Panduan Substansi_ Pengelolaan Kinerja Kepala Sekolah Tahap Pelaksanaan.pptx
MURID_BERSIH
1. JURNAL MINGGU SEPULUH
Bilangan Jurnal : Ke-10
Minggu Praktikum : Kesepuluh
Tarikh Peristiwa / kejadian : 30 Mac – 3 April 201
Tajuk Jurnal : Masalah kebersihan diri.
1. Masalah
Sepanjang minggu ini saya berdepan dengan pelbagai gelagat murid-murid
yang agak merisaukan. Antara masalah yang paling ketara adalah berkaitan
dengan hal kebersihan diri merangkumi kebersihan pakaian, dan diri sendiri.
Kebanyakan murid memandang remeh akan hal ini. Mereka tidak begitu
mengambil berat tentang isu penjagaan diri. Ada di antara murid yang memakai
pakaian sekolah yang tidak berbasuh selama 5 hari (Ahad hingga Khamis) dan
tidak menyeterika pakaian dan lain-lain.
Pada pandangan saya, ini tidak sepatutnya berlaku kepada seorang murid
sekolah. Mereka sewajarnya berpakaian kemas dan bersih. Namun, ia amat
mendukacitakan apabila ada dalam kalangan mereka yang mempunyai masalah
bau badan yang agak kuat sehingga boleh menyesakkan nafas orang di
sekelilingnya. Masalah kebersihan ini bukan sekadar berlaku kepada murid
Tahap 1, malahan ianya berlaku kepada murid di Tahap 2.
Sebagai seorang guru, saya menyifatkan keadaan ini dalam fasa
membimbangkan dan perlu diatasi segera. Murid-murid sepatutnya berada dalam
keadaan bersih dan selesa. Setelah itu, baru mereka boleh belajar dalam
keadaan tenang dan bersemangat. Bau yang tidak menyenangkan akan
mengganggu guru-guru dan rakan-rakan lain. Oleh yang demikian, masalah ini
mesti diambil tindakan dan perlu diselesaikan secepat mungkin.
2. 2. Analisis
Kebersihan diri adalah antara elemen terpenting yang perlu dititikberatkan oleh
setiap individu khususnya murid-murid sekolah. Lagipun, di sinilah mereka
sepatutnya menjadikan ia suatu tabiat untuk berpakaian bersih dan kemas.
Sekiranya murid-murid bersikap tidak endah dengan hal ini, mereka sememangnya
boleh dianggap melanggar peraturan sekolah kerana setiap sekolah meletakkan
syarat agar murid berpakaian kemas ketika ke sekolah. Ini membuktikan bahawa
kebersihan sangat penting bagi murid-murid. Ahmad Sulaiman (2008) menyatakan:
”Kebersihan adalah salah satu tanda dari keadaan higiene yang baik. Manusia
perlu menjaga kebersihan lingkungan dan kebersihan diri agar sihat, tidak bau, tidak
menyebarkan kotoran, atau menularkan kuman penyakit terhadap diri sendiri
mahupun orang lain. Kebersihan badan meliputi kebersihan diri sendiri, seperti
mandi, menggosok gigi, mencuci tangan, dan memakai pakaian yang bersih”.
Kita juga sedar bahawa kebersihan dapat menghindarkan diri dari terkena
jangkitan penyakit. Maka, berdasarkan analisa dan pendapat ini, adalah menjadi
tanggungjawab kita bersama untuk terus menjaga kebersihan terutamanya
kebersihan diri sendiri. Setelah itu, barulah kita dapat menjaga kebersihan
persekitaran
3. Cadangan Tindakan Susulan
Usaha membendung masalah ini (tidak menjaga kebersihan diri) patut
dipertanggungjawabkan kepada semua individu. Guru-guru perlu memberi nasihat
dan bimbingan kepada murid-murid tentang kepentingan menjaga kebersihan diri.
Guru-guru boleh menganjurkan kempen-kempen seperti ”Personaliti Indah”, Diri
Bersih dan Sihat” dan lain-lain. Melalui kempen seperti ini, murid-murid secara tidak
langsung akan menyedari kesilapan mereka dan akan mula berfikir untuk melakukan
perubahan demi menjaga kesihatan mereka.
3. Untuk menyuntik kesedaran murid-murid tentang peri pentingnya kebersihan,
guru bimbingan boleh mengadakan bimbingan kelas terutamanya yang dikenalpasti
mempunyai masalah kebersihan yang serius. Melalui aktiviti pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang bermodulkan aspek/ tajuk kebersihan, murid-murid akan
memahami kepentingan menjaga kebersihan diri dan pengaruh kebersihan tersebut
kepada diri sendiri , juga persepsi masyarakat terhadap mereka.
Walaubagaimanapun, ibubapa di rumah adalah antara individu yang paling
bertanggungjawab untuk menyedarkan anak-anak tentang hal ini kerana mereka
individu pertama yang berinteraksi secara terus dengan anak-anak. Kesedaran ini
sepatutnya bermula dari rumah. Ibubapa perlu memantau dan memberi perhatian
kepada anak-anak mereka dari segi amalan kebersihan. Walau bagaimanapun,
murid-murid yang dewasa juga sewajarnya boleh berfikir secara rasional dan
bertindak untuk kebaikan mereka.
4. Tempoh Masa Dan Keberkesanan Tindakan Susulan
Tempoh Penyelesaian
02 March hingga 06 March 2014
Tindakan Susulan
Murid-murid harus diberi nasihat yang berterusan. Guru-guru
bertanggungjawab untuk memastikan masalah ini tidak berterusan. Kempen-kempen
mesti dilakukan secara berterusan (seminggu sekali-diselitkan ketika perhimpunan
pagi sekolah). Guru disiplin harus memantau keadaan ini dari semasa ke semasa.
4. Kesimpulan
Kebersihan diri adalah elemen penting yang perlu diterapkan dalam diri setiap
murid. Keadaan bersih akan membantu mereka meningkatkan potensi diri dan
sememangnya mempengaruhi keselesaan mereka ketika belajar. Selain itu,
kebersihan diri juga mempamerkan personaliti murid-murid, juga mencerminkan
keperibadian guru-guru dan sekolah. Semuanya akan saling mempengaruhi antara
satu sama lain.
Disemak oleh Guru Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :
Disemak oleh Pensyarah Pembimbing
Tandatangan :
Nama :
Tarikh :