SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 7
Descargar para leer sin conexión
KUMPULAN WANG SIIMPANAN PEKERJA
                 KUMPULAN WANG SIM PANAN PEKERJA
                 KUMPULAN WANG S MPANAN PEKERJA


RISALAH PENGELUARAN PENDIDIKAN
 TUJUAN

Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak
angkat) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara.

 KELAYAKAN MEMOHON

     (i)   Warganegara Malaysia; ATAU
     (ii)  Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian
           memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU
     (iii) Bukan warganegara Malaysia yang;
              Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU
              Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR)

     Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN

     Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2.

 SYARAT-SYARAT PENGELUARAN

1)   Tarikh Kuatkuasa Pengeluaran Pendidikan Berdasarkan Peringkat Pengajian

            1 April 2000        -         Ijazah Sarjana Muda dan ke atas serta yang setara dengannya bagi anak ahli
            2 Januari 2001      -         Diploma dan ke atas serta yang setara dengannya bagi ahli
            17 Januari 2006     -         Diploma bagi anak ahli

2)   Program Pengajian Yang Dibenarkan

            Ahli / anak ahli telah mendaftar untuk pengajian akademik / profesional / kemahiran / vokasional di IPT yang dibenarkan.

3)   Peringkat Pengajian Yang Dibenarkan

            Ahli / anak ahli mestilah mengikuti pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang
            setara dengannya.

4)   Kursus Pengajian Yang Dibenarkan

            IPT Dalam Negara

            a)    Kursus Pengajian Akademik

                  Kursus pengajian akademik yang diikuti sepenuh masa, separuh masa atau program jarak jauh yang ditawarkan oleh :-

                  -   Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA);
                  -   Institusi Pengajian Tinggi Kerajaan (IPTK) seperti politeknik, kolej komuniti, institusi pendidikan atau mana-mana IPT di bawah
                      seliaan agensi Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri;
                  -   Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi
                      (JPS-KPT) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA);
                  -   Kampus cawangan universiti luar negara yang telah mendapat kelulusan dari JPS-KPT atau MQA.

            b)    Kursus Pengajian Profesional dan Kursus Kemahiran

                  -   Kursus pengajian profesional / kursus kemahiran yang menjalankan sesi pembelajaran secara interaksi bersemuka di antara pelajar
                      dan pensyarah yang telah diluluskan oleh JPS-KPT / MQA atau yang telah dinilai taraf oleh Bahagian Latihan, Jabatan
                      Perkhidmatan Awam (JPA) ATAU mana-mana Badan-Badan Profesional yang diiktiraf oleh Kerajaan setara dengan peringkat
                      Diploma dan ke atas.

                  -   Bagaimanapun, kursus profesional yang termasuk dalam senarai kelulusan KWSP yang dijalankan secara maya (‘on-line’) dengan
                      badan profesional di luar negara tanpa melibatkan IPT dalam negara boleh dipertimbangkan untuk kelulusan.

                  -   Senarai penuh kursus profesional / kursus kemahiran yang diluluskan dan tidak diluluskan untuk Pengeluaran Pendidikan boleh
                      diperolehi di laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my atau di mana-mana kaunter perkhidmatan KWSP yang berhampiran.
c)     Kursus Vokasional

                -      Kursus vokasional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK / MLVK), Kementerian Sumber Manusia bahawa
                       kursus tersebut setara dengan peringkat Diploma (tahap 4) atau Ijazah Sarjana Muda (tahap 5).

         IPT Luar Negara

         Kursus pengajian sepenuh masa di IPT luar negara tertakluk kepada peringkat pengajian yang diluluskan.

         Program Pendidikan Jarak Jauh atau Pengajian Secara ‘Off Shore’ Dengan IPT Luar Negara

         -      Kursus pengajian jarak jauh atau pengajian secara ‘off shore’ dengan IPT luar negara yang dijalankan secara usahasama dengan IPT
                dalam negara dan telah mendapat kebenaran serta kelulusan dari JPS-KPT sahaja dibenarkan. Pengajian yang dibuat secara terus
                dengan IPT luar negara atau melalui agen tempatan dan agen luar negara tidak dibenarkan.

         Program Francais

         -      Kursus pengajian yang dikendalikan oleh IPTS secara francais dengan IPTA.

         -      Kursus pengajian yang dikendalikan oleh IPTS secara francais dengan IPT luar negara dan telah menerima ‘Surat Kelulusan
                Mengendalikan Kursus Pengajian’ yang dikeluarkan oleh JPS-KPT.

5)   Yuran Pengajian Yang Dibenarkan
         Yuran pengajian adalah semua jenis bayaran yang dikenakan oleh pihak IPT termasuk kos tiket penerbangan sehala untuk IPT dalam dan
         luar negara (kelayakan semasa pelajar mendaftar di tahun pertama sahaja).
         Yuran Asrama/ Penginapan Pelajar
                (i)    Yuran Asrama yang disediakan oleh IPT/ Pihak Ke 3 yang dilantik oleh IPT
                (ii)   Bayaran Penginapan Secara Persendirian
                Kos sewa sama atau kurang daripada kadar sewa yang disediakan oleh IPT
                -   Ahli perlu membuktikan kadar sewa lebih rendah daripada kadar yuran asrama yang disediakan oleh IPT. Dokumen yang
                    diperlukan :
                    a. Sebutharga atau perjanjian penyewaan (contoh : sewa bulanan/sewa tahunan) daripada pihak persendirian (tuan rumah/
                         landlord)
                    b. Surat tawaran atau dokumen yang mengesahkan maklumat berkenaan penyewaan daripada IPT atau pihak ke tiga yang
                         dilantik oleh IPT (contoh : sewa bulanan/ sewa tahunan)
         Nota :
         Kelayakan maksima adalah kadar sewa yang ditetapkan oleh IPT atau pihak ke tiga yang dilantik atau pihak persendirian (tuan
         rumah/landlord) untuk tempoh bayaran setahun penyewaan.
         Dokumen Sokongan yang membuktikan pihak ke tiga adalah pihak yang dilantik oleh IPT antaranya MOU atau surat pelantikan.

         Ahli / anak ahli yang sedang mengikuti pengajian atau telah berjaya menamatkan pengajian dibenarkan memohon pengeluaran untuk
         membiayai yuran pengajian di bawah keadaan berikut :-

         (i)    Membiayai yuran pengajian yang belum dijelaskan kepada IPT; ATAU

         (ii)   Pembayaran balik kepada ahli sekiranya yuran pengajian telah dijelaskan kepada IPT berdasarkan resit bayaran yang dikeluarkan oleh
                IPT dengan syarat tarikh resit tidak melebihi satu tahun pada tarikh permohonan diterima; ATAU

         (iii) Membiayai yuran pengajian tertunggak dengan IPT, tertakluk kepada tarikh kuatkuasa pengeluaran dilaksanakan; ATAU
               Nota : Bagi pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian layak membuat pengeluaran dengan syarat sijil tamat belajar pengajian
               masih belum dikeluarkan/ ditahan oleh pihak IPT.

         (iv) Mengurang / menyelesaikan baki pinjaman pendidikan yang dibuat dengan institusi pemberi pinjaman yang diluluskan oleh KWSP

6)       Syarat-Syarat Bagi Ahli / Anak Ahli Yang Menerima Tajaan (Biasiswa / Bantuan Pengajian / Pinjaman

         Ahli layak membuat pengeluaran ini sekiranya ahli / anak ahli tidak mendapat atau mendapat sebahagian tajaan daripada mana-mana
         pihak.

         Bagi pelajar yang telah menerima tajaan tetapi dalam keadaan tertentu terpaksa membiayai yuran pengajian sendiri, ahli / anak ahli perlu
         menyertakan surat pengesahan daripada IPT tentang jumlah yuran pengajian yang perlu dibiayai sendiri berserta dengan penjelasan dari IPT.
         Bagaimanapun, penjelasan tersebut akan diberi pertimbangan semula oleh KWSP untuk kelulusan.

         Bagi yang telah menerima tajaan selepas membuat pengeluaran hendaklah memastikan IPT berkenaan mengembalikan amaun
         pengeluaran yang telah dibayar bagi tempoh pengajian yang diliputi oleh bantuan tajaan tersebut kepada KWSP bagi tujuan dikreditkan
         semula ke dalam akaun ahli.

7)   Syarat-Syarat Bagi Ahli Untuk Tujuan Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Pendidikan

         Ahli layak sekiranya ;

         (i)    Pinjaman Pendidikan dibuat dengan Institusi Kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA),
                Bank Rakyat, JPA, MARA, PTPTN, Yayasan Negeri, Yayasan Pendidikan Negeri, MIED, Yayasan Tenaga Nasional, Yayasan Telekom
Malaysia / TMB, Petronas, Yayasan Biasiswa Tun Sambanthan, Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau
                mana-mana institusi yang diluluskan oleh KWSP termasuk pinjaman Pendidikan di antara majikan dengan pekerja (pelajar) untuk
                membiayai pengajian pekerja (pelajar) sahaja; DAN

         (ii)   Perjanjian Pinjaman Pendidikan dibuat atas nama Pelajar atau ibu/ bapa pelajar atau kedua-duanya serta perjanjian tersebut mestilah
                ditandatangani pada atau selepas tarikh kuatkuasa perlaksanaan pengeluaran berdasarkan peringkat pengajian (sekiranya perjanjian
                atas nama ibu atau bapa, ahli (ibu atau bapa mestilah merupakan peminjam tersebut.); DAN
                Nota: Pelajar merujuk kepada ahli atau anak ahli (ahli tidak semestinya pelajar)

         (iii) Ahli / anak ahli mestilah sedang mengikuti pengajian atau telah berjaya menamatkan pengajian tersebut; DAN

         (iv) Kursus pengajian yang dibenarkan di bawah pengeluaran ini.

         Senarai institusi pemberi pinjaman yang diluluskan bagi tujuan mengurang / menyelesaikan baki pinjaman pendidikan boleh diperoleh
         di laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my atau di mana-mana kaunter perkhidmatan KWSP yang berhampiran.

8)   Syarat-Syarat Lain Yang Perlu Dipatuhi Oleh Pemohon

         Pengajian di IPT Luar Negara

         (i)    Surat Tawaran Belajar, Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar dan resit bayaran hendaklah dikeluarkan oleh IPT luar negara tersebut
                dan BUKAN dari agen yang dilantik oleh IPT berkenaan.

         (ii)   Semua dokumen dari IPT luar negara perlu dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris. Jika menggunakan bahasa selain Bahasa Inggeris,
                ianya perlu disertakan bersama dengan surat terjemahan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dari IPT luar negara, Kedutaan
                Negara tersebut/ Institut Terjemahan Negara/ Mahkamah/ IPTA yang bertauliah yang mempunyai kepakaran dalam bahasa berkenaan.

         (iii) Keuntungan atau kerugian semasa proses pertukaran kadar tukaran wang asing sama ada bayaran dibuat atas nama IPT luar negara
               atau kepada ahli akan ditanggung oleh ahli. Kadar tukaran adalah berdasarkan kadar tukaran semasa permohonan diluluskan.

         Pengajian di IPT Dalam Negara

         (i)    Resit bayaran yang layak dituntut hanyalah resit yang dikeluarkan oleh IPT tersebut sahaja. Sebarang resit bayaran yang dikeluarkan
                oleh pihak yang dilantik oleh IPT tempatan tidak dibenarkan walau pun surat kebenaran dari IPT ada disertakan.

         (ii)   Bagi IPTA, cek bayaran hanya boleh dibuat atas nama IPTA berkenaan sahaja. Bagi IPTS, cek bayaran hanya boleh dibuat atas nama
                IPTS tersebut atau kepada nama syarikat yang didaftarkan dalam surat kebenaran mengendalikan kursus oleh JPS-KPT.

9)   Kekerapan Pengeluaran Yang Dibenarkan

         Ahli dibenarkan memohon pengeluaran untuk membayar yuran pengajian :-

         (i)    Setiap semester; ATAU
         (ii)   Setiap tahun akademik (satu kali pengeluaran dalam satu tahun akademik tersebut)

         Ahli boleh memohon mengeluarkan simpanan ahli sekali bagi setiap semester / tahun akademik bagi setiap orang anak.

         Ahli juga boleh memohon pengeluaran ini bersama suami / isteri untuk membiayai yuran pengajian anak ahli.

10) Keperluan Menghadiri Sesi Temuduga

         Bagi permohonan pengeluaran di IPTS dalam negara atau IPT luar negara, ahli / anak ahli dikehendaki untuk menghadiri sesi temuduga
         yang akan dikendalikan oleh Pegawai KWSP semasa mengemukakan borang permohonan (untuk permohonan kali pertama sahaja).

 AMAUN YANG LAYAK DIKELUARKAN

Ahli boleh mengeluarkan simpanan sebanyak berikut, mengikut mana yang kurang :-

Jumlah yuran pengajian ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2
SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN

                                                                                                                      PERMOHONAN     PERMOHONAN
BIL.                                             DOKUMEN UTAMA                                                        KALI PERTAMA   SETERUSNYA

 1.    Borang Pengeluaran KWSP 9H (AHL)
                                                                                                                          √              √
 2.    Kad Pengenalan Diri
       (a) MyKad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR)
           ATAU
       (b) Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan
           Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis yang tidak
           tertera no. Kad Pengenalan Diri)
           ATAU
       Pasport. Jika bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998                                √              √
       Nota:
           Salinan kad pengenalan tidak perlu sekiranya ahli adalah pemegang MyKad dan Pengecaman Cap Ibu
           Jari ahli dengan Pengkalan Data KWSP atau Bacaan MyKad adalah padan.
           Ahli yang tidak memiliki MyKad dan/atau permohonan melalui pos/ wakil masih perlu mengemukakan
           salinan dokumen pengenalan diri masing-masing.

 3.    Surat Tawaran Belajar
                                                                                                                          √
 4.    Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
          Mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP kecuali bagi IPT luar negara.
          Tarikh surat tidak melebihi 6 bulan dari tarikh permohonan diterima.
       Nota :                                                                                                             √              √
          Bagi IPT luar negara dokumen lain yang mengandungi maklumat butiran pengajian dan yuran pengajian
          atau lain-lain maklumat berkaitan boleh diterimapakai dan tarikh dokumen tidak tertakluk 6 bulan dari
          tarikh permohonan
 5.    Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian
          Dikecualikan kepada pelajar IPTA ATAU IPT luar negara ATAU IPTS dalam negara yang mendapat
          taraf universiti / kolej universiti / kampus cawangan universiti luar negara yang telah disenaraikan oleh
          KWSP ATAU Pelajar yang mengikuti Kursus Profesional / Kemahiran secara terus dengan Badan
          Profesional yang disenaraikan di dalam Senarai Kursus Profesional / Kemahiran yang diluluskan oleh
          KWSP.                                                                                                           √              √
       (a) Kursus Akademik ATAU Kursus Profesional
             Surat Kebenaran Mengendalikan Kursus Pengajian yang masih sahlaku dikeluarkan oleh Jabatan
             Pendidikan Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi (JPS-KPT); ATAU
             Surat / Sijil Perakuan Akreditasi Kursus oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA).
          s

       (b) Kursus Profesional ATAU Kursus Kemahiran
             Surat Pengesahan Nilai Taraf Kursus Pengajian dikeluarkan oleh Bahagian Latihan, Jabatan
             Perkhidmatan Awam; ATAU
             Surat Pengesahan oleh Badan-Badan Profesional yang diiktiraf Kerajaan atau Jabatan / Agensi
             Kerajaan berkaitan mengesahkan kursus adalah setara dengan peringkat diploma dan ke atas.
       (c) Kursus Vokasional
           Surat Pengesahan Nilai Taraf Kursus Vokasional dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran
           (JPK / MLVK), Kementerian Sumber Manusia yang mengesahkan kursus adalah setara dengan
           peringkat Diploma (tahap 4) atau Ijazah Sarjana Muda (tahap 5).
 6.    Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan)
          Pelajar IPTS dalam dan luar negara yang berada di tahun kedua pengajian dan seterusnya                          √              √
 7.    Borang Temuduga
         Pengajian di IPTS dalam negara dan luar negara sahaja
         Sesi temuduga terhadap ahli / anak ahli akan dijalankan di kaunter dan borang akan dilengkapkan oleh
         pegawai KWSP)
       Nota :
                                                                                                                          √
         Dikecualikan untuk permohonan seterusnya jika pelajar masih mengikuti kursus pengajian dan di IPT
         yang sama; ATAU
         Permohonan yang dikemukakan secara pos dari luar negara untuk IPT luar negara
 8.    Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian
          Dikecualikan kepada pelajar IPTA ATAU IPT luar negara yang telah disenaraikan oleh KWSP ATAU
          IPTS dalam negara yang mendapat taraf universiti / kolej universiti / kampus cawangan universiti luar
          negara yang telah disenaraikan oleh KWSP ATAU pelajar yang mengikuti Kursus Profesional /
          Kemahiran secara terus dengan Badan Profesional yang disenaraikan di dalam Senarai Kursus                       √
          Profesional / Kemahiran yang diluluskan oleh KWSP.
PERMOHONAN     PERMOHONAN
BIL.                                             DOKUMEN UTAMA                                                        KALI PERTAMA   SETERUSNYA


       Sijil Kelayakan Akademik perlu dikemukakan mengikut peringkat pengajian seperti berikut :-
       (a) Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda
             Sijil SPM (sekurang-kurangnya 3 kredit) ATAU STPM (sekurang-kurangnya lulus satu subjek dengan
             pangkat C) ATAU Diploma ATAU lain-lain kelayakan yang setara
       (b) Peringkat Ijazah Sarjana
             STPM (sekurang-kurangnya lulus satu subjek dengan pangkat C) ATAU Diploma / Diploma Lanjutan
             ATAU Ijazah Sarjana Muda ATAU lain-lain kelayakan yang setara
       (c) Peringkat Doktor Falsafah
             Ijazah Sarjana
       Nota:
       Bagi pelajar yang mengikuti pengajian kursus Diploma Eksekutif / Diploma Profesional di IPTA atau
       IPTS Dalam Negara perlu mematuhi syarat berikut :-
       (a) Sekurang-kurangnya 3 kredit dalam Sijil SPM; DAN
       (b) Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja. Surat Pengesahan Majikan perlu dikemukakan yang
           menyatakan tempoh perkhidmatan dan jawatan pekerja.
 9.    Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli

       Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan ATAU Penyata Akaun Semasa ATAU Surat Pengesahan Bank
       Mengenai Butiran Pemegang Akaun ATAU Cetakan Butiran Pemegang Akaun Melalui Laman Web.
       Nota :
          Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang dilantik                                                                √              √
          Akaun bank mestilah yang masih aktif
       (Dokumen asal dikecualikan jika ahli dapat memberi maklumat akaun bank dengan betul tanpa merujuk
       kepada dokumen asal. Ketepatan maklumat penting bagi mengelakkan pengkreditan terus ke akaun ahli
       gagal)


                                                                                                                      PERMOHONAN     PERMOHONAN
BIL.                                            DOKUMEN SOKONGAN                                                      KALI PERTAMA   SETERUSNYA

BAGI PENGELUARAN PENDIDIKAN ANAK AHLI
 1.    Kad Pengenalan Anak Ahli
                                                                                                                          √
 2.    Dokumen Bukti Pertalian
       Sijil Kelahiran Anak Ahli; ATAU
       Sijil Nikah / Perkahwinan (jika anak tiri); ATAU
                                                                                                                          √
       Sijil Pendaftaran anak angkat dari Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat)
BAGI PERMOHONAN BAYARAN BALIK YURAN PENGAJIAN YANG TELAH DIBAYAR KEPADA IPT
 3.    Resit Bayaran Yuran Pengajian Yang Dikeluarkan Oleh IPT
          Tidak melebihi satu tahun pada tarikh permohonan dikemukakan dan hanya boleh digunakan untuk
          sekali tuntutan sahaja; DAN                                                                                     √              √
          Resit asal perlu dikemukakan di kaunter

 4.    Tuntutan Bayaran Balik Tiket Penerbangan
           Perlu kemukakan resit bayaran atau tiket penerbangan (mengandungi butiran nama penumpang,
           amaun bayaran, tarikh dan destinasi penerbangan).                                                              √
           Kelayakan penerbangan sehala bagi pelajar IPT dalam / luar negara semasa mendaftar untuk
           memulakan pengajian pada tahun pertama sahaja.
BAGI PENGAJIAN DI IPT LUAR NEGARA
 5.    Salinan muka surat butiran pasport pelajar yang masih sahlaku
       DAN
       a) Jika ahli / anak ahli telah ke luar negara
             Muka surat yang mengandungi tarikh dan cop Jabatan Imigresen negara berkenaan/ bayaran yuran
             pengajian/ Visa belajar/ Keputusan Peperiksaan sebagai bukti pelajar telah mengikuti pengajian di luar
             negara; ATAU                                                                                                 √
       b) Jika ahli / anak ahli belum ke luar negara
             Bukti bayaran yuran pengajian atas nama IPT luar negara sebagai komitmen untuk mengikuti
             pengajian di luar negara


BAGI PERMOHONAN SECARA POS
 6.    Borang Permohonan Pendaftaran Ahli dan Pindaan Maklumat (KWSP 3)
                                                                                                                          √              √
PERMOHONAN MENGURANG / MENYELESAIKAN BAKI PINJAMAN PENDIDIKAN
                                   DENGAN INSTITUSI PEMBERI PINJAMAN YANG DILULUSKAN KWSP
                                                                                                    JIKA PELAJAR SEDANG          JIKA PELAJAR TELAH
                                                                                                    MENGIKUTI PENGAJIAN         BERJAYA MENAMATKAN
                                                                                                                                      PENGAJIAN
 BIL.                                    DOKUMEN SOKONGAN
                                                                                                    PERMOHONAN     PERMOHONAN   PERMOHONAN     PERMOHONAN
                                                                                                    KALI PERTAMA   SETERUSNYA   KALI PERTAMA   SETERUSNYA

     1.      Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama ahli ATAU anak ahli
             Nota:
                Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan boleh diterima sebagai ganti salinan
                Perjanjian Pinjaman Pendidikan.                                                         √                           √
                Kelayakan tertakluk kepada tarikh kuatkuasa pelaksanaan pengeluaran
                berdasarkan peringkat pengajian.
     2.      Penyata Baki Pinjaman Pendidikan terkini
               Mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP yang asal
               Tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima
                                                                                                        √             √             √             √
     3.      Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal
                IPT dalam negara perlu mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP                        √             √
                Tempoh sahlaku surat adalah 6 bulan daripada tarikh permohonan diterima
     4.      Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian (seperti yang dinyatakan dalam Bil. 5
             dalam jadual di Dokumen Utama)                                                             √             √
     5.      Dokumen Bukti Berjaya Menamatkan Pengajian
                Salinan sijil akademik; ATAU
                Transkrip keputusan peperiksaan semester akhir yang membuktikan pelajar telah
                berjaya menamatkan pengajian
                                                                                                                                    √
     6.      Sekiranya nama kursus atau nama IPT berbeza antara sijil akademik dan
             penyata baki pinjaman/perjanjian pinjaman/surat tawaran, ahli perlu
             mengemukakan dokumen tambahan
                Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian (seperti yang dinyatakan dalam           √                           √
                Bil. 5 dalam jadual di Dokumen Utama); ATAU
                Surat penjelasan dari IPT tentang perbezaan tersebut
     7.      Sekiranya Institusi Pemberi Pinjaman adalah Koperasi
                 Sijil Pendaftaran Koperasi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia /
                 Jabatan Pembangunan Koperasi
                                                                                                        √                           √

NOTA :
KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan sekiranya diperlukan dan menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak
memenuhi syarat yang ditetapkan.

 PERHATIAN DAN MAKLUMAN KEPADA PEMOHON

          KWSP tidak mengeluarkan sebarang resit atas bayaran pengeluaran yang dibuat kepada pihak ketiga.

          Kegagalan Mengembalikan Amaun Yang Tidak Digunakan Bagi Maksud Pengeluaran
          Sekiranya pemohon tidak menggunakan bayaran pengeluaran bagi maksud pengeluaran dibuat, pemohon dianggap telah
          melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda
          tidak melebihi RM2,000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 58A, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007].

          Membuat Kenyataan Yang Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu
          Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah
          melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda
          tidak melebihi RM10,000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007].

 KAEDAH BAYARAN
A.        JIKA AHLI / ANAK AHLI TELAH MEMBUAT PEMBAYARAN

          Semua bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :-
          a. Ahli mempunyai akaun bank dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN
          b. Akaun bank ahli masih aktif; DAN
          c. Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank; DAN
          d. Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM)

          Bagaimanapun, sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli seperti akaun bank tidak aktif atau nombor Kad Pengenalan
          Diri tidak sepadan, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank.
          Bagi ahli / anak ahli yang berada di luar Malaysia, boleh memilih bayaran melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :-
   Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi
           tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU
          Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi
           tujuan bayaran secara Draf Bank Asing

B.     JIKA AHLI / ANAK AHLI BELUM MEMBUAT PEMBAYARAN

(i)    Bagi IPT Dalam Negara dan Institusi Pemberi Pinjaman Yang Diluluskan (pihak ketiga)
           Bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank di atas nama IPT Dalam Negara / Institusi Pemberi Pinjaman Yang Diluluskan.

           Cek Jurubank tersebut akan dihantar terus ke alamat pihak ketiga yang dinyatakan ahli dalam borang permohonan melalui pos secara mel
           berdaftar atau serahan kaunter atas permintaan pihak ketiga sahaja. Satu notis bayaran (yang dikepil bersama cek jurubank) yang
           mengandungi maklumat bayaran dan pengeluaran akan dihantar kepada pihak ketiga. Manakala satu notis makluman (cek jurubank telah
           dihantar kepada pihak ketiga) akan dihantar kepada ahli.

(ii)   Bagi IPT Luar Negara
           Bayaran akan dibuat melalui draf bank asing atas nama IPT luar negara dalam matawang asing ;
            Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP
                bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU
            Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP
                bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing
                Nota :
                KWSP akan membuat pengesahan semula dengan ahli sekiranya jenis matawang yang dipilih dalam borang permohonan tiada dalam
                senarai yang dibenarkan atau sebelum menukar jenis matawang kepada US Dollar.

           Draf bank asing tersebut akan diserahkan kepada ahli untuk disampaikan kepada IPT. Bayaran kepada agen adalah tidak dibenarkan.

  CARA PERMOHONAN DIHANTAR

Permohonan boleh dihantar di mana-mana cawangan KWSP sama ada melalui serahan di kaunter ATAU melalui pos.

SERAHAN DI KAUNTER
   Sila bawa bersama SEMUA dokumen asal bagi tujuan pengesahan oleh Pegawai KWSP.
   Bagaimanapun, jika salinan dokumen telah dibuat pengesahan sila pastikan salinan dokumen disahkan oleh pegawai yang dibenarkan oleh
   KWSP, lengkap dengan tandatangan, nama, jawatan dan cop rasmi pengesah.


SERAHAN MELALUI POS
   Sila pastikan SEMUA salinan dokumen telah disahkan pegawai yang dibenarkan oleh KWSP, lengkap dengan tandatangan, nama, jawatan dan
   cop rasmi pengesah.

       Permohonan melalui pos boleh dialamatkan kepada :-

       KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA
       Karung Berkunci No. 220
       Jalan Sultan
       46720 Petaling Jaya
       SELANGOR

  PERTANYAAN

Jika ahli mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi :-

       Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran

       Pusat Pengurusan Panggilan KWSP. Tel: 03-8922 6000

       Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my

Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Ahli juga boleh
melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan panduan umum
kepada ahli.




                                              Anda Keut amaan Kami
                                                                                                                    Tarikh Cetakan : Oktober 2012

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Apakah itu projek 1 bestarinet
Apakah itu projek 1 bestarinetApakah itu projek 1 bestarinet
Apakah itu projek 1 bestarinetsmkchemomoi
 
Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)
Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)
Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)SISC+ PPD Seremban
 
Soalan temu bual bagi kajian kes
Soalan temu bual bagi kajian kesSoalan temu bual bagi kajian kes
Soalan temu bual bagi kajian kesSalwa Samsudin
 
Akaun belum terima
Akaun belum terimaAkaun belum terima
Akaun belum terimaMud Pea
 
Theory of teaching & learning
Theory of teaching & learningTheory of teaching & learning
Theory of teaching & learningnortatar
 
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianPembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianWan Mohamad Farhan
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnal Ulasan jurnal
Ulasan jurnal Ker0
 
Sekolah bandar vs sekolah luar bandar
Sekolah bandar vs sekolah luar bandarSekolah bandar vs sekolah luar bandar
Sekolah bandar vs sekolah luar bandarbiedintan
 
Ujian Aptitud/Bakat
Ujian Aptitud/BakatUjian Aptitud/Bakat
Ujian Aptitud/Bakatmufamaz87
 
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPPImbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPPShaiful Izham
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalNur Kareena
 

La actualidad más candente (20)

Apakah itu projek 1 bestarinet
Apakah itu projek 1 bestarinetApakah itu projek 1 bestarinet
Apakah itu projek 1 bestarinet
 
Sistem barter
Sistem barterSistem barter
Sistem barter
 
Jadual Penentu Kandungan
Jadual Penentu KandunganJadual Penentu Kandungan
Jadual Penentu Kandungan
 
Intensiti
IntensitiIntensiti
Intensiti
 
Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)
Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)
Item kbat dan perealisasian (pentaksiran)
 
Kolaboratif
KolaboratifKolaboratif
Kolaboratif
 
Soalan temu bual bagi kajian kes
Soalan temu bual bagi kajian kesSoalan temu bual bagi kajian kes
Soalan temu bual bagi kajian kes
 
Akaun belum terima
Akaun belum terimaAkaun belum terima
Akaun belum terima
 
Theory of teaching & learning
Theory of teaching & learningTheory of teaching & learning
Theory of teaching & learning
 
Soal selidik plg525 kepimpinan
Soal selidik plg525 kepimpinanSoal selidik plg525 kepimpinan
Soal selidik plg525 kepimpinan
 
Apakah kajian rintis
Apakah kajian rintisApakah kajian rintis
Apakah kajian rintis
 
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas TalianPembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
Pembelajaran Tradisional VS Pembelajaran Atas Talian
 
Dasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pippDasar pendidikan negara & pipp
Dasar pendidikan negara & pipp
 
Ulasan jurnal
Ulasan jurnal Ulasan jurnal
Ulasan jurnal
 
Sekolah bandar vs sekolah luar bandar
Sekolah bandar vs sekolah luar bandarSekolah bandar vs sekolah luar bandar
Sekolah bandar vs sekolah luar bandar
 
Ujian Aptitud/Bakat
Ujian Aptitud/BakatUjian Aptitud/Bakat
Ujian Aptitud/Bakat
 
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPPImbangan Dan Masa Reaksi - MPP
Imbangan Dan Masa Reaksi - MPP
 
Laporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnalLaporan ulasan jurnal
Laporan ulasan jurnal
 
4.Modul 4 Pemilihan Projek KIK
4.Modul 4  Pemilihan Projek KIK4.Modul 4  Pemilihan Projek KIK
4.Modul 4 Pemilihan Projek KIK
 
Tajuk 7 penilaian latihan
Tajuk 7 penilaian latihanTajuk 7 penilaian latihan
Tajuk 7 penilaian latihan
 

Similar a Kwsp

Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKUPekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKUAnnis Salwa Tajudin
 
Carta alir konvokesyen
Carta alir konvokesyenCarta alir konvokesyen
Carta alir konvokesyenSobbah Ahmad
 
Pembayaran balik pinjaman pelajaran kementerian pelajaran malaysia
Pembayaran balik pinjaman pelajaran kementerian pelajaran malaysiaPembayaran balik pinjaman pelajaran kementerian pelajaran malaysia
Pembayaran balik pinjaman pelajaran kementerian pelajaran malaysiaemjaeybgw
 
1112 pekeliling spm
1112 pekeliling spm1112 pekeliling spm
1112 pekeliling spmamri7110
 
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...Fadzliaton Zainudin
 
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdfSurat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdfWan Suhaimi Wan Setapa
 
Garis panduantusyen
Garis panduantusyenGaris panduantusyen
Garis panduantusyenhafidzanazmi
 
Maklumat dan-syarat-permohonan-belajar-di-universiti-islam-madinahbaru-1
Maklumat dan-syarat-permohonan-belajar-di-universiti-islam-madinahbaru-1Maklumat dan-syarat-permohonan-belajar-di-universiti-islam-madinahbaru-1
Maklumat dan-syarat-permohonan-belajar-di-universiti-islam-madinahbaru-1Muhammad Hamimi Hashim
 
syarat-syarat kemasukan ke ipta 2013/14
syarat-syarat kemasukan ke ipta 2013/14syarat-syarat kemasukan ke ipta 2013/14
syarat-syarat kemasukan ke ipta 2013/14Oeya Sofea
 
Report Latihan Industri JKE PSAS
Report Latihan Industri JKE PSASReport Latihan Industri JKE PSAS
Report Latihan Industri JKE PSASMuhammad Hamizan
 
Takafulink education 2013
Takafulink education 2013Takafulink education 2013
Takafulink education 2013Asmiley Laily
 
SLAID DESKRIPSI MyPPB(PENGIRAAN MATA KREDIT) (1) (2).pptx
SLAID DESKRIPSI MyPPB(PENGIRAAN MATA KREDIT) (1) (2).pptxSLAID DESKRIPSI MyPPB(PENGIRAAN MATA KREDIT) (1) (2).pptx
SLAID DESKRIPSI MyPPB(PENGIRAAN MATA KREDIT) (1) (2).pptxsuzana573380
 
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysiaGaris panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysiaذوالكفلى حاج حمدان
 
Info on rm1 mil incentive
Info on rm1 mil incentiveInfo on rm1 mil incentive
Info on rm1 mil incentiveCikgu Syahidon
 
Buku Garis Panduan Cuti Belajar
Buku Garis Panduan Cuti BelajarBuku Garis Panduan Cuti Belajar
Buku Garis Panduan Cuti BelajarChon Seong Hoo
 

Similar a Kwsp (20)

Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKUPekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
Pekeliling, Borang Permohonan Elaun dan Borang Pengeluaran Elaun OKU
 
Rujukan selepas spm
Rujukan selepas spmRujukan selepas spm
Rujukan selepas spm
 
Pgurusnkwgn
PgurusnkwgnPgurusnkwgn
Pgurusnkwgn
 
Carta alir konvokesyen
Carta alir konvokesyenCarta alir konvokesyen
Carta alir konvokesyen
 
Pembayaran balik pinjaman pelajaran kementerian pelajaran malaysia
Pembayaran balik pinjaman pelajaran kementerian pelajaran malaysiaPembayaran balik pinjaman pelajaran kementerian pelajaran malaysia
Pembayaran balik pinjaman pelajaran kementerian pelajaran malaysia
 
Borang kebenaran
Borang kebenaranBorang kebenaran
Borang kebenaran
 
1112 pekeliling spm
1112 pekeliling spm1112 pekeliling spm
1112 pekeliling spm
 
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
SPK Bil. 8/2012: Garis Panduan Pengurusan Kewangan Peruntukan Bantuan Perseko...
 
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdfSurat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
Surat pekeliling-kewangan-bil-8-2012-pdf
 
Perkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusiaPerkhidmatan sumber manusia
Perkhidmatan sumber manusia
 
Garis panduantusyen
Garis panduantusyenGaris panduantusyen
Garis panduantusyen
 
Maklumat dan-syarat-permohonan-belajar-di-universiti-islam-madinahbaru-1
Maklumat dan-syarat-permohonan-belajar-di-universiti-islam-madinahbaru-1Maklumat dan-syarat-permohonan-belajar-di-universiti-islam-madinahbaru-1
Maklumat dan-syarat-permohonan-belajar-di-universiti-islam-madinahbaru-1
 
syarat-syarat kemasukan ke ipta 2013/14
syarat-syarat kemasukan ke ipta 2013/14syarat-syarat kemasukan ke ipta 2013/14
syarat-syarat kemasukan ke ipta 2013/14
 
Report Latihan Industri JKE PSAS
Report Latihan Industri JKE PSASReport Latihan Industri JKE PSAS
Report Latihan Industri JKE PSAS
 
Takafulink education 2013
Takafulink education 2013Takafulink education 2013
Takafulink education 2013
 
Spk 8 2012
Spk 8 2012Spk 8 2012
Spk 8 2012
 
SLAID DESKRIPSI MyPPB(PENGIRAAN MATA KREDIT) (1) (2).pptx
SLAID DESKRIPSI MyPPB(PENGIRAAN MATA KREDIT) (1) (2).pptxSLAID DESKRIPSI MyPPB(PENGIRAAN MATA KREDIT) (1) (2).pptx
SLAID DESKRIPSI MyPPB(PENGIRAAN MATA KREDIT) (1) (2).pptx
 
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysiaGaris panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
Garis panduan kemudahan cuti belajar bergaji penuh pplv si bawah skills malaysia
 
Info on rm1 mil incentive
Info on rm1 mil incentiveInfo on rm1 mil incentive
Info on rm1 mil incentive
 
Buku Garis Panduan Cuti Belajar
Buku Garis Panduan Cuti BelajarBuku Garis Panduan Cuti Belajar
Buku Garis Panduan Cuti Belajar
 

Más de Noor Aini Samsusah

Surat siaran pertukaran jun 2013
Surat siaran pertukaran jun 2013Surat siaran pertukaran jun 2013
Surat siaran pertukaran jun 2013Noor Aini Samsusah
 
http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...
http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...
http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...Noor Aini Samsusah
 
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasaJadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasaNoor Aini Samsusah
 
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)Noor Aini Samsusah
 
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1  tambahbaikDsp p islam tingkatan 1  tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaikNoor Aini Samsusah
 
Evedens PBS Pen.Islam Ting 1 Sirah Nabawiah
Evedens PBS Pen.Islam Ting 1  Sirah NabawiahEvedens PBS Pen.Islam Ting 1  Sirah Nabawiah
Evedens PBS Pen.Islam Ting 1 Sirah NabawiahNoor Aini Samsusah
 
Evedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quran
Evedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quranEvedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quran
Evedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quranNoor Aini Samsusah
 
Evedens PBS Ting 1 TilawahAl-Quran
Evedens  PBS Ting 1 TilawahAl-QuranEvedens  PBS Ting 1 TilawahAl-Quran
Evedens PBS Ting 1 TilawahAl-QuranNoor Aini Samsusah
 
Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Noor Aini Samsusah
 
Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Noor Aini Samsusah
 
Dsp pendidikan islam ting 1 pdf
Dsp pendidikan islam ting 1 pdfDsp pendidikan islam ting 1 pdf
Dsp pendidikan islam ting 1 pdfNoor Aini Samsusah
 
Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013
Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013
Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013Noor Aini Samsusah
 

Más de Noor Aini Samsusah (20)

Surat siaran pertukaran jun 2013
Surat siaran pertukaran jun 2013Surat siaran pertukaran jun 2013
Surat siaran pertukaran jun 2013
 
http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...
http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...
http://ainsamadi.blogspot.com/2013/03/panduan-pelaksanaan-dan-modul-program m...
 
Articlefile file 002858
Articlefile file 002858Articlefile file 002858
Articlefile file 002858
 
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasaJadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
Jadual waktu peperiksaan upsr 2013 calon biasa
 
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
Jadual Waktu Peperiksaan pmr 2013 calon biasa(1)
 
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1  tambahbaikDsp p islam tingkatan 1  tambahbaik
Dsp p islam tingkatan 1 tambahbaik
 
Dsp sejarah ting 2
Dsp sejarah ting 2Dsp sejarah ting 2
Dsp sejarah ting 2
 
Evedens PBS Pen.Islam Ting 1 Sirah Nabawiah
Evedens PBS Pen.Islam Ting 1  Sirah NabawiahEvedens PBS Pen.Islam Ting 1  Sirah Nabawiah
Evedens PBS Pen.Islam Ting 1 Sirah Nabawiah
 
Evedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quran
Evedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quranEvedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quran
Evedens PBS Pen.Islam ting 1 Hafazan Al quran
 
Kumpulan 2 hafazan al quran
Kumpulan 2   hafazan al quranKumpulan 2   hafazan al quran
Kumpulan 2 hafazan al quran
 
Evedens PBS Ting 1 TilawahAl-Quran
Evedens  PBS Ting 1 TilawahAl-QuranEvedens  PBS Ting 1 TilawahAl-Quran
Evedens PBS Ting 1 TilawahAl-Quran
 
Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1
 
Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1Borang senarai semak pbs pai ting 1
Borang senarai semak pbs pai ting 1
 
Dsp pendidikan islam ting 1 pdf
Dsp pendidikan islam ting 1 pdfDsp pendidikan islam ting 1 pdf
Dsp pendidikan islam ting 1 pdf
 
1314 tarikh penting
1314 tarikh penting1314 tarikh penting
1314 tarikh penting
 
Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013
Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013
Borang senarai semak standard prestasi pbs pai tingkatan 2 2013
 
Dsp ting 2
Dsp ting 2Dsp ting 2
Dsp ting 2
 
Yuran koop 2012
Yuran koop 2012Yuran koop 2012
Yuran koop 2012
 
Yuran koop 2012
Yuran koop 2012Yuran koop 2012
Yuran koop 2012
 
Koko
KokoKoko
Koko
 

Kwsp

  • 1. KUMPULAN WANG SIIMPANAN PEKERJA KUMPULAN WANG SIM PANAN PEKERJA KUMPULAN WANG S MPANAN PEKERJA RISALAH PENGELUARAN PENDIDIKAN TUJUAN Pengeluaran ini membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian ahli / anak ahli (termasuk anak tiri dan anak angkat) di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di dalam atau di luar negara. KELAYAKAN MEMOHON (i) Warganegara Malaysia; ATAU (ii) Warganegara Malaysia yang telah membuat pengeluaran di bawah Pengeluaran Meninggalkan Negara sebelum 1 Ogos 1995 dan kemudian memilih untuk mencarum semula dengan KWSP; ATAU (iii) Bukan warganegara Malaysia yang;  Menjadi ahli sebelum 1 Ogos 1998; ATAU  Mendapat taraf Penduduk Tetap (PR) Ahli belum mencapai umur 55 tahun pada tarikh permohonan diterima oleh KWSP; DAN Ahli masih mempunyai simpanan dalam Akaun 2. SYARAT-SYARAT PENGELUARAN 1) Tarikh Kuatkuasa Pengeluaran Pendidikan Berdasarkan Peringkat Pengajian 1 April 2000 - Ijazah Sarjana Muda dan ke atas serta yang setara dengannya bagi anak ahli 2 Januari 2001 - Diploma dan ke atas serta yang setara dengannya bagi ahli 17 Januari 2006 - Diploma bagi anak ahli 2) Program Pengajian Yang Dibenarkan Ahli / anak ahli telah mendaftar untuk pengajian akademik / profesional / kemahiran / vokasional di IPT yang dibenarkan. 3) Peringkat Pengajian Yang Dibenarkan Ahli / anak ahli mestilah mengikuti pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang setara dengannya. 4) Kursus Pengajian Yang Dibenarkan IPT Dalam Negara a) Kursus Pengajian Akademik Kursus pengajian akademik yang diikuti sepenuh masa, separuh masa atau program jarak jauh yang ditawarkan oleh :- - Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA); - Institusi Pengajian Tinggi Kerajaan (IPTK) seperti politeknik, kolej komuniti, institusi pendidikan atau mana-mana IPT di bawah seliaan agensi Kerajaan Pusat atau Kerajaan Negeri; - Institusi Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) yang telah diluluskan oleh Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi (JPS-KPT) atau Agensi Kelayakan Malaysia (MQA); - Kampus cawangan universiti luar negara yang telah mendapat kelulusan dari JPS-KPT atau MQA. b) Kursus Pengajian Profesional dan Kursus Kemahiran - Kursus pengajian profesional / kursus kemahiran yang menjalankan sesi pembelajaran secara interaksi bersemuka di antara pelajar dan pensyarah yang telah diluluskan oleh JPS-KPT / MQA atau yang telah dinilai taraf oleh Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) ATAU mana-mana Badan-Badan Profesional yang diiktiraf oleh Kerajaan setara dengan peringkat Diploma dan ke atas. - Bagaimanapun, kursus profesional yang termasuk dalam senarai kelulusan KWSP yang dijalankan secara maya (‘on-line’) dengan badan profesional di luar negara tanpa melibatkan IPT dalam negara boleh dipertimbangkan untuk kelulusan. - Senarai penuh kursus profesional / kursus kemahiran yang diluluskan dan tidak diluluskan untuk Pengeluaran Pendidikan boleh diperolehi di laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my atau di mana-mana kaunter perkhidmatan KWSP yang berhampiran.
  • 2. c) Kursus Vokasional - Kursus vokasional yang diiktiraf oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK / MLVK), Kementerian Sumber Manusia bahawa kursus tersebut setara dengan peringkat Diploma (tahap 4) atau Ijazah Sarjana Muda (tahap 5). IPT Luar Negara Kursus pengajian sepenuh masa di IPT luar negara tertakluk kepada peringkat pengajian yang diluluskan. Program Pendidikan Jarak Jauh atau Pengajian Secara ‘Off Shore’ Dengan IPT Luar Negara - Kursus pengajian jarak jauh atau pengajian secara ‘off shore’ dengan IPT luar negara yang dijalankan secara usahasama dengan IPT dalam negara dan telah mendapat kebenaran serta kelulusan dari JPS-KPT sahaja dibenarkan. Pengajian yang dibuat secara terus dengan IPT luar negara atau melalui agen tempatan dan agen luar negara tidak dibenarkan. Program Francais - Kursus pengajian yang dikendalikan oleh IPTS secara francais dengan IPTA. - Kursus pengajian yang dikendalikan oleh IPTS secara francais dengan IPT luar negara dan telah menerima ‘Surat Kelulusan Mengendalikan Kursus Pengajian’ yang dikeluarkan oleh JPS-KPT. 5) Yuran Pengajian Yang Dibenarkan Yuran pengajian adalah semua jenis bayaran yang dikenakan oleh pihak IPT termasuk kos tiket penerbangan sehala untuk IPT dalam dan luar negara (kelayakan semasa pelajar mendaftar di tahun pertama sahaja). Yuran Asrama/ Penginapan Pelajar (i) Yuran Asrama yang disediakan oleh IPT/ Pihak Ke 3 yang dilantik oleh IPT (ii) Bayaran Penginapan Secara Persendirian Kos sewa sama atau kurang daripada kadar sewa yang disediakan oleh IPT - Ahli perlu membuktikan kadar sewa lebih rendah daripada kadar yuran asrama yang disediakan oleh IPT. Dokumen yang diperlukan : a. Sebutharga atau perjanjian penyewaan (contoh : sewa bulanan/sewa tahunan) daripada pihak persendirian (tuan rumah/ landlord) b. Surat tawaran atau dokumen yang mengesahkan maklumat berkenaan penyewaan daripada IPT atau pihak ke tiga yang dilantik oleh IPT (contoh : sewa bulanan/ sewa tahunan) Nota : Kelayakan maksima adalah kadar sewa yang ditetapkan oleh IPT atau pihak ke tiga yang dilantik atau pihak persendirian (tuan rumah/landlord) untuk tempoh bayaran setahun penyewaan. Dokumen Sokongan yang membuktikan pihak ke tiga adalah pihak yang dilantik oleh IPT antaranya MOU atau surat pelantikan. Ahli / anak ahli yang sedang mengikuti pengajian atau telah berjaya menamatkan pengajian dibenarkan memohon pengeluaran untuk membiayai yuran pengajian di bawah keadaan berikut :- (i) Membiayai yuran pengajian yang belum dijelaskan kepada IPT; ATAU (ii) Pembayaran balik kepada ahli sekiranya yuran pengajian telah dijelaskan kepada IPT berdasarkan resit bayaran yang dikeluarkan oleh IPT dengan syarat tarikh resit tidak melebihi satu tahun pada tarikh permohonan diterima; ATAU (iii) Membiayai yuran pengajian tertunggak dengan IPT, tertakluk kepada tarikh kuatkuasa pengeluaran dilaksanakan; ATAU Nota : Bagi pelajar yang telah berjaya menamatkan pengajian layak membuat pengeluaran dengan syarat sijil tamat belajar pengajian masih belum dikeluarkan/ ditahan oleh pihak IPT. (iv) Mengurang / menyelesaikan baki pinjaman pendidikan yang dibuat dengan institusi pemberi pinjaman yang diluluskan oleh KWSP 6) Syarat-Syarat Bagi Ahli / Anak Ahli Yang Menerima Tajaan (Biasiswa / Bantuan Pengajian / Pinjaman Ahli layak membuat pengeluaran ini sekiranya ahli / anak ahli tidak mendapat atau mendapat sebahagian tajaan daripada mana-mana pihak. Bagi pelajar yang telah menerima tajaan tetapi dalam keadaan tertentu terpaksa membiayai yuran pengajian sendiri, ahli / anak ahli perlu menyertakan surat pengesahan daripada IPT tentang jumlah yuran pengajian yang perlu dibiayai sendiri berserta dengan penjelasan dari IPT. Bagaimanapun, penjelasan tersebut akan diberi pertimbangan semula oleh KWSP untuk kelulusan. Bagi yang telah menerima tajaan selepas membuat pengeluaran hendaklah memastikan IPT berkenaan mengembalikan amaun pengeluaran yang telah dibayar bagi tempoh pengajian yang diliputi oleh bantuan tajaan tersebut kepada KWSP bagi tujuan dikreditkan semula ke dalam akaun ahli. 7) Syarat-Syarat Bagi Ahli Untuk Tujuan Mengurang/Menyelesaikan Baki Pinjaman Pendidikan Ahli layak sekiranya ; (i) Pinjaman Pendidikan dibuat dengan Institusi Kewangan yang dilesenkan di bawah Akta Bank dan Institusi Kewangan 1989 (BAFIA), Bank Rakyat, JPA, MARA, PTPTN, Yayasan Negeri, Yayasan Pendidikan Negeri, MIED, Yayasan Tenaga Nasional, Yayasan Telekom
  • 3. Malaysia / TMB, Petronas, Yayasan Biasiswa Tun Sambanthan, Koperasi yang berdaftar dengan Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau mana-mana institusi yang diluluskan oleh KWSP termasuk pinjaman Pendidikan di antara majikan dengan pekerja (pelajar) untuk membiayai pengajian pekerja (pelajar) sahaja; DAN (ii) Perjanjian Pinjaman Pendidikan dibuat atas nama Pelajar atau ibu/ bapa pelajar atau kedua-duanya serta perjanjian tersebut mestilah ditandatangani pada atau selepas tarikh kuatkuasa perlaksanaan pengeluaran berdasarkan peringkat pengajian (sekiranya perjanjian atas nama ibu atau bapa, ahli (ibu atau bapa mestilah merupakan peminjam tersebut.); DAN Nota: Pelajar merujuk kepada ahli atau anak ahli (ahli tidak semestinya pelajar) (iii) Ahli / anak ahli mestilah sedang mengikuti pengajian atau telah berjaya menamatkan pengajian tersebut; DAN (iv) Kursus pengajian yang dibenarkan di bawah pengeluaran ini. Senarai institusi pemberi pinjaman yang diluluskan bagi tujuan mengurang / menyelesaikan baki pinjaman pendidikan boleh diperoleh di laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my atau di mana-mana kaunter perkhidmatan KWSP yang berhampiran. 8) Syarat-Syarat Lain Yang Perlu Dipatuhi Oleh Pemohon Pengajian di IPT Luar Negara (i) Surat Tawaran Belajar, Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar dan resit bayaran hendaklah dikeluarkan oleh IPT luar negara tersebut dan BUKAN dari agen yang dilantik oleh IPT berkenaan. (ii) Semua dokumen dari IPT luar negara perlu dikeluarkan dalam Bahasa Inggeris. Jika menggunakan bahasa selain Bahasa Inggeris, ianya perlu disertakan bersama dengan surat terjemahan dalam Bahasa Malaysia atau Bahasa Inggeris dari IPT luar negara, Kedutaan Negara tersebut/ Institut Terjemahan Negara/ Mahkamah/ IPTA yang bertauliah yang mempunyai kepakaran dalam bahasa berkenaan. (iii) Keuntungan atau kerugian semasa proses pertukaran kadar tukaran wang asing sama ada bayaran dibuat atas nama IPT luar negara atau kepada ahli akan ditanggung oleh ahli. Kadar tukaran adalah berdasarkan kadar tukaran semasa permohonan diluluskan. Pengajian di IPT Dalam Negara (i) Resit bayaran yang layak dituntut hanyalah resit yang dikeluarkan oleh IPT tersebut sahaja. Sebarang resit bayaran yang dikeluarkan oleh pihak yang dilantik oleh IPT tempatan tidak dibenarkan walau pun surat kebenaran dari IPT ada disertakan. (ii) Bagi IPTA, cek bayaran hanya boleh dibuat atas nama IPTA berkenaan sahaja. Bagi IPTS, cek bayaran hanya boleh dibuat atas nama IPTS tersebut atau kepada nama syarikat yang didaftarkan dalam surat kebenaran mengendalikan kursus oleh JPS-KPT. 9) Kekerapan Pengeluaran Yang Dibenarkan Ahli dibenarkan memohon pengeluaran untuk membayar yuran pengajian :- (i) Setiap semester; ATAU (ii) Setiap tahun akademik (satu kali pengeluaran dalam satu tahun akademik tersebut) Ahli boleh memohon mengeluarkan simpanan ahli sekali bagi setiap semester / tahun akademik bagi setiap orang anak. Ahli juga boleh memohon pengeluaran ini bersama suami / isteri untuk membiayai yuran pengajian anak ahli. 10) Keperluan Menghadiri Sesi Temuduga Bagi permohonan pengeluaran di IPTS dalam negara atau IPT luar negara, ahli / anak ahli dikehendaki untuk menghadiri sesi temuduga yang akan dikendalikan oleh Pegawai KWSP semasa mengemukakan borang permohonan (untuk permohonan kali pertama sahaja). AMAUN YANG LAYAK DIKELUARKAN Ahli boleh mengeluarkan simpanan sebanyak berikut, mengikut mana yang kurang :- Jumlah yuran pengajian ATAU Semua simpanan dalam Akaun 2
  • 4. SENARAI DOKUMEN YANG DIPERLUKAN PERMOHONAN PERMOHONAN BIL. DOKUMEN UTAMA KALI PERTAMA SETERUSNYA 1. Borang Pengeluaran KWSP 9H (AHL) √ √ 2. Kad Pengenalan Diri (a) MyKad / Kad Pengenalan Tentera / Kad Pengenalan Permastautin Tetap (MyPR) ATAU (b) Kad Pengenalan Polis DAN Surat Pengesahan Majikan menyatakan no. Polis dan no. Kad Pengenalan Diri merujuk kepada orang yang sama (jika tidak memiliki MyKad/ Kad Pengenalan Polis yang tidak tertera no. Kad Pengenalan Diri) ATAU Pasport. Jika bukan warganegara Malaysia yang menjadi ahli KWSP sebelum 1 Ogos 1998 √ √ Nota: Salinan kad pengenalan tidak perlu sekiranya ahli adalah pemegang MyKad dan Pengecaman Cap Ibu Jari ahli dengan Pengkalan Data KWSP atau Bacaan MyKad adalah padan. Ahli yang tidak memiliki MyKad dan/atau permohonan melalui pos/ wakil masih perlu mengemukakan salinan dokumen pengenalan diri masing-masing. 3. Surat Tawaran Belajar √ 4. Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal Mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP kecuali bagi IPT luar negara. Tarikh surat tidak melebihi 6 bulan dari tarikh permohonan diterima. Nota : √ √ Bagi IPT luar negara dokumen lain yang mengandungi maklumat butiran pengajian dan yuran pengajian atau lain-lain maklumat berkaitan boleh diterimapakai dan tarikh dokumen tidak tertakluk 6 bulan dari tarikh permohonan 5. Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian Dikecualikan kepada pelajar IPTA ATAU IPT luar negara ATAU IPTS dalam negara yang mendapat taraf universiti / kolej universiti / kampus cawangan universiti luar negara yang telah disenaraikan oleh KWSP ATAU Pelajar yang mengikuti Kursus Profesional / Kemahiran secara terus dengan Badan Profesional yang disenaraikan di dalam Senarai Kursus Profesional / Kemahiran yang diluluskan oleh KWSP. √ √ (a) Kursus Akademik ATAU Kursus Profesional Surat Kebenaran Mengendalikan Kursus Pengajian yang masih sahlaku dikeluarkan oleh Jabatan Pendidikan Swasta, Kementerian Pengajian Tinggi (JPS-KPT); ATAU Surat / Sijil Perakuan Akreditasi Kursus oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA). s (b) Kursus Profesional ATAU Kursus Kemahiran Surat Pengesahan Nilai Taraf Kursus Pengajian dikeluarkan oleh Bahagian Latihan, Jabatan Perkhidmatan Awam; ATAU Surat Pengesahan oleh Badan-Badan Profesional yang diiktiraf Kerajaan atau Jabatan / Agensi Kerajaan berkaitan mengesahkan kursus adalah setara dengan peringkat diploma dan ke atas. (c) Kursus Vokasional Surat Pengesahan Nilai Taraf Kursus Vokasional dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK / MLVK), Kementerian Sumber Manusia yang mengesahkan kursus adalah setara dengan peringkat Diploma (tahap 4) atau Ijazah Sarjana Muda (tahap 5). 6. Salinan Keputusan Peperiksaan Terkini (pelajar IPTA dikecualikan) Pelajar IPTS dalam dan luar negara yang berada di tahun kedua pengajian dan seterusnya √ √ 7. Borang Temuduga Pengajian di IPTS dalam negara dan luar negara sahaja Sesi temuduga terhadap ahli / anak ahli akan dijalankan di kaunter dan borang akan dilengkapkan oleh pegawai KWSP) Nota : √ Dikecualikan untuk permohonan seterusnya jika pelajar masih mengikuti kursus pengajian dan di IPT yang sama; ATAU Permohonan yang dikemukakan secara pos dari luar negara untuk IPT luar negara 8. Bukti Kelayakan Mengikuti Pengajian Dikecualikan kepada pelajar IPTA ATAU IPT luar negara yang telah disenaraikan oleh KWSP ATAU IPTS dalam negara yang mendapat taraf universiti / kolej universiti / kampus cawangan universiti luar negara yang telah disenaraikan oleh KWSP ATAU pelajar yang mengikuti Kursus Profesional / Kemahiran secara terus dengan Badan Profesional yang disenaraikan di dalam Senarai Kursus √ Profesional / Kemahiran yang diluluskan oleh KWSP.
  • 5. PERMOHONAN PERMOHONAN BIL. DOKUMEN UTAMA KALI PERTAMA SETERUSNYA Sijil Kelayakan Akademik perlu dikemukakan mengikut peringkat pengajian seperti berikut :- (a) Peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda Sijil SPM (sekurang-kurangnya 3 kredit) ATAU STPM (sekurang-kurangnya lulus satu subjek dengan pangkat C) ATAU Diploma ATAU lain-lain kelayakan yang setara (b) Peringkat Ijazah Sarjana STPM (sekurang-kurangnya lulus satu subjek dengan pangkat C) ATAU Diploma / Diploma Lanjutan ATAU Ijazah Sarjana Muda ATAU lain-lain kelayakan yang setara (c) Peringkat Doktor Falsafah Ijazah Sarjana Nota: Bagi pelajar yang mengikuti pengajian kursus Diploma Eksekutif / Diploma Profesional di IPTA atau IPTS Dalam Negara perlu mematuhi syarat berikut :- (a) Sekurang-kurangnya 3 kredit dalam Sijil SPM; DAN (b) Sekurang-kurangnya 3 tahun pengalaman kerja. Surat Pengesahan Majikan perlu dikemukakan yang menyatakan tempoh perkhidmatan dan jawatan pekerja. 9. Pembayaran Secara Pengkreditan Terus Ke Akaun Bank Ahli Buku Bank / Penyata Akaun Simpanan ATAU Penyata Akaun Semasa ATAU Surat Pengesahan Bank Mengenai Butiran Pemegang Akaun ATAU Cetakan Butiran Pemegang Akaun Melalui Laman Web. Nota : Mempunyai akaun di bank panel KWSP yang dilantik √ √ Akaun bank mestilah yang masih aktif (Dokumen asal dikecualikan jika ahli dapat memberi maklumat akaun bank dengan betul tanpa merujuk kepada dokumen asal. Ketepatan maklumat penting bagi mengelakkan pengkreditan terus ke akaun ahli gagal) PERMOHONAN PERMOHONAN BIL. DOKUMEN SOKONGAN KALI PERTAMA SETERUSNYA BAGI PENGELUARAN PENDIDIKAN ANAK AHLI 1. Kad Pengenalan Anak Ahli √ 2. Dokumen Bukti Pertalian Sijil Kelahiran Anak Ahli; ATAU Sijil Nikah / Perkahwinan (jika anak tiri); ATAU √ Sijil Pendaftaran anak angkat dari Jabatan Pendaftaran Negara (jika anak angkat) BAGI PERMOHONAN BAYARAN BALIK YURAN PENGAJIAN YANG TELAH DIBAYAR KEPADA IPT 3. Resit Bayaran Yuran Pengajian Yang Dikeluarkan Oleh IPT Tidak melebihi satu tahun pada tarikh permohonan dikemukakan dan hanya boleh digunakan untuk sekali tuntutan sahaja; DAN √ √ Resit asal perlu dikemukakan di kaunter 4. Tuntutan Bayaran Balik Tiket Penerbangan Perlu kemukakan resit bayaran atau tiket penerbangan (mengandungi butiran nama penumpang, amaun bayaran, tarikh dan destinasi penerbangan). √ Kelayakan penerbangan sehala bagi pelajar IPT dalam / luar negara semasa mendaftar untuk memulakan pengajian pada tahun pertama sahaja. BAGI PENGAJIAN DI IPT LUAR NEGARA 5. Salinan muka surat butiran pasport pelajar yang masih sahlaku DAN a) Jika ahli / anak ahli telah ke luar negara Muka surat yang mengandungi tarikh dan cop Jabatan Imigresen negara berkenaan/ bayaran yuran pengajian/ Visa belajar/ Keputusan Peperiksaan sebagai bukti pelajar telah mengikuti pengajian di luar negara; ATAU √ b) Jika ahli / anak ahli belum ke luar negara Bukti bayaran yuran pengajian atas nama IPT luar negara sebagai komitmen untuk mengikuti pengajian di luar negara BAGI PERMOHONAN SECARA POS 6. Borang Permohonan Pendaftaran Ahli dan Pindaan Maklumat (KWSP 3) √ √
  • 6. PERMOHONAN MENGURANG / MENYELESAIKAN BAKI PINJAMAN PENDIDIKAN DENGAN INSTITUSI PEMBERI PINJAMAN YANG DILULUSKAN KWSP JIKA PELAJAR SEDANG JIKA PELAJAR TELAH MENGIKUTI PENGAJIAN BERJAYA MENAMATKAN PENGAJIAN BIL. DOKUMEN SOKONGAN PERMOHONAN PERMOHONAN PERMOHONAN PERMOHONAN KALI PERTAMA SETERUSNYA KALI PERTAMA SETERUSNYA 1. Perjanjian Pinjaman Pendidikan atas nama ahli ATAU anak ahli Nota: Surat Tawaran Pinjaman Pendidikan boleh diterima sebagai ganti salinan Perjanjian Pinjaman Pendidikan. √ √ Kelayakan tertakluk kepada tarikh kuatkuasa pelaksanaan pengeluaran berdasarkan peringkat pengajian. 2. Penyata Baki Pinjaman Pendidikan terkini Mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP yang asal Tidak melebihi 3 bulan dari tarikh permohonan diterima √ √ √ √ 3. Surat Pengesahan Pendaftaran Pelajar yang asal IPT dalam negara perlu mengikut format yang ditetapkan oleh KWSP √ √ Tempoh sahlaku surat adalah 6 bulan daripada tarikh permohonan diterima 4. Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian (seperti yang dinyatakan dalam Bil. 5 dalam jadual di Dokumen Utama) √ √ 5. Dokumen Bukti Berjaya Menamatkan Pengajian Salinan sijil akademik; ATAU Transkrip keputusan peperiksaan semester akhir yang membuktikan pelajar telah berjaya menamatkan pengajian √ 6. Sekiranya nama kursus atau nama IPT berbeza antara sijil akademik dan penyata baki pinjaman/perjanjian pinjaman/surat tawaran, ahli perlu mengemukakan dokumen tambahan Surat Kelulusan Pengiktirafan Kursus Pengajian (seperti yang dinyatakan dalam √ √ Bil. 5 dalam jadual di Dokumen Utama); ATAU Surat penjelasan dari IPT tentang perbezaan tersebut 7. Sekiranya Institusi Pemberi Pinjaman adalah Koperasi Sijil Pendaftaran Koperasi yang dikeluarkan oleh Suruhanjaya Koperasi Malaysia / Jabatan Pembangunan Koperasi √ √ NOTA : KWSP berhak meminta apa-apa dokumen tambahan sekiranya diperlukan dan menolak mana-mana permohonan yang tidak lengkap dan tidak memenuhi syarat yang ditetapkan. PERHATIAN DAN MAKLUMAN KEPADA PEMOHON KWSP tidak mengeluarkan sebarang resit atas bayaran pengeluaran yang dibuat kepada pihak ketiga. Kegagalan Mengembalikan Amaun Yang Tidak Digunakan Bagi Maksud Pengeluaran Sekiranya pemohon tidak menggunakan bayaran pengeluaran bagi maksud pengeluaran dibuat, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan jika disabitkan boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi enam bulan atau didenda tidak melebihi RM2,000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 58A, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]. Membuat Kenyataan Yang Tidak Betul Atau Tidak Benar Atau Mengemukakan Dokumen Palsu Sekiranya pemohon memberi kenyataan yang tidak betul atau tidak benar atau mengemukakan dokumen palsu, pemohon dianggap telah melakukan kesalahan dan sekiranya disabitkan pemohon boleh dipenjarakan selama suatu tempoh yang tidak melebihi tiga tahun atau didenda tidak melebihi RM10,000.00 atau kedua-duanya [Seksyen 59, Akta KWSP 1991 (Pindaan) 2007]. KAEDAH BAYARAN A. JIKA AHLI / ANAK AHLI TELAH MEMBUAT PEMBAYARAN Semua bayaran pengeluaran akan dikreditkan terus ke dalam akaun bank ahli dengan syarat :- a. Ahli mempunyai akaun bank dengan bank panel KWSP yang dilantik; DAN b. Akaun bank ahli masih aktif; DAN c. Nombor pengenalan diri ahli adalah sama dengan rekod bank; DAN d. Bayaran dibuat dalam matawang Ringgit Malaysia (RM) Bagaimanapun, sekiranya bayaran tidak berjaya dikreditkan ke dalam akaun bank ahli seperti akaun bank tidak aktif atau nombor Kad Pengenalan Diri tidak sepadan, bayaran akan dibuat melalui cek jurubank. Bagi ahli / anak ahli yang berada di luar Malaysia, boleh memilih bayaran melalui Draf Bank Asing. Jenis matawang adalah seperti berikut :-
  • 7. Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU  Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing B. JIKA AHLI / ANAK AHLI BELUM MEMBUAT PEMBAYARAN (i) Bagi IPT Dalam Negara dan Institusi Pemberi Pinjaman Yang Diluluskan (pihak ketiga) Bayaran akan dibuat melalui Cek Jurubank di atas nama IPT Dalam Negara / Institusi Pemberi Pinjaman Yang Diluluskan. Cek Jurubank tersebut akan dihantar terus ke alamat pihak ketiga yang dinyatakan ahli dalam borang permohonan melalui pos secara mel berdaftar atau serahan kaunter atas permintaan pihak ketiga sahaja. Satu notis bayaran (yang dikepil bersama cek jurubank) yang mengandungi maklumat bayaran dan pengeluaran akan dihantar kepada pihak ketiga. Manakala satu notis makluman (cek jurubank telah dihantar kepada pihak ketiga) akan dihantar kepada ahli. (ii) Bagi IPT Luar Negara Bayaran akan dibuat melalui draf bank asing atas nama IPT luar negara dalam matawang asing ;  Matawang asing mengikut pilihan ahli di dalam borang permohonan dengan syarat matawang tersebut ada disenaraikan oleh KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing; ATAU  Dalam matawang US Dollar sekiranya jenis matawang yang dipohon oleh ahli dalam borang permohonan tiada dalam senarai KWSP bagi tujuan bayaran secara Draf Bank Asing Nota : KWSP akan membuat pengesahan semula dengan ahli sekiranya jenis matawang yang dipilih dalam borang permohonan tiada dalam senarai yang dibenarkan atau sebelum menukar jenis matawang kepada US Dollar. Draf bank asing tersebut akan diserahkan kepada ahli untuk disampaikan kepada IPT. Bayaran kepada agen adalah tidak dibenarkan. CARA PERMOHONAN DIHANTAR Permohonan boleh dihantar di mana-mana cawangan KWSP sama ada melalui serahan di kaunter ATAU melalui pos. SERAHAN DI KAUNTER Sila bawa bersama SEMUA dokumen asal bagi tujuan pengesahan oleh Pegawai KWSP. Bagaimanapun, jika salinan dokumen telah dibuat pengesahan sila pastikan salinan dokumen disahkan oleh pegawai yang dibenarkan oleh KWSP, lengkap dengan tandatangan, nama, jawatan dan cop rasmi pengesah. SERAHAN MELALUI POS Sila pastikan SEMUA salinan dokumen telah disahkan pegawai yang dibenarkan oleh KWSP, lengkap dengan tandatangan, nama, jawatan dan cop rasmi pengesah. Permohonan melalui pos boleh dialamatkan kepada :- KUMPULAN WANG SIMPANAN PEKERJA Karung Berkunci No. 220 Jalan Sultan 46720 Petaling Jaya SELANGOR PERTANYAAN Jika ahli mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi :- Mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran Pusat Pengurusan Panggilan KWSP. Tel: 03-8922 6000 Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my Sila nyatakan nombor KWSP atau nombor Kad Pengenalan ahli dan jenis pengeluaran yang dipohon apabila berurusan dengan KWSP. Ahli juga boleh melayari laman web KWSP di alamat www.kwsp.gov.my bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai jenis pengeluaran KWSP dan panduan umum kepada ahli. Anda Keut amaan Kami Tarikh Cetakan : Oktober 2012