SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 16
Descargar para leer sin conexión
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 34
_______________________________________________________________________________



                                           UNIT 3

       MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH


  HASIL PEMBELAJARAN
  Di akhir unit ini anda akan dapat:

  1.     menjelaskan matlamat kurikulum sekolah rendah secara umumnya.
  2.     menganalisis matlamat kurikulum dalam pendidikan di zaman sebelum
         penjajahan, semasa penjajahan dan selepas merdeka.
  3.     menghuraikan matlamat dan objektif Kurikulum Baru/Bersepadu Sekolah Rendah
         (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).




  PETA KONSEP TAJUK


                          Matlamat Kurikulum Sekolah Randah




           Matlamat                        Matlamat               Matlamat
       Kurikulum Dalam                 Kurikulum Dalam        Kurikulum Dalam
         Pendidikan                      Pendidikan              Pendidikan
           Sebelum                         Semasa             Selepas Merdeka
         Penjajahan                      Penjajahan




                                                 Matlamat           Matlamat
                                                  KBSR               KSSR
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 35
_______________________________________________________________________________


  PENGENALAN
  Matlamat pendidikan akan berbeza dan berubah mengikut lokasi, keadaan dan masa.
  Dalam sistem pendidikan di Malaysia, dapat disaksikan bahawa matlamat pendidikan
  sentiasa mengalami perkembangan dari semasa ke semasa sehingga ke tahap yang
  ada sekarang. Perkembangan yang berlaku adalah bagi menjamin keselarasannya
  dengan keperluan semasa serta keperluan masa hadapan. Di zaman penjajahan
  Inggeris halatuju pendidikan adalah selaras dengan dasar penjajahan iaitu pacah dan
  perintah. Sehubungan itu pendidikan bukan kearah perpaduan rakyat. Namun apabila
  negara telah mencapai kemerdekaan, pendidikan adalah ke arah perpaduan di samping
  untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk
  pembangunan negara. Walau bagaimanapun pada asasnya pendidikan yang
  berlangsung dalam negara masa kini adalah ke arah merealisasikan hasrat yang
  terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pendidikan juga adalah
  untuk perkembangan dimensi intrinsik dan dimensi sosial pelajar secara harmonis,
  seimbang dan menyeluruh yang berpaksikan kepada ketuhanan. Sehubungan itu
  kurikulum digubal supaya sesuai dengan kehendak pendidikan yang selaras dengan
  keperluan sesebuah negara, masyarakat dan ahlinya. Kurikulum yang digubal
  seterusnya diperkembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran; dan hasil
  pembelajaran akan meliputi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diingini hasil
  daripada aktiviti pembelajaran.




  ISI KANDUNGAN

  Apakah matlamat kurikulum sekolah rendah?

         Matlamat Secara Umum
  Merujuk kepada The International Encyclopedia of Curriculum (1991), dikatakan bahawa
  kurikulum adalah seumur atau sama tua dengan pendidikan itu sendiri. Kedua-duanya
  adalah saling berkaitan. Proses pendidikan tidak dapat dijelaskan tanpa merujuk kepada
  kurikulum. Sehubungan itu, matlamat kurikulum adalah selaras dengan matlamat
  pendidikan. Apakah matlamat pendidikan? Matlamat pendidikan adalah tingkah laku
  yang bersifat menyeluruh yang diharapkan akan diperoleh di akhir suatu proses
  pendidikan. Ia bersifat umum dan berfungsi sebagai panduan dan pedoman kepada
  pencapaian matlamat pendidikan sesebuah negara. Oleh itu, matlamat pendidikan di
  sesebuah negara adalah berbeza dengan matlamat pendidikan di sebuah negara yang
  lain.

  Terdapat pelbagai pandangan tentang matlamat pendidikan. Sebagai contoh, Plato
  berpendapat pendidikan adalah ke arah pembentukan manusia yang bersifat mulia.
  Melalui pendidikan akan terhasil tiga golongan manusia iaitu golongan pemimpin (Lehr),
  golongan pekerja (Nehr) dan golongan tentera (Wehr). Menurut Smith (2002) di United
  Kingdom, National Curriculum bermatlamat memperkembangkan potensi murid-murid
  untuk aspek personal, sosial dan emosi. Selain daripada itu juga untuk
  memperkembangkan kemahiran komunikasi, bahasa dan literasi; matematik;
  pengetahuan dan kefahaman tentang dunia; perkembangan fizikal; dan perkembangan
  daya kreatif. Lain pula keadaannya di Amerika. Di Amerika, matlamat kurikulum seperti
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 36
_______________________________________________________________________________


  yang dikemukakan oleh Educational Policies Commission of the National Education
  Association (1938; dalam Passe; 1999) menyentuh empat aspek iaitu kesedaran diri,
  hubungan manusia, kelancaran ekonomi dan tanggungjawab sivik. Bagaimana pula
  dengan matlamat pendidikan di Malaysia? Di Malaysia, matlamat pendidikan dapat
  dihuraikan mengikut perkembangan yang berlaku dalam sistem persekolahan sejak
  zaman sebelum penjajahan, zaman penjajahan dan selepas merdeka.



         Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Sebelum
         Penjajahan Inggeris
  Pendidikan bermula sejak kelahiran manusia di dunia ini. Pendidikan zaman sebelum
  penjajahan Inggeris adalah bercorak tradisional tanpa premis khusus yang dinamakan
  sekolah. Pendidikan berlaku dalam kalangan keluarga dan ahli masyarakat. Matlamat
  pendidikan adalah ke arah kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan di akhirat.
  Untuk kehidupan dunia, anak-anak dididik oleh ibu bapa untuk melakukan kerja-kerja
  sebagaimana yang dilakukan oleh ibu bapa sendiri. Sebagai contoh, jika bapa adalah
  petani, anak lelaki diajar untuk bertani, jika bapa adalah nelayan, anak lelaki diajar untuk
  ke laut menangkap ikan dengan tujuan memberi kemahiran anak-anak lelaki dengan
  perkerjaan yang bakal mereka akan lakukan apabila dewasa kelak. Begitu juga dengan
  anak-anak perempuan, diajar untuk menguruskan rumah seperti memasak, mencuci
  pakaian, menjahit pakaian, menjaga adik-adik dan sebagainya sebagai latihan untuk
  memperoleh kemahiran yang diperlukan apabila mereka dewasa dan menjadi suri
  rumah. Untuk kehidupan akhirat, kanak-kanak mendapat pendidikan berkaitan agama
  Islam melalui guru atau imam yang diadakan di surau-surau. Kanak-kanak ini diajar
  tentang hal-hal yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah.



         Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Semasa Penjajahan
         Inggeris
  Di zaman penjajahan Inggeris, pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem pendidikan
  formal dengan menubuhkan sekolah-sekolah vernakular. Terdapat tiga jenis sekolah
  vernakular iaitu sekolah vernakular Melayu yang menggunakan bahasa pengantar
  bahasa Melayu, sekolah vernakular Cina yang menggunakan bahasa pengantar bahasa
  Cina dan sekolah vernakular Tamil yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Tamil.
  Selain daripada itu, pihak Inggeris juga memperkenalkan sekolah Inggeris yang
  menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris. Matlamat pendidikan pada ketika itu
  ialah memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak di negara ini agar mereka dapat
  meneruskan aktiviti atau pekerjaan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Pelaksanaan
  sekolah-sekolah vernakular dan sekolah Inggeris yang menggunakan kurikulum yang
  berbeza-beza ini juga sebagai memenuhi dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh
  penjajah.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 37
_______________________________________________________________________________


         Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Selepas Merdeka
  Matlamat pendidikan selepas merdeka adalah berpandukan Ordinan Pelajaran 1957
  yang berasaskan Penyata Razak 1956. Dalam Penyata Razak 1956, Para 12
  menyatakan,

         “. . . Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini
         ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua
         bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran
         yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan
         sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat
         dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan
         beransur-ansur.”

  Jelas bahawa pendidikan adalah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu
  melalui kurikulum yang sama, yang berorientasikan negara ini dan menjadikan bahasa
  Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah.
  Akta pelajaran pertama diperkenalkan pada tahun 1961. Dalam Akta Pelajaran 1961
  menyatakan,

         “. . . Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam
         Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran
         yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan
         perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya.”

  Pada tahun 1974, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran
  kebangsaan ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum kebangsaan yang telah dilaksanakan
  sejak lepas merdeka..


          “Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran
          sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran
          kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk mempastikan
          keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi
          jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lebih lagi untuk
          mempastikan sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara
          ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan
          terlatih.”
                                (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji
                              Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan)


  Laporan kajian oleh jawatankuasa ini siap pada 1979. Berdasarkan laporan tersebut,
  kurikulum yang dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah telah mengalami
  perubahan. Walau bagaimanapun, perubahan ini dilaksanakan secara berperingkat
  bermula di peringkat sekolah rendah dan diikuti dengan perubahan di peringkat sekolah
  menengah.

  Pendidikan di peringkat rendah adalah bertujuan untuk perkembangan diri individu
  secara menyeluruh. Berdasarkan Perakuan 57(a), Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979.

         “Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan
         murid-murid mendapat kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 38
_______________________________________________________________________________


         komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang
         perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan
         kemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu.”

  Sehubungan itu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diperkenalkan secara rintis pada
  tahun 1982 dan pada tahun 1983, ia dilaksanakan di seluruh negara. Kurikulum Baru
  Sekolah Rendah memberi penekanan kepada kemahiran asas 3M iaitu membaca,
  menulis dan mengira. Secara umumnya KBSR dirancang untuk membolehkan setiap
  murid memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan
  amalan yang dikehendaki. Pelaksanaannya melibatkan tiga bidang seperti dalam Jadual
  3.1.

                                       Jadual 3.1
                             Mata Pelajaran Mengikut Bidang

                Bidang                               Mata Pelajaran

      Komunikasi                    Bahasa, Matematik

      Manusia dengan Alam           Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Alam
      Kelilingnya                   dan Manusia

      Perkembangan Diri Individu    Muzik, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani



  Kurikulum Baru Sekolah Rendah terus mengalami perkembangan dan pada tahun 1993,
  ia dimurnikan dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR).
  Antara perubahan yang berlaku ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran Sains dan
  Kajian Tempatan bagi menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia serta pemunian
  mata pelajaran Pendidikan Jasmani menjadi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

  Seterusnya, mulai tahun 2001, KBSR telah sekali lagi melalui proses pemurnian.
  Semakan kandungan KBSR telah dilakukan agar bersesuaian dengan perkembangan
  dan keperluan semasa. Ia bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan
  Kebangsaan serta menyediakan murid yang mampu berhadapan dengan cabaran abad
  ke-21. Sehubungan dengan itu, melalui KBSR diharapkan akan dapat melahirkan murid
  yang berkeyakinan dan tabah dalam berhadapan dengan cabaran dalam kehidupan
  sebenar. Murid perlu dididik bukan sahaja untuk berfikir dan berilmu pengetahuan luas,
  tetapi juga beretika tinggi dan bijaksana, serta berkeupayaan menggunakan teknologi
  maklumat dan komunikasi secara berkesan. Dalam pelaksanaannya, KBSR
  menekankan kepada aspek penerapan nilai murni dan semangat patriotik agar murid-
  murid sedar akan peranan mereka sebagai rakyat Malaysia yang maju serta berilmu.




  Apakah matlamat KBSR?
  Matlamat KBSR dapat difahami berdasarkan tujuan pendidikan di peringkat sekolah
  rendah iaitu untuk mencapai matlamat perkembangan individu yang menyeluruh. Selain
  itu, matlamat KBSR juga difahami berdasarkan matlamat setiap mata pelajaran dalam
  pelaksanaannya seperti berikut:
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 39
_______________________________________________________________________________


         Bahasa Melayu KBSR
  Untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk
  memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian.


         Bahasa Inggeris KBSR
  To equip learners with basic skills and knowledge of the English language so as to enable
  them to communicate, both orally and in writing, in and out of school.


         Matematik KBSR
  Untuk membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira.
  Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian
  secara berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan
  negara maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran.


         Sains KBSR
  Untuk menyemai minat dan memberikan ilmu pengetahuan sains, kemahiran saintifik,
  kemahiran berfikir, nilai murni dan sikap saintifik kepada murid bagi membolehkan
  mereka mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman dan
  penyiasatan.


         Kajian Tempatan KBSR
  Untuk melahirkan murid yang setia pada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan
  berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan ke arah
  mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif
  dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan.


         Kemahiran Hidup KBSR
  Membolehkan murid memperoleh kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan
  teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri,
  mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja
  yang baik.


         Pendidikan Islam KBSR
  Untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan
  berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan
  khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa
  dan negara.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 40
_______________________________________________________________________________


         Pendidikan Moral KBSR
  Membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah
  keharmoniah dan kestabilan negaraserta masyarakat global.


         Pendidikan Seni KBSR
  Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas
  seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa
  kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni
  dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga,
  masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FPK.


         Muzik KBSR
  Melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang
  muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam
  aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat
  mengamalkan nilai murni.


         Pendidikan Jasmani KBSR
  Membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan
  kecergasan.


         Pendidikan Kesihatan KBSR
  Membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap
  kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat.


         Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan KBSR
  Memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka
  dalam masyarakat dan negara dan melahirkan anggota masyarakat dan warganegara
  yang bersatu padu, patriotik dan yang boleh menyumbang ke arah kesejahteraan
  masyarakat, negara dan dunia.



  Objektif KBSR
  Secara khususnya bagi mencapai matlamat KBSR, digariskan objektif-objektifnya
  seperti berikut:

         Menguasai Bahasa Melayu dengan kedudukan bahasa tersebut sebagai
         bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 41
_______________________________________________________________________________


         Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca
         dan menulis.
         Menguasai kemahiran asas matematik dalam kehidupan harian.
         Menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua.
         Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang
         rasional, kritis dan kreatif
         Menguasai kemahiran belajar dan berfikir.
         Membina daya kepimpinan dan keyakinan diri.
         Memperoleh dan menambah ilmu pengetahuan.
         Mempunyai kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar.
         Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal.
         Memahami dan menikmati aktiviti kesenian dan rekreasi.
         Menjaga kesihatan dan kecergasan diri.
         Menguasai kemahiran keusahawanan dan produktiviti.
         Menguasai kemahiran pengertian al-Quran
         Meyakini asas-asas keimanan dan akhlak mulia serta melakukan perintah
         tuhan serta menjauhi laranganNya.
         Membina semangat patriotisme
         Mengembangkan bakat dan kreativiti
         Mengamalkan sikap dan perlakuan nilai murni


  Bagi membolehkannya beroperasi di peringkat sekolah dan bilik darjah, KBSR
  diterjemahkan dalam bentuk objektif bagi setiap mata pelajaran.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 42
_______________________________________________________________________________




      AKTIVITI 3.1

      Banding bezakan matlamat pendidikan untuk zaman berikut

           Sebelum Penjajahan
           Semasa Penjajahan Inggeris
           Selepas Merdeka

       _____________________________________________
       _____________________________________________
       _____________________________________________
       _____________________________________________
       _____________________________________________
       _____________________________________________
       _____________________________________________
       _____________________________________________
       _____________________________________________
       _____________________________________________
       _____________________________________________
       _____________________________________________
       _____________________________________________
       _____________________________________________
       _____________________________________________
       ____________________________________________
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 43
_______________________________________________________________________________




  Apakah matlamat KSSR?
  Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi
  murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu sebagai mana yang ternyata dalam
  FPK. Perkembangan potensi ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek
  bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai
  matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk
  memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa
  depan. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard
  Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1. KBSR terus
  mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah
  (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1.




              Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk
              melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis
              dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan
              teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan
              diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai.

              Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah
              Pendidikan    Kebangsaan     dan    Dasar     Pendidikan
              Kebangsaan. Di samping itu, KSSR mengambil kira
              cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori
              pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat
              tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk
              mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup
              bersama dan belajar untuk membentuk peribadi.

              Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas
              berikut:
                a. Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani,
                    emosi, jasmani dan sosial
                b. Warganegara yang bertanggungjawab
                c. Global Player
                d. Pekerja ilmu

                                         . . . Petikan dari BPK, KPM (2010)
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 44
_______________________________________________________________________________


  KSSR berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan
  inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi; sains dan teknologi; perkembangan fizikal
  dan estetika; keterampilan diri; kemanusiaan; dan kerohanian, sikap dan nilai. KSSR
  adalah berasaskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di samping
  mengambil kira cabaran dalam abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori
  pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO,
  iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan
  belajar untuk membentuk peribadi. Diharapkan agar murid-murid yang mengikuti KSSR
  akan mempunyai asas-asas untuk menjadi insan yang seimbang dari segi intelek,
  rohani, emosi, jasmani dan sosial; warganegara yang bertanggungjawab; global player;
  dan pekerja berilmu. Selain itu, tujuan pendidikan di sekolah rendah adalah untuk
  melatih murid-murid supaya mempunyai sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk
  terus belajar. Murid-murid perlu berusaha mencari pengetahuan sendiri daripada
  pelbagai sumber seperti daripada guru, rakan, sumber-sumber di keliling mereka seperti
  buku internet dan sebagainya.

  Dalam setiap modul KSSR dinyatakan matlamat dan objektif yang berkaitan. Sebagai
  contoh, matlamat tema Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan
  mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai
  ilmu sains dan teknologi, kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin
  dikembangkan melalui tema ini merangkumi kemahiran proses sains, kemahiran berfikir,
  kemahiran manipulatif/psikomotor dan kemahiran TMK. Untuk membolehkan anda
  mengenal pasti matlamat dan objektif modul KSSR, sila teruskan dengan Aktiviti 3.2.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 45
_______________________________________________________________________________




      AKTIVITI 3.2

       Sila rujuk : http://www.moe.gov.my/bpk/

       Kenal pasti matlamat dan objektif bagi setiap DSK mata pelajaran yang
       terdapat dalam KSSR dan berikan ulasan anda.

        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ______________________________________________
        ____________________________________________
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 46
_______________________________________________________________________________




         Dengan merujuk kepada senario yang terdapat dalam masyarakat masa
         kini berkaitan alam sekitar, sosial dan ekonomi; adakah anda
         berpendapat pendidikan sekolah rendah telah mencapai matlamatnya.




  RUMUSAN
  Unit ini telah membincangkan matlamat pendidikan dan kurikulum mengikut zaman yang
  berbeza-beza iaitu sebelum penjajahan, semasa penjajahan Inggeris dan selepas
  merdeka. Selepas merdeka, matlamat pendidikan dan kurikulum meliputi zaman
  sebelum pelaksanaan KBSR, semasa pelaksanaan KBSR dan dalam KSSR. Selain itu
  dihuraikan juga matlamat kurikulum bagi setiap mata pelajaran dalam KBSR. Secara
  umumnya matlamat dalam KBSR dan KSSR adalah pada hakikatnya selari dengan
  pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam FPK.




  KATA KUNCI
  Matlamat                  - hasrat jangka panjang yang hendak dicapai.

  Objektif                  - hasrat yang lebih konkrit yang mampu dicapai dengan
                              mengikuti langkah-langkah tertentu dalam jangka masa
                              yang lebih pendek.

  Matlamat pendidikan       -   suatu jangkaan tingkah laku bersifat menyeluruh yang
                                diharapkan akan diperoleh di akhir suatu proses
                                pendidikan.

  Matlamat kurikulum        -   matlamat kurikulum adalah selaras dengan matlamat
                                sesuatu sistem pendidikan.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 47
_______________________________________________________________________________


  PENILAIAN KENDIRI

  Jawab semua soalan berikut.

  1.     PPK (2003) telah menggariskan matlamat pengajaran dan pembelajaran mata
         pelajaran Bahasa Melayu dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah
         (KBSR). Apakah matlamat mata pelajaran tersebut?

         A.    Menggunakan bahasa Melayu untuk mempelajari manusia dan alam
               sekeliling.
         B.    Mengguna, menghayati dan menghargai bahasa Melayu sebagai
               bahasa kebangsaan.
         C.    Menggunakan bahasa Melayu untuk bercakap, membaca, menulis, dan
               mengeluarkan idea.
         D.    Melengkapi murid-murid dengan keterampilan berbahasa dan
               berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu,
               perhubungan sosial dan urusan harian.


  2.     Di United Kingdom, kandungan National Curriculum meliputi aspek personal,
         sosial dan emosi; kemahiran komunikasi, bahasa dan literasi; matematik;
         pengetahuan dan kefahaman tentang dunia; perkembangan fizikal; dan
         perkembangan daya kreatif. Tujuannya ialah untuk ______________

         A.    kesesuaian dengan prasarana pengajaran dan pembelajaran yang ada.
         B.    perkembangan potensi murid dari aspek intelek, sosial, emosi dan
               fizikal.
         C.    memenuhi kehendak ibu bapa yang perlu khidmat jagaan anak-
               anaknya.
         D.    orientasi bakal warganegara bagi keperluan politik golongan pemerintah.


  3.     Apakah matlamat akhir pendidikan anak-anak Melayu mengikut konsep
         pendidikan tradisional?

         A.    Kekukuhan ekonomi.
         B.    Kesejahteraan dan keharmonian.
         C.    Pembentukan masyarakat yang demokratik.
         D.    Masyarakat yang berilmu dan menerima kemodenan.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 48
_______________________________________________________________________________


  4.    Dalam KSSR, matlamat kurikulum Sains adalah untuk menanamkan minat dan
         mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi
         menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap
         saintifik dan nilai murni.

         Bagaimanakah matlamat ini dapat dicapai?

                I. Merancang aktiviti yang dapat meningkatkan daya kreativiti murid.
                II. Pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga alam
                     sekitar.
                III. Meransang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat
                     tentang dunia sekeliling.
                IV. Memberi latih tubi bagi memastikan murid-murid cekap dalam
                     menjawab soalan yang dikemukakan

         A.     I dan III sahaja
         B.     II dan IV sahaja
         C.     I, II dan III sahaja
         D.     I, II dan IV sahaja


  5.     Hasrat KSSR untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan
         inovatif adalah mengambil kira asas __________________

                I.     Model Baru Ekonomi
                II.    Dasar Pendidikan Kebangsaan
                III.   Falsafah Pendidikan Kebangsaan
                IV.    empat tonggak pendidikan UNESCO

         A.     I dan III sahaja
         B.     II dan IV sahaja
         C.     I, II dan III sahaja
         D.     I, II dan IV sahaja


  CADANGAN JAWAPAN:             1. D;   2. B;   3. B;   4. C; 5. D



  RUJUKAN
  http://www.moe.gov.my/bpk/

  Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah
        Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia.

  Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah:
         Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books.

  Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
       Sekolah Rendah – Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Pusat
       Perkembangan Kurikulum.
KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 49
_______________________________________________________________________________


  Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
       Sekolah Rendah – Matematik. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.

  Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
       Sekolah Rendah – Kajian Tempatan. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan
       Kurikulum.

  Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
       Sekolah Rendah – Pendidikan Moral. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan
       Kurikulum.

  Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
       Sekolah Rendah – Pendidikan Seni Muzik. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan
       Kurikulum.

  Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu
       Sekolah Rendah – Pendidikan Seni

  Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2nd Edition). Boston: McGraw Hill

  Smith, R. (2002). The effective primary school: A guide for leaders and teachers.
     London: Kogan Page.

  Sufean Hussin. (2004) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua).
       Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

  The International Encyclopedia of Curriculum (1991). New York: Pergamon Press.

  Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Sejarah Sekolah Ugama di NBD
Sejarah Sekolah Ugama di NBDSejarah Sekolah Ugama di NBD
Sejarah Sekolah Ugama di NBDRuslialhaj
 
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...NickyAng45
 
Perkembangan pendidikan indonesia
Perkembangan pendidikan indonesiaPerkembangan pendidikan indonesia
Perkembangan pendidikan indonesiaAdy Setiawan
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan firo HAR
 
Pendidikan kewarganegaraan (Pengantar)
Pendidikan kewarganegaraan (Pengantar)Pendidikan kewarganegaraan (Pengantar)
Pendidikan kewarganegaraan (Pengantar)Iqbalrmd
 
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetLaporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetDenne Freddy
 
Ringkasan materi Komparasi Pendidikan
Ringkasan materi Komparasi PendidikanRingkasan materi Komparasi Pendidikan
Ringkasan materi Komparasi PendidikanPotpotya Fitri
 
Landasan Pendidikan
Landasan PendidikanLandasan Pendidikan
Landasan PendidikanAde Nurlaila
 
Ppt sejarah pendidikan masa reformasi
Ppt sejarah pendidikan masa reformasiPpt sejarah pendidikan masa reformasi
Ppt sejarah pendidikan masa reformasiDewi_Sejarah
 
Makalah Sejarah Kurikulum di INDONESIA
Makalah Sejarah Kurikulum di INDONESIAMakalah Sejarah Kurikulum di INDONESIA
Makalah Sejarah Kurikulum di INDONESIAEVI PAULINA SIMAREMARE
 
Makalah ddk tujuan pendidikan
Makalah ddk tujuan pendidikanMakalah ddk tujuan pendidikan
Makalah ddk tujuan pendidikanArwinda Febri
 

La actualidad más candente (18)

Sejarah Sekolah Ugama di NBD
Sejarah Sekolah Ugama di NBDSejarah Sekolah Ugama di NBD
Sejarah Sekolah Ugama di NBD
 
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
Implikasi pelaksanaan dasar-dasar pendidikan di Malaysia terhadap pembangunan...
 
Pendemokrasian
PendemokrasianPendemokrasian
Pendemokrasian
 
Perkembangan pendidikan indonesia
Perkembangan pendidikan indonesiaPerkembangan pendidikan indonesia
Perkembangan pendidikan indonesia
 
Unit 1
Unit 1Unit 1
Unit 1
 
Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan Falsafah pendidikan kebangsaan
Falsafah pendidikan kebangsaan
 
Pendidikan kewarganegaraan (Pengantar)
Pendidikan kewarganegaraan (Pengantar)Pendidikan kewarganegaraan (Pengantar)
Pendidikan kewarganegaraan (Pengantar)
 
Laporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa KabinetLaporan Jawatankuasa Kabinet
Laporan Jawatankuasa Kabinet
 
Tugas indo
Tugas indoTugas indo
Tugas indo
 
Sejarah perkembangan pendidikan
Sejarah perkembangan pendidikanSejarah perkembangan pendidikan
Sejarah perkembangan pendidikan
 
Kurikulum
KurikulumKurikulum
Kurikulum
 
Makalah kondisi pendidikan di indonesia
Makalah kondisi pendidikan di indonesiaMakalah kondisi pendidikan di indonesia
Makalah kondisi pendidikan di indonesia
 
Ringkasan materi Komparasi Pendidikan
Ringkasan materi Komparasi PendidikanRingkasan materi Komparasi Pendidikan
Ringkasan materi Komparasi Pendidikan
 
Landasan Pendidikan
Landasan PendidikanLandasan Pendidikan
Landasan Pendidikan
 
Ppt sejarah pendidikan masa reformasi
Ppt sejarah pendidikan masa reformasiPpt sejarah pendidikan masa reformasi
Ppt sejarah pendidikan masa reformasi
 
Kurikulum 1947
Kurikulum 1947Kurikulum 1947
Kurikulum 1947
 
Makalah Sejarah Kurikulum di INDONESIA
Makalah Sejarah Kurikulum di INDONESIAMakalah Sejarah Kurikulum di INDONESIA
Makalah Sejarah Kurikulum di INDONESIA
 
Makalah ddk tujuan pendidikan
Makalah ddk tujuan pendidikanMakalah ddk tujuan pendidikan
Makalah ddk tujuan pendidikan
 

Similar a 7 unit 3

Sejarah perkembangan kurikulum pendidikan di indonesia
Sejarah perkembangan kurikulum pendidikan di indonesiaSejarah perkembangan kurikulum pendidikan di indonesia
Sejarah perkembangan kurikulum pendidikan di indonesiasandykarimun
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12ammart852
 
MAKALAH AIMA-KHUSNUL ( KURTILAS).docx
MAKALAH AIMA-KHUSNUL ( KURTILAS).docxMAKALAH AIMA-KHUSNUL ( KURTILAS).docx
MAKALAH AIMA-KHUSNUL ( KURTILAS).docxafni48
 
KERANGKA DASAR KURIKULUM 2013
KERANGKA DASAR KURIKULUM 2013KERANGKA DASAR KURIKULUM 2013
KERANGKA DASAR KURIKULUM 2013NYAK MAULANA
 
Kontekstualisasi Perjalanan Pendidikan Nasional.pptx
Kontekstualisasi Perjalanan Pendidikan Nasional.pptxKontekstualisasi Perjalanan Pendidikan Nasional.pptx
Kontekstualisasi Perjalanan Pendidikan Nasional.pptxAlmas113353
 
Analisis Pengembangan Kurikulum PKn
Analisis Pengembangan Kurikulum PKnAnalisis Pengembangan Kurikulum PKn
Analisis Pengembangan Kurikulum PKnHariyatunnisa Ahmad
 
Makalah Telaah Kurikulum
Makalah Telaah KurikulumMakalah Telaah Kurikulum
Makalah Telaah KurikulumSri Damanik
 
Pp. dewi ariani bab 6
Pp. dewi ariani bab 6Pp. dewi ariani bab 6
Pp. dewi ariani bab 6dewiarianiaja
 
sejarah dan perkembangan kurikulum di indonesia
sejarah dan perkembangan kurikulum di indonesiasejarah dan perkembangan kurikulum di indonesia
sejarah dan perkembangan kurikulum di indonesiaokiarisaputra
 
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulumWan Syafawati
 
KELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptx
KELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptxKELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptx
KELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptxAbdihakikisihotang
 
Kurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan PembelajaraanKurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan PembelajaraanBayu13
 
Kurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan PembelajaraanKurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan PembelajaraanBayu13
 
Asigm bm
Asigm bmAsigm bm
Asigm bmahzai09
 
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxTUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxNURKIASATINABINTIMOH
 

Similar a 7 unit 3 (20)

Sejarah perkembangan kurikulum pendidikan di indonesia
Sejarah perkembangan kurikulum pendidikan di indonesiaSejarah perkembangan kurikulum pendidikan di indonesia
Sejarah perkembangan kurikulum pendidikan di indonesia
 
Cabaran guru 12
Cabaran guru 12Cabaran guru 12
Cabaran guru 12
 
MAKALAH AIMA-KHUSNUL ( KURTILAS).docx
MAKALAH AIMA-KHUSNUL ( KURTILAS).docxMAKALAH AIMA-KHUSNUL ( KURTILAS).docx
MAKALAH AIMA-KHUSNUL ( KURTILAS).docx
 
Asan bentuk
Asan bentukAsan bentuk
Asan bentuk
 
KERANGKA DASAR KURIKULUM 2013
KERANGKA DASAR KURIKULUM 2013KERANGKA DASAR KURIKULUM 2013
KERANGKA DASAR KURIKULUM 2013
 
Tugas makalah-inovasi
Tugas makalah-inovasiTugas makalah-inovasi
Tugas makalah-inovasi
 
Kontekstualisasi Perjalanan Pendidikan Nasional.pptx
Kontekstualisasi Perjalanan Pendidikan Nasional.pptxKontekstualisasi Perjalanan Pendidikan Nasional.pptx
Kontekstualisasi Perjalanan Pendidikan Nasional.pptx
 
Analisis Pengembangan Kurikulum PKn
Analisis Pengembangan Kurikulum PKnAnalisis Pengembangan Kurikulum PKn
Analisis Pengembangan Kurikulum PKn
 
Makalah Telaah Kurikulum
Makalah Telaah KurikulumMakalah Telaah Kurikulum
Makalah Telaah Kurikulum
 
Pp. dewi ariani bab 6
Pp. dewi ariani bab 6Pp. dewi ariani bab 6
Pp. dewi ariani bab 6
 
sejarah dan perkembangan kurikulum di indonesia
sejarah dan perkembangan kurikulum di indonesiasejarah dan perkembangan kurikulum di indonesia
sejarah dan perkembangan kurikulum di indonesia
 
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
23498059 faktor-faktor-yang-mempengaruhi-pendekatan-kurikulum
 
KELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptx
KELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptxKELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptx
KELOMPOK 1 Perspektif-Pendidikan-Modul 2-3.pptx
 
Kurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan PembelajaraanKurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan Pembelajaraan
 
Kurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan PembelajaraanKurikulum Dan Pembelajaraan
Kurikulum Dan Pembelajaraan
 
Unit 4 perkembangan-kurikulum_
Unit 4 perkembangan-kurikulum_Unit 4 perkembangan-kurikulum_
Unit 4 perkembangan-kurikulum_
 
Fpn
FpnFpn
Fpn
 
Asigm bm
Asigm bmAsigm bm
Asigm bm
 
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptxTUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
TUTORIAL HUBUNGAN ETNIK 23 APRIL 2020.pptx
 
MODUL 3.pptx
MODUL 3.pptxMODUL 3.pptx
MODUL 3.pptx
 

Más de Liching Ching (20)

KRAFTANGAN A.pptx
KRAFTANGAN A.pptxKRAFTANGAN A.pptx
KRAFTANGAN A.pptx
 
Pjj pindaan 12
Pjj pindaan 12Pjj pindaan 12
Pjj pindaan 12
 
Unit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdfUnit 1 konsep abm pdf
Unit 1 konsep abm pdf
 
Jadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan studentJadual exam untuk paparan student
Jadual exam untuk paparan student
 
Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013Fomat tugasan KRP 3013
Fomat tugasan KRP 3013
 
15 unit 11
15 unit 1115 unit 11
15 unit 11
 
14 unit 10
14 unit 1014 unit 10
14 unit 10
 
13 unit 9
13 unit 913 unit 9
13 unit 9
 
12 unit 8
12 unit 812 unit 8
12 unit 8
 
11 unit 7
11 unit 711 unit 7
11 unit 7
 
10 unit 6
10 unit 610 unit 6
10 unit 6
 
9 unit 5
9 unit 59 unit 5
9 unit 5
 
8 unit 4
8 unit 48 unit 4
8 unit 4
 
6 unit 2
6 unit 26 unit 2
6 unit 2
 
5 unit 1
5 unit 15 unit 1
5 unit 1
 
16 unit 12
16 unit 1216 unit 12
16 unit 12
 
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanakEdit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
Edit pjj modul kae3013 ekspresi kreativiti kanak kanak
 
Rpt numerasi thn 1
Rpt numerasi thn 1Rpt numerasi thn 1
Rpt numerasi thn 1
 
Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2Copy of rpt numerasi thn 2
Copy of rpt numerasi thn 2
 
Contoh ranc pel harian (09)
Contoh ranc pel harian   (09)Contoh ranc pel harian   (09)
Contoh ranc pel harian (09)
 

7 unit 3

  • 1. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 34 _______________________________________________________________________________ UNIT 3 MATLAMAT KURIKULUM SEKOLAH RENDAH HASIL PEMBELAJARAN Di akhir unit ini anda akan dapat: 1. menjelaskan matlamat kurikulum sekolah rendah secara umumnya. 2. menganalisis matlamat kurikulum dalam pendidikan di zaman sebelum penjajahan, semasa penjajahan dan selepas merdeka. 3. menghuraikan matlamat dan objektif Kurikulum Baru/Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR). PETA KONSEP TAJUK Matlamat Kurikulum Sekolah Randah Matlamat Matlamat Matlamat Kurikulum Dalam Kurikulum Dalam Kurikulum Dalam Pendidikan Pendidikan Pendidikan Sebelum Semasa Selepas Merdeka Penjajahan Penjajahan Matlamat Matlamat KBSR KSSR
  • 2. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 35 _______________________________________________________________________________ PENGENALAN Matlamat pendidikan akan berbeza dan berubah mengikut lokasi, keadaan dan masa. Dalam sistem pendidikan di Malaysia, dapat disaksikan bahawa matlamat pendidikan sentiasa mengalami perkembangan dari semasa ke semasa sehingga ke tahap yang ada sekarang. Perkembangan yang berlaku adalah bagi menjamin keselarasannya dengan keperluan semasa serta keperluan masa hadapan. Di zaman penjajahan Inggeris halatuju pendidikan adalah selaras dengan dasar penjajahan iaitu pacah dan perintah. Sehubungan itu pendidikan bukan kearah perpaduan rakyat. Namun apabila negara telah mencapai kemerdekaan, pendidikan adalah ke arah perpaduan di samping untuk membasmi buta huruf rakyat dan melahirkan tenaga kerja mahir untuk pembangunan negara. Walau bagaimanapun pada asasnya pendidikan yang berlangsung dalam negara masa kini adalah ke arah merealisasikan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan (FPK). Pendidikan juga adalah untuk perkembangan dimensi intrinsik dan dimensi sosial pelajar secara harmonis, seimbang dan menyeluruh yang berpaksikan kepada ketuhanan. Sehubungan itu kurikulum digubal supaya sesuai dengan kehendak pendidikan yang selaras dengan keperluan sesebuah negara, masyarakat dan ahlinya. Kurikulum yang digubal seterusnya diperkembangkan melalui proses pengajaran dan pembelajaran; dan hasil pembelajaran akan meliputi pengetahuan, kemahiran dan nilai yang diingini hasil daripada aktiviti pembelajaran. ISI KANDUNGAN Apakah matlamat kurikulum sekolah rendah? Matlamat Secara Umum Merujuk kepada The International Encyclopedia of Curriculum (1991), dikatakan bahawa kurikulum adalah seumur atau sama tua dengan pendidikan itu sendiri. Kedua-duanya adalah saling berkaitan. Proses pendidikan tidak dapat dijelaskan tanpa merujuk kepada kurikulum. Sehubungan itu, matlamat kurikulum adalah selaras dengan matlamat pendidikan. Apakah matlamat pendidikan? Matlamat pendidikan adalah tingkah laku yang bersifat menyeluruh yang diharapkan akan diperoleh di akhir suatu proses pendidikan. Ia bersifat umum dan berfungsi sebagai panduan dan pedoman kepada pencapaian matlamat pendidikan sesebuah negara. Oleh itu, matlamat pendidikan di sesebuah negara adalah berbeza dengan matlamat pendidikan di sebuah negara yang lain. Terdapat pelbagai pandangan tentang matlamat pendidikan. Sebagai contoh, Plato berpendapat pendidikan adalah ke arah pembentukan manusia yang bersifat mulia. Melalui pendidikan akan terhasil tiga golongan manusia iaitu golongan pemimpin (Lehr), golongan pekerja (Nehr) dan golongan tentera (Wehr). Menurut Smith (2002) di United Kingdom, National Curriculum bermatlamat memperkembangkan potensi murid-murid untuk aspek personal, sosial dan emosi. Selain daripada itu juga untuk memperkembangkan kemahiran komunikasi, bahasa dan literasi; matematik; pengetahuan dan kefahaman tentang dunia; perkembangan fizikal; dan perkembangan daya kreatif. Lain pula keadaannya di Amerika. Di Amerika, matlamat kurikulum seperti
  • 3. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 36 _______________________________________________________________________________ yang dikemukakan oleh Educational Policies Commission of the National Education Association (1938; dalam Passe; 1999) menyentuh empat aspek iaitu kesedaran diri, hubungan manusia, kelancaran ekonomi dan tanggungjawab sivik. Bagaimana pula dengan matlamat pendidikan di Malaysia? Di Malaysia, matlamat pendidikan dapat dihuraikan mengikut perkembangan yang berlaku dalam sistem persekolahan sejak zaman sebelum penjajahan, zaman penjajahan dan selepas merdeka. Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Sebelum Penjajahan Inggeris Pendidikan bermula sejak kelahiran manusia di dunia ini. Pendidikan zaman sebelum penjajahan Inggeris adalah bercorak tradisional tanpa premis khusus yang dinamakan sekolah. Pendidikan berlaku dalam kalangan keluarga dan ahli masyarakat. Matlamat pendidikan adalah ke arah kesejahteraan dan keharmonian hidup di dunia dan di akhirat. Untuk kehidupan dunia, anak-anak dididik oleh ibu bapa untuk melakukan kerja-kerja sebagaimana yang dilakukan oleh ibu bapa sendiri. Sebagai contoh, jika bapa adalah petani, anak lelaki diajar untuk bertani, jika bapa adalah nelayan, anak lelaki diajar untuk ke laut menangkap ikan dengan tujuan memberi kemahiran anak-anak lelaki dengan perkerjaan yang bakal mereka akan lakukan apabila dewasa kelak. Begitu juga dengan anak-anak perempuan, diajar untuk menguruskan rumah seperti memasak, mencuci pakaian, menjahit pakaian, menjaga adik-adik dan sebagainya sebagai latihan untuk memperoleh kemahiran yang diperlukan apabila mereka dewasa dan menjadi suri rumah. Untuk kehidupan akhirat, kanak-kanak mendapat pendidikan berkaitan agama Islam melalui guru atau imam yang diadakan di surau-surau. Kanak-kanak ini diajar tentang hal-hal yang berkaitan dengan fardhu ain dan fardhu kifayah. Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Semasa Penjajahan Inggeris Di zaman penjajahan Inggeris, pihak Inggeris telah memperkenalkan sistem pendidikan formal dengan menubuhkan sekolah-sekolah vernakular. Terdapat tiga jenis sekolah vernakular iaitu sekolah vernakular Melayu yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Melayu, sekolah vernakular Cina yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Cina dan sekolah vernakular Tamil yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Tamil. Selain daripada itu, pihak Inggeris juga memperkenalkan sekolah Inggeris yang menggunakan bahasa pengantar bahasa Inggeris. Matlamat pendidikan pada ketika itu ialah memberikan pendidikan asas kepada kanak-kanak di negara ini agar mereka dapat meneruskan aktiviti atau pekerjaan yang dilakukan oleh ibu bapa mereka. Pelaksanaan sekolah-sekolah vernakular dan sekolah Inggeris yang menggunakan kurikulum yang berbeza-beza ini juga sebagai memenuhi dasar pecah dan perintah yang diamalkan oleh penjajah.
  • 4. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 37 _______________________________________________________________________________ Matlamat Kurikulum Dalam Pendidikan Selepas Merdeka Matlamat pendidikan selepas merdeka adalah berpandukan Ordinan Pelajaran 1957 yang berasaskan Penyata Razak 1956. Dalam Penyata Razak 1956, Para 12 menyatakan, “. . . Kami percaya juga yang tujuan dasar pelajaran di dalam negeri ini ialah bermaksud hendak menyatukan budak-budak daripada semua bangsa di dalam negeri ini dengan memakai satu peraturan pelajaran yang meliputi semua bangsa dengan menggunakan bahasa kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang besar, walaupun perkara ini tidak dapat dilaksanakan dengan serta merta melainkan hendaklah diperbuat dengan beransur-ansur.” Jelas bahawa pendidikan adalah untuk membina sebuah negara yang bersatu padu melalui kurikulum yang sama, yang berorientasikan negara ini dan menjadikan bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama di sekolah-sekolah. Akta pelajaran pertama diperkenalkan pada tahun 1961. Dalam Akta Pelajaran 1961 menyatakan, “. . . Bahawasanya dasar pelajaran seperti yang diistiharkan dalam Ordinan Pelajaran 1957 ialah untuk menubuhkan satu sistem pelajaran yang akan dapat memenuhi keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politiknya.” Pada tahun 1974, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran kebangsaan ditubuhkan untuk mengkaji kurikulum kebangsaan yang telah dilaksanakan sejak lepas merdeka.. “Mengkaji semula matlamat dan kesannya sistem pelajaran sekarang, termasuk kurikulumnya, dalam rangka dasar pelajaran kebangsaan yang wujud, dengan tujuan untuk mempastikan keperluan tenaga rakyat negara dapat dipenuhi sama ada dari segi jangka pendek mahupun jangka panjang dan lebih-lebih lagi untuk mempastikan sistem pelajaran itu dapat memenuhi matlamat negara ke arah melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih.” (Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan) Laporan kajian oleh jawatankuasa ini siap pada 1979. Berdasarkan laporan tersebut, kurikulum yang dilaksanakan di sekolah rendah dan menengah telah mengalami perubahan. Walau bagaimanapun, perubahan ini dilaksanakan secara berperingkat bermula di peringkat sekolah rendah dan diikuti dengan perubahan di peringkat sekolah menengah. Pendidikan di peringkat rendah adalah bertujuan untuk perkembangan diri individu secara menyeluruh. Berdasarkan Perakuan 57(a), Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979. “Kurikulum sekolah rendah itu hendaklah dirancang untuk membolehkan murid-murid mendapat kemahiran dalam tiga bidang asas iaitu bidang
  • 5. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 38 _______________________________________________________________________________ komunikasi, bidang manusia dengan alam kelilingnya dan bidang perkembangan diri individu sesuai dengan keperluan, minat, bakat dan kemampuan mental serta kesediaan murid-murid itu.” Sehubungan itu, Kurikulum Baru Sekolah Rendah telah diperkenalkan secara rintis pada tahun 1982 dan pada tahun 1983, ia dilaksanakan di seluruh negara. Kurikulum Baru Sekolah Rendah memberi penekanan kepada kemahiran asas 3M iaitu membaca, menulis dan mengira. Secara umumnya KBSR dirancang untuk membolehkan setiap murid memperolehi kemahiran, mengembangkan bakat, nilai, pengetahuan, sikap dan amalan yang dikehendaki. Pelaksanaannya melibatkan tiga bidang seperti dalam Jadual 3.1. Jadual 3.1 Mata Pelajaran Mengikut Bidang Bidang Mata Pelajaran Komunikasi Bahasa, Matematik Manusia dengan Alam Pendidikan Agama Islam, Pendidikan Moral, Alam Kelilingnya dan Manusia Perkembangan Diri Individu Muzik, Pendidikan Seni, Pendidikan Jasmani Kurikulum Baru Sekolah Rendah terus mengalami perkembangan dan pada tahun 1993, ia dimurnikan dan dikenali sebagai Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Antara perubahan yang berlaku ialah dengan memperkenalkan mata pelajaran Sains dan Kajian Tempatan bagi menggantikan mata pelajaran Alam dan Manusia serta pemunian mata pelajaran Pendidikan Jasmani menjadi Pendidikan Jasmani dan Kesihatan. Seterusnya, mulai tahun 2001, KBSR telah sekali lagi melalui proses pemurnian. Semakan kandungan KBSR telah dilakukan agar bersesuaian dengan perkembangan dan keperluan semasa. Ia bertujuan untuk memenuhi hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan serta menyediakan murid yang mampu berhadapan dengan cabaran abad ke-21. Sehubungan dengan itu, melalui KBSR diharapkan akan dapat melahirkan murid yang berkeyakinan dan tabah dalam berhadapan dengan cabaran dalam kehidupan sebenar. Murid perlu dididik bukan sahaja untuk berfikir dan berilmu pengetahuan luas, tetapi juga beretika tinggi dan bijaksana, serta berkeupayaan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi secara berkesan. Dalam pelaksanaannya, KBSR menekankan kepada aspek penerapan nilai murni dan semangat patriotik agar murid- murid sedar akan peranan mereka sebagai rakyat Malaysia yang maju serta berilmu. Apakah matlamat KBSR? Matlamat KBSR dapat difahami berdasarkan tujuan pendidikan di peringkat sekolah rendah iaitu untuk mencapai matlamat perkembangan individu yang menyeluruh. Selain itu, matlamat KBSR juga difahami berdasarkan matlamat setiap mata pelajaran dalam pelaksanaannya seperti berikut:
  • 6. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 39 _______________________________________________________________________________ Bahasa Melayu KBSR Untuk melengkapkan murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial, dan urusan harian. Bahasa Inggeris KBSR To equip learners with basic skills and knowledge of the English language so as to enable them to communicate, both orally and in writing, in and out of school. Matematik KBSR Untuk membina pemahaman murid dalam konsep nombor dan kemahiran asas mengira. Penguasaan kedua-dua aspek ini dapat membantu murid mengendalikan urusan harian secara berkesan dan penuh tanggungjawab selaras dengan hasrat masyarakat dan negara maju serta dapat membantu murid melanjutkan pelajaran. Sains KBSR Untuk menyemai minat dan memberikan ilmu pengetahuan sains, kemahiran saintifik, kemahiran berfikir, nilai murni dan sikap saintifik kepada murid bagi membolehkan mereka mempelajari tentang diri sendiri dan alam sekitar melalui pengalaman dan penyiasatan. Kajian Tempatan KBSR Untuk melahirkan murid yang setia pada negara, cinta akan tanah air, prihatin dan berbangga sebagai rakyat Malaysia serta boleh berinteraksi secara berkesan ke arah mewujudkan masyarakat Malaysia yang harmonis, bersatu padu, demokratik, progresif dan sentiasa mensyukuri nikmat Tuhan. Kemahiran Hidup KBSR Membolehkan murid memperoleh kemahiran asas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri, mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap dan budaya kerja yang baik. Pendidikan Islam KBSR Untuk menghasilkan Muslim yang berilmu, beriman, berketerampilan, beramal soleh dan berakhlak mulia berdasarkan al-Quran dan al-Sunnah supaya menjadi hamba dan khalifah Allah yang bertakwa dan menyumbang ke arah mempertingkat tamadun bangsa dan negara.
  • 7. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 40 _______________________________________________________________________________ Pendidikan Moral KBSR Membentuk insan berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang ke arah keharmoniah dan kestabilan negaraserta masyarakat global. Pendidikan Seni KBSR Melahirkan insan yang harmonis, kritis, kreatif dan produktif menerusi pemupukan asas seni visual. Kandungan kurikulum berupaya membantu murid meningkatkan rasa kesyukuran terhadap Tuhan, menghargai keindahan alam persekitaran, keindahan seni dan warisan bangsa serta dapat menyumbang ke arah pembangunan diri, keluarga, masyarakat dan negara, selaras dengan hasrat FPK. Muzik KBSR Melahirkan murid yang mempunyai pengetahuan dan kefahaman yang asas tentang muzik, mempunyai kemahiran minimum dalam penghasilan muzik, berpotensi dalam aspek kreativiti dan inovasi, dapat menghargai dan menikmati estetika muzik dan dapat mengamalkan nilai murni. Pendidikan Jasmani KBSR Membantu murid menjadi cergas melalui pembelajaran aktiviti fizikal dan amalan kecergasan. Pendidikan Kesihatan KBSR Membantu murid meningkatkan pengetahuan kesihatan, memupuk sikap positif terhadap kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan KBSR Memberi kesedaran kepada murid tentang peranan, hak dan tanggungjawab mereka dalam masyarakat dan negara dan melahirkan anggota masyarakat dan warganegara yang bersatu padu, patriotik dan yang boleh menyumbang ke arah kesejahteraan masyarakat, negara dan dunia. Objektif KBSR Secara khususnya bagi mencapai matlamat KBSR, digariskan objektif-objektifnya seperti berikut: Menguasai Bahasa Melayu dengan kedudukan bahasa tersebut sebagai bahasa kebangsaan dan bahasa rasmi negara.
  • 8. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 41 _______________________________________________________________________________ Menguasai kemahiran asas berbahasa iaitu mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Menguasai kemahiran asas matematik dalam kehidupan harian. Menguasai bahasa Inggeris sebagai bahasa kedua. Mengembangkan dan meningkatkan lagi daya intelek serta pemikiran yang rasional, kritis dan kreatif Menguasai kemahiran belajar dan berfikir. Membina daya kepimpinan dan keyakinan diri. Memperoleh dan menambah ilmu pengetahuan. Mempunyai kepekaan terhadap manusia dan alam sekitar. Menguasai kemahiran saintifik dan teknikal. Memahami dan menikmati aktiviti kesenian dan rekreasi. Menjaga kesihatan dan kecergasan diri. Menguasai kemahiran keusahawanan dan produktiviti. Menguasai kemahiran pengertian al-Quran Meyakini asas-asas keimanan dan akhlak mulia serta melakukan perintah tuhan serta menjauhi laranganNya. Membina semangat patriotisme Mengembangkan bakat dan kreativiti Mengamalkan sikap dan perlakuan nilai murni Bagi membolehkannya beroperasi di peringkat sekolah dan bilik darjah, KBSR diterjemahkan dalam bentuk objektif bagi setiap mata pelajaran.
  • 9. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 42 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI 3.1 Banding bezakan matlamat pendidikan untuk zaman berikut Sebelum Penjajahan Semasa Penjajahan Inggeris Selepas Merdeka _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ _____________________________________________ ____________________________________________
  • 10. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 43 _______________________________________________________________________________ Apakah matlamat KSSR? Matlamat pendidikan sekolah rendah adalah untuk memastikan perkembangan potensi murid secara menyeluruh, seimbang, dan bersepadu sebagai mana yang ternyata dalam FPK. Perkembangan potensi ini meliputi aspek-aspek jasmani, emosi, rohani dan intelek bagi melahirkan insan yang seimbang, harmonis dan berakhlak mulia. Untuk mencapai matlamat ini, satu bentuk pendidikan yang bersifat holistik perlu diperkasa untuk memenuhi tuntutan pendidikan serta menangani cabaran kehidupan masa kini dan masa depan. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1. KBSR terus mengalami perubahan dan mulai tahun 2011 Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) dilaksanakan ke atas semua murid Tahun 1. Kurikulum Standard Sekolah Rendah berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi, sains dan teknologi, perkembangan fizikal dan estetika, keterampilan diri, kemanusiaan dan kerohanian, sikap dan nilai. Kurikulum Standard Sekolah Rendah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Dasar Pendidikan Kebangsaan. Di samping itu, KSSR mengambil kira cabaran abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi. Murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas berikut: a. Insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial b. Warganegara yang bertanggungjawab c. Global Player d. Pekerja ilmu . . . Petikan dari BPK, KPM (2010)
  • 11. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 44 _______________________________________________________________________________ KSSR berhasrat untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif melalui tunjang-tunjang komunikasi; sains dan teknologi; perkembangan fizikal dan estetika; keterampilan diri; kemanusiaan; dan kerohanian, sikap dan nilai. KSSR adalah berasaskan FPK dan Dasar Pendidikan Kebangsaan (DPK) di samping mengambil kira cabaran dalam abad ke-21, Model Baru Ekonomi (MBE) dan teori pembelajaran terkini. KSSR juga mengguna pakai empat tonggak pendidikan UNESCO, iaitu belajar untuk mengetahui, belajar untuk bertindak, belajar untuk hidup bersama dan belajar untuk membentuk peribadi. Diharapkan agar murid-murid yang mengikuti KSSR akan mempunyai asas-asas untuk menjadi insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi, jasmani dan sosial; warganegara yang bertanggungjawab; global player; dan pekerja berilmu. Selain itu, tujuan pendidikan di sekolah rendah adalah untuk melatih murid-murid supaya mempunyai sikap ingin tahu, suka berfikir dan rajin untuk terus belajar. Murid-murid perlu berusaha mencari pengetahuan sendiri daripada pelbagai sumber seperti daripada guru, rakan, sumber-sumber di keliling mereka seperti buku internet dan sebagainya. Dalam setiap modul KSSR dinyatakan matlamat dan objektif yang berkaitan. Sebagai contoh, matlamat tema Dunia Sains dan Teknologi adalah untuk menanam minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains dan teknologi, kemahiran serta nilai murni. Kemahiran yang ingin dikembangkan melalui tema ini merangkumi kemahiran proses sains, kemahiran berfikir, kemahiran manipulatif/psikomotor dan kemahiran TMK. Untuk membolehkan anda mengenal pasti matlamat dan objektif modul KSSR, sila teruskan dengan Aktiviti 3.2.
  • 12. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 45 _______________________________________________________________________________ AKTIVITI 3.2 Sila rujuk : http://www.moe.gov.my/bpk/ Kenal pasti matlamat dan objektif bagi setiap DSK mata pelajaran yang terdapat dalam KSSR dan berikan ulasan anda. ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ______________________________________________ ____________________________________________
  • 13. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 46 _______________________________________________________________________________ Dengan merujuk kepada senario yang terdapat dalam masyarakat masa kini berkaitan alam sekitar, sosial dan ekonomi; adakah anda berpendapat pendidikan sekolah rendah telah mencapai matlamatnya. RUMUSAN Unit ini telah membincangkan matlamat pendidikan dan kurikulum mengikut zaman yang berbeza-beza iaitu sebelum penjajahan, semasa penjajahan Inggeris dan selepas merdeka. Selepas merdeka, matlamat pendidikan dan kurikulum meliputi zaman sebelum pelaksanaan KBSR, semasa pelaksanaan KBSR dan dalam KSSR. Selain itu dihuraikan juga matlamat kurikulum bagi setiap mata pelajaran dalam KBSR. Secara umumnya matlamat dalam KBSR dan KSSR adalah pada hakikatnya selari dengan pernyataan-pernyataan yang terkandung dalam FPK. KATA KUNCI Matlamat - hasrat jangka panjang yang hendak dicapai. Objektif - hasrat yang lebih konkrit yang mampu dicapai dengan mengikuti langkah-langkah tertentu dalam jangka masa yang lebih pendek. Matlamat pendidikan - suatu jangkaan tingkah laku bersifat menyeluruh yang diharapkan akan diperoleh di akhir suatu proses pendidikan. Matlamat kurikulum - matlamat kurikulum adalah selaras dengan matlamat sesuatu sistem pendidikan.
  • 14. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 47 _______________________________________________________________________________ PENILAIAN KENDIRI Jawab semua soalan berikut. 1. PPK (2003) telah menggariskan matlamat pengajaran dan pembelajaran mata pelajaran Bahasa Melayu dalam Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR). Apakah matlamat mata pelajaran tersebut? A. Menggunakan bahasa Melayu untuk mempelajari manusia dan alam sekeliling. B. Mengguna, menghayati dan menghargai bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. C. Menggunakan bahasa Melayu untuk bercakap, membaca, menulis, dan mengeluarkan idea. D. Melengkapi murid-murid dengan keterampilan berbahasa dan berkomunikasi untuk memenuhi keperluan diri, memperoleh ilmu, perhubungan sosial dan urusan harian. 2. Di United Kingdom, kandungan National Curriculum meliputi aspek personal, sosial dan emosi; kemahiran komunikasi, bahasa dan literasi; matematik; pengetahuan dan kefahaman tentang dunia; perkembangan fizikal; dan perkembangan daya kreatif. Tujuannya ialah untuk ______________ A. kesesuaian dengan prasarana pengajaran dan pembelajaran yang ada. B. perkembangan potensi murid dari aspek intelek, sosial, emosi dan fizikal. C. memenuhi kehendak ibu bapa yang perlu khidmat jagaan anak- anaknya. D. orientasi bakal warganegara bagi keperluan politik golongan pemerintah. 3. Apakah matlamat akhir pendidikan anak-anak Melayu mengikut konsep pendidikan tradisional? A. Kekukuhan ekonomi. B. Kesejahteraan dan keharmonian. C. Pembentukan masyarakat yang demokratik. D. Masyarakat yang berilmu dan menerima kemodenan.
  • 15. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 48 _______________________________________________________________________________ 4. Dalam KSSR, matlamat kurikulum Sains adalah untuk menanamkan minat dan mengembangkan kreativiti murid melalui pengalaman dan penyiasatan bagi menguasai ilmu sains, kemahiran saintifik dan kemahiran berfikir serta sikap saintifik dan nilai murni. Bagaimanakah matlamat ini dapat dicapai? I. Merancang aktiviti yang dapat meningkatkan daya kreativiti murid. II. Pendedahan kepada murid tentang kepentingan menjaga alam sekitar. III. Meransang sifat ingin tahu murid dan mengembangkan minat tentang dunia sekeliling. IV. Memberi latih tubi bagi memastikan murid-murid cekap dalam menjawab soalan yang dikemukakan A. I dan III sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II dan IV sahaja 5. Hasrat KSSR untuk melahirkan insan yang seimbang, berfikiran kreatif, kritis dan inovatif adalah mengambil kira asas __________________ I. Model Baru Ekonomi II. Dasar Pendidikan Kebangsaan III. Falsafah Pendidikan Kebangsaan IV. empat tonggak pendidikan UNESCO A. I dan III sahaja B. II dan IV sahaja C. I, II dan III sahaja D. I, II dan IV sahaja CADANGAN JAWAPAN: 1. D; 2. B; 3. B; 4. C; 5. D RUJUKAN http://www.moe.gov.my/bpk/ Bahagian Perkembangan Kurikulum (2010). KSSR: Kurikulum Standard Sekolah Rendah. Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia. Ikhsan Othman., & Norila Md. Salleh. (2005). Kurikulum dan pengajaran sekolah rendah: Aspek-aspek yang berkaitan. Tanjong Malim: Quantum Books. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah – Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum.
  • 16. KRP 3013: Kurikulum Dan Pengajaran Sekolah Rendah 49 _______________________________________________________________________________ Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah – Matematik. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah – Kajian Tempatan. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2003). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah – Pendidikan Moral. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah – Pendidikan Seni Muzik. Kuala Lumpur : Pusat Perkembangan Kurikulum. Kementerian Pendidikan Malaysia (2000). Sukatan Pelajaran Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah – Pendidikan Seni Passe, J. (1999). Elementary school curriculum (2nd Edition). Boston: McGraw Hill Smith, R. (2002). The effective primary school: A guide for leaders and teachers. London: Kogan Page. Sufean Hussin. (2004) Sejarah, sistem & falsafah pendidikan di Malaysia (Edisi Kedua). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. The International Encyclopedia of Curriculum (1991). New York: Pergamon Press. Wyse, D. (2002). Becoming a primary school teacher. New York: Routledge.