SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 1
Dewasa ini, masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas
hujan. Antaranya termasuklah kes pembuangan bayi yang semakin leluasa di negara kita. Dalam siaran berita di radio
atau di televisyen, berita-berita seperti ini begitu kerap dilaporkan.Hal ini bukan sahaja menyusahkan banyak pihak
malah imej negara kita akan terjejas.Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah harus diambil untuk membendung
masalah ini.

   Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan
keibubapaan melalui pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan
yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan
perbuatan sumbang. Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. Sebagai
contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu
diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti
pembuangan bayi.

    Selain itu, pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun
peringkat taman-taman perumahan. Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan
pergaulan bebas. Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap
sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut
supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah. Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu
dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Usaha dinamik dan secara konsisten ini
diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landaan yang betul dalam kehidupan.

    Langkah yang seterusnya ialah menyediakan perkhidmatan kaunseling yang perlu diurus oleh pihak kebajikan
masyarakat. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah.
Hal ini disebabkan mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri.
Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. Oleh hal
yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut.

Di samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu dikenakan hukuman yang berat.
Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Perogol
atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu
dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini
kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. Perkara tersebut juga akan menconteng
arang ke muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol
atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut.

Seterusnya, pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang
dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada
anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan
agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. Sebagai contohnya, anak-anak
perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Cara ini adalah amat efektif
untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi.

Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan
mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri
dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Kerjasama
daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung maalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke
lurah sama-sama dituruni. Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dari segi
lahiriah dan rohani dapat direalisasikan.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

La actualidad más candente (16)

Lmcp 1552
Lmcp 1552Lmcp 1552
Lmcp 1552
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Lmcp 1552-Pembangunan Mapan dalam Islam
Lmcp 1552-Pembangunan Mapan dalam IslamLmcp 1552-Pembangunan Mapan dalam Islam
Lmcp 1552-Pembangunan Mapan dalam Islam
 
Bahan
BahanBahan
Bahan
 
Artikel 40
Artikel 40Artikel 40
Artikel 40
 
Pembuangan bayi di malaysia
Pembuangan bayi di malaysiaPembuangan bayi di malaysia
Pembuangan bayi di malaysia
 
Langkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalismeLangkah mengatasi vandalisme
Langkah mengatasi vandalisme
 
PPT Cara Mengatasi gejala Patologi Sosial
PPT Cara Mengatasi gejala Patologi SosialPPT Cara Mengatasi gejala Patologi Sosial
PPT Cara Mengatasi gejala Patologi Sosial
 
Presentation ibu tunggal_by Nur fathiah
Presentation ibu tunggal_by Nur fathiah Presentation ibu tunggal_by Nur fathiah
Presentation ibu tunggal_by Nur fathiah
 
Merempit
MerempitMerempit
Merempit
 
sains
sainssains
sains
 
Amalan terbaik dalam kesejahteraan sosial
Amalan terbaik dalam kesejahteraan sosialAmalan terbaik dalam kesejahteraan sosial
Amalan terbaik dalam kesejahteraan sosial
 
Contoh karangan
Contoh karanganContoh karangan
Contoh karangan
 
Petikan rumusan - hidup berjiran
Petikan rumusan -  hidup berjiranPetikan rumusan -  hidup berjiran
Petikan rumusan - hidup berjiran
 
Karangan
KaranganKarangan
Karangan
 
Lmcp1522 pembangunan sosial
Lmcp1522 pembangunan sosialLmcp1522 pembangunan sosial
Lmcp1522 pembangunan sosial
 

Similar a Ramalan spm 2012 karangan

Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialnursyadzadzulkifli
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialnursyadzadzulkifli
 
Teks moderator 14.9.19
Teks moderator 14.9.19Teks moderator 14.9.19
Teks moderator 14.9.19Maimunah Sibli
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Ahmad Fahmi
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)Teacher Nasrah
 
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxngek ngok
 
Karangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahKarangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahM D
 
Karangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocxKarangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocxディー アン
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Hishamhana583
 
393928697 contoh-karangan
393928697 contoh-karangan393928697 contoh-karangan
393928697 contoh-karanganAqashahArshad
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012Henry Gan
 
Ringkasan lat
Ringkasan latRingkasan lat
Ringkasan latTwin Sis
 
Tindakan yang diambil
Tindakan yang diambilTindakan yang diambil
Tindakan yang diambilSitiNajihah21
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayiArra Asri
 
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiIsi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiHafiziGhazali
 
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan BebasMakalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan BebasPryses Jaklyn
 
Kondomisasi bukan solusi
Kondomisasi bukan solusiKondomisasi bukan solusi
Kondomisasi bukan solusiIzal ARch
 

Similar a Ramalan spm 2012 karangan (20)

Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
 
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosialAmalan terbaik dalam pembangunan sosial
Amalan terbaik dalam pembangunan sosial
 
Teks moderator 14.9.19
Teks moderator 14.9.19Teks moderator 14.9.19
Teks moderator 14.9.19
 
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
Esei Kesantunan Masyarakat Malaysia (GSB1012)
 
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)
 
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptxdokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
dokumen.tips_gejala-buli-dalam-kalangan-pelajar.pptx
 
Karangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- RasuahKarangan SPM- Rasuah
Karangan SPM- Rasuah
 
Tanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegaraTanggungjawab warganegara
Tanggungjawab warganegara
 
Karangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocxKarangan. gejalavandalismedocx
Karangan. gejalavandalismedocx
 
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
Peranan masyarakat dalam menangani gejala...
 
393928697 contoh-karangan
393928697 contoh-karangan393928697 contoh-karangan
393928697 contoh-karangan
 
tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012tips for BM SPM 2012
tips for BM SPM 2012
 
Ringkasan lat
Ringkasan latRingkasan lat
Ringkasan lat
 
Tindakan yang diambil
Tindakan yang diambilTindakan yang diambil
Tindakan yang diambil
 
Bayi
BayiBayi
Bayi
 
Pembuangan bayi
Pembuangan bayiPembuangan bayi
Pembuangan bayi
 
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayiIsi isi penting masalah pembuangan bayi
Isi isi penting masalah pembuangan bayi
 
bm karangan 3.docx
bm karangan 3.docxbm karangan 3.docx
bm karangan 3.docx
 
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan BebasMakalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
Makalah Bahasa Indonesia - Pergaulan Bebas
 
Kondomisasi bukan solusi
Kondomisasi bukan solusiKondomisasi bukan solusi
Kondomisasi bukan solusi
 

Más de PRA-UNIVERSITY

Ponteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPonteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPRA-UNIVERSITY
 
Tundingan Sejarah SPM 2012
Tundingan Sejarah SPM 2012Tundingan Sejarah SPM 2012
Tundingan Sejarah SPM 2012PRA-UNIVERSITY
 
Revision 2012 Bahasa Melayu
Revision 2012 Bahasa MelayuRevision 2012 Bahasa Melayu
Revision 2012 Bahasa MelayuPRA-UNIVERSITY
 
Soalan ramalan spm 2012 kesalahan ejaan & imbuhan
Soalan ramalan spm 2012 kesalahan ejaan & imbuhanSoalan ramalan spm 2012 kesalahan ejaan & imbuhan
Soalan ramalan spm 2012 kesalahan ejaan & imbuhanPRA-UNIVERSITY
 
Isi penting karangan spm 2012
Isi penting karangan spm 2012Isi penting karangan spm 2012
Isi penting karangan spm 2012PRA-UNIVERSITY
 

Más de PRA-UNIVERSITY (8)

Ponteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spmPonteng sekolah contoh karangan spm
Ponteng sekolah contoh karangan spm
 
Tundingan Sejarah SPM 2012
Tundingan Sejarah SPM 2012Tundingan Sejarah SPM 2012
Tundingan Sejarah SPM 2012
 
Revision 2012 Maths
Revision 2012 MathsRevision 2012 Maths
Revision 2012 Maths
 
Revision 2012 English
Revision 2012 EnglishRevision 2012 English
Revision 2012 English
 
Revision 2012 Bahasa Melayu
Revision 2012 Bahasa MelayuRevision 2012 Bahasa Melayu
Revision 2012 Bahasa Melayu
 
Revision 2012 sejarah
Revision 2012 sejarahRevision 2012 sejarah
Revision 2012 sejarah
 
Soalan ramalan spm 2012 kesalahan ejaan & imbuhan
Soalan ramalan spm 2012 kesalahan ejaan & imbuhanSoalan ramalan spm 2012 kesalahan ejaan & imbuhan
Soalan ramalan spm 2012 kesalahan ejaan & imbuhan
 
Isi penting karangan spm 2012
Isi penting karangan spm 2012Isi penting karangan spm 2012
Isi penting karangan spm 2012
 

Ramalan spm 2012 karangan

  • 1. Dewasa ini, masalah sosial dalam kalangan masyarakat semakin menjadi-jadi bagai cendawan tumbuh selepas hujan. Antaranya termasuklah kes pembuangan bayi yang semakin leluasa di negara kita. Dalam siaran berita di radio atau di televisyen, berita-berita seperti ini begitu kerap dilaporkan.Hal ini bukan sahaja menyusahkan banyak pihak malah imej negara kita akan terjejas.Oleh hal yang demikian, pelbagai langkah harus diambil untuk membendung masalah ini. Satu daripada langkah yang perlu dilaksanakan ialah semua lapisan masyarakat hendaklah diberi pendidikan keibubapaan melalui pelbagai program. Pendidikan ini bertujuan memberikan buah fikiran mengenai perkahwinan yang sah kepada rakyat. Melalui cara ini, orang ramai akan menjadi lebih berhati-hati supaya tidak melakukan perbuatan sumbang. Perkara ini harus ditekankan kepada seluruh rakyat Malaysia terutamanya para remaja. Sebagai contohnya, program pendidikan keibubapaan perlu diadakan untuk mendidik remaja tentang perkara yang perlu diamalkan dalam kehidupan berkeluarga. Tegasnya, orang ramai perlu diberi kesedaran tentang kesan buruk aktiviti pembuangan bayi. Selain itu, pihak berkenaan hendaklah mengadakan ceramah atau kempen pada peringkat sekolah mahupun peringkat taman-taman perumahan. Melalui program tersebut, masyarakat dapat diberi kesedaran tentang keburukan pergaulan bebas. Seperti yang kita ketahui, kes pembuangan bayi berpunca daripada pergaulan bebas yang dianggap sebagai suatu perkara biasa bagi warga urban kini. Kita seharusnya mengelakkan diri daripada unsur negatif tersebut supaya tidak menjadi seperti sudah terhantuk baru nak tengadah. Sebagai contohnya, kempen kesedaran ini perlu dilakukan secara besar-besaran melalui iklan, risalah dan lain-lain. Usaha dinamik dan secara konsisten ini diperlukan untuk membimbing rakyat supaya sentiasa berada di landaan yang betul dalam kehidupan. Langkah yang seterusnya ialah menyediakan perkhidmatan kaunseling yang perlu diurus oleh pihak kebajikan masyarakat. Khidmat nasihat hendaklah diberikan kepada mangsa rogol dan individu yang mengandung tanpa nikah. Hal ini disebabkan mangsa mengalami ketidakstabilan emosi dan mungkin akan cuba mencederakan diri sendiri. Sebagai contohnya, mangsa rogol sanggup membunuh diri kerana tidak dapat menerima kenyataan sebenar. Oleh hal yang demikian, pusat kaunseling perlu diperbanyak di seluruh negara untuk membantu mangsa-mangsa tersebut. Di samping itu, pesalah yang disabitkan kesalahan berzina atau kes rogol perlu dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contohnya, hukuman bagi kesalahan berzina dan merogol adalah seperti penjara dan hukuman sebat. Perogol atau orang yang mencabul kehormatan wanita merupakan manusia yang tidak berperikemanusiaan. Mereka perlu dijatuhi hukuman yang berat sebagai peringatan kepada orang lain. Hal ini menyebabkan wanita-wanita ini kehilangan harga diri dan terpaksa menanggung malu sepanjang hayatnya. Perkara tersebut juga akan menconteng arang ke muka ahli keluarga mangsa. Oleh sebab itu, undang-undang negara perlu dikuatkuasakan supaya perogol atau mereka yang berzina berasa serik atau takut untuk melakukan perkara tersebut. Seterusnya, pendidikan agama dan moral harus dititikberatkan oleh ibu bapa untuk menyedarkan anak-anak tentang dosa dan balasan yang akan diterima. Ibu bapa hendaklah menitikberatkan pendidikan agama dan moral kepada anak-anak dan proses ini hendaklah diteruskan walaupun seseorang itu telah meningkat umur dewasa. Pendidikan agama dan moral amatlah penting dan perlulah disemaikan dalam sanubari rakyat. Sebagai contohnya, anak-anak perlu diberi didikan agama sejak kecil kerana melentur buluh biarlah dari rebungnya. Cara ini adalah amat efektif untuk mewujudkan masyarakat yang bebas daripada kes pembuangan bayi. Kesimpulannya, pelbagai pihak perlu berganding bahu bagai aur dengan tebing untuk menyelesaikan dan mengurangkan kes pembuangan bayi yang berlaku di negara kita. Masalah tersebut akan menular dan menjadi duri dalam daging jika tidak ditangani segera ketika negara sedang berusaha untuk mencapai wawasan 2020. Kerjasama daripada semua pihak adalah amat penting untuk membendung maalah ini kerana ke bukit sama-sama didaki, ke lurah sama-sama dituruni. Melalui usaha ini, hasrat kerajaan untuk melahirkan masyarakat yang sihat dari segi lahiriah dan rohani dapat direalisasikan.