SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 30
Descargar para leer sin conexión
KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA
PENDIDIKAN KESIHATAN
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
DRAF
TAHUN LIMA
KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH
PENDIDIKAN KESIHATAN
TAHUN LIMA
BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM
DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
Cetakan Pertama 2014
© Kementerian Pendidikan Malaysia
Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam
apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum
mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia,
Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
RUKUN NEGARA
BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita
untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan
seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup
demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran
negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil
dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap
tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai
corak; membina satu masyarakat progresif yang akan
menggunakan sains dan teknologi moden;
MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan
seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut
berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut:
• KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN
• KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA
• KELUHURAN PERLEMBAGAAN
• KEDAULATAN UNDANG-UNDANG
• KESOPANAN DAN KESUSILAAN
Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha
berterusan ke arah lebih memperkembangkan
potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk melahirkan insan yang seimbang dan
harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan
jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan
kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk
melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu
pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai
kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan
terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga,
masyarakat dan negara.
DRAF
KANDUNGAN
RUKUN NEGARA
FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN
KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN
PENDAHULUAN 1
MATLAMAT 1
OBJEKTIF 1
FOKUS 1
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL
(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN
2
CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU 3
ORGANISASI STANDARD KURIKULUM 3
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 5
PENTAKSIRAN 6
KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA
OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA 9
MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL 11
MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL 15
MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN 18
DRAF
DRAF
PENDAHULUAN
Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan
murid mendapat pengalaman pembelajaran secara
berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi
kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik
supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek
fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan
pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat
meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum.
MATLAMAT
Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal
kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran
menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat
dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup
serta jangka hayat panjang yang berkualiti.
OBJEKTIF
Murid boleh :
(i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan
kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran;
(ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan
dan penyakit; dan
(iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani
masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan.
FOKUS
Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan
Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%),
pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah
35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan
untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan
Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah.
Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan
terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan
keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama
iaitu :
Modul 1 : Kesihatan Fizikal
Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta
penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus
diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan
penyalahgunaan bahan.
Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan
Sosial (PEERS)
(75%)
Pemakanan
(15%)
Pertolongan
Cemas
(10%)
1
DRAF
Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial
Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi
dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan
dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental
dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan.
Modul 3 : Kesihatan Persekitaran
Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan
persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit,
keselamatan dan pertolongan cemas.
PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL
(PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN
KESIHATAN
Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar
melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS adalah
satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan
dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap
identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan.
PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau
hubungan seks semata-mata. PEERS mencakupi
pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal
dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat
dalam kehidupan.
Objektif PEERS adalah untuk membantu murid :
(i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan
reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan
masyarakat;
(ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya
murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan
keluarga sebagai institusi asas manusia serta
menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi
kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan; dan
(iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secara
bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan
tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan.
PEERS merangkumi :
(i) Kesihatan diri dan reproduktif
 Aspek perkembangan dan perubahan fizikal,
fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh,
dan penjagaan kesihatan reproduktif.
(ii) Penyalahgunaan bahan
 Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu
rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran
berkata TIDAK.
(iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi
 Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri,
keluarga, rakan sebaya dan masyarakat.
2
DRAF
(iv) Kekeluargaan
 Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan,
peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga.
(v) Perhubungan
 Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran
interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta
persahabatan.
(vi) Pencegahan penyakit
 Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan
daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit,
genetik, keturunan dan mental.
(vii) Keselamatan
 Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah,
taman permainan dan tempat awam, serta akta
perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita,
termasuk kemahiran mengelak diri daripada
ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang
perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman
serta kecemasan.
CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU
Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah
(35 waktu setahun)
Pendidikan Kesihatan
Reproduktif dan Sosial
(PEERS)
75% 26 waktu = 780 minit
Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit
Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit
ORGANISASI STANDARD KURIKULUM
Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan
menetapkan Standard Kandungan dan Standard
Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama
penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti
bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang
sama, manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberi
pendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskan
standard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada
semua murid.
Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik
tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan
dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan
merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai.
3
DRAF
Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria
atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang
boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard
yang ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai oleh
murid dan mesti ditaksir secara berterusan oleh guru.
Pendekatan menggunakan standard menuntut guru untuk
lebih bertanggungjawab ke atas pencapaian murid.
PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan
Kebangsaan, Pendidikan Kesihatan menekankan
perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari
aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu,
pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu
memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan
dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan
penghayatan nilai untuk mencapai literasi kesihatan.
Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan
Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam
pengajaran dan pembelajaran :
1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang
penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur
ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui
pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir,
kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberi
penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran
daripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup
harian murid serta isu-isu global perlu dihubung kait
dalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplin
ilmu Pendidikan Kesihatan.
2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk
membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan
literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat.
Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara
kreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru.
3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan
pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah
perlu untuk membolehkan murid memperoleh pengalaman
dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta
komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta
pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan.
Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuk
aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes,
simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran
seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk
melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina
semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan
ilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup.
4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan
perlu dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang
selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara
nilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan,
keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang,
kejujuran dan kerjasama.
4
DRAF
5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan
oleh guru perlu memberi peluang kepada murid untuk
menguasai kemahiran berkomunikasi, membina
perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain,
berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam
menguruskan hidup secara produktif dan sihat.
6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman
murid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun atur
dengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agar
murid dapat belajar dengan cara tersendiri dalam
keadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yang
berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahap
kecerdasan.
7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills)
adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasi
permintaan serta cabaran kehidupan harian, memberi
kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yang
berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan.
Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka
akibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapat
manfaat yang maksimum.
8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti
Internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasi
dalam proses pengajaran serta pembelajaran perlu
digalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran
abad ke-21.
KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT)
Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid
yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip,
bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran
berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan.
Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan enam aspirasi yang
diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada
peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai
kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan
kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran
berfikir.
Kemahiran berfikir telah ditekankan dalam kurikulum sejak
tahun 1994 dengan memperkenalkan kemahiran berfikir
secara kritis dan kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini
menekan kepada pemikiran dari aras rendah hingga aras
tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard
Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT).
Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk
mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam
membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan
masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya
mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran
mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta.
Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum
mata pelajaran.
5
DRAF
KBAT Penerangan
Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran,
dan nilai dalam situasi berlainan untuk
melaksanakan sesuatu perkara.
Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada
bahagian kecil untuk memahami dengan
lebih mendalam serta hubung kait antara
bahagian berkenaan.
Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan
menggunakan pengetahuan,
pengalaman, kemahiran, dan nilai serta
memberi justifikasi.
Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau
kaedah yang kreatif dan inovatif.
KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti
berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian
masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan
alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking
Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar
bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir.
PENTAKSIRAN
Pentaksiran dalam Pendidikan Kesihatan dirancang dan
dikendalikan oleh guru pada peringkat sekolah. Perkara yang
ditaksir merangkumi penguasaan pengetahuan, penerapan
sikap dan nilai, penguasaan kemahiran, status kesihatan
serta amalan harian. Hasil pentaksiran digunakan untuk
tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan
memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan dibuat pada
peringkat sekolah untuk memberi maklum balas kepada
murid, ibu bapa dan guru lain.
Standard Prestasi
Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk
menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard
Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan.
Standard Prestasi mengandungi enam tahap penguasaan
yang disusun secara hirarki dari pencapaian terendah hingga
pencapaian tertinggi. Setiap pernyataan tahap penguasaan
ditafsir secara generik sebagai aras tertentu untuk memberi
gambaran holistik tentang pencapaian murid.
6
DRAF
Tafsiran umum pernyataan tahap penguasaan adalah seperti
yang berikut :
Tafsiran pernyataaan Standard Prestasi bagi Pendidikan
Kesihatan adalah seperti yang berikut :
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
1 Murid tahu perkara asas, atau boleh
melakukan kemahiran asas atau memberi
respons terhadap perkara yang asas.
1 Mempunyai pengetahuan tentang asas
kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan
persekitaran.
2 Murid menunjukkan kefahaman untuk
menukar bentuk komunikasi atau
menterjemah serta menjelaskan apa yang
telah dipelajari.
2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental,
emosi, sosial dan persekitaran.
3 Murid boleh menggunakan pengetahuan
untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada
suatu situasi.
3 Memahami kepentingan dan boleh
mengurus penjagaan diri, pengurusan
mental, emosi dan sosial, serta kesihatan
dan keselamatan diri.
4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran
dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau
secara sistematik.
4 Memperkembangkan aspek penjagaan diri
serta pengurusan mental, emosi dan sosial
terhadap keluarga dan masyarakat.
5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada
situasi baharu, dengan mengikut prosedur
atau secara sistematik, serta tekal dan
bersikap positif.
5 Mempunyai kemahiran kecekapan
psikososial dalam mengurus hidup secara
positif dan sihat.
6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan
dan kemahiran sedia ada untuk digunakan
pada situasi baharu secara sistematik,
bersikap positif, kreatif dan inovatif serta
boleh dicontohi.
6 Mempunyai keupayaan membuat keputusan
untuk mengadaptasi permintaan serta
cabaran kehidupan harian, meningkatkan
literasi kesihatan, dan mengamalkan gaya
hidup sihat.
7
DRAF
DRAF
OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA
Pada akhir pembelajaran, murid dapat:
1. Memahami fungsi sistem reproduktif lelaki dan perempuan, pengetahuan asas tentang kejadian manusia serta kaitan
kitaran haid dengan persenyawaan;
2. Menghargai dan menghormati anggota seksual diri sendiri serta orang lain, dan mengaplikasi kemahiran menangani
pelbagai situasi negatif untuk menjaga kebersihan, keselamatan dan kesihatan;
3. Menilai kepentingan amalan pengambilan makanan yang berkhasiat;
4. Mengaplikasi kemahiran berkata TIDAK kepada penyalahgunaan bahan inhalan;
5. Mengaplikasi cara mengurus konflik dan stres dalam kalangan keluarga serta rakan sebaya;
6. Memahami tanggungjawab dan harapan ahli keluarga;
7. Memahami maksud remaja dan cabaran remaja, serta mengaplikasi kemahiran kecekapan psikososial dalam
perhubungan maya dan bukan maya secara sihat sesama remaja;
8. Memahami cara mencegah perebakan penyakit berjangkit iaitu campak, rubella, cacar dan beguk;
9. Menilai pengaruh positif dan negatif dalam perhubungan maya dan bukan maya dengan rakan lain; dan
10. Memahami kepentingan bantu mula serta mengaplikasi bantu mula mengikut situasi untuk kecederaan ringan iaitu
melecet, dan melecur.
9
DRAF
DRAF
MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL
KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
1.1 Mengetahui
dan memahami
pertumbuhan
serta
perkembangan
fizikal yang
sihat.
1.1.1 Mengetahui sistem reproduktif
lelaki dan perempuan.
1.1.2 Memahami fungsi organ dalam
sistem reproduktif lelaki dan
perempuan.
1.1.3 Mengetahui persenyawaan dalam
asas kejadian manusia.
1.1.4 Memahami kaitan kitaran haid
dengan persenyawaan.
1 Menyatakan organ dalam sistem reproduktif
lelaki dan perempuan.
2 Menerangkan fungsi organ dalam sistem
reproduktif lelaki dan perempuan.
3 Menjelaskan dengan contoh fungsi organ
reproduktif manusia dalam proses
persenyawaan.
4 Menghubungkaitkan fungsi organ reproduktif
perempuan dengan kitaran haid.
5 Merumuskan kaitan antara kitaran haid dengan
persenyawaan dalam asas kejadian manusia.
6 Menyampaikan maklumat kepada orang lain
tentang kitaran haid dan persenyawaan dalam
asas kejadian manusia.
11
DRAF
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
1.2 Mendemonstrasi
keupayaan dan
kemahiran untuk
menangani
pengaruh
dalaman serta
luaran yang
mempengaruhi
kesihatan diri
dan reproduktif.
1.2.1 Memahami kepentingan
menghargai aspek seksualiti
dilahirkan sebagai lelaki atau
perempuan.
1.2.2 Mengetahui cara menghargai dan
menghormati anggota seksual diri
sendiri dengan menjaga kebersihan,
keselamatan dan kesihatan.
1.2.3 Mengaplikasi cara menghormati
anggota seksual orang lain.
1.2.4 Mengaplikasi batas sentuhan pada
anggota seksual dalam aspek
menjaga kebersihan, keselamatan
dan kesihatan.
1 Menyatakan penerimaan diri dan bersyukur
dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan.
2 Menjelaskan cara menghormati anggota
seksual orang lain.
3 Menjelaskan dengan contoh cara menjaga
kebersihan, keselamatan dan kesihatan
anggota seksual diri sendiri.
4 Membincangkan cara menghargai dan
menghormati anggota seksual diri sendiri
dengan menjaga kebersihan, keselamatan
dan kesihatan.
5 Membuat pertimbangan dan keputusan
tentang batas sentuhan pada anggota seksual
dalam aspek menjaga kebersihan, keselamatan
dan kesihatan diri sendiri serta orang lain.
6 Menyampaikan maklumat kepada orang lain
tentang cara menghargai dan menghormati
anggota seksual serta batas sentuhan pada
anggota seksual diri sendiri dan orang lain.
12
DRAF
PEMAKANAN
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
1.3 Mengetahui dan
mengamalkan
pemakanan
yang sihat serta
selamat.
1.3.1 Memahami kepentingan mengambil
pelbagai jenis makanan.
1.3.2 Mensintesis menu makanan
seimbang.
1.3.3 Menilai makanan yang berkhasiat.
1
2
3
4
5
6
Menyatakan kepentingan mengambil pelbagai
jenis makanan.
Membincangkan menu makanan seimbang.
Menunjuk cara penyediaan makanan
seimbang.
Membanding beza antara makanan yang
berkhasiat dengan makanan yang tidak
berkhasiat.
Memberi komen tentang hidangan dalam
pemilihan makanan.
Mencipta dan menghasilkan hidangan yang
seimbang dan berkhasiat.
13
DRAF
PENYALAHGUNAAN BAHAN
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
1.4 Mengetahui
jenis dan kesan
penyalahgunaan
bahan serta
berkemahiran
menangani
situasi berisiko
terhadap diri,
keluarga dan
masyarakat.
1.4.1 Mengetahui pelbagai jenis bahan
inhalan.
1.4.2 Memahami kesan jangka pendek
terhadap fizikal dan mental akibat
penyalahgunaan bahan inhalan.
1.4.3 Memahami kesan jangka panjang
terhadap fizikal dan mental akibat
penyalahgunaan bahan inhalan.
1.4.4 Mengaplikasi cara berkata TIDAK
kepada penyalahgunaan bahan
inhalan.
1.4.5 Menilai maklumat berkaitan kesan
penyalahgunaan bahan inhalan
untuk disebarkan kepada ahli
keluarga dan rakan sebaya.
1 Menyatakan pelbagai jenis bahan inhalan.
2 Menjelaskan kesan jangka pendek dan jangka
panjang akibat penyalahgunaan bahan inhalan.
3 Menjelaskan dengan contoh cara berkata TIDAK
kepada penyalahgunaan bahan inhalan.
4 Mendemonstrasi cara berkata TIDAK kepada
penyalahgunaan bahan inhalan.
5 Mencadangkan cara mengelak pengambilan
bahan inhalan.
6 Menyebarkan maklumat berkaitan kesan
pengambilan bahan inhalan kepada ahli
keluarga dan rakan sebaya.
14
DRAF
MODUL 2: KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL
PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
2.1 Mengetahui
pelbagai jenis
emosi,
kepentingan
dan cara
mengurus
emosi untuk
meningkatkan
kesihatan
mental
dalam
kehidupan
harian.
2.1.1 Memahami situasi konflik dan
stres dalam keluarga.
2.1.2 Memahami situasi konflik dan
stres dalam kalangan rakan
sebaya.
2.1.3 Memahami kesan konflik dan stres
dalam keluarga.
2.1.4 Memahami kesan konflik dan stres
dengan rakan sebaya.
2.1.5 Mengaplikasi cara mengurus
konflik dan stres dalam kalangan
ahli keluarga dan rakan sebaya.
1
2
3
4
5
6
Menyatakan punca konflik dan stres dalam
keluarga serta rakan sebaya.
Memberi contoh konflik dan stres dalam
keluarga serta rakan sebaya.
Menerangkan kesan konflik dan stres dalam
keluarga serta rakan sebaya.
Menjelaskan melalui contoh kepentingan
menangani konflik dan stres yang berlaku
dalam keluarga serta rakan sebaya.
Memilih cara mengurus konflik dan stres
dalam keluarga serta rakan sebaya.
Menjelaskan hubung kait kesan konflik dan
stres terhadap diri, keluarga serta rakan sebaya,
dan sebaliknya.
15
DRAF
KEKELUARGAAN
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
2.2 Mengetahui
peranan diri
sendiri dan ahli
keluarga serta
kepentingan
institusi
kekeluargaan
dalam aspek
kesihatan
keluarga.
2.2.1 Mengetahui tanggungjawab ahli
dalam keluarga dalam aspek
mental, emosi dan sosial.
2.2.2 Memahami harapan ahli keluarga.
2.2.3 Memahami keperluan dan
kehendak ahli keluarga dalam
aspek mental, emosi dan sosial.
1
i.
2
ii.
3
iii. 4
4
iv.
5
v.
6
Menyatakan tanggungjawab ahli keluarga
dalam aspek mental, emosi dan sosial.
Mengenal pasti harapan ahli keluarga.
Menjelaskan dengan contoh tanggungjawab
ahli keluarga dalam membina keluarga yang
harmoni.
Membuat kajian keperluan dan kehendak ahli
keluarga dalam aspek mental, emosi dan sosial.
Meramalkan akibat sekiranya keperluan dan
kehendak ahli keluarga tidak dipenuhi.
Merancang keperluan dan kehendak ahli
keluarga dalam aspek mental, emosi dan
sosial.
16
DRAF
PERHUBUNGAN
Standard Kandungan Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
2.3 Mengetahui dan
mengaplikasi
kemahiran
interpersonal
serta
komunikasi
berkesan dalam
kehidupan
harian.
2.3.1 Mengetahui maksud remaja.
2.3.2 Memahami peranan remaja
dalam masyarakat.
2.3.3 Memahami cabaran yang dialami
oleh remaja dalam perhubungan
maya dan bukan maya.
2.3.4 Memahami perhubungan maya
dan bukan maya secara sihat
sesama remaja.
1
2
3
4
5
6
Menjelaskan maksud remaja.
Menerangkan peranan remaja dalam masyarakat.
Memberi contoh etika perhubungan maya dan bukan
maya secara sihat.
Membezakan cabaran yang dialami oleh remaja
dalam hubungan maya dan bukan maya.
Membahaskan cara menangani cabaran perhubungan
maya dan bukan maya.
Mencipta cara perhubungan yang sihat.
17
DRAF
MODUL 3: KESIHATAN PERSEKITARAN
PENYAKIT
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
3.1 Mengetahui
jenis penyakit
dan cara
mencegah serta
mengelak risiko
penyakit dalam
kehidupan
harian.
3.1.1 Mengetahui beberapa jenis
penyakit berjangkit yang boleh
dicegah melalui vaksin iaitu
campak, rubella, cacar dan beguk.
3.1.2 Memahami gejala dan tanda
penyakit iaitu campak, rubella,
cacar serta beguk.
3.1.3 Memahami cara penyakit iaitu
campak, rubella, cacar dan
beguk merebak.
1
2
3
4
5
6
Menyatakan jenis penyakit berjangkit yang
boleh dicegah melalui vaksin.
Menerangkan fungsi vaksin dalam mencegah
penyakit.
Menjelaskan dengan contoh bagaimana
penyakit berjangkit merebak.
Membezakan gejala dan tanda penyakit
berjangkit iaitu campak, rubella, cacar serta
beguk.
Mentafsir maklumat di dalam buku rekod
kesihatan murid untuk menghasilkan karya
mengenai kebaikan pengambilan vaksin.
Menyebar luas maklumat penyakit berjangkit
yang boleh dicegah melalui imunisasi kepada
orang lain.
18
DRAF
KESELAMATAN
Standard
Kandungan
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
3.2 Mengetahui
kepentingan
menjaga
keselamatan diri
dan
mendemonstrasi
kemahiran
kecekapan
psikososial
dalam
kehidupan
harian.
3.2.1 Menganalisis pengaruh positif dan
negatif dalam perhubungan maya
serta bukan maya dengan rakan
lain.
3.2.2 Mengaplikasi cara menangani
pengaruh negatif dalam
perhubungan maya dan bukan
maya dengan rakan lain.
1
2
3
4
5
6
Menyatakan maksud perhubungan maya dan
bukan maya dengan rakan lain.
Menerangkan pengaruh positif dan negatif
dalam perhubungan maya dan bukan maya.
Menjelaskan dengan contoh bagaimana
menangani pengaruh negatif dalam
perhubungan maya dan bukan maya.
Membuat kajian impak berkaitan perhubungan
maya dan bukan maya terhadap diri sendiri
dan rakan lain.
Membahaskan kebaikan dan keburukan
perhubungan maya dan bukan maya.
Menyampaikan maklumat tentang cara yang
selamat dalam menjalin perhubungan maya
dan bukan maya.
19
DRAF
PERTOLONGAN CEMAS
Standard Pembelajaran
Standard Prestasi
Tahap
Penguasaan
Tafsiran
3.3 Mengetahui
asas pertolongan
cemas dan
kepentingan
bertindak
dengan
bijak mengikut
situasi.
3.3.1 Memahami situasi yang
menyebabkan kecederaan
ringan iaitu melecet, dan
melecur.
3.3.2 Mengaplikasi langkah-langkah
semasa memberi bantu mula
untuk kecederaan ringan iaitu
melecet, dan melecur.
3.3.3 Mengetahui agensi yang boleh
memberi perkhidmatan
kesihatan dan keselamatan
mengikut situasi.
1
2
3
4
5
6
Menyatakan agensi yang boleh memberi
perkhidmatan kesihatan dan keselamatan
mengikut situasi.
Memberi contoh situasi yang boleh
menyebabkan kecederaan ringan iaitu
melecet, dan melecur.
Mendemonstrasi langkah-langkah memberi
bantu mula untuk kecederaan ringan iaitu
melecet, dan melecur.
Menjelaskan melalui contoh kepentingan
memberi bantu mula untuk kecederaan ringan.
Menilai cara memberi bantu mula mengikut
tatacara yang betul mengikut jenis kecederaan.
Menyebar luas maklumat agensi yang boleh
memberi perkhidmatan kesihatan dan
keselamatan.
20

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

8 dsp pk tahun 3 13 mei
8 dsp pk tahun 3 13 mei8 dsp pk tahun 3 13 mei
8 dsp pk tahun 3 13 meigengkapak84
 
2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3Zila Aleeya
 
Ds pk thn 3
Ds pk thn 3Ds pk thn 3
Ds pk thn 3SKPA_2
 
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4FREE FILE DOWNLOAD
 
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANHSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANshi3yda
 
Hsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsmHsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsmNas Lin
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkAzliza Mohamed
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4ciktetey
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Safiah Sulaiman
 

La actualidad más candente (11)

8 dsp pk tahun 3 13 mei
8 dsp pk tahun 3 13 mei8 dsp pk tahun 3 13 mei
8 dsp pk tahun 3 13 mei
 
2012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 32012 09-14 ds pk thn 3
2012 09-14 ds pk thn 3
 
Ds pk thn 3
Ds pk thn 3Ds pk thn 3
Ds pk thn 3
 
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4Dsk pendidikan kesihatan thn 4
Dsk pendidikan kesihatan thn 4
 
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATANHSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
HSP KBSR PENDIDIKAN KESIHATAN
 
Hsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsmHsp p kesihatan_kbsm
Hsp p kesihatan_kbsm
 
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pkDsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
Dsk pend jasmani & kesihatan thn 4 pk
 
3. peers
3. peers3. peers
3. peers
 
Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4Dskp pkesihatan tahun 4
Dskp pkesihatan tahun 4
 
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
Dsp pendidikan kesihatan tahun 4
 
Dskp PK T4
Dskp PK T4Dskp PK T4
Dskp PK T4
 

Destacado

Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)Razah Dollah
 
Soalan kssr pend kesihatan tahun 4
Soalan kssr pend kesihatan tahun 4Soalan kssr pend kesihatan tahun 4
Soalan kssr pend kesihatan tahun 4ABSAROZI
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Azzam Yusof
 
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIALITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIAFazHani Faz
 
INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5
INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5
INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5MOHD AFIQ
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3 (2)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3 (2)Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3 (2)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3 (2)Mak Neet
 
Rph psk t4 makanan seimbang
Rph psk t4 makanan seimbangRph psk t4 makanan seimbang
Rph psk t4 makanan seimbangNurfaten Ismail
 

Destacado (11)

Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
Panduan pengajaran guru pendidikan kesihatan tahun 5 kssr 2014 (1)
 
Soalan kssr pend kesihatan tahun 4
Soalan kssr pend kesihatan tahun 4Soalan kssr pend kesihatan tahun 4
Soalan kssr pend kesihatan tahun 4
 
Rpt pk tahun 4 2015 by cikgu abbas
Rpt pk tahun 4 2015  by cikgu abbasRpt pk tahun 4 2015  by cikgu abbas
Rpt pk tahun 4 2015 by cikgu abbas
 
Rpt sivik (ting.3)
Rpt sivik (ting.3)Rpt sivik (ting.3)
Rpt sivik (ting.3)
 
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
Dskp pendidikan kesihatan kssr tahun 5
 
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIALITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
LITERASI KEWANGAN DALAM KALANGAN BELIA DI MALAYSIA
 
INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5
INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5
INHALAN PEND. KESIHATAN TAHUN 5
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3 (2)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3 (2)Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3 (2)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan tahun 3 (2)
 
Rph psk t4 makanan seimbang
Rph psk t4 makanan seimbangRph psk t4 makanan seimbang
Rph psk t4 makanan seimbang
 
Piramid makanan
Piramid makananPiramid makanan
Piramid makanan
 
Makanan seimbang
Makanan seimbangMakanan seimbang
Makanan seimbang
 

Similar a DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5

DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfSarasVathy2
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5mohdruzairi
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrsafa2426
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6vleadminaba2059
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3sallehuddin misnon
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Kickstory
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Lina Abu Bakar
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Lisnah Morin
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1Vijaen Cool
 
Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1hanif5339
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Lina Abu Bakar
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPeers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanKetenanganHati
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)Razah Dollah
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPeers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPaan Artcreative
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 Rozita Mohamad Nadzir
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)nzaheira80
 
Ds pend kesihatan thn 2
Ds pend kesihatan thn 2Ds pend kesihatan thn 2
Ds pend kesihatan thn 2Mohd Riza Ryza
 
Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2
Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2
Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2Cikgu Jumrah
 

Similar a DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5 (20)

DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdfDSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
DSKP KSSR Pendidikan Kesihatan Tahun 6.pdf
 
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
Dokumen standard kurikulum dan pentaksiran pendidikan kesihatan tahun 5
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssrDskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6 kssr
 
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
Dskp pendidikan kesihatan tahun 6
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
 
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
Dokumen standard pendidikan kesihatan tahun 3
 
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
Dsk pendidikan-kesihatan-thn-4
 
Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1Dokumen standard pk kssr tahun 1
Dokumen standard pk kssr tahun 1
 
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 13 dokumen standard pk kssr tahun 1
3 dokumen standard pk kssr tahun 1
 
Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1Pengenalan tahun 1
Pengenalan tahun 1
 
Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456Hsp p kesihatan_y123456
Hsp p kesihatan_y123456
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPeers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan (1)
 
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatanPeers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
Peers dalam kurikulum pendidikan kesihatan
 
Dokumen standard pk
Dokumen standard pkDokumen standard pk
Dokumen standard pk
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6
 
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6  2015 (1)
Panduan pengajaran pendidikan kesihatan kssr tahun 6 2015 (1)
 
Ds pend kesihatan thn 2
Ds pend kesihatan thn 2Ds pend kesihatan thn 2
Ds pend kesihatan thn 2
 
PK t6.pdf
PK t6.pdfPK t6.pdf
PK t6.pdf
 
Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2
Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2
Dokumen Standard Kurikulum PK Thn 2
 

Más de Safiah Sulaiman

DSKP Matematik KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Matematik  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Matematik  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Matematik KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
Panduan Pelan Data Guru YES 4G
Panduan Pelan Data Guru YES 4GPanduan Pelan Data Guru YES 4G
Panduan Pelan Data Guru YES 4GSafiah Sulaiman
 
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
DSKP Sains KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Sains  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Sains  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Sains KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
DSKP PJPK KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP PJPK   KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP PJPK   KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP PJPK KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 SJK ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu  KSSR Tahun 1  SJK ( Semakan )DSKP Bahasa Melayu  KSSR Tahun 1  SJK ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 SJK ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu  KSSR      Tahun 1 ( Semakan )DSKP Bahasa Melayu  KSSR      Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
DSKP Pendidikan Kesenian KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Kesenian  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan Kesenian  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Kesenian KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
Amalan Alaf Baru Dengan Telefon Pintar YES -Altitude
Amalan Alaf Baru Dengan Telefon Pintar YES -AltitudeAmalan Alaf Baru Dengan Telefon Pintar YES -Altitude
Amalan Alaf Baru Dengan Telefon Pintar YES -AltitudeSafiah Sulaiman
 
DSKP Bahasa Arab KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Bahasa Arab  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Bahasa Arab  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Bahasa Arab KSSR Tahun 1 ( Semakan )Safiah Sulaiman
 
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)Safiah Sulaiman
 
DSKP BAHASA ARAB TAHUN 6
DSKP BAHASA ARAB TAHUN 6DSKP BAHASA ARAB TAHUN 6
DSKP BAHASA ARAB TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 61. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6Safiah Sulaiman
 
Modul KSSR Matematik Tahun 6
Modul KSSR Matematik Tahun 6Modul KSSR Matematik Tahun 6
Modul KSSR Matematik Tahun 6Safiah Sulaiman
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6Safiah Sulaiman
 

Más de Safiah Sulaiman (20)

DSKP Matematik KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Matematik  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Matematik  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Matematik KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
Panduan Pelan Data Guru YES 4G
Panduan Pelan Data Guru YES 4GPanduan Pelan Data Guru YES 4G
Panduan Pelan Data Guru YES 4G
 
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidkan Moral  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidkan Moral KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
DSKP Sains KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Sains  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Sains  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Sains KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
DSKP PJPK KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP PJPK   KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP PJPK   KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP PJPK KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 SJK ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu  KSSR Tahun 1  SJK ( Semakan )DSKP Bahasa Melayu  KSSR Tahun 1  SJK ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 SJK ( Semakan )
 
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu  KSSR      Tahun 1 ( Semakan )DSKP Bahasa Melayu  KSSR      Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Bahasa Melayu KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
DSKP Pendidikan Kesenian KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Kesenian  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan Kesenian  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Kesenian KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Pendidikan  Islam  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Pendidikan Islam KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
Amalan Alaf Baru Dengan Telefon Pintar YES -Altitude
Amalan Alaf Baru Dengan Telefon Pintar YES -AltitudeAmalan Alaf Baru Dengan Telefon Pintar YES -Altitude
Amalan Alaf Baru Dengan Telefon Pintar YES -Altitude
 
DSKP Bahasa Arab KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Bahasa Arab  KSSR Tahun 1 ( Semakan )DSKP Bahasa Arab  KSSR Tahun 1 ( Semakan )
DSKP Bahasa Arab KSSR Tahun 1 ( Semakan )
 
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
DSKP Bahasa Inggeris KSSR Tahun 1 (Semakan)
 
DSKP BAHASA ARAB TAHUN 6
DSKP BAHASA ARAB TAHUN 6DSKP BAHASA ARAB TAHUN 6
DSKP BAHASA ARAB TAHUN 6
 
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
PANDUAN PENGAJARAN PENDIDIKAN MUZIK TAHUN 6
 
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 61. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
1. DSKP PENDIDIKAN MORAL TAHUN 6
 
DSKP ENGLISH YEAR 6
DSKP ENGLISH YEAR 6DSKP ENGLISH YEAR 6
DSKP ENGLISH YEAR 6
 
Modul KSSR Matematik Tahun 6
Modul KSSR Matematik Tahun 6Modul KSSR Matematik Tahun 6
Modul KSSR Matematik Tahun 6
 
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
DSKP PENDIDIKAN ISLAM TAHUN 6
 
DSKP TMK TAHUN 6
DSKP TMK TAHUN 6DSKP TMK TAHUN 6
DSKP TMK TAHUN 6
 
DSKP SEJARAH TAHUN 6
DSKP SEJARAH TAHUN 6DSKP SEJARAH TAHUN 6
DSKP SEJARAH TAHUN 6
 

Último

PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...Kanaidi ken
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfbibizaenab
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)MustahalMustahal
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..ikayogakinasih12
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptxHR MUSLIM
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxSlasiWidasmara1
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikaAtiAnggiSupriyati
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSdheaprs
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...Kanaidi ken
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikThomasAntonWibowo
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7IwanSumantri7
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 

Último (20)

PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
PELAKSANAAN + Link-Link MATERI Training_ "Effective INVENTORY & WAREHOUSING M...
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdfBab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
Bab 6 Kreatif Mengungap Rasa dan Realitas.pdf
 
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
Prakarsa Perubahan ATAP (Awal - Tantangan - Aksi - Perubahan)
 
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ikaIntegrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
Integrasi nasional dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
AKSI NYATA NARKOBA ATAU OBAT TERLARANG..
 
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptxcontoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan  .pptx
contoh penulisan nomor skl pada surat kelulusan .pptx
 
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptxMODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
MODUL P5 KEWIRAUSAHAAN SMAN 2 SLAWI 2023.pptx
 
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ikabab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
bab 6 ancaman terhadap negara dalam bingkai bhinneka tunggal ika
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNSLatsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
Latsol TWK Nasionalisme untuk masuk CPNS
 
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
RENCANA + Link2 Materi Pelatihan/BimTek "PTK 007 Rev-5 Thn 2023 (PENGADAAN) &...
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
CAPACITY BUILDING Materi Saat di Lokakarya 7
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 

DSKP Pendidikan Kesihatan Tahun 5

  • 1. KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA PENDIDIKAN KESIHATAN KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN DRAF TAHUN LIMA
  • 2.
  • 3. KURIKULUM STANDARD SEKOLAH RENDAH PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA BAHAGIAN PEMBANGUNAN KURIKULUM DOKUMEN STANDARD KURIKULUM DAN PENTAKSIRAN
  • 4. Cetakan Pertama 2014 © Kementerian Pendidikan Malaysia Hak Cipta Terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana bahagian artikel, ilustrasi dan isi kandungan buku ini dalam apa juga bentuk dan dengan cara apa jua sama ada secara elektronik, fotokopi, mekanik, rakaman atau cara lain sebelum mendapat kebenaran bertulis daripada Pengarah, Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia, Aras 4-8, Blok E9, Parcel E, Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, 62604 Putrajaya.
  • 5. RUKUN NEGARA BAHAWASANYA negara kita Malaysia mendukung cita-cita untuk mencapai perpaduan yang lebih erat dalam kalangan seluruh masyarakatnya; memelihara satu cara hidup demokratik; mencipta masyarakat yang adil bagi kemakmuran negara yang akan dapat dinikmati bersama secara adil dan saksama; menjamin satu cara yang liberal terhadap tradisi-tradisi kebudayaannya yang kaya dan berbagai-bagai corak; membina satu masyarakat progresif yang akan menggunakan sains dan teknologi moden; MAKA KAMI, rakyat Malaysia, berikrar akan menumpukan seluruh tenaga dan usaha kami untuk mencapai cita-cita tersebut berdasarkan atas prinsip-prinsip yang berikut: • KEPERCAYAAN KEPADA TUHAN • KESETIAAN KEPADA RAJA DAN NEGARA • KELUHURAN PERLEMBAGAAN • KEDAULATAN UNDANG-UNDANG • KESOPANAN DAN KESUSILAAN
  • 6.
  • 7. Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bertujuan untuk melahirkan warganegara Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberikan sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.
  • 8.
  • 9. DRAF KANDUNGAN RUKUN NEGARA FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN PENDAHULUAN 1 MATLAMAT 1 OBJEKTIF 1 FOKUS 1 PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN 2 CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU 3 ORGANISASI STANDARD KURIKULUM 3 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN 4 KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) 5 PENTAKSIRAN 6 KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA 9 MODUL 1 : KESIHATAN FIZIKAL 11 MODUL 2 : KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL 15 MODUL 3 : KESIHATAN PERSEKITARAN 18
  • 10. DRAF
  • 11. DRAF PENDAHULUAN Pendidikan Kesihatan ialah disiplin ilmu yang membolehkan murid mendapat pengalaman pembelajaran secara berterusan untuk membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Murid dididik supaya sentiasa bersedia menyesuaikan diri dalam aspek fizikal, mental, emosi, sosial dan rohani. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan yang terancang dapat meningkatkan potensi individu ke tahap kesihatan optimum. MATLAMAT Pendidikan Kesihatan membolehkan individu mengawal kesihatan diri, keluarga, masyarakat dan persekitaran menerusi pengetahuan, kemahiran, amalan gaya hidup sihat dan bersikap positif untuk mencapai kesejahteraan hidup serta jangka hayat panjang yang berkualiti. OBJEKTIF Murid boleh : (i) mempertingkatkan pengetahuan, sikap dan amalan kesihatan diri, keluarga, masyarakat serta persekitaran; (ii) mempamerkan kemahiran mencegah masalah kesihatan dan penyakit; dan (iii) menguasai keupayaan bagi menghadapi dan menangani masalah serta isu berkaitan dengan kesihatan. FOKUS Kurikulum Pendidikan Kesihatan terdiri daripada Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial iaitu PEERS (75%), pemakanan (15%) dan pertolongan cemas (10%). Sejumlah 35 waktu dalam penjadualan persekolahan setahun diagihkan untuk pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan bagi Tahap Satu dan Tahap Dua sekolah rendah. Kandungan Pendidikan Kesihatan memberi penekanan terhadap gaya hidup sihat bersesuaian dengan ciri dan keperluan murid serta disusun mengikut tiga modul utama iaitu : Modul 1 : Kesihatan Fizikal Modul ini menekankan aspek perkembangan fizikal serta penjagaan kesihatan diri, keluarga dan masyarakat. Fokus diberi kepada kesihatan diri dan reproduktif, pemakanan dan penyalahgunaan bahan. Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) (75%) Pemakanan (15%) Pertolongan Cemas (10%) 1
  • 12. DRAF Modul 2 : Kesihatan Mental, Emosi dan Sosial Modul ini menekankan aspek perkembangan mental, emosi dan sosial serta mengurus risiko, konflik dan perubahan dalam kehidupan. Fokus diberi kepada pengurusan mental dan emosi, kekeluargaan serta perhubungan. Modul 3 : Kesihatan Persekitaran Modul ini menekankan aspek kesihatan dan keselamatan persekitaran. Fokus diberi kepada pencegahan penyakit, keselamatan dan pertolongan cemas. PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKTIF DAN SOSIAL (PEERS) DALAM KURIKULUM PENDIDIKAN KESIHATAN Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) diajar melalui kurikulum Pendidikan Kesihatan. PEERS adalah satu proses sepanjang hayat untuk memperoleh pengetahuan dan membentuk sikap, nilai serta kepercayaan terhadap identiti, perhubungan dan keintiman sesama insan. PEERS bukan hanya terbatas kepada isu seksual atau hubungan seks semata-mata. PEERS mencakupi pengetahuan dari aspek biologikal, sosiobudaya, psikologikal dan kerohanian ke arah amalan tingkah laku yang sihat dalam kehidupan. Objektif PEERS adalah untuk membantu murid : (i) membentuk pandangan yang positif tentang kesihatan reproduktif dan sosial untuk diri, keluarga dan masyarakat; (ii) menyediakan maklumat yang perlu diketahui supaya murid mengambil berat tentang kesihatan seksual dan keluarga sebagai institusi asas manusia serta menyumbang kepada pemeliharaan integriti institusi kekeluargaan secara berterusan dan berkekalan; dan (iii) memperoleh kemahiran membuat keputusan secara bijak dan bertanggungjawab tentang kesihatan dan tingkah laku seksual pada masa kini serta masa depan. PEERS merangkumi : (i) Kesihatan diri dan reproduktif  Aspek perkembangan dan perubahan fizikal, fisiologikal serta psikologikal semasa akil baligh, dan penjagaan kesihatan reproduktif. (ii) Penyalahgunaan bahan  Kesan buruk pengambilan bahan berbahaya iaitu rokok, dadah, inhalan dan alkohol, serta kemahiran berkata TIDAK. (iii) Kemahiran pengurusan mental dan emosi  Kemahiran pengurusan konflik dan stres dalam diri, keluarga, rakan sebaya dan masyarakat. 2
  • 13. DRAF (iv) Kekeluargaan  Kepentingan institusi perkahwinan, kekeluargaan, peranan dan tanggungjawab ahli dalam keluarga. (v) Perhubungan  Kepentingan etiket perhubungan dan kemahiran interpersonal yang positif dalam persaudaraan serta persahabatan. (vi) Pencegahan penyakit  Pengetahuan dan kemahiran mengurus kesihatan daripada penyakit berjangkit, tidak berjangkit, genetik, keturunan dan mental. (vii) Keselamatan  Langkah-langkah keselamatan diri di rumah, sekolah, taman permainan dan tempat awam, serta akta perlindungan bagi kanak-kanak, gadis dan wanita, termasuk kemahiran mengelak diri daripada ancaman orang yang tidak dikenali dan orang yang perlu dihubungi jika berlaku gangguan, ancaman serta kecemasan. CADANGAN PENGAGIHAN WAKTU Tahap Satu dan Tahap Dua Sekolah Rendah (35 waktu setahun) Pendidikan Kesihatan Reproduktif dan Sosial (PEERS) 75% 26 waktu = 780 minit Pemakanan 15% 5 waktu = 150 minit Pertolongan Cemas 10% 4 waktu = 120 minit ORGANISASI STANDARD KURIKULUM Standard Kurikulum Pendidikan Kesihatan digubal dengan menetapkan Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang perlu dikuasai oleh murid. Tujuan utama penetapan standard adalah untuk ekuiti dan kualiti. Ekuiti bermaksud semua murid diberi peluang pendidikan yang sama, manakala kualiti bermaksud semua murid perlu diberi pendidikan yang berkualiti. Justeru, kurikulum berasaskan standard memberi pendidikan berkualiti yang sama kepada semua murid. Standard Kandungan merupakan pernyataan spesifik tentang perkara yang murid patut ketahui dan boleh lakukan dalam suatu tempoh persekolahan. Standard Kandungan merangkumi aspek pengetahuan, kemahiran dan nilai. 3
  • 14. DRAF Standard Pembelajaran merupakan satu penetapan kriteria atau indikator kualiti pembelajaran dan pencapaian yang boleh diukur bagi setiap standard kandungan. Standard yang ditetapkan mesti dilaksanakan, mesti dicapai oleh murid dan mesti ditaksir secara berterusan oleh guru. Pendekatan menggunakan standard menuntut guru untuk lebih bertanggungjawab ke atas pencapaian murid. PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN Selaras dengan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, Pendidikan Kesihatan menekankan perkembangan individu yang menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Kesihatan perlu memberi tumpuan terhadap pemerolehan ilmu pengetahuan dan kemahiran asas kesihatan serta pemupukan dan penghayatan nilai untuk mencapai literasi kesihatan. Dalam usaha ke arah mencapai matlamat Pendidikan Kesihatan, perkara berikut perlu diberi perhatian dalam pengajaran dan pembelajaran : 1. Pendekatan bersepadu merupakan satu strategi yang penting untuk menjalin dan mengadunkan unsur-unsur ilmu, kemahiran, bahasa dan nilai-nilai murni. Melalui pendekatan ini perkembangan kemahiran berfikir, kemahiran generik dan kemahiran belajar perlu diberi penekanan. Di samping itu, pengetahuan dan kemahiran daripada pelbagai mata pelajaran lain, pengalaman hidup harian murid serta isu-isu global perlu dihubung kait dalam proses pengajaran dan pembelajaran disiplin ilmu Pendidikan Kesihatan. 2. Daya pemikiran murid perlu dipertingkat untuk membolehkan murid membuat keputusan, meningkatkan literasi kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat. Aktiviti yang memberi peluang untuk murid berfikir secara kreatif dan inovatif perlu dikendalikan oleh guru. 3. Penggunaan pelbagai pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang melibatkan murid secara aktif adalah perlu untuk membolehkan murid memperoleh pengalaman dan memahami konsep menjaga diri, keluarga serta komuniti. Bagi tujuan ini, kaedah inkuiri penemuan serta pembelajaran melalui pengalaman sangat digalakkan. Antara kaedah dan teknik yang boleh digunakan termasuk aktiviti kumpulan, kerja luar, perbincangan, kajian kes, simulasi dan main peranan. Pengalaman pembelajaran seperti ini dapat memberi peluang kepada murid untuk melahirkan pandangan sendiri, asas untuk membina semangat, membina sikap sentiasa cinta dan dahagakan ilmu, minat membaca serta belajar seumur hidup. 4. Dalam proses pengajaran dan pembelajaran, penekanan perlu dibuat terhadap pemupukan nilai-nilai murni yang selaras dengan matlamat Pendidikan Kesihatan. Antara nilai yang perlu diterap dan diamalkan ialah kebersihan, keselamatan, tanggungjawab, keprihatinan, kasih sayang, kejujuran dan kerjasama. 4
  • 15. DRAF 5. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru perlu memberi peluang kepada murid untuk menguasai kemahiran berkomunikasi, membina perhubungan yang sihat, empati dengan orang lain, berupaya mengendalikan emosi serta tekanan dalam menguruskan hidup secara produktif dan sihat. 6. Dalam menjalankan aktiviti bilik darjah, pengalaman murid dan pengalaman pembelajaran perlu disusun atur dengan mengambil kira pelbagai tahap kecerdasan agar murid dapat belajar dengan cara tersendiri dalam keadaan yang paling sesuai. Kaedah dan aktiviti yang berbeza perlu dirancang untuk murid yang berbeza tahap kecerdasan. 7. Penguasaan kemahiran kecekapan psikososial (life skills) adalah perlu dan membantu murid untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan harian, memberi kesedaran tentang sesuatu isu atau permasalahan yang berlaku pada masa lampau, masa kini dan masa depan. Ini bermakna murid dapat membuat ramalan, menjangka akibatnya dan mengendali perubahan supaya mendapat manfaat yang maksimum. 8. Penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti Internet, e-mel, CD-Rom dan sidang telekomunikasi dalam proses pengajaran serta pembelajaran perlu digalakkan sebagai melengkapkan diri dengan kemahiran abad ke-21. KEMAHIRAN BERFIKIR ARAS TINGGI (KBAT) Kurikulum Kebangsaan bermatlamat untuk melahirkan murid yang seimbang, berdaya tahan, bersifat ingin tahu, berprinsip, bermaklumat, dan patriotik serta mempunyai kemahiran berfikir, berkomunikasi dan bekerja secara berpasukan. Kemahiran abad ke-21 ini selari dengan enam aspirasi yang diperlukan oleh setiap murid untuk berupaya bersaing pada peringkat global yang digariskan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia iaitu setiap murid akan mempunyai kemahiran memimpin, kemahiran dwibahasa, etika dan kerohanian, identiti sosial, pengetahuan dan kemahiran berfikir. Kemahiran berfikir telah ditekankan dalam kurikulum sejak tahun 1994 dengan memperkenalkan kemahiran berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK). Kemahiran berfikir ini menekan kepada pemikiran dari aras rendah hingga aras tinggi. Bermula pada tahun 2011, Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) telah memberi penekanan kepada Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Kemahiran Berfikir Aras Tinggi ialah keupayaan untuk mengaplikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai dalam membuat penaakulan dan refleksi bagi menyelesaikan masalah, membuat keputusan, berinovasi dan berupaya mencipta sesuatu. KBAT adalah merujuk kepada kemahiran mengaplikasi, menganalisis, menilai dan mencipta. Kemahiran ini ditulis secara eksplisit dalam setiap kurikulum mata pelajaran. 5
  • 16. DRAF KBAT Penerangan Mengaplikasi Menggunakan pengetahuan, kemahiran, dan nilai dalam situasi berlainan untuk melaksanakan sesuatu perkara. Menganalisis Mencerakinkan maklumat kepada bahagian kecil untuk memahami dengan lebih mendalam serta hubung kait antara bahagian berkenaan. Menilai Membuat pertimbangan dan keputusan menggunakan pengetahuan, pengalaman, kemahiran, dan nilai serta memberi justifikasi. Mencipta Menghasilkan idea atau produk atau kaedah yang kreatif dan inovatif. KBAT boleh diaplikasikan dalam bilik darjah melalui aktiviti berbentuk menaakul, pembelajaran inkuiri, penyelesaian masalah dan projek. Guru dan murid perlu menggunakan alat berfikir seperti peta pemikiran, peta minda, dan Thinking Hats serta penyoalan aras tinggi di dalam dan di luar bilik darjah untuk menggalakkan murid berfikir. PENTAKSIRAN Pentaksiran dalam Pendidikan Kesihatan dirancang dan dikendalikan oleh guru pada peringkat sekolah. Perkara yang ditaksir merangkumi penguasaan pengetahuan, penerapan sikap dan nilai, penguasaan kemahiran, status kesihatan serta amalan harian. Hasil pentaksiran digunakan untuk tindakan susulan bagi meningkatkan pembelajaran murid dan memperbaiki pengajaran guru. Pelaporan dibuat pada peringkat sekolah untuk memberi maklum balas kepada murid, ibu bapa dan guru lain. Standard Prestasi Standard Prestasi merupakan skala rujukan guru untuk menentukan pencapaian murid dalam menguasai Standard Kandungan dan Standard Pembelajaran yang ditetapkan. Standard Prestasi mengandungi enam tahap penguasaan yang disusun secara hirarki dari pencapaian terendah hingga pencapaian tertinggi. Setiap pernyataan tahap penguasaan ditafsir secara generik sebagai aras tertentu untuk memberi gambaran holistik tentang pencapaian murid. 6
  • 17. DRAF Tafsiran umum pernyataan tahap penguasaan adalah seperti yang berikut : Tafsiran pernyataaan Standard Prestasi bagi Pendidikan Kesihatan adalah seperti yang berikut : Tahap Penguasaan Tafsiran Tahap Penguasaan Tafsiran 1 Murid tahu perkara asas, atau boleh melakukan kemahiran asas atau memberi respons terhadap perkara yang asas. 1 Mempunyai pengetahuan tentang asas kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran. 2 Murid menunjukkan kefahaman untuk menukar bentuk komunikasi atau menterjemah serta menjelaskan apa yang telah dipelajari. 2 Memahami aspek kesihatan fizikal, mental, emosi, sosial dan persekitaran. 3 Murid boleh menggunakan pengetahuan untuk melaksanakan sesuatu kemahiran pada suatu situasi. 3 Memahami kepentingan dan boleh mengurus penjagaan diri, pengurusan mental, emosi dan sosial, serta kesihatan dan keselamatan diri. 4 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran dengan beradab, iaitu mengikut prosedur atau secara sistematik. 4 Memperkembangkan aspek penjagaan diri serta pengurusan mental, emosi dan sosial terhadap keluarga dan masyarakat. 5 Murid melaksanakan sesuatu kemahiran pada situasi baharu, dengan mengikut prosedur atau secara sistematik, serta tekal dan bersikap positif. 5 Mempunyai kemahiran kecekapan psikososial dalam mengurus hidup secara positif dan sihat. 6 Murid berupaya menggunakan pengetahuan dan kemahiran sedia ada untuk digunakan pada situasi baharu secara sistematik, bersikap positif, kreatif dan inovatif serta boleh dicontohi. 6 Mempunyai keupayaan membuat keputusan untuk mengadaptasi permintaan serta cabaran kehidupan harian, meningkatkan literasi kesihatan, dan mengamalkan gaya hidup sihat. 7
  • 18. DRAF
  • 19. DRAF OBJEKTIF PENDIDIKAN KESIHATAN TAHUN LIMA Pada akhir pembelajaran, murid dapat: 1. Memahami fungsi sistem reproduktif lelaki dan perempuan, pengetahuan asas tentang kejadian manusia serta kaitan kitaran haid dengan persenyawaan; 2. Menghargai dan menghormati anggota seksual diri sendiri serta orang lain, dan mengaplikasi kemahiran menangani pelbagai situasi negatif untuk menjaga kebersihan, keselamatan dan kesihatan; 3. Menilai kepentingan amalan pengambilan makanan yang berkhasiat; 4. Mengaplikasi kemahiran berkata TIDAK kepada penyalahgunaan bahan inhalan; 5. Mengaplikasi cara mengurus konflik dan stres dalam kalangan keluarga serta rakan sebaya; 6. Memahami tanggungjawab dan harapan ahli keluarga; 7. Memahami maksud remaja dan cabaran remaja, serta mengaplikasi kemahiran kecekapan psikososial dalam perhubungan maya dan bukan maya secara sihat sesama remaja; 8. Memahami cara mencegah perebakan penyakit berjangkit iaitu campak, rubella, cacar dan beguk; 9. Menilai pengaruh positif dan negatif dalam perhubungan maya dan bukan maya dengan rakan lain; dan 10. Memahami kepentingan bantu mula serta mengaplikasi bantu mula mengikut situasi untuk kecederaan ringan iaitu melecet, dan melecur. 9
  • 20. DRAF
  • 21. DRAF MODUL 1: KESIHATAN FIZIKAL KESIHATAN DIRI DAN REPRODUKTIF Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 1.1 Mengetahui dan memahami pertumbuhan serta perkembangan fizikal yang sihat. 1.1.1 Mengetahui sistem reproduktif lelaki dan perempuan. 1.1.2 Memahami fungsi organ dalam sistem reproduktif lelaki dan perempuan. 1.1.3 Mengetahui persenyawaan dalam asas kejadian manusia. 1.1.4 Memahami kaitan kitaran haid dengan persenyawaan. 1 Menyatakan organ dalam sistem reproduktif lelaki dan perempuan. 2 Menerangkan fungsi organ dalam sistem reproduktif lelaki dan perempuan. 3 Menjelaskan dengan contoh fungsi organ reproduktif manusia dalam proses persenyawaan. 4 Menghubungkaitkan fungsi organ reproduktif perempuan dengan kitaran haid. 5 Merumuskan kaitan antara kitaran haid dengan persenyawaan dalam asas kejadian manusia. 6 Menyampaikan maklumat kepada orang lain tentang kitaran haid dan persenyawaan dalam asas kejadian manusia. 11
  • 22. DRAF Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 1.2 Mendemonstrasi keupayaan dan kemahiran untuk menangani pengaruh dalaman serta luaran yang mempengaruhi kesihatan diri dan reproduktif. 1.2.1 Memahami kepentingan menghargai aspek seksualiti dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan. 1.2.2 Mengetahui cara menghargai dan menghormati anggota seksual diri sendiri dengan menjaga kebersihan, keselamatan dan kesihatan. 1.2.3 Mengaplikasi cara menghormati anggota seksual orang lain. 1.2.4 Mengaplikasi batas sentuhan pada anggota seksual dalam aspek menjaga kebersihan, keselamatan dan kesihatan. 1 Menyatakan penerimaan diri dan bersyukur dilahirkan sebagai lelaki atau perempuan. 2 Menjelaskan cara menghormati anggota seksual orang lain. 3 Menjelaskan dengan contoh cara menjaga kebersihan, keselamatan dan kesihatan anggota seksual diri sendiri. 4 Membincangkan cara menghargai dan menghormati anggota seksual diri sendiri dengan menjaga kebersihan, keselamatan dan kesihatan. 5 Membuat pertimbangan dan keputusan tentang batas sentuhan pada anggota seksual dalam aspek menjaga kebersihan, keselamatan dan kesihatan diri sendiri serta orang lain. 6 Menyampaikan maklumat kepada orang lain tentang cara menghargai dan menghormati anggota seksual serta batas sentuhan pada anggota seksual diri sendiri dan orang lain. 12
  • 23. DRAF PEMAKANAN Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 1.3 Mengetahui dan mengamalkan pemakanan yang sihat serta selamat. 1.3.1 Memahami kepentingan mengambil pelbagai jenis makanan. 1.3.2 Mensintesis menu makanan seimbang. 1.3.3 Menilai makanan yang berkhasiat. 1 2 3 4 5 6 Menyatakan kepentingan mengambil pelbagai jenis makanan. Membincangkan menu makanan seimbang. Menunjuk cara penyediaan makanan seimbang. Membanding beza antara makanan yang berkhasiat dengan makanan yang tidak berkhasiat. Memberi komen tentang hidangan dalam pemilihan makanan. Mencipta dan menghasilkan hidangan yang seimbang dan berkhasiat. 13
  • 24. DRAF PENYALAHGUNAAN BAHAN Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 1.4 Mengetahui jenis dan kesan penyalahgunaan bahan serta berkemahiran menangani situasi berisiko terhadap diri, keluarga dan masyarakat. 1.4.1 Mengetahui pelbagai jenis bahan inhalan. 1.4.2 Memahami kesan jangka pendek terhadap fizikal dan mental akibat penyalahgunaan bahan inhalan. 1.4.3 Memahami kesan jangka panjang terhadap fizikal dan mental akibat penyalahgunaan bahan inhalan. 1.4.4 Mengaplikasi cara berkata TIDAK kepada penyalahgunaan bahan inhalan. 1.4.5 Menilai maklumat berkaitan kesan penyalahgunaan bahan inhalan untuk disebarkan kepada ahli keluarga dan rakan sebaya. 1 Menyatakan pelbagai jenis bahan inhalan. 2 Menjelaskan kesan jangka pendek dan jangka panjang akibat penyalahgunaan bahan inhalan. 3 Menjelaskan dengan contoh cara berkata TIDAK kepada penyalahgunaan bahan inhalan. 4 Mendemonstrasi cara berkata TIDAK kepada penyalahgunaan bahan inhalan. 5 Mencadangkan cara mengelak pengambilan bahan inhalan. 6 Menyebarkan maklumat berkaitan kesan pengambilan bahan inhalan kepada ahli keluarga dan rakan sebaya. 14
  • 25. DRAF MODUL 2: KESIHATAN MENTAL, EMOSI DAN SOSIAL PENGURUSAN MENTAL DAN EMOSI Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 2.1 Mengetahui pelbagai jenis emosi, kepentingan dan cara mengurus emosi untuk meningkatkan kesihatan mental dalam kehidupan harian. 2.1.1 Memahami situasi konflik dan stres dalam keluarga. 2.1.2 Memahami situasi konflik dan stres dalam kalangan rakan sebaya. 2.1.3 Memahami kesan konflik dan stres dalam keluarga. 2.1.4 Memahami kesan konflik dan stres dengan rakan sebaya. 2.1.5 Mengaplikasi cara mengurus konflik dan stres dalam kalangan ahli keluarga dan rakan sebaya. 1 2 3 4 5 6 Menyatakan punca konflik dan stres dalam keluarga serta rakan sebaya. Memberi contoh konflik dan stres dalam keluarga serta rakan sebaya. Menerangkan kesan konflik dan stres dalam keluarga serta rakan sebaya. Menjelaskan melalui contoh kepentingan menangani konflik dan stres yang berlaku dalam keluarga serta rakan sebaya. Memilih cara mengurus konflik dan stres dalam keluarga serta rakan sebaya. Menjelaskan hubung kait kesan konflik dan stres terhadap diri, keluarga serta rakan sebaya, dan sebaliknya. 15
  • 26. DRAF KEKELUARGAAN Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 2.2 Mengetahui peranan diri sendiri dan ahli keluarga serta kepentingan institusi kekeluargaan dalam aspek kesihatan keluarga. 2.2.1 Mengetahui tanggungjawab ahli dalam keluarga dalam aspek mental, emosi dan sosial. 2.2.2 Memahami harapan ahli keluarga. 2.2.3 Memahami keperluan dan kehendak ahli keluarga dalam aspek mental, emosi dan sosial. 1 i. 2 ii. 3 iii. 4 4 iv. 5 v. 6 Menyatakan tanggungjawab ahli keluarga dalam aspek mental, emosi dan sosial. Mengenal pasti harapan ahli keluarga. Menjelaskan dengan contoh tanggungjawab ahli keluarga dalam membina keluarga yang harmoni. Membuat kajian keperluan dan kehendak ahli keluarga dalam aspek mental, emosi dan sosial. Meramalkan akibat sekiranya keperluan dan kehendak ahli keluarga tidak dipenuhi. Merancang keperluan dan kehendak ahli keluarga dalam aspek mental, emosi dan sosial. 16
  • 27. DRAF PERHUBUNGAN Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 2.3 Mengetahui dan mengaplikasi kemahiran interpersonal serta komunikasi berkesan dalam kehidupan harian. 2.3.1 Mengetahui maksud remaja. 2.3.2 Memahami peranan remaja dalam masyarakat. 2.3.3 Memahami cabaran yang dialami oleh remaja dalam perhubungan maya dan bukan maya. 2.3.4 Memahami perhubungan maya dan bukan maya secara sihat sesama remaja. 1 2 3 4 5 6 Menjelaskan maksud remaja. Menerangkan peranan remaja dalam masyarakat. Memberi contoh etika perhubungan maya dan bukan maya secara sihat. Membezakan cabaran yang dialami oleh remaja dalam hubungan maya dan bukan maya. Membahaskan cara menangani cabaran perhubungan maya dan bukan maya. Mencipta cara perhubungan yang sihat. 17
  • 28. DRAF MODUL 3: KESIHATAN PERSEKITARAN PENYAKIT Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 3.1 Mengetahui jenis penyakit dan cara mencegah serta mengelak risiko penyakit dalam kehidupan harian. 3.1.1 Mengetahui beberapa jenis penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui vaksin iaitu campak, rubella, cacar dan beguk. 3.1.2 Memahami gejala dan tanda penyakit iaitu campak, rubella, cacar serta beguk. 3.1.3 Memahami cara penyakit iaitu campak, rubella, cacar dan beguk merebak. 1 2 3 4 5 6 Menyatakan jenis penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui vaksin. Menerangkan fungsi vaksin dalam mencegah penyakit. Menjelaskan dengan contoh bagaimana penyakit berjangkit merebak. Membezakan gejala dan tanda penyakit berjangkit iaitu campak, rubella, cacar serta beguk. Mentafsir maklumat di dalam buku rekod kesihatan murid untuk menghasilkan karya mengenai kebaikan pengambilan vaksin. Menyebar luas maklumat penyakit berjangkit yang boleh dicegah melalui imunisasi kepada orang lain. 18
  • 29. DRAF KESELAMATAN Standard Kandungan Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 3.2 Mengetahui kepentingan menjaga keselamatan diri dan mendemonstrasi kemahiran kecekapan psikososial dalam kehidupan harian. 3.2.1 Menganalisis pengaruh positif dan negatif dalam perhubungan maya serta bukan maya dengan rakan lain. 3.2.2 Mengaplikasi cara menangani pengaruh negatif dalam perhubungan maya dan bukan maya dengan rakan lain. 1 2 3 4 5 6 Menyatakan maksud perhubungan maya dan bukan maya dengan rakan lain. Menerangkan pengaruh positif dan negatif dalam perhubungan maya dan bukan maya. Menjelaskan dengan contoh bagaimana menangani pengaruh negatif dalam perhubungan maya dan bukan maya. Membuat kajian impak berkaitan perhubungan maya dan bukan maya terhadap diri sendiri dan rakan lain. Membahaskan kebaikan dan keburukan perhubungan maya dan bukan maya. Menyampaikan maklumat tentang cara yang selamat dalam menjalin perhubungan maya dan bukan maya. 19
  • 30. DRAF PERTOLONGAN CEMAS Standard Pembelajaran Standard Prestasi Tahap Penguasaan Tafsiran 3.3 Mengetahui asas pertolongan cemas dan kepentingan bertindak dengan bijak mengikut situasi. 3.3.1 Memahami situasi yang menyebabkan kecederaan ringan iaitu melecet, dan melecur. 3.3.2 Mengaplikasi langkah-langkah semasa memberi bantu mula untuk kecederaan ringan iaitu melecet, dan melecur. 3.3.3 Mengetahui agensi yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan dan keselamatan mengikut situasi. 1 2 3 4 5 6 Menyatakan agensi yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan dan keselamatan mengikut situasi. Memberi contoh situasi yang boleh menyebabkan kecederaan ringan iaitu melecet, dan melecur. Mendemonstrasi langkah-langkah memberi bantu mula untuk kecederaan ringan iaitu melecet, dan melecur. Menjelaskan melalui contoh kepentingan memberi bantu mula untuk kecederaan ringan. Menilai cara memberi bantu mula mengikut tatacara yang betul mengikut jenis kecederaan. Menyebar luas maklumat agensi yang boleh memberi perkhidmatan kesihatan dan keselamatan. 20