SlideShare a Scribd company logo
1 of 8
Download to read offline
BAB SATU: PENGENALAN

APAKAH KOMPUTER?


Komputer adalah satu mesin elektronik yang dapat menyimpan dan memproses data kepada
maklumat yang dilaksanakan oleh satu siri arahan yang dipanggil program aturcara yang
disimpan di dalam ruang ingatannya di mana komputer menerima data (input),
memanipulasinya mengikut aturan yang ditetapkan (proses), menghasilkan keputusan
(output) dan menyimpan keputusan atau hasil tersebut untuk kegunaan di masa akan datang
dengan cepat dan tepat.


Perwakilan Data


Sebelum memahami cara komputer memproses data, adalah perlu untuk memahami
bagaimana data diwakilkan di dalam komputer: Manusia berinteraksi menggunakan perkataan
dan ayat setiap kali bercakap. Pertuturan manusia adalah analog, bermakna ia menggunakan
isyarat berterusan untuk mewakilkan data dan maklumat. Manakala komputer pula adalah
digital , iaitu ia hanya memahami dua keadaan sahaja iaitu samada ada arus (on) atau tiada
arus (off).


    Ini adalah disebabkan komputer yang terdiri daripada komponen-komponen elektrik yang
dijanakan oleh kuasa elektrik yang hanya berfungsi di dalam dua keadaan tersebut. Dua
keadaan ini diwakilkan oleh nombor 1 bagi ada arus clan 0 bagi tiada arus. Kita mengira
dengan menggunakan digit 0 hingga 9 yang dipanggil sistem persepuluban. Disebabkan
komputer hanya mengenali 2 digit sahaja; 1 dan 0, maka sistem nombor ini dipanggil sistem
perduaan atau iebih dikenali sebagai sistem binari (binary system).


    Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit (kependekan untuk binary digit) dan merupakan
unit terkecil untuk data yang diwakilkan oleh komputer. Satu bit sebenarnya tidak membawa
apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit dikenali sebagai bait (byte) dan boleh mewakilkan
banyak data atau pun maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1
Pengenalan

bait boleh mewakili sehingga 256 aksara berbeza tennasuk nombor, huruf besar, huruf kecil
dan simbolsimbol tertentu. Kombinasi beberapa 0 dan 1 ini dipanggil Skema Pengekodan.


Sistem Pengekodan


Dua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII, (American Standard Code
for Information Interchange), yang digunakan di dalam komputer peribadi dan minikomputer;
dan EBCDIC, (Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) yang digunakan di dalam
komputer kerangka utama.

                    Simbol @                                  Simbol @
  EBCDIC                           ASCII       EBCDIC                          ASCII
                     Aksara                                    Aksara
 11110000              0         00110000      11001111          N           01001110
 11110001              1         00110001      11010000          O           01001111
 11110010              2         00110010      11010001          P           01010000
 11110011              3         00110011      11010010          Q           01010001
 11110100              4         00110100      11010011          R           01010010
 11110101              5         00110101      11010100          S           01010011
 11110110              6         00110110      11010101          T           01010100
 11110111              7         00110111      11010110          U           01010101
 11111000              8         00111000      11010111          V           01010110
 11111001              9         00111001      11011000          W           01010111
 11000010              A         01000001      11011001          X           01011000
 11000011              B         01000010      11011010          Y           01011001
 11000100              C         01000011      11011011          Z           01011010
 11000101              D         01000100      01011010          !           00100001
 11000110              E         01000101      01111111          “           00100010
 11000111              F         01000110      01111011          #           00100011
 11001000              G         01000111      01011011          $           00100100
 11001001              H         01001000      01101100          %           00100101
 11001010              I         01001001      01010000          &           00100110
 11001011              J         01001010      01001101          (           00100111
 11001100              K         01001011      01011101          )           00101000
 11001101              L         01001100      01011100          *           00101001
 11001110              M         01001101      01001110          +           00101010

                    Dua skema pengekodan yang popular; EBCDIC danASCI1


Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman; iaitu A
hingga Z dan nombor 0 hingga 9. la tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain seperti
bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun. Cara mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan
satu lagi skema pengekodan yang dipanggil UNICODE. Kehadiran skema ini membolehkan


Mohd Farid Jaafar                                                                       2
JSM, FSKTM, UPM
Pengenalan

anda menggunakan bahasa Arab iaitu dengan menggunakan huruf-huruf Arab di dalam perisian
pemprosesan perkataan anda.




PERKAKASAN


Perkakasan komputer adalah peranti komputer yang kelihatan secara fizikal. Ia membentuk
sebuah sistem komputer. Secara asasnya, komputer mempunyai 4 komponen yang berikut:


   Peranti Input - menerima data dan menghantar data ke CPU.
    Contoh: Papan kekunci, tetikus, kamera, pengimbas, mikrofon, light pen, joystick,
    trackball dan pembaca kod bar. Peranti input seolah-olah menterjemah arahan pengguna
    kepada bahasa yang difahami oleh komputer.


   Peranti Pemprosesan - Unit pemproses adalah satu set litar elektronik yang melaksanakan
    arahan-arahan dan memproses data. Peranti yang ditempatkan di dalam sistem unit komputer
    ini, adalah pusat kawalan untuk keseluruhan sistem komputer, ia adalah seolah-olah otak
    kepada komputer. Peranti pemproses menerima dan menyimpan data dan arahan daripada
    peranti input, tnemprosesnya dan menghantar keputusan atau hasil ke peranti output.
    Peranti ini terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan Unit Storan Utama
    (main memory).


CPU


Juga dikenali sebagai pemproses (processor) merupakan satu peranti yang menterjemah dan
melaksanakan arahan-arahan pengoperasian komputer. la terdiri daripada satu unit kawalan
(control unit) dan satu unit arithmetik logik (arithmetic logic unit. ALU). Unit kawalan dan
unit arithmetik logik adalah sebenarya koleksi litar elektronik yang kompleks di mana ia
mengandungi beribu-ribu transistor yang dipasang di atas litar bersepadu. Litar bersepadu
yang diukir di atas cip silikon ini dipanggil pemproses mikro (mikroprocessor).




Mohd Farid Jaafar                                                                         3
JSM, FSKTM, UPM
Pengenalan

Unit Kawalan


Unit kawalan adalah peranti yang tidak melaksanakan arahan. Sebaliknva ia mengawal dan
menyelaras aktiviti sistem komputer mengikut arahan yang diterima terutama untuk
mengarah pergerakan data di antara ingatan utama dan ALU.


ALU


Melaksanakan opearasi arithmetik dan perbandingan logikal, dan mengawal kelajuan operasi.
Operasi arithmetik yang dimaksudkan ialah operasi tambah (+), tolak (-), darab (*) dan
bahagi (/). Operasi perbandingan logikal pula adalah operasi perbandingan di antara 2
data. Enam operasi perbandingan logikal ialah lebih besar (>), lebih kecil (<), sama dengan
(=), lebih besar atau sama dengan (>=), lebih kecil atau sama dengan (<=) dan tidak
sama dengan (<>). Di samping 6 operasi ini terdapat 3 operasi tambahan iaitu AND, NOT
dan OR.


Storan Utama


Lebih dikenali sebagai RAM, (Random Access Memory) atau pun Unit Capaian Rawak,
adalah kawasan simpanan sementara untuk data dan arahan yang diperlukan oleh CPU untuk
aturcara yang sedang diproses dan untuk pengendalian keseluruhan sistem komputer.


   Peranti Output - mempamerkan segala maklumat dan keputusan yang dihasilkan
    daripada CPU. Kebiasaannya, output yang dihasilkan berbentuk paparan skrin, kertas,
    mikrofilem dan suara. Contoh : Monitor, pencetak, plotter, pembesar suara dan video.


   Peranti Storan - menyimpan data untuk tujuan storan agar boleh dicapai untuk kegunaan
    seterusnya. la juga dikenali sebagai storan sekunder (secondary storage) yang
    menyimpan data, arahan dan maklumat lebih kekal berbanding dengan storan utama. la
    juga bertindak sebagai peranti input kepada storan utama. Ini adalah kerana sebelum
    sebarang proses berlaku, data dan arahan perlu ditempatkan terlebih dahulu di dalam
    storan utama. Contoh : Cakera keras, cakera lembut, pita magnetik dan cakera optikal.




Mohd Farid Jaafar                                                                           4
JSM, FSKTM, UPM
Pengenalan

    Dengan adanya teknologi komunikasi, komponen komunikasi telah ditambah bagi
memudahkan pengguna untuk mencapai maklumat dan berhubung dengan dunia luar melalui
Internet. Contoh:Modem dan fax modem.



PERISIAN


Merupakan aturcara yang mengandungi beberapa siri arahan yang memberitahu perkakasan, perkara-
perkara yang harus dilaksanakan. Sebagai contoh, sebahagian aturcara di dalam perisian akan
membenarkan anda membuat kemasukan data melalui papan kekunci dan menyimpannya di dalam
ruang ingatan. Manakala sebahagian aturcara lain dalam perisian ini akan membuat proses pengiraan
di dalam ruang ingatan seperti proses penambahan beberapa siri nombor untuk mengira jurnlahnya.
Sebelum sesuatu aturcara dapat dijalankan, arahan-arahan yang terdapat di dalam aturcara itu mestilah
ditempatkan di dalam ingatan utama komputer (main memory) terlebih dahulu.


    Perisian terbahagi kepada 2 jenis iaitu perisian sistem (system software) dan perisian aplikasi
(application system). Perisian sistem terdiri daripada aturcara yang mengawal operasi-operasi
komputer dan perkakasannya. la juga bertindak sebagai perantara di antara pengguna dan peranti. Dua
jenis perisian sistem ialah sistem pengoperasian (operating system) dan aturcara utiliti (utility
program). Editor teks dan penterjemah bahasa adalah antara contoh lain perisian sistem. Perisian
aplikasi pula adalah perisian yang direka untuk melakukan tugas-tugas tertentu pengguna. Antara
perisian aplikasi yang terkenal ialah perisian pemprosesan perkataan (word processing application).
perisian pangkalan data (database application) an pelayar internet (web browser).




PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC


Apakah Visual Basic?


Terdapat banyak bahasa pengaturcaraan yang direka bagi menyelesaikan pelbagai masalah. Bahasa
pengaturcaraan ini boleh dikhaskan kepada bahasa mesin, bahasa perhimpunan dan bahasa
paras tinggi.




Mohd Farid Jaafar                                                                                  5
JSM, FSKTM, UPM
Pengenalan

    Bahasa mesin ini melibatkan penggunaan arahan bahasa pengaturcaraan - yang berbentuk digit
binari (0 dan 1). Ia merupakan bahasa asal sesebuah komputer. Aturcara yang ditulis di dalam
bahasa ini tidak perlu diterjemahkan dan sedia untuk dilaksanakan. Ini kerana arahan-arahannya
telah difahami oleh komputer. Kelemahan bahasa ini ialah susah dipelajari kerana menggunakan
kod 0 dan 1. Oleh itu aturcara akan menjadi panjang walaupun untuk menyelesaikan masalah yang
mudah. Bahasa ini juga hanya boleh dilarikan pada komputer yang dikhaskan sahaja. Contoh:


    Bahasa perhimpunan adalah lebih mudah difahami oleh pengaturcara dalam membuat
penulisan aturcara. Aturcara yang ditulis dalam bahasa perhimpunan ini tidak boleh diproses secara
terus oleh komputer kerana ianya memerlukan penterjemah bahasa yang dipanggil penghimpun
untuk menukarkan aturcara kepada kod mesin bagi tujuan perlaksanaan. Aturcara masih lagi
panjang kerana masih lagi berkait dengan arahan bahasa mesin. Contoh:


    Bahasa paras tinggi direka bagi memudahkan pengaturcaraan kerana mirip bahasa
lnggeris dan mempunyai struktur bahasa yang senang difahami. Bahasa ini senang dipelajan,
namun masih perlu diterjemahkan yang dipanggil pengkompil (compiler) kepada bahasa mesin
sebelum boleh dilaksanakan. Aturcara boleh dilarikan dari mana-mana komputer. Contohnya
BASIC (Beginners All-purpose Symbolic Instruction Code), C, COBOL (Common Business
Oriented Language), FORTRAN (FORmul T'RANslation), Ada dan Pascal.


    Visual Basic adalah dibangunkan daripada BASIC. lanya menggunakan pendekatan yang
berbeza daripada pendekatan prosedur, iaitu menggunakan pendekatan Pengaturcaraan
Berorientasikan Objek (Object Oriented Programming) dan Pengaturcaraan Event-Driven.


Pengaturacaraan Visual Basic melibatkan penggunaan object. Object ini terdiri daripada
Properties dan Method.


Object:         Merupakan benda atau kata benda seperti Form dan Control. Form adalah
                tetingkap (windows) dan kotak dialog yang terpapar pada skrin komputer.
                Control adalah elemen-elemen yang berada di dalam Form seperti kotak teks,
                butang arahan dan kotak senarai.


Properties:     Menerangkan ciri-ciri bagi Object seperti warm, saiz, lokasi, nama dan
                sebagainya. Contohnya Forml.Caption


Mohd Farid Jaafar                                                                               6
JSM, FSKTM, UPM
Pengenalan

Methods:           Methods mewakili tindakan yang akan dilaksanakan oleh object. lanya
                   menggunakan perkataan yang dikhaskan oleh OOP seperti Move, Print, Resize
                   dan Clear. Contohnva Forml.Print


Pengaturcaraan Event-Drive mengandungi kebanyakan (tetapi tidak semua) elemen yang terdapat di
dalam Pengaturcaraan Berorientasi Objek (OOP). Pendekatan ini membolehkan pengguna hanya
perlu menekan butang arahan untuk melaksanakan arahan yang dikehendaki. Tindakan pengguna ini
akan menyebabkan event berlaku. yang mana dilakukan oleh aturcara Basic yang ditulis. Sebagai
contoh, pengguna menekan butang arahan yang berlabelkan KIRA. Proses klik butang ini akan
menyebabkan event Click berlaku, di mana secara automatik prosedur yang melaksanakan proses
pengiraan akan dipanggil bagi melaksanakan tugas pengiraan.

    Pembangunan VB adalah secara berperingkat-peringkat iaitu bermula daripada versi 1.0 pada
1991, versi 2.0 pada 1992, versi 3.0 pada 1993, versi 4.0 pads 1995, versi 5.0 pada 1997, versi 6.0
pada 1998 dan versi VB .Net pada 2003. Visual Basic 6.0 mempunyai 4 edisi iaitu Learning.
Professional, Enterprise dan Working Model. Edisi Professional dan Enterprise sesuai bagi
pembangunan aplikasi profesional dan kompleks contohnya yang melibatkan pengurusan pangkalan
data yang besar.


    Visual Basic adalah antara bahasa pengaturcaraan yang paling mudah dan menarik kerana ianya
bersifat mesra-pengguna dan kelihatan seperti persekitaran Windows. Microsoft Windows
menggunakan Graphical User Interface (GUI).


Persekitaran Visual Basic


Persekitaran Visual Basic adalah tempat di mana anda akan membina dan menguji program.
Sebelum memulakan projek pengaturcaraan, perkara yang asas perlu dilakukan ialah
melarikan perisian Visual Basic.


    Kotak Dialog akan keluar dan anda boleh memilih sama ada ingin memulakan projek yang
baru atau membuka projek yang telah sedia ada atau projek yang terkini.




Mohd Farid Jaafar                                                                                7
JSM, FSKTM, UPM
Pengenalan

Form Window - tempat bagi mereka bentuk antara muka. Bagi projek yang baru, Visual Basic
akan menetapkan nama form sebagai FORMI, dan ianya adal default. Anda boieh
menukarkannya kepada nama yang lain apabila projek disimpan.


Project Explorer Window - akan memaparkan nama-nama fail yang disimpan di dalam projek.
Bar tajuk memegang nama fail .vbp. Project1 adalah nama default yang diberi oleh Visual
Basic selagi anda tidak menukarkannya dengan nama yang lain.


Properties Window - digunakan untuk set properties bagi objek.


Form Layout Window - kedudukan form di dalam Form Layout menunjukan kedudukan
form semasa projek dilarikan.


Toolbox - mengandungi tools yang digunakan untuk menempatkan objek di dalam form.


Toolbar - butang arahan ini adalah sama fungsinya seperti arahan yang terdapat pada menu.


Design Time, Run Time dan Break Time - semasa mereka bentuk antara muka dan menulis
kod ia dipanggil Design Time. Semasa pengujian dijalankan atau projek dilarikan, ia
dipanggil Run Time. Sekiranva anda mendapat ralat (error) semasa Run Time atau projek
diberhentikan (pause) semasa dilarikan, anda berada di Break Time.




Mohd Farid Jaafar                                                                       8
JSM, FSKTM, UPM

More Related Content

Similar to Bab1

Konverter heksadesimal-ke-biner
Konverter heksadesimal-ke-binerKonverter heksadesimal-ke-biner
Konverter heksadesimal-ke-binerAzizah Sanabill
 
Trafic light program bascom avr
Trafic light program bascom avrTrafic light program bascom avr
Trafic light program bascom avrArisKurniawan49
 
Komponen pada handphone fungsi fungsinya
Komponen pada handphone fungsi fungsinyaKomponen pada handphone fungsi fungsinya
Komponen pada handphone fungsi fungsinyakits supplies
 
M I C R O C O N T R O L L E R 2009new
M I C R O C O N T R O L L E R 2009newM I C R O C O N T R O L L E R 2009new
M I C R O C O N T R O L L E R 2009newDeddy Susilo
 
alat pencampur minuman berbasis PLC
alat pencampur minuman berbasis PLCalat pencampur minuman berbasis PLC
alat pencampur minuman berbasis PLC5223127190
 
Pengantar teknologi informasi
Pengantar teknologi informasiPengantar teknologi informasi
Pengantar teknologi informasifarizky berian
 
Analisis sistem kriptografi dalam mengamankan data pesan dengan metode one ti...
Analisis sistem kriptografi dalam mengamankan data pesan dengan metode one ti...Analisis sistem kriptografi dalam mengamankan data pesan dengan metode one ti...
Analisis sistem kriptografi dalam mengamankan data pesan dengan metode one ti...OskahDakhi
 
72681707 jam-digital-at-mega-16
72681707 jam-digital-at-mega-1672681707 jam-digital-at-mega-16
72681707 jam-digital-at-mega-16Satria Speed
 
Pengantar sistem teknologi informasi (tugas 1)
Pengantar sistem teknologi informasi (tugas 1)Pengantar sistem teknologi informasi (tugas 1)
Pengantar sistem teknologi informasi (tugas 1)Yudi WindyatmiKabilly
 
04. pti perangkat keras; cpu dan alat penyimpan
04. pti   perangkat keras; cpu dan alat penyimpan04. pti   perangkat keras; cpu dan alat penyimpan
04. pti perangkat keras; cpu dan alat penyimpanHerii Disubang
 
04. pti perangkat keras; cpu dan alat penyimpan
04. pti   perangkat keras; cpu dan alat penyimpan04. pti   perangkat keras; cpu dan alat penyimpan
04. pti perangkat keras; cpu dan alat penyimpanHerii Disubang
 

Similar to Bab1 (20)

Tugas b log
Tugas b logTugas b log
Tugas b log
 
Trafic light[1]
Trafic light[1]Trafic light[1]
Trafic light[1]
 
Pemrograman SAP - 1
Pemrograman SAP - 1Pemrograman SAP - 1
Pemrograman SAP - 1
 
16. representasi data 4
16. representasi data 4 16. representasi data 4
16. representasi data 4
 
Konverter heksadesimal-ke-biner
Konverter heksadesimal-ke-binerKonverter heksadesimal-ke-biner
Konverter heksadesimal-ke-biner
 
Trafic light program bascom avr
Trafic light program bascom avrTrafic light program bascom avr
Trafic light program bascom avr
 
Komponen pada handphone fungsi fungsinya
Komponen pada handphone fungsi fungsinyaKomponen pada handphone fungsi fungsinya
Komponen pada handphone fungsi fungsinya
 
Pemrograman sap 1
Pemrograman sap 1Pemrograman sap 1
Pemrograman sap 1
 
M I C R O C O N T R O L L E R 2009new
M I C R O C O N T R O L L E R 2009newM I C R O C O N T R O L L E R 2009new
M I C R O C O N T R O L L E R 2009new
 
alat pencampur minuman berbasis PLC
alat pencampur minuman berbasis PLCalat pencampur minuman berbasis PLC
alat pencampur minuman berbasis PLC
 
Evolusi dan Kinerja Komputer
Evolusi dan Kinerja KomputerEvolusi dan Kinerja Komputer
Evolusi dan Kinerja Komputer
 
Materi4 processing hw
Materi4 processing hwMateri4 processing hw
Materi4 processing hw
 
Pengantar teknologi informasi
Pengantar teknologi informasiPengantar teknologi informasi
Pengantar teknologi informasi
 
Plc omron
Plc omronPlc omron
Plc omron
 
Analisis sistem kriptografi dalam mengamankan data pesan dengan metode one ti...
Analisis sistem kriptografi dalam mengamankan data pesan dengan metode one ti...Analisis sistem kriptografi dalam mengamankan data pesan dengan metode one ti...
Analisis sistem kriptografi dalam mengamankan data pesan dengan metode one ti...
 
Pde bab 5
Pde bab 5Pde bab 5
Pde bab 5
 
72681707 jam-digital-at-mega-16
72681707 jam-digital-at-mega-1672681707 jam-digital-at-mega-16
72681707 jam-digital-at-mega-16
 
Pengantar sistem teknologi informasi (tugas 1)
Pengantar sistem teknologi informasi (tugas 1)Pengantar sistem teknologi informasi (tugas 1)
Pengantar sistem teknologi informasi (tugas 1)
 
04. pti perangkat keras; cpu dan alat penyimpan
04. pti   perangkat keras; cpu dan alat penyimpan04. pti   perangkat keras; cpu dan alat penyimpan
04. pti perangkat keras; cpu dan alat penyimpan
 
04. pti perangkat keras; cpu dan alat penyimpan
04. pti   perangkat keras; cpu dan alat penyimpan04. pti   perangkat keras; cpu dan alat penyimpan
04. pti perangkat keras; cpu dan alat penyimpan
 

Bab1

  • 1. BAB SATU: PENGENALAN APAKAH KOMPUTER? Komputer adalah satu mesin elektronik yang dapat menyimpan dan memproses data kepada maklumat yang dilaksanakan oleh satu siri arahan yang dipanggil program aturcara yang disimpan di dalam ruang ingatannya di mana komputer menerima data (input), memanipulasinya mengikut aturan yang ditetapkan (proses), menghasilkan keputusan (output) dan menyimpan keputusan atau hasil tersebut untuk kegunaan di masa akan datang dengan cepat dan tepat. Perwakilan Data Sebelum memahami cara komputer memproses data, adalah perlu untuk memahami bagaimana data diwakilkan di dalam komputer: Manusia berinteraksi menggunakan perkataan dan ayat setiap kali bercakap. Pertuturan manusia adalah analog, bermakna ia menggunakan isyarat berterusan untuk mewakilkan data dan maklumat. Manakala komputer pula adalah digital , iaitu ia hanya memahami dua keadaan sahaja iaitu samada ada arus (on) atau tiada arus (off). Ini adalah disebabkan komputer yang terdiri daripada komponen-komponen elektrik yang dijanakan oleh kuasa elektrik yang hanya berfungsi di dalam dua keadaan tersebut. Dua keadaan ini diwakilkan oleh nombor 1 bagi ada arus clan 0 bagi tiada arus. Kita mengira dengan menggunakan digit 0 hingga 9 yang dipanggil sistem persepuluban. Disebabkan komputer hanya mengenali 2 digit sahaja; 1 dan 0, maka sistem nombor ini dipanggil sistem perduaan atau iebih dikenali sebagai sistem binari (binary system). Setiap digit 1 dan 0 dikenali sebagai bit (kependekan untuk binary digit) dan merupakan unit terkecil untuk data yang diwakilkan oleh komputer. Satu bit sebenarnya tidak membawa apa-apa makna, namun kombinasi 8 bit dikenali sebagai bait (byte) dan boleh mewakilkan banyak data atau pun maklumat. Ini disebabkan gabungan 0 dan 1 yang berbeza di dalam 1
  • 2. Pengenalan bait boleh mewakili sehingga 256 aksara berbeza tennasuk nombor, huruf besar, huruf kecil dan simbolsimbol tertentu. Kombinasi beberapa 0 dan 1 ini dipanggil Skema Pengekodan. Sistem Pengekodan Dua sistem pengekodan yang paling banyak digunakan ialah ASCII, (American Standard Code for Information Interchange), yang digunakan di dalam komputer peribadi dan minikomputer; dan EBCDIC, (Extended Binary Coded Decimal Interchange Code) yang digunakan di dalam komputer kerangka utama. Simbol @ Simbol @ EBCDIC ASCII EBCDIC ASCII Aksara Aksara 11110000 0 00110000 11001111 N 01001110 11110001 1 00110001 11010000 O 01001111 11110010 2 00110010 11010001 P 01010000 11110011 3 00110011 11010010 Q 01010001 11110100 4 00110100 11010011 R 01010010 11110101 5 00110101 11010100 S 01010011 11110110 6 00110110 11010101 T 01010100 11110111 7 00110111 11010110 U 01010101 11111000 8 00111000 11010111 V 01010110 11111001 9 00111001 11011000 W 01010111 11000010 A 01000001 11011001 X 01011000 11000011 B 01000010 11011010 Y 01011001 11000100 C 01000011 11011011 Z 01011010 11000101 D 01000100 01011010 ! 00100001 11000110 E 01000101 01111111 “ 00100010 11000111 F 01000110 01111011 # 00100011 11001000 G 01000111 01011011 $ 00100100 11001001 H 01001000 01101100 % 00100101 11001010 I 01001001 01010000 & 00100110 11001011 J 01001010 01001101 ( 00100111 11001100 K 01001011 01011101 ) 00101000 11001101 L 01001100 01011100 * 00101001 11001110 M 01001101 01001110 + 00101010 Dua skema pengekodan yang popular; EBCDIC danASCI1 Kedua-dua skema ini hanya boleh digunakan untuk mewakili huruf-huruf Roman; iaitu A hingga Z dan nombor 0 hingga 9. la tidak dapat mewakili huruf-huruf bahasa lain seperti bahasa Arab, Cina, Tamil dan Jepun. Cara mengatasi masalah ini adalah dengan menggunakan satu lagi skema pengekodan yang dipanggil UNICODE. Kehadiran skema ini membolehkan Mohd Farid Jaafar 2 JSM, FSKTM, UPM
  • 3. Pengenalan anda menggunakan bahasa Arab iaitu dengan menggunakan huruf-huruf Arab di dalam perisian pemprosesan perkataan anda. PERKAKASAN Perkakasan komputer adalah peranti komputer yang kelihatan secara fizikal. Ia membentuk sebuah sistem komputer. Secara asasnya, komputer mempunyai 4 komponen yang berikut:  Peranti Input - menerima data dan menghantar data ke CPU. Contoh: Papan kekunci, tetikus, kamera, pengimbas, mikrofon, light pen, joystick, trackball dan pembaca kod bar. Peranti input seolah-olah menterjemah arahan pengguna kepada bahasa yang difahami oleh komputer.  Peranti Pemprosesan - Unit pemproses adalah satu set litar elektronik yang melaksanakan arahan-arahan dan memproses data. Peranti yang ditempatkan di dalam sistem unit komputer ini, adalah pusat kawalan untuk keseluruhan sistem komputer, ia adalah seolah-olah otak kepada komputer. Peranti pemproses menerima dan menyimpan data dan arahan daripada peranti input, tnemprosesnya dan menghantar keputusan atau hasil ke peranti output. Peranti ini terdiri daripada Unit Pemprosesan Pusat (CPU) dan Unit Storan Utama (main memory). CPU Juga dikenali sebagai pemproses (processor) merupakan satu peranti yang menterjemah dan melaksanakan arahan-arahan pengoperasian komputer. la terdiri daripada satu unit kawalan (control unit) dan satu unit arithmetik logik (arithmetic logic unit. ALU). Unit kawalan dan unit arithmetik logik adalah sebenarya koleksi litar elektronik yang kompleks di mana ia mengandungi beribu-ribu transistor yang dipasang di atas litar bersepadu. Litar bersepadu yang diukir di atas cip silikon ini dipanggil pemproses mikro (mikroprocessor). Mohd Farid Jaafar 3 JSM, FSKTM, UPM
  • 4. Pengenalan Unit Kawalan Unit kawalan adalah peranti yang tidak melaksanakan arahan. Sebaliknva ia mengawal dan menyelaras aktiviti sistem komputer mengikut arahan yang diterima terutama untuk mengarah pergerakan data di antara ingatan utama dan ALU. ALU Melaksanakan opearasi arithmetik dan perbandingan logikal, dan mengawal kelajuan operasi. Operasi arithmetik yang dimaksudkan ialah operasi tambah (+), tolak (-), darab (*) dan bahagi (/). Operasi perbandingan logikal pula adalah operasi perbandingan di antara 2 data. Enam operasi perbandingan logikal ialah lebih besar (>), lebih kecil (<), sama dengan (=), lebih besar atau sama dengan (>=), lebih kecil atau sama dengan (<=) dan tidak sama dengan (<>). Di samping 6 operasi ini terdapat 3 operasi tambahan iaitu AND, NOT dan OR. Storan Utama Lebih dikenali sebagai RAM, (Random Access Memory) atau pun Unit Capaian Rawak, adalah kawasan simpanan sementara untuk data dan arahan yang diperlukan oleh CPU untuk aturcara yang sedang diproses dan untuk pengendalian keseluruhan sistem komputer.  Peranti Output - mempamerkan segala maklumat dan keputusan yang dihasilkan daripada CPU. Kebiasaannya, output yang dihasilkan berbentuk paparan skrin, kertas, mikrofilem dan suara. Contoh : Monitor, pencetak, plotter, pembesar suara dan video.  Peranti Storan - menyimpan data untuk tujuan storan agar boleh dicapai untuk kegunaan seterusnya. la juga dikenali sebagai storan sekunder (secondary storage) yang menyimpan data, arahan dan maklumat lebih kekal berbanding dengan storan utama. la juga bertindak sebagai peranti input kepada storan utama. Ini adalah kerana sebelum sebarang proses berlaku, data dan arahan perlu ditempatkan terlebih dahulu di dalam storan utama. Contoh : Cakera keras, cakera lembut, pita magnetik dan cakera optikal. Mohd Farid Jaafar 4 JSM, FSKTM, UPM
  • 5. Pengenalan Dengan adanya teknologi komunikasi, komponen komunikasi telah ditambah bagi memudahkan pengguna untuk mencapai maklumat dan berhubung dengan dunia luar melalui Internet. Contoh:Modem dan fax modem. PERISIAN Merupakan aturcara yang mengandungi beberapa siri arahan yang memberitahu perkakasan, perkara- perkara yang harus dilaksanakan. Sebagai contoh, sebahagian aturcara di dalam perisian akan membenarkan anda membuat kemasukan data melalui papan kekunci dan menyimpannya di dalam ruang ingatan. Manakala sebahagian aturcara lain dalam perisian ini akan membuat proses pengiraan di dalam ruang ingatan seperti proses penambahan beberapa siri nombor untuk mengira jurnlahnya. Sebelum sesuatu aturcara dapat dijalankan, arahan-arahan yang terdapat di dalam aturcara itu mestilah ditempatkan di dalam ingatan utama komputer (main memory) terlebih dahulu. Perisian terbahagi kepada 2 jenis iaitu perisian sistem (system software) dan perisian aplikasi (application system). Perisian sistem terdiri daripada aturcara yang mengawal operasi-operasi komputer dan perkakasannya. la juga bertindak sebagai perantara di antara pengguna dan peranti. Dua jenis perisian sistem ialah sistem pengoperasian (operating system) dan aturcara utiliti (utility program). Editor teks dan penterjemah bahasa adalah antara contoh lain perisian sistem. Perisian aplikasi pula adalah perisian yang direka untuk melakukan tugas-tugas tertentu pengguna. Antara perisian aplikasi yang terkenal ialah perisian pemprosesan perkataan (word processing application). perisian pangkalan data (database application) an pelayar internet (web browser). PENGENALAN KEPADA VISUAL BASIC Apakah Visual Basic? Terdapat banyak bahasa pengaturcaraan yang direka bagi menyelesaikan pelbagai masalah. Bahasa pengaturcaraan ini boleh dikhaskan kepada bahasa mesin, bahasa perhimpunan dan bahasa paras tinggi. Mohd Farid Jaafar 5 JSM, FSKTM, UPM
  • 6. Pengenalan Bahasa mesin ini melibatkan penggunaan arahan bahasa pengaturcaraan - yang berbentuk digit binari (0 dan 1). Ia merupakan bahasa asal sesebuah komputer. Aturcara yang ditulis di dalam bahasa ini tidak perlu diterjemahkan dan sedia untuk dilaksanakan. Ini kerana arahan-arahannya telah difahami oleh komputer. Kelemahan bahasa ini ialah susah dipelajari kerana menggunakan kod 0 dan 1. Oleh itu aturcara akan menjadi panjang walaupun untuk menyelesaikan masalah yang mudah. Bahasa ini juga hanya boleh dilarikan pada komputer yang dikhaskan sahaja. Contoh: Bahasa perhimpunan adalah lebih mudah difahami oleh pengaturcara dalam membuat penulisan aturcara. Aturcara yang ditulis dalam bahasa perhimpunan ini tidak boleh diproses secara terus oleh komputer kerana ianya memerlukan penterjemah bahasa yang dipanggil penghimpun untuk menukarkan aturcara kepada kod mesin bagi tujuan perlaksanaan. Aturcara masih lagi panjang kerana masih lagi berkait dengan arahan bahasa mesin. Contoh: Bahasa paras tinggi direka bagi memudahkan pengaturcaraan kerana mirip bahasa lnggeris dan mempunyai struktur bahasa yang senang difahami. Bahasa ini senang dipelajan, namun masih perlu diterjemahkan yang dipanggil pengkompil (compiler) kepada bahasa mesin sebelum boleh dilaksanakan. Aturcara boleh dilarikan dari mana-mana komputer. Contohnya BASIC (Beginners All-purpose Symbolic Instruction Code), C, COBOL (Common Business Oriented Language), FORTRAN (FORmul T'RANslation), Ada dan Pascal. Visual Basic adalah dibangunkan daripada BASIC. lanya menggunakan pendekatan yang berbeza daripada pendekatan prosedur, iaitu menggunakan pendekatan Pengaturcaraan Berorientasikan Objek (Object Oriented Programming) dan Pengaturcaraan Event-Driven. Pengaturacaraan Visual Basic melibatkan penggunaan object. Object ini terdiri daripada Properties dan Method. Object: Merupakan benda atau kata benda seperti Form dan Control. Form adalah tetingkap (windows) dan kotak dialog yang terpapar pada skrin komputer. Control adalah elemen-elemen yang berada di dalam Form seperti kotak teks, butang arahan dan kotak senarai. Properties: Menerangkan ciri-ciri bagi Object seperti warm, saiz, lokasi, nama dan sebagainya. Contohnya Forml.Caption Mohd Farid Jaafar 6 JSM, FSKTM, UPM
  • 7. Pengenalan Methods: Methods mewakili tindakan yang akan dilaksanakan oleh object. lanya menggunakan perkataan yang dikhaskan oleh OOP seperti Move, Print, Resize dan Clear. Contohnva Forml.Print Pengaturcaraan Event-Drive mengandungi kebanyakan (tetapi tidak semua) elemen yang terdapat di dalam Pengaturcaraan Berorientasi Objek (OOP). Pendekatan ini membolehkan pengguna hanya perlu menekan butang arahan untuk melaksanakan arahan yang dikehendaki. Tindakan pengguna ini akan menyebabkan event berlaku. yang mana dilakukan oleh aturcara Basic yang ditulis. Sebagai contoh, pengguna menekan butang arahan yang berlabelkan KIRA. Proses klik butang ini akan menyebabkan event Click berlaku, di mana secara automatik prosedur yang melaksanakan proses pengiraan akan dipanggil bagi melaksanakan tugas pengiraan. Pembangunan VB adalah secara berperingkat-peringkat iaitu bermula daripada versi 1.0 pada 1991, versi 2.0 pada 1992, versi 3.0 pada 1993, versi 4.0 pads 1995, versi 5.0 pada 1997, versi 6.0 pada 1998 dan versi VB .Net pada 2003. Visual Basic 6.0 mempunyai 4 edisi iaitu Learning. Professional, Enterprise dan Working Model. Edisi Professional dan Enterprise sesuai bagi pembangunan aplikasi profesional dan kompleks contohnya yang melibatkan pengurusan pangkalan data yang besar. Visual Basic adalah antara bahasa pengaturcaraan yang paling mudah dan menarik kerana ianya bersifat mesra-pengguna dan kelihatan seperti persekitaran Windows. Microsoft Windows menggunakan Graphical User Interface (GUI). Persekitaran Visual Basic Persekitaran Visual Basic adalah tempat di mana anda akan membina dan menguji program. Sebelum memulakan projek pengaturcaraan, perkara yang asas perlu dilakukan ialah melarikan perisian Visual Basic. Kotak Dialog akan keluar dan anda boleh memilih sama ada ingin memulakan projek yang baru atau membuka projek yang telah sedia ada atau projek yang terkini. Mohd Farid Jaafar 7 JSM, FSKTM, UPM
  • 8. Pengenalan Form Window - tempat bagi mereka bentuk antara muka. Bagi projek yang baru, Visual Basic akan menetapkan nama form sebagai FORMI, dan ianya adal default. Anda boieh menukarkannya kepada nama yang lain apabila projek disimpan. Project Explorer Window - akan memaparkan nama-nama fail yang disimpan di dalam projek. Bar tajuk memegang nama fail .vbp. Project1 adalah nama default yang diberi oleh Visual Basic selagi anda tidak menukarkannya dengan nama yang lain. Properties Window - digunakan untuk set properties bagi objek. Form Layout Window - kedudukan form di dalam Form Layout menunjukan kedudukan form semasa projek dilarikan. Toolbox - mengandungi tools yang digunakan untuk menempatkan objek di dalam form. Toolbar - butang arahan ini adalah sama fungsinya seperti arahan yang terdapat pada menu. Design Time, Run Time dan Break Time - semasa mereka bentuk antara muka dan menulis kod ia dipanggil Design Time. Semasa pengujian dijalankan atau projek dilarikan, ia dipanggil Run Time. Sekiranva anda mendapat ralat (error) semasa Run Time atau projek diberhentikan (pause) semasa dilarikan, anda berada di Break Time. Mohd Farid Jaafar 8 JSM, FSKTM, UPM