1. مباحث السمعية
IUS 4313
‘Tanda-tanda kiamat : Dalil dan Kronologi’
BIL NAMA NO MATRIK
1 RAJA NOORDINIWAHIDA BT RAJA
ABDULLAH
032552
2 NOOR FARAH FATIN BT PA’AIS 032243
3 NURULIZZATI BT MOHAMED NAWI 033027
4 TENGKU RUHANI BT TENGKU AHMAD
HAMEZAH
032529
2. PENDAHULUAN
• Menurut kitab Tanda-tanda Kiamat, Tanda kecil
dan Tanda Besar yang diterbitkan oleh Yusuf bin
Abdullah bin Yusuf Al-Wabil MA, beliau
mengatakan bahawa beliau tidak mempunyai nas
yang soheh yang menjelaskan tata urutan tanda-tanda
hari kiamat yang besar menurut
kejadiannya.
• Yang disebutkan dalam hadis-hadis hanyalah
penyebutan secara keseluruhan tanpa menyebut
urutannya.
3. PENDAPAT 1
Imam muslim meriwayatkan hadis tersebut dari Abu
Hurairah ra iaitu :
بادروا بالاعمال ستا : الدخان ودابة الأرض، وطلوع الشمس من
مغربها
وامر العامة وخويصة احدكم.
Ertinya : bersegeralah melakukan amal-amal soleh sebelum
datangnya enam perkara ini iaitu keluarnya Dajjal, asap,
binatang dari perut bumi, terbitnya matahari dari sebelah
barah, disibukkan kamu oleh urusan umum dan datangnya
kematian yang merungutmu. (sahih muslim))
4. Ini juga sebuah hadis yang diriwayatkan dari
seorang sahabat dengan dua lafaz yang berbeza
tertib atau susunannya mengenai sebahagian tanda-tanda
hari kiamat yang besar, yang disamping
berbeza turutannya juga salah satunya
menggunatan huruf ataf ( او ) (atau) dan satunya lagi
menggunakan huruf ataf ‘wawu’ ( و) Dan yang
keduanya tidak menunjukkan tertib atau berurutan
dalam kejadian.
5. Yang mungkin diketahui ialah beruntungnya sebahagian
tanda-tanda tersebut yang terjadi sebahagian kemudian
disusuli dengan sebahagian yang lain sebagaimana yang
tertera dalam beberapa riwayat, antara lain hafis
diriwayatkan oleh An-Nawwas bin Sam’an yang insya
Allah akan disebutkan nanti. Dalam hadis tersebut
disebutkan sebahagian tanda-tanda itu secara berturutan
menurut kejadiannya. Pertama disebutkan keluarnya
Dajjal kepada manusia, kemudian turunnya nabi Isa a.s
untuk membunuh Dajjal, kemudian turunnya Yakjuj dan
Makjuj pada zaman nabi Isa a.s, dan doa beliau agar
mereka dibinasakan.
6. PENDAPAT 2
Menurut kitab yang sama Al-Hafizh Ibn Katsir
berpendapat bahawa keluarnya binatang dari perut
bumi merupakan tanda-tanda hari kiamat yang
pertama kali terjadi di bumi yang tidak dapat
dijinakkan, sebab binatang yang berbicara kepada
manusia dan menentukan yang mana mukmin dan
yang mana kafir merupakan suatu perkara yang luar
biasa, dengan menyalahi kebiasaan yang terjadi.
7. Adapun terbitnya matahari dari barat merupakan perkara
yang sangat jelas dan ini merupakan tanda-tanda di langit
yang muncul pertama kali. Sedangkan munculnya dajjal,
turunnya nabi isa dari langit dan keluarnya ya’juj dan
ma’juj, meskipun semua itu telah muncul sebelum
terbitnya matahari dari barat dan sebelum keluarnya
binatang dari dalam bumi, tetapi mereka semua seperti
manusia yang dapat disaksikan dan dimaklumi, berbeza
dengan keluarnya binatang dari dalam bumi dan
terbitnya matahari dari barat yang merupakan sesuatu
yang aneh.
8. PENDAPAT 3
Ibn Hajar telah mengklasifikasikan tanda-tanda besar terjadinya hari
kiamat itu kepada tiga fasa.
Fasa pertama- keluarnya Dajjal yang memberitahu terjadinya
perubahan bumi, dan perkara ini berakhir dengan wafatnya nabi Isa
a.s.
Fasa kedua- terbitnya matahari dari barat yang menunjukkan
perubahan alam dan perkara ini berakhir dengan keluarnya binatang
dari perut bumi.
Fasa ketiga- keluarnya api yang menghimpunkan seluruh manusia.
9. Selanjutnya beliau berkata : ‘hikmahnya, bahawa ketika
matahari terbit dari barat, pintu taubat ditutup, lalu
keluarlah binatang dari perut bumi yang kedatangannya
itu membezakan yang mana mukmin dan yang mana
kafir, dengan maksud itu menyempurnakan penutupan
pintu taubat. Tanda kiamat yang terakhir muncul adalah
api yang menghimpunkan manusia.
10. KESIMPULAN
Pendapat yang muktamad ialah pendapat ibn Hajar, kerana
keluarnya dajjal dalam keadaan sebagai manusia semata-mata
bukanlah tanda hari kiamat, tetapi tanda hari kiamat
itu ialah keluarnya dajjal dalam kewujudannya sebagai
manusia dengan melakukan perkara-perkara yang luar
biasa, iaiatu menyuruh langit menurunkan hujan lalu turun
hujan, memerintahkan bumi untuk menumbuhkan sesuatu
lalu tumbuh, di samping keadaan-keadaan lainnya yang
luar biasa, sebagaimana akan dibicarakan dalam perbahasan
tentang dajjal nanti. Maka dajjal merupakan tanda hari
kiamat yang pertama kali akan terjadi di bumi dengan luar
biasa.
11. Ath-thaibi berkata : “ayat-ayat (kejadian-kejadian) yang
merupakan tanda-tanda kiamat itu ada yang sebagai
petanda telah dekatnya hari kiamat dan ada pula yang
menjadi tanda terjadinya kiamat. Di antara dua tanda
telah hampirnya kiamat ialah dajjal, turunnya Isa, ya’juj
dan ma’juj dan gempa bumi. Dan yang termasuk
golongan kedua (tanda terjadinya kiamat) ialah
keluarnya asap, terbitnya matahari dari barat, keluarnya
binatang dari perut bumi dan keluarnya api yang
mengumpulkan seluruh manusia.
12. Iniah urutan sejumlah tanda kiamat dan tidak menjelaskan
urutannya menurut kejadiannya. Dan nampaknya Ath-Thaibi
melihat tertib ayat (urutan tanda-tanda kiamat) menurut
penyebutannya pada tiap bahagian.
Sesungguhnya pembahagian sebagaimana yang dikemukakan
oleh Ath-Thaibi itu merupakan pembahagian yang baik dan
cermat, kerana apabila telah keluar tanda-tanda pada bahagian
pertama yang menunjukkan bahawa hari kiamat sudah dekat,
maka perkara ini akan mendorong manusia untuk segera
bertaubat dan kembali kepada Tuhan mereka, samada ia orang
mukmin mahupun kafir. Tanda-tanda bahagian (kumpulan)
pertama ini telah pengarang sebutkan tertib turutannya menurut
kejadiannya, yang diantaranya sering terjadi gempa dan perkara
itu memang berkaitan.
13. Adapun jika telah datang bahagian kedua yang
menunjukkan terjadinya kiamat, maka manusia
dibezakan secara jelas mana yang mukmin dan mana
yang kafir sebagaimana yang akan disebutkan nanti
bahawa ketika keluar asap keadaan orang mukmin
seperti diserang selsema sedangkan orang kafir
menggelembung kerana asap tersebut.
Kemudian matahari terbit dari barat, lalu pintu taubat
ditutup. Maka tidak ada gunanya keimanan orang kafir
bila mereka beriman sesudah itu dan tidak ada gunanya
pula taubat orang baru bertaubat setelah itu.
14. Sesudah itu keluarnya binatang dari dalam bumi, lalu
membezakan manusia yang kafir dari orang yang
mukmin, kerana binatang tersebut memberi tanda pada
orang mukmin dan orang kafir sebagaimana akan
disebutkan nanti. Kemudian yang terakhir kali muncul
ialah api yang menghimpunkan manusia.
15. RUJUKAN
Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil MA, 2014,
Tanda-Tanda Kiamat, Tanda Kecil & Tanda Besar, Al-
Hidayah Publication.
Dr. Abdul Hamid Handawi, 2012, Dasyatnya Alam
Kubur Dan Negeri Akhirat, Jasmine Publication