan yang dicapai. 10. Penyimpanan Guru perlu menyediakan ruang bagi menyimpan portfolio portfolio yang telah siap untuk rujukan masa depan. Penyediaan portfolio melibatkan beberapa langkah yang sistematik kerana matlamat akhirnya ialah para guru dapat menjadikannya sebagai satu alat pembelajaran murid yang dapat meningkatkan kualiti pembelajaran mereka terhadap sesuatu tugasan yang perlu dilaksanakan. Kandungan sebuah portfolio yang lengkap terdiri daripada pengumpulan dan himpunan bahan-bahan seperti buku log, catatan jurnal, gambar & foto, refleksi kendiri murid, nota-nota yang disediakan oleh guru, dan senarai semak yang disediakan oleh guru. Jenis-jenis portfolio yang boleh diberikan kepada ialah ialah portfolio kerja, portfolio dokumentari & portfolio produk akhir. Kebaikan portfolio ialah: Menilai tahap perkembangan murid-murid. Memberi guru maklumat utk menilai pencapaian murid-murid.
  • 18. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 175_______________________________________________________________________________ melibatkan murid dgn sepenuhnya dalam proses pengajaran pembelajaran. Memotivasikan murid-murid & meningkatkan tahap kefahaman kendiri mengenai tugasan-tugasan pembelajaran yang diberikan oleh guru AKTIVITI 11.2 Berdasarkan kepada pengalaman anda, cuba kenalpasti satu topik bagi mata pelajaran yang diajar dan bincangkan bagaimanakah penilaian authentik/ alternatif boleh dilaksanakan. ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ______________________________________________________________ ___________________________________________________________ Penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan Program penilaian Standard Kecergasan Fizikal Kebangsaan (SEGAK) dilaksanakan sepenuhnya mulai sesi persekolahan 2008 melalui Surat Pekeliling Ikhtisas bil. 4/2008. Program SEGAK dirancang selaras dengan sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan sekolah rendah dan sekolah menengah. Pelaporan SEGAK adalah dalam bentuk sijil yang diiktiraf di peringkat pusat. SEGAK mempunyai matlamat
  • 19. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 176_______________________________________________________________________________ agar murid sentiasa peka kepada pengetahuan dan amalan aktiviti kecergasan bagi meningkat dan mengekalkan tahap kecergasan fizikal yang optimum. Objektif SEGAK pula ialah agar murid dapat, mengetahui kepentingan kecergasan fizikal; melakukan ujian kecergasan yang dirancang oleh pentadbir sekolah; menganalisis, mengintepretasi dan menyimpan rekod kecergasan fizikal individu; melakukan tindakan susulan untuk meningkatkan kecergasan fizikal individu melalui perancangan aktiviti kecergasan secara sistematik; dan pengiktirafan tahap kecergasan individu berdasarkan prestasi semasa. Penilaian dalam KLSR, KBSR dan KSSR Penilaian dalam KLSR Kebanyakan penilaian dalam KLSR ialah penilaian sumatif, baik di peringkat sekolah mahupun di peringkat Kementerian Pelajaran Malaysia. Pada tahun 1967, Peperiksaan Penilaian Darjah Lima (PDL) telah diperkenalkan untuk sekolah rendah. PDL ialah penilaian sumatif secara berpusat kendalian Kementerian Pelajaran Malaysia. Di akhir darjah 5, murid-murid akan menduduki PDL untuk lima mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Bahasa Inggeris, Ilmu Hisab, Sains Awalan dan Ilmu Alam dengan Tawarikh. Bagi murid-murid dari SJKC dan SJKT selain daripada lima mata pelajaran tersebut, murid-murid juga menduduki mata pelajaran Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. Semua soalan dalam PDL adalah berbentuk objektif aneka pilihan. Pada 1988 PDL telah dimansuhkan apabila UPSR diperkenalkan dalam KBSR. Penilaian dalam KBSR Dalam KBSR, penilaian yang dikendalikan oleh guru di peringkat sekolah adalah secara formatif dan sumatif. Penilaian yang dikendalikan secara terpusat oleh Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia pula adalah secara sumatif. Penilaian formatif di sekolah adalah untuk tujuan perkembangan proses pembelajaran murid. Penilaian yang bersifat sumatif ialah seperti peperiksaan pertengahan tahun dan peperiksaan akhir tahun. UPSR adalah contoh penilaian yang secara keseluruhannya adalah terpusat iaitu di bawah kendalian Lembaga Peperiksaan Malaysia, Kementerian Pelajaran Malaysia. Tujuan utama UPSR adalah untuk mengetahui taraf pencapaian murid-murid di akhir Tahun 6 KBSR dalam kemahiran membaca, menulis, dan mengira. Objektifnya ialah untuk menilai pencapaian murid sekolah rendah dalam kemahiran asas. Tidak semua mata pelajaran yang diajar di sekolah rendah diuji dalam UPSR. Hanya empat mata pelajaran sahaja yang terlibat untuk Sekolah Kebangsaan iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sains. Di Sekolah Jenis Kebangsaan satu lagi tambahan mata pelajaran iaitu Bahasa Cina atau Bahasa Tamil.
  • 20. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 177_______________________________________________________________________________ Penilaian dalam KSSR DSP dalam KSSR menetapkan kompetensi tertentu yang murid perlu kuasai pada tempoh dan tahap persekolahan tertentu. Kompetensi tersebut diterjemahkan ke dalam aktiviti yang boleh diukur dan diuji. Menurut KPM (2010), standard tersebut adalah: bagi memastikan semua murid melepasi standard yang ditetapkan menetapkan ilmu, kemahiran dan nilai yang perlu diukur dengan jelas mengenal pasti strategi penambahbaikan (assessment for learning) mengatasi masalah murid keciciran dalam pembelajaran pelaksanaan pentaksiran berasaskan sekolah Sehubungan itu penilaian perlu dilakukan bagi mengenal pasti pencapaian kompetensi murid-murid. UPSR dikekalkan dalam KSSR dengan penambahbaikan. Di Sekolah Jenis Kebangsaan satu lagi tambahan mata pelajaran iaitu Bahasa Cina atau Bahasa Tamil. PBS banyak dilakukan dengan pentaksiran murid bersifat autentik, holistik dan berterusan. Dalam hal ini guru banyak memainkan peranan penting. Beberapa kaedah boleh pilih dan dilakukan oleh guru ke arah tersebut seperti mengadakan ujian; melakukan pemerhatian; mentaksir persembahan murid; merekod perkembangan penguasan murid; menilai esei; dan menilai folio yang dihasilkan oleh murid. Pemerhatian boleh dilakukan mengguna instrumen cerapan yang bersesuaian. Ujian pula boleh dilaksanakan secara kertas-pensil, papan tulis dan lisan. Tugasan boleh meliputi komponen praktikal bagi sesuatu mata pelajaran. Daripada sini dapatlah ditentukan bagaimana murid mengintegrasikan antara teori dalam amali. Penilaian bersifat authentik kerana murid mempunyai gaya yang tersendiri untuk belajar. RUMUSAN Bagi menentukan bahawa matlamat atau objektif pengajaran pembelajaran tercapai secara berkualiti maka pelaksanaannya perlu dirancang secara tersusun dan sistematik. Peringkat akhir yang menentukan keberhasilan itu ialah komponen pentaksiran dan penilaian. Komponen pentaksiran dan penilaian dapat menjamin kualiti insan yang dihasilkan yang setelah melalui tempoh pembelajaran yang panjang. Bagi menjamin perkembangan insan yang menyeluruh, maka Kementerian Pelajara Malaysia telah memperbaiki sistem pentaksiran apabila menggabungkan pentaksiran berasas sekolah dan pentaksiran pusat. Pentaksiran berasas sekolah memberi peluang dan ruang kepada semua pihak yang terlibat secara langsung seperti guru-guru, murid-murid dan ibu bapa untuk bekerjasama memantau dan menilai kemajuan dan perkembangan murid-murid khususnya dari aspek intelektual, rohani, emosi dan jasmani. Murid-murid kini dilihat sebagai individu yang berbeza yang perlukan bimbingan dan penilaian yang berbeza Pentaksiran dan penilaian authentik/ alternatif menjadi pilihan untuk guru dan murid memacu kejayaan. KATA KUNCI Menaakul - kemahiran berfikir dengan teliti bagi pencarian maklumat dan membuat inferensi daripada pemerhatian, fakta, atau andaian untuk membuat keputusan dan rumusan yang tepat.
  • 21. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 178_______________________________________________________________________________ Pemulihan - proses/usaha untuk membaiki sesuatu kekurangan atau membetulkan sesuatu yang tidak betul. Penilaian - penilaian ialah proses mendapatkan maklumat tentang sesuatu diikuti dengan proses memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat itu. Penilaian formatif - aktiviti dan tugasan yang diberikan kepada murid untuk membolehkan guru menilai perkembangan dan masalah pembelajaran murid di dalam kelas. Penilaian sumatif - pentaksiran tentang pembelajaran merujuk kepada semua aktiviti dan tugasan yang digunakan untuk menentukan prestasi murid bagi penggal persekolahan atau tahun tertentu. Pentaksiran - integrasi proses mengumpul maklumat, menginterpretasi maklumat atau memberi nilai kepada maklumat itu dan membuat keputusan berdasarkan interpretasi yang dibuat ke atas maklumat. Pentaksiran Berasas - pentaksiran yang dikendalikan oleh pihak sekolah melibatkan Sekolah peringkat perancangan, pembinaan, pentadbiran, peperiksaan dan laporan oleh guru di sekolah yang membabitkan pihak- pihak berkepentingan (stakeholder) seperti murid, ibu bapa, guru dan organisasi luar. Portfolio - koleksi hasil kerja pelajar yang terdiri daripada pelbagai bahan dan sumber yang relevan dengan objektif mata pelajaran. Standard prestasi - satu pernyataan generik tentang aras pencapaian pelajar dalam sesuatu mata pelajaran, yang ditulis secara holistik berasaskan DSK dan DSP untuk pentaksiran. PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. Dalam pendidikan, proses mengumpul maklumat, memberi nilai atau interpretasi kepada maklumat dan membuat keputusan adalah berkait dengan _____________ A. penilaian B. pengujian C. pelaporan D. pengukuran
  • 22. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 179_______________________________________________________________________________ 2. Setiap guru perlu mengambil perhatian terhadap pencapaian murid-muridnya di dalam kelas bagi setiap sesi pengajaran supaya pada akhirnya semua muridnya mencapai objektif pembelajaran yang telah dirancang. Berdasarkan kenyataan tersebut, apakah jenis penilaian yang perlu dilakukan oleh guru di dalam kelasnya? A. Sumatif. B. Portfolio. C. Formatif. D. Ujian kriteria 3. Apakah komponen penting dalam melaksanakan kaedah pentaksiran kendiri dalam Pentaksiran Berasas Sekolah (PBS)? A. Refleksi B. Kerjasama C. Senarai semak D. Memberi pendapat 4. Mengapakah penilaian authentik menjadi satu kaedah yang bernilai untuk melihat kemajuan dan perkembangan potensi murid? A. Kualiti hasil B. Ketulenan hasil C. Format menyeluruh D. Kepelbagaian kandungan 5. Apakah jenis penilaian yang berkaitan dengan aktiviti pemulihan murid yang dilakukan dalam proses pengajaran pembelajaran di dalam bilik darjah? A. Sumatif B. Formatif C. Ujian norma D. Ujian kriteria CADANGAN JAWAPAN: 1. A; 2. C; 3. A; 4. B; 5. B RUJUKAN Bhasah Abu Bakar (2007). Pengujian, pengukuran dan penilaian pendidikan. Kuala Lumpur: Pustaka Salam. Henson, K. T. (2001). Curriculum planning: integrating multiculturism, constructivism, and education reform. (2nd Ed). Boston: McGraw-Hill. Kementerian Pelajaran Malaysia (1994) Pengurusan bilik darjah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 23. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 180_______________________________________________________________________________ Linn, R. L. & Gronlund, N. E. (1981). Measurement and assessment in teaching (7th ed.). New Jersey: Prentice Hall. Mokhtar Ismail (2009). Pentaksiran pendidikan (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Bahasa dan Pustaka. Ornstein, A.C. & Hunkins, F.P. (2004) Curriculum: foundation, principles, and issues, (4thEd). Boston: Allyn & Bacon. Wheeler, D.K. (1967). Curriculum improvement. New Jersey: Prentice Hall.