SlideShare una empresa de Scribd logo
1 de 61
Descargar para leer sin conexión
R1001 / UNIT 2/ 1
                            PERTOLONGAN CEMAS


            UNIT 2             PERTOLONGAN CEMAS




                            OBJEKTIF




Objektif am            :


        •   Mengetahui punca sesuatu kemalangan
        •   Mengetahui rawatan yang perlu diberikan
        •   Aplikasi rawatan untuk sesuatu kemalangan atau kecederaan




Objektif khusus        :


Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :-


      Ø menyatakan punca dan rawatan yang perlu bagi sesuatu kecederaan
      Ø mengenal punca sesuatu kecederaan
      Ø memberi rawatan kecemasan bagi sesuatu kemalangan
R1001 / UNIT 2/ 2
                           PERTOLONGAN CEMAS



                                 INPUT




2.0 PENGENALAN


Pertolongan cemas sepatutnya dipelajari serta diamalkan oleh setiap rakyat
Malaysia. Tugas dalam memberikan perkhidmatan kecemasan tidak semestinya
dibebankan pada pihak hospital, doktor-doktor dan ahli pertolongan cemas
terlatih sahaja. Malahan ia sepatutnya dipikul oleh setiap lapisan masyarakat. Ini
adalah kerana kemalangan dan kecelakaan boleh terjadi pada bila-bila masa
samada di dalam rumah, pejabat, sekolah atau di kawasan terbuka.


Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan, anda mungkin menjadi orang yang
berada di lokasi ataupun orang yang pertama tiba ke lokasi kemalangan atau
kecemasan. Oleh itu anda merupakan Responder Pertama atau ahli pertolongan
cemas yang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa atau untuk mengurangkan
kemungkinan kecederaan dari menjadi lebih teruk.


Bagi membolehkan anda menjalankan rawatan kecemasan yang baik, anda
mestilah mempunyai pengetahuan ilmu pertolongan cemas yang mahir dan
cekap. Di dalam unit ini anda akan didedahkan mengenai ilmu pertolongan
cemas agar anda dapat memberikan rawatan pertolongan cemas dengan baik.
R1001 / UNIT 2/ 3
                           PERTOLONGAN CEMAS


2.1 DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS


Definisi – Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan
kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di
dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit
mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.


Matlamat utama anda sebagai ahli pertolongan cemas adalah:


    • untuk menyelamatkan nyawa
    • mengelakkan kecederaan dari bertambah teruk
    • mengurangkan kesakitan
    • sebagai persediaan sebelum diambilalih oleh ambulan atau doktor


2.2 PETUA-PETUA PERTOLONGAN CEMAS


    i.     Buat penilaian segera dan menyeluruh pada mangsa dan kawasan
    ii.    Atasi punca kecemasan sekiranya ada atau pindahkan mangsa dari
           keadaan merbahaya.
    iii.   Bertindak dengan waspada dan penuh yakin
    iv.    Cara terbaik untuk memeriksa pesakit ialah mulai dari muka, kemudian
           badan dan seterusnya anggota. Perhatikan warna kulit dan air muka
           pesakit. Bibir kebiruan menunjukkan masalah pernafasan disebabkan
           kekurangan oksigen. Muka pucat dan berkeringat adalah tanda-tanda
           renjatan.
    v.     Periksa nadi dan pernafasan mangsa.
    vi.    Kawal pendarahan
    vii. Tentukan tahap kesedaran mangsa
R1001 / UNIT 2/ 4
                             PERTOLONGAN CEMAS
       viii. Jangan cuba beri bantuan berlebih-lebihan. Beri bantuan yang
             mustahak saja dan elakkan kecederaan bertambah parah. Beri
             bantuan ikut keparahan.
       ix.   Tenangkan dan kendali dengan cermat. Tanggalkan pakaian jika perlu.
       x.    Beri bantuan / maklumat kepada pihak hospital/ berkenaan


2.3 SISTEM PERNAFASAN DAN PEREDARAN DARAH


Semasa bernafas, kita sebenarnya menyedut dan menghembuskan udara. Udara
yang disedut dibawa masuk ke paru-paru dan seterusnya meresapkan oksigen ke
dalam darah. Udara yang anda sedut sebenarnya hanya mempunyai               21%
sahaja oksigen dan selebihnya adalah kompisisi gas nitrogen. Badan kita hanya
memerlukan sebanyak 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi.


Bilangan pernafasan bagi seseorang adalah seperti berikut:


Dewasa                                          15 hingga 20 kali seminit.
Kanak-kanak 6 hingga 10 tahun                   22 hingga 25 kali seminit
Bayi                                            35 hingga 40 kali seminit.


Bilangan nadi bagi seseorang pula adalah seperti berikut:


Orang dewasa                       70 – 80 seminit
Kanak-kanak                        90 – 100 seminit
Bayi                               100 - 140 seminit


Sel-sel otak kita akan mulai mati sekiranya tidak mendapat bekalan
oksigen selama tiga minit.
R1001 / UNIT 2/ 5
                               PERTOLONGAN CEMAS
Anda boleh memeriksa nadi anda atau rakan anda di pergelangan tangan (nadi
radial) atau di leher (nadi karotid). Jangan gunakan ibu jari untuk memeriksa
nadi sebaliknya jugakan hujung jari telunjuk, jari tengah dan jari manis anda.




            Nadi radial
                                                 Nadi karotik          Nadi brakial



                          Rajah 1 : Cara memeriksa nadi


Sementara itu, sistem peredaran darah pula adalah berfungsi untuk menyalurkan
dan mengagihkan bahan makanan dan oksigen ke segenap sel-sel kita di dalam
badan dan juga membawa bahan buangan keluar. Dalam badan seorang
dewasa, terdapat sekitar empat hingga enam liter darah dan setiap tujuh
kilogram berat badan mengandungi 0.5 liter darah.
Fungsi darah adalah seperti berikut:


     i.     Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu
     ii.    Membawa bahan buangan ke organ pembuangan
     iii.   Melawan penyakit
     iv.    Membawa enzim dan hormon ke organ sasaran
     v.     Mengawal suhu badan
     vi.    Menghentikan pendarahan
R1001 / UNIT 2/ 6
                               PERTOLONGAN CEMAS


2.4         RESUSITASI KARDIOPULMONARI ( CPR )


Resusitasi kardiopulmonari atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya CPR
adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang
tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas. Ia merupakan kombinasi
teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut (atau bantuan pernafasan dengan
kaedah lain) dan juga tekanan dada.


Sebelum ini anda telah dimaklumkan bahawa udara yang disedut mempunyai
21% oksigen dan badan hanya memerlukan 5% sahaja oksigen untuk
melakukan proses respirasi. Ini bermakna udara hembusan anda masih
mempunyai baki oksigen sebanyak 16%. Baki oksigen inilah yang akan dihembus
ke dalam badan mangsa kecederaan untuk membantu memperolehi oksigen.
Anda harus ingat bahawa mangsa juga hanya memerlukan sebanyak 5%
oksigen sahaja dari 16% yang dibekalkan. Tekanan yang dilakukan semasa CPR
pula berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus tadi
ke seluruh anggota badan.


Jadi CPR sebenarnya adalah agen untuk membantu mangsa yang tidak bernafas
dan tiada nadi untuk melakukan proses respirasi seperti orang sihat.


Secara umumnya terdapat dua sebab utama CPR perlu dilakukan iaitu:


      i.      terhenti pernafasan.
      ii.     tiada nadi.
R1001 / UNIT 2/ 7
                          PERTOLONGAN CEMAS
Sementara itu untuk melakukan CPR terdapat tiga prinisip asas yang perlu anda
lakukan iaitu ABC:


A     - AIRWAY            - SALURAN PERNAFASAN
B     - BREATHING         - PERNAFASAN
C     - CIRCULATION       - PEREDARAN DARAH


    2.4.1     Punca-punca terhenti pernafasan (Asfiksia)


    Sebarang gangguan terhadap proses respirasi boleh mengakibatkan
    terhentinya pernafasan dan akan membawa kepada kematian. Asfiksia
    (aspyxia) merupakan istilah yang digunakan bagi kes sesak nafas atau
    terhalang pernafasan hingga menyebabkan kekurangan oksigen pada paru-
    paru.


    Asfiksia akan menyebabkan darah beroksigen rendah dalam badan.
    Kekurangan oksigen ini dikenali sebagai hipoksia. Sekiranya dibiarkan ia
    akan membawa kepada maut. Anda harus ingat bahawa sel-sel otak mulai
    mati sekiranya bekalan oksigen tidak diterima dalam masa tiga minit. Oleh
    itu tindakan segera harus diambil untuk mengatasi keadaan ini.


    Tanda-tanda seseorang itu mengalami hipoksia adalah:


    1.   pernafasan yang cepat,tercungap-cungap dan seperti menderita
         kesakitan
    2.   rasa terkeliru, mudah meradang dan agresif yang membawa kepada
         keadaan tidak sedarkan diri.
    3.   lazimnya, kulit akan menjadi lebam kebiruan
    4.   jika tidak dikawal, fungsi jantung akan terhenti.
R1001 / UNIT 2/ 8
                        PERTOLONGAN CEMAS
Antara punca-punca boleh menyebabkan asfiksia adalah:


i.     Lemas
       a.   Pakaian atau kain menutup muka
       b.   Lemas di air – tidak mendapat udara
       c.   Lemas di dalam bilik bergas – tidak mendapat oksigen


ii.    Tercekik
       a.   Tersekat benda atau tergantung
       b.   Terhalang (makanan masuk saluran paru-paru )


iii.   Kejutan
       b.   Arus elektrik
       c.   Kilat


Tanda-tanda am salur udara yang tersumbat adalah:


1.     pernafasan yang berbunyi bising dan tercungap-cungap
2.     pergerakan dada akan tersedut ke dalam dan perut menonjol ke luar
3.     kulit kelihatan lebam kebiruan
4.     lubang hidung menjadi kembang
R1001 / UNIT 2/ 9
                           PERTOLONGAN CEMAS
     2.4.2        Pemeriksaan ABC


A (Airway)               Saluran pernafasan. Ini merupakan tindakan
                         pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR.
                         Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran
                         udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh
                         membuka saluran udara ini dengan mendongakkan
                         kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa.
                         Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari
                         arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan
                         udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan secara
                         visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda
                         untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut.
                         Contohnya gigi palsu yang telah pecah.

B (Breathing)            Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka,
                         tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah
                         memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda
                         disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka
                         menghadap ke dada mangsa. Keadaan tersebut
                         membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa
                         hembusan nafas dan mata anda memandang tepat
                         kearah dada untuk melihat pergerakkan turun-naik
                         dada.
                         (Kaedah 3M =Mendengar,Merasa,Melihat). Jika tiada
                         nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan.
                         Contohnya mulut ke mulut.

C (Circulation)          Peredaran darah. Langkah ke tiga adalah untuk
                         mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu
                         dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti
                         ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya
                         mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu
                         meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan
                         sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri.
                         Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan
                         atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan
                         dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus.
                         Gunakan berat bandan anda untuk melakukan tekanan.
                         Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum)
                         dan sekitar dua jari dari atas hulu hati(cuaran xiphoid).
R1001 / UNIT 2/ 10
                      PERTOLONGAN CEMAS


2.4.3      Kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut


1.   Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan
     badan. Dapatkan bantuan.
2.   Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
3.   Buang sebarang benda asing dari mulut.
4.   Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
5.   Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk
     anda.
6.   Tentukan mulutnya terbuka
7.   Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga
     anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran
     udara semasa hembusan dilakukan.
8.   Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil
     masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
9.   Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan
     pada kadar 10 kali seminit.
10. Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan mangsa
     dalam kedudukan pemulihan. (rujuk halaman 16)


Catatan:


1.   Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat
     dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi
     agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut
     mangsa.
2.   Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah
     bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan
     agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.
R1001 / UNIT 2/ 11
                        PERTOLONGAN CEMAS
3.   Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak
     naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh
     muntah, darah atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi
     rawatan mangsa yang tercekik.


2.4.4     Rawatan tercekik mangsa tidak sedar


1.   Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya.
2.   Periksa   samada    mangsa      boleh   bernafas   atau    tidak.   Lakukan
     pemeriksaan ABC.
3.   Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang.
4.   Buang sebarang benda asing dari mulut.
5.   Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa.
6.   Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk
     anda.
7.   Tentukan mulutnya terbuka
8.   Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga
     anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran
     udara semasa hembusan dilakukan.
9.   Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil
     masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi.
10. Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha
     mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen
     mangsa iaitu antara pusat dan penghujung hulu hati.
11. Tekan abdomen dengan tepat dan cepat ke dalam dan ke atas
     abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali.
12. Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum
     bernafas atau masih tercekik.
13. Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam
     kedudukan pemulihan.
R1001 / UNIT 2/ 12
                        PERTOLONGAN CEMAS
14. Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit.




                                                           Tekan dengan tepat
                                                           kedalam dan keatas
                                                           sebanyak lima kali

                                                                 Condongkan
                                                                 kepala




                 Rajah 2 : Tekanan bagi rawatan tercekik

2.4.5       Kaedah CPR seorang diri


1.   Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan
     badan. Dapatkan bantuan.
2.   Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa
     seluruh badan
3.   Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan.
4.   Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada
     kadar 12 hembusan seminit.
5.   Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 15
     kali. Caranya adalah seperti berikut:
     i.     letakkan tangan anda di atas dada mangsa.
     ii.    berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5 – 2 inci untuk orang dewasa.
     iii.   belepas beri 15 tekanan, beri pula 2 hembusan.(1 pusingan)
     iv.    berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2
            pusingan)
     v.     selepas 4 pusingan periksa nadi karotik
     vi.    teruskan CPR (15 tekanan da 2 hembusan ) jika tiada nadi.
R1001 / UNIT 2/ 13
                       PERTOLONGAN CEMAS
     vii.   lakukan sehingga bantuan pakar tiba.
6.   Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan
     bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan.
     Bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada.
7.   Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam
     kedudukan pemulihan.
8.   Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit.


Catatan :
1.   Jika mangsa kanak-kanak , lakukan tekanan sedalam 2.5 – 3.5 cm
     pada kadar 100 kali seminit. Lakukan 5 tekanan : 1 hembusan.
     Gunakan satu tangan sahaja untuk melakukan tekanan.
2.   Jika bayi atau kanak-kanak bawah 2 tahun, lakukan tekanan sedalam
     2 – 2.5 cm pada kadar 100 kali seminit. Gunakan dua jari sahaja untuk
     melakukan tekanan. Periksa nadi dibahagian braktial (lengan atas).
3.   Jangan lakukan latihan CPR pada orang yang sihat. Lakuan
     pada patung (dummy).




     Telefon 999 atau 991
     untuk mendapatkan
     bantuan
R1001 / UNIT 2/ 14
            PERTOLONGAN CEMAS




a) dewasa                b) wanita          c) kanak-kanak      d) bayi
                            mengandung
       Rajah 3 : Rawatan tercekik mangsa sedar




      Rajah 4 : Kedudukan tekanan CPR
R1001 / UNIT 2/ 15
PERTOLONGAN CEMAS




Rajah 5: Ringkasan CPR
R1001 / UNIT 2/ 16
                                    PERTOLONGAN CEMAS


     2.4.6            Kedudukan pemulihan


     Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau
     sebagainya         mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan
     pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah
     mangsa daripada menutupi tekak atau salur pernafasan. Oleh kerana
     kedudukan          kepala      lebih      rendah        sedikit   daripada      badan,        ia     akan
     membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan
     mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan
     bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus,
     manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan
     mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa.




                            Siku dibengkokkan
                                                                                                 Letakkan bahagian
            1                           Saluran udara
                                                              2                                  belakang tangan
                                                                                                 mangsa ke atas
                                        hendaklah                                                pipinya dan biarkan
                                        dibuka terlebih                                          di situ
    Kaki diluruskan                     dahulu




                                 Gunakan lutut anda                     Kepala condong ke
                                 untuk menghalang                       belakang dengan                       Kaki yang bengkok
    3                            mangsa daripada
                                 tergoleh jauh
                                                                4       selesa                                menupang badan ke
                                                                                                              atas dan
Pegang dengan                                                                                                 menghalang mangsa
kemas, kemudian                              Sokong dan                                                       daripada tergolek
golekkan mangsa                              lindungi muka                                                    kehadapan
kearah anda                                  menggunakan
                                             tangan anda
                                                                  Tangan
                                                                  menyokong
                                                                  kepala       Lengan yang
                                                                               bengkok memberi
                                                                               kestabilan




                                    Rajah 6: Kedudukan pemulihan
R1001 / UNIT 2/ 17
                           PERTOLONGAN CEMAS


                     AKTIVITI 1a




    •   UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
        SELANJUTNYA…!
    •   SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
        HALAMAN BERIKUTNYA


Jawab soalan-soalan yang berikut:


1.1. Berikan definisi pertolongan cemas.
1.2. Apakah sebab utama CPR perlu dilakukan?
1.3. Berapakah bilangan nadi dan kadar pernafasan bagi orang dewasa?
1.4. Cuba anda periksa nadi radial dan karotid rakan anda.
1.5. Semasa anda hendak melakukan CPR anda dapati mangsa menggunakan
     gigi palsu. Apakah tindakan anda?
1.6. Apa yang perlu anda buat untuk mengelakkan perut kembung semasa
     bantuan pernafasan diberikan?
1.7. Berapa lamakah CPR boleh dihentikan bagi memindahkan mangsa ke
     tempat lain?
1.8. Berapa kalikah hembusan dan tekanan yang perlu diberikan kepada mangsa
     semasa CPR dilakukan? Bilakah masanya untuk memeriksa nadi?
R1001 / UNIT 2/ 18
                           PERTOLONGAN CEMAS




                      MAKLUMBALAS 1a




Jawapan :


2.1. Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan kepada
     pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di dalam
     keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit
     mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan.


2.2. Sebab utama CPR perlu dilakukan apabila mangsa:
      iii.   terhenti pernafasan dan
      iv.    tiada nadi.


2.3. Bilangan nadi adalah 70 hingga 80 kali seminit dan kadar pernafasan adalah
     15 hingga 20 kali seminit.


2.4. Nadi karotid di leher dan nadi radial di pergelangan kawan anda.


2.5. Jika boleh jangan tanggalkan gigi palsu tersebut supaya mulut anda dapat
     menutup rapat ke mulut mangsa. Anda perlu menanggalkannya jika ia
     longgar supaya tidak menghalang usaha-usaha menyelamat mangsa.


2.6. Perut kembung biasanya terjadi disebabkan oleh pemberian nafas bantuan
     terlalu kuat atau saluran pernafasan yang separa tersekat. Keadaan ini
R1001 / UNIT 2/ 19
                        PERTOLONGAN CEMAS
    dapat dikurangkan dengan mengawal tekanan dan kelajuan pernafasan
    bantuan. Pastikan anda tidak menghembus dengan paksa jika dada telah
    mengembang.


2.7. Jangan hentikan CPR melainkan keadaan tempat mengancam nyawa anda
    atau mangsa.


2.8. 2 hembusan dan 15 kali tekanan. Lakukan sebanyak 4 pusingan. Kemudian
    baru memeriksa nadi. Jika nadi tiada teruskan 2 hembusan dan 15 kali
    tekanan sehingga 4 pusingan. Periksa semula nadi dan begitulah
    seterusnya. Ini bermakna satu pusingan 8 kali hembusan dan 60 kali
    tekanan.
R1001 / UNIT 2/ 20
                               PERTOLONGAN CEMAS



                                     INPUT




2.5         PENDARAHAN KECIL
Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu:


1.    Pendarahan eksternal ( di bahagian luar)
      i.      Luka terhiris    - disebabkan benda tajam seperti pisau
      ii.     Luka terkoyak    - disebabkan cakaran binatang atau dawai
      iii.    Luka berdarah    - kena pukulan tepat benda tidak tajam
      iv.     Luka tembus      - seperti kena tikaman pisau, jarum atau peluru


2.    Pendarahan internal ( di bahagian dalam )
      i.      Perut – muntah berdarah
      ii.     Paru-paru / salur penafasan – batuk berdarah
      iii.    Tali usus – darah pada dubur
      iv.     Rahim – tumpah darah
      v.      Buah pinggang – kencing berdarah
      vi.     Tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidung


3.    Pendarahan internal tanpa kesan
      i.      Limpa dan hati pecah
      ii.     Pendarahan dalam otak




      a) Luka terhiris        b) Luka terkoyak      c) Lebam        d) Luka tembus

                                     Rajah 7: Jenis-jenis luka
R1001 / UNIT 2/ 21
                          PERTOLONGAN CEMAS


2.5.1       Rawatan Pendarahan Eksternal secara umum


a)     Luka-luka kecil.


Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil
seperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk
mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah–langkah rawatannya adalah
seperti berikut:
i.     bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan
       kotor.
ii.    cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk
       ke kawasan luka.
iii.   keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril.
iv.    lekatkan pembebat atau plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap
       atau batuk ke arah tempat luka.
v.     gunakan pembalut untuk memegang pembebat.




                               Rajah 8: Balutan luka
R1001 / UNIT 2/ 22
                          PERTOLONGAN CEMAS


b)        Luka kecil yang ada benda asing.


Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti
kaca yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan cuba
keluarkan objek tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih
banyak kerosakkan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan anda
adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek
dan mendapatkan rawatan perubatan. Langkah-langkah rawatannya adalah
seperti berikut:
i.     bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan
       kotor.
ii.    cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk
       ke kawasan luka.
iii.   keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang telah disteril.
iv.    kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas
       kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek.
v.     tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko
       jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga
       anda boleh membalut tanpa menekan objek.
vi.    bawa mangsa ke hospital.


c)     Jika lebam gunakan tuaman sejuk. Anda juga boleh mengalirkan air
       sejuk ke atas bahagian anggota yang tercedera. Tuaman sejuk boleh
       dibuat dari kiub ais yang dibungkus dengan tuala. Tuam anggota yang
       cedera selama 20 minit.
R1001 / UNIT 2/ 23
                      PERTOLONGAN CEMAS




                                          Balut dibahagian
                                          atas dan bawah
                                          objek

                     Rajah 9: Balutan luka ada objek

2.5.2     Cara menahan darah


a)        Tekanan tepat – tekan terus pada luka tersebut dengan kain
bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertai dengan
patah.


i.     Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang
       disterilkan
ii.    Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan
       menekan pada tempat berdarah.
iii.   Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat.
iv.    Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10-
       15 minit.


b)        Tekanan tidak tepat      - tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan
penjerut (tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit.
Komplikasi pengunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada
otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. Ikatan yang longgar
memburukkan lagi pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga
beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong.
Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.
R1001 / UNIT 2/ 24
                        PERTOLONGAN CEMAS


c)          Anggota terputus - Kawal darah dari berterusan keluar. Bahagian
putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang basah, sebaik-baiknya
dibasah dengan air garam isotonic yang suci kuman. Masukkan anggota
putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi
bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus
secara langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital.


2.5.3        Pembebatan dan pembalutan


1.   Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh
     digunakan untuk menutup luka.
2.   Fungsi pembebat dan balutan adalah :
     i.      mencegah jangkitan kuman
     ii.     menyerap kotoran yang keluar seperti nanah dan darah
     iii.    mengawal pendarahan dan melindungi luka
3.   Jenis-jenis pembebatan ialah:
     i.      paraffin – biasanya digunakan untuk luka besar
     ii.     pembebat melekat – plaster , digunakan untuk luka kecil.
     iii.    pembebat berubat – kain kasa yang disapu ubat pembunuh
             kuman
     iv.     pembebat pembebat biasa – gauze
4.   Peraturan membalut:
     i.      bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan
             tangan kotor.
     ii.     cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak
             masuk ke kawasan luka.
     iii.    lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau
             batuk ke arah tempat luka.
     iv.     gunakan pembalut untuk memegang pembebat.
R1001 / UNIT 2/ 25
                                  PERTOLONGAN CEMAS
      5.      Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah :
              i.     pembalut bergulung – berasal dari kain kasa ,WOW bandage
              ii.    pembalut segi tiga , lebar dan tirus – terdiri dari kain segi tiga
                     dari jenis kain kaliko
              iii.   pembalut cincin – diperbuat dari pembalut tirus
              iv.    pembalut kain krep – biasanya digunakan untuk kes terseliuh.


2.6         TERSELIUH DAN PATAH


1.    Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami
      oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot terjadi
      disebabkan oleh :


      i.      pukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan berlaku
              pada tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta.
      ii.     pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya
              patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi.
      iii.    kecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan.
              Terjadi kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi
              pada ahli sukan.
      iv.     terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan
              mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara
              mengejut semasa berlari.
      v.      dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan
              normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan.
R1001 / UNIT 2/ 26
                        PERTOLONGAN CEMAS
2.6.1     Jenis-jenis patah.


Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori :


i.     patah tertutup. Kulit permukaan tidak luka
ii.    patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang.
iii.   patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan tulang dan
       organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-lain.
iv.    patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak.
v.     patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua.
vi.    patah simple. Tulang patah dua sahaja.


2.6.2     Tanda-tanda kecederaan tulang.


i.     Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot.
ii.    Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah
iii.   Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera.
iv.    Merasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota cedera.
v.     Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal.
vi.    Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi atau otot.
vii. Bentuk, kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal.


2.6.3     Prinsip rawatan secara am.


Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut:


i.     memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam
       nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak.
ii.    jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan
       rawatan ditempat kejadian.
R1001 / UNIT 2/ 27
                             PERTOLONGAN CEMAS
  iii.   kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera.
         Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera.
  iv.    sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan
         kain yang bersih.
  v.     halang/ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat
         (splin), anduh dan pembebat.
  vi.    periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari
         tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat.


  Rajah di bawah menunjukkan cara-cara ikatan anduh.




 a) Andoh besar                  b) Andoh tiga segi            c) Patah tulang
                                                                  lengan atas




                                                               e) Patah tulang
                                                                  peha



d) Patah tulang dagu




                        Rajah 10: Andoh atau balutan patah
R1001 / UNIT 2/ 28
                                PERTOLONGAN CEMAS




                         AKTIVITI 1b




       •    UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
            SELANJUTNYA…!
       •    SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
            HALAMAN BERIKUTNYA




Jawab soalan-soalan yang berikut:


2.9        Nyatakan jenis-jenis luka.
2.10       Semasa anda sedang berkhemah, rakan anda terhiris lengan tangannya
           dengan parang semasa mencari kayu api. Apakah tindakan yang perlu
           anda ambil sekiranya anda tidak mempunyai kotak pertolongan cemas.
2.11       Apakah tindakan dan rawatan yang perlu anda lakukan bila berhadapan
           dengan rakan anda yang mengalami kemalangan motosikal.
R1001 / UNIT 2/ 29
                                       PERTOLONGAN CEMAS


                                 MAKLUMBALAS 1b




Jawapan:


2.9               Jenis-jenis luka adalah:
            i.       Luka terhiris    - disebabkan benda tajam seperti pisau
            ii.      Luka terkoyak    - disebabkan cakaran binatang atau dawai
            iii.     Luka berdarah    - kena pukulan tepat benda tidak tajam
            iv.      Luka tembus      - seperti kena tikam pisau, jarum atau peluru


2.10              Tindakan yang perlu diambil adalah:
      i.             Tanggal atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka.
      ii.            Bersih seberapa boleh kawasan cedera.
  iii.               Beri tekanan tepat ke atas luka dengan tapak tangan atau jari-jari
                     anda. Jika boleh gunakan kain yang bersih, tetapi jangan buang masa
                     untuk mencari kain pembalut. Beri tekanan sehingga darah berhenti.
                     Biasanya sekitar 10 hingga 15 minit.
  iv.                Angkat dan ampu anggota cedera atas dari paras jantung kawan anda.
      v.             Baringkan mangsa. Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran darah
                     ke bahagian yang cedera dan mengurangkan dari risiko renjatan.
  vi.                Dapatkan bantuan. Sekiranya telah mempunyai pembalut. Balut
                     dengan kemas kawasan cedera. Jnagan balut terlalu ketat. Jika
                     perdarahan tembus menerusi balutan, bal;utlah selapis lagi.
R1001 / UNIT 2/ 30
                                PERTOLONGAN CEMAS
2.11       Tindakan yang perlu diambil adalah:


           Pastikan keselamatan diri anda terjamin dan anda tidak menimbulkan
           sebarang bahaya dengan:
       •      Sekiranya anda membawa kenderaan, Letakkan kenderaan anda
              ditempat yang selamat dan nyalakan lampu kecemasan pada
              kenderaan anda.
       •      Jangan berlari melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi ke tempat
              kemalangan.
       •      Jika kemalangan berlaku diwaktu malam, pakailah pakaian berwarna
              cerah dan bawa lampu picit.


       Ambil langkah-langkah keselamatan yang berikut:


       • Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera dan maklumkan
              suasana kejadian terutama bilangan mangsa.
       • Arahkan orang yang menyaksikan kemalangan supaya memberi amaran
              kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lain.
       • Arahkan orang yang menyaksikan kejadian agar berada sekurang-
              kurangnya 18 meter dari kawasan kejadian.
       • Letakkan papan tanda tiga segi sejauh kira-kira 200 meter dari kawasan
              kejadian.
       • Tutup suis enjin motosikal yang terlibat dalam kemalangan samada enjin
              masih hidup atau telah dimatikan.


       Jika rakan anda tidak sedarkan diri


       • Jangan alih rakan anda kecuali jika benar-benar perlu.
       • Anggap mangsa mengalami kecederaan tulang belakang.
R1001 / UNIT 2/ 31
                      PERTOLONGAN CEMAS
• Jika mangsa perlu dialihkan, anda memerlukan sekurang-kurangnya tiga
     orang pembantu. Seorang untuk mengampu bahu dan dada, seorang
     untuk mengampu peha dan seorang untuk memegang kaki. Anda
     hendaklah sentiasa mengapu kepala rakan anda.


Menanggalkan topi keledar


• Hanya perlu ditanggal jika betul-betul perlu sahaja. Contohnya jika topi
     keledar menghalang anda dari memberi bantuan pernafasan.
• Jika boleh topi keledar ditanggal sendiri oleh mangsa.
• Buka topi keledar dengan menolak bahagian tepi keluar supaya kepala
     bebas dari tekanan. Angkat topi keledar ke atas dan kebelakang.
• Sekiranya topi keledar muka penuh, Masukkan jari anda dibahagian
     bawah rim. Sokong leher dan pegang rahang bawah dengan jari-jari
     yang terbuka. Minta seseorang untuk menarik topi keledar dari
     bahagian atas.


Rawatan kecederaan


• Ikuti pemulihan kaedah ABC
• Kawal pendarahan yang berlaku
• Beri rawatan luka yang besar, selaran dan keretakan atau patah yang
     teruk
• Rawat mangsa akibat renjatan.
R1001 / UNIT 2/ 32
                            PERTOLONGAN CEMAS



                                  INPUT




2.7     MELECUR DAN TERBAKAR


Kecederaan melecur dan terbakar adalah disebabkan oleh            haba atau api.
Kecederaan melecur dan terbakar akan memecahkan kulit dan membolehkan
kuman memasuki kulit dan mengakibatkan jangkitan.


Kemalangan di rumah merupakan punca utama luka terbakar atau melecur.
Punca utama berlakunya luka terbakar adalah kecuaian menggunakan alatan
contohnya terpegang seterika panas, terkena tumpahan minyak, tersentuh ekzos
kenderaan terutamanya motor, terkena kejutan elektrik dan sebagainya.
Rawatan pertolongan cemas biasanya berupaya menyembuhkan luka terbakar
dengan baik dan secara semula jadi.


Kecederaan luka terbakar dapat dikelaskan mengikut dua faktor :


      i. Klasifikasi terbakar atau kedalaman kecederaan
   ii. Peratus kawasan permukaan yang terbakar (peraturan sembilan)
R1001 / UNIT 2/ 33
                           PERTOLONGAN CEMAS
     2.7.1     Klasifikasi terbakar


                           - Terbakar kulit permukaan atas sahaja
                           - Terkena air panas atau benda panas untuk
i. Kecederaan terbakar
                             seketika atau pancaran matahari
  darjah pertama
                           - Proses penyembuhan sekitar 1 minggu jika tiada
                             masalah jangkitan kuman.
                           - Terdapatnya gelembong air (blister)
                           - Terkena benda panas agak lama atau semburan
ii. Kecederaan terbakar
                             api seperti gasoline.
  darjah kedua
                           - Memerlukan 2 hingga 3 minggu untuk sembuh.
                             Kemungkinan berlakunya renjatan.
                           - Melibatkan hingga bahagian otot
                           - Bau terbakar dapat dihidu
iii. Kecederaan terbakar
                           - Tidak ada rasa sakit atau sensasi terhadap
  darjah ketiga
                             cucukan jarum.
                           - Kemungkinan berlakunya renjatan.


     2.7.2     Peraturan Sembilan


     Secara umumnya kebakaran 15 % (10% jika kanak-kanak) adalah
     memerlukan rawatan perubatan dengan segera. Kecederaan anggota
     penting seperti muka, organ seksual (kemaluan atau buah dada)
     memerlukan rawatan segera walaupun kurang daripada 10%.


     Peraturan Sembilan adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenal
     pasti atau mengira peratus kecederaan terbakar yang berlaku pada
     mangsa. Peraturan Sembilan juga membahagikan kawasan permukaan
     badan kepada sembilan bahagian . Ia digunakan untuk menghitung
     kemelaratan kecederaan dan memutuskan tahap rawatan yang perlu
R1001 / UNIT 2/ 34
                          PERTOLONGAN CEMAS
diberikan. Sekiranya kecederan terbakar berlaku pada tangan kanan,
mangsa mengalami peratus kebakaran sebanyak sembilan peratus.


•    sebarang luka terbakar darjah kedua atau melebihi 1% perlu
     mendapatkan rawatan doktor.
•    kemelaratan sehingga 9% atau lebih boleh mengakibatkan renjatan.
     Mangsa perlu dirawat dihospital.
•    sebarang saiz luka berdarjah ketiga perlu dirawat dihospital.




                             PERATURAN SEMBILAN
                                                   Dewasa dan        Bayi
                                                   Kanak-kanak
                                                        (%)           (%)
    Kepala                                                9            18
    Dada dan abdomen
    - Depan                                               18           18
    - Belakang                                            18           18
    Kaki dan peha kanan                                   18           14
    Kaki dan peha kiri                                    18           14
    Tangan kanan                                          9            9
    Tangan kiri                                           9            9
    Kemaluan                                              1            1

    Keseluruhan                                         100           101
R1001 / UNIT 2/ 35
                     PERTOLONGAN CEMAS



                               Kepala 9%


                               Bahagian hadapan badan 18%

                               Bahagian belakang badan 18%

                               Tangan kiri 9%

                               Kemaluan 1%

                               Bahagian belakang kaki kiri 9%


                               Bahagian hadapan kaki kiri 9%




                       Rajah 11: Peraturan Sembilan


2.7.3    Rawatan luka terbakar yang ringan


Luka terbakar yang ringan biasanya terjadi di rumah ataupun kawasan
kerja. Matlamat rawatan adalah untuk menghentikan lecuran,
mengurangkan kesakitan dan gelembung dan risiko jangkitan.


Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:


i.   alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang
     terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas terbakar dan
     mengurangkan kesakitan. Jika tidak terdapat air paip, sebarang cecair
R1001 / UNIT 2/ 36
                           PERTOLONGAN CEMAS
       sejuk yang lain juga boleh digunakan seperti susu dan air minuman
       dalam tin.
ii.    tanggalkan sebarang barang kemas atau pakaian yang ketat dari
       bahagian yang cedera sebelum ia menggelembung.
iii.   balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau sebarang bahan
       bersih dan nipis.


2.7.4       Rawatan luka terbakar yang teruk


Luka terbakar yang teruk boleh terjadi sekiranya berlaku kebakaran rumah
atau kemalangan yang membabitkan kebakaran.
Matlamat rawatan adalah untuk menghentikan luka terbakar dan melegakan
kesakitan, memulihkan pernafasan, merawat kecederaan berkaitan dan
mengurangkan risiko jangkitan.


Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:


i.     baringkan mangsa. Jika boleh elakkan anggota cedera dari terkena
       tanah.
ii.    dinginkan luka terbakar dengan cecair penyejuk yang secukupnya.
       Mungkin mengambil masa selama 10 minit atau lebih. Jangan memberi
       mangsa kedinginan yang berlebihan kerana boleh membawa kepada
       risiko penurunan suhu badan (hypotermia).
iii.   semasa proses penyejukan periksa saluran pernafasan dan denyutan
       nadi. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan.
iv.    tanggalkan   sebarang   pakaian   seperti   tali   leher,pinggang,   jam
       tangan,cincin, kasut dan baju terbakar sebelum anggota yang cedera
       menggelembung. Tanggalkan dengan perlahan.
v.     tutup kecederaan dengan sehelai bahan yang steril. Sejukkan dengan
       air untuk melegakan kesakitan.
R1001 / UNIT 2/ 37
                        PERTOLONGAN CEMAS
vi.    rawat mangsa      daripada   serangan       renjatan.   Periksa   nadi dan
       pernafasan sementara menanti kedatangan ambulans.


2.7.5         Terkejut (Shock) atau Renjatan


Kesakitan yang amat sangat atau kehilangan darah atau cecair dalam
badan yang banyak atau terperanjat. Boleh menyebabkan kematian jika
tidak dikawal.
Punca-punca ialah pendarahan yang banyak, cirit-birit dan muntah yang
berterusan, kulit terbakar, kejutan elektrik, serangan jantung, kesakitan
yang amat kuat, gangguan emosi, alahan kepada benda asing seperti bias
tebuan, penicillin atau makanan, kecederaan urat saraf tunjang.


Tanda-tanda renjatan adalah:


i.     muka bibir dan anggota pucat.
ii.    kulit sejuk dan berpeluh
iii.   pandangan kabur dan pening
iv.    nafas cetek dan pantas
v.     denyutan nadi lemah dan pantas
vi.    loya , muntah dan haus
vii. mungkin tidak bergerak atau bercakap


Langkah rawatan adalah seperti berikut:


i.     baring pesakit. Jika kepala tak cedera, angkat kaki 8 - 12 inci tinggi.
       Jika sakit dada atau sukar bernafas, letak dalam keadaan duduk atau
       separuh duduk. Jangan biarkan pesakit berdiri. Lakukan pemeriksaan
       ABC.
ii.    tahan darah dari keluar ( jika berdarah )
R1001 / UNIT 2/ 38
                                 PERTOLONGAN CEMAS
         iii.   longgarkan pakaian dan pastikan suhu badan pesakit terkawal.
                Pesakit pucat dan kesejukan hendaklah diselimut.
         iv.    jangan bagi pesakit minum kerana pesakit akan merasa loya dan
                makan/minum akan menyebabkan muntah. Jika hospital jauh, beri
                pesakit menghisap kain basah untuk kurangkan kekeringan tekak.
         v.     usahakan pesakit dapat udara segar. Jangan biarkan pesakit dapat
                udara kering. Beri bantuan perubatan.


2.8         LEMAS – AIR DAN SESAK NAFAS


Lemas berlaku apabila udara dihalang daripada memasuki mulut dan hidung.
Seseorang yang lemas di sungai atau kolam air mungkin akan mengalami
kesejukan dan juga asfiksia. Ia juga mungkin memerlukan rawatan hipotermia.
Biasanya air yang masuk ke paru-paru mangsa adalah sedikit berbanding yang
masuk ke dalam perut mangsa.


Lemas juga boleh berlaku apabila udara yang memasuki saluran pernafasan
dicemari asap yang beracun seperti asap daripada kebakaran plastik, getah dan
ekzos kenderaan.


Lemas juga boleh berlaku sekiranya seseorang tertimbus di dalam pasir, leher
yang dijerut atau muka ditutup bantal.


Tanda-tanda seseorang ini mengalami lemas adalah:


   i.           kesukaran untuk bernafas.
   ii.          mulut berbuih.
   iii.         bibir dan kuku menjadi kebiruan jika puncanya tidak dialihkan serta-
                merta
   iv.          kemungkinan tidak sedarkan diri.
R1001 / UNIT 2/ 39
                        PERTOLONGAN CEMAS


2.8.1   Rawatan lemas kerana air


1.   Bawa mangsa lemas naik ke darat, dengan kedudukan kepalanya lebih
     rendah daripada dada. Ini untuk mengurangkan risiko menyedut air
     dan muntah.
2.   Baringkan mangsa sebaiknya di atas selimut atau sebagainya.
3.   Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut
     ke mulut.
4.   Bagi mengelakkan terjadinya hipotermia, gantikan pakaiannya yang
     basah dan hindari daripada kesejukkan dengan memberi minuman
     panas.
5.   Bawalah mangsa lemas ke hospital walaupun kelihatan telah pulih
     sepenuhnya.


2.8.2     Rawatan lemas kerana asap


1.   Bawa atau alihkan mangsa ke tempat udara yang bersih. Walaupun
     begitu anda jangan cuba masuk ke dalam bilik yang dipenuhi asap
     tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan.
2.   Jika mangsa pengsan, periksalah denyutan nadi dan pernafasannya.
3.   Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut
     ke mulut.
4.   Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan.
5.   Jika terdapat alat oksigen, berikanlah kepada mangsa dengan syarat
     anda telah dilatih menggunakannya.
6.   Tunggu mangsa sehingga bantuan tiba. Periksa nadi dan pernafasan
     setiap 10 minit.
R1001 / UNIT 2/ 40
                         PERTOLONGAN CEMAS


2.8.3        Rawatan sesak nafas (kesukaran bernafas)


1.        Hiperventilasi


Keadaan di mana pernafasan udara yang berlebihan. Ia mungkin akan
menyebabkan ketakutan dan histeria. Gejala ini mudah menyerang individu
yang ketakutan dan terkejut.


Tanda-tanda hiperventilasi


i.     Pernafasan yang cepat, dalam dan tidak normal
ii.    Mungkin    terdapat    tabiat    yang      memerlukan   perhatian,    pitam,
       mengantuk dan mengigil
iii.   Kejang kaki dan tangan.


Langkah rawatan adalah seperti berikut:


i.     Bercakaplah dengan nada tegas tetapi lembut dengan mangsa.
ii.    Jika boleh bawa mangsa ke tempat tenang supaya ia boleh mengawal
       kembali pernafasannya.
iii.   Biarkan mangsa bernafas menggunakan beg plastik atau karung
       kertas. Tetapi jangan terlalu lama. Ini akan menyukarkan lagi keadaan.
       Beg   plastik   atau   karung     kertas    akan   menyebabkan       mangsa
       menggunakan udara yang sama untuk bernafas. Buka beg plastik
       sekiranya mangsa mulai bernafas secara normal. Jika ketegangan
       berterusan, biarkan mangsa menyedut semula udara hembusannya
       daripada beg plastik tersebut.
R1001 / UNIT 2/ 41
                              PERTOLONGAN CEMAS
      2.         Lelah


      Pesakit asma biasanya mengetahui cara yang terbaik untuk mengendalikan
      serangan. Biasanya mereka membawa bersama ubat aerosol dalam bentuk
      penyedut.


      Tanda-tanda lelah:


      i.      kesukaran untuk bernafas dengan lepasan nafas yang panjang.
      ii.     nafas yang berbunyi apabila mangsa menghembus nafas.
      iii.    mangsa mungkin sukar untuk bercakap.


      Langkah rawatan adalah seperti berikut:


      i.      tenangkan dan beri keyakinan pada mangsa.
      ii.     bantu mangsa supaya ia dapat duduk dan berehat.
      iii.    jika mangsa mempunyai ubat beri ia untuk menggunakan ubat
              tersebut.
      iv.     jika ia merupakan serangan pertama dan berterusan, dapatkan
              bantuan ambulans. Periksa rekod nadi dan pernafasannya.




2.9         TIDAK SEDARKAN DIRI (PENGSAN)


Tidak sedar diri atau pengsan adalah keadaan yang tidak normal dimana ia
melumpuhkan tindakan refleks anggota badan. Salur udara bagi seseorang yang
pengsan mungkin sempit atau tersekat. Ini terjadi kerana mangsa kehilangan
kawalan otot di dalam tekak, mengakibatkan lidah mengendur ke belakang dan
menutup tekak. Seseorang yang pengsan hendaklah diberi pertolongan cemas
serta-merta.
R1001 / UNIT 2/ 42
                           PERTOLONGAN CEMAS
Rawatan bagi mangsa yang pengsan:


    i.     buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan kepala
           mangsa ke belakang. Lakukan pemeriksaan ABC
    ii.    periksa nadi dan pernafasan mangsa.
    iii.   bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke
           mulut.
    iv.    jika mangsa hendak muntah letakkan mangsa dalam kedudukan
           pemulihan.
    v.     periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas.


    Kaedah AVPU adalah cara mudah untuk menilai tahap kesedaran :
           A (alert)       - Pesakit peka
           V (verbal)      - Pesakit ada respons kepada rangsangan verbal
           P (pain)        - Pesakit ada respons kepada rangsangan sakit
           U (unresponsive)- Pesakit tiada respons kepada semua
                                rangsangan.
    Cara yang terbaik untuk menimbulkan rangsangan sakit adalah dengan
    memicit otot


    vi.    kawal sebarang pendarahan. Ampu kepatahan. Lihat kecederaan lain
           yang nyata. Perhatikan tanda amaran perubatan contohnya rantai atau
           gelang.
    vii. letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan.


Amaran


    i.     jangan cuba memberi sesuatu menerusi mulut mangsa
    ii.    jangan alihkan mangsa tanpa sebarang sebab.
    iii.   jangan tinggalkan mangsa pengsan seorang diri.
R1001 / UNIT 2/ 43
                           PERTOLONGAN CEMAS


2.10 KEJUTAN ELEKTRIK


Bekalan arus elektrik dirumah, pejabat, bengkel dan kedai boleh menyebabkan
kecederaan yang teruk dan membawa maut. Kebanyakan kecederaan adalah
disebabkan suis yang rosak, wayar hampir putus dan alatan yang rosak. Air pula
merupakan pengalir elektrik yang baik. Sekiranya berlaku kemalangan yang
membabitkan arus elektrik, putuskan atau tutup suis utama sebelum bantuan
diberikan. Berikan bantuan setelah anda pasti punca elektrik telah diputuskan.


Langkah-langkah rawatan mangsa kejutan elektrik:


   i.     jika mangsa tidak sedarkan diri, bukalah salur udara dengan serta
          merta. Periksa pernafasan dan nadi mangsa. Bersedia untuk
          melakukan pemulihan pernafasan bantuan dan CPR, jika perlu.
   ii.    jika mangsa tidak sedar tetapi masih bernafas, letakkan dalam
          kedudukan pemulihan.
  iii.    sejukkan sebarang luka terbakar dengan air sejuk yang banyak seperti
          rawatan terbakar.
  iv.     rawat mangsa dari serangan renjatan.
R1001 / UNIT 2/ 44
                              PERTOLONGAN CEMAS


                         AKTIVITI 1c




       •    UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
            SELANJUTNYA…!
       •    SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
            HALAMAN BERIKUTNYA




Jawab soalan-soalan yang berikut :


2.12       Betis rakan anda tersentuh pada ekzos motor yang panas. Apakah
           tindakan yang perlu anda lakukan?
2.13       Semasa perbarisan tamat latihan Kawad diadakan rakan anda tiba-tiba
           jatuh pensan. Apakah yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan
           anda itu?
2.14       Rakan anda yang diserang kekejangan kaki dan tangan semasa aktiviti
           perkhemahan diadakan. Pernafasan rakan anda juga cepat dan tidak
           teratur. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan?
R1001 / UNIT 2/ 45
                            PERTOLONGAN CEMAS




                       MAKLUMBALAS 1c




Jawapan :


2.12   Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:


       i.     Alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang
              terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas terbakar dan
              mengurangkan kesakitan. Jika tidak terdapat air paip, sebarang
              cecair sejuk yang lain juga boleh digunakan seperti susu dan air
              minuman dalam tin.
       ii.    Tanggalkan sebarang pakaian yang ketat dari bahagian yang
              cedera sebelum ia menggelembung.
       iii.   Balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau sebarang bahan
              bersih dan nipis.


2.13   Rawatan bagi mangsa yang pengsan:


       i.     Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan kepala
              mangsa ke belakang. Lakukan pemeriksaan ABC
       ii.    Periksa nadi dan pernafasan mangsa.
       iii.   Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke
              mulut.
       iv.    Jika mangsa hendak muntah letakkan mangsa dalam kedudukan
              pemulihan.
       v.     Periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas.
R1001 / UNIT 2/ 46
                           PERTOLONGAN CEMAS


2.14   Langkah rawatan adalah seperti berikut:


       i.     Bercakaplah dengan nada tegas tetapi lembut dengan mangsa.
       ii.    Jika boleh bawa mangsa ke tempat tenang supaya ia boleh
              mengawal kembali pernafasannya.
       iii.   Biarkan mangsa bernafas menggunakan beg plastik atau karung
              kertas. Tetapi jangan terlalu lama. Ini akan menyukarkan lagi
              keadaan. Beg plastik atau karung kertas akan menyebabkan
              mangsa menggunakan udara yang sama untuk bernafas. Buka beg
              plastik sekiranya mangsa mulai bernafas secara normal. Jika
              ketegangan berterusan, biarkan mangsa menyedut semula udara
              hembusannya daripada beg plastik tersebut.
R1001 / UNIT 2/ 47
                            PERTOLONGAN CEMAS



                                INPUT




2.11 SENGATAN SERANGGA DAN GIGITAN BINATANG


Kecederaan seperti ini sering terjadi semasa aktiviti kegiatan luar diadakan.
Ancaman dari hidupan seperti ular, lipan, tebuan dan sebagainya tidak boleh
dipadang ringan. Pengetahuan mengenai rawatan kecemasan adalah perlu agar
mangsa tidak terbiar kesakitan seorang diri.




                         Rajah 12: Corak gigitan ular

     2.11.1    Patukan Ular


     Terdapat lebih kurang 136 jenis ular di Semenanjung Malaysia. Daripada
     jumlah tersebut, 104 jenis adalah dari yang tiada bisa. Jenis ular yang
     berbisa adalah ular kapak, ular katam, ular tedung dan ular laut.
R1001 / UNIT 2/ 48
                      PERTOLONGAN CEMAS
Jika seseorang itu menderita akibat gigitan ular, langkah-langkah berikut
adalah disyorkan. Kejayaan cara begini selalunya bergantung kepada masa
yang berlaku diantara waktu kena gigit dan masa pertolongan cemas
diberikan. Lebih singkat masa lebih berkesan rawatannya.




a.   Seseorang yang kena gigitan ular selalunya terkejut dan menderita
     kerana takut mati. Pulihkan rasa terkejut dan panaskan tubuh mangsa.
b.   Baringkan pesakit dan jangan biarkan ia bergerak selepas kena gigit.
     Jangan benarkan pesakit berjalan atau menggunakan tenaga. Tempat
     yang digigit mestilah jangan digerakkan.
c.   Letakkan kedudukan gigitan dibawah paras jantung.
d.   Cuci sekeliling tempat kena gigit.
e.   Kenakan alat penahan darah bagi kes gigitan ular senduk, katam dan
     ular laut, tetapi tidak bagi ular kapak kerana ini akan menambahkan
     kelemayuh (gangrene) Alat penahan darah (pengikat tourniquet) boleh
     dibuat pada bahagian peha atau lengan bergantung pada kedudukan
     gigitan. Biasanya 10 sentimeter di sebelah atas gigitan. Kekuatan
     ikatan ini adalah sekadar menutup vena-vena dan tidak terlalu ketat
     untuk menghalang pengaliran darah di arteri-arteri. Ini boleh
     dipastikan dengan adanya nadi di arteri selepas ikatan.
f.   Alat penahan darah hendaklah dilonggarkan 60 saat setiap 30 minit
     dan jangan digunakan lebih dari 8 jam.
g.   Tiub getah adalah alat yang terbaik untuk tujuan ini. Kaedah ini tidak
     akan berhasil jika dilakukan 30 minit selepas gigitan.
h.   Bawa pesakir terus ke hospital.
i.   Bunuh ular tersebut dan bawa ke hospital. Ini mungkin mustahak bagi
     mengenali jenis ular tersebut.
R1001 / UNIT 2/ 49
                            PERTOLONGAN CEMAS
    Anda juga boleh menggunakan kaedah dengan menghiris kawasan gigitan
    ular menggunakan pisau yang disterilkan, kemudian sedut keluar bisa
    tersebut dan ludah keluar dari mulut anda. Sebagai langkah keselamatan,
    anda mesti memastikan bahawa tiada pendarah atau kelukaan di dalam
    mulut anda sebelum melakukan kaedah ini.


    2.11.2      Sengatan serangga


    Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan menyebabkan kesakitan dan
    kebengkakan pada tempat yang digigit. Ia juga kadangkala menimbulkan
    perasaan ketakutan kepada mangsa. Jika seseorang itu sensitif pada sengat
    atau disengat di dalam mulut, ia akan membengkak dengan cepat.


Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:


    i.     Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.
    ii.    Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit. Jika
           boleh penyepit hendaklah disterilkan atau dibakar hujungnya supaya
           basmi kuman. Elakkan menyepit pundi racun yang biasanya berada di
           bahagian atas sengat.
    iii.   Sapukan krim antihistamine. Sekiranya tiada surgical spirit atau larutan
           amonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan.
    iv.    Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan
           mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, berilah
           mangsa seketul ais untuk dihisap.
    v.     Jika ragu-ragu dengan keadaan pesakit, dapatkan bantuan perubatan.
R1001 / UNIT 2/ 50
                           PERTOLONGAN CEMAS
     2.11.3    Sengatan hidupan laut.


     Apabila anda berkelah di tepi laut yang mempunyai ampai-ampai atau obor-
     obor, anda sebenarnya terdedah dengan sengatan obor-obor tersebut.
     Sengatan ikan sembilang juga menimbulkan kesakitan yang amat sangat
     berserta kebengkakan.


     Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut:


     1.   Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.
     2.   Curahkan alkohol atau sebarang minuman beralkohol atau cuka
          makanan ke atas luka selama beberapa minit untuk melemahkan sel-
          sel penyengat.
     3.   Sapukan krim antihistamin. Jika tiada sapukan sodium bicarbonate
          (serbuk penaik) dan air pada luka.
     4.   Taburkan serbuk bedak yang kering ke atas kulit. Serbuk pelembut
          daging yang digunakan dalam masakan “barbecue” adalah baik kerana
          ia mempunyai “papain” untuk mematikan bisa.


     Bawa pesakit ke hospital sekiranya ia mengalami alahan yang teruk atau
     berterusan.


2.12 KERACUNAN


Kes keracunan biasanya terjadi dengan tidak disengajakan. Keracunan yang
biasa terjadi adalah berpunca daripada makanan yang tercemar, sayuran atau
buah-buahan yang beracun. Keracunan juga boleh berlaku melalui resapan pada
kulit seperti racun rumpai atau racun serangga.
R1001 / UNIT 2/ 51
                          PERTOLONGAN CEMAS
Keracunan jika tidak diubati boleh menyebabkan kerosakkan sementara atau
kekal pada tubuh badan. Racun boleh tertelan, tersedut, tersentuh, terserap
dalam kulit, atau termasuk dalam mata.


    2.12.1 Keracunan makanan


    Tanda-tanda keracunan:


    1.   Biasanya mangsa mengalami loya dan muntah.
    2.   Sakit perut.
    3.   Cirit birit.
    4.   Pening kepala
    5.   Mungkin merasa deman.
    6.   Mangsa juga mungkin mengalami renjatan.


    Langkah rawatan adalah:


    1.   Rehatkan mangsa.
    2.   Beri mangsa minum air yang banyak. Meminum glukosa “isotonic” dan
         garam “oral rehydration” adalah ideal. Jus oren merupakan sumber
         kalium yang amat berguna.
    3.   Dapatkan bantuan perubatan


    2.12.2 Keracunan umum


    Tanda-tanda keracunan umum adalah:


    1.   Mangsa merasa sangat mengantuk atau tidak sedar.
    2.   Mungkin terdapat botol atau bekas yang mengandungi bahan beracun,
         tablet ubatan atau tumbuh-tumbuhan disamping mangsa
R1001 / UNIT 2/ 52
                       PERTOLONGAN CEMAS
3.   Terdapat tanda-tanda terbakar dan warna keputihan disekeliling bibir,
     mulut sekiranya mangsa tertelan raun yang mengakis
4.   Rasa sakit perut, cirit birit atau muntah.
5.   Sakit kepala dan pening
6.   Mungkin juga terdapat sesak nafas atau nafas terlalu cepat tetapi
     cetek dan pendek ataupun nafas menjadi lambat.
7.   Kemungkinan berlakunya renjatan


Langkah-langkah rawatan secara am:


1.   Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah diambilnya. Jika mangsa
     tidak sedar diri, periksa sekitar mangsa kerana ini mungkin dapat
     membantu untuk mengesan apa yang diambil mangsa
2.   Segera telefon ambulans
3.   Periksa nadi dan pernafasan mangsa. Bersedia untuk melakukan
     pemulihan bantuan pernafasan mulut kemulut.
4.   Letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan
5.   Jika anda pasti pesakit tidak tertelan racun menghakis, tetapi hanya
     buah atau tablet, muntahkan dengan menggeletek anak lidah.
6.   Cairkan racun dengan memberikan minum air atau susu yang banyak.
     Beri sedikit demi sedikit agar mangsa tidak muntah.
7.   Jangan muntahkan pesakit yang tertelan racun jenis mengakis seperti
     bahan peluntur, disinfektan dan pengilap lantai.
8.   Jika terkena bahan kimia, cuci dan bilas sisa bahan kimia pada kulit
     dengan menggunakan air yang banyak dan mengalir.
9.   Bawa mangsa ke hospital bersama-sama pil, bekas kosong atau buah
     yang dijumpai berhampiran mangsa.
R1001 / UNIT 2/ 53
                               PERTOLONGAN CEMAS




                         AKTIVITI 1d




       •    UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT
            SELANJUTNYA…!
       •    SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI
            HALAMAN BERIKUTNYA




Jawab soalan-soalan yang berikut:


2.15       Rakan anda disengat seekor lebah semasa menjalankan aktiviti merentas
           hutan. Apakah yang anda perlu lakukan?
2.16       Tangan rakan anda digigit seekor anjing liar semasa cuba untuk melarikan
           diri dari anjing liar tersebut. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan.
R1001 / UNIT 2/ 54
                            PERTOLONGAN CEMAS


                       MAKLUMBALAS 1d




Jawapan :


2.15   Langkah rawatan yang perlu anda lakukan adalah:


       vi.     Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya.
       vii.    Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit.
               Jika boleh penyepit hendaklah disterilkan atau dibakar hujungnya
               supaya basmi kuman. Elakkan menyepit pundi racun yang biasanya
               berada di bahagian atas sengat.
       viii.   Sapukan krim antihistamine. Sekiranya tiada surgical spirit atau
               larutan amonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan.
       ix.     Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan
               dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut,
               berilah mangsa seketul ais untuk dihisap.
       x.      Jika ragu-ragu dengan keadaan pesakit, dapatkan bantuan
               perubatan.
R1001 / UNIT 2/ 55
                           PERTOLONGAN CEMAS
2.16   Langkah rawatan yang perlu anda lakukan adalah:


       i.     Cuci luka dengan bersih mengunakan air dan sabun.
       ii.    Sekiranya luka adalah serius, kawal dan cegah pendarahan dengan
              menggunakan tekanan secara terus. Angkat bahagian luka agar
              lebih tinggi dari jantung mangsa.
       iii.   Tutup luka dengan pembalut atau pad yang bersih.
       iv.    Bawalah mangsa ke hospital.
R1001 / UNIT 2/ 56
                           PERTOLONGAN CEMAS




                           PENILAIAN KENDIRI




Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian
kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan .
Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda.
Selamat mencuba semoga berjaya !!!


1.   Kereta A telah melanggar kereta B diatas lebuhraya. Kemalangan
     menyebabkan kereta B tercampak ke tiang letrik di tepi lebuhraya.
     Hentaman ini telah menyebabkan talian kuasa jatuh ke atas bumbung
     kereta B. Kereta A telah terbabas keluar dari jalan. Senaraikan perkara yang
     anda harus perhatikan semasa penilaian tempat kejadian.


2.   Apakah keperluan yang perlu ada sekiranya anda ingin menyediakan kotak
     pertolongan cemas untuk kegunaan aktiviti rekreasi anda?
R1001 / UNIT 2/ 57
                              PERTOLONGAN CEMAS


                    1
                     P
                    2     3         4
                                     A
                                                 5    6
                                                           S
               7
                               H                      S
                                                      8
                                                            I
         9
                               10
                                     A                           D
              T



MELINTANG

2. Kecederaan terbakar anggota ini perlu diberi perhatian walaupun ianya kurang 10%

5. Bawalah ia bersama untuk membantu masalah cirit-birit

7. Pendarahan akibat benda tajam seperti pisau

8. Ia amat berguna digunakan untuk kes kecederaan lebam

9. Tindakan rawatan yang membabitkan tekanan bahagian dada. Jangan lakukan pada
mereka yang sihat

10. Peperiksaan tempat ini menentukan peredaran darah seseorang itu masih beroperasi

KE BAWAH

1. Ramai yang menggunakannya untuk mengatasi kebanyakkan rasa tidak selesa. Tetapi
ada juga orang yang alah dengannya

3. Ancamannya boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan seawal mungkin

4. Penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti nafas berbunyi, kulit lebam,hidung
kembang dan pergerakan dada yang tersedut

6. Tindakan ini dilakukan semasa peringkat B dalam melakukan pemeriksaan ABC

7. Sekiranya tiada sebarang alat semasa kawan anda mengalami luka terhiris, anda perlu
lakukan tindakan tekanan ini
R1001 / UNIT 2/ 58
                            PERTOLONGAN CEMAS




                        MAKLUMBALAS


                    Adakah anda telah mencuba dahulu ???
                   Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda .


JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI




JAWAPAN :


1.   Pastikan keselamatan diri anda terjamin dan anda tidak menimbulkan
     sebarang bahaya dengan:
     •   Letakkan kenderaan anda ditempat yang selamat dan nyalakan lampu
         kecemasan pada kenderaan anda.
     •    Jangan berlari melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi ke tempat
         kemalangan.
     •   Jika kemalangan berlaku diwaktu malam, pakailah pakaian berwarna
         cerah dan bawa lampu picit.
     Ambil langkah-langkah keselamatan yang berikut:
     •   Telefon    pusat   perkhidmatan   kecemasan   dengan    segera    dan
         maklumkan suasana kejadian terutama keadaan talian kuasa yang
         jatuh di atas kereta B dan bilangan mangsa.
     •   Arahkan orang yang menyaksikan kemalangan supaya memberi
         amaran kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lain.
     •   Arahkan orang yang menyaksikan kejadian agar berada sekurang-
         kurangnya 18 meter dari kawasan kejadian.
     •   Letakkan papan tanda tiga segi sejauh kira-kira 200 meter dari
         kawasan kejadian.
R1001 / UNIT 2/ 59
                               PERTOLONGAN CEMAS
     •       Tutup suis enjin kenderaan A yang terlibat dalam kemalangan samada
             enjin masih hidup atau telah dimatikan. Jangan hampiri kenderaan B
             sehingga anda diberitahu bahawa bekalan kuasa telah diputuskan.
             Bahan-bahan seperti kayu kering atau pakaian tidak berupaya
             melindungi anda daripada arus elektrik bervoltan tinggi. Bekalan kuasa
             harus diputuskan dan dipisahkan sebelum mangsa dalam kereta B
             didekati. Faktor ini amat penting terutama apabila talian kuasa elektrik
             laluan atas.
     •       Pastikan kenderaan dalam keadaan stabil. Jika kenderaan dalam
             keadaan tegak, tarik brek neutral, atau gunakan penghalang pada
             tayar. Jika kenderaan terbalik pada sisinya, biarkan sahaja. Cuba
             halang kenderaan itu daripada terbalik sepenuhnya.
     •       Perhatikan bahaya fizikal yang lain. Adakah sesiapa yang merokok,
             membawa bahan kimia berbahaya, kerosakan talian bekalan elektrik,
             telefon bimbit.


2.         KOTAK PERTOLONGAN CEMAS
           Keperluan pembebatan (dressing) dan balutan (bandages)
     i.      White Open Wove (WOW)         - untuk memegang pembebatan
             bandage                         pada tempatnya.
                                           - 5cm x 5m, 7.5cm x 5m, 91cm x 5m
     ii.     Sterile stretch bandage       - untuk memegang pembebatan
                                            pada tempatnya.
                                           - 7.5 cm x 1.9 m , 11.4 cm x 3.7 m
     iii.    Gauze ( kain kasa )           - rawatan luka melecur, bisul dsb
     iv.     Sterile gauze                 - rawatan luka melecur, bisul dsb.
     v.      Kain tiga segi                - membalut anggota cedera
     vi.     Pembalut crepe                - untuk menahan darah keluar
     vii. Plaster pelbagai saiz            - menutup luka kecil.
     viii Roll of surgical tape            - menetapkan pembebatan dan balutan
R1001 / UNIT 2/ 60
                              PERTOLONGAN CEMAS
ix. Gunting                           - memotong pakaian , surgical tape
x.      Safety pin                    - mengemaskan kedudukan balutan
xi. Kapas                             - membersihkan luka dan kotoran.


      Keperluan untuk rawatan dan mencuci luka
      Antiseptik cream                - Burnol , salvon
i.       Cecair antiseptik            - mencuci peralatan perubatan
ii.      Cecair antiseptik            - mencuci kekotoran pada kulit
iii.     Eusol                        - pencuci luka yang septic dan kudis
iv.      Hydrogen peroxide            - mencuci kekotoran seperti pasir
                                       pada luka
v.       Acriflavine lotion           - ubat luka
vi.      Povidone iodine              - ubat luka
viii. Normal saline                   - pencuci luka, kudis dan bisul
ix.      Habitine (5% spirit )        - mencuci peralatan (basmi kuman)




Keperluan ubatan (drug) dan lain-lain


i.       PCM (Paracetamol )           - analgasic seperti pening
ii.      Gelusil / actal              - gastrik
iii.     Minyak LMS                   - minyak gosok
iv.      Spray kekejangan             - meredakan sakit otot
v.       Spray antiseptik             - meredakan luka kecil seperti calar
vi.      Garam ORS                    - meredakan sakit cirit-birit
vii. Painkillers ( bawah kawalan) - ubat tahan sakit.
R1001 / UNIT 2/ 61
            PERTOLONGAN CEMAS

        P
        C
        M    U   K   A
             L       S       O   R   S
             A       F           A
    T   E    R   H   I   R   I   S
    E                S           A   I     S
C   P   R            I
    A            K   A   R   O   T   I     D
    T

Más contenido relacionado

Similar a R1001unit2 100222101706-phpapp01

AR101 -POLIBRIGED ( PERTOLONGAN CEMAS)
AR101 -POLIBRIGED ( PERTOLONGAN CEMAS)AR101 -POLIBRIGED ( PERTOLONGAN CEMAS)
AR101 -POLIBRIGED ( PERTOLONGAN CEMAS)mokhtar
 
Kb 3 bantuan hidup dasar
Kb 3 bantuan hidup dasarKb 3 bantuan hidup dasar
Kb 3 bantuan hidup dasarpjj_kemenkes
 
Kb 3 bantuan hidup dasar
Kb 3 bantuan hidup dasarKb 3 bantuan hidup dasar
Kb 3 bantuan hidup dasarpjj_kemenkes
 
Nota pertolongan cemas
Nota pertolongan cemasNota pertolongan cemas
Nota pertolongan cemasBritney Sim
 
3. BHD DAN RJP ok.pptx
3. BHD DAN RJP ok.pptx3. BHD DAN RJP ok.pptx
3. BHD DAN RJP ok.pptxRafaKhan7
 
27994363 pengenalan-pertolongan-cemas
27994363 pengenalan-pertolongan-cemas27994363 pengenalan-pertolongan-cemas
27994363 pengenalan-pertolongan-cemasAuroral Flame
 
Nota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan CemasNota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan CemasD'sya Famili
 
IHT BHD RSSA 2023.pptx
IHT BHD RSSA 2023.pptxIHT BHD RSSA 2023.pptx
IHT BHD RSSA 2023.pptxThohaMansyur
 
FISRT AID PRINT.pptx
FISRT AID PRINT.pptxFISRT AID PRINT.pptx
FISRT AID PRINT.pptxNuranto4
 
7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]
7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]
7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]Winarso Arso
 
FIRST AID By dr.Aminullah 2014
FIRST AID By dr.Aminullah 2014FIRST AID By dr.Aminullah 2014
FIRST AID By dr.Aminullah 2014dki amin
 
Per cemas
Per cemasPer cemas
Per cemasamier84
 
Kegawatdaruratan respirasi
Kegawatdaruratan respirasiKegawatdaruratan respirasi
Kegawatdaruratan respirasiNurul Sari
 

Similar a R1001unit2 100222101706-phpapp01 (20)

Bhd awam
Bhd awamBhd awam
Bhd awam
 
AR101 -POLIBRIGED ( PERTOLONGAN CEMAS)
AR101 -POLIBRIGED ( PERTOLONGAN CEMAS)AR101 -POLIBRIGED ( PERTOLONGAN CEMAS)
AR101 -POLIBRIGED ( PERTOLONGAN CEMAS)
 
Kb 3 bantuan hidup dasar
Kb 3 bantuan hidup dasarKb 3 bantuan hidup dasar
Kb 3 bantuan hidup dasar
 
P3K.ppt
P3K.pptP3K.ppt
P3K.ppt
 
Kb 3 bantuan hidup dasar
Kb 3 bantuan hidup dasarKb 3 bantuan hidup dasar
Kb 3 bantuan hidup dasar
 
Nota pertolongan cemas
Nota pertolongan cemasNota pertolongan cemas
Nota pertolongan cemas
 
3. BHD DAN RJP ok.pptx
3. BHD DAN RJP ok.pptx3. BHD DAN RJP ok.pptx
3. BHD DAN RJP ok.pptx
 
Cpr
CprCpr
Cpr
 
bhd.pdf
bhd.pdfbhd.pdf
bhd.pdf
 
27994363 pengenalan-pertolongan-cemas
27994363 pengenalan-pertolongan-cemas27994363 pengenalan-pertolongan-cemas
27994363 pengenalan-pertolongan-cemas
 
Nota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan CemasNota Pertolongan Cemas
Nota Pertolongan Cemas
 
IHT BHD RSSA 2023.pptx
IHT BHD RSSA 2023.pptxIHT BHD RSSA 2023.pptx
IHT BHD RSSA 2023.pptx
 
FISRT AID PRINT.pptx
FISRT AID PRINT.pptxFISRT AID PRINT.pptx
FISRT AID PRINT.pptx
 
7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]
7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]
7. pertolongan pertama pada kecelakaan [p3 k]
 
FIRST AID By dr.Aminullah 2014
FIRST AID By dr.Aminullah 2014FIRST AID By dr.Aminullah 2014
FIRST AID By dr.Aminullah 2014
 
Per cemas
Per cemasPer cemas
Per cemas
 
Kegawatdaruratan respirasi
Kegawatdaruratan respirasiKegawatdaruratan respirasi
Kegawatdaruratan respirasi
 
Resusitasi jantung paru
Resusitasi jantung paruResusitasi jantung paru
Resusitasi jantung paru
 
First aid
First aidFirst aid
First aid
 
First aid
First aidFirst aid
First aid
 

Más de rsd kol abundjani

Más de rsd kol abundjani (20)

Rpkps
RpkpsRpkps
Rpkps
 
Modul 7-format-kpt
Modul 7-format-kptModul 7-format-kpt
Modul 7-format-kpt
 
Draft kurikulum-2013-per-tgl-13-november-2012-pukul-14
Draft kurikulum-2013-per-tgl-13-november-2012-pukul-14Draft kurikulum-2013-per-tgl-13-november-2012-pukul-14
Draft kurikulum-2013-per-tgl-13-november-2012-pukul-14
 
Aspek penilaian
Aspek penilaianAspek penilaian
Aspek penilaian
 
8. pengembangan bahan ajar
8. pengembangan bahan ajar8. pengembangan bahan ajar
8. pengembangan bahan ajar
 
Tema tema kkn-ppm1
Tema tema kkn-ppm1Tema tema kkn-ppm1
Tema tema kkn-ppm1
 
Tayang peranan wi dan tantangannya ddn 09-12-09
Tayang peranan wi dan tantangannya ddn 09-12-09Tayang peranan wi dan tantangannya ddn 09-12-09
Tayang peranan wi dan tantangannya ddn 09-12-09
 
Spmpt
SpmptSpmpt
Spmpt
 
Skd
SkdSkd
Skd
 
pengawasan mutu pangan
pengawasan mutu panganpengawasan mutu pangan
pengawasan mutu pangan
 
Rpp opd seminar executive edit
Rpp opd seminar executive editRpp opd seminar executive edit
Rpp opd seminar executive edit
 
Pelatihan applied approach
Pelatihan applied approachPelatihan applied approach
Pelatihan applied approach
 
Matematika bangun-datar
Matematika bangun-datarMatematika bangun-datar
Matematika bangun-datar
 
Kuliah pendahuluan bioo teknologi pertanian
Kuliah pendahuluan bioo teknologi pertanianKuliah pendahuluan bioo teknologi pertanian
Kuliah pendahuluan bioo teknologi pertanian
 
Konsep penulisan modul mata pelajaran
Konsep penulisan modul mata pelajaranKonsep penulisan modul mata pelajaran
Konsep penulisan modul mata pelajaran
 
Kerangka acuan dan laporan
Kerangka acuan dan laporanKerangka acuan dan laporan
Kerangka acuan dan laporan
 
Keindahan matematik dan angka
Keindahan matematik dan angkaKeindahan matematik dan angka
Keindahan matematik dan angka
 
Kebijakan nasional spmi pt
Kebijakan nasional spmi ptKebijakan nasional spmi pt
Kebijakan nasional spmi pt
 
Jurnal pelatihan jafung adminkes
Jurnal pelatihan jafung adminkesJurnal pelatihan jafung adminkes
Jurnal pelatihan jafung adminkes
 
Inventarisasi koleksi perpustakaan
Inventarisasi koleksi perpustakaanInventarisasi koleksi perpustakaan
Inventarisasi koleksi perpustakaan
 

R1001unit2 100222101706-phpapp01

  • 1. R1001 / UNIT 2/ 1 PERTOLONGAN CEMAS UNIT 2 PERTOLONGAN CEMAS OBJEKTIF Objektif am : • Mengetahui punca sesuatu kemalangan • Mengetahui rawatan yang perlu diberikan • Aplikasi rawatan untuk sesuatu kemalangan atau kecederaan Objektif khusus : Di akhir unit ini anda sepatutnya dapat :- Ø menyatakan punca dan rawatan yang perlu bagi sesuatu kecederaan Ø mengenal punca sesuatu kecederaan Ø memberi rawatan kecemasan bagi sesuatu kemalangan
  • 2. R1001 / UNIT 2/ 2 PERTOLONGAN CEMAS INPUT 2.0 PENGENALAN Pertolongan cemas sepatutnya dipelajari serta diamalkan oleh setiap rakyat Malaysia. Tugas dalam memberikan perkhidmatan kecemasan tidak semestinya dibebankan pada pihak hospital, doktor-doktor dan ahli pertolongan cemas terlatih sahaja. Malahan ia sepatutnya dipikul oleh setiap lapisan masyarakat. Ini adalah kerana kemalangan dan kecelakaan boleh terjadi pada bila-bila masa samada di dalam rumah, pejabat, sekolah atau di kawasan terbuka. Apabila berlaku kemalangan atau kecemasan, anda mungkin menjadi orang yang berada di lokasi ataupun orang yang pertama tiba ke lokasi kemalangan atau kecemasan. Oleh itu anda merupakan Responder Pertama atau ahli pertolongan cemas yang berpotensi untuk menyelamatkan nyawa atau untuk mengurangkan kemungkinan kecederaan dari menjadi lebih teruk. Bagi membolehkan anda menjalankan rawatan kecemasan yang baik, anda mestilah mempunyai pengetahuan ilmu pertolongan cemas yang mahir dan cekap. Di dalam unit ini anda akan didedahkan mengenai ilmu pertolongan cemas agar anda dapat memberikan rawatan pertolongan cemas dengan baik.
  • 3. R1001 / UNIT 2/ 3 PERTOLONGAN CEMAS 2.1 DEFINISI PERTOLONGAN CEMAS Definisi – Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan. Matlamat utama anda sebagai ahli pertolongan cemas adalah: • untuk menyelamatkan nyawa • mengelakkan kecederaan dari bertambah teruk • mengurangkan kesakitan • sebagai persediaan sebelum diambilalih oleh ambulan atau doktor 2.2 PETUA-PETUA PERTOLONGAN CEMAS i. Buat penilaian segera dan menyeluruh pada mangsa dan kawasan ii. Atasi punca kecemasan sekiranya ada atau pindahkan mangsa dari keadaan merbahaya. iii. Bertindak dengan waspada dan penuh yakin iv. Cara terbaik untuk memeriksa pesakit ialah mulai dari muka, kemudian badan dan seterusnya anggota. Perhatikan warna kulit dan air muka pesakit. Bibir kebiruan menunjukkan masalah pernafasan disebabkan kekurangan oksigen. Muka pucat dan berkeringat adalah tanda-tanda renjatan. v. Periksa nadi dan pernafasan mangsa. vi. Kawal pendarahan vii. Tentukan tahap kesedaran mangsa
  • 4. R1001 / UNIT 2/ 4 PERTOLONGAN CEMAS viii. Jangan cuba beri bantuan berlebih-lebihan. Beri bantuan yang mustahak saja dan elakkan kecederaan bertambah parah. Beri bantuan ikut keparahan. ix. Tenangkan dan kendali dengan cermat. Tanggalkan pakaian jika perlu. x. Beri bantuan / maklumat kepada pihak hospital/ berkenaan 2.3 SISTEM PERNAFASAN DAN PEREDARAN DARAH Semasa bernafas, kita sebenarnya menyedut dan menghembuskan udara. Udara yang disedut dibawa masuk ke paru-paru dan seterusnya meresapkan oksigen ke dalam darah. Udara yang anda sedut sebenarnya hanya mempunyai 21% sahaja oksigen dan selebihnya adalah kompisisi gas nitrogen. Badan kita hanya memerlukan sebanyak 5% oksigen untuk melakukan proses respirasi. Bilangan pernafasan bagi seseorang adalah seperti berikut: Dewasa 15 hingga 20 kali seminit. Kanak-kanak 6 hingga 10 tahun 22 hingga 25 kali seminit Bayi 35 hingga 40 kali seminit. Bilangan nadi bagi seseorang pula adalah seperti berikut: Orang dewasa 70 – 80 seminit Kanak-kanak 90 – 100 seminit Bayi 100 - 140 seminit Sel-sel otak kita akan mulai mati sekiranya tidak mendapat bekalan oksigen selama tiga minit.
  • 5. R1001 / UNIT 2/ 5 PERTOLONGAN CEMAS Anda boleh memeriksa nadi anda atau rakan anda di pergelangan tangan (nadi radial) atau di leher (nadi karotid). Jangan gunakan ibu jari untuk memeriksa nadi sebaliknya jugakan hujung jari telunjuk, jari tengah dan jari manis anda. Nadi radial Nadi karotik Nadi brakial Rajah 1 : Cara memeriksa nadi Sementara itu, sistem peredaran darah pula adalah berfungsi untuk menyalurkan dan mengagihkan bahan makanan dan oksigen ke segenap sel-sel kita di dalam badan dan juga membawa bahan buangan keluar. Dalam badan seorang dewasa, terdapat sekitar empat hingga enam liter darah dan setiap tujuh kilogram berat badan mengandungi 0.5 liter darah. Fungsi darah adalah seperti berikut: i. Membawa oksigen dan bahan makanan ke tisu ii. Membawa bahan buangan ke organ pembuangan iii. Melawan penyakit iv. Membawa enzim dan hormon ke organ sasaran v. Mengawal suhu badan vi. Menghentikan pendarahan
  • 6. R1001 / UNIT 2/ 6 PERTOLONGAN CEMAS 2.4 RESUSITASI KARDIOPULMONARI ( CPR ) Resusitasi kardiopulmonari atau lebih dikenali dengan nama ringkasnya CPR adalah bantuan kecemasan yang diberikan kepada mangsa kecederaan yang tidak mempunyai denyutan nadi dan tidak bernafas. Ia merupakan kombinasi teknik pernafasan bantuan mulut ke mulut (atau bantuan pernafasan dengan kaedah lain) dan juga tekanan dada. Sebelum ini anda telah dimaklumkan bahawa udara yang disedut mempunyai 21% oksigen dan badan hanya memerlukan 5% sahaja oksigen untuk melakukan proses respirasi. Ini bermakna udara hembusan anda masih mempunyai baki oksigen sebanyak 16%. Baki oksigen inilah yang akan dihembus ke dalam badan mangsa kecederaan untuk membantu memperolehi oksigen. Anda harus ingat bahawa mangsa juga hanya memerlukan sebanyak 5% oksigen sahaja dari 16% yang dibekalkan. Tekanan yang dilakukan semasa CPR pula berperanan untuk membantu jantung mengepam udara yang dihembus tadi ke seluruh anggota badan. Jadi CPR sebenarnya adalah agen untuk membantu mangsa yang tidak bernafas dan tiada nadi untuk melakukan proses respirasi seperti orang sihat. Secara umumnya terdapat dua sebab utama CPR perlu dilakukan iaitu: i. terhenti pernafasan. ii. tiada nadi.
  • 7. R1001 / UNIT 2/ 7 PERTOLONGAN CEMAS Sementara itu untuk melakukan CPR terdapat tiga prinisip asas yang perlu anda lakukan iaitu ABC: A - AIRWAY - SALURAN PERNAFASAN B - BREATHING - PERNAFASAN C - CIRCULATION - PEREDARAN DARAH 2.4.1 Punca-punca terhenti pernafasan (Asfiksia) Sebarang gangguan terhadap proses respirasi boleh mengakibatkan terhentinya pernafasan dan akan membawa kepada kematian. Asfiksia (aspyxia) merupakan istilah yang digunakan bagi kes sesak nafas atau terhalang pernafasan hingga menyebabkan kekurangan oksigen pada paru- paru. Asfiksia akan menyebabkan darah beroksigen rendah dalam badan. Kekurangan oksigen ini dikenali sebagai hipoksia. Sekiranya dibiarkan ia akan membawa kepada maut. Anda harus ingat bahawa sel-sel otak mulai mati sekiranya bekalan oksigen tidak diterima dalam masa tiga minit. Oleh itu tindakan segera harus diambil untuk mengatasi keadaan ini. Tanda-tanda seseorang itu mengalami hipoksia adalah: 1. pernafasan yang cepat,tercungap-cungap dan seperti menderita kesakitan 2. rasa terkeliru, mudah meradang dan agresif yang membawa kepada keadaan tidak sedarkan diri. 3. lazimnya, kulit akan menjadi lebam kebiruan 4. jika tidak dikawal, fungsi jantung akan terhenti.
  • 8. R1001 / UNIT 2/ 8 PERTOLONGAN CEMAS Antara punca-punca boleh menyebabkan asfiksia adalah: i. Lemas a. Pakaian atau kain menutup muka b. Lemas di air – tidak mendapat udara c. Lemas di dalam bilik bergas – tidak mendapat oksigen ii. Tercekik a. Tersekat benda atau tergantung b. Terhalang (makanan masuk saluran paru-paru ) iii. Kejutan b. Arus elektrik c. Kilat Tanda-tanda am salur udara yang tersumbat adalah: 1. pernafasan yang berbunyi bising dan tercungap-cungap 2. pergerakan dada akan tersedut ke dalam dan perut menonjol ke luar 3. kulit kelihatan lebam kebiruan 4. lubang hidung menjadi kembang
  • 9. R1001 / UNIT 2/ 9 PERTOLONGAN CEMAS 2.4.2 Pemeriksaan ABC A (Airway) Saluran pernafasan. Ini merupakan tindakan pertama yang perlu dilakukan dalam proses CPR. Tujuan ia dilakukan adalah untuk memastikan saluran udara untuk pernafasan adalah terbuka. Anda boleh membuka saluran udara ini dengan mendongakkan kepala mangsa ke belakang dan angkat dagu mangsa. Kedudukan ini akan mengangkat lidah mangsa dari arah belakang tekak supaya ia tidak menghalang laluan udara. Anda juga perlu membuat pemeriksaan secara visual ke dalam mulut mangsa dan gunakan jari anda untuk membuang sebarang bahan asing dari mulut. Contohnya gigi palsu yang telah pecah. B (Breathing) Pernafasan. Selepas saluran pernafasan dibuka, tindakan seterusnya yang perlu anda lakukan adalah memeriksa pernafasan mangsa. Dekatkan telinga anda disisi mulut dan hidung mangsa dengan keadaan muka menghadap ke dada mangsa. Keadaan tersebut membolehkan anda mendengar bunyi nafas, merasa hembusan nafas dan mata anda memandang tepat kearah dada untuk melihat pergerakkan turun-naik dada. (Kaedah 3M =Mendengar,Merasa,Melihat). Jika tiada nafas anda perlu memberikan pernafasan bantuan. Contohnya mulut ke mulut. C (Circulation) Peredaran darah. Langkah ke tiga adalah untuk mengekalkan peredaran darah. Langkah ini perlu dilakukan sekiranya jantung mangsa telah terhenti ataupun nadi mangsa telah tidak berdenyut. Sekiranya mangsa mempunyai denyutan nadi anda hanya perlu meneruskan langkah kedua iaitu bantuan pernafasan sehingga mangsa boleh bernafas dengan sendiri. Langkah ketiga ini dilakukan dengan memberi tekanan atau mampatan di dada mangsa. Semasa tekanan dilakukan tangan anda hendaklah sentiasa lurus. Gunakan berat bandan anda untuk melakukan tekanan. Pastikan kedudukan tekanan di tulang dada (sternum) dan sekitar dua jari dari atas hulu hati(cuaran xiphoid).
  • 10. R1001 / UNIT 2/ 10 PERTOLONGAN CEMAS 2.4.3 Kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut 1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan. 2. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. 3. Buang sebarang benda asing dari mulut. 4. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa. 5. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. 6. Tentukan mulutnya terbuka 7. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. 8. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. 9. Tarik nafas kembali dan ulangi langkah 1 hingga 8. Buatlah hembusan pada kadar 10 kali seminit. 10. Jika mangsa telah mula bernafas secara normal, letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan. (rujuk halaman 16) Catatan: 1. Gunakan kaedah mulut ke hidung sekiranya mulut pesakit tersumbat dan tidak boleh dibersihkan segera. Pastikan bibir mangsa dipicit rapi agar udara yang ditiup melalui hidung tidak keluar melalui mulut mangsa. 2. Gunakan kaedah mulut ke mulut dan hidung sekiranya mangsa adalah bayi atau kanak-kanak yang kecil. Tiup dengan lembut dan perlahan agar tidak mencederakan paru-paru mangsa.
  • 11. R1001 / UNIT 2/ 11 PERTOLONGAN CEMAS 3. Pastikan dada bergerak naik semasa hembusan. Sekiranya dada tidak naik ini menunjukkan bahawa salur udara mungkin terhalang oleh muntah, darah atau sebagainya. Anda mungkin perlu memberi rawatan mangsa yang tercekik. 2.4.4 Rawatan tercekik mangsa tidak sedar 1. Mangsa tercekik biasanya akan memegang lehernya. 2. Periksa samada mangsa boleh bernafas atau tidak. Lakukan pemeriksaan ABC. 3. Baringkan mangsa supaya dalam kedudukan telentang. 4. Buang sebarang benda asing dari mulut. 5. Buka saluran pernafasan. Dongakkan kepala dan angkat dagu mangsa. 6. Tutup lubang hidung mangsa menggunakan ibu jari dan jari telunjuk anda. 7. Tentukan mulutnya terbuka 8. Tarik nafas sepenuhnya dan hembuskan ke mulut mangsa sehingga anda melihat dada mangsa bergerak naik. Tentukan tiada kebocoran udara semasa hembusan dilakukan. 9. Angkat mulut dan biarkan udara keluar dari paru-paru mangsa. Ambil masa selama sekitar 2 saat untuk melihat sebarang reaksi. 10. Jika tiada reaksi, anda hendaklah berlutut dan membongkok di peha mangsa. Letakkan pangkal tapak tangan di tengah-tengah abdomen mangsa iaitu antara pusat dan penghujung hulu hati. 11. Tekan abdomen dengan tepat dan cepat ke dalam dan ke atas abdomen menuju ke hulu hati sebanyak lima kali. 12. Segera ulangi langkah 4 hingga 11 sekiranya mangsa masih belum bernafas atau masih tercekik. 13. Jika mangsa mula bernafas secara normal, letakkannya dalam kedudukan pemulihan.
  • 12. R1001 / UNIT 2/ 12 PERTOLONGAN CEMAS 14. Periksa pernafasan dan kadar denyutan nadi setiap 10 minit. Tekan dengan tepat kedalam dan keatas sebanyak lima kali Condongkan kepala Rajah 2 : Tekanan bagi rawatan tercekik 2.4.5 Kaedah CPR seorang diri 1. Siasat kejadian, kenalkan diri, periksa paras kesedaran, goyangkan badan. Dapatkan bantuan. 2. Terlentangkan mangsa dan lakukan pemeriksaan ABC dan periksa seluruh badan 3. Jika tidak bernafas, berikan dua hembusan bantuan. 4. Periksa nadi karotik. Jika ada nadi, teruskan bantuan pernafasan pada kadar 12 hembusan seminit. 5. Jika nadi tiada, segera mulakan tekanan. Beri tekanan sebanyak 15 kali. Caranya adalah seperti berikut: i. letakkan tangan anda di atas dada mangsa. ii. berikan 15 kali tekanan sedalam 1.5 – 2 inci untuk orang dewasa. iii. belepas beri 15 tekanan, beri pula 2 hembusan.(1 pusingan) iv. berikan 15 kali tekanan lagi dan kemudian 2 hembusan (2 pusingan) v. selepas 4 pusingan periksa nadi karotik vi. teruskan CPR (15 tekanan da 2 hembusan ) jika tiada nadi.
  • 13. R1001 / UNIT 2/ 13 PERTOLONGAN CEMAS vii. lakukan sehingga bantuan pakar tiba. 6. Sekiranya telah ada denyutan jantung (nadi), teruskan dengan bantuan pernafasan. Periksa denyutan nadi selepas 10 kali hembusan. Bersedia untuk melakukan tekanan dada sekiranya nadi tiada. 7. Jika mangsa mulai bernafas tanpa bantuan, letakkan dia dalam kedudukan pemulihan. 8. Periksa semula pernafasan dan nadi setiap tiga minit. Catatan : 1. Jika mangsa kanak-kanak , lakukan tekanan sedalam 2.5 – 3.5 cm pada kadar 100 kali seminit. Lakukan 5 tekanan : 1 hembusan. Gunakan satu tangan sahaja untuk melakukan tekanan. 2. Jika bayi atau kanak-kanak bawah 2 tahun, lakukan tekanan sedalam 2 – 2.5 cm pada kadar 100 kali seminit. Gunakan dua jari sahaja untuk melakukan tekanan. Periksa nadi dibahagian braktial (lengan atas). 3. Jangan lakukan latihan CPR pada orang yang sihat. Lakuan pada patung (dummy). Telefon 999 atau 991 untuk mendapatkan bantuan
  • 14. R1001 / UNIT 2/ 14 PERTOLONGAN CEMAS a) dewasa b) wanita c) kanak-kanak d) bayi mengandung Rajah 3 : Rawatan tercekik mangsa sedar Rajah 4 : Kedudukan tekanan CPR
  • 15. R1001 / UNIT 2/ 15 PERTOLONGAN CEMAS Rajah 5: Ringkasan CPR
  • 16. R1001 / UNIT 2/ 16 PERTOLONGAN CEMAS 2.4.6 Kedudukan pemulihan Apabila mangsa yang diberi rawatan seperti CPR, terhenti pernafasan atau sebagainya mulai sedar dan hendaklah diletakkan dalam keadaan pemulihan. Kedudukan ini adalah bertujuan untuk menghalang lidah mangsa daripada menutupi tekak atau salur pernafasan. Oleh kerana kedudukan kepala lebih rendah sedikit daripada badan, ia akan membenarkan cecair keluar mengalir dari mulut mangsa. Ini akan mengurangkan mangsa dari menyedut kandungan perut. Kepala, leher dan bahagian belakang badan hendaklah diletakkan dalam keadaan yang lurus, manakala anggota-anggota badan yang dibengkokkan seperti kaki akan mengekalkan badan dalam kedudukan yang teguh dan selesa. Siku dibengkokkan Letakkan bahagian 1 Saluran udara 2 belakang tangan mangsa ke atas hendaklah pipinya dan biarkan dibuka terlebih di situ Kaki diluruskan dahulu Gunakan lutut anda Kepala condong ke untuk menghalang belakang dengan Kaki yang bengkok 3 mangsa daripada tergoleh jauh 4 selesa menupang badan ke atas dan Pegang dengan menghalang mangsa kemas, kemudian Sokong dan daripada tergolek golekkan mangsa lindungi muka kehadapan kearah anda menggunakan tangan anda Tangan menyokong kepala Lengan yang bengkok memberi kestabilan Rajah 6: Kedudukan pemulihan
  • 17. R1001 / UNIT 2/ 17 PERTOLONGAN CEMAS AKTIVITI 1a • UJIKAN KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA Jawab soalan-soalan yang berikut: 1.1. Berikan definisi pertolongan cemas. 1.2. Apakah sebab utama CPR perlu dilakukan? 1.3. Berapakah bilangan nadi dan kadar pernafasan bagi orang dewasa? 1.4. Cuba anda periksa nadi radial dan karotid rakan anda. 1.5. Semasa anda hendak melakukan CPR anda dapati mangsa menggunakan gigi palsu. Apakah tindakan anda? 1.6. Apa yang perlu anda buat untuk mengelakkan perut kembung semasa bantuan pernafasan diberikan? 1.7. Berapa lamakah CPR boleh dihentikan bagi memindahkan mangsa ke tempat lain? 1.8. Berapa kalikah hembusan dan tekanan yang perlu diberikan kepada mangsa semasa CPR dilakukan? Bilakah masanya untuk memeriksa nadi?
  • 18. R1001 / UNIT 2/ 18 PERTOLONGAN CEMAS MAKLUMBALAS 1a Jawapan : 2.1. Suatu rawatan pertama atau bantuan permulaan yang diberikan kepada pesakit atau mangsa kemalangan sebagai usaha rawatan pertama di dalam keadaan kecemasan sebelum ketibaan ambulan atau sebelum pesakit mendapat rawatan dari doktor atau pakar perubatan. 2.2. Sebab utama CPR perlu dilakukan apabila mangsa: iii. terhenti pernafasan dan iv. tiada nadi. 2.3. Bilangan nadi adalah 70 hingga 80 kali seminit dan kadar pernafasan adalah 15 hingga 20 kali seminit. 2.4. Nadi karotid di leher dan nadi radial di pergelangan kawan anda. 2.5. Jika boleh jangan tanggalkan gigi palsu tersebut supaya mulut anda dapat menutup rapat ke mulut mangsa. Anda perlu menanggalkannya jika ia longgar supaya tidak menghalang usaha-usaha menyelamat mangsa. 2.6. Perut kembung biasanya terjadi disebabkan oleh pemberian nafas bantuan terlalu kuat atau saluran pernafasan yang separa tersekat. Keadaan ini
  • 19. R1001 / UNIT 2/ 19 PERTOLONGAN CEMAS dapat dikurangkan dengan mengawal tekanan dan kelajuan pernafasan bantuan. Pastikan anda tidak menghembus dengan paksa jika dada telah mengembang. 2.7. Jangan hentikan CPR melainkan keadaan tempat mengancam nyawa anda atau mangsa. 2.8. 2 hembusan dan 15 kali tekanan. Lakukan sebanyak 4 pusingan. Kemudian baru memeriksa nadi. Jika nadi tiada teruskan 2 hembusan dan 15 kali tekanan sehingga 4 pusingan. Periksa semula nadi dan begitulah seterusnya. Ini bermakna satu pusingan 8 kali hembusan dan 60 kali tekanan.
  • 20. R1001 / UNIT 2/ 20 PERTOLONGAN CEMAS INPUT 2.5 PENDARAHAN KECIL Pendarahan secara umumnya terbahagi kepada tiga iaitu: 1. Pendarahan eksternal ( di bahagian luar) i. Luka terhiris - disebabkan benda tajam seperti pisau ii. Luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai iii. Luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajam iv. Luka tembus - seperti kena tikaman pisau, jarum atau peluru 2. Pendarahan internal ( di bahagian dalam ) i. Perut – muntah berdarah ii. Paru-paru / salur penafasan – batuk berdarah iii. Tali usus – darah pada dubur iv. Rahim – tumpah darah v. Buah pinggang – kencing berdarah vi. Tengkorak – darah mengalir melalui telinga dan hidung 3. Pendarahan internal tanpa kesan i. Limpa dan hati pecah ii. Pendarahan dalam otak a) Luka terhiris b) Luka terkoyak c) Lebam d) Luka tembus Rajah 7: Jenis-jenis luka
  • 21. R1001 / UNIT 2/ 21 PERTOLONGAN CEMAS 2.5.1 Rawatan Pendarahan Eksternal secara umum a) Luka-luka kecil. Rawatan bagi luka kecil lazimnya hanya memerlukan pembalutan kecil seperti plaster sahaja. Biarpun begitu rawatan perlu diberi untuk mengelakkan risiko jangkitan kuman. Langkah–langkah rawatannya adalah seperti berikut: i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. iii. keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang steril. iv. lekatkan pembebat atau plaster mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. v. gunakan pembalut untuk memegang pembebat. Rajah 8: Balutan luka
  • 22. R1001 / UNIT 2/ 22 PERTOLONGAN CEMAS b) Luka kecil yang ada benda asing. Sekiranya ada benda asing yang sukar untuk dikeluarkan dari luka seperti kaca yang terbenam atau objek-objek lain, anda hendaklah jangan cuba keluarkan objek tersebut. Tindakan anda akan mengakibatkan lebih banyak kerosakkan pada tisu dan pendarahan. Matlamat rawatan anda adalah untuk mencegah pendarahan tanpa menekan atau mencabut objek dan mendapatkan rawatan perubatan. Langkah-langkah rawatannya adalah seperti berikut: i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. iii. keringkan perlahan-lahan dengan tisu atau tuala yang telah disteril. iv. kawal pendarahan dengan menggunakan tekanan yang teguh ke atas kedua-dua bahagian atau sekitar tepi objek. v. tutup luka dengan sekeping pembalut kasa untuk mengurangkan risiko jangkitan kuman. Kemudian buat balutan sekeliling objek sehingga anda boleh membalut tanpa menekan objek. vi. bawa mangsa ke hospital. c) Jika lebam gunakan tuaman sejuk. Anda juga boleh mengalirkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang tercedera. Tuaman sejuk boleh dibuat dari kiub ais yang dibungkus dengan tuala. Tuam anggota yang cedera selama 20 minit.
  • 23. R1001 / UNIT 2/ 23 PERTOLONGAN CEMAS Balut dibahagian atas dan bawah objek Rajah 9: Balutan luka ada objek 2.5.2 Cara menahan darah a) Tekanan tepat – tekan terus pada luka tersebut dengan kain bersih jika tiada apa-apa benda pada luka atau luka tidak disertai dengan patah. i. Pembebatan (dressing) sebaik-baiknya gunakan kain / bahan yang disterilkan ii. Pada keadaan mendesak, tangan kosong boleh juga digunakan dengan menekan pada tempat berdarah. iii. Gunakan pembalut (bandage) untuk memegang pembebat. iv. Penekanan hendaklah dikekalkan sampai darah berhenti biasanya 10- 15 minit. b) Tekanan tidak tepat - tekan pada urat nadi. Gunakan ikatan penjerut (tourniquet). Jangan biarkan ikatan penjerut lebih dari 15 minit. Komplikasi pengunaan cara ini ialah boleh menyebabkan kecederaan pada otot, saraf dan pembuluh darah jika terlalu ketat. Ikatan yang longgar memburukkan lagi pendarahan. Ikatan yang lupa dilonggarkan sehingga beberapa jam menyebabkan anggota mati dan terpaksa dipotong. Gunakan kaedah ini jika anda mahir dengan ikatan tersebut.
  • 24. R1001 / UNIT 2/ 24 PERTOLONGAN CEMAS c) Anggota terputus - Kawal darah dari berterusan keluar. Bahagian putus hendaklah dibungkus dengan kain kasa yang basah, sebaik-baiknya dibasah dengan air garam isotonic yang suci kuman. Masukkan anggota putus dalam bekas plastik. Masukkan plastik tersebut ke dalam satu lagi bekas plastik yang mengandungi ketulan ais. Jangan rendam anggota putus secara langsung ke dalam ais. Hantar mangsa ke hospital. 2.5.3 Pembebatan dan pembalutan 1. Pembebatan adalah diperbuat daripada jenis kain kasa yang boleh digunakan untuk menutup luka. 2. Fungsi pembebat dan balutan adalah : i. mencegah jangkitan kuman ii. menyerap kotoran yang keluar seperti nanah dan darah iii. mengawal pendarahan dan melindungi luka 3. Jenis-jenis pembebatan ialah: i. paraffin – biasanya digunakan untuk luka besar ii. pembebat melekat – plaster , digunakan untuk luka kecil. iii. pembebat berubat – kain kasa yang disapu ubat pembunuh kuman iv. pembebat pembebat biasa – gauze 4. Peraturan membalut: i. bersihkan tangan dengan sabun. Jangan sentuh luka dengan tangan kotor. ii. cuci luka dari tempat luka ke arah keluar supaya kuman tidak masuk ke kawasan luka. iii. lekatkan pembebat mengikut saiz luka. Jangan bercakap atau batuk ke arah tempat luka. iv. gunakan pembalut untuk memegang pembebat.
  • 25. R1001 / UNIT 2/ 25 PERTOLONGAN CEMAS 5. Jenis-jenis pembalut yang biasa ialah : i. pembalut bergulung – berasal dari kain kasa ,WOW bandage ii. pembalut segi tiga , lebar dan tirus – terdiri dari kain segi tiga dari jenis kain kaliko iii. pembalut cincin – diperbuat dari pembalut tirus iv. pembalut kain krep – biasanya digunakan untuk kes terseliuh. 2.6 TERSELIUH DAN PATAH 1. Kepatahan (fraktur) merupakan salah satu kecederaan yang sering di alami oleh mangsa kemalangan. Kecederaan tulang, sendi dan otot terjadi disebabkan oleh : i. pukulan secara langsung yang tepat dan kuat. Kecederaan berlaku pada tempat yang kena pukulan, misalnya kaki dilanggar kereta. ii. pukulan sipi. Kecederaan berlaku jauh dari tempat pukulan, misalnya patah tulang peha kerana jatuh dari tempat tinggi. iii. kecederaan otot (strain). Otot telah diregang secara berlebihan. Terjadi kerana menggunakan otot secara mengejut. Sering terjadi pada ahli sukan. iv. terseliuh. Kecederaan pada sendi akibat rentapan yang kuat dan mengejut. Contoh pergerakan mengejut seperti berpusing secara mengejut semasa berlari. v. dislokasi (dislocation). Hujung tulang sendi terkeluar dari kedudukan normal. Sering terjadi pada jari kaki atau tangan.
  • 26. R1001 / UNIT 2/ 26 PERTOLONGAN CEMAS 2.6.1 Jenis-jenis patah. Patah boleh diklasifikasikan kepada beberapa kategori : i. patah tertutup. Kulit permukaan tidak luka ii. patah terbuka. Terdapat luka yang mendedahkan keretakan tulang. iii. patah berkomplikasi (melarat). Kecederaan melibatkan tulang dan organ lain seperti otak, paru-paru dan lain-lain. iv. patah ranting muda. Terjadi dikalangan kanak-kanak. v. patah penghancuran. Tulang patah lebih dari dua. vi. patah simple. Tulang patah dua sahaja. 2.6.2 Tanda-tanda kecederaan tulang. i. Rasa sakit pada bahagian tulang, sendi atau otot. ii. Mangsa mendengar bunyi atau merasa tulang patah iii. Tidak berupaya menggerakkan anggota cedera. iv. Merasa kebas atau hilang denyutan nadi pada anggota cedera. v. Bunyi atau terasa geselan hujung tulang yang tak normal. vi. Keadaan bengkak atau warna kebiruan pada tulang, sendi atau otot. vii. Bentuk, kedudukan atau pergerakan sendi tidak normal. 2.6.3 Prinsip rawatan secara am. Prinsip rawatan untuk kecederaan patah adalah seperti berikut: i. memberi rawatan segera sekiranya berlaku keadaan yang mengancam nyawa seperti gangguan pernafasan dan pendarahan yang banyak. ii. jangan pindahkan pesakit kecuali nyawanya terancam. Lakukan rawatan ditempat kejadian.
  • 27. R1001 / UNIT 2/ 27 PERTOLONGAN CEMAS iii. kurangkan kesemua pergerakan mangsa dan anggota yang cedera. Jangan cuba meluruskan bahagian yang cedera. iv. sekiranya kulit dibahagian patah terluka, jangan sentuh. Tutup dengan kain yang bersih. v. halang/ampu pergerakan anggota yang patah menggunakan belat (splin), anduh dan pembebat. vi. periksa denyutan nadi seberapa kerap yang boleh dan pastikan jari-jari tangan tidak menjadi kebas akibat pembebatan yang terlalu ketat. Rajah di bawah menunjukkan cara-cara ikatan anduh. a) Andoh besar b) Andoh tiga segi c) Patah tulang lengan atas e) Patah tulang peha d) Patah tulang dagu Rajah 10: Andoh atau balutan patah
  • 28. R1001 / UNIT 2/ 28 PERTOLONGAN CEMAS AKTIVITI 1b • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA Jawab soalan-soalan yang berikut: 2.9 Nyatakan jenis-jenis luka. 2.10 Semasa anda sedang berkhemah, rakan anda terhiris lengan tangannya dengan parang semasa mencari kayu api. Apakah tindakan yang perlu anda ambil sekiranya anda tidak mempunyai kotak pertolongan cemas. 2.11 Apakah tindakan dan rawatan yang perlu anda lakukan bila berhadapan dengan rakan anda yang mengalami kemalangan motosikal.
  • 29. R1001 / UNIT 2/ 29 PERTOLONGAN CEMAS MAKLUMBALAS 1b Jawapan: 2.9 Jenis-jenis luka adalah: i. Luka terhiris - disebabkan benda tajam seperti pisau ii. Luka terkoyak - disebabkan cakaran binatang atau dawai iii. Luka berdarah - kena pukulan tepat benda tidak tajam iv. Luka tembus - seperti kena tikam pisau, jarum atau peluru 2.10 Tindakan yang perlu diambil adalah: i. Tanggal atau gunting pakaian untuk mendedahkan luka. ii. Bersih seberapa boleh kawasan cedera. iii. Beri tekanan tepat ke atas luka dengan tapak tangan atau jari-jari anda. Jika boleh gunakan kain yang bersih, tetapi jangan buang masa untuk mencari kain pembalut. Beri tekanan sehingga darah berhenti. Biasanya sekitar 10 hingga 15 minit. iv. Angkat dan ampu anggota cedera atas dari paras jantung kawan anda. v. Baringkan mangsa. Keadaan ini akan mengurangkan pengaliran darah ke bahagian yang cedera dan mengurangkan dari risiko renjatan. vi. Dapatkan bantuan. Sekiranya telah mempunyai pembalut. Balut dengan kemas kawasan cedera. Jnagan balut terlalu ketat. Jika perdarahan tembus menerusi balutan, bal;utlah selapis lagi.
  • 30. R1001 / UNIT 2/ 30 PERTOLONGAN CEMAS 2.11 Tindakan yang perlu diambil adalah: Pastikan keselamatan diri anda terjamin dan anda tidak menimbulkan sebarang bahaya dengan: • Sekiranya anda membawa kenderaan, Letakkan kenderaan anda ditempat yang selamat dan nyalakan lampu kecemasan pada kenderaan anda. • Jangan berlari melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi ke tempat kemalangan. • Jika kemalangan berlaku diwaktu malam, pakailah pakaian berwarna cerah dan bawa lampu picit. Ambil langkah-langkah keselamatan yang berikut: • Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera dan maklumkan suasana kejadian terutama bilangan mangsa. • Arahkan orang yang menyaksikan kemalangan supaya memberi amaran kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lain. • Arahkan orang yang menyaksikan kejadian agar berada sekurang- kurangnya 18 meter dari kawasan kejadian. • Letakkan papan tanda tiga segi sejauh kira-kira 200 meter dari kawasan kejadian. • Tutup suis enjin motosikal yang terlibat dalam kemalangan samada enjin masih hidup atau telah dimatikan. Jika rakan anda tidak sedarkan diri • Jangan alih rakan anda kecuali jika benar-benar perlu. • Anggap mangsa mengalami kecederaan tulang belakang.
  • 31. R1001 / UNIT 2/ 31 PERTOLONGAN CEMAS • Jika mangsa perlu dialihkan, anda memerlukan sekurang-kurangnya tiga orang pembantu. Seorang untuk mengampu bahu dan dada, seorang untuk mengampu peha dan seorang untuk memegang kaki. Anda hendaklah sentiasa mengapu kepala rakan anda. Menanggalkan topi keledar • Hanya perlu ditanggal jika betul-betul perlu sahaja. Contohnya jika topi keledar menghalang anda dari memberi bantuan pernafasan. • Jika boleh topi keledar ditanggal sendiri oleh mangsa. • Buka topi keledar dengan menolak bahagian tepi keluar supaya kepala bebas dari tekanan. Angkat topi keledar ke atas dan kebelakang. • Sekiranya topi keledar muka penuh, Masukkan jari anda dibahagian bawah rim. Sokong leher dan pegang rahang bawah dengan jari-jari yang terbuka. Minta seseorang untuk menarik topi keledar dari bahagian atas. Rawatan kecederaan • Ikuti pemulihan kaedah ABC • Kawal pendarahan yang berlaku • Beri rawatan luka yang besar, selaran dan keretakan atau patah yang teruk • Rawat mangsa akibat renjatan.
  • 32. R1001 / UNIT 2/ 32 PERTOLONGAN CEMAS INPUT 2.7 MELECUR DAN TERBAKAR Kecederaan melecur dan terbakar adalah disebabkan oleh haba atau api. Kecederaan melecur dan terbakar akan memecahkan kulit dan membolehkan kuman memasuki kulit dan mengakibatkan jangkitan. Kemalangan di rumah merupakan punca utama luka terbakar atau melecur. Punca utama berlakunya luka terbakar adalah kecuaian menggunakan alatan contohnya terpegang seterika panas, terkena tumpahan minyak, tersentuh ekzos kenderaan terutamanya motor, terkena kejutan elektrik dan sebagainya. Rawatan pertolongan cemas biasanya berupaya menyembuhkan luka terbakar dengan baik dan secara semula jadi. Kecederaan luka terbakar dapat dikelaskan mengikut dua faktor : i. Klasifikasi terbakar atau kedalaman kecederaan ii. Peratus kawasan permukaan yang terbakar (peraturan sembilan)
  • 33. R1001 / UNIT 2/ 33 PERTOLONGAN CEMAS 2.7.1 Klasifikasi terbakar - Terbakar kulit permukaan atas sahaja - Terkena air panas atau benda panas untuk i. Kecederaan terbakar seketika atau pancaran matahari darjah pertama - Proses penyembuhan sekitar 1 minggu jika tiada masalah jangkitan kuman. - Terdapatnya gelembong air (blister) - Terkena benda panas agak lama atau semburan ii. Kecederaan terbakar api seperti gasoline. darjah kedua - Memerlukan 2 hingga 3 minggu untuk sembuh. Kemungkinan berlakunya renjatan. - Melibatkan hingga bahagian otot - Bau terbakar dapat dihidu iii. Kecederaan terbakar - Tidak ada rasa sakit atau sensasi terhadap darjah ketiga cucukan jarum. - Kemungkinan berlakunya renjatan. 2.7.2 Peraturan Sembilan Secara umumnya kebakaran 15 % (10% jika kanak-kanak) adalah memerlukan rawatan perubatan dengan segera. Kecederaan anggota penting seperti muka, organ seksual (kemaluan atau buah dada) memerlukan rawatan segera walaupun kurang daripada 10%. Peraturan Sembilan adalah satu kaedah yang digunakan untuk mengenal pasti atau mengira peratus kecederaan terbakar yang berlaku pada mangsa. Peraturan Sembilan juga membahagikan kawasan permukaan badan kepada sembilan bahagian . Ia digunakan untuk menghitung kemelaratan kecederaan dan memutuskan tahap rawatan yang perlu
  • 34. R1001 / UNIT 2/ 34 PERTOLONGAN CEMAS diberikan. Sekiranya kecederan terbakar berlaku pada tangan kanan, mangsa mengalami peratus kebakaran sebanyak sembilan peratus. • sebarang luka terbakar darjah kedua atau melebihi 1% perlu mendapatkan rawatan doktor. • kemelaratan sehingga 9% atau lebih boleh mengakibatkan renjatan. Mangsa perlu dirawat dihospital. • sebarang saiz luka berdarjah ketiga perlu dirawat dihospital. PERATURAN SEMBILAN Dewasa dan Bayi Kanak-kanak (%) (%) Kepala 9 18 Dada dan abdomen - Depan 18 18 - Belakang 18 18 Kaki dan peha kanan 18 14 Kaki dan peha kiri 18 14 Tangan kanan 9 9 Tangan kiri 9 9 Kemaluan 1 1 Keseluruhan 100 101
  • 35. R1001 / UNIT 2/ 35 PERTOLONGAN CEMAS Kepala 9% Bahagian hadapan badan 18% Bahagian belakang badan 18% Tangan kiri 9% Kemaluan 1% Bahagian belakang kaki kiri 9% Bahagian hadapan kaki kiri 9% Rajah 11: Peraturan Sembilan 2.7.3 Rawatan luka terbakar yang ringan Luka terbakar yang ringan biasanya terjadi di rumah ataupun kawasan kerja. Matlamat rawatan adalah untuk menghentikan lecuran, mengurangkan kesakitan dan gelembung dan risiko jangkitan. Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut: i. alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas terbakar dan mengurangkan kesakitan. Jika tidak terdapat air paip, sebarang cecair
  • 36. R1001 / UNIT 2/ 36 PERTOLONGAN CEMAS sejuk yang lain juga boleh digunakan seperti susu dan air minuman dalam tin. ii. tanggalkan sebarang barang kemas atau pakaian yang ketat dari bahagian yang cedera sebelum ia menggelembung. iii. balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau sebarang bahan bersih dan nipis. 2.7.4 Rawatan luka terbakar yang teruk Luka terbakar yang teruk boleh terjadi sekiranya berlaku kebakaran rumah atau kemalangan yang membabitkan kebakaran. Matlamat rawatan adalah untuk menghentikan luka terbakar dan melegakan kesakitan, memulihkan pernafasan, merawat kecederaan berkaitan dan mengurangkan risiko jangkitan. Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut: i. baringkan mangsa. Jika boleh elakkan anggota cedera dari terkena tanah. ii. dinginkan luka terbakar dengan cecair penyejuk yang secukupnya. Mungkin mengambil masa selama 10 minit atau lebih. Jangan memberi mangsa kedinginan yang berlebihan kerana boleh membawa kepada risiko penurunan suhu badan (hypotermia). iii. semasa proses penyejukan periksa saluran pernafasan dan denyutan nadi. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan. iv. tanggalkan sebarang pakaian seperti tali leher,pinggang, jam tangan,cincin, kasut dan baju terbakar sebelum anggota yang cedera menggelembung. Tanggalkan dengan perlahan. v. tutup kecederaan dengan sehelai bahan yang steril. Sejukkan dengan air untuk melegakan kesakitan.
  • 37. R1001 / UNIT 2/ 37 PERTOLONGAN CEMAS vi. rawat mangsa daripada serangan renjatan. Periksa nadi dan pernafasan sementara menanti kedatangan ambulans. 2.7.5 Terkejut (Shock) atau Renjatan Kesakitan yang amat sangat atau kehilangan darah atau cecair dalam badan yang banyak atau terperanjat. Boleh menyebabkan kematian jika tidak dikawal. Punca-punca ialah pendarahan yang banyak, cirit-birit dan muntah yang berterusan, kulit terbakar, kejutan elektrik, serangan jantung, kesakitan yang amat kuat, gangguan emosi, alahan kepada benda asing seperti bias tebuan, penicillin atau makanan, kecederaan urat saraf tunjang. Tanda-tanda renjatan adalah: i. muka bibir dan anggota pucat. ii. kulit sejuk dan berpeluh iii. pandangan kabur dan pening iv. nafas cetek dan pantas v. denyutan nadi lemah dan pantas vi. loya , muntah dan haus vii. mungkin tidak bergerak atau bercakap Langkah rawatan adalah seperti berikut: i. baring pesakit. Jika kepala tak cedera, angkat kaki 8 - 12 inci tinggi. Jika sakit dada atau sukar bernafas, letak dalam keadaan duduk atau separuh duduk. Jangan biarkan pesakit berdiri. Lakukan pemeriksaan ABC. ii. tahan darah dari keluar ( jika berdarah )
  • 38. R1001 / UNIT 2/ 38 PERTOLONGAN CEMAS iii. longgarkan pakaian dan pastikan suhu badan pesakit terkawal. Pesakit pucat dan kesejukan hendaklah diselimut. iv. jangan bagi pesakit minum kerana pesakit akan merasa loya dan makan/minum akan menyebabkan muntah. Jika hospital jauh, beri pesakit menghisap kain basah untuk kurangkan kekeringan tekak. v. usahakan pesakit dapat udara segar. Jangan biarkan pesakit dapat udara kering. Beri bantuan perubatan. 2.8 LEMAS – AIR DAN SESAK NAFAS Lemas berlaku apabila udara dihalang daripada memasuki mulut dan hidung. Seseorang yang lemas di sungai atau kolam air mungkin akan mengalami kesejukan dan juga asfiksia. Ia juga mungkin memerlukan rawatan hipotermia. Biasanya air yang masuk ke paru-paru mangsa adalah sedikit berbanding yang masuk ke dalam perut mangsa. Lemas juga boleh berlaku apabila udara yang memasuki saluran pernafasan dicemari asap yang beracun seperti asap daripada kebakaran plastik, getah dan ekzos kenderaan. Lemas juga boleh berlaku sekiranya seseorang tertimbus di dalam pasir, leher yang dijerut atau muka ditutup bantal. Tanda-tanda seseorang ini mengalami lemas adalah: i. kesukaran untuk bernafas. ii. mulut berbuih. iii. bibir dan kuku menjadi kebiruan jika puncanya tidak dialihkan serta- merta iv. kemungkinan tidak sedarkan diri.
  • 39. R1001 / UNIT 2/ 39 PERTOLONGAN CEMAS 2.8.1 Rawatan lemas kerana air 1. Bawa mangsa lemas naik ke darat, dengan kedudukan kepalanya lebih rendah daripada dada. Ini untuk mengurangkan risiko menyedut air dan muntah. 2. Baringkan mangsa sebaiknya di atas selimut atau sebagainya. 3. Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut. 4. Bagi mengelakkan terjadinya hipotermia, gantikan pakaiannya yang basah dan hindari daripada kesejukkan dengan memberi minuman panas. 5. Bawalah mangsa lemas ke hospital walaupun kelihatan telah pulih sepenuhnya. 2.8.2 Rawatan lemas kerana asap 1. Bawa atau alihkan mangsa ke tempat udara yang bersih. Walaupun begitu anda jangan cuba masuk ke dalam bilik yang dipenuhi asap tanpa memakai sebarang peralatan keselamatan. 2. Jika mangsa pengsan, periksalah denyutan nadi dan pernafasannya. 3. Bersedia untuk lakukan kaedah pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut. 4. Letakkan mangsa pada kedudukan pemulihan. 5. Jika terdapat alat oksigen, berikanlah kepada mangsa dengan syarat anda telah dilatih menggunakannya. 6. Tunggu mangsa sehingga bantuan tiba. Periksa nadi dan pernafasan setiap 10 minit.
  • 40. R1001 / UNIT 2/ 40 PERTOLONGAN CEMAS 2.8.3 Rawatan sesak nafas (kesukaran bernafas) 1. Hiperventilasi Keadaan di mana pernafasan udara yang berlebihan. Ia mungkin akan menyebabkan ketakutan dan histeria. Gejala ini mudah menyerang individu yang ketakutan dan terkejut. Tanda-tanda hiperventilasi i. Pernafasan yang cepat, dalam dan tidak normal ii. Mungkin terdapat tabiat yang memerlukan perhatian, pitam, mengantuk dan mengigil iii. Kejang kaki dan tangan. Langkah rawatan adalah seperti berikut: i. Bercakaplah dengan nada tegas tetapi lembut dengan mangsa. ii. Jika boleh bawa mangsa ke tempat tenang supaya ia boleh mengawal kembali pernafasannya. iii. Biarkan mangsa bernafas menggunakan beg plastik atau karung kertas. Tetapi jangan terlalu lama. Ini akan menyukarkan lagi keadaan. Beg plastik atau karung kertas akan menyebabkan mangsa menggunakan udara yang sama untuk bernafas. Buka beg plastik sekiranya mangsa mulai bernafas secara normal. Jika ketegangan berterusan, biarkan mangsa menyedut semula udara hembusannya daripada beg plastik tersebut.
  • 41. R1001 / UNIT 2/ 41 PERTOLONGAN CEMAS 2. Lelah Pesakit asma biasanya mengetahui cara yang terbaik untuk mengendalikan serangan. Biasanya mereka membawa bersama ubat aerosol dalam bentuk penyedut. Tanda-tanda lelah: i. kesukaran untuk bernafas dengan lepasan nafas yang panjang. ii. nafas yang berbunyi apabila mangsa menghembus nafas. iii. mangsa mungkin sukar untuk bercakap. Langkah rawatan adalah seperti berikut: i. tenangkan dan beri keyakinan pada mangsa. ii. bantu mangsa supaya ia dapat duduk dan berehat. iii. jika mangsa mempunyai ubat beri ia untuk menggunakan ubat tersebut. iv. jika ia merupakan serangan pertama dan berterusan, dapatkan bantuan ambulans. Periksa rekod nadi dan pernafasannya. 2.9 TIDAK SEDARKAN DIRI (PENGSAN) Tidak sedar diri atau pengsan adalah keadaan yang tidak normal dimana ia melumpuhkan tindakan refleks anggota badan. Salur udara bagi seseorang yang pengsan mungkin sempit atau tersekat. Ini terjadi kerana mangsa kehilangan kawalan otot di dalam tekak, mengakibatkan lidah mengendur ke belakang dan menutup tekak. Seseorang yang pengsan hendaklah diberi pertolongan cemas serta-merta.
  • 42. R1001 / UNIT 2/ 42 PERTOLONGAN CEMAS Rawatan bagi mangsa yang pengsan: i. buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan kepala mangsa ke belakang. Lakukan pemeriksaan ABC ii. periksa nadi dan pernafasan mangsa. iii. bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut. iv. jika mangsa hendak muntah letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan. v. periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas. Kaedah AVPU adalah cara mudah untuk menilai tahap kesedaran : A (alert) - Pesakit peka V (verbal) - Pesakit ada respons kepada rangsangan verbal P (pain) - Pesakit ada respons kepada rangsangan sakit U (unresponsive)- Pesakit tiada respons kepada semua rangsangan. Cara yang terbaik untuk menimbulkan rangsangan sakit adalah dengan memicit otot vi. kawal sebarang pendarahan. Ampu kepatahan. Lihat kecederaan lain yang nyata. Perhatikan tanda amaran perubatan contohnya rantai atau gelang. vii. letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan. Amaran i. jangan cuba memberi sesuatu menerusi mulut mangsa ii. jangan alihkan mangsa tanpa sebarang sebab. iii. jangan tinggalkan mangsa pengsan seorang diri.
  • 43. R1001 / UNIT 2/ 43 PERTOLONGAN CEMAS 2.10 KEJUTAN ELEKTRIK Bekalan arus elektrik dirumah, pejabat, bengkel dan kedai boleh menyebabkan kecederaan yang teruk dan membawa maut. Kebanyakan kecederaan adalah disebabkan suis yang rosak, wayar hampir putus dan alatan yang rosak. Air pula merupakan pengalir elektrik yang baik. Sekiranya berlaku kemalangan yang membabitkan arus elektrik, putuskan atau tutup suis utama sebelum bantuan diberikan. Berikan bantuan setelah anda pasti punca elektrik telah diputuskan. Langkah-langkah rawatan mangsa kejutan elektrik: i. jika mangsa tidak sedarkan diri, bukalah salur udara dengan serta merta. Periksa pernafasan dan nadi mangsa. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan dan CPR, jika perlu. ii. jika mangsa tidak sedar tetapi masih bernafas, letakkan dalam kedudukan pemulihan. iii. sejukkan sebarang luka terbakar dengan air sejuk yang banyak seperti rawatan terbakar. iv. rawat mangsa dari serangan renjatan.
  • 44. R1001 / UNIT 2/ 44 PERTOLONGAN CEMAS AKTIVITI 1c • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA Jawab soalan-soalan yang berikut : 2.12 Betis rakan anda tersentuh pada ekzos motor yang panas. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan? 2.13 Semasa perbarisan tamat latihan Kawad diadakan rakan anda tiba-tiba jatuh pensan. Apakah yang perlu anda lakukan untuk membantu rakan anda itu? 2.14 Rakan anda yang diserang kekejangan kaki dan tangan semasa aktiviti perkhemahan diadakan. Pernafasan rakan anda juga cepat dan tidak teratur. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan?
  • 45. R1001 / UNIT 2/ 45 PERTOLONGAN CEMAS MAKLUMBALAS 1c Jawapan : 2.12 Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut: i. Alirkan atau curahkan air sejuk ke atas bahagian anggota yang terbakar selama 10 minit untuk menghentikan panas terbakar dan mengurangkan kesakitan. Jika tidak terdapat air paip, sebarang cecair sejuk yang lain juga boleh digunakan seperti susu dan air minuman dalam tin. ii. Tanggalkan sebarang pakaian yang ketat dari bahagian yang cedera sebelum ia menggelembung. iii. Balut bahagian cedera dengan pembalut steril atau sebarang bahan bersih dan nipis. 2.13 Rawatan bagi mangsa yang pengsan: i. Buka salur udara dengan mengangkat dagu dan rebahkan kepala mangsa ke belakang. Lakukan pemeriksaan ABC ii. Periksa nadi dan pernafasan mangsa. iii. Bersedia untuk melakukan pemulihan pernafasan bantuan mulut ke mulut. iv. Jika mangsa hendak muntah letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan. v. Periksa tahap kesedaran mangsa dengan pantas.
  • 46. R1001 / UNIT 2/ 46 PERTOLONGAN CEMAS 2.14 Langkah rawatan adalah seperti berikut: i. Bercakaplah dengan nada tegas tetapi lembut dengan mangsa. ii. Jika boleh bawa mangsa ke tempat tenang supaya ia boleh mengawal kembali pernafasannya. iii. Biarkan mangsa bernafas menggunakan beg plastik atau karung kertas. Tetapi jangan terlalu lama. Ini akan menyukarkan lagi keadaan. Beg plastik atau karung kertas akan menyebabkan mangsa menggunakan udara yang sama untuk bernafas. Buka beg plastik sekiranya mangsa mulai bernafas secara normal. Jika ketegangan berterusan, biarkan mangsa menyedut semula udara hembusannya daripada beg plastik tersebut.
  • 47. R1001 / UNIT 2/ 47 PERTOLONGAN CEMAS INPUT 2.11 SENGATAN SERANGGA DAN GIGITAN BINATANG Kecederaan seperti ini sering terjadi semasa aktiviti kegiatan luar diadakan. Ancaman dari hidupan seperti ular, lipan, tebuan dan sebagainya tidak boleh dipadang ringan. Pengetahuan mengenai rawatan kecemasan adalah perlu agar mangsa tidak terbiar kesakitan seorang diri. Rajah 12: Corak gigitan ular 2.11.1 Patukan Ular Terdapat lebih kurang 136 jenis ular di Semenanjung Malaysia. Daripada jumlah tersebut, 104 jenis adalah dari yang tiada bisa. Jenis ular yang berbisa adalah ular kapak, ular katam, ular tedung dan ular laut.
  • 48. R1001 / UNIT 2/ 48 PERTOLONGAN CEMAS Jika seseorang itu menderita akibat gigitan ular, langkah-langkah berikut adalah disyorkan. Kejayaan cara begini selalunya bergantung kepada masa yang berlaku diantara waktu kena gigit dan masa pertolongan cemas diberikan. Lebih singkat masa lebih berkesan rawatannya. a. Seseorang yang kena gigitan ular selalunya terkejut dan menderita kerana takut mati. Pulihkan rasa terkejut dan panaskan tubuh mangsa. b. Baringkan pesakit dan jangan biarkan ia bergerak selepas kena gigit. Jangan benarkan pesakit berjalan atau menggunakan tenaga. Tempat yang digigit mestilah jangan digerakkan. c. Letakkan kedudukan gigitan dibawah paras jantung. d. Cuci sekeliling tempat kena gigit. e. Kenakan alat penahan darah bagi kes gigitan ular senduk, katam dan ular laut, tetapi tidak bagi ular kapak kerana ini akan menambahkan kelemayuh (gangrene) Alat penahan darah (pengikat tourniquet) boleh dibuat pada bahagian peha atau lengan bergantung pada kedudukan gigitan. Biasanya 10 sentimeter di sebelah atas gigitan. Kekuatan ikatan ini adalah sekadar menutup vena-vena dan tidak terlalu ketat untuk menghalang pengaliran darah di arteri-arteri. Ini boleh dipastikan dengan adanya nadi di arteri selepas ikatan. f. Alat penahan darah hendaklah dilonggarkan 60 saat setiap 30 minit dan jangan digunakan lebih dari 8 jam. g. Tiub getah adalah alat yang terbaik untuk tujuan ini. Kaedah ini tidak akan berhasil jika dilakukan 30 minit selepas gigitan. h. Bawa pesakir terus ke hospital. i. Bunuh ular tersebut dan bawa ke hospital. Ini mungkin mustahak bagi mengenali jenis ular tersebut.
  • 49. R1001 / UNIT 2/ 49 PERTOLONGAN CEMAS Anda juga boleh menggunakan kaedah dengan menghiris kawasan gigitan ular menggunakan pisau yang disterilkan, kemudian sedut keluar bisa tersebut dan ludah keluar dari mulut anda. Sebagai langkah keselamatan, anda mesti memastikan bahawa tiada pendarah atau kelukaan di dalam mulut anda sebelum melakukan kaedah ini. 2.11.2 Sengatan serangga Sengatan serangga seperti lebah dan tebuan menyebabkan kesakitan dan kebengkakan pada tempat yang digigit. Ia juga kadangkala menimbulkan perasaan ketakutan kepada mangsa. Jika seseorang itu sensitif pada sengat atau disengat di dalam mulut, ia akan membengkak dengan cepat. Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut: i. Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya. ii. Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit. Jika boleh penyepit hendaklah disterilkan atau dibakar hujungnya supaya basmi kuman. Elakkan menyepit pundi racun yang biasanya berada di bahagian atas sengat. iii. Sapukan krim antihistamine. Sekiranya tiada surgical spirit atau larutan amonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan. iv. Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, berilah mangsa seketul ais untuk dihisap. v. Jika ragu-ragu dengan keadaan pesakit, dapatkan bantuan perubatan.
  • 50. R1001 / UNIT 2/ 50 PERTOLONGAN CEMAS 2.11.3 Sengatan hidupan laut. Apabila anda berkelah di tepi laut yang mempunyai ampai-ampai atau obor- obor, anda sebenarnya terdedah dengan sengatan obor-obor tersebut. Sengatan ikan sembilang juga menimbulkan kesakitan yang amat sangat berserta kebengkakan. Langkah-langkah rawatan adalah seperti berikut: 1. Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya. 2. Curahkan alkohol atau sebarang minuman beralkohol atau cuka makanan ke atas luka selama beberapa minit untuk melemahkan sel- sel penyengat. 3. Sapukan krim antihistamin. Jika tiada sapukan sodium bicarbonate (serbuk penaik) dan air pada luka. 4. Taburkan serbuk bedak yang kering ke atas kulit. Serbuk pelembut daging yang digunakan dalam masakan “barbecue” adalah baik kerana ia mempunyai “papain” untuk mematikan bisa. Bawa pesakit ke hospital sekiranya ia mengalami alahan yang teruk atau berterusan. 2.12 KERACUNAN Kes keracunan biasanya terjadi dengan tidak disengajakan. Keracunan yang biasa terjadi adalah berpunca daripada makanan yang tercemar, sayuran atau buah-buahan yang beracun. Keracunan juga boleh berlaku melalui resapan pada kulit seperti racun rumpai atau racun serangga.
  • 51. R1001 / UNIT 2/ 51 PERTOLONGAN CEMAS Keracunan jika tidak diubati boleh menyebabkan kerosakkan sementara atau kekal pada tubuh badan. Racun boleh tertelan, tersedut, tersentuh, terserap dalam kulit, atau termasuk dalam mata. 2.12.1 Keracunan makanan Tanda-tanda keracunan: 1. Biasanya mangsa mengalami loya dan muntah. 2. Sakit perut. 3. Cirit birit. 4. Pening kepala 5. Mungkin merasa deman. 6. Mangsa juga mungkin mengalami renjatan. Langkah rawatan adalah: 1. Rehatkan mangsa. 2. Beri mangsa minum air yang banyak. Meminum glukosa “isotonic” dan garam “oral rehydration” adalah ideal. Jus oren merupakan sumber kalium yang amat berguna. 3. Dapatkan bantuan perubatan 2.12.2 Keracunan umum Tanda-tanda keracunan umum adalah: 1. Mangsa merasa sangat mengantuk atau tidak sedar. 2. Mungkin terdapat botol atau bekas yang mengandungi bahan beracun, tablet ubatan atau tumbuh-tumbuhan disamping mangsa
  • 52. R1001 / UNIT 2/ 52 PERTOLONGAN CEMAS 3. Terdapat tanda-tanda terbakar dan warna keputihan disekeliling bibir, mulut sekiranya mangsa tertelan raun yang mengakis 4. Rasa sakit perut, cirit birit atau muntah. 5. Sakit kepala dan pening 6. Mungkin juga terdapat sesak nafas atau nafas terlalu cepat tetapi cetek dan pendek ataupun nafas menjadi lambat. 7. Kemungkinan berlakunya renjatan Langkah-langkah rawatan secara am: 1. Jika mangsa sedar, tanyakan apa yang telah diambilnya. Jika mangsa tidak sedar diri, periksa sekitar mangsa kerana ini mungkin dapat membantu untuk mengesan apa yang diambil mangsa 2. Segera telefon ambulans 3. Periksa nadi dan pernafasan mangsa. Bersedia untuk melakukan pemulihan bantuan pernafasan mulut kemulut. 4. Letakkan mangsa dalam kedudukan pemulihan 5. Jika anda pasti pesakit tidak tertelan racun menghakis, tetapi hanya buah atau tablet, muntahkan dengan menggeletek anak lidah. 6. Cairkan racun dengan memberikan minum air atau susu yang banyak. Beri sedikit demi sedikit agar mangsa tidak muntah. 7. Jangan muntahkan pesakit yang tertelan racun jenis mengakis seperti bahan peluntur, disinfektan dan pengilap lantai. 8. Jika terkena bahan kimia, cuci dan bilas sisa bahan kimia pada kulit dengan menggunakan air yang banyak dan mengalir. 9. Bawa mangsa ke hospital bersama-sama pil, bekas kosong atau buah yang dijumpai berhampiran mangsa.
  • 53. R1001 / UNIT 2/ 53 PERTOLONGAN CEMAS AKTIVITI 1d • UJI KEFAHAMAN ANDA SEBELUM MENERUSKAN INPUT SELANJUTNYA…! • SILA SEMAK JAWAPAN ANDA PADA MAKLUMBALAS DI HALAMAN BERIKUTNYA Jawab soalan-soalan yang berikut: 2.15 Rakan anda disengat seekor lebah semasa menjalankan aktiviti merentas hutan. Apakah yang anda perlu lakukan? 2.16 Tangan rakan anda digigit seekor anjing liar semasa cuba untuk melarikan diri dari anjing liar tersebut. Apakah tindakan yang perlu anda lakukan.
  • 54. R1001 / UNIT 2/ 54 PERTOLONGAN CEMAS MAKLUMBALAS 1d Jawapan : 2.15 Langkah rawatan yang perlu anda lakukan adalah: vi. Tenteramkan pesakit sambil mengawasi pernafasannya. vii. Jika sengat masih ada, keluarkan dengan menggunakan penyepit. Jika boleh penyepit hendaklah disterilkan atau dibakar hujungnya supaya basmi kuman. Elakkan menyepit pundi racun yang biasanya berada di bahagian atas sengat. viii. Sapukan krim antihistamine. Sekiranya tiada surgical spirit atau larutan amonia atau larutan soda bikarbonat boleh digunakan. ix. Tuamkan kulit dengan tekanan sejuk untuk melegakan kesakitan dan mengurangkan bengkak. Sekiranya disengat di dalam mulut, berilah mangsa seketul ais untuk dihisap. x. Jika ragu-ragu dengan keadaan pesakit, dapatkan bantuan perubatan.
  • 55. R1001 / UNIT 2/ 55 PERTOLONGAN CEMAS 2.16 Langkah rawatan yang perlu anda lakukan adalah: i. Cuci luka dengan bersih mengunakan air dan sabun. ii. Sekiranya luka adalah serius, kawal dan cegah pendarahan dengan menggunakan tekanan secara terus. Angkat bahagian luka agar lebih tinggi dari jantung mangsa. iii. Tutup luka dengan pembalut atau pad yang bersih. iv. Bawalah mangsa ke hospital.
  • 56. R1001 / UNIT 2/ 56 PERTOLONGAN CEMAS PENILAIAN KENDIRI Anda telah menghampiri kejayaan . Sila cuba semua soalan dalam penilaian kendiri ini dan semak jawapan anda pada maklumbalas yang disediakan . Jika ada masalah yang timbul, sila berbincang dengan pensyarah anda. Selamat mencuba semoga berjaya !!! 1. Kereta A telah melanggar kereta B diatas lebuhraya. Kemalangan menyebabkan kereta B tercampak ke tiang letrik di tepi lebuhraya. Hentaman ini telah menyebabkan talian kuasa jatuh ke atas bumbung kereta B. Kereta A telah terbabas keluar dari jalan. Senaraikan perkara yang anda harus perhatikan semasa penilaian tempat kejadian. 2. Apakah keperluan yang perlu ada sekiranya anda ingin menyediakan kotak pertolongan cemas untuk kegunaan aktiviti rekreasi anda?
  • 57. R1001 / UNIT 2/ 57 PERTOLONGAN CEMAS 1 P 2 3 4 A 5 6 S 7 H S 8 I 9 10 A D T MELINTANG 2. Kecederaan terbakar anggota ini perlu diberi perhatian walaupun ianya kurang 10% 5. Bawalah ia bersama untuk membantu masalah cirit-birit 7. Pendarahan akibat benda tajam seperti pisau 8. Ia amat berguna digunakan untuk kes kecederaan lebam 9. Tindakan rawatan yang membabitkan tekanan bahagian dada. Jangan lakukan pada mereka yang sihat 10. Peperiksaan tempat ini menentukan peredaran darah seseorang itu masih beroperasi KE BAWAH 1. Ramai yang menggunakannya untuk mengatasi kebanyakkan rasa tidak selesa. Tetapi ada juga orang yang alah dengannya 3. Ancamannya boleh membawa maut jika tidak diberi rawatan seawal mungkin 4. Penyakit ini mempunyai tanda-tanda seperti nafas berbunyi, kulit lebam,hidung kembang dan pergerakan dada yang tersedut 6. Tindakan ini dilakukan semasa peringkat B dalam melakukan pemeriksaan ABC 7. Sekiranya tiada sebarang alat semasa kawan anda mengalami luka terhiris, anda perlu lakukan tindakan tekanan ini
  • 58. R1001 / UNIT 2/ 58 PERTOLONGAN CEMAS MAKLUMBALAS Adakah anda telah mencuba dahulu ??? Jika “ YA “ , sila semak jawapan anda . JAWAPAN PENILAIAN KENDIRI JAWAPAN : 1. Pastikan keselamatan diri anda terjamin dan anda tidak menimbulkan sebarang bahaya dengan: • Letakkan kenderaan anda ditempat yang selamat dan nyalakan lampu kecemasan pada kenderaan anda. • Jangan berlari melintasi jalan raya yang sibuk untuk pergi ke tempat kemalangan. • Jika kemalangan berlaku diwaktu malam, pakailah pakaian berwarna cerah dan bawa lampu picit. Ambil langkah-langkah keselamatan yang berikut: • Telefon pusat perkhidmatan kecemasan dengan segera dan maklumkan suasana kejadian terutama keadaan talian kuasa yang jatuh di atas kereta B dan bilangan mangsa. • Arahkan orang yang menyaksikan kemalangan supaya memberi amaran kepada pemandu-pemandu kenderaan yang lain. • Arahkan orang yang menyaksikan kejadian agar berada sekurang- kurangnya 18 meter dari kawasan kejadian. • Letakkan papan tanda tiga segi sejauh kira-kira 200 meter dari kawasan kejadian.
  • 59. R1001 / UNIT 2/ 59 PERTOLONGAN CEMAS • Tutup suis enjin kenderaan A yang terlibat dalam kemalangan samada enjin masih hidup atau telah dimatikan. Jangan hampiri kenderaan B sehingga anda diberitahu bahawa bekalan kuasa telah diputuskan. Bahan-bahan seperti kayu kering atau pakaian tidak berupaya melindungi anda daripada arus elektrik bervoltan tinggi. Bekalan kuasa harus diputuskan dan dipisahkan sebelum mangsa dalam kereta B didekati. Faktor ini amat penting terutama apabila talian kuasa elektrik laluan atas. • Pastikan kenderaan dalam keadaan stabil. Jika kenderaan dalam keadaan tegak, tarik brek neutral, atau gunakan penghalang pada tayar. Jika kenderaan terbalik pada sisinya, biarkan sahaja. Cuba halang kenderaan itu daripada terbalik sepenuhnya. • Perhatikan bahaya fizikal yang lain. Adakah sesiapa yang merokok, membawa bahan kimia berbahaya, kerosakan talian bekalan elektrik, telefon bimbit. 2. KOTAK PERTOLONGAN CEMAS Keperluan pembebatan (dressing) dan balutan (bandages) i. White Open Wove (WOW) - untuk memegang pembebatan bandage pada tempatnya. - 5cm x 5m, 7.5cm x 5m, 91cm x 5m ii. Sterile stretch bandage - untuk memegang pembebatan pada tempatnya. - 7.5 cm x 1.9 m , 11.4 cm x 3.7 m iii. Gauze ( kain kasa ) - rawatan luka melecur, bisul dsb iv. Sterile gauze - rawatan luka melecur, bisul dsb. v. Kain tiga segi - membalut anggota cedera vi. Pembalut crepe - untuk menahan darah keluar vii. Plaster pelbagai saiz - menutup luka kecil. viii Roll of surgical tape - menetapkan pembebatan dan balutan
  • 60. R1001 / UNIT 2/ 60 PERTOLONGAN CEMAS ix. Gunting - memotong pakaian , surgical tape x. Safety pin - mengemaskan kedudukan balutan xi. Kapas - membersihkan luka dan kotoran. Keperluan untuk rawatan dan mencuci luka Antiseptik cream - Burnol , salvon i. Cecair antiseptik - mencuci peralatan perubatan ii. Cecair antiseptik - mencuci kekotoran pada kulit iii. Eusol - pencuci luka yang septic dan kudis iv. Hydrogen peroxide - mencuci kekotoran seperti pasir pada luka v. Acriflavine lotion - ubat luka vi. Povidone iodine - ubat luka viii. Normal saline - pencuci luka, kudis dan bisul ix. Habitine (5% spirit ) - mencuci peralatan (basmi kuman) Keperluan ubatan (drug) dan lain-lain i. PCM (Paracetamol ) - analgasic seperti pening ii. Gelusil / actal - gastrik iii. Minyak LMS - minyak gosok iv. Spray kekejangan - meredakan sakit otot v. Spray antiseptik - meredakan luka kecil seperti calar vi. Garam ORS - meredakan sakit cirit-birit vii. Painkillers ( bawah kawalan) - ubat tahan sakit.
  • 61. R1001 / UNIT 2/ 61 PERTOLONGAN CEMAS P C M U K A L S O R S A F A T E R H I R I S E S A I S C P R I A K A R O T I D T