SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 14
KPT 6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN
                    ELEKTRONIK DAN WEB



                          TUGASAN 4:

          PENILAIAN KENDIRI DARI TEKS

      Bab 4 : 21st century learning environment


DISEDIAKAN OLEH :


NAMA : SHARINA BINTI SOBRI


MATRIK NO. : M 20102000969
                    CORPORATE GOVERNANCE :
DISEMAK OLEH : PM DR ABD LATIF HJ GAPOR
                THE COLLAPSE OF ENRON
TARIKH HANTAR : 30NOVEMBER 2012
Bab 4 : 21st century learning environment




PENILAIAN KENDIRI DARI TEKS



Bab 4 : 21st century learning environment



1. Differentiate between teacher-centered and student-centered learning strategies.


         BERPUSATKAN GURU                                   BERPUSATKAN PELAJAR
Guru memainkan peranan utama dalam                 Guru dan pelajar bersama-sama memainkan
proses pengajaran dan pembelajaran                 peranan dalam proses pengajaran dan
                                                   pembelajaran.
Guru yang banyak memberi arahan,                   Guru hanya memantau dan pelajar yang
penerangan dan mengawal kelas.                     bergerak aktif dalam kelas.
Komunikasi sehala di mana guru bercakap            Komunikasi dua hala di mana guru menyoal
dan pelajar hanya mendengar.                       dan pelajar menjawab dan sebaliknya.
Bersifat autokratik iaitu guru berkuasa            Bersifat demokratik iaitu pelajar boleh
sepenuhnya.                                        bersuara dan memberikan pendapat
                                                   tersendiri.
Guru lebih mengutamakan pencapaian                 Lebih mengutamakan pencapaian objektif
objektif pengajaran.                               pembelajaran pelajar.
Tiada perkembangan aspek lain selain               Menekankan perkembangan jasmani, emosi,
daripada perkembangan intelek pelajar.             rohani dan intelek pelajar di dalam dan di
                                                   luar kelas.
Guru mengarah dan mengawal sepanjang               Wujud pembelajaran kendiri di dalam diri
proses pengajaran dan pembelajaran                 pelajar.
Penekanan kepada ujian sumatif iaitu kaedah        Penekanan ujian formatif, hasil ujian
menggredkan pelajar.                               digunakan untuk mengatasi masalah
                                                   kelemahan pelajar.
Lebih menekankan aspek hafalan.                    Penekanan kepada bahan dan sumber yang
                                                   lebih memberi pemahaman kepada pelajar.
Pelajar akan menjadi kurang tumpuan dan            Pelajar berminat untuk terus meneroka dan
minat kerana hanya guru yang memberi               mencari bahan atau maklumat dari aktiviti
penerangan.                                        yang diberikan guru.
Pelajar tidak mampu meningkatkan                   Pelajar akan menggunakan semua bahan,
kemahiran berfikir kerana pembelajaran lebih       sumber dan media yang ada untuk digunakan
tertumpu pada ingatan dan hafalan.                 dalam meningkatkan pemahaman dan cuba
                                                   untuk membuat generalisasi berdasarkan
                                                   aktiviti yang diberikan.
Pelajar tidak kreatif dan tiada berinisiatif       Kemahiran berfikir aras tinggi diperlukan
untuk meneroka bahan atau maklumat                 untuk memastikan pelajar dapat
sendiri.                                           mengembangkan maklumat yang sedia ada


                                               2
Bab 4 : 21st century learning environment




                                              dan menambah bahan yang dipelajarinya
                                              menggunakan media.
Pelajar sentiasa menerima dan hanya           Perasaan ingin tahu dapat dikembangkan
menunggu bahan atau maklumat yang             kerana pelajar akan meneroka menggunakan
diberikan guru.                               media, sumber dan bahan yang terdapat
                                              dalam internet.
Pelajar menjadi kurang mahir dalam            Pelajar akan menjadi sangat kreatif dan
meneroka bahan untuk pembelajaran.            inovatif dan memastikan semua aktiviti yang
                                              diberikan guru dapat dilaksanakan dengan
                                              baik.


Perbezaan strategi Persekitaran Pembelajaran di era tahun 21an



Strategi pengajaran Berpusatkan Guru Berdasarkan beberapa strategi, situasi dan penggunaan
teknologi/media

Bil   Strategi    Situasi                               Penggunaan teknologi/media
1     Persembahan Pembelajaran bertajuk bagaimana       Menggunakan power point untuk
                  untuk menggunakan kata kerja          menunjukkan perkataan satu
                                                        persatu.

                                                        Menggunakan video klip yang
                                                        dapat menunjukkan perbuatan
                                                        seseorang.
2     Tunjuk cara    Cara untuk mengawal bahan-         Guru perlu memastikan
                     bahan kimia untuk eksperimen       penggunaan alat dan bahan kimia
                                                        yang betul serta mengikut
                                                        langkah-langkah dengan betul.

                                                        Guru menggunakan video dari
                                                        you tube untuk menunjukkan
                                                        langkah-langkah yang betul
                                                        dalam menggunakan bahan-
                                                        bahan kimia dengan selamat.
3     Praktikal dan Pelajar perlu mengimbang semula     Guru menggunakan papan
      latihan       dan membuat latihan berdasarkan     interaktif dan pelajar akan klik
                    maklumat yang telah diterima.       pada jawapan.

                                                        Pelajar sentiasa menggunakan
                                                        kaedah ini setiap hari.
4     Tutorial       Guru mengenal pasti beberapa       Pelajar perlu menyelesaikan
                     orang pelajar yang menghadapi      beberapa soalan yang telah


                                         3
Bab 4 : 21st century learning environment




                     masalah dengan konsep dan            diberikan secara atas talian.
                     kemahiran untuk menerima
                     pembelajaran                         Guru akan memilih beberapa
                                                          pengajaran yang spesifik dan
                                                          pelajar perlu memberi jawapan
                                                          yang penuh.

                                                          Guru akan memberikan pautan
                                                          lain kepada pelajar yang
                                                          memerlukan pemulihan berkaitan
                                                          topik yang dipelajari.




Strategi pengajaran Berpusatkan PelajarBerdasarkan beberapa strategi, situasi dan
penggunaan teknologi/media

Bil   Strategi     Situasi                                Penggunaan teknologi/media
1     Perbincangan Pelajar mempelajari spesifik tajuk     Guru memberi soalan secara atas
                   dan pelajar diminta memberi            talian.
                   jawapan
                                                          Pelajar diminta membentangkan
                                                          jawapan menggunakan power
                                                          point.
2     Pembelajaran Guru membahagikan kepada               Pelajar perlu menggunakan
      koperatif    beberapa kumpulan. Pelajar perlu       internet untuk mencari bahan
                   berbincang dalam kumpulan              (google docs, social
                   dengan membuat kajian,                 bookmarking, etc).
                   berkongsi pendapat, membuat
                   penilaian dan membuat sintesis         Menggunakan perisian untuk
                                                          mendapatkan maklumat.

                                                          Boleh menggunakan objek
                                                          sebenar untuk membangunkan
                                                          projek.
3     Permainan      Kandungan pembelajaran yang          Pelajar memilih beberapa pautan
                     baru diperkenalkan dengan            secara atas talian yang diberikan
                     bermain permainan yang               oleh guru yang berkait dengan
                     berkaitan dengan topik yang akan     topik.
                     dipelajari.
                                                          Pelajar cuba mencipta permainan
                                                          di mana pelajar akan cuba
                                                          bermain untuk mendapatkan
                                                          markah yang tinggi.
4     Simulasi       Guru mencadangkan pelajar            Perisian komputer

                                          4
Bab 4 : 21st century learning environment




                   menggunakan pengetahuan atau      (contoh:decision) membawa
                   kemahiran sedia ada dengan        pelajar kepada situasi sebenar.
                   situasi sebenar.
                                                     Guru menggunakan video yang
                                                     menunjukkan situasi sebenar dan
                                                     pelajar perlu menggunakan
                                                     pengetahuan dan kemahiran yang
                                                     ada untuk menyelesaikan soalan.
5   Penerokaan     Guru mahukan pelajar memahami     Pelajar perlu mewujudkan
                   konsep-konsep utama dengan        konsep peta digital untuk
                   lebih mendalam untuk              dikaitkan hubungannya dengan
                   meningkatkan tahap pemahaman      maklumat baru.
                   pelajar.
                                                     Pelajar perlu memuat turun data
                                                     untuk melihat hubungan antara
                                                     maklumat tersebut.
6   Penyelesaian   Guru memberi cabaran kepada       Pelajar perlu mencari dan
    masalah        pelajar dengan memikirkan         mengumpul data sertas membuat
                   apakah yang mereka tahu dan apa   perbandingan antara data yang
                   yang mereka perlu tahu tentang    diterima dari tempat yang
                   sesuatu topik.                    berbeza.

                                                     Makmal siasatan akan
                                                     diwujudkan dan beberapa
                                                     peralatan disediakan dan sumber
                                                     untuk menyelesaikan masalah
                                                     yang dicipta oleh guru kepada
                                                     pelajar.




                                      5
Bab 4 : 21st century learning environment




Soalan 2

Compare and contrast the advantages and limitations of ten types of learning
strategies?



1) Presentation / Pembentangan

                Kelebihan                                       Batasan
Pembentangan atau penerangan sekali sahaja    Agak sukar bagi sesetengah pelajar yang
dalam pengajaran.                             tidak memberi tumpuan semasa pembelajaran
                                              berlaku.
Dapat mengambil nota dengan cepat.            Agak membosankan sekiranya tiada interaksi
                                              antara pelajar.
Sebagai sumber maklumat kepada pelajar.       Sukar mendapatkan nota kerana pelajar tiada
                                              kemahiran untuk mencatat nota dari
                                              pembentangan.
Guru dapat melihat pelajar                    Batasan umur kerana pelajar muda agak
mempersembahkan bahan yang diperoleh          sukar untuk mendapatkan maklumat daripada
dengan menggunakan power point                pembentangan. Maka adalah perlu
                                              pembentangan melihat kepada tahap dan
                                              umur pelajar.


2) Demonstration / Tunjuk cara

                  Kelebihan                                     Batasan
Pelajar dapat melihat dan mendengar apa       Pelajar tidak mendapat edaran cara
yang berlaku.                                 melakukan tugasan.
Guru dapat menyediakan panduan kepada         Pandangan terhad kerana objek atau bahan
kumpulan pelajar yang ramai untuk             yang digunakan kecil.
menyelesaikan tugasan.
Pelajar dapat membentuk kemahiran dan         Perancangan mengambil masa yang panjang.
sikap yang berkaitan.
Selamat kerana dapat potensi untuk            Mungkin akan kurang teratur jika penerangan
menggunakan bahan yang berbahaya dapat        atau panduan yang diberikan kurang jelas.
dikurangkan.


3) Drill-and-practice / Latihan dan praktikal

              Kelebihan                                         Batasan
Mendapat maklum balas segera                  Berulang-ulang iaitu tidak semua pelajar


                                          6
Bab 4 : 21st century learning environment




                                                dapat memberi maklum balas maka adalah
                                                perlu memberi latihan berulang-ulang.
Maklumat lebih banyak dan berkesan              Bosan kerana perlu dilakukan berulang-ulang
                                                sehingga berjaya.
Membina latihan iaitu pada masa ini juga        Tiada penyesuaian kerana jika pelajar
pelajar mendapat maklumat baru dan              sentiasa melakukan kesilapan maka latihan
pengetahuan baru dapat diwujudkan.              dan praktikal ini tidak memberi kesan kepada
                                                pembelajaran pelajar. Perlu memantau dan
                                                menggunakan kaedah pengajaran yang
                                                berbeza.


4) Tutorial

                  Kelebihan                                      Batasan
Tidak bergantungan tugas kerana pelajar         Bosan kerana melakukan kerja seorang diri
perlu bergerak sendiri untuk mendapatkan        menyebabkan tiada perubahan.
bahan baru dan lihat kembali proses untuk
mendapatkan maklum balas.
Pelajar belajar sendiri mengikut cara masing-   Boleh timbul rasa kecewa kerana pelajar
masing dan perlu melihat semula sebelum ke      berasa seolah-olah tiada kemajuan dalam
topik seterusnya.                               pembelajaran. Guru perlu memastikan
                                                soalan yang diberi sejajar dengan
                                                kemampuan pelajar.
Membolehkan seseorang pelajar melakukan         Berpotensi bimbingan yang salah iaitu
sendiri kerana ia lebih berasaskan komputer     panduan yang diberikan guru boleh
di mana pelajar perlu terus kepada topik yang   menyebabkan pelajar tidak melaksanakan
dipelajari.                                     secara efektif. Guru perlu memastikan
                                                pemilihan yang betul apabila menggunakan
                                                tutorial.


5) Discussion / Perbincangan

                Kelebihan                                          Batasan
Menarik kerana pelajar dapat melihat dan        Kurang penyertaan kerana tidak semua
mendengar sendiri fakta yang diberikan.         pelajar akan menyertai maka guru perlu
                                                memastikan semua pelajar berpeluang
                                                memberi pendapat.
Cabaran kepada pelajar kerana pelajar perlu     Kadang kala tidak mencabar kerana pelajar
berfikir tentang topik dan melaksanakan         tidak hanya belajar apa yang pelajar tahu
berdasarkan pemahaman.                          sahaja.
Ia melibatkan semua di mana memberi             Mungkin tidak akan efektif jika digunakan
peluang kepada pelajar untuk bercakap,          kepada pelajar muda tanpa panduan guru.
bersoal jawab dengan guru dan rakan-rakan.


                                           7
Bab 4 : 21st century learning environment




Peluang memberi idea dan pendapat dalam
pembentangan.


6) Cooperative Learning / Pembelajaran koperatif

               Kelebihan                                             Batasan
Pembelajaran menjadi lebih baik.                  Batasan saiz kerana ahli kumpulan tidak
                                                  boleh ramai (tiga hingga lima orang sahaja)
                                                  untuk memastikan semua mengambil
                                                  bahagian.
Ia boleh dilakukan secara formal atau tidak       Pembelajaran ini akan hilang
formal.                                           keberkesanannya jika digunakan secara
                                                  berlebihan. Pemilihan pembelajaran ini
                                                  dapat ditingkatkan dengan perbincangan dan
                                                  berkongsi idea.
Peluang untuk belajar lebih baik kerana           Ahli kumpulan yang kecil kerana untuk
kumpulan belajar boleh dibangunkan dalam          memastikan pembelajaran menjadi lebih baik
masa panjang.                                     dan melibatkan semua ahli kumpulan untuk
                                                  memberi pendapat dan berkongsi idea.
Boleh di gunakan dengan pelbagai
kandungan topik.


7) Games / Permainan

                Kelebihan                                            Batasan
Menarik perhatian pelajar untuk menyertai         Ia berorientasikan kemenangan, maka guru
aktiviti                                          perlu memastikan kandungan pertandingan
                                                  digunakan dengan betul.
Boleh disesuaikan dengan semua mata               Tahap kesukaran mungkin timbul kerana
pelajaran dan dapat disesuaikan dengan            pelajar yang kurang mampu akan mendapati
peringkat pelajar.                                struktur permainan terlalu cepat atau sukar.
                                                  Guru perlu menyediakan permainan sesuai
                                                  dengan kemahiran pelajar.
Memberi peluang kepada pelajar untuk              Permainan yang memerlukan penggunaan
mengembangkan kemahiran melalui interaksi         seperti komputer agak mahal untuk dibeli
dengan pelajar lain.                              maka guru boleh mendapatkan permainan
                                                  serupa secara percuma daripada web.
Pelajar akan memberikan lebih tumpuan dan         Boleh timbul masalah salah faham kerana
perhatian kerana kebanyakan permainan             hasil pembelajaran lebih kepada kemenangan
adalah berwarna-warni, interaktif dan             berbanding penerimaan pelajar terhadap
berdaya saing serta pelajar akan berminat dan     kandungan topik. Guru perlu menetapkan
memberi tumpuan.                                  objektif yang tepat sebelum menggunakan
                                                  permainan dalam proses pengajaran dan


                                              8
Bab 4 : 21st century learning environment




                                                pembelajaran.




8) Simulation / Simulasi

                  Kelebihan                                       Batasan
Membenarkan pelajar mempraktikkan               Situasi yang diwujudkan mungkin di luar
kemahiran dalam keadaan yang selamat.           kemampuan pengalaman pelajar.
Pelajar dapat disediakan dengan menghadapi      Hanya pelajar yang mengambil bahagian
situasi dengan masalah yang sebenar.            mendapat manfaat.
Dapat mempelbagaikan tahap kebolehan dan        Agak sukar untuk menilai pembelajaran
pelajar dapat mencuba sesuatu dengan            pelajar.
keadaan selesa.
Memberi pengalaman untuk berada dalam           Kekangan masa kerana mengambil masa
situasi sebenar (contoh : melakonkan watak      yang lama untuk melaksanakannya. Guru
Hang Tuah)                                      perlu mencari model untuk menunjukkan
                                                konsep dalam masa yang singkat.


9) Discovery / Penemuan

                Kelebihan                                          Batasan
Sangat menarik perhatian pelajar di semua       Kekangan masa kerana memerlukan masa
peringkat pembelajaran.                         untuk mereka bentuk dan melaksanakan dan
                                                guru perlu menyesuaikan pengajaran
                                                berasaskan web.
Boleh menggunakan langkah atau prosedur         Persediaan yang agak rumit kerana guru
yang sama.                                      perlu memikirkan isu-isu yang mungkin
                                                dihadapi pelajar untuk menjadikan ia lebih
                                                mudah.
Membolehkan pelajar mengawal                    Boleh timbul salah faham isi kandungan
pembelajaran sendiri.                           topik. Guru perlu menerangkan semula
                                                selepas pengajaran.


10) Problem-Based Learning / Pembelajaran Berasaskan Masalah

                 Kelebihan                                       Batasan
Menarik kerana pelajar adalah aktif             Sukar untuk mencipta kerana mencipta
pembelajaran berasaskan pengalaman dengan       masalah pembelajaran adalah sukar. Guru
situasi sebenar.                                dan sumber yang diperoleh dari web dapat
                                                membantu untuk membangunkan
                                                pembelajaran berasaskan masalah.
Pengetahuan dan kemahiran pelajar               Tahap pengalaman dan umur pelajar

                                            9
Bab 4 : 21st century learning environment




membantu pelajar menyelesaikan masalah.          memerlukan kawalan oleh guru.
Pengenalan kepada pertambahan                    Mencipta dan penggunaan penyelesaian
permasalahan isu semasa dapat mengawal           masalah memerlukan masa. Gunakan model
tahap masalah yang kompleks.                     ASSURE untuk menilai langkah dan
                                                 memperbaiki semula kandungan pelajaran.

Soalan 3

Describe how to select technology and media that facilitates learning experiences.


Terangkan bagaimana untuk memilih teknologi dan media supaya pengalaman pengetahuan
dapat dimudahkan

Guru boleh membuat perancangan pengajaran menggunakan model ASSURE. Model ini
membantu guru membuat perancangan mengikut beberapa langkah yang telah ditetapkan.
Terdapat enam langkah yang perlu dimasukkan dalam perancangan pengajaran bagi
memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran guru serta pelajar tercapai.


                                                                  Pilih
                                        Nyatakan
       Analisis pelajar                                      kaedah, media
                                         objektif
                                                               dan bahan



                                    Penglibatan                 Gunakan
           Nilai bahan             pelajar dalam                media dan
                                   pembelajaran                  bahan


                                        Model ASSURE



A = Analyse Leaner (Analisis Pelajar)

S = State standards and objectives (Nyatakan standard dan objektif)

S = Select strategies, technology, media and metarials (pilih strategi, teknologi, media dan
bahan)

U = Utilize technology, media and metarials (menggunakan teknologi, media dan bahan)

R = Require Leaner Participation (memastikan penyertaan pelajar)

E = Evaluate and Revise (menilai dan menyemak semula)


                                            10
Bab 4 : 21st century learning environment




A = Analyze Learner (analisis pelajar)

Sifat umum : guru perlu mengenalpasti latar belakang, kebolehan dan kemahiran pelajar
sebelum menetapkan sesuatu objektif.

Spesifikan kemahiran kompentensi : spesifikan kemahiran, pengetahuan dan sikap pelajar
berdasarkan tentang sesuatu isi topik.

Gaya pembelajaran : menetapkan aktiviti yang sesuai dengan pelajar agar menarik dan
memberi cabaran yang sesuai.

S = State standards and objectives (Nyatakan standard dan objektif)

Standard kurikulum : objektif pengajaran mestilah mengikut garis panduan yang telah
ditetapkan dalam huraian sukatan pelajaran yang disediakan kementerian pelajaran.

Standard Teknologi : menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber dan media secara
dengan betul dan beretika yang boleh membantu mendapatkan maklumat melalui
kajian,mencari, menyusun, menganalisa, menilai dan membuat sintesis. Maklumat yang
diperoleh mestilah sahih dan menggunakan teknologi yang standard.

Objektif pembelajaran : menetapkan objektif pembelajaran iaitu topik yang akan dipelajari,
pengetahuan baru yang akan diperoleh, aktiviti yang akan dijalankan, tindakan dan
kemahiran yang akan diserapkan dalam topik yang akan dipelajari.

S = Select strategies, technology, media and metarials (pilih strategi, teknologi, media
dan bahan)

Pilih strategi : pilih beberapa strategi yang berpusatkan pelajar seperti perbincangan,
simulasi, permainan, penyelesaian masalah, penemuan, penerokaan atau pembelajaran
koperatif.Strategi berpusatkan pelajar ini perlu untuk memastikan semua pelajar menyertai
setiap aktiviti yang akan dilaksanakan.

Pilih Teknologi dan media : perancangan yang dibuat perlulah melibatkan teknologi dan
media yang sesuai dengan tahap dan kandungan pembelajaran. Pelajar perlu digalakkan
menggunakan internet untuk mencari maklumat atau bahan dengan menggunakan papan



                                          11
Bab 4 : 21st century learning environment




interaktif/blog/web/video/audio dan pelbagai media perantaraan lain.       Terdapat beberapa
langkah dalam memilih teknologi dan media iaitu :-

1. Menyelaraskan standard, hasil objektif
   -     Objektif, hasil dan standard perlu diselaraskan mengikut huraian yang telah
         ditetapkan dengan teliti dan teratur.
2. Maklumat tepat dan terkini
   -     Maklumat atau bahan yang diperolehmestilah tepat, sahih dan terkini bagi
         memastikan teknologi, sumber dan bahan yang diguna dapat disesuaikan dengan
         perancangan yang telah dibuat.
3. Penggunaan bahasa yang sesuai
   -     Aras bahasa mestilah bahasa yang mudah, ringkas dan dapat difahami pelajar serta
         mengikut tahap kebolehan dan pengetahuan pelajar.
4. Minat dan penglibatan
   -     Penggunaan teknologi, media dan sumber perlu mengambil kira minat dan kesesuaian
         pelajar. Ini bagi memastikan semua pelajar dapat menyertai aktiviti yang dirancang
         dan dijalankan.
5. Kualiti teknikal
   - peralatan dan perkakasan yang hendak digunakan mestilah mudah, selamat dan mesra
   pengguna.Ini untuk mengelakkan timbul masalah dan bagi memastikanproses pengajaran
   dan pembelajaran berjalan lancar.
6. Mudah untuk digunakan
   -     Menggunakan perisian yang mudah difahami dan mudah dikendalikan untuk
         memastikan semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti.
7. Tidak berat sebelah / adil
   -     Penggunaan sumber dan bahan mestilah adil dan saksama dimana ianya tidak hanya
         melibatkan beberapa orang pelajar sahaja. Penggunaan teknologi, strategi, media dan
         bahan perlu melibatkan pelbagai tahap dan minat semua pelajar.
8. Panduan dan arahan penggunaan
   - guru perlu memberi panduan dan arahan yang jelas kepada pelajar untuk menggunakan
       sumber, bahan dan media.

Pilih bahan : memilih bahan yang sesuai dengan maklumat yang diperlukan oleh pelajar
untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai.




                                                 12
Bab 4 : 21st century learning environment




U = Utilize technology, media and metarials (menggunakan teknologi, media dan
bahan)

Imbas semula teknologi, media dan bahan :Lihat semula teknologi, media dan bahan yang
dipilih dan mestilah mencapai objektif pembelajaran.

Sediakan teknologi, media dan bahan : Guru perlu memastikan semua teknologi, bahan dan
media yang telah dipilih dapat digunakan. Segala media dan bahan yang akan diguna
disusun mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Ini untuk mengelakkan timbulnya
masalah ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung.

Persediaan persekitaran : Walau dimana sahaja pembelajaran berlaku, guru perlu memastikan
semua fasiliti dan kemudahan yang ada supaya teknologi, media dan bahan dapat digunakan
secara efektif. Guru perlu memastikan semua peralatan yang digunakan mencukupi dan
boleh dimudah dikendalikan.

Persediaan pelajar : Memastikan pelajar bersedia untuk belajar dengan memberikan
penerangan berkaitan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menerangkan
kandungan pembelajaran berhubungkait dengan persekitaran sebenar pelajar. Pelajar perlu
melibatkan diri secara aktif dan disinilah peranan guru membantu pelajar untuk turut serta
dalam pembelajaran.

Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran ini biasanya berpusatkan guru dimana
guru memainkan peranan utama di dalam kelas. Guru akan menunjukkan beberapa cara dan
kemudian barulah pelajar akan melakukannya.             Kebiasaannya, ia berkaitan aktiviti
pembentangan, tunjuk cara, latih tubi atau praktikal.

R = Require Leaner Participation (memastikan penyertaan pelajar)

Aktiviti pelajar : untuk memastikan ia berhasil, guru perlu memberi arahan dan panduan
kepada pelajar. menyediakan aktiviti yang sesuai berdasarkan pengetahuan dan kemahiran
pelajar dan melihat semula sama ada ia memberi kesan yang positif atau sebaliknya. Latihan
yang diberi mestilah melibatkan aktiviti internet atau kumpulan latihan, arahan yang dibantu
komputer dan latihan yang boleh diperiksa sendiri pelajar.




                                            13
Bab 4 : 21st century learning environment




Maklumbalas : pelajar perlu menerima maklum balas mengenai aktiviti yang dilakukan.
Maklum balas yang diterima mungkin dari guru atau rakan-rakan dari kumpulan yang sama.
Maklumbalas adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan menggunakan komputer, pelajar
memeriksa sendiri dengan komputer atau daripada guru yang mengajar. Paling penting
pelajar dapat menerima maklum balas yang betul tanpa mengira sumber.

E = Evaluate and revise (menilai dan menyemak semula)

Penilaian pencapaian pelajar : Guru perlu menilai dan menyemak semula keberkesanan
semua perancangan yang telah dibuat dan melihat semula hasil pembelajaran yang telah
dilaksanakan.    Penilaian boleh dibuat mengikut kesesuaian topik, objektif, penggunaan
teknologi, media dan bahan serta pencapaian yang diperoleh pelajar daripada aktiviti yang
dijalankan seperti penilaian rubrik.

Penilaian strategi, teknologi dan media : guru perlu menilai strategi, teknologi dan media
dengan melihat keberkesanan media secara keseluruhan. Selain itu, ia juga untuk mendapat
kesan penggunaan media secara maksimum dengan melihat semula produk terakhir pelajar
dan memastikanobjektif pembelajaran pelajar tercapaisecara maksimum.

Semakan : guru perlu menyemak semula semua perancangan termasuk objektif, strategi,
teknologi, media dan bahan serta mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang
keberkesan penggunaan teknologi dan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran.




                                         14

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

Mengamati strategi pembelajaran terpadu
Mengamati strategi pembelajaran terpaduMengamati strategi pembelajaran terpadu
Mengamati strategi pembelajaran terpaduFebby Noer Oktavia
 
Tugas akhir modul 3 pedagogik pembelajaran inovatif desty erni
Tugas akhir modul 3 pedagogik pembelajaran inovatif desty erniTugas akhir modul 3 pedagogik pembelajaran inovatif desty erni
Tugas akhir modul 3 pedagogik pembelajaran inovatif desty erniDesty Erni
 
Proposal ls sd mi
Proposal ls sd miProposal ls sd mi
Proposal ls sd miadirasa
 
Tugas jurnal bahasa indonesia
Tugas jurnal bahasa indonesiaTugas jurnal bahasa indonesia
Tugas jurnal bahasa indonesiaBarata Sony
 
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf 2
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf  2Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf  2
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf 2Heri Suryono
 
Mediabelajarmengajar
MediabelajarmengajarMediabelajarmengajar
Mediabelajarmengajarimanmulyana
 
Rangkuman materi pedagogik ukg
Rangkuman materi pedagogik ukgRangkuman materi pedagogik ukg
Rangkuman materi pedagogik ukgDani Novita Rahma
 
Model pembelajaran berbasis masalah 1
Model pembelajaran berbasis masalah 1Model pembelajaran berbasis masalah 1
Model pembelajaran berbasis masalah 1Taryadi Taryadi
 
Modelpembelajaranmatematika
ModelpembelajaranmatematikaModelpembelajaranmatematika
ModelpembelajaranmatematikaSyam Sheya
 
TUGAS MEMBUAT JURNAL
TUGAS MEMBUAT JURNALTUGAS MEMBUAT JURNAL
TUGAS MEMBUAT JURNALrichimaryadi
 

La actualidad más candente (18)

PKP Bab 2
PKP Bab 2PKP Bab 2
PKP Bab 2
 
Mengamati strategi pembelajaran terpadu
Mengamati strategi pembelajaran terpaduMengamati strategi pembelajaran terpadu
Mengamati strategi pembelajaran terpadu
 
Tugas akhir modul 3 pedagogik pembelajaran inovatif desty erni
Tugas akhir modul 3 pedagogik pembelajaran inovatif desty erniTugas akhir modul 3 pedagogik pembelajaran inovatif desty erni
Tugas akhir modul 3 pedagogik pembelajaran inovatif desty erni
 
Proposal ls sd mi
Proposal ls sd miProposal ls sd mi
Proposal ls sd mi
 
Tugas jurnal bahasa indonesia
Tugas jurnal bahasa indonesiaTugas jurnal bahasa indonesia
Tugas jurnal bahasa indonesia
 
Bcb
BcbBcb
Bcb
 
Jurnal
JurnalJurnal
Jurnal
 
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf 2
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf  2Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf  2
Buku panduan kerja kepala sekolah.pdf 2
 
Mediabelajarmengajar
MediabelajarmengajarMediabelajarmengajar
Mediabelajarmengajar
 
8. rpp bab 1 persamaan trigonometri
8. rpp bab 1 persamaan trigonometri8. rpp bab 1 persamaan trigonometri
8. rpp bab 1 persamaan trigonometri
 
Rangkuman materi pedagogik ukg
Rangkuman materi pedagogik ukgRangkuman materi pedagogik ukg
Rangkuman materi pedagogik ukg
 
Model pembelajaran berbasis masalah 1
Model pembelajaran berbasis masalah 1Model pembelajaran berbasis masalah 1
Model pembelajaran berbasis masalah 1
 
Modelpembelajaranmatematika
ModelpembelajaranmatematikaModelpembelajaranmatematika
Modelpembelajaranmatematika
 
TUGAS MEMBUAT JURNAL
TUGAS MEMBUAT JURNALTUGAS MEMBUAT JURNAL
TUGAS MEMBUAT JURNAL
 
Tugas kurikulum pembelajaran
Tugas kurikulum pembelajaranTugas kurikulum pembelajaran
Tugas kurikulum pembelajaran
 
Proposal ptk
Proposal ptkProposal ptk
Proposal ptk
 
Proposal ptk ddy
Proposal ptk ddyProposal ptk ddy
Proposal ptk ddy
 
Ppt pemb terpadu
Ppt pemb terpaduPpt pemb terpadu
Ppt pemb terpadu
 

Similar a StrategiPembelajaran

LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdfSiswatiSiswati5
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualHazanah Abdullah
 
LK 3.1 Best Practice.pdf
LK 3.1 Best Practice.pdfLK 3.1 Best Practice.pdf
LK 3.1 Best Practice.pdfDianFarista2
 
Best Practice.pdf
Best Practice.pdfBest Practice.pdf
Best Practice.pdfYudinBanuna
 
Bcb
BcbBcb
BcbUSM
 
Belajar Cara Belajar
Belajar Cara BelajarBelajar Cara Belajar
Belajar Cara Belajarzabidah awang
 
Tugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksionalTugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksionalCecep Kustandi
 
Hasil model les dan diobservasi wiwin widianingsih
Hasil model les dan diobservasi wiwin widianingsihHasil model les dan diobservasi wiwin widianingsih
Hasil model les dan diobservasi wiwin widianingsihHendri Saepuloh
 
Makalah metode pembelajaran
Makalah metode pembelajaranMakalah metode pembelajaran
Makalah metode pembelajaranAli Akbar TA
 
Edup 3033: Kaedah Pedagogi Masa Kini
Edup 3033: Kaedah Pedagogi Masa KiniEdup 3033: Kaedah Pedagogi Masa Kini
Edup 3033: Kaedah Pedagogi Masa KiniNorasyiqinShaif
 
CERITA PRAKTIK BAIK.pptx
CERITA PRAKTIK BAIK.pptxCERITA PRAKTIK BAIK.pptx
CERITA PRAKTIK BAIK.pptxGinahGinah1
 

Similar a StrategiPembelajaran (20)

Assignment benar
Assignment benarAssignment benar
Assignment benar
 
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdfLK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
LK 3.1 Menyusun Best Practices - Siswati.pdf
 
Kaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstualKaedah pembelajaran kontekstual
Kaedah pembelajaran kontekstual
 
KOMPETENSI ABAD 21 DAN PARADIGMA PEMBELAJARAN ABAD 21
KOMPETENSI ABAD 21 DAN PARADIGMA PEMBELAJARAN ABAD 21KOMPETENSI ABAD 21 DAN PARADIGMA PEMBELAJARAN ABAD 21
KOMPETENSI ABAD 21 DAN PARADIGMA PEMBELAJARAN ABAD 21
 
LK 3.1 Best Practice.pdf
LK 3.1 Best Practice.pdfLK 3.1 Best Practice.pdf
LK 3.1 Best Practice.pdf
 
Best Practice.pdf
Best Practice.pdfBest Practice.pdf
Best Practice.pdf
 
kaedah mengajar.
kaedah mengajar.kaedah mengajar.
kaedah mengajar.
 
Bcb
BcbBcb
Bcb
 
Belajar Cara Belajar
Belajar Cara BelajarBelajar Cara Belajar
Belajar Cara Belajar
 
Tugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksionalTugas 1 mata kuliah desain instruksional
Tugas 1 mata kuliah desain instruksional
 
KOMPETENSI GURU ABAD 21.pptx
KOMPETENSI GURU ABAD 21.pptxKOMPETENSI GURU ABAD 21.pptx
KOMPETENSI GURU ABAD 21.pptx
 
Hasil model les dan diobservasi wiwin widianingsih
Hasil model les dan diobservasi wiwin widianingsihHasil model les dan diobservasi wiwin widianingsih
Hasil model les dan diobservasi wiwin widianingsih
 
Makalah metode pembelajaran
Makalah metode pembelajaranMakalah metode pembelajaran
Makalah metode pembelajaran
 
Twn bmm bahan 1
Twn bmm bahan 1Twn bmm bahan 1
Twn bmm bahan 1
 
Twn bmm bahan 1
Twn bmm bahan 1Twn bmm bahan 1
Twn bmm bahan 1
 
Twn bmm bahan 1
Twn bmm bahan 1Twn bmm bahan 1
Twn bmm bahan 1
 
Twn bmm bahan 1
Twn bmm bahan 1Twn bmm bahan 1
Twn bmm bahan 1
 
Bg ucok i
Bg ucok iBg ucok i
Bg ucok i
 
Edup 3033: Kaedah Pedagogi Masa Kini
Edup 3033: Kaedah Pedagogi Masa KiniEdup 3033: Kaedah Pedagogi Masa Kini
Edup 3033: Kaedah Pedagogi Masa Kini
 
CERITA PRAKTIK BAIK.pptx
CERITA PRAKTIK BAIK.pptxCERITA PRAKTIK BAIK.pptx
CERITA PRAKTIK BAIK.pptx
 

StrategiPembelajaran

  • 1. KPT 6044 - PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEKTRONIK DAN WEB TUGASAN 4: PENILAIAN KENDIRI DARI TEKS Bab 4 : 21st century learning environment DISEDIAKAN OLEH : NAMA : SHARINA BINTI SOBRI MATRIK NO. : M 20102000969 CORPORATE GOVERNANCE : DISEMAK OLEH : PM DR ABD LATIF HJ GAPOR THE COLLAPSE OF ENRON TARIKH HANTAR : 30NOVEMBER 2012
  • 2. Bab 4 : 21st century learning environment PENILAIAN KENDIRI DARI TEKS Bab 4 : 21st century learning environment 1. Differentiate between teacher-centered and student-centered learning strategies. BERPUSATKAN GURU BERPUSATKAN PELAJAR Guru memainkan peranan utama dalam Guru dan pelajar bersama-sama memainkan proses pengajaran dan pembelajaran peranan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang banyak memberi arahan, Guru hanya memantau dan pelajar yang penerangan dan mengawal kelas. bergerak aktif dalam kelas. Komunikasi sehala di mana guru bercakap Komunikasi dua hala di mana guru menyoal dan pelajar hanya mendengar. dan pelajar menjawab dan sebaliknya. Bersifat autokratik iaitu guru berkuasa Bersifat demokratik iaitu pelajar boleh sepenuhnya. bersuara dan memberikan pendapat tersendiri. Guru lebih mengutamakan pencapaian Lebih mengutamakan pencapaian objektif objektif pengajaran. pembelajaran pelajar. Tiada perkembangan aspek lain selain Menekankan perkembangan jasmani, emosi, daripada perkembangan intelek pelajar. rohani dan intelek pelajar di dalam dan di luar kelas. Guru mengarah dan mengawal sepanjang Wujud pembelajaran kendiri di dalam diri proses pengajaran dan pembelajaran pelajar. Penekanan kepada ujian sumatif iaitu kaedah Penekanan ujian formatif, hasil ujian menggredkan pelajar. digunakan untuk mengatasi masalah kelemahan pelajar. Lebih menekankan aspek hafalan. Penekanan kepada bahan dan sumber yang lebih memberi pemahaman kepada pelajar. Pelajar akan menjadi kurang tumpuan dan Pelajar berminat untuk terus meneroka dan minat kerana hanya guru yang memberi mencari bahan atau maklumat dari aktiviti penerangan. yang diberikan guru. Pelajar tidak mampu meningkatkan Pelajar akan menggunakan semua bahan, kemahiran berfikir kerana pembelajaran lebih sumber dan media yang ada untuk digunakan tertumpu pada ingatan dan hafalan. dalam meningkatkan pemahaman dan cuba untuk membuat generalisasi berdasarkan aktiviti yang diberikan. Pelajar tidak kreatif dan tiada berinisiatif Kemahiran berfikir aras tinggi diperlukan untuk meneroka bahan atau maklumat untuk memastikan pelajar dapat sendiri. mengembangkan maklumat yang sedia ada 2
  • 3. Bab 4 : 21st century learning environment dan menambah bahan yang dipelajarinya menggunakan media. Pelajar sentiasa menerima dan hanya Perasaan ingin tahu dapat dikembangkan menunggu bahan atau maklumat yang kerana pelajar akan meneroka menggunakan diberikan guru. media, sumber dan bahan yang terdapat dalam internet. Pelajar menjadi kurang mahir dalam Pelajar akan menjadi sangat kreatif dan meneroka bahan untuk pembelajaran. inovatif dan memastikan semua aktiviti yang diberikan guru dapat dilaksanakan dengan baik. Perbezaan strategi Persekitaran Pembelajaran di era tahun 21an Strategi pengajaran Berpusatkan Guru Berdasarkan beberapa strategi, situasi dan penggunaan teknologi/media Bil Strategi Situasi Penggunaan teknologi/media 1 Persembahan Pembelajaran bertajuk bagaimana Menggunakan power point untuk untuk menggunakan kata kerja menunjukkan perkataan satu persatu. Menggunakan video klip yang dapat menunjukkan perbuatan seseorang. 2 Tunjuk cara Cara untuk mengawal bahan- Guru perlu memastikan bahan kimia untuk eksperimen penggunaan alat dan bahan kimia yang betul serta mengikut langkah-langkah dengan betul. Guru menggunakan video dari you tube untuk menunjukkan langkah-langkah yang betul dalam menggunakan bahan- bahan kimia dengan selamat. 3 Praktikal dan Pelajar perlu mengimbang semula Guru menggunakan papan latihan dan membuat latihan berdasarkan interaktif dan pelajar akan klik maklumat yang telah diterima. pada jawapan. Pelajar sentiasa menggunakan kaedah ini setiap hari. 4 Tutorial Guru mengenal pasti beberapa Pelajar perlu menyelesaikan orang pelajar yang menghadapi beberapa soalan yang telah 3
  • 4. Bab 4 : 21st century learning environment masalah dengan konsep dan diberikan secara atas talian. kemahiran untuk menerima pembelajaran Guru akan memilih beberapa pengajaran yang spesifik dan pelajar perlu memberi jawapan yang penuh. Guru akan memberikan pautan lain kepada pelajar yang memerlukan pemulihan berkaitan topik yang dipelajari. Strategi pengajaran Berpusatkan PelajarBerdasarkan beberapa strategi, situasi dan penggunaan teknologi/media Bil Strategi Situasi Penggunaan teknologi/media 1 Perbincangan Pelajar mempelajari spesifik tajuk Guru memberi soalan secara atas dan pelajar diminta memberi talian. jawapan Pelajar diminta membentangkan jawapan menggunakan power point. 2 Pembelajaran Guru membahagikan kepada Pelajar perlu menggunakan koperatif beberapa kumpulan. Pelajar perlu internet untuk mencari bahan berbincang dalam kumpulan (google docs, social dengan membuat kajian, bookmarking, etc). berkongsi pendapat, membuat penilaian dan membuat sintesis Menggunakan perisian untuk mendapatkan maklumat. Boleh menggunakan objek sebenar untuk membangunkan projek. 3 Permainan Kandungan pembelajaran yang Pelajar memilih beberapa pautan baru diperkenalkan dengan secara atas talian yang diberikan bermain permainan yang oleh guru yang berkait dengan berkaitan dengan topik yang akan topik. dipelajari. Pelajar cuba mencipta permainan di mana pelajar akan cuba bermain untuk mendapatkan markah yang tinggi. 4 Simulasi Guru mencadangkan pelajar Perisian komputer 4
  • 5. Bab 4 : 21st century learning environment menggunakan pengetahuan atau (contoh:decision) membawa kemahiran sedia ada dengan pelajar kepada situasi sebenar. situasi sebenar. Guru menggunakan video yang menunjukkan situasi sebenar dan pelajar perlu menggunakan pengetahuan dan kemahiran yang ada untuk menyelesaikan soalan. 5 Penerokaan Guru mahukan pelajar memahami Pelajar perlu mewujudkan konsep-konsep utama dengan konsep peta digital untuk lebih mendalam untuk dikaitkan hubungannya dengan meningkatkan tahap pemahaman maklumat baru. pelajar. Pelajar perlu memuat turun data untuk melihat hubungan antara maklumat tersebut. 6 Penyelesaian Guru memberi cabaran kepada Pelajar perlu mencari dan masalah pelajar dengan memikirkan mengumpul data sertas membuat apakah yang mereka tahu dan apa perbandingan antara data yang yang mereka perlu tahu tentang diterima dari tempat yang sesuatu topik. berbeza. Makmal siasatan akan diwujudkan dan beberapa peralatan disediakan dan sumber untuk menyelesaikan masalah yang dicipta oleh guru kepada pelajar. 5
  • 6. Bab 4 : 21st century learning environment Soalan 2 Compare and contrast the advantages and limitations of ten types of learning strategies? 1) Presentation / Pembentangan Kelebihan Batasan Pembentangan atau penerangan sekali sahaja Agak sukar bagi sesetengah pelajar yang dalam pengajaran. tidak memberi tumpuan semasa pembelajaran berlaku. Dapat mengambil nota dengan cepat. Agak membosankan sekiranya tiada interaksi antara pelajar. Sebagai sumber maklumat kepada pelajar. Sukar mendapatkan nota kerana pelajar tiada kemahiran untuk mencatat nota dari pembentangan. Guru dapat melihat pelajar Batasan umur kerana pelajar muda agak mempersembahkan bahan yang diperoleh sukar untuk mendapatkan maklumat daripada dengan menggunakan power point pembentangan. Maka adalah perlu pembentangan melihat kepada tahap dan umur pelajar. 2) Demonstration / Tunjuk cara Kelebihan Batasan Pelajar dapat melihat dan mendengar apa Pelajar tidak mendapat edaran cara yang berlaku. melakukan tugasan. Guru dapat menyediakan panduan kepada Pandangan terhad kerana objek atau bahan kumpulan pelajar yang ramai untuk yang digunakan kecil. menyelesaikan tugasan. Pelajar dapat membentuk kemahiran dan Perancangan mengambil masa yang panjang. sikap yang berkaitan. Selamat kerana dapat potensi untuk Mungkin akan kurang teratur jika penerangan menggunakan bahan yang berbahaya dapat atau panduan yang diberikan kurang jelas. dikurangkan. 3) Drill-and-practice / Latihan dan praktikal Kelebihan Batasan Mendapat maklum balas segera Berulang-ulang iaitu tidak semua pelajar 6
  • 7. Bab 4 : 21st century learning environment dapat memberi maklum balas maka adalah perlu memberi latihan berulang-ulang. Maklumat lebih banyak dan berkesan Bosan kerana perlu dilakukan berulang-ulang sehingga berjaya. Membina latihan iaitu pada masa ini juga Tiada penyesuaian kerana jika pelajar pelajar mendapat maklumat baru dan sentiasa melakukan kesilapan maka latihan pengetahuan baru dapat diwujudkan. dan praktikal ini tidak memberi kesan kepada pembelajaran pelajar. Perlu memantau dan menggunakan kaedah pengajaran yang berbeza. 4) Tutorial Kelebihan Batasan Tidak bergantungan tugas kerana pelajar Bosan kerana melakukan kerja seorang diri perlu bergerak sendiri untuk mendapatkan menyebabkan tiada perubahan. bahan baru dan lihat kembali proses untuk mendapatkan maklum balas. Pelajar belajar sendiri mengikut cara masing- Boleh timbul rasa kecewa kerana pelajar masing dan perlu melihat semula sebelum ke berasa seolah-olah tiada kemajuan dalam topik seterusnya. pembelajaran. Guru perlu memastikan soalan yang diberi sejajar dengan kemampuan pelajar. Membolehkan seseorang pelajar melakukan Berpotensi bimbingan yang salah iaitu sendiri kerana ia lebih berasaskan komputer panduan yang diberikan guru boleh di mana pelajar perlu terus kepada topik yang menyebabkan pelajar tidak melaksanakan dipelajari. secara efektif. Guru perlu memastikan pemilihan yang betul apabila menggunakan tutorial. 5) Discussion / Perbincangan Kelebihan Batasan Menarik kerana pelajar dapat melihat dan Kurang penyertaan kerana tidak semua mendengar sendiri fakta yang diberikan. pelajar akan menyertai maka guru perlu memastikan semua pelajar berpeluang memberi pendapat. Cabaran kepada pelajar kerana pelajar perlu Kadang kala tidak mencabar kerana pelajar berfikir tentang topik dan melaksanakan tidak hanya belajar apa yang pelajar tahu berdasarkan pemahaman. sahaja. Ia melibatkan semua di mana memberi Mungkin tidak akan efektif jika digunakan peluang kepada pelajar untuk bercakap, kepada pelajar muda tanpa panduan guru. bersoal jawab dengan guru dan rakan-rakan. 7
  • 8. Bab 4 : 21st century learning environment Peluang memberi idea dan pendapat dalam pembentangan. 6) Cooperative Learning / Pembelajaran koperatif Kelebihan Batasan Pembelajaran menjadi lebih baik. Batasan saiz kerana ahli kumpulan tidak boleh ramai (tiga hingga lima orang sahaja) untuk memastikan semua mengambil bahagian. Ia boleh dilakukan secara formal atau tidak Pembelajaran ini akan hilang formal. keberkesanannya jika digunakan secara berlebihan. Pemilihan pembelajaran ini dapat ditingkatkan dengan perbincangan dan berkongsi idea. Peluang untuk belajar lebih baik kerana Ahli kumpulan yang kecil kerana untuk kumpulan belajar boleh dibangunkan dalam memastikan pembelajaran menjadi lebih baik masa panjang. dan melibatkan semua ahli kumpulan untuk memberi pendapat dan berkongsi idea. Boleh di gunakan dengan pelbagai kandungan topik. 7) Games / Permainan Kelebihan Batasan Menarik perhatian pelajar untuk menyertai Ia berorientasikan kemenangan, maka guru aktiviti perlu memastikan kandungan pertandingan digunakan dengan betul. Boleh disesuaikan dengan semua mata Tahap kesukaran mungkin timbul kerana pelajaran dan dapat disesuaikan dengan pelajar yang kurang mampu akan mendapati peringkat pelajar. struktur permainan terlalu cepat atau sukar. Guru perlu menyediakan permainan sesuai dengan kemahiran pelajar. Memberi peluang kepada pelajar untuk Permainan yang memerlukan penggunaan mengembangkan kemahiran melalui interaksi seperti komputer agak mahal untuk dibeli dengan pelajar lain. maka guru boleh mendapatkan permainan serupa secara percuma daripada web. Pelajar akan memberikan lebih tumpuan dan Boleh timbul masalah salah faham kerana perhatian kerana kebanyakan permainan hasil pembelajaran lebih kepada kemenangan adalah berwarna-warni, interaktif dan berbanding penerimaan pelajar terhadap berdaya saing serta pelajar akan berminat dan kandungan topik. Guru perlu menetapkan memberi tumpuan. objektif yang tepat sebelum menggunakan permainan dalam proses pengajaran dan 8
  • 9. Bab 4 : 21st century learning environment pembelajaran. 8) Simulation / Simulasi Kelebihan Batasan Membenarkan pelajar mempraktikkan Situasi yang diwujudkan mungkin di luar kemahiran dalam keadaan yang selamat. kemampuan pengalaman pelajar. Pelajar dapat disediakan dengan menghadapi Hanya pelajar yang mengambil bahagian situasi dengan masalah yang sebenar. mendapat manfaat. Dapat mempelbagaikan tahap kebolehan dan Agak sukar untuk menilai pembelajaran pelajar dapat mencuba sesuatu dengan pelajar. keadaan selesa. Memberi pengalaman untuk berada dalam Kekangan masa kerana mengambil masa situasi sebenar (contoh : melakonkan watak yang lama untuk melaksanakannya. Guru Hang Tuah) perlu mencari model untuk menunjukkan konsep dalam masa yang singkat. 9) Discovery / Penemuan Kelebihan Batasan Sangat menarik perhatian pelajar di semua Kekangan masa kerana memerlukan masa peringkat pembelajaran. untuk mereka bentuk dan melaksanakan dan guru perlu menyesuaikan pengajaran berasaskan web. Boleh menggunakan langkah atau prosedur Persediaan yang agak rumit kerana guru yang sama. perlu memikirkan isu-isu yang mungkin dihadapi pelajar untuk menjadikan ia lebih mudah. Membolehkan pelajar mengawal Boleh timbul salah faham isi kandungan pembelajaran sendiri. topik. Guru perlu menerangkan semula selepas pengajaran. 10) Problem-Based Learning / Pembelajaran Berasaskan Masalah Kelebihan Batasan Menarik kerana pelajar adalah aktif Sukar untuk mencipta kerana mencipta pembelajaran berasaskan pengalaman dengan masalah pembelajaran adalah sukar. Guru situasi sebenar. dan sumber yang diperoleh dari web dapat membantu untuk membangunkan pembelajaran berasaskan masalah. Pengetahuan dan kemahiran pelajar Tahap pengalaman dan umur pelajar 9
  • 10. Bab 4 : 21st century learning environment membantu pelajar menyelesaikan masalah. memerlukan kawalan oleh guru. Pengenalan kepada pertambahan Mencipta dan penggunaan penyelesaian permasalahan isu semasa dapat mengawal masalah memerlukan masa. Gunakan model tahap masalah yang kompleks. ASSURE untuk menilai langkah dan memperbaiki semula kandungan pelajaran. Soalan 3 Describe how to select technology and media that facilitates learning experiences. Terangkan bagaimana untuk memilih teknologi dan media supaya pengalaman pengetahuan dapat dimudahkan Guru boleh membuat perancangan pengajaran menggunakan model ASSURE. Model ini membantu guru membuat perancangan mengikut beberapa langkah yang telah ditetapkan. Terdapat enam langkah yang perlu dimasukkan dalam perancangan pengajaran bagi memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran guru serta pelajar tercapai. Pilih Nyatakan Analisis pelajar kaedah, media objektif dan bahan Penglibatan Gunakan Nilai bahan pelajar dalam media dan pembelajaran bahan Model ASSURE A = Analyse Leaner (Analisis Pelajar) S = State standards and objectives (Nyatakan standard dan objektif) S = Select strategies, technology, media and metarials (pilih strategi, teknologi, media dan bahan) U = Utilize technology, media and metarials (menggunakan teknologi, media dan bahan) R = Require Leaner Participation (memastikan penyertaan pelajar) E = Evaluate and Revise (menilai dan menyemak semula) 10
  • 11. Bab 4 : 21st century learning environment A = Analyze Learner (analisis pelajar) Sifat umum : guru perlu mengenalpasti latar belakang, kebolehan dan kemahiran pelajar sebelum menetapkan sesuatu objektif. Spesifikan kemahiran kompentensi : spesifikan kemahiran, pengetahuan dan sikap pelajar berdasarkan tentang sesuatu isi topik. Gaya pembelajaran : menetapkan aktiviti yang sesuai dengan pelajar agar menarik dan memberi cabaran yang sesuai. S = State standards and objectives (Nyatakan standard dan objektif) Standard kurikulum : objektif pengajaran mestilah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam huraian sukatan pelajaran yang disediakan kementerian pelajaran. Standard Teknologi : menggunakan maklumat daripada pelbagai sumber dan media secara dengan betul dan beretika yang boleh membantu mendapatkan maklumat melalui kajian,mencari, menyusun, menganalisa, menilai dan membuat sintesis. Maklumat yang diperoleh mestilah sahih dan menggunakan teknologi yang standard. Objektif pembelajaran : menetapkan objektif pembelajaran iaitu topik yang akan dipelajari, pengetahuan baru yang akan diperoleh, aktiviti yang akan dijalankan, tindakan dan kemahiran yang akan diserapkan dalam topik yang akan dipelajari. S = Select strategies, technology, media and metarials (pilih strategi, teknologi, media dan bahan) Pilih strategi : pilih beberapa strategi yang berpusatkan pelajar seperti perbincangan, simulasi, permainan, penyelesaian masalah, penemuan, penerokaan atau pembelajaran koperatif.Strategi berpusatkan pelajar ini perlu untuk memastikan semua pelajar menyertai setiap aktiviti yang akan dilaksanakan. Pilih Teknologi dan media : perancangan yang dibuat perlulah melibatkan teknologi dan media yang sesuai dengan tahap dan kandungan pembelajaran. Pelajar perlu digalakkan menggunakan internet untuk mencari maklumat atau bahan dengan menggunakan papan 11
  • 12. Bab 4 : 21st century learning environment interaktif/blog/web/video/audio dan pelbagai media perantaraan lain. Terdapat beberapa langkah dalam memilih teknologi dan media iaitu :- 1. Menyelaraskan standard, hasil objektif - Objektif, hasil dan standard perlu diselaraskan mengikut huraian yang telah ditetapkan dengan teliti dan teratur. 2. Maklumat tepat dan terkini - Maklumat atau bahan yang diperolehmestilah tepat, sahih dan terkini bagi memastikan teknologi, sumber dan bahan yang diguna dapat disesuaikan dengan perancangan yang telah dibuat. 3. Penggunaan bahasa yang sesuai - Aras bahasa mestilah bahasa yang mudah, ringkas dan dapat difahami pelajar serta mengikut tahap kebolehan dan pengetahuan pelajar. 4. Minat dan penglibatan - Penggunaan teknologi, media dan sumber perlu mengambil kira minat dan kesesuaian pelajar. Ini bagi memastikan semua pelajar dapat menyertai aktiviti yang dirancang dan dijalankan. 5. Kualiti teknikal - peralatan dan perkakasan yang hendak digunakan mestilah mudah, selamat dan mesra pengguna.Ini untuk mengelakkan timbul masalah dan bagi memastikanproses pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar. 6. Mudah untuk digunakan - Menggunakan perisian yang mudah difahami dan mudah dikendalikan untuk memastikan semua pelajar melibatkan diri dalam aktiviti. 7. Tidak berat sebelah / adil - Penggunaan sumber dan bahan mestilah adil dan saksama dimana ianya tidak hanya melibatkan beberapa orang pelajar sahaja. Penggunaan teknologi, strategi, media dan bahan perlu melibatkan pelbagai tahap dan minat semua pelajar. 8. Panduan dan arahan penggunaan - guru perlu memberi panduan dan arahan yang jelas kepada pelajar untuk menggunakan sumber, bahan dan media. Pilih bahan : memilih bahan yang sesuai dengan maklumat yang diperlukan oleh pelajar untuk memastikan objektif pengajaran dan pembelajaran tercapai. 12
  • 13. Bab 4 : 21st century learning environment U = Utilize technology, media and metarials (menggunakan teknologi, media dan bahan) Imbas semula teknologi, media dan bahan :Lihat semula teknologi, media dan bahan yang dipilih dan mestilah mencapai objektif pembelajaran. Sediakan teknologi, media dan bahan : Guru perlu memastikan semua teknologi, bahan dan media yang telah dipilih dapat digunakan. Segala media dan bahan yang akan diguna disusun mengikut perancangan yang telah ditetapkan. Ini untuk mengelakkan timbulnya masalah ketika pengajaran dan pembelajaran berlangsung. Persediaan persekitaran : Walau dimana sahaja pembelajaran berlaku, guru perlu memastikan semua fasiliti dan kemudahan yang ada supaya teknologi, media dan bahan dapat digunakan secara efektif. Guru perlu memastikan semua peralatan yang digunakan mencukupi dan boleh dimudah dikendalikan. Persediaan pelajar : Memastikan pelajar bersedia untuk belajar dengan memberikan penerangan berkaitan isi kandungan pengajaran dan pembelajaran. Guru perlu menerangkan kandungan pembelajaran berhubungkait dengan persekitaran sebenar pelajar. Pelajar perlu melibatkan diri secara aktif dan disinilah peranan guru membantu pelajar untuk turut serta dalam pembelajaran. Persediaan pengalaman pembelajaran : Pembelajaran ini biasanya berpusatkan guru dimana guru memainkan peranan utama di dalam kelas. Guru akan menunjukkan beberapa cara dan kemudian barulah pelajar akan melakukannya. Kebiasaannya, ia berkaitan aktiviti pembentangan, tunjuk cara, latih tubi atau praktikal. R = Require Leaner Participation (memastikan penyertaan pelajar) Aktiviti pelajar : untuk memastikan ia berhasil, guru perlu memberi arahan dan panduan kepada pelajar. menyediakan aktiviti yang sesuai berdasarkan pengetahuan dan kemahiran pelajar dan melihat semula sama ada ia memberi kesan yang positif atau sebaliknya. Latihan yang diberi mestilah melibatkan aktiviti internet atau kumpulan latihan, arahan yang dibantu komputer dan latihan yang boleh diperiksa sendiri pelajar. 13
  • 14. Bab 4 : 21st century learning environment Maklumbalas : pelajar perlu menerima maklum balas mengenai aktiviti yang dilakukan. Maklum balas yang diterima mungkin dari guru atau rakan-rakan dari kumpulan yang sama. Maklumbalas adalah salah satu aktiviti yang boleh dilakukan menggunakan komputer, pelajar memeriksa sendiri dengan komputer atau daripada guru yang mengajar. Paling penting pelajar dapat menerima maklum balas yang betul tanpa mengira sumber. E = Evaluate and revise (menilai dan menyemak semula) Penilaian pencapaian pelajar : Guru perlu menilai dan menyemak semula keberkesanan semua perancangan yang telah dibuat dan melihat semula hasil pembelajaran yang telah dilaksanakan. Penilaian boleh dibuat mengikut kesesuaian topik, objektif, penggunaan teknologi, media dan bahan serta pencapaian yang diperoleh pelajar daripada aktiviti yang dijalankan seperti penilaian rubrik. Penilaian strategi, teknologi dan media : guru perlu menilai strategi, teknologi dan media dengan melihat keberkesanan media secara keseluruhan. Selain itu, ia juga untuk mendapat kesan penggunaan media secara maksimum dengan melihat semula produk terakhir pelajar dan memastikanobjektif pembelajaran pelajar tercapaisecara maksimum. Semakan : guru perlu menyemak semula semua perancangan termasuk objektif, strategi, teknologi, media dan bahan serta mendapatkan maklum balas daripada pelajar tentang keberkesan penggunaan teknologi dan media dalam proses pengajaran dan pembelajaran. 14