1. IUS 4313 : MABAHITH SAM’IYYAT
TAJUK :
TANDA-TANDA KIAMAT MENURUT DALIL DAN KRONOLOGI
NAMA PENSYARAH :
Ustaz Mahadi Bin Mohamad
SYUKBAH :
Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam (Usuluddin) SEMESTER 5
Fakulti Kontemporari Islam ( FKI )
2. BIL NAMA PELAJAR NO MATRIK
1 SITI BONGSU BINTI JAAFAR 032479
2 SITI NUR FADHLINA BINTI SHARIFF 033057
3 MAJIDAH BINTI JUSOH 032598
4 NURUL SYAHIDA BINTI MAT RODZI 033245
3. PENDAHULUAN
Hari kiamat merupakan suatu perkara ghaib yang
hanya diketahui oleh Allah s.w.t. Dia tidak
menampakkan hal itu walaupun kepada malaikat
yang dekat dengan-Nya bahkan tidak juga kepada
nabi yang diutuskan. Oleh itu, tidak ada seorang
pun yang mengetahui bila terjadinya Hari kiamat
kecuali Allah s.w.t. Perkara ini telah dibuktikan
melalui firman-Nya di dalam al-Quran dan hadis-hadis
Nabi Muhammad s.a.w.
4. TANDA-TANDA KIAMAT
(dalil dan kronologinya)
Terdapat banyak hadis Nabi SAW yang membicarakan tentang tanda-tanda
kiamat ini. Antaranya adalah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim
rahimahullah meriwayatkan hadis ini dari Hudzaifah bin Asid dengan lafaz
lain, iaitu:
إ نَّ السَّاعَةَ لاَ تَكُوْنُ حَتَّـى تَكُوْنَ عَشْـرُ آيَا ت : خَ سْفٌ بِالْمَشْرِقِ، وَخَسْفٌ بِالْمَغْ رِبِ،
وَخَسْفٌ بَِِزِيْـرَةِ الْعَرَبِ، وَالدُّخَانُ، وَالدَّجَّالُ، وَدَ ابَّةُ اْلأَرْضِ، وَيَأْجُوْجُ وَمَأْجُوْجُ ،
وَطُلُوْعُ الشَّمْسِ مِنْ مَغْرِبَِِا، وَنَارٌ تََْرُجُ مِنْ قُـعْ رَةِ عَدَ ن تَـرْحَ ال اََّّ “Sesungguhnya Kiamat tidak akan terjadi hingga ada sepuluh tanda
(sebelumnya): khasf di timur, khasf di barat, khasf di Jazirah Arab, asap,
Dajjal, binatang bumi, Ya'-juj dan Ma'-juj, terbitnya matahari dari barat,
dan api yang keluar dari jurang ‘Adn yang menggiring manusia.”
Berdasarkan hadis ini terdapat 10 tanda-tanda Hari Kiamat. Perkara ini
secara umum tidak terdapat percanggahan pendapat di kalangan ulama’.
Walaubagaimanapun, mereka ada berselisihan pandangan dari segi
urutan (kronologi) tanda-tanda kiamat.
5. Berdasarkan pengamatan kami, kami tidak
menemui nas-nas yang sahih bagi menjelaskan
secara terperinci mengenai turutan tanda-tanda
besar Hari Kiamat. Di mana tanda-tanda besar
yang disebutkan di dalam hadis-hadis hanyalah
penyebutan secara keseluruhan, bukan secara
terperinci, walaupun kebanyakan hadis-hadis itu
dicantumkan tanda-tanda besar secara
berturutan kerana lafaz-lafaz tersebut
mengunakan huruf “wawu athaf” (kata
sambungan), sedangkan huruf wawu athaf ini
tidak menunjukkan tertib atau berurutan.
6. PENDAPAT ULAMA
Ibn Hajar menggabungkan antara (riwayat yang menjelaskan)
bahwa keluarnya Dajjal adalah yang pertama kali dan (riwayat
yang menjelaskan) bahawa terbitnya matahari dari barat
adalah yang pertama kali, beliau berkata, “Pendapat yang
paling kuat dari keseluruhan riwayat bahawa keluarnya Dajjal
adalah tanda besar pertama yang mengisyaratkan perubahan
keadaan secara umum di muka bumi, hal itu berakhir dengan
wafatnya Nabi ‘Isa Alaihissallam. Sedangkan terbitnya
matahari dari arah barat adalah tanda besar pertama yang
mengisyaratkan perubahan alam dan perkara ini berakhir
dengan datangnya Hari Kiamat. Manakala keluarnya binatang
dari perut bumi ( Dabbah ) kemungkinan terjadi pada hari
terbitnya matahari dari barat.
7. Menurut Ibnu Hajar lagi, hikmahnya bahawa
ketika matahari terbit dari barat, pintu taubat
ditutup, lalu binatang besar keluar dari perut
bumi yang mana kedatangannya itu
membezakan antara seorang mukmin dan
kafir, sebagai maksud untuk menyempurnakan
penutupan pintu taubat, dan tanda pertama
yang mengisyaratkan tegaknya Kiamat adalah
api yang mengumpulkan manusia.
8. Adapun al-Hafizh Ibnu Katsir berpendapat bahawa keluarnya
binatang besar yang pelik merupakan tanda Kiamat besar
pertama yang terjadi di muka bumi (alam bawah), kerana
binatang yang dapat berbicara dengan manusia dan dapat
membezakan antara orang yang mukmin dan kafir adalah hal
yang menyalahi kebiasaan.
- Sementara terbitnya matahari dari barat, maka hal itu
merupakan hal yang sangat jelas dan merupakan tanda Kiamat
pertama yang terjadi di langit.
- Adapun munculnya Dajjal, turunnya Nabi ‘Isa Alaihissallam dari
langit dan keluarnya Ya'-juj dan Ma'-juj, walaupun mereka keluar
sebelum terbit matahari dari barat iaitu sebelum munculnya
‘Dabbah’ kerana mereka semua adalah manusia, menyaksikan
mereka juga yang seperti dengan mereka, bukan perkara yang
pelik. Berbeza dengan keluarnya binatang dan terbitnya
matahari dari barat, maka semuanya adalah hal yang aneh.
9. Ath-Thaibi rahimahullah berkata, “Kejadian-kejadian luar
biasa tersebut merupakan tanda-tanda Kiamat iaitu sebagai
tanda akan dekatnya Hari Kiamat atau tanda akan terjadinya
Kiamat.
Yang pertama adalah Dajjal, turunnya Nabi ‘Isa, Ya'-juj Ma'-juj,
dan penenggelaman ke dalam bumi. Bahagian kedua, adalah
asap, terbit-nya matahari dari barat, keluarnya binatang dan
api yang mengumpulkan manusia.
10. Ath-Thabrani rahimahullah meriwayatkan dalam kitab al-Ausath dari Abu
Hurairah Radhiyallahu anhu, dari Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam , beliau
bersabda:
خُرُوْجُ اْلآيَاتِ بَعْضُهَا عَلَـى إِثْرِ بَعْضٍ، يَتَتَابَعْ نَ كَمَـا تَتَابَعَ الْخَرَزُ فِي النِِّظَامِ
“Munculnya tanda-tanda (Kiamat) sebahagiannya mengikuti sebahagian
yang lain, saling mengikuti bagaikan mutiara pada sebuah rangkaian.
Imam Ahmad meriwayatkan dari ‘Abdullah bin ‘Amr Radhiyallahu anhuma,
beliau berkata, “Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
اْلآيَاتُ خَرَزَاتٌ مَنْظُوْمَاتٌ فِيْ سِلْكٍ، فَإِنْ يُقْطَعِ السِِّلْكُ؛ يَتْبَعْ بَعْضُهَا بَعْضًا
‘Tanda-tanda (Kiamat) bagaikan mutiara yang terangkai di dalam seutas
benang, jika benang itu diputus, maka sebahagiannya akan mengikuti
sebahagian yang lain.’”
11. Mengikut sebahagian riwayat, asap tebal yang akan
berlaku pada akhir zaman nanti akan berpanjangan
selama 40 hari. Kemudian akan bertiuplah angin yang
lembut yang datangnya dari Yaman lalu mematikan
keseluruhan oorang yang beriman walaupun imannya
hanya sebesar zarah.
Daripada Abu Hurairah r.a berkata, Rasulullah
SAW bersabda: “Sesungguhnya Allah akan
mengutuskan angin yang lembut yang datang dari
Yaman. Aingin itu lebih lembut dari sutera. Ia tidak
melalui seseorang yang beriman, walaupun
imannya hanya ada sebesar biji sawi kecuali ia
akan mematikannya.” (Riwayat Muslim)
Apabila orang beriman semuanya telah mati, maka
tinggal hanyalah orang kafir yang tidak mengenal Allah
dan tidak tahu sama sekali tentang agama.
12. “..Maka yang tinggal lagi hanyalah orang yang
jahat. Cepat seperti burung yang terbang (untuk
mengerjakn maksiat) dan jahat seperti binatang
(pada akhalak mereka). Mereka tidak kenal apa itu
kebaikan dan tidak tahu apa itu kemungkaran.
Lalu syaitan mengoda mereka sambil berkata:
‘Kamu tidak mahukah ikut aku?’ mereka
menjawab: ‘Apa yang hendak engkau suruh.’ lalu
syaitan menyuruh mereka menyembah berhala.’
(Riwayat Muslim)
Maka ketika itu sudah tidak ada lagi yang
menyebut nama Allah di atas muka bumi ini.
13. Hal ini diperkuatkan oleh keterangan yang lalu mengenai turutan
tanda-tanda besar Kiamat, di mana sebahagian hadis menyebutkan
bahawa sebahagian tanda-tanda itu muncul pada jarak masa yang
hampir antara satu sama lain. Tanda besar Kiamat yang pertama
setelah kemunculan al-Mahdi adalah keluarnya Dajjal, kemudian
turunnya ‘Isa Alaihissallam untuk membunuhnya, selanjutnya
datangnya Ya'-juj dan Ma'-juj, dan do’a Nabi ‘Isa Alaihissallam untuk
kebinasaan mereka, akhirnya Allah membinasakan mereka.
Ini adalah dalil sangat dekatnya Kiamat, kerana antara wafatnya Nabi
‘Isa Alaihissallam dan terjadinya Kiamat terdapat beberapa tanda-tanda
besar Kiamat, seperti terbitnya matahari dari barat, munculnya
binatang besar, asap, dan keluarnya api yang mengumpulkan
manusia. Tanda-tanda Kiamat ini terjadi dalam waktu yang sangat
singkat sebelum tegaknya Kiamat. Perumpamaannya seperti ikatan
yang terputus dari rangkaiannya.
Perkara ini disandarkan oleh Ibnu Hajar yang mengatakan “Telah
tetap bahawa tanda-tanda besar Kiamat bagaikan benang, jika ia
putus, maka mutiara yang ada di dalamnya akan berjatuhan. Hadits
ini dijelaskan di dalam riwayat Ahmad.”
14. Berdasarkan sumber yang diperoleh, dapat kami rumuskan
bahawa turutan tanda-tanda besar hari kiamat ialah:
1) Kemunculan dajjal
2) Turun Isa Ibnu maryam
3) Kemunculan ya’juj dan ma’juj
4) Matahari terbit dari barat
5) Keluarnya binatang (dabbah) dari perut bumi
6) Keluar asap yang tebal
7,8,9) Tiga gempa bumi
Iaitu gempa bumi di Timur, Barat, dan di Semenanjung Arab.
Ianya berlaku sebelum kehancuran alam ini.
10) Keluar api yang mengiringi manusia
15. KESIMPULAN
Nampaknya, pendapat yang dapat dijadikan sandaran adalah pendapat yang
dipegang oleh Ibnu Hajar, kerana keluarnya Dajjal dari keadaannya sebagai
seorang manusia sama sekali bukan tanda Kiamat, yang menjadikannya
sebagai tanda Kiamat adalah keadaannya sebagai manusia dengan
kemampuan memerintahkan langit untuk menurunkan hujan, maka hujan
pun turun, dan memerintahkan bumi agar menumbuhkan tumbuhan, maka
bumi pun menumbuhkan tumbuhan. Dia memiliki banyak kemampuan yang
luar biasa, sebagaimana akan dijelaskan dalam pembahasan tentang Dajjal.
16. RUJUKAN
1- Yusuf bin Abdullah bin Yusuf Al-Wabil Ma, Alamat-Alamat
Besar Kedatangan Hari Kiamat, 1996, Era Ilmu Sdn. Bhd, Kuala
Lumpur.
2- Muhammad Sofwan, Rahsia Kehidupan Di Akhirat, 1993,
Citakhimat (M) Sdn. Bhd, Selangor.
3- Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam, 40 Hadis Peristiwa Akhir
Zaman, 2013, Galeri Ilmu, Selangor.