SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 38
PENDAHULUAN
Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman
serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan
menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000).
Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi
pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran
dijalankan secara berterusan.
Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran·
Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran· Mendapatkan maklumat secara
berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.·
Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan
tahap keupayaan murid.· Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.·
Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.· Memperbaiki pengajaran dan
pembelajaran.
Aspek-aspek utama dalam pentaksiran
i. instrumen
ii. kumpulan yang ditaksir
iii. respon
iv. kumpulan pentaksir
v. skor
Didalam Pendidikan Moral pentaksiran yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat
membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi
supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun berterusan.Kekuatan murid yang telah menguasai
sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan. Melalui aktiviti
tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam
pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan
penilaian di peringkat pusat.
1
BAHAGIAN A
1. PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI
NEGARA BERDASARKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA.
1.1. PENGENALAN
Pendidikan moral merupakan sebahagian daripada pendidikan negara. Mengikut sukatanpelajaran
Pendidikan Moral 1982, program pendidikan moral adalah bertujuan untuk murid-murid
mengenalpasti, menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang berasakan kepada agama,tradisi dan
nilai-nilai masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan penyemakan semula sukatan Pendidikan Moral
pada tahun 1999 yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran. Ia adalah bertujuan untuk
membentuk generasi yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang kearah
keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global.
Aspirasi Negara merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembentukan
sesebuah Negara. Hal ini juga berlaku kepada guru di Malaysia. Motto “ Guru Berkualiti Aspirasi
Negara”mempunyai pengertian yang amat meluas. Guru yang berkualiti ialah guru yang dapat
menunaikan tanggungjawab menyediakan sumber manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan
membentuk identiti warga, menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional di
kalangan warga. Pemahaman terhadap perkara yang saya sebutkan ini adalah penting kerana guru
perlu menyedari bahawa mereka adalah paksi kepada segala usaha dan harapan untuk mencapai
wawasan negara, wawasan 2020.Peranan dan juga tanggungjawab guru pendidikan moral dalam
merealisasikan aspirasi Negara adalah sangat penting. Hal ini kerana, sekolah merupakan institusi
formal pertama dimana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah
tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi memberi
sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada Dalam usaha untuk mencapai kesepaduan antara
kaum dan semangat bersatu padu tanpa berbelah bahagi, pendidikan dilihat sebagai satu wadah yang
amat berkuasa untuk merealisasikannya. Oleh itu, peranan yang dimainkan guru memberikan impak
yang besar buat semua individu. Dari jawatan kecil hinggalah jawatan yang hebat,semuanya adalah
hasil didikan seorang guru. Seiring dengan perkembangan dunia tanpa sempadan juga, peranan yang
digalas guru juga semakin besar.
2
1.2. MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA BERDASARKAN ANJAKAN PERTAMA,
KETIGA DAN KEEMPAT DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA
Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin
sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap
keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan
bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu
agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21.
Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan
kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik dinamik
proses pengajaran dan pembelajaran.
Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan
Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk
menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025.
Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, pelan
pembangunan ini menggariskan perubahan besar yang kita hasratkan. Antara lain, perubahan yang
dimaksudkan merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan
guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian
3
Kementerian. Pelan ini dengan jelas menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap
langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui. Sebagai guru pendidikan moral menjadi
satu tanggungjawab dalam merealisaikan aspirasi ini berdasarkan sebelas anjakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Anjakan yang Pertama ialah Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan
Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Hakikatnya, hari ini, murid dikatakan telah berjaya menguasai
ilmu apabila mereka berupaya menganalisa maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu secara
kreatif dan berkomunikasi dengan berkesan. Inilah ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi yang telah
pun dimiliki oleh murid di negara-negara maju. Di samping itu, bagi memastikan Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia (PPPM) ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, para guru serta ibu bapa perlu
menitikberatkan betapa pentingnya supaya para pelajar mahupun anak anak mereka untuk
memanfaatkan dan menguasai kemahiran ICT. Hal ini kerana, kita ingin melahirkan para pelajar yang
bukan sahaja cerdik dan celik dari segi intelektual tetapi ingin melahirkan para pelajar yang serba
boleh dari semua aspek. Tugas guru Pendidikan Moral ialah menggunakan segala kemahiran yang
anda untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Akses internet yang dibekalkan di
sekolah-sekolah hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin untuk murid mengakses perkara-
perkara yang boleh menjadi contoh yang baik kepada mereka yang boleh mereka aplikasikan dalam
kehidupan seharian. Bayak contoh-contoh yang boleh diambil daripada akses internet .
Sehubungan dengan itu juga, Kementerian telah melancarkan Kurikulum Standard Sekolah
Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada
tahun 2017. Kementerian juga akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk
memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal selagi sekolah boleh
menyampaikan hasil pembelajaran dan kandungan yang digariskan dalam kurikulum.
Sebagai guru pendidikan moral guru hendaklah membantu pihak kementerian pelajaran dalam
merealisasikan kurikulum baru ini. Banyak perubahan-perubahan yang dibuat melalui kurikulum baru
ini yang telah disesuaikan dengan peredaran zaman ini. Lebih banyak nilai-nilai yang diterapkan
melalui kurikulum baru ini. Guru hendaklah menggunakan sebaik mungkin kurikulum baru ini dalam
mata pelajarn Pendidikan Moral.
Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan dirombak untuk meningkatkan
tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu.
Sebagai contoh menjelang tahun 2016, peperiksaan UPSR akan mengandungi 80 peratus soalan
berbentuk pemikiran aras tinggi. Sebagai guru pendidikan moral, guru hendaklah menjalankan
pentaksiran secara formal atau tidak formal kepada murid-murid. Instrumen-instrumen pentaksiran
yang dijalankan hendaklan kearah KEBAT iaitu Kemahiran Beraras Tinggi dan menggalakkan murid
4
berfikir tentang nilai-nilai yang diterapkan di dalam Pendidikan Moral. Selepas setiap sesi pengajaran
dan pembelajaran, penerapan nilai-nilai adalah sangat penting.
Untuk menjamin akses pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada semua murid,
kerajaan akan meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan
keperluan khusus. Murid Orang Asli dan kumpulan minoriti, serta murid kurang upaya fizikal dan
pembelajaran, akan menerima bantuan tambahan supaya mereka juga menikmati peluang yang sama
seperti murid lain.
Anjakan yang Ketiga dalam PPPM ialah Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan
Penghayatan Nilai. Diantara perincian dalam anjakan Ketiga ini ialah:
i. Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan memberi lebih fokus
kepada teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017.
ii. Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid
dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform.
iii. Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi
antara jenis sekolah.
Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, daripada kemusnahan
alam sekitar hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk berjaya mengharungi segala cabaran ini
murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti
integriti, belas kasihan, adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat
keputusan beretika. Pada masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi
dengan pembangunan identiti nasional.
Setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang telah
dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Nilai yang telah dipelajari
akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik, seperti
peningkatan dalam aktiviti sukarela; penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik;
menghindari perbuatan rasuah dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti.
Selain itu, setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga
mereka, atau sebagai sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta negara.
Oleh itu sebagai guru pendidikan moral adalah menjadi tugas guru berperanan menerapkan
nilai perpaduan dan kerjasama. Banyak nilai-nilai universal yang boleh menjadi alat perpaduan dan
kerjasama yang boleh didedahkan secara formal dan informal di sekolah. Selain daripada itu, guru
5
berperanan menerapkan nilai kebebasan, cintakan negara, keyakinan tinggi, tabah dan sanggup
menghadapi cabaran. Aktiviti persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform boleh
memperkukuhkan semangat gagasan ini. Pelibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan murid
peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik darjah yang formal.
Aktiviti seperti ini juga menyediakan peluang yang baik untuk membangunkan kemahiran kepimpinan
murid. Oleh itu, setiap murid dijangkakan akan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya
1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform. Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan
pelibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi.
Bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di setiap sekolah, Kementerian akan memberi
latihan bersasaran kepada guru penasihat aktiviti. Kerjasama dengan lebih banyak organisasi
komuniti dan sektor swasta akan dijalin bagi melaksanakan program ini.
Dalam memwujudkan masyarakat atau murid yang bermoral dan beretika pula, guru
hendaklah berperanan menerapkan dan mengamalkan semua nilai murni dan agama serta menurut
peraturan dan undang-undang negara. Guru ada adalah model dalam penghayatan nilai. Arahan,
larangan, ingatan, nasihat, dan amalan tingkah laku di bilik darjah dan di sekolah perlu dikaitkan
denagn soal disiplin, ,oral dan etika. Pelaksanaan KSSR yang disemak semula dan KSSM
memerlukan setiap murid sekolah rendah dan menengah melibatkan diri dalam khidmat komuniti.
Bagi murid sekolah menengah, elemen khidmat komuniti akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan
sekolah menengah. Kurikulum Pendidikan Agama Islam bagi murid Islam dan kurikulum Pendidikan
Moral bagi murid bukan Islam akan diperkukuhkan supaya akan merangkumi tumpuan yang lebih
kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik sesama insan.
Dalam mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebeas
mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama
meletakkan kesetiaan kepada negara. Oleh itu guru berperanan menerapkan nilai
kesederhanaan,tolak ansur, kesetiaan, kerasionalan, dan saling memahami. Sambutan perayaan
semua agama elok diadakan di semua sekolah dengan nilai-nilai universal yang boleh dikongsi dan
difahami bersama.
Anjakan Keempat dalam PPPM pula ialah Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi
Profesion Pilihan. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor
berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak
boleh melangkaui kualiti guru. Walaupun terdapat guru yang cemerlang dalam sistem pendidikan
Malaysia, kajian AKEPT 2011 mendapati bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan dengan
berkesan. Hal ini bermakna penyampaian mata pelajaran tidak melibatkan murid secukupnya, dan
cara mengajarnya lebih pasif serta berbentuk syarahan. Mata pelajaran yang disampaikan lebih
berfokus kepada pemahaman kandungan yang tidak mendalam dan tidak memberi tumpuan kepada
6
kemahiran berfikir aras tinggi. Statistik ini juga menunjukkan cabaran besar yang akan dihadapi
kerana lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus mengajar bagi tempoh 20 tahun lagi.
Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya
dalam kalangan graduan 30% terbaik dalam negara. Guru pelatih akan menerima latihan yang sebaik
mungkin dari mula mereka mengikuti program latihan hingga mereka bersara. Mereka akan
memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik dalam beberapa laluan kerjaya yang jelas,
dengan kemajuan yang berasaskan prestasi dan kompetensi, dan bukan tempoh perkhidmatan.
Sistem pendidikan akan memperkukuhkan budaya teladan rakan setugas untuk meningkatkan
kecemerlangan profesional menerusi pementoran, pembangunan dan perkongsian amalan terbaik,
serta meningkatkan kebertanggungjawaban rakan setugas dalam memenuhi standard profesion.
Pada masa hadapan, hanya calon terbaik sahaja akan dipilih untuk mengikuti latihan
perguruan. Hal ini bermakna Kementerian akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke
profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi
syarat minimum kelayakan akademik. Kementerian akan memastikan standard yang sama digunakan
dalam program latihan perguruan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Bagi memenuhi
hasrat melahirkan guru berkualiti, Kementerian akan memastikan kualiti kurikulum dan pensyarah
ditingkatkan. Kementerian akan memperkenalkan keperluan kelulusan yang lebih ketat supaya hanya
pelatih yang terbaik akan lulus dan dijamin penempatan di sekolah awam.
Kementerian berhasrat untuk mengubah IPG kepada universiti latihan guru bertaraf dunia
menjelang 2020. Untuk tujuan tersebut, Kementerian akan menilai semula kurikulum latihan
praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru cukup bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir
aras tinggi yang diperlukan oleh murid di Malaysia. Hal ini dilakukan dengan menambah peratusan
masa praktikum kepada 40% untuk semua program. IPG juga akan menawarkan pelbagai program
(diploma, ijazah pertama dan ijazah lanjutan) untuk memenuhi keperluan calon dengan pelbagai
tahap pengalaman (lulusan baharu dan mereka yang bertukar kerjaya). Kriteria pengambilan
pensyarah baharu akan diketatkan dan kemahiran pensyarah sedia ada ditingkatkan.
Bagi guru pendidikan moral, pihak IPG bolehlah memberikan mereka latihan yang secukupnya
dengan menggalakkan guru-guru ini nanti dengan nilai-nilai universal yang ada. Bagi guru yang
mengambil mata pelajaran elektif pendidikan Moral sebagai pilihan, mereka hendaklah ditanamkan
dengan nilai-nilai kejujuran, kesabaran , hemah tinggi, intergiriti dalam mendidik murid-murid dan
melahirkan insan yang bermoral dan beretika .
Akhirnya dapatlah dirumuskan bahawa transformasi pendidikan melalui PPPM ini akan dapat
melahirkan insan yang seimbang yang bertepatan dengan falsafah pendidikan negara iaitu kearah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan untuk mewujudkan
7
insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah
bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan , berakhlak mulia,
bertanggungjawan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Maka dengan itu guru Pendidikan
Moral melalui mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu usaha untuk melahirkan warganegara
yang mempunyai sahsiah yang baik dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Transformasi Pendidikan
di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan satu usaha pihak
kementerian pelajaran untuk membentuk insan yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani yang dapat membentuk rakyat Malaysia yang berkahlak mulia.
2. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU)
Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan
iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks,
dan pemberatan taburan aras kesukaran.
Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu
mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran
dan sikap seperti yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar
diuji dengan menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif
pengajaran.
Menurut Hale, (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu dilakukan oleh
pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item ujian dari segi
kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil.
Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua hala yang
mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta tersebut
menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep-
konsep utama yang diajar dan ingin diukur.
Oleh itu pengubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan terlebih dahulu
menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan mengemaskini setiap item ujian
tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga akan menjadi panduan kepada guru tentang
sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar.
Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru supaya
item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir.
8
2.1 JADUAL SPESIKASI UJIAN
Bagi Kertas Ujian Pendidikan Moral Tahun 5
ITEM OBJEKTIF ITEM SUBJEKTIF
Aras kemahiran isi
atau kandungan
Pengetahuan
Kefahahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Jumlah
Pengetahuan
Kefahahaman
Aplikasi
Analisis
Sintesis
Penilaian
Jumlah
Kepercayaan Kepada
Tuhan
Kebersihan Fizikal dan
Mental
Harga Diri
Kerajinan
Hemah Tinggi
Kasih Sayang
Kesederhanaan
Kejujuran
Baik Hati
Berterima Kasih
Kasih Sayang
Terhadap Keluarga
Hormat Dan taat
kepada Anggota
Keluarga
3
1
1
1
1
1
1
2
1
2
1
1
2
1
1
8
4
2
3
2
1
3
1
1
1
1
1
1
1
3
1
2
3
1
Jumlah 4 2 6 3 3 2 20 4 2 2 1 1 10
9
2.2. Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 25 soalan
objektif bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan)
manakala aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan
kepada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian
1. Orang beragama Kristian menjadikan ______________ sebagai amalan.
( ARAS PENGETAHUAN )
A. Mendengar khutbah di gereja pada setiap hari Ahad.
B. Sujud di hadapan kitab suci Granth Sahib
C. Sujud di hadapan patung Buddha
D. Membasuh kaki sebelum memasuki kuil
2. Mengapakah kita tidak boleh memperkecilkan amalan dan larangan penganut agama lain?
( ARAS ANALISIS)
A. Supaya masyarakat hidup dalam keadaan aman dan makmur
B. Supaya kita menjadi kaya
C. Supaya kita boleh membanggakan diri
D. Supaya kita akan menjadi terkenal
3.”Membaca Amalan Mulia” Apakah kepentingan membaca ?
( ARAS SINTESIS )
A. Membolehkan kita menghina orang yang susah.
B. Menjadikan diri sombong dan tidak bergaul dengan orang lain.
C. Menjadikan diri seseorang itu berilmu dan boleh membantu orang lain
D. Menjadikan seseorang itu lemah menghadapi hidup
10
4. Manakah yang tidak benar ?
( ARAS APLIKASI )
A. Memastikan gambar dalam bahan bacaan dapat memberikan faedah.
B. Elakan diri daripada memilih bahan bacaan yang mempunyai unsur lucah dan ganas.
C. Memastikan bahan bacaan yang dipilih sesuai dengan aktiviti yang akan dilaksanakan.
D. Mencari bahan bacaan yang mempunyai gambar yang tidak senonoh.
5. Boniface mempertahankan diri daripada dituduh oleh rakannya dengan cara ______________ .
( ARAS PENILAIAN)
A. mengemukakan bukti
B. berbual kosong
C. bertumbuk dengan rakan yang menuduhnya
D. merayu kepada rakanya supaya jangan menyebarkan tuduhan tersebut
6. Rajin dan usaha tangga _________________ .
( ARAS KEFAHAMAN )
A. ke syurga
B. kejayaan
C. kelemahan
D. kebosanan
7. Pakaian yang sesuai dipakai ketika menghadiri majlis rasmi adalah ________________ .
( ARAS PENGETAHUAN )
A. pakaian yang seksi
B. seluar pendek dan tshirt
C. baju tidur
D. pakaian pejabat atau formal
11
8. Cara kita untuk menghargai anggota keluarga kita antaranya ialah_____________________ .
( ARAS APLIKASI )
A. sentiasa membantu dan mendoakan kesejahteraan mereka
B. sentiasa membuat masalah dengan mereka
C. mendoakan mereka supaya hidup susah
D. hanya bersama mereka ketika senang dan meninggalkan mereka ketika susah.
9. Raju pergi ke kuil untuk bersembahyang. Apakah agama Raju?
( ARAS APLIKASI )
A. Islam
B. Kristian
C. Buddha
D. Hindu
10. Yang berikut ialah akibat penyalahgunaan dadah, kecuali ___________________.
( ARAS APLIKASI )
A. Ketagihan yang melampau
B. Mendapat jangkitan HIV
C. Mula melakukan jenayah
D. Mendapat penghormatan dari masyarakat
Soalan 11 berdasarkan pernyataan di bawah
11. Pernyataan di atas merujuk kepada agama
12
-Tidak makan daging lembu
-Berpuasa
-Mengikat pokok pisang semasa
majlis keagamaan
( ARAS PENGETAHUAN )
A Islam C Kristian
B Hindu D Buddha
12. Mendengar khutbah di ________ pada hari Ahad adalah amalan agama tersebut.
( ARAS PENGETAHUAN )
A Masjid C Kuil
B Wat D Gereja
Soalan 13 berdasarkan gamabar di bawah
13. Berdasarkan gambar di atas, apakah peraturan yang patut kita patuhi?
i- Menutup aurat.
ii- Duduk dengan sopan.
iii- Membuang sampah merata-rata.
iv- Menganggalkan kasut.
( ARAS SINTESIS )
A i dan ii C i, iii dan iv
B i,ii dan iii D ii, iii dan iv
14. Apakah yang akan kamu lakukan jika ternampak seorang budak sedang mengganggu jemaah
lain beribadat?
13
( ARAS ANALISIS )
A Tidak mempedulikannya.
B Menegur budak tersebut.
C Menggelengkan kepala.
D Turut mengganggu jemaah lain.
15. Tempat beribadah ialah tempat untuk
( ARAS PENILAIAN )
A mengulang kaji pelajaran.
B beribadah.
C bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan.
D berbual-bual.
16. Kean Seng diajak oleh Ramu menghisap rokok. Apakah yang sepatutnya Kean Seng
memberitahu kepada rakannya?
( ARAS ANALISIS )
A Boleh, apa salahnya.
B Kamu pergilah ajak orang lain.
C Berapa banyak yang kamu beli?
D Saya tidak mahu. Rokok merbahayakan kesihatan.
17. Antara berikut, buku yang manakah sesuai untuk dijadikan bahan bacaan berguna?
( ARAS SINTESIS )
i- Fiksyen Sains.
ii- Dokumentari.
iii- Komik
iv- Majalah berkaitan dengan pelajaran.
A i dan ii C i, ii dan iv
B i,ii dan iii D ii, iii dan iv
14
Soalan 18 dan 19 berdasarkan gambar di bawah.
18. Berdasarkan gambar di atas, apakah yang sepatutnya diucapkan oleh murid tersebut?
( ARAS APLIKASI )
A Apakah yang mak cik beli?
B Biar saya tolong mak cik bawa barang-barang ini.
C Mak cik berjalan terlalu lambat.
D Mak cik dari mana?
19. Apakah amalan mulia yang ada dalam diri murid tersebut?
( ARAS KEFAHAMAN )
A Bersopan santun.
B Tolong menolong.
C Berdedikasi.
D Berkeyakinan tinggi.
20. Kepentingan bersifat berani kerana benar adalah seperti berikut, kecuali
( ARAS APLIKASI )
A mempertahankan diri dari tuduhan.
B mejaga maruah diri.
C supaya orang takut kepada kita.
D untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada orang lain.
A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. ( ARAS PENGETAHUAN )
15
membasuh kaki Buddha lembu
1. Amalan penganut agama Hindu sebelum memasuki kuil ialah
___________________________. Persamaan ini adalah sama dengan amalan lain seperti
Islam dan _________________ supaya menganggalkan alas kaki untuk masuk ke tempat
ibadat mereka.
2. Perkara yang patut dielakkan terhadap agama lain selain dari agama yang kita anuti ialah
__________________ dan mengajuk amalan sesuatu amagam tersebut. Jika ingin bertanya
sesuatu, tanyalah dengan _____________________ untuk mendapat maklumat lanjut
berkenaan amalan dan ___________________ agama lain.
3. Orang Islam akan berpuasa selama sebulan pada __________________. Mereka bersahur
iaitu makan sebelum waktu __________________ dan akan berbuka puasa pada waktu
maghrib. Setelah sebulan berpuasa, mereka akan menyambut _______________________.
Selain perayaan tersebut, mereka turut merayakan ____________________________ yang
mana mereka akan melakukan ibadah korban dengan menyembelih haiwan seperti kambing,
______________ ataupun unta sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan.
16
mengejek
sopan larangan
Bulan Ramadhan
Hari Raya Puasa
subuh
Hari Raya Aidiladha
B. JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH
a) Berdasarkan petikan ayat di atas nyatakan tiga contoh amalan Bernandez melayan
saudara mara dengan ikhlas.
( ARAS ANALISIS )
I. ___________________________________________________________________
II. ___________________________________________________________________
III. ___________________________________________________________________
b) Nyatakan tiga kesan kepada saudara mara Bernandez setelah dilayan dengan ikhlas oleh
Bernandez sekeluarga.
(ARAS SINTESIS)
I. ___________________________________________________________________
II. ___________________________________________________________________
III. ___________________________________________________________________
17
Bernandez melayan saudara mara yang datang ke rumahnya dengan ikhlas.
C. Membantu keluarga, kawan mahupun jiran kita merupakan amalan yang mulia.
Apakah perkara yang telah anda lakukan untuk membantu keluarga, kawan dan
jiran kamu? Tuliskan pengalaman kamu dalam petak kosong. (APLIKASI)
18
Keluarga Kawan
Jiran Lain-lain
D. Berdasarkan kepada petikan, adakah Cikgu Bedah menunjukkan sifat kasih
sayang? Tandakan ( X )
1.
2. Jika kamu adalah Cikgu Bedah, apakah yang akan kamu lakukan jika seekor
kucing masuk ke kelas?
.......................................................................................................................................
.......................................................................................................................................
3. Tandakan ( √ ) pada perkara yang menunjukkan sifat kasih sayang dan
tandakan ( X ) pada perkara yang tidak menunjukkan sifat tersebut.
Situasi Perasaan Kamu
a. Saya menuangkan segelas air untuk ayah yang
sedang menonton telenisyen
b. Sya membelkan adik sebuah anak patung yang
comel
c. Saya meminta kakak menyiapkan kerja sekolah
saya.
d. Kaki nenek sakit selepas berjalan jauh. Saya
menolong mengurutkan kaki nenek.
E. Nyatakan tindakan yang boleh dilakukan oleh mereka ?
19
Cikgu Bedah seorang yang penyayangCikgu Bedah seorang yang penyayang
Cikgu Bedah bukan seorang yang penyayang
Situasi Tindakan
.
BAHAGIAN B
NAMA : YUSRI BIN MOHAMED SHARIP
20
Min Ho Bilik saya tidak teratur dan
kotor
Suhaila Bilik saya tidak teratur dan
kotor
Shanker Bilik saya tidak teratur dan
kotor
NO MATRIK : PPG201119236149
ANGKA GILIRAN : PPG 2011192360149
Huraikan permasalahan yang dihadapi dalam membuat pentaksiran penilaian
Pendidikan Moral sama ada secara formal atau tidak formal.
3. ISU DALAM PENTAKSIARAN PENDIDIKAN MORAL
Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan
murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses
pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan
secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. Secara
keseluruhannya pentaksiran bertujun untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid
bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentkasiran
membolehkan guru mengambi ltindakan susulan berkesan dan seterusnya membantu guru
mengembnagkan potensi muridketahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan
psikomotor.P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya
bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir. Menurut Polson & Jeffries (1985),
mereka telah mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran
penyelesaian masalah.Manakala menurut Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran
merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik. Selain itu,Galotti (1989)
menyatakan terdapat dua jenis membuatkeputusan kesan dari pemikiran, iaitu “formal
reasoning” dan “everyday reasoning”.
Pentaksiran tradisional dikatakan gagal kerana tidak mengambil kira pencapaia
pelajar secara holistilk dan bagaimana pelajar berjaya bekerja dalam kumpulan. Terdapat
pelajar yang mendapat cemerlang dalam bidang akademik semasa belajar tetapi tidak
cemerlang ketika berkerjaya dana lebih malang lagi telah menimbulkan masalah dalam
pekerjaan khususnya berkaitan dengan moral seperti malas bekerja, tidak amanah, kurang
bekerjasama, dan terlalu mementingkan diri sendiri.
Pentaksiran dalam Pendidikan Moral lebih kepada keupayaan mengesan tahap
penguasaan ilmu pengetahuan dan kurang berupaya mengesan penghayatan dan amalan
nilai moral yang sebenarnya lebih hakiki untuk dinilai. Masyarakat tidak memerlukan orang
yang bercakap baik-baik tetapi tidak mampu melaksanakan amalan yang baik. Pentaksiran
seolah-olah bersifat hukuman.yang mendapat markah rendah dalam moral dianggap
sebagai kurang bermoral.
21
Pentaksiaran Moral di sekolah memerlukan guru-guru yang terlatih. Pentaksiaran
Berasaskan Sekolah (PBS) menuntut bahawa semua bentuk pentaksiran yang bersifat
autentik dan alternative seperti kerja kursus, projek, pemglibatan dalam kokurikulum, dan
sahsiah perlu ditadbir dengan bijaksana. Pentaksiran secara formal sangat perlu dalam
Pendidikan Moral. Walau bagaimanapun pelaksanaanya sangat rumit dan memerlukan
masa yang panjang.
Pembelajaran Pendidikan Moral dianggap rendah statusnya berbanding dengan
subjek yang menjadi prasyarat untuk melanjutkan pelajaran dan memasuki bidang
pekerjaan. Situasi ini menjadikan Pendidikan Moral diangap mudah dan kurang penting.
Tujuan Pentaksiran
Memantau perkembangan murid
Melaksanakan penilaian dan memperhalusi kurikulum.
Menyediakan maklum balas untuk melaporkan penguasaan seseorang murid.
Memotivasi murid.
Menentukan tahap pencapaian.
Mengadaptasi strategi pengajaran mengikut kebolehan dan kebolehan pelajar
3.1. MASALAH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL SECARA
FORMAL DAN TIDAK FORMAL.
Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk
formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif
iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka penilaian terhadapnya
perlu dilakukan secara formal dan tidak formal.
3.1.1. Penilaian formal
Penilaian Formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif
melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar
selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi digunakan
untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam
bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat
pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan diadakan untuk murid-
murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut. Penilaian sumatif ialah penilaian
yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau
taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua
tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran.
22
3.1.2. Penilaian Tidak Formal
Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh
mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah
membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran
gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar.
Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu :
i. Pemerhatian
ii. Senarai semak dan skala pemeringkatan
iii. Rekod Anekdot
iv. Hasil kerja pelajar
v. Temu bual
i) Pemerhatian
Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di
dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan
pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai
tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan.
ii) Senarai semak
Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga
Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar
berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi
markah senarai semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah
ditonjolkan oleh murid-murid.
iii) Skala Pemeringkatan
Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan
satu skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya
setakat `Ya ‘ atau `Tidak’ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat
amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan
pelajar yang lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu
memastikan dia tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau
23
negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau
negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut. Pengaruh kesan
halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan
nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menonjol.
iv) Rekod Anekdot
Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu
tempoh tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku
pelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya
merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin.
Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan
objektif. Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang
diperhatikan.
v) Hasil Kerja Pelajar
Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan
oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid
berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspek–aspek yang boleh
dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan
kerja.
vi) Temu bual
Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid
diberikan peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap
mereka. Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat
mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan
membuat pertimbangan moral.
Walau bagaimanapun pelaksanaan pentaksiran Pendidikan Moral sering menghadapi
masalah. Antaranya ialah:
i. Masalah Pentaksiran Moral Susah Dinilai Secara Afektik.
Pentaksiran Pendidikan Moral sewajarnya dilakukan secara afektif tetatapi
pentaksiaran secara begini sukar dilaksanakan. Anatara masalahnya adalah
24
faktor amalan, iaitu moral adalah penghayatan dan amalan yang berterusan dan
menyeluruh. Aspek yang diajar di sekolah adalah terhad dan terpisah mengikut
kandungan tertentu. Pentaksiran tidak dapat dilakukan selepas waktu pengajaran
apatah lagi ketika pelajar di rumah atau di luar sekolah. Bagaimana guru hendak
menilai sikap dan tabiat pelajar selepas satu waktu pengajaran? Contohnya
seperti situasi di bawah ini.
Situasi 1: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4.
Tajuk yang disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Murid-murid
didapati menyimpan kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua.
Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah
memotong dan membersihkan kuku mereka? Adakah nilai baik yang ditunjukkan
di sekolah sama dengan nilai yang ditunjukkan di rumah? Apakah nilai
kebersihan yang diamalkan di sekolah, dikuatkuasakan oleh peraturan dan
disiplin sekolah, juga diamalkan oleh pelajar ketika berada di rumah atau di luar
rumah ? Tidak semua tingkah laku itu dapat diperhatikan. Apa yang dapat
diperhatikan juga tidak semestinya memberi gambaran tepat tentang sahsiah
mereka. Sukar menilai sama ada pelajar benar-benar mengamalkan apa yang
mereka cakap atau tulis. Sukar dinilai apa yang telah diajar sama ada telah
dihayati atau tidak.
Situasi 2.: Mengapa seluruh kawasan sekolah bersih daraipada sampah sarap
sedangkan di luar pagar dan jalan berhampiran dengan sekolah terdapat banyak
sampah yang dibuang oleh pelajar sekolah yang sama.
Situasi 3.: Keseluruhan pelajar lelaki dan perempuan berpakaian sopan
(pakaian seragam sekolah) ketika di sekolah tetapi apabila mereka balik dan
berada di luar sekolah, ramai yang berpakaian kurang sopan dan menjolok mata.
ii. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang
Pentaksiran pendidikan moral biasanya dilakukan secara kognitif, iaitu melalui
penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek,
melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Pentaksiran juga
dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan
25
serta rekod peristiwa (rekod anekdot) dan memyemak hasil hasil kerja juga perlu
dilakukan supaya pentaksiran moral menjadi lebih objektif dan dipercayai.
Walau bagaimanapun, apakah guru Pendidikan Moral mampu melakukan (PBS)
yang banyak masalah dari segi proses melaksanakan pentaksiran dan
pengurusan.
iii. Masalah Penilaian pendidikan moral Yang Subjektif
Terdapat alat yang digunakan dalam pentaksiran khususnya pentaksiran tidak
formal banyak diengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Pentaksiran jenis
ini tidak tepat dan diragui. Maklum balas dan keputusan daripada pentaksiran
terhadap diri pelajar itu sendiri kurang tepat termasuk juga faktor guru yang
menilai. Guruyang berlainan juga akan memberi penilaian yang berlainan. Guru
tidak boleh terlalu mengharap keputusan pentaksiran moral pelajar adalah tepat.
iv. Masalah Guru Pendidikan Moral Yang Selalu Bertukar
Pihak sekolah dan masyarakat umumnya menganggap Pendidikan Moral kurang
penting. Guru pendidikan moral yang khusus sebenarnya masih kurang. Di
sekolah, lazimnya guru Pendidikan Moral tidak mendapat latihan yang khusus.
Semua guru yang kurang waktu mengajar dalam bidang tertentu akan
dikehendaki mengajar Pendidikan Moral. Proses pentaksiran Pendidikan Moral
memerlukan masa yang panjang dan pengamatan yang lebih, kerana
pentaksiran moral yang sepatutnya banyak dilakukan secara tidak formal kerena
apa yang hendak dilihat adalah aspek penghayatan nilai. Pentaksiran pendidikan
morah kurang nermakna kerana guru sentiasa bertukar.
BAHAGIAN B
NAMA : ROSLAN BIN SURAJI
NO MATRIK : PPG201119236146
ANGKA GILIRAN : PPG 2011192360146
26
3.2 MASALAH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL SECARA
FORMAL DAN TIDAK FORMAL.
Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data
kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah
untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan
selepas pengajaran
.
Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan
pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang
hendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisis
maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti
pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu
dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan
Kebangsaan
Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan setiap guru di sekolah
diwajibkan untuk menjalankan proses pentaksiran dengan cara yang tepat dan betul.
Sebelum kita melihat tentang permasalahan dalam membuat pentaksiran dengan lebih
terperinci marilah kita membuat sedikit kajian tentang definisi Pentaksiran. Pentaksiran
adalah salah satu proses yang dijalankan oleh seseorang guru untuk mengumpul maklumat
tentang perkembangan murid supaya mereka dapat membuat penilaian terhadap murid-
murid. Perkataan pentaksiran berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud “ duduk
bersama” dengan pelajar .
Selain daripada itu, Pentaksiran juga proses yang berterusan dan dianggap sebagai
sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pentaksiran yang
dijalankan oleh guru harus berdasarkan kebolehan dan standard murid- burid. Segala
maklumat yang diterima oleh guru daripada hasil pentaksiran akan membantu mereka untuk
memperbaiki kelemahan dan meningkatkan pencapaian murid. Selain itu, dalam proses
Pentaksiran Pengumpulan bukti dan pencapaian murid dalam satu masa tempoh
memainkan peranan yang sangat penting untuk mentaksir pembelajaran dan pemahaman
murid dalam sesuatu pengajaran. Bukti dan data yang dikumpul oleh guru boleh diambil
27
dalam bentuk dialog, journal, lembaran kerja, portfolio, dan beberapa ujian seperti ujian
diagnostik.
Tambahan lagi, Pentaksiran dalam pendidikan Khas membantu untuk
memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasan murid dalam pelbagai
kemahiran seperti membaca, menulis, mengira, dan sebagainya. Ia juga akan mendorong
untuk mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervesi, strategi
pengajaran dan penempatan yang sesuai berdasarkan tahap murid. Pelbagai definisi
pentaksiran telah dikemukakan oleh beberapa Pakar- pakar yang terkenal.
Pertamanya, “ Salvia dan Yseldyke, 1978 mengatakan bahawa pentaksiran ialah
satu proses pengumpulan data dengan motif untuk mengenal pasti dan mengesan masalah
pelajar serta untuk mengambil sesuatu keputusan.
Selain daripada itu, Gearheart 1990 pula berkongsi pendapat beliau bahawa
Pentaksiran adalah satu proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang
sesuatu isu atau maklumat yang luas berdasarkan intervensi.
Seterusnya, David Lambert dan David Lines, 2000 menyatakan bahawa Pentaksiran
dalam bidang pendidikan ialah satu proses berterusan dan guru menjalankan proses ini
untuk mengumpul, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai tindak
balas murid terhadap tugas yang diberikan.
Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia pentaksiran ialah satu proses
pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod , memberi skor
dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan
tertentu. Terdapat beberapa tujuan penting yang mendorong untuk melaksanakan proses
Pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Objektif pertama ialah untuk
mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran .
Seterusnya, Proses ini dijalankan untuk menentukan kemahiran dan penguasaan yang
sedia ada dalam kalangan murid sebelum sesi pengajaran. Selain itu, objektif ketiga ialah
untuk memilih calon- calon untuk memasuki sesuatu kursus atau jurusan. Tambahan lagi,
Guru melaksanakan Proses Pentaksiran ini untuk mendapatkan maklumat tentang murid
secara berterusan dan mereka akan menjadi sebagai alat motivasi bagi murid serta
memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran.
28
Selain daripada tujuan seperti di atas, Terdapat juga beberapa permasalahan yang
harus difahami oleh seseorang guru untuk menjalankan pentaksiran yang baik.. Ciri- ciri
tersebut ialah keobjektifan yang membawa maksud ketepatan seseorang pemeriksa
memeriksa skrip jawatan. Kebolehtadbiran)di mana kelicinan dan kerja- kerja susulan yang
dilaksanakan oleh guru harus berpusat atau berasaskan sekolah. Ciri lain ialah
kebolehtafsiran iaitu guru mempunyai kemahiran mengumpul data atau maklumat calon
berdasarkan skor, mendiskrimininasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian
dan pentaksiran. Ciri yang terakhir ialah Kekomprehensifan yang bermaksud guru harus
memastikan soalan- soalan ujian diagonastik harus mewakili semua objektif yang penting .
Terdapat dua jenis pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru- guru sekolah
semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Jenis Pentaksiran tersebut ialah
Pentaksiran Formal dan Pentaksiran tidak Formal. Pentaksiran Formal biasanya
melakukan secara formal atau rasmi yang melibatkan prosedur, peraturan dan tatacara
yang ditetapkan oleh pihak- pihak tertentu. Segala prosedur dan tatacara yang telah
ditetapkan harus memahami dan dipatuhi oleh semua murid. Kadangkala guru bermasalah
dalam menilai murid mengikut tatacara pentaksiran formal ini.
Pentaksiran Formal terdiri daripada penilaian Formatif dan penilaian Sumatif.
Menurut, Ee Ah Meng ( 1998) beliau berkongsi pendapat bahawa Penilaian Formatif ialah
satu proses penilaian yang melibatkan ujian untuk mengukur kemajuan murid selepas murid
telah mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit atau bab. Penilaian Formatif akan
menjalankan secara berterusan . Data- data tentang pencapaian murid akan menunjukkan
tentang sejauh manakah seseorang murid telah menguasai hasil pembelajaran. Setelah
guru mendapat tahu tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid,
mereka akan mula untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya supaya dapat
meningkatkan potensi murid. Dalam penilaian Formatif pemberian gred tidak diperlukan.
Pada masa yang sama, guru juga harus mengingat bahawa, keputusan penilaian daripada
penilaian Formatif tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan antara satu
individu dengan individu yang lain.Motif utama dalam penilaian Formatif adalah untuk
mengesan kejayaan dan kegagalan.
Selain daripada penilaian formatif seperti menjelaskan di atas, Penilaian Sumatif juga
merupakan salah satu penilaian yang terkandung dalam Pentaksiran Formal. Menurut Ee
Ah Meng Penilaian Sumatif ialah satu penilaian yang dilaksanakan pada akhir sesuatu
kursus. Di mana guru akan guru akan menilai murid pada akhir tahun atau pada akhir
29
semester. Penilaian Sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang
murid dan murid lain serta mendorong untuk melakukan pemilihan .
Seringkali juga guru gagal menilai kebolehan murid-muridnya. Guru menilai secara
sambalewa sahaja dengan tidak memeberikan tumpuan dalam membuat pelaporan
pencapaian, dignostik, penempatan, pemilihan, maklum balas serta pensijilan. Jadual
Spesikasi Ujian (JSU) juga menjadi masalah yang membebankan. Guru perlu kreatif untuk
melaksanakan tanggungjawabnya kepada pelanggannya selari dengan Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid
mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya
kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang
efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan
seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di
peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif, pemikiran afektif, perasaan dan
tingkah laku moral.
Oleh,
ROSLAN BIN SURAJI
4. KESIMPULAN / RUMUSAN
Pentaksiaran dalam Pendidikan Moral perlu dilakukan secara formal dan tidak formal
supaya skor yang pelajar perolehi boleh dipercayai. Perkara yang ditaksir dalam Pendidikan
30
Moral melibatkan penguasaan ilmu dan juga penghayatan nilai. Memang terdapat
kelemahan dalam pentaksiran Pendidikan Moral tetapi sebagai seorang guru, masalah
tersebut perlu diatasi sebaik mungkin. Guru sebolehnya jalankan satu kajian tindakan yand
dapat mencari satu jalan penyelesaikan kepada masalah ini.
Pendidikan Moral jangan dipinggirkan kerana kesannya memberi padah kepada
pembangunan insan dan masyarakat. Melalui pendidikan moral akan dapat melahirkan
insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan
Negara. Guru Pendidikan Moral perlulah diberikan latihan yang secukupnya supaya proses
dan keputusan daripada pentaksiran boleh dipercayai da menyakinkan semua pihak. Melalui
latihan yang secukupnya juga akan dapat menyediakan guru yang bersedia menghadapi
cabaran dalam mendidik murid-murid yang semakin mencabar pada zaman ini. Murid hari
ini mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat. Justeru itu guru Pendidikan Moral
harus mempunyai ilmu dan latihan yang cukup dalam membentuk murid ini nanti agar
menjadi seorang insan yang mempunyai seimbang dan melahirkan rakyat yang berilmu
pengetahuan luas dan berakhlak mulia.
REFLEKSI KENDIRI
NAMA : YUSRI BIN MOHAMED SHARIP
NO KP : 700208106267
NO MATRIK : PPG 201119236149
ANGKA GILIRAN : PPG 2011192360149
31
Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya saya
dapatmenyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas
seharian.Pada mulanya, apabila saya menerima tugasan bagi subjek ELM 3033 Pentaksiran
dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah, saya agak keliru dan merasa
satu cabaran yang akan saya tempuhi dalam menyiapkan tugasan ini. Tugasan pada kali ini
tebahagai kepada dua bahagian. Bahagian A ialah tugasan secara kumpulan yang
merangkumi pemahaman guru tentang peranan Guru Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi
Negara Melalui Pelan Pembanunan Pendidikan Malaysia dan satu lagi ialah pembinaan
Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Manakala bahagian B pula ialah tugasan individu dimana
saya diminta mengulas tentang permasalahan dalam mmembuat pentaksiran pendidikan
moral di sekolah.
Dalam melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Pendidikan Moral ini, saya telah
menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai guru Pendidikan
Moral.. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya
mula lebih mengenali serta memahami tentang Pentaksiran dan Pengurusan Mata pelajaran
Pendidikan Moral Di Sekolah. Selama ini saya agak kurang mendapat pendedahan yang
jelas tentang pengurusan mata pelajaran pendidikan moral ini. Saya juga merasakan
kepentingan Pendidikan Moral ini terhadap diri saya kerana sebagai guru, kelak semua ilmu
ini perlu diterjemahkan untuk melaksanakan tugas harian sebagai guru yang begitu
mencabar pada masa sekarang.Selain itu, sebagai guru yang mengajar di sekolah rendah
pasti akan menghadapi pelbagai situasi dan masalah di dalam saya menjalankan
Pengajaran dan Pembelajaran dan seterusnya menjalankan satu pentkasiran samada
secara formal atau tidak formal.
Ilmu baharu yang saya dapat melalui kerja kursus ialah tentang peranan guru
Pendikan Moral dalam merealisasikan aspirasai negara melalui Pelan Pembangunan
Pendidikan Malaysia. Sesungguhnya guru pendidikan moral mempunyai peranan dalam
merealisasikan aspirasi ini iaitu melalui teras pemupukan nilai yang diajarkan dalam
pendidikan moral. Perkara ini ada dinyatakan dalam anjakan ketiga PPPM iaitu Melahirkan
Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai. Perkara ini dapat dilakukan melalui Pendidikan
Islam dan Pendidikan Moral dimana guru hendaklah mengfokuskan teras pemupukan nilai
dalam mata pelajaran ini.
32
Kita tahu murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat,
daripada kemusnahan alam sekitar, masalah sahsiah diri individu hinggalah kepada konflik
bersenjata. Untuk berjaya mengharungi segala cabaran ini murid bukan sahaja perlu
memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan,
adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika.
Pada masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi dengan
pembangunan identiti nasional.Setiap murid akan meninggalkan alam persekolahan sebagai
seorang warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti
nasional yang utuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian,
yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik, seperti peningkatan dalam aktiviti
sukarela; penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik; menghindari perbuatan
rasuah dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti. Selain itu,
setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga
mereka, atau sebagai sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta negara.
Oleh itu sebagai guru pendidikan moral adalah menjadi tugas guru berperanan
menerapkan nilai perpaduan dan kerjasama. Banyak nilai-nilai universal yang boleh menjadi
alat perpaduan dan kerjasama yang boleh didedahkan secara formal dan informal di
sekolah. Selain daripada itu, guru berperanan menerapkan nilai kebebasan, cintakan
negara, keyakinan tinggi, tabah dan sanggup menghadapi cabaran.
Melalui kerja kursus ini juga saya mendapat pengalaman baharu tentang pengurusan
pentaksiran pendidikan moral di sekolah. Saya telah didedahkan bagaimana untuk
mentadbirkan pentaksiran di sekolah dan kepentingan pentaksiran di sekolah khususnya
damalam mata pelajaran pendidikan moral. Perkara utama yang saya belajar ialah tentang
pembinaan jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Saya belajar bahawa JSU ini amat mustahak
dalam mentadbir sebuah ujian agar sesebuah ujian itu mempunyai kesahannya. Melalui
JSU kita dapat menyediakan soalan-soalan mengikut aras-aras yang ada yang mana dapat
menguji semua murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan. Dari segi pembinaan item
ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina
merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir
Selain daripada itu saya juga mendapat satu pengetahuan baru tentang
permasalahan semasa menjalankan pentaksiran pendidikan moral di sekolah. Dengan
adanya pendedahan awal tentang permasalahan ini, maka saya dapatlah bersedia lebih
awal untuk menghadapai cabaran ini dan seterusnya melakukan satu tindakan untuk
33
mengatasi masalah ini. Disini saya belajar bagaimana hendak melakukan satu kajian
tindakan dalam menyelesaikan masalah ini.
Maka, melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang saya telah perolehi,
dengan izin Allah SWT, saya akan praktikkan sebaik mungkin. Di samping itu, dalam proses
menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan
telah membenihkan semangat setiakawan dan mengeratkan hubungan antara satu dengan
lain.
Akhirnya sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak
yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini.
Secara kesimpulannya, seseorang pendidik hendaklah mempunyai ilmu penegetahuan
memahami kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk diterapkan dalam sesi
pengajaran agar dapat membentuk murid-murid yang aktif dan seimbang dari segi JERIS
seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.
REFLEKSI KENDIRI
NAMA : ROSLAN BIN SURAJI
NO KP : 681222A05139
NO MATRIK : PPG 201119236146
ANGKA GILIRAN : PPG 2011192360146
34
. Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya
menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Menyiapkan tugasan bahagian A:
Merealisasikan Aspirasi Negara berdasarkan anjakan pertama, ketiga dan keempat dalam
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan menghubung kaitkan dengan moral
adalah satu tajuk yang mencabar. Sebagai guru pendidikan moral menjadi satu
tanggungjawab dalam merealisaikan aspirasi ini berdasarkan sebelas anjakan dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia.
Sebagai guru pendidikan moral, kita hendaklah membantu pihak kementerian
pelajaran dalam merealisasikan kurikulum baru ini. Banyak perubahan-perubahan yang
dibuat melalui kurikulum baru ini yang telah disesuaikan dengan peredaran zaman ini. Lebih
banyak nilai-nilai yang diterapkan melalui kurikulum baru ini.
Motto “ Guru Berkualiti Aspirasi Negara”mempunyai pengertian yang amat meluas.
Guru yang berkualiti ialah guru yang dapat menunaikan tanggungjawab menyediakan
sumber manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan membentuk identiti warga,
menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional di kalangan warga.
Transformasi Pendidikan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia
(PPPM) merupakan satu usaha pihak kementerian pelajaran untuk membentuk insan yang
seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang dapat
membentuk rakyat Malaysia yang berkahlak mulia. Melalui PPPM ini akan dapat melahirkan
insan yang seimbang yang bertepatan dengan falsafah pendidikan negara iaitu kearah
memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan untuk
mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan
jasmani.
Melalui tugasan bahagian B: Jadual Spesifekasi Ujian ini juga, saya dapat
memahami dengan lebih lagi mengenai kepentingan menyediakan JSU sebagai garis
panduan dalam merancang soalan. Saya juga lebih jelas mengenai hubung kait antara JSU
dengan perancangan membina soalan. Sebelum ini, saya tidak jelas mengenai kepentingan
menyediakan JSU namun setelah melakukan tugasan ini, saya lebih faham dan dapat
menyediakan JSU berserta item soalan. Pengetahuan baru ini akan memudahkan saya
untuk menyediakan set soalan kepada murid pada masa akan datang.
Melalui tugasan bahagian C :Permasalahan yang dihadapi dalam membuat
pentaksiran penilaian pendidikan moral sama ada secara formal atau tidak formal. Secara
keseluruhannya, Saya membuat kesimpulan pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti
kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan
mereka. Hasil pentkasiran membolehkan guru mengambi ltindakan susulan berkesan dan
seterusnya membantu guru mengembnagkan potensi muridketahap optimum dalam domain
35
kognitif, afektif dan psikomotor. P & P dalam aspek kognitif. Pentaksiran dalam Pendidikan
Moral lebih kepada keupayaan mengesan tahap penguasaan ilmu pengetahuan dan kurang
berupaya mengesan penghayatan dan amalan nilai moral yang sebenarnya lebih hakiki
untuk dinilai.
Benarlah kata pepatah, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.
Tanpa usaha keras dan kesabaran, sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan
jayanya mengikut tempoh yang diberi. Diharapkan tugasan ini dapat mencapai standart
yang diinginkan oleh pensyarah.
Sekian, terima kasih.
BIBLIOGRAFI
Abdul Rahman MD. Aroff.& Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya:
Longman Malaysia Sdn.Bhd.
Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala
Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
36
Abdullah Zhidi et al.(2014). Pedagogi Dan Pentaksiran Moral. Puchong: Penerbitan
Multimedia Sdn. Bhd.
Abdullah Zhidi et al.(2014). Pengantar Pendidikan Moral. Puchong: Penerbitan Multimedia
Sdn. Bhd.
Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan
Pustaka.
Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Ee Ah Meng (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd
Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan.
Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.
Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor : Universiti
Teknologi Malaysia Skudai.
Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa
Dan Pustaka.
Ramina Haji Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur :
Dewan Bahasa Dan Pustaka.
Tan Yeow Kwai. (2005). Pendidikan Moral Konsep & Pedagogi Untuk Pelajar KPLI LPBS &
PISMP. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd
JADUAL PELAKSANAAN TUGAS DAN KOLABORASI
MATA PELAJARAN : PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA
PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH
( ELM 3033E)
NAMA PELAJAR :YUSRI BIN MOHAMED SHARIP & ROSLAN BIN SARUJI.
PPG211192360149 PPG211192360146
PENSYARAH PEMBIMBING :PUAN SHARIFAH BINTI SAID
37
KOLABORASI
TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN TANDATANGAN
18 OGOS 2014
-Menerima soalan tugasan kerja kursus projek
daripada pensyarah.
-perbincangan tentang soalan tugasan
21 OGOS 2014 -Mula mencari maklumat dalam buku-buku
rujukan dan membuat draf.
25 OGOS 2014
- Berkolaborasi bersama rakan kumpulan untuk
berbincang pembinaan JSU
- Berbincang Pembinaan Soalan
31 OGOS 2014
-Mengarang / menganalisis JSU dan Soalan
-Mencari bahan rujukan tambahan tugasan
1 SEPT 2014
HINGGA
18 SEPT 2014
- Kerja-kerja menaip menyiapkan tugasan.
- Berkolaborasi bersama rakan kumpulan untuk
kerja-kerja mengedit kerja kursus.
-Membuat semakan dan analisis semula JSU
dan soalan yang dibina
20 SEPTEMBER
2014
-Tugasan diserahkan kepada pensyarah
38

Más contenido relacionado

La actualidad más candente (20)

jenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogijenis dan kluster pedagogi
jenis dan kluster pedagogi
 
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
Topik 3 implikasi kepelbagaian sosio budaya terhadap 3
 
Media pengajaran
Media pengajaranMedia pengajaran
Media pengajaran
 
Profesion guru
Profesion guruProfesion guru
Profesion guru
 
Pendekatan bertema
Pendekatan bertemaPendekatan bertema
Pendekatan bertema
 
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran InduktifPengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
Pengajaran Mikro: Pengajaran Induktif
 
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan MoralPembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
Pembinaan Instrumen dan Item Pentaksiran dalam Pendidikan Moral
 
Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi Pengetahuan pedagogi
Pengetahuan pedagogi
 
PLC
PLCPLC
PLC
 
Asas pengetahuan muzik
Asas pengetahuan muzikAsas pengetahuan muzik
Asas pengetahuan muzik
 
Rubrik slaid
Rubrik slaidRubrik slaid
Rubrik slaid
 
Pentaksiran Autentik
Pentaksiran AutentikPentaksiran Autentik
Pentaksiran Autentik
 
Model disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canterModel disipliin asertif canter
Model disipliin asertif canter
 
Pembinaan Item KBAT
Pembinaan Item KBATPembinaan Item KBAT
Pembinaan Item KBAT
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 
KONSEP DAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KONSEP DAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARANKONSEP DAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
KONSEP DAN MODEL PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
 
Overview Kepimpinan Instruksional
Overview Kepimpinan InstruksionalOverview Kepimpinan Instruksional
Overview Kepimpinan Instruksional
 
5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr5. rph kemahiran membaca kssr
5. rph kemahiran membaca kssr
 
Bab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjahBab 6 pengurusan bilik darjah
Bab 6 pengurusan bilik darjah
 
Budaya sekolah
Budaya sekolahBudaya sekolah
Budaya sekolah
 

Destacado

PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAWan Nor Faezah
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...Yuvarani Subramaniam
 
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etikaPeranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etikayusnithamerang
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendahBadriyatun Kamar
 

Destacado (6)

Etika Guru
Etika GuruEtika Guru
Etika Guru
 
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARAPERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA
 
Ppt moral elm 3033 e
Ppt moral elm 3033 ePpt moral elm 3033 e
Ppt moral elm 3033 e
 
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
cara guru dapat memainkan peranan menjayakan hasrat FPK dan FPG dalam melaksa...
 
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etikaPeranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika
Peranan guru pendidikan moral dalam menjayakan kod etika
 
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
Pentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendahPentaksiran  pendidikan   moral  di  sekolah  rendah
Pentaksiran pendidikan moral di sekolah rendah
 

Similar a 3 permasalahan pm

Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_davidzaidizakaria1978
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)Dewi_Sejarah
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfCikgudiana
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanmuhammad
 
19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestariFreejump Pink
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANChon Seong Hoo
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Anoi Edrieana
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion KeguruanArthur Jupong
 
TAJUK 6 PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN GAITHRI APPALANAIDU
TAJUK 6 PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN GAITHRI APPALANAIDUTAJUK 6 PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN GAITHRI APPALANAIDU
TAJUK 6 PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN GAITHRI APPALANAIDUPrema Saravanan
 
Makalah pengembangan sekolah
Makalah pengembangan sekolahMakalah pengembangan sekolah
Makalah pengembangan sekolahWarnet Raha
 
Mulyati ojl 3 (RTK Cakep Bab 3)
Mulyati ojl 3  (RTK Cakep Bab 3)Mulyati ojl 3  (RTK Cakep Bab 3)
Mulyati ojl 3 (RTK Cakep Bab 3)Mulyati Rahman
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulumumiefatiya
 
PPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptx
PPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptxPPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptx
PPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptxCARyuuFarid
 
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKANMAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKANBlog Malaikat Iblis di Bulan Maret
 
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juitaManajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juitamahmudi moedy
 

Similar a 3 permasalahan pm (20)

Tesis caroline lorena_david
Tesis caroline  lorena_davidTesis caroline  lorena_david
Tesis caroline lorena_david
 
Edu sem 7 oll
Edu sem 7 ollEdu sem 7 oll
Edu sem 7 oll
 
18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)18. yunia mondrow (06111404018)
18. yunia mondrow (06111404018)
 
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdfPerutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
Perutusan Ketua Pengarah Pelajaran sempena Hari Guru tahun 2011 pdf
 
Tugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othmanTugasan 3083 noraini othman
Tugasan 3083 noraini othman
 
19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari19763943 sekolah-bestari
19763943 sekolah-bestari
 
Makalah pengembangan sekolah
Makalah pengembangan sekolahMakalah pengembangan sekolah
Makalah pengembangan sekolah
 
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKANTEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
TEKS PERUTUSAN HARI GURU TAHUN 2017 MENTERI PENDIDIKAN
 
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017Teks perutusan bos_hari_guru_2017
Teks perutusan bos_hari_guru_2017
 
7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan7. Cabaran Profesion Keguruan
7. Cabaran Profesion Keguruan
 
Pensijilan guru
Pensijilan guruPensijilan guru
Pensijilan guru
 
TAJUK 6 PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN GAITHRI APPALANAIDU
TAJUK 6 PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN GAITHRI APPALANAIDUTAJUK 6 PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN GAITHRI APPALANAIDU
TAJUK 6 PENGURUSAN INOVASI DAN PERUBAHAN PENDIDIKAN GAITHRI APPALANAIDU
 
Makalah pengembangan sekolah
Makalah pengembangan sekolahMakalah pengembangan sekolah
Makalah pengembangan sekolah
 
Makalah pengembangan sekolah
Makalah pengembangan sekolahMakalah pengembangan sekolah
Makalah pengembangan sekolah
 
Mulyati ojl 3 (RTK Cakep Bab 3)
Mulyati ojl 3  (RTK Cakep Bab 3)Mulyati ojl 3  (RTK Cakep Bab 3)
Mulyati ojl 3 (RTK Cakep Bab 3)
 
perubahan kurikulum
perubahan kurikulumperubahan kurikulum
perubahan kurikulum
 
PPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptx
PPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptxPPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptx
PPT Sempro Farid - UIN Jambi.pptx
 
Inovasi Kurikulum
Inovasi KurikulumInovasi Kurikulum
Inovasi Kurikulum
 
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKANMAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
MAKALAH MENJELASKAN PENDEKATAN PAIKEM DALAM UPAYA PENINGKATAN MUTU PENDIDIKAN
 
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juitaManajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
Manajeman pendidikan-islam deden-makbulaoh-anida-juita
 

Último

PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxdpp11tya
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfNurulHikmah50658
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxmuhammadkausar1201
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxssuser50800a
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaafarmasipejatentimur
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDNurainiNuraini25
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidupfamela161
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfDimanWr1
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfHendroGunawan8
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...MetalinaSimanjuntak1
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdfanitanurhidayah51
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptArkhaRega1
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxssuser8905b3
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdfsdn3jatiblora
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAAndiCoc
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxPurmiasih
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSovyOktavianti
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfwalidumar
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikThomasAntonWibowo
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTIndraAdm
 

Último (20)

PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptxPPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
PPT PERUBAHAN LINGKUNGAN MATA PELAJARAN BIOLOGI KELAS X.pptx
 
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdfMODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
MODUL 1 Pembelajaran Kelas Rangkap-compressed.pdf
 
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptxMateri IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
Materi IPAS Kelas 1 SD Bab 3. Hidup Sehat.pptx
 
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptxKontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
Kontribusi Islam Dalam Pengembangan Peradaban Dunia - KELOMPOK 1.pptx
 
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
HiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaHiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
Hiperlipidemiaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
 
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SDPPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
PPT AKSI NYATA KOMUNITAS BELAJAR .ppt di SD
 
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk HidupUT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
UT PGSD PDGK4103 MODUL 2 STRUKTUR TUBUH Pada Makhluk Hidup
 
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdfAksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
Aksi nyata disiplin positif Hj. Hasnani (1).pdf
 
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdfDiskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
Diskusi PPT Sistem Pakar Sesi Ke-4 Simple Naïve Bayesian Classifier .pdf
 
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
1.3.a.3. Mulai dari Diri - Modul 1.3 Refleksi 1 Imajinasiku tentang Murid di ...
 
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdfModul Projek  - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
Modul Projek - Batik Ecoprint - Fase B.pdf
 
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 pptppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
ppt-modul-6-pend-seni-di sd kelompok 2 ppt
 
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptxPPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
PPT AKUNTANSI KEUANGAN MENENGAH DUA.pptx
 
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar  mata pelajaranPPKn 2024.pdf
2 KISI-KISI Ujian Sekolah Dasar mata pelajaranPPKn 2024.pdf
 
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKAMODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
MODUL AJAR MATEMATIKA KELAS 6 KURIKULUM MERDEKA
 
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docxLK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
LK.01._LK_Peta_Pikir modul 1.3_Kel1_NURYANTI_101.docx
 
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptxSesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
Sesi 1_PPT Ruang Kolaborasi Modul 1.3 _ ke 1_PGP Angkatan 10.pptx
 
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdfaksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
aksi nyata - aksi nyata refleksi diri dalam menyikapi murid.pdf
 
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolikDasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
Dasar-Dasar Sakramen dalam gereja katolik
 
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UTKeterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
Keterampilan menyimak kelas bawah tugas UT
 

3 permasalahan pm

  • 1. PENDAHULUAN Pentaksiran merupakan satu proses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuan (LPM, 2000). Pentaksiran juga merupakan satu proses untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi pembelajaran seseorang pelajar dalam sesuatu subjek atau aktiviti pembelajaran. Aktiviti pentaksiran dijalankan secara berterusan. Proses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaran· Menilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaran· Mendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaiki pengajaran-pembelajaran.· Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.· Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.· Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.· Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran. Aspek-aspek utama dalam pentaksiran i. instrumen ii. kumpulan yang ditaksir iii. respon iv. kumpulan pentaksir v. skor Didalam Pendidikan Moral pentaksiran yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun berterusan.Kekuatan murid yang telah menguasai sesuatu nilai dan tindakan secara bermoral dapat diperkukuhkan dan diperkayakan. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat. 1
  • 2. BAHAGIAN A 1. PERANAN GURU PENDIDIKAN MORAL DALAM MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA BERDASARKAN PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA. 1.1. PENGENALAN Pendidikan moral merupakan sebahagian daripada pendidikan negara. Mengikut sukatanpelajaran Pendidikan Moral 1982, program pendidikan moral adalah bertujuan untuk murid-murid mengenalpasti, menjelaskan dan membatinkan nilai-nilai yang berasakan kepada agama,tradisi dan nilai-nilai masyarakat Malaysia. Begitu juga dengan penyemakan semula sukatan Pendidikan Moral pada tahun 1999 yang memperkenalkan lima bidang pembelajaran. Ia adalah bertujuan untuk membentuk generasi yang berakhlak mulia, bertanggungjawab dan boleh menyumbang kearah keharmonian dan kestabilan negara serta masyarakat global. Aspirasi Negara merupakan salah satu elemen yang penting dalam pembentukan sesebuah Negara. Hal ini juga berlaku kepada guru di Malaysia. Motto “ Guru Berkualiti Aspirasi Negara”mempunyai pengertian yang amat meluas. Guru yang berkualiti ialah guru yang dapat menunaikan tanggungjawab menyediakan sumber manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan membentuk identiti warga, menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional di kalangan warga. Pemahaman terhadap perkara yang saya sebutkan ini adalah penting kerana guru perlu menyedari bahawa mereka adalah paksi kepada segala usaha dan harapan untuk mencapai wawasan negara, wawasan 2020.Peranan dan juga tanggungjawab guru pendidikan moral dalam merealisasikan aspirasi Negara adalah sangat penting. Hal ini kerana, sekolah merupakan institusi formal pertama dimana murid-murid memperoleh ilmu dan kemahiran asas. Sekolah juga adalah tempat pemupukan minat setiap murid untuk terus mencari ilmu dan selanjutnya memberi memberi sumbangan kepada khazanah ilmu yang sedia ada Dalam usaha untuk mencapai kesepaduan antara kaum dan semangat bersatu padu tanpa berbelah bahagi, pendidikan dilihat sebagai satu wadah yang amat berkuasa untuk merealisasikannya. Oleh itu, peranan yang dimainkan guru memberikan impak yang besar buat semua individu. Dari jawatan kecil hinggalah jawatan yang hebat,semuanya adalah hasil didikan seorang guru. Seiring dengan perkembangan dunia tanpa sempadan juga, peranan yang digalas guru juga semakin besar. 2
  • 3. 1.2. MEREALISASIKAN ASPIRASI NEGARA BERDASARKAN ANJAKAN PERTAMA, KETIGA DAN KEEMPAT DALAM PELAN PEMBANGUNAN PENDIDIKAN MALAYSIA Dalam usaha mencapai aspirasi yang tinggi dalam persekitaran persaingan global yang semakin sengit, kita tidak boleh lalai. Oleh itu, Malaysia perlu melaksanakan perubahan besar terhadap keseluruhan sistem pendidikan semasa untuk melonjakkan pencapaian semua murid. Tidak dinafikan bahawa proses pelaksanaan transformasi pendidikan memerlukan pendekatan dan strategi baharu agar setiap murid mampu memiliki dan menguasai kemahiran yang diperlukan dalam abad ke-21. Oleh yang demikian, transformasi pendidikan bukan sekadar menambah bilangan kakitangan dan kemudahan, malah perlu menjurus kepada usaha untuk memahami dan menambah baik dinamik proses pengajaran dan pembelajaran. Dalam usaha mencapai hasrat tersebut, kerajaan mengambil langkah menggubal Pelan Pembangunan Pendidikan. Pelan ini menyediakan kerangka pembangunan yang menyeluruh untuk menzahirkan transformasi sistem pendidikan secara pantas dan mapan sehingga tahun 2025. Bersandarkan inisiatif yang telah diperkenalkan bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara, pelan pembangunan ini menggariskan perubahan besar yang kita hasratkan. Antara lain, perubahan yang dimaksudkan merangkum aspek pendekatan pembelajaran murid, kaedah pemilihan guru, latihan guru, penyediaan ganjaran kepada guru dan pemimpin sekolah, dan pendekatan pengoperasian 3
  • 4. Kementerian. Pelan ini dengan jelas menggambarkan faktor penambahbaikan penting bagi setiap langkah dalam perjalanan transformasi yang bakal dilalui. Sebagai guru pendidikan moral menjadi satu tanggungjawab dalam merealisaikan aspirasi ini berdasarkan sebelas anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Anjakan yang Pertama ialah Menyediakan Kesamarataan Akses Kepada Pendidikan Berkualiti Bertaraf Antarabangsa. Hakikatnya, hari ini, murid dikatakan telah berjaya menguasai ilmu apabila mereka berupaya menganalisa maklumat, berfikir secara kritis, mengaplikasi ilmu secara kreatif dan berkomunikasi dengan berkesan. Inilah ciri-ciri kemahiran berfikir aras tinggi yang telah pun dimiliki oleh murid di negara-negara maju. Di samping itu, bagi memastikan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) ini dapat dilaksanakan dengan jayanya, para guru serta ibu bapa perlu menitikberatkan betapa pentingnya supaya para pelajar mahupun anak anak mereka untuk memanfaatkan dan menguasai kemahiran ICT. Hal ini kerana, kita ingin melahirkan para pelajar yang bukan sahaja cerdik dan celik dari segi intelektual tetapi ingin melahirkan para pelajar yang serba boleh dari semua aspek. Tugas guru Pendidikan Moral ialah menggunakan segala kemahiran yang anda untuk menerapkan nilai-nilai murni dalam diri murid-murid. Akses internet yang dibekalkan di sekolah-sekolah hendaklah digunakan dengan sebaik mungkin untuk murid mengakses perkara- perkara yang boleh menjadi contoh yang baik kepada mereka yang boleh mereka aplikasikan dalam kehidupan seharian. Bayak contoh-contoh yang boleh diambil daripada akses internet . Sehubungan dengan itu juga, Kementerian telah melancarkan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM) dan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) yang disemak semula pada tahun 2017. Kementerian juga akan menimbang pindaan kepada peraturan sedia ada untuk memberikan kelonggaran kepada sekolah mengamalkan jadual anjal selagi sekolah boleh menyampaikan hasil pembelajaran dan kandungan yang digariskan dalam kurikulum. Sebagai guru pendidikan moral guru hendaklah membantu pihak kementerian pelajaran dalam merealisasikan kurikulum baru ini. Banyak perubahan-perubahan yang dibuat melalui kurikulum baru ini yang telah disesuaikan dengan peredaran zaman ini. Lebih banyak nilai-nilai yang diterapkan melalui kurikulum baru ini. Guru hendaklah menggunakan sebaik mungkin kurikulum baru ini dalam mata pelajarn Pendidikan Moral. Selanjutnya, peperiksaan dan pentaksiran kebangsaan akan dirombak untuk meningkatkan tumpuan terhadap kemahiran berfikir aras tinggi, seiring dengan pelaksanaan kurikulum baharu. Sebagai contoh menjelang tahun 2016, peperiksaan UPSR akan mengandungi 80 peratus soalan berbentuk pemikiran aras tinggi. Sebagai guru pendidikan moral, guru hendaklah menjalankan pentaksiran secara formal atau tidak formal kepada murid-murid. Instrumen-instrumen pentaksiran yang dijalankan hendaklan kearah KEBAT iaitu Kemahiran Beraras Tinggi dan menggalakkan murid 4
  • 5. berfikir tentang nilai-nilai yang diterapkan di dalam Pendidikan Moral. Selepas setiap sesi pengajaran dan pembelajaran, penerapan nilai-nilai adalah sangat penting. Untuk menjamin akses pendidikan berkualiti dan bertaraf antarabangsa kepada semua murid, kerajaan akan meningkatkan pelaburan bagi sumber fizikal dan pengajaran kepada murid dengan keperluan khusus. Murid Orang Asli dan kumpulan minoriti, serta murid kurang upaya fizikal dan pembelajaran, akan menerima bantuan tambahan supaya mereka juga menikmati peluang yang sama seperti murid lain. Anjakan yang Ketiga dalam PPPM ialah Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai. Diantara perincian dalam anjakan Ketiga ini ialah: i. Mengukuhkan Pendidikan Agama Islam dan Pendidikan Moral dengan memberi lebih fokus kepada teras nilai dan falsafah agama utama menjelang 2017. ii. Membangunkan murid secara holistik dengan mengukuhkan keperluan penyertaan murid dalam 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform. iii. Mengukuhkan dan memperluaskan RIMUP mulai 2016 untuk memudah cara interaksi antara jenis sekolah. Murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, daripada kemusnahan alam sekitar hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk berjaya mengharungi segala cabaran ini murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika. Pada masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi dengan pembangunan identiti nasional. Setiap murid meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik, seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela; penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik; menghindari perbuatan rasuah dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti. Selain itu, setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga mereka, atau sebagai sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta negara. Oleh itu sebagai guru pendidikan moral adalah menjadi tugas guru berperanan menerapkan nilai perpaduan dan kerjasama. Banyak nilai-nilai universal yang boleh menjadi alat perpaduan dan kerjasama yang boleh didedahkan secara formal dan informal di sekolah. Selain daripada itu, guru 5
  • 6. berperanan menerapkan nilai kebebasan, cintakan negara, keyakinan tinggi, tabah dan sanggup menghadapi cabaran. Aktiviti persatuan, sukan dan permainan serta unit beruniform boleh memperkukuhkan semangat gagasan ini. Pelibatan dalam aktiviti kokurikulum memberikan murid peluang untuk membangunkan bakat dan minat mereka di luar persekitaran bilik darjah yang formal. Aktiviti seperti ini juga menyediakan peluang yang baik untuk membangunkan kemahiran kepimpinan murid. Oleh itu, setiap murid dijangkakan akan mengambil bahagian dalam sekurang-kurangnya 1Sukan, 1Kelab, dan 1Badan Beruniform. Kementerian juga akan mengkaji kemungkinan mewajibkan pelibatan ini sebagai syarat tamat pengajian dan pemberian biasiswa di peringkat pengajian tinggi. Bagi meningkatkan kualiti aktiviti yang ditawarkan di setiap sekolah, Kementerian akan memberi latihan bersasaran kepada guru penasihat aktiviti. Kerjasama dengan lebih banyak organisasi komuniti dan sektor swasta akan dijalin bagi melaksanakan program ini. Dalam memwujudkan masyarakat atau murid yang bermoral dan beretika pula, guru hendaklah berperanan menerapkan dan mengamalkan semua nilai murni dan agama serta menurut peraturan dan undang-undang negara. Guru ada adalah model dalam penghayatan nilai. Arahan, larangan, ingatan, nasihat, dan amalan tingkah laku di bilik darjah dan di sekolah perlu dikaitkan denagn soal disiplin, ,oral dan etika. Pelaksanaan KSSR yang disemak semula dan KSSM memerlukan setiap murid sekolah rendah dan menengah melibatkan diri dalam khidmat komuniti. Bagi murid sekolah menengah, elemen khidmat komuniti akan dijadikan prasyarat untuk kelulusan sekolah menengah. Kurikulum Pendidikan Agama Islam bagi murid Islam dan kurikulum Pendidikan Moral bagi murid bukan Islam akan diperkukuhkan supaya akan merangkumi tumpuan yang lebih kepada pemahaman tentang nilai-nilai perpaduan dan hubungan baik sesama insan. Dalam mewujudkan masyarakat liberal dan bertolak ansur, rakyat pelbagai kaum bebeas mengamalkan idea, kebudayaan dan kepercayaan agama masing-masing dan pada masa yang sama meletakkan kesetiaan kepada negara. Oleh itu guru berperanan menerapkan nilai kesederhanaan,tolak ansur, kesetiaan, kerasionalan, dan saling memahami. Sambutan perayaan semua agama elok diadakan di semua sekolah dengan nilai-nilai universal yang boleh dikongsi dan difahami bersama. Anjakan Keempat dalam PPPM pula ialah Mentransformasi Profesion Keguruan Menjadi Profesion Pilihan. Kajian antarabangsa menunjukkan bahawa kualiti guru merupakan faktor berasaskan sekolah yang paling signifikan dalam menentukan keberhasilan murid. Kualiti sistem tidak boleh melangkaui kualiti guru. Walaupun terdapat guru yang cemerlang dalam sistem pendidikan Malaysia, kajian AKEPT 2011 mendapati bahawa hanya 50% pengajaran disampaikan dengan berkesan. Hal ini bermakna penyampaian mata pelajaran tidak melibatkan murid secukupnya, dan cara mengajarnya lebih pasif serta berbentuk syarahan. Mata pelajaran yang disampaikan lebih berfokus kepada pemahaman kandungan yang tidak mendalam dan tidak memberi tumpuan kepada 6
  • 7. kemahiran berfikir aras tinggi. Statistik ini juga menunjukkan cabaran besar yang akan dihadapi kerana lebih kurang 60% guru pada hari ini akan terus mengajar bagi tempoh 20 tahun lagi. Profesion keguruan akan menjadi lebih berprestij dan elit apabila pengambilan dibuat hanya dalam kalangan graduan 30% terbaik dalam negara. Guru pelatih akan menerima latihan yang sebaik mungkin dari mula mereka mengikuti program latihan hingga mereka bersara. Mereka akan memperoleh peluang pembangunan kerjaya yang menarik dalam beberapa laluan kerjaya yang jelas, dengan kemajuan yang berasaskan prestasi dan kompetensi, dan bukan tempoh perkhidmatan. Sistem pendidikan akan memperkukuhkan budaya teladan rakan setugas untuk meningkatkan kecemerlangan profesional menerusi pementoran, pembangunan dan perkongsian amalan terbaik, serta meningkatkan kebertanggungjawaban rakan setugas dalam memenuhi standard profesion. Pada masa hadapan, hanya calon terbaik sahaja akan dipilih untuk mengikuti latihan perguruan. Hal ini bermakna Kementerian akan meninggikan syarat kelayakan kemasukan ke profesion keguruan bagi memastikan semua guru yang mengikuti setiap latihan perguruan memenuhi syarat minimum kelayakan akademik. Kementerian akan memastikan standard yang sama digunakan dalam program latihan perguruan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta. Bagi memenuhi hasrat melahirkan guru berkualiti, Kementerian akan memastikan kualiti kurikulum dan pensyarah ditingkatkan. Kementerian akan memperkenalkan keperluan kelulusan yang lebih ketat supaya hanya pelatih yang terbaik akan lulus dan dijamin penempatan di sekolah awam. Kementerian berhasrat untuk mengubah IPG kepada universiti latihan guru bertaraf dunia menjelang 2020. Untuk tujuan tersebut, Kementerian akan menilai semula kurikulum latihan praperkhidmatan semasa bagi memastikan guru cukup bersedia untuk mengajar kemahiran berfikir aras tinggi yang diperlukan oleh murid di Malaysia. Hal ini dilakukan dengan menambah peratusan masa praktikum kepada 40% untuk semua program. IPG juga akan menawarkan pelbagai program (diploma, ijazah pertama dan ijazah lanjutan) untuk memenuhi keperluan calon dengan pelbagai tahap pengalaman (lulusan baharu dan mereka yang bertukar kerjaya). Kriteria pengambilan pensyarah baharu akan diketatkan dan kemahiran pensyarah sedia ada ditingkatkan. Bagi guru pendidikan moral, pihak IPG bolehlah memberikan mereka latihan yang secukupnya dengan menggalakkan guru-guru ini nanti dengan nilai-nilai universal yang ada. Bagi guru yang mengambil mata pelajaran elektif pendidikan Moral sebagai pilihan, mereka hendaklah ditanamkan dengan nilai-nilai kejujuran, kesabaran , hemah tinggi, intergiriti dalam mendidik murid-murid dan melahirkan insan yang bermoral dan beretika . Akhirnya dapatlah dirumuskan bahawa transformasi pendidikan melalui PPPM ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang yang bertepatan dengan falsafah pendidikan negara iaitu kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan untuk mewujudkan 7
  • 8. insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan , berakhlak mulia, bertanggungjawan dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri. Maka dengan itu guru Pendidikan Moral melalui mata pelajaran Pendidikan Moral merupakan satu usaha untuk melahirkan warganegara yang mempunyai sahsiah yang baik dengan mengamalkan nilai-nilai murni. Transformasi Pendidikan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan satu usaha pihak kementerian pelajaran untuk membentuk insan yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang dapat membentuk rakyat Malaysia yang berkahlak mulia. 2. JADUAL SPESIFIKASI UJIAN (JSU) Jadual Spesifiikasi Ujian ialah jadual yang menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran. Penggubalan sesuatu kertas ujian perlu mengikut spesifikasi ujian yang ditetapkan iaitu mewakili keseluruhan sukatan pelajaran, yang merangkumi komponen pengetahuan, kemahiran dan sikap seperti yang telah ditetapkan. Pertimbangan ini dibuat untuk memastikan para pelajar diuji dengan menggunakan soalan yang relevan mengikut sukatan pelajaran dan objektif pengajaran. Menurut Hale, (1980), penilaian terhadap item-item tersebut juga perlu dilakukan oleh pakar mata pelajaran tertentu. Ini penting bagi memastikan kualiti item ujian dari segi kebolehpercayaan, kesahan, dan seterusnya, pengukuran yang adil. Kubiszyn dan Borich (2003) pula berpendapat, JSU adalah carta dua hala yang mengaitkan objektif pengajaran dengan kandungan pengajaran. Lajur carta tersebut menyenaraikan objektif-objektif pengajaran, sementara baris carta ini pula menyenaraikan konsep- konsep utama yang diajar dan ingin diukur. Oleh itu pengubalan kertas ujian perlu mengikut pelbagai proses dengan terlebih dahulu menyediakan JSU, diikuti dengan membuat ujian rintis dan mengemaskini setiap item ujian tersebut sebelum item ujian itu ditadbir. JSU juga akan menjadi panduan kepada guru tentang sukatan pelajaran yang perlu diajar dan objektif pengajaran yang perlu dicapai pelajar. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir. 8
  • 9. 2.1 JADUAL SPESIKASI UJIAN Bagi Kertas Ujian Pendidikan Moral Tahun 5 ITEM OBJEKTIF ITEM SUBJEKTIF Aras kemahiran isi atau kandungan Pengetahuan Kefahahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Jumlah Pengetahuan Kefahahaman Aplikasi Analisis Sintesis Penilaian Jumlah Kepercayaan Kepada Tuhan Kebersihan Fizikal dan Mental Harga Diri Kerajinan Hemah Tinggi Kasih Sayang Kesederhanaan Kejujuran Baik Hati Berterima Kasih Kasih Sayang Terhadap Keluarga Hormat Dan taat kepada Anggota Keluarga 3 1 1 1 1 1 1 2 1 2 1 1 2 1 1 8 4 2 3 2 1 3 1 1 1 1 1 1 1 3 1 2 3 1 Jumlah 4 2 6 3 3 2 20 4 2 2 1 1 10 9
  • 10. 2.2. Jadual di atas menunjukkan kertas soalan Pendidikan Moral terdiri daripada 25 soalan objektif bagi tahun 5. Semua topik disenaraikan di sebelah kiri (paksi kandungan) manakala aras kemahiran di paksi mendatar. Ia mengandungi aras koginitif dibahagikan kepada pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian 1. Orang beragama Kristian menjadikan ______________ sebagai amalan. ( ARAS PENGETAHUAN ) A. Mendengar khutbah di gereja pada setiap hari Ahad. B. Sujud di hadapan kitab suci Granth Sahib C. Sujud di hadapan patung Buddha D. Membasuh kaki sebelum memasuki kuil 2. Mengapakah kita tidak boleh memperkecilkan amalan dan larangan penganut agama lain? ( ARAS ANALISIS) A. Supaya masyarakat hidup dalam keadaan aman dan makmur B. Supaya kita menjadi kaya C. Supaya kita boleh membanggakan diri D. Supaya kita akan menjadi terkenal 3.”Membaca Amalan Mulia” Apakah kepentingan membaca ? ( ARAS SINTESIS ) A. Membolehkan kita menghina orang yang susah. B. Menjadikan diri sombong dan tidak bergaul dengan orang lain. C. Menjadikan diri seseorang itu berilmu dan boleh membantu orang lain D. Menjadikan seseorang itu lemah menghadapi hidup 10
  • 11. 4. Manakah yang tidak benar ? ( ARAS APLIKASI ) A. Memastikan gambar dalam bahan bacaan dapat memberikan faedah. B. Elakan diri daripada memilih bahan bacaan yang mempunyai unsur lucah dan ganas. C. Memastikan bahan bacaan yang dipilih sesuai dengan aktiviti yang akan dilaksanakan. D. Mencari bahan bacaan yang mempunyai gambar yang tidak senonoh. 5. Boniface mempertahankan diri daripada dituduh oleh rakannya dengan cara ______________ . ( ARAS PENILAIAN) A. mengemukakan bukti B. berbual kosong C. bertumbuk dengan rakan yang menuduhnya D. merayu kepada rakanya supaya jangan menyebarkan tuduhan tersebut 6. Rajin dan usaha tangga _________________ . ( ARAS KEFAHAMAN ) A. ke syurga B. kejayaan C. kelemahan D. kebosanan 7. Pakaian yang sesuai dipakai ketika menghadiri majlis rasmi adalah ________________ . ( ARAS PENGETAHUAN ) A. pakaian yang seksi B. seluar pendek dan tshirt C. baju tidur D. pakaian pejabat atau formal 11
  • 12. 8. Cara kita untuk menghargai anggota keluarga kita antaranya ialah_____________________ . ( ARAS APLIKASI ) A. sentiasa membantu dan mendoakan kesejahteraan mereka B. sentiasa membuat masalah dengan mereka C. mendoakan mereka supaya hidup susah D. hanya bersama mereka ketika senang dan meninggalkan mereka ketika susah. 9. Raju pergi ke kuil untuk bersembahyang. Apakah agama Raju? ( ARAS APLIKASI ) A. Islam B. Kristian C. Buddha D. Hindu 10. Yang berikut ialah akibat penyalahgunaan dadah, kecuali ___________________. ( ARAS APLIKASI ) A. Ketagihan yang melampau B. Mendapat jangkitan HIV C. Mula melakukan jenayah D. Mendapat penghormatan dari masyarakat Soalan 11 berdasarkan pernyataan di bawah 11. Pernyataan di atas merujuk kepada agama 12 -Tidak makan daging lembu -Berpuasa -Mengikat pokok pisang semasa majlis keagamaan
  • 13. ( ARAS PENGETAHUAN ) A Islam C Kristian B Hindu D Buddha 12. Mendengar khutbah di ________ pada hari Ahad adalah amalan agama tersebut. ( ARAS PENGETAHUAN ) A Masjid C Kuil B Wat D Gereja Soalan 13 berdasarkan gamabar di bawah 13. Berdasarkan gambar di atas, apakah peraturan yang patut kita patuhi? i- Menutup aurat. ii- Duduk dengan sopan. iii- Membuang sampah merata-rata. iv- Menganggalkan kasut. ( ARAS SINTESIS ) A i dan ii C i, iii dan iv B i,ii dan iii D ii, iii dan iv 14. Apakah yang akan kamu lakukan jika ternampak seorang budak sedang mengganggu jemaah lain beribadat? 13
  • 14. ( ARAS ANALISIS ) A Tidak mempedulikannya. B Menegur budak tersebut. C Menggelengkan kepala. D Turut mengganggu jemaah lain. 15. Tempat beribadah ialah tempat untuk ( ARAS PENILAIAN ) A mengulang kaji pelajaran. B beribadah. C bersembahyang dan berdoa kepada Tuhan. D berbual-bual. 16. Kean Seng diajak oleh Ramu menghisap rokok. Apakah yang sepatutnya Kean Seng memberitahu kepada rakannya? ( ARAS ANALISIS ) A Boleh, apa salahnya. B Kamu pergilah ajak orang lain. C Berapa banyak yang kamu beli? D Saya tidak mahu. Rokok merbahayakan kesihatan. 17. Antara berikut, buku yang manakah sesuai untuk dijadikan bahan bacaan berguna? ( ARAS SINTESIS ) i- Fiksyen Sains. ii- Dokumentari. iii- Komik iv- Majalah berkaitan dengan pelajaran. A i dan ii C i, ii dan iv B i,ii dan iii D ii, iii dan iv 14
  • 15. Soalan 18 dan 19 berdasarkan gambar di bawah. 18. Berdasarkan gambar di atas, apakah yang sepatutnya diucapkan oleh murid tersebut? ( ARAS APLIKASI ) A Apakah yang mak cik beli? B Biar saya tolong mak cik bawa barang-barang ini. C Mak cik berjalan terlalu lambat. D Mak cik dari mana? 19. Apakah amalan mulia yang ada dalam diri murid tersebut? ( ARAS KEFAHAMAN ) A Bersopan santun. B Tolong menolong. C Berdedikasi. D Berkeyakinan tinggi. 20. Kepentingan bersifat berani kerana benar adalah seperti berikut, kecuali ( ARAS APLIKASI ) A mempertahankan diri dari tuduhan. B mejaga maruah diri. C supaya orang takut kepada kita. D untuk menjelaskan perkara yang sebenarnya kepada orang lain. A. Isikan tempat kosong dengan jawapan yang sesuai. ( ARAS PENGETAHUAN ) 15 membasuh kaki Buddha lembu
  • 16. 1. Amalan penganut agama Hindu sebelum memasuki kuil ialah ___________________________. Persamaan ini adalah sama dengan amalan lain seperti Islam dan _________________ supaya menganggalkan alas kaki untuk masuk ke tempat ibadat mereka. 2. Perkara yang patut dielakkan terhadap agama lain selain dari agama yang kita anuti ialah __________________ dan mengajuk amalan sesuatu amagam tersebut. Jika ingin bertanya sesuatu, tanyalah dengan _____________________ untuk mendapat maklumat lanjut berkenaan amalan dan ___________________ agama lain. 3. Orang Islam akan berpuasa selama sebulan pada __________________. Mereka bersahur iaitu makan sebelum waktu __________________ dan akan berbuka puasa pada waktu maghrib. Setelah sebulan berpuasa, mereka akan menyambut _______________________. Selain perayaan tersebut, mereka turut merayakan ____________________________ yang mana mereka akan melakukan ibadah korban dengan menyembelih haiwan seperti kambing, ______________ ataupun unta sebagai tanda kesyukuran kepada Tuhan. 16 mengejek sopan larangan Bulan Ramadhan Hari Raya Puasa subuh Hari Raya Aidiladha
  • 17. B. JAWAB SEMUA SOALAN DI BAWAH a) Berdasarkan petikan ayat di atas nyatakan tiga contoh amalan Bernandez melayan saudara mara dengan ikhlas. ( ARAS ANALISIS ) I. ___________________________________________________________________ II. ___________________________________________________________________ III. ___________________________________________________________________ b) Nyatakan tiga kesan kepada saudara mara Bernandez setelah dilayan dengan ikhlas oleh Bernandez sekeluarga. (ARAS SINTESIS) I. ___________________________________________________________________ II. ___________________________________________________________________ III. ___________________________________________________________________ 17 Bernandez melayan saudara mara yang datang ke rumahnya dengan ikhlas.
  • 18. C. Membantu keluarga, kawan mahupun jiran kita merupakan amalan yang mulia. Apakah perkara yang telah anda lakukan untuk membantu keluarga, kawan dan jiran kamu? Tuliskan pengalaman kamu dalam petak kosong. (APLIKASI) 18 Keluarga Kawan Jiran Lain-lain
  • 19. D. Berdasarkan kepada petikan, adakah Cikgu Bedah menunjukkan sifat kasih sayang? Tandakan ( X ) 1. 2. Jika kamu adalah Cikgu Bedah, apakah yang akan kamu lakukan jika seekor kucing masuk ke kelas? ....................................................................................................................................... ....................................................................................................................................... 3. Tandakan ( √ ) pada perkara yang menunjukkan sifat kasih sayang dan tandakan ( X ) pada perkara yang tidak menunjukkan sifat tersebut. Situasi Perasaan Kamu a. Saya menuangkan segelas air untuk ayah yang sedang menonton telenisyen b. Sya membelkan adik sebuah anak patung yang comel c. Saya meminta kakak menyiapkan kerja sekolah saya. d. Kaki nenek sakit selepas berjalan jauh. Saya menolong mengurutkan kaki nenek. E. Nyatakan tindakan yang boleh dilakukan oleh mereka ? 19 Cikgu Bedah seorang yang penyayangCikgu Bedah seorang yang penyayang Cikgu Bedah bukan seorang yang penyayang Situasi Tindakan
  • 20. . BAHAGIAN B NAMA : YUSRI BIN MOHAMED SHARIP 20 Min Ho Bilik saya tidak teratur dan kotor Suhaila Bilik saya tidak teratur dan kotor Shanker Bilik saya tidak teratur dan kotor
  • 21. NO MATRIK : PPG201119236149 ANGKA GILIRAN : PPG 2011192360149 Huraikan permasalahan yang dihadapi dalam membuat pentaksiran penilaian Pendidikan Moral sama ada secara formal atau tidak formal. 3. ISU DALAM PENTAKSIARAN PENDIDIKAN MORAL Pentaksiran adalah proses pengumpulan maklumat tentang perkembangan dan kemajuan murid dengan menggunakan pelbagai kaedah. Ia merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran dijalankan secara berterusan. Ia hendaklah dilaksanakan secara tidak formal selaras dengan Seksyen 19 Akta Pendidikan 1996. Secara keseluruhannya pentaksiran bertujun untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentkasiran membolehkan guru mengambi ltindakan susulan berkesan dan seterusnya membantu guru mengembnagkan potensi muridketahap optimum dalam domain kognitif, afektif dan psikomotor.P & P dalam aspek kognitif merujuk kepada Dewey (1916) dan pemerhatiannya bahawa setiap insan mempunyai kapasiti untuk berfikir. Menurut Polson & Jeffries (1985), mereka telah mengatakan pemikiran berkaitan secara langsung dengan kemahiran penyelesaian masalah.Manakala menurut Ennis (1985, 1991) berpendapat pemikiran merupakan beberapa siri proses pemikiran secara logik. Selain itu,Galotti (1989) menyatakan terdapat dua jenis membuatkeputusan kesan dari pemikiran, iaitu “formal reasoning” dan “everyday reasoning”. Pentaksiran tradisional dikatakan gagal kerana tidak mengambil kira pencapaia pelajar secara holistilk dan bagaimana pelajar berjaya bekerja dalam kumpulan. Terdapat pelajar yang mendapat cemerlang dalam bidang akademik semasa belajar tetapi tidak cemerlang ketika berkerjaya dana lebih malang lagi telah menimbulkan masalah dalam pekerjaan khususnya berkaitan dengan moral seperti malas bekerja, tidak amanah, kurang bekerjasama, dan terlalu mementingkan diri sendiri. Pentaksiran dalam Pendidikan Moral lebih kepada keupayaan mengesan tahap penguasaan ilmu pengetahuan dan kurang berupaya mengesan penghayatan dan amalan nilai moral yang sebenarnya lebih hakiki untuk dinilai. Masyarakat tidak memerlukan orang yang bercakap baik-baik tetapi tidak mampu melaksanakan amalan yang baik. Pentaksiran seolah-olah bersifat hukuman.yang mendapat markah rendah dalam moral dianggap sebagai kurang bermoral. 21
  • 22. Pentaksiaran Moral di sekolah memerlukan guru-guru yang terlatih. Pentaksiaran Berasaskan Sekolah (PBS) menuntut bahawa semua bentuk pentaksiran yang bersifat autentik dan alternative seperti kerja kursus, projek, pemglibatan dalam kokurikulum, dan sahsiah perlu ditadbir dengan bijaksana. Pentaksiran secara formal sangat perlu dalam Pendidikan Moral. Walau bagaimanapun pelaksanaanya sangat rumit dan memerlukan masa yang panjang. Pembelajaran Pendidikan Moral dianggap rendah statusnya berbanding dengan subjek yang menjadi prasyarat untuk melanjutkan pelajaran dan memasuki bidang pekerjaan. Situasi ini menjadikan Pendidikan Moral diangap mudah dan kurang penting. Tujuan Pentaksiran Memantau perkembangan murid Melaksanakan penilaian dan memperhalusi kurikulum. Menyediakan maklum balas untuk melaporkan penguasaan seseorang murid. Memotivasi murid. Menentukan tahap pencapaian. Mengadaptasi strategi pengajaran mengikut kebolehan dan kebolehan pelajar 3.1. MASALAH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL SECARA FORMAL DAN TIDAK FORMAL. Setiap mata pelajaran yang diajar di sekolah harus diuji atau dinilai sama ada dalam bentuk formal atau tidak formal. Disebabkan Pendidikan Moral amat menitikberatkan domain afektif iaitu berhubung dengan pembentukan sikap, nilai, dan emosi maka penilaian terhadapnya perlu dilakukan secara formal dan tidak formal. 3.1.1. Penilaian formal Penilaian Formal merangkumi penilaian formatif dan sumatif. Penilaian formatif melibatkan penggunaan ujian untuk mengukur perkembangan pembelajaran setelah pelajar selesai mengikuti satu unit pelajaran yang kecil. Keputusan yang diperolehi digunakan untuk memperbaiki pembelajaran dan bukan untuk menetapkan gred atau kedudukan dalam bilik darjah. Program pengayaan akan diadakan untuk murid-murid yang mendapat pencapaian yang cemerlang, manakala program pemulihan akan diadakan untuk murid- murid yang tidak dapat menguasai pembelajaran tersebut. Penilaian sumatif ialah penilaian yang dijalankan pada akhir suatu kursus. Tujuannya adalah untuk menentukan gred atau taraf sijil. Skop ujian sumatif adalah luas dan ia lazimnya mengukur satu contoh semua tugasan pembelajaran yang ditetapkan dalam pengajaran. 22
  • 23. 3.1.2. Penilaian Tidak Formal Matlamat utama penilaian tidak formal adalah memberi gambaran yang menyeluruh mengenai profil pelajar dari segi nilai dan sikap. Pelaporan penghayatan ini hendaklah membayangkan ciri-ciri perkembangan pelajar. Ia tidak seharusnya memberi gambaran gagal atau lulus tetapi menghuraikan tahap kemajuan pelajar. Pelbagai cara digunakan untuk menjalankan penilaian tidak formal iaitu : i. Pemerhatian ii. Senarai semak dan skala pemeringkatan iii. Rekod Anekdot iv. Hasil kerja pelajar v. Temu bual i) Pemerhatian Guru Pendidikan Moral atau guru kelas akan memerhatikan tingkah laku pelajar di dalam dan di luar bilik darjah. Hasil pemerhatian guru tentang kelebihan dan kelemahan pelajar boleh direkodkan dalam borang yang direkabentuk oleh guru atau pun menilai tingkah laku murid-murid dengan menggunakan borang pemerhatian yang telah ditentukan. ii) Senarai semak Senarai tingkah laku yang dijangka oleh murid-murid daripada Tahun satu hingga Tahun enam telah ditentukan terlebih dahulu. Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk satu tempoh tertentu. Semakin tinggi markah senarai semak, semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah ditonjolkan oleh murid-murid. iii) Skala Pemeringkatan Teknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala. Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat `Ya ‘ atau `Tidak’ tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain. Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal, guru perlu memastikan dia tidak dipengaruhi oleh kesan halo. Kesan halo boleh berbentuk positif atau 23
  • 24. negatif. Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut. Pengaruh kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menonjol. iv) Rekod Anekdot Rekod anekdot merupakan satu rekod perisitiwa yang berlaku dalam sesuatu tempoh tertentu. Sebelum sesuatu catatan dibuat guru haruslah memerhatikan tingkah laku pelajar dengan tepat dan teliti. Pemerhatian untuk menilai tingkah laku pelajar seharusnya merangkumi seberapa ramai pelajar yang mungkin. Tingkah laku yang diperhatikan haruslah direkodkan dengan jelas, ringkas dan objektif. Kemudian guru harus membuat pentafsiran atau intepretasi tingkah laku yang diperhatikan. v) Hasil Kerja Pelajar Prestasi seseorang pelajar boleh juga dinilai berdasarkan hasil kerja yang dijalankan oleh murid-murid dalam dan di luar bilik darjah. Guru boleh menilai hasil murid-murid berasaskan isi kandungan dan sikap semasa menghasilkan kerja. Aspek–aspek yang boleh dinilai termasuk sikap dan kebolehan berkolaborasi dengan orang lain dalam menghasilkan kerja. vi) Temu bual Temu bual melibatkan interaksi bersemuka dengan murid-murid. Murid-murid diberikan peluang menyatakan perasaan mereka yang dapat menggambarkan sikap mereka. Semasa menjalankan temu bual, guru mendorong pelajar berfikir supaya dapat mewujudkan pelbagai situasi untuk merangsangkan pelajar berfikir secara kritis dan membuat pertimbangan moral. Walau bagaimanapun pelaksanaan pentaksiran Pendidikan Moral sering menghadapi masalah. Antaranya ialah: i. Masalah Pentaksiran Moral Susah Dinilai Secara Afektik. Pentaksiran Pendidikan Moral sewajarnya dilakukan secara afektif tetatapi pentaksiaran secara begini sukar dilaksanakan. Anatara masalahnya adalah 24
  • 25. faktor amalan, iaitu moral adalah penghayatan dan amalan yang berterusan dan menyeluruh. Aspek yang diajar di sekolah adalah terhad dan terpisah mengikut kandungan tertentu. Pentaksiran tidak dapat dilakukan selepas waktu pengajaran apatah lagi ketika pelajar di rumah atau di luar sekolah. Bagaimana guru hendak menilai sikap dan tabiat pelajar selepas satu waktu pengajaran? Contohnya seperti situasi di bawah ini. Situasi 1: Cikgu Ahmad mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral Tahun 4. Tajuk yang disampaikannya pada hari itu ialah ‘nilai kebersihan’. Murid-murid didapati menyimpan kuku yang pendek dan bersih pada hari yang kedua. Bolehkah kita menganggap guru tersebut berjaya kerana pelajar-pelajar telah memotong dan membersihkan kuku mereka? Adakah nilai baik yang ditunjukkan di sekolah sama dengan nilai yang ditunjukkan di rumah? Apakah nilai kebersihan yang diamalkan di sekolah, dikuatkuasakan oleh peraturan dan disiplin sekolah, juga diamalkan oleh pelajar ketika berada di rumah atau di luar rumah ? Tidak semua tingkah laku itu dapat diperhatikan. Apa yang dapat diperhatikan juga tidak semestinya memberi gambaran tepat tentang sahsiah mereka. Sukar menilai sama ada pelajar benar-benar mengamalkan apa yang mereka cakap atau tulis. Sukar dinilai apa yang telah diajar sama ada telah dihayati atau tidak. Situasi 2.: Mengapa seluruh kawasan sekolah bersih daraipada sampah sarap sedangkan di luar pagar dan jalan berhampiran dengan sekolah terdapat banyak sampah yang dibuang oleh pelajar sekolah yang sama. Situasi 3.: Keseluruhan pelajar lelaki dan perempuan berpakaian sopan (pakaian seragam sekolah) ketika di sekolah tetapi apabila mereka balik dan berada di luar sekolah, ramai yang berpakaian kurang sopan dan menjolok mata. ii. Proses penilaian memerlukan masa yang panjang Pentaksiran pendidikan moral biasanya dilakukan secara kognitif, iaitu melalui penilaian formal seperti mengadakan ujian aneka pilihan, jawapan pendek, melengkapkan cerita dan memadan gambar dan kenyataan. Pentaksiran juga dibuat melalui penilaian tidak formal seperti senarai semak, skala pemeringkatan 25
  • 26. serta rekod peristiwa (rekod anekdot) dan memyemak hasil hasil kerja juga perlu dilakukan supaya pentaksiran moral menjadi lebih objektif dan dipercayai. Walau bagaimanapun, apakah guru Pendidikan Moral mampu melakukan (PBS) yang banyak masalah dari segi proses melaksanakan pentaksiran dan pengurusan. iii. Masalah Penilaian pendidikan moral Yang Subjektif Terdapat alat yang digunakan dalam pentaksiran khususnya pentaksiran tidak formal banyak diengaruhi oleh perasaan penilai atau penguji. Pentaksiran jenis ini tidak tepat dan diragui. Maklum balas dan keputusan daripada pentaksiran terhadap diri pelajar itu sendiri kurang tepat termasuk juga faktor guru yang menilai. Guruyang berlainan juga akan memberi penilaian yang berlainan. Guru tidak boleh terlalu mengharap keputusan pentaksiran moral pelajar adalah tepat. iv. Masalah Guru Pendidikan Moral Yang Selalu Bertukar Pihak sekolah dan masyarakat umumnya menganggap Pendidikan Moral kurang penting. Guru pendidikan moral yang khusus sebenarnya masih kurang. Di sekolah, lazimnya guru Pendidikan Moral tidak mendapat latihan yang khusus. Semua guru yang kurang waktu mengajar dalam bidang tertentu akan dikehendaki mengajar Pendidikan Moral. Proses pentaksiran Pendidikan Moral memerlukan masa yang panjang dan pengamatan yang lebih, kerana pentaksiran moral yang sepatutnya banyak dilakukan secara tidak formal kerena apa yang hendak dilihat adalah aspek penghayatan nilai. Pentaksiran pendidikan morah kurang nermakna kerana guru sentiasa bertukar. BAHAGIAN B NAMA : ROSLAN BIN SURAJI NO MATRIK : PPG201119236146 ANGKA GILIRAN : PPG 2011192360146 26
  • 27. 3.2 MASALAH PELAKSANAAN PENTAKSIRAN PENDIDIKAN MORAL SECARA FORMAL DAN TIDAK FORMAL. Pentaksiran ialah satu proses mentaksir perubahan tingkah laku berdasarkan data kuantitatif dan kualitatif. Membuat pentaksiran tentang pencapaian pelajar adalah untuk tujuan pemulihan dan penggredan. Ia boleh dijalankan sebelum, semasa dan selepas pengajaran . Guru memainkan peranan penting dalam mengesan kebolehan, kemajuan, dan pencapaian murid di dalam bilik darjah. Guru menentukan hasil pembelajaran yang hendak dinilai, merancang, dan membina instrument pentaksiran, menganalisis maklumat pentaksiran, melapor dan membuat tindakan susulan. Melalui aktiviti pentaksiran, guru akan dapat memastikan potensi secara menyeluruh dan bersepadu dari aspek intelek, rohani, emosi dan jasmani selaras dengan Falsafah pendidikan Kebangsaan Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran di jalankan setiap guru di sekolah diwajibkan untuk menjalankan proses pentaksiran dengan cara yang tepat dan betul. Sebelum kita melihat tentang permasalahan dalam membuat pentaksiran dengan lebih terperinci marilah kita membuat sedikit kajian tentang definisi Pentaksiran. Pentaksiran adalah salah satu proses yang dijalankan oleh seseorang guru untuk mengumpul maklumat tentang perkembangan murid supaya mereka dapat membuat penilaian terhadap murid- murid. Perkataan pentaksiran berasal daripada bahasa Latin yang bermaksud “ duduk bersama” dengan pelajar . Selain daripada itu, Pentaksiran juga proses yang berterusan dan dianggap sebagai sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran. Proses pentaksiran yang dijalankan oleh guru harus berdasarkan kebolehan dan standard murid- burid. Segala maklumat yang diterima oleh guru daripada hasil pentaksiran akan membantu mereka untuk memperbaiki kelemahan dan meningkatkan pencapaian murid. Selain itu, dalam proses Pentaksiran Pengumpulan bukti dan pencapaian murid dalam satu masa tempoh memainkan peranan yang sangat penting untuk mentaksir pembelajaran dan pemahaman murid dalam sesuatu pengajaran. Bukti dan data yang dikumpul oleh guru boleh diambil 27
  • 28. dalam bentuk dialog, journal, lembaran kerja, portfolio, dan beberapa ujian seperti ujian diagnostik. Tambahan lagi, Pentaksiran dalam pendidikan Khas membantu untuk memberi maklumat dan gambaran tentang tahap penguasan murid dalam pelbagai kemahiran seperti membaca, menulis, mengira, dan sebagainya. Ia juga akan mendorong untuk mengesan punca masalah yang dihadapi oleh murid dan merangka intervesi, strategi pengajaran dan penempatan yang sesuai berdasarkan tahap murid. Pelbagai definisi pentaksiran telah dikemukakan oleh beberapa Pakar- pakar yang terkenal. Pertamanya, “ Salvia dan Yseldyke, 1978 mengatakan bahawa pentaksiran ialah satu proses pengumpulan data dengan motif untuk mengenal pasti dan mengesan masalah pelajar serta untuk mengambil sesuatu keputusan. Selain daripada itu, Gearheart 1990 pula berkongsi pendapat beliau bahawa Pentaksiran adalah satu proses pengumpulan dan penterjemahan secara saintifik tentang sesuatu isu atau maklumat yang luas berdasarkan intervensi. Seterusnya, David Lambert dan David Lines, 2000 menyatakan bahawa Pentaksiran dalam bidang pendidikan ialah satu proses berterusan dan guru menjalankan proses ini untuk mengumpul, menterjemah, merekod, dan menggunakan maklumat mengenai tindak balas murid terhadap tugas yang diberikan. Menurut Lembaga Peperiksaan Malaysia pentaksiran ialah satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod , memberi skor dan menterjemah maklumat tentang pembelajaran seseorang murid bagi sesuatu tujuan tertentu. Terdapat beberapa tujuan penting yang mendorong untuk melaksanakan proses Pentaksiran dalam mata pelajaran Pendidikan Moral. Objektif pertama ialah untuk mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang murid dalam pembelajaran . Seterusnya, Proses ini dijalankan untuk menentukan kemahiran dan penguasaan yang sedia ada dalam kalangan murid sebelum sesi pengajaran. Selain itu, objektif ketiga ialah untuk memilih calon- calon untuk memasuki sesuatu kursus atau jurusan. Tambahan lagi, Guru melaksanakan Proses Pentaksiran ini untuk mendapatkan maklumat tentang murid secara berterusan dan mereka akan menjadi sebagai alat motivasi bagi murid serta memperbaiki kelemahan murid dalam pembelajaran. 28
  • 29. Selain daripada tujuan seperti di atas, Terdapat juga beberapa permasalahan yang harus difahami oleh seseorang guru untuk menjalankan pentaksiran yang baik.. Ciri- ciri tersebut ialah keobjektifan yang membawa maksud ketepatan seseorang pemeriksa memeriksa skrip jawatan. Kebolehtadbiran)di mana kelicinan dan kerja- kerja susulan yang dilaksanakan oleh guru harus berpusat atau berasaskan sekolah. Ciri lain ialah kebolehtafsiran iaitu guru mempunyai kemahiran mengumpul data atau maklumat calon berdasarkan skor, mendiskrimininasikan calon, menepati tujuan mengadakan sesuatu ujian dan pentaksiran. Ciri yang terakhir ialah Kekomprehensifan yang bermaksud guru harus memastikan soalan- soalan ujian diagonastik harus mewakili semua objektif yang penting . Terdapat dua jenis pentaksiran yang boleh digunakan oleh guru- guru sekolah semasa mengajar mata pelajaran Pendidikan Moral. Jenis Pentaksiran tersebut ialah Pentaksiran Formal dan Pentaksiran tidak Formal. Pentaksiran Formal biasanya melakukan secara formal atau rasmi yang melibatkan prosedur, peraturan dan tatacara yang ditetapkan oleh pihak- pihak tertentu. Segala prosedur dan tatacara yang telah ditetapkan harus memahami dan dipatuhi oleh semua murid. Kadangkala guru bermasalah dalam menilai murid mengikut tatacara pentaksiran formal ini. Pentaksiran Formal terdiri daripada penilaian Formatif dan penilaian Sumatif. Menurut, Ee Ah Meng ( 1998) beliau berkongsi pendapat bahawa Penilaian Formatif ialah satu proses penilaian yang melibatkan ujian untuk mengukur kemajuan murid selepas murid telah mencapai hasil pembelajaran tentang sesuatu unit atau bab. Penilaian Formatif akan menjalankan secara berterusan . Data- data tentang pencapaian murid akan menunjukkan tentang sejauh manakah seseorang murid telah menguasai hasil pembelajaran. Setelah guru mendapat tahu tentang kelemahan dan kekuatan serta potensi seseorang murid, mereka akan mula untuk mengambil tindakan susulan yang sewajarnya supaya dapat meningkatkan potensi murid. Dalam penilaian Formatif pemberian gred tidak diperlukan. Pada masa yang sama, guru juga harus mengingat bahawa, keputusan penilaian daripada penilaian Formatif tidak digunakan untuk pemeringkatan atau perbandingan antara satu individu dengan individu yang lain.Motif utama dalam penilaian Formatif adalah untuk mengesan kejayaan dan kegagalan. Selain daripada penilaian formatif seperti menjelaskan di atas, Penilaian Sumatif juga merupakan salah satu penilaian yang terkandung dalam Pentaksiran Formal. Menurut Ee Ah Meng Penilaian Sumatif ialah satu penilaian yang dilaksanakan pada akhir sesuatu kursus. Di mana guru akan guru akan menilai murid pada akhir tahun atau pada akhir 29
  • 30. semester. Penilaian Sumatif memberikan nilai yang membezakan pencapaian seseorang murid dan murid lain serta mendorong untuk melakukan pemilihan . Seringkali juga guru gagal menilai kebolehan murid-muridnya. Guru menilai secara sambalewa sahaja dengan tidak memeberikan tumpuan dalam membuat pelaporan pencapaian, dignostik, penempatan, pemilihan, maklum balas serta pensijilan. Jadual Spesikasi Ujian (JSU) juga menjadi masalah yang membebankan. Guru perlu kreatif untuk melaksanakan tanggungjawabnya kepada pelanggannya selari dengan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Penilaian yang dilaksanakan dengan sempurna oleh guru dapat membantu murid mengatasi masalah pembelajaran yang telah dikenal pasti pada peringkat awal lagi supaya kelemahan tersebut tidak terhimpun seterusnya. Melalui aktiviti tindakan susulan yang efektif, guru dapat membantu murid meningkatkan kemajuannya dalam pembelajaran dan seterusnya memperoleh pencapaian cemerlang dalam penilaian sumatif dan penilaian di peringkat pusat dan dalam diri murid dari aspek kognitif, pemikiran afektif, perasaan dan tingkah laku moral. Oleh, ROSLAN BIN SURAJI 4. KESIMPULAN / RUMUSAN Pentaksiaran dalam Pendidikan Moral perlu dilakukan secara formal dan tidak formal supaya skor yang pelajar perolehi boleh dipercayai. Perkara yang ditaksir dalam Pendidikan 30
  • 31. Moral melibatkan penguasaan ilmu dan juga penghayatan nilai. Memang terdapat kelemahan dalam pentaksiran Pendidikan Moral tetapi sebagai seorang guru, masalah tersebut perlu diatasi sebaik mungkin. Guru sebolehnya jalankan satu kajian tindakan yand dapat mencari satu jalan penyelesaikan kepada masalah ini. Pendidikan Moral jangan dipinggirkan kerana kesannya memberi padah kepada pembangunan insan dan masyarakat. Melalui pendidikan moral akan dapat melahirkan insan yang berilmu pengetahuan dan berakhlak mulia sejajar dengan Falsafah Pendidikan Negara. Guru Pendidikan Moral perlulah diberikan latihan yang secukupnya supaya proses dan keputusan daripada pentaksiran boleh dipercayai da menyakinkan semua pihak. Melalui latihan yang secukupnya juga akan dapat menyediakan guru yang bersedia menghadapi cabaran dalam mendidik murid-murid yang semakin mencabar pada zaman ini. Murid hari ini mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat. Justeru itu guru Pendidikan Moral harus mempunyai ilmu dan latihan yang cukup dalam membentuk murid ini nanti agar menjadi seorang insan yang mempunyai seimbang dan melahirkan rakyat yang berilmu pengetahuan luas dan berakhlak mulia. REFLEKSI KENDIRI NAMA : YUSRI BIN MOHAMED SHARIP NO KP : 700208106267 NO MATRIK : PPG 201119236149 ANGKA GILIRAN : PPG 2011192360149 31
  • 32. Alhamdulillah, syukur saya ke hadrat Ilahi, kerana dengan limpah kurniaNya saya dapatmenyiapkan tugasan ini walaupun dibatasi masa yang terhad lantaran kesibukan tugas seharian.Pada mulanya, apabila saya menerima tugasan bagi subjek ELM 3033 Pentaksiran dan Pengurusan Mata Pelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah, saya agak keliru dan merasa satu cabaran yang akan saya tempuhi dalam menyiapkan tugasan ini. Tugasan pada kali ini tebahagai kepada dua bahagian. Bahagian A ialah tugasan secara kumpulan yang merangkumi pemahaman guru tentang peranan Guru Moral Dalam Merealisasikan Aspirasi Negara Melalui Pelan Pembanunan Pendidikan Malaysia dan satu lagi ialah pembinaan Jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Manakala bahagian B pula ialah tugasan individu dimana saya diminta mengulas tentang permasalahan dalam mmembuat pentaksiran pendidikan moral di sekolah. Dalam melaksanakan tugasan kerja kursus pendek Pendidikan Moral ini, saya telah menerima banyak faedah yang berguna dan baik untuk diri saya sebagai guru Pendidikan Moral.. Setelah membuat banyak rujukan dan perbincangan bersama rakan-rakan, saya mula lebih mengenali serta memahami tentang Pentaksiran dan Pengurusan Mata pelajaran Pendidikan Moral Di Sekolah. Selama ini saya agak kurang mendapat pendedahan yang jelas tentang pengurusan mata pelajaran pendidikan moral ini. Saya juga merasakan kepentingan Pendidikan Moral ini terhadap diri saya kerana sebagai guru, kelak semua ilmu ini perlu diterjemahkan untuk melaksanakan tugas harian sebagai guru yang begitu mencabar pada masa sekarang.Selain itu, sebagai guru yang mengajar di sekolah rendah pasti akan menghadapi pelbagai situasi dan masalah di dalam saya menjalankan Pengajaran dan Pembelajaran dan seterusnya menjalankan satu pentkasiran samada secara formal atau tidak formal. Ilmu baharu yang saya dapat melalui kerja kursus ialah tentang peranan guru Pendikan Moral dalam merealisasikan aspirasai negara melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sesungguhnya guru pendidikan moral mempunyai peranan dalam merealisasikan aspirasi ini iaitu melalui teras pemupukan nilai yang diajarkan dalam pendidikan moral. Perkara ini ada dinyatakan dalam anjakan ketiga PPPM iaitu Melahirkan Rakyat Malaysia Dengan Penghayatan Nilai. Perkara ini dapat dilakukan melalui Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dimana guru hendaklah mengfokuskan teras pemupukan nilai dalam mata pelajaran ini. 32
  • 33. Kita tahu murid hari ini akan mewarisi dunia yang penuh dengan cabaran hebat, daripada kemusnahan alam sekitar, masalah sahsiah diri individu hinggalah kepada konflik bersenjata. Untuk berjaya mengharungi segala cabaran ini murid bukan sahaja perlu memiliki kemahiran memimpin, tetapi juga nilai murni sejagat seperti integriti, belas kasihan, adil, dan altruisme yang dapat membimbing mereka dalam membuat keputusan beretika. Pada masa yang sama, pembangunan warganegara yang global perlu diimbangi dengan pembangunan identiti nasional.Setiap murid akan meninggalkan alam persekolahan sebagai seorang warga global yang telah dipupuk dengan nilai teras sejagat dan memiliki identiti nasional yang utuh. Nilai yang telah dipelajari akan diamalkan dalam kehidupan harian, yang seterusnya menghasilkan tingkah laku sivik, seperti peningkatan dalam aktiviti sukarela; penerimaan individu berlainan bangsa, agama dan etnik; menghindari perbuatan rasuah dan jenayah serta menunjukkan tingkah laku amanah dan berintegriti. Selain itu, setiap murid yang tamat persekolahan bersedia menjadi pemimpin bagi diri dan keluarga mereka, atau sebagai sebahagian daripada komuniti yang lebih besar, serta negara. Oleh itu sebagai guru pendidikan moral adalah menjadi tugas guru berperanan menerapkan nilai perpaduan dan kerjasama. Banyak nilai-nilai universal yang boleh menjadi alat perpaduan dan kerjasama yang boleh didedahkan secara formal dan informal di sekolah. Selain daripada itu, guru berperanan menerapkan nilai kebebasan, cintakan negara, keyakinan tinggi, tabah dan sanggup menghadapi cabaran. Melalui kerja kursus ini juga saya mendapat pengalaman baharu tentang pengurusan pentaksiran pendidikan moral di sekolah. Saya telah didedahkan bagaimana untuk mentadbirkan pentaksiran di sekolah dan kepentingan pentaksiran di sekolah khususnya damalam mata pelajaran pendidikan moral. Perkara utama yang saya belajar ialah tentang pembinaan jadual Spesifikasi Ujian (JSU). Saya belajar bahawa JSU ini amat mustahak dalam mentadbir sebuah ujian agar sesebuah ujian itu mempunyai kesahannya. Melalui JSU kita dapat menyediakan soalan-soalan mengikut aras-aras yang ada yang mana dapat menguji semua murid yang mempunyai pelbagai kecerdasan. Dari segi pembinaan item ujian pula, JSU boleh menjadi panduan kepada guru supaya item-item yang dibina merangkumi semua kandungan pengajaran daripada awal hingga akhir Selain daripada itu saya juga mendapat satu pengetahuan baru tentang permasalahan semasa menjalankan pentaksiran pendidikan moral di sekolah. Dengan adanya pendedahan awal tentang permasalahan ini, maka saya dapatlah bersedia lebih awal untuk menghadapai cabaran ini dan seterusnya melakukan satu tindakan untuk 33
  • 34. mengatasi masalah ini. Disini saya belajar bagaimana hendak melakukan satu kajian tindakan dalam menyelesaikan masalah ini. Maka, melalui segala pengalaman dan ilmu-ilmu baru yang saya telah perolehi, dengan izin Allah SWT, saya akan praktikkan sebaik mungkin. Di samping itu, dalam proses menyiapkan tugasan kerja kursus pendek ini yang saya laksanakan bersama rakan-rakan telah membenihkan semangat setiakawan dan mengeratkan hubungan antara satu dengan lain. Akhirnya sekali, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua pihak yang membantu secara langsung atau tidak langsung dalam penghasilan tugasan ini. Secara kesimpulannya, seseorang pendidik hendaklah mempunyai ilmu penegetahuan memahami kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai untuk diterapkan dalam sesi pengajaran agar dapat membentuk murid-murid yang aktif dan seimbang dari segi JERIS seiring dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. REFLEKSI KENDIRI NAMA : ROSLAN BIN SURAJI NO KP : 681222A05139 NO MATRIK : PPG 201119236146 ANGKA GILIRAN : PPG 2011192360146 34
  • 35. . Alhamdulillah, bersyukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat saya menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Menyiapkan tugasan bahagian A: Merealisasikan Aspirasi Negara berdasarkan anjakan pertama, ketiga dan keempat dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia dengan menghubung kaitkan dengan moral adalah satu tajuk yang mencabar. Sebagai guru pendidikan moral menjadi satu tanggungjawab dalam merealisaikan aspirasi ini berdasarkan sebelas anjakan dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia. Sebagai guru pendidikan moral, kita hendaklah membantu pihak kementerian pelajaran dalam merealisasikan kurikulum baru ini. Banyak perubahan-perubahan yang dibuat melalui kurikulum baru ini yang telah disesuaikan dengan peredaran zaman ini. Lebih banyak nilai-nilai yang diterapkan melalui kurikulum baru ini. Motto “ Guru Berkualiti Aspirasi Negara”mempunyai pengertian yang amat meluas. Guru yang berkualiti ialah guru yang dapat menunaikan tanggungjawab menyediakan sumber manusia terlatih dan berpengetahuan, berperanan membentuk identiti warga, menyemaikan perasaan kenegaraan dan membina perpaduan nasional di kalangan warga. Transformasi Pendidikan di dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) merupakan satu usaha pihak kementerian pelajaran untuk membentuk insan yang seimbang dan bersepadu dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani yang dapat membentuk rakyat Malaysia yang berkahlak mulia. Melalui PPPM ini akan dapat melahirkan insan yang seimbang yang bertepatan dengan falsafah pendidikan negara iaitu kearah memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu dan untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi, dan jasmani. Melalui tugasan bahagian B: Jadual Spesifekasi Ujian ini juga, saya dapat memahami dengan lebih lagi mengenai kepentingan menyediakan JSU sebagai garis panduan dalam merancang soalan. Saya juga lebih jelas mengenai hubung kait antara JSU dengan perancangan membina soalan. Sebelum ini, saya tidak jelas mengenai kepentingan menyediakan JSU namun setelah melakukan tugasan ini, saya lebih faham dan dapat menyediakan JSU berserta item soalan. Pengetahuan baru ini akan memudahkan saya untuk menyediakan set soalan kepada murid pada masa akan datang. Melalui tugasan bahagian C :Permasalahan yang dihadapi dalam membuat pentaksiran penilaian pendidikan moral sama ada secara formal atau tidak formal. Secara keseluruhannya, Saya membuat kesimpulan pentaksiran bertujuan untuk mengenalpasti kecerdasan dan potensi murid bagi memperkukuh dan mempertingkatkan perkembangan mereka. Hasil pentkasiran membolehkan guru mengambi ltindakan susulan berkesan dan seterusnya membantu guru mengembnagkan potensi muridketahap optimum dalam domain 35
  • 36. kognitif, afektif dan psikomotor. P & P dalam aspek kognitif. Pentaksiran dalam Pendidikan Moral lebih kepada keupayaan mengesan tahap penguasaan ilmu pengetahuan dan kurang berupaya mengesan penghayatan dan amalan nilai moral yang sebenarnya lebih hakiki untuk dinilai. Benarlah kata pepatah, ‘kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya. Tanpa usaha keras dan kesabaran, sudah tentu tugasan ini tidak dapat disiapkan dengan jayanya mengikut tempoh yang diberi. Diharapkan tugasan ini dapat mencapai standart yang diinginkan oleh pensyarah. Sekian, terima kasih. BIBLIOGRAFI Abdul Rahman MD. Aroff.& Chang Lee Hoon (1994). Pendidikan Moral. Petaling Jaya: Longman Malaysia Sdn.Bhd. Abdullah Hassan. (1987). Isu-isu Pembelajaran Dan Pengajaran Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. 36
  • 37. Abdullah Zhidi et al.(2014). Pedagogi Dan Pentaksiran Moral. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Abdullah Zhidi et al.(2014). Pengantar Pendidikan Moral. Puchong: Penerbitan Multimedia Sdn. Bhd. Asmah Haji Omar. (1984). Kaedah Pengajaran Bahasa. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Benjamin S. Bloom. (1989). Objektif Pendidikan. Selangor : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ee Ah Meng (1994). Pendidikan Moral (Elektif). Kuala Lumpur: Penerbit Fajar Bakti Sdn.Bhd Lee Shok Mee & Mok Soon Sang. (1989). Pengujian Dan Penilaian Dalam Pendidikan. Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn. Bhd. Mohd Najib Ghafar. (1997). Pembinaan Dan Analisis Ujian Bilik Darjah. Johor : Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Mokhtar Ismail. (2009). Pentaksiran Pendidikan Edisi Kedua. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Ramina Haji Sabran. (1991). Penilaian Dan Pengujian Bahasa Malaysia. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka. Tan Yeow Kwai. (2005). Pendidikan Moral Konsep & Pedagogi Untuk Pelajar KPLI LPBS & PISMP. Kuala Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd JADUAL PELAKSANAAN TUGAS DAN KOLABORASI MATA PELAJARAN : PENTAKSIRAN DAN PENGURUSAN MATA PELAJARAN PENDIDIKAN MORAL DI SEKOLAH ( ELM 3033E) NAMA PELAJAR :YUSRI BIN MOHAMED SHARIP & ROSLAN BIN SARUJI. PPG211192360149 PPG211192360146 PENSYARAH PEMBIMBING :PUAN SHARIFAH BINTI SAID 37 KOLABORASI
  • 38. TARIKH PERKARA YANG DIBINCANGKAN TANDATANGAN 18 OGOS 2014 -Menerima soalan tugasan kerja kursus projek daripada pensyarah. -perbincangan tentang soalan tugasan 21 OGOS 2014 -Mula mencari maklumat dalam buku-buku rujukan dan membuat draf. 25 OGOS 2014 - Berkolaborasi bersama rakan kumpulan untuk berbincang pembinaan JSU - Berbincang Pembinaan Soalan 31 OGOS 2014 -Mengarang / menganalisis JSU dan Soalan -Mencari bahan rujukan tambahan tugasan 1 SEPT 2014 HINGGA 18 SEPT 2014 - Kerja-kerja menaip menyiapkan tugasan. - Berkolaborasi bersama rakan kumpulan untuk kerja-kerja mengedit kerja kursus. -Membuat semakan dan analisis semula JSU dan soalan yang dibina 20 SEPTEMBER 2014 -Tugasan diserahkan kepada pensyarah 38