Teknologi maklumat memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian dan kerja manusia dengan memudahkan penyimpanan dan penyebaran data. Walaupun memberikan kemudahan, teknologi ini juga menimbulkan masalah sosial seperti jenayah siber dan konten negatif di media. Oleh itu, penting untuk memanfaatkan teknologi dengan bijak untuk tujuan positif bagi pembangunan masyarakat.
1. PERANAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
Di dalam dunia yang bertambah maju ini, teknologi maklumat telah menjadi
sebahagian daripada kehidupan kita. Ia juga memainkan peranan yang penting di
dalam kerja-kerja seharian kita. Sejak telefon diciptakan, manusia telah menyaksikan
kemunculan pelbagai ciptaan-ciptaan saintifik yang lebih canggih seperti radio,
televisyen, komputer, video dan sistem faksimili.Misalnya bagi komputer dapat memberi,
menyimpan dokumen-dokumen atau data-data yang diingini. Dengan ada kelebihan
ini, ia dapat membantu manusia dalam bekerja yang lebih pantas dan sempurna dalam
mengendalikan penyimpanan data-data yang penting.
Media massa juga memainkan peranan penting dalam membuka minda kita
supaya kita tidak lagi jahil bak katak di bawah tempurung. Melalui televisyen, kita
dibawa ke sistem video yang begitu canggih. Sistem ini berupaya merakamkan
peristiwa-peristiwa yang menarik serta dapat dimainkan semula ke televisyen dalam
bentuk video kaset ataupun cakera padat. Satu pencapaian besar dalam teknologi
komunikasi mungkin adalah dengan terciptanya telefon bimbit. Ia dapat
menghubungkan dua nadi suria yang dapat dicapai walaupun berkilometer jauhnya.
Manusia telah memanfaatkan kaedah ini untuk saling berhubungan sesama sendiri
dengan keselesaan membawanya ke mana sahaja mereka berada.
Tambahan pula, bagi sistem faksimili bukan sahaja menjimatkan waktu dan
tenaga, bahkan maklumat akan tersiar melalui hitam putih yang akan memudahkan
kerja bagi penerimanya.Namun begitu, setiap yang sempurna pasti ada kecacatannya.
Teknologi maklumat juga menimbulkan masalah sosial yang tidak diingini. Kita boleh
melihat banyak jenayah yang dilaporkan di akhbar-akhbar.Rancangan-rancangan yang
disiarkan melalui media elektronik seperti televisyen mahupun radio masih mempunyai
banyak ruang untuk diperbaiki. Memandangkan kehidupan kita banyak dipengaruhi
oleh teknologi maklumat, kemungkinan besar kita juga akan terikut-ikut dengan
gejala-gejala negatif yang begitu berleluasa.
Kesimpulannya, teknologi maklumat memainkan peranan yang penting dalam
menjamin kehidupan yang lebih selesa. Namun begitu, kita harus memanfaatkan
pengetahuan kita untuk tujuan yang positif. Ini adalah untuk memastikan bahawa
masyarakat Singapura dapat membangun dengan fikiran yang inovatif, kreatif dan
berhati mulia.