SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 24
Sekapur S i r i h
In the name of Allah, The Most Beneficent The Most Merciful
Dengan sekalung budi dan rasa kesyukuran ditujukan kepada semua yang
terlibat sepanjang proses menyiapkan tugasan mata pelajaran Pendidikan
Khas ini.
Barisan ucapan terima kasih ini dimulakan kepada Penyelaras Pendidikan
Khas Bermasalah Pembelajaran SK Seri Mutiara, Ipoh iaitu En. Zaini bin
Zulkifli dan juga Pensyarah mata pelajaran Pendidikan Khas, En. Mohd
Anuar Bin Abdullah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan
yang amat berguna dalam menjayakan tugasan yang begitu bermakna buat
saya ini.
Akhir sekali jutaan terima kasih diucapkan kepada semua individu yang
terlibat di dalam pembikinan folio ini samada secara langsung atau tidak
langsung. Saya sedar, tanpa bantuan mereka, maka kertas kerja yang
dihasilkan tidak akan menjadi sebaik ini.
1
Bil. Isi kandungan Muka Surat
Sekapur Sirih 1
isi kandungan 2
1. PENGENALAN 3 - 31
2. INTERVENSI 31 - 44
3. KESIMPULAN 45 - 46
Bibliografi
Lampiran
1.1 P e n g e n a l a n
2
ISI KANDUNGAN
Insan yang dipangil ‘anak’ dilahirkan sebagai satu daripada lambang keilmuan Tuhan
yang begitu tinggi nilainya bagi setiap pasangan ibu bapa. Setiap anak yang lahir adalah
ibarat kain putih tetapi lengkap dengan jasad, roh dan akal untuk meneroka berbagai
tahap dalam proses pembesaran bagi membentuk potensi diri. Namun demikian setiap
individu yang dilahirkan adalah berbeza dari segi fizikal, kecerdasan mental, tingkah
laku, fikiran mahupun perasaannya. Menurut Syed Abu Bakar (1977), kekurangan
daripada segi keupayaan kanak-kanak ini telah menyebabkan mereka dilabelkan oleh
masyarakat sehingga dianggap sebagai ganjil dan diasingkan. Cara melabelkan dan
mengkategorikan manusia mengikut sifat-sifat zahir dengan berasaskan berbagai-bagai
kriteria dan atribut manusia normal yang biasanya terlalu subjektif, telah menimbulkan
stigma yang kesannya sangat-sangat dirasai.
Perkembangan pendidikan masa kini telah membawa kepada penggubalan
Falsafah Pendidikan Khas pada tahun 1986 menegaskan tentang kepentingan setiap
kanak-kanak yang mempunyai perbezaan dalam diri dan antara individu. Perbezaan yang
wujud ini, memerlukan pelbagai skop pendekatan yang berbeza dalam proses pengajaran
dan pembelajaran supaya kanak-kanak ini dapat berfungsi sedaya upaya mereka.
Satu kumpulan kanak-kanak yang berada dalam kumpulan ini ialah kanak-kanak autisme
yang mempunyai pelbagai ciri yang tersendiri. Menurut Choate (1997), kanak-kanak
autisme mengalami masalah perkembangan dalam komunikasi dan kemahiran sosial.
Pelajar ini juga sering menunjukkan ciri-ciri ketidaknormalan dalam komunikasi, tingkah
laku, interaksi sosial dan tindak balas terhadap rangsangan.
1. 2 D e f i n i s i
3
Perkataan autisme sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani atau autos yang bermakna
diri atau seseorang yang merujuk kepada ketidakupayaan seeorang kanak-kanak autisme
memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain daripada dirinya sendiri. Autisme juga
membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah
perkembangan yang tidak menentu.
Menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi & Robarts (1988) perkataan autism
merupakan gabungan dua huruf greek iaitu aut yang bermakna diri dan ism yang
membawa makna orientasi atau keadaan. Untuk itu autisme boleh didefinisikan sebagai
keadaan seseorang yang tidak biasa dalam dirinya. Ini menunjukkan minat terhadap orang
lain tetapi tidak mempunyai beberapa ciri tingkahlaku yang lain.
Blackburn (1997), menyatakan autisme merupakan kecelaruan dalam
perkembangan otak tetapi sama seperti disleksia, mental retardasi tetapi ia bukanlah satu
kerencatan akal walaupun ramai individu autisme menunjukkan fungsi seperti mengalami
kerencatan tetapi biasanya mereka lebih pintar.
Menurut Hallahan & Kaufman (1997) autisme merupakan satu kecelaruan yang
bercirikan pengasingan diri, tingkahlaku mencederakan diri, masalah kognitif, masalah
bahasa dan kelihatan sebelum berumur 30 bulan.
Berdasarkan kepada definisi di atas, ternyata autisme boleh dikatakan sebagai
ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah
perkembangan emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena yang serius dan tetap
wujud pada mereka yang autisme sehingga akhir hayat walaupun perubahan tingkah laku
yang positif boleh berlaku.
1. 3 K a d a r K e j a d i a n
4
Untuk beberapa tahun, statistik menunjukkan kadar kejadian autisme adalah 4 kepada 5
kejadian daripada 10,000 kelahiran. Ini berdasarkan tinjauan secara besar-besaran yang
dijalankan di United Stated dan England. Sejak kebelakangan ini, kadar kejadian autisme
berada pada paras setinggi ¼% kepada ½% daripada populasi. Kadar ini termasuk
autisme, sindrom asperger dan lain-lain yang mempunyai ciri-ciri autisme (Edelson,
1999).
Autisme terjadi tiga kali lebih kerap kepada kanak-kanak lelaki daripada
perempuan. Perbezaan jantina ini tidak unik kepada autisme kerana banyak masalah
perkembangannya mempunyai ratio yang tinggi kepada lelaki berbanding wanita
(Edelson, 1999). Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme yang perempuan didapati
mengalami masalah yang serius pada setiap bidang yang diuji berbanding kanak-kanak
lelaki. Kanak-kanak perempuan dengan IQ 40, lemah dalam kemahiran urus diri, teruk
dalam bahasa dan ujian persepsi namun bukanlah kanak-kanak perempuan lebih autisme
daripada lelaki tetapi mereka mempunyai tambahan masalah yang teruk (Frith, 1993).
Satu kajian yang dijalankan oleh Rutter dan Lockyer di London sepanjang 10
tahun, kadar yang terencat teruk adalah 40% (IQ kurang 50), terencat sederhana adalah
30% (IQ 50-70), 30% mempunyai IQ lebih daripada 70. Sebahagian daripada kumpulan
yang akhir ini mempunyai IQ dalam kumpulan pintar yang boleh dikatakan normal.
Kajian yang dijalankan oleh Freeman dan kumpulannya mendapati tiga daripada empat
kanak-kanak autisme menunjukkan kerencatan akal sebagai tambahan kepada ciri-ciri
autisme. Walau bagaimana baik dan berkebolehan sekalipun kanak-kanak autisme,
mereka tidak dapat mencapai satu tahap yang lebih baik daripada yang boleh dicapai oleh
kanak-kanak normal (Frith, 1993).
Terdapat juga banyak kajian yang mendapati bahawa autisme dapat dikaitkan
dengan taraf sosioekonomi keluarga namun terdapat banyak sebab yang membawa
5
kepada bias dalam pemilihan kes. Ini kerana kebanyakan ibu bapa daripada kelas sosial
yang tinggi mendapatkan rawatan daripada pusat rawatan pakar autisme (Frith, 1993). Ini
menyebabkan bilangan kanak-kanak autisme yang dikaji merupakan kanak-kanak yang
terdiri daripada kumpulan sosioekonomi yang tinggi.
1. 4 C i r i - c i r i U t a m a
Ramai bayi autisme adalah berbeza ketika dilahirkan. Dua ciri yang biasa yang sering
ditunjukkan termasuk mengelakkan fizikal kontek daripada penjaga dan melengkungkan
belakang agar tiada sentuhan fizikal dengan penjaga dan melembikkan badan jika
menjangka untuk diangkat. Ketika bayi, mereka sering dianggap samada sebagai pasif
atau overly
          agitated
                 baby      ’. Bayi yang pasif merujuk kepada tingkahlaku mereka yang
diam pada kebanyakan masa dan kurang memerlukan perhatian atau membuat karenah
daripada ibu bapa. Manakala overly     agitated
                                              baby’    merujuk kepada bayi yang menangis
kadang-kadang tanpa henti sepanjang masa dia berjaga. Semasa bayi juga, mereka mula
berayun atau menghantukkan kepala ke katil bayi namun perkara ini tidaklah berlaku
sepanjang masa (Edelson, 1999).
Pada tahun pertama kehidupannya, kebanyakan kanak-kanak ini mencapai tahap
perkembangan motor seperti bercakap, merangkak dan berjalan lebih awal daripada
kanak-kanak biasa. Manakala sebahagian pula mempunyai perkembangan yang lewat.
Hampir sebahagian daripada kanak-kanak autisme berkembang secara normal sehingga
11/2 hingga 3 tahun barulah simpton autisme mula kelihatan. Individu ini sering dianggap
sebagai menghidapi regressive  autisme       . Kebanyakan orang dalam bidang ini percaya
bahawa candidaalbican’s     , pengambilan vaksin, terdedah kepada virus, atau permulaan 
6
kepada sawan mungkin bertanggungjawab untuk regression ini. Hasil kajian mendapati
bahawa kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai regressive         autism    mungkin
menghidapi sindrom Landau-Kleffner (Edelson, 1999).
Kanak-kanak autisme sering ketinggalan ke belakang daripada rakan sebaya
dalam bidang komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif pada zaman kanak-kanak.
Sebagai tambahan, ketidakfungsian tingkahlaku mula timbul seperti self-timulatory
                                                                            s
behavior iaitu pengulangan, tingkahlaku tidak bermatlamat seperti menggoyang-goyang
badan, mengoyang tangan, mencederakan diri seperti menggigit tangan, menghantuk
kepala, masalah tidur dan makan, eyecontact yang lemah, tidak sensitif kepada sakit,
hiper atau hipo aktif dan kurang menumpukan perhatian (Hallahan & Kauffman, 1997).
Satu ciri yang hampir sama antara kanak-kanak autisme adalah di mana mereka
menghendaki kepada kesamaan dan tidak suka kepada perubahan serta mengekalkan
tingkahlaku yang perseverative . Mereka cuba mengekalkan rutin harian di mana satu
perubahan walaupun kecil menyebabkan mereka sedih dan tantrum. Sebagai contoh yang
biasa seperti hanya makan dan minum makanan yang sama pada setiap masa makan,
memakai pakaian yang sama atau mendesak dan meminta orang lain memakai pakaian
yang sama dan pergi ke sekolah menggunakan jalan yang sama. Satu sebab yang mungkin
untuk menghendaki kepada kesamaan kerana tidak mempunyai keupayaan untuk
memahami dan menangani situasi yang berbeza (Edelson,1999).
Kanak-kanak autisme juga menghadapi masalah semasa perubahan ke alam
baligh. Lebih kurang 25% menghadapi sawan untuk kali pertama ketika baligh yang
mungkin disebabkan perubahan hormon. Ada ketikanya banyak masalah tingkahlaku
menjadi lebih kerap dan lebih teruk pada masa ini. Walau bagaimanapun tidak semua
kanak-kanak autisme mengalami masalah yang sama (Edelson, 1999). Berdasarkan satu
7
kajian yang dijalankan oleh Cemberwell mendapati tiga ciri yang paling jelas
menunjukkan autisme ialah :
i. Masalah sosial yang teruk yang boleh didefinisikan sebagai tiada kebolehan
untuk terlibat dalam interaksi dua hala terutama dengan rakan sebaya.
ii. Masalah komunikasi yang teruk sama ada secara verbal atau non-verbal.
iii. Kurang daya imaginasi termasuk dalam permainan pura-pura yang sering
diganti dengan tingkahlaku pengulangan.
Kanak-kanak autisme dikatakan mempunyai ingatan yang baik (rote    memory   )
untuk menghafal sesuatu seperti jadual perjalanan keretapi walaupun mereka tidak
memerlukan maklumat tersebut. Walaupun ini satu pencapaian namun ia lebih merupakan
ciri ketidakfungsian berbanding kebolehan yang sempurna kerana ia tidak membawa
makna jika mereka tidak dapat mengunakannya (Firth, 1993).
Berbeza dengan 20 tahun lalu di mana ramai individu autisme berada di institusi,
kini mereka hidup dalam keadaan yang lebih fleksible dan teratur. Biasanya hanya
individu yang teruk sahaja berada di institusi. Sewaktu dewasa, ada di antara mereka yang
hidup dengan keluarga, ramai yang tinggal di kemudahan asrama, atau dalam grouphome
(sebahagian berdikari) malah ada yang berdikari sepenuhnya. Ada juga yang lulus dari
kolej, ada yang menerima ijazah malah ada yang menjalin perhubungan sehingga
berkahwin (Edelson, 1999). Dalam alam pekerjaan, mereka boleh diterima sebagai
pekerja yang berhati-hati dan boleh dipercayai. Namun demikian mereka sukar untuk
mendapat pekerjaan kerana tingkah laku sosial yang kelihatan berbeza dan nampak pelik
sehingga menimbulkan kesukaran ketika temuduga untuk mendapatkan pekerjaan.
8
1. 5 P u n c a K e j a d i a n
Walaupun tidak diketahui punca tertentu yang menyebabkan autisme, terdapat bukti yang
semakin banyak bahawa ia disebabkan oleh pelbagai masalah. Pengaruh genetik
umpamanya menunjukkan kembar seiras lebih berkemungkinan untuk mendapatkan
autisme berbanding kembar tidak seiras. Kini banyak kajian dijalankan yang berfokus
kepada gen autisme di mana spekulasi di kalangan pengkaji mengatakan bahawa tiga
hingga lima gen boleh dikaitkan dengan autisme. Terdapat juga bukti gen yang dikaitkan
dengan sistem imunisasi yang lemah (Edelson, 1999).
Rodier (2000), mengatakan bahawa ianya mungkin juga berpunca daripada
pengambilan pil Thalidomide   untuk mengatasi masalah ketika morning sickness yang
dihadapi oleh ibu yang sedang hamil. Beliau membuktikan bahawa dalam satu kajian
yang dijalankan oleh Miller dan Stromland mendapati bahawa 5% daripada mangsa
Thalidiomide  adalah autisme dan daripada segi peratus ianya 30% lebih berbanding
populasi umum.
Kehadiran virus turut menjadi punca kepada autisme. Rubella yang dijangkiti
semasa tiga bulan pertama kandungan meningkatkan risiko mendapat anak autisme. Virus
Cytolomega o
           l  juga dikaitkan dengan autisme sehingga meningkatkan kebimbangan
bahawa suntikan imunisasi boleh menyebabkan autisme (Edelson, 1999).
Namun kini terdapat perhatian yang lebih kepada pencemaran dan toxin dalam
persekitaran yang boleh membawa kepada autisme. Terdapat kadar kejadian yang tinggi
dalam sebuah bandar kecil di Leomenster, Massachusetts, di mana terdapat kilang
mengeluarkan sunglasses di situ. Yang menariknya kebanyakan kes berlaku kejadian
autisme wujud di rumah yang terletak berhampiran dengan kilang yang mengeluarkan
asap yang banyak. Pada masa kini terdapat kejadian kes kanak-kanak autisme
dikenalpasti di Brick Township, New Jersey sehingga banyak agensi cuba mencari
9
penyebab kepada pertumbuhan kadar kejadian autisme dalam kumpulan komuniti
tersebut (Edelson, 1999).
1. 6 P e r k e m b a n g a n Fi z i k a l
Memandangkan secara luaran, kanak-kanak autisme ini normal dan sukar dikesan
kecelaruan yang berlaku, maka perbincangan mengenai perkembangan fizikal berkisar
kepada perkembangan otak dan bahagian dalam badan yang mengalami ketidaknormalan
daripada aspek perkembangannya.
Autisme yang kini difahami sebagai neuro -developmental disorder iaitu satu
kecelaruan dalam pembentukan otak. Untuk memahami bagaimana fikiran dan
tingkahlaku kanak-kanak autisme terjadi daripada hasil perkembangan otak, perlu dilihat
bagaimana tisu-tisu otak tersusun untuk menerima proses pembelajaran, perasaan sebagai
fungsi penting dalam tubuh badan manusia untuk keperluan kehidupan. Setiap otak
manusia dibentuk daripada beribu sel-sel saraf yang saling berkait dan disusun dalam
bentuk sistem yang bertindak mengawal kesedaran di luar tubuh badan termasuk emosi,
tingkahlaku dan juga mempunyai hubungan dengan fungsi organ dalaman. Otak manusia
yang terdiri daripada cerebrum , cerebellum dan tunggul otak di mana bahagian terbesar
adalah cerebrum .
Menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi & Robarts (1998) setiap hemisfera pula
terbahagi kepada empat bahagian iaitu formal, temporal, occipital dan pariental. Kawasan
occipitial menerima sel-sel saraf optik, menganalisa dan memberi maklumbalas tindakan
yang perlu dilakukan kepada mata. Temporal lobe pula merupakan kawasan pendengaran
dan ia berhampiran dengan kawasan sensori. Di hadapan kawasan sensori adalah kawasan
motor yang mengawal kebanyakan pergerakan tubuh badan. Bahagian pariental
merupakan pusat mengawal motor-pertuturan.
10
Bahagian frontal adalah merupakan bahagian yang mengawal proses mental
seperti kemahiran berfikir, membuat perancangan, kegiatan belajar dan menggunakan
konsep-konsep serta perlambangan berbahasa. Bahagian ini juga mengawal personaliti
seseorang. Ringkasnya fungsi cerebrum adalah mengawal tahap kesedaran, terlibat dalam
proses mental, mengawal pergerakan motor, kawalan emosi dan sensori.
Kebijaksanaan dan keseimbangan emosi bergantung kepada motif dalaman dan
maklumat daripada luar pemikiran atau otak. Otak manusia merupakan dalaman manusia
sebagai kuasa untuk melakukan semua perkara dalam berkomunikasi dengan badan dan
pemikiran orang lain. Kebolehan untuk memahami orang lain melalui minda ke minda
dengan orang lain merupakan kebolehan yang lahir bersama setiap bayi. Individu autisme
turut mempunyai otak yang bijaksana yang melambangkan dunia mereka serta mengawal
kesihatan badan mereka namun mereka menghadapi masalah dalam kesedaran,
pembelajaran, masalah dalaman dan peraturan hidup. Mereka juga kurang upaya dalam
persepsi atau memberi respon kepada apa yang berlaku terhadap orang lain dan
bagaimana orang lain berfikir. Ini merupakan maklumat penting apabila kita cuba
memahami mengapa kanak-kanak autisme berusia tiga tahun kurang sedar dan tidak
berimaginasi dalam memberi reaksi kepada orang lain.
Para pengkaji turut mengenalpasti beberapa ketidaknormalan otak individu yang
menghadapi autisme. Walau bagaimanapun alasan untuk bagaimana ketidaknormalan ini
mempengaruhi tingkahlaku tidak diketahui. Ketidaknormalan ini boleh diklasifikasikan
kepada dua jenis iaitu ketidakfungsian dalam struktur neural di otak dan ketidaknormalan
biokimia di otak (Edelson, 1999). Keadaan perubatan lain berhubung autisme:
1. 6 . 1 K e s i l a p a n g e n e t i k d a l a m o t a k
Pendapat mengatakan bahawa autisme disebabkan kesilapan dalam gen
yang menyebabkan perubahan dalam otak seperti DownSindrom        namun
11
tiada sebab untuk menjangka bahawa perubahan satu gen boleh
menyebabkan kecelaruan yang kompleks dalam pembentukan otak dan
fungsinya. Jika ia disebabkan oleh faktor keturunan, terdapat kemungkinan
beberapa gen yang bertanggungjawab. Gen tertentu yang tidak normal
dikaitkan dengan kimia serotonin di otak mempunyai peranan dalam
menyusun emosi dalam komunikasi dan pembelajaran kini didapati dalam
kanak-kanak autisme.
1. 6 . 2 T u b e r o u s S c l e r o s i s ( T S C )
Antara 17 dan 58 peratus individu berada dalam keadaan ini di mana
neuron dari cerebral cortex dari amorphous tuber menunjukkan terdapat
gangguan proses biokimia. Walaupun begitu peratus kumpulan autistik di
sini hanya 0.4 dan 3 peratus dan kebanyakannya lelaki. Mereka
kemungkinan menghadapi sawan dan lebih tahap kerencatannya.
1. 6 . 3 P h e n y l k e t o n u r i a ( P K U )
PKU merupakan kecelaruan genetik hasil daripada kurang satu gen yang
berbentuk enzim yang diperlukan oleh badan untuk memproses
phenylalanine iaitu sejenis asid amino yang terdapat dalam makanan.
Kecelaruan ini berlaku hasil daripada pengumpulan yang tidak normal
bahan kimia phenylalanine dan asid phenylpyruvic dalam air kencing dan
ini berkait dengan kerosakan mental yang teruk. PKU yang tidak diubati
menjadi penyebab autisme namun kini ia semakin kurang berlaku.
12
1. 6 . 4 P u r i n e A u t i s m e
Merupakan autisme yang diakibatkan oleh ketidaknormalan dari bahan
toksid yang dipanggil purines yang berkaitan dengan asid urik.
Ketidaknormalan dalam metabolisme purine menyebabkan tingkahlaku
autistik namun mempunyai peluang untuk diubati. Ia mempunyai
kecacatan diri yang teruk jika disertai ketidaknormalan dalam purine yang
luar biasa.
1. 6 . 5 P e n y a k i t C a m p a k K e t i k a M e n g a n d u n g
Jika ibu mendapat campak ketika mengandung ia akan meningkatkan
kemungkinan mendapat autisme. Tujuh belas daripada lapan belas kanakkanak
yang dinyatakan sebagai autistik turut mempunyai masalah sensori
yang menyumbang kepada simpton autistik seperti PKU, kesedaran yang
luas tentang kurang upaya disorder dan peluasan penyuntikan telah
dapat menghapuskan rubella sebagai punca autisme.
1. 6 . 6 E p i l e p s i
Dua puluh peratus hingga tiga puluh lima peratus individu autistik
membentuk epilepsi. Kemungkinan ia bertambah dengan IQ yang rendah
dan risiko sawan adalah tinggi ketika awal kanak-kanak. Besar
kemungkinan autisme dan epilepsi berlaku serentak adalah hasil daripada
mekanisma yang muncul dengan pertukaran saraf.
Ketidakfungsian sistem imunisasi atau sistem pertahanan badan juga dikaitkan dengan
autisme. Ia mungkin kerana terdapat jangkitan virus atau toxin daripada persekitaran yang
13
bertanggungjawab untuk memusnahkan sistem pertahanan badan mereka. Terdapat juga
bukti bahawa terdapat perkaitan genetik dalam sistem pertahanan badan mereka. Pengkaji
mendapati ramai individu autistik telah mengalami bilangan cellt yang kurang membantu
sistem pertahanan badan melawan jangkitan.
Kebanyakan individu autisme mempunyai kecacatan di dalam satu atau lebih deria
mereka. Deria itu meliputi auditori, visual, sentuhan, rasa, vestibular
                                                                      Olfactory    (bau) dan
deria proprioseptif . Semua deria ini boleh hipersensitif atau hiposensitif atau boleh
menyebabkan seseorang mengalami gangguan seperti tinnitus (bunyi berdesing dalam
telinga). Keadaan ini mengakibatkan sukar bagi seseorang autisme untuk memproses
maklumat dengan lebih tepat (Reed, 1994).
Kekurangan sensori ini menjadikan seseorang autisme itu sukar untuk menerima
stimulasi normal. Sebagai contoh ada individu autisme yang cuba mengelakkan pelbagai
bentuk sentuhan namun ada pula yang tidak merasa sakit. Melalui deria pendengaran
yang hypersensitive   , lebih kurang 40% individu autisme mengalami ketidakselesaan
apabila didedahkan kepada bunyi atau frekuensi bunyi tertentu. Selalunya mereka
menutup telinga mereka dan tantrum apabila mendengar bunyi bayi menangis atau bunyi
motosikal. Ada pula ibubapa yang menyangkakan anak mereka cacat pendengaran tetapi
sebenarnya anak autisme itu tidak memberi respon kepada bunyi (Edelson, 1999).
Segala bukti yang ada daripada kajian mengenai otak individu autisme
menyokong bahawa autisme adalah kerana ketidaknormalan yang berbentuk sebelum
lahir tetapi menunjukkan kesannya dalam tingkahlaku ketika zaman kanak-kanaknya
ketika mereka seharusnya bermula membentuk bahasa. Dapatan turut menunjukkan
kekacauan yang berlaku dalam pembentukan otak adalah berkaitan dengan fungsi yang
timbul di zaman kanak-kanaknya apabila korteks atau lapisan luar dalam otak mula
14
membesar dengan cepat dan otak secara keseluruhan sedang mendorong individu mencari
stimulasi daripada persekitaran untuk menyokong kehidupan.
1. 7 P e r k e m b a n g a n B a h a s a K a n a k - k a n a k A u t i s m e
Kanak-kanak autisme kekurangan potensi untuk membentuk fleksibiliti dalam bidang
penggunaan bahasa. Bagi yang boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada ingatan
secara hafalan atau frasa lebih daripada menggunakan peraturan asas dengan lebih kreatif.
Tajuk perbualan adalah terhad walaupun bagi kanak-kanak yang mempunyai
perbendaharaan yang luas. Mereka juga mempunyai masalah dalam gestur penulisan dan
bahasa isyarat yang formal. Permasalahan dalam bahasa menyebabkan juga perkaitan
rapat masalah sosial dan perkembangan kognitif (Wing, 1976). Namun demikian
komponen dalam bahasa kanak-kanak autisme biasanya tidak sesuai dengan peringkat
umur mereka dan bergantung kepada intervensi yang diberi di mana masalah bahasa
adalah masalah kedua berbanding masalah intelek mereka. Oleh itu masalah bahasa jadi
lebih baik seandainya perkembangan lain berlaku (Reed, 1994).
Kanak-kanak autisme tidak menunujukkan kurang upaya tertentu dalam tahap
segmentaphonology
        l            dan sintaksis iaitu susunan kata dalam ayat. Pada kebiasannya
pertuturan yang dikeluarkan boleh difahami seperti kanak-kanak lain walaupun tidak
seperti orang dewasa. Penyebutan yang tiada masalah sintaksis menunjukkan
keseimbangan struktur di mana keupayaan ini merupakan perbezaan linguistik utama
yang membezakan kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak kurang upaya bahasa yang
lain seperti mental retardasi, pekak dan lain-lain. Masalah bahasa autisme boleh
dibahagikan kepada beberapa bahagian:
15
1. 7 . 1 N o n s e g m e n t a l p h o n o l o g y
Kanak-kanak autisme biasanya menunujukkan kekurangan dalam menghasilkan
pertuturan yang nonsegmental   yang juga disebut prosody atau bentuk-bentuk
sajak dan puisi (Reed, 1994). Namun bentuk ini berbeza antara satu sama lain dan
mereka kerap menunjuk perbezaan yang berikut:
m Rithma yang stereotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan
secara berlebihan.
s   Kekerapan yang berlebihan dalam konteks yang tidak bersesuaian.
K Pengeluaran vokal yang berubah-ubah turun naiknya tidak seperti biasa.
P Pitch suara yang terhad dan monotous pertuturannya.
P Nada bunyi yang berbeza dan tidak kossisten dengan makna ditekankan
secara lisan.
Kanak-kanak autisme tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi yang
digunakan dalam perbualan biasa.
1. 7 . 2 B a h a s a I d i o s i n k r a t i k - B a h a s a y a n g t e r s e n d i r i .
Walaupun terdapat persamaan bagaiman bahasa mereka yang tersendiri dipelajari
atau digunakan, kanak-kanak ini adalah unik dalam perkataan atau frasa tertentu
yang dikeluarkan dan dalam konteks yang dinyatakan. Semua bentuk bahasa yang
dikeluarkan menunjukan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam
fahaman (Reed, 1994).
Kanak-kanak ini mempunyai kecendurangan untuk mengingati perkataan
atau frasa dalam konteks dimana mereka pertama belajar, tanpa dapat membuat
generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut kepada perkara yang sama
seperti kasut yang sama dipakai oleh orang lain atau pada gambar kasut.
16
Kelainan juga sering dibuat kanak-kanak autisme di mana perkataan biasa
digunakan dengan perkataan baru atau neologisme di mana terdapat kombinasi
morfem yang salah (Reed, 1994). Walaupun terdapat kanak-kanak autisme yang
menggunakan bahasa yang tersendiri dan pelbagai dalam kekerapannya namun ia
terlihat dalam satu-satu masa dan tiada dalam perbualan yang lain. Kanak-kanak
lain pula mengulang perkataan yang sama atau frasa dalam konteks yang tidak
menunjukkan makna yang tepat.
Sebagai contoh kajian yang dijalankan oleh Coggins & Frederickson
(1988) ke atas seorang kanak-kanak autisme yang kerap mengulang-ulang
perkataan ”boleh saya cakap” yang mana ia ditujukan kepada rakan perbualan
iaitu ayahnya. Ia kerap timbul di tengah-tengah pertukaran perbualan dan topik
baru yang dimulakan oleh individu dewasa.
1. 7 . 3 M a s a l a h K a t a G a n t i N a m a
Kekeliruan kerap timbul dalam pertuturan kanak-kanak autisme ketika
penggunaan kata ganti nama. Kebanyakan kesilapan timbul kerana kekeliruan
jantina seperti he atau she atau penggantian seperti him untuk he . Ini juga sering
berlaku kepada kanak-kanak pada peringkat awal perkembangan mereka dan
kanak-kanak lain yang mempunyai masalah bahasa (Reed, 1994). Masalah yang
jelas kepada kanak-kanak autisme adalah kepada kata ganti nama diri pertama dan
kedua seperti awak untuk dirinya dan saya untuk orang lain. Ini adalah kerana :
k Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk memahami dan
menggunakan perkataan yang maknanya berubah mengikut konteks
komunikasi seperti I, you dan me yang berubah penggunaannya
menyebabkan sukar untuk memahami makna perkataan ini.
17
1 Masalah dengan kata ganti nama di mana mereka tidak dapat membezakan
apa yang mereka fikir dan apa yang orang lain fahami.
a Kanak-kanak autisme tidak menumpukan perhatian untuk melihat
penggunaan kata ganti nama yang digunakan oleh orang secara biasa.
Pendedahan kepada penggunaan kata ganti nama sebagai program
intervensi bahasa boleh membantu.
1. 7 . 4 E k o l a l i a
Satu ciri yang paling menonjol adalah kekerapan di mana mereka mengulangulang
apa yang diucapkan kepada mereka. Ekolalia ini berlaku apabila kanakkanak
autisme mengulang tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara
automatik (Reed, 1994). Ekolalia boleh dibezakan namun ia sukar untuk dinilai
iaitu:
i I mmediate ekolalia – pengulangan yang tepat dan serta merta apabila
perkataan disebut.
p   Delayed ekolalia – diucapkan agak lama selepas ia perkataan asal disebut.
Mitigated
            ekolalia  – pengulangan yang segera tetapi mengandungi
perubahan kepada apa yang dipertuturkan.
Walaupun terdapat kanak-kanak lain yang menunjukkan bentuk pertuturan
ekolalia namun ia ketara kepada kanak-kanak autistik (Reed, 1994) kerana:
e   Kekerapan yang nyata dan tinggi.
K Ekolalia terjadi dalam jangkamasa yang lama sehingga agak dewasa.
E Pada kanak-kanak autisme ia merupakan seperti salinan sebenar apa yang
mereka dengar berbanding kanak-kanak biasa meniru pertuturan untuk
membentuk perkembangan perkataan dan susunan kata.
18
Ekolalia timbul kerana kanak-kanak autisme kurang mempunyai daya
kefahaman menjadi punca utama ekolalia. Ini kerana apabila daya kefahaman
telah mulai ada, kekerapan dalam pengulangan akan menurun.
1. 7 . 5 K u r a n g K o m u n i k a s i B e r f u n g s i
Sukar untuk menentukan bentuk pertuturan yang biasa ditunjukkan oleh kanakkanak
autistik jika ekolalia diketepikan. Ini kerana ia sukar dibezakan kerana
perbezaan dalam tingkahlaku cara lisan dan bukan lisan diklasifikasikan. Kanakkanak
autistik kurang cekap dalam menarik perhatian rakan perbualannya seperti
membuat eye contact menunjuk kepada sesuatu. Mereka lebih suka bertindak
sebagai menurut lebih daripada menerajui perbualan (Frith, 1989).
Pelbagai bentuk komunikasi dipermudahkan iaitu Facilitated
Communication    telah dijayakan dengan pelbagai alat yang mempunyai input
menggunakan papan kekunci dan memberi hasil yang boleh dibaca seperti
komputer atau mesin taip elektrik (Reed, 1994). Individu autistik yang
menggunakan bentuk pertuturan ini merupakan satu kejayaan. Banyak masalah
yang dilihat dalam bahasa pertuturan seperti kekeliruan gantinama dan ekolalia
tidak ditunjukkan dalam bahasa yang mereka taip di papan kekunci. Terdapat juga
laporan yang menjelaskan mengenai perubahan dalam semantik dan kefahaman
dalam komunikasi. Individu dengan keupayaan yang minimun untuk berinteraksi
secara verbal telah mendedahkan bahawa mereka dapat mencapai satu tahap yang
lebih tinggi dalam bilangan perbendaharaan kata yang diharapkan, tumpuan
perhatian yang lebih baik, bentuk lawak, kesedaran dan bertanggungjawab
terhadap rakan perbualannya (Reed, 1994).
19
Kajian mendapati, tajuk perbualan bertambah daripada apa yang timbul
dalam perbualan secara pertuturan. Namun belum pasti bentuk komunikasi begini
sesuai untuk semua kanak-kanak autisme. Antara eleman dalam bentuk
komunikasi ini adalah (Biklen, 1992; Biklen & Schubert, 1991) iaitu sokongan
fizikal, latihan awal, pengekalan fokus, elakkan ujian untuk kecekapan dan
tugasan yang berstruktur. Semakin lama jumlah sokongan daripada segi bantuan
fizikal dikurangkan sehinggalah ke tahap tanpa sentuhan.
Latihan komunikasi untuk kanak-kanak autisme tidak terhad kepada
mereka yang mempunyai bahasa pertuturan sahaja. Ini kerana kebanyakan kanakkanak
autisme menunjukkan seperti menghadapi mental retardasi dan ciri-ciri
autisme yang unik dalam sosial dan komunikasi. Ini menunjukkan masalah yang
lebih sukar untuk menguasai pertuturan. Terdapat juga bukti bahawa sistem
auditori kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak biasa (Konstantareas,
1985). Perbezaan ini menyebabkan masalah dalam komunikasi secara lisan tidak
diketahui, tetapi ia memberikan rasional untuk mengajar bahasa melalui visual
dan stimulasi sentuhan kinestetik. Ciri lain seperti masalah eyecontact yang
lemah, rutin yang sama, minat dalam peralatan mekanikal mencadangkan agar
mereka menggunakan sistem komunikasi yang lain (Reed, 1994).
Penggunaan latihan isyarat dan pertuturan dapat memberi kemahiran
komunikasi yang efektif pada peringkat awal pembelajaran bahasa namun kajian
belum dapat menjelaskannya. Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa
kanak-kanak autistik yang lemah dalam meniru secara verbal dapat mengelaurkan
pertuturan dengan bantuan rangsangan secara visual (Reed, 1994). Walaupun
20
latihan menggunakan isyarat mungkin berkesan tetapi tidak kepada semua kanakkanak
autisme dan memerlukan kajian lanjut mengenainya.
Kecelaruan bahasa yang merupakan perkara yang kompleks dan
memerlukan penaksiran yang berhati-hati untuk melihat prbezaan tahap
masalahnya. Bagi kanak-kanak autisme, ia semakin kompleks kerana interaksi
yang rumit antara bahasa, kognitif dan sosial yang mana ia bermasalah pada masa
yang sama.
1. 8 P e r k e m b a n g a n K o g n i t i f K a n a k - k a n a k A u t i s m e
Theoryofmind    merujuk kepada ketidakupayaan seseorang untuk menyedari bahawa
orang lain mempunyai pandangan tersendiri mengenai dunia. Ramai individu autisme
tidak menyedari bahawa orang lain mempunyai pemikiran, perancangan dan perspektif
yang berbeza daripada diri mereka. Sebagai contoh seorang kanak-kanak menyerahkan
gambar seekor binatang dengan kedudukan gambar berkenaan menghadap kepada
rakannya tetapi seorang autisme mungkin menyerahkan dengan belakang gambar
menghadap rakannya. Seorang autisme mungkin dapat melihat gambar itu tetapi tidak
menyedari bahawa individu lain mempunyai perspektif dan pendangan berlainan
mengenai gambar tersebut (Edelson, 1999).
Lebih kurang 10% individu autisme mempunyai kemahiran tertentu yang boleh
dianggap tinggi mengikut ukuran umum. Biasanya ia berkaitan dengan ruang semulajadi
seperti bakat isimewa dalam muzik dan matematik. Ada di antara mereka boleh mendarab
jumlah angka yang besar dalam waktu yang singkat, bahkan ada yang boleh menentukan
nama hari apabila diberi suatu tarikh ataupun mereka boleh menghafal jadual
penerbangan yang lengkap (Edelson, 1999). Namun demikian sebahagian kemahiran ini
tidak dapat diaplikasi dengan kehidupannya.
21
Ramai individu autisme juga mempunyai tumpuan atau fokus yang terhad tetapi
berlebihan terhadap sesuatu perkara yang menjadi tumpuan atau stimulus lecitivity
                                                                        overse      .
Pada dasarnya perhatian mereka hanya tertumpu kepada satu aspek sesuatu perkara sahaja
yang tidak berkaitan. Contohnya, mereka hanya memberi perhatian kepada warna sahaja
tetapi mengabaikan berkenaan bentuk. Mungkin mereka tidak dapat membezakan di
antara sudu dan garfu jika tumpuan yang diberikan hanya pada aspek warna. Oleh kerana
tumpuan perhatian merupakan peringkat pertama dalam pemerosesan maklumat,
kegagalan mengenalpasti aspek yang relevan terhadap sesuatu objek menyebabkan
keupayaan seseorang itu untuk belajar terhad (Edelson, 1999) .
Kanak-kanak autisme mempu menerima input daripada sensori tetapi tidak boleh
memilih maklumat yang penting. Mereka kekalkan input awal dalam bentuk yang jelas
atau belum ditukarbentuk uncodedform   . Memandangkan maklumat perlu dikodkan ke
dalam memori yang abstrak untuk disimpan dan diperolehi semula, kanak-kanak ini tidak
boleh untuk mengekalkan maklumat untuk jangka masa yang lama dan tidak boleh
modifikasi maklumat dalam cara biasa pembelajaran dijayakan (Paluszny, 1980).
Maklumat hanya kekal dalam jangka pendek, sensori tertentu dan maklumat yang tidak
abstrak yang mana ia berguna dalam usaha untuk mengingat kembali dengan jelas lokasi
objek atau sesuatu frasa. Walaubagaimanapun tanpa koding secara abstrak sebagaimana
ia diguna memori normal, bahasa dan interaksi sosial tidak berkembang. Kanak-kanak
autistik apabila dibandingkan dengan kanak-kanak daripada kumpulan lain mempunyai
masalah yang lebih besar dalam memahami peraturan, mengenali lebihan dan
mengekalkan maklumat dalam bentuk selain daripada rote memory (Paluszny, 1979).
22
1. 9 P e r k e m b a n g a n E m o s i K a n a k - k a n a k A u t i s m e
Penentuan umur sosial-
                     emosi   dapat memudahkan pemahaman tentang kelakuan kanakkanak
autisme dan memilih cara terbaik untuk menjalankan intervensi. Namun proses
menentukan umur sosial-emosi   seseorang sukar kerana perlu mengambilkira bagaimana
seseorang memberi respon kepada situasi sosial iaitu contoh bagaimana cara dia bermain
dan reaksi kepada situasi emosi yang wujud (Edelson, 2001).
Sebagai contoh kanak-kanak berusia dua tahun mempunyai tinkahlaku seperti
tidak mahu membuat apa yang disuruh dan degil. Kadang-kadang penjaga mempunyai
jangkaan yang tidak realistik dan membawa kepada rasa kecewa apabila penjaga memberi
harapan berdasarkan tahap fungsi intelek seseorang yang dirasakan sama dengan tahap
sosial-emosi. Sebagai contoh seorang individu autisme dewasa boleh melakukan tugas di
tempat kerja dengan begitu baik namun mempunyai sifat temper  tantrum    apabila
berhadapan masalah kecil seperti kelakuan kanak-kanak berusia lima tahun. Ini kerana
tahap intelektual kanak-kanak autisme tidak sama dengan umur sosial-emosinya.
Adakah kanak-kanak autisme dapat memahami perasaan yang ditunjukkan
melalui muka dan suara seseorang? Satu kajian dijalankan oleh Peter Hobson di mana
kanak-kanak perlu sesuaikan bentuk wajah dengan suara yang berlainan emosi,
menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme mengalami kesukaran dalam mengenali
emosi yang mana aspek ini tidak dipengaruhi oleh kebolehan intelekual mereka. Kanakkanak
ini juga gagal untuk membuat hubungan emosi yang sama dalam cara yang
berlainan. Mungkin mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu tidak boleh ditunjukkan
dan diidentifikasikan dalam cara yang tidak disalahfaham (Frith, 1993). Perasaan yang
ada dan cara yang dinyatakan melalui suara, wajah dan gesture boleh menyebabkannya
kekal sebagai sebuah buku yang tertutup. Jika ia diinterpretasi dengan cara ini,
23
kekurangan dalam emosi tidak dapat dikurangkan tetapi boleh dilihat sebagi sebahagian
daripada kekuarangan kognitif.
Apabila melihat kanak-kanak autisme ketawa gelihati atau menunjukkan tantrum
boleh menjadi bukti bahawa kanak-kanak autisme menunjukkan perasaan mereka namun
terdapat persoalan sama ada ia wujud dalam keadaan sosial yang betul. Sekurangkurangnya
dalam satu bidang kanak-kanak autisme dapat menunjukkan respon yang
normal seperti ketika bermain, digeletek atau pergerakan mengikut muzik. Namun agak
ganjil apabila tiba satu peringkat umur di mana kanak-kanak normal lebih suka kepada
interaksi sosial yang berbeza namun kanak-kanak autisme menyukai permainan kanakkanak
(Frith, 1993).
Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka nampak lebih gembira bila melakukan
satu aktiviti secara bersendirian. Ini berbeza dengan kanak-kanak normal yang berlari
untuk mendapatkan pelukan bila mereka perlukan keselesaan diri. Ini merupakan satu
kekurangan utama dalam interaksi yang bertimbal balik dalam tingkahlaku kanak-kanak
autisme (Frith, 1993).
Semakin mereka membesar, individu autisme menunjukkan ciri-ciri yang boleh
dikatakan sebagai ganjil kerana mereka tidak menyorokkan perasaan suka atau tidak suka
kepada orang yang berbeza dan kadang-kadang menunjukkan kemesraan yang melampau.
Pada peringkat perkembangan yang lebih sesuai, mereka juga boleh menunjukkan
perasaan secara tidak ketara (Frith, 1993).
Besar kemungkinan emosi awal yang dilihat merupakan tanda belum matang.
Individu autistik juga mempunyai beberapa ekspresi wajah, posture badan yang kaku dan
suara yang monotonus. Banyak pemerhati bersetuju bahawa terdapat ketidakfungsian,
kurang peraturan dan mungkin tanda emosi yang keterlaluan oleh orang autistik untuk
24
mengawal perasaan berkurangan kerana kurangnya minat semulajadi dalam komunikasi.
Minat seperti ini sukar untuk dikekalkan tanpa penghargaan daripada orang lain yang
mempunyai perasaan perbezaan pemikiran (Frith, 1993).
Ekspresi emosi perlu dipelajari seperti bahasa walaupun lambat dan sukar dicapai
kerana apa yang perlu untuk proses pembelajaran, berkomunikasi dan memahami tahap
mental tiada pada mereka (Frith, 1993). Mereka juga tidak mempunyai perasaan takut
kepada bahaya terutama bagi kanak-kanak autisme yang masih kecil. Ramai ibu bapa
yang boleh bercerita bagaimana kanak-kanak ini memanjat bumbung atau berlari ke
dalam air yang dalam, dengan berpakaian rapi. Namun mereka kadangkala takut dengan
benda yang tidak bahaya seperti dalam bilik khas, bila langsir diturunkan, masa untuk
mandi atau dengan binatang kesayangan rakan. Kanak-kanak autisme tidak memahami
perasaan orang lain. Mereka mungkin ketawa apabila orang lain jatuh atau kanak-kanak
lain dipukul. Ketawa, menangis dan menjerit boleh timbul dan terjadi tanpa apa-apa sebab
(Wing, 1983).
Kanner mempercayai bahawa ketidaknormalan dalam perkembangan emosi
merupakan satu ketidakupayaan utama dalam masa kanak-kanak autistik masih kecil.
Beliau mengambilkira bahawa kanak-kanak yang lahir tanpa kebolehan untuk membuat
hubungan yang berkesan dengan orang lain atau hilang keupayaan jika mempunyai
perkembangan yang normal sebelum menjadi autistik. Konsep ini terlalu global dan ramai
kanak-kanak mempunyai masalah ini. Kajian turut mendapati bahawa kanak-kanak
autistik boleh bekerjasama dalam menjalankan tugasan apabila situasi tersebut
dipermudahkan. Namun kanak-kanak ini sering tidak memberi perhatian kepada orang
dewasa yang bertanya atau memberi arahan (Wing, 1983).
25
1.1 0 P e r k e m b a n g a n S o s i a l K a n a k - k a n a k A u t i s m e
Membentuk hubungan sosial yang normal aalah salah satu kekurangan utama di
kalangan individu autistik. Mereka selalu mengalami kelewatan menguasai corak
interaksi sosial. Kekurangan ini dapat dikesan dalam interaksi mereka yang tiada atau
hanya sedikit sahaja hubungan mata, tidak bermain atau bergaul dengan rakan sebaya,
bahkan cuba menjauhinya dan ketidakupayaan memulakan interaksi, jika berjaya, ia tidak
boleh mengekalkannya. Kemungkinan individu autistik mendapat manfaat daripada
pergaulan mereka dengan rakan sebaya semakin kurang kerana kegagalan meeka melihat
atau menangani isu sosial yang relevan (Reed, 1994). Di dalam persekitaran inklusif, guru
sering melaporkan kurangnya interaksi sosial walaupun peluang untuk itu banyak (Pierce
& Schreibman, 1997). Bagi kanak-kanak autistik pergaulan dengan rakan sebaya tidak
ada kesalingan sosial yangmembolehkan mereka membina hubungan atau interaksi pada
masa hadapan dan mereka sebenarnya jarang atau tidak berupaya memulakan interaksi
soaial. Dengan demikian, peluang berinteraksi dengan orang lain sebenarnya tidak
menjamin mereka memperolehi kemahiran sosial
Menurut Frith (1993), masalah sosial boleh didefinisikan sebagai ketidakupayaan
untuk terlibat dalam interaksi dua hala di mana ia boleh dibahagikan kepada tiga jenis
yang berbeza iaitu :
i. Terasing atau bersendiri iaitu suka berkomunikasi, tidak menggunakan eyecontact ,
tidak mencari tempat untuk mengadu bila sedih, namun tidak menolak
konteks sosial seperti ketika makan dan minum, bermain dan beri reaksi
kepada muzik.
ii. Pasif ialah menerima pendekatan sosial yang dibuat oleh orang lain,
melakukan apa yang disuruh dan perlu diperhati supaya tidak melakukan
26
perkara yang tidak betul yang disuruh oleh rakan sebaya, mempunyai
pertuturan yang baik dan menjawab soalan secara jujur . Walaupun konteks
sosial dengan kanak-kanak lain merupakan sebahagian daripada rutin
hariannya namun ia bukanlah suatu yang dibuat untuk menyeronokkan
dirinya. Walaubagaimanapun, sebarang tekanan atau perubahan rutin
menunjukkan emosi yang tidak boleh dikawal dan membawa kepada trantrum.
iii. Ganjil iaitu berminat kepada orang lain dan suka disentuh dimana mereka
pergi kepada orang yang tidak dikenali dan bertanya nama. Kanak-kanak
autistik tidak tahu bila pendekatan yang dibuat tidak diperlukan dan tidak
sesuai. Ramai orang biasanya memberi komen tentang tingkahlahkuyang suka
mengganggu dan tidak disukainya.
Pada kebiasaanya sifat suka bersendiri wujud sehingga usia tujuh tahun dan
kebanyakan kanak-kanak berubah dari satu kategori ke kategori yang lain. Bagi para
pengkaji, kanak-kanak autisme perlu diberi tumpuan meningkatkan tingkahlaku yang
betul dengan dorongan positif berbanding dengan mengurangkan tinagkahlaku yang tidak
diperlukan. Kajian juga dijalankan dengan melibatkan individu bukan autistik. Dengan
cara ini diharapkan kanak-kanak autistik dapat mempelajari kemahiran sosial yang
dijangkakan berlaku dalam situasi sebenar. Pendekatan yang diterapkan ialah dengan
menukarkan satu tingkahlaku dengan rawatan yang pada masa yang sama dapat
membetulkan tingkahlaku berikutnya tanpa memberikan rawatan sebagai contoh sesuatu
perbualan memerlukan berbagai kemahiran lain seperti hubungan mata, nada suara yang
bersesuaian dan juga kemahiran menyoal dan menjawab soalan kekurangan kemahiran
sosial di kalangan individu autistik menjadikan pengajaran timgkahlaku yang mudah amat
perlu sebelum diperkenalkan kepada tingkahlaku yang lebih kompleks Wellman,1992),
27
Koegel at al.(1991), menyatakan tingkahlaku utama atau asas yang dimodifikasi
memberi perubahan sejajar kepada tingkahlaku dalam kumpulan yang sama. Sehubungan
itu dicadangkan tingkahlaku sasaran di kalangan individu autisme tidak diberi rawatan
atau diubah secara satu persatu tetapi sebaliknya digunakan pendekatan melalui rawatan
kepada tingkahlaku utama. Pengkaji turut menyatakan kekurangan motivasi untuk
mempelajari perkara baru dan kegagalan untuk bersama dalam persekitan sosial dan
sekolah merupakan tingkahlaku gangguan. Ini juga ada kaitannya dengan pilihan
rangsangan berlebihan. Sebagai contoh, seorang autisme mungkin tidak dapat
’mendengar’ apa yang disebut oleh guru ketika menunjukkan gambar anjing dan
menyebut perkataan anjing atau mendengar tetapi tidak dapat mengaitkan perkataan itu
sebagai label kepada gambar. Rangsangan berlebihan sebenarnya memberi kesan kepada
kemahiran sosial selain kepada kemahiran belajar kanak-kanak autisme.
Kajian-kajian yang dilaksanakan oleh para pengkaji berikut telah membuktikan
bahawa kumpulan pengantara rakan sebaya normal dapat memberikan kesan yang positif
dalam pengubahsuaian tingkahlaku individu autisme. Kajian Goldstein dan Wickstorm
(1986) telah berjaya menggunakan kumpulan rakan sebaya normal sebagai agen
intervensi untuk mengubah tingkahlaku kanak-kanak autisme dalam memperolehi dan
mengekalkan kemahiran berinteraksi. Rakan sebaya berkenaan telah bertindak sebagai
rakan sekutu sewaktu latihan untuk mewujudkan interaksi sosial.
Shafer, Egel & Neef (1984) pula mendapati strategi latihan rakan sebaya telah
dapat meningkatkan kekerapan interaksi dan mengekalkan tempoh interaksi kepada kadar
yang lebih lama. Dalam kajian itu juga seorang subjek telah dapat berinteraksi dengan
rakan sebaya yang tidak dilatih. Para pengkaji mendapati bahawa pelbagai pembolehubah
lain patut dicuba untuk memastikan kemahiran sosial yang diperolehi akan terus kekal.
28
Farmer-Dougan (1984), menggunakan pengajaran rakan sebaya secara tidak
langsung melibatkan orang dewasa berumur antara 18 hingga 19 tahun dengan seorang
autistik berumur 19 tahun. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perhatian dan pujian
yang diberi semasa membuat permintaan yang betul menjadi peneguhan yang lebih
berkesan daripada memperolehi barang yang diminta. Dengan pendekatan semudah itu
dan praktikal dilaksanakan dalam pengajaran kemahiran hidup kerana pada masa yang
sama mereka memperolehi kemahiran bahasa.
Koegel & Koegel, Hurley, & Frea (1992) pula telah menjalankan kajian sama ada
pengurusan tingkahlaku sendiri boleh dijadikan satu teknik untuk menjadikan perubahan
kekal dalam kadar yang lebih lama. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak
autistik boleh menerima perubahan dengan baik bahkan ada diantara subjek yang dapat
berkomunikasi di luar dari ruang eksperimen. Ini meneguhkan lagi dapatan yang
tingkahlaku utama boleh membawa perubahan kepada tingkahlaku lain dengan
mempelbagaikan pendekatan. Dengan kaedah yang sama iaitu pengurusan diri, didapati
sasaran tingkahlaku yang dikehendaki telah meningkat sejajar dengan tingkahlaku lain
yang tidak diberi rawatan.
Ketidakfungsian dalam tingkahlaku sosial merupakan satu ciri kepada simpton
autisme. Ia bolah dikategorikan kepada tiga (Edelson, 1997) iaitu:
i. Penghindaran Sosial (Socially
                               Avoidant   ) di mana individu ini sebenarnya
mengelakkan segala bentuk interaksi sosial. Reaksi yang paling biasa
adalah tantrum dan cuba melarikan diri apabila seseorang cuba untuk
berinteraksi dengan mereka. Ketika bayi, kebanyakannya diterangkan
sebagai mengelakkan sentuhan daripada penjaga. Reaksi ini sering
dianggap sebagai satu keadaan di mana kanak-kanak autisme merasa takut
29
atau tidak menyukai orang. Bagaimanapun hasil temu bual dengan orang
dewasa autisme terbina satu teori mengatakan keadaan ini adalah kerana
sensitiviti yang tinggi (hypersensitivity    ) terhadap rangsangan deria. Ada di
antaranya mengatakan suara ibu bapa mereka terlampau kuat dan
memekakkan telinga, ada pula mengatakan bau haruman sangat menusuk
hidung dan ada pula mengatakan sakit apabila disentuh. Keadaan ini
menjadikan mereka cuba menghindarkan sosial.
ii. Pengabaian Sosial (socially
                              indifferent       ) merupakan keadaan di mana
seseorang itu tidak berinteraksi dengan persekitarannya kecuali
memerlukan sesuatu dan tidak pula menghindarkan diri daripada
pergaulan. Mereka tidak kisah bercampur gaul dengan orang ramai dan
pada masa yang sama tidak kisah kepada diri mereka sendiri. Bagi
individu autisme, keadaan ini berlaku kerana mereka tidak memperolehi
kenikmatan biokimia apabila bercampur gaul dengan orang ramai.
iii. Kejanggalan sosial (socially
                                awkward         ) berlaku apabila individu autistik
mencuba untuk berkawan tetapi tidak dapat mengekalkan hubungan itu
dan perkara tersebut kerap berlaku di kalangan penghidap sindrom
asperger. Ini berlaku kerana tiada kesalingan sosial dalam individu autistik
dan saling bercerita tentang diri mereka sahaja. Mereka tidak mengetahui
bahawa orang lain sebenarnya mempunyai pemikiran, rancangan dan
pandangan sendiri. Mereka juga menghadapi masalah mamahami b ahawa
orang lain juga mempunyai kepercayaan, sikap dan emosi. Keadaan ini
menjadikan mereka sukar menjangkakan apa yang akan disebut atau
30
dibuat oleh orang lain dalam pelbagai situasi sosial. Keadaan ini
dinyatakan sebagai kekurangan theory mind of          .
2 . INT E R V E N S I
2 . 1 In t e r v e n s i a w a l
Intervensi awalan bermaksud pendidikan dan lain-lain rawatan yang disediakan sebelum
seseorang kanak-kanak itu memasuki alam persekolahan atau sebelum masalah-maslah
yang berkaitan dengan persekolahan menjadi serius. Ia juga merupakan perkhidmatan
untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarga mereka dari lahir hingga umur
persekolahan. Reed (1994) pula menyatakan intervensi sebagai satu proses pengawasan
yang berterusan, mengukur keupayaan berbahasa kanak-kanak secara teratur, konsisten,
fleksibel dan mengikut kaedah-kaedah tertentu secara langsung atau tidak langsung.
Dalam melaksanakan intervensi sebaiknya ianya dijalankan seawal mungkin,
melibatkan profesional dari pelbagai disiplin, melibatkan keluarga, dijalankan oleh
kakitngan yang berkelayakan dan seharusnya dapat membantu kanak-kanak yang
berisiko. Intervensi yang dijalnkan pada peringkat awal dapt mengesan ketidakupayaan
seawal mungkin. (Huggtower & Brada, 1991).Selain dari itu ia juga dapat membantu
tahap potensi (Pisterse & Treloar dan Cairns; Uther & Brar, 1989). Intervensi menjadi
sukar jika kanak-kanak telah terlazim dengan tingkahlaku yang silap (Reid 1994).
Kelewatan memberi intervensi menyebabkan perbezaan kanak-kanak dengan rakan
sebaya dan boleh mengakibatkan kanak-kanak khas mempunyai konsep kendiri yang
rendah (Lawrence, 1987). Terdapat pelbagai program berdasarkan rumah, pusat dan
kombinasi rumah-pusat.
31
2 . 2 K e p e n t i n g a n In t e r v e n s i A w a l
Intervensi awal memberi pengalaman awal yang mempengaruhi semua fungsi organ.
Hasil interaksi seorang bayi dengan alam sekelilingnya selepas kelahiran memberi
tingkah laku yang positif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengalaman awal yang
terhad akan gagal merangsang sistem sensorinya dan mungkin merosakkan sistem ini.
Sistem sensori seperti penglihatan bukan sahaja merosot akibat kurang atau tidak ada
persekitaran yang memberangsangkan pada peringkat awal tetapi menjejaskan sensori
lain seperti pendengaran. Bayi yang tidak diransang secara aktif maka pendengarannya
mungkin akan kurang sempurna.
Sebagai contohnya kanak-kanak autisma sensitif terhadap bunyi dalam
persekitaran. Mereka mungkin mendengar di bawah tahap normal dan sebahagian bunyi
dianggap menyakitkan. Latihan integrasi bunyi iaitu mendengar muzik selama 10 jam
merupakan salah satu intervensi yang digunakan untuk mengurangkan tahap sensitifnya.
Latihan penglihatan merupakan satu intervensi untuk menormalkan pandangannya. Satu
daripada program yang popular dibentuk oleh Dr. Melvin Kapalan, termasuklah memakai
prism atau lensa dan membentuk latihan pergerakan yang kelihatan untuk mengenali dan
menormalkan sistem penglihatan (Edelson, 1999).
Perkembangan kemahiran-kemahiran tertentu adalah tertakluk kepada waktu
kritikal yang banyak berlaku pada tiga tahun pertama kehidupan seseorang. Intervensi
awal bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran tetapi mengambil kesempatan
waktu-waktu kritikal ini untuk mengembangkan kemahiran-kemahiran tertentu. Intervensi
awal boleh diberikan kepada kanak-kanak autisme contohnya, seawal umur tiga tahun.
Reed (1994) mengatakan kanak-kanak yang mengalami autisma biasanya mempunyai
masalah yang berkaitan dengan kognitif, tingkah laku motor, ransangan sensori yang luar
biasa, masalah pendengaran, sawan dan sindrom Fragile X. Umumnya autisma dapat
dilihat sebelum berumur tiga tahun yang memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak
tersebut.
32
Intervensi awal dapat membantu kanak-kanak memperolehi perkembangan yang
tinggi. Kemahiran motor sensori contohnya deria sentuh dapat diransangkan apabila
dibekalkan dengan persekitaran yang memberangsangkan.
2 . 3 F a k t o r E t i o l o g i M e m p e n g a r u h i In t e r v e n s i
Intervensi yang ingin diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami autisme perlulah
berlandaskan kepada pengetahuan mengenai etiologi yang berkaitan. Kajian yang telah
dilakukan dan analisa terperinci terhadap masalah neurologikal kanak-kanak autisma
adalah penting dalam program pendidikan (Gallagher & Wiegerink, 1976). Kajian
tersebut menunjukkan bahawa kanak-kanak austistik mempunyai masalah dalam pelbagai
bidang kognitif. Pengetahuan mengenai etiologi perlu diketahui supaya pencegahan
terhadap masalah kognitif (Coulder, 1996) dan kemungkinan boleh diaplikasikan dalam
intervensi pendidikan (Mac Millan, Greshaw & Sperstein, 1963).
Selalunya mereka tidak boleh menggunakan simbol (Pibram, 1970) dan ini adalah
salah satu sebab yang menyebabkan perkembangan bahasa mereka terbantut. Ini
ditambah pula dengan kurangnya penerimaan intergrasi stimuli yang konsisten dari
persekitaran. Ornitz dan Ritvo (1968) menyatakan adakalanya mereka tidak berupaya
menerima input sensori seterusnya tidak memberi respon kepada rangsangan. Kajian yang
lain menunjukkan kanak-kanak autisma mempunyai masalah ingatan (Bryson, 1970,
1972) dan tidak dapat memahami peraturan untuk menghasilkan sesuatu kod
pembelajaran atau membuat generalisasi (Hermelin 1976).
Intervensi bagi kanak-kanak austistik boleh diberikan dari sudut dari sudut
perubatan dan pendidikan. Dari sudut perubatan, terdapat pelbagai terapi untuk kanakkanak
yang mengalami autisma. Jika etiologi autisma disebabkan oleh genetik, maka
33
kaunseling genetik boleh diberikan kepada ibu bapa tersebut. Linus Pauling (1973) pula
menyatakan beberapa vitamin seperti vitamin B-kompleks , biotin,asid folik dan
sebagainya yang mencukupi perlu diambil sebagai satu terapi untuk mengatasi masalah
neuro atau saraf. Pengambilan vitamin ini perlu mengikut masa yang dicadangkan agar
mereka mempunyai fungsi mental yang normal. Berdasarkan kenyataan Pauling, Rimland
et. Al (1978) telah mendapati pengambilan vitamin yang berterusan dapat memberi kesan
yang positif kepada kanak-kanak yang mengalami autisma.
Kaedah intervensi semasa adalah menggunakan kaedah pendidikan
memandangkan pendekatan kemahiran berstruktur adalah yang paling sesuai menangani
masalah tersebut. Memandangkan sering terdapat masalah mengenalpasti beberapa
bidang yang mengalami kekurangan maka teknik yang berkesan pada seseorang kanakkanak
autisma tidak semestinya berkesan kepada kanak-kanak autisma yang lain.
Bagaimanapun dalam melakukan intervensi terhadap kanak-kanak autisma, faktor-faktor
seperti hubungan guru murid, kematangan pelajar dan keadaan persekitaran juga
memainkan peranannya. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi intervensi di dalam kelas.
Oleh itu guru sebagai pelaksana intervensi di sekolah perlu memainkan peranan utama
agar intervensi yang ingin dilakukan dapat berjalan dengan lancar.
2 . 4 P r o s e s In t e r v e n s i K a n a k - k a n a k A u t i s m e
Sepanjang masa, kebanyakan keluarga telah mencuba pelbagai jenis rawatan tradisional
dan bukan tradisional untuk mengurangkan tingkahlaku autisme dan meningkatkan
tingkahlaku yang bersesuaian. Walaupun sebahagian individu diberi ubat untuk
memperbaiki tingkahlakunya namun tiada ubat utama yang ditunjukkan berkesan secara
konsisten dalam merawat simptom autisme. Ubatan yang paling luas digunakan adalah
ritalin yang diguna untuk merawat kurang tumpuan perhatian dan hiperaktif. Namun tiada
34
kajian dijalankan untuk menunjukkan tahap keberkesanannya kepada mereka yang
mempunyai autisme (Edelson, 1999).
Dua jenis rawatan yang menerima sokongan empirikal adalah modifikasi
tingkahlaku atau AppliedBehavior
                               Analysis(A B A )       dan penggunaan vitamin B6 dengan
tambahan magnesium. Modifikasi tingkahlaku merangkumi pelbagai strategi seperti
peneguhan positif dan time-ut , untuk meningkatkan tingkahlaku yang bersesuaian seperti
                           o
komunikasi dan tingkahlaku sosial dan untuk mengurangkan tingkahlaku yang tidak
bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri sendiri (Edelson, 1999).
Vitamin B6 yang diambil dengan magnesium telah menunjukkan peningkatan
dalam kesedaran dan tumpuan perhatian sehingga lebih kurang 45% daripada kanakkanak
autisttik. Terdapat juga beberapa laporan mengenai beberapa zat makanan
pelengkap dan Di-methyigiycine     (D M G ). D M G banyak membantu ke arah tingkahlaku
yang baik dan terdapat banyak laporan anekdot untuk menggalakkan kemahiran
komunikasi (Edelson, 1999).
Sebahagian individu dengan autisme mempunyai jumlah yis yang berlebihan
yang dipanggil candida albicans dalam saluran usus mereka. Tahap tinggi candida
albicans mungkin menyumbang kepada faktor kepada masalah tingkahlaku mereka. Satu
senario apabila kanak-kanak mendapat jangkitan dari telinga tengah, antibiotik yang
melawan jangkitan mungkin merosakkan sistem pengawalan jumlah yis dalam saluran
usus. Sebagai hasilnya yis akan tumbuh dan melepaskan toxin dalam darah dan toxin ini
mungkin mempengaruhi tahap kefungsingan otak namun ia boleh dirawat sama ada
dengan perubatan yang ringan seperti penggunaan nystatin (Edelson, 1999).
Ketidaksuaian dan sensitif terhadap makanan telah mendapat perhatian sebagai
penyebab berlakunya tingkahlaku autisme. Banyak keluarga telah memerhati perubahan
35
tingkahlaku yang baik apabila sebahagian makanan tidak diberi kepada kanak-kanak
autisme. Pengkaji mendapati kehadiran ketidaknormalan peptides berkemungkinan
kerana ketidakupayaan badan untuk memecahkan protein tertentu kepada asid amino.
Protein ini adalah gluten (seperti gandum,barli ,oats) dan casien (dalam susu manusia dan
susu lembu). Ramai ibu bapa telah mengeluarkan bahan ini daripada diet anak dan dilihat
membawa perubahan yang positif dalam kesihatan dan tingkahlaku (Edelson 1999).
Memandangkan kanak-kanak autisme mempunyai kekurangan daripada segi
sensori, maka teknik integrasi sensori diguna untuk merawat ketidakfungsian deria rasa,
vestibular, dan propioceptive senses. Sebahagian daripada teknik tersebut termasuk
membuai di buaian dalam pelbagai cara untuk membantu menormalkan vestibular senses
dan menggosok texture yang berlainan kepada kulit untuk deria sentuhan. Sebagai
tambahan, seorang wanita autisme, Dr. Temple Grandin, membentuk mesin peluk yang
memberi tekanan mendalam yang nampaknya mempunyai kesan tenang kepada seseorang
(Edelson, 1999).
Kebanyakan individu autisme sensitif terhadap bunyi dalam persekitaraan.
Mereka mungkin mendengar di bawah tahap normal dan sebahagian bunyi yang dianggap
menyakitkan. Latihan integrasi bunyi iaitu mendengar muzik selama 10 jam merupakan
salah satu intervensi yang diguna untuk mengurangkan tahap sensitifnya. Latihan
penglihatan merupakan satu intervensi untuk menormalkan pandangannya. Satu daripada
program yang popular dibentuk oleh Dr. Melvin Kaplan, termasuklah memakai prism
atau lensa dan membentuk latihan pergerakan yang kelihatan untuk mengenali dan
menormalkan sistem penglihatan (Edelson,1999).
2 . 4 . 1 In t e r v e n s i P e n d i d i k a n
36
Sebagai pendidik, maka intervensi yang akan dijalankan adalah lebih tertumpu
kepada intervensi pendidikan. Rincover & Koegel (1975), Koegel & Rincover
(1976) dan Koegel et al (1977) telah menemui kemahiran yang penting yang perlu
dilakukan oleh guru untuk meningkatkan keupayaan guru mengajar kanak-kanak
autisma. Kemahiarn-kemahiran tersebut adalah kemahiran untuk menyampaikan
arahan dengan betul, kemahiran menggunakan peneguhan dengan berkesan,
kemahiran untuk membentuk tingkah laku pelajar yang baru, kemahiran
membimbing pelajar memberi respon dengan tepat, kemahiran menyediakan masa
interval antara tugasan juga kemahiran menonjolkan personaliti yang menarik.
Dalam kemahiran intrvensi kanak-kanak yang mengalami autisma ianya
harus meliputi bidang tingkah laku, komunikasi, persekitaran dan sosial. Ini
adalah kerana mereka mempunyai masalah yang ketara dan sering berlaku
berkaitan bidang-bidang tersebut.
2.4.2 In t e r v e n s i Ti n g k a h L a k u
Intervensi tingkah laku perlu dilakukan untuk menangani masalah tingkah laku di
kalangan kanak-kanak autisme. Intervensi tingkah laku yang akan diberikan ini
adalah merujuk kepada intervensi tingkah laku sebagaimana yang diperkenalkan
oleh Dr. O. Ivar Lovaas seorang ahli psikologi. Kaedah intervensi ini merupakan
terapi bersifat program berpusat rumah.
Ia dijalankan sebagai satu pasukan program di mana sekurang-kurangnya 3
orang yang telah menjalani latihan penuh terlibat. Ini untuk memastikan intervensi
yang dijalankan tersusun dan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Kaedah
Lovaas mementingkan penyertaan daripada ahli keluarga. Ini bertujuan supaya
ahli keluarga dapat bersama-sama menjalankan intervensi dengan menggunakan
37
cara yang sama dengan ahli intervensi yang lain seterusnya memastikan
kesinambungan intervensi berlaku.
Semua kemahiran dipecahkan kepada kemahiran kecil yang boleh dicapai
dan diajar secara berstruktur. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan
keyakinan diri kanak-kanak tersebut. Mereka perlu sering diberi pujian dan
peneguhan seperti makanan, minuman dan ganjaran sosial. Sebarang ganjaran
yang berupa benda atau makanan akan semakin berubah kepada ganjaran sosial
sesuai dengan perubahan pada tingkah laku kanak-kanak autistik.
Untuk mengurangkan atau menggantikan tingkah laku agresif, guru boleh
bertindak dengan tidak mempedulikan mereka atau memperkanalkan tingkah laku
sosial yang lebih diingini. Jika mereka telah menguasai tugasan asas, maka
bolehlah diperkenalkan intervensi yang lebih sukar. Apa yang perlu diingat
adalah intervensi yang dijalankan perlu berterusan dan konsisten.
2 . 4 . 3 In t e r v e n s i K o m u n i k a s i
Antara masalah utama kanak-kanak autistik adalah berkaitan dengan komunikasi.
Justeru beberapa teknik boleh digunakan dalam melaksanakan intervensi
komunikasi seperti teknik menggalakkan kontak mata, memberi ucapan,
menggalakkan respon kepada penggilan nama dan teknik khas untuk kanak-kanak
nonverbal.
Bagi menggalakkan kontak mata, guru boleh menggunakan benda atau
objek yang disukai oleh pelajar iaitu dengan memegang objek tersebut di depan
mata. Sebaik sahaja kanak-kanak memandang, bawa objek tersebut kepadanya.
Guru juga boleh menggunakan benda yang banyak untuk dimasukkan ke dalam
kotak. Pegang objek tersebut hampir dengan mata pelajar dan berikan kepadanya
38
jika objek tersebut dipandang. Guru juga perlu memastikan pelajar
memandangnya terlebih dahulu jika ingin dibimbing suatu objek dan
menggunakan sebarang permainan yang mewajibkan pandang sebelum permainan
tersebut dimulakan atau diteruskan.
Antara teknik memberi ucapan pula adalah memberi ucapan atau salam
kepada setiap kanak-kanak sebelum masuk ke dalam bilik darjah atau ruang.
Ucapan atau salam tersebut hendaklah diberi dengan penuh bersemangat
walaupun respon yang diterima tidak begitu menggalakkan. Nyanyian yang
mengandungi ucapan juga boleh digunakan terutamanya dengan melibatkan
kanak-kanak yang hampir.
Teknik menggalakkan respon kepada panggilan nama digunakan dengan
memanggil nama pelajar dari jarak dekat atau jauh. Panggil nama pelajar dari
jarak dekat dan dapatkan responnya manakala jika penggilan dibuat dari jarak
jauh perlu menyediakan seorang pembantu yang akan membantu pelajar
memfokus kepada orang yang memanggilnya iaitu guru.
Bagi kanak-kanak yang mengalami autisma nonverbal pula beberapa
teknik seperti penggunaan bahasa isyarat, pemilihan objek yang dikehendaki dan
memberinya kepada orang lain dan penggunaan gambar. Terdapat dua perkara
yang boleh dilakukan dengan gambar. Yang pertama adalah gambar yang
digunakan perlu dikaitkan dengan benda yang bersesuaian misalnya gambar
cawan bermaksud minum. Yang kedua pula adalah menggunakan gambar benda
yang disukai oleh pelajar dan diletakkan dekat dengan tempat duduk pelajar.
Setiap kali murid menyentuh gambar tersebut, benda yang berkaitan akan
ditunjukkan kepadanya sehinggalah akhirnya benda tersebut ditunjukkan lagi.
2 . 4 . 4 In t e r v e n s i P e r s e k i t a r a n
39
Kebanyakan kanak-kanak autistik amat sensitif atau peka terhadap persekitaran.
Maka intervensi yang berkaitan dengan persekitaran amat diperlukan untuk
membantub mereka menangani masalah tersebut. Persekitaran kelas merupakan
persekitaran utama semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu
bahan pameraqn di dalam kelas perlu ringkas dan melibatkan bilangan item
minimum, juga perlu menggunakan hiasan yang ringkas serta berwarna lembut.
Jika kelas tersebut menerima pelawat, guru perlu mengingatkan pelawat
agar tidak bercakap, meminimumkan bunyi hentakan kaki, mengurangkan
pergerakan yang kesat dan juga pergerakan yang tiba-tiba. Guru juga perlu
mengadakan rutin dalam aktiviti kelas seperti menyediakan jadual aktiviti kelas
seperti menyediakan jadual aktiviti harian dan mingguan serta menguruskan
aktiviti-aktiviti tersebut mengikut pola yang sama.
Hadkan peralatan yang digunakan iaitu pelajar hanya menggunakan
peralatan yang minimun semasa melakukan semasa melakukan aktiviti agar
mereka dapat menguasai alatan tersebut dengan baik. Di samping itu, guru juga
perlu membantu kanak-kanak di sepanjang aktiviti seperti semasa memulakan,
membuat, menyelesaikan tugasan dan menyimpan benda atau alatan yang
digunakan.
2 . 4 . 5 In t e r v e n s i K o g n i t i f
Intervensi kognitif adalah intervensi yang dilakukan untuk mengurangkan masalah
kanak-kanak yang mengalami autisma dari segi kognitif. Semasa menjalankan
intervensi, guru perlu mengambilkira cara pengendalian maklumat terutamanya
yang diberi secara lisan seperti mengelak dari memberi meklumat atau arahan
yang negetif. Guru juga perlu menggunakan arahan atau memberi maklumat
40
tugasan secara spesifik dan mengunakan prkataan atau bahasa yang tepat seperti
“Kita akan pergi ke restoran, melihat menu dan meminta makanan yang kita
ingini” dan bukan “Kita akan pergi makan tengahari”.
Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan media bukan bahasa
untuk menyampaikan maklumat seperti gambar, simbol, perkataan bertulis dan
warna. Contohnya kiu visual atau sensori menggunakan kad hijau sebagai tanda
mula dan kad merah tanda akhir sesuatu aktiviti digunakan untuk membantu
pelajar memahami konsep mula dan akhir aktiviti. Situasi ini memerlukan guru
membuat persediaan menyeluruh sebelum sesuatu aktiviti yang berlainan
dijalankan seperti menyediakan maklumat penting dan menggunakan penyokong
visual untuk membantu pelajar memahami had yang ditetapkan.
Pelajar perlu diberi pengalaman untuk membuat pilihan. Wujudkan dan
tawarkan peluang kepadanya untuk buat pilihan sepanjang hari. Objek maujud,
foto atau simbol boleh digunakan untuk menyokong soalan berkaitan pilihan.
Pelajar juga perlu dilatih berkomunikasi tentang masa dan konsep masa.
Walaubagaimanapun, maklumat yang terlalu abstrak dan jauh ke hadapan perlu
dielakkan. Gunakan kalendar untuk membolehkan kanak-kanak mengira hari
sebelum sesuatu peristiwa penting, juga menerangkan pembatalan, penangguhan
atau perubahan pada masa aktiviti. Guru juga perlu melatih pelajar menyediakan
jadual visual aktiviti harian atau mingguan dan jadual visual tugasan individu.
Selain daripada itu, guru boleh membantu memantau tingkah laku pelajar
mengikut masa.
Penerangan tentang mengapa sesuatu perkara berlaku perlu dilakukan.
Antaranya seperti menerangkan peristiwa dan interaksi sosial dengan mengunakan
41
lukisan dan tulisan, menggalakkan penggunaan gambar, cerita atau surat untuk
menyampaikan maklumat kepada orang lain.
2 . 5 C o n t o h In t e r v e n s i
Intervensi sewajarnnya dilakukan seawal mungkin. Oleh itu, antara contoh intervensi
awal terhadap kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri autisma ialah sebagaimana yang
dijalankan di Alice H. Hayden Preschool, Universiti Washington. Di pusat ini, Illene S.
Schwartz, Felix F. Billingsley dan Bonnie M. Mc Bride telah memperkenalkan lima
strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ketika menjalankan intervensi
awal. Strategi-strategi tersebut adalah :
2. 5 .1 Str a t e g i Men g a j a r Ke m a h i r a n S o s i a l Dan
Kom u ni k a s i
Kemahiran komunikasi dan interaksi sosial adalah penting.Justeru sistem
komunikasi menggunakan gambar (PECS-Picture exchange communications
system) digunakan untuk membantu pelajar yang tanpa kemahiran verbal
‘functional’untuk berkomunikasi secara berkesan. Sistem ini menggunakan
gambar dan simbol (Bondy & Frost, 1994; Schwartz, Garfinkle & Bauer, 1988) di
mana cara ini lebih mudah difahami dan diterima terutamanya semasa proses
perolehan kemahiran pertuturan berlaku.
Guru juga telah menyediakan arahan secara tersusun dan sistematik dalam
melakukan kemahiran peniruan agar ianya lebih difahami. Aktiviti berbentuk
peniruan dilakukan sepanjang hari dan arahan yang digunakan adalah ringkas
tetapi tepat. Selain dari itu, peluang untuk kanak-kanak bermasalah autisma
berinteraksi dengan rakan sebaya yang lain dibina dengan menyediakan
permainan yang dapat melibatkan mereka secara bergilir-gilir seperti ‘passing
42
toy ’. Aktiviti seperti ini dapat melatih mereka berkongsi permainan secara
perlahan-lahan.
2.5.2 S t r a t e g i P e n g a j a r a n Y a n g D a p a t M e n g e k a l k a n
Perj al a n a n Kel a s
Den g a n Lan c a r .
Supaya perjalanan kelas dapat berjalan dengan lancar, penglibatan rakan sebaya
dalam sebarang pengajaran adalah perlu untuk mengelakkan pelajar merasa
janggal. Prosedur pengajaran yang natural dilakukan dengan mengadakan aktiviti
yang menarik minat pelajar seterusnya menggalakkan interaksi di mereka. Guru
juga menggunakan petunjuk yang berlainan untuk memastikan setiap pelajar
menerima sokongan yang berbeza sesuai dengan keperluan mereka.
Bagaimanapun, sokongan hanya disediakan berdasarkan apa yang diperlukan
sahaja untuk mengelakkan pelajar terlalu bergantung kepada guru.
2.5.3 S t r a t e g i M e n g a j a r D a n M e n y e d i a k a n P e l u a n g U n t u k
Berdik a ri.
Pelajar diberi peluang dan diajar membaut pilihan bila perlu dalam usaha untuk
mengajar mereka berdikari. Justeru adakalanya guru menggunakan jadual
bergambar untuk aktiviti harian supaya pelajar dapar belajar mengikut urutan dan
tempoh aktiviti seterusnya memudahkan pertukaran aktiviti, juga meningkatkan
penglibatan pelajar. Struktur untuk membolehkan pelajar mencuba aktiviti dan
alatan baru disediakan dari semasa ke semasa dan akan diubah apabila pelajar
telah menguasai aktiviti dan jadual tersebut.
Guru turut memberi peluang kepada pelajar untuk membalas percakapan
guru terutamanya di kalangan pelajar non verbal supaya keyakinan diri mereka
dapat ditingkatkan. Guru juga memberikan ekspektasi yang tinggi kepada semua
43
pelajar dengan cara meraikan kejayaan pelajar walaupun sedikit, memberikan
pujian atau galakan dan sentiasa memberi bantuan berdasarkan potensinya dan
bukan kekurangannya supaya setiap pelajar berupaya mencapai kejayaan.
2.5.4 S t r a t e g i M e m b i n a K o m u n i t i K e l a s Y a n g M e l i b a t k a n
Se m u a Pelaj a r
Strategi ini menggunakan aktiviti yang dapat menggalakkan pelajar menggunakan
keupayaannya seperti merancang aktiviti ‘open-ended’, menggunakan peralatan
yang pelajar sukai, menggalakkan respon pelajar dan menunjukkan aktiviti kepada
kekuatan pelajar. Setiap pelajar diberi peluang yang sama rata untuk memainkan
peranannya semasa beraktiviti berdasarkan giliran dan perlu berinteraksi
terutamanya ketika meminta sesuatu alat permainan.
2.5.5 S t r a t e g i M e n g g a l a k k a n K e m a h i r a n G e n e r a l i s a s i D a n
Kem a h ir a n
Pen g e k a l a n
Strategi ini menumpukan kepada kemahiran harian. Kemahiran dalam pelbagai
situasi diberikan dengan mengutamakan aktiviti yang digemari pelajar bagi
membolehkan aktiviti tersebut dijalankan berulang kali. Kemahiran tersebut
dikekalkan untuk menjadi peneguh kepada aktiviti yang lain. Arahan yang
diberikan oleh guru perlu menggunakan bahan yang biasa atau telah diketahui
namun begitu perlu dapat menggalakkan pelajar menggunakannya dalam seting
yang berbeza dan menggunakan petunjuk arahan jika ia didapati agak sukar
44
3. KE S I M P U L A N
Autisme merupakan satu kecelaruan yang kompleks dan keperluan individu ini adalah
pelbagai. Setelah 50 tahun kajian dijalankan secara pendekatan trdisional dan moden
untuk membolehkan kita memahami dan melayan individu autistik. Adalah penting untuk
menyatakan bahawa ibu bapa dan para profesional mula menyedari bahawa sindrom
autisme boleh dirawat di mana terdapat banyak intervensi yang dapat membuat perbezaan
yang sigfinikan (Edelson, 1999).
Individu autisme mungkin tidak banyak beza berbanding dengan kanak-kanak
yang normal dari segi penampilan fizikal. Namun begitu, apabila pemerhatian yang
berfokus dibuat maka ternyata pemerhati akan nampak kelainan yang ada pada kanakkanak
ini. Walaupun pelbagai kenyataan akan puncanya, namun hingga kini masih belum
mempunyai jawapan yang muktamad. Walaupun kanak-kanak autisme kurang upaya
dalam banyak perkara, namun begitu individu autisme memang terkenal dengan puzzles .
Teknik pengajaran yang betul dan sesuai dengan kanak-kanak autisme akan
membolehkan kanak-kanak istimewa ini memperolehi ilmu pengetahuan tanpa halangan
dengan sempurna (Artwood, 1998). Logo untuk kumpulan sokongan ibu bapa bagi
AutismSocietyofAmerica,     merupakan gambar seorang kanak-kanak dalam bentuk
puzzle . Kebanyakan puzzle berada di atas meja tetapi kita masih cuba untuk mencari jalan
bagaimana untuk mencantumkannya. Sebagai manusia normal perlulah direnung kembali
dan sentiasa berfikiran positif bahawa kepingan puzzle ini boleh menjadi pelbagai bentuk
puzzle yang berbeza.
45
Sebagai rumusan kanak-kanak bermasalah pembelajaran harus menerima bantuan
pada usia seawal mungkin, selepas dikenal pasti kategori kecacatannya. Tujuannya adalah
untuk membantu mereka memperkembangkan potensi pada tahap yang maksimum.
Intervensi awal adalah peringkat pertama dalam proses persediaan kanak-kanak untuk
hidup dalam masyarakat dan proses ini berterusan.
4. BI B L I O G R A F I
46

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Pendidikan khas - HIPERAKTIF/ADHD
Pendidikan khas - HIPERAKTIF/ADHDPendidikan khas - HIPERAKTIF/ADHD
Pendidikan khas - HIPERAKTIF/ADHDNurul Normalisa
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiPuworkUtara OnSlideshare
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khassitiaishahmohamad
 
Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD Mei Ling Foo
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaranAtiqah Latiff
 
Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner ardiya_izwani
 
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.Nurul Fatinajihah
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khasmurni mohamat
 
Kanak kanak berkeperluan pendidikan khas
Kanak kanak berkeperluan pendidikan khasKanak kanak berkeperluan pendidikan khas
Kanak kanak berkeperluan pendidikan khasshuhadaazmi3
 
Kanak kanak berkeperluan khas (EDUP3023)
Kanak kanak berkeperluan khas (EDUP3023)Kanak kanak berkeperluan khas (EDUP3023)
Kanak kanak berkeperluan khas (EDUP3023)AlyaaNabila Ahmad
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaGabanSiam
 
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)IQa FieQah
 

La actualidad más candente (20)

Pendidikan khas - HIPERAKTIF/ADHD
Pendidikan khas - HIPERAKTIF/ADHDPendidikan khas - HIPERAKTIF/ADHD
Pendidikan khas - HIPERAKTIF/ADHD
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan PelbagaiNota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
Nota Kuliah - Kanak-kanak Kecacatan Pelbagai
 
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khasKanak kanak bekeperluan pendidikan khas
Kanak kanak bekeperluan pendidikan khas
 
Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD Punca-punca spesifik ADHD
Punca-punca spesifik ADHD
 
Isl tajuk 2
Isl tajuk 2Isl tajuk 2
Isl tajuk 2
 
Masalah pembelajaran
Masalah pembelajaranMasalah pembelajaran
Masalah pembelajaran
 
Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073Tugasan 1 kbk 3073
Tugasan 1 kbk 3073
 
Kanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khasKanak kanak keperluan khas
Kanak kanak keperluan khas
 
Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner Maksud Slow Learner
Maksud Slow Learner
 
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
Edup3023 Kanak-kanak berkeperluan khas.
 
Nota Kuliah - Kanak-kanak Cerebral Palsy
Nota Kuliah - Kanak-kanak Cerebral PalsyNota Kuliah - Kanak-kanak Cerebral Palsy
Nota Kuliah - Kanak-kanak Cerebral Palsy
 
Adhd syndrome
Adhd syndromeAdhd syndrome
Adhd syndrome
 
Kanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan KhasKanak kanak Berkeperluan Khas
Kanak kanak Berkeperluan Khas
 
Articel down syndrome
Articel down syndromeArticel down syndrome
Articel down syndrome
 
Pkk isl
Pkk islPkk isl
Pkk isl
 
Kanak kanak berkeperluan pendidikan khas
Kanak kanak berkeperluan pendidikan khasKanak kanak berkeperluan pendidikan khas
Kanak kanak berkeperluan pendidikan khas
 
Kanak kanak berkeperluan khas (EDUP3023)
Kanak kanak berkeperluan khas (EDUP3023)Kanak kanak berkeperluan khas (EDUP3023)
Kanak kanak berkeperluan khas (EDUP3023)
 
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upayaRamai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
Ramai orang-yang-beranggapan-bahawa-orang-kurang-upaya
 
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
hyperaktif-- assgmnt indvdu (sem5)
 
Dislexia
DislexiaDislexia
Dislexia
 

Similar a Autisme

Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolahPenglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolahHon Shan Shan
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahAnn Suhana
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahAnn Suhana
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...muhammad
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureSuhailah Fauzi
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakFanera Jeffery
 
Kepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridKepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridMoazar Abrahman
 
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIBAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIShahrizzat Md Sukor
 
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)eiyraarisya
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanakrosedainty
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaYazid Shangri-La
 

Similar a Autisme (20)

Konsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanakKonsep perkembangan kanak
Konsep perkembangan kanak
 
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolahPenglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
Penglibatan keluarga dalam pendidikan prasekolah
 
119
119119
119
 
Disleksia faktor
Disleksia  faktorDisleksia  faktor
Disleksia faktor
 
Edit
EditEdit
Edit
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
 
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor SekolahRemaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
Remaja Hamil Luar Nikah: Isu dan Etika Profesional Kaunselor Sekolah
 
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
Tesis : Penglibatan ibu bapa dalam membantu pelaksanaan program kemahiran ber...
 
1
11
1
 
PKU 3101
PKU 3101PKU 3101
PKU 3101
 
Faktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurtureFaktor nature dan nurture
Faktor nature dan nurture
 
Kkp pkk pismp 2010
Kkp pkk pismp 2010Kkp pkk pismp 2010
Kkp pkk pismp 2010
 
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanakKonsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
Konsep dan prinsip perkembangan kanak-kanak
 
Kepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi muridKepelbagaian potensi murid
Kepelbagaian potensi murid
 
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORIBAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
BAHASA KANAK-KANAK MASALAH SENSORI
 
Disleksia
DisleksiaDisleksia
Disleksia
 
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
Tutorial perkembangan kanak kanak (3)
 
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-KanakEDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
EDUP3023 Esei Laporan Perkembangan Kanak-Kanak
 
Biodata jean piaget
Biodata jean piagetBiodata jean piaget
Biodata jean piaget
 
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasaFaktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
Faktor faktor mempengaruhi pembelajaran bahasa
 

Autisme

  • 1. Sekapur S i r i h In the name of Allah, The Most Beneficent The Most Merciful Dengan sekalung budi dan rasa kesyukuran ditujukan kepada semua yang terlibat sepanjang proses menyiapkan tugasan mata pelajaran Pendidikan Khas ini. Barisan ucapan terima kasih ini dimulakan kepada Penyelaras Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran SK Seri Mutiara, Ipoh iaitu En. Zaini bin Zulkifli dan juga Pensyarah mata pelajaran Pendidikan Khas, En. Mohd Anuar Bin Abdullah yang telah banyak memberi tunjuk ajar dan panduan yang amat berguna dalam menjayakan tugasan yang begitu bermakna buat saya ini. Akhir sekali jutaan terima kasih diucapkan kepada semua individu yang terlibat di dalam pembikinan folio ini samada secara langsung atau tidak langsung. Saya sedar, tanpa bantuan mereka, maka kertas kerja yang dihasilkan tidak akan menjadi sebaik ini. 1 Bil. Isi kandungan Muka Surat Sekapur Sirih 1 isi kandungan 2 1. PENGENALAN 3 - 31 2. INTERVENSI 31 - 44 3. KESIMPULAN 45 - 46 Bibliografi Lampiran 1.1 P e n g e n a l a n 2 ISI KANDUNGAN Insan yang dipangil ‘anak’ dilahirkan sebagai satu daripada lambang keilmuan Tuhan yang begitu tinggi nilainya bagi setiap pasangan ibu bapa. Setiap anak yang lahir adalah ibarat kain putih tetapi lengkap dengan jasad, roh dan akal untuk meneroka berbagai tahap dalam proses pembesaran bagi membentuk potensi diri. Namun demikian setiap individu yang dilahirkan adalah berbeza dari segi fizikal, kecerdasan mental, tingkah laku, fikiran mahupun perasaannya. Menurut Syed Abu Bakar (1977), kekurangan daripada segi keupayaan kanak-kanak ini telah menyebabkan mereka dilabelkan oleh masyarakat sehingga dianggap sebagai ganjil dan diasingkan. Cara melabelkan dan mengkategorikan manusia mengikut sifat-sifat zahir dengan berasaskan berbagai-bagai kriteria dan atribut manusia normal yang biasanya terlalu subjektif, telah menimbulkan stigma yang kesannya sangat-sangat dirasai. Perkembangan pendidikan masa kini telah membawa kepada penggubalan Falsafah Pendidikan Khas pada tahun 1986 menegaskan tentang kepentingan setiap kanak-kanak yang mempunyai perbezaan dalam diri dan antara individu. Perbezaan yang wujud ini, memerlukan pelbagai skop pendekatan yang berbeza dalam proses pengajaran dan pembelajaran supaya kanak-kanak ini dapat berfungsi sedaya upaya mereka. Satu kumpulan kanak-kanak yang berada dalam kumpulan ini ialah kanak-kanak autisme yang mempunyai pelbagai ciri yang tersendiri. Menurut Choate (1997), kanak-kanak
  • 2. autisme mengalami masalah perkembangan dalam komunikasi dan kemahiran sosial. Pelajar ini juga sering menunjukkan ciri-ciri ketidaknormalan dalam komunikasi, tingkah laku, interaksi sosial dan tindak balas terhadap rangsangan. 1. 2 D e f i n i s i 3 Perkataan autisme sebenarnya berasal daripada bahasa Yunani atau autos yang bermakna diri atau seseorang yang merujuk kepada ketidakupayaan seeorang kanak-kanak autisme memahami perkara-perkara di sekelilingnya selain daripada dirinya sendiri. Autisme juga membawa maksud keadaan yang menyebabkan kanak-kanak menuju ke arah perkembangan yang tidak menentu. Menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi & Robarts (1988) perkataan autism merupakan gabungan dua huruf greek iaitu aut yang bermakna diri dan ism yang membawa makna orientasi atau keadaan. Untuk itu autisme boleh didefinisikan sebagai keadaan seseorang yang tidak biasa dalam dirinya. Ini menunjukkan minat terhadap orang lain tetapi tidak mempunyai beberapa ciri tingkahlaku yang lain. Blackburn (1997), menyatakan autisme merupakan kecelaruan dalam perkembangan otak tetapi sama seperti disleksia, mental retardasi tetapi ia bukanlah satu kerencatan akal walaupun ramai individu autisme menunjukkan fungsi seperti mengalami kerencatan tetapi biasanya mereka lebih pintar. Menurut Hallahan & Kaufman (1997) autisme merupakan satu kecelaruan yang bercirikan pengasingan diri, tingkahlaku mencederakan diri, masalah kognitif, masalah bahasa dan kelihatan sebelum berumur 30 bulan. Berdasarkan kepada definisi di atas, ternyata autisme boleh dikatakan sebagai ketidaksempurnaan dalam perkembangan otak dan bukannya akibat masalah perkembangan emosi. Autisme juga merupakan satu fenomena yang serius dan tetap wujud pada mereka yang autisme sehingga akhir hayat walaupun perubahan tingkah laku yang positif boleh berlaku. 1. 3 K a d a r K e j a d i a n 4 Untuk beberapa tahun, statistik menunjukkan kadar kejadian autisme adalah 4 kepada 5 kejadian daripada 10,000 kelahiran. Ini berdasarkan tinjauan secara besar-besaran yang dijalankan di United Stated dan England. Sejak kebelakangan ini, kadar kejadian autisme berada pada paras setinggi ¼% kepada ½% daripada populasi. Kadar ini termasuk autisme, sindrom asperger dan lain-lain yang mempunyai ciri-ciri autisme (Edelson, 1999). Autisme terjadi tiga kali lebih kerap kepada kanak-kanak lelaki daripada perempuan. Perbezaan jantina ini tidak unik kepada autisme kerana banyak masalah perkembangannya mempunyai ratio yang tinggi kepada lelaki berbanding wanita (Edelson, 1999). Berdasarkan kajian, kanak-kanak autisme yang perempuan didapati mengalami masalah yang serius pada setiap bidang yang diuji berbanding kanak-kanak lelaki. Kanak-kanak perempuan dengan IQ 40, lemah dalam kemahiran urus diri, teruk dalam bahasa dan ujian persepsi namun bukanlah kanak-kanak perempuan lebih autisme daripada lelaki tetapi mereka mempunyai tambahan masalah yang teruk (Frith, 1993). Satu kajian yang dijalankan oleh Rutter dan Lockyer di London sepanjang 10 tahun, kadar yang terencat teruk adalah 40% (IQ kurang 50), terencat sederhana adalah 30% (IQ 50-70), 30% mempunyai IQ lebih daripada 70. Sebahagian daripada kumpulan
  • 3. yang akhir ini mempunyai IQ dalam kumpulan pintar yang boleh dikatakan normal. Kajian yang dijalankan oleh Freeman dan kumpulannya mendapati tiga daripada empat kanak-kanak autisme menunjukkan kerencatan akal sebagai tambahan kepada ciri-ciri autisme. Walau bagaimana baik dan berkebolehan sekalipun kanak-kanak autisme, mereka tidak dapat mencapai satu tahap yang lebih baik daripada yang boleh dicapai oleh kanak-kanak normal (Frith, 1993). Terdapat juga banyak kajian yang mendapati bahawa autisme dapat dikaitkan dengan taraf sosioekonomi keluarga namun terdapat banyak sebab yang membawa 5 kepada bias dalam pemilihan kes. Ini kerana kebanyakan ibu bapa daripada kelas sosial yang tinggi mendapatkan rawatan daripada pusat rawatan pakar autisme (Frith, 1993). Ini menyebabkan bilangan kanak-kanak autisme yang dikaji merupakan kanak-kanak yang terdiri daripada kumpulan sosioekonomi yang tinggi. 1. 4 C i r i - c i r i U t a m a Ramai bayi autisme adalah berbeza ketika dilahirkan. Dua ciri yang biasa yang sering ditunjukkan termasuk mengelakkan fizikal kontek daripada penjaga dan melengkungkan belakang agar tiada sentuhan fizikal dengan penjaga dan melembikkan badan jika menjangka untuk diangkat. Ketika bayi, mereka sering dianggap samada sebagai pasif atau overly agitated baby ’. Bayi yang pasif merujuk kepada tingkahlaku mereka yang diam pada kebanyakan masa dan kurang memerlukan perhatian atau membuat karenah daripada ibu bapa. Manakala overly agitated baby’ merujuk kepada bayi yang menangis kadang-kadang tanpa henti sepanjang masa dia berjaga. Semasa bayi juga, mereka mula berayun atau menghantukkan kepala ke katil bayi namun perkara ini tidaklah berlaku sepanjang masa (Edelson, 1999). Pada tahun pertama kehidupannya, kebanyakan kanak-kanak ini mencapai tahap perkembangan motor seperti bercakap, merangkak dan berjalan lebih awal daripada kanak-kanak biasa. Manakala sebahagian pula mempunyai perkembangan yang lewat. Hampir sebahagian daripada kanak-kanak autisme berkembang secara normal sehingga 11/2 hingga 3 tahun barulah simpton autisme mula kelihatan. Individu ini sering dianggap sebagai menghidapi regressive autisme . Kebanyakan orang dalam bidang ini percaya bahawa candidaalbican’s , pengambilan vaksin, terdedah kepada virus, atau permulaan 6 kepada sawan mungkin bertanggungjawab untuk regression ini. Hasil kajian mendapati bahawa kebanyakan kanak-kanak yang mempunyai regressive autism mungkin menghidapi sindrom Landau-Kleffner (Edelson, 1999). Kanak-kanak autisme sering ketinggalan ke belakang daripada rakan sebaya dalam bidang komunikasi, kemahiran sosial dan kognitif pada zaman kanak-kanak. Sebagai tambahan, ketidakfungsian tingkahlaku mula timbul seperti self-timulatory s behavior iaitu pengulangan, tingkahlaku tidak bermatlamat seperti menggoyang-goyang badan, mengoyang tangan, mencederakan diri seperti menggigit tangan, menghantuk kepala, masalah tidur dan makan, eyecontact yang lemah, tidak sensitif kepada sakit, hiper atau hipo aktif dan kurang menumpukan perhatian (Hallahan & Kauffman, 1997). Satu ciri yang hampir sama antara kanak-kanak autisme adalah di mana mereka menghendaki kepada kesamaan dan tidak suka kepada perubahan serta mengekalkan tingkahlaku yang perseverative . Mereka cuba mengekalkan rutin harian di mana satu
  • 4. perubahan walaupun kecil menyebabkan mereka sedih dan tantrum. Sebagai contoh yang biasa seperti hanya makan dan minum makanan yang sama pada setiap masa makan, memakai pakaian yang sama atau mendesak dan meminta orang lain memakai pakaian yang sama dan pergi ke sekolah menggunakan jalan yang sama. Satu sebab yang mungkin untuk menghendaki kepada kesamaan kerana tidak mempunyai keupayaan untuk memahami dan menangani situasi yang berbeza (Edelson,1999). Kanak-kanak autisme juga menghadapi masalah semasa perubahan ke alam baligh. Lebih kurang 25% menghadapi sawan untuk kali pertama ketika baligh yang mungkin disebabkan perubahan hormon. Ada ketikanya banyak masalah tingkahlaku menjadi lebih kerap dan lebih teruk pada masa ini. Walau bagaimanapun tidak semua kanak-kanak autisme mengalami masalah yang sama (Edelson, 1999). Berdasarkan satu 7 kajian yang dijalankan oleh Cemberwell mendapati tiga ciri yang paling jelas menunjukkan autisme ialah : i. Masalah sosial yang teruk yang boleh didefinisikan sebagai tiada kebolehan untuk terlibat dalam interaksi dua hala terutama dengan rakan sebaya. ii. Masalah komunikasi yang teruk sama ada secara verbal atau non-verbal. iii. Kurang daya imaginasi termasuk dalam permainan pura-pura yang sering diganti dengan tingkahlaku pengulangan. Kanak-kanak autisme dikatakan mempunyai ingatan yang baik (rote memory ) untuk menghafal sesuatu seperti jadual perjalanan keretapi walaupun mereka tidak memerlukan maklumat tersebut. Walaupun ini satu pencapaian namun ia lebih merupakan ciri ketidakfungsian berbanding kebolehan yang sempurna kerana ia tidak membawa makna jika mereka tidak dapat mengunakannya (Firth, 1993). Berbeza dengan 20 tahun lalu di mana ramai individu autisme berada di institusi, kini mereka hidup dalam keadaan yang lebih fleksible dan teratur. Biasanya hanya individu yang teruk sahaja berada di institusi. Sewaktu dewasa, ada di antara mereka yang hidup dengan keluarga, ramai yang tinggal di kemudahan asrama, atau dalam grouphome (sebahagian berdikari) malah ada yang berdikari sepenuhnya. Ada juga yang lulus dari kolej, ada yang menerima ijazah malah ada yang menjalin perhubungan sehingga berkahwin (Edelson, 1999). Dalam alam pekerjaan, mereka boleh diterima sebagai pekerja yang berhati-hati dan boleh dipercayai. Namun demikian mereka sukar untuk mendapat pekerjaan kerana tingkah laku sosial yang kelihatan berbeza dan nampak pelik sehingga menimbulkan kesukaran ketika temuduga untuk mendapatkan pekerjaan. 8 1. 5 P u n c a K e j a d i a n Walaupun tidak diketahui punca tertentu yang menyebabkan autisme, terdapat bukti yang semakin banyak bahawa ia disebabkan oleh pelbagai masalah. Pengaruh genetik umpamanya menunjukkan kembar seiras lebih berkemungkinan untuk mendapatkan autisme berbanding kembar tidak seiras. Kini banyak kajian dijalankan yang berfokus kepada gen autisme di mana spekulasi di kalangan pengkaji mengatakan bahawa tiga hingga lima gen boleh dikaitkan dengan autisme. Terdapat juga bukti gen yang dikaitkan dengan sistem imunisasi yang lemah (Edelson, 1999). Rodier (2000), mengatakan bahawa ianya mungkin juga berpunca daripada pengambilan pil Thalidomide untuk mengatasi masalah ketika morning sickness yang dihadapi oleh ibu yang sedang hamil. Beliau membuktikan bahawa dalam satu kajian
  • 5. yang dijalankan oleh Miller dan Stromland mendapati bahawa 5% daripada mangsa Thalidiomide adalah autisme dan daripada segi peratus ianya 30% lebih berbanding populasi umum. Kehadiran virus turut menjadi punca kepada autisme. Rubella yang dijangkiti semasa tiga bulan pertama kandungan meningkatkan risiko mendapat anak autisme. Virus Cytolomega o l juga dikaitkan dengan autisme sehingga meningkatkan kebimbangan bahawa suntikan imunisasi boleh menyebabkan autisme (Edelson, 1999). Namun kini terdapat perhatian yang lebih kepada pencemaran dan toxin dalam persekitaran yang boleh membawa kepada autisme. Terdapat kadar kejadian yang tinggi dalam sebuah bandar kecil di Leomenster, Massachusetts, di mana terdapat kilang mengeluarkan sunglasses di situ. Yang menariknya kebanyakan kes berlaku kejadian autisme wujud di rumah yang terletak berhampiran dengan kilang yang mengeluarkan asap yang banyak. Pada masa kini terdapat kejadian kes kanak-kanak autisme dikenalpasti di Brick Township, New Jersey sehingga banyak agensi cuba mencari 9 penyebab kepada pertumbuhan kadar kejadian autisme dalam kumpulan komuniti tersebut (Edelson, 1999). 1. 6 P e r k e m b a n g a n Fi z i k a l Memandangkan secara luaran, kanak-kanak autisme ini normal dan sukar dikesan kecelaruan yang berlaku, maka perbincangan mengenai perkembangan fizikal berkisar kepada perkembangan otak dan bahagian dalam badan yang mengalami ketidaknormalan daripada aspek perkembangannya. Autisme yang kini difahami sebagai neuro -developmental disorder iaitu satu kecelaruan dalam pembentukan otak. Untuk memahami bagaimana fikiran dan tingkahlaku kanak-kanak autisme terjadi daripada hasil perkembangan otak, perlu dilihat bagaimana tisu-tisu otak tersusun untuk menerima proses pembelajaran, perasaan sebagai fungsi penting dalam tubuh badan manusia untuk keperluan kehidupan. Setiap otak manusia dibentuk daripada beribu sel-sel saraf yang saling berkait dan disusun dalam bentuk sistem yang bertindak mengawal kesedaran di luar tubuh badan termasuk emosi, tingkahlaku dan juga mempunyai hubungan dengan fungsi organ dalaman. Otak manusia yang terdiri daripada cerebrum , cerebellum dan tunggul otak di mana bahagian terbesar adalah cerebrum . Menurut Trevarthen, Aitken, Papoudi & Robarts (1998) setiap hemisfera pula terbahagi kepada empat bahagian iaitu formal, temporal, occipital dan pariental. Kawasan occipitial menerima sel-sel saraf optik, menganalisa dan memberi maklumbalas tindakan yang perlu dilakukan kepada mata. Temporal lobe pula merupakan kawasan pendengaran dan ia berhampiran dengan kawasan sensori. Di hadapan kawasan sensori adalah kawasan motor yang mengawal kebanyakan pergerakan tubuh badan. Bahagian pariental merupakan pusat mengawal motor-pertuturan. 10 Bahagian frontal adalah merupakan bahagian yang mengawal proses mental seperti kemahiran berfikir, membuat perancangan, kegiatan belajar dan menggunakan konsep-konsep serta perlambangan berbahasa. Bahagian ini juga mengawal personaliti seseorang. Ringkasnya fungsi cerebrum adalah mengawal tahap kesedaran, terlibat dalam proses mental, mengawal pergerakan motor, kawalan emosi dan sensori. Kebijaksanaan dan keseimbangan emosi bergantung kepada motif dalaman dan
  • 6. maklumat daripada luar pemikiran atau otak. Otak manusia merupakan dalaman manusia sebagai kuasa untuk melakukan semua perkara dalam berkomunikasi dengan badan dan pemikiran orang lain. Kebolehan untuk memahami orang lain melalui minda ke minda dengan orang lain merupakan kebolehan yang lahir bersama setiap bayi. Individu autisme turut mempunyai otak yang bijaksana yang melambangkan dunia mereka serta mengawal kesihatan badan mereka namun mereka menghadapi masalah dalam kesedaran, pembelajaran, masalah dalaman dan peraturan hidup. Mereka juga kurang upaya dalam persepsi atau memberi respon kepada apa yang berlaku terhadap orang lain dan bagaimana orang lain berfikir. Ini merupakan maklumat penting apabila kita cuba memahami mengapa kanak-kanak autisme berusia tiga tahun kurang sedar dan tidak berimaginasi dalam memberi reaksi kepada orang lain. Para pengkaji turut mengenalpasti beberapa ketidaknormalan otak individu yang menghadapi autisme. Walau bagaimanapun alasan untuk bagaimana ketidaknormalan ini mempengaruhi tingkahlaku tidak diketahui. Ketidaknormalan ini boleh diklasifikasikan kepada dua jenis iaitu ketidakfungsian dalam struktur neural di otak dan ketidaknormalan biokimia di otak (Edelson, 1999). Keadaan perubatan lain berhubung autisme: 1. 6 . 1 K e s i l a p a n g e n e t i k d a l a m o t a k Pendapat mengatakan bahawa autisme disebabkan kesilapan dalam gen yang menyebabkan perubahan dalam otak seperti DownSindrom namun 11 tiada sebab untuk menjangka bahawa perubahan satu gen boleh menyebabkan kecelaruan yang kompleks dalam pembentukan otak dan fungsinya. Jika ia disebabkan oleh faktor keturunan, terdapat kemungkinan beberapa gen yang bertanggungjawab. Gen tertentu yang tidak normal dikaitkan dengan kimia serotonin di otak mempunyai peranan dalam menyusun emosi dalam komunikasi dan pembelajaran kini didapati dalam kanak-kanak autisme. 1. 6 . 2 T u b e r o u s S c l e r o s i s ( T S C ) Antara 17 dan 58 peratus individu berada dalam keadaan ini di mana neuron dari cerebral cortex dari amorphous tuber menunjukkan terdapat gangguan proses biokimia. Walaupun begitu peratus kumpulan autistik di sini hanya 0.4 dan 3 peratus dan kebanyakannya lelaki. Mereka kemungkinan menghadapi sawan dan lebih tahap kerencatannya. 1. 6 . 3 P h e n y l k e t o n u r i a ( P K U ) PKU merupakan kecelaruan genetik hasil daripada kurang satu gen yang berbentuk enzim yang diperlukan oleh badan untuk memproses phenylalanine iaitu sejenis asid amino yang terdapat dalam makanan. Kecelaruan ini berlaku hasil daripada pengumpulan yang tidak normal bahan kimia phenylalanine dan asid phenylpyruvic dalam air kencing dan ini berkait dengan kerosakan mental yang teruk. PKU yang tidak diubati menjadi penyebab autisme namun kini ia semakin kurang berlaku. 12 1. 6 . 4 P u r i n e A u t i s m e Merupakan autisme yang diakibatkan oleh ketidaknormalan dari bahan toksid yang dipanggil purines yang berkaitan dengan asid urik. Ketidaknormalan dalam metabolisme purine menyebabkan tingkahlaku
  • 7. autistik namun mempunyai peluang untuk diubati. Ia mempunyai kecacatan diri yang teruk jika disertai ketidaknormalan dalam purine yang luar biasa. 1. 6 . 5 P e n y a k i t C a m p a k K e t i k a M e n g a n d u n g Jika ibu mendapat campak ketika mengandung ia akan meningkatkan kemungkinan mendapat autisme. Tujuh belas daripada lapan belas kanakkanak yang dinyatakan sebagai autistik turut mempunyai masalah sensori yang menyumbang kepada simpton autistik seperti PKU, kesedaran yang luas tentang kurang upaya disorder dan peluasan penyuntikan telah dapat menghapuskan rubella sebagai punca autisme. 1. 6 . 6 E p i l e p s i Dua puluh peratus hingga tiga puluh lima peratus individu autistik membentuk epilepsi. Kemungkinan ia bertambah dengan IQ yang rendah dan risiko sawan adalah tinggi ketika awal kanak-kanak. Besar kemungkinan autisme dan epilepsi berlaku serentak adalah hasil daripada mekanisma yang muncul dengan pertukaran saraf. Ketidakfungsian sistem imunisasi atau sistem pertahanan badan juga dikaitkan dengan autisme. Ia mungkin kerana terdapat jangkitan virus atau toxin daripada persekitaran yang 13 bertanggungjawab untuk memusnahkan sistem pertahanan badan mereka. Terdapat juga bukti bahawa terdapat perkaitan genetik dalam sistem pertahanan badan mereka. Pengkaji mendapati ramai individu autistik telah mengalami bilangan cellt yang kurang membantu sistem pertahanan badan melawan jangkitan. Kebanyakan individu autisme mempunyai kecacatan di dalam satu atau lebih deria mereka. Deria itu meliputi auditori, visual, sentuhan, rasa, vestibular Olfactory (bau) dan deria proprioseptif . Semua deria ini boleh hipersensitif atau hiposensitif atau boleh menyebabkan seseorang mengalami gangguan seperti tinnitus (bunyi berdesing dalam telinga). Keadaan ini mengakibatkan sukar bagi seseorang autisme untuk memproses maklumat dengan lebih tepat (Reed, 1994). Kekurangan sensori ini menjadikan seseorang autisme itu sukar untuk menerima stimulasi normal. Sebagai contoh ada individu autisme yang cuba mengelakkan pelbagai bentuk sentuhan namun ada pula yang tidak merasa sakit. Melalui deria pendengaran yang hypersensitive , lebih kurang 40% individu autisme mengalami ketidakselesaan apabila didedahkan kepada bunyi atau frekuensi bunyi tertentu. Selalunya mereka menutup telinga mereka dan tantrum apabila mendengar bunyi bayi menangis atau bunyi motosikal. Ada pula ibubapa yang menyangkakan anak mereka cacat pendengaran tetapi sebenarnya anak autisme itu tidak memberi respon kepada bunyi (Edelson, 1999). Segala bukti yang ada daripada kajian mengenai otak individu autisme menyokong bahawa autisme adalah kerana ketidaknormalan yang berbentuk sebelum lahir tetapi menunjukkan kesannya dalam tingkahlaku ketika zaman kanak-kanaknya ketika mereka seharusnya bermula membentuk bahasa. Dapatan turut menunjukkan kekacauan yang berlaku dalam pembentukan otak adalah berkaitan dengan fungsi yang timbul di zaman kanak-kanaknya apabila korteks atau lapisan luar dalam otak mula 14 membesar dengan cepat dan otak secara keseluruhan sedang mendorong individu mencari stimulasi daripada persekitaran untuk menyokong kehidupan.
  • 8. 1. 7 P e r k e m b a n g a n B a h a s a K a n a k - k a n a k A u t i s m e Kanak-kanak autisme kekurangan potensi untuk membentuk fleksibiliti dalam bidang penggunaan bahasa. Bagi yang boleh bertutur mereka banyak bergantung kepada ingatan secara hafalan atau frasa lebih daripada menggunakan peraturan asas dengan lebih kreatif. Tajuk perbualan adalah terhad walaupun bagi kanak-kanak yang mempunyai perbendaharaan yang luas. Mereka juga mempunyai masalah dalam gestur penulisan dan bahasa isyarat yang formal. Permasalahan dalam bahasa menyebabkan juga perkaitan rapat masalah sosial dan perkembangan kognitif (Wing, 1976). Namun demikian komponen dalam bahasa kanak-kanak autisme biasanya tidak sesuai dengan peringkat umur mereka dan bergantung kepada intervensi yang diberi di mana masalah bahasa adalah masalah kedua berbanding masalah intelek mereka. Oleh itu masalah bahasa jadi lebih baik seandainya perkembangan lain berlaku (Reed, 1994). Kanak-kanak autisme tidak menunujukkan kurang upaya tertentu dalam tahap segmentaphonology l dan sintaksis iaitu susunan kata dalam ayat. Pada kebiasannya pertuturan yang dikeluarkan boleh difahami seperti kanak-kanak lain walaupun tidak seperti orang dewasa. Penyebutan yang tiada masalah sintaksis menunjukkan keseimbangan struktur di mana keupayaan ini merupakan perbezaan linguistik utama yang membezakan kanak-kanak autisme dengan kanak-kanak kurang upaya bahasa yang lain seperti mental retardasi, pekak dan lain-lain. Masalah bahasa autisme boleh dibahagikan kepada beberapa bahagian: 15 1. 7 . 1 N o n s e g m e n t a l p h o n o l o g y Kanak-kanak autisme biasanya menunujukkan kekurangan dalam menghasilkan pertuturan yang nonsegmental yang juga disebut prosody atau bentuk-bentuk sajak dan puisi (Reed, 1994). Namun bentuk ini berbeza antara satu sama lain dan mereka kerap menunjuk perbezaan yang berikut: m Rithma yang stereotaip atau berlagu-lagu dengan bunyi yang dipanjangkan secara berlebihan. s Kekerapan yang berlebihan dalam konteks yang tidak bersesuaian. K Pengeluaran vokal yang berubah-ubah turun naiknya tidak seperti biasa. P Pitch suara yang terhad dan monotous pertuturannya. P Nada bunyi yang berbeza dan tidak kossisten dengan makna ditekankan secara lisan. Kanak-kanak autisme tidak menunjukkan perbezaan dalam intonasi yang digunakan dalam perbualan biasa. 1. 7 . 2 B a h a s a I d i o s i n k r a t i k - B a h a s a y a n g t e r s e n d i r i . Walaupun terdapat persamaan bagaiman bahasa mereka yang tersendiri dipelajari atau digunakan, kanak-kanak ini adalah unik dalam perkataan atau frasa tertentu yang dikeluarkan dan dalam konteks yang dinyatakan. Semua bentuk bahasa yang dikeluarkan menunjukan proses semantik yang ganjil dan kekurangan dalam fahaman (Reed, 1994). Kanak-kanak ini mempunyai kecendurangan untuk mengingati perkataan atau frasa dalam konteks dimana mereka pertama belajar, tanpa dapat membuat
  • 9. generalisasi untuk menggunakan perkataan tersebut kepada perkara yang sama seperti kasut yang sama dipakai oleh orang lain atau pada gambar kasut. 16 Kelainan juga sering dibuat kanak-kanak autisme di mana perkataan biasa digunakan dengan perkataan baru atau neologisme di mana terdapat kombinasi morfem yang salah (Reed, 1994). Walaupun terdapat kanak-kanak autisme yang menggunakan bahasa yang tersendiri dan pelbagai dalam kekerapannya namun ia terlihat dalam satu-satu masa dan tiada dalam perbualan yang lain. Kanak-kanak lain pula mengulang perkataan yang sama atau frasa dalam konteks yang tidak menunjukkan makna yang tepat. Sebagai contoh kajian yang dijalankan oleh Coggins & Frederickson (1988) ke atas seorang kanak-kanak autisme yang kerap mengulang-ulang perkataan ”boleh saya cakap” yang mana ia ditujukan kepada rakan perbualan iaitu ayahnya. Ia kerap timbul di tengah-tengah pertukaran perbualan dan topik baru yang dimulakan oleh individu dewasa. 1. 7 . 3 M a s a l a h K a t a G a n t i N a m a Kekeliruan kerap timbul dalam pertuturan kanak-kanak autisme ketika penggunaan kata ganti nama. Kebanyakan kesilapan timbul kerana kekeliruan jantina seperti he atau she atau penggantian seperti him untuk he . Ini juga sering berlaku kepada kanak-kanak pada peringkat awal perkembangan mereka dan kanak-kanak lain yang mempunyai masalah bahasa (Reed, 1994). Masalah yang jelas kepada kanak-kanak autisme adalah kepada kata ganti nama diri pertama dan kedua seperti awak untuk dirinya dan saya untuk orang lain. Ini adalah kerana : k Kanak-kanak yang mempunyai masalah untuk memahami dan menggunakan perkataan yang maknanya berubah mengikut konteks komunikasi seperti I, you dan me yang berubah penggunaannya menyebabkan sukar untuk memahami makna perkataan ini. 17 1 Masalah dengan kata ganti nama di mana mereka tidak dapat membezakan apa yang mereka fikir dan apa yang orang lain fahami. a Kanak-kanak autisme tidak menumpukan perhatian untuk melihat penggunaan kata ganti nama yang digunakan oleh orang secara biasa. Pendedahan kepada penggunaan kata ganti nama sebagai program intervensi bahasa boleh membantu. 1. 7 . 4 E k o l a l i a Satu ciri yang paling menonjol adalah kekerapan di mana mereka mengulangulang apa yang diucapkan kepada mereka. Ekolalia ini berlaku apabila kanakkanak autisme mengulang tanpa niat untuk berkomunikasi dan berlaku secara automatik (Reed, 1994). Ekolalia boleh dibezakan namun ia sukar untuk dinilai iaitu: i I mmediate ekolalia – pengulangan yang tepat dan serta merta apabila perkataan disebut. p Delayed ekolalia – diucapkan agak lama selepas ia perkataan asal disebut.
  • 10. Mitigated ekolalia – pengulangan yang segera tetapi mengandungi perubahan kepada apa yang dipertuturkan. Walaupun terdapat kanak-kanak lain yang menunjukkan bentuk pertuturan ekolalia namun ia ketara kepada kanak-kanak autistik (Reed, 1994) kerana: e Kekerapan yang nyata dan tinggi. K Ekolalia terjadi dalam jangkamasa yang lama sehingga agak dewasa. E Pada kanak-kanak autisme ia merupakan seperti salinan sebenar apa yang mereka dengar berbanding kanak-kanak biasa meniru pertuturan untuk membentuk perkembangan perkataan dan susunan kata. 18 Ekolalia timbul kerana kanak-kanak autisme kurang mempunyai daya kefahaman menjadi punca utama ekolalia. Ini kerana apabila daya kefahaman telah mulai ada, kekerapan dalam pengulangan akan menurun. 1. 7 . 5 K u r a n g K o m u n i k a s i B e r f u n g s i Sukar untuk menentukan bentuk pertuturan yang biasa ditunjukkan oleh kanakkanak autistik jika ekolalia diketepikan. Ini kerana ia sukar dibezakan kerana perbezaan dalam tingkahlaku cara lisan dan bukan lisan diklasifikasikan. Kanakkanak autistik kurang cekap dalam menarik perhatian rakan perbualannya seperti membuat eye contact menunjuk kepada sesuatu. Mereka lebih suka bertindak sebagai menurut lebih daripada menerajui perbualan (Frith, 1989). Pelbagai bentuk komunikasi dipermudahkan iaitu Facilitated Communication telah dijayakan dengan pelbagai alat yang mempunyai input menggunakan papan kekunci dan memberi hasil yang boleh dibaca seperti komputer atau mesin taip elektrik (Reed, 1994). Individu autistik yang menggunakan bentuk pertuturan ini merupakan satu kejayaan. Banyak masalah yang dilihat dalam bahasa pertuturan seperti kekeliruan gantinama dan ekolalia tidak ditunjukkan dalam bahasa yang mereka taip di papan kekunci. Terdapat juga laporan yang menjelaskan mengenai perubahan dalam semantik dan kefahaman dalam komunikasi. Individu dengan keupayaan yang minimun untuk berinteraksi secara verbal telah mendedahkan bahawa mereka dapat mencapai satu tahap yang lebih tinggi dalam bilangan perbendaharaan kata yang diharapkan, tumpuan perhatian yang lebih baik, bentuk lawak, kesedaran dan bertanggungjawab terhadap rakan perbualannya (Reed, 1994). 19 Kajian mendapati, tajuk perbualan bertambah daripada apa yang timbul dalam perbualan secara pertuturan. Namun belum pasti bentuk komunikasi begini sesuai untuk semua kanak-kanak autisme. Antara eleman dalam bentuk komunikasi ini adalah (Biklen, 1992; Biklen & Schubert, 1991) iaitu sokongan fizikal, latihan awal, pengekalan fokus, elakkan ujian untuk kecekapan dan tugasan yang berstruktur. Semakin lama jumlah sokongan daripada segi bantuan fizikal dikurangkan sehinggalah ke tahap tanpa sentuhan. Latihan komunikasi untuk kanak-kanak autisme tidak terhad kepada mereka yang mempunyai bahasa pertuturan sahaja. Ini kerana kebanyakan kanakkanak autisme menunjukkan seperti menghadapi mental retardasi dan ciri-ciri
  • 11. autisme yang unik dalam sosial dan komunikasi. Ini menunjukkan masalah yang lebih sukar untuk menguasai pertuturan. Terdapat juga bukti bahawa sistem auditori kanak-kanak ini berbeza daripada kanak-kanak biasa (Konstantareas, 1985). Perbezaan ini menyebabkan masalah dalam komunikasi secara lisan tidak diketahui, tetapi ia memberikan rasional untuk mengajar bahasa melalui visual dan stimulasi sentuhan kinestetik. Ciri lain seperti masalah eyecontact yang lemah, rutin yang sama, minat dalam peralatan mekanikal mencadangkan agar mereka menggunakan sistem komunikasi yang lain (Reed, 1994). Penggunaan latihan isyarat dan pertuturan dapat memberi kemahiran komunikasi yang efektif pada peringkat awal pembelajaran bahasa namun kajian belum dapat menjelaskannya. Terdapat juga kajian yang menyatakan bahawa kanak-kanak autistik yang lemah dalam meniru secara verbal dapat mengelaurkan pertuturan dengan bantuan rangsangan secara visual (Reed, 1994). Walaupun 20 latihan menggunakan isyarat mungkin berkesan tetapi tidak kepada semua kanakkanak autisme dan memerlukan kajian lanjut mengenainya. Kecelaruan bahasa yang merupakan perkara yang kompleks dan memerlukan penaksiran yang berhati-hati untuk melihat prbezaan tahap masalahnya. Bagi kanak-kanak autisme, ia semakin kompleks kerana interaksi yang rumit antara bahasa, kognitif dan sosial yang mana ia bermasalah pada masa yang sama. 1. 8 P e r k e m b a n g a n K o g n i t i f K a n a k - k a n a k A u t i s m e Theoryofmind merujuk kepada ketidakupayaan seseorang untuk menyedari bahawa orang lain mempunyai pandangan tersendiri mengenai dunia. Ramai individu autisme tidak menyedari bahawa orang lain mempunyai pemikiran, perancangan dan perspektif yang berbeza daripada diri mereka. Sebagai contoh seorang kanak-kanak menyerahkan gambar seekor binatang dengan kedudukan gambar berkenaan menghadap kepada rakannya tetapi seorang autisme mungkin menyerahkan dengan belakang gambar menghadap rakannya. Seorang autisme mungkin dapat melihat gambar itu tetapi tidak menyedari bahawa individu lain mempunyai perspektif dan pendangan berlainan mengenai gambar tersebut (Edelson, 1999). Lebih kurang 10% individu autisme mempunyai kemahiran tertentu yang boleh dianggap tinggi mengikut ukuran umum. Biasanya ia berkaitan dengan ruang semulajadi seperti bakat isimewa dalam muzik dan matematik. Ada di antara mereka boleh mendarab jumlah angka yang besar dalam waktu yang singkat, bahkan ada yang boleh menentukan nama hari apabila diberi suatu tarikh ataupun mereka boleh menghafal jadual penerbangan yang lengkap (Edelson, 1999). Namun demikian sebahagian kemahiran ini tidak dapat diaplikasi dengan kehidupannya. 21 Ramai individu autisme juga mempunyai tumpuan atau fokus yang terhad tetapi berlebihan terhadap sesuatu perkara yang menjadi tumpuan atau stimulus lecitivity overse . Pada dasarnya perhatian mereka hanya tertumpu kepada satu aspek sesuatu perkara sahaja yang tidak berkaitan. Contohnya, mereka hanya memberi perhatian kepada warna sahaja tetapi mengabaikan berkenaan bentuk. Mungkin mereka tidak dapat membezakan di antara sudu dan garfu jika tumpuan yang diberikan hanya pada aspek warna. Oleh kerana tumpuan perhatian merupakan peringkat pertama dalam pemerosesan maklumat,
  • 12. kegagalan mengenalpasti aspek yang relevan terhadap sesuatu objek menyebabkan keupayaan seseorang itu untuk belajar terhad (Edelson, 1999) . Kanak-kanak autisme mempu menerima input daripada sensori tetapi tidak boleh memilih maklumat yang penting. Mereka kekalkan input awal dalam bentuk yang jelas atau belum ditukarbentuk uncodedform . Memandangkan maklumat perlu dikodkan ke dalam memori yang abstrak untuk disimpan dan diperolehi semula, kanak-kanak ini tidak boleh untuk mengekalkan maklumat untuk jangka masa yang lama dan tidak boleh modifikasi maklumat dalam cara biasa pembelajaran dijayakan (Paluszny, 1980). Maklumat hanya kekal dalam jangka pendek, sensori tertentu dan maklumat yang tidak abstrak yang mana ia berguna dalam usaha untuk mengingat kembali dengan jelas lokasi objek atau sesuatu frasa. Walaubagaimanapun tanpa koding secara abstrak sebagaimana ia diguna memori normal, bahasa dan interaksi sosial tidak berkembang. Kanak-kanak autistik apabila dibandingkan dengan kanak-kanak daripada kumpulan lain mempunyai masalah yang lebih besar dalam memahami peraturan, mengenali lebihan dan mengekalkan maklumat dalam bentuk selain daripada rote memory (Paluszny, 1979). 22 1. 9 P e r k e m b a n g a n E m o s i K a n a k - k a n a k A u t i s m e Penentuan umur sosial- emosi dapat memudahkan pemahaman tentang kelakuan kanakkanak autisme dan memilih cara terbaik untuk menjalankan intervensi. Namun proses menentukan umur sosial-emosi seseorang sukar kerana perlu mengambilkira bagaimana seseorang memberi respon kepada situasi sosial iaitu contoh bagaimana cara dia bermain dan reaksi kepada situasi emosi yang wujud (Edelson, 2001). Sebagai contoh kanak-kanak berusia dua tahun mempunyai tinkahlaku seperti tidak mahu membuat apa yang disuruh dan degil. Kadang-kadang penjaga mempunyai jangkaan yang tidak realistik dan membawa kepada rasa kecewa apabila penjaga memberi harapan berdasarkan tahap fungsi intelek seseorang yang dirasakan sama dengan tahap sosial-emosi. Sebagai contoh seorang individu autisme dewasa boleh melakukan tugas di tempat kerja dengan begitu baik namun mempunyai sifat temper tantrum apabila berhadapan masalah kecil seperti kelakuan kanak-kanak berusia lima tahun. Ini kerana tahap intelektual kanak-kanak autisme tidak sama dengan umur sosial-emosinya. Adakah kanak-kanak autisme dapat memahami perasaan yang ditunjukkan melalui muka dan suara seseorang? Satu kajian dijalankan oleh Peter Hobson di mana kanak-kanak perlu sesuaikan bentuk wajah dengan suara yang berlainan emosi, menunjukkan bahawa kanak-kanak autisme mengalami kesukaran dalam mengenali emosi yang mana aspek ini tidak dipengaruhi oleh kebolehan intelekual mereka. Kanakkanak ini juga gagal untuk membuat hubungan emosi yang sama dalam cara yang berlainan. Mungkin mereka tidak sedar bahawa perasaan tertentu tidak boleh ditunjukkan dan diidentifikasikan dalam cara yang tidak disalahfaham (Frith, 1993). Perasaan yang ada dan cara yang dinyatakan melalui suara, wajah dan gesture boleh menyebabkannya kekal sebagai sebuah buku yang tertutup. Jika ia diinterpretasi dengan cara ini, 23 kekurangan dalam emosi tidak dapat dikurangkan tetapi boleh dilihat sebagi sebahagian daripada kekuarangan kognitif. Apabila melihat kanak-kanak autisme ketawa gelihati atau menunjukkan tantrum boleh menjadi bukti bahawa kanak-kanak autisme menunjukkan perasaan mereka namun terdapat persoalan sama ada ia wujud dalam keadaan sosial yang betul. Sekurangkurangnya
  • 13. dalam satu bidang kanak-kanak autisme dapat menunjukkan respon yang normal seperti ketika bermain, digeletek atau pergerakan mengikut muzik. Namun agak ganjil apabila tiba satu peringkat umur di mana kanak-kanak normal lebih suka kepada interaksi sosial yang berbeza namun kanak-kanak autisme menyukai permainan kanakkanak (Frith, 1993). Pada peringkat awal kanak-kanak, mereka nampak lebih gembira bila melakukan satu aktiviti secara bersendirian. Ini berbeza dengan kanak-kanak normal yang berlari untuk mendapatkan pelukan bila mereka perlukan keselesaan diri. Ini merupakan satu kekurangan utama dalam interaksi yang bertimbal balik dalam tingkahlaku kanak-kanak autisme (Frith, 1993). Semakin mereka membesar, individu autisme menunjukkan ciri-ciri yang boleh dikatakan sebagai ganjil kerana mereka tidak menyorokkan perasaan suka atau tidak suka kepada orang yang berbeza dan kadang-kadang menunjukkan kemesraan yang melampau. Pada peringkat perkembangan yang lebih sesuai, mereka juga boleh menunjukkan perasaan secara tidak ketara (Frith, 1993). Besar kemungkinan emosi awal yang dilihat merupakan tanda belum matang. Individu autistik juga mempunyai beberapa ekspresi wajah, posture badan yang kaku dan suara yang monotonus. Banyak pemerhati bersetuju bahawa terdapat ketidakfungsian, kurang peraturan dan mungkin tanda emosi yang keterlaluan oleh orang autistik untuk 24 mengawal perasaan berkurangan kerana kurangnya minat semulajadi dalam komunikasi. Minat seperti ini sukar untuk dikekalkan tanpa penghargaan daripada orang lain yang mempunyai perasaan perbezaan pemikiran (Frith, 1993). Ekspresi emosi perlu dipelajari seperti bahasa walaupun lambat dan sukar dicapai kerana apa yang perlu untuk proses pembelajaran, berkomunikasi dan memahami tahap mental tiada pada mereka (Frith, 1993). Mereka juga tidak mempunyai perasaan takut kepada bahaya terutama bagi kanak-kanak autisme yang masih kecil. Ramai ibu bapa yang boleh bercerita bagaimana kanak-kanak ini memanjat bumbung atau berlari ke dalam air yang dalam, dengan berpakaian rapi. Namun mereka kadangkala takut dengan benda yang tidak bahaya seperti dalam bilik khas, bila langsir diturunkan, masa untuk mandi atau dengan binatang kesayangan rakan. Kanak-kanak autisme tidak memahami perasaan orang lain. Mereka mungkin ketawa apabila orang lain jatuh atau kanak-kanak lain dipukul. Ketawa, menangis dan menjerit boleh timbul dan terjadi tanpa apa-apa sebab (Wing, 1983). Kanner mempercayai bahawa ketidaknormalan dalam perkembangan emosi merupakan satu ketidakupayaan utama dalam masa kanak-kanak autistik masih kecil. Beliau mengambilkira bahawa kanak-kanak yang lahir tanpa kebolehan untuk membuat hubungan yang berkesan dengan orang lain atau hilang keupayaan jika mempunyai perkembangan yang normal sebelum menjadi autistik. Konsep ini terlalu global dan ramai kanak-kanak mempunyai masalah ini. Kajian turut mendapati bahawa kanak-kanak autistik boleh bekerjasama dalam menjalankan tugasan apabila situasi tersebut dipermudahkan. Namun kanak-kanak ini sering tidak memberi perhatian kepada orang dewasa yang bertanya atau memberi arahan (Wing, 1983). 25 1.1 0 P e r k e m b a n g a n S o s i a l K a n a k - k a n a k A u t i s m e Membentuk hubungan sosial yang normal aalah salah satu kekurangan utama di
  • 14. kalangan individu autistik. Mereka selalu mengalami kelewatan menguasai corak interaksi sosial. Kekurangan ini dapat dikesan dalam interaksi mereka yang tiada atau hanya sedikit sahaja hubungan mata, tidak bermain atau bergaul dengan rakan sebaya, bahkan cuba menjauhinya dan ketidakupayaan memulakan interaksi, jika berjaya, ia tidak boleh mengekalkannya. Kemungkinan individu autistik mendapat manfaat daripada pergaulan mereka dengan rakan sebaya semakin kurang kerana kegagalan meeka melihat atau menangani isu sosial yang relevan (Reed, 1994). Di dalam persekitaran inklusif, guru sering melaporkan kurangnya interaksi sosial walaupun peluang untuk itu banyak (Pierce & Schreibman, 1997). Bagi kanak-kanak autistik pergaulan dengan rakan sebaya tidak ada kesalingan sosial yangmembolehkan mereka membina hubungan atau interaksi pada masa hadapan dan mereka sebenarnya jarang atau tidak berupaya memulakan interaksi soaial. Dengan demikian, peluang berinteraksi dengan orang lain sebenarnya tidak menjamin mereka memperolehi kemahiran sosial Menurut Frith (1993), masalah sosial boleh didefinisikan sebagai ketidakupayaan untuk terlibat dalam interaksi dua hala di mana ia boleh dibahagikan kepada tiga jenis yang berbeza iaitu : i. Terasing atau bersendiri iaitu suka berkomunikasi, tidak menggunakan eyecontact , tidak mencari tempat untuk mengadu bila sedih, namun tidak menolak konteks sosial seperti ketika makan dan minum, bermain dan beri reaksi kepada muzik. ii. Pasif ialah menerima pendekatan sosial yang dibuat oleh orang lain, melakukan apa yang disuruh dan perlu diperhati supaya tidak melakukan 26 perkara yang tidak betul yang disuruh oleh rakan sebaya, mempunyai pertuturan yang baik dan menjawab soalan secara jujur . Walaupun konteks sosial dengan kanak-kanak lain merupakan sebahagian daripada rutin hariannya namun ia bukanlah suatu yang dibuat untuk menyeronokkan dirinya. Walaubagaimanapun, sebarang tekanan atau perubahan rutin menunjukkan emosi yang tidak boleh dikawal dan membawa kepada trantrum. iii. Ganjil iaitu berminat kepada orang lain dan suka disentuh dimana mereka pergi kepada orang yang tidak dikenali dan bertanya nama. Kanak-kanak autistik tidak tahu bila pendekatan yang dibuat tidak diperlukan dan tidak sesuai. Ramai orang biasanya memberi komen tentang tingkahlahkuyang suka mengganggu dan tidak disukainya. Pada kebiasaanya sifat suka bersendiri wujud sehingga usia tujuh tahun dan kebanyakan kanak-kanak berubah dari satu kategori ke kategori yang lain. Bagi para pengkaji, kanak-kanak autisme perlu diberi tumpuan meningkatkan tingkahlaku yang betul dengan dorongan positif berbanding dengan mengurangkan tinagkahlaku yang tidak diperlukan. Kajian juga dijalankan dengan melibatkan individu bukan autistik. Dengan cara ini diharapkan kanak-kanak autistik dapat mempelajari kemahiran sosial yang dijangkakan berlaku dalam situasi sebenar. Pendekatan yang diterapkan ialah dengan menukarkan satu tingkahlaku dengan rawatan yang pada masa yang sama dapat membetulkan tingkahlaku berikutnya tanpa memberikan rawatan sebagai contoh sesuatu perbualan memerlukan berbagai kemahiran lain seperti hubungan mata, nada suara yang bersesuaian dan juga kemahiran menyoal dan menjawab soalan kekurangan kemahiran sosial di kalangan individu autistik menjadikan pengajaran timgkahlaku yang mudah amat
  • 15. perlu sebelum diperkenalkan kepada tingkahlaku yang lebih kompleks Wellman,1992), 27 Koegel at al.(1991), menyatakan tingkahlaku utama atau asas yang dimodifikasi memberi perubahan sejajar kepada tingkahlaku dalam kumpulan yang sama. Sehubungan itu dicadangkan tingkahlaku sasaran di kalangan individu autisme tidak diberi rawatan atau diubah secara satu persatu tetapi sebaliknya digunakan pendekatan melalui rawatan kepada tingkahlaku utama. Pengkaji turut menyatakan kekurangan motivasi untuk mempelajari perkara baru dan kegagalan untuk bersama dalam persekitan sosial dan sekolah merupakan tingkahlaku gangguan. Ini juga ada kaitannya dengan pilihan rangsangan berlebihan. Sebagai contoh, seorang autisme mungkin tidak dapat ’mendengar’ apa yang disebut oleh guru ketika menunjukkan gambar anjing dan menyebut perkataan anjing atau mendengar tetapi tidak dapat mengaitkan perkataan itu sebagai label kepada gambar. Rangsangan berlebihan sebenarnya memberi kesan kepada kemahiran sosial selain kepada kemahiran belajar kanak-kanak autisme. Kajian-kajian yang dilaksanakan oleh para pengkaji berikut telah membuktikan bahawa kumpulan pengantara rakan sebaya normal dapat memberikan kesan yang positif dalam pengubahsuaian tingkahlaku individu autisme. Kajian Goldstein dan Wickstorm (1986) telah berjaya menggunakan kumpulan rakan sebaya normal sebagai agen intervensi untuk mengubah tingkahlaku kanak-kanak autisme dalam memperolehi dan mengekalkan kemahiran berinteraksi. Rakan sebaya berkenaan telah bertindak sebagai rakan sekutu sewaktu latihan untuk mewujudkan interaksi sosial. Shafer, Egel & Neef (1984) pula mendapati strategi latihan rakan sebaya telah dapat meningkatkan kekerapan interaksi dan mengekalkan tempoh interaksi kepada kadar yang lebih lama. Dalam kajian itu juga seorang subjek telah dapat berinteraksi dengan rakan sebaya yang tidak dilatih. Para pengkaji mendapati bahawa pelbagai pembolehubah lain patut dicuba untuk memastikan kemahiran sosial yang diperolehi akan terus kekal. 28 Farmer-Dougan (1984), menggunakan pengajaran rakan sebaya secara tidak langsung melibatkan orang dewasa berumur antara 18 hingga 19 tahun dengan seorang autistik berumur 19 tahun. Dapatan kajian menunjukkan bahawa perhatian dan pujian yang diberi semasa membuat permintaan yang betul menjadi peneguhan yang lebih berkesan daripada memperolehi barang yang diminta. Dengan pendekatan semudah itu dan praktikal dilaksanakan dalam pengajaran kemahiran hidup kerana pada masa yang sama mereka memperolehi kemahiran bahasa. Koegel & Koegel, Hurley, & Frea (1992) pula telah menjalankan kajian sama ada pengurusan tingkahlaku sendiri boleh dijadikan satu teknik untuk menjadikan perubahan kekal dalam kadar yang lebih lama. Hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak autistik boleh menerima perubahan dengan baik bahkan ada diantara subjek yang dapat berkomunikasi di luar dari ruang eksperimen. Ini meneguhkan lagi dapatan yang tingkahlaku utama boleh membawa perubahan kepada tingkahlaku lain dengan mempelbagaikan pendekatan. Dengan kaedah yang sama iaitu pengurusan diri, didapati sasaran tingkahlaku yang dikehendaki telah meningkat sejajar dengan tingkahlaku lain yang tidak diberi rawatan. Ketidakfungsian dalam tingkahlaku sosial merupakan satu ciri kepada simpton autisme. Ia bolah dikategorikan kepada tiga (Edelson, 1997) iaitu: i. Penghindaran Sosial (Socially Avoidant ) di mana individu ini sebenarnya
  • 16. mengelakkan segala bentuk interaksi sosial. Reaksi yang paling biasa adalah tantrum dan cuba melarikan diri apabila seseorang cuba untuk berinteraksi dengan mereka. Ketika bayi, kebanyakannya diterangkan sebagai mengelakkan sentuhan daripada penjaga. Reaksi ini sering dianggap sebagai satu keadaan di mana kanak-kanak autisme merasa takut 29 atau tidak menyukai orang. Bagaimanapun hasil temu bual dengan orang dewasa autisme terbina satu teori mengatakan keadaan ini adalah kerana sensitiviti yang tinggi (hypersensitivity ) terhadap rangsangan deria. Ada di antaranya mengatakan suara ibu bapa mereka terlampau kuat dan memekakkan telinga, ada pula mengatakan bau haruman sangat menusuk hidung dan ada pula mengatakan sakit apabila disentuh. Keadaan ini menjadikan mereka cuba menghindarkan sosial. ii. Pengabaian Sosial (socially indifferent ) merupakan keadaan di mana seseorang itu tidak berinteraksi dengan persekitarannya kecuali memerlukan sesuatu dan tidak pula menghindarkan diri daripada pergaulan. Mereka tidak kisah bercampur gaul dengan orang ramai dan pada masa yang sama tidak kisah kepada diri mereka sendiri. Bagi individu autisme, keadaan ini berlaku kerana mereka tidak memperolehi kenikmatan biokimia apabila bercampur gaul dengan orang ramai. iii. Kejanggalan sosial (socially awkward ) berlaku apabila individu autistik mencuba untuk berkawan tetapi tidak dapat mengekalkan hubungan itu dan perkara tersebut kerap berlaku di kalangan penghidap sindrom asperger. Ini berlaku kerana tiada kesalingan sosial dalam individu autistik dan saling bercerita tentang diri mereka sahaja. Mereka tidak mengetahui bahawa orang lain sebenarnya mempunyai pemikiran, rancangan dan pandangan sendiri. Mereka juga menghadapi masalah mamahami b ahawa orang lain juga mempunyai kepercayaan, sikap dan emosi. Keadaan ini menjadikan mereka sukar menjangkakan apa yang akan disebut atau 30 dibuat oleh orang lain dalam pelbagai situasi sosial. Keadaan ini dinyatakan sebagai kekurangan theory mind of . 2 . INT E R V E N S I 2 . 1 In t e r v e n s i a w a l Intervensi awalan bermaksud pendidikan dan lain-lain rawatan yang disediakan sebelum seseorang kanak-kanak itu memasuki alam persekolahan atau sebelum masalah-maslah yang berkaitan dengan persekolahan menjadi serius. Ia juga merupakan perkhidmatan untuk kanak-kanak berkeperluan khas dan keluarga mereka dari lahir hingga umur persekolahan. Reed (1994) pula menyatakan intervensi sebagai satu proses pengawasan yang berterusan, mengukur keupayaan berbahasa kanak-kanak secara teratur, konsisten, fleksibel dan mengikut kaedah-kaedah tertentu secara langsung atau tidak langsung. Dalam melaksanakan intervensi sebaiknya ianya dijalankan seawal mungkin, melibatkan profesional dari pelbagai disiplin, melibatkan keluarga, dijalankan oleh kakitngan yang berkelayakan dan seharusnya dapat membantu kanak-kanak yang berisiko. Intervensi yang dijalnkan pada peringkat awal dapt mengesan ketidakupayaan seawal mungkin. (Huggtower & Brada, 1991).Selain dari itu ia juga dapat membantu
  • 17. tahap potensi (Pisterse & Treloar dan Cairns; Uther & Brar, 1989). Intervensi menjadi sukar jika kanak-kanak telah terlazim dengan tingkahlaku yang silap (Reid 1994). Kelewatan memberi intervensi menyebabkan perbezaan kanak-kanak dengan rakan sebaya dan boleh mengakibatkan kanak-kanak khas mempunyai konsep kendiri yang rendah (Lawrence, 1987). Terdapat pelbagai program berdasarkan rumah, pusat dan kombinasi rumah-pusat. 31 2 . 2 K e p e n t i n g a n In t e r v e n s i A w a l Intervensi awal memberi pengalaman awal yang mempengaruhi semua fungsi organ. Hasil interaksi seorang bayi dengan alam sekelilingnya selepas kelahiran memberi tingkah laku yang positif. Hasil kajian menunjukkan bahawa pengalaman awal yang terhad akan gagal merangsang sistem sensorinya dan mungkin merosakkan sistem ini. Sistem sensori seperti penglihatan bukan sahaja merosot akibat kurang atau tidak ada persekitaran yang memberangsangkan pada peringkat awal tetapi menjejaskan sensori lain seperti pendengaran. Bayi yang tidak diransang secara aktif maka pendengarannya mungkin akan kurang sempurna. Sebagai contohnya kanak-kanak autisma sensitif terhadap bunyi dalam persekitaran. Mereka mungkin mendengar di bawah tahap normal dan sebahagian bunyi dianggap menyakitkan. Latihan integrasi bunyi iaitu mendengar muzik selama 10 jam merupakan salah satu intervensi yang digunakan untuk mengurangkan tahap sensitifnya. Latihan penglihatan merupakan satu intervensi untuk menormalkan pandangannya. Satu daripada program yang popular dibentuk oleh Dr. Melvin Kapalan, termasuklah memakai prism atau lensa dan membentuk latihan pergerakan yang kelihatan untuk mengenali dan menormalkan sistem penglihatan (Edelson, 1999). Perkembangan kemahiran-kemahiran tertentu adalah tertakluk kepada waktu kritikal yang banyak berlaku pada tiga tahun pertama kehidupan seseorang. Intervensi awal bukan sahaja dapat mengatasi masalah pembelajaran tetapi mengambil kesempatan waktu-waktu kritikal ini untuk mengembangkan kemahiran-kemahiran tertentu. Intervensi awal boleh diberikan kepada kanak-kanak autisme contohnya, seawal umur tiga tahun. Reed (1994) mengatakan kanak-kanak yang mengalami autisma biasanya mempunyai masalah yang berkaitan dengan kognitif, tingkah laku motor, ransangan sensori yang luar biasa, masalah pendengaran, sawan dan sindrom Fragile X. Umumnya autisma dapat dilihat sebelum berumur tiga tahun yang memberi kesan kepada pencapaian kanak-kanak tersebut. 32 Intervensi awal dapat membantu kanak-kanak memperolehi perkembangan yang tinggi. Kemahiran motor sensori contohnya deria sentuh dapat diransangkan apabila dibekalkan dengan persekitaran yang memberangsangkan. 2 . 3 F a k t o r E t i o l o g i M e m p e n g a r u h i In t e r v e n s i Intervensi yang ingin diberikan kepada kanak-kanak yang mengalami autisme perlulah berlandaskan kepada pengetahuan mengenai etiologi yang berkaitan. Kajian yang telah dilakukan dan analisa terperinci terhadap masalah neurologikal kanak-kanak autisma adalah penting dalam program pendidikan (Gallagher & Wiegerink, 1976). Kajian tersebut menunjukkan bahawa kanak-kanak austistik mempunyai masalah dalam pelbagai bidang kognitif. Pengetahuan mengenai etiologi perlu diketahui supaya pencegahan terhadap masalah kognitif (Coulder, 1996) dan kemungkinan boleh diaplikasikan dalam
  • 18. intervensi pendidikan (Mac Millan, Greshaw & Sperstein, 1963). Selalunya mereka tidak boleh menggunakan simbol (Pibram, 1970) dan ini adalah salah satu sebab yang menyebabkan perkembangan bahasa mereka terbantut. Ini ditambah pula dengan kurangnya penerimaan intergrasi stimuli yang konsisten dari persekitaran. Ornitz dan Ritvo (1968) menyatakan adakalanya mereka tidak berupaya menerima input sensori seterusnya tidak memberi respon kepada rangsangan. Kajian yang lain menunjukkan kanak-kanak autisma mempunyai masalah ingatan (Bryson, 1970, 1972) dan tidak dapat memahami peraturan untuk menghasilkan sesuatu kod pembelajaran atau membuat generalisasi (Hermelin 1976). Intervensi bagi kanak-kanak austistik boleh diberikan dari sudut dari sudut perubatan dan pendidikan. Dari sudut perubatan, terdapat pelbagai terapi untuk kanakkanak yang mengalami autisma. Jika etiologi autisma disebabkan oleh genetik, maka 33 kaunseling genetik boleh diberikan kepada ibu bapa tersebut. Linus Pauling (1973) pula menyatakan beberapa vitamin seperti vitamin B-kompleks , biotin,asid folik dan sebagainya yang mencukupi perlu diambil sebagai satu terapi untuk mengatasi masalah neuro atau saraf. Pengambilan vitamin ini perlu mengikut masa yang dicadangkan agar mereka mempunyai fungsi mental yang normal. Berdasarkan kenyataan Pauling, Rimland et. Al (1978) telah mendapati pengambilan vitamin yang berterusan dapat memberi kesan yang positif kepada kanak-kanak yang mengalami autisma. Kaedah intervensi semasa adalah menggunakan kaedah pendidikan memandangkan pendekatan kemahiran berstruktur adalah yang paling sesuai menangani masalah tersebut. Memandangkan sering terdapat masalah mengenalpasti beberapa bidang yang mengalami kekurangan maka teknik yang berkesan pada seseorang kanakkanak autisma tidak semestinya berkesan kepada kanak-kanak autisma yang lain. Bagaimanapun dalam melakukan intervensi terhadap kanak-kanak autisma, faktor-faktor seperti hubungan guru murid, kematangan pelajar dan keadaan persekitaran juga memainkan peranannya. Faktor-faktor ini boleh mempengaruhi intervensi di dalam kelas. Oleh itu guru sebagai pelaksana intervensi di sekolah perlu memainkan peranan utama agar intervensi yang ingin dilakukan dapat berjalan dengan lancar. 2 . 4 P r o s e s In t e r v e n s i K a n a k - k a n a k A u t i s m e Sepanjang masa, kebanyakan keluarga telah mencuba pelbagai jenis rawatan tradisional dan bukan tradisional untuk mengurangkan tingkahlaku autisme dan meningkatkan tingkahlaku yang bersesuaian. Walaupun sebahagian individu diberi ubat untuk memperbaiki tingkahlakunya namun tiada ubat utama yang ditunjukkan berkesan secara konsisten dalam merawat simptom autisme. Ubatan yang paling luas digunakan adalah ritalin yang diguna untuk merawat kurang tumpuan perhatian dan hiperaktif. Namun tiada 34 kajian dijalankan untuk menunjukkan tahap keberkesanannya kepada mereka yang mempunyai autisme (Edelson, 1999). Dua jenis rawatan yang menerima sokongan empirikal adalah modifikasi tingkahlaku atau AppliedBehavior Analysis(A B A ) dan penggunaan vitamin B6 dengan tambahan magnesium. Modifikasi tingkahlaku merangkumi pelbagai strategi seperti peneguhan positif dan time-ut , untuk meningkatkan tingkahlaku yang bersesuaian seperti o komunikasi dan tingkahlaku sosial dan untuk mengurangkan tingkahlaku yang tidak bersesuaian seperti tingkahlaku mencederakan diri sendiri (Edelson, 1999).
  • 19. Vitamin B6 yang diambil dengan magnesium telah menunjukkan peningkatan dalam kesedaran dan tumpuan perhatian sehingga lebih kurang 45% daripada kanakkanak autisttik. Terdapat juga beberapa laporan mengenai beberapa zat makanan pelengkap dan Di-methyigiycine (D M G ). D M G banyak membantu ke arah tingkahlaku yang baik dan terdapat banyak laporan anekdot untuk menggalakkan kemahiran komunikasi (Edelson, 1999). Sebahagian individu dengan autisme mempunyai jumlah yis yang berlebihan yang dipanggil candida albicans dalam saluran usus mereka. Tahap tinggi candida albicans mungkin menyumbang kepada faktor kepada masalah tingkahlaku mereka. Satu senario apabila kanak-kanak mendapat jangkitan dari telinga tengah, antibiotik yang melawan jangkitan mungkin merosakkan sistem pengawalan jumlah yis dalam saluran usus. Sebagai hasilnya yis akan tumbuh dan melepaskan toxin dalam darah dan toxin ini mungkin mempengaruhi tahap kefungsingan otak namun ia boleh dirawat sama ada dengan perubatan yang ringan seperti penggunaan nystatin (Edelson, 1999). Ketidaksuaian dan sensitif terhadap makanan telah mendapat perhatian sebagai penyebab berlakunya tingkahlaku autisme. Banyak keluarga telah memerhati perubahan 35 tingkahlaku yang baik apabila sebahagian makanan tidak diberi kepada kanak-kanak autisme. Pengkaji mendapati kehadiran ketidaknormalan peptides berkemungkinan kerana ketidakupayaan badan untuk memecahkan protein tertentu kepada asid amino. Protein ini adalah gluten (seperti gandum,barli ,oats) dan casien (dalam susu manusia dan susu lembu). Ramai ibu bapa telah mengeluarkan bahan ini daripada diet anak dan dilihat membawa perubahan yang positif dalam kesihatan dan tingkahlaku (Edelson 1999). Memandangkan kanak-kanak autisme mempunyai kekurangan daripada segi sensori, maka teknik integrasi sensori diguna untuk merawat ketidakfungsian deria rasa, vestibular, dan propioceptive senses. Sebahagian daripada teknik tersebut termasuk membuai di buaian dalam pelbagai cara untuk membantu menormalkan vestibular senses dan menggosok texture yang berlainan kepada kulit untuk deria sentuhan. Sebagai tambahan, seorang wanita autisme, Dr. Temple Grandin, membentuk mesin peluk yang memberi tekanan mendalam yang nampaknya mempunyai kesan tenang kepada seseorang (Edelson, 1999). Kebanyakan individu autisme sensitif terhadap bunyi dalam persekitaraan. Mereka mungkin mendengar di bawah tahap normal dan sebahagian bunyi yang dianggap menyakitkan. Latihan integrasi bunyi iaitu mendengar muzik selama 10 jam merupakan salah satu intervensi yang diguna untuk mengurangkan tahap sensitifnya. Latihan penglihatan merupakan satu intervensi untuk menormalkan pandangannya. Satu daripada program yang popular dibentuk oleh Dr. Melvin Kaplan, termasuklah memakai prism atau lensa dan membentuk latihan pergerakan yang kelihatan untuk mengenali dan menormalkan sistem penglihatan (Edelson,1999). 2 . 4 . 1 In t e r v e n s i P e n d i d i k a n 36 Sebagai pendidik, maka intervensi yang akan dijalankan adalah lebih tertumpu kepada intervensi pendidikan. Rincover & Koegel (1975), Koegel & Rincover (1976) dan Koegel et al (1977) telah menemui kemahiran yang penting yang perlu dilakukan oleh guru untuk meningkatkan keupayaan guru mengajar kanak-kanak
  • 20. autisma. Kemahiarn-kemahiran tersebut adalah kemahiran untuk menyampaikan arahan dengan betul, kemahiran menggunakan peneguhan dengan berkesan, kemahiran untuk membentuk tingkah laku pelajar yang baru, kemahiran membimbing pelajar memberi respon dengan tepat, kemahiran menyediakan masa interval antara tugasan juga kemahiran menonjolkan personaliti yang menarik. Dalam kemahiran intrvensi kanak-kanak yang mengalami autisma ianya harus meliputi bidang tingkah laku, komunikasi, persekitaran dan sosial. Ini adalah kerana mereka mempunyai masalah yang ketara dan sering berlaku berkaitan bidang-bidang tersebut. 2.4.2 In t e r v e n s i Ti n g k a h L a k u Intervensi tingkah laku perlu dilakukan untuk menangani masalah tingkah laku di kalangan kanak-kanak autisme. Intervensi tingkah laku yang akan diberikan ini adalah merujuk kepada intervensi tingkah laku sebagaimana yang diperkenalkan oleh Dr. O. Ivar Lovaas seorang ahli psikologi. Kaedah intervensi ini merupakan terapi bersifat program berpusat rumah. Ia dijalankan sebagai satu pasukan program di mana sekurang-kurangnya 3 orang yang telah menjalani latihan penuh terlibat. Ini untuk memastikan intervensi yang dijalankan tersusun dan dapat berjalan dengan lancar dan jayanya. Kaedah Lovaas mementingkan penyertaan daripada ahli keluarga. Ini bertujuan supaya ahli keluarga dapat bersama-sama menjalankan intervensi dengan menggunakan 37 cara yang sama dengan ahli intervensi yang lain seterusnya memastikan kesinambungan intervensi berlaku. Semua kemahiran dipecahkan kepada kemahiran kecil yang boleh dicapai dan diajar secara berstruktur. Secara tidak langsung, ini dapat meningkatkan keyakinan diri kanak-kanak tersebut. Mereka perlu sering diberi pujian dan peneguhan seperti makanan, minuman dan ganjaran sosial. Sebarang ganjaran yang berupa benda atau makanan akan semakin berubah kepada ganjaran sosial sesuai dengan perubahan pada tingkah laku kanak-kanak autistik. Untuk mengurangkan atau menggantikan tingkah laku agresif, guru boleh bertindak dengan tidak mempedulikan mereka atau memperkanalkan tingkah laku sosial yang lebih diingini. Jika mereka telah menguasai tugasan asas, maka bolehlah diperkenalkan intervensi yang lebih sukar. Apa yang perlu diingat adalah intervensi yang dijalankan perlu berterusan dan konsisten. 2 . 4 . 3 In t e r v e n s i K o m u n i k a s i Antara masalah utama kanak-kanak autistik adalah berkaitan dengan komunikasi. Justeru beberapa teknik boleh digunakan dalam melaksanakan intervensi komunikasi seperti teknik menggalakkan kontak mata, memberi ucapan, menggalakkan respon kepada penggilan nama dan teknik khas untuk kanak-kanak nonverbal. Bagi menggalakkan kontak mata, guru boleh menggunakan benda atau objek yang disukai oleh pelajar iaitu dengan memegang objek tersebut di depan mata. Sebaik sahaja kanak-kanak memandang, bawa objek tersebut kepadanya. Guru juga boleh menggunakan benda yang banyak untuk dimasukkan ke dalam kotak. Pegang objek tersebut hampir dengan mata pelajar dan berikan kepadanya 38
  • 21. jika objek tersebut dipandang. Guru juga perlu memastikan pelajar memandangnya terlebih dahulu jika ingin dibimbing suatu objek dan menggunakan sebarang permainan yang mewajibkan pandang sebelum permainan tersebut dimulakan atau diteruskan. Antara teknik memberi ucapan pula adalah memberi ucapan atau salam kepada setiap kanak-kanak sebelum masuk ke dalam bilik darjah atau ruang. Ucapan atau salam tersebut hendaklah diberi dengan penuh bersemangat walaupun respon yang diterima tidak begitu menggalakkan. Nyanyian yang mengandungi ucapan juga boleh digunakan terutamanya dengan melibatkan kanak-kanak yang hampir. Teknik menggalakkan respon kepada panggilan nama digunakan dengan memanggil nama pelajar dari jarak dekat atau jauh. Panggil nama pelajar dari jarak dekat dan dapatkan responnya manakala jika penggilan dibuat dari jarak jauh perlu menyediakan seorang pembantu yang akan membantu pelajar memfokus kepada orang yang memanggilnya iaitu guru. Bagi kanak-kanak yang mengalami autisma nonverbal pula beberapa teknik seperti penggunaan bahasa isyarat, pemilihan objek yang dikehendaki dan memberinya kepada orang lain dan penggunaan gambar. Terdapat dua perkara yang boleh dilakukan dengan gambar. Yang pertama adalah gambar yang digunakan perlu dikaitkan dengan benda yang bersesuaian misalnya gambar cawan bermaksud minum. Yang kedua pula adalah menggunakan gambar benda yang disukai oleh pelajar dan diletakkan dekat dengan tempat duduk pelajar. Setiap kali murid menyentuh gambar tersebut, benda yang berkaitan akan ditunjukkan kepadanya sehinggalah akhirnya benda tersebut ditunjukkan lagi. 2 . 4 . 4 In t e r v e n s i P e r s e k i t a r a n 39 Kebanyakan kanak-kanak autistik amat sensitif atau peka terhadap persekitaran. Maka intervensi yang berkaitan dengan persekitaran amat diperlukan untuk membantub mereka menangani masalah tersebut. Persekitaran kelas merupakan persekitaran utama semasa proses pengajaran dan pembelajaran berlaku. Oleh itu bahan pameraqn di dalam kelas perlu ringkas dan melibatkan bilangan item minimum, juga perlu menggunakan hiasan yang ringkas serta berwarna lembut. Jika kelas tersebut menerima pelawat, guru perlu mengingatkan pelawat agar tidak bercakap, meminimumkan bunyi hentakan kaki, mengurangkan pergerakan yang kesat dan juga pergerakan yang tiba-tiba. Guru juga perlu mengadakan rutin dalam aktiviti kelas seperti menyediakan jadual aktiviti kelas seperti menyediakan jadual aktiviti harian dan mingguan serta menguruskan aktiviti-aktiviti tersebut mengikut pola yang sama. Hadkan peralatan yang digunakan iaitu pelajar hanya menggunakan peralatan yang minimun semasa melakukan semasa melakukan aktiviti agar mereka dapat menguasai alatan tersebut dengan baik. Di samping itu, guru juga perlu membantu kanak-kanak di sepanjang aktiviti seperti semasa memulakan, membuat, menyelesaikan tugasan dan menyimpan benda atau alatan yang digunakan. 2 . 4 . 5 In t e r v e n s i K o g n i t i f Intervensi kognitif adalah intervensi yang dilakukan untuk mengurangkan masalah
  • 22. kanak-kanak yang mengalami autisma dari segi kognitif. Semasa menjalankan intervensi, guru perlu mengambilkira cara pengendalian maklumat terutamanya yang diberi secara lisan seperti mengelak dari memberi meklumat atau arahan yang negetif. Guru juga perlu menggunakan arahan atau memberi maklumat 40 tugasan secara spesifik dan mengunakan prkataan atau bahasa yang tepat seperti “Kita akan pergi ke restoran, melihat menu dan meminta makanan yang kita ingini” dan bukan “Kita akan pergi makan tengahari”. Selain daripada itu, guru juga boleh menggunakan media bukan bahasa untuk menyampaikan maklumat seperti gambar, simbol, perkataan bertulis dan warna. Contohnya kiu visual atau sensori menggunakan kad hijau sebagai tanda mula dan kad merah tanda akhir sesuatu aktiviti digunakan untuk membantu pelajar memahami konsep mula dan akhir aktiviti. Situasi ini memerlukan guru membuat persediaan menyeluruh sebelum sesuatu aktiviti yang berlainan dijalankan seperti menyediakan maklumat penting dan menggunakan penyokong visual untuk membantu pelajar memahami had yang ditetapkan. Pelajar perlu diberi pengalaman untuk membuat pilihan. Wujudkan dan tawarkan peluang kepadanya untuk buat pilihan sepanjang hari. Objek maujud, foto atau simbol boleh digunakan untuk menyokong soalan berkaitan pilihan. Pelajar juga perlu dilatih berkomunikasi tentang masa dan konsep masa. Walaubagaimanapun, maklumat yang terlalu abstrak dan jauh ke hadapan perlu dielakkan. Gunakan kalendar untuk membolehkan kanak-kanak mengira hari sebelum sesuatu peristiwa penting, juga menerangkan pembatalan, penangguhan atau perubahan pada masa aktiviti. Guru juga perlu melatih pelajar menyediakan jadual visual aktiviti harian atau mingguan dan jadual visual tugasan individu. Selain daripada itu, guru boleh membantu memantau tingkah laku pelajar mengikut masa. Penerangan tentang mengapa sesuatu perkara berlaku perlu dilakukan. Antaranya seperti menerangkan peristiwa dan interaksi sosial dengan mengunakan 41 lukisan dan tulisan, menggalakkan penggunaan gambar, cerita atau surat untuk menyampaikan maklumat kepada orang lain. 2 . 5 C o n t o h In t e r v e n s i Intervensi sewajarnnya dilakukan seawal mungkin. Oleh itu, antara contoh intervensi awal terhadap kanak-kanak yang mengalami ciri-ciri autisma ialah sebagaimana yang dijalankan di Alice H. Hayden Preschool, Universiti Washington. Di pusat ini, Illene S. Schwartz, Felix F. Billingsley dan Bonnie M. Mc Bride telah memperkenalkan lima strategi pengajaran dan pembelajaran yang digunakan ketika menjalankan intervensi awal. Strategi-strategi tersebut adalah : 2. 5 .1 Str a t e g i Men g a j a r Ke m a h i r a n S o s i a l Dan Kom u ni k a s i Kemahiran komunikasi dan interaksi sosial adalah penting.Justeru sistem komunikasi menggunakan gambar (PECS-Picture exchange communications system) digunakan untuk membantu pelajar yang tanpa kemahiran verbal ‘functional’untuk berkomunikasi secara berkesan. Sistem ini menggunakan gambar dan simbol (Bondy & Frost, 1994; Schwartz, Garfinkle & Bauer, 1988) di
  • 23. mana cara ini lebih mudah difahami dan diterima terutamanya semasa proses perolehan kemahiran pertuturan berlaku. Guru juga telah menyediakan arahan secara tersusun dan sistematik dalam melakukan kemahiran peniruan agar ianya lebih difahami. Aktiviti berbentuk peniruan dilakukan sepanjang hari dan arahan yang digunakan adalah ringkas tetapi tepat. Selain dari itu, peluang untuk kanak-kanak bermasalah autisma berinteraksi dengan rakan sebaya yang lain dibina dengan menyediakan permainan yang dapat melibatkan mereka secara bergilir-gilir seperti ‘passing 42 toy ’. Aktiviti seperti ini dapat melatih mereka berkongsi permainan secara perlahan-lahan. 2.5.2 S t r a t e g i P e n g a j a r a n Y a n g D a p a t M e n g e k a l k a n Perj al a n a n Kel a s Den g a n Lan c a r . Supaya perjalanan kelas dapat berjalan dengan lancar, penglibatan rakan sebaya dalam sebarang pengajaran adalah perlu untuk mengelakkan pelajar merasa janggal. Prosedur pengajaran yang natural dilakukan dengan mengadakan aktiviti yang menarik minat pelajar seterusnya menggalakkan interaksi di mereka. Guru juga menggunakan petunjuk yang berlainan untuk memastikan setiap pelajar menerima sokongan yang berbeza sesuai dengan keperluan mereka. Bagaimanapun, sokongan hanya disediakan berdasarkan apa yang diperlukan sahaja untuk mengelakkan pelajar terlalu bergantung kepada guru. 2.5.3 S t r a t e g i M e n g a j a r D a n M e n y e d i a k a n P e l u a n g U n t u k Berdik a ri. Pelajar diberi peluang dan diajar membaut pilihan bila perlu dalam usaha untuk mengajar mereka berdikari. Justeru adakalanya guru menggunakan jadual bergambar untuk aktiviti harian supaya pelajar dapar belajar mengikut urutan dan tempoh aktiviti seterusnya memudahkan pertukaran aktiviti, juga meningkatkan penglibatan pelajar. Struktur untuk membolehkan pelajar mencuba aktiviti dan alatan baru disediakan dari semasa ke semasa dan akan diubah apabila pelajar telah menguasai aktiviti dan jadual tersebut. Guru turut memberi peluang kepada pelajar untuk membalas percakapan guru terutamanya di kalangan pelajar non verbal supaya keyakinan diri mereka dapat ditingkatkan. Guru juga memberikan ekspektasi yang tinggi kepada semua 43 pelajar dengan cara meraikan kejayaan pelajar walaupun sedikit, memberikan pujian atau galakan dan sentiasa memberi bantuan berdasarkan potensinya dan bukan kekurangannya supaya setiap pelajar berupaya mencapai kejayaan. 2.5.4 S t r a t e g i M e m b i n a K o m u n i t i K e l a s Y a n g M e l i b a t k a n Se m u a Pelaj a r Strategi ini menggunakan aktiviti yang dapat menggalakkan pelajar menggunakan keupayaannya seperti merancang aktiviti ‘open-ended’, menggunakan peralatan yang pelajar sukai, menggalakkan respon pelajar dan menunjukkan aktiviti kepada kekuatan pelajar. Setiap pelajar diberi peluang yang sama rata untuk memainkan peranannya semasa beraktiviti berdasarkan giliran dan perlu berinteraksi terutamanya ketika meminta sesuatu alat permainan.
  • 24. 2.5.5 S t r a t e g i M e n g g a l a k k a n K e m a h i r a n G e n e r a l i s a s i D a n Kem a h ir a n Pen g e k a l a n Strategi ini menumpukan kepada kemahiran harian. Kemahiran dalam pelbagai situasi diberikan dengan mengutamakan aktiviti yang digemari pelajar bagi membolehkan aktiviti tersebut dijalankan berulang kali. Kemahiran tersebut dikekalkan untuk menjadi peneguh kepada aktiviti yang lain. Arahan yang diberikan oleh guru perlu menggunakan bahan yang biasa atau telah diketahui namun begitu perlu dapat menggalakkan pelajar menggunakannya dalam seting yang berbeza dan menggunakan petunjuk arahan jika ia didapati agak sukar 44 3. KE S I M P U L A N Autisme merupakan satu kecelaruan yang kompleks dan keperluan individu ini adalah pelbagai. Setelah 50 tahun kajian dijalankan secara pendekatan trdisional dan moden untuk membolehkan kita memahami dan melayan individu autistik. Adalah penting untuk menyatakan bahawa ibu bapa dan para profesional mula menyedari bahawa sindrom autisme boleh dirawat di mana terdapat banyak intervensi yang dapat membuat perbezaan yang sigfinikan (Edelson, 1999). Individu autisme mungkin tidak banyak beza berbanding dengan kanak-kanak yang normal dari segi penampilan fizikal. Namun begitu, apabila pemerhatian yang berfokus dibuat maka ternyata pemerhati akan nampak kelainan yang ada pada kanakkanak ini. Walaupun pelbagai kenyataan akan puncanya, namun hingga kini masih belum mempunyai jawapan yang muktamad. Walaupun kanak-kanak autisme kurang upaya dalam banyak perkara, namun begitu individu autisme memang terkenal dengan puzzles . Teknik pengajaran yang betul dan sesuai dengan kanak-kanak autisme akan membolehkan kanak-kanak istimewa ini memperolehi ilmu pengetahuan tanpa halangan dengan sempurna (Artwood, 1998). Logo untuk kumpulan sokongan ibu bapa bagi AutismSocietyofAmerica, merupakan gambar seorang kanak-kanak dalam bentuk puzzle . Kebanyakan puzzle berada di atas meja tetapi kita masih cuba untuk mencari jalan bagaimana untuk mencantumkannya. Sebagai manusia normal perlulah direnung kembali dan sentiasa berfikiran positif bahawa kepingan puzzle ini boleh menjadi pelbagai bentuk puzzle yang berbeza. 45 Sebagai rumusan kanak-kanak bermasalah pembelajaran harus menerima bantuan pada usia seawal mungkin, selepas dikenal pasti kategori kecacatannya. Tujuannya adalah untuk membantu mereka memperkembangkan potensi pada tahap yang maksimum. Intervensi awal adalah peringkat pertama dalam proses persediaan kanak-kanak untuk hidup dalam masyarakat dan proses ini berterusan. 4. BI B L I O G R A F I 46