SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 13
Pendahuluan
Kajian berkaitan semantik berkaitan dengan makna dan ayat. Semantik merujuk
kepada aspek makna bahasa. Oleh itu, untuk memahami bahasa , kita juga perlu memahami
makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita mestilah mengetahui makna kata
bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Kita seharusnya perlu
menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan.
Semantik merupakan satu daripada cabang ilmu linguistik yang memfokus kajian
kepada makna yang terkkandung dalam sesuatu bahan bahasa , pada peringkat kata , frasa,
klausa atau ayat.Semasa kita menghasikan sesuatu output bahasa, tujuan utama kita adalah
tidak lain bagi menyampaikan makna yang tertentu, sama ada secara terus atau tersurat
atau secara berkias atau tersirat. Proses komunikasi hanya dikatakan berjaya apabila makna
yang ingin disampaikan kepada baik pendengar atau pembaca dapat dan mudah difahami
sebagaimana kita kehendaki. Dalam erti kata yang lain, makna yang harus ditafsirkan ialah
makna yang sebenarnya terkandung dalam sesuatu rangsangan bahasa.
Istilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang ilmu
yang lain iaitu dicipta pada abad akhir abad ke -19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai
satu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur mengujarkannya dengan gerak balas
yang dijangkakan daripada pendengar.Seseorang itu boelh mentakrifkan makna sesuatu
bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik
yang dimiliki oleh seseorang.(Leonard Bloomfield : 1992)
Definisi
Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa semantik berasal daripada
perkataan Greek, iaitu semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu
gejala atau tanda atau sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan
SEMANTIK
DAN
PERISTILAHAN
BAHASA
MELAYU
SEMANTIK PERISTILAHAN
sema yang merujuk kepada aspek makna atau maksud, iaitu makna seperti yang
diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau sistem tanda yang lain. Merujuk kepada bahasa
Inggeris, meaning, mean, meant dan means kesemuanya merujuk kepada makna atau
maksud yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi.
Selain itu, perkataan semantic yang digunakan pada hari ini berasal daripada bahasa
Perancis, iaitu semantique. Perkataan ini digunakan oleh Michael Breal sejak abad ke-19
lagi. Semantik amat berbeza jika dibandingkan dengan sintaksis kerana semantik mengkaji
makna, manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda. Perkara ini
menegaskan bahawa sintaksis berfokuskan kepada bentuk dan bukan makna. Sebaliknya,
semantik pula dapat dikaitkan dengan bidang pragmatik. Bidang pragmatik bermaksud
mengkaji penggunaan tanda mengikut konteks oleh pengguna atau penutur bahasa.
Semantik juga bermaksud satu kajian yang teoritikal berkaitan dengan makna dalam sistem
tanda. Secara umumnya, semantik mempunyai dua jenis ekspresi makna. Misalnya, ‘Guru
Bahasa Melayu saya Puan Rahimah’. Dalam konteks ayat tersebut menerangkan
hubungan penyataan yang boleh dibahagikan kepada beberapa unsur (tanda), benda dan
keadaan dalam dunia sebenar. Selain itu, ayat tersebut menerangkan hubungan pada tanda
– tanda itu dengan tanda lain yang disebut juga sebagai konsep.
Stalnaker (1972: 383) pula menyatakan bahawa sintaksis mengkaji ayat, manakala
semantik mengkaji preposisi. Tokoh ini telah menjelaskan bahawa semantik memperjelas
peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang diungkapkan.
Dalam semua perkara, peraturan tersebut sememangnya tidak mendapat penyesuaian ayat
secara terus dengan preposisi. Sebaliknya, penyesuaian ayat dengan preposisi berkaitan
dengan konteks ayat tersebut digunakan.
Seterusnya , Siti Hajar Abdul Aziz (2009) juga menyatakan sematik ialah bidang
kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik. Semantik sebahagian daripada
bidang kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan
struktur dalam sesuatu bahasa seperti juga aspek kajian fonologi, morfologi dan sintaksis.
Semantik merupakan komponen tatabahasa yang sukar difahami kerana berkaitan dengan
perkara abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi. Sehubungan itu, hingga kini suatu
teori makna dalam bidang linguistik yang bersifat autoritatif serta menyeluruh belum dapat
diketengahkan secara mantap.
Sehubungan itu, semantik ialah kajian linguistik yang menanalisis makna baik pada
peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan
emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan
daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar. Semantik atau makna merupakan situasi
apabila penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan
daripada pendengar. Makna ujaran atau ayat bukan ditentukan oleh makna kata semata –
mata, tetapi juga faktor lain seperti intonasi, gaya pengucapan, tujuan, konteks penutur dan
pendengar. Ada juga pendapat lain yang dikemukakan mengenai semantik mengikut
pendapat tokoh seperti Sperber dan Wilson (1980) yang memberi pengertian semantik
sebagai satu kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi
logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik.
Ullmann (1962), mentakrifkan semantik sebagai kajian “ kajian makna perkataan
“.Lyons (1981) pula telah mendefinisikan semantik sebagai kajian makna, sementara
semantik linguistik ialah kajian tentang semua jenis makna yang ditetapkan dalam bahasa.
Selain itu, Kreidler ( 1998 ) menerangkan bahawa semantik ialah kajian makna secara
sistematik, manakala semantik linguistik ialah kajian cara bagaimana makna disusun dan
dinyatakan dalam bahasa.Sementara Nathesan ( 2001) pula telah menyatakan bahawa
semantik ialah suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa.
Akmajian et al.(1995: 222) pula menyatakan dalam bidang linguistik, semantik ialah
kajian tentang makna dalam bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit
linguistik dan prinsip dan gabungannya.Dalam bidang logik, semantik dianggap sebagai
kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Kajian semantik boleh
dimulakan pada aras kata atau pada aras yang lebih tinggi, iaitu kalimat yang terbina
daripada frasa dan ayat. Maklumat semantik merupakan bahagian penting dalam tatabahasa
digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa.
Menurut Palmer ( 1992 ) pula, istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna.
Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna sesuatu perkataan.Pendapat-pendapat
lain mengenai semantik ialah daripada Sperber dan Wilson (1980), kajian tentang makna
yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada
peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik.Harimurthi Kridalaksana ( 1983) ,Buku Bahasa
Melayu II - berpendapat bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna.
Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. Frank Parker (1994), menyebut
bidang kajian tentang makna dalam bidang pengajian ilmu linguistik. Bidang ini sebahagian
daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus yang merujuk kepada kajian tentang
sesuatu struktur dalam sesuatu bahasa.
Semantik dan Linguistik
Semantik adalah salah satu disiplin ilmu yang penting dalam kajian bahasa dan
mempunyai pertalian yang erat dengan disiplin ilmu yang lain seperti sejarah dan
linguistik.Amat jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik.Lingustik ialah
kajian tentang bahasa secara saintifik. Semantik telah diterima sebagai salah satu
komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Kenyataan ini
dapat digambarkan seperti berikut :
Seperti yang digambarkan di atas, semantik jelas mempunyai tempat yang tersendiri
dalam kajian bahasa.Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan
menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna.Semantik malah amat penting dalam
tatabahasa dan sekiranya tanpa semantik , kita mungkin hanya dapat membina atau
melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu
semantik.Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “ Meja itu sedang menyampaikan
ceramah agama di sebauh masjid”. Sebagai ayat yang betul,walaupun ayat ini menepati
aturan tatabahasa iaitu menurut susunan subjek dan predikat ( S P ) di dalamnya.Hal ini
adalah kerana maknanya adalah taksa. Jelas sekali , maklumat semantik amat penting
dalam linguistik.
Berdasarkan sejarah linguistik pula , istilah semantik digunakan untuk merujuk
kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian
tentang semantik memfokuskan kepada aspek kajian tradisional, iaitu tentang perubahan
makna. Akan tetapi selepas tahun 1930 , perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula
mendapati masalah deskriptif dan struktur dalam semantik ( Ullmann, 1966) Pada tahun
1931, adalah detik bersejarah dalam sejarah semantik. Ini kerana pad tahun tersebut telah
muncul tulisan Gustaf Stern yang bertajuk Meaning and Change of Meaning with Special
Reference to English Language. Penerbitan buku ini telah membawa trend baharu dalm
bidang semantik. Menurut Ullmann (1966) kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi
memberi perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya, sebaliknya kajian telah
Fonetik Tatabahasa Semantik
Sintaksis Morfologi
mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip
umum kepada kajian bahasa yang tertentu.
Hubungan semantik dengan sejarah makna sesuatu bahasa mempunyai sejarahnya
yang tersendiri. Contohnya ; perkataan’ syurga ‘diambil daripada bahasa Sanskrit. Makna
sesuatu bahasa itu mungkin kekal, berkembang, menyempit dan juga hilang. Contoh lain ,
perkataan ‘ khalwat’ bermaksud berdua-duaan lelaki dan perempuan di tempat yang sunyi
dan juga membawa maksud bersendirian di suatu tempat yang terasing daripada orang
ramai dengan tujuan untuk bersendirian atas sebab sesuatu. Sejarah bahasa itu mengambil
kira semua makna yang lama dan juga yang baharu ke dalam bahasa tersebut dan
direkodkan ke dalam kamus. Contoh seperti perkataan ‘ istirehat ‘ yang juga membawa
maksud rehat telah semakin jarang digunakan pada masa kini.
Kesimpulannya, bidang semantik amat penting kerana kajian tidak akan menjadi
sempurna jika tidak ada unsur makna.Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa.
Kita mungkin dapat membina, atau dapat melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi
rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik.
Semantik dan sejarah
Berdasarkan sejarah linguistik, istilah semantik digunakan untuk merujukkepada
perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum 1930, kajian semantik telah
memfokus kepada kajian teradisional iaitu perubahan pada makna, akan tetapi selepas itu ,
berlaku perubahan dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam
semantik. (Ullmann,1966). Menurut Nur Hashimah (1994), terdapat dua tahap
perkembangan dalam ilmu semantik. Kedua-dua tahap tersebut adalah seperti berikut:
a) Semantik falsafah
b) Semantik linguistik
Pada tahap semantik falsafah, semantik dilihat dari sudut falsafah dan dengan
demikian tergolong dalm bidang kajian falsafah.Tokoh utama yang terlibat dalam kajian
semantik falsafah termasuklah Ogden, Richard, Carnab, Wittgensrein dan
Korrzybski.Perkembangan dalam linguistik menyebabkan munculnya pandangan bahawa
ilmu semantik harus tergolong dalam ilmu linguistik, bukannya dalam bidang
falsafah.Kemudian muncullah tahap ke dua dalam ilmu linguistik, iaitu semantik linguistik
yang mengkaji makna dalam bahasa.
Perkembangan Makna
Seperti yang telah disebut, semantik ialah kajian makna dalam bidang linguistik
Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran
penutur kepada fikiran pendengar.Makna mempunyai perngertian yang sangat
meluas.Contohnya perkataan ‘ dia ‘ boleh diertikan dengan pelbagai makna seperti , lelaki,
perempuan, kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan, orang tua, orang muda, remaja
lelaki, remaja perempuan dan sebagainya.Hal ini boleh dikatakan kata ‘dia’ mempunyai nilai
makna yang berhubung dengan jantina, umur dan taraf sosial. Oleh itu untuk melihat makna
tersebut dengan lebih jelas, ia perlu dilihat dalam konteks struktur tatabahasa.
Untuk menerangkan tentang struktur makna , kita mulakan dengan melihat sejauh
mana kemungkinan kita memperoleh makna semantik dengan memberikan penekanan pada
struktur makna setiap ayat. Contoh, kita ambil penggunaan ujaran yang menggunakan kata
nafi pada predikat ayat.
Contoh :’ Ramlah seekor arnab ‘ ..adalah betul yang bermaksud ‘Ramlah bukan
seekor kucing’ adalah salah , palsu atau tidak benar.Apabila dua preposisi berada dalam
keadaan sedemikian, kita mengatakan preposisi tersebut bercanggah antara satu sama lain.
Pada umumnya,terdapat pasangan perkataan dalam sesuatu bahasa yang dapat
memberikan gambaran yang bercanggah seperti itu.Misalnya perkataan lelaki dan
perempuan, hidup atau mati, kaya atau miskin, sakit atau sihat dan sebagainya.
Contoh lain seperti , ‘Nabila seorang budak perempuan’ adalah betul, bermaksud
‘Nabila seorang budak lelaki aalah salah. Namun demikian, ayat ‘Nabila bukan seorang
budak perempuan’ yang menggunakan kata nafi pada predikat ayat akan membawa
maksud yang lain pula iaitu’ bukan seorang budak perempuan’ boleh membawa maksud
Nani seorang dewasa, manita, isteri dan ibu.Daripada contoh, menunjukkan bahawa kata
‘lelaki’ dan ‘perempuan’ mempunyai makna yang khusus kepada rujukan individu yang di
maksudkan.Ia mempunyai makna yang spesifik berbanding penggunaan kata ‘ bukan
perempuan’ dan kata ‘ bukan lelaki’ kerana ia menimbulkan andaian pada perkataan
tersebut. Justeru, struktur makna boleh membawa interpretasi yang berbeza melalui
penggunaan perkataan tertentu dalam ayat.Kata-kata adalah berhubungan antara satu sama
lain melaui pelbagai cara, Terdapat istilah yang digunakan bagi menjelaskan hubungan
tersebut yang diakhiri dengan morfem- nimi seperti sinonim, antonim, homonim dan polisem.
i) Sinonimi atau sinonim yang terdiri daripada sinonim pinjaman, sinonim konteks,
laras sosial dan kolokasi.
ii) Antonimi atau antonim iaitu perkataan pertentangan makna atau kata yang
mempunyai makna yang tidak sama. Disebut juga sebagai perkataan berlawan.
Antonim terdiri daripada antonim pasangan komplemen. Antonim hubungan rajah
dan antonim hubungan bertentangan.
iii) Hiponimi atau hiponim yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain.
Contohnya , nuri, kakak tua, puyuh dan rajawali yang hiponim kepada burung.
iv) Homonimi atau homonim yang merujuk hubungan antara homonim iaitu dua kata
atau lebih yang mempunyai sama ada bunyi atau ejaan yang sama , tetapi
berlainan makna.
v) Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama
ada secara konseptual ataupun sedarjah. Kata lain polisem adalah hubungan
kaya atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai
etimologi yang sama.
Seperti yang djelaskan perkataan dan morfem merupakan unit terkecil bahasa
yang mempunyai makna.Walaubagaimanapun dalam banyak perkara , kita
berkomunikasi menggunakan frasa dan ayat. Makna frasa dan ayat bergantung
kepada perkataan yang terkandung di dalamnya dan bagaimana perkataan itu
distruktur dan digabungkan .Makna merupakan satu unsur penting dalam mana-
mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, apa sahaja yang diujarkan atau yang
dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan
bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.Semua bahasa
bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat.Setiap perkataan dan
setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna.Terdapat
juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai lebih
dari itu. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan juga yang
mempunyai lebih dari itu.Dalam bahasa Melayu , makna ayat boleh dibahagikan
kepada makna konotatif dan donotatif.
Makna Denotatif:
Ialah aspek makna sesuatu kata atau kumpulan kata yang
berdasarkan rujukan jelas kepada dunia luar yang dpat dilihat dan berdasarkan
kelaziman.Makna denotatif ialah makna yang diterima umum yang mempunyai
rujukan yang sama.Makna denotatif merujuk kepada makna sebenar kata atau
makna literal.Makna denotatif bagi kata’ bunga’,ialah bahagian tumbuhan yang
biasanya berwarna warni dan berbau harum.Denotasi tidak melibatkan perbezaan
atau persamaan bunyi, sebutan atau ejaan sesuatu kata.Secara umumnya ,
denotasi dirujuk sebagai makna tersurat , iaitu kata-kata yang membawa makna
langsung atau makna dasar sesuatu kata.
Makna Konotatif
Konotatif atau konotasi ialah aspek makna suatu kata atau kumpulan kata
yang berdasarkan perasaan dan tanggapan yang timbul dalam pemikiran penutur
atau penulis dan pendengar atau pembaca. Contohnya, kata ‘ kancil ‘ yang
membawa konotasi cerdik. Konotatif ialah makna yang lebih luas maksudnya
daripada makna denotatif dan melibatkan perasaan. Contoh konotatif bagi kata’
binatang’ ialah orang yang tidak berperikemanusiaan.Makna konotatif lebih
mengutamakan nilai komunikatif ( rujukan penutur berdasarkan konteks) Contoh
ayat konotatif ‘ Hajat rombongan kami datang ke sini untuk memetik bunga di
taman’Bunga dalam ayat tersebut ialah anak gadis yang belum berkahwin.
Konotasi ada kaitan dengan budaya sesuatu masyarakat, misalnya kata
‘merah’bagi masyarakat Cina membawa erti gembira dan kekayaan.Contoh lain
ialah kata ‘ betina’ dan kata ‘ perempuan’ mempunyai konotasi yang berbeza
walaupun merujuk kepada jantina.Satu lagi contoh konotatif ialah :
Semua perkataan di atas membawa maksud ‘ jiwa telah bercerai daripada
tubuh’.Berdasrkan makna sedemikian, kata-kata itu hanya sesuai digunakan
kepada manusia dan haiwan atau sesuatu yang bernyawa.Namun demikian ,
kata-kata itu mempunyai konotasi yang tersendiri dan tidak boleh digunakan
sewenangnya, sama ada kepada manusia atau binatang. Contohnya kata’mati;
sesuai untuk binatang berbanding kata’ meninggal’ digunakan kepada manusia.
mati meninggal mangkat
wafat gugur berpulang
b ) Proses tatacara pembentukan istilah dan bentuk-bentuk istilah dalam bahasa Melayu
Menurut Kamus Dewan ( 2007 : 591) Istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa
yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu
atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks
bidangnya.Menurut Abdullah Hassan (2006), Peristilahan merupakan satu usaha baharu
membentuk perkataan bagi mengungkapkan konsep, idea, proses dan nama bagi
sesuatu yang belum wujud dalam bahasa Melayu .Istilah ini dibentuk bagi membolehkan
bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu. Pada tahun 1950 an, apabila dasar
Pelajaran Kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan
kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan
teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan.Oleh itu istilah sains dan teknologi perlu
diwujudkan dengan segera.
Pada penghujung akhir tahun 1960 an dan awal tahun 1970 an telah disusun semula
satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci dimana beberapa
bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman.
Tata cara pembentukan istilah:
1) Mencari kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan.
2) Mencari kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim digunakan
3) Mencari kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan.
4) Mencari kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan
5) Mencari kata dalam bahasa Inggeris
6) Mencari kata dalam bahasa asing lain yang bersifar antarabangsa
7) Memilih istilah yang terbaik daripada pilihan .
Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum
bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama.Sesuatu kata yang dipilih
untuk dijadikan istilah itu mestilah memenuhi syarat yang berikut:
a) Kata berkenaan tepat memberi makna , kosep, proses, keadaan atu ciri yang
dimaksudkan.
b) Kata yang dipilh adalah yang paling singkat ( sekiranya ada sekelompok sinonim)
c) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang.
Menurut Pedoman Umum Istilah Bahasa Melayu ( 1992 : 1-3) Tataistilah ialah
kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuk kumpulan istilah yang
dihasilkannya)Tataistilah atau terminology merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu
bidang tertentu yang dibentuk mengikut peraturan yang ada.Misalnya tataistilah
matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatnama
ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu ( termasuklah
kumpulan nama yang dihasilkannya) Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah.
Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa, tetapi kata-kata umum
boleh menjadi kata istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya
khusus pada bidang tertentu. Contohnya , kata hidrogen, nitrogen, fonem, alofon, alomorf
dan morfem yang merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing.
1 ) Morfem dan Proses Peristilahan.
Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan
imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilahh. Proses pembentukan istilah Bahasa
Melayu ialah pengimbuhan , penggandaan dan penggabungan.
2) Kata akar
Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan, Misalnya, rumah , asid,
algebra dan sebagainya.Menurut Asmah Omar (2008) kata akar ialah kata dasar merupakan
unsur asas dalam pentukan kata. Kata akar adalah unsur asas yang hanya terdiri daripada
satu morfem bebas. Manakala kata dasar merupakan konsep yang lebih menyeluruh, iaitu
boleh jadi terdiri daripaa :
i) Kata akar ; ( berada, keadan)
ii) Kata berlapis : kemampuan ( berkemampuan)
iii) Kata gandaan ; olok-olok ( memperolok-olokkan)
iv) Kata majmuk ; setiausaha ( kesetiausahaan)
3) Imbuhan dan Pengimbuhan
Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses
pengimbuhan. Misalnya : ber-(berinteraksi ),-an ( hasilan), peN-.....an (
pemprosesan).Imbuhan boleh didefinisikan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang
ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya.
Termasuk dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk awalan, akhiran , sisipan, apitan, morfem
kosong dan bentuk fleksi.
4.) Penggandaan
Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian ( rambut = rerambut)
atau gandaan seluruh ( rumah = rumah)
5 ) Gabungan
Gabungan ialah proses cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui
proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara,
bumiputera dan sebagainya.Walau bagaimanapun ada juga istilah yang digunakan di dalam
konteks umum.Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih . Semua
unsur dalam gabungan ini terdiri daripaa bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan
atau tanpa imbuhan. Contoh ;
i) Tanpa imbuhan – garis lintang atas aras laut
- Daftar masuk mesin atur huruf
- Mesin jahit baju segi empat sama
ii) Dengan imbuhan pada salah satu unsurnya – saksi pendakwa
- Dalam talian atas talian
iii) Dengan imbuhan pada kedua-dua unsur –jagaan perlindungan
- Kedudukan anggaran
Bahasa dan Pustaka (2004) menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu
digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa dan penggunaannya itu
tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang
keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah ekonomi ( dewasa ini istilah bajet digunakan)
sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa
sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan
Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun1956.
REFLEKSI
Syukur saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan taufik dan hidayat-nya
juga dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus BMM3111 ini dalam tempoh yang
ditetapkan. Tugasan ini adalah kerja berkumpulan dan rakan kumpulan saya ialah Puan Raja
Zaidah .Sebenarnya semasa menerima tugasan ini, saya berasa agak kebingungan sedikit
kerana tugasan in agak sukar terutama untuk menghuraikan peristilahan dalam bahasa
Melayu. Saya berasa sedikit gusar dan tercabar untuk menyiapkannya kerana pengetahuan
sedia ada tentang bidang semantik dan peristilahan Bahasa Melayu amatlah sedikit. Saya
telah mencari maklumat yang diperlukan melalui pembacaan di modul yang disediakan,
buku-buku rujukan di perpustakaan, internet dan perbincangan dengan rakan-rakan serta
pensyarah pembimbing, Tn.Hj.Samsudin
Kerja kursus ini sebenarnya mendedahkan saya kepada bidang kajian semantik yang
pada mulanya saya rasakan sekadar mencari makna sesuatu kata . Akan tetapi , rupa-
rupanya kajian berkaitan bidang semantik ini sangat luas skop pengkajiannya.Terlalu banyak
proses penbentukan yang harus dilakukan sebelum sesuatu morfem itu mempunyai makna
yang mutlak sama ada dari segi makna donotasi ataupun konotasi.
Saya dapati setiap istilah yang terbentuk hasil daripada proses peristilahan adalah
sesuatu yang sangat unik dan menarik. Ternyata sekali bahasa Melayu adalah satu bahasa
yang sangat menarik untuk dipelajari bukan sahaja sebagai seorang guru mahupun pelajar
malah pada masyarakat amnya.Semasa menghasilkan tugasan ini. Banyak ilmu dan
pengetahuan tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan
saya banyak memperolehi maklumat tersebut daripada buku-buku terutama sekali
Tatabahasa Dewan dan juga Pedoman Umum Istilah Bahasa Melayu.
Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang makna
sama ada pada peringkat perkataan ataupun ayat.Manakala istilah pula merupakan kata
atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang menyatakan sesuatu dengan
betul , tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.Bidang kajian tentang
makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji.Berbagai
maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan ini. Sebagai pendidik,
ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang
berkesan.Sebagai guru bahasa Melayu,tugasan ini akan saya jadikan panduan untuk
meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah.
Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya telah menerima banyak pengalaman baru
sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan
yang ditempuh sepanjang menyiapkan tugasan ini.Namun berbekalkan semangat kecekalan,
saya tempuhi segalanya dengan sabar. Pada mulanya , saya mendengar , penjelasan dan
ulasan tentang bagaimana cara untuk membuat kerja kursus ini daripada pensyarah semasa
sesi interaksi.Setelah mendengar penerangan tersebut, saya mula berbincang bersama
rakan kumpulan. .Saya mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa. Kami bertukar-
tukar info dan dapatan masing-masing berkaitan tajuk ini.
Pada kesempatan ini, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi
penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam
memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini . Begitu juga pihak yang tidak lokek
berkongsi ilmu sehingga tugasan ini dapat disiapkan.

Más contenido relacionado

La actualidad más candente

BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmMuhammad Syahir
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAhmad NazRi
 
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaShamimi Jamudin
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)FaFai S.
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologifitri norlida
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuCaroline Nyandau
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Antasha Kamaruzzaman
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonhasila300978
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namafitri norlida
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUIzzah Zahh
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU@f!Q@H @F!N@
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologinelson fredoline
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanPihin Hassanal
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuMazliza Suleiman
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis fitri norlida
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFatin Ain Nabila
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanzazunzin
 

La actualidad más candente (20)

BMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bmBMM 3112 - makna leksikal bm
BMM 3112 - makna leksikal bm
 
Assignment bm - semantik
Assignment bm - semantikAssignment bm - semantik
Assignment bm - semantik
 
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat BahasaKumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
Kumpulan 3 (minggu 3) Sifat Bahasa
 
Fonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologiFonetik dan fonologi
Fonetik dan fonologi
 
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
Semantik ( Semantik Bahasa Melayu)
 
Perbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologiPerbezaan fonetik & fonologi
Perbezaan fonetik & fonologi
 
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayuAliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
Aliran dan tokoh dalam tatabahasa melayu
 
fonetik fonologi
fonetik fonologifonetik fonologi
fonetik fonologi
 
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
Fonetik & Fonologi Bahasa Melayu BMMB3013
 
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohonAnalisis ayat menggunakan rajah pohon
Analisis ayat menggunakan rajah pohon
 
Proses binaan frasa nama
Proses binaan frasa namaProses binaan frasa nama
Proses binaan frasa nama
 
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYUSEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
SEJARAH DAN PERKEMBANGAN SISTEM EJAAN RUMI BAHASA MELAYU
 
Mofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYUMofologi BAHASA MELAYU
Mofologi BAHASA MELAYU
 
Beberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologiBeberapa konsep tentang morfologi
Beberapa konsep tentang morfologi
 
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi KonsonanBMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
BMMB3013 Proses Penghasilan Bunyi Konsonan
 
Kerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayuKerja kursus kesusasteraan melayu
Kerja kursus kesusasteraan melayu
 
Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis Peringkat kemahiran menulis
Peringkat kemahiran menulis
 
Konsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacanaKonsep keutuhan wacana
Konsep keutuhan wacana
 
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa MelayuFonem segmental dalam bahasa Melayu
Fonem segmental dalam bahasa Melayu
 
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonanBunyi vokal dan bunyi konsonan
Bunyi vokal dan bunyi konsonan
 

Destacado

A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...darminladiro
 
Pgjrn Puisi Mly Moden
Pgjrn Puisi Mly ModenPgjrn Puisi Mly Moden
Pgjrn Puisi Mly ModenAwang Kelabu
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumJimmy Siow
 
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1Norhayati Muhamad
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayuAhmad NazRi
 
Assignment protokol
Assignment protokolAssignment protokol
Assignment protokolNur Kareena
 
Peningkatan kemampuan menentukan sinonim dan antonim ( pdf )
Peningkatan kemampuan menentukan sinonim dan antonim ( pdf )Peningkatan kemampuan menentukan sinonim dan antonim ( pdf )
Peningkatan kemampuan menentukan sinonim dan antonim ( pdf )DANI87AJA
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikAhmad NazRi
 
PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU
PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKUPBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU
PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKUAdilah Hrn
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Rosnani Hassan
 

Destacado (20)

Semantik sem.6
Semantik sem.6Semantik sem.6
Semantik sem.6
 
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
A.Dengan membuat rujukan kepada beberapa buah buku Semantik, bincangkan tenta...
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
semantik
semantiksemantik
semantik
 
Pgjrn Puisi Mly Moden
Pgjrn Puisi Mly ModenPgjrn Puisi Mly Moden
Pgjrn Puisi Mly Moden
 
semantik
semantiksemantik
semantik
 
Forum semantik
Forum semantikForum semantik
Forum semantik
 
Kepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulumKepimpinan kurikulum
Kepimpinan kurikulum
 
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
Isi pelajaran-semantik-dan-peristilhan-bahasa-melayu-psgr-bmm3111-1
 
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
Perubahan-makna-dalam-bahasa-melayu
 
Jenis-Jenis Semantik
Jenis-Jenis SemantikJenis-Jenis Semantik
Jenis-Jenis Semantik
 
Assignment protokol
Assignment protokolAssignment protokol
Assignment protokol
 
Semantik BMM 3111
Semantik BMM 3111Semantik BMM 3111
Semantik BMM 3111
 
Peningkatan kemampuan menentukan sinonim dan antonim ( pdf )
Peningkatan kemampuan menentukan sinonim dan antonim ( pdf )Peningkatan kemampuan menentukan sinonim dan antonim ( pdf )
Peningkatan kemampuan menentukan sinonim dan antonim ( pdf )
 
Pedagogi pendidikan
Pedagogi pendidikanPedagogi pendidikan
Pedagogi pendidikan
 
Bmm3102
Bmm3102Bmm3102
Bmm3102
 
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistikTugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
Tugasan hbml3403 linguistik dan sosiolinguistik
 
PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU
PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKUPBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU
PBS BM PENGGAL 3 - (VARIASI BAHASA) DIALEK UTARA VS BAHASA MELAYU BAKU
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
Asigment s emantik hbml 3303-rosnani hassan (repaired)
 

Similar a Assignment semantik

Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistikNoryatimah Ismail
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGEeikarshdn
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikAhmad NazRi
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Fir Aziz
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisfahmi_naka
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403kee jumat
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik fitri norlida
 
Terjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabTerjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabAMATKAMIL91
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docxWan Noryatini Mahmood
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatikIera Nafiesa
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112noorabib
 
Teori struktural pp
Teori struktural ppTeori struktural pp
Teori struktural ppUmi Jauhar
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksismurni mohamat
 
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lxBbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lxhisyamudin
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru analiNur Khairani
 

Similar a Assignment semantik (20)

Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistikJelaskan  perkaitan diantara semantik dan linguistik
Jelaskan perkaitan diantara semantik dan linguistik
 
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGETHE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
THE SCOPE OF PHILOSOPHY OF LANGUAGE
 
Semantik
SemantikSemantik
Semantik
 
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantikTugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
Tugasan hbml 3303 psikolinguistik dan semantik
 
Semantik soalan 1
Semantik soalan 1Semantik soalan 1
Semantik soalan 1
 
Bidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistikBidang bidang linguistik
Bidang bidang linguistik
 
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksisFonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
Fonologi, morfologi, semantik dan sintaksis
 
75748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-340375748770 nota-ringkas-3403
75748770 nota-ringkas-3403
 
Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik Perbezaan simantik dan pragmatik
Perbezaan simantik dan pragmatik
 
Terjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arabTerjemahan arab melayu arab
Terjemahan arab melayu arab
 
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
183212911 aliran-dan-tokoh-tatabahasa-melayu-docx
 
48597223 pragmatik
48597223 pragmatik48597223 pragmatik
48597223 pragmatik
 
Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112Asgment bmm 3112
Asgment bmm 3112
 
Teori struktural pp
Teori struktural ppTeori struktural pp
Teori struktural pp
 
Morfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksisMorfologi dan sintaksis
Morfologi dan sintaksis
 
Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa Bmm 3107 sifat bahasa
Bmm 3107 sifat bahasa
 
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lxBbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
Bbm 3206 unit 4 hbg semantik dgn sej.pkbg lx
 
Bahan ass linguistik
Bahan ass linguistikBahan ass linguistik
Bahan ass linguistik
 
BMM3107 2
BMM3107 2BMM3107 2
BMM3107 2
 
Full assignment baru anali
Full assignment baru analiFull assignment baru anali
Full assignment baru anali
 

Más de Shila Daly

Cover rekod koko
Cover rekod kokoCover rekod koko
Cover rekod kokoShila Daly
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal ptShila Daly
 
C laim perjalanan upsr 2014 (1)
C laim perjalanan upsr 2014 (1)C laim perjalanan upsr 2014 (1)
C laim perjalanan upsr 2014 (1)Shila Daly
 
Assinhnment bmm 3114
Assinhnment bmm 3114Assinhnment bmm 3114
Assinhnment bmm 3114Shila Daly
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruShila Daly
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksisShila Daly
 

Más de Shila Daly (11)

Cover rekod koko
Cover rekod kokoCover rekod koko
Cover rekod koko
 
Cover (1)
Cover (1)Cover (1)
Cover (1)
 
Contoh proposal pt
Contoh proposal ptContoh proposal pt
Contoh proposal pt
 
C laim perjalanan upsr 2014 (1)
C laim perjalanan upsr 2014 (1)C laim perjalanan upsr 2014 (1)
C laim perjalanan upsr 2014 (1)
 
Bmm 3112
Bmm 3112Bmm 3112
Bmm 3112
 
Big sem 7
Big sem 7Big sem 7
Big sem 7
 
Bibliografi
BibliografiBibliografi
Bibliografi
 
Bb
BbBb
Bb
 
Assinhnment bmm 3114
Assinhnment bmm 3114Assinhnment bmm 3114
Assinhnment bmm 3114
 
Assighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guruAssighnment 3083 etika guru
Assighnment 3083 etika guru
 
Assighment sintaksis
Assighment sintaksisAssighment sintaksis
Assighment sintaksis
 

Assignment semantik

  • 1. Pendahuluan Kajian berkaitan semantik berkaitan dengan makna dan ayat. Semantik merujuk kepada aspek makna bahasa. Oleh itu, untuk memahami bahasa , kita juga perlu memahami makna kata dan morfem yang membentuknya. Kita mestilah mengetahui makna kata bergabung menjadi frasa dan ayat yang bermakna. Kita seharusnya perlu menginterpretasikan makna ujaran berdasarkan konteks ayat yang diujarkan. Semantik merupakan satu daripada cabang ilmu linguistik yang memfokus kajian kepada makna yang terkkandung dalam sesuatu bahan bahasa , pada peringkat kata , frasa, klausa atau ayat.Semasa kita menghasikan sesuatu output bahasa, tujuan utama kita adalah tidak lain bagi menyampaikan makna yang tertentu, sama ada secara terus atau tersurat atau secara berkias atau tersirat. Proses komunikasi hanya dikatakan berjaya apabila makna yang ingin disampaikan kepada baik pendengar atau pembaca dapat dan mudah difahami sebagaimana kita kehendaki. Dalam erti kata yang lain, makna yang harus ditafsirkan ialah makna yang sebenarnya terkandung dalam sesuatu rangsangan bahasa. Istilah semantik agak baharu digunakan jika dibandingkan dengan istilah bidang ilmu yang lain iaitu dicipta pada abad akhir abad ke -19. Bloomfield mentakrifkan makna sebagai satu bentuk linguistik sebagai keadaan apabila penutur mengujarkannya dengan gerak balas yang dijangkakan daripada pendengar.Seseorang itu boelh mentakrifkan makna sesuatu bentuk pertuturan dengan tepat apabila makna ini berkaitan dengan pengetahuan saintifik yang dimiliki oleh seseorang.(Leonard Bloomfield : 1992) Definisi Siti Hajar Abdul Aziz (2009) menyatakan bahawa semantik berasal daripada perkataan Greek, iaitu semantikos yang membawa maksud memberikan tanda, sesuatu gejala atau tanda atau sesuatu yang bermakna. Semantik bermula daripada perkataan SEMANTIK DAN PERISTILAHAN BAHASA MELAYU SEMANTIK PERISTILAHAN
  • 2. sema yang merujuk kepada aspek makna atau maksud, iaitu makna seperti yang diungkapkan dalam sesuatu bahasa atau sistem tanda yang lain. Merujuk kepada bahasa Inggeris, meaning, mean, meant dan means kesemuanya merujuk kepada makna atau maksud yang boleh digunakan dalam pelbagai situasi. Selain itu, perkataan semantic yang digunakan pada hari ini berasal daripada bahasa Perancis, iaitu semantique. Perkataan ini digunakan oleh Michael Breal sejak abad ke-19 lagi. Semantik amat berbeza jika dibandingkan dengan sintaksis kerana semantik mengkaji makna, manakala sintaksis mengkaji struktur bagi sesuatu sistem tanda. Perkara ini menegaskan bahawa sintaksis berfokuskan kepada bentuk dan bukan makna. Sebaliknya, semantik pula dapat dikaitkan dengan bidang pragmatik. Bidang pragmatik bermaksud mengkaji penggunaan tanda mengikut konteks oleh pengguna atau penutur bahasa. Semantik juga bermaksud satu kajian yang teoritikal berkaitan dengan makna dalam sistem tanda. Secara umumnya, semantik mempunyai dua jenis ekspresi makna. Misalnya, ‘Guru Bahasa Melayu saya Puan Rahimah’. Dalam konteks ayat tersebut menerangkan hubungan penyataan yang boleh dibahagikan kepada beberapa unsur (tanda), benda dan keadaan dalam dunia sebenar. Selain itu, ayat tersebut menerangkan hubungan pada tanda – tanda itu dengan tanda lain yang disebut juga sebagai konsep. Stalnaker (1972: 383) pula menyatakan bahawa sintaksis mengkaji ayat, manakala semantik mengkaji preposisi. Tokoh ini telah menjelaskan bahawa semantik memperjelas peraturan untuk menyesuaikan ayat dalam bahasa dengan preposisi yang diungkapkan. Dalam semua perkara, peraturan tersebut sememangnya tidak mendapat penyesuaian ayat secara terus dengan preposisi. Sebaliknya, penyesuaian ayat dengan preposisi berkaitan dengan konteks ayat tersebut digunakan. Seterusnya , Siti Hajar Abdul Aziz (2009) juga menyatakan sematik ialah bidang kajian tentang aspek makna dalam bidang ilmu linguistik. Semantik sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus, iaitu merujuk kepada kajian yang melibatkan struktur dalam sesuatu bahasa seperti juga aspek kajian fonologi, morfologi dan sintaksis. Semantik merupakan komponen tatabahasa yang sukar difahami kerana berkaitan dengan perkara abstrak yang memerlukan taakulan yang tinggi. Sehubungan itu, hingga kini suatu teori makna dalam bidang linguistik yang bersifat autoritatif serta menyeluruh belum dapat diketengahkan secara mantap. Sehubungan itu, semantik ialah kajian linguistik yang menanalisis makna baik pada peringkat morfem, kata, frasa, ayat atau wacana dan hubungannya dengan idea, konsep dan emosi. Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar. Semantik atau makna merupakan situasi
  • 3. apabila penutur mengujarkan kata dan mendapat gerak balas seperti yang dijangkakan daripada pendengar. Makna ujaran atau ayat bukan ditentukan oleh makna kata semata – mata, tetapi juga faktor lain seperti intonasi, gaya pengucapan, tujuan, konteks penutur dan pendengar. Ada juga pendapat lain yang dikemukakan mengenai semantik mengikut pendapat tokoh seperti Sperber dan Wilson (1980) yang memberi pengertian semantik sebagai satu kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik. Ullmann (1962), mentakrifkan semantik sebagai kajian “ kajian makna perkataan “.Lyons (1981) pula telah mendefinisikan semantik sebagai kajian makna, sementara semantik linguistik ialah kajian tentang semua jenis makna yang ditetapkan dalam bahasa. Selain itu, Kreidler ( 1998 ) menerangkan bahawa semantik ialah kajian makna secara sistematik, manakala semantik linguistik ialah kajian cara bagaimana makna disusun dan dinyatakan dalam bahasa.Sementara Nathesan ( 2001) pula telah menyatakan bahawa semantik ialah suatu bidang ilmu yang mengkaji makna perkataan dan ayat dalam bahasa. Akmajian et al.(1995: 222) pula menyatakan dalam bidang linguistik, semantik ialah kajian tentang makna dalam bahasa. Semantik berkaitan dengan kajian tentang unit linguistik dan prinsip dan gabungannya.Dalam bidang logik, semantik dianggap sebagai kajian tentang rujukan linguistik atau denotasi dan syarat kebenaran. Kajian semantik boleh dimulakan pada aras kata atau pada aras yang lebih tinggi, iaitu kalimat yang terbina daripada frasa dan ayat. Maklumat semantik merupakan bahagian penting dalam tatabahasa digunakan untuk menghuraikan sesuatu bahasa. Menurut Palmer ( 1992 ) pula, istilah semantik merujuk kepada bidang kajian makna. Istilah ini merupakan istilah yang agak baharu dalam bidang linguistik. Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat ialah kajian tentang makna sesuatu perkataan.Pendapat-pendapat lain mengenai semantik ialah daripada Sperber dan Wilson (1980), kajian tentang makna yang diaplikasikan pada aspek makna ayat dari segi bentuk logiknya, khususnya pada peringkat tatabahasa dan nahu bentuk logik.Harimurthi Kridalaksana ( 1983) ,Buku Bahasa Melayu II - berpendapat bahagian daripada struktur bahasa yang berkaitan dengan makna. Satu sistem dan penyelidikan makna dalam sesuatu bahasa. Frank Parker (1994), menyebut bidang kajian tentang makna dalam bidang pengajian ilmu linguistik. Bidang ini sebahagian daripada bidang kajian tatabahasa secara khusus yang merujuk kepada kajian tentang sesuatu struktur dalam sesuatu bahasa.
  • 4. Semantik dan Linguistik Semantik adalah salah satu disiplin ilmu yang penting dalam kajian bahasa dan mempunyai pertalian yang erat dengan disiplin ilmu yang lain seperti sejarah dan linguistik.Amat jelas bahawa semantik adalah sebahagian daripada linguistik.Lingustik ialah kajian tentang bahasa secara saintifik. Semantik telah diterima sebagai salah satu komponen penting dalam ilmu linguistik seperti bidang fonetik dan tatabahasa. Kenyataan ini dapat digambarkan seperti berikut : Seperti yang digambarkan di atas, semantik jelas mempunyai tempat yang tersendiri dalam kajian bahasa.Bidang semantik amat penting kerana kajian bahasa tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna.Semantik malah amat penting dalam tatabahasa dan sekiranya tanpa semantik , kita mungkin hanya dapat membina atau melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik.Contohnya, kita tidak boleh menerima ayat “ Meja itu sedang menyampaikan ceramah agama di sebauh masjid”. Sebagai ayat yang betul,walaupun ayat ini menepati aturan tatabahasa iaitu menurut susunan subjek dan predikat ( S P ) di dalamnya.Hal ini adalah kerana maknanya adalah taksa. Jelas sekali , maklumat semantik amat penting dalam linguistik. Berdasarkan sejarah linguistik pula , istilah semantik digunakan untuk merujuk kepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum tahun 1930, kajian tentang semantik memfokuskan kepada aspek kajian tradisional, iaitu tentang perubahan makna. Akan tetapi selepas tahun 1930 , perubahan telah berlaku dan semantik sudah mula mendapati masalah deskriptif dan struktur dalam semantik ( Ullmann, 1966) Pada tahun 1931, adalah detik bersejarah dalam sejarah semantik. Ini kerana pad tahun tersebut telah muncul tulisan Gustaf Stern yang bertajuk Meaning and Change of Meaning with Special Reference to English Language. Penerbitan buku ini telah membawa trend baharu dalm bidang semantik. Menurut Ullmann (1966) kajian semantik selepas tahun 1950 tidak lagi memberi perhatian terhadap perubahan makna dan sebab-sebabnya, sebaliknya kajian telah Fonetik Tatabahasa Semantik Sintaksis Morfologi
  • 5. mula beralih kepada aspek dalaman tentang perbendaharaan kata dan juga daripada prinsip umum kepada kajian bahasa yang tertentu. Hubungan semantik dengan sejarah makna sesuatu bahasa mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Contohnya ; perkataan’ syurga ‘diambil daripada bahasa Sanskrit. Makna sesuatu bahasa itu mungkin kekal, berkembang, menyempit dan juga hilang. Contoh lain , perkataan ‘ khalwat’ bermaksud berdua-duaan lelaki dan perempuan di tempat yang sunyi dan juga membawa maksud bersendirian di suatu tempat yang terasing daripada orang ramai dengan tujuan untuk bersendirian atas sebab sesuatu. Sejarah bahasa itu mengambil kira semua makna yang lama dan juga yang baharu ke dalam bahasa tersebut dan direkodkan ke dalam kamus. Contoh seperti perkataan ‘ istirehat ‘ yang juga membawa maksud rehat telah semakin jarang digunakan pada masa kini. Kesimpulannya, bidang semantik amat penting kerana kajian tidak akan menjadi sempurna jika tidak ada unsur makna.Semantik menjadi amat penting dalam tatabahasa. Kita mungkin dapat membina, atau dapat melafazkan ayat atau ujaran yang tepat dari segi rumusnya tetapi tidak tepat dari segi ilmu semantik. Semantik dan sejarah Berdasarkan sejarah linguistik, istilah semantik digunakan untuk merujukkepada perkembangan dan perubahan makna dalam bahasa. Sebelum 1930, kajian semantik telah memfokus kepada kajian teradisional iaitu perubahan pada makna, akan tetapi selepas itu , berlaku perubahan dan semantik sudah mula melihat masalah deskriptif dan struktur dalam semantik. (Ullmann,1966). Menurut Nur Hashimah (1994), terdapat dua tahap perkembangan dalam ilmu semantik. Kedua-dua tahap tersebut adalah seperti berikut: a) Semantik falsafah b) Semantik linguistik Pada tahap semantik falsafah, semantik dilihat dari sudut falsafah dan dengan demikian tergolong dalm bidang kajian falsafah.Tokoh utama yang terlibat dalam kajian semantik falsafah termasuklah Ogden, Richard, Carnab, Wittgensrein dan Korrzybski.Perkembangan dalam linguistik menyebabkan munculnya pandangan bahawa ilmu semantik harus tergolong dalam ilmu linguistik, bukannya dalam bidang falsafah.Kemudian muncullah tahap ke dua dalam ilmu linguistik, iaitu semantik linguistik yang mengkaji makna dalam bahasa.
  • 6. Perkembangan Makna Seperti yang telah disebut, semantik ialah kajian makna dalam bidang linguistik Makna diertikan sebagai maksud, idea atau konsep yang boleh dipindahkan daripada fikiran penutur kepada fikiran pendengar.Makna mempunyai perngertian yang sangat meluas.Contohnya perkataan ‘ dia ‘ boleh diertikan dengan pelbagai makna seperti , lelaki, perempuan, kanak-kanak lelaki, kanak-kanak perempuan, orang tua, orang muda, remaja lelaki, remaja perempuan dan sebagainya.Hal ini boleh dikatakan kata ‘dia’ mempunyai nilai makna yang berhubung dengan jantina, umur dan taraf sosial. Oleh itu untuk melihat makna tersebut dengan lebih jelas, ia perlu dilihat dalam konteks struktur tatabahasa. Untuk menerangkan tentang struktur makna , kita mulakan dengan melihat sejauh mana kemungkinan kita memperoleh makna semantik dengan memberikan penekanan pada struktur makna setiap ayat. Contoh, kita ambil penggunaan ujaran yang menggunakan kata nafi pada predikat ayat. Contoh :’ Ramlah seekor arnab ‘ ..adalah betul yang bermaksud ‘Ramlah bukan seekor kucing’ adalah salah , palsu atau tidak benar.Apabila dua preposisi berada dalam keadaan sedemikian, kita mengatakan preposisi tersebut bercanggah antara satu sama lain. Pada umumnya,terdapat pasangan perkataan dalam sesuatu bahasa yang dapat memberikan gambaran yang bercanggah seperti itu.Misalnya perkataan lelaki dan perempuan, hidup atau mati, kaya atau miskin, sakit atau sihat dan sebagainya. Contoh lain seperti , ‘Nabila seorang budak perempuan’ adalah betul, bermaksud ‘Nabila seorang budak lelaki aalah salah. Namun demikian, ayat ‘Nabila bukan seorang budak perempuan’ yang menggunakan kata nafi pada predikat ayat akan membawa maksud yang lain pula iaitu’ bukan seorang budak perempuan’ boleh membawa maksud Nani seorang dewasa, manita, isteri dan ibu.Daripada contoh, menunjukkan bahawa kata ‘lelaki’ dan ‘perempuan’ mempunyai makna yang khusus kepada rujukan individu yang di maksudkan.Ia mempunyai makna yang spesifik berbanding penggunaan kata ‘ bukan perempuan’ dan kata ‘ bukan lelaki’ kerana ia menimbulkan andaian pada perkataan tersebut. Justeru, struktur makna boleh membawa interpretasi yang berbeza melalui penggunaan perkataan tertentu dalam ayat.Kata-kata adalah berhubungan antara satu sama lain melaui pelbagai cara, Terdapat istilah yang digunakan bagi menjelaskan hubungan tersebut yang diakhiri dengan morfem- nimi seperti sinonim, antonim, homonim dan polisem. i) Sinonimi atau sinonim yang terdiri daripada sinonim pinjaman, sinonim konteks, laras sosial dan kolokasi.
  • 7. ii) Antonimi atau antonim iaitu perkataan pertentangan makna atau kata yang mempunyai makna yang tidak sama. Disebut juga sebagai perkataan berlawan. Antonim terdiri daripada antonim pasangan komplemen. Antonim hubungan rajah dan antonim hubungan bertentangan. iii) Hiponimi atau hiponim yang maknanya terangkum dalam makna kata yang lain. Contohnya , nuri, kakak tua, puyuh dan rajawali yang hiponim kepada burung. iv) Homonimi atau homonim yang merujuk hubungan antara homonim iaitu dua kata atau lebih yang mempunyai sama ada bunyi atau ejaan yang sama , tetapi berlainan makna. v) Polisem ialah perkataan yang mempunyai beberapa makna yang berkaitan sama ada secara konseptual ataupun sedarjah. Kata lain polisem adalah hubungan kaya atau frasa yang mempunyai dua makna atau lebih dan mempunyai etimologi yang sama. Seperti yang djelaskan perkataan dan morfem merupakan unit terkecil bahasa yang mempunyai makna.Walaubagaimanapun dalam banyak perkara , kita berkomunikasi menggunakan frasa dan ayat. Makna frasa dan ayat bergantung kepada perkataan yang terkandung di dalamnya dan bagaimana perkataan itu distruktur dan digabungkan .Makna merupakan satu unsur penting dalam mana- mana ujaran atau tulisan. Tanpa unsur ini, apa sahaja yang diujarkan atau yang dituliskan tidak akan memberi sebarang kefahaman kepada orang yang dilawan bercakap atau orang yang membaca sesuatu yang ditulis.Semua bahasa bergantung kepada makna dalam perkataan dan ayat.Setiap perkataan dan setiap ayat lazimnya dikaitkan sekurang-kurangnya dengan satu makna.Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan ada juga yang mempunyai lebih dari itu. Terdapat juga perkataan yang memiliki dua makna dan juga yang mempunyai lebih dari itu.Dalam bahasa Melayu , makna ayat boleh dibahagikan kepada makna konotatif dan donotatif. Makna Denotatif: Ialah aspek makna sesuatu kata atau kumpulan kata yang berdasarkan rujukan jelas kepada dunia luar yang dpat dilihat dan berdasarkan kelaziman.Makna denotatif ialah makna yang diterima umum yang mempunyai rujukan yang sama.Makna denotatif merujuk kepada makna sebenar kata atau makna literal.Makna denotatif bagi kata’ bunga’,ialah bahagian tumbuhan yang biasanya berwarna warni dan berbau harum.Denotasi tidak melibatkan perbezaan
  • 8. atau persamaan bunyi, sebutan atau ejaan sesuatu kata.Secara umumnya , denotasi dirujuk sebagai makna tersurat , iaitu kata-kata yang membawa makna langsung atau makna dasar sesuatu kata. Makna Konotatif Konotatif atau konotasi ialah aspek makna suatu kata atau kumpulan kata yang berdasarkan perasaan dan tanggapan yang timbul dalam pemikiran penutur atau penulis dan pendengar atau pembaca. Contohnya, kata ‘ kancil ‘ yang membawa konotasi cerdik. Konotatif ialah makna yang lebih luas maksudnya daripada makna denotatif dan melibatkan perasaan. Contoh konotatif bagi kata’ binatang’ ialah orang yang tidak berperikemanusiaan.Makna konotatif lebih mengutamakan nilai komunikatif ( rujukan penutur berdasarkan konteks) Contoh ayat konotatif ‘ Hajat rombongan kami datang ke sini untuk memetik bunga di taman’Bunga dalam ayat tersebut ialah anak gadis yang belum berkahwin. Konotasi ada kaitan dengan budaya sesuatu masyarakat, misalnya kata ‘merah’bagi masyarakat Cina membawa erti gembira dan kekayaan.Contoh lain ialah kata ‘ betina’ dan kata ‘ perempuan’ mempunyai konotasi yang berbeza walaupun merujuk kepada jantina.Satu lagi contoh konotatif ialah : Semua perkataan di atas membawa maksud ‘ jiwa telah bercerai daripada tubuh’.Berdasrkan makna sedemikian, kata-kata itu hanya sesuai digunakan kepada manusia dan haiwan atau sesuatu yang bernyawa.Namun demikian , kata-kata itu mempunyai konotasi yang tersendiri dan tidak boleh digunakan sewenangnya, sama ada kepada manusia atau binatang. Contohnya kata’mati; sesuai untuk binatang berbanding kata’ meninggal’ digunakan kepada manusia. mati meninggal mangkat wafat gugur berpulang
  • 9. b ) Proses tatacara pembentukan istilah dan bentuk-bentuk istilah dalam bahasa Melayu Menurut Kamus Dewan ( 2007 : 591) Istilah ialah kata, gabungan kata atau frasa yang mengungkapkan konsep yang khusus yang terdapat di dalam sesuatu bidang ilmu atau profesyen. Sesuatu istilah itu mempunyai makna yang tepat bagi konteks bidangnya.Menurut Abdullah Hassan (2006), Peristilahan merupakan satu usaha baharu membentuk perkataan bagi mengungkapkan konsep, idea, proses dan nama bagi sesuatu yang belum wujud dalam bahasa Melayu .Istilah ini dibentuk bagi membolehkan bahasa Melayu berfungsi sebagai bahasa ilmu. Pada tahun 1950 an, apabila dasar Pelajaran Kebangsaan dirangka dan diluluskan oleh Dewan Undangan Persekutuan dan kemudian oleh Dewan Parlimen Persekutuan Tanah Melayu, pengajaran sains dan teknologi diperkenalkan dan ditingkatkan.Oleh itu istilah sains dan teknologi perlu diwujudkan dengan segera. Pada penghujung akhir tahun 1960 an dan awal tahun 1970 an telah disusun semula satu pedoman pembentukan istilah baharu yang lebih terperinci dimana beberapa bahagian yang ditetapkan serta diperluas dari segi dasar, cara dan pedoman. Tata cara pembentukan istilah: 1) Mencari kata dalam bahasa Melayu yang lazim digunakan. 2) Mencari kata dalam bahasa Melayu yang sudah tidak lazim digunakan 3) Mencari kata dalam bahasa serumpun yang lazim digunakan. 4) Mencari kata dalam bahasa serumpun yang sudah tidak lazim digunakan 5) Mencari kata dalam bahasa Inggeris 6) Mencari kata dalam bahasa asing lain yang bersifar antarabangsa 7) Memilih istilah yang terbaik daripada pilihan . Pembentukan istilah boleh diambil daripada perbendaharaan kata umum bahasa Melayu termasuk kata dari dialek atau bahasa lama.Sesuatu kata yang dipilih untuk dijadikan istilah itu mestilah memenuhi syarat yang berikut: a) Kata berkenaan tepat memberi makna , kosep, proses, keadaan atu ciri yang dimaksudkan. b) Kata yang dipilh adalah yang paling singkat ( sekiranya ada sekelompok sinonim) c) Kata berkenaan tidak mempunyai konotasi buruk atau sebutan sumbang. Menurut Pedoman Umum Istilah Bahasa Melayu ( 1992 : 1-3) Tataistilah ialah kumpulan peraturan untuk membentuk istilah ( termasuk kumpulan istilah yang dihasilkannya)Tataistilah atau terminology merupakan kumpulan istilah bagi satu-satu bidang tertentu yang dibentuk mengikut peraturan yang ada.Misalnya tataistilah
  • 10. matematik yang ada yang telah dibentuk berdasarkan sistem tertentu. Manakala tatnama ialah kumpulan peraturan untuk menentukan nama dalam bidang ilmu ( termasuklah kumpulan nama yang dihasilkannya) Terdapat perbezaan kata biasa dengan kata istilah. Kata biasa atau kata umum ialah kata-kata biasa dalam bahasa, tetapi kata-kata umum boleh menjadi kata istilah. Kata istilah ialah kata yang penggunaannya dan maknanya khusus pada bidang tertentu. Contohnya , kata hidrogen, nitrogen, fonem, alofon, alomorf dan morfem yang merupakan istilah khusus dalam bidang masing-masing. 1 ) Morfem dan Proses Peristilahan. Morfem ialah unit atau fungsi nahu. Morfem peristilahan ialah kata akar dan imbuhan yang digunakan dalam pembentukan istilahh. Proses pembentukan istilah Bahasa Melayu ialah pengimbuhan , penggandaan dan penggabungan. 2) Kata akar Kata akar ialah kata yang belum mendapat imbuhan, Misalnya, rumah , asid, algebra dan sebagainya.Menurut Asmah Omar (2008) kata akar ialah kata dasar merupakan unsur asas dalam pentukan kata. Kata akar adalah unsur asas yang hanya terdiri daripada satu morfem bebas. Manakala kata dasar merupakan konsep yang lebih menyeluruh, iaitu boleh jadi terdiri daripaa : i) Kata akar ; ( berada, keadan) ii) Kata berlapis : kemampuan ( berkemampuan) iii) Kata gandaan ; olok-olok ( memperolok-olokkan) iv) Kata majmuk ; setiausaha ( kesetiausahaan) 3) Imbuhan dan Pengimbuhan Imbuhan ialah morfem yang digunakan untuk mencipta istilah melalui proses pengimbuhan. Misalnya : ber-(berinteraksi ),-an ( hasilan), peN-.....an ( pemprosesan).Imbuhan boleh didefinisikan sebagai unit-unit bahasa tertentu yang ditambahkan pada bentuk-bentuk lain yang menyebabkan perubahan makna nahunya. Termasuk dalam imbuhan ialah bentuk-bentuk awalan, akhiran , sisipan, apitan, morfem kosong dan bentuk fleksi. 4.) Penggandaan Penggandaan ialah ulangan kata dasar sama ada sebahagian ( rambut = rerambut) atau gandaan seluruh ( rumah = rumah)
  • 11. 5 ) Gabungan Gabungan ialah proses cantuman dua kata atau lebih untuk membentuk istilah melalui proses penggabungan. Ada 16 kata majmuk yang mantap seperti setiausaha, warganegara, bumiputera dan sebagainya.Walau bagaimanapun ada juga istilah yang digunakan di dalam konteks umum.Istilah boleh dibentuk dengan menggabungkan dua kata atau lebih . Semua unsur dalam gabungan ini terdiri daripaa bentuk bebas, sama ada sudah mendapat imbuhan atau tanpa imbuhan. Contoh ; i) Tanpa imbuhan – garis lintang atas aras laut - Daftar masuk mesin atur huruf - Mesin jahit baju segi empat sama ii) Dengan imbuhan pada salah satu unsurnya – saksi pendakwa - Dalam talian atas talian iii) Dengan imbuhan pada kedua-dua unsur –jagaan perlindungan - Kedudukan anggaran Bahasa dan Pustaka (2004) menjelaskan bahawa hal ini berlaku apabila istilah itu digunakan dengan kerap oleh masyarakat pengguna bahasa dan penggunaannya itu tersebar melalui media massa. Contohnya, kata taqwa merupakan istilah dalam bidang keagamaan Islam dan belanjawan iaitu istilah ekonomi ( dewasa ini istilah bajet digunakan) sekarang ini kata-kata berkenaan sudah digunakan secara am di dalam penggunaan bahasa sehari-hari. Usaha penggubalan istilah di Malaysia bermula selepas tertubuhnya Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam tahun1956.
  • 12. REFLEKSI Syukur saya panjatkan ke hadrat Allah S.W.T. kerana dengan taufik dan hidayat-nya juga dapat saya menyiapkan tugasan kerja kursus BMM3111 ini dalam tempoh yang ditetapkan. Tugasan ini adalah kerja berkumpulan dan rakan kumpulan saya ialah Puan Raja Zaidah .Sebenarnya semasa menerima tugasan ini, saya berasa agak kebingungan sedikit kerana tugasan in agak sukar terutama untuk menghuraikan peristilahan dalam bahasa Melayu. Saya berasa sedikit gusar dan tercabar untuk menyiapkannya kerana pengetahuan sedia ada tentang bidang semantik dan peristilahan Bahasa Melayu amatlah sedikit. Saya telah mencari maklumat yang diperlukan melalui pembacaan di modul yang disediakan, buku-buku rujukan di perpustakaan, internet dan perbincangan dengan rakan-rakan serta pensyarah pembimbing, Tn.Hj.Samsudin Kerja kursus ini sebenarnya mendedahkan saya kepada bidang kajian semantik yang pada mulanya saya rasakan sekadar mencari makna sesuatu kata . Akan tetapi , rupa- rupanya kajian berkaitan bidang semantik ini sangat luas skop pengkajiannya.Terlalu banyak proses penbentukan yang harus dilakukan sebelum sesuatu morfem itu mempunyai makna yang mutlak sama ada dari segi makna donotasi ataupun konotasi. Saya dapati setiap istilah yang terbentuk hasil daripada proses peristilahan adalah sesuatu yang sangat unik dan menarik. Ternyata sekali bahasa Melayu adalah satu bahasa yang sangat menarik untuk dipelajari bukan sahaja sebagai seorang guru mahupun pelajar malah pada masyarakat amnya.Semasa menghasilkan tugasan ini. Banyak ilmu dan pengetahuan tentang semantik dan peristilahan bahasa Melayu dapat saya kumpulkan dan saya banyak memperolehi maklumat tersebut daripada buku-buku terutama sekali Tatabahasa Dewan dan juga Pedoman Umum Istilah Bahasa Melayu. Sebagaimana yang kita ketahui semantik merupakan bidang kajian tentang makna sama ada pada peringkat perkataan ataupun ayat.Manakala istilah pula merupakan kata atau perkataan atau rangkai kata atau gabungan kata yang menyatakan sesuatu dengan betul , tepat dan sesuai dalam sesuatu bidang ilmu pengetahuan.Bidang kajian tentang makna dalam bahasa Melayu merupakan sesuatu yang menarik untuk dikaji.Berbagai maklumat dan input yang berguna dapat saya perolehi melalui tugasan ini. Sebagai pendidik, ianya amat penting dan berguna sekali dalam proses pengajaran dan pembelajaran yang berkesan.Sebagai guru bahasa Melayu,tugasan ini akan saya jadikan panduan untuk meningkatkan lagi proses pengajaran dan pembelajaran bahasa Melayu di bilik darjah. Sepanjang menyiapkan tugasan ini saya telah menerima banyak pengalaman baru sama ada secara langsung atau tidak langsung. Tidak kurang juga cabaran dan dugaan
  • 13. yang ditempuh sepanjang menyiapkan tugasan ini.Namun berbekalkan semangat kecekalan, saya tempuhi segalanya dengan sabar. Pada mulanya , saya mendengar , penjelasan dan ulasan tentang bagaimana cara untuk membuat kerja kursus ini daripada pensyarah semasa sesi interaksi.Setelah mendengar penerangan tersebut, saya mula berbincang bersama rakan kumpulan. .Saya mengadakan perbincangan dari semasa ke semasa. Kami bertukar- tukar info dan dapatan masing-masing berkaitan tajuk ini. Pada kesempatan ini, ingin saya merakamkan jutaan terima kasih dan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah banyak membantu kumpulan kami dalam memberi tunjuk ajar untuk menyiapkan tugasan ini . Begitu juga pihak yang tidak lokek berkongsi ilmu sehingga tugasan ini dapat disiapkan.