2. Apa itu EKONOMI???
• Ekonomi ialah mengenai gelagat manusia
untuk memenuhi keinginannya yang tidak
berbatas dengan menggunakan sumbernya
yang terbatas.
• Manusia (atau pengguna) kemudiannya
dikembangkan pula kepada entiti yang lebih
luas, iaitu firma dan kerajaan.
3. Sejarah Perkembangan Ekonomi
• Bermula dengan perkembangan ekonomi
Islam.
• Dua tokoh yang sering disebut sebagai bapa
Ekonomi Islam ialah:
- Ibni Taymiyah (1262-1328 Masihi)
- Ibn Khaldun (1332-1406 Masihi).
4. • Ibn Taimiyah berpusat di Damsyik terkenal
dengan pandangannya mengenai harga
setara, pasaran sempurna, kawalan
harga, monopoli, penyorokan dan spekulasi.
• Ibn Khaldun dalam kitabnya yang
terkenal, Mukaddimah Ibn Khaldun, menyentuh
perkara ekonomi seperti nilai, buruh, sistem
harga, hukum permintaan dan
penawaran, penggunaan dan
pengeluaran, wang, modal, kewangan negara.
• Beliau yang berasal dari Haramaut dan berpindah
ke Andalus merupakan tokoh ekonomi dengan
pemikiran ekonomi yang penting yang
mendahului Adam Smith dengan jarak waktu 400
tahun.
5. • Walau bagaimanapun, Ekonomi Islam ini
mengalami kemerosotan bersama dengan
zaman kejatuhan empayar Islam yang berlaku
di sekitar kurun ke-13 Masihi.
• Ilmu Ekonomi Islam yang diasaskan oleh Ibn
Taimiyah dan Ibn Khaldun dan yang lain
sebelum mereka tidak dikembangkan dan
hanya tersimpan dalam kitab-kitab kuning
tanpa waris untuk menyambung usaha
mereka.
6. • Selepas dari tempoh ini penumpuan ilmu
beralih ke Barat.
• Maka, lahirlah tokoh ilmu ekonomi Barat
seperti:
- Adam Smith (1723-1790)
- David Ricardo (1772-1823)
- J.S. Mills (1806-1873)
- Irving Fisher (1867-1947)
- Keynes (1883-1946).
7. • Zaman kejatuhan kegemilangan Islam juga
berganti dengan zaman penjajahan kuasa
Barat ke atas negara-negara Islam.
• Maka, dengan strategi serampang dua mata
ini, iaitu melalui penjajahan politik dan
penjajahan ilmu, boleh dikatakan kesemua
negara Islam kini mengamalkan sistem
pemerintahan dan sistem ekonomi Barat yang
dikatakan sekular itu.
8. • Akibatnya, Tanah Melayu turut menerima
kesannya.
• Tanah Melayu telah dijajah selama 446 tahun.
• Dalam tempoh ini, British telah melakukan
perubahan yang besar apabila membawa
masuk pendatang asing ke negara ini
menjadikan Malaysia mempunyai tiga kaum
utama iaitu:
1) Melayu
2) Cina
3) India
9. • Sebelum penjajahan kuasa Barat, orang
Melayu lebih senang bekerja untuk
pemerintah.
• Dapat dilihat apabila negeri-negeri Melayu
menjalankan sistem beraja yang
menggunakan sistem pembesar daerah yang
dilantik oleh sultan untuk mengutip cukai.
• Maka, rakyat akan bekerja mengeluarkan
hasil-hasil untuk pemerintah dalam bentuk
persembahan dan cukai yang dibayar kepada
raja melalui pembesar daerah.
10. • Inggeris datang ke Tanah Melayu seiring
dengan kehadiran ekonomi kapitalis.
• Institusi raja tidak dihapuskan sebaliknya
dimanipulasi dengan tujuan untuk mengambil
segala hasil bumi Tanah Melayu.
• Sistem ekonomi kapitalis menyebabkan orang
Melayu tidak mempunyai hak dan keupayaan
mengawal harga.
11. • Penjajahan ini juga telah menyebabkan
masyarakat Melayu diletakkan di kampung-
kampung untuk menjalankan aktiviti
pertanian.
• Orang Cina pula dibawa masuk dan
ditempatkan di banda-bandar untuk
menjalankan perniagaan.
• Orang India pula ditmpatkan di estet-estet
untuk menjalankan kerja buruh.
12. Etnik Melayu
• Kebanyakan orang Melayu di Semenanjung
Tanah Melayu pada hari ini merupakan
keturunan daripada mereka yang berasal dari
kepulauan Indonesia.
• Sebelum penjajahan kuasa Barat, kedatangan
orang Melayu dari Indonesia adalah perkara
biasa kerana kawasan yg terlibat (Tanah
Melayu dan Indonesia) adalah satu kawasan
yg sama yg dikenali sebagai kepulauan Melayu
13. Ekonomi Orang Melayu
• Orang Melayu adalah yang termiskin dalam
kalangan orang miskin.
• Kebanyakannya terlibat dalam sektor
pertanian dan industri tradisi.
• Kemunduran orang Melayu dalam ekonomi
dikatakan berpunca dari dasar penjajahan
British.
• Majoriti tinggal di kampung.
14. Etnik Cina
• Kehadiran orang Cina di Tanah Melayu dapat
dikesan pada zaman Kerajaan Melayu Melaka.
• Kedatangan secara besar-besaran orang Cina
berlaku selepas tahun 1848, selepas bijih
timah dijumpai di Larut Perak.
• Majoriti penduduk Cina di negara kita pada
hari ini adalah berketurunan dari imigran Cina
yang datang ke negara ini pada waktu
tersebut.
15. Ekonomi orang Cina
• Orang Cina banyak terlibat di dalam aktiviti
perniagaan.
• Mereka juga merupakan kaum terbesar yang
terlibat dalam bidang-bidang pekerjaan
profesional.
• Boleh dikatakan pada waktu ini, kaum Cina
menguasai ekonomi berbanding Melayu dan
India.
16. Etnik India
• Kehadiran orang India di Tanah Melayu boleh dikesan sejak
2000 tahun lalu di mana mereka ini berdagang dengan
negeri-
negeri perlabuhan yang wujud di Tanah Melayu ketika itu.
• Semasa pendudukan Inggeris di Pulau Pinang pada tahun
1786, buruh-buruh India telah berhijrah ke pulau tersebut
untuk bekerja di ladang-ladang tebu dan juga sebagai
pembantu domestik.
• Penghijrahan secara besar-besaran berlaku pada abad ke-
19 untuk bekerja di estet-estet dan ladang-ladang
pertanian.
17. Ekonomi orang India
• Orang India ramai terlibat dalam bidang
perladangan dan buruh kasar.
• Bagaimanapun, ada juga yang terlibat dalam
bidang lain seperti perniagaan, perubatan dan
guaman.
18. Kurang berani mengambil risiko
• Majoriti kaum Melayu lebih suka untuk
bekerja di sektor kerajaan berbanding dengan
kaum lain yang lebih suka bekerja sendiri
seperti menjalankan perniagaan.
• Hal ini kerana mereka mengidamkan
pekerjaan yang kurang sibuk dan mudah.
• Mereka juga takut untuk mencuba sesuatu
yang baru dalam meningkatkan taraf hidup
dan ekonomi mereka.
19. Kehidupan Tradisi
• Digambarkan melalui pengelompokan tempat
tinggal keluarga.
• Anak yang sudah berpasangan akan tinggal
serumah dengan ibu bapa mereka di tanah
keluarga mereka.
• Tradisi ini menyebabkan wujud kelompok
keluarga dalam suasana yang sama, cara hidup
yang sama dan pekerjaan yang diwarisi dari
kelompok keluarga yang sama.
20. Bilangan ahli keluarga
• Majoriti kaum Melayu mempunyai anak
minima 4-6 orang.
• Berbanding kaum lain, bilangan anak antara
1-3 orang.
• Mereka lebih menumpukan kepada bidang
pekerjaan dari memikirkan bilangan anak.
21. • Sebagai contoh, ketua keluarga yang
mempunyai pendapatan RM5000 sebulan dan
mempunyai bilangan ahli keluarga seramai 7
orang.
• Beliau perlu membahagikan pendapatan per
kapita keluarga seramai 7 orang.
• Maka, seorang akan memperoleh RM714
sebulan dalam setiap bulan tanpa ada tolakan
kos perbelanjaan dan kos tanggungan yang
lain.
23. • Awal abad ke-20,reformis Islam iaitu Syed Sheikh
Al-Hadi mencadangkan jalan mengatasinya ialah
dengan mengadakan reformasi pendidikan
agama dan menjauhi amalan khurafat.
• Bermaksud, Islam bukan agama statik sehingga
tidak boleh diregulasi berdasarkan keadaan
semasa, asalkan tidak terkeluar dari landasan
Islam.
• Golongan ini dianggap sabagai intelektual yang
berkeinginan tinggi untuk memperbaiki dan
mengubah keadaan sosio-ekonomi Melayu.
24. • Pertengahan abad ke-19, Abdullah Abdul Kadir
Munshi mencadangkan agar mengatasi
penguasaan golongan feudal terhadap nilai
budaya Melayu yang konservatif dan cuba
mengambil nilai pembaharuan yang dimiliki
oleh masyarakat Inggeris tetapi tetap
berpegang kepada ajaran Islam yang sebenar.
• Mementingkan pendidikan dan bimbingan
akhlak yang baik.
25. • Ungku Aziz pula mencadangkan agar
menubuhkan koperasi bagi membantu
masalah orang Melayu yang tidak mempunyai
insitusi kredit untuk melakukan pembaharuan
dalam sektor ekonomi.
• Beliau juga mencadangkan agar menyebarkan
tentang pendidikan dalam kalangan orang
Melayu untuk membasmi masalah
kemunduran ekonomi orang Melayu.
26. Dasar Ekonomi Baru
• Ditubuhkan selepas berlakunya peristiwa
berdarah pada 13 Mei 1969 melalui
Rancangan Malaysia kedua.
• merupakan satu program sosioekonomi di
Malaysia yang diperkenalkan pada tahun 1971
oleh Perdana Menteri, Tun Abdul Razak Dato'
Hussein.
27. Matlamat
• untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi
nasional dan ia telah digubal dalam konteks strategi
serampang dua mata untuk:
- mengurangkan dan akhirnya membasmi kemiskinan
dengan meningkatkan pendapatan dan menambah
peluang-peluang pekerjaan untuk semua rakyat
Malaysia tanpa mengira kaum
- mempercepatkan proses penyusunan semula
masyarakat Malaysia untuk memperbetulkan
ketidakseimbangan ekonomi supaya dapat mengurang
dan seterusnya menghapuskan pengenalan kaum
mengikut fungsi ekonomi.
28. • Bagi memastikan matlamat untuk
menghapuskan kemiskinan tercapai, strategi
ditumpukan untuk menghapuskan kemiskinan
di kawasan luar bandar dan kawasan bandar.
• Berdasarkan banci penduduk 1970, didapati
bahawa kira-kira 49.3% daripada semua
keluarga miskin di Malaysia berpendapatan di
bawah garis kemiskinan (pendapatan garis
kemiskinan tahun 1970 ialah RM200) dan kira-
kira 86% daripada jumlah itu berada di
kawasan luar bandar.
29. • Bagi mencapai matlamat, kerajaan telah
melaksanakan pelbagai perkhidmatan dan
kemudahan awam melalui kemudahan
pendidikan, kesihatan, bekalan air dan elektrik.
• Di samping itu, keutamaan juga diberikan kepada
golongan miskin untuk mendapatkan bantuan
seperti program bantuan subsidi baja, biasiswa
pelajaran dan buku teks, makanan tambahan
kepada kanak-kanak serta program rumah murah.
• Menjelang tarikh akhir pelaksanaan
DEB, matlamat untuk membasmi kemiskinan
telah tercapai.
30. • Laporan Rancangan Malaysia Keenam telah
menunjukkan bahawa kadar kemiskinan negara pada
tahun 1990 ialah 17.1% berbanding 49.3% pada tahun
1970.
• Bagi memastikan matlamat yang kedua dalam DEB
turut tercapai, kerajaan telah cuba memperbaiki
keadaan ekonomi dan pada masa yang
sama, menghapuskan pengenalan kaum mengikut
fungsi-fungsi ekonomi.
• Berasaskan pada ketidakseimbangan antara
kaum, kerajaan telah melancarkan beberapa program
seperti perindustrian dan
perdagangan, pertanian, perlombongan, pembinaan, p
engangkutan dan pertanian.
31. • Beberapa strategi telah dirancang, antaranya:
- Mengurangkan keadaan yang tidak seimbang dalam
struktur guna tenaga supaya penyertaan pelbagai
kaum dalam sektor utama akan mencerminkan
kedudukan tenaga buruh mengikut komposisi kaum
menjelang tahun 1990
- Memastikan pembentukan sebuah masyarakat
perdagangan dan perindustrian di kalangan orang
Melayu dan kaum Bumiputera supaya mereka dapat
menguruskan dan memiliki sekurang-kurangnya 30%
daripada semua jenis peringkat kegiatan ekonomi.
32. - Menambah dengan cepat bahagian rakyat
Malaysia dalam pemilikan sektor produktif.
Perhatian khusus akan ditumpukan kepada
kaum Bumiputera yang agak ketinggalan jika
dibandingkan dengan kaum-kaum lain
- Meninggikan daya pengeluaran dan taraf
kehidupan golongan miskin di luar bandar.
33. • Setelah tempoh Dasar Ekonomi Baru
tamat, kerajaan telah menubuhkan Dasar
Pembangunan Nasional yang merupakan
usaha atau kesinambungan kepada
perlaksanaan Dasar Ekonomi Baru.