SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 2
Penyakit asma atau lelah adalah penyakit saluran udara kronik. Tanda-tanda atau simptom penyakit
asma adalah seperti sesak nafas, nafas berbunyi, ketat dada dan batuk. Bukan semua pesakit asma
yang akan mengalami semua simptom yang disebutkan di atas. Hampir 20 peratus pesakit hanya
mengalami batuk yang berlanjutan.
Simptom asma adalah disebabkan oleh penyempitan dan inflamasi saluran udara yang boleh berlaku
akibat alahan kepada persekitaran, salah makan, ubat-ubatan dan tekanan apabila pesakit terdedah
kepada punca-punca yang disenaraikan tadi.
Serangan asma berlaku apabila saluran udara menjadi sempit akibat pengecutan otot di sekeliling
saluran udara serta tersumbat kerana inflamasi dan rembesan cecair yang banyak dari saluran udara
yang membengkak tadi.
Ini akan menyebabkan serangan asma akan berterusan dari beberapa jam sehinggalah kadangkala
berbulan-bulan. Simptom-simptom ini juga mungkin lebih teruk pada waktu subuh dan malam.
Walaupun asma tidak boleh sembuh, ia boleh dikawal dengan ubat asma yang ada pada masa
sekarang.
Setiap pesakit boleh menjalankan aktiviti seperti biasa seperti orang lain jika mereka mematuhi arahan
doktor dengan baik.




 Pemilik Blog




                                             Shukri Zakaria
                                              0132045433
                                          ibnuzack@gmail.com
                                          Sentul, Kuala Lumpur
Maklumat tambahan penting mengenai penyakit asma




PENYAKIT asma adalah berasal daripada perkataan “asthma” yang diambil dari bahasa Yunani yang
bermaksud “sulit bernafas”. Penyakit asma dikenali dengan gejala sesak nafas, batuk yang disebabkan
oleh penyempitan saluran nafas. Gejala yang biasa ditimbulkan oleh penyakit asthma antara lain:


Nafas yang berbunyi (wheezing)
Nafas pendek, biasanya berlaku ketika sedang berolahraga.
Rasa sesak di dada.
Batuk-batuk hanya pada malam hari.


Siapa sahaja berisiko terkena penyakit ASMA
Kanak-kanak ataupun dengan orang dewasa boleh terkena penyakit asma ini. Pada umumnya penyakit
asma merupakan penyakit kanak-kanak yang bersifat kronik. Persatuan Paru-paru Amerika melaporkan
bahwa satu daripada tiga penderita asma berusia di bawah 18 tahun. Alergi merupakan penyebab gejala
asma, 80% kanak-kanak dan 50% orang dewasa yang terkena asma juga memiliki alergi.


Faktor-faktor yang menyebabkan ASMA?
Alergi seperti debu dan lain-lain
Cuaca.
Olahraga.
Wap dari berbagai bahan kimia, rokok atau memasak dengan kayu bakar.
Infeksi pernafasan.
Emosi, seperti tertawa, menangis dan stress.


Apakah penyakit ASMA merupakan penyakit keturunan ?
Satu kajian di Amerika dan Eropah melaporkan dalam “American Journal Of Respiratory and Critical Care
Medicine” bahawa adanya hubungan yang kuat dimana seorang kanak-kanak yang memiliki satu
diantara ibubapanya penderita asma akan berisiko 3X ganda terkena asma, sedangkan kanak-kanak
yang kedua orang tuanya adalah penderita asma, maka anaknya berisiko terkena asma 6X ganda.
Dapatkan ubat asma yang sebaiknya untuk mengelakkan keadaan yang lebih kronik.

Más contenido relacionado

Destacado

Penyakit asma revisi
Penyakit asma revisiPenyakit asma revisi
Penyakit asma revisidhiqde
 
Definisi, Etiologi dan Faktor Resiko ASMA
Definisi, Etiologi dan Faktor Resiko ASMADefinisi, Etiologi dan Faktor Resiko ASMA
Definisi, Etiologi dan Faktor Resiko ASMALena Setianingsih
 
Bronchial asthma
Bronchial asthmaBronchial asthma
Bronchial asthmaPrasad CSBR
 
Presentasi Malaysia
Presentasi MalaysiaPresentasi Malaysia
Presentasi Malaysiasahobby68
 
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi KesihatanTuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi KesihatanYonizam Syahrul
 
Asthma power point
Asthma power pointAsthma power point
Asthma power pointlea308
 
Eczema Powerpoint
Eczema PowerpointEczema Powerpoint
Eczema Powerpointfrazier
 
Kertas Kerja Sukan Tahunan
Kertas Kerja Sukan TahunanKertas Kerja Sukan Tahunan
Kertas Kerja Sukan Tahunansoulmoon
 
Bronchial asthma and management RRT
Bronchial asthma and management  RRTBronchial asthma and management  RRT
Bronchial asthma and management RRTRanjith Thampi
 
gina guidelines 2015 asthama
gina guidelines 2015 asthamagina guidelines 2015 asthama
gina guidelines 2015 asthamaJegon Varakala
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programmkazree
 
Blue Ocean Strategy - Summary and Examples
Blue Ocean Strategy - Summary and ExamplesBlue Ocean Strategy - Summary and Examples
Blue Ocean Strategy - Summary and ExamplesKhai Biau Yip
 

Destacado (19)

Asthma
AsthmaAsthma
Asthma
 
Penyakit asma revisi
Penyakit asma revisiPenyakit asma revisi
Penyakit asma revisi
 
Ppt Asma Bronkhiale
Ppt Asma BronkhialePpt Asma Bronkhiale
Ppt Asma Bronkhiale
 
Definisi, Etiologi dan Faktor Resiko ASMA
Definisi, Etiologi dan Faktor Resiko ASMADefinisi, Etiologi dan Faktor Resiko ASMA
Definisi, Etiologi dan Faktor Resiko ASMA
 
Bronchial asthma
Bronchial asthmaBronchial asthma
Bronchial asthma
 
Asthma ppt
Asthma pptAsthma ppt
Asthma ppt
 
Presentasi Malaysia
Presentasi MalaysiaPresentasi Malaysia
Presentasi Malaysia
 
Asma
AsmaAsma
Asma
 
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi KesihatanTuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
Tuberculosis @ TB @ Batuk Kering - Komunikasi Kesihatan
 
Asthma power point
Asthma power pointAsthma power point
Asthma power point
 
Eczema Powerpoint
Eczema PowerpointEczema Powerpoint
Eczema Powerpoint
 
Kertas Kerja Sukan Tahunan
Kertas Kerja Sukan TahunanKertas Kerja Sukan Tahunan
Kertas Kerja Sukan Tahunan
 
Eczema
EczemaEczema
Eczema
 
Eczema
EczemaEczema
Eczema
 
Bronchial asthma and management RRT
Bronchial asthma and management  RRTBronchial asthma and management  RRT
Bronchial asthma and management RRT
 
gina guidelines 2015 asthama
gina guidelines 2015 asthamagina guidelines 2015 asthama
gina guidelines 2015 asthama
 
Blue Ocean Strategy
Blue Ocean Strategy  Blue Ocean Strategy
Blue Ocean Strategy
 
Contoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja programContoh kertas kerja program
Contoh kertas kerja program
 
Blue Ocean Strategy - Summary and Examples
Blue Ocean Strategy - Summary and ExamplesBlue Ocean Strategy - Summary and Examples
Blue Ocean Strategy - Summary and Examples
 

Penyakit asma

  • 1. Penyakit asma atau lelah adalah penyakit saluran udara kronik. Tanda-tanda atau simptom penyakit asma adalah seperti sesak nafas, nafas berbunyi, ketat dada dan batuk. Bukan semua pesakit asma yang akan mengalami semua simptom yang disebutkan di atas. Hampir 20 peratus pesakit hanya mengalami batuk yang berlanjutan. Simptom asma adalah disebabkan oleh penyempitan dan inflamasi saluran udara yang boleh berlaku akibat alahan kepada persekitaran, salah makan, ubat-ubatan dan tekanan apabila pesakit terdedah kepada punca-punca yang disenaraikan tadi. Serangan asma berlaku apabila saluran udara menjadi sempit akibat pengecutan otot di sekeliling saluran udara serta tersumbat kerana inflamasi dan rembesan cecair yang banyak dari saluran udara yang membengkak tadi. Ini akan menyebabkan serangan asma akan berterusan dari beberapa jam sehinggalah kadangkala berbulan-bulan. Simptom-simptom ini juga mungkin lebih teruk pada waktu subuh dan malam. Walaupun asma tidak boleh sembuh, ia boleh dikawal dengan ubat asma yang ada pada masa sekarang. Setiap pesakit boleh menjalankan aktiviti seperti biasa seperti orang lain jika mereka mematuhi arahan doktor dengan baik. Pemilik Blog Shukri Zakaria 0132045433 ibnuzack@gmail.com Sentul, Kuala Lumpur
  • 2. Maklumat tambahan penting mengenai penyakit asma PENYAKIT asma adalah berasal daripada perkataan “asthma” yang diambil dari bahasa Yunani yang bermaksud “sulit bernafas”. Penyakit asma dikenali dengan gejala sesak nafas, batuk yang disebabkan oleh penyempitan saluran nafas. Gejala yang biasa ditimbulkan oleh penyakit asthma antara lain: Nafas yang berbunyi (wheezing) Nafas pendek, biasanya berlaku ketika sedang berolahraga. Rasa sesak di dada. Batuk-batuk hanya pada malam hari. Siapa sahaja berisiko terkena penyakit ASMA Kanak-kanak ataupun dengan orang dewasa boleh terkena penyakit asma ini. Pada umumnya penyakit asma merupakan penyakit kanak-kanak yang bersifat kronik. Persatuan Paru-paru Amerika melaporkan bahwa satu daripada tiga penderita asma berusia di bawah 18 tahun. Alergi merupakan penyebab gejala asma, 80% kanak-kanak dan 50% orang dewasa yang terkena asma juga memiliki alergi. Faktor-faktor yang menyebabkan ASMA? Alergi seperti debu dan lain-lain Cuaca. Olahraga. Wap dari berbagai bahan kimia, rokok atau memasak dengan kayu bakar. Infeksi pernafasan. Emosi, seperti tertawa, menangis dan stress. Apakah penyakit ASMA merupakan penyakit keturunan ? Satu kajian di Amerika dan Eropah melaporkan dalam “American Journal Of Respiratory and Critical Care Medicine” bahawa adanya hubungan yang kuat dimana seorang kanak-kanak yang memiliki satu diantara ibubapanya penderita asma akan berisiko 3X ganda terkena asma, sedangkan kanak-kanak yang kedua orang tuanya adalah penderita asma, maka anaknya berisiko terkena asma 6X ganda. Dapatkan ubat asma yang sebaiknya untuk mengelakkan keadaan yang lebih kronik.