SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 33
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


1.0    PENDAHULUAN


Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa
merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi.
Kajian makna dikenali sebagai bidang semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama
diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika
tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu. Dalam mengkaji bahasa, semantik
merupakan salah satu bidang yang terpenting untuk didalami oleh setiap pengkaji
bahasa.

       Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada
perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Berbeza
dengan sintaksis, semantik merujuk kepada makna perkataan, manakala sintaksis pula
merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya, contohnya
secara bertulis ataupun bertutur.

       Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada
konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat.
Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna
perkataan. Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan
rujukan.Makna juga sebahagian besarnya (atau keseluruhannya) adalah berkenaan
hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks
yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan.

       Maka dengan itu, sebagai bakal guru bahasa Melayu, kita hendaklah
melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang semantik. Kemampuan
menguasai ilmu tersebut membolehkan kita berkeyakinan untuk menyalurkan
pengetahuan yang dimiliki kepada murid-murid di samping keupayaan menilai dan
membuat analisis hasil kerja murid-murid dan seterusnya dapat membimbing murid-
murid menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan standard.




                                                                                                    1
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


      1.1     Pengenalan


Kajian ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan kecekapan
berbahasa dari pelbagai aspek setaraf dengan intelek mereka dengan merangkumi
aspek semantik, klasifikasi makna leksikal, pembentukan istilah asing, penganalisian
istilah asing dalam bahan yang terpilih dan isu yang berkaitan dengan semantik. Kajian
ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan , bagi
menghayati dan melahirkan buah fikiran tentang ilmu pengetahuan, hal persendirian,
kemasyarakatan dalam konteks rasmi, kreatif dan tidak kreatif dalam penulisan bahasa
serta memupuk daya perkembangan bahasa bagi kepentingan pendidikan dan kerjaya.


      1.2     Objektif Kajian


Melalui penghasilan kerja kursus ini, diharapkan pelajar dapat ;
      1.2.1         menjelaskan tentang semantik; fitur makna; makna leksikal; dan
                    makna ayat,
      1.2.2         menghurai perubahan semantik; dan teori pembuktian,
      1.2.3         membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna
                    peribahasa,
      1.2.4         menerangkan skema tatacara pembentukan istilah; sumber istilah;
                    aspek tatabahasa dan semantik peristilahan Bahasa Melayu,
      1.2.5         menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan,
                    lambang, ejaan dan tatabahasa


      1.3     Batasan Kajian


Tugasan ini membataskan kajian dalam bidang semantik dan peristilahan Bahasa
Melayu. Kajian ini memerlukan pelajar merancang dan menyediakan satu pakej
tugasan yang berkaitan dengan bidang semantik dan peristilahan Bahasa Melayu.
Dalam proses penyediaan tugasan ini, secara individu, pelajar dikehendaki untuk
menghuraikan definisi semantik dan mengklasifikasikan makna leksikal yang terdapat

                                                                                                   2
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


dalam bahasa Melayu. Selain itu, pelajar perlu mengenal pastu dan menjelaskan
tatacara pembentukan istilah asing yang menjadi istilah dalam bahasa Melayu.
       Antara fokus utama dalam kajian ini ialah menganalisis penggunaan istilah
asing yang terdapat dalam bahasa Melayu dalam mana-mana artikel daripada sumber
bacaan ilmiah yang sesuai. Pelajar juga perlu mengenal pasti dan menentukan sama
ada istilah tersebut betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa.
       Selain itu juga, kajian ini memerlukan pelajar mengenal pasti satu isu atau
permasalahan yang dihadapi oleh murid berkaitan dengan semantik dan laksanakan
pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah.


      1.4    Kaedah Kajian


Bagi menyiapkan dan melengkapkan tugasan ini, saya telah membuat pelbagai
rujukan termasuklah menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk buku-buku
tentang semantik dan peristilahan Bahasa Melayu, melayari laman web dan
perbincangan bersama pensyarah dan rakan-rakan. Segala maklumat berkaitan yang
diambil daripada buku-buku, juga daripada nota-nota kuliah yang diberikan oleh
pensyarah pembimbing diolah, dianalisa, disusun, dan digarap sebaik mungkin bagi
menghasilkan tugasan yang bermutu. Di samping itu, saya menjalankan kolaborasi
bersama pensyarah semasa kuliah dan kolaborasi bersama rakan-rakan lain dan
menggabungjalinkan idea-idea dan pandangan mereka dalam tugasan ini.




      1.5    Kepentingan Kajian


Kajian ini memfokuskan kepada pembinaan pengetahuan pelajar dalam bidang
semantik dan peristilahan Bahasa Melayu secara keseluruhannya. Maka dengan itu,
kajian ini amat penting bagi mendedahkan pelajar tentang aspek-aspek makna dalam
perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa Melayu dan mengaplikasikannya dalam
penggunaan seharian secara betul dan tepat. Selain daripada itu juga, sebagai
persediaan menjadi seorang guru Bahasa Melayu, kajian ini adalah amat penting bagi

                                                                                                   3
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


guru pelatih mendalami bidang ini. Hal ini kerana, seorang guru hendaklah serba tahu
segalanya tentang hukum dan rumus-rumus tatabahasa serta perkara yang berkaitan
dengan semantik iaitu makna dan istilah-istilah bagi memudahkan guru-guru
menyampaikan maklumat dengan betul dan menyemak hasil kerja murid.
      Di samping itu juga, kajian ini amat penting sebagai salah satu persediaan bagi
pelajar memantapkan pengetahuan mereka untuk menghadapi peperiksaan di hujung
semester kelak. Selaras dengan objektif kajian ini, diharap kajian ini dapat membantu
guru-guru dalam pelbagai aspek.




                                                                                                 4
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


 2.0    DEFINISI SEMANTIK DAN KLASIFIKASI MAKNA LEKSIKAL DALAM
 BAHASA MELAYU

 2.1    Definisi Semantik

                                Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini
                                 berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang
                                    membawa maksud "erti yang penting". Secara
                                 umumnya, semantik ialah satu bidang yang terdapat
                                  dalam ilmu linguistik yang mengkaji tentang makna
                                      sesuatu perkataan, frasa, ayat dan ujaran.



                                 Semantik dalam bahasa Melayu berasal dari bahasa
                                 Yunani „sema’ (kata benda) yang bererti „tanda‟ atau
                                   „lambang‟. Kata kerjanya adalah ‘semaino’ yang
                                     bermaksud „menandai‟atau „melambangkan‟.


                                 Perkataan sema akan menerbitkan kata semainein yang
                                  bermaksud bererti. Kemudian semainein diinggeriskan
DefinisiSemantik                   menjadi semantics, manakala dalam bahasa Melayu
                                 menjadi semantik. Orang yang mula-mula menggunakan
                                          istilah semantik ialah M. Breal, 1900.


                                       Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik
                                      membawa maksud kajian tentang makna perkataan
                                       dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu,
                                          semantik boleh dikatakan satu ilmu yang
                                      membincangkan tentang makna sesuatu perkataan.



     Makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada maksud sesuatu benda.
      Namun, apabila sesuatu perkataan itu tidak mempunyai benda hendak ditunjuk dan
       bersifat abstrak, seperti perasaan, maka perkataan tersebut tidak dapat diberikan
    makna. Oleh itu, timbullah dalam bidang semantik istilah-istilah seperti sinonim, antonim,
     polisem dan hiponim. Dengan ini, makna sesuatu perkataan boleh diberikan dengan
        merujuk perkataan-perkataan lain yang mempunyai hubungan dengan sesuatu
                          perkataan yang lain (Adenan bin Ayob, 2007).

                                                                                                     5
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


2.2      Klasifikasi Makna Leksikal

         2.2.1 Sinonim dan Antonim


         2.2.1.1 Sinonim
           Definisi              Contoh Sinonim                   Jenis-jenis Sinonim
      kesamaan makna           - kereta dan motokar      1. Sinonim Pinjaman
      perkataan, iaitu kata-   - sejuk dan dingin        Dalam dialek Kedah, „batas‟ ialah
      kata yng mempunyai       - suka dan gemar          „jalan      raya‟,      yang        maksud
      makna yang sama          - ganggu dan kacau        konvensionalnya ialah „timbunan
      atau hampir sama.        - lupus dan luput         tanah yang menjadi sempadan
      Secara umumnya,          - loncat dan lompat       petak-petak sawah‟.
      sinonim disebut                                    2. Sinonim Konteks
      sebagai perkataan                                  Perkataan „jemput‟ dan „udang‟
      seerti.                                            banyak digunakan dalam konteks
      Walaubagaimanapun                                  protokol. Sebenarnya, „jemput‟
      tidak terdapat                                     digunakan dalam konteks lisan,
      perkataan yang                                     manakala „undang‟ dalam konteks
      bersinonim atau                                    tulisan. Ini bermakna konteks
      mempunyai makna                                    mewujudkan perkataan yang
      yang benar-benar                                   sama makna.
      sama secara tepat.                                 3.Sinonim Laras Sosial
                                                         Perkataan-perkataan                tersebut
                                                         digunakan dengan berdasarkan
                                                         status. Misalnya „penyanyi‟ ialah
                                                         orang yang „bernyanyi‟ manakala
                                                         „biduan‟ bermaksud „status‟ yang
                                                         tinggi dalam profesionalisme seni.
                                                         4.Sinonim Kolokasi
                                                         wujud dalam konteks penggunaan
                                                         yang tersendiri.Contohnya


                                                                                                     6
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


                                                       perkataan „banyak‟ dan „ramai‟
                                                       mempunyai makna yang sama.
                                                       Contoh ayat, “Banyak kilang
                                                       kekurangan tenaga pekerja
                                                       mahir” dan “Ramai pelajar yang
                                                       gembira setelah memperoleh
                                                       pencapaian baik dalam
                                                       peperiksaan tersebut.”




     2.2.2.1 Antonim


        Definisi                 Contoh Antonim                    Jenis-jenis Antonim
Antonim ialah                -   sejuk lawannya panas      1.Antonim pasangan
pertentangan makna           -   baik lawannya jahat       komplemen
perkataan atau kata-kata     -   cantik lawannya           pasangan perkataan berlawanan
yang mempunyai makna             hodoh                     yang saling melengkapi antara
yang tidak sama. Secara      -   tinggi lawannya           satu sama lain. Cotohnya,
umumnya, antonim                 rendah                    perkataan tidur-jaga, hidup-mati,
disebut sebagai              -   miskin lawannya kaya      duduk-bangun, tajam-tumpul,
perkataan berlawanan         -   gelap lawannya            kembang-kuncup, sihat-sakit,
tidak semua perkataan            terang                    gembira-sedih dan sebagainya.
mempunyai pertentangan                                     2. Antonim hubungan darjah
makna satu lawan satu                                      Contohnya         perkataan         besar-
seperti contoh tersebut.                                   kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah,
Oleh itu kata nafi „tidak‟                                 panjang-pendek,            kurus-gemuk
kadang kala digunakan                                      dan sebagainya. Makna kata
bagi menunjukkan                                           adjektif       yang        menunjukkan
pertentangan makna                                         pasangan kata ini mempunyai
tersebut, misalnya                                         hubungan rujukan dengan benda

                                                                                                  7
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


perkataan „kaya‟                                              yang dimaksudkan.
lawannya „tidak kaya‟                                         3. Antonim hubungan
ataupun „mati‟ bermaksud                                      bertentangan
„tidak hidup‟                                                 kedua-dua pasangan kata itu dari
                                                              segi     semantiknya           membawa
                                                              makna yang setara, misalnya
                                                              beri-terima, jual-beli, murid-guru,
                                                              majikan-pekerja dan sebagainya.
                                                              Contohnya jika X „beri‟ barang
                                                              pada Y bermakna Y akan „terima‟
                                                              barang itu.




     2.2    Hiponim, Homonim dan Polisem


     2.2.1 Hiponim

                                            Hiponim                             kata umum yang
                                                                            mempunyai hubungan
                                                                             kekeluargaan dengan
                                                                              kata-kata yang lebih
                                                                            khusus atau dalam erti
                                                                               kata lain ialah kata
      Hiponim   ialah      kata    yang                                           umum yang
      maknanya terangkum dalam                                              mempunyai lingkungan
      makna     kata    yang        lain.                                   atau anggotanya terdiri
                                                                              daripada kata yang
      Sebagai      contoh,        melur,                                             khusus.
      mawar,melati,kemboja          dan
      cempaka      ialah      hiponim
      kepada bunga.


                                                                                                     8
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


      2.2.2 Homonim



                                                                    Sebagai contoh,
                                                                   perkataan „kepala‟
                                 Hiponim
merujuk kepada dua                                                  yang membawa
kata atau lebih yang                                              maksud „ketua‟ tidak
 mempunyai, sama                                                    sama maknanya
ada bunyi atau ejaan                                                dengan „kepada
 yang sama, tetapi                                                 kereta api. „kepada
 berlainan makna.                                                 manusia‟ dan „kepala
                                                                         surat‟.

                        Perkataan yang mempunyai
                         sebutan yang sama, tetapi
                        berbeza makna seperti yang
                         disebutkan tadi dikatakan
                           mempunyai hubungan
                                 homonim.




      2.2.3 Polisem
                                                                         Sebagai contoh, kata
                                                                          bantu „tentang‟ boleh
    perkataan yang
                                                                          bermaksud berkaitan
 mempunyai beberapa                   Polisem
                                                                         sesuatu perkara. Ada
      makna yang
                                                                           masanya perkataan
  berkaitan sama ada
                                                                             „tentang‟ boleh
   secara konseptual
                                                                           membawa maksud
  atau sedarjah. yang
                                                                         „lawan‟, seperti dalam
         sama.
                                                                            ayat “Kita tentang
                              Dengan kata lain,                              habis-habisan”.
                                polisem ialah
                              hubugan kata atau
                                 frasa yang
                               mempunyai dua
                             makna atau lebih dan
                             mempunyai etimologi


                                                                                               9
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


      2.3   Kesimpulan

Dalam bab ini dapatlah disimpulkan bahawa semantik merupakan kajian tentang makna
perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik boleh dikatakan
satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan.

      Secara keseluruhannya, makna leksikal dapat diklasifikasikan seperti rajah di
bawah :

                                     MaknaLeksikal



               Sinonimdanantonim                               Hiponim, himonim,
                                                                    polisem



     Sinonim                       Antonim


a)                            a)antonim
sinonimpinjaman
                              pasangan
b) sinonimkonteks             komplemen
c)                            b)antonim
sinonimlarassosial            hubungan darjah
d) sinonimkolokasi            c)antonim
                              hubungan
                              bertentangan




                                                                                              10
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


3.0 TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH ASING DALAM BAHASA MELAYU

3.1 Langkah Pembentukan Istilah

Penciptaan perkataan baharu melalui perancangan bahasa yang rasmi di Malaysia
pada umumnya dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan institusi-institusi
pengajian tinggi. Seperti yang telah diterangkan, perkataan yang dicipta melalui
perancangan yang rasmi ini dibentuk istilah yan merujuk bidang-bidang ilmu dan
kerjaya tertentu. Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum
Pembentukan Istilah Bahasa Melayu menggariskan tujuh langkah dalam pembentukan
istilah. Berikut merupakan langkah-langkah tersebut.

                                                                                                       LA
                                   PenggunaanperkataandalambahasaMelayu yang                           N
                                   lazimdigunakandandikhususkanmaknanyauntuk                           G
                                   mendukungmaknaistilahnya.Contohnya:                                  K
                                                                                                        A
                                         Gaya                                                          H
                                         Garispusat
                                         kuasa                                                         1




                                   PenggunaanperkataandalambahasaMelayu                                LA
                                   yang kuranglazimdigunakan.Contohnya:                                N
  Langkah proses                                                                                       G
pembentukanistilah                       Peka                                                           K
                                         Cerakin                                                        A
                                         Hablur                                                        H
                                         jisim
                                                                                                       2



                                                                                                       LA
                                  Penggunaanperkataanbahasaserumpunataup                               N
                                  undialekMelayu yang                                                  G
                                  lazimdigunakan.Contohnya :                                            K
                                                                                                        A
                                         Dermaga (jawa)
                                                                                                       H
                                         Kamir (Kelantan)
                                         Labur (N. Sembilan)                                           3


                                                                                                 11
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)

                                                                                              LA
                     Penggunaanperkataanbahasaserumpunataupu                                  N
                     ndialekMelayu yang                                                       G
                     sudahtidaklazimdigunakan.Contohnya :                                      K
                                                                                               A
                               Dening (Kelantan)                                              H
                               Riam (Johor)
                               Engkabang (Iban)                                               4




                     PerkataanatauistilahdaripadabahasaInggeris.                              LA
                     Contohnya :                                                              N
                                                                                              G
                               Atom                                                            K
                               Electron                                                        A
                               Struktur                                                       H

                                                                                              5


                     Penggunaanperkataanatauistilahdaripadabah
                     asa lain. Contohnya :                                                    LA
                                                                                              N
 Langkah proses                In toto                                                        G
pembentukanistilah             De facto                                                        K
                               Ad hoc                                                          A
                                                                                              H

                                                                                              6

                       Pemilihan yang terbaikantara 1-6
                       di atas,
                       jikaterdapatbeberapakemungkina                             LA
                       n.Dalampembentukanistila yang                              N
                       menggunakanketujuh-tujuhcara                               G
                       di atas, adaempatsyarat yang                                K
                       perludipatuhi, iaitu :                                      A
                                                                                  H
                         I.       Uangkapanyan paling
                                  singkat                                          7
                         II.      Uangkapan yang
                                  maknanyatidakmenyimpan
                                  g
                        III.      Unkapan yang
                                  tidakberkonotasiburuk
                        IV.       Ungkapan yang
                                  sedapdidengar.                                        12
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


3.2      Proses PembentukanIstilah
Terdapatdua proses pembentukanistilah :

      3.2.1     Melalui proses pinjamterjemah                      Penggabungandua kata umum,
                                                                   contohnya :

                                                                             Missile = peluruberpandu
                                                                             Landmine = periukapi
                                                                             Right angle = suduttepat
       Terjemahanlansung, contohnya :

              Resistance = rintangan
              Soluble = larut
              Dose = sukatan
                                                                                                           Penciptaan kata baharu yang
                                                                                                           tidakpernahadadalambahasaMel
                                                                                                           ayubagimendukungkonsepbahar
                                                             Proses
                                                                                                           u, contohnya :
                                                        PinjamTerjemah
                                                                                                                   Allot = umpuk
                                                                                                                   Up date = kemaskini
                                                                                                                   Arrears = tunggakan

       Perluasanmaknasesuatuperkataanuntukmend
       ukungkonsepbaharu.Seringjugaperkataan
       yang diciptamengalamiperubahanbunyi,
                                                                     Mencipta kata
       contohnya :
                                                                     baharudengangandaansepara, contohnya :
              Salur(irrigation) lawansalir (drainage)
                                                                              Radius = jejari
              Hakis (erosion) lawankikis (corrosion)
                                                                              Lattice = kekisi
              Biji (seed) lawanbijirin (cereal)
                                                                              Liquid = cecair


                                                                                                                                    13
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)




3.2.2 Proses Pinjaman
                                    Proses Pinjaman




  Pengambilandenganperubahanataup
  enyesuaianejaan:                                     Pengambilantanpaperubahanejaan:

        Geography      = geografi                               Magnet            = magnet

        Biology        = biologi                                Linear            = linear

        Mathematic = matematik                                  Hilum             = hilum

        Kinetic        = kinetic                                Import            = impot

        Atrophy        = atrofi                                 Audit             = audit

        Arrilode       = arilode                                Standard          = standard

        Isoamy         = isogamy                                Bonus             = bonus

        Cataphyll      = katafil                                Radio             = radio

        Nectary        = nektari
        Structure      = struktur




3.3   Kesimpulan

Dalam rajah-rajah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tatacara pembentukan istilah
asing terbahagi kepada dua iaitu langkah-langkah pembentukan dan proses
pembentukan.       Dewan   Bahasa   dan   Pustaka,     dalam      buku      Pedoman         Umum
Pembentukan Istilah Bahasa Melayu menggariskan tujuh langkah dalam pembentukan
istilah. Manakala terdapat dua proses proses pembentukan istilah iaitu proses pinjam
terjemah dan proses pinjaman.




                                                                                                   14
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


4.0 ANALISIS PENGGUNAAN ISTILAH ASING DALAM YANG TERDAPAT
DALAM BAHASA MELAYU DALAM ARTIKEL

4.1    Analisis Penggunaan Istilah Asing dalam Bahasa Melayu

Dalam bab ini, saya telah menganalisis dua jurnal yang dipilih dan dipetik dari sebuah
bahan bacaan ilmiah yang bertajuk “Mingguan Wanita” dan “Pendidik”. Dalam analisis
tersebut, saya akan mengutarakan penggunaan istilah asing yang terdapat dalam
bahasa Melayu. Saya juga akan mengenal pasti dan menentukan sama ada istilah
tersebut betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa. Jika terdapatnya
kesalahan, saya akan menyatakannya dan melakukan pembetulan dan pemurnian
daripada istilah yang salah itu dalam bahagian catatan.

       Berikut merupakan penganalisian artikel dipetik dari Majalah Mingguan Wanita
Edisi Mei 2007 yang telah saya kenal pasti :

Tajuk :            Cegah Flu Melalui Vaksinasi

Penulis :          Julie Roshana Akma bt Shafee




                                        Perenggan 1
Flu atau influenza merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza.
Penyakit ini selalunya dikenali sebagai penyakit sistem pernafasan, tetapi hakikatnya,
penyakit ini menjejaskan tubuh badan.
 Perkataan/istilah                Pinjaman/Serapan                         Istilah asal
            flu                    Bahasa Inggeris                                flu
      influenza                    Bahasa Inggeris                           influenza
           virus                   Bahasa Inggeris                              virus
          sistem                   Bahasa Inggeris                            system
          hakikat                   Bahasa Arab                                hakiki
          tetapi                   Bahasa Sanskrit                             tatapi




                                                                                                    15
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


                                    Perenggan 2
Selama beberapa tahun, pihak berkuasa kesihatan Malaysia dan Singapura menjadi
sebahagian program pemantauan flu Badan Kesihatan Dunia (WHO). Hasil penyiasatan
mereka membuktikan bahawa flu itu wujud di Malaysia dan Singapura. Mereka juga
mendapati bahawa flu itu wujud sepanjang tahun. Selain itu, mereka juga mendapati
terdapat 2 tempoh jangkitan flu meningkat di Malaysia dan Singapura. Tempoh tersebut
ialah dari April hingga Jun dan November hingga Januari.
 Perkataan/istilah           Pinjaman/Serapan                          Istilah asal
      program                  Bahasa Inggeris                         programme
       wujud                    Bahasa Arab                                wujud
      tempoh                   Bahasa Portugis                             tempo
        April                  Bahasa Inggeris                              April
            Jun                Bahasa Inggeris                              June
     November                  Bahasa Inggeris                          November
       Januari                 Bahasa Inggeris                            January


Catatan : WHO merupakan singkatan bagi World Health Organization yang bermaksud
Badan Kesihatan Dunia dalam bahasa Melayu. Proses pembentukan istilah ini adalah
proses pinjam terjemah secara langsung. Pada pandangan saya, singkatan bagi Badan
Kesihatan Dunia sepatutnya ditulis sebagai BKD dan bukannya WHO. Namun begitu,
sekiranya dalam petikan di atas penulis meletakkan World Health Organization secara
condong dan meletakkan singkatannya sebagai (WHO), singkatan tersebut boleh
diterima.




                                    Perenggan 3
Masih ramai yang terkeliru antara flu dan selsema. Kedua-duanya ini merupakan dua
penyakit yang berbeza. Agak mudah untuk membezakan kedua-duanya. Flu
menyebabkan penyakit yang teruk dan kerumitan yang mengancam nyawa ramai orang
tetapi selsema tidak.


                                                                                                16
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


 Perkataan/istilah           Pinjaman/Serapan                          Istilah asal
       antara                 Bahasa Sanskrit                              antara




                                   Perenggan 4
Flu sangat berjangkit. Anda boleh dijangkiti melalui udara; daripada seseorang yang
bersin atau batuk; daripada pergaulan dengan seseorang yang dijangkiti flu atau
daripada menyentuh objek yang dicemari lalu memindahkan kuman tersebut ke dalam
sistem pernafasan.
 Perkataan/istilah           Pinjaman/Serapan                          Istilah asal
       objek                  Bahasa Inggeris                              object



                                   Perenggan 5
Sesiapa pun oleh dijangkiti flu. Sihat dan segar sepanjang hari tidak menghalang anda
daripada dijangkitinya. Anda juga boleh menjangkiti orang lain tanpa menyedarinya,
kerana penyakit ini mengambil masa 1 hingga 4 hari untuk menunjukkan tanda-
tandanya. Sebilangan masyarakat menghadapi risiko lebih tinggi untuk mengalami
kerumitan yang boleh mengancam nyawa jika mereka dijangkiti flu. Contohnya orang
tua, dewasa dan kanak-kanak yang menhidapi asma, penyakit peparu, kencing manis,
masalah jantung dan sebagainya.
 Perkataan/istilah           Pinjaman/Serapan                          Istilah asal
       masa                   Bahasa Sanskrit                              masa
       risiko                 Bahasa Inggeris                                risk
      dewasa                  Bahasa Sanskrit                             dewasa
       asma                   Bahasa Inggeris                             asthma




                                                                                                17
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)

                                   Perenggan 6
Flu berbahaya dalam kalangan orang tua. Jika seseorang yang berumur dijangkiti virus
flu, kemungkinan mereka akan menderita akibat kerumitan dada adalah tinggi. Seramai
73 peratus mereka yang berumur 70 ke atas dan 36 peratus orang tua dalam
lingkungan umur 60 hingga 69 tahun akan menderita akibat kerumitan dada jika
dijangkiti virus flu.
   Perkataan/istilah          Pinjaman/Serapan                         Istilah asal
        berbahaya               Bahasa Sanskrit                            bhaya
 (kata dasar : bahaya)
        menderita               Bahasa Sanskrit                            derita
  (kata dasar : derita)



                                   Perenggan 7
Flu boleh dicegah melalui vaksinasi. Keberkesanan vaksin flu telah terbukti secara
klinikal. Dikatakan 7 daripada 10 orang yang mengambil vaksin ini dilindungi. Bagi 3
orang lain, jika mereka dijangkiti flu, tanda-tandanya sederhana. Banyak negara di
seluruh dunia menyarankan supaya vaksinasi flu diambil semasa musim flu.
   Perkataan/istilah          Pinjaman/Serapan                         Istilah asal
          klinikal              Bahasa Inggeris                            clinical
        diaktifkan              Bahasa Inggeris                            active
   (kata dasar : aktif)
           dunia                 Bahasa Arab                               dunya
          negara                Bahasa Sanskrit                           nagara



                                   Perenggan 8
Vaksin flu selamat dan diterima baik. Kesan yang paling biasa dikaitkan dengan
vaksinasi flu ialah pembengkakan ringan di tempat suntikan yang akan berakhir dalam
masa 24 hingga 48 jam. Jika anda mempunyai alahan kepada telur ayam, anda
dinasihatkan tidak mengambil vaksin flu. Terdapat hanya satu vaksin flu di Malaysia
yang tidak mempunyai kesan merkuri. Doktor akan mengesyorkan jenama yang betul

                                                                                                18
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


jika anda mahu mendapatkannya.
   Perkataan/istilah           Pinjaman/Serapan                         Istilah asal
        selamat                   Bahasa Arab                              salamat
        merkuri                 Bahasa Inggeris                            mercury
    mengesyorkan                Bahasa Mandarin                              shuo
   (kata dasar : syor)



                                    Perenggan 9
Jenis virus yang dikenal pasti kemudiannya dimasukkan dalam formula vaksin yang
baru untuk memberikan perlindungan yang terbaik.
   Perkataan/istilah           Pinjaman/Serapan                         Istilah asal
        formula                 Bahasa Inggeris                            formula



                                   Perenggan 10
Masa yang terbaik untuk mendapatkan vaksinasi flu adalah pada bila-bila masa sahaja,
walaupun amat disarankan untuk mendapatkan vaksinasi sebelum puncak aktiviti flu.
Vaksinasi mengambil masa 10 hingga 15 hari untuk mencapai tahap imunisasi
maksimum selepas disuntik.
   Perkataan/istilah           Pinjaman/Serapan                         Istilah asal
         aktiviti               Bahasa Inggeris                             activity
       imunisasi                Bahasa Inggeris                        immunisation
       maksimum                 Bahasa Inggeris                           maximum



      Dalam penganalisian artikel di atas, dapat disimpulkan bahawa penggunaan
istilah pinjaman bahasa Inggeris telah banyak digunakan. Hal ini adalah kerana artikel
menggunakan laras bahasa sains dan perubatan yang menggunakan istilah-istilah
seperti flu, vaksinasi, virus, program, imunisasi dan sebagainya. Namun terdapat juga
istilah-istilah pinjaman dan serapan daripada bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan



                                                                                                 19
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


Bahasa Portugis iaitu tempoh yang berasal dari perkataan tempoh yang bermakna
waktu.

         Berikut pula merupakan penganalisian artikel yang kedua dipetik dari Majalah
Pendidik Edisi Ogos 2006 yang telah saya kenal pasti :

Tajuk :             Guru Umpama Lilin – Unsur Klise Dalam Persepsi

Penulis :           Tuan Sharifah Nor Riha bt Tuan Jaafar

                                         Perenggan 1
Kita tidak dapat menidakkan sifat lili, dia, pelita atau obor yang menerangi sesuatu
dengan membiarkan dirinya hangus dan rentung. Kerana sifatnya yang begitu, maka
kita katakan bahawa lilin (dan sebagainya itu) mengorbankan diri sendiri demi
kepentingan pihak lain. Sifat yang sedemikian itu kerap disamakan dengan sifat yang
ada pada golongan guru. Oleh itu, maka timbullah ungkapan “guru umpama lilin, guru
umpama pelita, umpama dian, obor...” dan sebagainya. Persepsi ini sudah agak lama
bersarang dalam mentaliti masyarakat umum sehingga guru dengan lilin sudah
dianggap sinonim. Ungkapan itu juga sudah diterima sebagai unsur klise (lapok)
sekiranya dimasukkan ke dalam baris-baris sajak.
  Perkataan/istilah                Pinjaman/Serapan                         Istilah asal
            sifat                     Bahasa Arab                                sifat
   mengorbankan                       Bahasa Arab                              qurban
(kata dasar : korban)
      disamakan                      Bahasa Inggeris                          BI : same
 (kata dasar : sama)                 Bahasa Sanskrit                        BS : samma
            guru                     Bahasa Sanskrit                             guru
          umpama                     Bahasa Sanskrit                          umpama
          persepsi                   Bahasa Inggeris                         perception
          mentaliti                  Bahasa Inggeris                          mentality
          sinonim                    Bahasa Inggeris                          synonym
            klise                    Bahasa Inggeris                            cliche



                                                                                                     20
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


Catatan : Dalam perenggan pertama, penulis telah mencondongkan perkataan klise.
Klise dalam bahasa Melayu bermaksud sesuatu yang sudah lapuk atau basi. Istilah ini
telah mengalami proses pinjaman dengan mengambil istilah daripada bahasa asalnya
iaitu cliche dan penyesuaian dibuat pada bahagian bunyi dan ejaan. Hal ini bermakna
istilah klise adalah betul dan terdapat dalam bahasa Melayu, maka penulis tidak perlu
mencondongkan istilah tersebut.




                                      Perenggan 2
Walaupun lilin mempunyai pelbagai kegunaannya termasuklah dalam bidang seni
seperti dalam tarian lilin dan perusahaan batik atau dalam bidang perubatan tradisional
dan banyak lagi tetapi secara umumnya kita lebih kerap mengaitkan fungsinya sebagai
penerang kegelapan. Guru juga demikian. Antara tugas utama seseorang guru adalah
untuk menurunkan cahaya ilmunya supaya murid-murid dapat mengamalkan ilmu itu
dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan ilmu yang diturunkan itu, guru
sebenarnya bertindak sebagai „penyuluh‟ jalan bagi muridnya menuju ke arah
kehidupan yang lebih baik, berkemungkinan lebih baik daripada guru itu sendiri.
  Perkataan/istilah            Pinjaman/Serapan                          Istilah asal
      tradisional                 Bahasa Inggeris                         tradisional
        fungsi                    Bahasa Inggeris                           function
         ilmu                      Bahasa Arab                              alm/ilmi
    kemungkinan                    Bahasa Arab                            mumkinun
(kata dasar : mungkin)



                                      Perenggan 3
Lilin juga dalam keadaan asalnya adalah cecair yang jernih dan apabila membeku
semula akan bertukar warna menjadi putih. (Kita ketepikan dahulu variasi lilin pelbagai
warna pada zaman serba maju ini). Seperti lilin itu, guru sejati juga jernih hatinya dan
ikhlas pula menyampaikan ilmunya, putih bersih niatnya tanpa mengharapkan ganjaran
selain apa-apa yang berhak diterimanya sebagai sumber rezeki yang halal.


                                                                                                  21
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


  Perkataan/istilah            Pinjaman/Serapan                           Istilah asal
        variasi                 Bahasa Inggeris                             variation
        serba                   Bahasa Sanskrit                               sarba
        ikhlas                      Bahasa Arab                               ikhlas
        rezeki                      Bahasa Arab                                 rizq
         halal                      Bahasa Arab                                halal



                                       Perenggan 4
Sementara itu, kebanyakan masyarakat umum sering mengaitkan sumber cahaya
dengan kebaikan. Ada kaum yang merayakan „Hari Cahaya‟ sebagai tanda kejayaan
kebaikan    mengalahkan    kejahatan    atau   kebijaksanaan       mengalahkan           kejahilan.
Kebanyakan kaum di negara kita kerap dilihat menceriakan rumah mereka dengan
sesuatu yang bercahaya seperti lilin atau lampu apabila menyambut sesuatu perayaan.
Umat Islam pula menggunakan perkataan nur atau cahaya dalam ungkapan seperti
„Nur-Ilahi‟, „Nur-ul-iman‟, „Nur-ul-yakin‟, „cahaya sakinah‟, „wajah yang bercahaya‟ dan
sebagainya untuk memberi gambaran tentang kebaikan, kebesaran, dan kemurnian
sehingga ramai juga nama umat Islam yang bermula dengan perkataan “Nur”. Hanya
seseorang yang tidak sensitif sahaja yang akan mengasosiasikan cahaya dengan
sesuatu yang bersifat negatif seperti dalam ungkapan “cahaya kejahatan” sehingga
dalam kesusasteraan sekalipun, kita sukar menerima ungkapan sperti itu sebagai unsur
paradoks (berlawanan)yang puitis.
  Perkataan/istilah            Pinjaman/Serapan                           Istilah asal
       cahaya                   Bahasa Sanskrit                              cahaya
       kejahilan                    Bahasa Arab                                jahil
  (kata dasar : jahil)
        Islam                       Bahasa Arab                                Islam
           nur                      Bahasa Arab                                 nur
        sensitif                Bahasa Inggeris                             sensitive
  mengasosiasikan               Bahasa Inggeris                            association
(kata dasar : asosiasi)


                                                                                                   22
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


       negatif                  Bahasa Inggeris                           negative
    kesusasteraan               Bahasa Sanskrit                             sastra
(kata dasar: sastera)
      paradoks                  Bahasa Inggeris                           paradoks



Catatan : Berdasarkan perenggan ini, saya telah mengenal pasti kesalahan penulis
dalam mencondongkan istilah-istilah seperti nur dan paradoks. Nur bermaksud cahaya
dalam bahasa Melayu, manakala paradoks pula bermaksud sesuatu yang bertentangan
dengan pendapat yang diterima umum. Kedua-dua istilah ini telah mengalami proses
pinjaman dengan mengambil istilah asal tanpa perubahan ejaan. Maka dengan itu,
kedua-dua istilah ini tidak perlu dicondongkan seperti dalam perenggan ini.




                                     Perenggan 5
Oleh itu, sifat lilin yang bercahaya itu samalah dengan sifat yang ada dengan sifat yang
ada pada guru sebagai golongan yang membawa kebaikan dan penyuluh jalan
kesempurnaan sama ada melalui kata-kat mahupun tingkah lakunya yang memaparkan
segala macam nilai, kebaikan seperti kerajinan, bertanggungjawab, cinta akan ilmu,
prihatin, penyayang, tidak mementingkan diri, rasional, bersabar, sanggup berkorban
dan banyak lagi.Nilai-nilai yang diajarkan itu sama ada secara langsung atau tidak
langsung diharap akan diamalkan oleh murid-muridnya sehingga jadilah mereka
manusia yang baik, mulia atau sekurang-kurangnya lebih baik sedikit daripada keadaan
sebelum mereka menerima ajaran dan didikan daripada seseorang guru.
   Perkataan/istilah            Pinjaman/Serapan                        Istilah asal
    kesempurnaan                 Bahasa Sanskrit                         sampurna
(kata dasar : sempurna)
         cinta                   Bahasa Sanskrit                             cinta
        rasional                 Bahasa Inggeris                           rational
       bersabar                    Bahasa Arab                              sabru
  (kata dasar : sabar)


                                                                                                 23
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


       berkorban                   Bahasa Arab                              qurban
 (kata dasar : korban)
       diamalkan                   Bahasa Arab                                amal
  (kata dasar : amal)
    kesusasteraan                 Bahasa Sanskrit                            sastra
 (kata dasar: sastera)



                                     Perenggan 6
Agaknya, kerana sifat dan beberapa ciri yang terdapat pada lilin seperti yang
dibicarakan itu maka kita menerima lilin, dian, pelita atau obor sebagai simbol bagi
manusia yang bergelar guru. Walaubagaimanapun, terdapar juga beberapa sifat lilin itu
sendiri yang bercanggah sama sekali dengan hakikat seorang guru sejati.
  Perkataan/istilah            Pinjaman/Serapan                          Istilah asal
        simbol                   Bahasa Inggeris                            symbol
       manusia                    Bahasa Arab                              manusia
       hakikat                    Bahasa Arab                                hakiki
       sensitif                  Bahasa Inggeris                           sensitive



                                     Perenggan 7
Mungkin kerana menyedari akan hakikat ini, terkeluar pula kata-kata daripada
sesetengah pujangga yang berbunyi, “Guru adalah lilin yang tidak kunjung padam...”
Ciri-ciri hiperbola ini adalah suatu gaya perbandingan yang bersifat erlebih-lebihan atau
dalam kata-kata yang kurang sedap didengar ialah “mengada-ngada”. Hal ini demikian
kerana kita tahu bahawa lilin yang tidak kunjung padam sebenarnya tidak wujud.
Walaubagaimanapun, kita masih tidak dapat menerima kata-kata itu sebagai elemen
retorik daripada seseorang penyair yang berusaha keras untuk memberi penekanan
terhadap sesuatu konsep dan dalam masa yang sama ingin mengekalkan nilai estetik
dalam karyanya.
  Perkataan/istilah            Pinjaman/Serapan                          Istilah asal



                                                                                                  24
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


       mungkin                    Bahasa Arab                            mumkinun
      pujangga                  Bahasa Sanskrit                           pujangga
      hiperbola                 Bahasa Inggeris                          hyperbole
        gaya                    Bahasa Sanskrit                             gayya
        wujud                     Bahasa Arab                               wujud
       elemen                   Bahasa Inggeris                            element
        retorik                 Bahasa Inggeris                            rhetoric
       konsep                   Bahasa Inggeris                            concept
        estetik                 Bahasa Inggeris                            esthetic
        karya                   Bahasa Sanskrit                             karya



                                     Perenggan 8
Penulis yakin bahawa semua guru yang berpengalaman bersetuju bahawa antara sifat
istimewa yang terdapat pada seseorang guru sejati itu ialah peningkatan atau
pertambahan ilmu dalam dirinya sendiri setiap kali dia menurunkan ilmunya kepada
orang lain. Dengan kata lain, ilmu yang ada pada seseorang guru sebenarnya tidak
pernah susut walaupun setelah bertahun-tahun tercurah kepada muridnya, sebaliknya
akan bertambah. Keadaan ini mungin suatu ironi, tetapi itulah hakikat ilmu yang dimiliki
oleh seseorang guru sejati.
  Perkataan/istilah            Pinjaman/Serapan                         Istilah asal
        antara                  Bahasa Sanskrit                             antara
      istimewa                  Bahasa Sanskrit                           istimewa
         ironi                  Bahasa Inggeris                              irony
       hakikat                    Bahasa Arab                               hakiki



                                     Perenggan 9
Sesuatu yang membakar diri seperti lilin turut memiliki sifat panas. Sekiranya disentuh
nescaya seseorang itu akan binasa. Sekiranya dihampiri, akan terasalah bahang
panasnya. Jika disedut asapnya pula akan berjelagalah kulit, tersedaklah dada dan


                                                                                                 25
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


sesaklah nafas. Lilin perlu dijauhi. Ciri-ciri demikian tidak ada guru. Sebaliknya guru
yang sejati akan sentiasa didampingi oleh murid-muridnya. Guru pula harus
menghampiri muridnya untuk menyelami perasaan dan memantau segala masalah
yang dihadapi muridnya seterusnya membimbing dan membantu mereka.
  Perkataan/istilah           Pinjaman/Serapan                          Istilah asal
       nescaya                  Bahasa Sanskrit                            niscaya
       binasa                   Bahasa Sanskrit                             binasa
       sentiasa                 Bahasa Sanskrit                          senantiasa
      masalah                     Bahasa Arab                           mas-alatuna



                                    Perenggan 10
Sekiranya api lilin „menyakiti‟ seseorang, maka lilin itu tidak akan dibenci atau
dipersalahkan, sebaliknya yang terkena api akan segera berwaspada agar tidak
mengulangi kesilapannya. Sebaliknya, kerap kali kita mendengar peristiwa murid
berdendam, membenci dan bertindak balas terhadap guru yang „menyakiti‟ mereka,
malahan ada kalanya seluruh masyarakat turut mengecam guru tanpa usul periksa
selepas pihak media menyiarkan sesuatu berita yang tidak enak didengar.
   Perkataan/istilah           Pinjaman/Serapan                         Istilah asal
        segera                   Bahasa Sanskrit                            segara
     berwaspada                  Bahasa Sanskrit                          waspada
(kata dasar : waspada)
      berdendam                  Bahasa Sanskrit                           dendam
 (kata dasar : dendam)
         media                   Bahasa Inggeris                            media



      Berdasarkan artikel yang telah dianalisis seperti di atas, dapatlah dirumuskan
bahawa penggunaan istilah pinjaman daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris
telah banyak digunakan dalam penulisan artikel ini. Seperti yang telah saya nyatakan,
penulis telah membuat kesilapan dalam mencondongkan istilah-istilah seperti klise, nur,



                                                                                                 26
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


paradoks dan sebagainya mungkin kerana keliru sama ada istilah tersebut terdapat
dalam bahasa Melayu atau tidak.

4.2   Kesimpulan

      Secara kesimpulannya, dapatlah dinyatakan bahawa kata atau istilah pinjaman
daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Sanskrit dan bahasa Arab
contohnya, telah banyak digunakan dalam penulisan artikel-artikel bahasa Melayu.
Namu begitu, penggunaan ejaan, singkatan, lambang dan tatabahasa. Hal ini adalah
bagi memastikan bahasa Melayu kita menggunakan bahasa Melayu dengan baik.




                                                                                             27
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


5.0    ISU ATAU MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID BERKAITAN DENGAN
SEMANTIK

5.1    Isu atau Masalah Pembelajaran Berkaitan Semantik

Semasa menjalani praktikum bermula pada 23hb Julai 2012, saya telah membuat suatu
kajian ringkas terhadap murid-murid tahun 4 yang telah diambil alih oleh saya. Kajian
tersebut adalah berkaitan dengan penguasaan murid-murid mengenai makna leksikal
iaitu antonim. Seperti yang kita sedia maklum, antonim bermaksud pertentangan makna
perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya,
antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, sebagai contoh cantik lawannya
hodoh, baik lawannya jahat, lelaki lawannya perempuan, panjang lawannya pendek,
miskin lawannya kaya dan sebagainya.

       Oleh yang demikian, saya telah menjalankan satu sesi pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas bersama murid-murid Tahun 4 Intan berkaitan dengan
tajuk antonim ini. Pada mulanya saya telah memberikan contoh dengan memanggil dua
orang murid yang nampak jelas perbezaannya. Setelah itu, saya meminta murid-murid
menyatakan perbezaan kedua-dua murid tersebut dan mereka menjawab dengan baik,
sebagai contoh, tinggi dan rendah, perempuan dan lelaki, dan sebagainya. Sejurus
selepas itu, saya telah menerangkan serba sedikit tentang maksud antonim
memberikan pelbagai contoh-contoh antonim yang lain.

       Setelah saya meminta contoh-contoh antonim yang lain daripada murid-murid,
apa yang perhatikan ialah murid-murid tidak dapat memberikan perkataan berlawanan
kepada sesetengah perkataan. Hal ini kerana tidak semua perkataan mempunyai
pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh-contoh lain seperti kaya lawannya
miskin. Oleh itu kata nafi „tidak‟ sering kali digunakan oleh murid-murid bagi
menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan „asli‟ lawannya „tidak
asli‟ ataupun „mati‟ lawannya „tidak mati‟.

       Saya juga melihat murid-murid ini kekurangan kosa kata-kosa kata yang dapat
membantu mereka memberikan contoh-contoh perkataan berlawanan atau antonim
oleh kerana kurangnya pembacaan bahan-bahan ilmiah. Hal ini juga menyukarkan

                                                                                                28
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


mereka   bagi   memberikan    makna-makna     perkataan      dengan       betul     seterusnya
memberikan perkataan berlawanan bagi perkataan-perkataan yang telah saya tanya.

      Bagi menguji lagi tahap penguasaan mereka dalam antonim, saya telah
menyediakan sepuluh soalan kuiz dalam bentuk perkataan dan ayat dan memilih murid-
murid secara rawak bagi menjawab soalan tersebut. Kebanyakkan murid-murid mampu
menjawab dengan betul. Namun apabila saya meningkatkan aras soalan daripada
perkataan kepada bentuk ayat yang sedikit susah, mereka tidak mampu untukmencari
jawapan yang betul.

      Setelah melaksanakan kuiz tersebut, maka saya telah mengambil keputusan
untuk menjalankan satu aktiviti permainan bahasa iaitu teka silang kata. Apa yang saya
perhatikan murid-murid sangat seronok menjalankan aktiviti tersebut dan ini dapat
membantu mereka meningkatkan penguasaan dalam antonim. Sejurus itu, saya telah
memberikan lembaran kerja tentang antonim kepada murid-murid. Saya juga meminta
mereka merujuk kepada kamus dan menambahkan bahan bacaan bagi memudahkan
mereka menjawab soalan dan lembaran kerja yang telah berikan.

      Konklusinya, bagi mengatasi masalah pembelajaran dalam antonim ini, sebagai
guru, kita perlu memastikan penyampaian pembelajaran jelas dan terang beserta
contoh-contoh yang banyak. Penggunaan kata nafi “tidak” oleh murid-murid perlukan
diberi teguran dan guru perlu memberi contoh yang lain supaya murid-murid tidak lagi
akan menggunakan kata nafi tersebut. Kepelbagaian aktiviti dan latihan juga perlu
dijalankan bagi mereka menguasai sepenuhnya topik ini selain mereka seronok dalam
menjalani pembelajaran dan pengajaran.




                                                                                                29
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


5.2   Prosedur Pelaksanaan

Pada sesi pengajaran dan pembelajaran tentang antonim, saya telah menyediakan
langkah demi langkah bagi memastikan murid-murid dapat menguasai antonim dengan
baik. Pada sesi tersebut, saya telah memilih tajuk “Bumi Tercemar” untuk diajar kepada
murid-murid. Seperti biasa, aktiviti pembacaan teks petikan telah saya jalankan pada
awal pembelajaran dan pengajaran. Dalam petikan teks tersebut terdapat perkataan
yang telah saya warnakan dan murid-murid diminta membacakan teks dan perkataan
tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul.

      Setelah itu, murid-murid diminta untuk menjawab soalan pemahaman secara
lisan dengan bermain satu permainan “Roda Impian” untuk menguji pemahaman
mereka terhadap isi pelajaran. Selepas itu, saya beralih kepada aktiviti kumpulan
membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk.

      Sejurus setelah membentangkan hasil kerja secara berkumpulan tersebut, saya
meminta murid-murid merujuk kepada perkataan-perkataan yang berwarna merah yang
terdapat dalam petikan teks yang telah diberikan pada awal pembelajaran. Saya
meminta mereka menyebut dengan kuat perkataan tersebut dan saya menerangkan
bahawa perkataan-perkataan tersebut mempunyai kata berlawanan yang disebut
sebagai antonim.

      Bagi menjelaskan tentang antonim ini, saya memanggil dua orang murid lelaki
dan perempuan ke hadapan. Saya meminta murid-murid lain menyatakan perbezaan
yang paling jelas yang terdapat kedua-dua murid ini. Murid-murid dapat memberikan
perbezaan dengan betul dan baik. Setelah itu, saya terus memulakan penerangan
ringkas tentang antonim dan meminta mereka menyatakan perkataan berlawanan bagi
perkataan yang berwarna di dalam petikan teks. Saya juga meminta murid-murid
memberikan contoh-contoh perkataan yang lain dan secara sumbang saran saya
membantu mereka mendapatkan jawapan bagi perkataan-perkataan tersebut.

      Setelah itu, saya menjalankan aktiviti permainan kuiz dengan menyediakan 10
soalan perkataan dan ayat yang berkaitan dengan antonim. Murid-murid dipilih secara


                                                                                                 30
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


rawak untuk menjawab soalan kuiz tersebut. Murid-murid yang dapat menjawab soalan
tersebut dengan betul diberikan ganjaran pujian dan gula-gula.

      Bagi meningkatkan tahap penguasaan murid-murid terhadap antonim, saya
menyediakan permainan teka silang kata. Saya telah mengehadkan masa untuk
melengkapkan teka silang kata tersebut dan saya memaparkan teka silang kata
tersebut di papan layar. Setelah mereka menyiapkannya, saya meminta murid-murid
untuk menulis perkataan yang dilengkapkan dalam teka silang kata di papan putih. Apa
yang saya perhatikan murid-murid sangat seronok menjalankan aktiviti tersebut.

      Bagi mengukuhkan pemahaman dan menambahkan kosa kata murid-murid,
saya meminta murid-murid menyiapkan lembaran kerja dan latihan-latihan yang telah
saya sediakan untuk mereka. Saya juga meminta murid-murid merujuk kamus dan
bahan-bahan bacaan ilmiah yang lain supaya mereka dapat memperbanyakkan kosa
kata dan seterusnya dapat menjawab soalan-soalan yang telah diberikan.




5.3   Laporan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P)

Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Dalam
pengajaran dan pembelajaran kali kedua ini, setelah menganalisis masalah mereka
dalam mengenai pemahaman terhadap topik antonim ini, saya dapati hampir 90 peratus
murid-murid 4 Intan berjaya menguasai pengajaran. Hal ini kerana, saya telah
menggunakan pendekatan yang lebih mudah dan sesuai mengikut tahap mereka
memandang murid-murid saya berada pada tahap yang sederhana.

      Pada pengajaran kali kedua ini juga, saya telah memberikan bentuk latihan yang
sama kepada murid-murid tetapi dilaksanakan dengan kaedah yang berbeza iaitu
dalam bentuk teka silang kata. Dengan aktiviti tersebut, murid-murid lebih seronok dan
memahami isi pelajaran tentang antonim. Penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar
juga dapat membantu penguasaan murid dalam topik ini. Oleh sebab murid-murid
mudah memahami isi pelajaran, saya tidak mengalami masalah dalam pengurusan
masa seperti dalam pengajaran pada kali pertama.


                                                                                                 31
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


      Kaedah yang saya gunakan ini juga dapat menarik minat murid-murid di samping
dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh yang demikian,
mereka tidak merasa bosan dan objektif juga dapat dicapai dengan mudah.

      Namun begitu, terdapat sebilangan murid yang masih belum mampu menguasai
topik ini. Walaubagaimanapun, saya telah memberi latihan pengukuhan dalam bentuk
soalan objektif supaya mereka dapat meningkatkan pemahaman dalam isi pelajaran.
Saya juga telah meminta mereka untuk merujuk kamus dan membaca pelbagai bahan
bacaan bagi menambahkan kosa kata mereka. Hal ini dapat membantu mereka
menjawab soalan antonim dengan mudah dan baik.




                                                                                               32
SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111)


6.0    RUMUSAN

Semantik merupakan       kajian     makna istilah.   Perkataan       ini     berasal       daripada
perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Berbeza
dengan sintaksis, semantik merujuk kepada makna perkataan, manakala sintaksis pula
merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya, contohnya
secara bertulis ataupun bertutur.

       Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada
konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat.
Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna
perkataan. Persoalan ini nampaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan
rujukan. Makna juga sebahagian besarnya (atau keseluruhannya) adalah berkenaan
hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks
yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan.

       Semantik merupakan suatu bidang yang sangat penting dan perlu dikuasa oleh
semua guru supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan
semaksimum yang mungkin. Hal ini berhubung rapat dengan fungsi Bahasa Melayu
sebagai Bahasa Kebangsaan yang merupakan indikator utama dalam pengajaran.

       Kesimpulannya, bidang semantik perlu dikuasai dengan baik supaya fungsi
bahasa dapat dilihat dengan jelas. Makna sesuatu perkataan dapat difahami dengan
lebih jelas dan terperinci mengikut konteks sesuatu ayat. Oleh itu, dengan terhasilnya
kerja kursus ini dapatlah kita mengetahui tentang aspek makna sesuatu ayat yang
diujarkan atau digunakan oleh manusia.




                                                                                                    33

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmFadhilah Atikah
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksismurni mohamat
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik fitri norlida
 
Teori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanTeori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanJalalludin6791
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Antasha Kamaruzzaman
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanPihin Hassanal
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengarRickson JD
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertuturNsha Shari
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAhmad NazRi
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuIzzat Hakim
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuErica Leenya
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPunitha Nitha
 
07 aspek tatabahasa
07   aspek tatabahasa07   aspek tatabahasa
07 aspek tatabahasaNsha Shari
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIRafiza Diy
 
Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global Mohammad Yaqin
 

La actualidad más candente (20)

Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bmSkema tatacara pembentukan istilah dlm bm
Skema tatacara pembentukan istilah dlm bm
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik
 
Teori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusanTeori dan prinsip perkamusan
Teori dan prinsip perkamusan
 
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
Karya sastera kanak kanak,remaja,dewasa & popular
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
Kesantunan Berbahasa
Kesantunan BerbahasaKesantunan Berbahasa
Kesantunan Berbahasa
 
Kemahiran mendengar
Kemahiran mendengarKemahiran mendengar
Kemahiran mendengar
 
03 kemahiran mendengar dan bertutur
03    kemahiran mendengar dan bertutur03    kemahiran mendengar dan bertutur
03 kemahiran mendengar dan bertutur
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayuPemikiran dan akal budi masyarakat melayu
Pemikiran dan akal budi masyarakat melayu
 
Semantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayuSemantik bahasa-melayu
Semantik bahasa-melayu
 
NOTA FONETIK
NOTA FONETIKNOTA FONETIK
NOTA FONETIK
 
Pembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bmPembentukan kata dalam bm
Pembentukan kata dalam bm
 
Anith teori pembuktian
Anith teori pembuktianAnith teori pembuktian
Anith teori pembuktian
 
Tokoh Dalam Bidang Terjemahan
Tokoh Dalam Bidang TerjemahanTokoh Dalam Bidang Terjemahan
Tokoh Dalam Bidang Terjemahan
 
07 aspek tatabahasa
07   aspek tatabahasa07   aspek tatabahasa
07 aspek tatabahasa
 
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASIFONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
FONETIK DAN FONOLOGI : ALAT-ALAT ARTIKULASI
 
Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global Kaedah struktural, global
Kaedah struktural, global
 

Destacado

Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuNur Farahin Samsudin
 
Panduan menjawap bm upsr bm k1
Panduan menjawap bm upsr   bm k1Panduan menjawap bm upsr   bm k1
Panduan menjawap bm upsr bm k1suwaibahsussana
 
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )cikguwanida
 
[Edu.joshuatly.com] kedah spm trial 2011 b.melayu (w ans)
[Edu.joshuatly.com] kedah spm trial 2011 b.melayu (w ans)[Edu.joshuatly.com] kedah spm trial 2011 b.melayu (w ans)
[Edu.joshuatly.com] kedah spm trial 2011 b.melayu (w ans)sabarmohd66s
 
Memahami Dasar-Dasar Teori Makna Semantik
Memahami Dasar-Dasar Teori Makna SemantikMemahami Dasar-Dasar Teori Makna Semantik
Memahami Dasar-Dasar Teori Makna SemantikYudha Fadillah
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisfahmi_naka
 
Semantik leksikal
Semantik leksikalSemantik leksikal
Semantik leksikalewer Rewel
 
semantik dalam bahasa indonesia
semantik dalam bahasa indonesiasemantik dalam bahasa indonesia
semantik dalam bahasa indonesiaNUR DIANA
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 
Bah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanBah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanElfitri Tres
 
Al-Tadhad (Antonim / Antitesis Polisemi)
Al-Tadhad (Antonim / Antitesis Polisemi)Al-Tadhad (Antonim / Antitesis Polisemi)
Al-Tadhad (Antonim / Antitesis Polisemi)Fakhri Cool
 
Bidalan Bahasa
Bidalan BahasaBidalan Bahasa
Bidalan BahasaAjak Kur
 

Destacado (20)

Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa MelayuKajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
Kajian SEMANTIK STPM Bahasa Melayu
 
Panduan menjawap bm upsr bm k1
Panduan menjawap bm upsr   bm k1Panduan menjawap bm upsr   bm k1
Panduan menjawap bm upsr bm k1
 
Jenis-Jenis Semantik
Jenis-Jenis SemantikJenis-Jenis Semantik
Jenis-Jenis Semantik
 
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
BUKU PANDUAN GURU BAHASA MELAYU TAHUN 3 (KSSR SR )
 
[Edu.joshuatly.com] kedah spm trial 2011 b.melayu (w ans)
[Edu.joshuatly.com] kedah spm trial 2011 b.melayu (w ans)[Edu.joshuatly.com] kedah spm trial 2011 b.melayu (w ans)
[Edu.joshuatly.com] kedah spm trial 2011 b.melayu (w ans)
 
makalah semantik
makalah semantikmakalah semantik
makalah semantik
 
Memahami Dasar-Dasar Teori Makna Semantik
Memahami Dasar-Dasar Teori Makna SemantikMemahami Dasar-Dasar Teori Makna Semantik
Memahami Dasar-Dasar Teori Makna Semantik
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
 
Semantik leksikal
Semantik leksikalSemantik leksikal
Semantik leksikal
 
semantik dalam bahasa indonesia
semantik dalam bahasa indonesiasemantik dalam bahasa indonesia
semantik dalam bahasa indonesia
 
Semantik BMM 3111
Semantik BMM 3111Semantik BMM 3111
Semantik BMM 3111
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 
Bah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihanBah abm hsp_peralihan
Bah abm hsp_peralihan
 
Al-Tadhad (Antonim / Antitesis Polisemi)
Al-Tadhad (Antonim / Antitesis Polisemi)Al-Tadhad (Antonim / Antitesis Polisemi)
Al-Tadhad (Antonim / Antitesis Polisemi)
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
6753187 semantik
6753187 semantik6753187 semantik
6753187 semantik
 
Pemarkahan rumusan
Pemarkahan rumusanPemarkahan rumusan
Pemarkahan rumusan
 
Bm2
Bm2Bm2
Bm2
 
Homonim
HomonimHomonim
Homonim
 
Bidalan Bahasa
Bidalan BahasaBidalan Bahasa
Bidalan Bahasa
 

Similar a semantik

Kajian makna bahasa
Kajian makna bahasaKajian makna bahasa
Kajian makna bahasaEkoBowo2
 
Mari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikMari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikmarzieta
 
Bab 1modul pjj
Bab 1modul pjjBab 1modul pjj
Bab 1modul pjjshamrina85
 
Tugas makalah tik_megawati_karlina_037117016
Tugas makalah tik_megawati_karlina_037117016Tugas makalah tik_megawati_karlina_037117016
Tugas makalah tik_megawati_karlina_037117016megawatikarlina
 
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1Norhayati Muhamad
 
Perbandingan lingusitik
Perbandingan lingusitikPerbandingan lingusitik
Perbandingan lingusitikAsyiq Azhad
 
Materi M4KB4 - Semantik dan Pragmatik
Materi M4KB4 - Semantik dan PragmatikMateri M4KB4 - Semantik dan Pragmatik
Materi M4KB4 - Semantik dan PragmatikPPGHybrid1
 
Asignment semantik terkini 20 sept 2013.............
Asignment semantik terkini  20 sept 2013.............Asignment semantik terkini  20 sept 2013.............
Asignment semantik terkini 20 sept 2013.............Othman BinLeman
 
Semantik dan peristilahan
Semantik dan peristilahanSemantik dan peristilahan
Semantik dan peristilahanSaliza M. Ali
 
New microsoft office word document
New microsoft office word documentNew microsoft office word document
New microsoft office word documentFajar Pambudi
 
Semantik dan peristilahan bahasa melayu
Semantik dan peristilahan bahasa melayuSemantik dan peristilahan bahasa melayu
Semantik dan peristilahan bahasa melayunoorabib
 
PPT_SEMANTIK_[Compatibility_Mode] (1).pdf
PPT_SEMANTIK_[Compatibility_Mode] (1).pdfPPT_SEMANTIK_[Compatibility_Mode] (1).pdf
PPT_SEMANTIK_[Compatibility_Mode] (1).pdfDewaCintaAlumunium
 

Similar a semantik (20)

Bmm3111
Bmm3111Bmm3111
Bmm3111
 
Kajian makna bahasa
Kajian makna bahasaKajian makna bahasa
Kajian makna bahasa
 
Mari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatikMari mengenali semantik & pragmatik
Mari mengenali semantik & pragmatik
 
Bab 1modul pjj
Bab 1modul pjjBab 1modul pjj
Bab 1modul pjj
 
Tugas tik
Tugas tikTugas tik
Tugas tik
 
Tugas tik
Tugas tikTugas tik
Tugas tik
 
Tugas tik
Tugas tikTugas tik
Tugas tik
 
Tugas tik
Tugas tikTugas tik
Tugas tik
 
Tugas makalah tik_megawati_karlina_037117016
Tugas makalah tik_megawati_karlina_037117016Tugas makalah tik_megawati_karlina_037117016
Tugas makalah tik_megawati_karlina_037117016
 
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
 
Perbandingan lingusitik
Perbandingan lingusitikPerbandingan lingusitik
Perbandingan lingusitik
 
Belajar makna
Belajar maknaBelajar makna
Belajar makna
 
Materi M4KB4 - Semantik dan Pragmatik
Materi M4KB4 - Semantik dan PragmatikMateri M4KB4 - Semantik dan Pragmatik
Materi M4KB4 - Semantik dan Pragmatik
 
Asignment semantik terkini 20 sept 2013.............
Asignment semantik terkini  20 sept 2013.............Asignment semantik terkini  20 sept 2013.............
Asignment semantik terkini 20 sept 2013.............
 
Semantik dan peristilahan
Semantik dan peristilahanSemantik dan peristilahan
Semantik dan peristilahan
 
New microsoft office word document
New microsoft office word documentNew microsoft office word document
New microsoft office word document
 
Semantik dan peristilahan bahasa melayu
Semantik dan peristilahan bahasa melayuSemantik dan peristilahan bahasa melayu
Semantik dan peristilahan bahasa melayu
 
PPT_SEMANTIK_[Compatibility_Mode] (1).pdf
PPT_SEMANTIK_[Compatibility_Mode] (1).pdfPPT_SEMANTIK_[Compatibility_Mode] (1).pdf
PPT_SEMANTIK_[Compatibility_Mode] (1).pdf
 
Makalah Bahasa Indonesia
Makalah Bahasa IndonesiaMakalah Bahasa Indonesia
Makalah Bahasa Indonesia
 
tugasan sintaksis
tugasan sintaksistugasan sintaksis
tugasan sintaksis
 

semantik

  • 1. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 1.0 PENDAHULUAN Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat. Setiap bahasa merupakan satu sistem yang digunakan untuk menyampaikan makna melalui bunyi. Kajian makna dikenali sebagai bidang semantik, iaitu bidang yang telah begitu lama diabaikan oleh linguistik kerana persoalan makna banyak mendatangkan masalah jika tingkahlaku bahasa itu ditinjau dari sudut itu. Dalam mengkaji bahasa, semantik merupakan salah satu bidang yang terpenting untuk didalami oleh setiap pengkaji bahasa. Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Berbeza dengan sintaksis, semantik merujuk kepada makna perkataan, manakala sintaksis pula merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya, contohnya secara bertulis ataupun bertutur. Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini nempaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan.Makna juga sebahagian besarnya (atau keseluruhannya) adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan. Maka dengan itu, sebagai bakal guru bahasa Melayu, kita hendaklah melengkapkan diri dengan pengetahuan dalam bidang semantik. Kemampuan menguasai ilmu tersebut membolehkan kita berkeyakinan untuk menyalurkan pengetahuan yang dimiliki kepada murid-murid di samping keupayaan menilai dan membuat analisis hasil kerja murid-murid dan seterusnya dapat membimbing murid- murid menggunakan bahasa Melayu dengan betul dan standard. 1
  • 2. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 1.1 Pengenalan Kajian ini memberi pendedahan kepada pelajar untuk meningkatkan kecekapan berbahasa dari pelbagai aspek setaraf dengan intelek mereka dengan merangkumi aspek semantik, klasifikasi makna leksikal, pembentukan istilah asing, penganalisian istilah asing dalam bahan yang terpilih dan isu yang berkaitan dengan semantik. Kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran berkomunikasi yang berkesan , bagi menghayati dan melahirkan buah fikiran tentang ilmu pengetahuan, hal persendirian, kemasyarakatan dalam konteks rasmi, kreatif dan tidak kreatif dalam penulisan bahasa serta memupuk daya perkembangan bahasa bagi kepentingan pendidikan dan kerjaya. 1.2 Objektif Kajian Melalui penghasilan kerja kursus ini, diharapkan pelajar dapat ; 1.2.1 menjelaskan tentang semantik; fitur makna; makna leksikal; dan makna ayat, 1.2.2 menghurai perubahan semantik; dan teori pembuktian, 1.2.3 membanding beza ketaksaan dan kekaburan makna; serta makna peribahasa, 1.2.4 menerangkan skema tatacara pembentukan istilah; sumber istilah; aspek tatabahasa dan semantik peristilahan Bahasa Melayu, 1.2.5 menilai dan menentukan istilah yang betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa 1.3 Batasan Kajian Tugasan ini membataskan kajian dalam bidang semantik dan peristilahan Bahasa Melayu. Kajian ini memerlukan pelajar merancang dan menyediakan satu pakej tugasan yang berkaitan dengan bidang semantik dan peristilahan Bahasa Melayu. Dalam proses penyediaan tugasan ini, secara individu, pelajar dikehendaki untuk menghuraikan definisi semantik dan mengklasifikasikan makna leksikal yang terdapat 2
  • 3. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) dalam bahasa Melayu. Selain itu, pelajar perlu mengenal pastu dan menjelaskan tatacara pembentukan istilah asing yang menjadi istilah dalam bahasa Melayu. Antara fokus utama dalam kajian ini ialah menganalisis penggunaan istilah asing yang terdapat dalam bahasa Melayu dalam mana-mana artikel daripada sumber bacaan ilmiah yang sesuai. Pelajar juga perlu mengenal pasti dan menentukan sama ada istilah tersebut betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa. Selain itu juga, kajian ini memerlukan pelajar mengenal pasti satu isu atau permasalahan yang dihadapi oleh murid berkaitan dengan semantik dan laksanakan pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. 1.4 Kaedah Kajian Bagi menyiapkan dan melengkapkan tugasan ini, saya telah membuat pelbagai rujukan termasuklah menggunakan kaedah kepustakaan dengan merujuk buku-buku tentang semantik dan peristilahan Bahasa Melayu, melayari laman web dan perbincangan bersama pensyarah dan rakan-rakan. Segala maklumat berkaitan yang diambil daripada buku-buku, juga daripada nota-nota kuliah yang diberikan oleh pensyarah pembimbing diolah, dianalisa, disusun, dan digarap sebaik mungkin bagi menghasilkan tugasan yang bermutu. Di samping itu, saya menjalankan kolaborasi bersama pensyarah semasa kuliah dan kolaborasi bersama rakan-rakan lain dan menggabungjalinkan idea-idea dan pandangan mereka dalam tugasan ini. 1.5 Kepentingan Kajian Kajian ini memfokuskan kepada pembinaan pengetahuan pelajar dalam bidang semantik dan peristilahan Bahasa Melayu secara keseluruhannya. Maka dengan itu, kajian ini amat penting bagi mendedahkan pelajar tentang aspek-aspek makna dalam perkataan, frasa dan ayat dalam bahasa Melayu dan mengaplikasikannya dalam penggunaan seharian secara betul dan tepat. Selain daripada itu juga, sebagai persediaan menjadi seorang guru Bahasa Melayu, kajian ini adalah amat penting bagi 3
  • 4. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) guru pelatih mendalami bidang ini. Hal ini kerana, seorang guru hendaklah serba tahu segalanya tentang hukum dan rumus-rumus tatabahasa serta perkara yang berkaitan dengan semantik iaitu makna dan istilah-istilah bagi memudahkan guru-guru menyampaikan maklumat dengan betul dan menyemak hasil kerja murid. Di samping itu juga, kajian ini amat penting sebagai salah satu persediaan bagi pelajar memantapkan pengetahuan mereka untuk menghadapi peperiksaan di hujung semester kelak. Selaras dengan objektif kajian ini, diharap kajian ini dapat membantu guru-guru dalam pelbagai aspek. 4
  • 5. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 2.0 DEFINISI SEMANTIK DAN KLASIFIKASI MAKNA LEKSIKAL DALAM BAHASA MELAYU 2.1 Definisi Semantik Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Secara umumnya, semantik ialah satu bidang yang terdapat dalam ilmu linguistik yang mengkaji tentang makna sesuatu perkataan, frasa, ayat dan ujaran. Semantik dalam bahasa Melayu berasal dari bahasa Yunani „sema’ (kata benda) yang bererti „tanda‟ atau „lambang‟. Kata kerjanya adalah ‘semaino’ yang bermaksud „menandai‟atau „melambangkan‟. Perkataan sema akan menerbitkan kata semainein yang bermaksud bererti. Kemudian semainein diinggeriskan DefinisiSemantik menjadi semantics, manakala dalam bahasa Melayu menjadi semantik. Orang yang mula-mula menggunakan istilah semantik ialah M. Breal, 1900. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat, semantik membawa maksud kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan. Makna sesuatu perkataan diperolehi dengan merujuk kepada maksud sesuatu benda. Namun, apabila sesuatu perkataan itu tidak mempunyai benda hendak ditunjuk dan bersifat abstrak, seperti perasaan, maka perkataan tersebut tidak dapat diberikan makna. Oleh itu, timbullah dalam bidang semantik istilah-istilah seperti sinonim, antonim, polisem dan hiponim. Dengan ini, makna sesuatu perkataan boleh diberikan dengan merujuk perkataan-perkataan lain yang mempunyai hubungan dengan sesuatu perkataan yang lain (Adenan bin Ayob, 2007). 5
  • 6. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 2.2 Klasifikasi Makna Leksikal 2.2.1 Sinonim dan Antonim 2.2.1.1 Sinonim Definisi Contoh Sinonim Jenis-jenis Sinonim kesamaan makna - kereta dan motokar 1. Sinonim Pinjaman perkataan, iaitu kata- - sejuk dan dingin Dalam dialek Kedah, „batas‟ ialah kata yng mempunyai - suka dan gemar „jalan raya‟, yang maksud makna yang sama - ganggu dan kacau konvensionalnya ialah „timbunan atau hampir sama. - lupus dan luput tanah yang menjadi sempadan Secara umumnya, - loncat dan lompat petak-petak sawah‟. sinonim disebut 2. Sinonim Konteks sebagai perkataan Perkataan „jemput‟ dan „udang‟ seerti. banyak digunakan dalam konteks Walaubagaimanapun protokol. Sebenarnya, „jemput‟ tidak terdapat digunakan dalam konteks lisan, perkataan yang manakala „undang‟ dalam konteks bersinonim atau tulisan. Ini bermakna konteks mempunyai makna mewujudkan perkataan yang yang benar-benar sama makna. sama secara tepat. 3.Sinonim Laras Sosial Perkataan-perkataan tersebut digunakan dengan berdasarkan status. Misalnya „penyanyi‟ ialah orang yang „bernyanyi‟ manakala „biduan‟ bermaksud „status‟ yang tinggi dalam profesionalisme seni. 4.Sinonim Kolokasi wujud dalam konteks penggunaan yang tersendiri.Contohnya 6
  • 7. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) perkataan „banyak‟ dan „ramai‟ mempunyai makna yang sama. Contoh ayat, “Banyak kilang kekurangan tenaga pekerja mahir” dan “Ramai pelajar yang gembira setelah memperoleh pencapaian baik dalam peperiksaan tersebut.” 2.2.2.1 Antonim Definisi Contoh Antonim Jenis-jenis Antonim Antonim ialah - sejuk lawannya panas 1.Antonim pasangan pertentangan makna - baik lawannya jahat komplemen perkataan atau kata-kata - cantik lawannya pasangan perkataan berlawanan yang mempunyai makna hodoh yang saling melengkapi antara yang tidak sama. Secara - tinggi lawannya satu sama lain. Cotohnya, umumnya, antonim rendah perkataan tidur-jaga, hidup-mati, disebut sebagai - miskin lawannya kaya duduk-bangun, tajam-tumpul, perkataan berlawanan - gelap lawannya kembang-kuncup, sihat-sakit, tidak semua perkataan terang gembira-sedih dan sebagainya. mempunyai pertentangan 2. Antonim hubungan darjah makna satu lawan satu Contohnya perkataan besar- seperti contoh tersebut. kecil, tebal-nipis, tinggi-rendah, Oleh itu kata nafi „tidak‟ panjang-pendek, kurus-gemuk kadang kala digunakan dan sebagainya. Makna kata bagi menunjukkan adjektif yang menunjukkan pertentangan makna pasangan kata ini mempunyai tersebut, misalnya hubungan rujukan dengan benda 7
  • 8. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) perkataan „kaya‟ yang dimaksudkan. lawannya „tidak kaya‟ 3. Antonim hubungan ataupun „mati‟ bermaksud bertentangan „tidak hidup‟ kedua-dua pasangan kata itu dari segi semantiknya membawa makna yang setara, misalnya beri-terima, jual-beli, murid-guru, majikan-pekerja dan sebagainya. Contohnya jika X „beri‟ barang pada Y bermakna Y akan „terima‟ barang itu. 2.2 Hiponim, Homonim dan Polisem 2.2.1 Hiponim Hiponim kata umum yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan kata-kata yang lebih khusus atau dalam erti kata lain ialah kata Hiponim ialah kata yang umum yang maknanya terangkum dalam mempunyai lingkungan makna kata yang lain. atau anggotanya terdiri daripada kata yang Sebagai contoh, melur, khusus. mawar,melati,kemboja dan cempaka ialah hiponim kepada bunga. 8
  • 9. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 2.2.2 Homonim Sebagai contoh, perkataan „kepala‟ Hiponim merujuk kepada dua yang membawa kata atau lebih yang maksud „ketua‟ tidak mempunyai, sama sama maknanya ada bunyi atau ejaan dengan „kepada yang sama, tetapi kereta api. „kepada berlainan makna. manusia‟ dan „kepala surat‟. Perkataan yang mempunyai sebutan yang sama, tetapi berbeza makna seperti yang disebutkan tadi dikatakan mempunyai hubungan homonim. 2.2.3 Polisem Sebagai contoh, kata bantu „tentang‟ boleh perkataan yang bermaksud berkaitan mempunyai beberapa Polisem sesuatu perkara. Ada makna yang masanya perkataan berkaitan sama ada „tentang‟ boleh secara konseptual membawa maksud atau sedarjah. yang „lawan‟, seperti dalam sama. ayat “Kita tentang Dengan kata lain, habis-habisan”. polisem ialah hubugan kata atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi 9
  • 10. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 2.3 Kesimpulan Dalam bab ini dapatlah disimpulkan bahawa semantik merupakan kajian tentang makna perkataan dan penambahan makna sesuatu kata. Oleh itu, semantik boleh dikatakan satu ilmu yang membincangkan tentang makna sesuatu perkataan. Secara keseluruhannya, makna leksikal dapat diklasifikasikan seperti rajah di bawah : MaknaLeksikal Sinonimdanantonim Hiponim, himonim, polisem Sinonim Antonim a) a)antonim sinonimpinjaman pasangan b) sinonimkonteks komplemen c) b)antonim sinonimlarassosial hubungan darjah d) sinonimkolokasi c)antonim hubungan bertentangan 10
  • 11. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 3.0 TATACARA PEMBENTUKAN ISTILAH ASING DALAM BAHASA MELAYU 3.1 Langkah Pembentukan Istilah Penciptaan perkataan baharu melalui perancangan bahasa yang rasmi di Malaysia pada umumnya dilakukan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka dan institusi-institusi pengajian tinggi. Seperti yang telah diterangkan, perkataan yang dicipta melalui perancangan yang rasmi ini dibentuk istilah yan merujuk bidang-bidang ilmu dan kerjaya tertentu. Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu menggariskan tujuh langkah dalam pembentukan istilah. Berikut merupakan langkah-langkah tersebut. LA PenggunaanperkataandalambahasaMelayu yang N lazimdigunakandandikhususkanmaknanyauntuk G mendukungmaknaistilahnya.Contohnya: K A Gaya H Garispusat kuasa 1 PenggunaanperkataandalambahasaMelayu LA yang kuranglazimdigunakan.Contohnya: N Langkah proses G pembentukanistilah Peka K Cerakin A Hablur H jisim 2 LA Penggunaanperkataanbahasaserumpunataup N undialekMelayu yang G lazimdigunakan.Contohnya : K A Dermaga (jawa) H Kamir (Kelantan) Labur (N. Sembilan) 3 11
  • 12. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) LA Penggunaanperkataanbahasaserumpunataupu N ndialekMelayu yang G sudahtidaklazimdigunakan.Contohnya : K A Dening (Kelantan) H Riam (Johor) Engkabang (Iban) 4 PerkataanatauistilahdaripadabahasaInggeris. LA Contohnya : N G Atom K Electron A Struktur H 5 Penggunaanperkataanatauistilahdaripadabah asa lain. Contohnya : LA N Langkah proses In toto G pembentukanistilah De facto K Ad hoc A H 6 Pemilihan yang terbaikantara 1-6 di atas, jikaterdapatbeberapakemungkina LA n.Dalampembentukanistila yang N menggunakanketujuh-tujuhcara G di atas, adaempatsyarat yang K perludipatuhi, iaitu : A H I. Uangkapanyan paling singkat 7 II. Uangkapan yang maknanyatidakmenyimpan g III. Unkapan yang tidakberkonotasiburuk IV. Ungkapan yang sedapdidengar. 12
  • 13. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 3.2 Proses PembentukanIstilah Terdapatdua proses pembentukanistilah : 3.2.1 Melalui proses pinjamterjemah Penggabungandua kata umum, contohnya : Missile = peluruberpandu Landmine = periukapi Right angle = suduttepat Terjemahanlansung, contohnya : Resistance = rintangan Soluble = larut Dose = sukatan Penciptaan kata baharu yang tidakpernahadadalambahasaMel ayubagimendukungkonsepbahar Proses u, contohnya : PinjamTerjemah Allot = umpuk Up date = kemaskini Arrears = tunggakan Perluasanmaknasesuatuperkataanuntukmend ukungkonsepbaharu.Seringjugaperkataan yang diciptamengalamiperubahanbunyi, Mencipta kata contohnya : baharudengangandaansepara, contohnya : Salur(irrigation) lawansalir (drainage) Radius = jejari Hakis (erosion) lawankikis (corrosion) Lattice = kekisi Biji (seed) lawanbijirin (cereal) Liquid = cecair 13
  • 14. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 3.2.2 Proses Pinjaman Proses Pinjaman Pengambilandenganperubahanataup enyesuaianejaan: Pengambilantanpaperubahanejaan: Geography = geografi Magnet = magnet Biology = biologi Linear = linear Mathematic = matematik Hilum = hilum Kinetic = kinetic Import = impot Atrophy = atrofi Audit = audit Arrilode = arilode Standard = standard Isoamy = isogamy Bonus = bonus Cataphyll = katafil Radio = radio Nectary = nektari Structure = struktur 3.3 Kesimpulan Dalam rajah-rajah di atas, dapatlah disimpulkan bahawa tatacara pembentukan istilah asing terbahagi kepada dua iaitu langkah-langkah pembentukan dan proses pembentukan. Dewan Bahasa dan Pustaka, dalam buku Pedoman Umum Pembentukan Istilah Bahasa Melayu menggariskan tujuh langkah dalam pembentukan istilah. Manakala terdapat dua proses proses pembentukan istilah iaitu proses pinjam terjemah dan proses pinjaman. 14
  • 15. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 4.0 ANALISIS PENGGUNAAN ISTILAH ASING DALAM YANG TERDAPAT DALAM BAHASA MELAYU DALAM ARTIKEL 4.1 Analisis Penggunaan Istilah Asing dalam Bahasa Melayu Dalam bab ini, saya telah menganalisis dua jurnal yang dipilih dan dipetik dari sebuah bahan bacaan ilmiah yang bertajuk “Mingguan Wanita” dan “Pendidik”. Dalam analisis tersebut, saya akan mengutarakan penggunaan istilah asing yang terdapat dalam bahasa Melayu. Saya juga akan mengenal pasti dan menentukan sama ada istilah tersebut betul dari segi singkatan, lambang, ejaan dan tatabahasa. Jika terdapatnya kesalahan, saya akan menyatakannya dan melakukan pembetulan dan pemurnian daripada istilah yang salah itu dalam bahagian catatan. Berikut merupakan penganalisian artikel dipetik dari Majalah Mingguan Wanita Edisi Mei 2007 yang telah saya kenal pasti : Tajuk : Cegah Flu Melalui Vaksinasi Penulis : Julie Roshana Akma bt Shafee Perenggan 1 Flu atau influenza merupakan penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza. Penyakit ini selalunya dikenali sebagai penyakit sistem pernafasan, tetapi hakikatnya, penyakit ini menjejaskan tubuh badan. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal flu Bahasa Inggeris flu influenza Bahasa Inggeris influenza virus Bahasa Inggeris virus sistem Bahasa Inggeris system hakikat Bahasa Arab hakiki tetapi Bahasa Sanskrit tatapi 15
  • 16. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) Perenggan 2 Selama beberapa tahun, pihak berkuasa kesihatan Malaysia dan Singapura menjadi sebahagian program pemantauan flu Badan Kesihatan Dunia (WHO). Hasil penyiasatan mereka membuktikan bahawa flu itu wujud di Malaysia dan Singapura. Mereka juga mendapati bahawa flu itu wujud sepanjang tahun. Selain itu, mereka juga mendapati terdapat 2 tempoh jangkitan flu meningkat di Malaysia dan Singapura. Tempoh tersebut ialah dari April hingga Jun dan November hingga Januari. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal program Bahasa Inggeris programme wujud Bahasa Arab wujud tempoh Bahasa Portugis tempo April Bahasa Inggeris April Jun Bahasa Inggeris June November Bahasa Inggeris November Januari Bahasa Inggeris January Catatan : WHO merupakan singkatan bagi World Health Organization yang bermaksud Badan Kesihatan Dunia dalam bahasa Melayu. Proses pembentukan istilah ini adalah proses pinjam terjemah secara langsung. Pada pandangan saya, singkatan bagi Badan Kesihatan Dunia sepatutnya ditulis sebagai BKD dan bukannya WHO. Namun begitu, sekiranya dalam petikan di atas penulis meletakkan World Health Organization secara condong dan meletakkan singkatannya sebagai (WHO), singkatan tersebut boleh diterima. Perenggan 3 Masih ramai yang terkeliru antara flu dan selsema. Kedua-duanya ini merupakan dua penyakit yang berbeza. Agak mudah untuk membezakan kedua-duanya. Flu menyebabkan penyakit yang teruk dan kerumitan yang mengancam nyawa ramai orang tetapi selsema tidak. 16
  • 17. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal antara Bahasa Sanskrit antara Perenggan 4 Flu sangat berjangkit. Anda boleh dijangkiti melalui udara; daripada seseorang yang bersin atau batuk; daripada pergaulan dengan seseorang yang dijangkiti flu atau daripada menyentuh objek yang dicemari lalu memindahkan kuman tersebut ke dalam sistem pernafasan. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal objek Bahasa Inggeris object Perenggan 5 Sesiapa pun oleh dijangkiti flu. Sihat dan segar sepanjang hari tidak menghalang anda daripada dijangkitinya. Anda juga boleh menjangkiti orang lain tanpa menyedarinya, kerana penyakit ini mengambil masa 1 hingga 4 hari untuk menunjukkan tanda- tandanya. Sebilangan masyarakat menghadapi risiko lebih tinggi untuk mengalami kerumitan yang boleh mengancam nyawa jika mereka dijangkiti flu. Contohnya orang tua, dewasa dan kanak-kanak yang menhidapi asma, penyakit peparu, kencing manis, masalah jantung dan sebagainya. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal masa Bahasa Sanskrit masa risiko Bahasa Inggeris risk dewasa Bahasa Sanskrit dewasa asma Bahasa Inggeris asthma 17
  • 18. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) Perenggan 6 Flu berbahaya dalam kalangan orang tua. Jika seseorang yang berumur dijangkiti virus flu, kemungkinan mereka akan menderita akibat kerumitan dada adalah tinggi. Seramai 73 peratus mereka yang berumur 70 ke atas dan 36 peratus orang tua dalam lingkungan umur 60 hingga 69 tahun akan menderita akibat kerumitan dada jika dijangkiti virus flu. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal berbahaya Bahasa Sanskrit bhaya (kata dasar : bahaya) menderita Bahasa Sanskrit derita (kata dasar : derita) Perenggan 7 Flu boleh dicegah melalui vaksinasi. Keberkesanan vaksin flu telah terbukti secara klinikal. Dikatakan 7 daripada 10 orang yang mengambil vaksin ini dilindungi. Bagi 3 orang lain, jika mereka dijangkiti flu, tanda-tandanya sederhana. Banyak negara di seluruh dunia menyarankan supaya vaksinasi flu diambil semasa musim flu. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal klinikal Bahasa Inggeris clinical diaktifkan Bahasa Inggeris active (kata dasar : aktif) dunia Bahasa Arab dunya negara Bahasa Sanskrit nagara Perenggan 8 Vaksin flu selamat dan diterima baik. Kesan yang paling biasa dikaitkan dengan vaksinasi flu ialah pembengkakan ringan di tempat suntikan yang akan berakhir dalam masa 24 hingga 48 jam. Jika anda mempunyai alahan kepada telur ayam, anda dinasihatkan tidak mengambil vaksin flu. Terdapat hanya satu vaksin flu di Malaysia yang tidak mempunyai kesan merkuri. Doktor akan mengesyorkan jenama yang betul 18
  • 19. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) jika anda mahu mendapatkannya. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal selamat Bahasa Arab salamat merkuri Bahasa Inggeris mercury mengesyorkan Bahasa Mandarin shuo (kata dasar : syor) Perenggan 9 Jenis virus yang dikenal pasti kemudiannya dimasukkan dalam formula vaksin yang baru untuk memberikan perlindungan yang terbaik. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal formula Bahasa Inggeris formula Perenggan 10 Masa yang terbaik untuk mendapatkan vaksinasi flu adalah pada bila-bila masa sahaja, walaupun amat disarankan untuk mendapatkan vaksinasi sebelum puncak aktiviti flu. Vaksinasi mengambil masa 10 hingga 15 hari untuk mencapai tahap imunisasi maksimum selepas disuntik. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal aktiviti Bahasa Inggeris activity imunisasi Bahasa Inggeris immunisation maksimum Bahasa Inggeris maximum Dalam penganalisian artikel di atas, dapat disimpulkan bahawa penggunaan istilah pinjaman bahasa Inggeris telah banyak digunakan. Hal ini adalah kerana artikel menggunakan laras bahasa sains dan perubatan yang menggunakan istilah-istilah seperti flu, vaksinasi, virus, program, imunisasi dan sebagainya. Namun terdapat juga istilah-istilah pinjaman dan serapan daripada bahasa Sanskrit, bahasa Arab dan 19
  • 20. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) Bahasa Portugis iaitu tempoh yang berasal dari perkataan tempoh yang bermakna waktu. Berikut pula merupakan penganalisian artikel yang kedua dipetik dari Majalah Pendidik Edisi Ogos 2006 yang telah saya kenal pasti : Tajuk : Guru Umpama Lilin – Unsur Klise Dalam Persepsi Penulis : Tuan Sharifah Nor Riha bt Tuan Jaafar Perenggan 1 Kita tidak dapat menidakkan sifat lili, dia, pelita atau obor yang menerangi sesuatu dengan membiarkan dirinya hangus dan rentung. Kerana sifatnya yang begitu, maka kita katakan bahawa lilin (dan sebagainya itu) mengorbankan diri sendiri demi kepentingan pihak lain. Sifat yang sedemikian itu kerap disamakan dengan sifat yang ada pada golongan guru. Oleh itu, maka timbullah ungkapan “guru umpama lilin, guru umpama pelita, umpama dian, obor...” dan sebagainya. Persepsi ini sudah agak lama bersarang dalam mentaliti masyarakat umum sehingga guru dengan lilin sudah dianggap sinonim. Ungkapan itu juga sudah diterima sebagai unsur klise (lapok) sekiranya dimasukkan ke dalam baris-baris sajak. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal sifat Bahasa Arab sifat mengorbankan Bahasa Arab qurban (kata dasar : korban) disamakan Bahasa Inggeris BI : same (kata dasar : sama) Bahasa Sanskrit BS : samma guru Bahasa Sanskrit guru umpama Bahasa Sanskrit umpama persepsi Bahasa Inggeris perception mentaliti Bahasa Inggeris mentality sinonim Bahasa Inggeris synonym klise Bahasa Inggeris cliche 20
  • 21. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) Catatan : Dalam perenggan pertama, penulis telah mencondongkan perkataan klise. Klise dalam bahasa Melayu bermaksud sesuatu yang sudah lapuk atau basi. Istilah ini telah mengalami proses pinjaman dengan mengambil istilah daripada bahasa asalnya iaitu cliche dan penyesuaian dibuat pada bahagian bunyi dan ejaan. Hal ini bermakna istilah klise adalah betul dan terdapat dalam bahasa Melayu, maka penulis tidak perlu mencondongkan istilah tersebut. Perenggan 2 Walaupun lilin mempunyai pelbagai kegunaannya termasuklah dalam bidang seni seperti dalam tarian lilin dan perusahaan batik atau dalam bidang perubatan tradisional dan banyak lagi tetapi secara umumnya kita lebih kerap mengaitkan fungsinya sebagai penerang kegelapan. Guru juga demikian. Antara tugas utama seseorang guru adalah untuk menurunkan cahaya ilmunya supaya murid-murid dapat mengamalkan ilmu itu dalam kehidupan mereka sehari-hari. Dengan ilmu yang diturunkan itu, guru sebenarnya bertindak sebagai „penyuluh‟ jalan bagi muridnya menuju ke arah kehidupan yang lebih baik, berkemungkinan lebih baik daripada guru itu sendiri. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal tradisional Bahasa Inggeris tradisional fungsi Bahasa Inggeris function ilmu Bahasa Arab alm/ilmi kemungkinan Bahasa Arab mumkinun (kata dasar : mungkin) Perenggan 3 Lilin juga dalam keadaan asalnya adalah cecair yang jernih dan apabila membeku semula akan bertukar warna menjadi putih. (Kita ketepikan dahulu variasi lilin pelbagai warna pada zaman serba maju ini). Seperti lilin itu, guru sejati juga jernih hatinya dan ikhlas pula menyampaikan ilmunya, putih bersih niatnya tanpa mengharapkan ganjaran selain apa-apa yang berhak diterimanya sebagai sumber rezeki yang halal. 21
  • 22. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal variasi Bahasa Inggeris variation serba Bahasa Sanskrit sarba ikhlas Bahasa Arab ikhlas rezeki Bahasa Arab rizq halal Bahasa Arab halal Perenggan 4 Sementara itu, kebanyakan masyarakat umum sering mengaitkan sumber cahaya dengan kebaikan. Ada kaum yang merayakan „Hari Cahaya‟ sebagai tanda kejayaan kebaikan mengalahkan kejahatan atau kebijaksanaan mengalahkan kejahilan. Kebanyakan kaum di negara kita kerap dilihat menceriakan rumah mereka dengan sesuatu yang bercahaya seperti lilin atau lampu apabila menyambut sesuatu perayaan. Umat Islam pula menggunakan perkataan nur atau cahaya dalam ungkapan seperti „Nur-Ilahi‟, „Nur-ul-iman‟, „Nur-ul-yakin‟, „cahaya sakinah‟, „wajah yang bercahaya‟ dan sebagainya untuk memberi gambaran tentang kebaikan, kebesaran, dan kemurnian sehingga ramai juga nama umat Islam yang bermula dengan perkataan “Nur”. Hanya seseorang yang tidak sensitif sahaja yang akan mengasosiasikan cahaya dengan sesuatu yang bersifat negatif seperti dalam ungkapan “cahaya kejahatan” sehingga dalam kesusasteraan sekalipun, kita sukar menerima ungkapan sperti itu sebagai unsur paradoks (berlawanan)yang puitis. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal cahaya Bahasa Sanskrit cahaya kejahilan Bahasa Arab jahil (kata dasar : jahil) Islam Bahasa Arab Islam nur Bahasa Arab nur sensitif Bahasa Inggeris sensitive mengasosiasikan Bahasa Inggeris association (kata dasar : asosiasi) 22
  • 23. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) negatif Bahasa Inggeris negative kesusasteraan Bahasa Sanskrit sastra (kata dasar: sastera) paradoks Bahasa Inggeris paradoks Catatan : Berdasarkan perenggan ini, saya telah mengenal pasti kesalahan penulis dalam mencondongkan istilah-istilah seperti nur dan paradoks. Nur bermaksud cahaya dalam bahasa Melayu, manakala paradoks pula bermaksud sesuatu yang bertentangan dengan pendapat yang diterima umum. Kedua-dua istilah ini telah mengalami proses pinjaman dengan mengambil istilah asal tanpa perubahan ejaan. Maka dengan itu, kedua-dua istilah ini tidak perlu dicondongkan seperti dalam perenggan ini. Perenggan 5 Oleh itu, sifat lilin yang bercahaya itu samalah dengan sifat yang ada dengan sifat yang ada pada guru sebagai golongan yang membawa kebaikan dan penyuluh jalan kesempurnaan sama ada melalui kata-kat mahupun tingkah lakunya yang memaparkan segala macam nilai, kebaikan seperti kerajinan, bertanggungjawab, cinta akan ilmu, prihatin, penyayang, tidak mementingkan diri, rasional, bersabar, sanggup berkorban dan banyak lagi.Nilai-nilai yang diajarkan itu sama ada secara langsung atau tidak langsung diharap akan diamalkan oleh murid-muridnya sehingga jadilah mereka manusia yang baik, mulia atau sekurang-kurangnya lebih baik sedikit daripada keadaan sebelum mereka menerima ajaran dan didikan daripada seseorang guru. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal kesempurnaan Bahasa Sanskrit sampurna (kata dasar : sempurna) cinta Bahasa Sanskrit cinta rasional Bahasa Inggeris rational bersabar Bahasa Arab sabru (kata dasar : sabar) 23
  • 24. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) berkorban Bahasa Arab qurban (kata dasar : korban) diamalkan Bahasa Arab amal (kata dasar : amal) kesusasteraan Bahasa Sanskrit sastra (kata dasar: sastera) Perenggan 6 Agaknya, kerana sifat dan beberapa ciri yang terdapat pada lilin seperti yang dibicarakan itu maka kita menerima lilin, dian, pelita atau obor sebagai simbol bagi manusia yang bergelar guru. Walaubagaimanapun, terdapar juga beberapa sifat lilin itu sendiri yang bercanggah sama sekali dengan hakikat seorang guru sejati. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal simbol Bahasa Inggeris symbol manusia Bahasa Arab manusia hakikat Bahasa Arab hakiki sensitif Bahasa Inggeris sensitive Perenggan 7 Mungkin kerana menyedari akan hakikat ini, terkeluar pula kata-kata daripada sesetengah pujangga yang berbunyi, “Guru adalah lilin yang tidak kunjung padam...” Ciri-ciri hiperbola ini adalah suatu gaya perbandingan yang bersifat erlebih-lebihan atau dalam kata-kata yang kurang sedap didengar ialah “mengada-ngada”. Hal ini demikian kerana kita tahu bahawa lilin yang tidak kunjung padam sebenarnya tidak wujud. Walaubagaimanapun, kita masih tidak dapat menerima kata-kata itu sebagai elemen retorik daripada seseorang penyair yang berusaha keras untuk memberi penekanan terhadap sesuatu konsep dan dalam masa yang sama ingin mengekalkan nilai estetik dalam karyanya. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal 24
  • 25. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) mungkin Bahasa Arab mumkinun pujangga Bahasa Sanskrit pujangga hiperbola Bahasa Inggeris hyperbole gaya Bahasa Sanskrit gayya wujud Bahasa Arab wujud elemen Bahasa Inggeris element retorik Bahasa Inggeris rhetoric konsep Bahasa Inggeris concept estetik Bahasa Inggeris esthetic karya Bahasa Sanskrit karya Perenggan 8 Penulis yakin bahawa semua guru yang berpengalaman bersetuju bahawa antara sifat istimewa yang terdapat pada seseorang guru sejati itu ialah peningkatan atau pertambahan ilmu dalam dirinya sendiri setiap kali dia menurunkan ilmunya kepada orang lain. Dengan kata lain, ilmu yang ada pada seseorang guru sebenarnya tidak pernah susut walaupun setelah bertahun-tahun tercurah kepada muridnya, sebaliknya akan bertambah. Keadaan ini mungin suatu ironi, tetapi itulah hakikat ilmu yang dimiliki oleh seseorang guru sejati. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal antara Bahasa Sanskrit antara istimewa Bahasa Sanskrit istimewa ironi Bahasa Inggeris irony hakikat Bahasa Arab hakiki Perenggan 9 Sesuatu yang membakar diri seperti lilin turut memiliki sifat panas. Sekiranya disentuh nescaya seseorang itu akan binasa. Sekiranya dihampiri, akan terasalah bahang panasnya. Jika disedut asapnya pula akan berjelagalah kulit, tersedaklah dada dan 25
  • 26. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) sesaklah nafas. Lilin perlu dijauhi. Ciri-ciri demikian tidak ada guru. Sebaliknya guru yang sejati akan sentiasa didampingi oleh murid-muridnya. Guru pula harus menghampiri muridnya untuk menyelami perasaan dan memantau segala masalah yang dihadapi muridnya seterusnya membimbing dan membantu mereka. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal nescaya Bahasa Sanskrit niscaya binasa Bahasa Sanskrit binasa sentiasa Bahasa Sanskrit senantiasa masalah Bahasa Arab mas-alatuna Perenggan 10 Sekiranya api lilin „menyakiti‟ seseorang, maka lilin itu tidak akan dibenci atau dipersalahkan, sebaliknya yang terkena api akan segera berwaspada agar tidak mengulangi kesilapannya. Sebaliknya, kerap kali kita mendengar peristiwa murid berdendam, membenci dan bertindak balas terhadap guru yang „menyakiti‟ mereka, malahan ada kalanya seluruh masyarakat turut mengecam guru tanpa usul periksa selepas pihak media menyiarkan sesuatu berita yang tidak enak didengar. Perkataan/istilah Pinjaman/Serapan Istilah asal segera Bahasa Sanskrit segara berwaspada Bahasa Sanskrit waspada (kata dasar : waspada) berdendam Bahasa Sanskrit dendam (kata dasar : dendam) media Bahasa Inggeris media Berdasarkan artikel yang telah dianalisis seperti di atas, dapatlah dirumuskan bahawa penggunaan istilah pinjaman daripada bahasa Sanskrit, Arab dan Inggeris telah banyak digunakan dalam penulisan artikel ini. Seperti yang telah saya nyatakan, penulis telah membuat kesilapan dalam mencondongkan istilah-istilah seperti klise, nur, 26
  • 27. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) paradoks dan sebagainya mungkin kerana keliru sama ada istilah tersebut terdapat dalam bahasa Melayu atau tidak. 4.2 Kesimpulan Secara kesimpulannya, dapatlah dinyatakan bahawa kata atau istilah pinjaman daripada bahasa asing seperti bahasa Inggeris, bahasa Sanskrit dan bahasa Arab contohnya, telah banyak digunakan dalam penulisan artikel-artikel bahasa Melayu. Namu begitu, penggunaan ejaan, singkatan, lambang dan tatabahasa. Hal ini adalah bagi memastikan bahasa Melayu kita menggunakan bahasa Melayu dengan baik. 27
  • 28. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 5.0 ISU ATAU MASALAH YANG DIHADAPI OLEH MURID BERKAITAN DENGAN SEMANTIK 5.1 Isu atau Masalah Pembelajaran Berkaitan Semantik Semasa menjalani praktikum bermula pada 23hb Julai 2012, saya telah membuat suatu kajian ringkas terhadap murid-murid tahun 4 yang telah diambil alih oleh saya. Kajian tersebut adalah berkaitan dengan penguasaan murid-murid mengenai makna leksikal iaitu antonim. Seperti yang kita sedia maklum, antonim bermaksud pertentangan makna perkataan atau kata-kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Secara umumnya, antonim disebut sebagai perkataan berlawanan, sebagai contoh cantik lawannya hodoh, baik lawannya jahat, lelaki lawannya perempuan, panjang lawannya pendek, miskin lawannya kaya dan sebagainya. Oleh yang demikian, saya telah menjalankan satu sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bersama murid-murid Tahun 4 Intan berkaitan dengan tajuk antonim ini. Pada mulanya saya telah memberikan contoh dengan memanggil dua orang murid yang nampak jelas perbezaannya. Setelah itu, saya meminta murid-murid menyatakan perbezaan kedua-dua murid tersebut dan mereka menjawab dengan baik, sebagai contoh, tinggi dan rendah, perempuan dan lelaki, dan sebagainya. Sejurus selepas itu, saya telah menerangkan serba sedikit tentang maksud antonim memberikan pelbagai contoh-contoh antonim yang lain. Setelah saya meminta contoh-contoh antonim yang lain daripada murid-murid, apa yang perhatikan ialah murid-murid tidak dapat memberikan perkataan berlawanan kepada sesetengah perkataan. Hal ini kerana tidak semua perkataan mempunyai pertentangan makna satu lawan satu seperti contoh-contoh lain seperti kaya lawannya miskin. Oleh itu kata nafi „tidak‟ sering kali digunakan oleh murid-murid bagi menunjukkan pertentangan makna tersebut, misalnya perkataan „asli‟ lawannya „tidak asli‟ ataupun „mati‟ lawannya „tidak mati‟. Saya juga melihat murid-murid ini kekurangan kosa kata-kosa kata yang dapat membantu mereka memberikan contoh-contoh perkataan berlawanan atau antonim oleh kerana kurangnya pembacaan bahan-bahan ilmiah. Hal ini juga menyukarkan 28
  • 29. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) mereka bagi memberikan makna-makna perkataan dengan betul seterusnya memberikan perkataan berlawanan bagi perkataan-perkataan yang telah saya tanya. Bagi menguji lagi tahap penguasaan mereka dalam antonim, saya telah menyediakan sepuluh soalan kuiz dalam bentuk perkataan dan ayat dan memilih murid- murid secara rawak bagi menjawab soalan tersebut. Kebanyakkan murid-murid mampu menjawab dengan betul. Namun apabila saya meningkatkan aras soalan daripada perkataan kepada bentuk ayat yang sedikit susah, mereka tidak mampu untukmencari jawapan yang betul. Setelah melaksanakan kuiz tersebut, maka saya telah mengambil keputusan untuk menjalankan satu aktiviti permainan bahasa iaitu teka silang kata. Apa yang saya perhatikan murid-murid sangat seronok menjalankan aktiviti tersebut dan ini dapat membantu mereka meningkatkan penguasaan dalam antonim. Sejurus itu, saya telah memberikan lembaran kerja tentang antonim kepada murid-murid. Saya juga meminta mereka merujuk kepada kamus dan menambahkan bahan bacaan bagi memudahkan mereka menjawab soalan dan lembaran kerja yang telah berikan. Konklusinya, bagi mengatasi masalah pembelajaran dalam antonim ini, sebagai guru, kita perlu memastikan penyampaian pembelajaran jelas dan terang beserta contoh-contoh yang banyak. Penggunaan kata nafi “tidak” oleh murid-murid perlukan diberi teguran dan guru perlu memberi contoh yang lain supaya murid-murid tidak lagi akan menggunakan kata nafi tersebut. Kepelbagaian aktiviti dan latihan juga perlu dijalankan bagi mereka menguasai sepenuhnya topik ini selain mereka seronok dalam menjalani pembelajaran dan pengajaran. 29
  • 30. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 5.2 Prosedur Pelaksanaan Pada sesi pengajaran dan pembelajaran tentang antonim, saya telah menyediakan langkah demi langkah bagi memastikan murid-murid dapat menguasai antonim dengan baik. Pada sesi tersebut, saya telah memilih tajuk “Bumi Tercemar” untuk diajar kepada murid-murid. Seperti biasa, aktiviti pembacaan teks petikan telah saya jalankan pada awal pembelajaran dan pengajaran. Dalam petikan teks tersebut terdapat perkataan yang telah saya warnakan dan murid-murid diminta membacakan teks dan perkataan tersebut dengan sebutan dan intonasi yang betul. Setelah itu, murid-murid diminta untuk menjawab soalan pemahaman secara lisan dengan bermain satu permainan “Roda Impian” untuk menguji pemahaman mereka terhadap isi pelajaran. Selepas itu, saya beralih kepada aktiviti kumpulan membina dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan tajuk. Sejurus setelah membentangkan hasil kerja secara berkumpulan tersebut, saya meminta murid-murid merujuk kepada perkataan-perkataan yang berwarna merah yang terdapat dalam petikan teks yang telah diberikan pada awal pembelajaran. Saya meminta mereka menyebut dengan kuat perkataan tersebut dan saya menerangkan bahawa perkataan-perkataan tersebut mempunyai kata berlawanan yang disebut sebagai antonim. Bagi menjelaskan tentang antonim ini, saya memanggil dua orang murid lelaki dan perempuan ke hadapan. Saya meminta murid-murid lain menyatakan perbezaan yang paling jelas yang terdapat kedua-dua murid ini. Murid-murid dapat memberikan perbezaan dengan betul dan baik. Setelah itu, saya terus memulakan penerangan ringkas tentang antonim dan meminta mereka menyatakan perkataan berlawanan bagi perkataan yang berwarna di dalam petikan teks. Saya juga meminta murid-murid memberikan contoh-contoh perkataan yang lain dan secara sumbang saran saya membantu mereka mendapatkan jawapan bagi perkataan-perkataan tersebut. Setelah itu, saya menjalankan aktiviti permainan kuiz dengan menyediakan 10 soalan perkataan dan ayat yang berkaitan dengan antonim. Murid-murid dipilih secara 30
  • 31. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) rawak untuk menjawab soalan kuiz tersebut. Murid-murid yang dapat menjawab soalan tersebut dengan betul diberikan ganjaran pujian dan gula-gula. Bagi meningkatkan tahap penguasaan murid-murid terhadap antonim, saya menyediakan permainan teka silang kata. Saya telah mengehadkan masa untuk melengkapkan teka silang kata tersebut dan saya memaparkan teka silang kata tersebut di papan layar. Setelah mereka menyiapkannya, saya meminta murid-murid untuk menulis perkataan yang dilengkapkan dalam teka silang kata di papan putih. Apa yang saya perhatikan murid-murid sangat seronok menjalankan aktiviti tersebut. Bagi mengukuhkan pemahaman dan menambahkan kosa kata murid-murid, saya meminta murid-murid menyiapkan lembaran kerja dan latihan-latihan yang telah saya sediakan untuk mereka. Saya juga meminta murid-murid merujuk kamus dan bahan-bahan bacaan ilmiah yang lain supaya mereka dapat memperbanyakkan kosa kata dan seterusnya dapat menjawab soalan-soalan yang telah diberikan. 5.3 Laporan Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran (P&P) Pengajaran dan pembelajaran dapat dijalankan dengan baik dan lancar. Dalam pengajaran dan pembelajaran kali kedua ini, setelah menganalisis masalah mereka dalam mengenai pemahaman terhadap topik antonim ini, saya dapati hampir 90 peratus murid-murid 4 Intan berjaya menguasai pengajaran. Hal ini kerana, saya telah menggunakan pendekatan yang lebih mudah dan sesuai mengikut tahap mereka memandang murid-murid saya berada pada tahap yang sederhana. Pada pengajaran kali kedua ini juga, saya telah memberikan bentuk latihan yang sama kepada murid-murid tetapi dilaksanakan dengan kaedah yang berbeza iaitu dalam bentuk teka silang kata. Dengan aktiviti tersebut, murid-murid lebih seronok dan memahami isi pelajaran tentang antonim. Penggunaan pelbagai bahan bantu mengajar juga dapat membantu penguasaan murid dalam topik ini. Oleh sebab murid-murid mudah memahami isi pelajaran, saya tidak mengalami masalah dalam pengurusan masa seperti dalam pengajaran pada kali pertama. 31
  • 32. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) Kaedah yang saya gunakan ini juga dapat menarik minat murid-murid di samping dapat mewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Oleh yang demikian, mereka tidak merasa bosan dan objektif juga dapat dicapai dengan mudah. Namun begitu, terdapat sebilangan murid yang masih belum mampu menguasai topik ini. Walaubagaimanapun, saya telah memberi latihan pengukuhan dalam bentuk soalan objektif supaya mereka dapat meningkatkan pemahaman dalam isi pelajaran. Saya juga telah meminta mereka untuk merujuk kamus dan membaca pelbagai bahan bacaan bagi menambahkan kosa kata mereka. Hal ini dapat membantu mereka menjawab soalan antonim dengan mudah dan baik. 32
  • 33. SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU (BMM3111) 6.0 RUMUSAN Semantik merupakan kajian makna istilah. Perkataan ini berasal daripada perkataan Greek "semantikos" yang membawa maksud "erti yang penting". Berbeza dengan sintaksis, semantik merujuk kepada makna perkataan, manakala sintaksis pula merujuk kepada struktur ataupun pola yang formal bagi penyataannya, contohnya secara bertulis ataupun bertutur. Makna tidak mungkin dapat dikaji secara formal atau secara terasing daripada konteks atau teks. Keadaan ini berlaku kerana ada makna yang tersurat dan tersirat. Ahli falsafah dan ahli bahasa lebih menitik beratkan tentang hubungan makna-makna perkataan. Persoalan ini nampaknya lebih mudah diterangkan dengan menggunakan rujukan. Makna juga sebahagian besarnya (atau keseluruhannya) adalah berkenaan hubungan antara bahasa dengan dunia bahasa. Dunia bahasa ini bermaksud konteks yang melayari satu-satu unsur linguistik itu dituturkan. Semantik merupakan suatu bidang yang sangat penting dan perlu dikuasa oleh semua guru supaya pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan semaksimum yang mungkin. Hal ini berhubung rapat dengan fungsi Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan yang merupakan indikator utama dalam pengajaran. Kesimpulannya, bidang semantik perlu dikuasai dengan baik supaya fungsi bahasa dapat dilihat dengan jelas. Makna sesuatu perkataan dapat difahami dengan lebih jelas dan terperinci mengikut konteks sesuatu ayat. Oleh itu, dengan terhasilnya kerja kursus ini dapatlah kita mengetahui tentang aspek makna sesuatu ayat yang diujarkan atau digunakan oleh manusia. 33