1. DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA
MENGASIHANI
Diusahakan oleh:
Khalif
Adib
Rasydan Roslan
Wafi
2. BERSATU PADU
Bersatu padu merupakan perikatan atau permuafakatan
yang kukuh Setiap rakyat dan penduduk mestilah bersatu
padu tanpa mengira bangsa, puak atau kaum kerana
dengan bersatu padu dapat mengeratkan hubungan
silaturahim di kalangan keluarga, jiran, masyarakat dan
penduduk. Cara mewujudkan bersatu padu ialah:
i. Hormat menghormati dalam keluarga
ii. Melibatkan diri dalam kegiatan kebajikan
iii. Bergaul dengan sesiapa sahaja tidak kira agama dan
bangsa
iv. Tidak camah mata.
3. BERSEFAHAMAN
Bersefahaman bermaksud bersetuju, bermuafakat, menerima pendapat, nasihat dan
teguran. Sikap bersefahaman boleh melahirkan kemesaraan, percaya mempercayai dan
mengukuhkan perpaduan. Sikap bersefahaman boleh diwujudkan melalui:
i. Hormat kepada ibubapa, guru dan orang yang lebih tua.
ii. Hormat kepada raja, pemimpin dan ketua.
iii. Hormat kepada rakan dan jiran.
iv. Hormat kepada undang-undang.
BERTOLAK ANSUR
Bertolak ansur ialah suatu sikap saling turut-menuruti antara satu dengan lain.
Mengamalkan sikap bertolak ansur dapat melahirkan masyarakat yang faham
memahami, hormat menghormati, bekerjasama dan lain-lain. Sikap ini boleh
diwujudkan melalui berbagai cara seperti:
i. Abang atau kakak sentiasa mengasihani adik-adiknya.
ii. Tidak berebut-rebut waktu makan di kantin sekolah.
iii. Sentiasa bertolak ansur di jalan raya dan lain-lain.
4. BERMUAFAKAT
Bermuafakat ialah perundingan untuk mencapai persetujuan. Melalui
permuafakatan semua rancangan dapat dilaksanankan dengan mudah
dan teratur. Bermuafakat wujud dalam pelbagai kegiatan seperti:-
i. Majlis perkahwinan
ii. Membangun rumah
iii. Membina jalan raya
iv. Kegiatan sekolah.
JUJUR DAN IKHLAS
Jujur dan ikhlas adalah suatu sikap yang tulus, lurus hati dan tidak
mengharapkan balasan atau imbalan terhadap bantuan yang diberikan.
Sekiranya sikap ini diamalkan oleh seseorang dapat melahirkan
masyarakat yang amanah, bertanggungjawab dan beriman. Seseorang
yang jujur dan ikhlas akan dihormati, dipercayai, dikasihi dan
disanjung tinggi.
5. Kebudayaan Negaraku.
Kebudayaan ialah suatu tradisi hidup yang penuh
dengan
pengetahuan, kepercayaan, seni, moral, undang-
undang, adat resam dan beberapa lagi kemungkinan
yang boleh memberi kesan dan kebiasaan kepada
sesuatu masyarakat.
6.
7. - Sejak berkembangnya agama Islam di Brunei, masalah budaya yang
bertentangan dengan Islam dapat diatasi sedikit demi sedikit sehingga
mewujudkan masyaralat Melayu yang harmoni.
- Perkara ini juga memberi kesan pada puak Jati yang lainnya memeluk agama
islam sehingga menjadikan mereka meninggalkan kepercayaan tentang
perkara-perkara karut. Apabila pengetahuan Islam semakin meningkat, maka
proses transformasi sosial dan budaya berlaku secara menyeluruh. Salah satu
budaya yang telah diperkayakan dengan datangnya Islam ialah berubahnya
pemikiran serta pandangan Masyarakat Melayu.
- Penyebaran Islam ke dunia Melayu telah merubah sistem nilai dan cara
pemikiran orang Melayu.Islam memberi pandangan dunia yang baru di mana
mereka memberi tradisi dan tamadun yang tinggi. Islam juga mencorak
kebudayaan Melayu dari sudut sistem sosial intelektual, politik,bahasa,
tatacara hidup, perundangan, kepercayaan, adat-istiadat, seni, kesusateraan
dan lain-lain.
8. KERJASAMA
Kerjasama adalah dilakukan secara beramai-ramai bagi
mencapai sesuatu matlamat.
Kerjasama dapat mewujudkan persuadaraan dan
bertanggungjawab bersama bagi kebaikan ahli-ahli dalam
masyarakat tersebut.
i) Membersihkan alam sekitar
ii) Menubuhkan syarikat kerjasama
iii) Bergiat dalam persatuan- persatuan kebajikan
iv) Bertanggungjawab menjaga
perpustakaan, tandas, kantin dan lain-lain.
9. Kita janganlah sesekali menyakiti hati mereka sama ada
melalui percakapan mahupun tingkah laku yang boleh
menyinggung perasaan mereka.
Kita mestilah menjaga hubungan yang baik sesama
tetangga seperti mengekalkan interaksi yang positif, saling
bertegur sapa, tidak camah mata, ringan mulut dan saling
hormat-menghormati.
Selain dari sifat pemedulian, kita haruslah jua ada
memupuk sifat prihatin terhadap kesusahan yang dialami
oleh jiran kita seperti jika jiran ditimpa musibah, kita
janganlah berlengah-lengah untuk melawat dan memberi
bantuan yang kita mampu.
10. o Kita selaku orang muda mestilah mengamalkan sikap
“berawar galat” dan bersopan santun, memanggil jiran
.
dengan panggilan pangkat yang sesuai, seperti
kakak, abang, pak cik dan mak cik. Adalah tidak elok jika
memanggil orang yang lebih tua dari kita dengan panggilan
nama mereka.
o Menjaga adab sopan adalah dimestikan.
o Etika berpakaian ketika keluar rumah jua perlu dijaga
kerana ditakuti nanti timbulnya fitnah apabila kita memakai
pakaian yang menjolok mata.
o Kita hendaklah juga pandai mengambil hati jiran dengan
menghargai dan berterimakasih jika mereka menghulurkan
bantuan.
o Sayangi lah jiran umpama keluarga kita kerana apabila kita
ditimpa kesusahan mereka lah orang pertama yang membantu
kita.
11. Peraturan dan undang- undang adalah segala yang
telah ditentukan oleh pihak-pihak tertentu dan harus
dituruti atau dipatuhi tidak kira dimana jua kita berada
sama ada disekolah, di jalan raya, etc.
Jika kita melanggar peraturan dan undang-undang
dalam aktiviti kemasyarakatan dipandang hina dan
salah.
Tetapi jika seseorang itu telah melanggar undang-
undang agama atau negara makan PESALAH
dikenakan tindakan yang sewajarnya.
12. o Undang- undang terbahagi kepada DUA iaitu undang-undang
Sivil dan undang-undang Syariah.
oMematuhi peraturan dan undang-undang banyak faedah dan
kebaikannya kepada kita :-
Mengelakkan pertengkaran dan pergaduhan.
Melakukan sesuatu kerja dengan bersistem dan teratur.
Memberanteras kegiatan jenayah.
Memahami dan menghargai hak orang lain.
Melahirkan sifat dan akhlak yang mulia.
Mengelakkan sifat mementingkan diri sendiri.
Mewujudkan ketenteraman, kesejahteraan dan kemakmuran.
Mewujudkan perpaduan dan keamanan kampung, mukim,
daerah dan negara.
Mewujudkan ketaatan beragama, beraja dan bernegara.
13. Taat setia kepada sultan
Menyambut hari keputeraan baginda sultan
Mengiktiraf dan menghormati bangsa dan bahasa
melayu kerana bahasa melayu adalah bahasa resmi
kita di Brunei. Tetapi kita mestilah jua menghormati
bangsa-bangsa dan bahasa-bahasa yang ada di negara
kita ini.
Agama Islam adalah agam yang menjadi ikutan kitani
dari sejak sekian lama dari pemerintahan Sultan
Muhammad Shah sehingga sekarang.
14. • Cara kita untuk memupuk dan menanam sikap cinta pada agama,
negara kita telah menyambut majlis-majlis keagamaan seperti
nuzul Al-Quran, Israk Mikraj, maulud Nabi Muhammad S.A.W
dan lain-lain lagi.
•Kita juga harus menghoramati dan mematuhi perlembagaan dan
undang-undang negara
•Kita juga bertanggungjawab untuk mendukung matlamat dan
inspirasi Negara dan harus juga mengenali lambang-lambang
kebesaran negara seperti bendera dan lagu kebangsaan
-Kita haruslah juga mewujudkan perasaan setia pada negara
15. mempertahan atau mengekalkan:
o Bangsa Melayu sebagai rupa bangsa dan satu bangsa
di Negara Brunei Darussalam;
Memartabatkan dan menanam rasa cinta kepada
Kebudayaan Melayu
o budaya Melayu berteraskan Islam sebagai kebudayaan
nasional;
16. mengetengahkan Kebudayaan Melayu agar kekal hidup
dengan mengadaptasi nilai-nilai murni yang universal dari
kebudayaan dan tamadun lain serta memanfaatkan
revolusi teknologi maklumat dan komunikasi, cara hidup
moden dan penemuan baru yang tidak memudaratkan
kebudayaan nasional
Pepatah Melayu “Biar mati anak, jangan mati adat”, merujuk
kepada betapa pentingnya adat serta amalannya dalam masyarakat
Melayu.
Terdapat banyak pepatah serta ungkapan yang merujuk kepada
pelaksanaan sesuatu adat itu. Kebanyakan adat adalah juga
merupakan peraturan terhadap kehidupan sehari-harian, ia juga
dipanggil ritual
17. Berikut adalah beberapa rentetan adat resam Melayu yang pernah
diamalkan dan ada yang masih diamalkan hingga ke hari ini:
1) Melenggang perut
2) Menyambut Kelahiran
3) Bercukur Jambul
4) Bersuna
5) Bertindik
6) Khatam Al-quran
7) Meminang dan bertunang
8) Mengantar belanja dan Akad Nikah
9) Bernirai di pelamin
10) Bersanding
11) Berpantang empat puluh empat hari
12) Selepas mandi petang
13) kematian
18. Negara Brunei Darussalam sebagai sebuah Negara
Zikir yang mempunyai masyarakat
prihatin,masyarakat pemedulian hanya akan dapat
mengekalkan nilai-nilai murni ini dengan komitmen
dan penglibatan para belia. Negara ini memerlukan
belia yang mempunyai semangatkenegaraan yang
kental, yang prihatin dan memahami akan peranan
mereka terhadap sumbangan kepada pembangunan
dan kemajuan.
Notas del editor
DENGAN NAMA ALLAH YANG MAHA PEMURAH LAGI MAHA MENGASIHANI
Memartabatkan dan menanam rasa cinta kepada Kebudayaan Melayu dan Bahasa Melayu sebagai bahasa perpaduan dan bahasa ilmu; memastikan kedudukan kebudayaan dan kesenian nasional diberi keutamaan berbanding hiburan dalam saluran penyiaran negara; mempertahan dan mengekalkan: o Bangsa Melayu sebagai rupa bangsa dan satu bangsa di Negara Brunei Darussalam; o bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan bahasa kebangsaan; o budaya Melayu berteraskan Islam sebagai kebudayaan nasional; mengetengahkan Kebudayaan Melayu agar kekal hidup dengan mengadaptasi nilai-nilai murni yang universal dari kebudayaan dan tamadun lain serta memanfaatkan revolusi teknologi maklumat dan komunikasi, cara hidup moden dan penemuan baru yang tidak memudaratkan kebudayaan nasional; menjadikan kebudayaan sebagai agen perubahan minda, sikap, budaya bekerja, penguasaan ilmu dan pendidikan, dan pelindung akhlak bagi melahirkan cara hidup baru untuk masyarakat Negara Brunei Darussalam yang merdeka; memastikan roh dan semangat kebudayaan di atas menjadi dasar dan panduan kepada program penyiaran dan penerangan justeru kerana perkhidmatan penyiaran adalah agen utama pelaksanaan program dan dasar kebudayaan; memastikan program kebudayaan, penyiaran dan penerangan tersirat dengan unsur-unsur dakwah di samping fungsi menyampaikan maklumat, pendidikan, kritikan dan hiburan yang murni; melestarikan penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Rasmi dengan menjadikan Daerah Temburong sebagai pusat kemajuan bahasa dan persuratan Melayu dan menjalin hubungan kerjasama dengan negara-negara lain di Nusantara bagi memajukan dan memperluaskan penggunaannya sebagai salah satu bahasa antarabangsa; menubuhkan sebuah Institut Pengembangan Bahasa Melayu yang fungsi utamanya akan menjadi pusat perkembangan dan penyebaran Bahasa Melayu ke seluruh dunia; memastikan bahawa Institut Pengembangan Bahasa Melayu juga akan berperanan memajukan, memperkembangkan dan menyebarkan bahasa/dialek yang terdapat di Negara Brunei Darussalam, termasuk Belait, Bisaya, Dusun, Murut dan Tutong; membawa kesedaran kepada rakyat dan para pekerja asing yang berada di Negara Brunei Darussalam, termasuk yang kehadiran mereka di negara ini terikat kepada undang-undang atau perjanjian-perjanjian tertentu, supaya sentiasa dan dalam apa jua keadaan sekali pun, menghormati budaya dan bahasa negara ini. Dalam pada itu, kejayaan proses asimilasi melalui pendekatan bijaksana Kerajaan Kebawah DYMM membolehkan mereka itu turut berperanan sebagai agen menyebarluaskan nilai-nilai keluhuran budaya Melayu yang tinggi.
Mempunyaisemangatkenegaraan yang tinggiialahberkerjasamaantara