More than Just Lines on a Map: Best Practices for U.S Bike Routes
Asia Timur
1. 1.1 Konfigurasi dan keseimbangan kuasa
Keseimbangan kuasa merujuk kepada kedudukan keseimbangan di antara negara dalam politik dunia.
Kedudukan ini perlu untuk mengelakkan wujudnya satu kuasa yang dominan. Keseimbangan tersebut boleh
dicapai menerusi keupayaan pertahanan yang setara di antara negara-negara dan penubuhan pakatan
ketenteraan negara-negara .
Apabila tamatnya perang dingin, perubahan ketara berlaku dalam struktur kuasa sedunia.
Kebangkitan China sebagai kuasa serantau selepas tamatnya Perang Dingin telah menimbulkan kebimbangan
kepada AS dan negara-negara lain di Asia Pasifik. Sebalinya, China bimbang pengelibatan As akan cuba
menjadi kuasa hegemoni di rantau ini terutama melalui pakatan As-Jepun. China menolak pengaruh AS dan
Sebagai alternatif, China mencadangkan kerjasama keselamatan yang berbentuk multilateral di Asia Pasifik.
As menggunakan pakatan keselamatan As-Jepun untuk menjustifikasikan kehadiran tentera di rantau ini
sekaligus mengimbangi kebangkitan China dari segi politik, ekonomi dan ketenteraan.
Jepun juga ingin mewujudkan keseimbangan kuasa di ratau Asia Timur Laut dan di Asia Pasifik melalui
pakatan As-Jepun yang membantu mengimbagi kuasa-kuasa serantau yang lain seperti China, Rusia dan
Korea Utara.
Sejak Pearng dingin, dasar keselamatan Jepun adalah untuk mengimbangi ancaman Komunis China dan
Kesatuan Soviet serta menananggani ancaman Nuklear Korea Utara. Bagi Jepun hubungan serantau yanh
tidak stabil dan kemajuan pembangunan ketenteraan telah wujudkan dilema keselamatan negara Jepun di
rantai Asia Timur
Konflik Korea utara dan korea Selatan telah membawa kepada ancaman keselamatan di rantau ini. Belum
terdapat perjanjian perdamaian yang ditandatangani.
Korea utara menguji peluru berpandu pada 1998 dan pada 2005 mengisytiharkan bahawa negaranya
mempunyai nuklear secara tidak langsung meningkatkan konflik nuklear di rantau ini.
2. 2.2 Peningkatan Bajet Pertahanan Dan Pembangunan
Kemajuan dan pembangunan adalah berkairapat oleh tahap pemangunan ekonomi sesebuah negara
(Todaro 1994: 64). Kekuatan ekonomi turut menjadi asas dalam meningkatkan keupayaan militari di AT
selepas tamatnya era perang dingin.
China dan Jepun muncul sebagai negara yang mempunya ikuasa ketenteraan yang moden disamping
pembangunan ASEAN yang turut berdikari dalam memperkasa kuasa militari negara masing-masing.
Menurut Ngok lee pul tertumpu kepada ketenteraan Laut China juga men jurus kepada angkatan tentera
Laut China untuk menghadapi tekanan perlumbaan kuasa besar dalam mendominasi perimbangan
strategik di rantau Asia Timur dan Asia Tenggara.
Daripada aspek pembangunan ketenteraan, China berhasrat untuk muncul sebagai kuasa serantau yang
berpengaruh berlandaskan kepada tiga asas iaitu bersifat tindakbalas dalam pembangunan ketenteraan
(reaction), mewujudkan cegah rintangan (deterrence), dan mewujudkan keseimbangan kuasa melalui
pembangunan ketenteraannya.
Sementara Jepun pula semenjak tahun 1970 Jepun lebih mementingkan pembangunan ekonomi negara
berdasarkan Doktrin Fukuda. Jepun hanya terlibat di dalam arena politik Asia Pasifik pada tahun 1989
apabila memberikan bantuan dalam aspek kewangan dan perkhidmatan di dalam konflik yang berlaku di
Kemboja.
Pakatan AS-Jepun menjadikan Jepun sebagai kuasa AT yang kuat dalam militari dengan adanya saluran
kewangan dan pembangunan ekonomi negara Jepun.
Berlakunya perlumbaan senjata di Asia Tenggara menyebabkan ketidakstabilan di rantau ini.