SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 16
Descargar para leer sin conexión
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 1
_______________________________________________________________________________



                                         UNIT 1

              PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN
               PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH


  HASIL PEMBELAJARAN
  Di akhir unit ini anda akan dapat:

  1.      menerangkan pola perkembangan pendidikan di zaman sebelum penjajahan
          Inggeris, zaman penjajahan Inggeris dan zaman selepas merdeka.
  2.      menerangkan aspek kurikulum dan pengajaran dalam pendidikan di zaman
          sebelum penjajahan Inggeris, zaman penjajahan Inggeris dan zaman selepas
          merdeka.
  3.      membanding beza aspek kurikulum dan pengajaran di zaman sebelum
          penjajahan Inggeris, zaman penjajahan Inggeris dan zaman selepas merdeka.




  PETA KONSEP TAJUK


                                  Perkembangan Kurikulum
                                      dan Pengajaran




        Zaman Sebelum                  Zaman Penjajahan       Zaman Selepas
       Penjajahan Inggeris                 Inggeris             Merdeka



              Pendidikan                       Sekolah               Akta
              Tradisional                      Inggeris            Pelajaran
               Inggeris                                              1961

                                               Sekolah
                                              Vernakular
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 2
_______________________________________________________________________________


  PENGENALAN
  Pendidikan peringkat sekolah rendah yang berlangsung di negara ini telah bermula sejak
  dari zaman dulu lagi. Di zaman sebelum penjajahan Inggeris pendidikan dalam kalangan
  rakyat jelata berlangsung secara tradisional dengan ibu bapa sebagai orang yang utama
  dalam proses pendidikan. Di zaman penjajahan Inggeris, pendidikan berlangsung
  dengan cara yang lebih formal. Konsep sekolah vernakular diperkenalkan iaitu sekolah
  yang ditubuhkan berasaskan etnik. Selain itu terdapat juga sekolah Inggeris di samping
  sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan sekolah pondok serta
  madrasah. Dasar pecah dan perintah banyak mempengaruhi pelaksanaan pendidikan
  pada masa itu. Selepas merdeka pula pendidikan negara adalah berasas kepada Akta
  Pelajaran 1961. Pendidikan dijadikan asas untuk tujuan perpaduan rakyat. Kurikulum
  dan sistem peperiksaan yang sama adalah antara perkara yang diberi penegasan dalam
  pelaksanaan pendidikan selepas merdeka. Sejarah pendidikan negara telah mengalami
  perkembangan dari semasa ke semasa sehingga ke tahap yang ada sekarang. Kini
  pendidikan di negara ini bersifat lebih jelas dan berstruktur dari sudut dasar, matlamat
  dan pelaksanaannya.




  ISI KANDUNGAN

  Apakah senario kurikulum dan pengajaran mengikut
  zaman?
         Apakah kurikulum dan pengajaran di zaman sebelum
         penjajahan Inggeris?
  Sebelum penjajahan Inggeris pendidikan boleh diklasifikasikan sebagai pendidikan
  tradisional. Penjajah sebelum Inggeris iaitu Belanda dan Portugis secara umumnya tidak
  mahu masuk campur dan mengambil tahu sangat tentang pendidikan penduduk
  tempatan. Pendidikan jenis ini lebih banyak berlangsung dalam kalangan rakyat jelata.
  Keluarga adalah institusi utama dalam pendidikan bentuk informal ini dengan ibu bapa
  memainkan peranan penting dalam proses pendidikan anak-anak. Pengajaran dan
  pembelajaran berlaku secara tidak langsung melalui pemerhatian; penglibatan; nasihat
  dan teguran. Pendidikan adalah bercorak warisan turun temurun dan diwarisi dari satu
  generasi ke satu generasi berikutnya.

  Pada ketika itu penduduk di Tanah Melayu majoritinya ialah orang Melayu kerana orang
  Cina dan India hanya datang secara beramai-ramai sebagai buruh di lading dan
  lombong pada zaman penjajahan Inggeris. Orang Melayu berpegang kuat pada adat
  resam Melayu dan Nusantara yang bersifat ketimuran ditambah pula dengan ajaran
  agama Islam yang teguh. Semua kanak-kanak tidak kira lelaki atau perempuan dididik
  serta diasuh dengan ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan. Ketertiban, nilai,
  budi bahasa serta adab sopan adalah mengikut norma-norma yang diterima oleh
  masyarakat pada ketika itu. Setiap individu perlu menghormati orang lain terutama
  kepada ibu bapa dan orang yang lebih dewasa. Tutur kata serta perbuatan perlu
  sentiasa dijaga bagi memelihara keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dalam
  kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 3
_______________________________________________________________________________


  Kanak-kanak lelaki biasa diminta membantu bapanya menjalankan kegiatan ekonomi
  keluarga seperti berkebun; bersawah; menangkap ikan; mengambil upah bertukang
  membina rumah; dan sebagainya. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka dididik dan
  diasuh oleh ibu bapa dengan perkara-perkara berkaitan rumah tangga agar suatu masa
  nanti menjadi suri rumah yang baik. Sehubungan itu, kanak-kanak perempuan biasanya
  dilatih untuk membantu ibunya menguruskan hal rumah tangga seperti menjaga adik,
  membasuh pakaian, mengemas rumah, menjahit serta melakukan kerja-kerja di dapur.

  Pendidikan pada masa itu mempunyai matlamat untuk kesejahteraan dalam kehidupan
  baik untuk di dunia mahupun akhirat. Sehubungan itu dari sudut pelajaran agama,
  kanak-kanak mendapat pendidikan di surau atau di masjid berkaitan perkara-perkara
  fardhu ain, fardhu kifayah, Al-Quran, hadith, fiqah, tauhid dan tasawuf. Dalam aktiviti
  pengajaran, kanak-kanak membaca Al-Quran, menghafal doa, mempelajari fardhu ‘ain,
  fardhu kifayah, hadis, hukum-hakam dan cara hidup Islam. Al-Quran adalah teras
  pembelajran kerana tradisi masyarakat adalah menjadikan Al-Quran sebagai pelajaran
  dasar di samping pelajaran-pelajaran yang lain. Walaupun kurikulum dan pengajaran
  agak terbatas, namun ramai tokoh agama yang terkenal dalam bidang agama dan
  mempunyai tahap etika yang tinggi telah dilahirkan. Pendidikan berbentuk nonformal
  juga biasa terdapat di institusi tersebut. Pembelajaran biasanya berlangsung diwaktu
  lapang seperti di waktu subuh, petang atau malam. Guru dalam pengajarannya
  menggunakan teknik hafalan. Ada juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke
  rumah ustaz, ustazah atau orang alim untuk mengaji Al-Quran dan pelajaran agama.
  Ada yang menghantar anak-anak ke sekolah pondok atau madrasah yang banyak dibina
  oleh alim ulama Islam yang datang dari Timur Tengah ke Tanah Melayu, terutama pada
  kurun ke-18. Berikut adalah antara contoh guru-guru yang terkenal yang mengajar di
  sekolah pondok serta nama tempatnya.

            Tuk Kenali                     Kelantan
            Tuan Husin                     Kedah
            Tok Pulau Manis                Terengganu
            Hj Mohd Taib                   Titi Gajah
            Hj Mohd Nor                    Langgar
            Hj Mohd Aji                    Pumpong
            Hj Mohd Salleh                 Alor Setar
            Hj Ishak                       Pulau Pisang

  Pendidikan yang lebih bersifat formal pula kebanyakannya berlangsung di istana.
  Pendidikan di istana adalah untuk golongan bangsawan atau anak-anak kepada
  pembesar istana. Pendidikan berlangsung secara lebih teratur dengan tempat dan waktu
  pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan. Guru-guru yang khusus dipanggil dan
  diberi gaji secara khas untuk mengajar murid-murid. Kanak-kanak diajar menggunakan
  sukatan pelajaran tertentu termasuk kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira)
  selain pelajaran Jawi, bahasa Arab, Fiqh, Tauhid, Al-Quran dan lain-lain. Kedatangan
  Islam ketika zaman Kerajaan Melayu Melaka (1403 – 1511) telah memainkan peranan
  penting dalam pengembangan ilmu pengetahuan, pendidikan dan dakwah Islamiah di
  Tanah Melayu dan rantau Nusantara pada masa itu. Bentuk pembelajaran yang
  berinstitusikan rumah, surau dan masjid berjalan terus dalam kalangan orang Melayu
  sejak beratus-ratus tahun yang silam. Catatan sejarah Barat menyatakan bahawa Islam
  mula bertapak di Tanah Melayu pada kurun ke-15. Contohnya catatan D.G.E Hall,
  menyatakan bahawa Islam bertapak di Melaka pada 1414 iaitu dengan perkahwinan
  antara sultan Melaka dengan puteri dari Pasai iaitu sebuah negerio yang rakyatnya
  menganut agama Islam.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 4
_______________________________________________________________________________




     AKTIVITI 1.1

        Dalam jadual berikut, tuliskan aspek-aspek pendidikan yang berlangsung di
        zaman sebelum penjajahan Inggeris mengikut kategori pendidikan informal,
        pendidikan nonformal dan pendidikan formal.

        Aspek-aspek      Pendidikan           Pendidikan           Pendidikan
         Pendidikan       Informal            Nonformal              Formal


           Halatuju




        Kandungan/Isi
          Pelajaran




         Pelaksanaan
          Pengajaran/
         Pembelajaran
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 5
_______________________________________________________________________________


         Apakah kurikulum dan pengajaran di zaman penjajahan
         Inggeris?
  Semasa penjajahan Inggeris sekolah vernakular diperkenalkan selaras dengan dasar
  pecah dan perintah. Sekolah vernakular ialah sekolah yang menggunakan bahasa
  ibunda sebagai bahasa pengantarnya. Sekolah-sekolah tersebut diadakan secara
  terasing antara satu dengan yang lain. Sekolah-sekolah vernakular yang terdapat pada
  masa itu ialah:

         Sekolah Melayu
         Sekolah Cina
         Sekolah Tamil

  Terdapat juga sekolah Inggeris yang dibiayai oleh pemerintah; sekolah mubaligh yang
  dibiayai oleh gereja Methodist, Katholik dan Anglican; sekolah pondok; dan madrasah.
  Ketika perang dunia kedua Tanah Melayu telah dijajah oleh Jepun. Pada ketika itu
  tentera Jepun telah membuka sekolah Nihongo.


  Sekolah Melayu

  Negeri-negeri Selat adalah terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
  Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Blundell telah mencadangkan supaya ditubuhkan
  sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri tersebut dengan bantuan kerajaan British.
  Blundell dengan telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura.
  Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa
  lagi sekolah vernakular Melayu di Pulau Pinang dan Melaka.

  Di sekolah vernakular Melayu, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar.
  Tulisan Rumi dan Jawi digunakan secara serentak di kebanyakan sekolah. Antara
  sekolah yang awal dibuka ialah di Bayan Lepas, Pulau Pinang; dan di Kampung Gelam,
  Singapura. Pada 1871, A.M. Skinner telah memperkenalkan sekolah Melayu yang
  digabung dengan kelas Al-Quran. Pelajaran akademik iaitu pembelajaran mata pelajaran
  Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional di sebelah pagi
  manakala kelas Al-Quran dan Bahasa Arab di sebelah petang. Langkah ini bertujuan
  menarik minat orang Melayu agar menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana
  orang Melayu memberi sambutan yang dingin terhadap sekolah vernakular ini.

  Tujuan utama Sekolah Melayu ialah untuk memberi pendidikan asas supaya anak-anak
  penduduk tempatan dapat menjadi petani, nelayan atau pekerja bawahan yang tidak
  terpisah dengan alam sekeliling mereka. Kurikulum dan pengajaran di sekolah
  vernakular Melayu berkisar kepada kemahiran, membaca, menulis, mengira, mengarang
  di samping dimasukkan juga sedikit tentang Ilmu Alam, Ilmu Hisab dan Latihan Jasmani.
  Mulai abad ke-20, mata pelajaran perkebunan dan anyaman pula diperkenalkan; ekoran
  daripada cadangan yang terkandung dalam laporan R.O Winstedt pada tahun 1917.
  Tujuan utama pemilihan dan pelaksanaan kurikulum ini adalah untuk memberi orientasi
  agar anak-anak Melayu dapat meneruskan kerjaya warisan ibu bapa mereka sebagai
  pekebun, petani, pesawah, nelayan dan sebagainya serta kekal berada di desa atau di
  kampung-kampung. Kalau pun sebagai pekerja makan gaji, mereka adalah sebagai
  pekerja bawahan sahaja seperti pemandu atau pekerja am.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 6
_______________________________________________________________________________


  Guru-guru Melayu dilantik dalam kalangan mereka yang berkebolehan dan terkenal
  dalam masyarakat. Pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah ini adalah sangat
  terhad. Masalah utama ialah kekurangan guru terutama guru-guru perempuan dan guru-
  guru yang mahir dalam kemahiran-kemahiran tertentu. Bilangan murid juga terhad
  kerana kesangsian orang Melayu terhadap pengaruh agama Kristian. Sekolah
  vernakular Melayu juga disangka menyebarkan fahaman sekular. Perkara yang sama
  berlaku di Borneo Utara di mana sekolah yang dibuka oleh W. H. Treacher iaitu Gabenor
  pertama Borneo Utara tidak mendapat sambutan. Ibu bapa lebih gemar menyekolahkan
  anak-anak mereka di sekolah pondok atau madrasah. Kanak-kanak perempuan Melayu
  pula tidak digalakkan langsung oleh ibu bapa untuk bersekolah. Dari satu aspek lain
  pula, status lepasan sekolah Melayu juga dilihat lebih rendah daripada sekolah Inggeris.
  Murid-murid di sekolah Melayu belajar daripada Darjah I hingga Darjah IV. Setelah
  melalui tapisan, hanya sebahagian kecil sahaja murid berpeluang melanjutkan pelajaran
  ke Special Malay Class dan daripada situ baru boleh meneruskan persekolahannya di
  sekolah Inggeris.



  Sekolah Cina

  Sekolah vernakular Cina bermula di Negeri-negeri Selat. Sekolah yang awal, didirikan di
  Melaka. Sekolah vernakular Cina juga kurang mendapat sambutan daripada masyarakat
  Cina. Pada pertengahan abad ke-19 iaitu apabila kedatangan orang Cina ke Tanah
  Melayu berlaku secara beramai-ramai, kebanyakan sekolah Cina dibiayai oleh kaum
  Cina sendiri iaitu oleh pertubuhan-pertubuhan, persatuan atau orang perseorangan.
  Penubuhan sekolah tersebut adalah dengan tujuan untuk memastikan pengekalan
  warisan budaya dan bahasa kaum Cina. Pihak Inggeris tidak masuk campur atau
  menghalang usaha yang dilakukan.

  Kurikulumnya adalah meliputi ajaran-ajaran klasik Cina, opera, tulisan dan kebudayaan.
  Ajaran Confucius ialah yang banyak diajarkan. Oleh kerana tanah besar Cina adalah
  luas dan mempunyai pelbagai daerah dengan cara hidup serta kebudayaan rakyat yang
  pelbagai, maka sekolah Cina yang terdapat di Tanah Melayu pun turut pelbagai dari
  segi corak serta bentuknya apa lagi isi kandungan pelajaran yang diajar.

  Pengajaran adalah secara menghafal, mengira dan menulis. Tenaga pengajar, isi
  pelajaran dan bahan-bahan pengajaran dibawa masuk dari tanah besar Cina. Pihak
  Inggeris terus mengambil sikap yang longgar terhadap sekolah Cina. Walau
  bagaimanapun pada tahun 1929, peraturan yang lebih ketat dikenakan ke atas sekolah-
  sekolah Cina oleh Gabenor Cecil Clementi. Perlantikan guru-guru tidak boleh lagi dari
  tanah besar Cina. Sebaliknya perlantikan guru-guru perlu daripada kalangan penduduk
  tempatan sahaja iaitu mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu atau yang mendapat
  pendidikan Inggeris. Pindaan pada enakmen juga telah dibuat bagi memberi kuasa
  kepada pengarah pelajaran agar dapat mengambil tindakan kepada seseorang guru
  yang didapati menentang dasar kerajaan. Begitu juga dengan kurikulum dan buku-buku
  teksnya. Kesemuanya tidak boleh lagi berorientasikan tanah besar Cina, sebaliknya
  perlu bercorak tempatan yang bercirikan Inggeris.

  Walau bagaimanapun peraturan tersebut tidak banyak memberi kesan, sebaliknya
  mendapat banyak tentangan daripada masyarakat keturunan Cina. Sekolah Cina tidak
  banyak berubah daripada tahun-tahun sebelumnya iaitu masih berkiblatkan negara asal;
  masih menumpukan taat setia kepada budaya serta adat resam negara asal mereka
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 7
_______________________________________________________________________________


  melalui kurikulum, buku-buku, bahan-bahan bacaan dan guru yang dibawa masuk dari
  negara Cina.



  Sekolah Tamil

  Pemerintah Inggeris di Tanah Melayu pada awalnya tidak berminat menyediakan
  pendidikan kepada masyarakat India kerana pada tanggapan mereka, kehadiran
  masyarakat India di Tanah Melayu adalah sementara sahaja. Walau bagaimanapun
  apabila Kod Buruh dikuatkuasakan bagi tujuan rnembasmi buta huruf, hal-hal berkaitan
  pendidikan orang India telah ditegaskan. Inggeris mengarahkan agar tuan-tuan punya
  estet mendirikan sekolah Tamil untuk anak-anak pekerja yang majoritinya datang dari
  India. Sekiranya terdapat sepuluh orang atau lebih kanak-kanak dalam lingkungan umur
  persekolahan, pihak estet wajib menyediakan sekolah dan guru untuk kanak-kanak
  tersebut. Justeru itu banyak sekolah vernakular Tamil dibuka.

  Secara umumnya corak sekolah vernakular Tamil adalah seperti sekolah vernakular
  Cina, iaitu berorientasikan negara asal. Selain untuk menyelesaikan masalah buta huruf,
  kurikulum di sekolah Tamil adalah berkisar kepada unsur-unsur kerohanian dan
  kebudayaan Hindu serta bahasa pertuturan. Bahan-bahan pengajaran adalah dibawa
  masuk dari India. Orang India di Tanah Melayu pada masa itu kebanyakannya masih
  menumpukan taat setia mereka kepada negara asal. Sebagai contoh, pergolakan politik
  yang berlaku di India pada ketika itu, juga dirasai kesannya di Tanah Melayu. Justeru
  elemen dalam kurikulum dan pengajaran banyak dipengaruhi oleh perkara tersebut.

  Sikap kebanyakan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak adalah di tahap yang
  rendah. Justeru ramai kanak-kanak yang tidak bersekolah atau tidak hadir ke sekolah
  untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Dari sudut pengajaran, pada
  mulanya bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun
  perkembangan sekolah Tamil tidak maju disebabkan faktor bahasa pengantar. Orang
  India yang datang ke Tanah Melayu dari pelbagai daerah di India dengan bahasa
  pertuturan yang pelbagai. Justeru pengajaran telah dikendalikan dalam pelbagai bahasa,
  iaitu sama ada menggunakan bahasa Tamil, Malayalam, Telegu, Punjabi atau Hindi.
  Guru-guru pula diberi gaji yang rendah. Terdapat guru-guru kurang bertauliah seperti
  kerani ladang, penyelia, pembantu perubatan dan pekerja sendiri yang ditugaskan untuk
  mengajar di sekolah Tamil. Keadaan tersebut adalah kurang memuaskan.



  Sekolah Inggeris

  Sekolah Inggeris yang pertama dibina ialah Penang Free School pada 1816 diikuti
  dengan Malacca Free School pada 1826 dan seterusnya yang lain-lain seperti Victoria
  Insitute (1893) dan King Edward VII (1906). Sekolah Inggeris kebanyakannya didirikan
  di bandar-bandar untuk anak-anak pegawai Inggeris, anak-anak ahli-ahli perniagaan
  serta anak-anak golongan elit Melayu pada masa itu. Corak kurikulum dan pengajaran di
  sekolah ini lebih berorientasikan ketuanan Inggeris daripada semua aspek termasuk nilai
  dan pemikiran yang ditanamkan kepada murid-murid. Sebagai contoh, nilai yang cuba
  diterapkan ialah perasaan bangga terhadap keagungan pemerintah Inggeris. Inggeris
  adalah sebagai kuasa besar berbanding dengan kuasa-kuasa lain yang ada. Selain itu
  empayar serta jajahan takluknya adalah luas dan istimewa. Kurikulum, buku-buku teks,
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 8
_______________________________________________________________________________


  bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah daripada Britain.
  Kurikulum sekolah Inggeris lebih mementingkan akademik.

  Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekolah Inggeris menggunakan
  sepenuhnya bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Guru-guru yang terlibat ialah
  guru yang dididik daripada sekolah Inggeris. Pengajaran di sekolah Inggeris melibatkan
  mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah Eropah, Ilmu Alam, Sains, Sastera
  Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Lukisan. Kurikulum dan pengajaran lebih kepada
  persediaan untuk peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate.



  Sekolah Nihongo

  Sekolah Nihongo dibuka oleh tentera Jepun ketika mereka menakluki Tanah Melayu
  dalam Perang Dunia Kedua. Pada masa itu kanak-kanak tempatan telah diminta
  menghadiri sekolah-sekolah kendalian askar Jepun. Dalam kurikulum dan
  pengajarannya terdapat pelajaran bahasa Jepun, nyanyian lagu-lagu klasik Jepun,
  kebudayaan Jepun dan kegiatan-kegiatan yang ada kaitannya dengan penerapan nilai
  ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan dan maharaja Jepun. Jepun pada masa itu
  menggunakan slogan Asia for Asian iaitu Asia adalah untuk orang Asia.



  Selepas Perang Dunia Kedua
  Selepas Perang Dunia Kedua tamat iaitu pada 1946, pentadbiran Inggeris telah
  menubuhkan satu jawatankuasa dikenal sebagai Jawatankuasa Cheeseman. Setelah
  membuat kajian, jawatankuasa ini telah mengeluarkan laporan dikenal sebagai Laporan
  Cheeseman. Berikut ialah antara cadangan berkaitan kurikulum dan pengajaran dalam
  laporan tersebut.

          Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris diberi kepada semua murid di
          sekolah rendah.
          Pelajaran vokasional seperti dalam Laporan Pelajaran 1938 dilaksana dengan
          sepenuhnya.

  Jawatankuasa Cheeseman mengemukakan cadangan tersebut dengan harapan untuk
  melatih penduduk tempatan sebagai pekerja yang boleh berkomunikasi dalam bahasa
  Inggeris bagi membangunkan infrastruktur seperti jalanraya dan landasan keretapi yang
  telah mengalami kerosakan akibat Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, atas
  beberapa alasan yang tertentu cadangan berkaitan kurikulum dan pengajaran dalam
  Laporan Cheeseman tidak dapat dilaksanakan.

  Pada tahun 1949 satu lagi jawatankuasa telah ditubuhkan selepas itu diketuai oleh L.J
  Barnes. Jawatankuasa ini mendapati tahap pelajaran kanak-kanak Melayu adalah amat
  rendah dan seluruh sistem pendidikan perlu dirombak. Antara puncanya ialah
  kemudahan di sekolah-sekolah Melayu yang kurang dan tidak berkualiti. Seterusnya,
  faktor peluang yang sangat terhad untuk kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan
  lanjutan. Hanya segelintir murid Melayu yang dapat meneruskan pelajarannya ke
  peringkat menengah melalui Special Malay Class di sekolah-sekolah Inggeris. Dalam
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 9
_______________________________________________________________________________


  laporannya jawatankuasa tersebut telah mengemukakan cadangannya. Berikut adalah
  antara cadangan berkaitan kurikulum dan pengajaran dalam Laporan Barnes.

         Pengajaran di sekolah rendah dilakukan mengguna bahasa Inggeris dan bahasa
         Melayu.
         Sekolah adalah terbuka kepada kanak-kanak daripada semua kaum secara
         percuma.
         Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar kepada murid-murid sebagai suatu mata
         pelajaran.
         Hanya bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di
         sekolah menengah.
         Mata pelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumahtangga diajarkan
         kepada murid-murid.
         Sekolah-sekolah vokasional yang moden dicadang supaya dibina untuk pelajaran
         vokasional.


  Walaupun pelaksanaan kurikulum adalah bertujuan untuk perpaduan kaum, namun
  cadangan yang terdapat dalam Laporan Barnes tidak dapat dilaksanakan kerana
  dianggap lebih memihak kepada orang Melayu. Sehubungan itu pada tahun 1951 satu
  jawatankuasa lain yang diketuai oleh W.P Fenn dan T.Y. Wu telah ditubuhkan.
  Jawatankuasa ini telah membuat kajian dan mengeluarkan laporannya pada 1951
  dikenal sebagai Laporan Fenn-Wu. Berikut adalah antara cadangan yang terdapat
  dalam laporan jawatankuasa tersebut.

         Penggunaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina dalam
         pelaksanaan kurikulum dan pengajaran.
         Mata pelajaran Bahasa Cina dan bahasa Tamil diteruskan dan pengajarannya
         diperbaiki.
         Buku teks dari luar Tanah Melyu perlu disemak dan perlu dimasukkan unsur-
         unsur tempatan.
         Institusi atau kolej bagi melatih guru untuk sekolah Cina adalah diperlukan
         bagi menampung kekurangan guru terlatih.
         Bantuan kewangan daripada kerajaan perlu ditambah untuk sekolah-sekolah
         Cina.


  Cadangan daripada Laporan Fenn-Wu juga tidak dapat dilaksanakan. Sehubungan itu
  dikaji semula kesemua cadangan-cadangan daripada Laporan Barnes dan Laporan
  Fenn-Wu oleh suatu Jawatankuasa Khas yang dibentuk. Daripada lapporan
  Jawatankuasa Khas tersebut akhirnya Ordinan Pelajaran 1952 diwartakan. Ordinan
  Pelajaran 1952 juga tidak dapat dilaksanakan.




         Adakah anda terfikir mengapa cadangan yang terdapat dalam setiap
         laporan jawatankuasa yang dibentuk berkaitan pendidikan tidak dapat
         dilaksanakan?
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 10
_______________________________________________________________________________




        AKTIVITI 1.2

        Dalam ruang yang disediakan di bawah, bina peta minda bagi menjelaskan
        bagaimana kurikulum dan pengajaran dalam sistem pendidikan di Tanah
        Melayu sebelum merdeka dipengaruhi oleh dasar pecah dan perintah yang
        diperkenalkan oleh Inggeris.

                                   PETA MINDA
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 11
_______________________________________________________________________________


          Apakah kurikulum dan pengajaran di zaman selepas
          merdeka?

                             Pada tahun 1956, jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul
                             Razak Hussein telah mengeluarkan laporan yang
                             seterusnya dikenal sebagai Penyata Razak. Dalam penyata
                             ini, perpaduan ialah antara agenda utama pendidikan.
                             Penyata Razak telah dijadikan asas kepada Ordinan
                             Pelajaran 1957. Walau bagaimanapun selepas merdeka,
                             satu jawatankuasa lain telah dibentuk dikenal sebagai
                             Jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960. Jawatankuasa ini
                             lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Rahman Talib.
                             Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji
     Abdul Razak Hussein
                             Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 yang
                             diguna pakai dalam kurikulum dan pengajaran selepas
                             merdeka.




                                       Penyata Razak
                                         (Para 12)

                              Kami percaya juga yang tujuan dasar
                               pelajaran di dalam negeri ini ialah
                            bermaksud hendak menyatukan budak-
                            budak daripada semua bangsa di dalam
                           negeri ini dengan memakai satu peraturan
                             pelajaran yang meliputi semua bangsa
                                 dengan menggunakan bahasa
                            kebangsaan sebagai bahasa pengantar
                             yang besar, walaupunperkara ini tidak
                            dapat dilaksanakan dengan serta merta
                            melainkan hendaklah diperbuat dengan
                                         beransur-ansur.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 12
_______________________________________________________________________________


  Jawatankuasa Rahman Talib mengeluarkan laporan pada
  tahun 1960 dikenal sebagai Penyata Rahman Talib.
  Berasaskan kepada penyata-penyata tersebut dan Ordinan
  Pelajaran 1957, Akta Pelajaran 1961 diwartakan.
  Sehubungan itu satu bentuk kurikulum dan sistem
  peperiksaan yang sama untuk keseluruhan sistem
  persekolahan di negara ini telah digunakan. Dari sudut
  pengajarannya pula bahasa Melayu dijadikan sebagai
  bahasa pengantar utama selain membenarkan bahasa
  Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil digunakan masing-
  masing di SRK, SRJK(C) dan SRJK(T).                               Abdul Rahman Talib

  Walau bagaimanapun peruntukan dalam Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961
  menyatakan “Where at any time the Minister is satisfied that a national type primary
  school may suitable be converted into national primary school, he may by order direct
  that the school become a national primary school”. Sehubungan itu di semenanjung dan
  Sabah, SRK telah diubah bahasa pengantarnya daripada bahasa Inggeris kepada
  bahasa Melayu sepenuhnya mulai tahun 1975, manakala di Sarawak ialah mulai 1977.

  Selain untuk perpaduan, pendidikan selepas merdeka adalah untuk melahirkan rakyat
  yang bebas daripada masalah buta huruf. Sehubungan itu kurikulum dan pengajaran
  adalah memberi fokus kepada soal literasi. Pendidikan adalah juga untuk
  membangunkan negara selepas mendapat kemerdekaan daripada penjajah.
  Pembangunan melibatkan aspek infrastruktur seperti kemudahan awam, kemudahan
  kesihatan, perkembangan ekonomi berasaskan pertanian dan lain-lain. Dasar pelajaran
  pada masa itu juga mengharapkan agar keperluan tenaga rakyat bagi pembangunan
  negara dipenuhi melalui proses pendidikan. Justeru kurikulum dan pengajaran selepas
  merdeka lebih menjurus ke arah tersebut.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 13
_______________________________________________________________________________




        AKTIVITI 1.3

        Kenal pasti daripada sumber-sumber yang relevan bahawa pelaksanaan
        kurikulum dan pengajaran selepas merdeka adalah juga ke arah
        pembangunan negara.

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________

        _____________________________________________________________




  RUMUSAN
  Unit ini telah membincangkan senario pendidikan di negara ini dari sudut kurikulum dan
  pengajarannya meliputi tiga zaman iaitu zaman penjajahan Inggeris, zaman sebelum
  merdeka dan zaman selepas merdeka. Aktiviti yang relevan juga diberikan bagi
  mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar berkaitan sub topik yang
  berkaitan. Secara umumnya dapat dikatakan bahawa senario pendidikan di negara ini
  telah mengalami perkembangannya hingga ke tahap yang ada sekarang. Dalam erti kata
  yang lain pendidikan di negara ini mengalami proses kristalisasi iaitu perkembangan
  demi perkembangan ke tahap yang lebih baik dan cemerlang.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 14
_______________________________________________________________________________


  KATA KUNCI
  Pendidikan formal             -   pendidikan terancang di mana kurikulum atau program
                                    pengajian dan mata pelajaran disusun dan diajar oleh
                                    guru kepada pelajar di institusi pendidikan yang
                                    tertentu.

  Pendidikan informal           -   pendidikan dan pengalaman yang diperoleh melalui
                                    pelbagai aktiviti kehidupan seharian seperti interaksi
                                    dengan orang lain, ahli keluarga dan ahli-ahli
                                    masyarakat

  Pendidikan non-formal         -   pendidikan tambahan yang terancang yang diajar di
                                    luar pendidikan formal seperti latihan khas, bengkel,
                                    dan belajar sambil bekerja yang dirancang.

  Pendidikan tradisional        -   pendidikan informal yang berlaku dalam kalangan
                                    keluarga rakyat jelata yang mana ibu bapa ialah orang
                                    yang memainkan peranan utama sebagai pendidik.

  Sekolah vernakular            -   sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai
                                    bahasa pengantarnya.

  Sekolah Melayu                -   sekolah vernakular yang ditubuhkan          di   zaman
                                    penjajahan Inggeris untuk orang Melayu.

  Sekolah Cina                  -   sekolah vernakular yang ditubuhkan          di   zaman
                                    penjajahan Inggeris untuk orang Cina.

  Sekolah Tamil                 -   sekolah vernakular yang ditubuhkan          di   zaman
                                    penjajahan Inggeris untuk orang Indiaayu.




  PENILAIAN KENDIRI

  Jawab semua soalan berikut.

  1.     Manakah antara berikut merupakan sebab mengapa sebelum penjajahan
         Inggeris majoriti rakyat jelata mendapat pendidikan informal?

         A.       Tidak banyak institusi sekolah pada masa itu.
         B.       Ibu bapa perlu berperanan penting dalam pendidikan.
         C.       Pendidikan formal hanya diperkenalkan oleh pihak Inggeris.
         D.       Pendidikan informal lebih menyeluruh berbanding pendidikan formal.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 15
_______________________________________________________________________________


  2.     Penghijrahan alim ulama Islam dari Timur Tengah ke Tanah Melayu pada kurun
         ke–18 menyebabkan ______________

         A.     pengajaran di sekolah pondok mula diadakan.
         B.     wujud kesedaran tentang Islam di Tanah Melayu .
         C.     madrasah dan sekolah pondok banyak ditubuhkan.
         D.     tiada sekolah lain kecuali madrasah dan sekolah pondok.


  3.     Sekolah vernakular antara lain mempunyai ciri _____________

         A.     semuanya dibiayai oleh pihak Inggeris.
         B.     kurikulumnya sentiasa dalam pemantauan Inggeris.
         C.     pengajaran oleh guru-guru mengikut etnik masing-masing.
         D.     taraf persekolahan adalah sama antara satu dengan yang lain.


  4.     Sekitar tahun 1920an kerajaan Inggeris meluluskan Enakmen Pendaftaran
         Sekolah kerana masalah pembukaan sekolah-sekolah yang begitu banyak.
         Antara kesan enakmen tersebut ialah ____________

         A.     mengenakan yuran yang lebih tinggi kepada semua murid.
         B.     peggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama.
         C.     Selain sekolah Inggeris sekolah perlu berdaftar dengan kerajaan.
         D.     perlantikan guru tidak boleh terus dari tanah besar China atau India.


  5.     Manakah antara berikut tidak benar berkaitan pendidikan selepas sahaja Tanah
         Melayu mencapai kemerdekaan?

                I.     Berasaskan Akta Pelajaran 1961.
                II.    Pengajaran semuanya oleh guru terlatih.
                III.   Pendidikan adalah untuk perpaduan kaum.
                IV.    Menggunakan hanya satu bahasa pengantar.

         A.     I dan II sahaja
         B.     II dan IV sahaja
         C.     III dan IV sahaja
         D.     I, II dan III sahaja



  Cadangan Jawapan:              1. A;   2. C;   3. C;   4. D;   5. B



  RUJUKAN

  Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur:
       Dewan Bahasa dan Pustaka.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 16
_______________________________________________________________________________


  Abu Zahari Abu Bakar (1980). Perkembangan pendidikan di Semenanjung Malaysia.
     Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti.

  Akta Pelajaran 1961. Kuala Lumpur: International Law Book Service. (1984).

  Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:
        Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

  Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP)
      2006 – 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM.

  Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
      Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka

  Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2nd Edition). Boston : McGraw Hill

  Sufean Hussin. (2004) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua).
       Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaMegala Silva Raju
 
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysiaTajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysiaRosliza Rethwan
 
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaPerbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaWikwang Wong
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaJudee Kelantan
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysiasyedx
 
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  sistem  pendidikan di malaysiaTajuk 1  sistem  pendidikan di malaysia
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysiakiasportage
 
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102 CIKGU NAZARINANAWAWI
 
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Fu Peiling
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIANurul Hidayu Abd Halim
 
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia kebahagiaanaisyah
 
Pendidikan di Malaysia
Pendidikan di MalaysiaPendidikan di Malaysia
Pendidikan di Malaysiafiro HAR
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completeAzman Hanafi
 
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaIPGKTI
 
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...University Tun Hussein Onn Malaysia
 
Sistem pendidikan di malaysia
Sistem pendidikan di malaysiaSistem pendidikan di malaysia
Sistem pendidikan di malaysiachucky91
 
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaM1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaVince Here
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasanganUjang Abu
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaErra Priska Michael
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanalexsonn
 
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Siti Nur Ain
 

La actualidad más candente (20)

Sejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysiaSejarah pendidikan di malaysia
Sejarah pendidikan di malaysia
 
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysiaTajuk 1  pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1 pkmbgn sistem pendidikan di malaysia
 
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdekaPerbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
Perbezaan sistem pendidikan semasa berbanding sebelum merdeka
 
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysiaKronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
Kronologi pendidikan-sekolah-di-malaysia
 
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
99263716 26532562-kronologi-pendidikan-di-malaysia
 
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
Tajuk 1  sistem  pendidikan di malaysiaTajuk 1  sistem  pendidikan di malaysia
Tajuk 1 sistem pendidikan di malaysia
 
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
Sejarah pendidikan di negara malaysia fce3102
 
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
Falsafah Pendidikan 26 Mac 2011
 
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIASEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
SEJARAH PERKEMBANGAN PENDIDIKAN DI MALAYSIA
 
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
Perkembangan Pendidikan Islam di Malaysia
 
Pendidikan di Malaysia
Pendidikan di MalaysiaPendidikan di Malaysia
Pendidikan di Malaysia
 
Pengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan completePengurusan pendidikan complete
Pengurusan pendidikan complete
 
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdekaPerkembangan pendidikan sebelum merdeka
Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
Power point ( perkembangan pendidikan di malaysia, kearah pembangunan insan d...
 
Sistem pendidikan di malaysia
Sistem pendidikan di malaysiaSistem pendidikan di malaysia
Sistem pendidikan di malaysia
 
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdekaM1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
M1 bab 1&2 - Perkembangan pendidikan sebelum merdeka
 
Waj3106berpasangan
Waj3106berpasanganWaj3106berpasangan
Waj3106berpasangan
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaanSistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
Sistem pendidikan di malaysia sebelum dan selepas kemerdekaan
 
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
Sejarah Pendidikan di Malaysia (Pembangunan Sosial)
 

Similar a 5 unit 1

Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahmmdlutfy
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxAdibahIbrahim3
 
EDUCATION IN ETHNIC RELATIONSHIP IN MALAYSIA
EDUCATION IN ETHNIC RELATIONSHIP IN MALAYSIAEDUCATION IN ETHNIC RELATIONSHIP IN MALAYSIA
EDUCATION IN ETHNIC RELATIONSHIP IN MALAYSIANURUL FARHANA
 
UNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdf
UNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdfUNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdf
UNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdfYOUAZLIN
 
Perkembangan kurikulum
Perkembangan kurikulumPerkembangan kurikulum
Perkembangan kurikulumChe'gu Shaari
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-osman1972
 
Masyarakat majmuk di alam melayu
Masyarakat majmuk di alam melayuMasyarakat majmuk di alam melayu
Masyarakat majmuk di alam melayuqiqizaid112610
 
08 isi pelajaran
08 isi pelajaran08 isi pelajaran
08 isi pelajaranNajwa Aqua
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1firo HAR
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapAnderson Ganai
 
KAJIAN_KES_SEJ_F3_(2) [Repaired].pptx
KAJIAN_KES_SEJ_F3_(2) [Repaired].pptxKAJIAN_KES_SEJ_F3_(2) [Repaired].pptx
KAJIAN_KES_SEJ_F3_(2) [Repaired].pptxAlBazliMuhd
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiamidihanafi
 
Copy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaCopy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaSyah Nizam
 

Similar a 5 unit 1 (20)

Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendahKurikulum dan pengajaran sekolah rendah
Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah
 
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptxSejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
Sejarah Perkembangan Pendidikan.pptx
 
EDUCATION IN ETHNIC RELATIONSHIP IN MALAYSIA
EDUCATION IN ETHNIC RELATIONSHIP IN MALAYSIAEDUCATION IN ETHNIC RELATIONSHIP IN MALAYSIA
EDUCATION IN ETHNIC RELATIONSHIP IN MALAYSIA
 
Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1Jurang pendidikan 1
Jurang pendidikan 1
 
4.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.20114.mior.usm.mei.2011
4.mior.usm.mei.2011
 
UNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdf
UNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdfUNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdf
UNIT 2 HALA TUJU PERKEMBANGAN PENDIDIKAN MALAYSIA (2).pdf.pdf
 
Perkembangan kurikulum
Perkembangan kurikulumPerkembangan kurikulum
Perkembangan kurikulum
 
Tajuk 8 pend di malaysia
Tajuk 8 pend di malaysiaTajuk 8 pend di malaysia
Tajuk 8 pend di malaysia
 
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
55409333 topik-2-pengenalan-kepada-kbsr-dan-kssr-2-
 
Masyarakat majmuk di alam melayu
Masyarakat majmuk di alam melayuMasyarakat majmuk di alam melayu
Masyarakat majmuk di alam melayu
 
08 isi pelajaran
08 isi pelajaran08 isi pelajaran
08 isi pelajaran
 
Sistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
Sistem Pendidikan di Sabah & SarawakSistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
Sistem Pendidikan di Sabah & Sarawak
 
Tutorial 1
Tutorial 1Tutorial 1
Tutorial 1
 
Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102Tutorial sjh1102
Tutorial sjh1102
 
Pendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siapPendidikan sebelum merdeka siap
Pendidikan sebelum merdeka siap
 
KAJIAN_KES_SEJ_F3_(2) [Repaired].pptx
KAJIAN_KES_SEJ_F3_(2) [Repaired].pptxKAJIAN_KES_SEJ_F3_(2) [Repaired].pptx
KAJIAN_KES_SEJ_F3_(2) [Repaired].pptx
 
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
sistem pendididkan di sabah & sarawak sejarah SEM 3
 
Perkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysiaPerkembangan pendidikan di malaysia
Perkembangan pendidikan di malaysia
 
Copy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysiaCopy of pengenalan 1 malaysia
Copy of pengenalan 1 malaysia
 

Más de Liching Ching (20)

KRAFTANGAN A.pptx
KRAFTANGAN A.pptxKRAFTANGAN A.pptx
KRAFTANGAN A.pptx
 
Pjj pindaan 12
Pjj pindaan 12Pjj pindaan 12
Pjj pindaan 12
 
Unit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdfUnit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdf
 
Jadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan studentJadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan student
 
Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013
 
15 unit 11
15 unit 1115 unit 11
15 unit 11
 
14 unit 10
14 unit 1014 unit 10
14 unit 10
 
13 unit 9
13 unit 913 unit 9
13 unit 9
 
12 unit 8
12 unit 812 unit 8
12 unit 8
 
11 unit 7
11 unit 711 unit 7
11 unit 7
 
10 unit 6
10 unit 610 unit 6
10 unit 6
 
9 unit 5
9 unit 59 unit 5
9 unit 5
 
8 unit 4
8 unit 48 unit 4
8 unit 4
 
7 unit 3
7 unit 37 unit 3
7 unit 3
 
6 unit 2
6 unit 26 unit 2
6 unit 2
 
16 unit 12
16 unit 1216 unit 12
16 unit 12
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
 
Rpt numerasi thn 1
Rpt numerasi thn 1Rpt numerasi thn 1
Rpt numerasi thn 1
 
Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2
 
Contoh ranc pel harian (09)
Contoh ranc pel harian   (09)Contoh ranc pel harian   (09)
Contoh ranc pel harian (09)
 

5 unit 1

  • 1. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 1 _______________________________________________________________________________ UNIT 1 PERKEMBANGAN KURIKULUM DAN PENGAJARAN SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menerangkan pola perkembangan pendidikan di zaman sebelum penjajahan Inggeris, zaman penjajahan Inggeris dan zaman selepas merdeka. 2. menerangkan aspek kurikulum dan pengajaran dalam pendidikan di zaman sebelum penjajahan Inggeris, zaman penjajahan Inggeris dan zaman selepas merdeka. 3. membanding beza aspek kurikulum dan pengajaran di zaman sebelum penjajahan Inggeris, zaman penjajahan Inggeris dan zaman selepas merdeka. PETA KONSEP TAJUK Perkembangan Kurikulum dan Pengajaran Zaman Sebelum Zaman Penjajahan Zaman Selepas Penjajahan Inggeris Inggeris Merdeka Pendidikan Sekolah Akta Tradisional Inggeris Pelajaran Inggeris 1961 Sekolah Vernakular
  • 2. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 2 _______________________________________________________________________________ PENGENALAN Pendidikan peringkat sekolah rendah yang berlangsung di negara ini telah bermula sejak dari zaman dulu lagi. Di zaman sebelum penjajahan Inggeris pendidikan dalam kalangan rakyat jelata berlangsung secara tradisional dengan ibu bapa sebagai orang yang utama dalam proses pendidikan. Di zaman penjajahan Inggeris, pendidikan berlangsung dengan cara yang lebih formal. Konsep sekolah vernakular diperkenalkan iaitu sekolah yang ditubuhkan berasaskan etnik. Selain itu terdapat juga sekolah Inggeris di samping sekolah-sekolah yang ditubuhkan oleh mubaligh Kristian dan sekolah pondok serta madrasah. Dasar pecah dan perintah banyak mempengaruhi pelaksanaan pendidikan pada masa itu. Selepas merdeka pula pendidikan negara adalah berasas kepada Akta Pelajaran 1961. Pendidikan dijadikan asas untuk tujuan perpaduan rakyat. Kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama adalah antara perkara yang diberi penegasan dalam pelaksanaan pendidikan selepas merdeka. Sejarah pendidikan negara telah mengalami perkembangan dari semasa ke semasa sehingga ke tahap yang ada sekarang. Kini pendidikan di negara ini bersifat lebih jelas dan berstruktur dari sudut dasar, matlamat dan pelaksanaannya. ISI KANDUNGAN Apakah senario kurikulum dan pengajaran mengikut zaman? Apakah kurikulum dan pengajaran di zaman sebelum penjajahan Inggeris? Sebelum penjajahan Inggeris pendidikan boleh diklasifikasikan sebagai pendidikan tradisional. Penjajah sebelum Inggeris iaitu Belanda dan Portugis secara umumnya tidak mahu masuk campur dan mengambil tahu sangat tentang pendidikan penduduk tempatan. Pendidikan jenis ini lebih banyak berlangsung dalam kalangan rakyat jelata. Keluarga adalah institusi utama dalam pendidikan bentuk informal ini dengan ibu bapa memainkan peranan penting dalam proses pendidikan anak-anak. Pengajaran dan pembelajaran berlaku secara tidak langsung melalui pemerhatian; penglibatan; nasihat dan teguran. Pendidikan adalah bercorak warisan turun temurun dan diwarisi dari satu generasi ke satu generasi berikutnya. Pada ketika itu penduduk di Tanah Melayu majoritinya ialah orang Melayu kerana orang Cina dan India hanya datang secara beramai-ramai sebagai buruh di lading dan lombong pada zaman penjajahan Inggeris. Orang Melayu berpegang kuat pada adat resam Melayu dan Nusantara yang bersifat ketimuran ditambah pula dengan ajaran agama Islam yang teguh. Semua kanak-kanak tidak kira lelaki atau perempuan dididik serta diasuh dengan ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan. Ketertiban, nilai, budi bahasa serta adab sopan adalah mengikut norma-norma yang diterima oleh masyarakat pada ketika itu. Setiap individu perlu menghormati orang lain terutama kepada ibu bapa dan orang yang lebih dewasa. Tutur kata serta perbuatan perlu sentiasa dijaga bagi memelihara keamanan, kesejahteraan dan keharmonian dalam kehidupan berkeluarga dan bermasyarakat.
  • 3. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 3 _______________________________________________________________________________ Kanak-kanak lelaki biasa diminta membantu bapanya menjalankan kegiatan ekonomi keluarga seperti berkebun; bersawah; menangkap ikan; mengambil upah bertukang membina rumah; dan sebagainya. Bagi kanak-kanak perempuan, mereka dididik dan diasuh oleh ibu bapa dengan perkara-perkara berkaitan rumah tangga agar suatu masa nanti menjadi suri rumah yang baik. Sehubungan itu, kanak-kanak perempuan biasanya dilatih untuk membantu ibunya menguruskan hal rumah tangga seperti menjaga adik, membasuh pakaian, mengemas rumah, menjahit serta melakukan kerja-kerja di dapur. Pendidikan pada masa itu mempunyai matlamat untuk kesejahteraan dalam kehidupan baik untuk di dunia mahupun akhirat. Sehubungan itu dari sudut pelajaran agama, kanak-kanak mendapat pendidikan di surau atau di masjid berkaitan perkara-perkara fardhu ain, fardhu kifayah, Al-Quran, hadith, fiqah, tauhid dan tasawuf. Dalam aktiviti pengajaran, kanak-kanak membaca Al-Quran, menghafal doa, mempelajari fardhu ‘ain, fardhu kifayah, hadis, hukum-hakam dan cara hidup Islam. Al-Quran adalah teras pembelajran kerana tradisi masyarakat adalah menjadikan Al-Quran sebagai pelajaran dasar di samping pelajaran-pelajaran yang lain. Walaupun kurikulum dan pengajaran agak terbatas, namun ramai tokoh agama yang terkenal dalam bidang agama dan mempunyai tahap etika yang tinggi telah dilahirkan. Pendidikan berbentuk nonformal juga biasa terdapat di institusi tersebut. Pembelajaran biasanya berlangsung diwaktu lapang seperti di waktu subuh, petang atau malam. Guru dalam pengajarannya menggunakan teknik hafalan. Ada juga ibu bapa yang menghantar anak-anak mereka ke rumah ustaz, ustazah atau orang alim untuk mengaji Al-Quran dan pelajaran agama. Ada yang menghantar anak-anak ke sekolah pondok atau madrasah yang banyak dibina oleh alim ulama Islam yang datang dari Timur Tengah ke Tanah Melayu, terutama pada kurun ke-18. Berikut adalah antara contoh guru-guru yang terkenal yang mengajar di sekolah pondok serta nama tempatnya.  Tuk Kenali  Kelantan  Tuan Husin  Kedah  Tok Pulau Manis  Terengganu  Hj Mohd Taib  Titi Gajah  Hj Mohd Nor  Langgar  Hj Mohd Aji  Pumpong  Hj Mohd Salleh  Alor Setar  Hj Ishak  Pulau Pisang Pendidikan yang lebih bersifat formal pula kebanyakannya berlangsung di istana. Pendidikan di istana adalah untuk golongan bangsawan atau anak-anak kepada pembesar istana. Pendidikan berlangsung secara lebih teratur dengan tempat dan waktu pengajaran dan pembelajaran yang ditetapkan. Guru-guru yang khusus dipanggil dan diberi gaji secara khas untuk mengajar murid-murid. Kanak-kanak diajar menggunakan sukatan pelajaran tertentu termasuk kemahiran 3M (membaca, menulis dan mengira) selain pelajaran Jawi, bahasa Arab, Fiqh, Tauhid, Al-Quran dan lain-lain. Kedatangan Islam ketika zaman Kerajaan Melayu Melaka (1403 – 1511) telah memainkan peranan penting dalam pengembangan ilmu pengetahuan, pendidikan dan dakwah Islamiah di Tanah Melayu dan rantau Nusantara pada masa itu. Bentuk pembelajaran yang berinstitusikan rumah, surau dan masjid berjalan terus dalam kalangan orang Melayu sejak beratus-ratus tahun yang silam. Catatan sejarah Barat menyatakan bahawa Islam mula bertapak di Tanah Melayu pada kurun ke-15. Contohnya catatan D.G.E Hall, menyatakan bahawa Islam bertapak di Melaka pada 1414 iaitu dengan perkahwinan antara sultan Melaka dengan puteri dari Pasai iaitu sebuah negerio yang rakyatnya menganut agama Islam.
  • 4. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 4 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI 1.1 Dalam jadual berikut, tuliskan aspek-aspek pendidikan yang berlangsung di zaman sebelum penjajahan Inggeris mengikut kategori pendidikan informal, pendidikan nonformal dan pendidikan formal. Aspek-aspek Pendidikan Pendidikan Pendidikan Pendidikan Informal Nonformal Formal Halatuju Kandungan/Isi Pelajaran Pelaksanaan Pengajaran/ Pembelajaran
  • 5. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 5 _______________________________________________________________________________ Apakah kurikulum dan pengajaran di zaman penjajahan Inggeris? Semasa penjajahan Inggeris sekolah vernakular diperkenalkan selaras dengan dasar pecah dan perintah. Sekolah vernakular ialah sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantarnya. Sekolah-sekolah tersebut diadakan secara terasing antara satu dengan yang lain. Sekolah-sekolah vernakular yang terdapat pada masa itu ialah: Sekolah Melayu Sekolah Cina Sekolah Tamil Terdapat juga sekolah Inggeris yang dibiayai oleh pemerintah; sekolah mubaligh yang dibiayai oleh gereja Methodist, Katholik dan Anglican; sekolah pondok; dan madrasah. Ketika perang dunia kedua Tanah Melayu telah dijajah oleh Jepun. Pada ketika itu tentera Jepun telah membuka sekolah Nihongo. Sekolah Melayu Negeri-negeri Selat adalah terdiri daripada Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Gabenor Negeri-negeri Selat iaitu Blundell telah mencadangkan supaya ditubuhkan sekolah Vernakular Melayu di negeri-negeri tersebut dengan bantuan kerajaan British. Blundell dengan telah menubuhkan dua buah sekolah Vernakular Melayu di Singapura. Selepas itu, pada tahun 1858 hingga 1863, kerajaan British telah menubuhkan beberapa lagi sekolah vernakular Melayu di Pulau Pinang dan Melaka. Di sekolah vernakular Melayu, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar. Tulisan Rumi dan Jawi digunakan secara serentak di kebanyakan sekolah. Antara sekolah yang awal dibuka ialah di Bayan Lepas, Pulau Pinang; dan di Kampung Gelam, Singapura. Pada 1871, A.M. Skinner telah memperkenalkan sekolah Melayu yang digabung dengan kelas Al-Quran. Pelajaran akademik iaitu pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu, Matematik, Ilmu Alam dan mata pelajaran vokasional di sebelah pagi manakala kelas Al-Quran dan Bahasa Arab di sebelah petang. Langkah ini bertujuan menarik minat orang Melayu agar menghantar anak-anak mereka ke sekolah kerana orang Melayu memberi sambutan yang dingin terhadap sekolah vernakular ini. Tujuan utama Sekolah Melayu ialah untuk memberi pendidikan asas supaya anak-anak penduduk tempatan dapat menjadi petani, nelayan atau pekerja bawahan yang tidak terpisah dengan alam sekeliling mereka. Kurikulum dan pengajaran di sekolah vernakular Melayu berkisar kepada kemahiran, membaca, menulis, mengira, mengarang di samping dimasukkan juga sedikit tentang Ilmu Alam, Ilmu Hisab dan Latihan Jasmani. Mulai abad ke-20, mata pelajaran perkebunan dan anyaman pula diperkenalkan; ekoran daripada cadangan yang terkandung dalam laporan R.O Winstedt pada tahun 1917. Tujuan utama pemilihan dan pelaksanaan kurikulum ini adalah untuk memberi orientasi agar anak-anak Melayu dapat meneruskan kerjaya warisan ibu bapa mereka sebagai pekebun, petani, pesawah, nelayan dan sebagainya serta kekal berada di desa atau di kampung-kampung. Kalau pun sebagai pekerja makan gaji, mereka adalah sebagai pekerja bawahan sahaja seperti pemandu atau pekerja am.
  • 6. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 6 _______________________________________________________________________________ Guru-guru Melayu dilantik dalam kalangan mereka yang berkebolehan dan terkenal dalam masyarakat. Pengajaran dan pembelajaran di sekolah-sekolah ini adalah sangat terhad. Masalah utama ialah kekurangan guru terutama guru-guru perempuan dan guru- guru yang mahir dalam kemahiran-kemahiran tertentu. Bilangan murid juga terhad kerana kesangsian orang Melayu terhadap pengaruh agama Kristian. Sekolah vernakular Melayu juga disangka menyebarkan fahaman sekular. Perkara yang sama berlaku di Borneo Utara di mana sekolah yang dibuka oleh W. H. Treacher iaitu Gabenor pertama Borneo Utara tidak mendapat sambutan. Ibu bapa lebih gemar menyekolahkan anak-anak mereka di sekolah pondok atau madrasah. Kanak-kanak perempuan Melayu pula tidak digalakkan langsung oleh ibu bapa untuk bersekolah. Dari satu aspek lain pula, status lepasan sekolah Melayu juga dilihat lebih rendah daripada sekolah Inggeris. Murid-murid di sekolah Melayu belajar daripada Darjah I hingga Darjah IV. Setelah melalui tapisan, hanya sebahagian kecil sahaja murid berpeluang melanjutkan pelajaran ke Special Malay Class dan daripada situ baru boleh meneruskan persekolahannya di sekolah Inggeris. Sekolah Cina Sekolah vernakular Cina bermula di Negeri-negeri Selat. Sekolah yang awal, didirikan di Melaka. Sekolah vernakular Cina juga kurang mendapat sambutan daripada masyarakat Cina. Pada pertengahan abad ke-19 iaitu apabila kedatangan orang Cina ke Tanah Melayu berlaku secara beramai-ramai, kebanyakan sekolah Cina dibiayai oleh kaum Cina sendiri iaitu oleh pertubuhan-pertubuhan, persatuan atau orang perseorangan. Penubuhan sekolah tersebut adalah dengan tujuan untuk memastikan pengekalan warisan budaya dan bahasa kaum Cina. Pihak Inggeris tidak masuk campur atau menghalang usaha yang dilakukan. Kurikulumnya adalah meliputi ajaran-ajaran klasik Cina, opera, tulisan dan kebudayaan. Ajaran Confucius ialah yang banyak diajarkan. Oleh kerana tanah besar Cina adalah luas dan mempunyai pelbagai daerah dengan cara hidup serta kebudayaan rakyat yang pelbagai, maka sekolah Cina yang terdapat di Tanah Melayu pun turut pelbagai dari segi corak serta bentuknya apa lagi isi kandungan pelajaran yang diajar. Pengajaran adalah secara menghafal, mengira dan menulis. Tenaga pengajar, isi pelajaran dan bahan-bahan pengajaran dibawa masuk dari tanah besar Cina. Pihak Inggeris terus mengambil sikap yang longgar terhadap sekolah Cina. Walau bagaimanapun pada tahun 1929, peraturan yang lebih ketat dikenakan ke atas sekolah- sekolah Cina oleh Gabenor Cecil Clementi. Perlantikan guru-guru tidak boleh lagi dari tanah besar Cina. Sebaliknya perlantikan guru-guru perlu daripada kalangan penduduk tempatan sahaja iaitu mereka yang dilahirkan di Tanah Melayu atau yang mendapat pendidikan Inggeris. Pindaan pada enakmen juga telah dibuat bagi memberi kuasa kepada pengarah pelajaran agar dapat mengambil tindakan kepada seseorang guru yang didapati menentang dasar kerajaan. Begitu juga dengan kurikulum dan buku-buku teksnya. Kesemuanya tidak boleh lagi berorientasikan tanah besar Cina, sebaliknya perlu bercorak tempatan yang bercirikan Inggeris. Walau bagaimanapun peraturan tersebut tidak banyak memberi kesan, sebaliknya mendapat banyak tentangan daripada masyarakat keturunan Cina. Sekolah Cina tidak banyak berubah daripada tahun-tahun sebelumnya iaitu masih berkiblatkan negara asal; masih menumpukan taat setia kepada budaya serta adat resam negara asal mereka
  • 7. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 7 _______________________________________________________________________________ melalui kurikulum, buku-buku, bahan-bahan bacaan dan guru yang dibawa masuk dari negara Cina. Sekolah Tamil Pemerintah Inggeris di Tanah Melayu pada awalnya tidak berminat menyediakan pendidikan kepada masyarakat India kerana pada tanggapan mereka, kehadiran masyarakat India di Tanah Melayu adalah sementara sahaja. Walau bagaimanapun apabila Kod Buruh dikuatkuasakan bagi tujuan rnembasmi buta huruf, hal-hal berkaitan pendidikan orang India telah ditegaskan. Inggeris mengarahkan agar tuan-tuan punya estet mendirikan sekolah Tamil untuk anak-anak pekerja yang majoritinya datang dari India. Sekiranya terdapat sepuluh orang atau lebih kanak-kanak dalam lingkungan umur persekolahan, pihak estet wajib menyediakan sekolah dan guru untuk kanak-kanak tersebut. Justeru itu banyak sekolah vernakular Tamil dibuka. Secara umumnya corak sekolah vernakular Tamil adalah seperti sekolah vernakular Cina, iaitu berorientasikan negara asal. Selain untuk menyelesaikan masalah buta huruf, kurikulum di sekolah Tamil adalah berkisar kepada unsur-unsur kerohanian dan kebudayaan Hindu serta bahasa pertuturan. Bahan-bahan pengajaran adalah dibawa masuk dari India. Orang India di Tanah Melayu pada masa itu kebanyakannya masih menumpukan taat setia mereka kepada negara asal. Sebagai contoh, pergolakan politik yang berlaku di India pada ketika itu, juga dirasai kesannya di Tanah Melayu. Justeru elemen dalam kurikulum dan pengajaran banyak dipengaruhi oleh perkara tersebut. Sikap kebanyakan ibu bapa terhadap pendidikan anak-anak adalah di tahap yang rendah. Justeru ramai kanak-kanak yang tidak bersekolah atau tidak hadir ke sekolah untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran. Dari sudut pengajaran, pada mulanya bahasa Tamil digunakan sebagai bahasa pengantar. Walau bagaimanapun perkembangan sekolah Tamil tidak maju disebabkan faktor bahasa pengantar. Orang India yang datang ke Tanah Melayu dari pelbagai daerah di India dengan bahasa pertuturan yang pelbagai. Justeru pengajaran telah dikendalikan dalam pelbagai bahasa, iaitu sama ada menggunakan bahasa Tamil, Malayalam, Telegu, Punjabi atau Hindi. Guru-guru pula diberi gaji yang rendah. Terdapat guru-guru kurang bertauliah seperti kerani ladang, penyelia, pembantu perubatan dan pekerja sendiri yang ditugaskan untuk mengajar di sekolah Tamil. Keadaan tersebut adalah kurang memuaskan. Sekolah Inggeris Sekolah Inggeris yang pertama dibina ialah Penang Free School pada 1816 diikuti dengan Malacca Free School pada 1826 dan seterusnya yang lain-lain seperti Victoria Insitute (1893) dan King Edward VII (1906). Sekolah Inggeris kebanyakannya didirikan di bandar-bandar untuk anak-anak pegawai Inggeris, anak-anak ahli-ahli perniagaan serta anak-anak golongan elit Melayu pada masa itu. Corak kurikulum dan pengajaran di sekolah ini lebih berorientasikan ketuanan Inggeris daripada semua aspek termasuk nilai dan pemikiran yang ditanamkan kepada murid-murid. Sebagai contoh, nilai yang cuba diterapkan ialah perasaan bangga terhadap keagungan pemerintah Inggeris. Inggeris adalah sebagai kuasa besar berbanding dengan kuasa-kuasa lain yang ada. Selain itu empayar serta jajahan takluknya adalah luas dan istimewa. Kurikulum, buku-buku teks,
  • 8. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 8 _______________________________________________________________________________ bahan-bahan pengajaran dan pembelajaran yang digunakan adalah daripada Britain. Kurikulum sekolah Inggeris lebih mementingkan akademik. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, sekolah Inggeris menggunakan sepenuhnya bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar. Guru-guru yang terlibat ialah guru yang dididik daripada sekolah Inggeris. Pengajaran di sekolah Inggeris melibatkan mata pelajaran Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah Eropah, Ilmu Alam, Sains, Sastera Inggeris, Pendidikan Jasmani dan Lukisan. Kurikulum dan pengajaran lebih kepada persediaan untuk peperiksaan Cambridge Overseas School Certificate. Sekolah Nihongo Sekolah Nihongo dibuka oleh tentera Jepun ketika mereka menakluki Tanah Melayu dalam Perang Dunia Kedua. Pada masa itu kanak-kanak tempatan telah diminta menghadiri sekolah-sekolah kendalian askar Jepun. Dalam kurikulum dan pengajarannya terdapat pelajaran bahasa Jepun, nyanyian lagu-lagu klasik Jepun, kebudayaan Jepun dan kegiatan-kegiatan yang ada kaitannya dengan penerapan nilai ketaatan dan kesetiaan kepada kerajaan dan maharaja Jepun. Jepun pada masa itu menggunakan slogan Asia for Asian iaitu Asia adalah untuk orang Asia. Selepas Perang Dunia Kedua Selepas Perang Dunia Kedua tamat iaitu pada 1946, pentadbiran Inggeris telah menubuhkan satu jawatankuasa dikenal sebagai Jawatankuasa Cheeseman. Setelah membuat kajian, jawatankuasa ini telah mengeluarkan laporan dikenal sebagai Laporan Cheeseman. Berikut ialah antara cadangan berkaitan kurikulum dan pengajaran dalam laporan tersebut. Pengajaran dan pembelajaran bahasa Inggeris diberi kepada semua murid di sekolah rendah. Pelajaran vokasional seperti dalam Laporan Pelajaran 1938 dilaksana dengan sepenuhnya. Jawatankuasa Cheeseman mengemukakan cadangan tersebut dengan harapan untuk melatih penduduk tempatan sebagai pekerja yang boleh berkomunikasi dalam bahasa Inggeris bagi membangunkan infrastruktur seperti jalanraya dan landasan keretapi yang telah mengalami kerosakan akibat Perang Dunia Kedua. Walau bagaimanapun, atas beberapa alasan yang tertentu cadangan berkaitan kurikulum dan pengajaran dalam Laporan Cheeseman tidak dapat dilaksanakan. Pada tahun 1949 satu lagi jawatankuasa telah ditubuhkan selepas itu diketuai oleh L.J Barnes. Jawatankuasa ini mendapati tahap pelajaran kanak-kanak Melayu adalah amat rendah dan seluruh sistem pendidikan perlu dirombak. Antara puncanya ialah kemudahan di sekolah-sekolah Melayu yang kurang dan tidak berkualiti. Seterusnya, faktor peluang yang sangat terhad untuk kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan lanjutan. Hanya segelintir murid Melayu yang dapat meneruskan pelajarannya ke peringkat menengah melalui Special Malay Class di sekolah-sekolah Inggeris. Dalam
  • 9. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 9 _______________________________________________________________________________ laporannya jawatankuasa tersebut telah mengemukakan cadangannya. Berikut adalah antara cadangan berkaitan kurikulum dan pengajaran dalam Laporan Barnes. Pengajaran di sekolah rendah dilakukan mengguna bahasa Inggeris dan bahasa Melayu. Sekolah adalah terbuka kepada kanak-kanak daripada semua kaum secara percuma. Bahasa Cina dan bahasa Tamil diajar kepada murid-murid sebagai suatu mata pelajaran. Hanya bahasa Inggeris digunakan dalam pengajaran dan pembelajaran di sekolah menengah. Mata pelajaran Sains, Seni Perusahaan dan Sains Rumahtangga diajarkan kepada murid-murid. Sekolah-sekolah vokasional yang moden dicadang supaya dibina untuk pelajaran vokasional. Walaupun pelaksanaan kurikulum adalah bertujuan untuk perpaduan kaum, namun cadangan yang terdapat dalam Laporan Barnes tidak dapat dilaksanakan kerana dianggap lebih memihak kepada orang Melayu. Sehubungan itu pada tahun 1951 satu jawatankuasa lain yang diketuai oleh W.P Fenn dan T.Y. Wu telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini telah membuat kajian dan mengeluarkan laporannya pada 1951 dikenal sebagai Laporan Fenn-Wu. Berikut adalah antara cadangan yang terdapat dalam laporan jawatankuasa tersebut. Penggunaan bahasa Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Cina dalam pelaksanaan kurikulum dan pengajaran. Mata pelajaran Bahasa Cina dan bahasa Tamil diteruskan dan pengajarannya diperbaiki. Buku teks dari luar Tanah Melyu perlu disemak dan perlu dimasukkan unsur- unsur tempatan. Institusi atau kolej bagi melatih guru untuk sekolah Cina adalah diperlukan bagi menampung kekurangan guru terlatih. Bantuan kewangan daripada kerajaan perlu ditambah untuk sekolah-sekolah Cina. Cadangan daripada Laporan Fenn-Wu juga tidak dapat dilaksanakan. Sehubungan itu dikaji semula kesemua cadangan-cadangan daripada Laporan Barnes dan Laporan Fenn-Wu oleh suatu Jawatankuasa Khas yang dibentuk. Daripada lapporan Jawatankuasa Khas tersebut akhirnya Ordinan Pelajaran 1952 diwartakan. Ordinan Pelajaran 1952 juga tidak dapat dilaksanakan. Adakah anda terfikir mengapa cadangan yang terdapat dalam setiap laporan jawatankuasa yang dibentuk berkaitan pendidikan tidak dapat dilaksanakan?
  • 10. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 10 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI 1.2 Dalam ruang yang disediakan di bawah, bina peta minda bagi menjelaskan bagaimana kurikulum dan pengajaran dalam sistem pendidikan di Tanah Melayu sebelum merdeka dipengaruhi oleh dasar pecah dan perintah yang diperkenalkan oleh Inggeris. PETA MINDA
  • 11. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 11 _______________________________________________________________________________ Apakah kurikulum dan pengajaran di zaman selepas merdeka? Pada tahun 1956, jawatankuasa yang diketuai oleh Abdul Razak Hussein telah mengeluarkan laporan yang seterusnya dikenal sebagai Penyata Razak. Dalam penyata ini, perpaduan ialah antara agenda utama pendidikan. Penyata Razak telah dijadikan asas kepada Ordinan Pelajaran 1957. Walau bagaimanapun selepas merdeka, satu jawatankuasa lain telah dibentuk dikenal sebagai Jawatankuasa Penyemak Pelajaran 1960. Jawatankuasa ini lebih dikenali sebagai Jawatankuasa Rahman Talib. Jawatankuasa ini ditubuhkan bertujuan untuk mengkaji Abdul Razak Hussein Penyata Razak 1956 dan Ordinan Pelajaran 1957 yang diguna pakai dalam kurikulum dan pengajaran selepas merdeka. Penyata Razak (Para 12) Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak- budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupunperkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.
  • 12. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 12 _______________________________________________________________________________ Jawatankuasa Rahman Talib mengeluarkan laporan pada tahun 1960 dikenal sebagai Penyata Rahman Talib. Berasaskan kepada penyata-penyata tersebut dan Ordinan Pelajaran 1957, Akta Pelajaran 1961 diwartakan. Sehubungan itu satu bentuk kurikulum dan sistem peperiksaan yang sama untuk keseluruhan sistem persekolahan di negara ini telah digunakan. Dari sudut pengajarannya pula bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa pengantar utama selain membenarkan bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil digunakan masing- masing di SRK, SRJK(C) dan SRJK(T). Abdul Rahman Talib Walau bagaimanapun peruntukan dalam Seksyen 21(2) Akta Pelajaran 1961 menyatakan “Where at any time the Minister is satisfied that a national type primary school may suitable be converted into national primary school, he may by order direct that the school become a national primary school”. Sehubungan itu di semenanjung dan Sabah, SRK telah diubah bahasa pengantarnya daripada bahasa Inggeris kepada bahasa Melayu sepenuhnya mulai tahun 1975, manakala di Sarawak ialah mulai 1977. Selain untuk perpaduan, pendidikan selepas merdeka adalah untuk melahirkan rakyat yang bebas daripada masalah buta huruf. Sehubungan itu kurikulum dan pengajaran adalah memberi fokus kepada soal literasi. Pendidikan adalah juga untuk membangunkan negara selepas mendapat kemerdekaan daripada penjajah. Pembangunan melibatkan aspek infrastruktur seperti kemudahan awam, kemudahan kesihatan, perkembangan ekonomi berasaskan pertanian dan lain-lain. Dasar pelajaran pada masa itu juga mengharapkan agar keperluan tenaga rakyat bagi pembangunan negara dipenuhi melalui proses pendidikan. Justeru kurikulum dan pengajaran selepas merdeka lebih menjurus ke arah tersebut.
  • 13. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 13 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI 1.3 Kenal pasti daripada sumber-sumber yang relevan bahawa pelaksanaan kurikulum dan pengajaran selepas merdeka adalah juga ke arah pembangunan negara. _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ _____________________________________________________________ RUMUSAN Unit ini telah membincangkan senario pendidikan di negara ini dari sudut kurikulum dan pengajarannya meliputi tiga zaman iaitu zaman penjajahan Inggeris, zaman sebelum merdeka dan zaman selepas merdeka. Aktiviti yang relevan juga diberikan bagi mengukuhkan lagi pengetahuan dan kefahaman pelajar berkaitan sub topik yang berkaitan. Secara umumnya dapat dikatakan bahawa senario pendidikan di negara ini telah mengalami perkembangannya hingga ke tahap yang ada sekarang. Dalam erti kata yang lain pendidikan di negara ini mengalami proses kristalisasi iaitu perkembangan demi perkembangan ke tahap yang lebih baik dan cemerlang.
  • 14. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 14 _______________________________________________________________________________ KATA KUNCI Pendidikan formal - pendidikan terancang di mana kurikulum atau program pengajian dan mata pelajaran disusun dan diajar oleh guru kepada pelajar di institusi pendidikan yang tertentu. Pendidikan informal - pendidikan dan pengalaman yang diperoleh melalui pelbagai aktiviti kehidupan seharian seperti interaksi dengan orang lain, ahli keluarga dan ahli-ahli masyarakat Pendidikan non-formal - pendidikan tambahan yang terancang yang diajar di luar pendidikan formal seperti latihan khas, bengkel, dan belajar sambil bekerja yang dirancang. Pendidikan tradisional - pendidikan informal yang berlaku dalam kalangan keluarga rakyat jelata yang mana ibu bapa ialah orang yang memainkan peranan utama sebagai pendidik. Sekolah vernakular - sekolah yang menggunakan bahasa ibunda sebagai bahasa pengantarnya. Sekolah Melayu - sekolah vernakular yang ditubuhkan di zaman penjajahan Inggeris untuk orang Melayu. Sekolah Cina - sekolah vernakular yang ditubuhkan di zaman penjajahan Inggeris untuk orang Cina. Sekolah Tamil - sekolah vernakular yang ditubuhkan di zaman penjajahan Inggeris untuk orang Indiaayu. PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. Manakah antara berikut merupakan sebab mengapa sebelum penjajahan Inggeris majoriti rakyat jelata mendapat pendidikan informal? A. Tidak banyak institusi sekolah pada masa itu. B. Ibu bapa perlu berperanan penting dalam pendidikan. C. Pendidikan formal hanya diperkenalkan oleh pihak Inggeris. D. Pendidikan informal lebih menyeluruh berbanding pendidikan formal.
  • 15. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 15 _______________________________________________________________________________ 2. Penghijrahan alim ulama Islam dari Timur Tengah ke Tanah Melayu pada kurun ke–18 menyebabkan ______________ A. pengajaran di sekolah pondok mula diadakan. B. wujud kesedaran tentang Islam di Tanah Melayu . C. madrasah dan sekolah pondok banyak ditubuhkan. D. tiada sekolah lain kecuali madrasah dan sekolah pondok. 3. Sekolah vernakular antara lain mempunyai ciri _____________ A. semuanya dibiayai oleh pihak Inggeris. B. kurikulumnya sentiasa dalam pemantauan Inggeris. C. pengajaran oleh guru-guru mengikut etnik masing-masing. D. taraf persekolahan adalah sama antara satu dengan yang lain. 4. Sekitar tahun 1920an kerajaan Inggeris meluluskan Enakmen Pendaftaran Sekolah kerana masalah pembukaan sekolah-sekolah yang begitu banyak. Antara kesan enakmen tersebut ialah ____________ A. mengenakan yuran yang lebih tinggi kepada semua murid. B. peggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar utama. C. Selain sekolah Inggeris sekolah perlu berdaftar dengan kerajaan. D. perlantikan guru tidak boleh terus dari tanah besar China atau India. 5. Manakah antara berikut tidak benar berkaitan pendidikan selepas sahaja Tanah Melayu mencapai kemerdekaan? I. Berasaskan Akta Pelajaran 1961. II. Pengajaran semuanya oleh guru terlatih. III. Pendidikan adalah untuk perpaduan kaum. IV. Menggunakan hanya satu bahasa pengantar. A. I dan II sahaja B. II dan IV sahaja C. III dan IV sahaja D. I, II dan III sahaja Cadangan Jawapan: 1. A; 2. C; 3. C; 4. D; 5. B RUJUKAN Abdullah Ishak (1995). Pendidikan Islam dan pengaruhnya di Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
  • 16. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 16 _______________________________________________________________________________ Abu Zahari Abu Bakar (1980). Perkembangan pendidikan di Semenanjung Malaysia. Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti. Akta Pelajaran 1961. Kuala Lumpur: International Law Book Service. (1984). Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) 2006 – 2010. (Edisi Pelancaran). Kuala Lumpur: KPM. Kementerian Pendidikan Malaysia (1980). Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Dan Pustaka Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2nd Edition). Boston : McGraw Hill Sufean Hussin. (2004) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.