SlideShare a Scribd company logo
1 of 52
GERAKAN PENJAJAHAN
PENGENALAN

• Membincangkan aspek-aspek yang berkaitan
  dengan gerakan penjajahan yang berlaku di
  negara Malaysia.

• Penjajahan oleh kuasa-kuasa asing ke atas Tanah
  Melayu telah bermula pada tahun 1511 apabila
  Portugis menghancurkan keagungan Empayar
  Melayu Melaka diikuti Belanda, Inggeris dan
  Jepun.
• Dasar kuasa asing telah mengubah corak
  kehidupan di Tanah Melayu
     • kehidupan tradisi masyarakat Melayu
     • struktur pentadbiran yang sedia wujud
       dalam masyarakat.

 Perubahan ini berlaku kerana ketamakan serta
 kerakusan penjajah yang ingin menguasai hasil
 mahsul dan keuntungan di negara ini.
Definisi
1. Kolonialisme
• Dasar sesebuah negara yang mengeksploitasi sesuatu kawasan
  serta masyarakatnya yang dianggap lemah dari berbagai sudut
  seperti ekonomi, sosial, budaya, corak pentadbiran, serta politik.

• Plano dan Olton - satu bentuk pemerintahan ke atas sesebuah
  kawasan dan penduduknya oleh sebuah kuasa asing dengan
  menjalankan polisi imperialisme. Migrasi turut terlibat (dari
  negara asal ke kawasan baru) yang membentuk satu entiti
  politik baru ke atas kaum asal yang mempunyai pengetahuan
  dan teknologi (kemajuan) yang rendah seperti di Asia dan
  Afrika.
• Evans dan Newham - memberi ruang rakyat asing
  yang minoriti mendominasikan politik dan
  ekonomi negara tersebut bagi mengukuhkan
  kekuasaan dan menindas golongan bawahan.

• Nadel dan Curtis - lebih menjurus kepada bentuk
  penjajahan yang buruk, satu penindasan,
  penghinaan dan pengeksploitasian kehidupan
  masyarakat peribumi dalam bidang ekonomi,
  sosial, politik, petempatan dan sebagainya.
2. Imperialisme

• Umumnya sebagai perluasan kawasan dan pengaruh
  satu bangsa ke atas bangsa lain.
• Dasar meluaskan sesebuah empayar dengan menjajah
  negara lain - Kamus Dewan
• Negara-negara besar atau kuasa-kuasa besar telah wujud
  sejak awal sejarah manusia lagi seperti di Mesir,
  Mesopotamia, Assyria, dan Persia. Imperialisme kuno
  mencapai kemuncak di zaman Rumawi dan Byzantium
  (Rumawi Timur).
• Karl Marx - satu tingkatan dalam perkembangan
  kapitalisme sewaktu perluasan kuasa Eropah ke Asia dan
  Afrika di sekitar tahun 1750an – 1914.
• Nadel dan Curtis - satu perkembangan kuasa atau
  kawalan, sama ada secara langsung atau tidak dalam
  politik atau ekonomi oleh sesuatu kerajaan, bangsa, atau
  masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat yang lain.
• Fieldhouse - satu kecenderungan sesuatu masyarakat
  atau pemerintahan untuk mengawal masyarakat lain
  dalam pelbagai tujuan.

  Kedua-duanya mempunyai maksud penjajahan tetapi
  setiap satu istilah atau dasar mempunyai makna
  tersendiri dan cara masing-masing dalam proses
  penjajahan.
PERKEMBANGAN GERAKAN PENJAJAHAN
Faktor-Faktor Penggalak Kolonialisme
• Para sarjana bersetuju faktor-faktor
  kedatangan kuasa Eropah ke benua Asia
  adalah untuk memenuhi inspirasi konsep
  kolonialisme yang dipengaruhi slogan "Gold,
  Glory and God". Perry Marvin telah
  menjelaskan teori kebangkitan kuasa Eropah
  sebagai kolonialis atau penjajah sebagaimana
  berikut:
1. Gold (Keperluan kepada tanah)
• Pengaruh tamadun Islam dan Asia telah
  mempercepatkan perkembangan masyarakat
  Eropah.
• Sistem kesihatan dan perubatan bertambah
  baik, penduduk bertambah.
• Sistem pertanian berkembang maju, tanah
  pertanian berkurangan.
• Golongan bangsawan mula melihat meneroka tanah yang
  baru di luar negara khususnya di Asia dan Afrika sebagai
  peluang keemasan.
• Asia dan Afrika merupakan kawasan yang kaya dengan
  sumber ekonomi seperti rempah dan juga galian seperti
  emas.
• Asia juga merupakan pusat tumpuan persinggahan
  pedagang (seperti di Melaka) antara China dan India.
• Para bangsawan ini tamak dan membuat urus niaga secara
  langsung dengan pihak pemilik sumber asal terutamanya
  para pedagang Arab dan Asia yang lain.
2. Glory (Permusuhan tradisi di antara negara-negara
  Eropah)
• Ferdinand The Castille dan Isabella The Aragon di
  Sepanyol bergabung kuasa dan berjaya menjatuhkan
  kerajaan Granada di Andalusia, kerajaan Islam terakhir di
  benua Eropah.
• Kerajaan Sepanyol yang baru itu merasa megah dan
  berhasrat meluaskan lagi tanah jajahan mereka.
• Sepanyol bimbang dan iri hati melihat jiran mereka,
  Portugal yang lebih berjaya dalam penerokaan dunia
  baru seperti kejayaan Vasco Da Gama, Putera Henry dan
  Bartholomiew Diaz.
• Persaingan untuk keperluan hidup dan
  kekayaan telah bertukar menjadi satu
  persaingan rakus memburu kemegahan.
• Kerakusan memburu kemegahan turut
  disertai pula oleh Belanda, Jerman, Perancis
  dan Britain.
3. God (Agama)
• Agama faktor utama membantu perkembangan
  penguasaan Eropah terhadap kawasan di benua Asia
  dan Afrika.
• Legenda dan mitos akan wujudnya kerajaan Kristian
  di Timur yang diketuai oleh seorang "Messiah" atau
  "The Great Saviour" atau seorang ‘penyelamat’
  bernama Prester John.
• Pihak gereja di negara-negara Eropah yang berlumba-
  lumba menuju ke benua sebelah timur, percaya akan
  wujudnya sebuah kerajaan Kristian di situ. Mereka
  percaya dan yakin apabila ditemui kelak, kerajaan
  Kristian di benua sebelah timur ini akan dapat bergabung
  dengan negara-negara Kristian di Eropah untuk
  mengalahkan kuasa Islam yang pada ketika itu
  menguasai kebanyakan kawasan di Eropah, Asia dan
  Afrika.

• Perasaan ini kuat melekat di hati para peneroka seperti
  Putera Henry dan juga mereka yang berasal dari kawasan
  Semenanjung Liberia atau Sepanyol dan Portugal.
• Selama 500 tahun mereka berjuang untuk
  mengalahkan dan menjatuhkan Islam
  sehinggalah musnahnya kerajaan Islam
  Granada. Perasaan kuat menyokong unsur
  keagamaan ini amat berkait rapat dengan
  sistem juga norma-norma kehidupan
  masyarakat Eropah yang pada ketika itu kuat
  diikat oleh pengaruh penguasaan gereja
  terutamanya di Sepanyol dan Portugal.
Faktor-Faktor Penggalak Imperialisme
• Dasar-dasar imperialisme adalah lebih di dorong oleh
  perkembangan semasa di Eropah yang sibuk
  memperjuangkan faham nasionalisme dan negara bangsa
  (nation states). Di antara faktor-faktor penggalak yang
  digariskan oleh ramai sarjana ialah:

1. Etnosentrisme
• Nasionalisme moden berkembang pada tahun-tahun 1750an
   hingga 1914, konsep kemegahan melalui penjajahan
   berbentuk kolonialisme telah berubah corak kepada
   kemegahan dan ketinggian bangsa masing-masing.
• Idea bangsa terpilih atau ummatan
  mukhtarah telah lama diwujudkan oleh kaum
  bani Israel tetapi dalam tempoh yang
  tersebut, pemikiran sebegini telah semakin
  bertambah subur.
• Mereka mula memandang hina bangsa lain di
  dalam benua mereka sendiri dan pada
  kemuncaknya berlakulah Perang Dunia
  Pertama
2. Jingoisme
• Etnosentrisme telah memupuk semangat patriotisme
  melampau di kalangan kuasa-kuasa Eropah.
  Akibatnya, perasaan benci yang tinggi timbul di
  antara kaum dan bangsa yang hidup di Eropah pada
  ketika itu dan mula meluaskan percakaran mereka
  keluar negara.
• Negara-negara yang lemah di Asia, Amerika dan
  Afrika sebagai sasaran menunjukkan keegoan juga
  bahan penindasan bagi menunjukkan kuasa mereka.
3. Agama
• Misi agama Kristian yang membawa tugas suci
   menyelamatkan umat manusia daripada penindasan dan
   ketidakadilan terutama di negara-negara mundur seperti di
   Asia dan Afrika telah mewujudkan fahaman "the white men
   burden" atau "tugas suci orang kulit putih".
• Fahaman ini memberi maksud bangsa selain orang kulit putih
   atau Kristian adalah merupakan beban yang ditakdirkan
   Tuhan kepada mereka (orang kulit putih) untuk di uruskan.
• Dengan perasaan megah dan bangga diri, kuasa-kuasa Eropah
   ini lebih agresif melaksanakan aktiviti imperialisme di atas
   nama untuk menyelamatkan bangsa lain yang mundur.
4. Keinginan Mencapai Kuasa Besar
• Kemegahan dan kegilaan mewujudkan keinginan
  menjadi kuasa besar yang menguasai semua
  manusia di muka bumi ini.
• Jerman merupakan contoh terbaik bagaimana
  perasaan nasionalisme yang dipupuk oleh Bismarck
  pada tahun-tahun 1800an telah mengakibatkan
  dunia terheret ke dalam kancah Perang Dunia
  Pertama. Ini berlaku kerana ketamakan untuk
  menguasai seluruh Eropah.
• Kolonialisme adalah merupakan satu dasar penjajahan di
  mana penaklukan dibuat ke atas sesuatu tempat baru
  untuk mendapatkan hasil mahsulnya.
• Hasil ketamakan mereka, kaum imigran telah dibawa
  masuk dan kumpulan minoriti orang asing ini
  kemudiannya secara perlahan-lahan menguasai negara
  yang terjajah tersebut.
• Justeru, dalam konteks kolonialisme dasar penjajahan
  dibuat atas dasar kepentingan pihak penjajah di segi
  pendapatan dan menggunakan kaum imigran sebagai
  batu loncatan untuk mempunyai kuasa di tanah jajahan
  mereka.
• Imperialisme pula, bolehlah di katakan sebagai satu
  kesinambungan atau lanjutan daripada sifat konsep
  kolonialisme tetapi lebih keras.
• Penguasaan ini melibatkan proses perkembangan
  kuasa dan kawalan melalui idea dan pemikiran
  mereka sendiri terhadap sistem politik dan ekonomi
  bagi meluaskan kuasa sesuatu empayar.
• Dasar ini lebih cenderung untuk menyebarkan idea
  kebendaan dan kemegahan dari barat, iaitu dengan
  menonjolkan sifat keunggulan sesuatu bangsa.
GERAKAN PENJAJAHAN BARAT DI TANAH MELAYU
• Telah wujud sejak awal lagi— dilakukan oleh
  kerajaan seperti Srivijaya, Majapahit, Pasai, dan
  Siam.
• Tidaklah memberi kesan yang jelas seperti kuasa
  barat yang datang kemudian.

Kedatangan Penjajah Barat
• Proses penjajahan barat di Tanah Melayu bermula
  pada tahun 1509 apabila Portugis datang untuk
  berdagang.
• Ketamakan dan rasa iri hati yang wujud di
  kalangan orang-orang Melayu akhirnya
  mengakibatkan penaklukan Empayar Melayu
  Melaka oleh Portugis pada tahun 1511.
• Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun
  1641.
• British mengambil alih Melaka setelah
  perjanjian Straits Settlement ditandatangani
  pada tahun 1824.
Faktor penyebabkan Tanah Melayu menjadi tarikan,
  iaitu:
1. Kedudukan Geografi Tanah Melayu
• Jalan perdagangan di antara benua timur dan barat
  strategik sebagai sebuah pusat perdagangan.
• Selat Melaka jalan laut yang selamat dan terlindung
  dari taufan, ribut dan gelora lautan.
• Faktor geografi selamat untuk jalan perdagangan dan
  perlindungan dari ancaman semula jadi ataupun
  yang dilakukan manusia.
2. Bahan Mentah
• Tanah Melayu terkenal dengan gelaran Golden
  Chersoneves ataupun Suvarnabhumi, kaya dengan
  hasil buminya seperti emas dan timah.
• Tanah Melayu sering digunakan sebagai pelabuhan
  entrepot yang mengumpulkan hasil-hasil hutan seperti
  kayu manis, buah pala, rotan, sagu selain bekalan air
  dan makanan untuk bekalan perjalanan mereka.
• Penemuan bijih timah secara meluas, Tanah Melayu
  menjadi bertambah penting bagi kuasa-kuasa
  penjajah.
3. Pasaran Baru
• Eropah pada abad ke-14 dan 15 sedang rancak
  dengan projek penjelajahan dan penemuan.
• Revolusi perindustrian menyebabkan kuasa besar di
  Eropah keluar dari benua Eropah dan mencari
  penempatan dan pasaran baru bagi perdagangan
  mereka.
• Kedudukan Tanah Melayu di tengah jalan
  perdagangan menjadi tarikan kepada kuasa Eropah -
  Tanah Melayu sebagai pusat pasaran dan
  perdagangan.
• Pasaran di Eropah sukar dan persaingan sengit
  untuk mendapatkan lokasi dan pasaran baru
  pengeluaran masing-masing.
• Keperluan terhadap bahan mentah yang
  berkaitan dengan industri seperti bijih timah
  dan besi meningkat dengan mendadak.
4. Pangkalan Tentera
• Kedudukan yang sesuai menjadi pangkalan tentera.
• Sejarah awal kedatangan kuasa penjajah barat ke Tanah Melayu
   bukan sahaja untuk mencari sebuah pelabuhan persinggahan tetapi
   juga kerana strategi ketenteraan untuk keselamatan angkatan atau
   rombongan mereka.
        • Kapten Francis Light ke Pulau Pinang yang dipajak oleh
          British dari Kerajaan Kedah sebagai pelabuhan persinggahan
          dan pangkalan tentera untuk mengawal ancaman lanun
          serta kuasa asing seperti Belanda, Perancis, dan Jerman dari
          menggugat kapal-kapal perdagangan mereka yang
          menggunakan laluan di Selat Melaka. Pulau Pinang
          kemudiannya telah menjadi antara tempat terawal dalam
          senario perluasan kuasa British di Tanah Melayu
5. Prester John
• Pihak gereja telah menjanjikan kedatangan seorang
  Messiah atau The Great Saviour atau penyelamat
  agung bernama Prester John yang akan muncul di
  benua sebelah timur.
• Kepercayaan ini menyebabkan orang-orang Kristian
  seperti Putera Henry dari Portugal telah melancarkan
  gerakan mencari Prester John di sebelah timur
  dengan harapan gabungan kerajaan Kristian sebelah
  timur dan kerajaan Kristian mereka dapat
  menjatuhkan empayar Islam secara keseluruhannya.
Dasar Campur Tangan British di Tanah Melayu
• Datang hanya untuk mengaut hasil keuntungan di
  Tanah Melayu tanpa peduli dan campur tangan
  dalam hal ehwal urusan orang Melayu dan negeri-
  negeri Melayu.
• Pada tahun 1874 secara rasmi British mula campur
  tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu
  dengan termeterainya Perjanjian Pangkor.
• British terus mengekalkan kuasa dan pengaruh di
  negeri-negeri Melayu yang lain sehinggalah
  kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.
Di antara faktor-faktor campur tangan British di Tanah
   Melayu
1. Faktor Ekonomi
• Revolusi industri di Eropah, keperluan bahan mentah
   seperti bijih timah meningkat.
• Sektor perlombongan bijih timah yang kebanyakannya
   dikuasai oleh saudagar-saudagar British dan Cina yang
   berkerakyatan British.
• Sekatan perdagangan oleh Belanda terhadap pengaruh
   kuasa lain di Indonesia menyekat kemaraan British di
   kawasan lain di rantau ini menyebabkan tumpu perhatian
   kepada Tanah Melayu bagi mendapatkan hasil yang
   diperlukan.
2. Faktor Ancaman dan Persaingan Pengaruh Asing
• Kuasa-kuasa lain turut berminat dengan Tanah
  Melayu
     • Bijih timah
     • Jalan perdagangan dunia – timur dan barat

• Penguasaan penuh Belanda di Indonesia dan
  Sepanyol di Filipina.
• Persaingan imperialisme di kalangan negara-negara
  besar dari Eropah untuk membuka tanah jajahan.
3. Pergolakan Politik di Tanah Melayu
• 1860an hingga 1880, negeri pantai barat berada dalam
  keadaan huru hara kerana perebutan takhta dan perang
  saudara melibatkan kawasan perlombongan dan
  membabitkan buruh imigran Cina yang dibawa masuk oleh
  British.
• Perlombongan tidak dapat dijalankan kerana buruh Cina yang
  menganggotai kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San
  terlibat dalam pergolakan politik. Peralatan perlombongan
  musnah akibat pergaduhan dan peperangan.
• Bimbang pergolakan akan merebak ke kawasan atau negeri
  lain - perang saudara di Larut Perak dibimbangi merebak ke
  Pulau Pinang yang juga ramai imigran Cina.
4. Perubahan Pucuk Pimpinan di Britain
• Parti Konservatif yang diketuai oleh Disraeli telah
  memenangi pilihan raya di Britain pada tahun 1873
  dan mengubah dasar Pejabat Tanah Jajahan untuk
  masuk campur tangan dalam urusan pentadbiran
  negeri-negeri di Tanah Melayu.
• Perubahan ini di lihat jelas dipengaruhi oleh
  perkembangan semasa, di mana bentuk
  penjajahan berbentuk imperialisme yang
  ditunjangi oleh kemegahan nasionalisme dan
  jingoisme.
Dasar-Dasar Penjajahan British di Tanah Melayu

• Laksana pelbagai dasar meliputi sosial, ekonomi,
  dan politik yang mengubah wajah asal Tanah
  Melayu dan sistem kehidupan masyarakat Melayu
  yang sedia ada.
• Laksana banyak dasar ‘pecah dan perintah’ secara
  berhati-hati dan perlahan-lahan seolah-olah
  berlaku secara semula jadi.
1. Sosial
• Dasar paling utama British ialah kemasukan tanpa had
  imigran asing dari China dan India ke Tanah Melayu sebagai
  buruh-buruh di lombong dan ladang.
• Suatu ketika telah hampir mengatasi jumlah penduduk asal
  negara ini.
• Mengaut sebanyak-banyak keuntungan dari Tanah Melayu
  tanpa memperdulikan keadaan masyarakat Melayu.
• Imigran tersebut telah membentuk masyarakat baru dalam
  negara ini dan diletakkan di kawasan-kawasan yang
  terpisah daripada kaum-kaum lain untukmenghalang
  kewujudan perpaduan antara kaum - dasar pecah dan
  perintah.
• Dasar pendidikan British berdasarkan sistem vernakular
  yang mana pendidikan dibuat berdasarkan kaum masing-
  masing
      • Sekolah Cina dan Tamil dengan bahasa pengantar
        dan sukatan pelajaran yang diambil terus daripada
        negara asal mereka.
      • Sekolah British dijalankan oleh mubaligh Kristian
        dan berasaskan pendidikan British yang diambil
        daripada negara Britain sepenuhnya.
      • Sekolah Melayu pula masih berasaskan pelajaran
        agama dan bercampur sedikit dengan pendidikan
        akademik yang mempunyai pengaruh British.
• British memastikan taraf pendidikan di sekolah tidak
  akan seragam dan taraf pendidikan yang diterima
  terutamanya orang Melayu adalah di tahap yang rendah
  - Tanah Melayu belum mampu untuk bebas dan
  mentadbir negara bersendirian.
• Taraf pendidikan orang Melayu sering di banding dengan
  taraf pendidikan di Britain. British sering menanamkan
  kata-kata bahawa masyarakat Melayu adalah malas dan
  mudah berpuas hati. Hakikatnya masyarakat Melayu
  adalah rajin berasaskan pekerjaan dalam sistem ekonomi
  tradisi tetapi tidak diberi kesempatan mendapat
  pendidikan yang terbaik.
• Imigran-imigran asing dari India dibawa
  bekerja sebagai pendidik di Tanah Melayu.
  Taraf pendidikan masyarakat Melayu terus
  kekal tidak dapat melebihi taraf pendidikan
  Inggeris yang sebenar kerana mereka hanya
  dididik oleh pendidik dari negara yang
  terjajah juga - ketidakikhlasan British
  memajukan pendidikan orang-orang yang
  mereka jajah
2. Ekonomi
• Bermula dengan kewujudan hasil bijih timah di Perak yang
   menghasilkan Perjanjian Pangkor 1874.
• Mengubah hala tuju ekonomi tradisi di Tanah Melayu yang
   berasaskan ekonomi sara diri kepada bentuk ekonomi moden
   bersifat komersial dan keuntungan - dasar kolonialisme
• Dilakukan oleh British secara berhati-hati bagi memastikan tujuan
   asal dasar kolonialisme British untuk mengenepikan masyarakat
   Melayu daripada sebarang kemajuan kerana di lihat sebagai
   ancaman kepada pentadbiran penjajah.
• Pembesar Melayu terlibat dalam sektor perlombongan , rakyat
   bawahan disisihkan kononnya
• menghormati sistem ekonomi tradisi masyarakat Melayu -
   menaman padi, menangkap ikan dan menternak dan mencari hasil
   hutan.
• Sektor perlombongan - buruh-buruh yang murah dari negara
  China yang sedang menghadapi pelbagai masalah bencana alam
  seperti gempa bumi, banjir, dan kebuluran.
• Sektor perladangan getah - buruh-buruh dari India.
• Melayu terus kekal dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang tidak
  menguntungkan dan pembekal keperluan makanan kepada
  British dan buruh-buruh asing yang di bawa masuk.
• Konsep kolonialisme awal telah bertukar menjadi lebih agresif
  hasil daripada sikap tamak untuk menguasai segala-galanya di
  Tanah Melayu.
• Konsep imperialisme yang lebih campurtangan dan menguasai
  segalanya di tanah jajahan dilaksanakan. Ini berdasarkan
  keperluan semasa di mana negara.
3. Politik
• Cuba memastikan raja-raja Melayu atau sultan-sultan akan
   berada di bawah telunjuk mereka.
• Selepas Perjanjian Pangkor 1874, sistem residen dilaksanakan di
   Negeri-Negeri Melayu Bersekutu—Perak, Selangor, Negeri
   Sembilan dan Pahang.
• Nasihat residen dalam hal-hal selain agama Islam dan adat
   istiadat orang Melayu haruslah diikuti raja-raja.
• Raja Abdullah, salah seorang waris raja di Perak bersama
   pembesar dan rakyat bangkit membunuh
• Campur tangan ke atas negeri Melayu telah lebih awal ke atas
   Negeri-Negeri Selat - Melaka, Pulau Pinang dan Singapura.
   British memerintah secara terus dari Pejabat Tanah Jajahan di
   London gabenor British Negeri-Negeri Selat.
• Sistem Penasihat Negeri di Negeri-Negeri Melayu Tidak
  Bersekutu - Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor .
  Penasihat British akan membantu pentadbiran raja-raja dan
  sultan-sultan Melayu melainkan dalam hal-hal agama Islam dan
  adat istiadat orang Melayu.
• Penguasaan British menerusi sistem Residen dan Penasihat telah
  mewujudkan persekutuan, cadangan Malayan Union dan
  kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu.
• Selepas pilihanraya 1952 dan 1955 sistem kerajaan berketua
  Menteri dan kabinet untuk pentadbiran telah dilaksanakan.
  Menerusi peringkat yang telah anda lihat, secara sedikit demi
  sedikit raja-raja disisihkan dari rakyat dan tanggungjawab
  pemerintahan
Kesan Gerakan Penjajahan Barat di Tanah Melayu
• Tanah Melayu bebas dan merdeka pada 31 Ogos
  1957. Setelah lebih kurang 400 tahun di bawah
  cengkaman penjajah barat.
• Penjajahan dengan penerapan dasar-dasar
  kolonialisme dan imperialisme meninggalkan kesan
  kepada pelbagai sudut kehidupan termasuk
  ekonomi, politik dan sosial masyarakat di Tanah
  Melayu.
1. Sosial
• Kewujudan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu
   - majmuk .
• Tanah Melayu asalnya di diami masyarakat Melayu
   sahaja telah dipaksa menerima kedatangan imigran.
• Masyarakat majmuk semasa kerajaan Melayu Melaka
   bersifat sementara kerana mereka adalah pedagang-
   pedagang, yang berkahwin mengasimilasikan diri
  mereka ke dalam kebudayaan dan adat resam
  masyarakat Melayu dan tidak mengubah suasana
  asal masyarakat terutamanya strukur politik,
  ekonomi, dan sosial.
• Sikap British tidak berhasrat membantu kemajuan
  orang Melayu dalam pendidikan menjadi mereka
  paling ketinggalan. Melayu cerdik pendidikan
  menjadi masalah kepada British. Sukatan pelajaran
  dan bahasa yang digunakan di sekolah vernakular
  tidak sedikit pun melambangkan suasana negara ini
  dan tidak merangsang berlakunya perpaduan di
  antara kaum.
2. Ekonomi
• Ubah sistem ekonomi tradisi berasaskan ekonomi
  sara diri kepada sistem ekonomi bermatlamatkan
  keuntungan.
• Memisahkan setiap kaum mengikut kegiatan
  ekonomi – India sebagai penoreh getah, Melayu
  sebagai nelayan atau penanam padi dan Cina sebagai
  pelombong.
• Masyarakat di Tanah Melayu terasing mengikut
  lokaliti kegiatan ekonomi masing-masing - masalah
  perpaduan kaum.
3. Politik
• Kekuasaan raja dan sultan Melayu telah dikurangkan
  ke peringkat hanya menjadi lambang kepada negeri
  atau negara.
• Semasa pemerintahan Melayu Tradisi segala kerja
  pentadbiran dijalankan oleh masyarakat Melayu, tetapi
  setelah kedatangan kaum imigran asing proses
  pentadbiran telah turut melibatkan mereka.
• Melalui sistem pilihanraya, perdana menteri dan
  kabinet juga pegawai daerah mula mengambil alih
  segala tugasan pentadbir Melayu Tradisi, iaitu sultan
  dan pembesar.
KESIMPULAN
• Kolonialisme dan imperialisme adalah berlainan dari
  sudut dasar, perlakuan atau aktiviti penjajahan.
      • Kolonialisme ianya jelas dipengaruhi faktor-faktor
        agama (god), kemegahan (glory), dan keuntungan
        atau kekayaan (gold).
      • Imperialisme memperlihatkan aktiviti-aktiviti yang
        menggambarkan kesinambungan sifat-sifat
        kolonialisme seperti kemegahan, nasionalisme dan
        etnosentrisme yang memuliakan kaum sendiri.
        Dapatlah kita membuat
• Mengubah kehidupan asal yang ada di negara ini meliputi
  aspek sosial, ekonomi, atau politik.
      • Dasar-dasar kemasukan imigran, pendidikan
        vernakular, pemecahan ekonomi mengikut kaum,
        sistem residen dan dasar pemerintahan berpusat telah
        mengakibatkan cara hidup tradisi terhimpit dan tidak
        dihiraukan oleh penjajah British.
      • Sistem pemerintahan bertunjangkan sistem beraja dan
        pembesar dan telah berjaya mengharungi kehidupan
        ratusan tahun akhirnya hilang sedikit demi sedikit.
      • Muncul masyarakat majmuk yang terdiri daripada
        berbilang kaum dan bangsa, satu sistem ekonomi
        moden yang mementingkan keuntungan dan
        mengamalkan sistem pentadbiran berpusat .
• Wujud Tanah Melayu sebagai negara baru
  dengan rakyat dan sistem kehidupan yang
  baru.

More Related Content

What's hot

Strategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiStrategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiMohd Nazri Awang
 
Strategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaranStrategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaranchew15
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiamothy
 
SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSASEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSAAdeebFarhan2
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukanmr_kay86
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionDurratun Dian
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALsyuherna nandu
 
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siapHsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siapTatulrich Tatul
 
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantaraHuraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantaraSiew Poh Teng
 
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaan
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaanRancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaan
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaanFlowers Girls Mainie
 
Salah Faham Terhadap Agama Islam
Salah Faham Terhadap Agama IslamSalah Faham Terhadap Agama Islam
Salah Faham Terhadap Agama IslamMuhammad Ridzuan
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957Didiy Otto
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiMahyuddin Khalid
 
Contoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianContoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianAtok Shila
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSANorakma Abdullah
 

What's hot (20)

Strategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - PromosiStrategi Pemasaran - Promosi
Strategi Pemasaran - Promosi
 
Strategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaranStrategi penyasaran pasaran
Strategi penyasaran pasaran
 
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysiaImplikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
Implikasi tidak wujud perpaduan kaum dan integrasi nasional di malaysia
 
Sistem ekonomi kapitalis
Sistem ekonomi kapitalisSistem ekonomi kapitalis
Sistem ekonomi kapitalis
 
Penghargaan
PenghargaanPenghargaan
Penghargaan
 
SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSASEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
SEJARAH SOSIAL PENGARUH PERADABAN DUNIA DALAM PEMBINAAN NEGARA BANGSA
 
Pengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayuPengaruh islam di alam melayu
Pengaruh islam di alam melayu
 
Kebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan KeburukanKebaikan Dan Keburukan
Kebaikan Dan Keburukan
 
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan unionFaktor  faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
Faktor faktor penentangan orang melayu terhadap malayan union
 
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIALSOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
SOSIOEKONOMI PADA ZAMAN KOLONIAL
 
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siapHsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
Hsa 3033 asia tenggara abad ke-19-siap
 
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantaraHuraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
Huraikan lima kesan dan pengaruh islam terhadap peradaban melayu nusantara
 
13 mei 1969
13 mei 196913 mei 1969
13 mei 1969
 
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaan
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaanRancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaan
Rancangan pengeluaran atau operasi pengajian perniagaan
 
Salah Faham Terhadap Agama Islam
Salah Faham Terhadap Agama IslamSalah Faham Terhadap Agama Islam
Salah Faham Terhadap Agama Islam
 
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
proses kemerdekaan Tanah Melayu 1957
 
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - PluralitiHubungan Etnik 2011 - Pluraliti
Hubungan Etnik 2011 - Pluraliti
 
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah MelayuTeori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
Teori kedatangan Islam ke Tanah Melayu
 
Contoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajianContoh metodologi kajian
Contoh metodologi kajian
 
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSATAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
TAJUK : CABARAN-CABARAN DALAM PROSES PEMBINAAN NEGARA BANGSA
 

Similar to 3 gerakan penjajahan

Kolonialisme adalah pengembangan kekuasaan sebuah negara ata
Kolonialisme adalah pengembangan kekuasaan sebuah negara ataKolonialisme adalah pengembangan kekuasaan sebuah negara ata
Kolonialisme adalah pengembangan kekuasaan sebuah negara atasriyandi djoeweri
 
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )Thanushah Soniyasee
 
Perkembangan kolonialisme dan imperialisme barat di indonesia
Perkembangan kolonialisme dan imperialisme barat di indonesia Perkembangan kolonialisme dan imperialisme barat di indonesia
Perkembangan kolonialisme dan imperialisme barat di indonesia Resma Puspitasari
 
SEJARAH ROMAWI KUNO & YUNANI KUNO
SEJARAH ROMAWI KUNO & YUNANI KUNOSEJARAH ROMAWI KUNO & YUNANI KUNO
SEJARAH ROMAWI KUNO & YUNANI KUNOAhmad Rafi Fauzan
 
Sejarah Indonesia - Imperialisme dan Kolonialisme di Indonesia
Sejarah Indonesia - Imperialisme dan Kolonialisme di IndonesiaSejarah Indonesia - Imperialisme dan Kolonialisme di Indonesia
Sejarah Indonesia - Imperialisme dan Kolonialisme di Indonesiamia lusiana
 
Kelas11 sejarah-perkembangan pengaruh-barat6
Kelas11 sejarah-perkembangan pengaruh-barat6Kelas11 sejarah-perkembangan pengaruh-barat6
Kelas11 sejarah-perkembangan pengaruh-barat6Qusyairi Amira
 
Proses masuknya islam ke Andalusia spanyol
Proses masuknya islam ke Andalusia spanyolProses masuknya islam ke Andalusia spanyol
Proses masuknya islam ke Andalusia spanyolAbdul Algafur
 
Sejarah perjuangan kemerdekaan negara di afrika
Sejarah perjuangan kemerdekaan negara di afrikaSejarah perjuangan kemerdekaan negara di afrika
Sejarah perjuangan kemerdekaan negara di afrikaAndri Pradinata
 
sejarah-Nasionalisme Arab abad19
sejarah-Nasionalisme Arab abad19sejarah-Nasionalisme Arab abad19
sejarah-Nasionalisme Arab abad19Sinar Siraing
 
Perkembangan Nasionalisme di Dunia
Perkembangan Nasionalisme di DuniaPerkembangan Nasionalisme di Dunia
Perkembangan Nasionalisme di DuniaWashfa Aulia
 
tugas imerialisme dan kolonialisme kelompok 3.pptx
tugas imerialisme dan kolonialisme kelompok 3.pptxtugas imerialisme dan kolonialisme kelompok 3.pptx
tugas imerialisme dan kolonialisme kelompok 3.pptxTengkuafdalYakub
 
merkantilisme, imperialisme, kolonialisme
merkantilisme, imperialisme, kolonialismemerkantilisme, imperialisme, kolonialisme
merkantilisme, imperialisme, kolonialismeNurian Dwi
 

Similar to 3 gerakan penjajahan (20)

Arnhy makalah
Arnhy makalahArnhy makalah
Arnhy makalah
 
Arnhy makalah
Arnhy makalahArnhy makalah
Arnhy makalah
 
Raja mutlak
Raja mutlakRaja mutlak
Raja mutlak
 
Kolonialisme adalah pengembangan kekuasaan sebuah negara ata
Kolonialisme adalah pengembangan kekuasaan sebuah negara ataKolonialisme adalah pengembangan kekuasaan sebuah negara ata
Kolonialisme adalah pengembangan kekuasaan sebuah negara ata
 
Arnhy makalah
Arnhy makalahArnhy makalah
Arnhy makalah
 
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )
Sejarah : Perluasan Kuasa Barat Pada Zaman Uthmaniyah ( STPM )
 
Perkembangan kolonialisme dan imperialisme barat di indonesia
Perkembangan kolonialisme dan imperialisme barat di indonesia Perkembangan kolonialisme dan imperialisme barat di indonesia
Perkembangan kolonialisme dan imperialisme barat di indonesia
 
SEJARAH ROMAWI KUNO & YUNANI KUNO
SEJARAH ROMAWI KUNO & YUNANI KUNOSEJARAH ROMAWI KUNO & YUNANI KUNO
SEJARAH ROMAWI KUNO & YUNANI KUNO
 
Sejarah Indonesia - Imperialisme dan Kolonialisme di Indonesia
Sejarah Indonesia - Imperialisme dan Kolonialisme di IndonesiaSejarah Indonesia - Imperialisme dan Kolonialisme di Indonesia
Sejarah Indonesia - Imperialisme dan Kolonialisme di Indonesia
 
Timbulnya kata imperialisme
Timbulnya kata imperialismeTimbulnya kata imperialisme
Timbulnya kata imperialisme
 
Ppt bab iii
Ppt bab iiiPpt bab iii
Ppt bab iii
 
Kelas11 sejarah-perkembangan pengaruh-barat6
Kelas11 sejarah-perkembangan pengaruh-barat6Kelas11 sejarah-perkembangan pengaruh-barat6
Kelas11 sejarah-perkembangan pengaruh-barat6
 
Proses masuknya islam ke Andalusia spanyol
Proses masuknya islam ke Andalusia spanyolProses masuknya islam ke Andalusia spanyol
Proses masuknya islam ke Andalusia spanyol
 
Sejarah perjuangan kemerdekaan negara di afrika
Sejarah perjuangan kemerdekaan negara di afrikaSejarah perjuangan kemerdekaan negara di afrika
Sejarah perjuangan kemerdekaan negara di afrika
 
sejarah-Nasionalisme Arab abad19
sejarah-Nasionalisme Arab abad19sejarah-Nasionalisme Arab abad19
sejarah-Nasionalisme Arab abad19
 
Perkembangan Nasionalisme di Dunia
Perkembangan Nasionalisme di DuniaPerkembangan Nasionalisme di Dunia
Perkembangan Nasionalisme di Dunia
 
tugas imerialisme dan kolonialisme kelompok 3.pptx
tugas imerialisme dan kolonialisme kelompok 3.pptxtugas imerialisme dan kolonialisme kelompok 3.pptx
tugas imerialisme dan kolonialisme kelompok 3.pptx
 
Nota B9T4
Nota B9T4Nota B9T4
Nota B9T4
 
Nota Bab 9
Nota Bab 9Nota Bab 9
Nota Bab 9
 
merkantilisme, imperialisme, kolonialisme
merkantilisme, imperialisme, kolonialismemerkantilisme, imperialisme, kolonialisme
merkantilisme, imperialisme, kolonialisme
 

More from Nur Az

Ekonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandarEkonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandarNur Az
 
Cukai jualan tarif-harga min dan max
Cukai jualan tarif-harga min dan maxCukai jualan tarif-harga min dan max
Cukai jualan tarif-harga min dan maxNur Az
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportNur Az
 
Ekonomi - Komoditi Eksport Koko
Ekonomi - Komoditi Eksport KokoEkonomi - Komoditi Eksport Koko
Ekonomi - Komoditi Eksport KokoNur Az
 
Ekonomi - Komoditi Eksport
Ekonomi - Komoditi EksportEkonomi - Komoditi Eksport
Ekonomi - Komoditi EksportNur Az
 
Ekonomi - Pertanian
Ekonomi - Pertanian Ekonomi - Pertanian
Ekonomi - Pertanian Nur Az
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanNur Az
 
Ekonomi - Institut bukan bank
Ekonomi - Institut bukan bankEkonomi - Institut bukan bank
Ekonomi - Institut bukan bankNur Az
 
Ekonomi - Kewangan-bank
Ekonomi - Kewangan-bankEkonomi - Kewangan-bank
Ekonomi - Kewangan-bankNur Az
 
Ekonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewanganEkonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewanganNur Az
 
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskalEkonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskalNur Az
 
Ekonomi - Tabungan awam
Ekonomi - Tabungan awamEkonomi - Tabungan awam
Ekonomi - Tabungan awamNur Az
 
Ekonomi - Tabungan pelaburan
Ekonomi -  Tabungan pelaburanEkonomi -  Tabungan pelaburan
Ekonomi - Tabungan pelaburanNur Az
 
Ekonomi - Pendidikan
Ekonomi - PendidikanEkonomi - Pendidikan
Ekonomi - PendidikanNur Az
 
Ekonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanEkonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanNur Az
 
Ekonomi -Teori Neo-Klasik
Ekonomi -Teori Neo-KlasikEkonomi -Teori Neo-Klasik
Ekonomi -Teori Neo-KlasikNur Az
 
Ekonomi - Model Harrod-Domer
Ekonomi - Model Harrod-DomerEkonomi - Model Harrod-Domer
Ekonomi - Model Harrod-DomerNur Az
 
Ekonomi - teori Rostow
Ekonomi - teori RostowEkonomi - teori Rostow
Ekonomi - teori RostowNur Az
 
Ekonomi - Model ricardo-karlmarx
Ekonomi - Model ricardo-karlmarxEkonomi - Model ricardo-karlmarx
Ekonomi - Model ricardo-karlmarxNur Az
 
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smithEkonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smithNur Az
 

More from Nur Az (20)

Ekonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandarEkonomi - kemiskinan di bandar
Ekonomi - kemiskinan di bandar
 
Cukai jualan tarif-harga min dan max
Cukai jualan tarif-harga min dan maxCukai jualan tarif-harga min dan max
Cukai jualan tarif-harga min dan max
 
Ekonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian ImportEkonomi - Penggantian Import
Ekonomi - Penggantian Import
 
Ekonomi - Komoditi Eksport Koko
Ekonomi - Komoditi Eksport KokoEkonomi - Komoditi Eksport Koko
Ekonomi - Komoditi Eksport Koko
 
Ekonomi - Komoditi Eksport
Ekonomi - Komoditi EksportEkonomi - Komoditi Eksport
Ekonomi - Komoditi Eksport
 
Ekonomi - Pertanian
Ekonomi - Pertanian Ekonomi - Pertanian
Ekonomi - Pertanian
 
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan PersekutuanEkonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
Ekonomi - Hutang Kerajaan Persekutuan
 
Ekonomi - Institut bukan bank
Ekonomi - Institut bukan bankEkonomi - Institut bukan bank
Ekonomi - Institut bukan bank
 
Ekonomi - Kewangan-bank
Ekonomi - Kewangan-bankEkonomi - Kewangan-bank
Ekonomi - Kewangan-bank
 
Ekonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewanganEkonomi- Dasar kewangan
Ekonomi- Dasar kewangan
 
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskalEkonomi- Dasar belanjawan-fiskal
Ekonomi- Dasar belanjawan-fiskal
 
Ekonomi - Tabungan awam
Ekonomi - Tabungan awamEkonomi - Tabungan awam
Ekonomi - Tabungan awam
 
Ekonomi - Tabungan pelaburan
Ekonomi -  Tabungan pelaburanEkonomi -  Tabungan pelaburan
Ekonomi - Tabungan pelaburan
 
Ekonomi - Pendidikan
Ekonomi - PendidikanEkonomi - Pendidikan
Ekonomi - Pendidikan
 
Ekonomi - Kemiskinan
Ekonomi - KemiskinanEkonomi - Kemiskinan
Ekonomi - Kemiskinan
 
Ekonomi -Teori Neo-Klasik
Ekonomi -Teori Neo-KlasikEkonomi -Teori Neo-Klasik
Ekonomi -Teori Neo-Klasik
 
Ekonomi - Model Harrod-Domer
Ekonomi - Model Harrod-DomerEkonomi - Model Harrod-Domer
Ekonomi - Model Harrod-Domer
 
Ekonomi - teori Rostow
Ekonomi - teori RostowEkonomi - teori Rostow
Ekonomi - teori Rostow
 
Ekonomi - Model ricardo-karlmarx
Ekonomi - Model ricardo-karlmarxEkonomi - Model ricardo-karlmarx
Ekonomi - Model ricardo-karlmarx
 
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smithEkonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
Ekonomi - teori pembangunan ekonomi-adam smith
 

3 gerakan penjajahan

  • 2. PENGENALAN • Membincangkan aspek-aspek yang berkaitan dengan gerakan penjajahan yang berlaku di negara Malaysia. • Penjajahan oleh kuasa-kuasa asing ke atas Tanah Melayu telah bermula pada tahun 1511 apabila Portugis menghancurkan keagungan Empayar Melayu Melaka diikuti Belanda, Inggeris dan Jepun.
  • 3. • Dasar kuasa asing telah mengubah corak kehidupan di Tanah Melayu • kehidupan tradisi masyarakat Melayu • struktur pentadbiran yang sedia wujud dalam masyarakat. Perubahan ini berlaku kerana ketamakan serta kerakusan penjajah yang ingin menguasai hasil mahsul dan keuntungan di negara ini.
  • 4. Definisi 1. Kolonialisme • Dasar sesebuah negara yang mengeksploitasi sesuatu kawasan serta masyarakatnya yang dianggap lemah dari berbagai sudut seperti ekonomi, sosial, budaya, corak pentadbiran, serta politik. • Plano dan Olton - satu bentuk pemerintahan ke atas sesebuah kawasan dan penduduknya oleh sebuah kuasa asing dengan menjalankan polisi imperialisme. Migrasi turut terlibat (dari negara asal ke kawasan baru) yang membentuk satu entiti politik baru ke atas kaum asal yang mempunyai pengetahuan dan teknologi (kemajuan) yang rendah seperti di Asia dan Afrika.
  • 5. • Evans dan Newham - memberi ruang rakyat asing yang minoriti mendominasikan politik dan ekonomi negara tersebut bagi mengukuhkan kekuasaan dan menindas golongan bawahan. • Nadel dan Curtis - lebih menjurus kepada bentuk penjajahan yang buruk, satu penindasan, penghinaan dan pengeksploitasian kehidupan masyarakat peribumi dalam bidang ekonomi, sosial, politik, petempatan dan sebagainya.
  • 6. 2. Imperialisme • Umumnya sebagai perluasan kawasan dan pengaruh satu bangsa ke atas bangsa lain. • Dasar meluaskan sesebuah empayar dengan menjajah negara lain - Kamus Dewan • Negara-negara besar atau kuasa-kuasa besar telah wujud sejak awal sejarah manusia lagi seperti di Mesir, Mesopotamia, Assyria, dan Persia. Imperialisme kuno mencapai kemuncak di zaman Rumawi dan Byzantium (Rumawi Timur). • Karl Marx - satu tingkatan dalam perkembangan kapitalisme sewaktu perluasan kuasa Eropah ke Asia dan Afrika di sekitar tahun 1750an – 1914.
  • 7. • Nadel dan Curtis - satu perkembangan kuasa atau kawalan, sama ada secara langsung atau tidak dalam politik atau ekonomi oleh sesuatu kerajaan, bangsa, atau masyarakat ke atas bangsa atau masyarakat yang lain. • Fieldhouse - satu kecenderungan sesuatu masyarakat atau pemerintahan untuk mengawal masyarakat lain dalam pelbagai tujuan. Kedua-duanya mempunyai maksud penjajahan tetapi setiap satu istilah atau dasar mempunyai makna tersendiri dan cara masing-masing dalam proses penjajahan.
  • 8. PERKEMBANGAN GERAKAN PENJAJAHAN Faktor-Faktor Penggalak Kolonialisme • Para sarjana bersetuju faktor-faktor kedatangan kuasa Eropah ke benua Asia adalah untuk memenuhi inspirasi konsep kolonialisme yang dipengaruhi slogan "Gold, Glory and God". Perry Marvin telah menjelaskan teori kebangkitan kuasa Eropah sebagai kolonialis atau penjajah sebagaimana berikut:
  • 9. 1. Gold (Keperluan kepada tanah) • Pengaruh tamadun Islam dan Asia telah mempercepatkan perkembangan masyarakat Eropah. • Sistem kesihatan dan perubatan bertambah baik, penduduk bertambah. • Sistem pertanian berkembang maju, tanah pertanian berkurangan.
  • 10. • Golongan bangsawan mula melihat meneroka tanah yang baru di luar negara khususnya di Asia dan Afrika sebagai peluang keemasan. • Asia dan Afrika merupakan kawasan yang kaya dengan sumber ekonomi seperti rempah dan juga galian seperti emas. • Asia juga merupakan pusat tumpuan persinggahan pedagang (seperti di Melaka) antara China dan India. • Para bangsawan ini tamak dan membuat urus niaga secara langsung dengan pihak pemilik sumber asal terutamanya para pedagang Arab dan Asia yang lain.
  • 11. 2. Glory (Permusuhan tradisi di antara negara-negara Eropah) • Ferdinand The Castille dan Isabella The Aragon di Sepanyol bergabung kuasa dan berjaya menjatuhkan kerajaan Granada di Andalusia, kerajaan Islam terakhir di benua Eropah. • Kerajaan Sepanyol yang baru itu merasa megah dan berhasrat meluaskan lagi tanah jajahan mereka. • Sepanyol bimbang dan iri hati melihat jiran mereka, Portugal yang lebih berjaya dalam penerokaan dunia baru seperti kejayaan Vasco Da Gama, Putera Henry dan Bartholomiew Diaz.
  • 12. • Persaingan untuk keperluan hidup dan kekayaan telah bertukar menjadi satu persaingan rakus memburu kemegahan. • Kerakusan memburu kemegahan turut disertai pula oleh Belanda, Jerman, Perancis dan Britain.
  • 13. 3. God (Agama) • Agama faktor utama membantu perkembangan penguasaan Eropah terhadap kawasan di benua Asia dan Afrika. • Legenda dan mitos akan wujudnya kerajaan Kristian di Timur yang diketuai oleh seorang "Messiah" atau "The Great Saviour" atau seorang ‘penyelamat’ bernama Prester John.
  • 14. • Pihak gereja di negara-negara Eropah yang berlumba- lumba menuju ke benua sebelah timur, percaya akan wujudnya sebuah kerajaan Kristian di situ. Mereka percaya dan yakin apabila ditemui kelak, kerajaan Kristian di benua sebelah timur ini akan dapat bergabung dengan negara-negara Kristian di Eropah untuk mengalahkan kuasa Islam yang pada ketika itu menguasai kebanyakan kawasan di Eropah, Asia dan Afrika. • Perasaan ini kuat melekat di hati para peneroka seperti Putera Henry dan juga mereka yang berasal dari kawasan Semenanjung Liberia atau Sepanyol dan Portugal.
  • 15. • Selama 500 tahun mereka berjuang untuk mengalahkan dan menjatuhkan Islam sehinggalah musnahnya kerajaan Islam Granada. Perasaan kuat menyokong unsur keagamaan ini amat berkait rapat dengan sistem juga norma-norma kehidupan masyarakat Eropah yang pada ketika itu kuat diikat oleh pengaruh penguasaan gereja terutamanya di Sepanyol dan Portugal.
  • 16. Faktor-Faktor Penggalak Imperialisme • Dasar-dasar imperialisme adalah lebih di dorong oleh perkembangan semasa di Eropah yang sibuk memperjuangkan faham nasionalisme dan negara bangsa (nation states). Di antara faktor-faktor penggalak yang digariskan oleh ramai sarjana ialah: 1. Etnosentrisme • Nasionalisme moden berkembang pada tahun-tahun 1750an hingga 1914, konsep kemegahan melalui penjajahan berbentuk kolonialisme telah berubah corak kepada kemegahan dan ketinggian bangsa masing-masing.
  • 17. • Idea bangsa terpilih atau ummatan mukhtarah telah lama diwujudkan oleh kaum bani Israel tetapi dalam tempoh yang tersebut, pemikiran sebegini telah semakin bertambah subur. • Mereka mula memandang hina bangsa lain di dalam benua mereka sendiri dan pada kemuncaknya berlakulah Perang Dunia Pertama
  • 18. 2. Jingoisme • Etnosentrisme telah memupuk semangat patriotisme melampau di kalangan kuasa-kuasa Eropah. Akibatnya, perasaan benci yang tinggi timbul di antara kaum dan bangsa yang hidup di Eropah pada ketika itu dan mula meluaskan percakaran mereka keluar negara. • Negara-negara yang lemah di Asia, Amerika dan Afrika sebagai sasaran menunjukkan keegoan juga bahan penindasan bagi menunjukkan kuasa mereka.
  • 19. 3. Agama • Misi agama Kristian yang membawa tugas suci menyelamatkan umat manusia daripada penindasan dan ketidakadilan terutama di negara-negara mundur seperti di Asia dan Afrika telah mewujudkan fahaman "the white men burden" atau "tugas suci orang kulit putih". • Fahaman ini memberi maksud bangsa selain orang kulit putih atau Kristian adalah merupakan beban yang ditakdirkan Tuhan kepada mereka (orang kulit putih) untuk di uruskan. • Dengan perasaan megah dan bangga diri, kuasa-kuasa Eropah ini lebih agresif melaksanakan aktiviti imperialisme di atas nama untuk menyelamatkan bangsa lain yang mundur.
  • 20. 4. Keinginan Mencapai Kuasa Besar • Kemegahan dan kegilaan mewujudkan keinginan menjadi kuasa besar yang menguasai semua manusia di muka bumi ini. • Jerman merupakan contoh terbaik bagaimana perasaan nasionalisme yang dipupuk oleh Bismarck pada tahun-tahun 1800an telah mengakibatkan dunia terheret ke dalam kancah Perang Dunia Pertama. Ini berlaku kerana ketamakan untuk menguasai seluruh Eropah.
  • 21. • Kolonialisme adalah merupakan satu dasar penjajahan di mana penaklukan dibuat ke atas sesuatu tempat baru untuk mendapatkan hasil mahsulnya. • Hasil ketamakan mereka, kaum imigran telah dibawa masuk dan kumpulan minoriti orang asing ini kemudiannya secara perlahan-lahan menguasai negara yang terjajah tersebut. • Justeru, dalam konteks kolonialisme dasar penjajahan dibuat atas dasar kepentingan pihak penjajah di segi pendapatan dan menggunakan kaum imigran sebagai batu loncatan untuk mempunyai kuasa di tanah jajahan mereka.
  • 22. • Imperialisme pula, bolehlah di katakan sebagai satu kesinambungan atau lanjutan daripada sifat konsep kolonialisme tetapi lebih keras. • Penguasaan ini melibatkan proses perkembangan kuasa dan kawalan melalui idea dan pemikiran mereka sendiri terhadap sistem politik dan ekonomi bagi meluaskan kuasa sesuatu empayar. • Dasar ini lebih cenderung untuk menyebarkan idea kebendaan dan kemegahan dari barat, iaitu dengan menonjolkan sifat keunggulan sesuatu bangsa.
  • 23. GERAKAN PENJAJAHAN BARAT DI TANAH MELAYU • Telah wujud sejak awal lagi— dilakukan oleh kerajaan seperti Srivijaya, Majapahit, Pasai, dan Siam. • Tidaklah memberi kesan yang jelas seperti kuasa barat yang datang kemudian. Kedatangan Penjajah Barat • Proses penjajahan barat di Tanah Melayu bermula pada tahun 1509 apabila Portugis datang untuk berdagang.
  • 24. • Ketamakan dan rasa iri hati yang wujud di kalangan orang-orang Melayu akhirnya mengakibatkan penaklukan Empayar Melayu Melaka oleh Portugis pada tahun 1511. • Melaka jatuh ke tangan Belanda pada tahun 1641. • British mengambil alih Melaka setelah perjanjian Straits Settlement ditandatangani pada tahun 1824.
  • 25. Faktor penyebabkan Tanah Melayu menjadi tarikan, iaitu: 1. Kedudukan Geografi Tanah Melayu • Jalan perdagangan di antara benua timur dan barat strategik sebagai sebuah pusat perdagangan. • Selat Melaka jalan laut yang selamat dan terlindung dari taufan, ribut dan gelora lautan. • Faktor geografi selamat untuk jalan perdagangan dan perlindungan dari ancaman semula jadi ataupun yang dilakukan manusia.
  • 26. 2. Bahan Mentah • Tanah Melayu terkenal dengan gelaran Golden Chersoneves ataupun Suvarnabhumi, kaya dengan hasil buminya seperti emas dan timah. • Tanah Melayu sering digunakan sebagai pelabuhan entrepot yang mengumpulkan hasil-hasil hutan seperti kayu manis, buah pala, rotan, sagu selain bekalan air dan makanan untuk bekalan perjalanan mereka. • Penemuan bijih timah secara meluas, Tanah Melayu menjadi bertambah penting bagi kuasa-kuasa penjajah.
  • 27. 3. Pasaran Baru • Eropah pada abad ke-14 dan 15 sedang rancak dengan projek penjelajahan dan penemuan. • Revolusi perindustrian menyebabkan kuasa besar di Eropah keluar dari benua Eropah dan mencari penempatan dan pasaran baru bagi perdagangan mereka. • Kedudukan Tanah Melayu di tengah jalan perdagangan menjadi tarikan kepada kuasa Eropah - Tanah Melayu sebagai pusat pasaran dan perdagangan.
  • 28. • Pasaran di Eropah sukar dan persaingan sengit untuk mendapatkan lokasi dan pasaran baru pengeluaran masing-masing. • Keperluan terhadap bahan mentah yang berkaitan dengan industri seperti bijih timah dan besi meningkat dengan mendadak.
  • 29. 4. Pangkalan Tentera • Kedudukan yang sesuai menjadi pangkalan tentera. • Sejarah awal kedatangan kuasa penjajah barat ke Tanah Melayu bukan sahaja untuk mencari sebuah pelabuhan persinggahan tetapi juga kerana strategi ketenteraan untuk keselamatan angkatan atau rombongan mereka. • Kapten Francis Light ke Pulau Pinang yang dipajak oleh British dari Kerajaan Kedah sebagai pelabuhan persinggahan dan pangkalan tentera untuk mengawal ancaman lanun serta kuasa asing seperti Belanda, Perancis, dan Jerman dari menggugat kapal-kapal perdagangan mereka yang menggunakan laluan di Selat Melaka. Pulau Pinang kemudiannya telah menjadi antara tempat terawal dalam senario perluasan kuasa British di Tanah Melayu
  • 30. 5. Prester John • Pihak gereja telah menjanjikan kedatangan seorang Messiah atau The Great Saviour atau penyelamat agung bernama Prester John yang akan muncul di benua sebelah timur. • Kepercayaan ini menyebabkan orang-orang Kristian seperti Putera Henry dari Portugal telah melancarkan gerakan mencari Prester John di sebelah timur dengan harapan gabungan kerajaan Kristian sebelah timur dan kerajaan Kristian mereka dapat menjatuhkan empayar Islam secara keseluruhannya.
  • 31. Dasar Campur Tangan British di Tanah Melayu • Datang hanya untuk mengaut hasil keuntungan di Tanah Melayu tanpa peduli dan campur tangan dalam hal ehwal urusan orang Melayu dan negeri- negeri Melayu. • Pada tahun 1874 secara rasmi British mula campur tangan dalam hal ehwal negeri-negeri Melayu dengan termeterainya Perjanjian Pangkor. • British terus mengekalkan kuasa dan pengaruh di negeri-negeri Melayu yang lain sehinggalah kemerdekaan dicapai pada tahun 1957.
  • 32. Di antara faktor-faktor campur tangan British di Tanah Melayu 1. Faktor Ekonomi • Revolusi industri di Eropah, keperluan bahan mentah seperti bijih timah meningkat. • Sektor perlombongan bijih timah yang kebanyakannya dikuasai oleh saudagar-saudagar British dan Cina yang berkerakyatan British. • Sekatan perdagangan oleh Belanda terhadap pengaruh kuasa lain di Indonesia menyekat kemaraan British di kawasan lain di rantau ini menyebabkan tumpu perhatian kepada Tanah Melayu bagi mendapatkan hasil yang diperlukan.
  • 33. 2. Faktor Ancaman dan Persaingan Pengaruh Asing • Kuasa-kuasa lain turut berminat dengan Tanah Melayu • Bijih timah • Jalan perdagangan dunia – timur dan barat • Penguasaan penuh Belanda di Indonesia dan Sepanyol di Filipina. • Persaingan imperialisme di kalangan negara-negara besar dari Eropah untuk membuka tanah jajahan.
  • 34. 3. Pergolakan Politik di Tanah Melayu • 1860an hingga 1880, negeri pantai barat berada dalam keadaan huru hara kerana perebutan takhta dan perang saudara melibatkan kawasan perlombongan dan membabitkan buruh imigran Cina yang dibawa masuk oleh British. • Perlombongan tidak dapat dijalankan kerana buruh Cina yang menganggotai kumpulan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San terlibat dalam pergolakan politik. Peralatan perlombongan musnah akibat pergaduhan dan peperangan. • Bimbang pergolakan akan merebak ke kawasan atau negeri lain - perang saudara di Larut Perak dibimbangi merebak ke Pulau Pinang yang juga ramai imigran Cina.
  • 35. 4. Perubahan Pucuk Pimpinan di Britain • Parti Konservatif yang diketuai oleh Disraeli telah memenangi pilihan raya di Britain pada tahun 1873 dan mengubah dasar Pejabat Tanah Jajahan untuk masuk campur tangan dalam urusan pentadbiran negeri-negeri di Tanah Melayu. • Perubahan ini di lihat jelas dipengaruhi oleh perkembangan semasa, di mana bentuk penjajahan berbentuk imperialisme yang ditunjangi oleh kemegahan nasionalisme dan jingoisme.
  • 36. Dasar-Dasar Penjajahan British di Tanah Melayu • Laksana pelbagai dasar meliputi sosial, ekonomi, dan politik yang mengubah wajah asal Tanah Melayu dan sistem kehidupan masyarakat Melayu yang sedia ada. • Laksana banyak dasar ‘pecah dan perintah’ secara berhati-hati dan perlahan-lahan seolah-olah berlaku secara semula jadi.
  • 37. 1. Sosial • Dasar paling utama British ialah kemasukan tanpa had imigran asing dari China dan India ke Tanah Melayu sebagai buruh-buruh di lombong dan ladang. • Suatu ketika telah hampir mengatasi jumlah penduduk asal negara ini. • Mengaut sebanyak-banyak keuntungan dari Tanah Melayu tanpa memperdulikan keadaan masyarakat Melayu. • Imigran tersebut telah membentuk masyarakat baru dalam negara ini dan diletakkan di kawasan-kawasan yang terpisah daripada kaum-kaum lain untukmenghalang kewujudan perpaduan antara kaum - dasar pecah dan perintah.
  • 38. • Dasar pendidikan British berdasarkan sistem vernakular yang mana pendidikan dibuat berdasarkan kaum masing- masing • Sekolah Cina dan Tamil dengan bahasa pengantar dan sukatan pelajaran yang diambil terus daripada negara asal mereka. • Sekolah British dijalankan oleh mubaligh Kristian dan berasaskan pendidikan British yang diambil daripada negara Britain sepenuhnya. • Sekolah Melayu pula masih berasaskan pelajaran agama dan bercampur sedikit dengan pendidikan akademik yang mempunyai pengaruh British.
  • 39. • British memastikan taraf pendidikan di sekolah tidak akan seragam dan taraf pendidikan yang diterima terutamanya orang Melayu adalah di tahap yang rendah - Tanah Melayu belum mampu untuk bebas dan mentadbir negara bersendirian. • Taraf pendidikan orang Melayu sering di banding dengan taraf pendidikan di Britain. British sering menanamkan kata-kata bahawa masyarakat Melayu adalah malas dan mudah berpuas hati. Hakikatnya masyarakat Melayu adalah rajin berasaskan pekerjaan dalam sistem ekonomi tradisi tetapi tidak diberi kesempatan mendapat pendidikan yang terbaik.
  • 40. • Imigran-imigran asing dari India dibawa bekerja sebagai pendidik di Tanah Melayu. Taraf pendidikan masyarakat Melayu terus kekal tidak dapat melebihi taraf pendidikan Inggeris yang sebenar kerana mereka hanya dididik oleh pendidik dari negara yang terjajah juga - ketidakikhlasan British memajukan pendidikan orang-orang yang mereka jajah
  • 41. 2. Ekonomi • Bermula dengan kewujudan hasil bijih timah di Perak yang menghasilkan Perjanjian Pangkor 1874. • Mengubah hala tuju ekonomi tradisi di Tanah Melayu yang berasaskan ekonomi sara diri kepada bentuk ekonomi moden bersifat komersial dan keuntungan - dasar kolonialisme • Dilakukan oleh British secara berhati-hati bagi memastikan tujuan asal dasar kolonialisme British untuk mengenepikan masyarakat Melayu daripada sebarang kemajuan kerana di lihat sebagai ancaman kepada pentadbiran penjajah. • Pembesar Melayu terlibat dalam sektor perlombongan , rakyat bawahan disisihkan kononnya • menghormati sistem ekonomi tradisi masyarakat Melayu - menaman padi, menangkap ikan dan menternak dan mencari hasil hutan.
  • 42. • Sektor perlombongan - buruh-buruh yang murah dari negara China yang sedang menghadapi pelbagai masalah bencana alam seperti gempa bumi, banjir, dan kebuluran. • Sektor perladangan getah - buruh-buruh dari India. • Melayu terus kekal dengan aktiviti-aktiviti ekonomi yang tidak menguntungkan dan pembekal keperluan makanan kepada British dan buruh-buruh asing yang di bawa masuk. • Konsep kolonialisme awal telah bertukar menjadi lebih agresif hasil daripada sikap tamak untuk menguasai segala-galanya di Tanah Melayu. • Konsep imperialisme yang lebih campurtangan dan menguasai segalanya di tanah jajahan dilaksanakan. Ini berdasarkan keperluan semasa di mana negara.
  • 43. 3. Politik • Cuba memastikan raja-raja Melayu atau sultan-sultan akan berada di bawah telunjuk mereka. • Selepas Perjanjian Pangkor 1874, sistem residen dilaksanakan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu—Perak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang. • Nasihat residen dalam hal-hal selain agama Islam dan adat istiadat orang Melayu haruslah diikuti raja-raja. • Raja Abdullah, salah seorang waris raja di Perak bersama pembesar dan rakyat bangkit membunuh • Campur tangan ke atas negeri Melayu telah lebih awal ke atas Negeri-Negeri Selat - Melaka, Pulau Pinang dan Singapura. British memerintah secara terus dari Pejabat Tanah Jajahan di London gabenor British Negeri-Negeri Selat.
  • 44. • Sistem Penasihat Negeri di Negeri-Negeri Melayu Tidak Bersekutu - Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu dan Johor . Penasihat British akan membantu pentadbiran raja-raja dan sultan-sultan Melayu melainkan dalam hal-hal agama Islam dan adat istiadat orang Melayu. • Penguasaan British menerusi sistem Residen dan Penasihat telah mewujudkan persekutuan, cadangan Malayan Union dan kemudiannya digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu. • Selepas pilihanraya 1952 dan 1955 sistem kerajaan berketua Menteri dan kabinet untuk pentadbiran telah dilaksanakan. Menerusi peringkat yang telah anda lihat, secara sedikit demi sedikit raja-raja disisihkan dari rakyat dan tanggungjawab pemerintahan
  • 45. Kesan Gerakan Penjajahan Barat di Tanah Melayu • Tanah Melayu bebas dan merdeka pada 31 Ogos 1957. Setelah lebih kurang 400 tahun di bawah cengkaman penjajah barat. • Penjajahan dengan penerapan dasar-dasar kolonialisme dan imperialisme meninggalkan kesan kepada pelbagai sudut kehidupan termasuk ekonomi, politik dan sosial masyarakat di Tanah Melayu.
  • 46. 1. Sosial • Kewujudan masyarakat berbilang kaum di Tanah Melayu - majmuk . • Tanah Melayu asalnya di diami masyarakat Melayu sahaja telah dipaksa menerima kedatangan imigran. • Masyarakat majmuk semasa kerajaan Melayu Melaka bersifat sementara kerana mereka adalah pedagang- pedagang, yang berkahwin mengasimilasikan diri mereka ke dalam kebudayaan dan adat resam masyarakat Melayu dan tidak mengubah suasana asal masyarakat terutamanya strukur politik, ekonomi, dan sosial.
  • 47. • Sikap British tidak berhasrat membantu kemajuan orang Melayu dalam pendidikan menjadi mereka paling ketinggalan. Melayu cerdik pendidikan menjadi masalah kepada British. Sukatan pelajaran dan bahasa yang digunakan di sekolah vernakular tidak sedikit pun melambangkan suasana negara ini dan tidak merangsang berlakunya perpaduan di antara kaum.
  • 48. 2. Ekonomi • Ubah sistem ekonomi tradisi berasaskan ekonomi sara diri kepada sistem ekonomi bermatlamatkan keuntungan. • Memisahkan setiap kaum mengikut kegiatan ekonomi – India sebagai penoreh getah, Melayu sebagai nelayan atau penanam padi dan Cina sebagai pelombong. • Masyarakat di Tanah Melayu terasing mengikut lokaliti kegiatan ekonomi masing-masing - masalah perpaduan kaum.
  • 49. 3. Politik • Kekuasaan raja dan sultan Melayu telah dikurangkan ke peringkat hanya menjadi lambang kepada negeri atau negara. • Semasa pemerintahan Melayu Tradisi segala kerja pentadbiran dijalankan oleh masyarakat Melayu, tetapi setelah kedatangan kaum imigran asing proses pentadbiran telah turut melibatkan mereka. • Melalui sistem pilihanraya, perdana menteri dan kabinet juga pegawai daerah mula mengambil alih segala tugasan pentadbir Melayu Tradisi, iaitu sultan dan pembesar.
  • 50. KESIMPULAN • Kolonialisme dan imperialisme adalah berlainan dari sudut dasar, perlakuan atau aktiviti penjajahan. • Kolonialisme ianya jelas dipengaruhi faktor-faktor agama (god), kemegahan (glory), dan keuntungan atau kekayaan (gold). • Imperialisme memperlihatkan aktiviti-aktiviti yang menggambarkan kesinambungan sifat-sifat kolonialisme seperti kemegahan, nasionalisme dan etnosentrisme yang memuliakan kaum sendiri. Dapatlah kita membuat
  • 51. • Mengubah kehidupan asal yang ada di negara ini meliputi aspek sosial, ekonomi, atau politik. • Dasar-dasar kemasukan imigran, pendidikan vernakular, pemecahan ekonomi mengikut kaum, sistem residen dan dasar pemerintahan berpusat telah mengakibatkan cara hidup tradisi terhimpit dan tidak dihiraukan oleh penjajah British. • Sistem pemerintahan bertunjangkan sistem beraja dan pembesar dan telah berjaya mengharungi kehidupan ratusan tahun akhirnya hilang sedikit demi sedikit. • Muncul masyarakat majmuk yang terdiri daripada berbilang kaum dan bangsa, satu sistem ekonomi moden yang mementingkan keuntungan dan mengamalkan sistem pentadbiran berpusat .
  • 52. • Wujud Tanah Melayu sebagai negara baru dengan rakyat dan sistem kehidupan yang baru.